SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  31
Télécharger pour lire hors ligne
J4012/ UNIT 2/1
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK
(SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA)
Objektif am : Mempelajari dan memahami sistem penjanaan
serta pengagihan udara.
Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-
Menyatakan dan membandingkan jenis-jenis pemampat
udara
Menyatakan dan menerangkan aksesori pemampat
Menyatakan dan menerangkan penyahhidratan udara
Menyatakan dan menerangkan kesan rawatan udara
Menyatakan dan menerangkan prinsip kerja penapis,
pengatur tekanan dan pelincir udara.
UNIT 2
OBJEKTIF
J4012/ UNIT 2/2
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
2.0 PENGENALAN
ahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang berlaku apabila angin
dimampatkan, pertama ialah kenaikan tekanan dan kedua ialah haba yang
banyak dihasilkan. Oleh kerana haba tidak diperlukan di dalam sistem
pneumatik, ianya dikeluarkan dengan menggunakan strip penyejuk pemampat. Pada
peringkat akhir air akan terhasil, ini adalah kerana air tidak boleh dimampatkan dan
ianya diperah keluar pada peringkat mampatan.
Pada masa ini, sistem mampatan boleh didapati dikebanyakan kilang. Ianya harus
diletakkan pada kawasan yang mempunyai ventilasi yang banyak, kuasa yang
diberikan ialah antara 700 – 800 kPa.
2.1 PERSAMAAN YANG BERKAITAN DENGAN UDARA MAMPAT
Sebelum anda teruskan dengan Sistem Pneumatik, eloklah kiranya anda mengetahui
terlebih dahulu persamaan yang berkaitan dengan udara mampat, seperti yang
tersenarai di bawah.
2.1.1 Tekanan
Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan dalam satu sistem iaitu kPa, psi dan
bar. Kesemua udara akan kembali ke atmosfera berdasarkan persamaan unit
di bawah.
T
IINNPPUUTT
1 Atmosfera = 100 kPa (1 Pascal = 1 N/m2
)
= 14.5 psi
= 1.01325 bar
J4012/ UNIT 2/3
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
2.1.2 Hukum Boyles
Seperti juga gas, udara tidak mempunyai bentuk tertentu. Jika isipadu sesuatu
jisim dikurangkan, tekanan akan bertambah kerana ianya berkadaran songsang
terhadap isipadu, iaitu jika isipadu dikurangkan sebanyak ½ kali, tekanan
akan bertambah sebanyak 2 kali seperti Gambarajah 2.1 di bawah..
Gambarajah 2.1 : Tekanan daya ke atas omboh
Formula yang membuktikan teori tersebut ialah:
2.1.3 Daya
Unit untuk daya ialah Newton. Formulanya ialah:
Pada masa kini dengan adanya bahan serta teknologi pembuatan silinder di
mana ianya mempunyai tahap geseran yang rendah. Formula untuk mengira
daya efektif , Feff dengan anggaran 10% kerugian ialah:
Di mana unit daya efektif dalam Newton, unit tekanan dalam bar dan diameter
( D2 ) dalam sm2
.
P1V1 = P2V2
Daya = Tekanan x Keluasan
Feff = P x D2 x 7
Sumber:
SMC Pneumatic
J4012/ UNIT 2/4
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
2.1.4 Dew Point
Wap air terdapat dalam udara sekeliling. Jumlah wap air yang ada boleh
berubah mengikut perubahan suhu. Apabila kita menyatakan bahawa udara
telah padat dengan air, ianya dikenali sebagai “Dew Point”. Jadual 2.1
menunjukkan perkadaran penyejatan air di dalam udara berbanding suhu.
Jadual 2.1 : Penyejatan air di dalam udara
Untuk mendapatkan kandungan air dalam udara, lakarkan garisan o
C kepada
lengkung dan tudingkan (ukuran kedua ialah kepada bahagian kiri graf iaitu
turus gH20/m3
untuk mendapatkan nilai air yang maksimum. Kelembapan
bandingan ( Relative Humudity) adalah penyukatan peratus air dalam satu
isipadu angin/udara, berbanding dengan nilai maksimum udara berdasarkan
suhu tertentu. Garisan melengkung pada Gambarajah 2.2 mewakili garisan
Dew Point atau 100% RH, untuk julat suhu tertentu.
Rajah 2.2 : Garis lengkung Dew Point Sumber:
SMC Pneumatic
Sumber:
SMC Pneumatic
J4012/ UNIT 2/5
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Soalan 2a-1
Isikan tempat kosong di bawah:-
1. Sistem mampatan boleh didapati dikebanyakkan kilang berkuasa di antara
_______hingga_______kPa
2. Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan iaitu ___________, _________ dan
___________
3. Bagi nilai tekanan,1 atm adalah bersamaan dengan ___________bar.
4. Hukum Boyles menyatakan bahawa jika isipadu suatu jisim dikurangkan, tekanan
akan __________
5. Unit untuk daya ialah___________
Soalan 2a-2
Sila isikan rumus yang berkaitan pada ruang yang disediakan di bawah.
PERKARA RUMUS
1. Hukum Boyles
2. Daya
3. Daya Efektif
AKTIVITI 2a
J4012/ UNIT 2/6
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Jawapan 2a-1
1. 700,800
2. kPa,psi dan bar
3. 1.035
4. bertambah
5. Newton
Jawapan 2a-2
1. P1V1 = P2V2
2. Daya = Tekanan x Keluasan
3. Feff = P x D2 x 7
MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI
J4012/ UNIT 2/7
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
2.2 PEMAMPAT UDARA
Pemampat udara memampatkan udara dari tekanan atmosfera ke satu tekanan yang
lebih tinggi. Ini dilakukan oleh pemampat iaitu dengan mengurangkan isipadu udara
itu. Bagi kiraan udara dianggap sebagai mengalami satu proses politropik.
Udara yang dibekalkan mestilah bersih daripada minyak dan bahan cemar. Keadaan
seumpama ini amat penting dalam memproses makanan dan penyenggaraan
peralatan. Udara dimampatkan supaya boleh disimpan dan digunakan untuk
membekalkan tenaga yang berkesan kepada kendalian mesin. Kegunaan udara
termampat adalah seperti di bawah;
Mengendalikan alatan salingan contohnya penukul ribet, penukul menyerpih,
pengorek, pemecah konkrit dan sebagainya.
Mengendalikan alatan berputar contohnya motor udara, pencanai, gerudi, reamer,
pam kendalian udara, wrenches dan sebagainya.
Menyembur cat, minyak, racun serangga dan sebagainya.
Mengendalikan omboh-omboh udara untuk alat penekan, pembuka pintu,
pengangkat, pencengkam dan sebagainya.
Semburan udara untuk tujuan pembersihan.
Mengembangkan tayar kenderaan.
Memulakan enjin diesel yang besar
Mengendalikan alatan kawalan, injap dan sebagainya.
Udara ialah gabungan dari beberapa jenis gas yang menyelubungi bumi sehingga
ketinggian 50,000 meter dari aras laut. Tekanan udara berkadar songsang dengan
altitud atau tinggi, iaitu tekanan udara akan berkurangan pada altitud yang tinggi.
Titik rujukan ialah aras laut di mana tekanan udara (atmosfera) ialah 1.01325 bar
(101.325 kPa). Pada aras 100 meter di atas permukaan laut, tekanan udara ialah 1.00
bar (100 kPa) bagi setiap 100 meter. Apabila pemampat udara dikendalikan pada
altitud tinggi, kecekapannya akan berkurangan.
IINNPPUUTT
J4012/ UNIT 2/8
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
2.3 JENIS-JENIS PEMAMPAT
Pemampat udara boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama seperti di
bawah.
Pemampat
Jenis Anjakan Positif Jenis Dinamik
i. Jenis salingan i. Jenis aliran jejari
ii. Jenis putaran ii. Jenis aliran paksi
2.3.1 Pemampat Jenis Anjakan Positif
Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan
isipadu udara atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana
tekanan akan meningkat apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat
udara anjakan positif biasa digunakan di dalam loji-loji pemampat udara
untuk kawalan pneumatik. Pemampat ini terdiri dari dua jenis yang utama
iaitu jenis salingan dan berputar.
Pemampat jenis anjakan positif terbahagi kepada dua kategori iaitu :-
1. Pemampat jenis salingan
2. Pemampat jenis putaran
2.3.1.1 Pemampat Jenis Salingan
Pemampat jenis salingan terbahagi kepada dua :-
1. pemampat omboh satu peringkat dan dua peringkat
2. pemampat jenis gegendang
Pemampat omboh satu dan dua peringkat
Pemampat jenis ini menggunakan gerakan piston dalam silinder
untuk memampatkan udara. Biasanya udara termampat
dihasilkan melalui proses mampatan dalam satu atau beberapa
peringkat. Pemampat salingan satu peringkat menghasilkan
J4012/ UNIT 2/9
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
tekanan udara yang lebih rendah daripada pemampat salingan
dua peringkat.
Pemampat salingan satu peringkat memampatkan udara dalam
silinder dengan menggunakan satu piston sahaja. Piston
digerakkan ke bawah dan udara atmosfera disedut masuk ke
ruang silinder melalui liang sedutan seperti rajah 2.3(a).
Apabila injap sedutan terbuka, injap hantaran adalah dalam
keadaan tertutup. Selepas itu proses hantaran bermula dengan
piston bergerak ke atas, injap hantaran terbuka dan injap
sedutan tertutup. Udara dalam ruang atas piston dalam silinder
akan ditolak keluar melalui liang hantaran ke penerima seperti
rajah 2.3(b). Proses ini memampatkan udara sehingga ke suatu
tekanan yang telah dilaraskan.
(a) Proses Sedutan (b)Proses Hantaran
Rajah 2.3 : Keratan rentas dan proses pemampat salingan satu peringkat.
Gambarajah 2.4 : Pemampat salingan satu peringkat
Injap hantaran
Liang hantaran
Omboh
Injap
sedutan
Liang
sedutan
Sumber :
SMC Pneumatic
Sumber :
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987
J4012/ UNIT 2/10
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Pemampat salingan dua peringkat memampatkan udara dengan
menggunakan dua piston. Udara disedut ke dalam ruang atas
piston dalam silinder pertama dan dihantar dengan satu tekanan
ke ruang atas piston dalam silinder kedua untuk dimampatkan
ke tekanan yang lebih tinggi. Proses mampatan pada silinder
pertama menghasilkan udara bersuhu tinggi. Penyejuk-antara
digunakan untuk memindahkan haba sebelum udara itu
memasuki silinder kedua.
Rajah 2.5 : Keratan rentas dan operasi pemampat dua peringkat
Gambarajah 2.6 : Pemampat dua peringkat
Silinder Kedua
Omboh Kedua
Saluran Udara
Termampat
Air Penyejuk Masuk
Penyejuk Antara
Omboh Pertama
Air Penyejuk Keluar
Silinder Pertama
Liang Sedutan
Udara masuk
Liang Hantaran
Sumber :
SMC Pneumatic
Sumber:
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.
J4012/ UNIT 2/11
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Pemampat jenis gegendang
Merujuk kepada rajah 2.7, ianya adalah sama seperti pemampat
berpiston tetapi piston digantikan dengan pemasangan cakera
dan gegendang. Gegendang disambungkan dengan cakera dan
dinding silinder. Udara hanya masuk dan keluar setakat ruang
di dalam gegendang sahaja.
Rajah 2.7 : Pemampat salingan jenis gegendang
2.3.1.2 Pemampat Jenis Putaran
Pemampat Jenis Putaran terbahagi kepada dua iaitu :-
1. Pemampat Jenis Ram Gelangsar
2. Pemampat Jenis Skru
Pemampat Ram Gelangsar
Pemampat ini padat, berkelajuan tinggi, bebas dari pencemaran
pelincir dan selalunya mempunyai kecekapan yang lebih tinggi
dari pemampat jenis emparan tetapi tidaklah setinggi kecekapan
pemampat jenis salingan.Pemampat jenis putaran boleh
menghasilkan tekanan antara 400 kN/m – 800 kN/m.
Keupayaannya boleh mencapai 100 m/min. Unsur asasnya ialah
Injap
Gegendang
Sumber:
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.
J4012/ UNIT 2/12
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
pemutar dan beberapa keping ram yang bebas melunsur secara
jejarian di dalam satu selongsong seperti gambarajah 2.8 di bawah.
(a) (b)
Gambarajah 2.8 : Menunjukkan (a) ram gelangsar dan
(b) keratan rentas ram gelangsar
Pemampat Jenis Skru
Pemampat jenis skru menggunakan minyak pelincir sebagai
pelindung daripada kebocoran. Ianya sesuai digunakan jika beban
yang dikenakan padanya tidak berubah. Masalah pemampat jenis
skru ialah angin mampat yang dihasilkan mempunyai kandungan
minyak, oleh itu ianya memerlukan penapis minyak yang dipasang
secara siri dibahagian keluaran.
Gambarajah 2.9 : Pemampat Udara Jenis Skru
Putaran
Keluaran Masukan
Sumber :
SMC Pneumatic
Sumber:
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.
J4012/ UNIT 2/13
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
2.3.2 Pemampat Jenis Dinamik
Udara atau gas yang dimampatkan melalui gerakan dinamik ram yang
berputar menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang
mengalir. Aliran udara di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan
gerakan gandar, manakala di dalam pemampat emparan, pengaliran udara
adalah sama arah dengan putaran jejarinya. Kadangkala pemampat
emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung kepada
bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan
apabila kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan.
Pemampat jenis dinamik biasanya tidak dapat menghasilkan tekanan yang
tinggi oleh itu ia tidak digunakan sebagai pemampat kepada sistem
pneumatik. Walaupun ia dapat menghasilkan kuantiti udara yang tinggi
tetapi ia hanya berfungsi sebagai kipas atau penghembus.
(a) (b)
Gambarajah 2.10 : (a) Jenis Aliran Paksi, dan (b) Jenis Aliran Jejari
Sumber:
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.
J4012/ UNIT 2/14
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
2.4 PENGHASILAN UDARA BEBAS
Penghantaran udara bebas ditakrifkan sebagai penghantaran udara pada keadaan
tekanan atmosfera adalah berbeza dari tempat ke tempat maka suatu piawai udara
selalu digunakan dan dikenali sebagai udara bebas piawai. Bagi udara bebas piawai
tekanan diambil sebagai 1.010 bar dan suhu 00
C.
2.4.1 Kelengkapan Sistem Mampatan udara
Sistem mampatan udara memerlukan kelengkapan tertentu bagi memastikan
kerja pemampatan dapat dilaksanakan dengan baik. Di antara kelengkapan
sistem mampatan udara adalah seperti berikut :-
Turus Sedutan dan Penyenyap
Tabung Udara
Injap Pelega
Unit Servis atau Unit Khidmat
Gambarajah 2.11, menunjukkan susunan loji dan unit-unit utama pemampat
udara.
Gambarajah 2.11 : Loji Pemampat Udara
J4012/ UNIT 2/15
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
2.4.1.1 Turas Sedutan dan Penyenyap
Setiap sistem pemampat memerlukan turas sedutan untuk mengeluarkan
zarah-zarah kotoran sebelum udara memasuki liang masuk. Turas ini
biasanya jenis kubang minyak atau elemen kertas yang memerlukan
senggaraan atau gantian dari masa ke semasa.
Satu penyenyap adakalanya diperlukan bagi melenyapkan kebisingan
udara yang memasuki pemampat. Ia boleh dipasang sebelum atau selepas
turas bergantung kepada kesan penyenyap yang diperlukan.
2.4.1.2 Tabung Udara
Pemampat sama ada yang besar atau kecil selalunya dilengkapkan dengan
satu penerima udara. Penerima hanyalah sebuah takungan atau tangki
yang dapat diisikan dengan udara termampat.
Fungsi Tabung Udara adalah seperti berikut :-
Menapis udara yang masuk ke dalam sistem utama (Penapis Masukan)
Menyimpan udara termampat bagi mengelakkan pemampat beroperasi
secara berterusan.
Meredan denyutan tekanan yang datang daripada pemampat atau
sistem pneumatik.
Memindah haba bagi menyejukkan udara termampat bagi
menggalakkan peluwap menitis ke bawah takungan sebelum udara
disalurkan ke sistem pneumatik.
Mengumpul peluwap dan cemaran daripada udara.
Injap pelega yang berada dibahagian atas tabung udara berfungsi untuk
mengawal tekanan yang berlebihan.
J4012/ UNIT 2/16
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Gambarajah 2.12 : Tabung Udara dan Simbol Piawainya
2.4.1.3 Injap Pelega
Alat ini merupakan penerima udara yang dipasang di tempat perantaraan
untuk menyamankan tekanan yang berubah-ubah di dalam sistem dan
memastikan tekanan kendalian sentiasa malar. Penumpuk perantaraan
hendaklah dipasang pada tiap-tiap loji yang menggunakan bekalan pusat
udara termampat. Dengan kewujudan penumpuk di dalam susunan loji,
tekanan dalam talian panjang terpampas menyusut dan halaju aliran dalam
saluran dapat disenggarakan dengan mudah.
2.4.1.4 Unit Servis atau Unit Khidmat
Alat ini merupakan satu pakej yang mengandungi turas udara, pengatur
tekanan dan pelincir seperti gambarajah 2.13 di bawah.
Keluaran
Masukan
Injap
Pelega
Injap
Pelepasan
Sumber:
SMC Pneumatic
J4012/ UNIT 2/17
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Gambarajah 2.13 : Unit Servis
Gambarajah 2.14: Penapis udara
Gambarajah 2.15: Pengatur tekanan
PELINCIR
PENGATUR
TEKANAN
PENAPIS
UDARA
Penapis udara - penapis udara digunakan untuk
membersihkan udara termampat
daripada segala kekotoran dan
juga air terpeluwap yang
terkumpul.
Pengatur Tekanan- Pengatur tekanan merupakan injap
penurun yang memastikan
tekanan kerja yang besar
berkeadaan malar walaupun
terdapat ketidakseimbangan
dalam tekanan udara utama dan
kadar penggunaan udara. Tekanan
masukan hendaklah sentiasa lebih
tinggi daripada tekanan keluaran.
Sumber :
SMC Pneumatic
Sumber :
SMC Pneumatic
Sumber:
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.
J4012/ UNIT 2/18
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Gambarajah 2.16: Pelincir
Pelincir - Bekalan pelincir yang mencukupi
diperlukan untuk peralatan
pneumatik. Pemasangan saluran
dibuat secara perpaipan. Paip
diperbuat daripada getah, plastik
ataupun logam. Paip yang
digunakan sebagai saluran gas tidak
boleh digunakan sama sekali.
Perkara-perkara penting yang mesti
diperhatikan dalam pemasangan
saluran paip ialah halaju aliran dan
susutan tekanan dalam paip dan
sendi di sepanjang perpaipan utama.
Sumber :
SMC Pneumatic
J4012/ UNIT 2/19
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Soalan 2b-1
Isikan tempat kosong di bawah.
Soalan 2b-2
Nyatakan empat kelengkapan sistem mampatan
1._____________________________________
2._____________________________________
3._____________________________________
4._____________________________________
Soalan 2b-3
Unit servis terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1.______________________________
2.______________________________
3._______________________________
AKTIVITI 2b
Pemampat
1.____________________
i.________________________
ii________________________
2.___________________
i. ________________________
ii.________________________
J4012/ UNIT 2/20
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Jawapan 2b-1
Pemampat
1. Jenis Anjakan Positif 2. Jenis Dinamik
i. Jenis salingan i. Jenis aliran jejari
ii. Jenis putaran ii. Jenis aliran paksi
Jawapan 2b-2
1. Turus sedutan dan penyenyap
2. Tabung Udara
3. Injap pelega
4. Unit servis atau unit khidmat
Jawapan 2b-3
1. Penapis Udara
2. Pengatur tekanan
3. Pelincir
MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2b
J4012/ UNIT 2/21
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
2.4 PENYAHIDRATAN UDARA
Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan
mengeringkan udara selepas proses pemampatan. Proses penyahidratan udara
boleh dibahagikan kepada dua bahagian seperti di bawah;
Pendingin Lanjutan
Pengering Udara
2.4.1 Pendingin lanjutan
Pendingin lanjutan juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu;
Dingin Udara – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan
udara.
Dingin Air – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan air
sebagai bahantara.
Gambarajah 2.17 : Unit Dingin Udara
Sumber :
SMC Pneumatic
Sumber :
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.
J4012/ UNIT 2/22
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Gambarajah 2.18 : Unit Dingin Air
2.5.2 Pengering Udara
Pengering udara boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu:-
Jenis Serapan
Jenis Jerapan
Jenis Bahan Pendingin
2.5.2.1 Pengering Jenis Resapan
Pengering jenis resapan menggunakan kimia jenis kelembapcairan
bagi menyerap air daripada udara. Setelah menyerap air kimia ini
akan menjadi cecair. Diantara kimia yang selalu digunakan adalah
urea, lithium dan kalsium klorida. Gambarajah Unit Pengering Jenis
Resapan adalah gambarajah 2.19 di bawah.
Gambarajah 2.19 :Unit Pengering Jenis Resapan
Sumber :
SMC Pneumatic
Sumber:
SMC Pneumatic
Sumber :
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987.
J4012/ UNIT 2/23
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Silinder penakung dibina untuk menyimpan bahan kimia penyerap
dalam jumlah yang banyak. Udara yang dimampat mengalir masuk
daripada bahagian bawah silinder penakung dan mengalir ke aras atas
menerusi bahan penyerap sebelum udara kering dialirkan keluar.
Bahan kimia yang menyerap lembapan dari udara akan menjadi
lembap dan cair lalu menitik ke bawah. Bahan kimia di dalam
penakung akan berkurangan dan perlu ditambah dari masa ke semasa
melalui ruang menambah di bahagian atas penakung.
2.5.2.2 Pengering Jenis Jerapan (Adsorption )
Pengering jenis ini menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan
udara. Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat
pada permukaan kimia pengering yang digunakan.Bahan pengering
ini biasanya terdiri daripada jel silika dan alumina teraktif yang
diisikan ke dalam silinder. Gambarajah Unit Pengering Jenis Jerapan
adalah seperti di bawah :-
Gambarajah 2.20 : Unit Pengering Jenis Jerapan
Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai
udara kering di bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering
Sumber :
SMC Pneumatic
J4012/ UNIT 2/24
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
diperlukan, udara akan dialirkan semula ke silinder kedua dan
dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua.
2.5.2.3 Pengering Bahan Pendingin
Udara yang telah dimampatkan kira-kira pada suhu 44o
C masuk
melalui salur masuk melalui paip. Udara basah mengalir terus melalui
penyejuk udara ke udara dan terus ke pemisah air. Pada pemisah air,
air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang separuh
kering dan sejuk dialirkan terus ke penyejuk “ udara ke bahan
penyejuk” dan keluar ke pemisah air kedua di mana air yang
terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang telah kering dan sejuk
dialirkan pula ke penyejuk “udara ke udara” sebelum udara dialirkan
ke sistem. Udara yang keluar dari Pengering Penyejuk merupakan
udara kering dan sejuk. Suhu yang keluar lebih kurang 2o
C.
Gambarajah 2.21 di bawah menunjukkan unit pengering bahan
pendingin.
Gambarajah 2.21 : Unit Pengering Bahan Pendingin
J4012/ UNIT 2/25
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Soalan 2c-1
Sila isikan jawapan anda pada ruang kosong yang disediakan ;
a. Mengikut Hukum Boyle, apabila isipadu jisim ……………….. tekanan udara
akan bertambah.
b. Unit …………… digunakan untuk mengukur daya.
c. Mengikut Hukum Dew Point jumlah ………………. boleh berubah mengikut
perubahan suhu.
d. Penyukat peratus air dalam satu isipadu udara dipanggil ……………………
e. Udara yang dibekalkan kepada sistem pneumatik mestilah bersih daripada
……………….. dan ………………..
f. Titik rujukan aras laut dimana tekanan udara ialah bersamaan ………………. bar.
g. Jenis pemampat boleh dibahagikan kepada dua iaitu ………………… dan
………………..
h. Pemampat jenis ………………. menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung
daripada kebocoran.
i. Tabung udara digunakan untuk …………………………
j. Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan
…………………
k. Dingin ……………… merupakan proses penyejukkan yang dilakukan dengan
menggunakan udara.
l. Pengering jenis …………………. menggunakan bahan kimia untuk menyerap
udara lembab daripada udara disekeliling.
AKTIVITI 2c
J4012/ UNIT 2/26
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Soalan 2c-2
Sila pilih dan padankan maklumat pada senarai 1 dengan item pada senarai 2.
Senarai 1 Senarai 2
i. Mempunyai satu piston sahaja yang
digerakkan ke atas dan ke bawah
a. Pemampat jenis skru
ii. Mempunyai dua piston, satu
bertekanan rendah dan satu
bertekanan tinggi.
b. Pemampat salingan satu
peringkat.
iii. Berputar dengan kelajuan tinggi
dan bebas dari pencemaran pelincir.
c. Pemampat salingan dua
peringkat.
iv. Menggunakan minyak pelincir
sebagai pelindung daripada
kebocoran.
d. Pemampat jenis pump
gelansar.
e. Pemampat aliran paksi.
J4012/ UNIT 2/27
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Soalan 2c-1
a. Berkurangan
b. Newton
c. Wap air
d. Kelembapan bandingan
e. Minyak, bahan cemar
f. 1.013 bar
g. Anjakan positif, dinamik
h. Skru
i. Udara
j. Pengeringan udara
k. Udara
l. Penyerapan
Soalan 2c-2
Senarai 1 Senarai 2
i. Mempunyai satu piston sahaja yang
digerakkan ke atas dan ke bawah
a. Pemampat jenis skru
ii. Mempunyai dua piston, satu
bertekana rendah dan satu
bertekanan tinggi.
b. Pemampat salingan satu
peringkat.
iii. Berputar dengan kelajuan tinggi
dan bebas dari pencemaran pelincir.
c. Pemampat aliran paksi.
iv. Menggunakan minyak pelincir
sebagai pelindung daripada
kebocoran.
d. Pemampat jenis pump
gelansar.
e. Pemampat salingan dua
peringkat.
MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2c
J4012/ UNIT 2/29
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
1. Nyatakan DUA kumpulan utama Pemampat Udara
2. Berikan Definasi Penghantaran Udara
3. Senaraikan LIMA kelengkapan system mampatan udara bagi memastikan kerja
pemampatan udara dapat dilaksanakan dengan baik.
4. Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana pengering jenis jerapan berfungsi.
5. Terangkan dengan ringkas prinsip kerja pemampat anjakan positif dan anjakan
dinamik.
SELAMAT MENCUBA….
PENILAIAN KENDIRI
J4012/ UNIT 2/30
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Jawapan 1
DUA kumpulan utama Pemampat Udara:-
a) Jenis Anjakan Positif
b) Jenis Anjakan Dinamik
Jawapan 2
Definasi penghantaran udara bebas ditakrif sebagai penghantaran udara pada keadaan
atmosfera berbaza dari tempat ke tempat, maka suhu piawai udara selalu digunakan dan
dikenali sebagai Udara bebas piawai. Bagi udara piawai, tekanan diambil 1.010 bar
dan suhu 0° C.
Jawapan 3
Lima kelengkapan sistem mampatan ialah:-
a) Turus sedutan dan penyeyap
b) Penerima udara
c) Penumpuk udara
d) Unit servis atau unit khidmat
e) Pengering dan penyejuk
MAKLUM BALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI
J4012/ UNIT 2/31
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
Jawapan 4
Unit Pengering Jenis Rejapan menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan udara.
Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat pada permukaan kimia
pengering yang digunakan.Bahan pengering ini biasanya terdiri daripada jel silika dan
alumina teraktif yang diisikan ke dalam silinder.
Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai udara kering di
bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering diperlukan, udara akan dialirkan
semula ke silinder kedua dan dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua.
Jawapan 5
5a. Pemampat Udara Anjakan Positif
Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan isipadu udara
atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana tekanan akan meningkat
apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat udara anjakan positif biasa
digunakan di dalam loji-loji pemampat udara untuk kawalan pneumatik. Pemampat
ini terdiri dari dua jenis yang utama iaitu jenis salingan dan berputar.
J4012/ UNIT 2/32
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA
5b. Pemampat Udara Anjakan Dinamik
Udara atau gas yang dimampatkan melaui gerakan dinamik ram yang berputar
menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang mangalir. Aliran udara
di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan gerakan gandar, manakala di dalam
pemampat emparan, pengaliran udara adalah sama arah dengan putaran jejarinya.
Kadangkala pemampat emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung
kepada bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan apabila
kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan.

Contenu connexe

Tendances

J4012 pneumatik dan hidraulik unit5
J4012 pneumatik dan hidraulik unit5J4012 pneumatik dan hidraulik unit5
J4012 pneumatik dan hidraulik unit5Asraf Malik
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatikFendy Endy
 
Panduan FYP Adtec Shah Alam
Panduan FYP Adtec Shah AlamPanduan FYP Adtec Shah Alam
Panduan FYP Adtec Shah AlamKota Kinabalu
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7Asraf Malik
 
penyelenggaraan industri
penyelenggaraan industripenyelenggaraan industri
penyelenggaraan industriJius Musz
 
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)6. menguji kebocoran(penghawa dingin)
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)Amit Preve
 
Simbol hidraulik
Simbol hidraulikSimbol hidraulik
Simbol hidrauliknorbahiah
 
1.sistem litar hidraulik
1.sistem litar hidraulik1.sistem litar hidraulik
1.sistem litar hidraulikEdi Slipknot
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10Asraf Malik
 
Auto transmission 1
Auto transmission 1Auto transmission 1
Auto transmission 1ptchuang
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6Asraf Malik
 

Tendances (20)

J4012 pneumatik dan hidraulik unit5
J4012 pneumatik dan hidraulik unit5J4012 pneumatik dan hidraulik unit5
J4012 pneumatik dan hidraulik unit5
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
Panduan FYP Adtec Shah Alam
Panduan FYP Adtec Shah AlamPanduan FYP Adtec Shah Alam
Panduan FYP Adtec Shah Alam
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
J4012 pneumatik dan hidraulik unit7
 
penyelenggaraan industri
penyelenggaraan industripenyelenggaraan industri
penyelenggaraan industri
 
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)6. menguji kebocoran(penghawa dingin)
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
Simbol hidraulik
Simbol hidraulikSimbol hidraulik
Simbol hidraulik
 
Sistem pelinciran
Sistem pelinciranSistem pelinciran
Sistem pelinciran
 
1.sistem litar hidraulik
1.sistem litar hidraulik1.sistem litar hidraulik
1.sistem litar hidraulik
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
 
SISTEM EKZOS KENDERAAN
SISTEM EKZOS KENDERAANSISTEM EKZOS KENDERAAN
SISTEM EKZOS KENDERAAN
 
Modul 8 hydraulic
Modul 8 hydraulicModul 8 hydraulic
Modul 8 hydraulic
 
Auto transmission 1
Auto transmission 1Auto transmission 1
Auto transmission 1
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
 
Merombak gearbox manual
Merombak gearbox manual Merombak gearbox manual
Merombak gearbox manual
 
oxy-acetylene welding
oxy-acetylene weldingoxy-acetylene welding
oxy-acetylene welding
 
kursus asas pneumatik
kursus asas pneumatikkursus asas pneumatik
kursus asas pneumatik
 
hidraulik
hidraulikhidraulik
hidraulik
 
Electrohydraulic
ElectrohydraulicElectrohydraulic
Electrohydraulic
 

En vedette

Pengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asasPengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asaslaskarsalju
 
Pengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udaraPengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udaraPudin Mahari
 
Gfp & butterfly
Gfp & butterflyGfp & butterfly
Gfp & butterflyMat Pep
 
New centrifugal pump
New centrifugal pumpNew centrifugal pump
New centrifugal pumpSunil Kumar
 
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..Mengatasi masalah peti sejuk rumah..
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..Yuseri Bujang
 
Pemotongan plasma dan pencungkilan
Pemotongan plasma dan pencungkilanPemotongan plasma dan pencungkilan
Pemotongan plasma dan pencungkilanYogga Haw
 
K1(ducting system)Sehaini
K1(ducting system)SehainiK1(ducting system)Sehaini
K1(ducting system)SehainiDaus Jai
 
Airflow measurement
Airflow measurement Airflow measurement
Airflow measurement BSRIA
 
RHVAC System fo Train/Railway
RHVAC System fo Train/RailwayRHVAC System fo Train/Railway
RHVAC System fo Train/RailwayRizaldi Satria N
 
Air Flow Presentation Pdf
Air Flow  Presentation PdfAir Flow  Presentation Pdf
Air Flow Presentation PdfDanny Newman
 
Ventilation Rate, Proper Sizing and Accessories
Ventilation Rate, Proper Sizing and Accessories Ventilation Rate, Proper Sizing and Accessories
Ventilation Rate, Proper Sizing and Accessories haroldtaylor1113
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatikFendy Endy
 
Permasalahan umum pada turbin uap
Permasalahan umum pada turbin uapPermasalahan umum pada turbin uap
Permasalahan umum pada turbin uapErna Pratiwi
 
component compressor
component compressorcomponent compressor
component compressorlekolekobp
 

En vedette (20)

Pengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asasPengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asas
 
Pengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udaraPengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udara
 
Gfp & butterfly
Gfp & butterflyGfp & butterfly
Gfp & butterfly
 
New centrifugal pump
New centrifugal pumpNew centrifugal pump
New centrifugal pump
 
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..Mengatasi masalah peti sejuk rumah..
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..
 
Unit1
Unit1Unit1
Unit1
 
Pemotongan plasma dan pencungkilan
Pemotongan plasma dan pencungkilanPemotongan plasma dan pencungkilan
Pemotongan plasma dan pencungkilan
 
K1(ducting system)Sehaini
K1(ducting system)SehainiK1(ducting system)Sehaini
K1(ducting system)Sehaini
 
Airflow measurement
Airflow measurement Airflow measurement
Airflow measurement
 
Modul 6 penyelengaraan
Modul 6  penyelengaraan Modul 6  penyelengaraan
Modul 6 penyelengaraan
 
HBLS 3103
HBLS 3103HBLS 3103
HBLS 3103
 
RHVAC System fo Train/Railway
RHVAC System fo Train/RailwayRHVAC System fo Train/Railway
RHVAC System fo Train/Railway
 
Air Flow Presentation Pdf
Air Flow  Presentation PdfAir Flow  Presentation Pdf
Air Flow Presentation Pdf
 
Ventilation Rate, Proper Sizing and Accessories
Ventilation Rate, Proper Sizing and Accessories Ventilation Rate, Proper Sizing and Accessories
Ventilation Rate, Proper Sizing and Accessories
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
Boiler
BoilerBoiler
Boiler
 
Permasalahan umum pada turbin uap
Permasalahan umum pada turbin uapPermasalahan umum pada turbin uap
Permasalahan umum pada turbin uap
 
component compressor
component compressorcomponent compressor
component compressor
 
Makalah kompresor
Makalah kompresorMakalah kompresor
Makalah kompresor
 
Cpob presentase
Cpob presentaseCpob presentase
Cpob presentase
 

Similaire à J4012 unit2

Dasar Tata Udara, Pemanasan Sensibel
Dasar Tata Udara, Pemanasan SensibelDasar Tata Udara, Pemanasan Sensibel
Dasar Tata Udara, Pemanasan SensibelGiffari Muslih
 
Sistem Refrigerasi
Sistem Refrigerasi Sistem Refrigerasi
Sistem Refrigerasi Reandy Risky
 
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter   compressors and compressed air systems (bahasa indChapter   compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind'Purwanto' Magl
 
Materi pertemuan 2 Penerapan Sistem Robotik
Materi pertemuan 2   Penerapan Sistem RobotikMateri pertemuan 2   Penerapan Sistem Robotik
Materi pertemuan 2 Penerapan Sistem RobotikAhmad Nawawi, S.Kom
 
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)nanda_auliana
 
Pressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptx
Pressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptxPressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptx
Pressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptxRayHerlambang
 
080326 kitar penyamanan udara asas - andi
080326   kitar penyamanan udara asas - andi080326   kitar penyamanan udara asas - andi
080326 kitar penyamanan udara asas - andiPudin Mahari
 
Sistim pneumatik dan hidrolik
Sistim pneumatik dan hidrolikSistim pneumatik dan hidrolik
Sistim pneumatik dan hidrolikmacyie9897
 
PPT_ FISIKA S123_AC.pptx
PPT_ FISIKA S123_AC.pptxPPT_ FISIKA S123_AC.pptx
PPT_ FISIKA S123_AC.pptxChemistryChanel
 
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter   compressors and compressed air systems (bahasa indChapter   compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa indzhool32
 
Chapter ac and refrigeration (bahasa indonesia)
Chapter   ac and refrigeration (bahasa indonesia)Chapter   ac and refrigeration (bahasa indonesia)
Chapter ac and refrigeration (bahasa indonesia)Fauzan Syahri
 
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-aJtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-arianmitra
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatikWahyu Pram
 
Presentasi sistem tenaga gas (termodinamika)
Presentasi sistem tenaga gas (termodinamika)Presentasi sistem tenaga gas (termodinamika)
Presentasi sistem tenaga gas (termodinamika)Ryan Rori
 

Similaire à J4012 unit2 (20)

Screw compressor
Screw compressorScrew compressor
Screw compressor
 
Dasar Tata Udara, Pemanasan Sensibel
Dasar Tata Udara, Pemanasan SensibelDasar Tata Udara, Pemanasan Sensibel
Dasar Tata Udara, Pemanasan Sensibel
 
Sistem Refrigerasi
Sistem Refrigerasi Sistem Refrigerasi
Sistem Refrigerasi
 
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter   compressors and compressed air systems (bahasa indChapter   compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
 
Isi pneumatik
Isi pneumatikIsi pneumatik
Isi pneumatik
 
Materi pertemuan 2 Penerapan Sistem Robotik
Materi pertemuan 2   Penerapan Sistem RobotikMateri pertemuan 2   Penerapan Sistem Robotik
Materi pertemuan 2 Penerapan Sistem Robotik
 
Pneumatik
PneumatikPneumatik
Pneumatik
 
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
 
Pressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptx
Pressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptxPressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptx
Pressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptx
 
080326 kitar penyamanan udara asas - andi
080326   kitar penyamanan udara asas - andi080326   kitar penyamanan udara asas - andi
080326 kitar penyamanan udara asas - andi
 
Sistim pneumatik dan hidrolik
Sistim pneumatik dan hidrolikSistim pneumatik dan hidrolik
Sistim pneumatik dan hidrolik
 
PPT_ FISIKA S123_AC.pptx
PPT_ FISIKA S123_AC.pptxPPT_ FISIKA S123_AC.pptx
PPT_ FISIKA S123_AC.pptx
 
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter   compressors and compressed air systems (bahasa indChapter   compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
 
Chapter ac and refrigeration (bahasa indonesia)
Chapter   ac and refrigeration (bahasa indonesia)Chapter   ac and refrigeration (bahasa indonesia)
Chapter ac and refrigeration (bahasa indonesia)
 
Resume Kompressor MKE_.pptx
Resume Kompressor MKE_.pptxResume Kompressor MKE_.pptx
Resume Kompressor MKE_.pptx
 
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-aJtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
Presentasi sistem tenaga gas (termodinamika)
Presentasi sistem tenaga gas (termodinamika)Presentasi sistem tenaga gas (termodinamika)
Presentasi sistem tenaga gas (termodinamika)
 
Refrijeran
RefrijeranRefrijeran
Refrijeran
 

J4012 unit2

  • 1. J4012/ UNIT 2/1 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK (SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA) Objektif am : Mempelajari dan memahami sistem penjanaan serta pengagihan udara. Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:- Menyatakan dan membandingkan jenis-jenis pemampat udara Menyatakan dan menerangkan aksesori pemampat Menyatakan dan menerangkan penyahhidratan udara Menyatakan dan menerangkan kesan rawatan udara Menyatakan dan menerangkan prinsip kerja penapis, pengatur tekanan dan pelincir udara. UNIT 2 OBJEKTIF
  • 2. J4012/ UNIT 2/2 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.0 PENGENALAN ahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang berlaku apabila angin dimampatkan, pertama ialah kenaikan tekanan dan kedua ialah haba yang banyak dihasilkan. Oleh kerana haba tidak diperlukan di dalam sistem pneumatik, ianya dikeluarkan dengan menggunakan strip penyejuk pemampat. Pada peringkat akhir air akan terhasil, ini adalah kerana air tidak boleh dimampatkan dan ianya diperah keluar pada peringkat mampatan. Pada masa ini, sistem mampatan boleh didapati dikebanyakan kilang. Ianya harus diletakkan pada kawasan yang mempunyai ventilasi yang banyak, kuasa yang diberikan ialah antara 700 – 800 kPa. 2.1 PERSAMAAN YANG BERKAITAN DENGAN UDARA MAMPAT Sebelum anda teruskan dengan Sistem Pneumatik, eloklah kiranya anda mengetahui terlebih dahulu persamaan yang berkaitan dengan udara mampat, seperti yang tersenarai di bawah. 2.1.1 Tekanan Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan dalam satu sistem iaitu kPa, psi dan bar. Kesemua udara akan kembali ke atmosfera berdasarkan persamaan unit di bawah. T IINNPPUUTT 1 Atmosfera = 100 kPa (1 Pascal = 1 N/m2 ) = 14.5 psi = 1.01325 bar
  • 3. J4012/ UNIT 2/3 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.1.2 Hukum Boyles Seperti juga gas, udara tidak mempunyai bentuk tertentu. Jika isipadu sesuatu jisim dikurangkan, tekanan akan bertambah kerana ianya berkadaran songsang terhadap isipadu, iaitu jika isipadu dikurangkan sebanyak ½ kali, tekanan akan bertambah sebanyak 2 kali seperti Gambarajah 2.1 di bawah.. Gambarajah 2.1 : Tekanan daya ke atas omboh Formula yang membuktikan teori tersebut ialah: 2.1.3 Daya Unit untuk daya ialah Newton. Formulanya ialah: Pada masa kini dengan adanya bahan serta teknologi pembuatan silinder di mana ianya mempunyai tahap geseran yang rendah. Formula untuk mengira daya efektif , Feff dengan anggaran 10% kerugian ialah: Di mana unit daya efektif dalam Newton, unit tekanan dalam bar dan diameter ( D2 ) dalam sm2 . P1V1 = P2V2 Daya = Tekanan x Keluasan Feff = P x D2 x 7 Sumber: SMC Pneumatic
  • 4. J4012/ UNIT 2/4 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.1.4 Dew Point Wap air terdapat dalam udara sekeliling. Jumlah wap air yang ada boleh berubah mengikut perubahan suhu. Apabila kita menyatakan bahawa udara telah padat dengan air, ianya dikenali sebagai “Dew Point”. Jadual 2.1 menunjukkan perkadaran penyejatan air di dalam udara berbanding suhu. Jadual 2.1 : Penyejatan air di dalam udara Untuk mendapatkan kandungan air dalam udara, lakarkan garisan o C kepada lengkung dan tudingkan (ukuran kedua ialah kepada bahagian kiri graf iaitu turus gH20/m3 untuk mendapatkan nilai air yang maksimum. Kelembapan bandingan ( Relative Humudity) adalah penyukatan peratus air dalam satu isipadu angin/udara, berbanding dengan nilai maksimum udara berdasarkan suhu tertentu. Garisan melengkung pada Gambarajah 2.2 mewakili garisan Dew Point atau 100% RH, untuk julat suhu tertentu. Rajah 2.2 : Garis lengkung Dew Point Sumber: SMC Pneumatic Sumber: SMC Pneumatic
  • 5. J4012/ UNIT 2/5 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Soalan 2a-1 Isikan tempat kosong di bawah:- 1. Sistem mampatan boleh didapati dikebanyakkan kilang berkuasa di antara _______hingga_______kPa 2. Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan iaitu ___________, _________ dan ___________ 3. Bagi nilai tekanan,1 atm adalah bersamaan dengan ___________bar. 4. Hukum Boyles menyatakan bahawa jika isipadu suatu jisim dikurangkan, tekanan akan __________ 5. Unit untuk daya ialah___________ Soalan 2a-2 Sila isikan rumus yang berkaitan pada ruang yang disediakan di bawah. PERKARA RUMUS 1. Hukum Boyles 2. Daya 3. Daya Efektif AKTIVITI 2a
  • 6. J4012/ UNIT 2/6 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Jawapan 2a-1 1. 700,800 2. kPa,psi dan bar 3. 1.035 4. bertambah 5. Newton Jawapan 2a-2 1. P1V1 = P2V2 2. Daya = Tekanan x Keluasan 3. Feff = P x D2 x 7 MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI
  • 7. J4012/ UNIT 2/7 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.2 PEMAMPAT UDARA Pemampat udara memampatkan udara dari tekanan atmosfera ke satu tekanan yang lebih tinggi. Ini dilakukan oleh pemampat iaitu dengan mengurangkan isipadu udara itu. Bagi kiraan udara dianggap sebagai mengalami satu proses politropik. Udara yang dibekalkan mestilah bersih daripada minyak dan bahan cemar. Keadaan seumpama ini amat penting dalam memproses makanan dan penyenggaraan peralatan. Udara dimampatkan supaya boleh disimpan dan digunakan untuk membekalkan tenaga yang berkesan kepada kendalian mesin. Kegunaan udara termampat adalah seperti di bawah; Mengendalikan alatan salingan contohnya penukul ribet, penukul menyerpih, pengorek, pemecah konkrit dan sebagainya. Mengendalikan alatan berputar contohnya motor udara, pencanai, gerudi, reamer, pam kendalian udara, wrenches dan sebagainya. Menyembur cat, minyak, racun serangga dan sebagainya. Mengendalikan omboh-omboh udara untuk alat penekan, pembuka pintu, pengangkat, pencengkam dan sebagainya. Semburan udara untuk tujuan pembersihan. Mengembangkan tayar kenderaan. Memulakan enjin diesel yang besar Mengendalikan alatan kawalan, injap dan sebagainya. Udara ialah gabungan dari beberapa jenis gas yang menyelubungi bumi sehingga ketinggian 50,000 meter dari aras laut. Tekanan udara berkadar songsang dengan altitud atau tinggi, iaitu tekanan udara akan berkurangan pada altitud yang tinggi. Titik rujukan ialah aras laut di mana tekanan udara (atmosfera) ialah 1.01325 bar (101.325 kPa). Pada aras 100 meter di atas permukaan laut, tekanan udara ialah 1.00 bar (100 kPa) bagi setiap 100 meter. Apabila pemampat udara dikendalikan pada altitud tinggi, kecekapannya akan berkurangan. IINNPPUUTT
  • 8. J4012/ UNIT 2/8 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.3 JENIS-JENIS PEMAMPAT Pemampat udara boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama seperti di bawah. Pemampat Jenis Anjakan Positif Jenis Dinamik i. Jenis salingan i. Jenis aliran jejari ii. Jenis putaran ii. Jenis aliran paksi 2.3.1 Pemampat Jenis Anjakan Positif Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan isipadu udara atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana tekanan akan meningkat apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat udara anjakan positif biasa digunakan di dalam loji-loji pemampat udara untuk kawalan pneumatik. Pemampat ini terdiri dari dua jenis yang utama iaitu jenis salingan dan berputar. Pemampat jenis anjakan positif terbahagi kepada dua kategori iaitu :- 1. Pemampat jenis salingan 2. Pemampat jenis putaran 2.3.1.1 Pemampat Jenis Salingan Pemampat jenis salingan terbahagi kepada dua :- 1. pemampat omboh satu peringkat dan dua peringkat 2. pemampat jenis gegendang Pemampat omboh satu dan dua peringkat Pemampat jenis ini menggunakan gerakan piston dalam silinder untuk memampatkan udara. Biasanya udara termampat dihasilkan melalui proses mampatan dalam satu atau beberapa peringkat. Pemampat salingan satu peringkat menghasilkan
  • 9. J4012/ UNIT 2/9 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA tekanan udara yang lebih rendah daripada pemampat salingan dua peringkat. Pemampat salingan satu peringkat memampatkan udara dalam silinder dengan menggunakan satu piston sahaja. Piston digerakkan ke bawah dan udara atmosfera disedut masuk ke ruang silinder melalui liang sedutan seperti rajah 2.3(a). Apabila injap sedutan terbuka, injap hantaran adalah dalam keadaan tertutup. Selepas itu proses hantaran bermula dengan piston bergerak ke atas, injap hantaran terbuka dan injap sedutan tertutup. Udara dalam ruang atas piston dalam silinder akan ditolak keluar melalui liang hantaran ke penerima seperti rajah 2.3(b). Proses ini memampatkan udara sehingga ke suatu tekanan yang telah dilaraskan. (a) Proses Sedutan (b)Proses Hantaran Rajah 2.3 : Keratan rentas dan proses pemampat salingan satu peringkat. Gambarajah 2.4 : Pemampat salingan satu peringkat Injap hantaran Liang hantaran Omboh Injap sedutan Liang sedutan Sumber : SMC Pneumatic Sumber : Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987
  • 10. J4012/ UNIT 2/10 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Pemampat salingan dua peringkat memampatkan udara dengan menggunakan dua piston. Udara disedut ke dalam ruang atas piston dalam silinder pertama dan dihantar dengan satu tekanan ke ruang atas piston dalam silinder kedua untuk dimampatkan ke tekanan yang lebih tinggi. Proses mampatan pada silinder pertama menghasilkan udara bersuhu tinggi. Penyejuk-antara digunakan untuk memindahkan haba sebelum udara itu memasuki silinder kedua. Rajah 2.5 : Keratan rentas dan operasi pemampat dua peringkat Gambarajah 2.6 : Pemampat dua peringkat Silinder Kedua Omboh Kedua Saluran Udara Termampat Air Penyejuk Masuk Penyejuk Antara Omboh Pertama Air Penyejuk Keluar Silinder Pertama Liang Sedutan Udara masuk Liang Hantaran Sumber : SMC Pneumatic Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.
  • 11. J4012/ UNIT 2/11 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Pemampat jenis gegendang Merujuk kepada rajah 2.7, ianya adalah sama seperti pemampat berpiston tetapi piston digantikan dengan pemasangan cakera dan gegendang. Gegendang disambungkan dengan cakera dan dinding silinder. Udara hanya masuk dan keluar setakat ruang di dalam gegendang sahaja. Rajah 2.7 : Pemampat salingan jenis gegendang 2.3.1.2 Pemampat Jenis Putaran Pemampat Jenis Putaran terbahagi kepada dua iaitu :- 1. Pemampat Jenis Ram Gelangsar 2. Pemampat Jenis Skru Pemampat Ram Gelangsar Pemampat ini padat, berkelajuan tinggi, bebas dari pencemaran pelincir dan selalunya mempunyai kecekapan yang lebih tinggi dari pemampat jenis emparan tetapi tidaklah setinggi kecekapan pemampat jenis salingan.Pemampat jenis putaran boleh menghasilkan tekanan antara 400 kN/m – 800 kN/m. Keupayaannya boleh mencapai 100 m/min. Unsur asasnya ialah Injap Gegendang Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.
  • 12. J4012/ UNIT 2/12 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA pemutar dan beberapa keping ram yang bebas melunsur secara jejarian di dalam satu selongsong seperti gambarajah 2.8 di bawah. (a) (b) Gambarajah 2.8 : Menunjukkan (a) ram gelangsar dan (b) keratan rentas ram gelangsar Pemampat Jenis Skru Pemampat jenis skru menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran. Ianya sesuai digunakan jika beban yang dikenakan padanya tidak berubah. Masalah pemampat jenis skru ialah angin mampat yang dihasilkan mempunyai kandungan minyak, oleh itu ianya memerlukan penapis minyak yang dipasang secara siri dibahagian keluaran. Gambarajah 2.9 : Pemampat Udara Jenis Skru Putaran Keluaran Masukan Sumber : SMC Pneumatic Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.
  • 13. J4012/ UNIT 2/13 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.3.2 Pemampat Jenis Dinamik Udara atau gas yang dimampatkan melalui gerakan dinamik ram yang berputar menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang mengalir. Aliran udara di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan gerakan gandar, manakala di dalam pemampat emparan, pengaliran udara adalah sama arah dengan putaran jejarinya. Kadangkala pemampat emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung kepada bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan apabila kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan. Pemampat jenis dinamik biasanya tidak dapat menghasilkan tekanan yang tinggi oleh itu ia tidak digunakan sebagai pemampat kepada sistem pneumatik. Walaupun ia dapat menghasilkan kuantiti udara yang tinggi tetapi ia hanya berfungsi sebagai kipas atau penghembus. (a) (b) Gambarajah 2.10 : (a) Jenis Aliran Paksi, dan (b) Jenis Aliran Jejari Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.
  • 14. J4012/ UNIT 2/14 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.4 PENGHASILAN UDARA BEBAS Penghantaran udara bebas ditakrifkan sebagai penghantaran udara pada keadaan tekanan atmosfera adalah berbeza dari tempat ke tempat maka suatu piawai udara selalu digunakan dan dikenali sebagai udara bebas piawai. Bagi udara bebas piawai tekanan diambil sebagai 1.010 bar dan suhu 00 C. 2.4.1 Kelengkapan Sistem Mampatan udara Sistem mampatan udara memerlukan kelengkapan tertentu bagi memastikan kerja pemampatan dapat dilaksanakan dengan baik. Di antara kelengkapan sistem mampatan udara adalah seperti berikut :- Turus Sedutan dan Penyenyap Tabung Udara Injap Pelega Unit Servis atau Unit Khidmat Gambarajah 2.11, menunjukkan susunan loji dan unit-unit utama pemampat udara. Gambarajah 2.11 : Loji Pemampat Udara
  • 15. J4012/ UNIT 2/15 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.4.1.1 Turas Sedutan dan Penyenyap Setiap sistem pemampat memerlukan turas sedutan untuk mengeluarkan zarah-zarah kotoran sebelum udara memasuki liang masuk. Turas ini biasanya jenis kubang minyak atau elemen kertas yang memerlukan senggaraan atau gantian dari masa ke semasa. Satu penyenyap adakalanya diperlukan bagi melenyapkan kebisingan udara yang memasuki pemampat. Ia boleh dipasang sebelum atau selepas turas bergantung kepada kesan penyenyap yang diperlukan. 2.4.1.2 Tabung Udara Pemampat sama ada yang besar atau kecil selalunya dilengkapkan dengan satu penerima udara. Penerima hanyalah sebuah takungan atau tangki yang dapat diisikan dengan udara termampat. Fungsi Tabung Udara adalah seperti berikut :- Menapis udara yang masuk ke dalam sistem utama (Penapis Masukan) Menyimpan udara termampat bagi mengelakkan pemampat beroperasi secara berterusan. Meredan denyutan tekanan yang datang daripada pemampat atau sistem pneumatik. Memindah haba bagi menyejukkan udara termampat bagi menggalakkan peluwap menitis ke bawah takungan sebelum udara disalurkan ke sistem pneumatik. Mengumpul peluwap dan cemaran daripada udara. Injap pelega yang berada dibahagian atas tabung udara berfungsi untuk mengawal tekanan yang berlebihan.
  • 16. J4012/ UNIT 2/16 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Gambarajah 2.12 : Tabung Udara dan Simbol Piawainya 2.4.1.3 Injap Pelega Alat ini merupakan penerima udara yang dipasang di tempat perantaraan untuk menyamankan tekanan yang berubah-ubah di dalam sistem dan memastikan tekanan kendalian sentiasa malar. Penumpuk perantaraan hendaklah dipasang pada tiap-tiap loji yang menggunakan bekalan pusat udara termampat. Dengan kewujudan penumpuk di dalam susunan loji, tekanan dalam talian panjang terpampas menyusut dan halaju aliran dalam saluran dapat disenggarakan dengan mudah. 2.4.1.4 Unit Servis atau Unit Khidmat Alat ini merupakan satu pakej yang mengandungi turas udara, pengatur tekanan dan pelincir seperti gambarajah 2.13 di bawah. Keluaran Masukan Injap Pelega Injap Pelepasan Sumber: SMC Pneumatic
  • 17. J4012/ UNIT 2/17 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Gambarajah 2.13 : Unit Servis Gambarajah 2.14: Penapis udara Gambarajah 2.15: Pengatur tekanan PELINCIR PENGATUR TEKANAN PENAPIS UDARA Penapis udara - penapis udara digunakan untuk membersihkan udara termampat daripada segala kekotoran dan juga air terpeluwap yang terkumpul. Pengatur Tekanan- Pengatur tekanan merupakan injap penurun yang memastikan tekanan kerja yang besar berkeadaan malar walaupun terdapat ketidakseimbangan dalam tekanan udara utama dan kadar penggunaan udara. Tekanan masukan hendaklah sentiasa lebih tinggi daripada tekanan keluaran. Sumber : SMC Pneumatic Sumber : SMC Pneumatic Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.
  • 18. J4012/ UNIT 2/18 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Gambarajah 2.16: Pelincir Pelincir - Bekalan pelincir yang mencukupi diperlukan untuk peralatan pneumatik. Pemasangan saluran dibuat secara perpaipan. Paip diperbuat daripada getah, plastik ataupun logam. Paip yang digunakan sebagai saluran gas tidak boleh digunakan sama sekali. Perkara-perkara penting yang mesti diperhatikan dalam pemasangan saluran paip ialah halaju aliran dan susutan tekanan dalam paip dan sendi di sepanjang perpaipan utama. Sumber : SMC Pneumatic
  • 19. J4012/ UNIT 2/19 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Soalan 2b-1 Isikan tempat kosong di bawah. Soalan 2b-2 Nyatakan empat kelengkapan sistem mampatan 1._____________________________________ 2._____________________________________ 3._____________________________________ 4._____________________________________ Soalan 2b-3 Unit servis terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: 1.______________________________ 2.______________________________ 3._______________________________ AKTIVITI 2b Pemampat 1.____________________ i.________________________ ii________________________ 2.___________________ i. ________________________ ii.________________________
  • 20. J4012/ UNIT 2/20 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Jawapan 2b-1 Pemampat 1. Jenis Anjakan Positif 2. Jenis Dinamik i. Jenis salingan i. Jenis aliran jejari ii. Jenis putaran ii. Jenis aliran paksi Jawapan 2b-2 1. Turus sedutan dan penyenyap 2. Tabung Udara 3. Injap pelega 4. Unit servis atau unit khidmat Jawapan 2b-3 1. Penapis Udara 2. Pengatur tekanan 3. Pelincir MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2b
  • 21. J4012/ UNIT 2/21 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.4 PENYAHIDRATAN UDARA Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan mengeringkan udara selepas proses pemampatan. Proses penyahidratan udara boleh dibahagikan kepada dua bahagian seperti di bawah; Pendingin Lanjutan Pengering Udara 2.4.1 Pendingin lanjutan Pendingin lanjutan juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu; Dingin Udara – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan udara. Dingin Air – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan air sebagai bahantara. Gambarajah 2.17 : Unit Dingin Udara Sumber : SMC Pneumatic Sumber : Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.
  • 22. J4012/ UNIT 2/22 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Gambarajah 2.18 : Unit Dingin Air 2.5.2 Pengering Udara Pengering udara boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu:- Jenis Serapan Jenis Jerapan Jenis Bahan Pendingin 2.5.2.1 Pengering Jenis Resapan Pengering jenis resapan menggunakan kimia jenis kelembapcairan bagi menyerap air daripada udara. Setelah menyerap air kimia ini akan menjadi cecair. Diantara kimia yang selalu digunakan adalah urea, lithium dan kalsium klorida. Gambarajah Unit Pengering Jenis Resapan adalah gambarajah 2.19 di bawah. Gambarajah 2.19 :Unit Pengering Jenis Resapan Sumber : SMC Pneumatic Sumber: SMC Pneumatic Sumber : Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987.
  • 23. J4012/ UNIT 2/23 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Silinder penakung dibina untuk menyimpan bahan kimia penyerap dalam jumlah yang banyak. Udara yang dimampat mengalir masuk daripada bahagian bawah silinder penakung dan mengalir ke aras atas menerusi bahan penyerap sebelum udara kering dialirkan keluar. Bahan kimia yang menyerap lembapan dari udara akan menjadi lembap dan cair lalu menitik ke bawah. Bahan kimia di dalam penakung akan berkurangan dan perlu ditambah dari masa ke semasa melalui ruang menambah di bahagian atas penakung. 2.5.2.2 Pengering Jenis Jerapan (Adsorption ) Pengering jenis ini menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan udara. Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat pada permukaan kimia pengering yang digunakan.Bahan pengering ini biasanya terdiri daripada jel silika dan alumina teraktif yang diisikan ke dalam silinder. Gambarajah Unit Pengering Jenis Jerapan adalah seperti di bawah :- Gambarajah 2.20 : Unit Pengering Jenis Jerapan Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai udara kering di bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering Sumber : SMC Pneumatic
  • 24. J4012/ UNIT 2/24 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA diperlukan, udara akan dialirkan semula ke silinder kedua dan dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua. 2.5.2.3 Pengering Bahan Pendingin Udara yang telah dimampatkan kira-kira pada suhu 44o C masuk melalui salur masuk melalui paip. Udara basah mengalir terus melalui penyejuk udara ke udara dan terus ke pemisah air. Pada pemisah air, air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang separuh kering dan sejuk dialirkan terus ke penyejuk “ udara ke bahan penyejuk” dan keluar ke pemisah air kedua di mana air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang telah kering dan sejuk dialirkan pula ke penyejuk “udara ke udara” sebelum udara dialirkan ke sistem. Udara yang keluar dari Pengering Penyejuk merupakan udara kering dan sejuk. Suhu yang keluar lebih kurang 2o C. Gambarajah 2.21 di bawah menunjukkan unit pengering bahan pendingin. Gambarajah 2.21 : Unit Pengering Bahan Pendingin
  • 25. J4012/ UNIT 2/25 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Soalan 2c-1 Sila isikan jawapan anda pada ruang kosong yang disediakan ; a. Mengikut Hukum Boyle, apabila isipadu jisim ……………….. tekanan udara akan bertambah. b. Unit …………… digunakan untuk mengukur daya. c. Mengikut Hukum Dew Point jumlah ………………. boleh berubah mengikut perubahan suhu. d. Penyukat peratus air dalam satu isipadu udara dipanggil …………………… e. Udara yang dibekalkan kepada sistem pneumatik mestilah bersih daripada ……………….. dan ……………….. f. Titik rujukan aras laut dimana tekanan udara ialah bersamaan ………………. bar. g. Jenis pemampat boleh dibahagikan kepada dua iaitu ………………… dan ……………….. h. Pemampat jenis ………………. menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran. i. Tabung udara digunakan untuk ………………………… j. Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan ………………… k. Dingin ……………… merupakan proses penyejukkan yang dilakukan dengan menggunakan udara. l. Pengering jenis …………………. menggunakan bahan kimia untuk menyerap udara lembab daripada udara disekeliling. AKTIVITI 2c
  • 26. J4012/ UNIT 2/26 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Soalan 2c-2 Sila pilih dan padankan maklumat pada senarai 1 dengan item pada senarai 2. Senarai 1 Senarai 2 i. Mempunyai satu piston sahaja yang digerakkan ke atas dan ke bawah a. Pemampat jenis skru ii. Mempunyai dua piston, satu bertekanan rendah dan satu bertekanan tinggi. b. Pemampat salingan satu peringkat. iii. Berputar dengan kelajuan tinggi dan bebas dari pencemaran pelincir. c. Pemampat salingan dua peringkat. iv. Menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran. d. Pemampat jenis pump gelansar. e. Pemampat aliran paksi.
  • 27. J4012/ UNIT 2/27 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Soalan 2c-1 a. Berkurangan b. Newton c. Wap air d. Kelembapan bandingan e. Minyak, bahan cemar f. 1.013 bar g. Anjakan positif, dinamik h. Skru i. Udara j. Pengeringan udara k. Udara l. Penyerapan Soalan 2c-2 Senarai 1 Senarai 2 i. Mempunyai satu piston sahaja yang digerakkan ke atas dan ke bawah a. Pemampat jenis skru ii. Mempunyai dua piston, satu bertekana rendah dan satu bertekanan tinggi. b. Pemampat salingan satu peringkat. iii. Berputar dengan kelajuan tinggi dan bebas dari pencemaran pelincir. c. Pemampat aliran paksi. iv. Menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran. d. Pemampat jenis pump gelansar. e. Pemampat salingan dua peringkat. MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2c
  • 28. J4012/ UNIT 2/29 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. 1. Nyatakan DUA kumpulan utama Pemampat Udara 2. Berikan Definasi Penghantaran Udara 3. Senaraikan LIMA kelengkapan system mampatan udara bagi memastikan kerja pemampatan udara dapat dilaksanakan dengan baik. 4. Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana pengering jenis jerapan berfungsi. 5. Terangkan dengan ringkas prinsip kerja pemampat anjakan positif dan anjakan dinamik. SELAMAT MENCUBA…. PENILAIAN KENDIRI
  • 29. J4012/ UNIT 2/30 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Jawapan 1 DUA kumpulan utama Pemampat Udara:- a) Jenis Anjakan Positif b) Jenis Anjakan Dinamik Jawapan 2 Definasi penghantaran udara bebas ditakrif sebagai penghantaran udara pada keadaan atmosfera berbaza dari tempat ke tempat, maka suhu piawai udara selalu digunakan dan dikenali sebagai Udara bebas piawai. Bagi udara piawai, tekanan diambil 1.010 bar dan suhu 0° C. Jawapan 3 Lima kelengkapan sistem mampatan ialah:- a) Turus sedutan dan penyeyap b) Penerima udara c) Penumpuk udara d) Unit servis atau unit khidmat e) Pengering dan penyejuk MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
  • 30. J4012/ UNIT 2/31 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Jawapan 4 Unit Pengering Jenis Rejapan menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan udara. Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat pada permukaan kimia pengering yang digunakan.Bahan pengering ini biasanya terdiri daripada jel silika dan alumina teraktif yang diisikan ke dalam silinder. Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai udara kering di bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering diperlukan, udara akan dialirkan semula ke silinder kedua dan dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua. Jawapan 5 5a. Pemampat Udara Anjakan Positif Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan isipadu udara atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana tekanan akan meningkat apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat udara anjakan positif biasa digunakan di dalam loji-loji pemampat udara untuk kawalan pneumatik. Pemampat ini terdiri dari dua jenis yang utama iaitu jenis salingan dan berputar.
  • 31. J4012/ UNIT 2/32 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 5b. Pemampat Udara Anjakan Dinamik Udara atau gas yang dimampatkan melaui gerakan dinamik ram yang berputar menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang mangalir. Aliran udara di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan gerakan gandar, manakala di dalam pemampat emparan, pengaliran udara adalah sama arah dengan putaran jejarinya. Kadangkala pemampat emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung kepada bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan apabila kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan.