SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  12
Télécharger pour lire hors ligne
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam26 (2001) 53 - 64
                      Jurnal Pendidikan Sesi Kaunseling                        53

     Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling

                                AMLA SALLEH
                              MOHD. ARIF ISMAIL
                                SALLEH AMAT
                               ZURIA MAHMUD



                                   ABSTRAK

Rencana ini melaporkan hasil kajian kemahiran kaunseling yang bertujuan
untuk melihat jenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh pelatih-pelatih
kaunselor UKM. Kajian ini juga melihat kemampuan mereka mengenal pasti
respons-respons yang digunakan serta tahap kesesuaian kemahiran-
kemahiran tersebut. Data dipungut dengan memilih respons daripada sesi
kaunseling yang telah ditaip secara verbatim dan diambil selang semuka
daripada sejumlah 38 orang sesi oleh 38 pelatih. Sebanyak 1439 unit sampel
respons telah diperolehi. Analisis kekerapan dan peratusan dikira dengan
menggunakan borang Skala Kemahiran Respons Lisan Kaunselor (SKRLK).
Sementara analisis kesesuaian pula, menggunakan skala penilaian berbentuk
Likert 7 poin. Kemampuan pelatih mengenal pasti jenis respons dinilai oleh
sebuah panel pakar. Penilaian kesesuaian respons juga dibuat oleh panel
pakar. Keputusan kajian menunjukkan pelatih menggunakan kemahiran asas
seperti dorongan minima, soalan tertutup, soalan terbuka, refleksi isi, refleksi
emosi dan merumus. Dorongan minima, soalan terbuka dan tertutup
merupakan respons yang paling kerap digunakan berbanding dengan
respons-respons lain. Kebolehan pelatih mengenal pasti respons adalah tinggi.
Begitu juga dengan kesesuaian respons-respons yang diberikan dalam konteks
masalah klien juga tinggi. Akhirnya rencana ini turut membincangkan
implikasi kajian dari perspektif latihan dan perkembangan profesionalisme
kaunseling.

                                   ABSTRACT

This article reports the results of a research on counseling skills which aimed
at identifying the types of oral response skills used by UKM counselor trainees.
Also, it was to find out the trainees’ ability in identifying the responses that
they used including the suitability of the skills. Data was gathered by choos-
ing an alternate page type written verbatim responses by 38 trainees from 38
counseling sessions. A total of 1439 response sample units were obtained.
Analysis of frequency and percentage was tabulated using the Counselor Oral
Response Skills Scale form. The suitability analysis used the evaluation scale
in the form of 7 point Likert. Trainees’ ability in identifying response types and
54                                                            Jurnal Pendidikan 26

suitability of responses were evaluated by an expert panel. Results of the re-
search showed that trainees used basic skills such as minimal encouragement,
open-ended and close-ended questions, context and emotional reflections,
and summarization. Minimal encouragement, open-ended and close-ended
questions were the most frequent responses employed compared to other re-
sponses. The trainees’ ability in identifying responses was high. The suitabil-
ity of responses given in the context of client problem was high too. Finally,
this article discusses the implication of the research in the perspective of train-
ing and professional development of counseling.


                                PENDAHULUAN

Perkhidmatan kaunseling semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia
pada masa kini. Kemuncak kepada perkembangan tersebut adalah dengan
lulusnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 dan dengan tertubuhnya sebuah
Lembaga Kaunselor Kebangsaan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia
amalan kaunseling di Malaysia. Perkembangan ini sekali gus telah meningkatkan
taraf profesional kaunseling di Malaysia. Justeru pemantapan program-program
latihan kaunseling pada masa kini perlu diberi fokus.
     Isu mutu latihan kaunselor di Malaysia telah dibangkitkan oleh Abdul Halim
sejak 1990. Beliau telah menyarankan supaya program-program latihan kaunselor
mempunyai satu asas latihan yang seragam serta mempunyai kurikulum yang
tersusun rapi dan mengambil kira perkembangan ilmu pengetahuan mutakhir.
Saranan itu juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi terhadap aspek
latihan kemahiran kaunseling yang menjadi teras kepada proses kaunseling.
Kepentingan latihan yang disebutkan turut memberi implikasi terhadap
kepentingan penyelidikan dalam bidang kaunseling, khususnya pada aspek
kemahiran itu sendiri. Walaupun kurikulum latihan kaunseling tempatan memberi
peruntukan kepada kursus-kursus kemahiran, namun hingga kini kajian-kajian
yang berkaitan dengan kemahiran baik secara umum atau yang khusus masih
belum diterokai (Abdul Halim 1990 & Mizan Adiliah 1992).


                    KAJIAN KEMAHIRAN KAUNSELING

Egan (1982) telah mengutarakan bahawa kemahiran kaunseling penting. Menurut
Egan (1982) dalam setiap tahap intervensi menolong terdapat pelbagai jenis
kemahiran. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam menentukan matalat
kaunseling. Kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti masalah
termasuklah memberi perhatian, mendengar dengan aktif, dan merumus.
Kenyataan tentang pentingnya kemahiran kaunseling tersebut dikukuhkan lagi
oleh pandangan Abdul Halim Othman (1990) yang menyatakan bahawa salah
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling                      55

satu aspek yang harus diberi penekanan ialah kemahiran kaunseling yang
digunakan oleh kaunselor pelatih.
     Ivey (1996) mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas kaunseling seperti
berikut:

1.   Dorongan minima – respons kaunselor yang ditahap minima bagi meng-
     galakkan klien bercakap. Ini mungkin dilakukan dengan cara anggukan kepala
     dan respons-respons seperti menyebut ‚aha’, ‚teruskan’ yang menunjukkan
     kaunselor ingin klien menghuraikan sesuatu dengan lebih lanjut.
2.   Soalan terbuka – soalan terbuka adalah soalan yang mengkehendaki klien
     menerangkan sesuatu pernyataan dengan lebih lanjut.
3.   Soalan tertutup – soalan jenis ini hanya digunakan oleh kaunselor untuk
     memeriksa sama ada tanggapan kaunselor itu benar atau salah.
4.   Parafrasa – respons kaunselor dalam ayat sendiri yang dapat merumuskan
     apa yang diperkatakan oleh klien.
5.   Refleksi isi – yang merupakan respons kaunselor untuk menggambarkan isi
     perbualan dengan klien bagi menunjukkan kefahaman kaunselor.
6.   Refleksi emosi – Refleksi perasaan ialah respons kaunselor untuk
     menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor.

     Kajian-kajian yang telah dijalankan melihat kemahiran kaunseling dari
pelbagai aspek. Antara faktor yang sering dikaji ialah pengalaman kaunselor,
jantina kaunselor, persepsi empati, dan tujuan kaunselor (Cummings 1987; Hills
1986; Lornborg 1991; Thompson 1986). Setelah diteliti didapati beberapa pengkaji
turut membuat kajian kaunseling secara khusus iaitu memberi fokus kepada
kemahiran-kemahiran seperti dorongan minima, refleksi, soalan terbuka, soalan
tertutup, parafrasa, merumus, dan lain-lain lagi menggunakan Hill Counselor
Verbal Response Category System (HCVRS) yang dibina oleh Hill (1986).
     Kajian Thomson (1986) mendapati bahawa kaunselor-kaunselor pelatih sama
ada pada peringkat pascasiswazah dan prasiswazah kurang menggunakan
kemahiran dorongan minimum dan meningkatkan kemahiran-kemahiran lain
seperti pernyataan semula dan soalan-soalan setelah menjalani latihan akademik
selama setahun. Dapatan kajian beliau juga menunjukkan bahawa pelajar
pascasiswazah lebih banyak menggunakan soalan terbuka dan kemahiran
konfrantasi tetapi kurang membuat interpretasi berbanding dengan pelajar
prasiswazah.
     Satu lagi kajian telah dijalankan oleh Lonborg (1991) bagi mengetahui sama
ada kaunselor-kaunselor baru menggunakan lebih banyak respons lisan yang
asas berbanding dengan respons-respons yang lebih kompleks. Kajian Lonborg
mendapati bahawa penggunaan respon kemahiran asas seperti dorongan minima
bertambah dengan penambahan masa proses kaunseling. Menurut Lornborg
(1991) keadaan ini bersesuaian dengan keadaan sesi awal kaunseling yang
menitikberatkan pengumpulan maklumat.
56                                                              Jurnal Pendidikan 26

    Sementara Cummings (1987) pula telah mengkaji tentang jenis-jenis dan
jumlah respons yang digunakan oleh kaunselor baru melalui penggunaan HSVRCS.
Cummings juga telah melihat hubungan jantina dengan kekerapan dan kualiti
penggunaan kemahiran reflektif dan juga hubungan jantina dengan mode respons.
Cummings mendapati terdapat perbezaan di dalam penggunaan respons
berdasarkan jantina. Kaunselor lelaki lebih banyak menggunakan dorongan
minima berbanding kaunselor perempuan, sebaliknya kaunselor perempuan lebih
banyak menggunakan soalan tertutup, ulangan kata, refleksi, dan maklumat.
Walau bagaimanapun secara amnya, kajian ini mendapati bahawa tiga respons
kemahiran asas yang paling kerap digunakan oleh kaunselor baru ialah dorongan
minima, refleksi dan ulangan kata.


                                  METODOLOGI

                                      SUBJEK

Subjek kajian terdiri daripada 38 orang pelajar program pensiswazahan
pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Program ini adalah program khas yang dijalankan oleh
Fakulti Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar-
pelajar yang mengikuti program ini mengikuti kursus Kaunseling pada tahun I di
maktab-maktab perguruan di Malaysia. Oleh yang demikian, mereka diterima
masuk ke Fakulti Pendidikan UKM pada tahun II.

                                       KLIEN

Klien yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah di mana kaunselor
pelatih menjalani latihan praktikum mereka. Klien yang datang berjumpa dengan
kaunselor terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah (lelaki dan perempuan)
yang berumur di antara 14-17 tahun. Mereka yang datang menemui kaunselor
pelatih secara sukarela atau dirujuk oleh guru.

                                    INSTRUMEN

Dua set instrumen telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen pertama ialah
Sistem Kategori Respons Lisan Kaunselor ( SKRLK ) yang dibina untuk
mengelaskan tujuh respons lisan kaunselor yang ekslusif iaitu: dorongan minima,
soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan lain-
lain. Sistem ini dibina berdasarkan Counselor Verbal Response Category System
(CVRCS) yang telah dibina oleh Hill (1986). Sistem ini digunakan untuk mengelas
jenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling.
     Instrumen kedua ialah Skala Penilaian Kualiti: Satu skala Likert untuk menilai
kualiti sesi kaunseling juga dibentuk untuk melihat tahap keberkesanan satu-
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling                       57

satu sesi kaunseling secara menyeluruh. Skala Likert 7 poin dibentuk dengan
julat nilai daripada sangat tidak berkesan (1) kepada yang sangat berkesan (7).
Skala disediakan dengan panduan penilaian yang menjelaskan kualiti sesuatu
sesi itu sama ada dapat dianggap sangat berkesan berkesan (7), berkesan (5
dan 6), sederhana berkesan (4), kurang berkesan (3 dan 2) serta sangat tidak
berkesan (1). Sesi yang dianggap berkesan memperlihatkan ciri temubual yang
tersusun, mempunyai kesinambungan jalan cerita, berjalan lancar, terdapat tema-
tema penerokaan masalah klien, menjelaskan, memberikan celik akal, mempunyai
pelan tindakan secara tentatif serta mempunyai unsur-unsur yang menyokong
klien. Sementara sesi yang dianggap tidak berkesan ialah yang tidak mem-
perlihatkan unsur kesinambungan, mempunyai tema-tema respons yang janggal,
ada unsur-unsur mengabaikan masalah klien, serta tidak mempunyai fokus.
     Kajian Hill et al. (1988) mengkaji terapis berpengalaman dalam melihat kesan
jenis kemahiran yang digunakan terhadap rawatan. Kemahiran yang dikaji ialah
persetujuan, memberi maklumat, bimbingan langsung, soalan tertutup, soalan
terbuka, parafrasa (penyataan semula, refleksi, rumusan dan rujukan bukan lisan),
interprestasi, konfrontasi dan pendedahan kendiri. Hill, et al. mendapati secara
amnya, terapis telah menggunakan kemahiran memberi maklumat dengan paling
kerap diikuti dengan parafrasa, soalan tertutup, soalan terbuka, interpretasi,
persetujuan dan diikuti oleh bimbingan langsung dan pendedahan kendiri. Sampel
dalam kajian Hills ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman, dianggap
terbaik dalam agensi-agensi, dan mereka mengaku menggunakan pendekatan
psikoanalisis lebih daripada pendekatan humanistik atau tingkah laku
(behavioral).
     Kajian-kajian tentang kemahiran kaunseling seperti yang telah dibincangkan
di atas belum terdapat di Malaysia. Justeru terdapat keperluan untuk melihat
jenis respons kaunselor terutama di kalangan kaunselor pelatih di negara ini.
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan tersebut.


                              TUJUAN KAJIAN

Kajian dijalankan untuk melihat aspek-aspek berikut:

1.   Jenis-jenis kemahiran asas kaunseling yang digunakan oleh kaunselor pelatih
     semasa menjalankan sesi kaunseling individu.
2.   Kekerapan respons kemahiran-kemahiran asas yang telah digunakan oleh
     kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu.
3.   Kebolehan kaunselor mengenal pasti jenis-jenis respons yang mereka
     berikan.
4.   Menilai ketepatan respons kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi
     kaunseling individu.
58                                                          Jurnal Pendidikan 26

                                  PROSEDUR

Tiga puluh lapan sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor pelatih di-
rakamkan dalam pita audio dan kemudian disalintaipkan secara kata demi kata.
Salinan sesi yang ditaip disemak oleh kaunselor pelatih sendiri. Setiap satu
salinan sesi yang lengkap diberi nombor kod supaya identiti klien tidak dikenali.
Sesi kaunseling yang dipilih adalah sesi kaunseling yang dianggap terbaik oleh
pelatih di antara beberapa sesi kaunseling yang telah mereka jalankan sewaktu
latihan praktikum.
      Setiap sesi yang dipilih sebagai sampel, panjangnya adalah di antara 35-60
minit. Setelah disalin dan ditaip dengan jarak baris dua langkau, panjang setiap
sesi didapati antara 20-25 muka surat. Untuk menganalisis semua unit respons
daripada kesemua 38 sesi, adalah suatu tugas yang tidak mungkin dapat
dijalankan dalam jangka masa yang singkat serta dengan sumber-sumber yang
diperuntukkan. Oleh yang demikian, kajian ini telah menggunakan kaedah yang
digunakan oleh Thompson (1986), iaitu dengan mengambil respons daripada
selang semuka sahaja. Dengan menggunakan kaedah persampelan Thompson
ini, sejumlah 1349 unit sampel respons telah diperolehi. Setiap unit respons yang
telah dipilih kemudian dikategorikan mengikut sistem yang telah dibina.
      Analisis kategori dengan menggunakan borang SKRLK dijalankan pada dua
peringkat. Pertama dijalankan oleh sekumpulan pelatih (yang terlibat dalam kajian
ini) untuk melihat kemampuan mereka mengenal pasti jenis-jenis respons yang
telah digunakan. Tahap kedua, satu analisis dijalankan oleh panel yang terdiri
daripada lima orang pensyarah bidang kaunseling yang dilantik untuk menilai
semula pilihan kategori yang dibuat oleh kumpulan pelajar tersebut.


                                  ANALISIS

Analisis diskriptif, kekerapan, peratusan dan ranking telah digunakan untuk
melihat kategori respons, pola-pola respons dan kualiti sesi yang dijalankan.
Kolerasi Spearman rank digunakan untuk melihat korelasi persetujuan antara
pilihan kategori jenis respons pelatih dengan kategori respons yang dinilai oleh
pakar.


                                HASIL KAJIAN

Tiga puluh lapan orang pelatih yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada
pelatih kaunselor Fakulti Pendidikan yang sedang menjalani latihan praktikum
kaunseling di beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia. Mereka sedang
mengikuti program ijazah pertama pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling.
Pada masa kajian ini dijalankan mereka sedang berada dalam Tahun III pengajian
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling                          59

mereka. Subjek adalah bekas guru-guru sekolah rendah yang terlatih dan telah
mempunyai pengalaman mengajar antara 5-10 tahun, berumur antara 30-38 tahun
dan berketurunan Melayu (lelaki dan perempuan).

1. Secara keseluruhannya terdapat 1,439 respons yang dipilih sebagai sampel
kajian yang dianalisa. Mengikut analisis kumpulan pelatih sebanyak 1,120 respons
dapat dikenal pasti sebagai kemahiran asas kaunseling yang dapat dikategorikan
ke dalam tujuh jenis kemahiran yang disebut sebagai; dorongan minima, soalan
terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan merumus.
Sementara respons-respons lain yang dianggap tidak termasuk dalam jenis
kemahiran yang dikaji dikategorikan sebagai jenis lain-lain dan jumlahnya adalah
sebanyak 319 unit. Jadual 4.1 menunjukkan jumlah unit respons bagi setiap
kategori serta peratus bagi setiap kategori mengikut analisis kumpulan pelatih
kaunselor.
     Mengikut analisis kumpulan pelatih, jumlah respons soalan terbuka
mempunyai kekerapan yang paling tinggi iaitu 289 unit (26%), diikuti oleh
kemahiran dorongan minima 274 unit (24%), soalan tertutup 252 unit (23%),
parafrasa 107 unit (9.5%), refleksi isi 84 unit (7.5%), merumus 65 unit (6%) dan
yang paling sedikit ialah refleksi emosi 49 unit (4%).

