SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  19
ah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni
Disekola
Ratings: (0)|Views: 2,394|Likes: 24
Published by jiraiya
See More
http://www.scribd.com/doc/28409496/Masalah-Pengajaran-Dan-PembelajaranPendidikan-Seni-Disekola
MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI DISEKOLAHTajuk :
MASALAH INFRASTRUKTUR DAN PERALATAN TIDAK MENCUKUPI DI DALAM
BENGKELSENI.
1.0pengenalan
Pendidikan seni adalah program pendidikan yang mempunyai system yang
bersistem,terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi
keperluan individu. Keperluan ini dapatdiperoleh melalui aktiviti yang melibatkan seni ini
melibatkan pengetahuan dan kemahiranmengenai proses, teknik dan media serta
pembentukan nilai.Feldman (1996) memberikan definisi pendidikan seni sebagai usaha
yang melibatkanpengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni,
disamping mengetahui mengenaidunia kita dan mengenai diri kita melalui pendidikan
seni. Seni yang dimaksudkan ialahkegiatan yang melibatkan catan, arca, seni bina,
kraf, rekabentuk industry, fotografi, filem,telivisyen dan sebagainya. Pendidikan seni
merangkumi segala aspek dan terdapat pelbagaikaedah dalam menghasilkan
seni,Herbert Read dan Victor berpendapat pendidikan seni seharusnya berasaskan
aspekpsikologi seharusnya melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam
melahirkan perasaandiri. Dalam konteks dimensi psikologi pendidikan seni,
guru dianggap sebagai pendidik dansekaligus membuat justifikasi pada diri mereka
dalam mengajar pendidikan seni disekolah.
1

2.0 KEGIATAN DALAM BILIK DARJAH DAN KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH.
Kegiatan pendidikan seni boleh dilakukan samaada didalam bilik darjah ataupun diluar
bilikdarjah. Semasa di dalam kelas biasanya guru menyampaikan pelajaran secara teori
ataupunpembelajaran secara formal atau lisan. Semasa proses pembelajaran ini
guru akanmemberikan fakta-fakta yang berkaitan dengan pengajaran pendidikan
seni.Didalam bilik darjah segala objektif pembelajaran pada hari itu telah ditetapkan dan
aktivitiagak terbatas kerana seni memerlukan ruang yang besar dan persekitaran bilik
darjah yangsempit membataskan pergerakan pelajar. Kegiatan yang dapat dilakukan
didalam bilik darjahialah seperti perperiksaan, mencatat nota dan melakar.Manakala
kegiatan diluar bilik darjah lebih kepada aktiviti bebas, ini bermaksud murid-muridtidak
terikat dengan masa, pakaian dan pergerakan. Contohnya seperti aktiviti
berpesatuanseperti persatuan atau kelab pendidikan seni seperti membuat mural pada
dinding, arca,membuat seni taman dan sebagainya. Pelajar diberi peluang secukupnya
bagi menjalankanaktiviti yang telah dirancang mereka.
2

4.0 MASALAH YANG DIHADAPI GURU.
Seperti yang kita ketahui pendidikan seni ialah matapelajaran yang memerlukan
pelbagaiperalatan atau kemudahan yang khusus dalam setiap proses pengajaran dan
pembelajaranpendididkan seni. Tidak seperti matapelajaran yang hanya
melakukan proses pembelajarandan pengajaran secara lisan dan teori seni lebih
kepada aspek kemahiran dan ini memerlukanbeberapa peralatan dan ruang untuk
menghasilkan sesuatu projek seni ataupun karya seni inimenyukarkan guru jika
tiadanya kemudahan dan keperluan ini proses pengajaran danpembelajaran tidak dapat
dijalankan dengan sempurna.
4.1 PERSEKITARAN TIDAK MEMUASKAN.
Dalam proses pembelajaran dan pengajaran bengkel seni merupakan nadi utama
dalammengerakkan seni di sesebuah sekolah. Namun begitu persekitaran tempat
belajar mempengaruhi suasana di dalam bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan cantik
melahirkanmood untuk belajar dan tidak membuatkan pelajar berasa bosan apabila
proses pembelajaransedang dijalankan.keadaan bilik darjah yang tidak kemas dan
teratur menyebabkan pelajar tidak minat untukbelajar dan akan membuat masaalah
didalam kelas ini akan mengganggu guru dan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.
3PERSEKITARAN DI DALAMBENGKEL SENIMEMPENGARUHI SUASANASEMASA
PROSES PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN KERANAKEADAAN STUDIO YANG
CERIADAPAT MEMBANKITKA NSUASANA KETIKA PROSES

Activity (26)
Filters

4.2 PERALATAN TIDAK MENCUKUPI.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni peralatan
memainkanperanan yang penting kerana di dalam matapelajajaran pendidikan seni
terdapat beberapaperalatan yang penting untuk menghasilkan hasil seni tanpa
peralatan yang cukup ini menjadimasaalah semasa aktiviti pengajaran sedang
dijalankan peralatan seperti kertas lukisan, warna,akkrilik, palet sangat penting. Dan
peralatan seni adalah mahal dan tidak mampu dimilikipelajar, peralatan yang terhad
menyebabkan sesuatu projek seni akan terbantut dan tidak dapatdisiapkan dalam masa
yang di tetapkan.
4PERALATAN DI DALAMBENGKEL SENI MERUPAKANSESUATU YANG
AMATPENTING DALAM PROSESPENGAJARAN KERANA TANPA PERALATAN
YANGSESUAI PROSESPEMBELAJARAN TIDAK DAPAT DIJALANKANDENGAN
SEMPURNA.
4.3 PERALATAN ROSAK DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.
Diantara masalah terbesar yang di hadapi guru ialah masalah peralatan yang sedia
adarosak dan tidak dapat di gunakan dengan sempurna. Jika masalah ini berlanjutan ini
akanmembuatkan murid terpaksa bersesak dan menunggu giliran untuk melakukan
setiap projekseni kerana peralatan yang sedia ada hanya sebahagian sahaja dapat di
gunakan ini menjadimasalah kepada guru kerana terpaksa menghadapi kerenah pelajar
yang nakal dan keadaanperalatan yang tidak sempurna boleh mengakibatkan
kemalangan. Disamping itu proses baikpulih juga memakan masa kerana prosedur
yang rumit. Sekaligus akan mengganggu prosespembelajaran dan objektif
pembelajaran tidak dapat dicapai.
5 JIKA PERALATANDIDALAM BENKEL SENIDIDAPATI
ROSAK PEMBELAJARAN TIDAK DAPAT DIJALANKANDAN GURU
TERPAKSAMENANGGUH KERJAATAU KARYA PELAJARDAN INI MEMAKANMASA
UNTUK
5.0 LANGKAH MENGATASI.
Dalam mengatasi masalah ini pihak sekolah harus menimbangkan supaya
peruntukauntuk matapelajaran pendidikan seni ditambah supaya peralatan di baiki
dengan sempurnadisamping dapat membeli peralatan yang mencukupi supaya tidak
membebankan pelajar sertaguru. Bengkel seni haruslah mempunai ruang yang luas
supaya pelajar dapat melakukanaktiviti serta projek dengan mudah dan tidak
mengganggu pelajar lain.Aktiviti luar supaya pelajar dapat melakukan kerja dengan
mudah seperti aktiviti diluar bilikdarjah, melalui aktiviti ini pelajar dapat melakukan kerja
dengan mudah. Disamping itu prosespenyelanggaraan harus kerap dilakukan supaya
peralatan tidak mengalami kerosakan. Jika inidapat diatasi objektif pembelajaran dan
pengajaran pendidikan seni akan dapat dicapai.
6.0 KESIMPULAN.
Pendidikan seni merupakan subjek yang mudah jika segala kemudahan dapat
disediakan. Iniadalah kerana seni visual tidak hanya melibatkan kemahiran teori serta
lisan sahaja tetapimenggabungkan psikomotor pelajar kerana seni melibatkan
pengetahuan dan kemahiran. Olehyang demikian dalam matapelajaran ini aspek
permasaalahan ini harus diatasi kerana ini akanmenggangu guru dalam menyampaikan
pengajaran di dalam bilik darjah.Kerjasama pihak sekolah dan pihak berwajib adalah
harus bagi memastikan proses P&P dapatdijalankan dengan lancar dan berkesan.

PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI
Cabaran antara pendidikan seni visual dan teknologi ( ICT)
Sharulnizam bin Ramli
Sarjana Pendidikan (Seni)
Fakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Mengupas cabaran yang dihadapi oleh pendidikan seni visual terutamanya ekoran dari
kepesatan ledakan teknologi khususnya ICT masa kini. Peranan Pendidikan Seni Visual
(PSV) pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab
besar bagi melahirkan bukan sahaja pelajar yang kreatif malah dapat memproduksi
penghayat dan seniman visual sebagai katalis perkembangan Seni Visual di Malaysia .
Cabaran teknologi ICT dan perisian melukis yang muncul seharusnya tidak mengugat
nilai estetika seni tradisional dan seharusnya diterima sejajar dengan permintaan
masyarakat jika tidak mahu dilihat pendidikan seni jauh ketinggalan. Cabaran antara
pendidikan seni dan penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran
Pengenalan:
Secara etimologi, perkataan pendidikan berasal dari bahasa Belanda iaitu
Paedagogiek. PerkataanPais bererti anak manakala gogos membawa maksud
membimbing. Perkataan iek pula bermaksud ilmu. Jadi secara etimologinya,
Paedagogiek pendidikan adalah ilmu yang memberikan bimbingan kepada kanakkanak. Dalam bahasa Inggeris, pendidikan diterjemahkan sebagai education.
Perkataan Education berasal dari bahasa Yunani iaitu educare yang bererti membawa
keluar yang tersimpan di dalam jiwa kanak-kanak untuk dibimbing supaya tumbuh dan
berkembang.
Pendidikan Seni bermaksud seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti
seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Ia bertujuan
melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan
dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.
Edmund Burke Feldman dalam bukunya Varieties Of Visual Experience Fourth
Edition(1992) menjelaskan bahawa seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan
ketamadunan manusia yang masih berkembang seiring dengan kemajuan manusia
beserta zamannya.
Memetik Siti Zainon (1985) dalam bukunya Getaran Jalur Dan Warna pula menyatakan;
“kurang pasti bila kesenian itu wujud. Berdasarkan teori seni sejagat, ia ada di manamana sahaja manusia akan membina kehidupannya, kerana ia berpunca dari keperluan
lahir dan batin serta berkaitan dengan nilai kepercayaan yang telah mendarah daging”.
Menurut pandangan Syed Mohd Naquib Al Attas dalam buku Iberahim Hassan(2003)
pula menyatakan ilmu seni merupakan satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke
dalam diri seseorang.
Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Inovasi teknologi merangkumi tiga
tahap yang penting. Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif, aplikasi secara
praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini dikaitkan dengan maksud
kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna, dalam konteks norma
kita sendiri.
Inovasi teknologi merangkumi tiga tahap yang penting. Gabungan tersebut ialah idea
yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini
dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan
bermakna, dalam konteks norma kita sendiri.
Efland ( 1990 ) dalam bukunya A History of Art Education: Intellectual and Social
Currents in Teaching the Visual Arts telah menjelaskan bahawa olahan seni dan
kreativiti tanpa asas ilmu adalah tidak berguna.
Pendidikan Seni Visual malahan turut tidak dapat dipisahkan dengan pemikiran
kreativiti dan nilai-nilai estetika.
Berfikiran kritis dan kreatif menurut Torrance (1966) ialah mengaplikasikan
pengetahuan seni, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi secara analitis dan
kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan
bertanggungjawab berkaitan dengan isukreativiti.

Pendidikan Seni Visual merupakan satu disiplin ilmu yang merentas kurikulum dan
boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan
dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan
tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada
penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan lebih
berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip
dalam Pendidikan Seni Visual berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.
Feldman ( 1996 ) mendefinisikan Pendidikan Seni Visual sebagai usaha yang
melibatkan pelajaran dan pengajaran membuat dan memahami seni, disamping
mengetahui tentang dunia diri kita sendiri melalui seni.
Matlamat Pendidikan Seni Visual
• Matlamat Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah TERUTAMANYA adalah untuk
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilainilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
• Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.
Antara kemahiran yang akan dikuasai pelajar melalui
pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan
keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan
mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran
pengurusan.

