SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
PENDAHULUAN

       Pengucapan Awam ialah satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinan
masyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa
berhadapan dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang.
Seseorang itu perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi sesuatu keadaan dan sentiasa bersikap
optimis kerana sikap yang gemuruh boleh memberi kesan yang tidak baik kepada perucap
(speaker). Pengucapan awam terdiri daripada empat jenis ucapan iaitu ucapan spontan, ucapan
ekstemporanas, ucapan manuskrip dan ucapan hafalan.

       Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan,
idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia
merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi maksud perbuatan
menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan
pemahaman. Komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu secara lisan dan bukan lisan.
Komunikasi bukan lisan terdiri daripada bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan
mata, dan penulisan.

       Pengucapan awam pula boleh didefinisikan sebagai pelahiran bahasa dengan penuh
makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap).
Pengucapan umum menggunakan komunikasi vebal dan bukan verbal (Abdul Mua’ti Ahmad,
2000). Kemahiran berkomunikasi bukanlah suatu yang diperolehi secara semulajadi tetapi setiap
orang perlu berusaha untuk memajukan diri dalam bidang pengucapan awam. Semua orang
boleh menjadi perucap yang baik seandainya dia sentiasa bersedia setiap kali perlu berhadapan
dengan individu yang lain samada semasa sesi temuduga, memberi ceramah, membuat
pembentangan dan sebagainya.

       Bagi pelajar/mahasiswa Melayu, terdapat beberapa isu yang memberi gambaran bahawa
mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan individu yang lain.
8 / 10 Mahasiswa Melayu yang ditemuduga gagal berkomunikasi dengan baik (Berita Harian,
Jumaat 13 Jun 2003). Kerana itu pelbagai usaha dilakukan sebagai contoh Resolusi Utama
Seminar Mahasiswa MPP IPTA Kebangsaan 2003 / 2004 yang berbunyi “ bersetuju
memperlengkapkan diri dengan persaingan dalam pekerjaan terutama penguasaan B. Inggeris,
berkomunikasi dan bersosial.” (Berita Harian, Jumaat, 13 Jun 2003)




       Pengucapan awam juga merujuk kepada sikap dan personaliti seorang pemimpin dimana
seorang pemimpin perlu sentiasa yakin dan percaya dengan diri sendiri. Seseorang yang
mempunyai kepimpinan dalam diri perlu yakin dengan apa yang difikirkan, yakin dengan apa
yang ingin diucapkan, dan yakin dengan apa yang akan dilakukan. Barulah apa yang dilahirkan
dan dizahirkan itu diterima baik oleh pendengar.

       Tujuan ucapan adalah untuk memberi maklumat kepada pendengar mengenai sesuatu
perkara dan isu serta juga boleh dilakukan secara syarahan umum. Selain itu, ia juga bertujuan
memujuk dan mempengaruhi pendengar mengenai sesuatu isu atau untuk memastikan apa yang
disampaikan diterima oleh pendengar. Selain itu, ucapan juga betujuan untuk menghiburkan
pendengar ketika menyampaikan sesuatu maklumat dan informasi serta digunakan untuk
bertukar – tukar pandangan. Ucapan tidak hanya merujuk kepada pemberian maklumat kepada
satu pihak sahaja tetapi boleh juga terjadi dalam bentuk komunikasi dua hala dimana perucap
dan pendengar saling bertukar pendapat.

       Oleh itu, pelbagai cara dan tips yang perlu dilakukan bagi seorang perucap untuk
memastikan individu itu dapat menghasilkan sebuah pengucapan awam yang berkesan.
Pengucapan awam yang berkesan terjadi apabila pendengar menerima maklumat yang sama
diberikan oleh perucap dan mengelakkan terjadinya salah faham dalam maklumat yang
disampaikan dan semasa maklumat itu diterima oleh pendengar.
2.0 TEKNIK MENGHASILKAN PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN

       Lima elemen asas dalam pengucapan awam iaitu “Who is saying ‘what’ to ‘whom’ using
‘what’ medium with ‘what’ effects”. Lima elemen ini amat penting dalam asas pengucapan
awam bagi memastikan perucap tidak lari dari tujuannya serta dapat menyampaikan maklumat
kepada pendengar dengan berkesan.

       2.1 Menangani Perasaan Gugup

       Bagi melahirkan sebuah pengucapan yang efektif, seseorang itu perlu menangani rasa
gugup dalam dirinya. Rasa gugup merupakan punca seseorang itu tidak dapat membuat
penyampaian dengan baik. Perucap perlu mengawal rasa gementar dengan berucap terus dan
tidak berhenti kerana rasa gugup. Apabila gugup hadir, perucap tidak perlu meminta maaf
kepada pendengar kerana itu membuatkan perucap lebih gugup dan kehilangan idea untuk
berucap dan sekaligus menampakkan kelemahan dalam dirinya.

“Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contohnya, kita takut
“apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa
fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin
mendengar apa yang anda ingin kongsikan.” (Irfan Khairi, 6 Sept. 2006)

       2.2 Mengumpul Idea dan Maklumat

       Sebelum membuat pengucapan, seseorang itu perlulah mengumpul idea dan maklumat
bagi memastikan ucapannya lebih sistematik dan teratur. Persediaan awal dengan mencari
maklumat tambahan mengenai sesuatu perkara yang akan disampaikan dapat membantu perucap
untuk memperuntukkan masa yang diberikan dengan lebih bermanfaat dan tidak termangu –
mangu kehabisan idea sekiranya masa yang diperuntukkan adalah lebih lama dari jangkaan
perucap. Selain itu, ini juga memberi persediaan yang cukup kepada perucap untuk menghadapi
sebarang kemungkinan yang timbul secara tiba – tiba dan memerlukan penjelasan atau idea dari
perucap. Oleh itu, ini amat penting untuk elak perucap dari menjadi lebih gugup serta
kebingungan untuk menyuarakan idea. Maklumat yang tidak begitu diketahui oleh pendengar
akan meningkatkan kredebiliti perucap dan pendengar akan berasa kagum dengan ilmu
pengetahuan yang dimiliki oleh perucap.
2.3 Menyusun Bahan - bahan

       Bahan – bahan yang telah dikumpul perlu disusun dengan teratur dan sistematik bagi
mengelakkan kekeliruan semasa penyampaian. Susun atur bahan yang tidak sistematik dan
berhubungkait tidak dapat memberi impak dan kesan yang mendalam kepada pendengar.
Malahan, ini akan menimbulkan rasa bosan dengan cepat kerana maklumat yang disampaikan
tidak dapat diterima baik. Susunan bahan yang baik adalah dengan mengikut sekuen, mengikut
kategori, mempunyai masalah dan penyelesaiannya serta mempunyai kontra dan perbandingan.
Sebarang masalah yang tidak diberi penjelasan dan penyelesaian akan membuatkan pendengar
menjadi keliru dengan isi – isi ucapan yang seterusnya kerana mesej yang disampaikan tidak
dapat dihubungkaitkan oleh mereka dengan tepat dan teratur. Oleh itu, akan timbul jurang antara
satu isi dengan isi yang seterusnya. Oleh yang demikian, perucap perlu peka dan sentiasa
memastikan perhatian pendengar tidak terjejas.