            JADUAL 1. Taburan jenis respons mengikut kekerapan dan peratus
                              mengikut penilaian pelatih

   Bil.     Jenis Respons               Kekerapan          Peratus     Ranking

   1.       Dorongan Minimum                  274           24               2
   2.       Soalan Tertutup                   252           23               3
   3.       Soalan Tertutup                   289           26               1
   4.       Parafrasa                         1-7            9               4
   5.       Refleksi Isi                       84            4               5
   6.       Refleksi Emosi                     49            4               7
   7.       Merumus                            65            6               6
            Jumlah                           1120          100
   8.       Lain-lain Kemahiran*              319          22.18

          Jumlah Sampel Respons              1439          100

   *Lain-lain kemahiran tidak diambil kira


2. Unit-unit respons yang dikenal pasti oleh pelatih kemudian dinilai oleh
kumpulan panel. Penilaian dibuat dengan melihat sejauh mana jenis-jenis
kemahiran yang dikenal pasti oleh pelatih dapat diterima oleh panel pakar. Dengan
menggunakan kaedah yang sama iaitu menggunakan borang SKRLK hasil
penilaian dapat dilihat sebagaimana dalam Jadual 2.
60                                                            Jurnal Pendidikan 26

        JADUAL 2. Darjah persetujuan panel dalam bentuk peratus dan ranking

 Bil     Jenis Respons             Unit          Ranking     Pilihan    Ranking
                                Persetujuan      pilihan     pelatih    pilihan
                                   Panel          panel                 pelatih

 1.    Dorongan Minimum              246            1         274             2
                                (89.78%)
 2.    Soalan Tertutup               178            3         252             3
                                (70.63%)
 3.    Soalan Tertutup               223            2         289             1
                                (77.16%)
 4.    Parafrasa                      70            4         107             4
                                (65.42%)
 5.    Refleksi Isi                   51            5          84             5
                                (60.71%)
 6.    Refleksi Emosi                 28            7          49             7
                                (57.14%)
 7.    Merumus                        48            6          65             6
                                (73.84%)
                             844 (75.35)                     1120

  Spearman Rank 0.946 (<0.01)


      Jadual 2 memperlihatkan kemampuan pelajar mengenal pasti jenis-jenis
respons yang mereka gunakan dalam sesi kaunseling. Kaedah yang digunakan
adalah dengan menilai semula pilihan respons yang dibuat oleh kumpulan pelajar
dan menganalisis unit-unit respons yang dipersetujui oleh panel. Jadual 2 juga
memperlihatkan tahap persetujuan ahli panel terhadap pilihan respons pelatih
mengenal pasti kemahiran-kemahiran dalam kajian ini. Umumnya, kemampuan
pelatih mengecam jenis-jenis respons adalah agak tinggi. Peratus persetujuan
panel dengan pilihan pelatih secara keseluruhannya adalah 79% dan peratus
persetujuan bagi setiap kategori mempunyai julat antara 57% hingga 90%. Jadual
2 menjelaskan bahawa daripada 274 unit respons yang dicam oleh pelajar 90%
daripadanya dipersetujui oleh panel. Bagi jenis kemahiran soalan tertutup,
daripada 252 unit soalan tertutup yang dikenal pasti, sejumlah 715 dipersetujui
oleh panel. Sementara 77% daripada 289 unit soalan terbuka mendapat persetujuan
panel. Manakala, daripada 107 unit parafrasa sebanyak 70% dipersetujui, daripada
84 unit refleksi isi 65% dipersetujui dan daripada 49 unit refleksi emosi yang
dikenal pasti oleh pelatih 61% daripadanya dipersetujui olah panel. Sementara
itu, 65 unit rumusan sebanyak 57% dipersetujui. Pada umumnya, sebanyak 1120
unit respons telah dikategorikan oleh pelatih ke dalam tujuh kategori kemahiran
asas dan secara keseluruhan kumpulan panel bersetuju sebanyak 844 unit respons
sahaja yang dapat dimasukkan ke dalam tujuh kategori tersebut atau sebanyak
75.35%.
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling                         61

     Kolerasi Spearman rank telah dikira untuk melihat tahap korelasi kedudukan
yang terhasil daripada analisis antara pilihan pelatih dengan penilaian panel
korelasi yang didapati adalah 0.946 (<0.01).
     Apabila dibuat perbandingan antara analisis pelatih dengan analisis panel
dari segi tahap persetujuan dan kedudukan, terdapat beberapa pola yang dapat
dilihat dalam setiap kategori kemahiran. Pertama, tahap persetujuan dapat
dianggap tinggi berdasarkan peratus persetujuan bagi setiap kategori. Kedua,
apabila ranking dibuat untuk kedua-dua set kategori respons kedudukan yang
berbeza hanya pada kategori dorongan minimum dengan soalan tertutup sahaja.
Bagaimanapun, perbezaan kedudukan tersebut amat sedikit. Kumpulan pelatih
meletakkan kategori dorongan minimum pada kedudukan nombor dua sementara
kumpulan panel meletakkannya pada kedudukan nombor satu. Kedudukan
kategori-kategori yang lain adalah sama. Ini dikukuhkan lagi dengan kiraan kolerasi
Spearman rank pada nilai 0.946 (<0.01). Ketiga, kedua-dua kumpulan bersetuju
terdapat dua set jenis respons, iaitu; set kategori yang kerap digunakan dan
yang kurang digunakan. Set yang kerap digunakan ialah kategori dorongan
minima, soalan tertutup, dan soalan terbuka. Sementara set yang kedua terdiri
daripada kategori refleksi isi, refleksi emosi, para frasa dan rumusan yang agak
jarang digunakan terutama refleksi emosi.
     Fenomena adanya jenis-jenis respons yang lebih popular berbanding dengan
yang lain seperti dalam kajian ini dapat dijelaskan dengan memahami bahawa
respons refleksi emosi dan merumus adalah respons-respons yang khusus
sementara kemahiran menggunakan soalan terbuka dan tertutup serta dorongan
minimum adalah lebih umum dan perlu dilakukan oleh kaunselor terutamanya
dalam proses penerokaan.

3. Analisis keberkesanan respons pelatih yang dinilai dengan menggunakan
skala Likert tujuh poin. Penilaian kesesuaian respons-respons kaunselor pelatih
telah diukur dengan menggunakan skala Likert dari nilai satu (1) hingga tujuh
(7). Untuk tujuan laporan ini nilai skala itu telah dikelompokkan kepada kurang
sesuai (1-3) sesuai (4-5) dan sangat sesuai (6-7). (Lihat Jadual 3)
     Jadual 3 di atas menunjukkan 20.26 peratus daripada respons kaunselor
tergolong dalam kategori kurang sesuai iaitu yang tergolong dalam skala 1-3
(3.12 %, 5.17% dan, 11.97%). Sementara 25 peratus pula dalam kategori sangat
sesuai iaitu respons-respons yang tergolong dalam skala 6-7 (24.38% dan .53%).
Hampir 55 peratus respons yang dilakukan oleh kaunselor pelatih tergolong
dalam kategori sesuai iaitu yang terletak pada skala 4-5 (24.49% dan 31.34%).
Secara keseluruhannya 80 peratus daripada jumlah respons yang dikenal pasti
oleh pelatih respons dalam sesi kaunseling yang dijalankan adalah sesuai dan
sangat sesuai. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah peratusan respons kaunselor
pelatih didapati sesuai adalah tinggi dan ini merupakan unsur yang sangat penting
bagi menentukan kejayaan satu-satu sesi kaunseling.
62                                                             Jurnal Pendidikan 26

        JADUAL 3. Taburan kesesuaian respons kaunselor pelatih mengikut
                              kekerapan dan peratus

Skala            1      2       3         4       5        6         7     Jumlah

Kekerapan       35     58      134      263      351      273        6      1,120
Peratus        3.12    5.17    11.97    23.49    31.34   24.38      0.53   100.00



                               PERBINCANGAN

                      RESPONS LISAN YANG DIGUNAKAN

Kajian ini menunjukkan bahawa kaunselor pelatih menggunakan ketujuh-tujuh
jenis respons yang dikategorikan sebagai kemahiran asas, iaitu dorongan mini-
mum, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan,
dan merumus dalam proses kaunseling. Dapatan ini menyokong kajian Lornborg
(1991) yang mendapati kaunselor baru lebih selesa menggunakan kemahiran-
kemahiran asas dalam menjalankan proses kaunseling. Ini adalah petanda yang
baik kerana dapatan ini menujukkan bahawa kaunselor yang telah melalui latihan
kaunseling mampu menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang dipelajari
dalam latihan pendidikan kaunseling semasa menjalankan proses kaunseling.
     Respons yang didapati paling kerap digunakan di dalam kajian ini ialah
respons soalan terbuka, diikuti oleh respons dorongan minimum, dan soalan
tertutup. Kajian yang dilakukan oleh Thompson (1986) menunjukkan bahawa
kaunselor-kaunselor di peringkat pascasiswazah lebih banyak menggunakan
soalan terbuka berbanding dengan kemahiran lain. Ini juga adalah petanda yang
baik di mana walaupun kaunselor pelatih yang dikaji dalam kajian ini terdiri
daripada pelajar prasiswazah, namun mereka mampu mempraktikkan kemahiran
setanding pelajar pasca siswazah, sekurang-kurangnya dari aspek pemilihan
kemahiran yang digunakan. Kemungkinan kebolehan kaunselor pelatih tersebut
memahirkan diri dalam proses kaunseling disebabkan oleh kematangan kaunselor-
kaunselor pelatih ini yang semuanya terdiri daripada guru berpengalaman.
     Kajian ini memperjelaskan bahawa kesesuaian latihan untuk menjadikan
kaunselor sebagai pembantu yang berkesan. Respons lisan yang kedua paling
kerap digunakan ialah dorongan minimum. Mengikut Lornborg (1991) kaunselor
baru kerap menggunakan dorongan minima. Ini kerana dorongan minima adalah
kemahiran yang digunakan untuk menggalakkan klien bercerita dengan lebih
lanjut terutamanya pada awal sesi kaunseling. Kaunselor pelatih selalunya belum
mampu untuk terus kepada tahap menganalisis, menginterpretasi, mengkonfrontasi
atau membuat pendedahan kendiri seperti yang berlaku dalam tahap-tahap akhir
proses kaunseling. Sememangnya mereka dilatih untuk memfokus kepada mencari
maklumat sebanyak mungkin, mendengar, dan menggalakkan klien mencurah
perasaan. Kajian Hill (1988) menyatakan bahawa kaunselor yang lebih
Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling                      63

