SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  25
1.0    PENDAHULUAN


  
 
      
                                                   

       Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada
       Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-
       orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.


             Apabila berbincang mengenai kepimpinan Islam, maka tidak dapat
       tidak untuk menyatakan tentang ayat Allah yang mewajibkan setiap
       manusia untuk taat kepada pemimpin di kalangan umat berkenaan selagi
       pemerintahannya      adalah   menurut    syarak      dan   tidak   melewati
       batasannya.Tidak kira di mana sahaja sekalipun setiap daripada manusia
       itu juga adalah seorang pemimpin bahkan dalam satu keadaan yang
       terakhir manusia itu adalah pemimpin bagi dirinya sendiri. Penerapan
       kepimpinan Islam seharusnya diberi perhatian yang serius terutama sekali
       dalam kalangan guru pelatih sendiri dalam sesebuah kelas atau dalam
       situasi realitinya adalah kepimpinan Islam oleh guru terhadap murid di
       sekolah kerana sekiranya seseorang pemimpin yang dipilih oleh rakannya
       adalah   seseorang     yang     mempunyai   fikrah     seorang     pemimpin
       berlandaskan   al-Quran   dan    Sunah   maka     sempurnalah      pemilihan
       pemimpin yang dipilih berkenaan.


             Kepimpinan Islam yang dapat dilaksanakan secara sepenuhnya
       dalam sesebuah organisasi terutamanya di kalangan bakal guru dapat
       membantu mewujudkan suatu bi‟ah solehah yang sesuai menurut syarak.
       Seorang pemimpin yang mampu untuk menjaga beberapa perkara utama

                                        1
yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kini amnya yang bukan
hanya terjadi dalam kalangan mereka yang bekerja di dalam profesion lain
bahkan dalam profesion perguruan juga adalah persoalan tentang
pemisahan antara pergaulan bebas lelaki dan perempuan terutama sekali
dalam susunan koordinat kelas dan lain-lain lagi. Pepatah ada menyebut
tentang “Bagai mengajar anak ketam berjalan betul” yang biasanya
berlaku di dalam sesuatu keadaan guru yang sering meminta muridnya
untuk tidak duduk dalam keadaan yang mencurigakan di dalam kelas
tetapi hal berkenaan dilakukan sendiri oleh guru berkenaan.Maka sudah
tentu murid berkenaan akan mempersoalkan tindakan guru berkenaan
yang melarang murid melakukannya tetapi guru sendiri melakukan
perkara yang ditegahnya sendiri.


      Jika diamati pada Sirah Rasulullah SAW semasa pemerintahan
Islam sejak zaman Baginda sendiri sehinggalah zaman khalifah yang
terakhir iaitu di dalam pemerintahan Turki Uthmaniyah yang berakhir
sekitar awal tahun 1924 masihi yang lalu, sistem pemerintahan Islam
merupakan satu daripada sistem yang tidak pernah dipinggirkan dalam
pemilihin seorang pemimpin sebagai ketua negara dalam segala aspek
berkaitan dengan sesebuah negara meliputi ekonomi, sosial, politik dan
apa sahaja adalah berdasarkan kepada yang digariskan oleh al-Quran
dan sunah nabi.Berdasarkan kepada sebuah Hadis Nabi SAW yang
bermaksud:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai
kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya
mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan
ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya
dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin
kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya
mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu



                                   2
akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”.( Hadis Riwayat al-Bukhari,
Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad )


      Matlamat sebenar daripada kepimpinan Islam yang diterapkan
sendiri adalah sesuatu yang jelas lagi nyata iaitu untuk mendapatkan
keredhaan Allah di dunia dan akhirat.Dengan penerapan kepimpinan
Islam terhadap sesebuah organisasi atau kumpulan maka tercapailah
matlamat satu daripada aspek yang perlu dilaksanakan oleh manusia iaitu
menerapkan hukum Allah yang selama ini tidak diendahkan oleh segenap
masyarakat kini yang sebenarnya semakin hari semakin jauh daripada
matlamat untuk mendapatkan redha Allah bahkan disayangi nabi.


      Pengiktirafan Allah terhadap manusia sebagai seorang pemimpin
atau khalifah sebenarnya telah dinukilkan di dalam al-Quran dalam surah
al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:


      “Sesungguhnya aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di
muka bumi ini”.


      Dengan ini jelaslah betapa pentingnya keberadaan seseorang
pemimpin tidak kira pemimpin daripada sebesar-besar organisasi bahkan
sekecil-kecil organisasi maka sekiranya terterapnya kepimpinan Islam
maka baiklah seluruh keadaan apa yang dipimpin oleh seseorang itu.




                               3
2.0   PENERAPAN        KEPIMPINAN         ISLAM   DALAM     BILIK   DARJAH
      KALANGAN GURU PELATIH




      Kepimpinan Islam merupakan satu daripada aspek yang diperlukan dalam
kalangan guru pelatih dalam usaha untuk mewujudkan bakal guru yang
mempunyai pengetahuan dan ilmu tentang bagaimana kepimpinan Islam dapat
diterapkan semasa di sekolah kelak.Secara umumnya, kepimpinan merupakan
kata terbitan yang terbit menerusi kata akar “pimpin” yang bermaksudseorang
individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan
menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengah
orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong
pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang
membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah.
Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai
pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin Syed Mustapa. Ahmad Subki
Bin Miskon, 2010) Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989)
kepimpinan pula membawa maksud keupayaan memimpin. Manakala menurut
kata-kata seorang ahli falsafah barat Certo (1997) kepimpinan membawa
maksud proses pengarahan tingkah laku orang lain kearah penyempurnaan
sesuatu objektif. Dalam erti kata lain, ia bermaksud suatu desakan terhadap
sikap seseorang bagi mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan oleh seorang
pemimpin. Bagi Ahmad Mohd Salleh (2008) kepimpinan bermaksud satu proses
di mana seorang individu mendapatkan kerjasama orang lain kearah pencapaian
matlamat dalam suasana tertentu dan menurut Razali Saaran (2008) kepimpinan
dalam konteks bilik darjah membawa maksud kemampuan seseorang guru
mempengaruhi para pelajarnya turut serta dalam aktiviti pengajarannya serta
memimpin para pelajarnya ke jalan yang benar dan diredhai Allah.




                                      4
Bagi pengertian Islam pula, terdapat beberapa pandangan yang
dikeluarkan antaranya ialah menerusi kamus dewan yang bermaksud sejahtera
yang berasal daripada perkataan        . Bagi pengertian dari segi istilah pula Islam
merujuk kepada penyerahan dan tunduk kepada Allah (Wikipedia,2011) Menurut
Said Hawa (2000) Islam bermaksud „ketundukan seorang hamba kepada wahyu
Ilahi yang diturunkan kepada para nabi dan rasul khususnya Muhammad SAW
guna dijadikan pedoman hidup dan juga sebagai hukum/ aturan Allah SWT yang
dapat membimbing umat manusia ke jalan yang lurus, menuju ke kebahagiaan
dunia dan akhirat.‟ Kefahaman yang menyeluruh tentang definisi kepimpinan dan
Islam secara jelas seterusnya dapat membantu tentang pemahaman tentang
penerapan kepimpinan Islam seperti yang dinukilkan oleh Dr Siddiq Fadzil
(2010), kepimpinan dalam Islam bukan hanya mempengaruhi orang tetapi
pemimpin menurut Islam ialah pemandu umat dalam melaksanakan amanah
ketuhanan   “Devine   Trust”   iaitu   memelihara     agama     dan   menguruskan
dunia.Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab dan amanah bukan
suatu tashrif iaitu kebesaran atau kebanggaan (Siddiq Fadzil, 2010).




      Dalam menerapkan kepimpinan Islam dalam kalangan guru pelatih
seterusnya daripada guru pelatih kepada murid-murid di sekolah terdapat banyak
kaedah atau cara yang boleh digunapakai untuk menerapkan kepimpinan Islam.
Jika kita menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW pada masa lalu, sudah tentu
kita memperakui bahawa baginda merupakan seorang daripada pendidik yang
terulung pada zaman baginda. Melalui segala apa yang baginda lakukan tidak
kira perbuatan, percakapan, tikrar dan segala yang berkaitan dengan baginda
maka adalah sesuatu yang terbaik yang pernah dicatatkan di dalam sirah Nabi.
Berdasarkan kepada suatu hadis yang menjelaskan tentang sebab utama Nabi
Muhammad diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak, maka sudah
tentulah sebagai umat Nabi Muhammad kita perlu meletakkan akhlak baginda
sebagai rujukan utama dalam penerapan kepimpinan Islam.



                                         5
Di samping itu juga, sarjana Islam membicarakan tentang kepemimpinan
sebagai satu daripada tiang agama dan tidaklah sempurna urusan agama itu
tanpa adanya kepemimpinanKrisis yang sedang melanda umat Islam saat ini
adalah kerana tiada pendidik yang dapat diteladani atau pemimpin berjiwa
pendidik.( Jamal Hasan Sa‟d Madhi, 2010) Maka, menjadi kewajipanlah bagi
bakal pendidik bagi kaedah atau cara penerapan kepimpinan Islam yang dapat
diperlihatkan secara jelas adalah menerusi sebuah sepotong ayat di dalam surah
al-Ahzab ayat 21 iaitu:


 
     

      Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan
(keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan
mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)




      Menerusi ayat ini berkenaan, jelaslah bahawa kaedah penerapan
kepimpinan Islam yang pertama adalah menerusi pendekatan Qudwah Hasanah.
Menerusi pendekatan ini, walaupun terdapat sedikit perbezaan yang tidak begitu
ketara antara qudwah hasanah dan uswah hasanah maka ia tidak lari dari
mendefinisikan hal ini iaitu sebagai seorang pemimpin maka adalah amat
diperlukan dalam akhlak mereka untuk menjadi uswah hasanah kepada murid-
murid atau rakan-rakan di dalam kelas. Penerapan sikap ini penting agar setiap
perbuatan dan tingkah laku pemimpin berkenaan adalah berasaskan daripada
akhlak baginda SAW yang mementingkan kepada manusia untuk menerapkan
prinsip qudwah hasanah kepada orang yang dipimpin. Menerusi pendekatan
qudwah hasanah ini, seseorang pemimpin akan sentiasa menjaga perbuatan
dan percakapan yang disampaikan di dalam sesebuah kelas agar setiap
perbuatan dan percakapan yang disampaikan adalah sesuai dan mengikut


                                      6
segala panduan yang ditetapkan Islam dan seterusnya diteladani oleh orang
yang dipimpinnya.




      Sebagai contoh, sebagai seorang bakal guru semasa sedang mengajar
atau menyampaikan ilmu tentang akhlak dan adab Islamiah, seseorang itu perlu
untuk menunjukkan contoh teladan (uswah hasanah) yang baik dan terus
menerus mengamalkan adab yang disampaikan kepada orang yang diajar atau
dipimpin.Sekiranya perkara yang diajarkan adalah mengenai adab dengan rakan
maka seseorang guru itu perlu melakukan amalan itu terlebih dahulu sebelum
dilihat dan difahami oleh orang yang dipimpin.Dengan yang demikian, sekiranya
orang yang dipimpin berkenaan dapat menghayati dan mengamalkannya pula
dalam kehidupan seharian maka tercapailah penerapan kepimpinan Islam
menerusi qudwah hasanah dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan.




