SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  26
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN MODEL ASSURE




Tarikh                              :        18 April 2011

Kelas                               :        2 Bestari

Tempoh                              :        90 minit (1 jam 30 minit)

Masa                                :        7.50 – 9.20 pagi

Bilangan Pelajar                    :        30 orang

Mata Pelajaran                      :        Bahasa Melayu

Tema                                :        Makanan untuk kesihatan

Tajuk                               :        Makanan seimbang

Pengetahuan sedia ada pelajar       :        - Pelajar-pelajar telah mengetahui

                                              pelbagai jenis makanan.

Objektif pengajaran                 :

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:

-    Menyanyikan lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan
     menggunakan ayat yang betul
-    Mengkelaskan makanan dan           dan menulis 6 contoh makanan dengan betul
     mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda
-    Menggunting dan menampal gambar-gambar              makanan dengan baik untuk
     dijadikan buku skrap.
-    Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 bagi setiap pengkelasan makanan
     dengan betul.
-    Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul
     berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Isi Pelajaran

Fokus utama

2.1    Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi

       yang baik dan jelas.

       Aras 1

       i.       Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang
                betul.



Fokus sampingan

8.1    Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan majmuk.

       Aras 1

       i.       Menulis dan membina perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang
                betul dan tulisan cantik.



Nilai-nilai murni             :      Bekerjasama , menjaga kebersihan dan
                                     bertanggungjawab




Alat bantu mengajar           :      Lembaran kerja, slaid power point, CD ROM,
                                     bahan-bahan maujud, seni kata lagu
Bahan rujukan         :   Buku teks Bahasa Melayu Tahun 2,

                          Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2,

                          Buku kerja Bahasa Melayu Tahun 2.




Langkah keselamatan   :   Berhati-hati ketika menggunakan gunting.




Induksi Set           :   Guru memainkan lagu „Makan‟ yang

                          dipopularkan oleh Jalil Hamid. Guru bersoal

                          jawab dengan murid bagi mendekatkan

                          pemahaman murid dengan tajuk pembelajaran

                          yang diajar.
Langkah Penyampaian:

Langkah        Isi pelajaran             Kaedah penyampaian                 Catatan


  Set     1.Nyanyian lagu       1.Guru memperdengarkan lagu dan          Strategi P &P
Induksi    “Makan”                memperlihatkan senikata bertajuk       Kaedah:
   7            Senikata lagu     “Makan” dipopularkan oleh Jalil        Perbincangan
 minit          “Makan”           Hamid melalui CD.
                CD ROM lagu                                              Teknik :
                “Makan”         2. Pelajar mendengar lagu sambil         Soal jawab
          2.Soal jawab antara     menyanyi bersama-sama guru
           guru dan pelajar.      serta memegang senikata yang diberi.   Kecerdasan
                                                                         pelbagai
                                3.Guru dan murid bersoal jawab           Muzik
                                 tentang makanan yang terdapat
                                 di dalam lagu yang telah                Penggunaan
                                 diperdengarkan .                        media:
                                                                         -CD ROM
                                 Contoh soalan:                          -Seni kata
                                 A.Apakah cerita yang disampaikan        lagu
                                    dalam lagu ini?
                                 B.Sebutkan contoh-contoh makanan        Nilai:
                                   yang dipaparkan melalui tayangan      Keyakinan
                                   CD.
                                C.Apakah gambaran yang
                                  ditunjukkan melalui tayangan
                                  tersebut sekiranya kita tidak cukup
                                  makan?
Langkah    1.Penerangan tentang    1.Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan   Strategi P &P
   1        makanan dari segi        tajuk yang akan diajar iatu
10 minit    khasiat dan              “Makanan Seimbang” sambil              Kaedah:
            kepentingan.             mempamerkan contoh-contoh bahan        Demontrasi
           2.Penggunaan bahan        maujud (makanan sebenar) serta
            maujud.                  menyebutkan khasiat dan                Teknik:
           3.Menyentuh dan           kepentingan makanan tersebut           Soal jawab
            Menyebut bahan-          kepada kesihatan manusia.
            bahan maujud.                                                   Bahan:
                                   2.Guru juga bersoal jawab tentang        Bahan-bahan
                                    kepentingan pengambilan makanan         maujud:
                                    seimbang dalam menu seharian.           ikan, sotong,
                                    Contoh soalan:                          telur, bayam,
                                    Mengapakah kita perlu mengambil         epal, roti,
                                    makanan seimbang setiap hari?           majerin,
                                                                            kelapa, betik,
                                   3. Pelajar-pelajar melihat dan           daging
                                     menyentuh makanan yang
                                     dipemerkan sambil menyebutkan          Nilai:
                                     nama makanan tersebut secara           Bersyukur
                                     bergilir-gilir dengan kuat.




Langkah    1.Pelajar menonton      1.Pelajar-pelajar menonton slaid
   2        slaid powerpoint.        powerpoint tentang makanan yang
  15       2.Pelajar mencatat        mengandungi khasiat tertentu.
 minit      contoh makanan         2.Guru meminta pelajar mencatat jenis
            yang dilihat melalui    makanan yang ditayangkan untuk
            slaid.                  tujuan perbincangan.
Contoh :                                Strategi P & P
Catatkan jenis-jenis makanan yang
terdapat dalam slaid powerpoint yang    Kaedah:
ditayangkan dalam lembaran kerja yang Bercerita
disediakan.
      Kumpulan gambar pertama:          Teknik:
      Telur, ayam, susu, ikan           Soal jawab
      Kumpulan gambar kedua:            Pengulangan
      Mee hoon, kentang, nasi, roti     maklumat
      Kumpulan gambar ketiga:
      Kerang, sotong, ketam, kepah      Penggunaa

      Kumpulan gambar keempat:          media:

      Sayur-sayuran, buah-buahan,       -Slaid

      majerin, minyak masak.            powerpoint
                                        -Komputer

3.Guru mengimbas kembali ingatan        -Lembaran

  murid tentang penerangan secara        Kerja

  lisan oleh guru di langkah 1.
 - Pelajar memperihalkan                Nilai:

  tentang makanan seimbang              usaha

  berdasarkan gambar yang telah
  ditayangkan.
  Contoh :
  Murid menceritakan dengan
  permulaaan ayat seperti berikut:
      Makanan seimbang mestilah
      mengandungi karbohidrat seperti
      nasi, roti, mee hoon, kentang.
Makanan seimbang mestilah
                                          mengandungi protin seperti
                                          telur, susu, ayam, ikan.


