SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
KPR 5063
                   KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN



                    ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN

           MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK

               FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN

                              PERMAINAN DOMINO




                               DISEDIAKAN OLEH:



                  AZLINI BINTI OSMAN               L20101005978

                 ZAHIDAH BINTI RAMLI                L20101005986




MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI
PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO

Saya dan kawan saya telah meneliti satu kajian tindakan bertajuk “Meningkatkan Kemahiran
Murid Mencongak Fakta asas darab melalui pendekatan Domino” yang diperolehi dari laman

                                                                                       1
http://www.arjpnj.com/ktindak/files/congak.pdf. Kajian ini disediakan oleh cikgu Aida Ibrahim dari
Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah Kluang Johor. Kajian ini dijalankan dengan tujuan
membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x9 dalam kalangan
murid-murid Tahun 5 Arif melalui pendekatan permainan DOMINO. Objektif kajian ini adalah
untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam
kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat. Murid juga dapat memadankan
soalan fakta asas darab dengan tepat dan sebaliknya. Selain itu, murid boleh mencongak fakta
asas darab dengan cepat dan tepat disamping menimbulkan minat dan mewujudkan suasana
pengajran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis.

Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan enam orang murid Tahun 5 Arif dan seorang guru penyelidik. Responden
yang digunakan adalah daripada golongan murid yang sederhana pencapaiannya.

Model Kajian

Kami mendapati kajian tindakan yang dijalankan ini adalah selari dengan model kajian Kemmis.
Penyelidik dalam kajiannya melibatkan proses merancang perancangan, bertindak dan
memerhati serta reflek dimana reflek dilakukan setelah tindakan dilakukan. Penyelidik dalam
kajian ini mengenalpasti masalah iaitu mencongak fakta asas darab. 9x9 dikalangan murid
muridnya dan merancang dengan menggunakan pendekatan permainan kad domino sebagai
tindakan yang diambil.

Tindakan kedua ialah murid-murid kemudiannya dinilai dengan ujian cepat kira 5 minit setelah
permainan kad domino di selesaikan oleh murid-murid dan refleksi dilakukan berdasarkan
keupayaan murid-murid menyelesaikan ujian diberikan berdasarkan tempoh masa ditetapkan.
Tindakan ketiga dan keempat dilakukan juga melibatkan ujian cepat kira tapi dalam tempoh
masa 4 minit dan 3 minit setelah murid-murid menyelesaikan permainan kad domino. Refleksi
dilakukan berdasarkan keupayaan murid-murid tersebut dapat menyelesaikan tugasan tersebut
dalam tempoh masa ditetapkan.         Penyelidik kemudiannya menyatakan rasa berpuashati
dengan hasil diperolehi dimana kaedah permainan kad domino berjaya meningkatkan
kemahiran mencongak fakta asas darab 9 x9 dikalangan murid-muridnya.




                                                                                                2
Rajah 1. Model Kemmis

Prosedur Kajian dan Analisa Tinjauan Masalah

Instrument yang digunakan dalam kajian ini dilaksanakan melalui pemerhatian, temubual, soal
selidik dan ujian pra. Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah. Ia dinilai melalui respon murid terhadap soalan-soalan yang diajukan ,latihan
                                                                                         3
bertulis dan ujian pra. Hasil pemerhatian didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada
enam orang murid Tahun 5 Arif. Tiga orang murid menggunakan jari manakala tiga orang
murid lagi membaca secara turutan. Temubual pula dilakukan secara tidak formal terhadap
murid-murid kumpulan sasaran dan secara tidak langsung dapat mengetahui punca mereka
tidak menguasai kemahiran mengingat dan menghafal.         Hasil temubual dilakukan didapati
semua murid meminati mata pelajaran matematik dimana 83% meminati tajuk “pendaraban
Nombor Bulat hingga 1000 000.00. Walaupun 100% murid mengatakan kaedah mencongak
fakta asas darab adalah susah, banyak sangat dan mudah lupa serta amat membosankan.

Melalui soal selidik pula, murid-murid diberi borang soal selidik yang mengandungi beberapa
soalan berkaitan matematik dan mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hasil soal selidik
mendapati murid tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Responden juga
memberitahu bahawa jika mereka diberi tempoh masa yang panjang, mereka akan dapat
menjawab soalan pendaraban dengan tepat. Dalam Ujian Pra, ia digunakan untuk menguji
tahap sebenar pencapaian murid dalam tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’.
Ujian ini dilakukan sebelum sesi bimbingan dimulakan. Soalan Ujian Pra ini mengandungi 10
soalan objektif dan murid-murid perlu menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian dan
murid-murid perlu menjawab dalam tempoh 15 minit. Hasil Ujian Pra yang dijalankan mendapati
murid-murid kurang upaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Walaupun jumlah murid
yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut hanya enam orang tetapi ia tetap
dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera untuk menanganinya. Ini kerana fakta asas
darab hingga 9 x 9 adalah asas yang sangat penting dalam matapelajaran matematik




Tindakan yang dijalankan

                                                                                            4
Sebanyak empat aktiviti telah dirancang bagi membantu meningkatkan kemahiran mencongak
fakta asas darab di kalangan murid-murid. Dalam aktiviti pertama iaitu permainan DOMINO
Fakta Asas Darab, murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.ia melibatkan pendekatan
dua dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa. Ia mengikut konsep permainan
domino tetapi dalam permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan
hasil darabnya ataupun sebaliknya. Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti
berbentuk individu

Aktiviti kedua adalah Ujian Cepat kira Fakta Asas Darab 5 minit, aktiviti ini merupakan aktiviti
bertulis dimana murid-murid diberi satu set soalan yang mengandungi 60 soalan yang terdiri
dari soalan cepat kira fakta asas darab sehingga 9x9. Murid-murid dikehendaki menjawab
soalan tersebut dalam masa 5 minit dan tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan.

Aktiviti ketiga adalah Ujian Cepat kira Fakta Asas darab 4 minit, aktiviti ini sama dengan aktiviti
kedua. Perbezaan adalah tempoh masa menjawab adalah 4 minit dan tempoh masa menjawab
direkodkan.

Aktiviti keempat juga adalah Ujian Cepat kira Fakta Asas Darab 3 minit, aktiviti ini sama dengan
aktiviti kedua dan ketiga. Perbezaan hanya pada tempoh masa menjawab iaitu 3 minit dan
tempoh masa menjawab direkodkan.




Dapatan Kajian

Berdasarkan pemerhatian dalam aktiviti pertama, murid-murid mula menunjukkan minat
terhadap pembelajaran sambil bermain.         Murid-murid bersaing untuk menjadi pemenang
dengan menghabiskan kad-kad yang berada ditangan.                Murid yang kalah tetap perlu
menghabiskan kad-kad yang ada bertujuan mengukuhkan kemahiran mencongak fakta asas
darab.   Penyelidik   berpendapat    bahawa    pendekatan     belajar   sambil   bermain berjaya
merangsang minat muri-murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Murid
mengambil masa yang singkat untuk memadankan ksemua kad yang ada. Aktiviti ini juga
mewujudkan suasana yang begitu ceria, harmonis dan memberi keseronokan kepada murid-
murid untuk belajar. Murid-murid ini mula mengisi masa dengan bermain permainan domino ini
dan aktiviti ini berjaya membawa perubahan besar kepada murid-murid



