SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
PANTUN MAJLIS
Bagi pengacara majlis yang ingin mendapatkan pantun bolehlah merujuk kat bawah neh:
Tabik kat pemilik asal blog neh kat sini ..
PANTUN PEMBUKA ACARA
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.
PANTUN BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
PANTUN JEMPUT MAKAN
Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.
Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.
Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.
Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.
PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN
Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
PANTUN JEMPUTAN UCAPAN
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
PANTUN UCAPAN PERASMIAN
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
PANTUN DI AKHIR MAJLIS
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
PANTUN BUAT WARGA EMAS
Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.
Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.
Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.
Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.
Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.
Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.
Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.
Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.
Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.
Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.
Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.
Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.
Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.
Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.

More Related Content

What's hot

Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
UstZulZul
 
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melataPantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Nazmi Weng
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
rozitabtzain
 
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
Cikgu R-Lan
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
ssuser83ab23
 
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
MEA2088
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Maimunah Sibli
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Nurulhuda Sharif
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
ssuser3fe836
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Sanusi Mohd
 

What's hot (20)

Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melataPantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
Pantun pembuka acara melati kuntum tumbuh melata
 
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlis
 
Contoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademikContoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademik
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bm
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
 
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
 
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
36978398 teks-pengacara-majlis-sambutan-hari-kemerdekaan
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanTeks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
 
Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdeka
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
 
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
 

Viewers also liked (14)

Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahan
 
Teks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahanTeks ucapan majlis perpisahan
Teks ucapan majlis perpisahan
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Pantun majlis
Pantun majlisPantun majlis
Pantun majlis
 
Jenis Jenis Pokok
Jenis Jenis PokokJenis Jenis Pokok
Jenis Jenis Pokok
 
Sajak pengetua
Sajak pengetuaSajak pengetua
Sajak pengetua
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
 
Skrip mc majlis jasamu dikenang
Skrip mc   majlis jasamu dikenangSkrip mc   majlis jasamu dikenang
Skrip mc majlis jasamu dikenang
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahan
 
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul pada 10
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul  pada 10Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul  pada 10
Teks pengacara majlis program sambutan maulidur rasul pada 10
 
Koleksi pantun melayu suraya 2012
Koleksi pantun melayu suraya 2012Koleksi pantun melayu suraya 2012
Koleksi pantun melayu suraya 2012
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahan
 

Similar to Pantun majlis 2

Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
oumkamil
 
Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1
zuliana2473
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat
mesol80
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasik
Salmah Md Amin
 

Similar to Pantun majlis 2 (19)

Pantun
PantunPantun
Pantun
 
koleksi_pantun_majlis.pdf
koleksi_pantun_majlis.pdfkoleksi_pantun_majlis.pdf
koleksi_pantun_majlis.pdf
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1Koleksi pantun 1
Koleksi pantun 1
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat
 
Pantun nasihat
Pantun nasihatPantun nasihat
Pantun nasihat
 
Kumpulan puisi nedi suryadi
Kumpulan puisi nedi suryadiKumpulan puisi nedi suryadi
Kumpulan puisi nedi suryadi
 
Puisi
PuisiPuisi
Puisi
 
Wawangsalan sunda
Wawangsalan sundaWawangsalan sunda
Wawangsalan sunda
 
Pantun
Pantun Pantun
Pantun
 
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlisKoleksi pantun untuk pengacara majlis
Koleksi pantun untuk pengacara majlis
 
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa MelayuBersama memartabatkan Bahasa Melayu
Bersama memartabatkan Bahasa Melayu
 
Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasik
 
Pantun
PantunPantun
Pantun
 
Dodoi anak1
Dodoi anak1Dodoi anak1
Dodoi anak1
 
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
04. Isi - Kompilasi Sajak Cikgu Iswan (1999 - 2014)
 
Pantun jamuan tahun 6
Pantun jamuan tahun 6Pantun jamuan tahun 6
Pantun jamuan tahun 6
 
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
 

More from Adnan Hassan (9)

5_6134176582543081512.pdf
5_6134176582543081512.pdf5_6134176582543081512.pdf
5_6134176582543081512.pdf
 
