3. KONSEP
PERSONALITI
personaliti berasal dari perkataan Latin “persona”
yang bermaksud topeng muka. Tafsiran kepada
maksud topeng muka adalah kebanyakan manusia
ingin menonjolkan perilaku baik dan
menyembunyikan yang buruk.
( Mohd. Saleh,1999)
Gordon Allport ( 1961 ) menjelaskan personaliti
sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik
dalam jiwa seseorang. Sistem ini akan menentukan
ciri-ciri tingkah laku individu dan penyesuaiannya
dengan persekitaran.
4. Michel ( 1981 ) menyatakan bahawa personaliti
adalah susunan pola tingkah laku manusia yang
disesuaikan dalam situasi kehidupan mereka.
Huffman ( 2004 ) menjelaskan personaliti sebagai
“an individual „s unique and relatively stable
pattern of thoughts, feelings and actions. Personality
describes you as a person : how are you different
from other people and what patterns of behaviour
are typical of you”
Santrock ( 2001 ) menjelaskan “personality refers to
distinctive thoughts, emotions and behaviours that
characterize the way individual adapts to the world”
5. Rogers ( 1951 ) menyatakan bahawa personaliti
merupakan sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh
seseorang individu seperti cara berfikir dan beremosi
yang memboehkan dirinya dibezakan dengan
individu lain.
Sigmund Freud mendefinisikan personaliti sebagai
sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang
individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang
boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk
kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh
seseorang dalam dirinya sendiri.
6. KLASIFIKASI
PERSONALITI
CARL GUSTAV JUNG
( 1875-1961 )
Dilahirkan di Kesswil, Switzerland.
Anak kepada seorang paderi.
seorang graduan perubatan dan
memulakan karier sebagai doktor
sakit jiwa.
meminati kerja-kerja Sigmund
Freud.
membina teori berasaskan
pengalaman peribadinya.
mengkaji pelbagai budaya manusia
seperti budaya hidup orang di
Amerika Syarikat, Afrika Dan India
untuk memahami sifat-sifat manusia.
mendapat gelaran profesor daripada
University Of Basel.
7. Menurut Carl Jung ( 1923 ), terdapat tiga jenis personaliti iaitu :
EKSTROVET
Individu yang bersifat ini lebih kepada dunia luaran
berbanding dengan dunia dalamannya. Personaliti jenis ini lebih
kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan
orang lain. Menurut Slater ( 1962 ), kebebasan adalah salah satu
ciri ekstrovet.
Ciri –ciri individu ekstrovet ialah : peramah, tidak mudah
risau, berminat dengan sukan, mudah menyesuaikan diri, aktif,
suka bersosial, responsif terhadap persekitaran, dan bertindak
mengikut impuls. Mereka tidak suka belajar atau bekerja secara
berseorangan. Mereka cepat marah tetapi tidak menyimpan
kemarahan itu lama.
8. INTROVET
Lebih tertumpu kepada aspek dalaman.
Introvet bermakna mengambil berat terhadap diri
sendiri. Mereka mempunyai ciri-ciri individu yang
mempamerkan ciri yang
pasif, pemalu, sensitif, sentiasa berfikir dahulu
sebelum bertindak dan bersedia menanggung
risiko. Mereka juga berupaya untuk meneliti dan
menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak
memerlukan rangsangan luaran. Mereka suka
merancang perkara akan datang.
9. AMBIVET
Individu ini mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua
jenis personaliti iaitu ekstrovet dan introvet. Mereka
merupakan gabungan kedua-dua jenis perkembangan
personaliti. Sifat yang mungkin ada ialah akti, sensitif,
optimistik dan gemar berseorangan.
10. Eduard Spranger
adalah seorang
ahli falsafah
Jerman dan
psikologi.