                                                                                                 5
Dalam aktiviti kedua, ujian cepat kira fakta asas darab 5 minit dijalankan selepas setiap kali
aktiviti 1 dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap fakta
asas darab. Hasil pemerhatian guru, murid-murid dapat menjawab kesemua 60 soalan dalam
masa ditetapkan dengan jawapan yang tepat. Malah mereka dapat menjawab dengan tenang
dan ada yang dapat menyiapkan lebih awal dari masa yang telah ditetapkan. Penyelidik
berpuashati dengan pencapaian murid-murid. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka
mampu menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Dalam aktiviti ketiga, sama dengan aktiviti kedua cuma masa menjawab adalah 4 minit. Dalam
aktiviti ketiga, guru menyemak jawapan dengan murid. Hasil didapati murid-murid berjaya
menyiapkan soalan dalam tempoh masa ditetapkan malah mereka dapat menjawab lebih awal
dari tempoh masa ditetapkan. Penyelidik berasa berpuashati kerana murid-murid dapat
kemahiran mencongak fakta asas darab walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit.

Aktiviti keempat yang dijalankan juga sama dengan aktiviti kedua dan ketiga tetapi masa diberi
untuk menjawab selama 3 minit. Berdasarkan pemerhatian, murid-murid juga tenang dan
berkeyakinan dalam menjawab soalan serta dapat menyiapkan lebih awal daripada tempoh
masa ditetapkan. Penyelidik amat berpuashati kerana semua murid dapat menguasai
kemahiran mencongak fakta asas darab dan konsep latih tubi diberikan secara berterusan
dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka.

Selepas menjalankan aktiviti – aktiviti tersebut, satu Ujian Pos telah dijalankan terhadap murid –
murid. Hasil Ujian Pos tersebut didapati kajian tindakan yang dijalankan telah memberi impak
yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta
asas darab hingga 9 x 9. Enam orang pelajar yang mendapat gred C dalam Ujian Pra telah
mendapat gred A dalam Ujian Pos. keadaan ini membuktikan bahawa permainan DOMINO
Fakta Asas Darab dapat merangsang minat murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9
x 9 dan seterusnya mendorong minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik dan tajuk ‘
Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’.




Rumusan



                                                                                                6
Daripada pembacaan kajian tindakan ini, apa yang dapat kami lihat kajian ini menunjukkan
keempat – empat aktiviti yang telah dijalankan oleh penyelidik telah mendapat sambutan yang
baik daripada murid-murid kumpulan sasaran. Mereka bukan sahaja dapat bermain malah
dapat menjalani suasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal. Dalam         aktiviti 1 ia
menunjukkan keputusan dimana ia merangsang murid-murid untuk meminati congak fakta asas
darab hingga 9 x 9. Ini kerana naluri kanak – kanak adalah sangat cenderung kepada
permainan menyebabkan pendekatan yang telah dikaji oleh penyelidik mendapat sambutan
yang baik. Kanak – kanak sememangnya amat menyukai dan mengemarkan aktiviti
pembelajaran yang berasakan permainan. Pada usia sebegitu, kanak – kanak lebih berminat
kepada permainan daripada pembelajaran.kerana dalam hidup mereka hanya fikirkan soal
keseronokan dan kegembiraan semata-mata.

Oleh itu sebagai pendidik kita seharusnya cuba memikat hati murid – murid dengan mencari
kaedah yang mampu disesuaikan dengan usia dan minat murid-murid. Dengan ini murid –
murid akan merasakan pembelajaran itu menyenangkan dan memberi keseronokan kepada
mereka. Ini dapat mengubah tanggapan negatif murid – murid terhadap proses pembelajaran.
Bagi mereka pembelajaran itu sangat membosankan dan meyusahkan hidup mereka yang lebih
cenderung untuk bermain. Hasil keempat – empat aktiviti menunjukkan perubahan positif
terhadap pemahaman pelajar dalam tajuk pendaraban. Jika sebelum diperkenalkan kepada
kaedah DOMINO, murid-murid sangat lemah dalam Ujian Pra yang dilakukan. Berdasarkan
temubual yang dijalankan oleh penyelidik juga mendapati bahawa murid – murid sukar
mengingat fakta asas darab. Tetapi apabila kaedah DOMINO diperkenalkan, murid-murid
mampu menjawab soalan dengan tenang dan lebih berkeyakinan. Tempoh masa yang diambil
juga lebih pantas dari sebelumnya.