      Jika diteliti menerusi sirah Nabi SAW, baginda banyak mengamalkan
adab-adab yang sering diamalkan dalam kehidupan seharian baginda di
samping menyampaikan ilmu berkenaan kepada orang ramai.Terdapat suatu
riwayat yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad menerapkan qudwah
hasanah dalam kehidupan seharian baginda untuk diteladani oleh masyarakat
lain iaitu dalam hal bersosial dengan seluruh masyarakat baginda tidak pernah
memilih siapa pun untuk mendekati diri atau menjauhkan diri daripada umatnya
sebelum ini seperti suatu ketika Nabi Muhammad sendiri boleh duduk
bersebelahan dengan seorang orang tua yang pada diri orang tua itu mempunyai
kudis, miskin dan dengan keadaan yang kotor. Hal ini menerangkan kepada kita
akan sifat rendah diri yang diperlukan oleh seorang pemimpin Islam dan
sekiranya diamalkan oleh pemimpin berkenaan maka akan dijadikan contoh
yang baik oleh pengikutnya.



                                      7
Dalam pendekatan ini juga, Allah SWT ada menukilkan tentang
pentingnya untuk seseorang pemimpin atau manusia itu untuk melaksanakan
sesuatu yang sering diungkapkan atau diucapkan dalam kehidupan seharian
melalui al-Quran dan sekiranya tidak dilaksanakan oleh seseorang itu maka akan
dilaknat oleh Allah menerusi Surah AS-Saff ayat 2 dan 3 iaitu:


 
                                                

                                       

      Maksudnya:     Wahai     orang-orang   yang   beriman,     mengapa   kamu
memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya
di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya

      Oleh itu, menerusi pendekatan qudwah hasanah ini maka penerapan
kepimpinan Islam dapat diwujudkan dalam sesebuah kelas dan dikira berjaya
sekiranya setiap perbuatan atau perkataan yang disampaikan oleh seseorang
pemimpin itu dituruti dalam kehidupan orang yang dipimpin itu dengan kerap dan
istiqamah.Kaedah ini juga sebenarnya tidak dapat tidak pemimpin berkenaan
telah memperoleh pahala kerana berusaha untuk menerapkan sunah Nabi SAW
yang semakin hari dilupakan.




      Seterusnya, bagi menerapkan kepimpinan Islam dalam kalangan guru
pelatih mahupun murid-murid di dalam kelas maka pengetahuan dan amalan
berkaitan nilai-nilai Islam tidak boleh dipandang enteng oleh seseorang
pemimpin dalam sesebuah kelas atau organisasi.Sirah Nabi menunjukkan
tentang banyak kisah-kisah yang berlaku hasil daripada penerapan nilai-nilai
Islam dalam sesebuah organisasi.Dengan pengetahuan tentang beberapa sifat
atau tingkah laku yang diperlukan oleh seseorang pemimpin Islam sepertimana
pada zaman kegemilangan Islam terdahulu sudah tentu keadaan sesebuah
masyarakat itu menjadi lebih baik dan aman serta sempurna dari segi amalan

                                        8
kehidupan bermasyarakat.Terdapat beberapa sifat yang diperlukan untuk
diterapkan oleh seseorang pemimpin dalam usaha menerapkan kepimpinan
Islam. Antara sifat yang penting adalah amanah, bertanggungjawab, mempunyai
keseimbangan bersepadu, dan adil.Seterusnya perbincangan tentang sifat yang
diperlukan oleh seseorang pemimpin dalam kepimpinan Islam akan dihuraikan
secara terperinci.




       Bagi sifat yang pertama yang diperlukan oleh seorang pemimpin dalam
usaha menerapkan kepimpinan Islam adalah sifat amanah. Berkenaan sifat
amanah ini maka ia tidak dapat tidak lari daripada sifat bertanggungjawab yang
amat diperlukan dalam seseorang diri pemimpin Islam. Melalui sifat amanah ini
Allah SWT telah menetapkan di dalam al-Quran tentang pentingnya menjaga
amanah yang telah ditaklifkan oleh Allah kepada mereka yang dilantik sebagai
pemimpin melalui Surah Al-Baqarah ayat 286 iaitu:


 
                                                                           …..

       Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apayang terdaya
olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. ..




       Menerusi ayat ini, Allah menyatakan tentang amanah yang diberikan
kepada setiap manusia adalah berdasarkan kepada ilmu Allah yang mengetahui
tentang kemampuan seseorang hambaNya.Begitu juga kepada pemimpin Islam,
Allah tidak akan memilih seseorang itu untuk memimpin sesebuah organisasi
tanpa sebab musabab yang kadang kala tidak difahami oleh manusia itu sendiri.
Maka, amanah untuk melaksanakan dan menjaga apa yang dipimpin amat

                                      9
diperlukan dan memastikan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan jujur
dan ikhlas.Menerusi sifat rasulullah yang sentiasa amanah dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai pemimpin terdapat kisah yang boleh diketengahkan
sebagai pengetahuan dan pengajaran yang boleh diambil.Kisah ini adalah
berdasarkan kepada kisah yang berlaku semasa zaman pemerintahan selepas
Khulafa‟ Ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.




      Menerusi kisah ini, dikisahkan bahawa khalifah Umar Abdul Aziz yang
terkenal dengan sifat amanah telah sanggup memadamkan sebuah lampu lampu
meja dikala anaknya yang datang untuk bertanyakan sesuatu tentang urusan
keluarga dengan alasan bahawa minyak lampu berkenaan adalah kepunyaan
kerajaan dan dibeli dengan duit kerajaan.Khalifah Umar Abdul Aziz telah
meminta pelayan beliau untuk membawakan lampu kepunyaannya sendiri.
Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini adalah pentingnya amanah
terutama sebagai seorang pemimpin walaupun adakalanya dirasakan bahawa
sesuatu perkara itu adalah remeh tetapi jika ia tidak berkaitan dengan amanah
yang diberikan maka keperluan untuk tidak menyalahi amanah adalah amat
dititikberatkan. Begitulah sikap seorang pemimpin yang sentiasa menerapkan
kepimpinan Islam di dalam kehidupan seharian.




      Bagi aplikasi di dalam kehidupan seharian guru tidak kira di rumah atau di
sekolah, seseorang guru atau pemimpin berkenaan juga seharusnya tidak
menyalahi amanah yang diberikan untuk memimpin sesebuah organisasi.
Sebagai contoh, sebagai seorang guru atau pemimpin amanah untuk
menyerahkan wang yuran sekolah kepada pihak sekolah mesti dijalankan
dengan baik dengan tidak mendahulukan wang berkenaan untuk digunakan bagi
kehidupan peribadi atau perkara lain yang tiada kena-mengena dengan amanah
yang diberikan.Contoh yang lain pula adalah seperti seorang guru yang diberikan
amanah untuk mengajar, maka guru itu perlu mencari kaedah yang paling sesuai


                                      10
dan baik bagi memudahkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan
dan secara tidak langsung meninggalkan kesan dalam jiwa para pelajarnya.
(Razali Saaran, 2010)




      Dengan penerapan sifat yang pertama ini, maka sudah tentulah ia akan
membantu memimpin murid-murid akan pentingnya sifat amanah dalam
kehidupan seharian dan dalam kepimpinan Islam sendiri juga menyatakan
bahawa Nabi S.A.W. memperingatkan umatnya tentang amanah semasa
memimpin dengan sabda baginda, yang dilapor oleh Ibn Umar yang bermaksud
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan
terhadap mereka yang berada di bawah kepimpinan kamu.”




      Bagi sifat yang kedua yang diperlukan oleh seorang pemimpin dalam
usaha menerapkan kepimpinan Islam dalam bilik darjah ialah sifat mempunyai
keseimbangan bersepadu.Seseorang pemimpin yang ingin menerapkan
kepimpinan Islam sepatutnya mempunyai keseimbangan yang bersepadu dalam
diri seseorang itu. Dalam erti kata lain, keseimbangan bersepadu adalah
mempunyai keseimbangan yang baik antara roh dan jasad iaitu pembangunan
spiritual dan mental demi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Dalam sifat ini, seseorang guru atau pemimpin perlu mempunyai pandangan
yang jelas tentang keperluan memahami realiti keadaan semasa dan kaedah
penyelesaian yang boleh memberikan kebaikan tanpa menjejaskan matlamat
dunia dan akhirat.Mohd.Kamal Hassan (1984) telah mencadangkan satu kaedah
untuk menyelamatkan manusia. Menurut beliau,

      "Ilmu yang diajar dan dikembangkan mestilah dipadukan dengan iman
kepada Allah, ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh, dan akhlak yang
mulia.Semuanya ini berdasarkan tauhid dalam mempelajari, mengajar dan
mengembangkan ilmu pengetahuan."


                                      11
Menurut pandangan yang dikemukakan beliau kesepaduan antara aspek
rohani dan jasad serta akal perlu disepadukan lebih-lebih lagi kepada guru atau
pemimpin bagi memastikan setiap perkara yang disampaikan dapat difahami
dengan mendalam dan dihayati dalam kehidupan seharian.Terdapat satu dalil
daripada al-Quran yang menekankan tentang pentingnya keseimbangan
bersepadu ada dalam diri manusia lebih-lebih lagi pemimpin yang ingin
menerapkan Islam dalam pimpinannya. Dalam al-Quran surah al-Fathir ayat 28
iaitu:

 
 
 
  

Maksudnya: dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang
melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya?
sebenarnyayang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.




         Dalam konteks kepimpinan Islam, maka dengan kesepaduan antara
kognitif (akal) dan afektif yang dapat menyampaikan ilmu maka ia sekaligus
dapat melahirkan insan yang dapat beramal dan patuh kepada perintah Allah
SWT.Dalam ayat berkenaan juga, menyatakan tentang peri pentingnya konsep
ilmu, iman dan amal yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan seseorang
pemimpin dahulu sebelum dapat disampaikan kepada pengikut atau orang yang
dipimpin olehnya dengan baik. Secara tidak langsung dengan mempunyai
keseimbangan bersepadu seseorang pemimpin dapat membantu pengikutnya
untuk bukan sahaja mempelajari ilmu untuk ganjaran atau dunia semata-mata


                                      12
bahkan ia juga atas dasar iman dan perlu diamalkan untuk kebaikan diri
seseorang itu.