berpengalaman juga paling kerap menggunakan kemahiran mendapatkan
maklumat, diikuti dengan parafrasa, soalan tertutup, soalan terbuka, dan paling
akhir pendedahan kendiri. Oleh itu, dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa
kaunselor pelatih menggunakan kemahiran dorongan minima untuk mendapatkan
maklumat adalah bersesuaian dengan latihan menuju kepada menjadi kaunselor
yang berkesan.
     Walaupun begitu, dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa kaunselor
amat kurang menggunakan refleksi emosi agak merunsingkan. Ini kerana sebagai
kaunselor baru, sepatutnya mereka lebih menggunakan kemahiran yang boleh
membantu klien mencurahkan perasaan, iaitu refleksi emosi. Refleksi emosi adalah
sesuatu yang penting dalam proses kaunseling, dan setiap kaunselor sepatutnya
memahirkan diri dengan kemahiran ini sebelum terus kepada proses menyelesaikan
masalah. Ketidakmampuan sampel kajian ini menggunakan kemahiran refleksi
perasaan dengan memuaskan mungkin disebabkan oleh dua faktor, iaitu pertama,
ketidaksabaran kaunselor-kaunselor pelatih ini untuk menyelesaikan masalah;
dan kedua, refleksi emosi adalah kemahiran yang agak sukar untuk dipraktikkan.

          KEMAMPUAN KAUNSELOR PELATIH MENGECAM RESPONS

Kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya, kaunselor pelatih telah berjaya
mengecam nama-nama kemahiran yang mereka gunakan dengan baik. Pemilihan
dorongan minimum dan soalan terbuka sebagai kemahiran atau respons yang
paling senang dikenali adalah tepat dengan penggunaannya yang kerap oleh
kaunselor pelatih. Ketidakmampuan kaunselor pelatih mengenali refleksi emosi
juga menjawab soalan kenapa mereka paling jarang menggunakan kemahiran
tersebut. Dapatan ini tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana dapatan
kajian sebelumnya kerana masih belum terdapat kajian yang mengkaji aspek ini
sebelum ini.

                 KESESUAIAN RESPONS KAUNSELOR PELATIH

Kajian ini mendapati 80% daripada respons yang dibuat oleh kaunselor pelatih
dianggap sesuai oleh pakar, di mana 25% daripadanya adalah sangat sesuai.
Selebihnya, 20% daripada respons kaunselor pelatih ini dianggap tidak sesuai.
Dapatan ini menunjukkan bahawa kaunselor yang mempunyai latihan kaunseling
berkemampuan menjalankan proses kaunseling secara asas. Mereka masih
berkemungkinan melakukan kesilapan dengan memberi respons yang tidak sesuai,
tidak membantu dan tidak relevan dengan apa yang dikemukakan oleh klien.


                                KESIMPULAN

Kajian ini telah menunjukkan bahawa guru-guru terutamanya mereka yang matang
dan berpengalaman mampu menjalankan kegiatan memberi perkhidmatan
64                                                              Jurnal Pendidikan 26

kaunseling setelah dilatih. Kaunselor pelatih prasiswazah yang dikaji telah
menunjukkan kebolehan menggunakan semua kemahiran asas yang dipelajari,
malah pada ketikanya mampu menggunakan kemahiran ini sebagaimana pelajar
pascasiswazah. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kemahiran kaunseling
boleh diamalkan jika seseorang mengikuti latihan.
     Seterusnya kajian ini mendapati masih terdapat kemahiran-kemahiran asas
yang belum dapat digunakan dan dikenal pasti oleh kaunselor pelatih. Ini
menunjukkan bahawa bukan semua kemahiran asas kaunseling senang difahami
dan dilakukan tanpa latihan yang kukuh. Sehubungan itu disarankan bahawa
mereka yang terlibat dalam profesion kaunseling sebaiknya mendapat latihan
kaunseling hingga ke peringkat pascasiswazah. Pada peringkat pascasiswazah
latihan-latihan kaunseling sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada aspek
mengenali dan mengukuhkan kekuatan diri dalam mempraktikkan kemahiran-
kemahiran yang lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini, borang SKRLK telah
direkacipta. Borang ini boleh diperbaiki dan dikembangkan untuk penyelidikan
yang akan datang.

                                     RUJUKAN

Abdul Halim Othman. 1990. Ke arah satu profesion kaunseling di Malaysia. Jurnal
      Personalia 1: 3-12.
Cummings, A. L. 1987. The relationships of cognitive style to social problems solving
      and emphaty counselor’s training. Doctoral Dissertation, University of Western
      Ontario, Ontario, Canada.
Egan. G. 1982. The Skilled Helper. Monterey. CA: Brooks/Cole.
Hill, C. E. 1986. An overview of the Hill Counselor and Client Verbal Response Modes
      Category System. In L. S. Greenberg and W. M. Pinsof (Eds.), The psychotherapeu-
      tic process. A research handbook. NY: Gilford Press.
Hill, J. C., V. T. Helms, K. E. Spenegal & E. S. Perry. Effects of therapist responses
      modes on brief psychotherapy. Journal of Counseling Psychology 35: 222-233.
Ivey, A. E. 1996. Intentional interviewing and counseling. California: Brooks/Cole
      Publishing Company Pacific Grove.
Lonborg, S. D. 1991. Counselor and client verbal response mode changes during initial
      counseling sessions. Journal of Counseling Psychology 38(4): 138-142.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. 1992. Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan
      kaunseling di sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Thompson, A. P. 1986. Changes in counseling skills during graduate and undergraduate
      study. Journal of Counseling Psychology 33: 65-72.


Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan

Contenu connexe

Tendances

Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATANur Kareena
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guruhibatullah92
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataOpie Mohamad
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bualNur Hassan
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Penilaian program
Penilaian programPenilaian program
Penilaian programHemah Naidu
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifTunMastura
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
Pensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. KamarulPensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. Kamarulwmkfirdaus
 

Tendances (20)

Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Statistik ppg bab2 -hantar
Statistik ppg bab2 -hantarStatistik ppg bab2 -hantar
Statistik ppg bab2 -hantar
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional GuruLatihan Dan Pembangunan Profesional Guru
Latihan Dan Pembangunan Profesional Guru
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Penilaian program
Penilaian programPenilaian program
Penilaian program
 
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan KualitatifKajian kes Penyelidikan Kualitatif
Kajian kes Penyelidikan Kualitatif
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
Pensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. KamarulPensampelan Dr. Kamarul
Pensampelan Dr. Kamarul
 

En vedette

Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerah
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerahTugas 7 pembangunan ekonomi daerah
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerahsiti aisah
 
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakKecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakMiss Miaa
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...Siti Fatimah Dzulkifli
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...SK SUNGAI KAJANG
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Nur Kareena
 
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikanContoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikanNEMOKUND
 
Jurnal PSikologi pendidikan
Jurnal PSikologi pendidikanJurnal PSikologi pendidikan
Jurnal PSikologi pendidikanmppeutm
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kankRozaidi Yusof
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganIrma Gurlz
 
Statistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarStatistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarMiccaill Casparov
 

En vedette (20)

Skala likert
Skala likertSkala likert
Skala likert
 
Psikometri Bab a4
 Psikometri Bab a4 Psikometri Bab a4
Psikometri Bab a4
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerah
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerahTugas 7 pembangunan ekonomi daerah
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerah
 
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakKecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
 
Sukan 1
Sukan 1Sukan 1
Sukan 1
 
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUN...
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
 
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikanContoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan
Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan
 
Jurnal PSikologi pendidikan
Jurnal PSikologi pendidikanJurnal PSikologi pendidikan
Jurnal PSikologi pendidikan
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
 
Statistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantarStatistik perwakilan data (word)-hantar
Statistik perwakilan data (word)-hantar
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
kajian
kajiankajian
kajian
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 

Similaire à Skala likert

Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganKesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganUniversiti Sains Malaysia
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahThavasri Chandiran
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Nonie Mislan
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...rathibujie
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Hmef5063
Hmef5063Hmef5063
Hmef5063latiba
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanHayatuNMustapHa
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALWan Nor Faezah
 
Contoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmContoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmMalek Hassan
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)Ieta Sa'ad
 
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahanLaporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahanendinn
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 

Similaire à Skala likert (20)

Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi BimbinganKesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Komunikasi Bimbingan
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Hmef5063
Hmef5063Hmef5063
Hmef5063
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatan
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Contoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmContoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksm
 
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
STRATEGI PENGAJARAN (PERBINCANGAN)
 
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahanLaporan kaedah pengajaran   kekuatan dan kelemahan
Laporan kaedah pengajaran kekuatan dan kelemahan
 
15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
article review
article reviewarticle review
article review
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 

Plus de rsd kol abundjani

Plus de rsd kol abundjani (20)

Rpkps
RpkpsRpkps
Rpkps
 
Modul 7-format-kpt
Modul 7-format-kptModul 7-format-kpt
Modul 7-format-kpt
 
Draft kurikulum-2013-per-tgl-13-november-2012-pukul-14
Draft kurikulum-2013-per-tgl-13-november-2012-pukul-14Draft kurikulum-2013-per-tgl-13-november-2012-pukul-14
Draft kurikulum-2013-per-tgl-13-november-2012-pukul-14
 
Aspek penilaian
Aspek penilaianAspek penilaian
Aspek penilaian
 
8. pengembangan bahan ajar
8. pengembangan bahan ajar8. pengembangan bahan ajar
8. pengembangan bahan ajar
 
Tema tema kkn-ppm1
Tema tema kkn-ppm1Tema tema kkn-ppm1
Tema tema kkn-ppm1
 
Tayang peranan wi dan tantangannya ddn 09-12-09
Tayang peranan wi dan tantangannya ddn 09-12-09Tayang peranan wi dan tantangannya ddn 09-12-09
Tayang peranan wi dan tantangannya ddn 09-12-09
 
Spmpt
SpmptSpmpt
Spmpt
 
Skd
SkdSkd
Skd
 
pengawasan mutu pangan
pengawasan mutu panganpengawasan mutu pangan
pengawasan mutu pangan
 
Rpp opd seminar executive edit
Rpp opd seminar executive editRpp opd seminar executive edit
Rpp opd seminar executive edit
 
Pelatihan applied approach
Pelatihan applied approachPelatihan applied approach
Pelatihan applied approach
 
Matematika bangun-datar
Matematika bangun-datarMatematika bangun-datar
Matematika bangun-datar
 
Kuliah pendahuluan bioo teknologi pertanian
Kuliah pendahuluan bioo teknologi pertanianKuliah pendahuluan bioo teknologi pertanian
Kuliah pendahuluan bioo teknologi pertanian
 
Konsep penulisan modul mata pelajaran
Konsep penulisan modul mata pelajaranKonsep penulisan modul mata pelajaran
Konsep penulisan modul mata pelajaran
 
Kerangka acuan dan laporan
Kerangka acuan dan laporanKerangka acuan dan laporan
Kerangka acuan dan laporan
 
Keindahan matematik dan angka
Keindahan matematik dan angkaKeindahan matematik dan angka
Keindahan matematik dan angka
 
Kebijakan nasional spmi pt
Kebijakan nasional spmi ptKebijakan nasional spmi pt
Kebijakan nasional spmi pt
 
Jurnal pelatihan jafung adminkes
Jurnal pelatihan jafung adminkesJurnal pelatihan jafung adminkes
Jurnal pelatihan jafung adminkes
 
Inventarisasi koleksi perpustakaan
Inventarisasi koleksi perpustakaanInventarisasi koleksi perpustakaan
Inventarisasi koleksi perpustakaan
 

Skala likert

  • 1. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam26 (2001) 53 - 64 Jurnal Pendidikan Sesi Kaunseling 53 Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling AMLA SALLEH MOHD. ARIF ISMAIL SALLEH AMAT ZURIA MAHMUD ABSTRAK Rencana ini melaporkan hasil kajian kemahiran kaunseling yang bertujuan untuk melihat jenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh pelatih-pelatih kaunselor UKM. Kajian ini juga melihat kemampuan mereka mengenal pasti respons-respons yang digunakan serta tahap kesesuaian kemahiran- kemahiran tersebut. Data dipungut dengan memilih respons daripada sesi kaunseling yang telah ditaip secara verbatim dan diambil selang semuka daripada sejumlah 38 orang sesi oleh 38 pelatih. Sebanyak 1439 unit sampel respons telah diperolehi. Analisis kekerapan dan peratusan dikira dengan menggunakan borang Skala Kemahiran Respons Lisan Kaunselor (SKRLK). Sementara analisis kesesuaian pula, menggunakan skala penilaian berbentuk Likert 7 poin. Kemampuan pelatih mengenal pasti jenis respons dinilai oleh sebuah panel pakar. Penilaian kesesuaian respons juga dibuat oleh panel pakar. Keputusan kajian menunjukkan pelatih menggunakan kemahiran asas seperti dorongan minima, soalan tertutup, soalan terbuka, refleksi isi, refleksi emosi dan merumus. Dorongan minima, soalan terbuka dan tertutup merupakan respons yang paling kerap digunakan berbanding dengan respons-respons lain. Kebolehan pelatih mengenal pasti respons adalah tinggi. Begitu juga dengan kesesuaian respons-respons yang diberikan dalam konteks masalah klien juga tinggi. Akhirnya rencana ini turut membincangkan implikasi kajian dari perspektif latihan dan perkembangan profesionalisme kaunseling. ABSTRACT This article reports the results of a research on counseling skills which aimed at identifying the types of oral response skills used by UKM counselor trainees. Also, it was to find out the trainees’ ability in identifying the responses that they used including the suitability of the skills. Data was gathered by choos- ing an alternate page type written verbatim responses by 38 trainees from 38 counseling sessions. A total of 1439 response sample units were obtained. Analysis of frequency and percentage was tabulated using the Counselor Oral Response Skills Scale form. The suitability analysis used the evaluation scale in the form of 7 point Likert. Trainees’ ability in identifying response types and
  • 2. 54 Jurnal Pendidikan 26 suitability of responses were evaluated by an expert panel. Results of the re- search showed that trainees used basic skills such as minimal encouragement, open-ended and close-ended questions, context and emotional reflections, and summarization. Minimal encouragement, open-ended and close-ended questions were the most frequent responses employed compared to other re- sponses. The trainees’ ability in identifying responses was high. The suitabil- ity of responses given in the context of client problem was high too. Finally, this article discusses the implication of the research in the perspective of train- ing and professional development of counseling. PENDAHULUAN Perkhidmatan kaunseling semakin mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia pada masa kini. Kemuncak kepada perkembangan tersebut adalah dengan lulusnya Akta Kaunselor 580 pada tahun 1998 dan dengan tertubuhnya sebuah Lembaga Kaunselor Kebangsaan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia amalan kaunseling di Malaysia. Perkembangan ini sekali gus telah meningkatkan taraf profesional kaunseling di Malaysia. Justeru pemantapan program-program latihan kaunseling pada masa kini perlu diberi fokus. Isu mutu latihan kaunselor di Malaysia telah dibangkitkan oleh Abdul Halim sejak 1990. Beliau telah menyarankan supaya program-program latihan kaunselor mempunyai satu asas latihan yang seragam serta mempunyai kurikulum yang tersusun rapi dan mengambil kira perkembangan ilmu pengetahuan mutakhir. Saranan itu juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi terhadap aspek latihan kemahiran kaunseling yang menjadi teras kepada proses kaunseling. Kepentingan latihan yang disebutkan turut memberi implikasi terhadap kepentingan penyelidikan dalam bidang kaunseling, khususnya pada aspek kemahiran itu sendiri. Walaupun kurikulum latihan kaunseling tempatan memberi peruntukan kepada kursus-kursus kemahiran, namun hingga kini kajian-kajian yang berkaitan dengan kemahiran baik secara umum atau yang khusus masih belum diterokai (Abdul Halim 1990 & Mizan Adiliah 1992). KAJIAN KEMAHIRAN KAUNSELING Egan (1982) telah mengutarakan bahawa kemahiran kaunseling penting. Menurut Egan (1982) dalam setiap tahap intervensi menolong terdapat pelbagai jenis kemahiran. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam menentukan matalat kaunseling. Kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti masalah termasuklah memberi perhatian, mendengar dengan aktif, dan merumus. Kenyataan tentang pentingnya kemahiran kaunseling tersebut dikukuhkan lagi oleh pandangan Abdul Halim Othman (1990) yang menyatakan bahawa salah
  • 3. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 55 satu aspek yang harus diberi penekanan ialah kemahiran kaunseling yang digunakan oleh kaunselor pelatih. Ivey (1996) mengenal pasti kemahiran-kemahiran asas kaunseling seperti berikut: 1. Dorongan minima – respons kaunselor yang ditahap minima bagi meng- galakkan klien bercakap. Ini mungkin dilakukan dengan cara anggukan kepala dan respons-respons seperti menyebut ‚aha’, ‚teruskan’ yang menunjukkan kaunselor ingin klien menghuraikan sesuatu dengan lebih lanjut. 2. Soalan terbuka – soalan terbuka adalah soalan yang mengkehendaki klien menerangkan sesuatu pernyataan dengan lebih lanjut. 3. Soalan tertutup – soalan jenis ini hanya digunakan oleh kaunselor untuk memeriksa sama ada tanggapan kaunselor itu benar atau salah. 4. Parafrasa – respons kaunselor dalam ayat sendiri yang dapat merumuskan apa yang diperkatakan oleh klien. 5. Refleksi isi – yang merupakan respons kaunselor untuk menggambarkan isi perbualan dengan klien bagi menunjukkan kefahaman kaunselor. 6. Refleksi emosi – Refleksi perasaan ialah respons kaunselor untuk menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor. Kajian-kajian yang telah dijalankan melihat kemahiran kaunseling dari pelbagai aspek. Antara faktor yang sering dikaji ialah pengalaman kaunselor, jantina kaunselor, persepsi empati, dan tujuan kaunselor (Cummings 1987; Hills 1986; Lornborg 1991; Thompson 1986). Setelah diteliti didapati beberapa pengkaji turut membuat kajian kaunseling secara khusus iaitu memberi fokus kepada kemahiran-kemahiran seperti dorongan minima, refleksi, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, merumus, dan lain-lain lagi menggunakan Hill Counselor Verbal Response Category System (HCVRS) yang dibina oleh Hill (1986). Kajian Thomson (1986) mendapati bahawa kaunselor-kaunselor pelatih sama ada pada peringkat pascasiswazah dan prasiswazah kurang menggunakan kemahiran dorongan minimum dan meningkatkan kemahiran-kemahiran lain seperti pernyataan semula dan soalan-soalan setelah menjalani latihan akademik selama setahun. Dapatan kajian beliau juga menunjukkan bahawa pelajar pascasiswazah lebih banyak menggunakan soalan terbuka dan kemahiran konfrantasi tetapi kurang membuat interpretasi berbanding dengan pelajar prasiswazah. Satu lagi kajian telah dijalankan oleh Lonborg (1991) bagi mengetahui sama ada kaunselor-kaunselor baru menggunakan lebih banyak respons lisan yang asas berbanding dengan respons-respons yang lebih kompleks. Kajian Lonborg mendapati bahawa penggunaan respon kemahiran asas seperti dorongan minima bertambah dengan penambahan masa proses kaunseling. Menurut Lornborg (1991) keadaan ini bersesuaian dengan keadaan sesi awal kaunseling yang menitikberatkan pengumpulan maklumat.
  • 4. 56 Jurnal Pendidikan 26 Sementara Cummings (1987) pula telah mengkaji tentang jenis-jenis dan jumlah respons yang digunakan oleh kaunselor baru melalui penggunaan HSVRCS. Cummings juga telah melihat hubungan jantina dengan kekerapan dan kualiti penggunaan kemahiran reflektif dan juga hubungan jantina dengan mode respons. Cummings mendapati terdapat perbezaan di dalam penggunaan respons berdasarkan jantina. Kaunselor lelaki lebih banyak menggunakan dorongan minima berbanding kaunselor perempuan, sebaliknya kaunselor perempuan lebih banyak menggunakan soalan tertutup, ulangan kata, refleksi, dan maklumat. Walau bagaimanapun secara amnya, kajian ini mendapati bahawa tiga respons kemahiran asas yang paling kerap digunakan oleh kaunselor baru ialah dorongan minima, refleksi dan ulangan kata. METODOLOGI SUBJEK Subjek kajian terdiri daripada 38 orang pelajar program pensiswazahan pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini adalah program khas yang dijalankan oleh Fakulti Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelajar- pelajar yang mengikuti program ini mengikuti kursus Kaunseling pada tahun I di maktab-maktab perguruan di Malaysia. Oleh yang demikian, mereka diterima masuk ke Fakulti Pendidikan UKM pada tahun II. KLIEN Klien yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah di mana kaunselor pelatih menjalani latihan praktikum mereka. Klien yang datang berjumpa dengan kaunselor terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah (lelaki dan perempuan) yang berumur di antara 14-17 tahun. Mereka yang datang menemui kaunselor pelatih secara sukarela atau dirujuk oleh guru. INSTRUMEN Dua set instrumen telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen pertama ialah Sistem Kategori Respons Lisan Kaunselor ( SKRLK ) yang dibina untuk mengelaskan tujuh respons lisan kaunselor yang ekslusif iaitu: dorongan minima, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan lain- lain. Sistem ini dibina berdasarkan Counselor Verbal Response Category System (CVRCS) yang telah dibina oleh Hill (1986). Sistem ini digunakan untuk mengelas jenis-jenis respons lisan yang digunakan oleh kaunselor dalam sesi kaunseling. Instrumen kedua ialah Skala Penilaian Kualiti: Satu skala Likert untuk menilai kualiti sesi kaunseling juga dibentuk untuk melihat tahap keberkesanan satu-