2. Fonetik dan Fonologi.pdf
2. Fonetik dan Fonologi.pdf2. Fonetik dan Fonologi.pdf
2. Fonetik dan Fonologi.pdf
 
1. Sejarah dan Perkembangan BM.pdf
1. Sejarah dan Perkembangan BM.pdf1. Sejarah dan Perkembangan BM.pdf
1. Sejarah dan Perkembangan BM.pdf
 
karangan power.ppt
karangan power.pptkarangan power.ppt
karangan power.ppt
 
soal selidik kajian.docx
soal selidik kajian.docxsoal selidik kajian.docx
soal selidik kajian.docx
 
kosa kata aras tinggi.docx
kosa kata aras tinggi.docxkosa kata aras tinggi.docx
kosa kata aras tinggi.docx
 
jejak-kata.pdf
jejak-kata.pdfjejak-kata.pdf
jejak-kata.pdf
 
Percubaan STPM BM Penggal 3 - Terengganu (2014).docx
Percubaan STPM BM Penggal 3 - Terengganu (2014).docxPercubaan STPM BM Penggal 3 - Terengganu (2014).docx
Percubaan STPM BM Penggal 3 - Terengganu (2014).docx
 
Instrumen pp
Instrumen ppInstrumen pp
Instrumen pp
 

Recently uploaded (7)

Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptxHadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
ALIRAN ALIRAN ILMU KALAMyang ada di indonesia .pptx
ALIRAN ALIRAN ILMU KALAMyang ada di indonesia .pptxALIRAN ALIRAN ILMU KALAMyang ada di indonesia .pptx
ALIRAN ALIRAN ILMU KALAMyang ada di indonesia .pptx
 
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEISIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 

Pantun majlis 2

  • 1. PANTUN MAJLIS Bagi pengacara majlis yang ingin mendapatkan pantun bolehlah merujuk kat bawah neh: Tabik kat pemilik asal blog neh kat sini .. PANTUN PEMBUKA ACARA Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara.
  • 2. PANTUN BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Tetak buluh kajang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. PANTUN JEMPUT MAKAN Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera. Terbang sekawan si burung merbuk, Batang selasih di Tanjung Dara; Padamu tuan kami persembah, Santapan kasih juadah mesra. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman;
  • 3. Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN Bukan rumput sebarang rumpun, Rumput penghias tepi halaman; Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan. Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan. Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. PANTUN JEMPUTAN UCAPAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Duduk sekawan si burung unta, Tepi keramat di waktu malam; Pada mu tuan kami meminta, Kata azimat penutup kalam. Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami.
  • 4. Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. PANTUN UCAPAN PERASMIAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi. Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Jangan tertawan alpa duniawi, Hanya indah serupa mimpi; Duhai pahlawan ksatria pertiwi, Hulurkan madah kata perasmi. Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. PANTUN DI AKHIR MAJLIS Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara. Di atas dahan burung tempua,
  • 5. Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Dari Rokan ke Indragiri, Membawa tinta ke Kuala Linggi; Baliklah tuan rehatkan diri, Esok kita bersua lagi. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. PANTUN BUAT WARGA EMAS Bulan purnama ke pekan Kuah, Di tengah hari membeli ragi; Dirimu umpama nyiur bertuah, Padat sari harum mewangi. Curah serbat di atas lantai, Basah tikar lupa disidai; Dikau ibarat karang di pantai, Tak pernah gentar dipukul badai. Pohon sena tepi perigi, Tepi paya si pohon jambu; Hadirmu laksana suria pagi, Menyinar maya tak pernah jemu. Anak dara ke Tanjung Batu, Janji bertemu di Teluk Bayu; Walau usia dimamah waktu, Cekal hatimu tak pernah layu. Bukan gua sebarang gua, Gua penuh pusaka bonda; Bukan tua sebarang tua, Tua penuh ilmu di dada.
  • 6. Pergi ke Nilai membeli jamu, Jamu rasa dari tenggara; Tidak ternilai jasa baktimu, Kepada bangsa juga negara. Tidak goyah pancang seribu, Tika masih badai menderu; Engkau ayah engkaulah ibu, Menumpang kasih mengubat rindu. Pohon beringin tepi keramat, Dengar siulan diufuk barat; Kalau ingin hidup selamat, Buat bekalan untuk akhirat. Beli keladi di Pekan Lidup, Sayang rasa lemaknya kurang; Taburlah budi ketika hidup, Kelak jasa dikenang orang. Pintal kapas menjadi benang, Tenun benang menjadi sari; Barang yang lepas jangan dikenang, Kalau dikenang meracun diri. Pohon senduduk baru di tanam, Sayang mati di pijak pak tani; Dari duduk baik bersenam, Senang hati sihat jasmani. Apa guna siparang panjang, Kalau tidak dengan tujuan; Apa guna berumur panjang, Kalau tidak dengan amalan. Timba suasa ditepi kali, Buat menyimbah si tuan puteri; Berputus asa jangan sekali, Jadikan tabah pakaian diri. Betik muda buat halwa, Kelapa muda santan dirasa; Biar muda di dalam jiwa, Dari tua sebelum masa.