       2.4 Menganalisa Audien (pendengar)

       Untuk memastikan perucap tidak membuat kesilapan, perucap juga perlu menganalisa
audiens. Ini amat penting kerana maklumat yang disampaikan perlu bersesuaian dengan
penerimaan audiens. Sebagai contoh, seorang perucap yang perlu memberi ceramah motivasi
kepada golongan pelajar adalah berbeza dengan memberi ceramah motivasi kepada golongan
dewasa. Oleh itu, menganalisa audiens terlebih dahulu adalah amat penting bagi memastikan
pendengar menerima mesej yang disampaikan dengan baik.

       Perucap juga perlu menganalisa taraf hidup, pekerjaan, taraf pendidikan dan sosio
ekonomi audiens tersebut agar teks ucapan yang disediakan menepati kehendak dan keperluan
audiens. Mengenali audien memberi kelebihan kepada perucap kerana perucap tidak akan
melakukan sesuatu tindakan yang diluar jangkaan kerana ia dapat menentukan strategi
pendekatan dengan kaedah yang sesuai dan dapat menyesuaikan diri dengan status serta tahap
audien. Kerana itu, pengetahuan dan analisis mengenai taraf pendidikan, status sosial, kumpulan
umur, etnik, agama, pekerjaan serta apa yang penting bagi mereka untuk mengetahui sejauh
mana mengenai maklumat yang akan disampaikan amat penting kepada perucap.
2.5 Mesej yang Jelas

       Sebagaimana yang diketahui, mesej adalah maklumat yang disampaikan oleh perucap.
Mesej yang disampaikan akan berjaya sekiranya perucap memilih tajuk yang sesuai, perkataan
serta bahasa yang tepat iaitu memenuhi keperluan audien (pendengar), dapat memberikan contoh
yang sesuai, susunan mesej yang disampaikan adalah jelas dan tepat serta dapat menyampaikan
mesej tersebut dengan gaya yang sesuai dimana tidak menyentuh sensiviti audien.

       2.6 Melakukan Latihan Pengucapan

       Seseorang itu tidak dilahirkan semulajadi sebagai seorang perucap yang baik. Semua ini
memerlukan latihan yang berterusan bagi memastikan dia bersedia menghadapi kelompok
individu tersebut. oleh itu, latihan pengucapan amat perlu untuk mengelak seseorang itu daripada
kecuaian dan kegagalan mengekspresikan idea dan pendapat kepada pendengar dengan baik.
Setelah itu, apabila penyediaan telah dibuat, barulah perucap mampu membuat ucapan dengan
berkesan dan teratur.

       Latihan perlu dilakukan sekurang – kurangnya tiga kali sebelum pengucapan yang
sebenar. Latihan yang pertama dan kedua adalah bertujuan untuk memperkemaskan teks dan
stail yang ingin digunakan, menambah bahan – bahan yang baru sekiranya dirasakan isi yang
ingin diutarakan kelak tidak begitu mencukupi dan untuk membiasakan diri dengan alat
persembahan seperti powerpoint. Akhir sekali, latihan yang ketiga adalah latihan yang terakhir
(rehearsal) sebelum pengucapan yang sebenar. Latihan yang mencukupi membantu perucap
untuk lebih bersedia.

       2.7 Penampilan Diri

       Penampilan diri memainkan peranan yang penting bagi seseorang perucap untuk
menghasilkan pengucapan yang berkesan kerana ini memberi impak kepada personaliti perucap
ketika berada di kalangan sekumpulan pendengar. Mehribian (1971), menyatakan bahawa
penampilan diri merangkumi gaya atau ‘bahasa bukan lisan’ dan merupakan salah satu elemen
penting dalam pengucapan awam. Bentuk penampilan diri temasuklah:

       1. Kelakuan tangan
2. Kelakuan badan yang semula jadi

       3. Mimik muka atau air muka

       4. Temuan mata

       5. Penggunaan ruang

       6. Suara yang jelas

       7. Kelancaran sebutan

       8. Pakaian

       9. Aksesori atau kosmetik

       2.7.1 Pergerakan tangan, jari dan badan

Pendengar dapat menilai perucap dengan cepat melalui bahasa tubuh yang dipamerkan.
Pergerakan tubuh badan terdiri daripada menggaru kepala, melangu, membuat mimik muka,
kontek mata, tangan, jari dan bahu, serta gaya berdiri dan berjalan. Sebagai contoh, perucap yang
gementar akan mudah menggarukan kepala dan menggeletar apabila memegang teks ucapan. Ini
menampakkan sifat kurang keyakinan diri dalam diri perucap. Perucap perlu mengelakkan diri
dari berpeluk tubuh, memasukkan tangan kedalam poket dan meramas – ramas tangan kerana
boleh menampakkan rasa gemuruh serta ketidakyakinan. Oleh itu, permainan bahasa tubuh
badan amat penting untuk dijaga dan dikawal seminima yang mungkin. Pendengar akan menilai
kredebiliti seorang perucap melalui ucapannya dan juga pergerakan tubuh badannya.

       2.7.2 Mimik Muka

       Mimik muka memainkan peranan yang penting kerana pendengar akan memandang tepat
kepada wajah perucap dan memerhatikan setiap gerak geri perucap. Sekiranya perucap berasa
gemuruh, wajahnya akan menampakkan kerisauan dan nampak berpeluh meskipun berada
didalam bilik yang berhawa dingin. Oleh itu, perucap perlu bersikap tenang ketika berhadapan
dengan khalayak ramai.