      Sebagai contoh aplikasi keseimbangan bersepadu yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW semasa hayat baginda ialah berdasarkan hadis Nabi yang
diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Birr dari Anas.Di dalam kisah berkenaan Anas RA
telah bertanya kepada baginda tentang apakah amalan yang lebih utama dan
Rasulullah telah menjawab ilmu pengetahuan tentang Allah.Seterusnya sahabat
bertanya lagi tentang apakah ilmu yang dimaksudkan dan Rasulullah menjawab
ilmu pengetahuan tentang Allah SWT.Selepas daripada Rasulullah menjawab
persoalan berkenaan sahabat berkenaan menyangka bahawa Rasulullah telah
tersalah dalam memahami soalan yang dikemukakan sahabat berkenaan dan
sahabat berkenaan menegaskan bahawa beliau bertanya tentang amalan
sedangkan Rasulullah menjawab tentang Ilmu. Melihat akan penegasan sahabat
berkenaan Rasulullah telah menyatakan bahawa sesungguhnya sedikit amalan
akan berfaedah apabila disertai dengan ilmu tentang Allah dan banyak amalan
tidak akan bermanfaat apabila disertai kejahilan tentang Allah.Begitulah
penerangan Rasulullah tentang persoalan yang menyatakan keperluan akan
keseimbangan antara 3 aspek yang penting itu iaitu Ilmu, Iman dan Amal yang
disebut keseimbangan bersepadu dalam diri setiap pemimpin Islam.




      Sebagai contoh dalam usaha untuk mengaplikasikan keseimbangan
bersepadu yang boleh dijalankan oleh guru atau pemimpin di dalam kelas ialah
seperti di dalam bidang Ibadah, seseorang guru berkenaan boleh membawa
hadis Nabi yang berkaitan dengan sebuah kisah yang menyatakan bahawa
terdapat seorang manusia pada zaman nabi yang masih lagi melakukan maksiat
walaupun beliau bersolat pada waktu yang ditetapkan.Maka, mengikut kisah
berkenaan Rasulullah menyatakan bahawa lama kelamaan maksiat yang
dilakukan akan ditinggalkan oleh orang berkenaan disebabkan oleh amalan baik


                                     13
yang dilakukannya.Hal ini boleh diterangkan oleh guru tentang pentingnya
mempelajari, di samping mempercayai dengan hati serta beramal dengan ikhlas
akan dapat membantu seseorang murid atau pengikutnya untuk meninggalkan
maksiat. Penerapan keseimbangan bersepadu ini mampu menghasilkan murid
yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah di samping tidak
meninggalkan kepentingan kehidupan di dunia untuk kebaikan akhirat.




      Bagi sifat ketiga yang diperlukan oleh seorang pemimpin untuk
menerapkan kepimpinan Islam adalah sifat adil.Adil menurut Kamus Dewan ialah
pertimbangan     yang   wajar   atau   tidak   memihak   kepada   mana-mana
pihak.Manakala menurut maksud dari segi istilah syarak adil ialah meletakkan
sesuatu pada tempat yang sesuai dan betul. Adil merupakan satu daripada sifat
yang seharusnya dipunyai dan difahami dengan jelas oleh seseorang pemimpin
yang ingin orang lain mengikuti pimpinannya.Keadilan seharusnya dilaksanakan
kepada semua pengikut kepada pemimpin berkenaan tanpa mengira warna kulit,
etnik, bangsa,budaya dan latar belakang dalam sesebuah masyarakat. (Agus
Saputera,2008)




      Keadilan yang dilaksanakan seharusnya berdasarkan kepada apa yang
telah digariskan di dalam al-Quran dan Hadis bagi menerapkan kepimpinan
Islam dalam sesebuah organisasi sepertimana yang diterangkan di dalam al-
Quran Surah Al-Maidah ayat 42 iaitu:


  

 
 
                                



                                       14
Maksudnya: mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka
memakan Segala Yang haram (rasuah dan sebagainya). oleh itu kalau mereka
datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah
diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau
berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu
sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka
Dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku
adil.



        Ayat berkenaan menjelaskan betapa pentingnya penerapan prinsip
keadilan yang dipertanggungjawabkan terhadap pemimpin tanpa mengira
sesiapa pun yang berada di sekeliling atau dibawah bidang kuasa seseorang
pemimpin dan yang lebih penting adalah seseorang pemimpin berkenaan
berusaha untuk menggunakan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah
terhadap mereka yang melanggar batasan syara‟ agar setiap pemimpin yang
dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kewajipan mereka tidak dipersoalkan
di akhirat kelak.




        Apabila menyoroti kisah yang terdapat disebalik sifat keadilan yang
berlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat terdapat beberapa kisah yang
boleh dijadikan panduan dan teladan akan pentingnya keperluan pemimpin yang
ingin menerapkan kepimpinan Islam untuk menjalankan sesuatu tugasan dengan
adil dan saksama. Antara kisah yang sering diceritakan adalah kisah tentang
keadilan yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Urwah yang menceritakan
bahawa ketika zaman penaklukan Mekah dahulu, terdapat seorang perempuan
yang mulia dalam kalangan Bani Makhzum yang telah mencuri. Maka kes ini
telah mendapat perhatian kaum Quraisy dan dirujuk kepada Nabi Muhammad
SAW yang menjadi ketua negara pada ketika itu.




                                     15
Bagi menyampaikan kes ini kepada baginda maka Usamah Bin Zaid telah
diminta untuk menyampaikan kes berkenaan kepada Rasulullah dengan harapan
perempuan berkenaan dapat diampunkan dosanya.Maka setelah kes berkenaan
diberitahu kepada baginda maka baginda telah menyampaikan sebuah pidato
yang antara isinya adalah tentang hancurnya kaum sebelum ini adalah
disebabkan tiada tindakan atas kesalahan yang dilakukan dan Rasulullah juga
menegaskan sekiranya anaknya sendiri iaitu Saidatina Fatimah yang mencuri
maka baginda sanggup memotong tangan anaknya atas dasar keadilan
Islam.Maka dalam kisah ini Rasulullah menitahkan perempuan yang dikatakan
mulia itu dijatuhi hukuman potong tangan dan bertaubat dengan taubat yang
bersungguh-sungguh.Berdasarkan kepada cerita ini maka, jelaslah tanpa
mengira darjat, pangkat, kedudukan, harta dan sebagainya semuanya berada di
dalam timbangan dan keadilan yang sama rata. Sekiranya Rasulullah yang
maksum menyatakan akan pentingnya berlaku adil pada zaman baginda sendiri
apatah lagi pada masa kini yang diperlihatkan akan terlalu berleluasanya maksiat
di sana sini.




       Bagi pengaplikasian sifat adil di dalam bilik darjah atau sesebuah
organisasi maka seseorang pemimpin itu perlu berlaku adil dalam semua hal
yang berkaitan dengan sesebuah organisasi sebagai contoh di dalam kelas
seseorang guru itu tidak boleh memilih kasih antara seorang murid dengan murid
yang lain dengan tidak menjalankan hukuman kepada murid yang adakalanya
dianggap mempunyai wajah yang comel atau cantik dengan murid yang kurang
cantik. Keperluan guru berlaku adil dengan memberikan hukuman kepada
sesiapa sahaja yang melanggar peraturan kelas dan peraturan agama adalah
bersifat universal kepada mana-mana murid yang berada di dalam kelas. Contoh
yang lebih jelas adalah seperti seorang murid yang pandai akan dikenakan
hukuman yang sama dengan murid yang kurang pandai sekiranya melakukan
kesalahan seperti mengejek rakan dan tidak menyiapkan kerja rumah.Maka
dengan itu tercapailah hasrat seseorang guru atau pemimpin untuk menerapkan


                                      16
salah satu kepimpinan Islam dalam sesebuah kelas atau organisasi apabila
prinsip keadilan dalam kepimpinan dapat dilaksankan dengan baik dan
berkesan.




      Jika diamati dengan jelas dan terperinci akan ayat al-Quran ini yang
menyatakan tentang pentingya keadilan maka sesebuah kepimpinan Islam akan
terus mekar subur dan difahami dengan baik serta diamalkan oleh pemimpin
Islam berkenaan iaitu di dalam Surah Shadd ayat 32:





 

 
            

Maksudnya: Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut
melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " janganlah takut, (Kami ini) adalah
dua orang Yang berselisihan, salah seorang dari Kami telah berlaku zalim
kepada Yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara Kami Dengan adil, dan
janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah Kami ke jalan Yang lurus.




      Bagi sifat yang terakhir yang diperlukan oleh seorang pemimpin untuk
menerapkan di dalam kepimpinan Islam ialah sifat sabar sebagaimana yang
dijelaskan oleh Allah Taala di dalam Surah As-Sajdah ayat 24 iaitu:

 

 
                                                                          

                                       17
Maksudnya: dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang
membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka
bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan
ayat-ayat keterangan kami.




      Sebenarnya menerusi sifat sabar inilah akan terbit dan lahir sifat-sifat
mahmudah yang lain dalam diri seseorang pemimpin dalam menerapkan
kepimpinan Islam dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang mempunyai sifat
sabar yang tinggi seharusnya menjadi kriteria untuk diangkat menjadi pemimpin
kerana dengan sifat itulah mereka mampu mendepani pelbagai cabaran dan
dugaan yang bakal mendatang. (Agus Saputra, 2008) Sifat sabar ini sebenarnya
tidak mudah untuk ditonjolkan kepada orang lain tetapi ia hanya dapat dinilai
sekiranya seseorang bakal pemimpin itu diberikan tugasan untuk dilaksanakan
dalam syarat dan tempoh yang tertentu.Dengan tugasan itulah seseorang itu
boleh dinilai akan ketinggian sifat sabar yang ada dalam diri seseorang itu sama
ada tinggi atau rendah.




      Menerusi kisah yang juga banyak ditonjolkan pada zaman Nabi dan
sahabat kebanyakan daripada kisah itu juga banyak menyelitkan tentang hakikat
sebenar sifat sabar yang diperlukan oleh seseorang pemimpin dalam usaha
menerapkan kepimpinan Islam dalam sesebuah organisasi.Antara kisah yang
popular berkaitan sifat sabar Baginda Nabi Muhammad ialah semasa menahan
kemurkaan, kesakitan dan penganiayaan kaum Musyrikin di permulaan dakwah
baginda. Contohnya adalah berkaitan kisah Abu Jahal dan rakannya yang
meletakkan perut unta di bahu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika
Baginda sedang sujud menunaikan salat, selepas itu mereka pun ketawa melihat
kejadian itu sambil mengejek-ejek Baginda. Walau bagaimanapun, Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam tetap sabar dan tidak bersedih di atas penganiayaan



                                      18
itu. Sifat kesabaran Rasulullah Alaihi Wasallam itu telah digambarkan dalam
firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl, ayat 127 iaitu:


 
               

Maksudnya: Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan
telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan
dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita
terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan
tipu daya yang mereka lakukan.




      Bagaimanakah sekiranya seseorang pemimpin masa kini dikenakan hal
yang sedemikian sebagaimana yang berlaku terhadap Rasulullah SAW
berkenaan, maka sudah tentu mereka akan bertindak tegas terhadap mereka.
Hal ini berlainan dengan sikap dan pendirian yang diambil oleh Rasulullah SAW
iaitu dengan berdiam diri dengan hanya meminta bantuan daripada Allah SWT.




      Sebagai contoh, di dalam sesebuah kelas atau organisasi guru
seharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi kepada murid-murid di dalam
kelas lebih-lebih lagi semasa menyampaikan ilmu mengenai akidah tahun 1
contohnya yang menceritakan tentang topik beriman kepada Allah dan sudah
pasti terdapat murid-murid yang bertanyakan soalan yang sukar dijawab oleh
guru sendiri.Bahkan mungkin juga guru akan berdepan masalah untuk mengawal
murid yang terlalu bising di dalam kelas dan guru perlu bersabar dalam situasi ini
agar dapat mendidik murid yang bising dengan cara yang baik dan sesuai.
Sekiranya murid telah mengikuti arahan dan peraturan yang disampaikan oleh
guru di dalam kelas hasil daripada sifat sabar guru maka inilah merupakan satu
daripada tanda berjayanya penerapan kepimpinan Islam dalam bilik darjah.

                                       19
Kesimpulannya, sekiranya seseorang guru atau pemimpin yang penting
dalam sesebuah organisasi dapat melaksanakan beberapa pendekatan dan
kaedah yang digariskan sebelum ini seperti pendekatan Qudwah Hasanah serta
penerapan nilai-nilai murni seperti amanah, keseimbangan bersepadu, adil, dan
sabar maka dengan izin Allah terhasillah suatu masyarakat yang dipimpin yang
mempunyai ciri-ciri sebagai seorang muslim yang mempunyai jati diri yang tinggi,
pengetahuan am yang luas serta kemampuan menguruskan diri yang baik.
Dengan itu, generasi yang bakal terhasil pada masa akan datang akan kembali
menjadi generasi yang bukan hanya berusaha untuk melengkapkan diri dengan
ilmu keduniaan sahaja bahkan ilmu akhirat yang seimbang untuk kebaikan dunia
dan akhirat.




                                      20
REFLEKSI

         Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana telah memberi saya sedikit
kekuatan untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Setelah selesai
tugasan ini terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan serta penambahbaikan
yang boleh saya jadikan pedoman dan iktibar kepada saya selaku bakal guru
kelak.




         Saya telah menganalisis beberapa kekuatan yang ada pada diri saya
antaranya ialah mempunyai keazaman yang tinggi untuk melaksanakan tugasan
ini yang pada asasnya sumber rujukan yang menjurus kepada tajuk ini adalah
sangat kurang tetapi atas keazaman yang tinggi bagi mencari sumber yang
hampir dengan tajuk ini saya berjaya mendapatkan beberapa rujukan yang
sesuai dengan tajuk ini.




         Selain itu, saya juga mendapati bahawa dengan kemahiran menggunakan
ICT saya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam mendapatkan
bahan rujukan dalam internet dengan tajuk yang berkaitan.




         Manakala, bagi kelemahan pula adalah dari segi kecetekan ilmu
berkenaan      dengan      penerapan   kepimpinan   Islam.   Saya   seharusnya
menambahkan ilmu dengan berusaha untuk menghafaz beberapa ayat al-Quran
dan hadis yang diperlukan oleh seorang bakal guru yang akan menjadi rujukan
masyarakat kelak dengan mantap dan baik.

         Di samping itu, kelemahan lain yang dikenalpasti ialah kurangnya
pendedahan tentang kaedah penggunaan gaya bahasa yang sesuai dengan
penulisan akademik. Kemungkinan besar terdapat beberapa gaya bahasa yang

                                        21
kurang sesuai atau tidak menepati akan ciri penulisan akademik yang diperlukan
dan saya seharusnya menambah bahan bacaan dalam penulisan akademik bagi
penambahbaikan dalam penulisan akademik akan datang.




      Bagi penambahbaikan pula, saya merasakan bahawa sudah sepatutnya
saya berusaha untuk menghafal beberapa ayat dan hadis yang penting sebagai
hujah kepada setiap apa yang ingin disampaikan tidak kira di dalam penulisan
ataupun ucapan seharian. Di samping itu, penambahbaikan dari segi
pengurusan    penulisan   akademik    bermula    daripada   pendahuluan   perlu
dikemaskini agar penulisan adalah lebih matang dan realistic.




      Sebagai kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dalam usaha
untuk menjadi pemimpin bukan sahaja pemimpin di sekolah sahaja bahkan
sebagai pemimpin di kalangan masyarakat atau komuniti di mana-mana sahaja
setelah dihantar bertugas kelak.




                                       22
BIBLIOGRAFI




Ahmad Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam dan j-QAF Metolodogi dan
    Pengajian Pendidikan.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd

Al-Quran Al-Karim

Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989)

Hawwa, Sa‟id. Al-Islam.(Terj. Oleh Abu Ridha dan AR Shaleh Tamhid) Cet. I –
    2000.Jakarta : Al-I‟tisham Cahaya Umat.

Razali Saaran (2010) Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Batu Caves: Must
    Read Sdn. Bhd.

Masnur Hamzah (2010) Quranic Leadership : Seni Memimpin Gaya Al-Quran.
    Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd.




Kertas Kerja yang diterbitkan

Mohd Amin Salih (1991) Kepimpinan Menurut Pandangan Islam.Di dalam Buku
    Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan dalam Islam. (ms. 96- 114)
    Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)




Kertas Kerja yang tidak diterbitkan

Agus Saputera (2008) Petunjuk Al-Quran dalam Memilih Pemimpin.Penyuluh
    Agama Islam Kantor Urusan Agama Kecamatan Bagan Sinembah Rokan
    Hilir: Indonesia




                                      23
Laman Web

Abdul Wahab b Hj Zakaria (1998) Konsep Pimpinan dalam Islam.

www.angelfire.com/in/elcom98/pimpin.html. Diakses pada 15 September 2011.




Lokman Mohd Hashim (2009) Amanah Dalam Memimpin Organisasi Dituntut
    Oleh Islam.http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/04/14/amanah-dalam-
    memimpin-organisasi-dituntut-oleh-islam/. Diakses pada 5 September 2011




Model Pendidikan Dalam Islam.
    http://reocities.com/CapeCanaveral/runway/6217/Akalroh.htm Diakses pada
    2 September 2011




                                    24
LAMPIRAN




   25

Contenu connexe

Tendances

Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonamira nurfahmida
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHInteraksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHsuhaimi zulkipli
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
3 model tasmik khatam al-quran-edit
3 model tasmik khatam al-quran-edit3 model tasmik khatam al-quran-edit
3 model tasmik khatam al-quran-editareda suhaida
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi firo HAR
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterPenny Chuah
 
Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Amran Aris
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 

Tendances (20)

Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Model pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordonModel pengurusan disiplin thomas gordon
Model pengurusan disiplin thomas gordon
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPHInteraksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
Interaksi 9: Model ASSURE dalam membina RPH
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 
Pembentangan falsafah:)
Pembentangan falsafah:)Pembentangan falsafah:)
Pembentangan falsafah:)
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
3 model tasmik khatam al-quran-edit
3 model tasmik khatam al-quran-edit3 model tasmik khatam al-quran-edit
3 model tasmik khatam al-quran-edit
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi Jelaskan empat pendekatan motivasi
Jelaskan empat pendekatan motivasi
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 

En vedette

Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraCeedrah Mohammad
 
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psvAisyah Mainol
 
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.Izz Khalil
 
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRefleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRidhuan As-Siddiq
 
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahHamidah Budi
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesfitri norlida
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
Kursus pengurusan utk pengawas pss
Kursus pengurusan utk pengawas pssKursus pengurusan utk pengawas pss
Kursus pengurusan utk pengawas pssCikgu Bibi
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Sherly Jewinly
 

En vedette (15)

Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
 
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
 
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.
 
Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan
Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapanMatlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan
Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan
 
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRefleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
 
profesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruanprofesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruan
 
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
 
Kepimpinan
KepimpinanKepimpinan
Kepimpinan
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
Matlamat pengajaran
Matlamat pengajaranMatlamat pengajaran
Matlamat pengajaran
 
Kursus pengurusan utk pengawas pss
Kursus pengurusan utk pengawas pssKursus pengurusan utk pengawas pss
Kursus pengurusan utk pengawas pss
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 

Similaire à CONTOH KEPIMPINAN ISLAM DALAM BILIK DARJAH

Kepimpinan islam
Kepimpinan islamKepimpinan islam
Kepimpinan islamHelmon Chan
 
Makalah PAI 'Kepemimpinan Islam'
Makalah PAI 'Kepemimpinan Islam'Makalah PAI 'Kepemimpinan Islam'
Makalah PAI 'Kepemimpinan Islam'Ana Zuliyanti
 
Kepemimpinan (Dakwah Kampus)
Kepemimpinan (Dakwah Kampus)Kepemimpinan (Dakwah Kampus)
Kepemimpinan (Dakwah Kampus)Mohamad Khaidir
 
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajar
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajarKepemimpinan dalam islam bahan ngajar
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajarIyeh Solichin
 
Pemimpin dalam-islam
Pemimpin    dalam-islamPemimpin    dalam-islam
Pemimpin dalam-islamHelmon Chan
 
Kriteria Pemimpin dalam Islam, Kepemimpinan Islam
Kriteria Pemimpin dalam Islam, Kepemimpinan IslamKriteria Pemimpin dalam Islam, Kepemimpinan Islam
Kriteria Pemimpin dalam Islam, Kepemimpinan IslamMunawwarah Nasir
 
Asal mula kepemimpinan .pdf
Asal mula kepemimpinan .pdfAsal mula kepemimpinan .pdf
Asal mula kepemimpinan .pdflinarusliana1
 
Materi.pptx
Materi.pptxMateri.pptx
Materi.pptxAdeRl1
 
1. MOTIVASI MEMPELAJARI FILSAFAT KEMUHAMMADIYAHAN PPT.pptx
1. MOTIVASI MEMPELAJARI FILSAFAT KEMUHAMMADIYAHAN PPT.pptx1. MOTIVASI MEMPELAJARI FILSAFAT KEMUHAMMADIYAHAN PPT.pptx
1. MOTIVASI MEMPELAJARI FILSAFAT KEMUHAMMADIYAHAN PPT.pptxSarahFarmasi
 
Hadist Sosial_ Siti Lilis kudsiyah.pdf
Hadist Sosial_ Siti Lilis kudsiyah.pdfHadist Sosial_ Siti Lilis kudsiyah.pdf
Hadist Sosial_ Siti Lilis kudsiyah.pdfmusyaffazaim
 
Pengurusan islam power point
Pengurusan islam power pointPengurusan islam power point
Pengurusan islam power pointKamarudin Jaafar
 
Moral dan etika pemimpin dalam perspektif alkitab
Moral dan etika pemimpin dalam perspektif alkitabMoral dan etika pemimpin dalam perspektif alkitab
Moral dan etika pemimpin dalam perspektif alkitabJerry Makawimbang
 
Fungsi pemimpin madrasah dalam pengelolaan pembelajaran pai erik
Fungsi pemimpin madrasah dalam pengelolaan pembelajaran pai erikFungsi pemimpin madrasah dalam pengelolaan pembelajaran pai erik
Fungsi pemimpin madrasah dalam pengelolaan pembelajaran pai erikMJM Networks
 
BEDAH FIQH KEPEMIMPINAN - NALTRA (RUBRIK: KAJIAN)
BEDAH FIQH KEPEMIMPINAN - NALTRA (RUBRIK: KAJIAN)BEDAH FIQH KEPEMIMPINAN - NALTRA (RUBRIK: KAJIAN)
BEDAH FIQH KEPEMIMPINAN - NALTRA (RUBRIK: KAJIAN)ICMI Pusat
 
Konsep Al Quran Tentang Kepemimpinan
Konsep Al Quran Tentang KepemimpinanKonsep Al Quran Tentang Kepemimpinan
Konsep Al Quran Tentang Kepemimpinanvivid rohmaniyah
 
kepemimpinan pendidikan islam
kepemimpinan pendidikan islamkepemimpinan pendidikan islam
kepemimpinan pendidikan islammyrifa25
 

Similaire à CONTOH KEPIMPINAN ISLAM DALAM BILIK DARJAH (20)

Kepimpinan islam
Kepimpinan islamKepimpinan islam
Kepimpinan islam
 
Makalah PAI 'Kepemimpinan Islam'
Makalah PAI 'Kepemimpinan Islam'Makalah PAI 'Kepemimpinan Islam'
Makalah PAI 'Kepemimpinan Islam'
 
Kepemimpinan (Dakwah Kampus)
Kepemimpinan (Dakwah Kampus)Kepemimpinan (Dakwah Kampus)
Kepemimpinan (Dakwah Kampus)
 
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajar
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajarKepemimpinan dalam islam bahan ngajar
Kepemimpinan dalam islam bahan ngajar
 
Pemimpin dalam-islam
Pemimpin    dalam-islamPemimpin    dalam-islam
Pemimpin dalam-islam
 
Kriteria Pemimpin dalam Islam, Kepemimpinan Islam
Kriteria Pemimpin dalam Islam, Kepemimpinan IslamKriteria Pemimpin dalam Islam, Kepemimpinan Islam
Kriteria Pemimpin dalam Islam, Kepemimpinan Islam
 
144626783 pemimpin-dalam-islam
144626783 pemimpin-dalam-islam144626783 pemimpin-dalam-islam
144626783 pemimpin-dalam-islam
 
144626783 pemimpin-dalam-islam
144626783 pemimpin-dalam-islam144626783 pemimpin-dalam-islam
144626783 pemimpin-dalam-islam
 
Asal mula kepemimpinan .pdf
Asal mula kepemimpinan .pdfAsal mula kepemimpinan .pdf
Asal mula kepemimpinan .pdf
 
Materi.pptx
Materi.pptxMateri.pptx
Materi.pptx
 
183829735 perilaku-pemimpin
183829735 perilaku-pemimpin183829735 perilaku-pemimpin
183829735 perilaku-pemimpin
 
183829735 perilaku-pemimpin
183829735 perilaku-pemimpin183829735 perilaku-pemimpin
183829735 perilaku-pemimpin
 
1. MOTIVASI MEMPELAJARI FILSAFAT KEMUHAMMADIYAHAN PPT.pptx
1. MOTIVASI MEMPELAJARI FILSAFAT KEMUHAMMADIYAHAN PPT.pptx1. MOTIVASI MEMPELAJARI FILSAFAT KEMUHAMMADIYAHAN PPT.pptx
1. MOTIVASI MEMPELAJARI FILSAFAT KEMUHAMMADIYAHAN PPT.pptx
 
Hadist Sosial_ Siti Lilis kudsiyah.pdf
Hadist Sosial_ Siti Lilis kudsiyah.pdfHadist Sosial_ Siti Lilis kudsiyah.pdf
Hadist Sosial_ Siti Lilis kudsiyah.pdf
 
Pengurusan islam power point
Pengurusan islam power pointPengurusan islam power point
Pengurusan islam power point
 
Moral dan etika pemimpin dalam perspektif alkitab
Moral dan etika pemimpin dalam perspektif alkitabMoral dan etika pemimpin dalam perspektif alkitab
Moral dan etika pemimpin dalam perspektif alkitab
 
Fungsi pemimpin madrasah dalam pengelolaan pembelajaran pai erik
Fungsi pemimpin madrasah dalam pengelolaan pembelajaran pai erikFungsi pemimpin madrasah dalam pengelolaan pembelajaran pai erik
Fungsi pemimpin madrasah dalam pengelolaan pembelajaran pai erik
 
BEDAH FIQH KEPEMIMPINAN - NALTRA (RUBRIK: KAJIAN)
BEDAH FIQH KEPEMIMPINAN - NALTRA (RUBRIK: KAJIAN)BEDAH FIQH KEPEMIMPINAN - NALTRA (RUBRIK: KAJIAN)
BEDAH FIQH KEPEMIMPINAN - NALTRA (RUBRIK: KAJIAN)
 
Konsep Al Quran Tentang Kepemimpinan
Konsep Al Quran Tentang KepemimpinanKonsep Al Quran Tentang Kepemimpinan
Konsep Al Quran Tentang Kepemimpinan
 
kepemimpinan pendidikan islam
kepemimpinan pendidikan islamkepemimpinan pendidikan islam
kepemimpinan pendidikan islam
 

Plus de Muhammad Syahir

Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014Muhammad Syahir
 
Adab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakanAdab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakanMuhammad Syahir
 
Adab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SRAdab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SRMuhammad Syahir
 
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4Muhammad Syahir
 
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1Muhammad Syahir
 
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaIsu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaMuhammad Syahir
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruMuhammad Syahir
 
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhUsul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhMuhammad Syahir
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamMuhammad Syahir
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanMuhammad Syahir
 
Proses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah lakuProses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah lakuMuhammad Syahir
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Muhammad Syahir
 

Plus de Muhammad Syahir (20)

Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
Kertas kerja Maulidur Rasul 2014
 
Adab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakanAdab bergaul dengan rakan
Adab bergaul dengan rakan
 
Adab bekerja
Adab bekerjaAdab bekerja
Adab bekerja
 
Adab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SRAdab berjalan Pendidikan Islam SR
Adab berjalan Pendidikan Islam SR
 
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
Draf DSKP pendidikan islam tahun 4
 
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
Dokumen standard pendidikan islam tahun 1
 
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran SemasaIsu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
Isu keguruan dan punca - Guru dan Cabaran Semasa
 
Adab berpakaian
Adab berpakaianAdab berpakaian
Adab berpakaian
 
Adab makan dan minum
Adab makan dan minumAdab makan dan minum
Adab makan dan minum
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guru
 
Adab berwudhu'
Adab berwudhu'Adab berwudhu'
Adab berwudhu'
 
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah FiqhUsul Fiqh dan Kaedah Fiqh
Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh
 
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan IslamIsu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
Isu penambahbaikan sistem pendidikan Islam
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
Proses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah lakuProses kaunseling tingkah laku
Proses kaunseling tingkah laku
 
Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007Kemahiran interpersonal 2007
Kemahiran interpersonal 2007
 
Adab bekerja
Adab bekerjaAdab bekerja
Adab bekerja
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Format Pront Page ISL
Format Pront Page ISLFormat Pront Page ISL
Format Pront Page ISL
 