Langkah   1.Penerangan guru       1.Pelajar-pelajar diberi bimbingan       Strategi P&P
   3        kepentingan khasiat     tentang jenis-jenis makanan dan
  15        makanan kepada          kepentingan khasiatnya kepada          Kaedah:
 minit      kesihatan manusia.      kesihatan manusia.                     Demonstrasi
                                                                           Perbincangan
          2.Menulis maklumat      Contoh:
           dalam bentuk peta         a. Nasi, roti, mee hoon yang          Teknik :
           minda.                         mengandungi karbohidrat          Soal jawab
                                          memberikan tenaga kepada
          3.Murid menerangkan             tubuh badan manusia.             Penggunaan
            hasil perbincangan       b. Telur, susu, ayam dan ikan yang    Media :
                                          mengandungi protein              Slaid power
                                          menggalakkan pertumbuhan         point
                                          manusia.                         Peta minda
                                     c.   Sayur-sayuran dan buah-buahan
                                          yang mengandungi vitamin         Nilai:
                                          dapat melindungi badan manusia   Bekerjasama
                                          dari serangan penyakit.
                                     d. Makanan laut seperti sotong dan    Kemahiran
                                          ketam yang mengandungi garam     berfikir:
                                          mineral membantu pertumbuhan     Kritis dan
                                          tulang.                          kreatif
                                     e. Marjerin dan minyak masak
                                          memberikan lemak kepada
                                          badan manusia.
2.Pelajar dibahagikan kepada 5
  kumpulan dan setiap kumpulan
  dikehendaki melantik seorang ketua.


3.Guru menerangkan dan membimbing
 murid membuat peta minda sambil
 mengedarkan kertas dan pen marker.


4.Guru melukis contoh peta minda di
  papan putih serta memberikan
  pengkelasan makanan kepada setiap
  kumpulan.


5.Murid menyiapkan peta minda iaitu
 contoh-contoh makanan mengikut
 khasiatnya dalam bentuk peta minda.
Kumpulan 1


             Makanan yang
              mengadungi
              karbohidrat




Kumpulan 2



              Makanan yang
              mmengandungi

                 protin
Kumpulan 3


           Makanan yang
           mengandungi
             vitamin




Kumpulan 4



             Makanan yang
             mengandungi
                lemak




Kumpulan 5



           Makanan yang
           mengandungi
           garam mineral




6. Setiap ketua kumpulan
  mempamerkan dan menerangkan
  hasil perbincangan.
Langkah    1.Murid dibimbing      1.Guru membimbing murid cara-cara   Strategi P & P
   4        membuat buku            untuk membuat buku skrap
25 minit    skrap.                  berpandukan peta minda.           Kaedah:
                                                                      -Demonstrasi
           2.Murid membina ayat   2. Guru mengedarkan kertas          Perbincangan
            tunggal                 warna , gam dan gambar- gambar
            berdasarkan gambar      pelbagai jenis makanan kepada     Teknik :
            dalam buku skrap.       setiap kumpulan.                  Bimbingan


           3.Murid membaca        3.Murid menggunting dan             Penggunaan
             ayat yang ditulis      mengkelas gambar mengikut         Media:
             dalam buku skrap.      khasiatnya sambil dibimbing       Majalah,
                                    oleh guru.                        Gambar-
                                                                      gambar dari
                                  4.Murid menampal gambar untuk       internet.
                                    dijadikan buku skrap.
                                                                      Bahan:
                                  5.Murid menamakan dan membina       Gam, gunting,
                                    ayat tunggal untuk setiap         kertas putih
                                    gambar yang ditampal di dalam     A4
                                    buku skrap.
                                                                      Nilai:
                                  6. Murid membaca perkataan dan      Berhati-hati
                                    ayat yang telah ditulis secara    (Keselamatan
                                    bergilir-gilir dalam kumpulan     ketika
                                    masing-masing.                    menggunakan
                                                                      gunting)
                                                                      Bekerjasama
Langkah       1.Menyatakan satu      1.Murid menjelaskan 1 kepentingan        Strategi P&P
    5         kepentingan makanan      makanan seimbang secara lisan
10 minit      seimbang.                sebelum menjawab latihan yang diberi   Kaedah:
                                                                              Perbincangan
              2..Murid menjawab      2.Murid diedarkan lembaran kerja.
               menjawab soalan                                                Teknik:
               dengan cepat dan      3.Murid diminta melengkapkan menu        Menjawab
               tepat.                  makanan seimbang beserta dengan        soalan
                                       contoh-contoh dengan cepat dan
                                       tepat.                                 Bahan media:
                                                                              Lembaran
                                     4.Contoh lembaran kerja seperti yang     kerja
                                       dilampirkan.
_______       ___________________    __________________________________       _______

Langkah       1.Pelajar diberi
                                     1.Pelajar diberi pengukuhan positif      Strategi P &P
                pengukuhan.
    6                                  dengan cara guru memberi pujian        Kaedah:
              2.Melihat
                                       kepada kumpulan yang berjaya           Membuat
8 minit         penghasilan buku
                skrap murid.           menghasilkan buku skrap yang kemas     rumusan.
                                       dan menarik.
                                                                              Nilai:
                                     2.Murid meletakkan buku skrap yang       Menghargai
                                       telah dihasilkan di sudut pameran
                                       untuk tujuan rujukan.


        Penilaian       :   Murid dapat menama dan mengkelaskan makanan mengikut
                            mengikut kumpulan makanan dengan betul.

     Tugasan            :   Pelajar melengkapkan buku skrap degan baik.
1.0 Pengenalan




              Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka
bentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan
pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru
menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus
kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada
setiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan
penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam
proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah.
Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu
membantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami
bagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar
dan Model Assur.




             ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama
   iaitu:-

       A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar )
       S = State objective ( Nyatakan Objektif )
       S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media
             Dan Bahan )

       U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan
              Bahan )

       R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan
             Pelajar )

       E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)
Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah
berturutan    di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang
berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang
mantap bagi satu sesi pengajaran.