Seorang pelajar
Wilhelm Dilthey
dilahirkan di
Berlin pada 27
jun, 1882
meninggal dunia
di Tubingen pada
17 September, 1963
EDUARD SPRANGER
11. Menurut Eduard Spranger , tiada seorang pun yang mempunyai satu jenis
personaliti sahaja, tetapi meliputi enam jenis falsafah hidup iaitu :
jenis kognitif : individu jenis ini adalah merupakan seorang yang intelek
yang sentiasa menaakul dan menganalisa masalah yang dihadapi.
jenis berekonomi : individu jenis ini cenderung kepada aspek hidup
yang praktik.
jenis keindahan : cenderung kepada menghayati kehidupan, mencapai
keharmonian dan kepuasan dalam hidup.
jenis bermasyarakat : suka berkawan dan berperikemanusiaan.
jenis berkuasa politik : menunjukkan kemahuan menguasai orang lain.
jenis beragama : serius dalam kehidupan dan mencari perpaduan
sesama manusia dan alam
12. FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PERSONALITI
- Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan
fizikal, kecerdasan dan emosi.
- Di samping bentuk tubuh badan, keadaan fizikal khasnya
penyakit seperti cacat pendengaran akan mempengaruhi
perkembangan personaliti seseorang. Kanak-kanak ini
kemungkinan besar akan mempunyai ciri-ciri personaliti
introvet, bersifat pendiam dan pemalu.
- kecerdasan memainkan peranan penting dalam pembentukan
dan perkembangan personaliti seseorang.
FAKTOR BAKA
13. • contoh, orang yang mempunyai darjah kecerdasan
yang tinggi biasanya menonjolkan personaliti yang
berkeyakinan, berbudi bicara, bijaksana, berani atau
bersifat angkuh.
• emosi turut dipengaruhi oleh baka ibu bapa. Jika
seseorang individu mempunyai emosi tidak seronok
akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan
pemarah.
14. FAKTOR PERSEKITARAN
LATAR BELAKANG SEKOLAH
- Suasana sekolah yang kondusif dari segi fizikal, emosi, sosial
menyumbang kepada perkembangan personaliti yang positif.
- sekolah merupakan tempat bimbingan dan pembentukan personaliti.
- Pihak pentadbir sekolah, guru, kaunselor memainkan peranan penting
dalam pembentukan personaliti.
- sekiranya keadaan sekolah tidak selamat, takut dan terancam
menyumbang kepada personaliti individu yang tidak stabil.
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran, gerak kerja kokurikulum,
penerapan nilai murni dan budaya sekolah yang sihat akan membantu
pembentukan peribadi yang baik
15. PENGARUH KELUARGA.
- Keluarga yang dapat mewujudkan suasana
mesra, kasih sayang, bertimbang rasa dan sopan santun
akan mempengaruhi perkembangan personaliti
individu yang baik.
- ibu bapa seharusnya memberi kebebasan kepada
kanak-kanak untuk bermain, bercakap dan memilih
apa yang dimiliki bagi membina keyakinan diri
seterusnya membantu perkembangan personaliti yang
positif.
16. PERANAN MEDIA
- Peranan media seperti televisyen turut menyumbang
kepada perkembangan personaliti individu.
- maklumat yang disampaikan secara terus akan
mempengaruhi minda kanak-kanak yang
menyebabkan mereka mudah terikut dan cuba
mengadaptasi dalam diri mereka.
- Ibu bapa harus menerangkan implikasi dan motif yang
betul dalam maklumat yang disampaikan menerusi
televisyen.
17. PENGARUH SOSIOBUDAYA
- Tanpa asas pendidikan dan agama yang kukuh,
individu mudah terdedah dengan budaya masyarakat
yang negatif.
- Ia akan memberi kesan kepada sikap dan personaliti
individu.
- Gaya hidup bebas menyebabkan mereka terikut-ikut
dengan pengaruh yang tidak sihat dan menjejaskan
kehidupan individu.
18. PEMAKANAN
- Individu digalakkan makan makanan yang berzat,
bersih dan halal.
- elakkan makanatau minum yang boleh mengancam
dan menjejaskan kesihatan mental, fizikal dan emosi.
- ini kerana makanan yang kotor boleh menjejaskan
personaliti seseorang.
19. TEORI PERSONALITI
PSIKODINAMIK
TEORI PERSONALITI
CARL JUNG
TEORI PERSONALITI
ALFRED ADLER
TEORI TRAIT
GORDON ALLPORT
TEORI PERSONALITI
TRAIT RAYMOND
CATTELL
TEORI PERSONALITI
DAN TIPOLOGI
TUBUH SHELDON
TEORI PERSONALITI
FENOMENOLOGI-
HUMANISTIK
TEORI
PERSONALITI
20. TEORI PERSONALITI PSIKODINAMIK
SIGMUND FREUD ( 1856-1939 )
Freud mengemukakan teori personaliti dengan andaian bahawa
pemikiran manusia boleh dibahagikan kepada 3 alam kesedaran iaitu :
- alam sedar
- alam prasedar
- tidak sedar
dalam menerangkan 3 alam kesedaran ini, Freud telah mengambil iceberg
sebagai analogi. Beliau menjelaskan bahawa bahagian pemikiran sedar
manusia ialah bahagian iceberg yang timbul sementara sebahagian besar
iceberg yang berada di bawah permukaan air adalah bahagian pemikiran
manusia yang tidak sedar. Dalam model personaliti, beliau mnerangkan
struktur personaliti manusia terbahagi kepada 3 :
- id
- ego
superego
21.
22. STRUKTUR
PERSONALITI
MANUSIA
ID
Bahagian pemikiran
manusia yang terletak
dibahagian tidak sedar.
Sifat ID adalah primitif.
EGO
Terletak dalam tiga alam
kesedaran, iaitu sebahagian
dalam alam sedar, sebahagian
dalam alam prasedar dan
sebahagian lagi alam tidak
sedar. Beroperasi atas prinsip
realiti
SUPEREGO
Struktur personaliti
yang terletak dalam
tiga alam
kesedaran. Superego
adalah struktur
personaliti bermoral
yang terbentuk
daripada norma
masyarakat, nilai
moral dan
pendidikan agama.
24. TEORI PERSONALITI CARL JUNG
INTROVERT
Trait personaliti yang
menggambarkan ciri seperti:
Pemalu
Pendiam
Tidak suka bersosial
Tenang
AMBIVERT
Digambarkan mempunyai
sebahagian ciri-ciri personaliti
introvert dan ciri-ciri personaliti
extrovert.
EXTROVERT
Menggambarkan ciri personaliti
seperti:
Berani
Petah berbicara
Popular di kalangan rakan
Mempunyai potensi untuk
menjadi pemimpin
Contohnya :
Hamid ialah seorang penulis
novel (ciri introvert) tetapi
dia juga petah bercakap ,
mempunyai ciri pemimpin
dan sukakan aktiviti luar.
25. Sekiranya perasaan rendah
diri seseorang melampau ,
dia akan mengalami
kompleks melampau
TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER
(1870-1937)
Dinamakan
psikologi
individu
Adler percaya bahawa manusia
bermotivasi untuk :
Menyesuaikan diri
Memperbaiki diri
Menangani cabaran
Mencapai kecemerlangan
adalah fitrah manusia
Menurut Adler
semua manusia
terlibat dalam proses
kompensasi untuk
mengatasi perasaan
rendah diri
Proses kompensasi membolehkan
manusia menangani perasaan
rendah diri sebenar atau dalam
imaginasi
26. TEORI TRAIT
GORDON ALLPORT
(1897 -1967)
Allport melihat
manusia mempunyai
trait dan sifat-sifat
tertentu
Trait manusia menjadi
asas pembinaan
personaliti mereka
Trait ialah sifat semula jadi
yang mengarah tingkah laku
individu dengan kadar yang
konsisten dan melalui
penonjolan sifat-sifat
tertentu
Allport mengenal pasti 3 jenis
trait dalam personaliti manusia :
1. Trait cardinal
2. Trait pusat
3. Trait sekunder
27. TEORI PERSONALITI TRAIT RAYMOND
CATTELL (1905-1998)
Menyifatkan personaliti
manusia sebagai gabungan
beberapa trait khusus yang
berupaya menghasilkan
tingkah laku yang konsisten 2 JENIS TRAIT
Trait Permukaan
Satu sifat yang dapat
dikenal pasti daripada
tingkah laku manusia
secara langsung
Trait Sumber
Sifat-sifat yang tidak dapat
dilihat secara terus terang
daripada tingkah laku
manusia tetapi dapat
dikenal pasti melalui teknik
analisis faktor
Cattell juga mengkategorikan
kecerdasan kepada dua.