Objektif Pendidikan Seni Visual
• Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.
• Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.
• Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam
bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.
• Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
• Menghargai sumbangan tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan
sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa.
• Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
Pengajaran Dan Pembelajaran ( P & P )
Sejajar dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan rakyat yang celik komputer, tunas baru
di peringkat sekolah lagi perlu dijadikan sampel bagi mendedahkan pelajar-pelajar
terhadap penggunaan komputer dan internet sejajar dengan ledakan teknologi di
sekeliling mereka.
Melalui kaedah Problem Based-Learning ( PBL ) yang menggunakan pendekatan
`student centered’ dilihat sangat sesuai untuk diadaptasikan secara bersepadu di
sekolah. Ia tidak lagi memfokuskan kepada kaedah konversional iaitu Chalk and Talk di
mana guru dilihat lebih memainkan peranan berbanding pelajar di dalam bilik darjah
atau kelas. PBL bukan teori atau kaedah P&P baru kerana pada
zaman Sócrates dan Plato lagi kaedah ini telah digunapakai oleh kedua ilmuan ini di
mana pelajar mereka dikehendaki menyelidiki dan menganalisa sesuatu permasalahan
yang diberi dan seterusnya mempersembahkan pada sesi kritik ilmu secara ilmiah.
Sejarah moden Problem Based-Learning bermula pada era 70-an. Ia diperkenalkan
pada mulanya sebagai kaedah mempergiatkan pendidikan kedoktoran di McMaster
University, Kanada. Menurut (Neufeld & Barrow, 1974) ia diperkenalkan apabila pelajar
perubatan gagal mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dalam situasti kritikal
apabila pengetahuan mereka diperlukan.
Guru atau fasilator melalui PBL dapat menilai prestasi dan minat pelajar terhadap
Pendidikan Seni Visual apabila gerak kerja berkumpulan dan individu dilakukan. 8 Teori
Pelbagai Kecerdasan oleh Gardner(1996) dapat digilap secara berperingkat-peringkat
melalui kaedah Problem Based-Learning.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
• Menurut Senn ( 1998 ), Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi pelbagai
teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan
maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, audio, animasi dan sebagainya yang
menggunakan alat-alat elektronik.
• Abdul Razak ( 2000 ) pula menjelaskan teknologi maklumat dan komunikasi
merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan,
menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat.
Di negara kita, dengan penubuhan MSC, ICT dilihat memacu Malaysia menjadi negara
yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi
maklumat. Teknologi yang pesat di sekeliling kita juga menyelinap ke kanvas seni dan
kewujudan perisian-perisan melukis secara digital mula mengambil alih nilai-nilai
kemanusiaan dalam seni tradisional. Perisian melukis antaranya Adobe Photoshop
CS2, Adobe Illustrator CS2, Adobe in Design, Corel Painter, Studio Artist, Jasc Paint
Shop Pro, ArtRage, dan openCanvas Justeru, teknologi digital yang muncul berupaya
mengubah persepsi dingin terhadap pendidikan seni.
Wan Jamarul Imran, (2001) menyatakan :
“ di Malaysia, Allahyarham Ismail Zain adalah pelopor kepada pembangunan digital
(Vincent-1988).Proses penghasilan karya seni dibuat menggunakan komputer dan
dicetak dengan penggunaan mesin pencetak”
Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia
tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan
pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif
global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan
maklumat melalui ICT pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam
memajukan dunia pendidikan.
Merujuk Toffler (1971) dalam bukunya yang bertajuk Future Shock telah
membayangkan bahawa pada 20 hingga 30 tahun akan datang, ledakan teknologi
bakal mempengaruhi setiap aspek kehidupan manusia. Ini termasuklah sistem
pendidikan manusia itu sendiri. Justeru, cabaran dilihat bagaimana pendidikan seni
dapat mengadaptasikan ledakan teknologi hari ini agar dapat seiring dengan karyakarya seni yang dihasilkan agar bersesuaian dengan selera dan permintaan
masyarakat yang mendokongnya.
Apabila memperkatakan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ia tidak
dipisahkan dengan rekaan seni grafik dan multimedia. Rekabentuk grafik atau seni
visual melalui komputer dapat dibahagikan kepada beberapa kriteria dan bahagian;
- untuk produksi video dan filem.
- pembinaan objek 3 Dimensi secara maya.
- penghasilan dan penciptaan seni persekitaran
- cakera optik atau video.
- informasi dan telekomunikasi.
• Memetik pandangan Penston (2006) yang menyatakan bahawa pembangunan
perisian komputer berasaskan reka bentuk grafik seperti Illustrator, Photoshop, InDesign dan Flash yang dibangunkan oleh Adobe Systems Inc dapat
memperkembangkan daya kreativiti penggunanya disamping menjimatkan banyak
masa berbanding pendekatan reka bentuk grafik secara tradisional (manual and paste
up technique). Kesedaran manusia terhadap teknologi dapat dilihat pada era revoulusi
perindustrian di Eropah dimana Johanesh Gurnterberg telah mencipta mesin cetak
pertama dunia pada tahun 1440 yang menyemarakkan revolusi komunikasi. Justeru
cabaran dilihat bagaimana pendidikan seni hari ini dapat mengadaptasikan ledakan
teknologi agar dapat seiring dengan karya-karya seni yang dihasilkan agar bersesuaian
dengan selera dan permintaan masyarakat yang mendokongnya.
Kelebihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT )
• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran.
• Fasilator atau guru berupaya memberikan tingkat ilmu dengan lebih berkesan dan
cepat.
• Meningkatkan motivasi pelajar.
• Membolehkan pembelajaran bersendiri.
• Membolehkan pelajar mengakseskan maklumat dengan mudah dan pantas.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
• Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Cabaran-cabaran terhadaap Pendidikan Seni Visual:
• Penerimaan dan kesedaran kepentingan ICT di kalangan pendidik seni masih rendah.
Masih terdapat segelintir di kalangan pendidik Pendidikan Seni Visual yang
memandang sepi terhadap ledakan ICT yang mula menyerap masuk ke semua sektor
kehidupan. Di samping menggagalkan usaha dan hasrat kerajaan bagi meningkatkan
celik computer di kalangan masyarakat, ia sama sekali merugikan sektor pendidikan
yang menyebabkan Pendidikan Seni Visual terus dilabel sebagai mata pelajaran kelas
dua di mata masyarakat.
• Peralatan yang masih kurang.
Kekurangan kemudahan dan penyediaan infrastruktur bagi menjayakan penggunaan
ICT dalam P&P di sekolah turut menjadikan Pendidikan Seni Visual terus
mempraktikkan kaedah konversional yang kerap berubah-ubah sejak dari zaman
selepas merdeka. Antara peralatan yang penting seperti makmal komputer, kamera,
LCD, projektor, mesin pengimbas, mesin pencetak hinggalah kepada peralatan tulis
seperti kertas, dakwat dan sebagainya.
• Sokongan sesetengah pihak pentadbir terhadap matapelajaran PSV.
Peranan pentadbir yang kurang memberi tumpuan kepada permintaan semasa
Pendidikan Seni Visual turut merupakan faktor yang menjadikan mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual kian terpinggir. Dengan era teknologi global dan digital,
kesedaran dan peranan pentadbir bagi mendedahkan guru dan pelajar terhadap ICT
adalah sangat penting.
• Tiada kurikulum bersepadu yang khusus bagi matapelajaran ICT dalam PSV.
Kurikulum bagi mendedahkan ICT secara praktikal dilihat tidak begitu meluas.
Pengetahuan dan bahan bagi mendedahkan pelajar secara teori dan praktikal tidak
akan berjaya jika hanya meletakkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ICT sekadar
melepaskan batuk ditangga sahaja. Pelajar Pendidikan Seni Visual perlu diberi ruang
untuk mempunyai satu sukatan yang lengkap bagi mepelajari kaedah ICT agar mereka
terdedah dengan cara dan potensi ICT bagi digunakan dalam kehidupan dan karier
masa hadapan.

• Sikap ibubapa dan masyarakat yang tidak mengalakkan anak-anak mereka
mempelajari PSV.
Ibubapa merupakan individu yang paling dekat dengan pelajar dan mereka turut
berperanan bagi memperihalkan kepentingan ICT kepada anak-anak mereka sejak dari
awal. Jika ibubapa sendiri turut menganggap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
tidak penting, ini juga memberi cabaran bagaimana perlunya kempen kesedaran
peranan seni di dalam kehidupan diusahakan
• Masih ada segelintir masyarakat yang menganggap PSV terutama lukisan figura
adalah tidak baik.
Terdapat segelintir masyarakat yang cepat membuat andaian dan tafsiran menyatakan
Pendidikan Seni Visual hanya sesuai kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam mata
pelajaran lain dan seterusnya melabel mata pelajaran ini untuk pelajar yang tidak bijak
dan cerdas fikirannya. Tanggapan lukisan figura yang menyalahi hukum sesebuah
agama turut menyumbangkan kepada cabaran dalam menobatkan Pendidikan Seni
Visual setanding dengan mata pelajaran lain.

Produk/seni-seni baru
Seni-seni visual baru yang muncul tidak seharusnya dilihat sebagai penghalang kepada
seni konversional yang sekian lama didokong.
Seni konversional sebagai asas dan teknologi hanyalah sebagai tool atau alat bagi
menambah baikkan lagi sesuatu rekaan.
Antara seni-seni baru yang muncul adalah :
- Rekabentuk grafik berkomputer.
- Animasi 2D dan 3D bagi filem dan permainan video/PC
- Fotografi secara digital.
(Lampiran)

Saranan/Cadangan
• Mendedahkan pelajar kepada perisian rekabentuk dan internet.
Masanya telah tiba pelajar-pelajar Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah
didedahkan dengan lebih meluas menggunakan teknologi ICT. Paparan multimedia dan
grafik berkomputer dilihat mampu menarik minat pelajar-pelajar terhadap Pendidikan
Seni Visual dan menjana idea positif bagi melahirkan pereka-pereka yang diasuh dari
peringkat awal persekolahan lagi.

• Kurikulum PSV tidak harus terlalu berubah-ubah dan menirupakai kurikulum negara
lain (mengulangi masalah PSV dari negara yang diadaptasikan).
Kita tidak menafikan sukatan kurikulum di negara kita banyak mengadaptasikan
kurikulum pendidikan dari luar negara. Walaupun demikian, kita tidak harus mengulang
kembali permasalahan pendidikan di negara terbabit ke dalam pendidikan negara kita.
Ini bakal memyebabkan kurikulum pendidikan Pendidikan Seni Visual dirombak dan
dianalisa saban waktu hingga menimbulkan kesukaran kepada warga pendidik dan
pelajar. Justeru kita harus menggunakan modul-modul yang bersesuaian dengan
multicuture yang diterima di negara kita.
• Fasilator atau guru memainkan peranan positif bagi meningkatkan kemahiran ICT
masing-masing.
Peranan guru atau fasilator sangat penting dalam menyedarkan pelajar-pelajar
terhadap ICT. Oleh yang demikian, guru perlu melengkapkan pengetahuan ICT bagi
memberi contoh dan tauladan postif kepada para pelajar. Ini agar tidak dikatakan
seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan.
• Kemudahan ICT di makmal / studio di sekolah dipertingkatkan.
Pihak berkenaan perlu meningkatkan kemudahan-kemudahan ICT di sekolah seperti
penggunaan internet tanpa wayar, makmal-makmal komputer yang lengkap, tenaga
pengajar yang mahir dan buku-bukuan berkenaan ICT di sekolah. Ini sangat penting
agar penerimaan pelajar dan warga pendidik terhadap ICT berterusan dan membantu
melahirkan warga ilmu yang celik computer.
• Sokongan dari pihak pentadbir sekolah.
Kepentingan ICT di dalam Pendidikan Seni Visual terutamanya perlu mendapat
sokongan dan perhatian dari pentadbir agar kesungguhan dalam memertabatkan
Pendidikan Seni Visual di mata masyarakat dapat dikembalikan. Dengan kerjasama
yang erat di antara pihak pentadbir dan warga pendidik pastinya ICT dapat
memudahkan urusan pekerjaan dan tugasan di sekolah di samping meletakkan
Pendidikan Seni Visual sama taraf dengan mata pelajaran lain.
• Sokongan ibu bapa dan masyarakat.
Peranan dan kesedaran ibubapa dan masyarakat sebenarnya sangat penting dalam
menjayakan hasrat kerajaan bagi meningkatkan celik komputer di kalangan rakyat.
Ibubapa dilihat dapat memberi sokongan moral dan pendedahan yang positif
bagaimana seni dapat membantu anak-anak mereka bagi meningkatkan keyakinan dan
ketrampilan diri. Seni seharusnya dilihat sebagai terapi yang boleh dijadikan pemangkin
bagi menjalani kehidupan yang cergas dan kreatif.

Kesimpulan
Untuk mengupas isu ini bukanlah mudah kerana ia memerlukan perbincangan yang
lebih terperinci. Namun melalui penulisan ini, penulis melihat betapa pelajar-pelajar
pada era kini terdedah dengan ledakan teknologi yang berlaku di sekeliling mereka.
Media dan komunikasi tidak henti-henti menyogok dan memaparkan ledakan teknologi
globalisasi yang pantas dan cepat senaterio dunia. Justeru dilihat ICT dalam pelajaran
dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar-pelajar kepada mata pelajaran PSV .
Tanpa menidakkan kaedah konversional yang sedia ada, kaedah ICT dilihat mampu
menambahbaikkan kurikulum PSV dan dengan harapan PSV tidak terus dianggap
matapelajaran kelas dua. Cabaran hasil dari kemunculan teknologi komputer atau ICT
boleh menjadi pencetus kepada era yang lebih gemilang dalam pendidikan seni di
negara kita.
Ledakan teknologi tidak harus dilihat mengubah persepsi asal sehingga kemunculan
teknologi ini seolah pemangkin kepada hilangnya nilai-nilai kemanusiaan dari
aspek kreativiti dan estetika.Perubahan yang muncul seharusnya dilihat dari aspek
yang lebih positif. Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer
yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat
siber juga boleh membantu melahirkan pelajar dan pendidik agar mahir dalam ICT.
Kaedah pengajaran konversional chalk and talk perlu diubah dan diserap dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran menerusi peralatan ICT seperti projektor LCD,
komputer dan persembahan perisian PowerPoint. Teknologi maklumat dan
komunikasi(ICT) menyediakan peluang kepada golongan guru Pendidikan Seni Visual
sendiri bagi mempelajari maklumat dan kaedah baru dalam proses pembelajaran serta
pengajaran.
Jelasnya, melalui penerimaan positif dan kesedaran oleh semua pihak terhadap maha
penting ICT pastinya dapat melahirkan pelajar yang lebih kompeten, kreatif dan
berdaya saing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid. ( 2005). ” Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ahmad Suhaimi Mohd Noor ( 2007 ), Sejarah Kesedaran Visual di Malaya.
Tanjong Malim: UPSI
Alvin Toffler ( 1971 ) “ Future Shock” . London : Pans Books LTD
Arthur Efland ( 1990 ). “ A History of Art Education: Intellectual and Social Currents in
Teaching the Visual Arts“ New York: Teacher College Press:
Gardner, (1990) “Art Education and Human Development”
California: The Getty Education Institute
Hunter, B. (1987). “My Student Use Computer: Curriculum Plan For Grade-8.”
New York: Reston Publishing.
Malaysia (2001). “Rancangan Malaysia Kelapan, 2002– 2005.” Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Bhd.
Mc Keown, P. G. (1986). “Living with Computer.” USA: Harcourt Brace Jovanovich
Publishers.
Md. Nasir, Iberahim Hassan ( 2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti.
Tanjung Malim: UPSI
Robyler, M.D. (1988). “The Effectiveness of Microcomputer in Education.” A review
of research from 1980-87. T.H.E. Journal 16 (2) : 85-89
Rudolf Arnheim ( 1991) “Thoughts on Art Education” USA: The Getty Center:
Sudarman Danim(2003) “ Agenda Pembaharuan Sistem Pendidikan”
Yogyakarta: Pustaka Pelajar
Torrance, E.P. (1990). Thinking creatively with words manual. Benseville, IL : Scholastic
Testing Service, Inc
Torrance Center for Creativity & Talent Development. (1994). Torrance Center
for Creativity Studies. [On-Line]
Zulkifli Abdul Manaf dan Raja Mazrah Raja Hussain. (1994) “Attitudes, Knowledge
and Previous Computer Experience of Teacher Trainess in the Diploma of
Education Programme at the University Of Malaya.” Journal of Educational
Research, 16: 1-19

Contenu connexe

Tendances

Rph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 posterRph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 postershare with me
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratIzzat Hakim
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seniMuhammad Ismail
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualshiemah
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualDanii Sahali
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 
Peralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visualPeralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visualArliliza Liz
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniLaila Wati Johari
 
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAssgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAhmad NazRi
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalArifahAzlanShah2
 

Tendances (20)

Teknik gurisan
Teknik gurisanTeknik gurisan
Teknik gurisan
 
Jenis jenis boneka
Jenis jenis bonekaJenis jenis boneka
Jenis jenis boneka
 
Rubrik pemarkahan pendidikan seni visual 2014
Rubrik pemarkahan pendidikan seni visual 2014Rubrik pemarkahan pendidikan seni visual 2014
Rubrik pemarkahan pendidikan seni visual 2014
 
Rph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 posterRph psv tahun 4 poster
Rph psv tahun 4 poster
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
 
bidang menggambar
bidang menggambarbidang menggambar
bidang menggambar
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
 
Apresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visualApresiasi dan kritikan seni visual
Apresiasi dan kritikan seni visual
 
PSV 3107
PSV 3107PSV 3107
PSV 3107
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
Peralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visualPeralatan dan bahan pendidikan seni visual
Peralatan dan bahan pendidikan seni visual
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seniAssgment - seni oum pengurusan bilik seni
Assgment - seni oum pengurusan bilik seni
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisionalFungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
Fungsi sosio budaya dan ekonomi dalam kraf tradisional
 
Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi
 

Similaire à PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI

Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Rogiyah Giah
 
Memartabatkan mata-pelajaran-pend-seni-visual1
Memartabatkan mata-pelajaran-pend-seni-visual1Memartabatkan mata-pelajaran-pend-seni-visual1
Memartabatkan mata-pelajaran-pend-seni-visual1izzajalil
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5401401401
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5niza_yusof
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5nurmawaddah1519
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5tunteja2008
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Umaiya Ambal
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR FREE FILE DOWNLOAD
 
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Shika Nara
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5pototo16
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifAeizlin Omar
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAhmad NazRi
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziZauhari Hussein
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 PUTERI KATAK
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Leong Kim Yin
 

Similaire à PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI (20)

Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
Eisner pendidikan-seni-dan-dbae1
 
Memartabatkan mata-pelajaran-pend-seni-visual1
Memartabatkan mata-pelajaran-pend-seni-visual1Memartabatkan mata-pelajaran-pend-seni-visual1
Memartabatkan mata-pelajaran-pend-seni-visual1
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4
 
Pem.saintifik psv
Pem.saintifik psvPem.saintifik psv
Pem.saintifik psv
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Pelaporan kesenian ori
Pelaporan kesenian oriPelaporan kesenian ori
Pelaporan kesenian ori
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Bicara seni 01
Bicara seni 01Bicara seni 01
Bicara seni 01
 
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR Panduan Pengajaran Pendidikan  Seni Visual tahun 4 KSSR
Panduan Pengajaran Pendidikan Seni Visual tahun 4 KSSR
 
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
Panduan pengajaran pendidikan seni visual thn 4
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
 
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudziTemplet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
Templet tugasan psv sem mei 2013 faudzi
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4
 

PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI

  • 1. ah Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Disekola Ratings: (0)|Views: 2,394|Likes: 24 Published by jiraiya See More http://www.scribd.com/doc/28409496/Masalah-Pengajaran-Dan-PembelajaranPendidikan-Seni-Disekola MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI DISEKOLAHTajuk : MASALAH INFRASTRUKTUR DAN PERALATAN TIDAK MENCUKUPI DI DALAM BENGKELSENI. 1.0pengenalan Pendidikan seni adalah program pendidikan yang mempunyai system yang bersistem,terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan ini dapatdiperoleh melalui aktiviti yang melibatkan seni ini melibatkan pengetahuan dan kemahiranmengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai.Feldman (1996) memberikan definisi pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkanpengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, disamping mengetahui mengenaidunia kita dan mengenai diri kita melalui pendidikan seni. Seni yang dimaksudkan ialahkegiatan yang melibatkan catan, arca, seni bina, kraf, rekabentuk industry, fotografi, filem,telivisyen dan sebagainya. Pendidikan seni merangkumi segala aspek dan terdapat pelbagaikaedah dalam menghasilkan seni,Herbert Read dan Victor berpendapat pendidikan seni seharusnya berasaskan aspekpsikologi seharusnya melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan perasaandiri. Dalam konteks dimensi psikologi pendidikan seni, guru dianggap sebagai pendidik dansekaligus membuat justifikasi pada diri mereka dalam mengajar pendidikan seni disekolah. 1 2.0 KEGIATAN DALAM BILIK DARJAH DAN KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH. Kegiatan pendidikan seni boleh dilakukan samaada didalam bilik darjah ataupun diluar bilikdarjah. Semasa di dalam kelas biasanya guru menyampaikan pelajaran secara teori
  • 2. ataupunpembelajaran secara formal atau lisan. Semasa proses pembelajaran ini guru akanmemberikan fakta-fakta yang berkaitan dengan pengajaran pendidikan seni.Didalam bilik darjah segala objektif pembelajaran pada hari itu telah ditetapkan dan aktivitiagak terbatas kerana seni memerlukan ruang yang besar dan persekitaran bilik darjah yangsempit membataskan pergerakan pelajar. Kegiatan yang dapat dilakukan didalam bilik darjahialah seperti perperiksaan, mencatat nota dan melakar.Manakala kegiatan diluar bilik darjah lebih kepada aktiviti bebas, ini bermaksud murid-muridtidak terikat dengan masa, pakaian dan pergerakan. Contohnya seperti aktiviti berpesatuanseperti persatuan atau kelab pendidikan seni seperti membuat mural pada dinding, arca,membuat seni taman dan sebagainya. Pelajar diberi peluang secukupnya bagi menjalankanaktiviti yang telah dirancang mereka. 2 4.0 MASALAH YANG DIHADAPI GURU. Seperti yang kita ketahui pendidikan seni ialah matapelajaran yang memerlukan pelbagaiperalatan atau kemudahan yang khusus dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaranpendididkan seni. Tidak seperti matapelajaran yang hanya melakukan proses pembelajarandan pengajaran secara lisan dan teori seni lebih kepada aspek kemahiran dan ini memerlukanbeberapa peralatan dan ruang untuk menghasilkan sesuatu projek seni ataupun karya seni inimenyukarkan guru jika tiadanya kemudahan dan keperluan ini proses pengajaran danpembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. 4.1 PERSEKITARAN TIDAK MEMUASKAN. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran bengkel seni merupakan nadi utama dalammengerakkan seni di sesebuah sekolah. Namun begitu persekitaran tempat belajar mempengaruhi suasana di dalam bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan cantik melahirkanmood untuk belajar dan tidak membuatkan pelajar berasa bosan apabila proses pembelajaransedang dijalankan.keadaan bilik darjah yang tidak kemas dan teratur menyebabkan pelajar tidak minat untukbelajar dan akan membuat masaalah didalam kelas ini akan mengganggu guru dan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.
  • 3. 3PERSEKITARAN DI DALAMBENGKEL SENIMEMPENGARUHI SUASANASEMASA PROSES PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN KERANAKEADAAN STUDIO YANG CERIADAPAT MEMBANKITKA NSUASANA KETIKA PROSES Activity (26) Filters 4.2 PERALATAN TIDAK MENCUKUPI. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni peralatan memainkanperanan yang penting kerana di dalam matapelajajaran pendidikan seni terdapat beberapaperalatan yang penting untuk menghasilkan hasil seni tanpa peralatan yang cukup ini menjadimasaalah semasa aktiviti pengajaran sedang dijalankan peralatan seperti kertas lukisan, warna,akkrilik, palet sangat penting. Dan peralatan seni adalah mahal dan tidak mampu dimilikipelajar, peralatan yang terhad menyebabkan sesuatu projek seni akan terbantut dan tidak dapatdisiapkan dalam masa yang di tetapkan. 4PERALATAN DI DALAMBENGKEL SENI MERUPAKANSESUATU YANG AMATPENTING DALAM PROSESPENGAJARAN KERANA TANPA PERALATAN YANGSESUAI PROSESPEMBELAJARAN TIDAK DAPAT DIJALANKANDENGAN
  • 5. 4.3 PERALATAN ROSAK DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.
  • 6. Diantara masalah terbesar yang di hadapi guru ialah masalah peralatan yang sedia adarosak dan tidak dapat di gunakan dengan sempurna. Jika masalah ini berlanjutan ini akanmembuatkan murid terpaksa bersesak dan menunggu giliran untuk melakukan setiap projekseni kerana peralatan yang sedia ada hanya sebahagian sahaja dapat di gunakan ini menjadimasalah kepada guru kerana terpaksa menghadapi kerenah pelajar yang nakal dan keadaanperalatan yang tidak sempurna boleh mengakibatkan kemalangan. Disamping itu proses baikpulih juga memakan masa kerana prosedur yang rumit. Sekaligus akan mengganggu prosespembelajaran dan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai. 5 JIKA PERALATANDIDALAM BENKEL SENIDIDAPATI ROSAK PEMBELAJARAN TIDAK DAPAT DIJALANKANDAN GURU TERPAKSAMENANGGUH KERJAATAU KARYA PELAJARDAN INI MEMAKANMASA UNTUK
  • 7.
  • 8. 5.0 LANGKAH MENGATASI. Dalam mengatasi masalah ini pihak sekolah harus menimbangkan supaya peruntukauntuk matapelajaran pendidikan seni ditambah supaya peralatan di baiki dengan sempurnadisamping dapat membeli peralatan yang mencukupi supaya tidak membebankan pelajar sertaguru. Bengkel seni haruslah mempunai ruang yang luas supaya pelajar dapat melakukanaktiviti serta projek dengan mudah dan tidak mengganggu pelajar lain.Aktiviti luar supaya pelajar dapat melakukan kerja dengan
  • 9. mudah seperti aktiviti diluar bilikdarjah, melalui aktiviti ini pelajar dapat melakukan kerja dengan mudah. Disamping itu prosespenyelanggaraan harus kerap dilakukan supaya peralatan tidak mengalami kerosakan. Jika inidapat diatasi objektif pembelajaran dan pengajaran pendidikan seni akan dapat dicapai. 6.0 KESIMPULAN. Pendidikan seni merupakan subjek yang mudah jika segala kemudahan dapat disediakan. Iniadalah kerana seni visual tidak hanya melibatkan kemahiran teori serta lisan sahaja tetapimenggabungkan psikomotor pelajar kerana seni melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Olehyang demikian dalam matapelajaran ini aspek permasaalahan ini harus diatasi kerana ini akanmenggangu guru dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah.Kerjasama pihak sekolah dan pihak berwajib adalah harus bagi memastikan proses P&P dapatdijalankan dengan lancar dan berkesan. PENDIDIKAN SENI DAN TEKNOLOGI Cabaran antara pendidikan seni visual dan teknologi ( ICT) Sharulnizam bin Ramli Sarjana Pendidikan (Seni) Fakulti Seni dan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris Abstrak Mengupas cabaran yang dihadapi oleh pendidikan seni visual terutamanya ekoran dari kepesatan ledakan teknologi khususnya ICT masa kini. Peranan Pendidikan Seni Visual (PSV) pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melahirkan bukan sahaja pelajar yang kreatif malah dapat memproduksi penghayat dan seniman visual sebagai katalis perkembangan Seni Visual di Malaysia . Cabaran teknologi ICT dan perisian melukis yang muncul seharusnya tidak mengugat nilai estetika seni tradisional dan seharusnya diterima sejajar dengan permintaan masyarakat jika tidak mahu dilihat pendidikan seni jauh ketinggalan. Cabaran antara pendidikan seni dan penggunaan teknologi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
  • 10. Pengenalan: Secara etimologi, perkataan pendidikan berasal dari bahasa Belanda iaitu Paedagogiek. PerkataanPais bererti anak manakala gogos membawa maksud membimbing. Perkataan iek pula bermaksud ilmu. Jadi secara etimologinya, Paedagogiek pendidikan adalah ilmu yang memberikan bimbingan kepada kanakkanak. Dalam bahasa Inggeris, pendidikan diterjemahkan sebagai education. Perkataan Education berasal dari bahasa Yunani iaitu educare yang bererti membawa keluar yang tersimpan di dalam jiwa kanak-kanak untuk dibimbing supaya tumbuh dan berkembang. Pendidikan Seni bermaksud seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Ia bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Edmund Burke Feldman dalam bukunya Varieties Of Visual Experience Fourth Edition(1992) menjelaskan bahawa seni wujud seiring dengan kesan sejarah dan ketamadunan manusia yang masih berkembang seiring dengan kemajuan manusia beserta zamannya. Memetik Siti Zainon (1985) dalam bukunya Getaran Jalur Dan Warna pula menyatakan; “kurang pasti bila kesenian itu wujud. Berdasarkan teori seni sejagat, ia ada di manamana sahaja manusia akan membina kehidupannya, kerana ia berpunca dari keperluan lahir dan batin serta berkaitan dengan nilai kepercayaan yang telah mendarah daging”. Menurut pandangan Syed Mohd Naquib Al Attas dalam buku Iberahim Hassan(2003) pula menyatakan ilmu seni merupakan satu usaha atau proses menitiskan sesuatu ke dalam diri seseorang. Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Inovasi teknologi merangkumi tiga tahap yang penting. Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna, dalam konteks norma kita sendiri. Inovasi teknologi merangkumi tiga tahap yang penting. Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna, dalam konteks norma kita sendiri. Efland ( 1990 ) dalam bukunya A History of Art Education: Intellectual and Social
  • 11. Currents in Teaching the Visual Arts telah menjelaskan bahawa olahan seni dan kreativiti tanpa asas ilmu adalah tidak berguna. Pendidikan Seni Visual malahan turut tidak dapat dipisahkan dengan pemikiran kreativiti dan nilai-nilai estetika. Berfikiran kritis dan kreatif menurut Torrance (1966) ialah mengaplikasikan pengetahuan seni, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi secara analitis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan bertanggungjawab berkaitan dengan isukreativiti. Pendidikan Seni Visual merupakan satu disiplin ilmu yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni Visual berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini. Feldman ( 1996 ) mendefinisikan Pendidikan Seni Visual sebagai usaha yang melibatkan pelajaran dan pengajaran membuat dan memahami seni, disamping mengetahui tentang dunia diri kita sendiri melalui seni. Matlamat Pendidikan Seni Visual • Matlamat Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah TERUTAMANYA adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilainilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. • Meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Antara kemahiran yang akan dikuasai pelajar melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran
  • 12. pengurusan. Objektif Pendidikan Seni Visual • Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. • Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual. • Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya. • Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain. • Menghargai sumbangan tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa. • Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa. Pengajaran Dan Pembelajaran ( P & P ) Sejajar dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan rakyat yang celik komputer, tunas baru di peringkat sekolah lagi perlu dijadikan sampel bagi mendedahkan pelajar-pelajar terhadap penggunaan komputer dan internet sejajar dengan ledakan teknologi di sekeliling mereka. Melalui kaedah Problem Based-Learning ( PBL ) yang menggunakan pendekatan `student centered’ dilihat sangat sesuai untuk diadaptasikan secara bersepadu di sekolah. Ia tidak lagi memfokuskan kepada kaedah konversional iaitu Chalk and Talk di mana guru dilihat lebih memainkan peranan berbanding pelajar di dalam bilik darjah atau kelas. PBL bukan teori atau kaedah P&P baru kerana pada zaman Sócrates dan Plato lagi kaedah ini telah digunapakai oleh kedua ilmuan ini di mana pelajar mereka dikehendaki menyelidiki dan menganalisa sesuatu permasalahan yang diberi dan seterusnya mempersembahkan pada sesi kritik ilmu secara ilmiah. Sejarah moden Problem Based-Learning bermula pada era 70-an. Ia diperkenalkan pada mulanya sebagai kaedah mempergiatkan pendidikan kedoktoran di McMaster University, Kanada. Menurut (Neufeld & Barrow, 1974) ia diperkenalkan apabila pelajar perubatan gagal mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dalam situasti kritikal apabila pengetahuan mereka diperlukan. Guru atau fasilator melalui PBL dapat menilai prestasi dan minat pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual apabila gerak kerja berkumpulan dan individu dilakukan. 8 Teori Pelbagai Kecerdasan oleh Gardner(1996) dapat digilap secara berperingkat-peringkat melalui kaedah Problem Based-Learning. Teknologi Maklumat dan Komunikasi • Menurut Senn ( 1998 ), Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, audio, animasi dan sebagainya yang
  • 13. menggunakan alat-alat elektronik. • Abdul Razak ( 2000 ) pula menjelaskan teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyampaikan maklumat. Di negara kita, dengan penubuhan MSC, ICT dilihat memacu Malaysia menjadi negara yang berdaya maju dan kompetitif sesuai dengan cabaran globalisasi dan era teknologi maklumat. Teknologi yang pesat di sekeliling kita juga menyelinap ke kanvas seni dan kewujudan perisian-perisan melukis secara digital mula mengambil alih nilai-nilai kemanusiaan dalam seni tradisional. Perisian melukis antaranya Adobe Photoshop CS2, Adobe Illustrator CS2, Adobe in Design, Corel Painter, Studio Artist, Jasc Paint Shop Pro, ArtRage, dan openCanvas Justeru, teknologi digital yang muncul berupaya mengubah persepsi dingin terhadap pendidikan seni. Wan Jamarul Imran, (2001) menyatakan : “ di Malaysia, Allahyarham Ismail Zain adalah pelopor kepada pembangunan digital (Vincent-1988).Proses penghasilan karya seni dibuat menggunakan komputer dan dicetak dengan penggunaan mesin pencetak” Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT pengawalan dan penyeliaan, dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan. Merujuk Toffler (1971) dalam bukunya yang bertajuk Future Shock telah membayangkan bahawa pada 20 hingga 30 tahun akan datang, ledakan teknologi bakal mempengaruhi setiap aspek kehidupan manusia. Ini termasuklah sistem pendidikan manusia itu sendiri. Justeru, cabaran dilihat bagaimana pendidikan seni dapat mengadaptasikan ledakan teknologi hari ini agar dapat seiring dengan karyakarya seni yang dihasilkan agar bersesuaian dengan selera dan permintaan masyarakat yang mendokongnya. Apabila memperkatakan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi ia tidak dipisahkan dengan rekaan seni grafik dan multimedia. Rekabentuk grafik atau seni visual melalui komputer dapat dibahagikan kepada beberapa kriteria dan bahagian; - untuk produksi video dan filem. - pembinaan objek 3 Dimensi secara maya. - penghasilan dan penciptaan seni persekitaran - cakera optik atau video.
  • 14. - informasi dan telekomunikasi. • Memetik pandangan Penston (2006) yang menyatakan bahawa pembangunan perisian komputer berasaskan reka bentuk grafik seperti Illustrator, Photoshop, InDesign dan Flash yang dibangunkan oleh Adobe Systems Inc dapat memperkembangkan daya kreativiti penggunanya disamping menjimatkan banyak masa berbanding pendekatan reka bentuk grafik secara tradisional (manual and paste up technique). Kesedaran manusia terhadap teknologi dapat dilihat pada era revoulusi perindustrian di Eropah dimana Johanesh Gurnterberg telah mencipta mesin cetak pertama dunia pada tahun 1440 yang menyemarakkan revolusi komunikasi. Justeru cabaran dilihat bagaimana pendidikan seni hari ini dapat mengadaptasikan ledakan teknologi agar dapat seiring dengan karya-karya seni yang dihasilkan agar bersesuaian dengan selera dan permintaan masyarakat yang mendokongnya. Kelebihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) • Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran. • Fasilator atau guru berupaya memberikan tingkat ilmu dengan lebih berkesan dan cepat. • Meningkatkan motivasi pelajar. • Membolehkan pembelajaran bersendiri. • Membolehkan pelajar mengakseskan maklumat dengan mudah dan pantas. • Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. • Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar. • Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Cabaran-cabaran terhadaap Pendidikan Seni Visual: • Penerimaan dan kesedaran kepentingan ICT di kalangan pendidik seni masih rendah. Masih terdapat segelintir di kalangan pendidik Pendidikan Seni Visual yang memandang sepi terhadap ledakan ICT yang mula menyerap masuk ke semua sektor kehidupan. Di samping menggagalkan usaha dan hasrat kerajaan bagi meningkatkan celik computer di kalangan masyarakat, ia sama sekali merugikan sektor pendidikan yang menyebabkan Pendidikan Seni Visual terus dilabel sebagai mata pelajaran kelas dua di mata masyarakat. • Peralatan yang masih kurang. Kekurangan kemudahan dan penyediaan infrastruktur bagi menjayakan penggunaan
  • 15. ICT dalam P&P di sekolah turut menjadikan Pendidikan Seni Visual terus mempraktikkan kaedah konversional yang kerap berubah-ubah sejak dari zaman selepas merdeka. Antara peralatan yang penting seperti makmal komputer, kamera, LCD, projektor, mesin pengimbas, mesin pencetak hinggalah kepada peralatan tulis seperti kertas, dakwat dan sebagainya. • Sokongan sesetengah pihak pentadbir terhadap matapelajaran PSV. Peranan pentadbir yang kurang memberi tumpuan kepada permintaan semasa Pendidikan Seni Visual turut merupakan faktor yang menjadikan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kian terpinggir. Dengan era teknologi global dan digital, kesedaran dan peranan pentadbir bagi mendedahkan guru dan pelajar terhadap ICT adalah sangat penting. • Tiada kurikulum bersepadu yang khusus bagi matapelajaran ICT dalam PSV. Kurikulum bagi mendedahkan ICT secara praktikal dilihat tidak begitu meluas. Pengetahuan dan bahan bagi mendedahkan pelajar secara teori dan praktikal tidak akan berjaya jika hanya meletakkan kaedah pengajaran dan pembelajaran ICT sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Pelajar Pendidikan Seni Visual perlu diberi ruang untuk mempunyai satu sukatan yang lengkap bagi mepelajari kaedah ICT agar mereka terdedah dengan cara dan potensi ICT bagi digunakan dalam kehidupan dan karier masa hadapan. • Sikap ibubapa dan masyarakat yang tidak mengalakkan anak-anak mereka mempelajari PSV. Ibubapa merupakan individu yang paling dekat dengan pelajar dan mereka turut berperanan bagi memperihalkan kepentingan ICT kepada anak-anak mereka sejak dari awal. Jika ibubapa sendiri turut menganggap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tidak penting, ini juga memberi cabaran bagaimana perlunya kempen kesedaran peranan seni di dalam kehidupan diusahakan • Masih ada segelintir masyarakat yang menganggap PSV terutama lukisan figura adalah tidak baik. Terdapat segelintir masyarakat yang cepat membuat andaian dan tafsiran menyatakan Pendidikan Seni Visual hanya sesuai kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran lain dan seterusnya melabel mata pelajaran ini untuk pelajar yang tidak bijak
  • 16. dan cerdas fikirannya. Tanggapan lukisan figura yang menyalahi hukum sesebuah agama turut menyumbangkan kepada cabaran dalam menobatkan Pendidikan Seni Visual setanding dengan mata pelajaran lain. Produk/seni-seni baru Seni-seni visual baru yang muncul tidak seharusnya dilihat sebagai penghalang kepada seni konversional yang sekian lama didokong. Seni konversional sebagai asas dan teknologi hanyalah sebagai tool atau alat bagi menambah baikkan lagi sesuatu rekaan. Antara seni-seni baru yang muncul adalah : - Rekabentuk grafik berkomputer. - Animasi 2D dan 3D bagi filem dan permainan video/PC - Fotografi secara digital. (Lampiran) Saranan/Cadangan • Mendedahkan pelajar kepada perisian rekabentuk dan internet. Masanya telah tiba pelajar-pelajar Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah didedahkan dengan lebih meluas menggunakan teknologi ICT. Paparan multimedia dan grafik berkomputer dilihat mampu menarik minat pelajar-pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual dan menjana idea positif bagi melahirkan pereka-pereka yang diasuh dari peringkat awal persekolahan lagi. • Kurikulum PSV tidak harus terlalu berubah-ubah dan menirupakai kurikulum negara lain (mengulangi masalah PSV dari negara yang diadaptasikan). Kita tidak menafikan sukatan kurikulum di negara kita banyak mengadaptasikan kurikulum pendidikan dari luar negara. Walaupun demikian, kita tidak harus mengulang kembali permasalahan pendidikan di negara terbabit ke dalam pendidikan negara kita. Ini bakal memyebabkan kurikulum pendidikan Pendidikan Seni Visual dirombak dan dianalisa saban waktu hingga menimbulkan kesukaran kepada warga pendidik dan pelajar. Justeru kita harus menggunakan modul-modul yang bersesuaian dengan multicuture yang diterima di negara kita.
  • 17. • Fasilator atau guru memainkan peranan positif bagi meningkatkan kemahiran ICT masing-masing. Peranan guru atau fasilator sangat penting dalam menyedarkan pelajar-pelajar terhadap ICT. Oleh yang demikian, guru perlu melengkapkan pengetahuan ICT bagi memberi contoh dan tauladan postif kepada para pelajar. Ini agar tidak dikatakan seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. • Kemudahan ICT di makmal / studio di sekolah dipertingkatkan. Pihak berkenaan perlu meningkatkan kemudahan-kemudahan ICT di sekolah seperti penggunaan internet tanpa wayar, makmal-makmal komputer yang lengkap, tenaga pengajar yang mahir dan buku-bukuan berkenaan ICT di sekolah. Ini sangat penting agar penerimaan pelajar dan warga pendidik terhadap ICT berterusan dan membantu melahirkan warga ilmu yang celik computer. • Sokongan dari pihak pentadbir sekolah. Kepentingan ICT di dalam Pendidikan Seni Visual terutamanya perlu mendapat sokongan dan perhatian dari pentadbir agar kesungguhan dalam memertabatkan Pendidikan Seni Visual di mata masyarakat dapat dikembalikan. Dengan kerjasama yang erat di antara pihak pentadbir dan warga pendidik pastinya ICT dapat memudahkan urusan pekerjaan dan tugasan di sekolah di samping meletakkan Pendidikan Seni Visual sama taraf dengan mata pelajaran lain. • Sokongan ibu bapa dan masyarakat. Peranan dan kesedaran ibubapa dan masyarakat sebenarnya sangat penting dalam menjayakan hasrat kerajaan bagi meningkatkan celik komputer di kalangan rakyat. Ibubapa dilihat dapat memberi sokongan moral dan pendedahan yang positif bagaimana seni dapat membantu anak-anak mereka bagi meningkatkan keyakinan dan ketrampilan diri. Seni seharusnya dilihat sebagai terapi yang boleh dijadikan pemangkin bagi menjalani kehidupan yang cergas dan kreatif. Kesimpulan Untuk mengupas isu ini bukanlah mudah kerana ia memerlukan perbincangan yang lebih terperinci. Namun melalui penulisan ini, penulis melihat betapa pelajar-pelajar pada era kini terdedah dengan ledakan teknologi yang berlaku di sekeliling mereka.
  • 18. Media dan komunikasi tidak henti-henti menyogok dan memaparkan ledakan teknologi globalisasi yang pantas dan cepat senaterio dunia. Justeru dilihat ICT dalam pelajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar-pelajar kepada mata pelajaran PSV . Tanpa menidakkan kaedah konversional yang sedia ada, kaedah ICT dilihat mampu menambahbaikkan kurikulum PSV dan dengan harapan PSV tidak terus dianggap matapelajaran kelas dua. Cabaran hasil dari kemunculan teknologi komputer atau ICT boleh menjadi pencetus kepada era yang lebih gemilang dalam pendidikan seni di negara kita. Ledakan teknologi tidak harus dilihat mengubah persepsi asal sehingga kemunculan teknologi ini seolah pemangkin kepada hilangnya nilai-nilai kemanusiaan dari aspek kreativiti dan estetika.Perubahan yang muncul seharusnya dilihat dari aspek yang lebih positif. Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber juga boleh membantu melahirkan pelajar dan pendidik agar mahir dalam ICT. Kaedah pengajaran konversional chalk and talk perlu diubah dan diserap dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran menerusi peralatan ICT seperti projektor LCD, komputer dan persembahan perisian PowerPoint. Teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) menyediakan peluang kepada golongan guru Pendidikan Seni Visual sendiri bagi mempelajari maklumat dan kaedah baru dalam proses pembelajaran serta pengajaran. Jelasnya, melalui penerimaan positif dan kesedaran oleh semua pihak terhadap maha penting ICT pastinya dapat melahirkan pelajar yang lebih kompeten, kreatif dan berdaya saing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. RUJUKAN Abd Rahim Abd Rashid. ( 2005). ” Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ahmad Suhaimi Mohd Noor ( 2007 ), Sejarah Kesedaran Visual di Malaya. Tanjong Malim: UPSI Alvin Toffler ( 1971 ) “ Future Shock” . London : Pans Books LTD Arthur Efland ( 1990 ). “ A History of Art Education: Intellectual and Social Currents in Teaching the Visual Arts“ New York: Teacher College Press:
  • 19. Gardner, (1990) “Art Education and Human Development” California: The Getty Education Institute Hunter, B. (1987). “My Student Use Computer: Curriculum Plan For Grade-8.” New York: Reston Publishing. Malaysia (2001). “Rancangan Malaysia Kelapan, 2002– 2005.” Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd. Mc Keown, P. G. (1986). “Living with Computer.” USA: Harcourt Brace Jovanovich Publishers. Md. Nasir, Iberahim Hassan ( 2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Tanjung Malim: UPSI Robyler, M.D. (1988). “The Effectiveness of Microcomputer in Education.” A review of research from 1980-87. T.H.E. Journal 16 (2) : 85-89 Rudolf Arnheim ( 1991) “Thoughts on Art Education” USA: The Getty Center: Sudarman Danim(2003) “ Agenda Pembaharuan Sistem Pendidikan” Yogyakarta: Pustaka Pelajar Torrance, E.P. (1990). Thinking creatively with words manual. Benseville, IL : Scholastic Testing Service, Inc Torrance Center for Creativity & Talent Development. (1994). Torrance Center for Creativity Studies. [On-Line] Zulkifli Abdul Manaf dan Raja Mazrah Raja Hussain. (1994) “Attitudes, Knowledge and Previous Computer Experience of Teacher Trainess in the Diploma of Education Programme at the University Of Malaya.” Journal of Educational Research, 16: 1-19