                                                                                           7

More Related Content

What's hot

Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
Rashidah Awang
 
Muka depan dan isi kandungan
Muka depan dan isi kandunganMuka depan dan isi kandungan
Muka depan dan isi kandungan
HafiziGhazali
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Awatif Atif
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Bujangpauzan
 

What's hot (20)

Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi PengajaranPenggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
 
Kaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiKaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografi
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literatur
 
Apa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatifApa itu kajian kualitatif
Apa itu kajian kualitatif
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajian
 
Kajian kualitatif
Kajian kualitatifKajian kualitatif
Kajian kualitatif
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
Sling - kegunaan pembalut segi tiga
Sling - kegunaan pembalut segi tigaSling - kegunaan pembalut segi tiga
Sling - kegunaan pembalut segi tiga
 
Muka depan dan isi kandungan
Muka depan dan isi kandunganMuka depan dan isi kandungan
Muka depan dan isi kandungan
 
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajarKajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
Kajian mengenai kesan penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar
 
Kajian etnografi
Kajian etnografiKajian etnografi
Kajian etnografi
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
 
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatifKertas cadangan kajian tindakan kualitatif
Kertas cadangan kajian tindakan kualitatif
 

Viewers also liked

Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1
UPSI2010
 
Do you know him?
Do you know him?Do you know him?
Do you know him?
bdcom .ca
 
The facebook page marketing guide – 2010
The facebook page marketing guide – 2010The facebook page marketing guide – 2010
The facebook page marketing guide – 2010
Archer Newland
 

Viewers also liked (7)

Ulasan Kajian Tindakan KPR5063
Ulasan Kajian Tindakan KPR5063Ulasan Kajian Tindakan KPR5063
Ulasan Kajian Tindakan KPR5063
 
Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1Ulasan kajian tindakan kpr 1
Ulasan kajian tindakan kpr 1
 
Do you know him?
Do you know him?Do you know him?
Do you know him?
 
The facebook page marketing guide – 2010
The facebook page marketing guide – 2010The facebook page marketing guide – 2010
The facebook page marketing guide – 2010
 
Atualidades CEF 2012
Atualidades CEF 2012Atualidades CEF 2012
Atualidades CEF 2012
 
1
11
1
 
2
22
2
 

Similar to Ulasan Kajian (20)

Ulasan kajian tindakan kpr
Ulasan kajian tindakan kprUlasan kajian tindakan kpr
Ulasan kajian tindakan kpr
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Esei ulasan
Esei ulasanEsei ulasan
Esei ulasan
 
Power Point Tugasan 1
Power Point Tugasan 1Power Point Tugasan 1
Power Point Tugasan 1
 
Kertas kerja abu
Kertas kerja abuKertas kerja abu
Kertas kerja abu
 
Kertas kerja abu
Kertas kerja abuKertas kerja abu
Kertas kerja abu
 
Demostratos
DemostratosDemostratos
Demostratos
 
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
Kajian tindakan khairiah abdul kadir d20121061507
 
Proposal 2014
Proposal 2014Proposal 2014
Proposal 2014
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Fahinu just another word press
Fahinu   just another word pressFahinu   just another word press
Fahinu just another word press
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
karil revisi4.docx
karil revisi4.docxkaril revisi4.docx
karil revisi4.docx
 
PPT TT3 PTK.pptx universitas terbuka jember
PPT TT3 PTK.pptx universitas terbuka jemberPPT TT3 PTK.pptx universitas terbuka jember
PPT TT3 PTK.pptx universitas terbuka jember
 
Proseding kajian tindakan
Proseding kajian tindakanProseding kajian tindakan
Proseding kajian tindakan
 
Laporan pkp ipa
Laporan pkp ipaLaporan pkp ipa
Laporan pkp ipa
 
Laporan pkp ipa
Laporan pkp ipaLaporan pkp ipa
Laporan pkp ipa
 
Ptkppt
PtkpptPtkppt
Ptkppt
 
Ktindakan2013
Ktindakan2013Ktindakan2013
Ktindakan2013
 

Ulasan Kajian

  • 1. KPR 5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO DISEDIAKAN OLEH: AZLINI BINTI OSMAN L20101005978 ZAHIDAH BINTI RAMLI L20101005986 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO Saya dan kawan saya telah meneliti satu kajian tindakan bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta asas darab melalui pendekatan Domino” yang diperolehi dari laman 1
  • 2. http://www.arjpnj.com/ktindak/files/congak.pdf. Kajian ini disediakan oleh cikgu Aida Ibrahim dari Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah Kluang Johor. Kajian ini dijalankan dengan tujuan membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif melalui pendekatan permainan DOMINO. Objektif kajian ini adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dalam kalangan murid-murid Tahun 5 Arif dengan cepat dan tepat. Murid juga dapat memadankan soalan fakta asas darab dengan tepat dan sebaliknya. Selain itu, murid boleh mencongak fakta asas darab dengan cepat dan tepat disamping menimbulkan minat dan mewujudkan suasana pengajran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis. Sampel Kajian Kajian ini melibatkan enam orang murid Tahun 5 Arif dan seorang guru penyelidik. Responden yang digunakan adalah daripada golongan murid yang sederhana pencapaiannya. Model Kajian Kami mendapati kajian tindakan yang dijalankan ini adalah selari dengan model kajian Kemmis. Penyelidik dalam kajiannya melibatkan proses merancang perancangan, bertindak dan memerhati serta reflek dimana reflek dilakukan setelah tindakan dilakukan. Penyelidik dalam kajian ini mengenalpasti masalah iaitu mencongak fakta asas darab. 9x9 dikalangan murid muridnya dan merancang dengan menggunakan pendekatan permainan kad domino sebagai tindakan yang diambil. Tindakan kedua ialah murid-murid kemudiannya dinilai dengan ujian cepat kira 5 minit setelah permainan kad domino di selesaikan oleh murid-murid dan refleksi dilakukan berdasarkan keupayaan murid-murid menyelesaikan ujian diberikan berdasarkan tempoh masa ditetapkan. Tindakan ketiga dan keempat dilakukan juga melibatkan ujian cepat kira tapi dalam tempoh masa 4 minit dan 3 minit setelah murid-murid menyelesaikan permainan kad domino. Refleksi dilakukan berdasarkan keupayaan murid-murid tersebut dapat menyelesaikan tugasan tersebut dalam tempoh masa ditetapkan. Penyelidik kemudiannya menyatakan rasa berpuashati dengan hasil diperolehi dimana kaedah permainan kad domino berjaya meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab 9 x9 dikalangan murid-muridnya. 2
  • 3. Rajah 1. Model Kemmis Prosedur Kajian dan Analisa Tinjauan Masalah Instrument yang digunakan dalam kajian ini dilaksanakan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik dan ujian pra. Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ia dinilai melalui respon murid terhadap soalan-soalan yang diajukan ,latihan 3
  • 4. bertulis dan ujian pra. Hasil pemerhatian didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada enam orang murid Tahun 5 Arif. Tiga orang murid menggunakan jari manakala tiga orang murid lagi membaca secara turutan. Temubual pula dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran dan secara tidak langsung dapat mengetahui punca mereka tidak menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. Hasil temubual dilakukan didapati semua murid meminati mata pelajaran matematik dimana 83% meminati tajuk “pendaraban Nombor Bulat hingga 1000 000.00. Walaupun 100% murid mengatakan kaedah mencongak fakta asas darab adalah susah, banyak sangat dan mudah lupa serta amat membosankan. Melalui soal selidik pula, murid-murid diberi borang soal selidik yang mengandungi beberapa soalan berkaitan matematik dan mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Hasil soal selidik mendapati murid tidak berupaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Responden juga memberitahu bahawa jika mereka diberi tempoh masa yang panjang, mereka akan dapat menjawab soalan pendaraban dengan tepat. Dalam Ujian Pra, ia digunakan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid dalam tajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Ujian ini dilakukan sebelum sesi bimbingan dimulakan. Soalan Ujian Pra ini mengandungi 10 soalan objektif dan murid-murid perlu menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian dan murid-murid perlu menjawab dalam tempoh 15 minit. Hasil Ujian Pra yang dijalankan mendapati murid-murid kurang upaya mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Walaupun jumlah murid yang kurang berupaya menguasai kemahiran tersebut hanya enam orang tetapi ia tetap dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera untuk menanganinya. Ini kerana fakta asas darab hingga 9 x 9 adalah asas yang sangat penting dalam matapelajaran matematik Tindakan yang dijalankan 4
  • 5. Sebanyak empat aktiviti telah dirancang bagi membantu meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab di kalangan murid-murid. Dalam aktiviti pertama iaitu permainan DOMINO Fakta Asas Darab, murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.ia melibatkan pendekatan dua dalam satu iaitu belajar dan bermain dalam satu masa. Ia mengikut konsep permainan domino tetapi dalam permainan ini padanan adalah kepada soalan fakta asas darab dengan hasil darabnya ataupun sebaliknya. Selepas menjalankan aktiviti ini, murid-murid diberi aktiviti berbentuk individu Aktiviti kedua adalah Ujian Cepat kira Fakta Asas Darab 5 minit, aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis dimana murid-murid diberi satu set soalan yang mengandungi 60 soalan yang terdiri dari soalan cepat kira fakta asas darab sehingga 9x9. Murid-murid dikehendaki menjawab soalan tersebut dalam masa 5 minit dan tempoh masa mereka habis menjawab direkodkan. Aktiviti ketiga adalah Ujian Cepat kira Fakta Asas darab 4 minit, aktiviti ini sama dengan aktiviti kedua. Perbezaan adalah tempoh masa menjawab adalah 4 minit dan tempoh masa menjawab direkodkan. Aktiviti keempat juga adalah Ujian Cepat kira Fakta Asas Darab 3 minit, aktiviti ini sama dengan aktiviti kedua dan ketiga. Perbezaan hanya pada tempoh masa menjawab iaitu 3 minit dan tempoh masa menjawab direkodkan. Dapatan Kajian Berdasarkan pemerhatian dalam aktiviti pertama, murid-murid mula menunjukkan minat terhadap pembelajaran sambil bermain. Murid-murid bersaing untuk menjadi pemenang dengan menghabiskan kad-kad yang berada ditangan. Murid yang kalah tetap perlu menghabiskan kad-kad yang ada bertujuan mengukuhkan kemahiran mencongak fakta asas darab. Penyelidik berpendapat bahawa pendekatan belajar sambil bermain berjaya merangsang minat muri-murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Murid mengambil masa yang singkat untuk memadankan ksemua kad yang ada. Aktiviti ini juga mewujudkan suasana yang begitu ceria, harmonis dan memberi keseronokan kepada murid- murid untuk belajar. Murid-murid ini mula mengisi masa dengan bermain permainan domino ini dan aktiviti ini berjaya membawa perubahan besar kepada murid-murid 5
  • 6. Dalam aktiviti kedua, ujian cepat kira fakta asas darab 5 minit dijalankan selepas setiap kali aktiviti 1 dijalankan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap fakta asas darab. Hasil pemerhatian guru, murid-murid dapat menjawab kesemua 60 soalan dalam masa ditetapkan dengan jawapan yang tepat. Malah mereka dapat menjawab dengan tenang dan ada yang dapat menyiapkan lebih awal dari masa yang telah ditetapkan. Penyelidik berpuashati dengan pencapaian murid-murid. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka mampu menjawab soalan dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dalam aktiviti ketiga, sama dengan aktiviti kedua cuma masa menjawab adalah 4 minit. Dalam aktiviti ketiga, guru menyemak jawapan dengan murid. Hasil didapati murid-murid berjaya menyiapkan soalan dalam tempoh masa ditetapkan malah mereka dapat menjawab lebih awal dari tempoh masa ditetapkan. Penyelidik berasa berpuashati kerana murid-murid dapat kemahiran mencongak fakta asas darab walaupun tempoh masa dikurangkan kepada 4 minit. Aktiviti keempat yang dijalankan juga sama dengan aktiviti kedua dan ketiga tetapi masa diberi untuk menjawab selama 3 minit. Berdasarkan pemerhatian, murid-murid juga tenang dan berkeyakinan dalam menjawab soalan serta dapat menyiapkan lebih awal daripada tempoh masa ditetapkan. Penyelidik amat berpuashati kerana semua murid dapat menguasai kemahiran mencongak fakta asas darab dan konsep latih tubi diberikan secara berterusan dapat memberikan impak yang positif terhadap pembelajaran mereka. Selepas menjalankan aktiviti – aktiviti tersebut, satu Ujian Pos telah dijalankan terhadap murid – murid. Hasil Ujian Pos tersebut didapati kajian tindakan yang dijalankan telah memberi impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Enam orang pelajar yang mendapat gred C dalam Ujian Pra telah mendapat gred A dalam Ujian Pos. keadaan ini membuktikan bahawa permainan DOMINO Fakta Asas Darab dapat merangsang minat murid untuk mencongak fakta asas darab hingga 9 x 9 dan seterusnya mendorong minat mereka terhadap mata pelajaran Matematik dan tajuk ‘ Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Rumusan 6
  • 7. Daripada pembacaan kajian tindakan ini, apa yang dapat kami lihat kajian ini menunjukkan keempat – empat aktiviti yang telah dijalankan oleh penyelidik telah mendapat sambutan yang baik daripada murid-murid kumpulan sasaran. Mereka bukan sahaja dapat bermain malah dapat menjalani suasana pembelajaran dalam suasana yang terkawal. Dalam aktiviti 1 ia menunjukkan keputusan dimana ia merangsang murid-murid untuk meminati congak fakta asas darab hingga 9 x 9. Ini kerana naluri kanak – kanak adalah sangat cenderung kepada permainan menyebabkan pendekatan yang telah dikaji oleh penyelidik mendapat sambutan yang baik. Kanak – kanak sememangnya amat menyukai dan mengemarkan aktiviti pembelajaran yang berasakan permainan. Pada usia sebegitu, kanak – kanak lebih berminat kepada permainan daripada pembelajaran.kerana dalam hidup mereka hanya fikirkan soal keseronokan dan kegembiraan semata-mata. Oleh itu sebagai pendidik kita seharusnya cuba memikat hati murid – murid dengan mencari kaedah yang mampu disesuaikan dengan usia dan minat murid-murid. Dengan ini murid – murid akan merasakan pembelajaran itu menyenangkan dan memberi keseronokan kepada mereka. Ini dapat mengubah tanggapan negatif murid – murid terhadap proses pembelajaran. Bagi mereka pembelajaran itu sangat membosankan dan meyusahkan hidup mereka yang lebih cenderung untuk bermain. Hasil keempat – empat aktiviti menunjukkan perubahan positif terhadap pemahaman pelajar dalam tajuk pendaraban. Jika sebelum diperkenalkan kepada kaedah DOMINO, murid-murid sangat lemah dalam Ujian Pra yang dilakukan. Berdasarkan temubual yang dijalankan oleh penyelidik juga mendapati bahawa murid – murid sukar mengingat fakta asas darab. Tetapi apabila kaedah DOMINO diperkenalkan, murid-murid mampu menjawab soalan dengan tenang dan lebih berkeyakinan. Tempoh masa yang diambil juga lebih pantas dari sebelumnya. 7