       2.7.3 Temuan Mata
Mata memancarkan seribu makna kepada audien kerana itu perucap perlu memastikan
mata mempamerkan keyakinan diri. Perucap perlu mengelak daripada memandang ke atas siling
atau kebawah kerana mata perucap menjadi tumpuan kepada audien dan audien akan lebih terasa
dihargai sekiranya perucap tidak mengalih pandangan ke arah lain semasa menyampaikan mesej.
       Dalam perhimpunan khalayak yang ramai, hubungan mata perlu fokuskan titik
penglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan, pada bahagian tengah dan kemudian pada
khalayak yang berada di penjuru sebelah kanan, diikuti khalayak penjuru kanan di belakang,
khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di bahagian tengah.
Cara ini membolehkan 'kuasa pandangan mata 'mengikat' khalayak untuk mendengar dan melihat
pengucap dengan penuh minat.

       2.7.4 Penggunaan Ruang

       Penggunaan ruang amat penting sekiranya melibatkan ruang yang luas dan kehadiran
audien yang ramai. Perucap perlu bijak menggunakan ruang dengan sebaik mungkin supaya
kehadiran audien tidak hanya tertumpu pada suatu kawasan sahaja. Sebagai contoh, perucap
yang menyampaikan motivasi kepada audien akan menggunakan keseluruhan ruang yang
melibatkan semua audien.

       2.7.5 Suara yang Jelas dan Kelancaran Sebutan

       Perucap perlu memastikan suara yang digunakan adalah jelas dan teratur. Sebutan yang
tersekat – sekat menampakkan kecacatan dan membuatkan audien cepat berasa bosan. Nada
suara juga perlu dipelbagaikan dan menepati untuk tiap –tiap isi yang disampaikan. Perucap
tidak perlu menjerit dan bersuara halus sebaliknya hanya perlu melantangkan suara dan pandai
bermain dengan intonasi suara supaya audien tidak rasa mengantuk dengan nada suara yang
mendatar sahaja.

       2.7.6 Pakaian, Aksesori dan Kosmetik

       Pakaian yang dipakai perlulah bersesuaian dan tidak menjolok mata. Apabila berhadapan
dengan audien, pakaian formal adalah lebih sesuai kerana menampilkan kredebiliti perucap dan
akan timbul rasa hormat serta kagum audien kepada perucap. Contohnya, perucap yang memakai
kot beserta tali leher lebih nampak berkeyakinan berbanding perucap yang memakai seluar dan
kemeja sahaja. Bagi perucap wanita, perlulah dielakkan pemakaian aksesori yang terlalu banyak
ditubuh dan make-up yang tebal. Pemakaian yang terlalu sarat mengganggu konsentrasi audien
kepada isi ucapan.




       2.8 Pembuka Bicara yang Menarik

       Seterusnya, apabila persediaan rapi telah dilakukan, seorang perucap perlu pandai
memainkan peranan untuk menarik minat pendengar mengikuti ucapannya sehingga ke penutup.
Oleh itu, pembuka bicara perlu menepati kehendak pendengar. Pembuka bicara merupakan
permulaan yang akan menunjukkan samada persembahan seseorang itu akan menjadi menarik
ataupun tidak. Sebagai contoh, Datuk Dr Fadzilah Kamsah sentiasa memulakan program bual
bicaranya (Selami Jiwa) dengan pembuka bicara yang sangat menarik. Ini menunjukkan bahasa
beliau telah bersedia lebih awal untuk berhadapan dengan khayalak ramai serta pandai menarik
minat pendengar untuk mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya sehingga ke akhir
rancangannya.

       Pembuka bicara yang sangat menarik dapat menarik minat pendengar untuk mendengar
topik yang disampaikan meskipun ianya berbentuk fakta. Dalam pembuka bicara perlulah ada
elemen – elemen seperti memperkenalkan diri kepada pendengar supaya mereka mengenali
pengucap dengan lebih dekat. Serba sedikit maklumat mengenai diri juga perlu dinyatakan
kepada pendengar. Seterusnya, perucap perlu menyatakan tajuk yang ingin disampaikan supaya
pendengar dapat mengikuti dan memahami mesej yang disampaikan sehingga penutup.
Kemudian, barulah dimasukkan salutasi, isi ucapan, rumusan dan akhir sekali penutup. Rumusan
amat diperlukan bagi melengkapkan hujah- hujah yang masih lemah serta meninggalkan
tanggapan yang positif terhadap perkara – perkara utama agar audien dapat bertindak balas
terhadap hujah –hujah utama ucapan tersebut. Bagi penutup bicara, perucap boleh tutupkan
dengan kesimpulan yang ringkas dan kemudian menamatkan dan menangguhkan ucapan dengan
salam dan ucapan terima kasih.

       2.9 Menselitkan Unsur Jenaka
Pengucapan yang berkesan akan menjadi lebih menarik sekiranya perucap pandai
menyelitkan unsur jenaka sebagai pemanis dalam mesej yang disampaikan. Jenaka yang dibuat
perlulah berkaitan dengan tajuk supaya tidak lari dari tujuan dan objektif mesej. Perucap perlu
mengelakkan diri dari membuat jenaka yang menyentuh kehidupan peribadi seseorang,
sensitiviti agama, kaum dan budaya tertentu. Jenaka yang dibuat perlu menampakkan
kematangan dalam diri perucap dan sesuai dengan penerimaan audien.

       2.10 Penerimaan Maklumbalas dari Audien

       Pengucapan awam yang berkesan dapat dinilai sekiranya mendapat respon dan maklum
balas dari audien. Perucap yang bijak pandai bertindakbalas pada maklumbalas dari pendengar
serta memberi penerangan yang jelas dan tepat. Sekiranya ingin mendapat respon dari audien,
perucap boleh meminta maklumbalas dari audien ataupun mengulang penerangan supaya
mendapat maklumbalas supaya terjadi komunikasi dua hala antara perucap dan pendengar.

       2.11 Penggunaan Alat Bantu Tampak (ABT) dalam Persembahan

       Alat bantu tampak (ABT) adalah apa sahaja alat yang boleh dilihat oleh audien untuk
membantu perucap menyampaikan mesej kepada audien. ABT membantu perucap untuk
menyampaikan mesej dengan lebih jelas. Namun, perlu diingatkan oleh perucap bahawa bahan
atau alat yang digunakan itu perlulah bersesuaian dengan tajuk dan juga audien. Jenis – jenis
ABT terdiri daripada gambar- gambar (foto/lukisan), papan hitam/papan putih, filem, audio
(perakam pita dan rekod), maklumat edaran bertulis, pita video, graf, carta/gambar rajah, model
dan sebagainya. Perucap perlu memastikan ABT yang digunakan benar- benar membantu
perucap sebagai bahan tambahan dan membantu menyokong hujah- hujah utama dalam ucapan.
Penggunaan ABT boleh menjimatkan masa, menjelaskan perkara – perkara yang kompleks dan
membantu mengekalkan minat audien.

       2.12 Bahasa

       Bahasa adalah alat perutusan atau penyampaian mesej sama ada yang berbentuk konsep,
idea, teori atau digunakan untuk memberi dan mendapatkan maklumat dan sebagainya bagi
mempengaruhi fikiran serta tindakan audien sasaran. Bahasa yang digunakan oleh perucap
perlulah jelas, dinyatakan dengan mudah, terang dan tidak mengelirukan. Bahasa yang jelas
dapat memperjelaskan maklumat dengan lebih tepat. Setiap hujah perlulah dihuraikan
maksudnya bagi mengelak kekeliruandan ketidakfahaman khususnya konsep – konsep yang
diterapkan dalam teks ucapan.




PENUTUP

       Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari oleh semua orang
dan menjadi laluan untuk mencapai kejayaan. Perucap yang cemerlang merupakan perucap yang
sentiasa berusaha untuk menyampaikan ucapannya dengan baik dan berkesan tanpa mengira
audien dan suasana. Ini memberi gambaran bahawa perucap yang bijak dapat menggunakan
segala keperluan dengan baik dan menghasilkan pengucapan awan yang terbaik. Oleh yang
demikian, persediaan yang rapi amat diperlukan bagi memastikan penyampaian menepati
objektif dan memberi kepuasan kepada audien.

       Selain itu, ia bukan saja membantu meningkatkan jati diri serta sifat kepimpinan seorang
perucap malahan dapat meningkatkan keyakinan diri perucap untuk berhadapan dengan khalayak
ramai. Justeru itu, pengucapan awam yang berkesan dapat diperolehi sekiranya mesej yang
disampaikan diterima baik oleh audien, dan audien menerima mesej yang tepat dan betul
(berlaku perkongsian maklumat).
REFERENCES

  1. Suprawoto         (2009)      Pembelajaran         berbicara.       Retrieved     from
     http://www.slideshare.net/NASuprawoto/pembelajaran-berbicara

  2. Irfan    Khairi     (2011)    Kurangkan      perasaan       malu.     Retrieved   from
     http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/kurangkan-perasaan-malu/

  3. Makalah mencontek isi. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/23699777/makalah-
     mencontek-isi

  4. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari.
     Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

  5. Abdul Mu’ati@Zamri Ahmad, 2000. Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur:
     Dewan Bahasa dan Pustaka.

  6. Arshad Md. Ghaus, 2003. Teknik Pengucapan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan
     Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Contenu connexe

Tendances

Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisanJenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisanamirah aisyah
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuElemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuPANTHERSpeFITNESS
 
Teknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan AwamTeknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan Awamaimm reka
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAAFIFAH ABIDIN
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Kee-Man Chuah
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
K komunikasi
K komunikasiK komunikasi
K komunikasibadriah92
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN
MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISANMPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN
MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISANZulhana Zulkifle
 

Tendances (20)

Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisanJenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayuElemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
Elemen - elemen komunikasi dalam bahasa melayu
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Teknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan AwamTeknik Pengucapan Awam
Teknik Pengucapan Awam
 
Asas Komunikasi
Asas KomunikasiAsas Komunikasi
Asas Komunikasi
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
K komunikasi
K komunikasiK komunikasi
K komunikasi
 
P strategi kesantunan
P strategi kesantunanP strategi kesantunan
P strategi kesantunan
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN
MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISANMPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN
MPU 12121: Bab 5 KOMUNIKASI LISAN
 

Similaire à Pengucapan awam

Komunikasi Efektif
Komunikasi EfektifKomunikasi Efektif
Komunikasi Efektifpjj_kemenkes
 
Tugas Resume Teknik Presentasi dan Negosiasi
Tugas Resume Teknik Presentasi dan Negosiasi Tugas Resume Teknik Presentasi dan Negosiasi
Tugas Resume Teknik Presentasi dan Negosiasi eddy sanusi silitonga
 
komunikasi_efektif.pdf
komunikasi_efektif.pdfkomunikasi_efektif.pdf
komunikasi_efektif.pdfParakangPoppo
 
Komunikasi dalam pengurusan
Komunikasi dalam pengurusanKomunikasi dalam pengurusan
Komunikasi dalam pengurusanrabiatulnazari
 
Komunikasi Efektif
Komunikasi EfektifKomunikasi Efektif
Komunikasi Efektifpjj_kemenkes
 
Program IHT - Pelatihan Public Speaking Umum (two days)
Program IHT -  Pelatihan Public Speaking Umum (two days)Program IHT -  Pelatihan Public Speaking Umum (two days)
Program IHT - Pelatihan Public Speaking Umum (two days)Faiz Hayaza'
 
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptxWEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptxEwei Voon
 
Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)
Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)
Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)qamaraniSA
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingrosdimahiza
 
Manajemen wacana publik-Yeremia Prawiro Mozart Runtu
Manajemen wacana publik-Yeremia Prawiro Mozart RuntuManajemen wacana publik-Yeremia Prawiro Mozart Runtu
Manajemen wacana publik-Yeremia Prawiro Mozart RuntuYeremiapmr
 
Resensi buku bil 5 mohd noh
Resensi buku bil 5 mohd nohResensi buku bil 5 mohd noh
Resensi buku bil 5 mohd nohkarlz016
 
TUGAS KELOMPOK 2 KHALAYAK AUDIENS DASKOM KELAS A THP.pptx
TUGAS KELOMPOK 2 KHALAYAK  AUDIENS DASKOM KELAS A THP.pptxTUGAS KELOMPOK 2 KHALAYAK  AUDIENS DASKOM KELAS A THP.pptx
TUGAS KELOMPOK 2 KHALAYAK AUDIENS DASKOM KELAS A THP.pptxMuhamadLutfifahkrezi1
 
Konsep Dasar KIP/K
Konsep Dasar KIP/K Konsep Dasar KIP/K
Konsep Dasar KIP/K pjj_kemenkes
 

Similaire à Pengucapan awam (20)

Modul 1 _ KONSEP DASAR PUBLIC SPEAKING.pdf
Modul 1 _ KONSEP DASAR PUBLIC SPEAKING.pdfModul 1 _ KONSEP DASAR PUBLIC SPEAKING.pdf
Modul 1 _ KONSEP DASAR PUBLIC SPEAKING.pdf
 
Komunikasi Efektif
Komunikasi EfektifKomunikasi Efektif
Komunikasi Efektif
 
Tugas Resume Teknik Presentasi dan Negosiasi
Tugas Resume Teknik Presentasi dan Negosiasi Tugas Resume Teknik Presentasi dan Negosiasi
Tugas Resume Teknik Presentasi dan Negosiasi
 
komunikasi_efektif.pdf
komunikasi_efektif.pdfkomunikasi_efektif.pdf
komunikasi_efektif.pdf
 
public speaking .pdf
public speaking .pdfpublic speaking .pdf
public speaking .pdf
 
Komunikasi dalam pengurusan
Komunikasi dalam pengurusanKomunikasi dalam pengurusan
Komunikasi dalam pengurusan
 
Komunikasi Efektif
Komunikasi EfektifKomunikasi Efektif
Komunikasi Efektif
 
Program IHT - Pelatihan Public Speaking Umum (two days)
Program IHT -  Pelatihan Public Speaking Umum (two days)Program IHT -  Pelatihan Public Speaking Umum (two days)
Program IHT - Pelatihan Public Speaking Umum (two days)
 
Makalah tentang Pidato
Makalah tentang PidatoMakalah tentang Pidato
Makalah tentang Pidato
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptxWEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
 
Makalah presentasi
Makalah presentasiMakalah presentasi
Makalah presentasi
 
Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)
Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)
Komunikasi lisan (Komunikasi Bisnis)
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
 
Menyimak
MenyimakMenyimak
Menyimak
 
Makalah pidato
Makalah pidatoMakalah pidato
Makalah pidato
 
Manajemen wacana publik-Yeremia Prawiro Mozart Runtu
Manajemen wacana publik-Yeremia Prawiro Mozart RuntuManajemen wacana publik-Yeremia Prawiro Mozart Runtu
Manajemen wacana publik-Yeremia Prawiro Mozart Runtu
 
Resensi buku bil 5 mohd noh
Resensi buku bil 5 mohd nohResensi buku bil 5 mohd noh
Resensi buku bil 5 mohd noh
 
TUGAS KELOMPOK 2 KHALAYAK AUDIENS DASKOM KELAS A THP.pptx
TUGAS KELOMPOK 2 KHALAYAK  AUDIENS DASKOM KELAS A THP.pptxTUGAS KELOMPOK 2 KHALAYAK  AUDIENS DASKOM KELAS A THP.pptx
TUGAS KELOMPOK 2 KHALAYAK AUDIENS DASKOM KELAS A THP.pptx
 
Konsep Dasar KIP/K
Konsep Dasar KIP/K Konsep Dasar KIP/K
Konsep Dasar KIP/K
 

Plus de KPM- ex KPLI students

contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"KPM- ex KPLI students
 
Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011
Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011
Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011KPM- ex KPLI students
 
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunasDasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunasKPM- ex KPLI students
 

Plus de KPM- ex KPLI students (6)

contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"contoh olahan karya novel "Tok Guru"
contoh olahan karya novel "Tok Guru"
 
Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011
Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011
Action song rules, guidelines & adjudication forms 30 nov 2011
 
Buku log pandu puteri tunas
Buku log pandu puteri tunasBuku log pandu puteri tunas
Buku log pandu puteri tunas
 
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunasDasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
Dasar Pertubuhan dan Undang-undang pandu puteri tunas
 
Program pandu puteri tunas
Program pandu puteri tunasProgram pandu puteri tunas
Program pandu puteri tunas
 
Penggabungjalinan (1)
Penggabungjalinan (1)Penggabungjalinan (1)
Penggabungjalinan (1)
 

Pengucapan awam

  • 1. PENDAHULUAN Pengucapan Awam ialah satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinan masyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang. Seseorang itu perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi sesuatu keadaan dan sentiasa bersikap optimis kerana sikap yang gemuruh boleh memberi kesan yang tidak baik kepada perucap (speaker). Pengucapan awam terdiri daripada empat jenis ucapan iaitu ucapan spontan, ucapan ekstemporanas, ucapan manuskrip dan ucapan hafalan. Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi maksud perbuatan menghantar matklumat; dan proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu secara lisan dan bukan lisan. Komunikasi bukan lisan terdiri daripada bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan. Pengucapan awam pula boleh didefinisikan sebagai pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh perucap). Pengucapan umum menggunakan komunikasi vebal dan bukan verbal (Abdul Mua’ti Ahmad, 2000). Kemahiran berkomunikasi bukanlah suatu yang diperolehi secara semulajadi tetapi setiap orang perlu berusaha untuk memajukan diri dalam bidang pengucapan awam. Semua orang boleh menjadi perucap yang baik seandainya dia sentiasa bersedia setiap kali perlu berhadapan dengan individu yang lain samada semasa sesi temuduga, memberi ceramah, membuat pembentangan dan sebagainya. Bagi pelajar/mahasiswa Melayu, terdapat beberapa isu yang memberi gambaran bahawa mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan individu yang lain. 8 / 10 Mahasiswa Melayu yang ditemuduga gagal berkomunikasi dengan baik (Berita Harian, Jumaat 13 Jun 2003). Kerana itu pelbagai usaha dilakukan sebagai contoh Resolusi Utama Seminar Mahasiswa MPP IPTA Kebangsaan 2003 / 2004 yang berbunyi “ bersetuju
  • 2. memperlengkapkan diri dengan persaingan dalam pekerjaan terutama penguasaan B. Inggeris, berkomunikasi dan bersosial.” (Berita Harian, Jumaat, 13 Jun 2003) Pengucapan awam juga merujuk kepada sikap dan personaliti seorang pemimpin dimana seorang pemimpin perlu sentiasa yakin dan percaya dengan diri sendiri. Seseorang yang mempunyai kepimpinan dalam diri perlu yakin dengan apa yang difikirkan, yakin dengan apa yang ingin diucapkan, dan yakin dengan apa yang akan dilakukan. Barulah apa yang dilahirkan dan dizahirkan itu diterima baik oleh pendengar. Tujuan ucapan adalah untuk memberi maklumat kepada pendengar mengenai sesuatu perkara dan isu serta juga boleh dilakukan secara syarahan umum. Selain itu, ia juga bertujuan memujuk dan mempengaruhi pendengar mengenai sesuatu isu atau untuk memastikan apa yang disampaikan diterima oleh pendengar. Selain itu, ucapan juga betujuan untuk menghiburkan pendengar ketika menyampaikan sesuatu maklumat dan informasi serta digunakan untuk bertukar – tukar pandangan. Ucapan tidak hanya merujuk kepada pemberian maklumat kepada satu pihak sahaja tetapi boleh juga terjadi dalam bentuk komunikasi dua hala dimana perucap dan pendengar saling bertukar pendapat. Oleh itu, pelbagai cara dan tips yang perlu dilakukan bagi seorang perucap untuk memastikan individu itu dapat menghasilkan sebuah pengucapan awam yang berkesan. Pengucapan awam yang berkesan terjadi apabila pendengar menerima maklumat yang sama diberikan oleh perucap dan mengelakkan terjadinya salah faham dalam maklumat yang disampaikan dan semasa maklumat itu diterima oleh pendengar.
  • 3. 2.0 TEKNIK MENGHASILKAN PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN Lima elemen asas dalam pengucapan awam iaitu “Who is saying ‘what’ to ‘whom’ using ‘what’ medium with ‘what’ effects”. Lima elemen ini amat penting dalam asas pengucapan awam bagi memastikan perucap tidak lari dari tujuannya serta dapat menyampaikan maklumat kepada pendengar dengan berkesan. 2.1 Menangani Perasaan Gugup Bagi melahirkan sebuah pengucapan yang efektif, seseorang itu perlu menangani rasa gugup dalam dirinya. Rasa gugup merupakan punca seseorang itu tidak dapat membuat penyampaian dengan baik. Perucap perlu mengawal rasa gementar dengan berucap terus dan tidak berhenti kerana rasa gugup. Apabila gugup hadir, perucap tidak perlu meminta maaf kepada pendengar kerana itu membuatkan perucap lebih gugup dan kehilangan idea untuk berucap dan sekaligus menampakkan kelemahan dalam dirinya. “Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contohnya, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan.” (Irfan Khairi, 6 Sept. 2006) 2.2 Mengumpul Idea dan Maklumat Sebelum membuat pengucapan, seseorang itu perlulah mengumpul idea dan maklumat bagi memastikan ucapannya lebih sistematik dan teratur. Persediaan awal dengan mencari maklumat tambahan mengenai sesuatu perkara yang akan disampaikan dapat membantu perucap untuk memperuntukkan masa yang diberikan dengan lebih bermanfaat dan tidak termangu – mangu kehabisan idea sekiranya masa yang diperuntukkan adalah lebih lama dari jangkaan perucap. Selain itu, ini juga memberi persediaan yang cukup kepada perucap untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul secara tiba – tiba dan memerlukan penjelasan atau idea dari perucap. Oleh itu, ini amat penting untuk elak perucap dari menjadi lebih gugup serta kebingungan untuk menyuarakan idea. Maklumat yang tidak begitu diketahui oleh pendengar akan meningkatkan kredebiliti perucap dan pendengar akan berasa kagum dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh perucap.
  • 4. 2.3 Menyusun Bahan - bahan Bahan – bahan yang telah dikumpul perlu disusun dengan teratur dan sistematik bagi mengelakkan kekeliruan semasa penyampaian. Susun atur bahan yang tidak sistematik dan berhubungkait tidak dapat memberi impak dan kesan yang mendalam kepada pendengar. Malahan, ini akan menimbulkan rasa bosan dengan cepat kerana maklumat yang disampaikan tidak dapat diterima baik. Susunan bahan yang baik adalah dengan mengikut sekuen, mengikut kategori, mempunyai masalah dan penyelesaiannya serta mempunyai kontra dan perbandingan. Sebarang masalah yang tidak diberi penjelasan dan penyelesaian akan membuatkan pendengar menjadi keliru dengan isi – isi ucapan yang seterusnya kerana mesej yang disampaikan tidak dapat dihubungkaitkan oleh mereka dengan tepat dan teratur. Oleh itu, akan timbul jurang antara satu isi dengan isi yang seterusnya. Oleh yang demikian, perucap perlu peka dan sentiasa memastikan perhatian pendengar tidak terjejas. 2.4 Menganalisa Audien (pendengar) Untuk memastikan perucap tidak membuat kesilapan, perucap juga perlu menganalisa audiens. Ini amat penting kerana maklumat yang disampaikan perlu bersesuaian dengan penerimaan audiens. Sebagai contoh, seorang perucap yang perlu memberi ceramah motivasi kepada golongan pelajar adalah berbeza dengan memberi ceramah motivasi kepada golongan dewasa. Oleh itu, menganalisa audiens terlebih dahulu adalah amat penting bagi memastikan pendengar menerima mesej yang disampaikan dengan baik. Perucap juga perlu menganalisa taraf hidup, pekerjaan, taraf pendidikan dan sosio ekonomi audiens tersebut agar teks ucapan yang disediakan menepati kehendak dan keperluan audiens. Mengenali audien memberi kelebihan kepada perucap kerana perucap tidak akan melakukan sesuatu tindakan yang diluar jangkaan kerana ia dapat menentukan strategi pendekatan dengan kaedah yang sesuai dan dapat menyesuaikan diri dengan status serta tahap audien. Kerana itu, pengetahuan dan analisis mengenai taraf pendidikan, status sosial, kumpulan umur, etnik, agama, pekerjaan serta apa yang penting bagi mereka untuk mengetahui sejauh mana mengenai maklumat yang akan disampaikan amat penting kepada perucap.
  • 5. 2.5 Mesej yang Jelas Sebagaimana yang diketahui, mesej adalah maklumat yang disampaikan oleh perucap. Mesej yang disampaikan akan berjaya sekiranya perucap memilih tajuk yang sesuai, perkataan serta bahasa yang tepat iaitu memenuhi keperluan audien (pendengar), dapat memberikan contoh yang sesuai, susunan mesej yang disampaikan adalah jelas dan tepat serta dapat menyampaikan mesej tersebut dengan gaya yang sesuai dimana tidak menyentuh sensiviti audien. 2.6 Melakukan Latihan Pengucapan Seseorang itu tidak dilahirkan semulajadi sebagai seorang perucap yang baik. Semua ini memerlukan latihan yang berterusan bagi memastikan dia bersedia menghadapi kelompok individu tersebut. oleh itu, latihan pengucapan amat perlu untuk mengelak seseorang itu daripada kecuaian dan kegagalan mengekspresikan idea dan pendapat kepada pendengar dengan baik. Setelah itu, apabila penyediaan telah dibuat, barulah perucap mampu membuat ucapan dengan berkesan dan teratur. Latihan perlu dilakukan sekurang – kurangnya tiga kali sebelum pengucapan yang sebenar. Latihan yang pertama dan kedua adalah bertujuan untuk memperkemaskan teks dan stail yang ingin digunakan, menambah bahan – bahan yang baru sekiranya dirasakan isi yang ingin diutarakan kelak tidak begitu mencukupi dan untuk membiasakan diri dengan alat persembahan seperti powerpoint. Akhir sekali, latihan yang ketiga adalah latihan yang terakhir (rehearsal) sebelum pengucapan yang sebenar. Latihan yang mencukupi membantu perucap untuk lebih bersedia. 2.7 Penampilan Diri Penampilan diri memainkan peranan yang penting bagi seseorang perucap untuk menghasilkan pengucapan yang berkesan kerana ini memberi impak kepada personaliti perucap ketika berada di kalangan sekumpulan pendengar. Mehribian (1971), menyatakan bahawa penampilan diri merangkumi gaya atau ‘bahasa bukan lisan’ dan merupakan salah satu elemen penting dalam pengucapan awam. Bentuk penampilan diri temasuklah: 1. Kelakuan tangan
  • 6. 2. Kelakuan badan yang semula jadi 3. Mimik muka atau air muka 4. Temuan mata 5. Penggunaan ruang 6. Suara yang jelas 7. Kelancaran sebutan 8. Pakaian 9. Aksesori atau kosmetik 2.7.1 Pergerakan tangan, jari dan badan Pendengar dapat menilai perucap dengan cepat melalui bahasa tubuh yang dipamerkan. Pergerakan tubuh badan terdiri daripada menggaru kepala, melangu, membuat mimik muka, kontek mata, tangan, jari dan bahu, serta gaya berdiri dan berjalan. Sebagai contoh, perucap yang gementar akan mudah menggarukan kepala dan menggeletar apabila memegang teks ucapan. Ini menampakkan sifat kurang keyakinan diri dalam diri perucap. Perucap perlu mengelakkan diri dari berpeluk tubuh, memasukkan tangan kedalam poket dan meramas – ramas tangan kerana boleh menampakkan rasa gemuruh serta ketidakyakinan. Oleh itu, permainan bahasa tubuh badan amat penting untuk dijaga dan dikawal seminima yang mungkin. Pendengar akan menilai kredebiliti seorang perucap melalui ucapannya dan juga pergerakan tubuh badannya. 2.7.2 Mimik Muka Mimik muka memainkan peranan yang penting kerana pendengar akan memandang tepat kepada wajah perucap dan memerhatikan setiap gerak geri perucap. Sekiranya perucap berasa gemuruh, wajahnya akan menampakkan kerisauan dan nampak berpeluh meskipun berada didalam bilik yang berhawa dingin. Oleh itu, perucap perlu bersikap tenang ketika berhadapan dengan khalayak ramai. 2.7.3 Temuan Mata
  • 7. Mata memancarkan seribu makna kepada audien kerana itu perucap perlu memastikan mata mempamerkan keyakinan diri. Perucap perlu mengelak daripada memandang ke atas siling atau kebawah kerana mata perucap menjadi tumpuan kepada audien dan audien akan lebih terasa dihargai sekiranya perucap tidak mengalih pandangan ke arah lain semasa menyampaikan mesej. Dalam perhimpunan khalayak yang ramai, hubungan mata perlu fokuskan titik penglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan, pada bahagian tengah dan kemudian pada khalayak yang berada di penjuru sebelah kanan, diikuti khalayak penjuru kanan di belakang, khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di bahagian tengah. Cara ini membolehkan 'kuasa pandangan mata 'mengikat' khalayak untuk mendengar dan melihat pengucap dengan penuh minat. 2.7.4 Penggunaan Ruang Penggunaan ruang amat penting sekiranya melibatkan ruang yang luas dan kehadiran audien yang ramai. Perucap perlu bijak menggunakan ruang dengan sebaik mungkin supaya kehadiran audien tidak hanya tertumpu pada suatu kawasan sahaja. Sebagai contoh, perucap yang menyampaikan motivasi kepada audien akan menggunakan keseluruhan ruang yang melibatkan semua audien. 2.7.5 Suara yang Jelas dan Kelancaran Sebutan Perucap perlu memastikan suara yang digunakan adalah jelas dan teratur. Sebutan yang tersekat – sekat menampakkan kecacatan dan membuatkan audien cepat berasa bosan. Nada suara juga perlu dipelbagaikan dan menepati untuk tiap –tiap isi yang disampaikan. Perucap tidak perlu menjerit dan bersuara halus sebaliknya hanya perlu melantangkan suara dan pandai bermain dengan intonasi suara supaya audien tidak rasa mengantuk dengan nada suara yang mendatar sahaja. 2.7.6 Pakaian, Aksesori dan Kosmetik Pakaian yang dipakai perlulah bersesuaian dan tidak menjolok mata. Apabila berhadapan dengan audien, pakaian formal adalah lebih sesuai kerana menampilkan kredebiliti perucap dan akan timbul rasa hormat serta kagum audien kepada perucap. Contohnya, perucap yang memakai kot beserta tali leher lebih nampak berkeyakinan berbanding perucap yang memakai seluar dan
  • 8. kemeja sahaja. Bagi perucap wanita, perlulah dielakkan pemakaian aksesori yang terlalu banyak ditubuh dan make-up yang tebal. Pemakaian yang terlalu sarat mengganggu konsentrasi audien kepada isi ucapan. 2.8 Pembuka Bicara yang Menarik Seterusnya, apabila persediaan rapi telah dilakukan, seorang perucap perlu pandai memainkan peranan untuk menarik minat pendengar mengikuti ucapannya sehingga ke penutup. Oleh itu, pembuka bicara perlu menepati kehendak pendengar. Pembuka bicara merupakan permulaan yang akan menunjukkan samada persembahan seseorang itu akan menjadi menarik ataupun tidak. Sebagai contoh, Datuk Dr Fadzilah Kamsah sentiasa memulakan program bual bicaranya (Selami Jiwa) dengan pembuka bicara yang sangat menarik. Ini menunjukkan bahasa beliau telah bersedia lebih awal untuk berhadapan dengan khayalak ramai serta pandai menarik minat pendengar untuk mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya sehingga ke akhir rancangannya. Pembuka bicara yang sangat menarik dapat menarik minat pendengar untuk mendengar topik yang disampaikan meskipun ianya berbentuk fakta. Dalam pembuka bicara perlulah ada elemen – elemen seperti memperkenalkan diri kepada pendengar supaya mereka mengenali pengucap dengan lebih dekat. Serba sedikit maklumat mengenai diri juga perlu dinyatakan kepada pendengar. Seterusnya, perucap perlu menyatakan tajuk yang ingin disampaikan supaya pendengar dapat mengikuti dan memahami mesej yang disampaikan sehingga penutup. Kemudian, barulah dimasukkan salutasi, isi ucapan, rumusan dan akhir sekali penutup. Rumusan amat diperlukan bagi melengkapkan hujah- hujah yang masih lemah serta meninggalkan tanggapan yang positif terhadap perkara – perkara utama agar audien dapat bertindak balas terhadap hujah –hujah utama ucapan tersebut. Bagi penutup bicara, perucap boleh tutupkan dengan kesimpulan yang ringkas dan kemudian menamatkan dan menangguhkan ucapan dengan salam dan ucapan terima kasih. 2.9 Menselitkan Unsur Jenaka
  • 9. Pengucapan yang berkesan akan menjadi lebih menarik sekiranya perucap pandai menyelitkan unsur jenaka sebagai pemanis dalam mesej yang disampaikan. Jenaka yang dibuat perlulah berkaitan dengan tajuk supaya tidak lari dari tujuan dan objektif mesej. Perucap perlu mengelakkan diri dari membuat jenaka yang menyentuh kehidupan peribadi seseorang, sensitiviti agama, kaum dan budaya tertentu. Jenaka yang dibuat perlu menampakkan kematangan dalam diri perucap dan sesuai dengan penerimaan audien. 2.10 Penerimaan Maklumbalas dari Audien Pengucapan awam yang berkesan dapat dinilai sekiranya mendapat respon dan maklum balas dari audien. Perucap yang bijak pandai bertindakbalas pada maklumbalas dari pendengar serta memberi penerangan yang jelas dan tepat. Sekiranya ingin mendapat respon dari audien, perucap boleh meminta maklumbalas dari audien ataupun mengulang penerangan supaya mendapat maklumbalas supaya terjadi komunikasi dua hala antara perucap dan pendengar. 2.11 Penggunaan Alat Bantu Tampak (ABT) dalam Persembahan Alat bantu tampak (ABT) adalah apa sahaja alat yang boleh dilihat oleh audien untuk membantu perucap menyampaikan mesej kepada audien. ABT membantu perucap untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas. Namun, perlu diingatkan oleh perucap bahawa bahan atau alat yang digunakan itu perlulah bersesuaian dengan tajuk dan juga audien. Jenis – jenis ABT terdiri daripada gambar- gambar (foto/lukisan), papan hitam/papan putih, filem, audio (perakam pita dan rekod), maklumat edaran bertulis, pita video, graf, carta/gambar rajah, model dan sebagainya. Perucap perlu memastikan ABT yang digunakan benar- benar membantu perucap sebagai bahan tambahan dan membantu menyokong hujah- hujah utama dalam ucapan. Penggunaan ABT boleh menjimatkan masa, menjelaskan perkara – perkara yang kompleks dan membantu mengekalkan minat audien. 2.12 Bahasa Bahasa adalah alat perutusan atau penyampaian mesej sama ada yang berbentuk konsep, idea, teori atau digunakan untuk memberi dan mendapatkan maklumat dan sebagainya bagi mempengaruhi fikiran serta tindakan audien sasaran. Bahasa yang digunakan oleh perucap perlulah jelas, dinyatakan dengan mudah, terang dan tidak mengelirukan. Bahasa yang jelas
  • 10. dapat memperjelaskan maklumat dengan lebih tepat. Setiap hujah perlulah dihuraikan maksudnya bagi mengelak kekeliruandan ketidakfahaman khususnya konsep – konsep yang diterapkan dalam teks ucapan. PENUTUP Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari oleh semua orang dan menjadi laluan untuk mencapai kejayaan. Perucap yang cemerlang merupakan perucap yang sentiasa berusaha untuk menyampaikan ucapannya dengan baik dan berkesan tanpa mengira audien dan suasana. Ini memberi gambaran bahawa perucap yang bijak dapat menggunakan segala keperluan dengan baik dan menghasilkan pengucapan awan yang terbaik. Oleh yang demikian, persediaan yang rapi amat diperlukan bagi memastikan penyampaian menepati objektif dan memberi kepuasan kepada audien. Selain itu, ia bukan saja membantu meningkatkan jati diri serta sifat kepimpinan seorang perucap malahan dapat meningkatkan keyakinan diri perucap untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Justeru itu, pengucapan awam yang berkesan dapat diperolehi sekiranya mesej yang disampaikan diterima baik oleh audien, dan audien menerima mesej yang tepat dan betul (berlaku perkongsian maklumat).
  • 11. REFERENCES 1. Suprawoto (2009) Pembelajaran berbicara. Retrieved from http://www.slideshare.net/NASuprawoto/pembelajaran-berbicara 2. Irfan Khairi (2011) Kurangkan perasaan malu. Retrieved from http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/kurangkan-perasaan-malu/ 3. Makalah mencontek isi. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/23699777/makalah- mencontek-isi 4. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. 5. Abdul Mu’ati@Zamri Ahmad, 2000. Panduan Pengucapan Awam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Arshad Md. Ghaus, 2003. Teknik Pengucapan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.