Tajuk tepi MQA
Tajuk tepi MQATajuk tepi MQA
Tajuk tepi MQA
 

CONTOH KEPIMPINAN ISLAM DALAM BILIK DARJAH

  • 1. 1.0 PENDAHULUAN     Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang- orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. Apabila berbincang mengenai kepimpinan Islam, maka tidak dapat tidak untuk menyatakan tentang ayat Allah yang mewajibkan setiap manusia untuk taat kepada pemimpin di kalangan umat berkenaan selagi pemerintahannya adalah menurut syarak dan tidak melewati batasannya.Tidak kira di mana sahaja sekalipun setiap daripada manusia itu juga adalah seorang pemimpin bahkan dalam satu keadaan yang terakhir manusia itu adalah pemimpin bagi dirinya sendiri. Penerapan kepimpinan Islam seharusnya diberi perhatian yang serius terutama sekali dalam kalangan guru pelatih sendiri dalam sesebuah kelas atau dalam situasi realitinya adalah kepimpinan Islam oleh guru terhadap murid di sekolah kerana sekiranya seseorang pemimpin yang dipilih oleh rakannya adalah seseorang yang mempunyai fikrah seorang pemimpin berlandaskan al-Quran dan Sunah maka sempurnalah pemilihan pemimpin yang dipilih berkenaan. Kepimpinan Islam yang dapat dilaksanakan secara sepenuhnya dalam sesebuah organisasi terutamanya di kalangan bakal guru dapat membantu mewujudkan suatu bi‟ah solehah yang sesuai menurut syarak. Seorang pemimpin yang mampu untuk menjaga beberapa perkara utama 1
  • 2. yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kini amnya yang bukan hanya terjadi dalam kalangan mereka yang bekerja di dalam profesion lain bahkan dalam profesion perguruan juga adalah persoalan tentang pemisahan antara pergaulan bebas lelaki dan perempuan terutama sekali dalam susunan koordinat kelas dan lain-lain lagi. Pepatah ada menyebut tentang “Bagai mengajar anak ketam berjalan betul” yang biasanya berlaku di dalam sesuatu keadaan guru yang sering meminta muridnya untuk tidak duduk dalam keadaan yang mencurigakan di dalam kelas tetapi hal berkenaan dilakukan sendiri oleh guru berkenaan.Maka sudah tentu murid berkenaan akan mempersoalkan tindakan guru berkenaan yang melarang murid melakukannya tetapi guru sendiri melakukan perkara yang ditegahnya sendiri. Jika diamati pada Sirah Rasulullah SAW semasa pemerintahan Islam sejak zaman Baginda sendiri sehinggalah zaman khalifah yang terakhir iaitu di dalam pemerintahan Turki Uthmaniyah yang berakhir sekitar awal tahun 1924 masihi yang lalu, sistem pemerintahan Islam merupakan satu daripada sistem yang tidak pernah dipinggirkan dalam pemilihin seorang pemimpin sebagai ketua negara dalam segala aspek berkaitan dengan sesebuah negara meliputi ekonomi, sosial, politik dan apa sahaja adalah berdasarkan kepada yang digariskan oleh al-Quran dan sunah nabi.Berdasarkan kepada sebuah Hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu 2
  • 3. akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”.( Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad ) Matlamat sebenar daripada kepimpinan Islam yang diterapkan sendiri adalah sesuatu yang jelas lagi nyata iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.Dengan penerapan kepimpinan Islam terhadap sesebuah organisasi atau kumpulan maka tercapailah matlamat satu daripada aspek yang perlu dilaksanakan oleh manusia iaitu menerapkan hukum Allah yang selama ini tidak diendahkan oleh segenap masyarakat kini yang sebenarnya semakin hari semakin jauh daripada matlamat untuk mendapatkan redha Allah bahkan disayangi nabi. Pengiktirafan Allah terhadap manusia sebagai seorang pemimpin atau khalifah sebenarnya telah dinukilkan di dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Sesungguhnya aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di muka bumi ini”. Dengan ini jelaslah betapa pentingnya keberadaan seseorang pemimpin tidak kira pemimpin daripada sebesar-besar organisasi bahkan sekecil-kecil organisasi maka sekiranya terterapnya kepimpinan Islam maka baiklah seluruh keadaan apa yang dipimpin oleh seseorang itu. 3
  • 4. 2.0 PENERAPAN KEPIMPINAN ISLAM DALAM BILIK DARJAH KALANGAN GURU PELATIH Kepimpinan Islam merupakan satu daripada aspek yang diperlukan dalam kalangan guru pelatih dalam usaha untuk mewujudkan bakal guru yang mempunyai pengetahuan dan ilmu tentang bagaimana kepimpinan Islam dapat diterapkan semasa di sekolah kelak.Secara umumnya, kepimpinan merupakan kata terbitan yang terbit menerusi kata akar “pimpin” yang bermaksudseorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan. Sesetengah orang menganggap pemimpin itu seseorang yang agung dan mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan sebagai pengarah, pendorong dan pemikir.( Syed Ismail Bin Syed Mustapa. Ahmad Subki Bin Miskon, 2010) Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989) kepimpinan pula membawa maksud keupayaan memimpin. Manakala menurut kata-kata seorang ahli falsafah barat Certo (1997) kepimpinan membawa maksud proses pengarahan tingkah laku orang lain kearah penyempurnaan sesuatu objektif. Dalam erti kata lain, ia bermaksud suatu desakan terhadap sikap seseorang bagi mencapai sesuatu matlamat yang diinginkan oleh seorang pemimpin. Bagi Ahmad Mohd Salleh (2008) kepimpinan bermaksud satu proses di mana seorang individu mendapatkan kerjasama orang lain kearah pencapaian matlamat dalam suasana tertentu dan menurut Razali Saaran (2008) kepimpinan dalam konteks bilik darjah membawa maksud kemampuan seseorang guru mempengaruhi para pelajarnya turut serta dalam aktiviti pengajarannya serta memimpin para pelajarnya ke jalan yang benar dan diredhai Allah. 4
  • 5. Bagi pengertian Islam pula, terdapat beberapa pandangan yang dikeluarkan antaranya ialah menerusi kamus dewan yang bermaksud sejahtera yang berasal daripada perkataan . Bagi pengertian dari segi istilah pula Islam merujuk kepada penyerahan dan tunduk kepada Allah (Wikipedia,2011) Menurut Said Hawa (2000) Islam bermaksud „ketundukan seorang hamba kepada wahyu Ilahi yang diturunkan kepada para nabi dan rasul khususnya Muhammad SAW guna dijadikan pedoman hidup dan juga sebagai hukum/ aturan Allah SWT yang dapat membimbing umat manusia ke jalan yang lurus, menuju ke kebahagiaan dunia dan akhirat.‟ Kefahaman yang menyeluruh tentang definisi kepimpinan dan Islam secara jelas seterusnya dapat membantu tentang pemahaman tentang penerapan kepimpinan Islam seperti yang dinukilkan oleh Dr Siddiq Fadzil (2010), kepimpinan dalam Islam bukan hanya mempengaruhi orang tetapi pemimpin menurut Islam ialah pemandu umat dalam melaksanakan amanah ketuhanan “Devine Trust” iaitu memelihara agama dan menguruskan dunia.Kepimpinan dalam Islam merupakan tanggungjawab dan amanah bukan suatu tashrif iaitu kebesaran atau kebanggaan (Siddiq Fadzil, 2010). Dalam menerapkan kepimpinan Islam dalam kalangan guru pelatih seterusnya daripada guru pelatih kepada murid-murid di sekolah terdapat banyak kaedah atau cara yang boleh digunapakai untuk menerapkan kepimpinan Islam. Jika kita menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW pada masa lalu, sudah tentu kita memperakui bahawa baginda merupakan seorang daripada pendidik yang terulung pada zaman baginda. Melalui segala apa yang baginda lakukan tidak kira perbuatan, percakapan, tikrar dan segala yang berkaitan dengan baginda maka adalah sesuatu yang terbaik yang pernah dicatatkan di dalam sirah Nabi. Berdasarkan kepada suatu hadis yang menjelaskan tentang sebab utama Nabi Muhammad diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak, maka sudah tentulah sebagai umat Nabi Muhammad kita perlu meletakkan akhlak baginda sebagai rujukan utama dalam penerapan kepimpinan Islam. 5
  • 6. Di samping itu juga, sarjana Islam membicarakan tentang kepemimpinan sebagai satu daripada tiang agama dan tidaklah sempurna urusan agama itu tanpa adanya kepemimpinanKrisis yang sedang melanda umat Islam saat ini adalah kerana tiada pendidik yang dapat diteladani atau pemimpin berjiwa pendidik.( Jamal Hasan Sa‟d Madhi, 2010) Maka, menjadi kewajipanlah bagi bakal pendidik bagi kaedah atau cara penerapan kepimpinan Islam yang dapat diperlihatkan secara jelas adalah menerusi sebuah sepotong ayat di dalam surah al-Ahzab ayat 21 iaitu:    Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) Menerusi ayat ini berkenaan, jelaslah bahawa kaedah penerapan kepimpinan Islam yang pertama adalah menerusi pendekatan Qudwah Hasanah. Menerusi pendekatan ini, walaupun terdapat sedikit perbezaan yang tidak begitu ketara antara qudwah hasanah dan uswah hasanah maka ia tidak lari dari mendefinisikan hal ini iaitu sebagai seorang pemimpin maka adalah amat diperlukan dalam akhlak mereka untuk menjadi uswah hasanah kepada murid- murid atau rakan-rakan di dalam kelas. Penerapan sikap ini penting agar setiap perbuatan dan tingkah laku pemimpin berkenaan adalah berasaskan daripada akhlak baginda SAW yang mementingkan kepada manusia untuk menerapkan prinsip qudwah hasanah kepada orang yang dipimpin. Menerusi pendekatan qudwah hasanah ini, seseorang pemimpin akan sentiasa menjaga perbuatan dan percakapan yang disampaikan di dalam sesebuah kelas agar setiap perbuatan dan percakapan yang disampaikan adalah sesuai dan mengikut 6
  • 7. segala panduan yang ditetapkan Islam dan seterusnya diteladani oleh orang yang dipimpinnya. Sebagai contoh, sebagai seorang bakal guru semasa sedang mengajar atau menyampaikan ilmu tentang akhlak dan adab Islamiah, seseorang itu perlu untuk menunjukkan contoh teladan (uswah hasanah) yang baik dan terus menerus mengamalkan adab yang disampaikan kepada orang yang diajar atau dipimpin.Sekiranya perkara yang diajarkan adalah mengenai adab dengan rakan maka seseorang guru itu perlu melakukan amalan itu terlebih dahulu sebelum dilihat dan difahami oleh orang yang dipimpin.Dengan yang demikian, sekiranya orang yang dipimpin berkenaan dapat menghayati dan mengamalkannya pula dalam kehidupan seharian maka tercapailah penerapan kepimpinan Islam menerusi qudwah hasanah dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Jika diteliti menerusi sirah Nabi SAW, baginda banyak mengamalkan adab-adab yang sering diamalkan dalam kehidupan seharian baginda di samping menyampaikan ilmu berkenaan kepada orang ramai.Terdapat suatu riwayat yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad menerapkan qudwah hasanah dalam kehidupan seharian baginda untuk diteladani oleh masyarakat lain iaitu dalam hal bersosial dengan seluruh masyarakat baginda tidak pernah memilih siapa pun untuk mendekati diri atau menjauhkan diri daripada umatnya sebelum ini seperti suatu ketika Nabi Muhammad sendiri boleh duduk bersebelahan dengan seorang orang tua yang pada diri orang tua itu mempunyai kudis, miskin dan dengan keadaan yang kotor. Hal ini menerangkan kepada kita akan sifat rendah diri yang diperlukan oleh seorang pemimpin Islam dan sekiranya diamalkan oleh pemimpin berkenaan maka akan dijadikan contoh yang baik oleh pengikutnya. 7
  • 8. Dalam pendekatan ini juga, Allah SWT ada menukilkan tentang pentingnya untuk seseorang pemimpin atau manusia itu untuk melaksanakan sesuatu yang sering diungkapkan atau diucapkan dalam kehidupan seharian melalui al-Quran dan sekiranya tidak dilaksanakan oleh seseorang itu maka akan dilaknat oleh Allah menerusi Surah AS-Saff ayat 2 dan 3 iaitu:     Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya Oleh itu, menerusi pendekatan qudwah hasanah ini maka penerapan kepimpinan Islam dapat diwujudkan dalam sesebuah kelas dan dikira berjaya sekiranya setiap perbuatan atau perkataan yang disampaikan oleh seseorang pemimpin itu dituruti dalam kehidupan orang yang dipimpin itu dengan kerap dan istiqamah.Kaedah ini juga sebenarnya tidak dapat tidak pemimpin berkenaan telah memperoleh pahala kerana berusaha untuk menerapkan sunah Nabi SAW yang semakin hari dilupakan. Seterusnya, bagi menerapkan kepimpinan Islam dalam kalangan guru pelatih mahupun murid-murid di dalam kelas maka pengetahuan dan amalan berkaitan nilai-nilai Islam tidak boleh dipandang enteng oleh seseorang pemimpin dalam sesebuah kelas atau organisasi.Sirah Nabi menunjukkan tentang banyak kisah-kisah yang berlaku hasil daripada penerapan nilai-nilai Islam dalam sesebuah organisasi.Dengan pengetahuan tentang beberapa sifat atau tingkah laku yang diperlukan oleh seseorang pemimpin Islam sepertimana pada zaman kegemilangan Islam terdahulu sudah tentu keadaan sesebuah masyarakat itu menjadi lebih baik dan aman serta sempurna dari segi amalan 8
  • 9. kehidupan bermasyarakat.Terdapat beberapa sifat yang diperlukan untuk diterapkan oleh seseorang pemimpin dalam usaha menerapkan kepimpinan Islam. Antara sifat yang penting adalah amanah, bertanggungjawab, mempunyai keseimbangan bersepadu, dan adil.Seterusnya perbincangan tentang sifat yang diperlukan oleh seseorang pemimpin dalam kepimpinan Islam akan dihuraikan secara terperinci. Bagi sifat yang pertama yang diperlukan oleh seorang pemimpin dalam usaha menerapkan kepimpinan Islam adalah sifat amanah. Berkenaan sifat amanah ini maka ia tidak dapat tidak lari daripada sifat bertanggungjawab yang amat diperlukan dalam seseorang diri pemimpin Islam. Melalui sifat amanah ini Allah SWT telah menetapkan di dalam al-Quran tentang pentingnya menjaga amanah yang telah ditaklifkan oleh Allah kepada mereka yang dilantik sebagai pemimpin melalui Surah Al-Baqarah ayat 286 iaitu:   ….. Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apayang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. .. Menerusi ayat ini, Allah menyatakan tentang amanah yang diberikan kepada setiap manusia adalah berdasarkan kepada ilmu Allah yang mengetahui tentang kemampuan seseorang hambaNya.Begitu juga kepada pemimpin Islam, Allah tidak akan memilih seseorang itu untuk memimpin sesebuah organisasi tanpa sebab musabab yang kadang kala tidak difahami oleh manusia itu sendiri. Maka, amanah untuk melaksanakan dan menjaga apa yang dipimpin amat 9
  • 10. diperlukan dan memastikan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas.Menerusi sifat rasulullah yang sentiasa amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin terdapat kisah yang boleh diketengahkan sebagai pengetahuan dan pengajaran yang boleh diambil.Kisah ini adalah berdasarkan kepada kisah yang berlaku semasa zaman pemerintahan selepas Khulafa‟ Ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Menerusi kisah ini, dikisahkan bahawa khalifah Umar Abdul Aziz yang terkenal dengan sifat amanah telah sanggup memadamkan sebuah lampu lampu meja dikala anaknya yang datang untuk bertanyakan sesuatu tentang urusan keluarga dengan alasan bahawa minyak lampu berkenaan adalah kepunyaan kerajaan dan dibeli dengan duit kerajaan.Khalifah Umar Abdul Aziz telah meminta pelayan beliau untuk membawakan lampu kepunyaannya sendiri. Pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini adalah pentingnya amanah terutama sebagai seorang pemimpin walaupun adakalanya dirasakan bahawa sesuatu perkara itu adalah remeh tetapi jika ia tidak berkaitan dengan amanah yang diberikan maka keperluan untuk tidak menyalahi amanah adalah amat dititikberatkan. Begitulah sikap seorang pemimpin yang sentiasa menerapkan kepimpinan Islam di dalam kehidupan seharian. Bagi aplikasi di dalam kehidupan seharian guru tidak kira di rumah atau di sekolah, seseorang guru atau pemimpin berkenaan juga seharusnya tidak menyalahi amanah yang diberikan untuk memimpin sesebuah organisasi. Sebagai contoh, sebagai seorang guru atau pemimpin amanah untuk menyerahkan wang yuran sekolah kepada pihak sekolah mesti dijalankan dengan baik dengan tidak mendahulukan wang berkenaan untuk digunakan bagi kehidupan peribadi atau perkara lain yang tiada kena-mengena dengan amanah yang diberikan.Contoh yang lain pula adalah seperti seorang guru yang diberikan amanah untuk mengajar, maka guru itu perlu mencari kaedah yang paling sesuai 10
  • 11. dan baik bagi memudahkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan dan secara tidak langsung meninggalkan kesan dalam jiwa para pelajarnya. (Razali Saaran, 2010) Dengan penerapan sifat yang pertama ini, maka sudah tentulah ia akan membantu memimpin murid-murid akan pentingnya sifat amanah dalam kehidupan seharian dan dalam kepimpinan Islam sendiri juga menyatakan bahawa Nabi S.A.W. memperingatkan umatnya tentang amanah semasa memimpin dengan sabda baginda, yang dilapor oleh Ibn Umar yang bermaksud “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap mereka yang berada di bawah kepimpinan kamu.” Bagi sifat yang kedua yang diperlukan oleh seorang pemimpin dalam usaha menerapkan kepimpinan Islam dalam bilik darjah ialah sifat mempunyai keseimbangan bersepadu.Seseorang pemimpin yang ingin menerapkan kepimpinan Islam sepatutnya mempunyai keseimbangan yang bersepadu dalam diri seseorang itu. Dalam erti kata lain, keseimbangan bersepadu adalah mempunyai keseimbangan yang baik antara roh dan jasad iaitu pembangunan spiritual dan mental demi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Dalam sifat ini, seseorang guru atau pemimpin perlu mempunyai pandangan yang jelas tentang keperluan memahami realiti keadaan semasa dan kaedah penyelesaian yang boleh memberikan kebaikan tanpa menjejaskan matlamat dunia dan akhirat.Mohd.Kamal Hassan (1984) telah mencadangkan satu kaedah untuk menyelamatkan manusia. Menurut beliau, "Ilmu yang diajar dan dikembangkan mestilah dipadukan dengan iman kepada Allah, ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh, dan akhlak yang mulia.Semuanya ini berdasarkan tauhid dalam mempelajari, mengajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan." 11
  • 12. Menurut pandangan yang dikemukakan beliau kesepaduan antara aspek rohani dan jasad serta akal perlu disepadukan lebih-lebih lagi kepada guru atau pemimpin bagi memastikan setiap perkara yang disampaikan dapat difahami dengan mendalam dan dihayati dalam kehidupan seharian.Terdapat satu dalil daripada al-Quran yang menekankan tentang pentingnya keseimbangan bersepadu ada dalam diri manusia lebih-lebih lagi pemimpin yang ingin menerapkan Islam dalam pimpinannya. Dalam al-Quran surah al-Fathir ayat 28 iaitu:     Maksudnya: dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnyayang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. Dalam konteks kepimpinan Islam, maka dengan kesepaduan antara kognitif (akal) dan afektif yang dapat menyampaikan ilmu maka ia sekaligus dapat melahirkan insan yang dapat beramal dan patuh kepada perintah Allah SWT.Dalam ayat berkenaan juga, menyatakan tentang peri pentingnya konsep ilmu, iman dan amal yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan seseorang pemimpin dahulu sebelum dapat disampaikan kepada pengikut atau orang yang dipimpin olehnya dengan baik. Secara tidak langsung dengan mempunyai keseimbangan bersepadu seseorang pemimpin dapat membantu pengikutnya untuk bukan sahaja mempelajari ilmu untuk ganjaran atau dunia semata-mata 12
  • 13. bahkan ia juga atas dasar iman dan perlu diamalkan untuk kebaikan diri seseorang itu. Sebagai contoh aplikasi keseimbangan bersepadu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda ialah berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Birr dari Anas.Di dalam kisah berkenaan Anas RA telah bertanya kepada baginda tentang apakah amalan yang lebih utama dan Rasulullah telah menjawab ilmu pengetahuan tentang Allah.Seterusnya sahabat bertanya lagi tentang apakah ilmu yang dimaksudkan dan Rasulullah menjawab ilmu pengetahuan tentang Allah SWT.Selepas daripada Rasulullah menjawab persoalan berkenaan sahabat berkenaan menyangka bahawa Rasulullah telah tersalah dalam memahami soalan yang dikemukakan sahabat berkenaan dan sahabat berkenaan menegaskan bahawa beliau bertanya tentang amalan sedangkan Rasulullah menjawab tentang Ilmu. Melihat akan penegasan sahabat berkenaan Rasulullah telah menyatakan bahawa sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah apabila disertai dengan ilmu tentang Allah dan banyak amalan tidak akan bermanfaat apabila disertai kejahilan tentang Allah.Begitulah penerangan Rasulullah tentang persoalan yang menyatakan keperluan akan keseimbangan antara 3 aspek yang penting itu iaitu Ilmu, Iman dan Amal yang disebut keseimbangan bersepadu dalam diri setiap pemimpin Islam. Sebagai contoh dalam usaha untuk mengaplikasikan keseimbangan bersepadu yang boleh dijalankan oleh guru atau pemimpin di dalam kelas ialah seperti di dalam bidang Ibadah, seseorang guru berkenaan boleh membawa hadis Nabi yang berkaitan dengan sebuah kisah yang menyatakan bahawa terdapat seorang manusia pada zaman nabi yang masih lagi melakukan maksiat walaupun beliau bersolat pada waktu yang ditetapkan.Maka, mengikut kisah berkenaan Rasulullah menyatakan bahawa lama kelamaan maksiat yang dilakukan akan ditinggalkan oleh orang berkenaan disebabkan oleh amalan baik 13
  • 14. yang dilakukannya.Hal ini boleh diterangkan oleh guru tentang pentingnya mempelajari, di samping mempercayai dengan hati serta beramal dengan ikhlas akan dapat membantu seseorang murid atau pengikutnya untuk meninggalkan maksiat. Penerapan keseimbangan bersepadu ini mampu menghasilkan murid yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah di samping tidak meninggalkan kepentingan kehidupan di dunia untuk kebaikan akhirat. Bagi sifat ketiga yang diperlukan oleh seorang pemimpin untuk menerapkan kepimpinan Islam adalah sifat adil.Adil menurut Kamus Dewan ialah pertimbangan yang wajar atau tidak memihak kepada mana-mana pihak.Manakala menurut maksud dari segi istilah syarak adil ialah meletakkan sesuatu pada tempat yang sesuai dan betul. Adil merupakan satu daripada sifat yang seharusnya dipunyai dan difahami dengan jelas oleh seseorang pemimpin yang ingin orang lain mengikuti pimpinannya.Keadilan seharusnya dilaksanakan kepada semua pengikut kepada pemimpin berkenaan tanpa mengira warna kulit, etnik, bangsa,budaya dan latar belakang dalam sesebuah masyarakat. (Agus Saputera,2008) Keadilan yang dilaksanakan seharusnya berdasarkan kepada apa yang telah digariskan di dalam al-Quran dan Hadis bagi menerapkan kepimpinan Islam dalam sesebuah organisasi sepertimana yang diterangkan di dalam al- Quran Surah Al-Maidah ayat 42 iaitu:       14
  • 15. Maksudnya: mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan Segala Yang haram (rasuah dan sebagainya). oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka Dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. Ayat berkenaan menjelaskan betapa pentingnya penerapan prinsip keadilan yang dipertanggungjawabkan terhadap pemimpin tanpa mengira sesiapa pun yang berada di sekeliling atau dibawah bidang kuasa seseorang pemimpin dan yang lebih penting adalah seseorang pemimpin berkenaan berusaha untuk menggunakan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah terhadap mereka yang melanggar batasan syara‟ agar setiap pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kewajipan mereka tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Apabila menyoroti kisah yang terdapat disebalik sifat keadilan yang berlaku pada zaman Rasulullah dan para sahabat terdapat beberapa kisah yang boleh dijadikan panduan dan teladan akan pentingnya keperluan pemimpin yang ingin menerapkan kepimpinan Islam untuk menjalankan sesuatu tugasan dengan adil dan saksama. Antara kisah yang sering diceritakan adalah kisah tentang keadilan yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Urwah yang menceritakan bahawa ketika zaman penaklukan Mekah dahulu, terdapat seorang perempuan yang mulia dalam kalangan Bani Makhzum yang telah mencuri. Maka kes ini telah mendapat perhatian kaum Quraisy dan dirujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang menjadi ketua negara pada ketika itu. 15