  • 5. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 57 satu sesi kaunseling secara menyeluruh. Skala Likert 7 poin dibentuk dengan julat nilai daripada sangat tidak berkesan (1) kepada yang sangat berkesan (7). Skala disediakan dengan panduan penilaian yang menjelaskan kualiti sesuatu sesi itu sama ada dapat dianggap sangat berkesan berkesan (7), berkesan (5 dan 6), sederhana berkesan (4), kurang berkesan (3 dan 2) serta sangat tidak berkesan (1). Sesi yang dianggap berkesan memperlihatkan ciri temubual yang tersusun, mempunyai kesinambungan jalan cerita, berjalan lancar, terdapat tema- tema penerokaan masalah klien, menjelaskan, memberikan celik akal, mempunyai pelan tindakan secara tentatif serta mempunyai unsur-unsur yang menyokong klien. Sementara sesi yang dianggap tidak berkesan ialah yang tidak mem- perlihatkan unsur kesinambungan, mempunyai tema-tema respons yang janggal, ada unsur-unsur mengabaikan masalah klien, serta tidak mempunyai fokus. Kajian Hill et al. (1988) mengkaji terapis berpengalaman dalam melihat kesan jenis kemahiran yang digunakan terhadap rawatan. Kemahiran yang dikaji ialah persetujuan, memberi maklumat, bimbingan langsung, soalan tertutup, soalan terbuka, parafrasa (penyataan semula, refleksi, rumusan dan rujukan bukan lisan), interprestasi, konfrontasi dan pendedahan kendiri. Hill, et al. mendapati secara amnya, terapis telah menggunakan kemahiran memberi maklumat dengan paling kerap diikuti dengan parafrasa, soalan tertutup, soalan terbuka, interpretasi, persetujuan dan diikuti oleh bimbingan langsung dan pendedahan kendiri. Sampel dalam kajian Hills ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman, dianggap terbaik dalam agensi-agensi, dan mereka mengaku menggunakan pendekatan psikoanalisis lebih daripada pendekatan humanistik atau tingkah laku (behavioral). Kajian-kajian tentang kemahiran kaunseling seperti yang telah dibincangkan di atas belum terdapat di Malaysia. Justeru terdapat keperluan untuk melihat jenis respons kaunselor terutama di kalangan kaunselor pelatih di negara ini. Kajian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan tersebut. TUJUAN KAJIAN Kajian dijalankan untuk melihat aspek-aspek berikut: 1. Jenis-jenis kemahiran asas kaunseling yang digunakan oleh kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu. 2. Kekerapan respons kemahiran-kemahiran asas yang telah digunakan oleh kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu. 3. Kebolehan kaunselor mengenal pasti jenis-jenis respons yang mereka berikan. 4. Menilai ketepatan respons kaunselor pelatih semasa menjalankan sesi kaunseling individu.
  • 6. 58 Jurnal Pendidikan 26 PROSEDUR Tiga puluh lapan sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor pelatih di- rakamkan dalam pita audio dan kemudian disalintaipkan secara kata demi kata. Salinan sesi yang ditaip disemak oleh kaunselor pelatih sendiri. Setiap satu salinan sesi yang lengkap diberi nombor kod supaya identiti klien tidak dikenali. Sesi kaunseling yang dipilih adalah sesi kaunseling yang dianggap terbaik oleh pelatih di antara beberapa sesi kaunseling yang telah mereka jalankan sewaktu latihan praktikum. Setiap sesi yang dipilih sebagai sampel, panjangnya adalah di antara 35-60 minit. Setelah disalin dan ditaip dengan jarak baris dua langkau, panjang setiap sesi didapati antara 20-25 muka surat. Untuk menganalisis semua unit respons daripada kesemua 38 sesi, adalah suatu tugas yang tidak mungkin dapat dijalankan dalam jangka masa yang singkat serta dengan sumber-sumber yang diperuntukkan. Oleh yang demikian, kajian ini telah menggunakan kaedah yang digunakan oleh Thompson (1986), iaitu dengan mengambil respons daripada selang semuka sahaja. Dengan menggunakan kaedah persampelan Thompson ini, sejumlah 1349 unit sampel respons telah diperolehi. Setiap unit respons yang telah dipilih kemudian dikategorikan mengikut sistem yang telah dibina. Analisis kategori dengan menggunakan borang SKRLK dijalankan pada dua peringkat. Pertama dijalankan oleh sekumpulan pelatih (yang terlibat dalam kajian ini) untuk melihat kemampuan mereka mengenal pasti jenis-jenis respons yang telah digunakan. Tahap kedua, satu analisis dijalankan oleh panel yang terdiri daripada lima orang pensyarah bidang kaunseling yang dilantik untuk menilai semula pilihan kategori yang dibuat oleh kumpulan pelajar tersebut. ANALISIS Analisis diskriptif, kekerapan, peratusan dan ranking telah digunakan untuk melihat kategori respons, pola-pola respons dan kualiti sesi yang dijalankan. Kolerasi Spearman rank digunakan untuk melihat korelasi persetujuan antara pilihan kategori jenis respons pelatih dengan kategori respons yang dinilai oleh pakar. HASIL KAJIAN Tiga puluh lapan orang pelatih yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelatih kaunselor Fakulti Pendidikan yang sedang menjalani latihan praktikum kaunseling di beberapa buah sekolah di seluruh Malaysia. Mereka sedang mengikuti program ijazah pertama pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling. Pada masa kajian ini dijalankan mereka sedang berada dalam Tahun III pengajian
  • 7. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 59 mereka. Subjek adalah bekas guru-guru sekolah rendah yang terlatih dan telah mempunyai pengalaman mengajar antara 5-10 tahun, berumur antara 30-38 tahun dan berketurunan Melayu (lelaki dan perempuan). 1. Secara keseluruhannya terdapat 1,439 respons yang dipilih sebagai sampel kajian yang dianalisa. Mengikut analisis kumpulan pelatih sebanyak 1,120 respons dapat dikenal pasti sebagai kemahiran asas kaunseling yang dapat dikategorikan ke dalam tujuh jenis kemahiran yang disebut sebagai; dorongan minima, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan merumus. Sementara respons-respons lain yang dianggap tidak termasuk dalam jenis kemahiran yang dikaji dikategorikan sebagai jenis lain-lain dan jumlahnya adalah sebanyak 319 unit. Jadual 4.1 menunjukkan jumlah unit respons bagi setiap kategori serta peratus bagi setiap kategori mengikut analisis kumpulan pelatih kaunselor. Mengikut analisis kumpulan pelatih, jumlah respons soalan terbuka mempunyai kekerapan yang paling tinggi iaitu 289 unit (26%), diikuti oleh kemahiran dorongan minima 274 unit (24%), soalan tertutup 252 unit (23%), parafrasa 107 unit (9.5%), refleksi isi 84 unit (7.5%), merumus 65 unit (6%) dan yang paling sedikit ialah refleksi emosi 49 unit (4%). JADUAL 1. Taburan jenis respons mengikut kekerapan dan peratus mengikut penilaian pelatih Bil. Jenis Respons Kekerapan Peratus Ranking 1. Dorongan Minimum 274 24 2 2. Soalan Tertutup 252 23 3 3. Soalan Tertutup 289 26 1 4. Parafrasa 1-7 9 4 5. Refleksi Isi 84 4 5 6. Refleksi Emosi 49 4 7 7. Merumus 65 6 6 Jumlah 1120 100 8. Lain-lain Kemahiran* 319 22.18 Jumlah Sampel Respons 1439 100 *Lain-lain kemahiran tidak diambil kira 2. Unit-unit respons yang dikenal pasti oleh pelatih kemudian dinilai oleh kumpulan panel. Penilaian dibuat dengan melihat sejauh mana jenis-jenis kemahiran yang dikenal pasti oleh pelatih dapat diterima oleh panel pakar. Dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu menggunakan borang SKRLK hasil penilaian dapat dilihat sebagaimana dalam Jadual 2.
  • 8. 60 Jurnal Pendidikan 26 JADUAL 2. Darjah persetujuan panel dalam bentuk peratus dan ranking Bil Jenis Respons Unit Ranking Pilihan Ranking Persetujuan pilihan pelatih pilihan Panel panel pelatih 1. Dorongan Minimum 246 1 274 2 (89.78%) 2. Soalan Tertutup 178 3 252 3 (70.63%) 3. Soalan Tertutup 223 2 289 1 (77.16%) 4. Parafrasa 70 4 107 4 (65.42%) 5. Refleksi Isi 51 5 84 5 (60.71%) 6. Refleksi Emosi 28 7 49 7 (57.14%) 7. Merumus 48 6 65 6 (73.84%) 844 (75.35) 1120 Spearman Rank 0.946 (<0.01) Jadual 2 memperlihatkan kemampuan pelajar mengenal pasti jenis-jenis respons yang mereka gunakan dalam sesi kaunseling. Kaedah yang digunakan adalah dengan menilai semula pilihan respons yang dibuat oleh kumpulan pelajar dan menganalisis unit-unit respons yang dipersetujui oleh panel. Jadual 2 juga memperlihatkan tahap persetujuan ahli panel terhadap pilihan respons pelatih mengenal pasti kemahiran-kemahiran dalam kajian ini. Umumnya, kemampuan pelatih mengecam jenis-jenis respons adalah agak tinggi. Peratus persetujuan panel dengan pilihan pelatih secara keseluruhannya adalah 79% dan peratus persetujuan bagi setiap kategori mempunyai julat antara 57% hingga 90%. Jadual 2 menjelaskan bahawa daripada 274 unit respons yang dicam oleh pelajar 90% daripadanya dipersetujui oleh panel. Bagi jenis kemahiran soalan tertutup, daripada 252 unit soalan tertutup yang dikenal pasti, sejumlah 715 dipersetujui oleh panel. Sementara 77% daripada 289 unit soalan terbuka mendapat persetujuan panel. Manakala, daripada 107 unit parafrasa sebanyak 70% dipersetujui, daripada 84 unit refleksi isi 65% dipersetujui dan daripada 49 unit refleksi emosi yang dikenal pasti oleh pelatih 61% daripadanya dipersetujui olah panel. Sementara itu, 65 unit rumusan sebanyak 57% dipersetujui. Pada umumnya, sebanyak 1120 unit respons telah dikategorikan oleh pelatih ke dalam tujuh kategori kemahiran asas dan secara keseluruhan kumpulan panel bersetuju sebanyak 844 unit respons sahaja yang dapat dimasukkan ke dalam tujuh kategori tersebut atau sebanyak 75.35%.