2.0   MODEL REKA BENTUK ASSURE

              Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan
setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan
penggunaan teknologi        dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi
matapelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Rancangan pengajaran ini adalah untuk
rancangan pengajaran harian selama 90 minit untuk kelas 2 Arif yang memiliki
seramai 30 orang pelajar.




2.1   Analisis Pelajar (Analyze Learners)
              Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku.
Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita
dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :-

      2.1.1    Ciri-ciri umum pelajar


      Tajuk     pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Arif         adalah Makanan
      Seimbang yang diambil dari sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 2.
      Pelajar berumur 8 tahun. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kecerdasan
      yang sederhana. Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis
      dan mengira dengan baik.          Kebanyakan mereka   adalah anak kepada
      penduduk kampung yang rata-rata menjalankan kerja di kebun dan
      menjadi penoreh getah dan bekerja sendiri. Mereka ini sudah terdedah
kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu mereka
memerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.




2.1.2   Kompetensi khusus peringkat masuk
Guru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar,
selain daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas ataupun
pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar merujuk kepada aras
kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek
pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-
penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya
pengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh pelajar.

Di sini murid-murid sememangnya telah sinonim dengan makanan, tetapi
mereka tidak tahu tentang makanan yang mengandungi kebaikan-kebaikan
tertentu. Mereka boleh menyebut pelbagai jenis makanan tetapi tidak tahu
tentang kumpulan makanan yang mereka makan setiap hari.




2.1.3   Stail / Gaya Pembelajaran
Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya
pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza.
Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung
kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun
pergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran,
media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat murid
supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami mendapati
murid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda
maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.
2.2   Nyatakan Objektif Pembelajaran


Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah
pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik
dan sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu
dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil
kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) ,
peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat
prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkara
penting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimana
objektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang
berkesan sebagai contoh :-

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat :

       1. Menyanyi mengikut lagu dengan baik dan berbual tentang makanan
       seimbang dengan menggunakan ayat yang betul.
       Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama Pengajaran di mana
       penglibatan semua pelajar dapat menyanyi dengan gembira dengan seni
       kata yang dibekalkan oleh guru. Malah aktiviti soal jawab juga dapat
       dilaksanakan apabila murid bertanya tentang perkara yang terdapat dalam
       CD yang ditayangkan beserta dengan soal jawab dari guru.


       2. Mengkelaskan makanan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul
       mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda.
       Peringkat ini dilihat pada langkah ketiga,   pelajar dapat melengkapkan
       contoh- contoh makanan berdasarkan pengkelasan yang diberi mengikut
       kumpulan.
3. Menggunting dan menampal ke semua gambar-gambar makanan yang
     diberi dengan baik untuk dijadikan buku skrap.

      Peringkat ini dapat dilihat pada langkah 4, murid bekerjasama menggunting
      dan melengkapkan 5 pengkelasan makanan menggunakan gambar yang
      diberi dan mereka memastikan hasil kerja dibuat (buku skrap makanan
      seimbang ) dengan baik dan kemas.


     4. Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 mengikut pengkelasan
     makanan dengan betul.
      Peringkat ini juga dilihat pada langkah 4, di mana murid dalam satu
      kumpulan akan membina 1 ayat tunggal berdasarkan setiap gambar yang
      ditampal mengikut pengkelasan makanan. Di peringkat ini, pelajar cuba
      membina ayat tunggal dengan betul.


      5. Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan
      betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
      Peringkat ini dilihat pada langkah kelima, pelajar cuba memberi 1
      penjelasan tentang kepentingan makanan seimbang kepada manusia secara
      lisan.




2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods)
      2.3.1    Lazimnya   dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang
       digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara
       berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set
       induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan
       latih tubi.
      Antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran
      Bahasa Melayu Tahun 2 ini ialah demonstrasi. Guru memberikan pen
      marker serta kertas kepada setiap kumplan .
Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana membuat peta
      minda untuk mengkelaskan makanan kepada kumpulannya dengan
      penggunaan 2 bahan yang diberikan oleh guru. Guru juga menunjuk cara
      membuat dan melengkapkan buku skrap kepada murid supaya murid dapat
      mempraktikkan untuk membuat buku skrap bagi kumpulan masing-masing.
      Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan
      sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan
      tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan
      aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan
      yang mereka perlu lakukan.




2.4 Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media)
      2.4.1   Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.
              Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi
              pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini,
              guru telah memilih untuk menggunakan CD-Rom,gambar-gambar
              yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat          dan
              mencetuskan   motivasi   pelajar. Ia   juga dapat menggalakkan
              penglibatan      keseluruhan    pelajar.   Penggunaan   CD-ROM
              dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi. Guru memasang CD
              yang mengandungi lagu “Makan” dengan tujuan menarik minat
              murid terhadap penagajaran dan pembelajaran ketika itu. Malah isi
              kandungan yang ditayangkan itu juga membantu guru untuk
              mengajak murid bertanya dan bersoal jawab bagi memudahkan
              pendekatan kepada memperkenalkan tajuk waktu itu iaitu Makan
              Seimbang.
      2.4.2   Selain daripada penggunaan CD-ROM,         guru juga menggunakan
              slaid powerpoint bagi menarik minat pelajar      dan mereka dapat
              melihat dengan sebenarnya fizikal makanan ini.
Melalui penggunaan ini juga murid dapat mencatat contoh-contoh
              makanan disamping menarik minat murid dengan variasi gambar
              makanan yang berwarna-warni. Pengulang slaid boleh dilakukan
              sendiri oleh murid dengan bimbingan guru sekiranya pelajar ingin
              melihat berulang kali contoh-contoh makanan tersebut.




2.5 Pemilihan Bahan Pengajaran (Instructional materials)
      2.5.1   Pemilihan media yang berasaskan teknologi pengajaran sebagai
              Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan
              bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah
              bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah
              pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran kerja juga
              membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan
              memahami apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti
              gam dan gunting dalam aktiviti buka skrap juga dapat membantu
              murid menggunakan teknik yang betul ketika menggunting dan
              menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting
              itu lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar
              merasa dan melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya
              pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik.