Kecerdasan Cair
Merujuk kepada kebolehan memberi
sebab-musabab, ingatan dan ketepatan
seseorang memproses maklumat
Kecerdasan Kristal
Merujuk kepada pengetahuan
yang diperoleh melalui
pengalaman atau pembelajaran.
28. TEORI PERSONALITI & TIPOLOGI TUBUH
SHELDON (1942)
Mengemukakan teori personaliti
yang mengaitkan tipologi tubuh
badan dengan trait personaliti
Mengklasifikasikan manusia kepada
3 bentuk tubuh/ somatotip
1. ENDOMORF
• Mereka yang bertubuh gemuk dan
pendek
• Trait personaliti mereka ialah:
periang
Suka bergaul
Suka menjamu makan
Ekstrovert
tenang
2. MESOMORF
•Bentuk tubuh badan tegap, keras dan kuat
•Trait personaliti seperti:
Tegas
Bertenaga agresif
Berani
3.EKTOMORF
•Orang yang mempunyai bentuk
badan kurus, tinggi dan lembut.
•Trait personaliti seperti:
Pendiam
Tidak suka bergaul
Beremosi
Introvert
Pemalu
Cerdik
29. TEORI PERSONALITI
FENOMENOLOGI-HUMANISTIK
Carl Rogers (1902-1987)
Manusia boleh dan sepatutnya
difahami dari perspektif bagaimana
mereka melihat kepada diri mereka
sendiri dan persekitaran yang ada di
sekeliling mereka
Carl Rogers juga telah
mempelopori Teori
Pemusatan Insan
Falsafah Kaunseling pemusatan
insan- pertumbuhan
psikologikal akan berlaku
sekiranya individu/kumpulan
mendapat layanan yang jujur ,
mesra dan empati
Menaruh sepenuh
kepercayaan kepada
kaunselor menjadi asas
kaunseling pemusatan insan
Rogers percaya bahawa setiap manusia
mempunyai kecenderungan ingin memenuhi
potensi yang ada pada dirinya sendiri
(to self-actualize)
Dengan itu, setiap manusia akan bergerak
menuju ke hadapan untuk memenuhi
kecenderungan ini.
30. Teori Personaliti aliran humanistik adalah seperti
berikut:
• Asas kejadian manusia bersifat positif. Arah pergerakan
manusia lebih kepada kesempurnaan
kendiri, kemantapan dan bersosialisasi
• Rogers tidak bersetuju dengan pandangan agama
Kristian bahawa manusia cenderung membuat dosa
• Beliau tidak setuju dengan Freud yang menganggap
manusia tidak rasional, tidak sosial, ganas, dan suka
merosak diri sendiri.
31. Konsep utama yang
dipelopori Rogers
1. Fenomenologi
2.Konsep mengetahui
Ada 3 cara:
a) Subjektif
b) objektif
c) interpersonal
7. Kecelaruan
psikologi
3. Struktur
personaliti
Terbahagi kepada 2
bahagian:
a) Organisma
b) Kendiri
4.
Perkembangan
Personaliti
5. Proses
Subception
6.
Perkembangan
Personaliti
32. IMPLIKASI
TERHADAP
P&P
Guru perlu sentiasa berjumpa dan berbincang dengan
ibu bapa tentang perkembangan dan personaliti murid
Guru perlu memahami tingkah laku murid, dimana ia
berperanan dalam membentuk perkembangan
personaliti murid tersebut.
Guru perlu menggunakan segala ilmu dan kemahiran
dalam psikologi pendidikan untuk memahami
personaliti murid.
33. Guru harus memberi bimbingan yang betul yang akan
membantu individu menjadi lebih berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran dan dugaan hidup
Guru perlu menyedari bahawa setiap murid unik dan
berbeza dari segi kognitif, emosi, fizikal, dan personaliti
diri.
Membantu guru dalam mengenal pasti punca tingkah
laku atau personaliti murid dalam bilik darjah