  • 16. Bagi menyampaikan kes ini kepada baginda maka Usamah Bin Zaid telah diminta untuk menyampaikan kes berkenaan kepada Rasulullah dengan harapan perempuan berkenaan dapat diampunkan dosanya.Maka setelah kes berkenaan diberitahu kepada baginda maka baginda telah menyampaikan sebuah pidato yang antara isinya adalah tentang hancurnya kaum sebelum ini adalah disebabkan tiada tindakan atas kesalahan yang dilakukan dan Rasulullah juga menegaskan sekiranya anaknya sendiri iaitu Saidatina Fatimah yang mencuri maka baginda sanggup memotong tangan anaknya atas dasar keadilan Islam.Maka dalam kisah ini Rasulullah menitahkan perempuan yang dikatakan mulia itu dijatuhi hukuman potong tangan dan bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh.Berdasarkan kepada cerita ini maka, jelaslah tanpa mengira darjat, pangkat, kedudukan, harta dan sebagainya semuanya berada di dalam timbangan dan keadilan yang sama rata. Sekiranya Rasulullah yang maksum menyatakan akan pentingnya berlaku adil pada zaman baginda sendiri apatah lagi pada masa kini yang diperlihatkan akan terlalu berleluasanya maksiat di sana sini. Bagi pengaplikasian sifat adil di dalam bilik darjah atau sesebuah organisasi maka seseorang pemimpin itu perlu berlaku adil dalam semua hal yang berkaitan dengan sesebuah organisasi sebagai contoh di dalam kelas seseorang guru itu tidak boleh memilih kasih antara seorang murid dengan murid yang lain dengan tidak menjalankan hukuman kepada murid yang adakalanya dianggap mempunyai wajah yang comel atau cantik dengan murid yang kurang cantik. Keperluan guru berlaku adil dengan memberikan hukuman kepada sesiapa sahaja yang melanggar peraturan kelas dan peraturan agama adalah bersifat universal kepada mana-mana murid yang berada di dalam kelas. Contoh yang lebih jelas adalah seperti seorang murid yang pandai akan dikenakan hukuman yang sama dengan murid yang kurang pandai sekiranya melakukan kesalahan seperti mengejek rakan dan tidak menyiapkan kerja rumah.Maka dengan itu tercapailah hasrat seseorang guru atau pemimpin untuk menerapkan 16
  • 17. salah satu kepimpinan Islam dalam sesebuah kelas atau organisasi apabila prinsip keadilan dalam kepimpinan dapat dilaksankan dengan baik dan berkesan. Jika diamati dengan jelas dan terperinci akan ayat al-Quran ini yang menyatakan tentang pentingya keadilan maka sesebuah kepimpinan Islam akan terus mekar subur dan difahami dengan baik serta diamalkan oleh pemimpin Islam berkenaan iaitu di dalam Surah Shadd ayat 32:      Maksudnya: Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " janganlah takut, (Kami ini) adalah dua orang Yang berselisihan, salah seorang dari Kami telah berlaku zalim kepada Yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara Kami Dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah Kami ke jalan Yang lurus. Bagi sifat yang terakhir yang diperlukan oleh seorang pemimpin untuk menerapkan di dalam kepimpinan Islam ialah sifat sabar sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Taala di dalam Surah As-Sajdah ayat 24 iaitu:     17
  • 18. Maksudnya: dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami. Sebenarnya menerusi sifat sabar inilah akan terbit dan lahir sifat-sifat mahmudah yang lain dalam diri seseorang pemimpin dalam menerapkan kepimpinan Islam dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang mempunyai sifat sabar yang tinggi seharusnya menjadi kriteria untuk diangkat menjadi pemimpin kerana dengan sifat itulah mereka mampu mendepani pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal mendatang. (Agus Saputra, 2008) Sifat sabar ini sebenarnya tidak mudah untuk ditonjolkan kepada orang lain tetapi ia hanya dapat dinilai sekiranya seseorang bakal pemimpin itu diberikan tugasan untuk dilaksanakan dalam syarat dan tempoh yang tertentu.Dengan tugasan itulah seseorang itu boleh dinilai akan ketinggian sifat sabar yang ada dalam diri seseorang itu sama ada tinggi atau rendah. Menerusi kisah yang juga banyak ditonjolkan pada zaman Nabi dan sahabat kebanyakan daripada kisah itu juga banyak menyelitkan tentang hakikat sebenar sifat sabar yang diperlukan oleh seseorang pemimpin dalam usaha menerapkan kepimpinan Islam dalam sesebuah organisasi.Antara kisah yang popular berkaitan sifat sabar Baginda Nabi Muhammad ialah semasa menahan kemurkaan, kesakitan dan penganiayaan kaum Musyrikin di permulaan dakwah baginda. Contohnya adalah berkaitan kisah Abu Jahal dan rakannya yang meletakkan perut unta di bahu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ketika Baginda sedang sujud menunaikan salat, selepas itu mereka pun ketawa melihat kejadian itu sambil mengejek-ejek Baginda. Walau bagaimanapun, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tetap sabar dan tidak bersedih di atas penganiayaan 18
  • 19. itu. Sifat kesabaran Rasulullah Alaihi Wasallam itu telah digambarkan dalam firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An-Nahl, ayat 127 iaitu:    Maksudnya: Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. Bagaimanakah sekiranya seseorang pemimpin masa kini dikenakan hal yang sedemikian sebagaimana yang berlaku terhadap Rasulullah SAW berkenaan, maka sudah tentu mereka akan bertindak tegas terhadap mereka. Hal ini berlainan dengan sikap dan pendirian yang diambil oleh Rasulullah SAW iaitu dengan berdiam diri dengan hanya meminta bantuan daripada Allah SWT. Sebagai contoh, di dalam sesebuah kelas atau organisasi guru seharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi kepada murid-murid di dalam kelas lebih-lebih lagi semasa menyampaikan ilmu mengenai akidah tahun 1 contohnya yang menceritakan tentang topik beriman kepada Allah dan sudah pasti terdapat murid-murid yang bertanyakan soalan yang sukar dijawab oleh guru sendiri.Bahkan mungkin juga guru akan berdepan masalah untuk mengawal murid yang terlalu bising di dalam kelas dan guru perlu bersabar dalam situasi ini agar dapat mendidik murid yang bising dengan cara yang baik dan sesuai. Sekiranya murid telah mengikuti arahan dan peraturan yang disampaikan oleh guru di dalam kelas hasil daripada sifat sabar guru maka inilah merupakan satu daripada tanda berjayanya penerapan kepimpinan Islam dalam bilik darjah. 19
  • 20. Kesimpulannya, sekiranya seseorang guru atau pemimpin yang penting dalam sesebuah organisasi dapat melaksanakan beberapa pendekatan dan kaedah yang digariskan sebelum ini seperti pendekatan Qudwah Hasanah serta penerapan nilai-nilai murni seperti amanah, keseimbangan bersepadu, adil, dan sabar maka dengan izin Allah terhasillah suatu masyarakat yang dipimpin yang mempunyai ciri-ciri sebagai seorang muslim yang mempunyai jati diri yang tinggi, pengetahuan am yang luas serta kemampuan menguruskan diri yang baik. Dengan itu, generasi yang bakal terhasil pada masa akan datang akan kembali menjadi generasi yang bukan hanya berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu keduniaan sahaja bahkan ilmu akhirat yang seimbang untuk kebaikan dunia dan akhirat. 20
  • 21. REFLEKSI Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana telah memberi saya sedikit kekuatan untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.Setelah selesai tugasan ini terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan serta penambahbaikan yang boleh saya jadikan pedoman dan iktibar kepada saya selaku bakal guru kelak. Saya telah menganalisis beberapa kekuatan yang ada pada diri saya antaranya ialah mempunyai keazaman yang tinggi untuk melaksanakan tugasan ini yang pada asasnya sumber rujukan yang menjurus kepada tajuk ini adalah sangat kurang tetapi atas keazaman yang tinggi bagi mencari sumber yang hampir dengan tajuk ini saya berjaya mendapatkan beberapa rujukan yang sesuai dengan tajuk ini. Selain itu, saya juga mendapati bahawa dengan kemahiran menggunakan ICT saya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam mendapatkan bahan rujukan dalam internet dengan tajuk yang berkaitan. Manakala, bagi kelemahan pula adalah dari segi kecetekan ilmu berkenaan dengan penerapan kepimpinan Islam. Saya seharusnya menambahkan ilmu dengan berusaha untuk menghafaz beberapa ayat al-Quran dan hadis yang diperlukan oleh seorang bakal guru yang akan menjadi rujukan masyarakat kelak dengan mantap dan baik. Di samping itu, kelemahan lain yang dikenalpasti ialah kurangnya pendedahan tentang kaedah penggunaan gaya bahasa yang sesuai dengan penulisan akademik. Kemungkinan besar terdapat beberapa gaya bahasa yang 21
  • 22. kurang sesuai atau tidak menepati akan ciri penulisan akademik yang diperlukan dan saya seharusnya menambah bahan bacaan dalam penulisan akademik bagi penambahbaikan dalam penulisan akademik akan datang. Bagi penambahbaikan pula, saya merasakan bahawa sudah sepatutnya saya berusaha untuk menghafal beberapa ayat dan hadis yang penting sebagai hujah kepada setiap apa yang ingin disampaikan tidak kira di dalam penulisan ataupun ucapan seharian. Di samping itu, penambahbaikan dari segi pengurusan penulisan akademik bermula daripada pendahuluan perlu dikemaskini agar penulisan adalah lebih matang dan realistic. Sebagai kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dalam usaha untuk menjadi pemimpin bukan sahaja pemimpin di sekolah sahaja bahkan sebagai pemimpin di kalangan masyarakat atau komuniti di mana-mana sahaja setelah dihantar bertugas kelak. 22
  • 23. BIBLIOGRAFI Ahmad Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam dan j-QAF Metolodogi dan Pengajian Pendidikan.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd Al-Quran Al-Karim Hadis Sahih Bukhari dan Muslim Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1989) Hawwa, Sa‟id. Al-Islam.(Terj. Oleh Abu Ridha dan AR Shaleh Tamhid) Cet. I – 2000.Jakarta : Al-I‟tisham Cahaya Umat. Razali Saaran (2010) Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Batu Caves: Must Read Sdn. Bhd. Masnur Hamzah (2010) Quranic Leadership : Seni Memimpin Gaya Al-Quran. Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd. Kertas Kerja yang diterbitkan Mohd Amin Salih (1991) Kepimpinan Menurut Pandangan Islam.Di dalam Buku Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan dalam Islam. (ms. 96- 114) Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kertas Kerja yang tidak diterbitkan Agus Saputera (2008) Petunjuk Al-Quran dalam Memilih Pemimpin.Penyuluh Agama Islam Kantor Urusan Agama Kecamatan Bagan Sinembah Rokan Hilir: Indonesia 23
  • 24. Laman Web Abdul Wahab b Hj Zakaria (1998) Konsep Pimpinan dalam Islam. www.angelfire.com/in/elcom98/pimpin.html. Diakses pada 15 September 2011. Lokman Mohd Hashim (2009) Amanah Dalam Memimpin Organisasi Dituntut Oleh Islam.http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/04/14/amanah-dalam- memimpin-organisasi-dituntut-oleh-islam/. Diakses pada 5 September 2011 Model Pendidikan Dalam Islam. http://reocities.com/CapeCanaveral/runway/6217/Akalroh.htm Diakses pada 2 September 2011 24
  • 25. LAMPIRAN 25