2.6 Cadangan Penggunaan Bahan Media (Ultilize media and material)
              2.6.1   Memilih, mengubahsuaikan atau mereka bentuk media yang
              telah ditentukan. Seandainya seorang guru gagal untuk menentukan
              media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media
              yang tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk melaksanakan
              tugasan ini, kaedah soal jawab, dan perbincangan dan digunakan
              bagi member kefahaman kepada pelajar.
Perbincangan

Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam
rancangan pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian
dengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukan
pelajar mencari seberapa banyak contoh untuk membina peta minda
dan buku skrap.

      Soal jawab

 Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan
dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam
rancangan pengajaran        ini kerana ia berupaya mewujudkan
interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah
dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan
isi pelajaran dengan tujuan :

 i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar
 iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir
iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir
Keadah    ini   digunakan   di   sepanjang   sesi   pengajaran   dan
pembelajaran yang dipilih ini.

      Demonstrasi
Demonstrasi adalak kaedah mengajar di mana guru menunjukkan
sesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekelompok pelajar.
Kaedah ini dipilih bagi memudahkan murid melihat kemahiran yang
perlu dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat peta
minda dan buku skrap.
Penggunaan CD dan slaid powerpoint
              Penggunaan media ini digunakan ketika set induksi dan sesi soal
              jawab bagi menarik minat pelajar dan pelajar membantu mencetus
              idea buat pelajar




2.7 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)
             2.7.1     Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku,
             pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti
             membuat latihan, perbincangan, latih tubi, serta projek. Penglibatan
             pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan
             yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran.           Ia juga dapat
             memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan
             (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri
             selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di
             sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak
             melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan
             aktiviti    penyoalan dan perbincangan        dalam kumpulan. Untuk
             aktiviti seterusnya , murid-murid diminta menuliskan ayat tunggal
             berdasarkan gambar di dalam buku skrap.




2.8 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)

             2.8.1     Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara
             berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat
             untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang
             dipilih    terhadap   prestasi   pelajar.   Jika   murid-murid   dapat
             memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.
Oleh yang demikian, guru boleh menilai sejauh mana keberkesanan
rancangan pengajaran yang dibuat terhadap pengajaran dan
pembelajaran pelajar tahun 2 Arif . Antaranya adalah seperti
berikut:

2.8.2   Penilaian sebelum pembelajaran.
Penilaian dibuat dengan melihat analisis pelajar semasa sesi
pembelajaran sebelum ini berlangsung. Kemudian, analisis baru
dibuat ketika langkah 1 pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajar
dapat bersoal jawab dengan guru dan menjawab soalan guru secara
lisan serta merasai dan melihat sendiri jenis makanan tersebut
melalui bahan maujud.


2.8.3   Penilaian semasa pembelajaran
Penilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2
pengajaran hingga langkah ke 5 apabila pelajar perlu melakukan
pembelajaran    aktif.   Dalam   setiap   langkah   pengajaran   yang
dilakukan, telah dapat dikenalpasti pelajar yang lemah dalam
matapelajaran tersebut dengan melihat kemampuan mereka memberi
respon terhadap setiap soalan dan aktiviti yang dilakukan. Oleh itu,
penerangan semasa pengajaran dapat dibuat, menjurus kepada
memberi pemahaman pelajar yang bermasalah.


2.8.4   Penilaian setelah pembelajaran
Penilaian setelah pembelajaran pula dapat dilaksanakan dengan
memberikan pelajar latihan melalui lembaran kerja serta meminta
pelajar menyatakan kepentingan makanan seimbang mengikut
pemahaman murid.
2.9 Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teacher‟s
    plan)

            2.9.1     Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang

            sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan                     mempengaruhi
            keputusan yang diambil terhadap perkara              yang dinilai. Namun
            keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia
            berlaku sepanjang proses pengajaran            iaitu sebelum, semasa dan
            selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan
            untuk disesuaikan dengan dengan kandungan, kaedah dan media
            yang digunakan.          Penilaian   diumpamakan sebagai cara untuk
            menuju ke garis penamat.




            2.9.2   Menilai media dan kaedah
            Setelah    selesai    pengajaran,    penilaian   tentang      kekuatan    dan
            keberkesanan alat/bahan media secara menyeluruh harus dijalankan.
            Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan :

            a)      Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ?
            b)      Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses
                    pengajaran dan pembelajaran ?
            c)      Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan dengan
                    cara yang betul ?
            d)      Adakah suasana pembelajaran selesa ?
            e)      Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ?


            2.9.3   Menilai pencapaian pelajar
             Setelah sesi pembelajaran selesai , guru menyediakan              lembaran
            kerja     untuk      menilai    keberkesanan     pengajaran     yang     telah
            disampaikan.         Walaupun     tugasan   hanya    diberi     pada     akhir
pengajaran, pelajar –pelajar telah diuji dari awal sehingga akhir
pengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untuk
mencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah
yang boleh membantu pelajar yang di bawah tahap penguasaan.

Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan diberikan
bertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses
pengajaran yang telah berlaku.
RUMUSAN




           Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran
yang paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan
penggunaan media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih
yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat
memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah
kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting seperti
pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan
media, analisis pelajar dan penilaian     diambil kira sebelum proses
pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebih
efektif dan objektif pengajaran tercapai. Jika model ini dibandingkan
dengan model SIM, ternyata model ASSURE adalah yang lebih baik . Model
SIM hanya menitikberatkan interaksi guru, murid objektif serta isi
pelajaran dan persekitaran sahaja tanpa mengambilkira kaedah dan
penggunaan media. Penggunaan media dan alat tidak dititik beratkan dalam
model   ini,   jadi   keberkesanan   proses   pengajaran   tidak   dapat
dimaksimumkan.




                                              (3, 500 patah perkataan)
RUJUKAN / REFERENSI




  1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza
          Publishing Sdn.Bhd.




  2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan
         Fajar Bakti.




  3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor :
         Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.




  4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur :

          Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.




  5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam
         Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.




  6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah
          Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.

          Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure

Contenu connexe

Tendances

Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Fauzan Zain
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
Tajuk 3 media pengajaran
Tajuk 3 media pengajaranTajuk 3 media pengajaran
Tajuk 3 media pengajaran
hani ibrahim
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Noorezayu Mohd Said
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
sahronzulkepli
 
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektifMotivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
KhairunnisaJeman
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103
Zue Layhar
 

Tendances (20)

Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure Rancangan pengajaran harian model assure
Rancangan pengajaran harian model assure
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Tajuk 3 media pengajaran
Tajuk 3 media pengajaranTajuk 3 media pengajaran
Tajuk 3 media pengajaran
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektifMotivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
Motivasi pembelajaran dalam pelbagai perspektif
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie KohnBeyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 

En vedette (7)

Rph inkuiri penemuan
Rph inkuiri penemuanRph inkuiri penemuan
Rph inkuiri penemuan
 
Contoh rph assure_model
Contoh rph assure_modelContoh rph assure_model
Contoh rph assure_model
 
Rph blog pi shaliza
Rph blog pi shalizaRph blog pi shaliza
Rph blog pi shaliza
 
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHInteraksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
 
rancangan pengajaran harian sejarah spm
rancangan pengajaran harian sejarah spmrancangan pengajaran harian sejarah spm
rancangan pengajaran harian sejarah spm
 
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 

Similaire à Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure

Rancangan Pengajaran Harian ERT Teori
Rancangan Pengajaran Harian ERT TeoriRancangan Pengajaran Harian ERT Teori
Rancangan Pengajaran Harian ERT Teori
Zuzan Michael Japang
 
Contohrph01 120522135129-phpapp01
Contohrph01 120522135129-phpapp01Contohrph01 120522135129-phpapp01
Contohrph01 120522135129-phpapp01
Jalil Mon
 
Rancangan pengajaran harian kemahiran hudup berasaskan tmk
Rancangan pengajaran harian kemahiran hudup berasaskan tmkRancangan pengajaran harian kemahiran hudup berasaskan tmk
Rancangan pengajaran harian kemahiran hudup berasaskan tmk
CIKGU LOLITA
 
14 MODUL AJAR MAKANAN SEHAT DAN SEIMBANGAN untuk observasi.docx
14 MODUL AJAR MAKANAN SEHAT DAN SEIMBANGAN untuk observasi.docx14 MODUL AJAR MAKANAN SEHAT DAN SEIMBANGAN untuk observasi.docx
14 MODUL AJAR MAKANAN SEHAT DAN SEIMBANGAN untuk observasi.docx
TeguhSetiawan86
 
Panduan rancangan pengajaran harian tahun 1 kssr
Panduan rancangan pengajaran harian tahun 1 kssrPanduan rancangan pengajaran harian tahun 1 kssr
Panduan rancangan pengajaran harian tahun 1 kssr
faiz aziz
 
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdfcontoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
CecepKurniawan9
 
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdfcontoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
CecepKurniawan9
 

Similaire à Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure (20)

Assg pk (sem 3)
Assg pk (sem 3)Assg pk (sem 3)
Assg pk (sem 3)
 
RPP kelas 5 Tema 3 Subtema 1 Pembelajaran 1
RPP kelas 5 Tema 3 Subtema 1 Pembelajaran 1RPP kelas 5 Tema 3 Subtema 1 Pembelajaran 1
RPP kelas 5 Tema 3 Subtema 1 Pembelajaran 1
 
Rancangan Pengajaran Harian ERT Teori
Rancangan Pengajaran Harian ERT TeoriRancangan Pengajaran Harian ERT Teori
Rancangan Pengajaran Harian ERT Teori
 
Rph sivik
Rph sivikRph sivik
Rph sivik
 
Contoh rph 01
Contoh rph 01Contoh rph 01
Contoh rph 01
 
4 rph el b-33
4 rph el b-334 rph el b-33
4 rph el b-33
 
Contohrph01 120522135129-phpapp01
Contohrph01 120522135129-phpapp01Contohrph01 120522135129-phpapp01
Contohrph01 120522135129-phpapp01
 
RPP Kurikulum 2013 SD/MI Kelas 4 Subtema 1 Pembelajaran 2 Semester 2 Makananku
RPP Kurikulum 2013 SD/MI Kelas 4 Subtema 1 Pembelajaran 2 Semester 2 Makananku RPP Kurikulum 2013 SD/MI Kelas 4 Subtema 1 Pembelajaran 2 Semester 2 Makananku
RPP Kurikulum 2013 SD/MI Kelas 4 Subtema 1 Pembelajaran 2 Semester 2 Makananku
 
Rancangan pengajaran harian kemahiran hudup berasaskan tmk
Rancangan pengajaran harian kemahiran hudup berasaskan tmkRancangan pengajaran harian kemahiran hudup berasaskan tmk
Rancangan pengajaran harian kemahiran hudup berasaskan tmk
 
2.0 rancangan pengajaran harian
2.0 rancangan pengajaran harian2.0 rancangan pengajaran harian
2.0 rancangan pengajaran harian
 
Sivikrph2012 vanitha
Sivikrph2012 vanithaSivikrph2012 vanitha
Sivikrph2012 vanitha
 
MODUL AJAR IPAS KELAS V Tentang Rantai Makanan dan Ekosistem
MODUL AJAR IPAS KELAS V Tentang Rantai Makanan dan EkosistemMODUL AJAR IPAS KELAS V Tentang Rantai Makanan dan Ekosistem
MODUL AJAR IPAS KELAS V Tentang Rantai Makanan dan Ekosistem
 
14 MODUL AJAR MAKANAN SEHAT DAN SEIMBANGAN untuk observasi.docx
14 MODUL AJAR MAKANAN SEHAT DAN SEIMBANGAN untuk observasi.docx14 MODUL AJAR MAKANAN SEHAT DAN SEIMBANGAN untuk observasi.docx
14 MODUL AJAR MAKANAN SEHAT DAN SEIMBANGAN untuk observasi.docx
 
RPP KD 3.3 (pertemuan pertama)
RPP KD 3.3 (pertemuan pertama)RPP KD 3.3 (pertemuan pertama)
RPP KD 3.3 (pertemuan pertama)
 
Panduan rancangan pengajaran harian tahun 1 kssr
Panduan rancangan pengajaran harian tahun 1 kssrPanduan rancangan pengajaran harian tahun 1 kssr
Panduan rancangan pengajaran harian tahun 1 kssr
 
Rpp k4 t2 st 2 pb 5
Rpp k4 t2 st 2 pb 5Rpp k4 t2 st 2 pb 5
Rpp k4 t2 st 2 pb 5
 
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdfcontoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
 
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdfcontoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
contoh RPP IPA DAN BAHASA 2.pdf
 
Rpp terpadu kelas viii
Rpp terpadu kelas viiiRpp terpadu kelas viii
Rpp terpadu kelas viii
 
Rpp tata boga smp kelas 7 8 9
Rpp tata boga smp kelas 7 8 9Rpp tata boga smp kelas 7 8 9
Rpp tata boga smp kelas 7 8 9
 

Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure

  • 1. CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN MODEL ASSURE Tarikh : 18 April 2011 Kelas : 2 Bestari Tempoh : 90 minit (1 jam 30 minit) Masa : 7.50 – 9.20 pagi Bilangan Pelajar : 30 orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Makanan untuk kesihatan Tajuk : Makanan seimbang Pengetahuan sedia ada pelajar : - Pelajar-pelajar telah mengetahui pelbagai jenis makanan. Objektif pengajaran : Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat: - Menyanyikan lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan menggunakan ayat yang betul - Mengkelaskan makanan dan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda - Menggunting dan menampal gambar-gambar makanan dengan baik untuk dijadikan buku skrap. - Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 bagi setiap pengkelasan makanan dengan betul. - Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
  • 2. Isi Pelajaran Fokus utama 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 i. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul. Fokus sampingan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan majmuk. Aras 1 i. Menulis dan membina perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan cantik. Nilai-nilai murni : Bekerjasama , menjaga kebersihan dan bertanggungjawab Alat bantu mengajar : Lembaran kerja, slaid power point, CD ROM, bahan-bahan maujud, seni kata lagu
  • 3. Bahan rujukan : Buku teks Bahasa Melayu Tahun 2, Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2, Buku kerja Bahasa Melayu Tahun 2. Langkah keselamatan : Berhati-hati ketika menggunakan gunting. Induksi Set : Guru memainkan lagu „Makan‟ yang dipopularkan oleh Jalil Hamid. Guru bersoal jawab dengan murid bagi mendekatkan pemahaman murid dengan tajuk pembelajaran yang diajar.
  • 4. Langkah Penyampaian: Langkah Isi pelajaran Kaedah penyampaian Catatan Set 1.Nyanyian lagu 1.Guru memperdengarkan lagu dan Strategi P &P Induksi “Makan” memperlihatkan senikata bertajuk Kaedah: 7 Senikata lagu “Makan” dipopularkan oleh Jalil Perbincangan minit “Makan” Hamid melalui CD. CD ROM lagu Teknik : “Makan” 2. Pelajar mendengar lagu sambil Soal jawab 2.Soal jawab antara menyanyi bersama-sama guru guru dan pelajar. serta memegang senikata yang diberi. Kecerdasan pelbagai 3.Guru dan murid bersoal jawab Muzik tentang makanan yang terdapat di dalam lagu yang telah Penggunaan diperdengarkan . media: -CD ROM Contoh soalan: -Seni kata A.Apakah cerita yang disampaikan lagu dalam lagu ini? B.Sebutkan contoh-contoh makanan Nilai: yang dipaparkan melalui tayangan Keyakinan CD. C.Apakah gambaran yang ditunjukkan melalui tayangan tersebut sekiranya kita tidak cukup makan?
  • 5. Langkah 1.Penerangan tentang 1.Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan Strategi P &P 1 makanan dari segi tajuk yang akan diajar iatu 10 minit khasiat dan “Makanan Seimbang” sambil Kaedah: kepentingan. mempamerkan contoh-contoh bahan Demontrasi 2.Penggunaan bahan maujud (makanan sebenar) serta maujud. menyebutkan khasiat dan Teknik: 3.Menyentuh dan kepentingan makanan tersebut Soal jawab Menyebut bahan- kepada kesihatan manusia. bahan maujud. Bahan: 2.Guru juga bersoal jawab tentang Bahan-bahan kepentingan pengambilan makanan maujud: seimbang dalam menu seharian. ikan, sotong, Contoh soalan: telur, bayam, Mengapakah kita perlu mengambil epal, roti, makanan seimbang setiap hari? majerin, kelapa, betik, 3. Pelajar-pelajar melihat dan daging menyentuh makanan yang dipemerkan sambil menyebutkan Nilai: nama makanan tersebut secara Bersyukur bergilir-gilir dengan kuat. Langkah 1.Pelajar menonton 1.Pelajar-pelajar menonton slaid 2 slaid powerpoint. powerpoint tentang makanan yang 15 2.Pelajar mencatat mengandungi khasiat tertentu. minit contoh makanan 2.Guru meminta pelajar mencatat jenis yang dilihat melalui makanan yang ditayangkan untuk slaid. tujuan perbincangan.
  • 6. Contoh : Strategi P & P Catatkan jenis-jenis makanan yang terdapat dalam slaid powerpoint yang Kaedah: ditayangkan dalam lembaran kerja yang Bercerita disediakan. Kumpulan gambar pertama: Teknik: Telur, ayam, susu, ikan Soal jawab Kumpulan gambar kedua: Pengulangan Mee hoon, kentang, nasi, roti maklumat Kumpulan gambar ketiga: Kerang, sotong, ketam, kepah Penggunaa Kumpulan gambar keempat: media: Sayur-sayuran, buah-buahan, -Slaid majerin, minyak masak. powerpoint -Komputer 3.Guru mengimbas kembali ingatan -Lembaran murid tentang penerangan secara Kerja lisan oleh guru di langkah 1. - Pelajar memperihalkan Nilai: tentang makanan seimbang usaha berdasarkan gambar yang telah ditayangkan. Contoh : Murid menceritakan dengan permulaaan ayat seperti berikut: Makanan seimbang mestilah mengandungi karbohidrat seperti nasi, roti, mee hoon, kentang.
  • 7. Makanan seimbang mestilah mengandungi protin seperti telur, susu, ayam, ikan. Langkah 1.Penerangan guru 1.Pelajar-pelajar diberi bimbingan Strategi P&P 3 kepentingan khasiat tentang jenis-jenis makanan dan 15 makanan kepada kepentingan khasiatnya kepada Kaedah: minit kesihatan manusia. kesihatan manusia. Demonstrasi Perbincangan 2.Menulis maklumat Contoh: dalam bentuk peta a. Nasi, roti, mee hoon yang Teknik : minda. mengandungi karbohidrat Soal jawab memberikan tenaga kepada 3.Murid menerangkan tubuh badan manusia. Penggunaan hasil perbincangan b. Telur, susu, ayam dan ikan yang Media : mengandungi protein Slaid power menggalakkan pertumbuhan point manusia. Peta minda c. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin Nilai: dapat melindungi badan manusia Bekerjasama dari serangan penyakit. d. Makanan laut seperti sotong dan Kemahiran ketam yang mengandungi garam berfikir: mineral membantu pertumbuhan Kritis dan tulang. kreatif e. Marjerin dan minyak masak memberikan lemak kepada badan manusia.
  • 8. 2.Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua. 3.Guru menerangkan dan membimbing murid membuat peta minda sambil mengedarkan kertas dan pen marker. 4.Guru melukis contoh peta minda di papan putih serta memberikan pengkelasan makanan kepada setiap kumpulan. 5.Murid menyiapkan peta minda iaitu contoh-contoh makanan mengikut khasiatnya dalam bentuk peta minda. Kumpulan 1 Makanan yang mengadungi karbohidrat Kumpulan 2 Makanan yang mmengandungi protin
  • 9. Kumpulan 3 Makanan yang mengandungi vitamin Kumpulan 4 Makanan yang mengandungi lemak Kumpulan 5 Makanan yang mengandungi garam mineral 6. Setiap ketua kumpulan mempamerkan dan menerangkan hasil perbincangan.
  • 10. Langkah 1.Murid dibimbing 1.Guru membimbing murid cara-cara Strategi P & P 4 membuat buku untuk membuat buku skrap 25 minit skrap. berpandukan peta minda. Kaedah: -Demonstrasi 2.Murid membina ayat 2. Guru mengedarkan kertas Perbincangan tunggal warna , gam dan gambar- gambar berdasarkan gambar pelbagai jenis makanan kepada Teknik : dalam buku skrap. setiap kumpulan. Bimbingan 3.Murid membaca 3.Murid menggunting dan Penggunaan ayat yang ditulis mengkelas gambar mengikut Media: dalam buku skrap. khasiatnya sambil dibimbing Majalah, oleh guru. Gambar- gambar dari 4.Murid menampal gambar untuk internet. dijadikan buku skrap. Bahan: 5.Murid menamakan dan membina Gam, gunting, ayat tunggal untuk setiap kertas putih gambar yang ditampal di dalam A4 buku skrap. Nilai: 6. Murid membaca perkataan dan Berhati-hati ayat yang telah ditulis secara (Keselamatan bergilir-gilir dalam kumpulan ketika masing-masing. menggunakan gunting) Bekerjasama
  • 11. Langkah 1.Menyatakan satu 1.Murid menjelaskan 1 kepentingan Strategi P&P 5 kepentingan makanan makanan seimbang secara lisan 10 minit seimbang. sebelum menjawab latihan yang diberi Kaedah: Perbincangan 2..Murid menjawab 2.Murid diedarkan lembaran kerja. menjawab soalan Teknik: dengan cepat dan 3.Murid diminta melengkapkan menu Menjawab tepat. makanan seimbang beserta dengan soalan contoh-contoh dengan cepat dan tepat. Bahan media: Lembaran 4.Contoh lembaran kerja seperti yang kerja dilampirkan. _______ ___________________ __________________________________ _______ Langkah 1.Pelajar diberi 1.Pelajar diberi pengukuhan positif Strategi P &P pengukuhan. 6 dengan cara guru memberi pujian Kaedah: 2.Melihat kepada kumpulan yang berjaya Membuat 8 minit penghasilan buku skrap murid. menghasilkan buku skrap yang kemas rumusan. dan menarik. Nilai: 2.Murid meletakkan buku skrap yang Menghargai telah dihasilkan di sudut pameran untuk tujuan rujukan. Penilaian : Murid dapat menama dan mengkelaskan makanan mengikut mengikut kumpulan makanan dengan betul. Tugasan : Pelajar melengkapkan buku skrap degan baik.
  • 12. 1.0 Pengenalan Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model Assur. ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ) S = State objective ( Nyatakan Objektif ) S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ) U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ) R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)
  • 13. Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran. 2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 90 minit untuk kelas 2 Arif yang memiliki seramai 30 orang pelajar. 2.1 Analisis Pelajar (Analyze Learners) Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku. Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :- 2.1.1 Ciri-ciri umum pelajar Tajuk pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Arif adalah Makanan Seimbang yang diambil dari sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Pelajar berumur 8 tahun. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana. Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Kebanyakan mereka adalah anak kepada penduduk kampung yang rata-rata menjalankan kerja di kebun dan menjadi penoreh getah dan bekerja sendiri. Mereka ini sudah terdedah
  • 14. kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu mereka memerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2.1.2 Kompetensi khusus peringkat masuk Guru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar, selain daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas ataupun pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar merujuk kepada aras kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu- penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh pelajar. Di sini murid-murid sememangnya telah sinonim dengan makanan, tetapi mereka tidak tahu tentang makanan yang mengandungi kebaikan-kebaikan tertentu. Mereka boleh menyebut pelbagai jenis makanan tetapi tidak tahu tentang kumpulan makanan yang mereka makan setiap hari. 2.1.3 Stail / Gaya Pembelajaran Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun pergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami mendapati murid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.
  • 15. 2.2 Nyatakan Objektif Pembelajaran Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) , peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkara penting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimana objektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan sebagai contoh :- Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat : 1. Menyanyi mengikut lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan menggunakan ayat yang betul. Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama Pengajaran di mana penglibatan semua pelajar dapat menyanyi dengan gembira dengan seni kata yang dibekalkan oleh guru. Malah aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan apabila murid bertanya tentang perkara yang terdapat dalam CD yang ditayangkan beserta dengan soal jawab dari guru. 2. Mengkelaskan makanan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda. Peringkat ini dilihat pada langkah ketiga, pelajar dapat melengkapkan contoh- contoh makanan berdasarkan pengkelasan yang diberi mengikut kumpulan.
  • 16. 3. Menggunting dan menampal ke semua gambar-gambar makanan yang diberi dengan baik untuk dijadikan buku skrap. Peringkat ini dapat dilihat pada langkah 4, murid bekerjasama menggunting dan melengkapkan 5 pengkelasan makanan menggunakan gambar yang diberi dan mereka memastikan hasil kerja dibuat (buku skrap makanan seimbang ) dengan baik dan kemas. 4. Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 mengikut pengkelasan makanan dengan betul. Peringkat ini juga dilihat pada langkah 4, di mana murid dalam satu kumpulan akan membina 1 ayat tunggal berdasarkan setiap gambar yang ditampal mengikut pengkelasan makanan. Di peringkat ini, pelajar cuba membina ayat tunggal dengan betul. 5. Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Peringkat ini dilihat pada langkah kelima, pelajar cuba memberi 1 penjelasan tentang kepentingan makanan seimbang kepada manusia secara lisan. 2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods) 2.3.1 Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi. Antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2 ini ialah demonstrasi. Guru memberikan pen marker serta kertas kepada setiap kumplan .
  • 17. Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana membuat peta minda untuk mengkelaskan makanan kepada kumpulannya dengan penggunaan 2 bahan yang diberikan oleh guru. Guru juga menunjuk cara membuat dan melengkapkan buku skrap kepada murid supaya murid dapat mempraktikkan untuk membuat buku skrap bagi kumpulan masing-masing. Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan yang mereka perlu lakukan. 2.4 Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media) 2.4.1 Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan CD-Rom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan pelajar. Penggunaan CD-ROM dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi. Guru memasang CD yang mengandungi lagu “Makan” dengan tujuan menarik minat murid terhadap penagajaran dan pembelajaran ketika itu. Malah isi kandungan yang ditayangkan itu juga membantu guru untuk mengajak murid bertanya dan bersoal jawab bagi memudahkan pendekatan kepada memperkenalkan tajuk waktu itu iaitu Makan Seimbang. 2.4.2 Selain daripada penggunaan CD-ROM, guru juga menggunakan slaid powerpoint bagi menarik minat pelajar dan mereka dapat melihat dengan sebenarnya fizikal makanan ini.
  • 18. Melalui penggunaan ini juga murid dapat mencatat contoh-contoh makanan disamping menarik minat murid dengan variasi gambar makanan yang berwarna-warni. Pengulang slaid boleh dilakukan sendiri oleh murid dengan bimbingan guru sekiranya pelajar ingin melihat berulang kali contoh-contoh makanan tersebut. 2.5 Pemilihan Bahan Pengajaran (Instructional materials) 2.5.1 Pemilihan media yang berasaskan teknologi pengajaran sebagai Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti gam dan gunting dalam aktiviti buka skrap juga dapat membantu murid menggunakan teknik yang betul ketika menggunting dan menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting itu lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar merasa dan melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik. 2.6 Cadangan Penggunaan Bahan Media (Ultilize media and material) 2.6.1 Memilih, mengubahsuaikan atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Seandainya seorang guru gagal untuk menentukan media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk melaksanakan tugasan ini, kaedah soal jawab, dan perbincangan dan digunakan bagi member kefahaman kepada pelajar.
  • 19. Perbincangan Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam rancangan pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian dengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukan pelajar mencari seberapa banyak contoh untuk membina peta minda dan buku skrap. Soal jawab Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan tujuan : i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir Keadah ini digunakan di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih ini. Demonstrasi Demonstrasi adalak kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekelompok pelajar. Kaedah ini dipilih bagi memudahkan murid melihat kemahiran yang perlu dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat peta minda dan buku skrap.
  • 20. Penggunaan CD dan slaid powerpoint Penggunaan media ini digunakan ketika set induksi dan sesi soal jawab bagi menarik minat pelajar dan pelajar membantu mencetus idea buat pelajar 2.7 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation) 2.7.1 Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, serta projek. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta menuliskan ayat tunggal berdasarkan gambar di dalam buku skrap. 2.8 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise) 2.8.1 Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.
  • 21. Oleh yang demikian, guru boleh menilai sejauh mana keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar tahun 2 Arif . Antaranya adalah seperti berikut: 2.8.2 Penilaian sebelum pembelajaran. Penilaian dibuat dengan melihat analisis pelajar semasa sesi pembelajaran sebelum ini berlangsung. Kemudian, analisis baru dibuat ketika langkah 1 pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajar dapat bersoal jawab dengan guru dan menjawab soalan guru secara lisan serta merasai dan melihat sendiri jenis makanan tersebut melalui bahan maujud. 2.8.3 Penilaian semasa pembelajaran Penilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2 pengajaran hingga langkah ke 5 apabila pelajar perlu melakukan pembelajaran aktif. Dalam setiap langkah pengajaran yang dilakukan, telah dapat dikenalpasti pelajar yang lemah dalam matapelajaran tersebut dengan melihat kemampuan mereka memberi respon terhadap setiap soalan dan aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, penerangan semasa pengajaran dapat dibuat, menjurus kepada memberi pemahaman pelajar yang bermasalah. 2.8.4 Penilaian setelah pembelajaran Penilaian setelah pembelajaran pula dapat dilaksanakan dengan memberikan pelajar latihan melalui lembaran kerja serta meminta pelajar menyatakan kepentingan makanan seimbang mengikut pemahaman murid.
  • 22. 2.9 Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teacher‟s plan) 2.9.1 Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Penilaian diumpamakan sebagai cara untuk menuju ke garis penamat. 2.9.2 Menilai media dan kaedah Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan : a) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ? b) Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran ? c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan dengan cara yang betul ? d) Adakah suasana pembelajaran selesa ? e) Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ? 2.9.3 Menilai pencapaian pelajar Setelah sesi pembelajaran selesai , guru menyediakan lembaran kerja untuk menilai keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Walaupun tugasan hanya diberi pada akhir
  • 23. pengajaran, pelajar –pelajar telah diuji dari awal sehingga akhir pengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untuk mencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah yang boleh membantu pelajar yang di bawah tahap penguasaan. Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan diberikan bertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses pengajaran yang telah berlaku.
  • 24. RUMUSAN Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting seperti pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan media, analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai. Jika model ini dibandingkan dengan model SIM, ternyata model ASSURE adalah yang lebih baik . Model SIM hanya menitikberatkan interaksi guru, murid objektif serta isi pelajaran dan persekitaran sahaja tanpa mengambilkira kaedah dan penggunaan media. Penggunaan media dan alat tidak dititik beratkan dalam model ini, jadi keberkesanan proses pengajaran tidak dapat dimaksimumkan. (3, 500 patah perkataan)
  • 25. RUJUKAN / REFERENSI 1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza Publishing Sdn.Bhd. 2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan Fajar Bakti. 3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd. 6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.