  • 9. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 61 Kolerasi Spearman rank telah dikira untuk melihat tahap korelasi kedudukan yang terhasil daripada analisis antara pilihan pelatih dengan penilaian panel korelasi yang didapati adalah 0.946 (<0.01). Apabila dibuat perbandingan antara analisis pelatih dengan analisis panel dari segi tahap persetujuan dan kedudukan, terdapat beberapa pola yang dapat dilihat dalam setiap kategori kemahiran. Pertama, tahap persetujuan dapat dianggap tinggi berdasarkan peratus persetujuan bagi setiap kategori. Kedua, apabila ranking dibuat untuk kedua-dua set kategori respons kedudukan yang berbeza hanya pada kategori dorongan minimum dengan soalan tertutup sahaja. Bagaimanapun, perbezaan kedudukan tersebut amat sedikit. Kumpulan pelatih meletakkan kategori dorongan minimum pada kedudukan nombor dua sementara kumpulan panel meletakkannya pada kedudukan nombor satu. Kedudukan kategori-kategori yang lain adalah sama. Ini dikukuhkan lagi dengan kiraan kolerasi Spearman rank pada nilai 0.946 (<0.01). Ketiga, kedua-dua kumpulan bersetuju terdapat dua set jenis respons, iaitu; set kategori yang kerap digunakan dan yang kurang digunakan. Set yang kerap digunakan ialah kategori dorongan minima, soalan tertutup, dan soalan terbuka. Sementara set yang kedua terdiri daripada kategori refleksi isi, refleksi emosi, para frasa dan rumusan yang agak jarang digunakan terutama refleksi emosi. Fenomena adanya jenis-jenis respons yang lebih popular berbanding dengan yang lain seperti dalam kajian ini dapat dijelaskan dengan memahami bahawa respons refleksi emosi dan merumus adalah respons-respons yang khusus sementara kemahiran menggunakan soalan terbuka dan tertutup serta dorongan minimum adalah lebih umum dan perlu dilakukan oleh kaunselor terutamanya dalam proses penerokaan. 3. Analisis keberkesanan respons pelatih yang dinilai dengan menggunakan skala Likert tujuh poin. Penilaian kesesuaian respons-respons kaunselor pelatih telah diukur dengan menggunakan skala Likert dari nilai satu (1) hingga tujuh (7). Untuk tujuan laporan ini nilai skala itu telah dikelompokkan kepada kurang sesuai (1-3) sesuai (4-5) dan sangat sesuai (6-7). (Lihat Jadual 3) Jadual 3 di atas menunjukkan 20.26 peratus daripada respons kaunselor tergolong dalam kategori kurang sesuai iaitu yang tergolong dalam skala 1-3 (3.12 %, 5.17% dan, 11.97%). Sementara 25 peratus pula dalam kategori sangat sesuai iaitu respons-respons yang tergolong dalam skala 6-7 (24.38% dan .53%). Hampir 55 peratus respons yang dilakukan oleh kaunselor pelatih tergolong dalam kategori sesuai iaitu yang terletak pada skala 4-5 (24.49% dan 31.34%). Secara keseluruhannya 80 peratus daripada jumlah respons yang dikenal pasti oleh pelatih respons dalam sesi kaunseling yang dijalankan adalah sesuai dan sangat sesuai. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah peratusan respons kaunselor pelatih didapati sesuai adalah tinggi dan ini merupakan unsur yang sangat penting bagi menentukan kejayaan satu-satu sesi kaunseling.
  • 10. 62 Jurnal Pendidikan 26 JADUAL 3. Taburan kesesuaian respons kaunselor pelatih mengikut kekerapan dan peratus Skala 1 2 3 4 5 6 7 Jumlah Kekerapan 35 58 134 263 351 273 6 1,120 Peratus 3.12 5.17 11.97 23.49 31.34 24.38 0.53 100.00 PERBINCANGAN RESPONS LISAN YANG DIGUNAKAN Kajian ini menunjukkan bahawa kaunselor pelatih menggunakan ketujuh-tujuh jenis respons yang dikategorikan sebagai kemahiran asas, iaitu dorongan mini- mum, soalan terbuka, soalan tertutup, parafrasa, refleksi isi, refleksi perasaan, dan merumus dalam proses kaunseling. Dapatan ini menyokong kajian Lornborg (1991) yang mendapati kaunselor baru lebih selesa menggunakan kemahiran- kemahiran asas dalam menjalankan proses kaunseling. Ini adalah petanda yang baik kerana dapatan ini menujukkan bahawa kaunselor yang telah melalui latihan kaunseling mampu menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang dipelajari dalam latihan pendidikan kaunseling semasa menjalankan proses kaunseling. Respons yang didapati paling kerap digunakan di dalam kajian ini ialah respons soalan terbuka, diikuti oleh respons dorongan minimum, dan soalan tertutup. Kajian yang dilakukan oleh Thompson (1986) menunjukkan bahawa kaunselor-kaunselor di peringkat pascasiswazah lebih banyak menggunakan soalan terbuka berbanding dengan kemahiran lain. Ini juga adalah petanda yang baik di mana walaupun kaunselor pelatih yang dikaji dalam kajian ini terdiri daripada pelajar prasiswazah, namun mereka mampu mempraktikkan kemahiran setanding pelajar pasca siswazah, sekurang-kurangnya dari aspek pemilihan kemahiran yang digunakan. Kemungkinan kebolehan kaunselor pelatih tersebut memahirkan diri dalam proses kaunseling disebabkan oleh kematangan kaunselor- kaunselor pelatih ini yang semuanya terdiri daripada guru berpengalaman. Kajian ini memperjelaskan bahawa kesesuaian latihan untuk menjadikan kaunselor sebagai pembantu yang berkesan. Respons lisan yang kedua paling kerap digunakan ialah dorongan minimum. Mengikut Lornborg (1991) kaunselor baru kerap menggunakan dorongan minima. Ini kerana dorongan minima adalah kemahiran yang digunakan untuk menggalakkan klien bercerita dengan lebih lanjut terutamanya pada awal sesi kaunseling. Kaunselor pelatih selalunya belum mampu untuk terus kepada tahap menganalisis, menginterpretasi, mengkonfrontasi atau membuat pendedahan kendiri seperti yang berlaku dalam tahap-tahap akhir proses kaunseling. Sememangnya mereka dilatih untuk memfokus kepada mencari maklumat sebanyak mungkin, mendengar, dan menggalakkan klien mencurah perasaan. Kajian Hill (1988) menyatakan bahawa kaunselor yang lebih
  • 11. Kemahiran Respons Lisan Kaunselor dalam Sesi Kaunseling 63 berpengalaman juga paling kerap menggunakan kemahiran mendapatkan maklumat, diikuti dengan parafrasa, soalan tertutup, soalan terbuka, dan paling akhir pendedahan kendiri. Oleh itu, dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa kaunselor pelatih menggunakan kemahiran dorongan minima untuk mendapatkan maklumat adalah bersesuaian dengan latihan menuju kepada menjadi kaunselor yang berkesan. Walaupun begitu, dapatan kajian ini yang menunjukkan bahawa kaunselor amat kurang menggunakan refleksi emosi agak merunsingkan. Ini kerana sebagai kaunselor baru, sepatutnya mereka lebih menggunakan kemahiran yang boleh membantu klien mencurahkan perasaan, iaitu refleksi emosi. Refleksi emosi adalah sesuatu yang penting dalam proses kaunseling, dan setiap kaunselor sepatutnya memahirkan diri dengan kemahiran ini sebelum terus kepada proses menyelesaikan masalah. Ketidakmampuan sampel kajian ini menggunakan kemahiran refleksi perasaan dengan memuaskan mungkin disebabkan oleh dua faktor, iaitu pertama, ketidaksabaran kaunselor-kaunselor pelatih ini untuk menyelesaikan masalah; dan kedua, refleksi emosi adalah kemahiran yang agak sukar untuk dipraktikkan. KEMAMPUAN KAUNSELOR PELATIH MENGECAM RESPONS Kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya, kaunselor pelatih telah berjaya mengecam nama-nama kemahiran yang mereka gunakan dengan baik. Pemilihan dorongan minimum dan soalan terbuka sebagai kemahiran atau respons yang paling senang dikenali adalah tepat dengan penggunaannya yang kerap oleh kaunselor pelatih. Ketidakmampuan kaunselor pelatih mengenali refleksi emosi juga menjawab soalan kenapa mereka paling jarang menggunakan kemahiran tersebut. Dapatan ini tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana dapatan kajian sebelumnya kerana masih belum terdapat kajian yang mengkaji aspek ini sebelum ini. KESESUAIAN RESPONS KAUNSELOR PELATIH Kajian ini mendapati 80% daripada respons yang dibuat oleh kaunselor pelatih dianggap sesuai oleh pakar, di mana 25% daripadanya adalah sangat sesuai. Selebihnya, 20% daripada respons kaunselor pelatih ini dianggap tidak sesuai. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaunselor yang mempunyai latihan kaunseling berkemampuan menjalankan proses kaunseling secara asas. Mereka masih berkemungkinan melakukan kesilapan dengan memberi respons yang tidak sesuai, tidak membantu dan tidak relevan dengan apa yang dikemukakan oleh klien. KESIMPULAN Kajian ini telah menunjukkan bahawa guru-guru terutamanya mereka yang matang dan berpengalaman mampu menjalankan kegiatan memberi perkhidmatan
  • 12. 64 Jurnal Pendidikan 26 kaunseling setelah dilatih. Kaunselor pelatih prasiswazah yang dikaji telah menunjukkan kebolehan menggunakan semua kemahiran asas yang dipelajari, malah pada ketikanya mampu menggunakan kemahiran ini sebagaimana pelajar pascasiswazah. Dapatan ini memberi implikasi bahawa kemahiran kaunseling boleh diamalkan jika seseorang mengikuti latihan. Seterusnya kajian ini mendapati masih terdapat kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat digunakan dan dikenal pasti oleh kaunselor pelatih. Ini menunjukkan bahawa bukan semua kemahiran asas kaunseling senang difahami dan dilakukan tanpa latihan yang kukuh. Sehubungan itu disarankan bahawa mereka yang terlibat dalam profesion kaunseling sebaiknya mendapat latihan kaunseling hingga ke peringkat pascasiswazah. Pada peringkat pascasiswazah latihan-latihan kaunseling sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada aspek mengenali dan mengukuhkan kekuatan diri dalam mempraktikkan kemahiran- kemahiran yang lebih berkesan. Hasil daripada kajian ini, borang SKRLK telah direkacipta. Borang ini boleh diperbaiki dan dikembangkan untuk penyelidikan yang akan datang. RUJUKAN Abdul Halim Othman. 1990. Ke arah satu profesion kaunseling di Malaysia. Jurnal Personalia 1: 3-12. Cummings, A. L. 1987. The relationships of cognitive style to social problems solving and emphaty counselor’s training. Doctoral Dissertation, University of Western Ontario, Ontario, Canada. Egan. G. 1982. The Skilled Helper. Monterey. CA: Brooks/Cole. Hill, C. E. 1986. An overview of the Hill Counselor and Client Verbal Response Modes Category System. In L. S. Greenberg and W. M. Pinsof (Eds.), The psychotherapeu- tic process. A research handbook. NY: Gilford Press. Hill, J. C., V. T. Helms, K. E. Spenegal & E. S. Perry. Effects of therapist responses modes on brief psychotherapy. Journal of Counseling Psychology 35: 222-233. Ivey, A. E. 1996. Intentional interviewing and counseling. California: Brooks/Cole Publishing Company Pacific Grove. Lonborg, S. D. 1991. Counselor and client verbal response mode changes during initial counseling sessions. Journal of Counseling Psychology 38(4): 138-142. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim. 1992. Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Thompson, A. P. 1986. Changes in counseling skills during graduate and undergraduate study. Journal of Counseling Psychology 33: 65-72. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan