SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  18
1
Definisi

     Kaunseling kelompok membukajalan kepada individu mengubah sikap

  dan tingkahlakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok.

     Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah kelompok kecil dengan

  berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya.



Matlamat

     Membantu      pertumbuhan       pelajar    dalam     bidang      akademik    serta

  mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat.

     Mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis

  dalam diri dan krisis di antara individu.

     Mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih

  seronok di sekolah.

     Menanamkan         rasa   penerimaan      diri   sendiri   dan     belajar   untuk

  megurangkan jual mahal atau tarik diri.

     Menyedari dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang.

     Membolehkan seseorang itu sabar terhadap sebarang kesusahan.



Ciri-ciri

     Memberi focus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku.

     Penyertaan haruslah secara sukarela. Peserta harus bersedia berkongsi

  pengalaman dan bersedia mengubah diri.




                                         2
Sebelum menjadi peserta, penerangan yang jelas tentang objektif

kelompok harus diberi kepada peserta dan pentadbir.

   Bentuk kelompok yang beraneka jenis ideal jika mempunyai 8 hingga 10

ahli yang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama 1 hingga 1½ jam

dalam 3 hingga 5 sesi. Jumlah sesi bergantung kepada keperluan peserta

serta kemampuan kaunselor.

   Peranan seorang peserta kelompok amat penting dalam keberkesanan

kelompok. Seseorang peserta mempunyai sumber teraputik untuk menolong

peserta-peserta lain.

   Kerasihaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok.

   Aktiviti kaunseling hendaklah dirancanng dengan baik.

   Setiap ahli kelompok boleh mencadangkan sesuatu yang boleh memberi

kebaikan bersama.

   Seelok-eloknya ahli kelompok terdiri daripada mereka yang sama

peringkat kematangan umur.

   Seorang kaunselor mungkin sebagai pemehati sahaja.




                                   3
4
1) Kemahiran Melayan

      Hubungan baik hendaklah dijalin pada peringkat permulaan sesi

kaunseling supaya temubual kaunseling diteruskan dengan mesra, serta

mengikut langkah yang diaturkan. Dengan hubungan ini kaunselor dapat

menjalin hubungan baik dengan membuka jalan temubual seperti meyambut

kedatangan klien dengan mengucapkan :

   Kaunselor : Saya berasa sangat gembira. Saya berharap saudara boleh

   memberitahu apa yang sebenar berlaku. Kita bersama-sama mencari ikhtiar

   untuk kebaikan. Silakan.

      Kedudukan Klien. Sebelum klien berada di dalam kaunseling kelompok

kaunselor perlu mengruskankan tempat duduk klien supaya klien dapat

memerhati, berhadapan dan bercakap dengan kaunselor dengan lebih selesa.

      Bertenang. Kaunselor dan klien hendaklah duduk dalam keadaan yang

baik supaya komunikasi di antara berdua dapat difahami dengan mudah.

      Kedudukan    tubuh      Kaunselor.       Kaunselor   hendaklah   membetulkan

kedudukan tubuhnya, iaitu condong ke hadapan seolah-olah dia bersedia untuk

mendengar masalah yang disampaikan oleh klien.

      Perawakan muka. Aair muka kaunselor hendaklah senyum, suka dan

bersedia untuk memahami dan mengingat kembali apa yang disampaikan oleh

klien. Keadaan muka kaunselor yang masam menyebabkan klien berasa tawar

hati untuk menerangkan sesuatu.

      Tentangan mata. Kaunselor hendaklah merenung atau menentang mata

klienya dengan penuh perhatian semasa bercakap bagi menunjukkan kesediaan



                                           5
melibatkan diri dalam pertemuan yang diadakan. Sekiranya klien berasa malu,

bolehlah kaunselor mengubahkan psaudarangan ke arah lain bagi membolehkan

dia mencurahkan perasaan dengan lancar.

      Mengikuti percakapan klien. Kaunselor harus mengikuti perkembangan

percakapan klien dan memberi dorongan minimum bagi menggalakan dia

meneruskan perkara- perkara yang penting. Sebagai contoh kaunselor boleh

menggunakan kata-kata seperti ‘teruskan’, lantas, ‘baik’, ‘ya’, ‘jadi’, dan

sebagainya. Kaunselor juga menggunakan pergerakan fizikal seperti mengagguk

kepala.




2) Kemahiran Komunikasi Asas


      Salah satu cara meminta penjelasan semula daripada klien ialah

membuat refleksi. Dengan membuat refleksi maka kaunselor menggambarkan

bahawa dia benar-benar menghayati perasaan dan tanggapan yang diluahkan

oleh kliennya mengikut seperti yang yang dialami oleh kaunselor sendiri.

   Klien: Saya benci dengan sikap ibu bapa. Mereka tidak mementingkan diri

   saya.

   Kaunselor: Saudara berasa kecewa kerana ibu bapa saudara tidak

   mementingkan saudara?

      Pemparafaran.       Kaunselor perlu merumuskan isi-isi penting yang

dinyatakan oleh klien dari masa ke semasa. Ini bertujuan untuk meningkatkan



                                       6
kefahaman diri klien tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Ia juga

membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin menimbulkan celik akal bagi

klien menyelesaikan masalahnya.

   Klien : Saya sentiasa khayal dalam kelas. Ini menyebabkan saya dihalau

   keluar dari bilik darjah. Saya benci dengan tindakan ibu bapa. Saya selalu

   tidak diberi kasih sayang daripada ibu bapa. Saya dalam kesunyian.

   Kaunselor : Nampaknya saudara marah kerana selalu di halau keluar dari

   kelas walaupun saudara ada sebab-sebab yang sah.




3) Kemahiran Pemudahcara


      Menyoal.     Soalan-soalan yang digunakan untuk membantu ahli-ahli

kelompok menimbangkan aspek-aspek diri. Soalan ini dapat menukarkan

kesenyapan    kepada     perbincangan   yang   produktif.   Jenis   soalan   yang

dikemukakan hendak merupakan soalan terbuka supaya dapat memperolehi

banyak maklumat dari ahli-ahli. Soalan tertutup yang memerlukan ‘ya’ atau ‘tidak’

hendaklah dikurangkan.

   Klien : Saya rasa tidak mempercayai ibu bapa saya. Ibu bapa saya selalu

   sibuk dengan kerja mereka yang menyebabkan saya menagih dadah.

   Kaunselor : Nampaknya saudara tidak mempercayai ibu bapa saudara yang

   selalu sibuk dengan kerja ibu bapa. Cuba ceritakan lagi tentang kepercayaan

   yang diharapkan oleh saudara.



                                        7
Mencungkil. Apabila kaunselor mengemukakan soalan, klian hanya

hanya akan membincangkan secara ringkas sahaja. Oleh itu, kaunselor

hendaklah sensetif kepada perasaan dan pemikiran klien. Ia mendorong klien

mengkaji masalah-masalah klien dengan lebih mendalam.

   Klien : Saya tahu saya ada perasaan marah di dalam diri saya. Tapi saya

   tidak tahu puncanya.

   Kaunselor.: Jadi, saudara tahu saudara ada perasaan marah tetapi tidak

   tahu mengapa. Cuba saudara berikan situasi di mana saudara berasa lebih

   marah daparipada yang lain.

      Menyediakan suasana kelompok. Suasana yang sesuai adalah penting

bagi menjamin keberkesanan kelompok. Kaunselor boleh menyediakan suasana

yang kondusif dengan pelbagai cara termasuk susunan fizikal (kedudukan kerusi

dan meja) rasa hati yang ditunjukkan oleh kaunselor, jenis kepimpinan dan

aktiviti yang dicadangkan bagi klien. Dengan ini, klien memikirkan tentang

tingkahlaku , perasaan dan cara hendak bertindak balas.

   Kaunselor : Setakat ini kita hanya menumpukan yang ingin mengubah

   masalah diri kita. Bagaimana kita berkongsi maklumat tentang aspek-aspek

   diri kita hendak kekalkan. Ali, cuba mulakan




                                       8
9
Masalah-masalah



     Perhubungan di antara klien dengan kaunselor. Dengan ketiadaan

  perhubungan yang baik antara kaunselor dengan klien, setiap klien tidak

  mengambil bahagian secara sukarela. Klien mendiamkan diri dan tidak

  membuka mulut. Kaunselor yang tidak menjemput dengan layanan yang

  sempurna menyebabkan klien tidak berpuas hati dan tidak meyuarakan

  perasaannya. Oleh itu, klien tidak dapat percaya-mempercayai di antara satu

  sama lain. Sebagai contohnya, jika sekumpulan klien yang mempunyai

  masalah dadah yang ingin menghadiri kaunseling kelompok tetapi kaunselor

  tidak melayan dan tidak memandang mata klien menyebabkan klien tidak

  rapat dengan kaunselor.




     Perhubungan rakan sebaya. Kaunselor yang tidak mengagihkan jenis

  masalah klien iaitu perhubungan antara rakan sebaya boleh terjejas oleh

  banyak perkara. Antaranya ialah umur, jantina, perkenalan awal dan sama

  pengalaman. Dengan tidak adanya persamaan umur dan jantina maka

  setengah kelompok tidak dapat membina perhubungan yang rapat. Jika dua

  orang klien yang mempunyai masalah dadah dan selebihnya mempunyai

  masalah akademik maka       kaunseling pada hari itu tidak berjaya sebab

  pengalaman yang berlainan menyebabkan tiada perhubungan di antara klien.

  Keadaan ini berlaku jika kaunselor tidak memandang serius tentang perkara




                                    10
tersebut. Hal ini menyebabkan klien tidak dapat bekerjasama dalam aktiviti

kaunseling dan berasa takut kepada klien yang lebih tua atau klien yang

berlaian jantina.



   Pengurusan masa. Kaunselor yang tidak dapat menguruskan masa

dengan baik menyebabkan kaunseling kelompok tidak berjaya. Biasanya

kaunseling kelompok tidak mencukupi masa bagi sesetengah klien yang

memerlukan perhatian dan bantuan yang khas, walaupun setiap ahli

mendapat giliran bercakap. Contohnya, Ali mempunyai masalah dadah yang

lebih serius berbanding dengan klien-klien yang lain. Maka Ali memerlukan

masa yang lebih untuk mencurahkan isi hatinya kepada kaunselor. Jika

kaunselor tidak menguruskan masa dengan baik bagi menjalankan aktiviti

kelompok maka Ali berasa bosan dan ingin melarikan diri daripada

kaunseling kelompok.



   Suasana kelompok.       Kaunselor yang     tidak meyediakan    suasana

kaunseling yang kondusif menyebabkan masalah dalam kaunseling akan

timbul. Jika suasana fizikal seperti kedudukan kerusi dan meja tidak diurus

maka klien yang mempunyai masalah dadah tidak berasa selesa dalam

suasana ini bagi mencurahkan isi hatinya kepada kaunselor. Hal ini

menyebabkan ahli kelompok tidak minat dan sukar untuk mereka memberi

perhatian dalam sesi kaunseling. Klien boleh hilang minat dan mendapati

kaunseling kelompok ini membosankan.




                                  11
Lain-lain Masalah


     Sesetengah ahli kelompok menjadi terlalu bergantung kepada ahli-ahli

  kelompok yang lain. Setiap masalah yang dihadapi, walaupun kecil,

  seharusnya dikemukakan dengan harapan yang diselesaikan oleh kelompok.

     Bukan semua individu didapati sesuai bagi kaunseling kelompok. Ada

  yang terlalu agresif, yang mirip untuk mengesyaki orang lain atau terlalu

  mudah tersinggung perasaan. Individu seperti ini mungkin tidak dapat

  berfaedah dari sesi-sesi kelompok.

     Ada klien yang menggunakan situasi kelompok untuk meluahkan

  perasaan dan masalahnya untuk mendapatkan empati tetapi tidak serius

  untuk bertindak ke arah penyelesaian masalahnya.

     Takut dilihat oleh klien-klien lain sebagai bodoh.

     Takut menjelajahi diri tentang kebimbingan yang dialami oleh diri sendiri.

     Takut melihat diri dengan jujur kerana mungkin tidak terdapat apa-apa

  kekuatan pada dirinya sendiri.

     Takut bahawa pendedahan diri boleh menyebabkan dirinya disingkir atau

  tidak diterima oleh ahli-ahli lain. Misalnya, kalau Ali memberitahu dia khayal

  selalu sehingga    tidak menumpukan perhatian dalam pelajaran, mungkin

  lebih ramai lagi ahli-ahli kelompok tidak berani mendekatinya.




                                       12
13
Kesimpulan

      Pada keseluruhanya, kaunseling kelompok merupakan salah satu cara

bagi membantu pelajar-pelajar yang bermasalah terutamanya masalah ketagihan

dadah. Ahli-ahli kelompok memperolehi kemahiran sosial semasa berinteraksi

dengan ahli-ahli yang lain dan klien juga menjadi sistem pembantu kepada

ahlinya

      Sebagai seorang kaunselor ,mempunyai respon yang tinggi iaitu mengajar

klien kemahiran komunikasi yang boleh diterapkan dalam kelompok. Usaha

kerjasama dari klien akan membuat kelompok menjadi lebih produktif dan

membuatkan tugas kaunselor lebih mudah.

      Oleh sebab pelajar gemar bekerja dalam kumpulan dan perhubungan

rakan sebaya memainkan peranan penting dalam perkembangan anak muda,

kaunseling kelompok menjadi intervensi kaunseling yang berharga.




                                     14
15
16
Bibliografi

     http://www.chonghwa13tripod.com/berita4.html

     http://www.tuanmat.tripod.com/ragamkaunseling.html

     http://www.usm.my/education/kaunseling/etika.htm

     http://www.pemadam.org.my/main.php

     Muhd      Mansur   Abdullah,   Siti    Nordinor   Mhod   Tamin,   Penghantar

  Kaunseling, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993

     Aminah Hashim, Bimbingan dan Kaunseling, Federal Publications, 1996

     Tang Chee Yee, Bimbingan dan Kaunseling di Sek Rendah & Menengah,

  Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, 1997.

     Ee Ah Meng, Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling, Penerbitan Fajar Bakti

  Sdn. Bhd. 1998.

     Mohd Salleh Lebar, Bimbingan dan Kaunseling, Siri Pendidikan Longman,

  1993

     Ee Ah Meng, Bimbingan dan Kaunseling II, Penerbitan Fajar Bakti Sdn.

  Bhd. 1998.

     Robert D.Myrick, Perkembangan Bimbingan dan Kaunseling Pendekatan

  yang peraktis, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

     Mun Mansur, Kaunseling Kelompok Teori & Praktis, UTM 1989.

     Mok Soon Sang, Bimbingan dan Kaunseling, Kumpulan Budiman Sdn.

  Bhd. 2002.




                                           17
18

Contenu connexe

Tendances

EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
Stephanie Unsil
 
Peranan pemudahcara dan ahli ahli dalam kaunseling kelompok
Peranan pemudahcara dan ahli ahli dalam kaunseling kelompokPeranan pemudahcara dan ahli ahli dalam kaunseling kelompok
Peranan pemudahcara dan ahli ahli dalam kaunseling kelompok
pudinz
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Humyra Amer
 
Sejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjayaSejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjaya
Khairuddin Nisa
 

Tendances (20)

Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling Individu
 
teori gestalt therapy
teori gestalt therapyteori gestalt therapy
teori gestalt therapy
 
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
 
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselorciri-ciri kaunseling dan kaunselor
ciri-ciri kaunseling dan kaunselor
 
terapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individuterapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individu
 
25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling25421422 proses-kelompok-kaunseling
25421422 proses-kelompok-kaunseling
 
Bab 5 Model Proses Kaunseling
Bab 5   Model Proses KaunselingBab 5   Model Proses Kaunseling
Bab 5 Model Proses Kaunseling
 
Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok
 
6.nilai dan etika_kaunseling
6.nilai dan etika_kaunseling6.nilai dan etika_kaunseling
6.nilai dan etika_kaunseling
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
 
perhubungan menolong
perhubungan menolongperhubungan menolong
perhubungan menolong
 
Peranan pemudahcara dan ahli ahli dalam kaunseling kelompok
Peranan pemudahcara dan ahli ahli dalam kaunseling kelompokPeranan pemudahcara dan ahli ahli dalam kaunseling kelompok
Peranan pemudahcara dan ahli ahli dalam kaunseling kelompok
 
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
 teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
teori tingkah laku kognitif cbt aaron beck
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
 
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan KaunselingIntervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
Intervensi Krisis dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
 
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling IndividuFasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
Fasa-fasa Dalam Proses Kaunseling Individu
 
Sejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjayaSejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjaya
 

Similaire à 17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok

Kump 7 tutorial 4
Kump 7 tutorial 4Kump 7 tutorial 4
Kump 7 tutorial 4
slim_world
 
Presentation (bhs)
Presentation (bhs)Presentation (bhs)
Presentation (bhs)
mohdnursani
 
Nota kaunseling industri (keseluruhan)
Nota kaunseling industri (keseluruhan)Nota kaunseling industri (keseluruhan)
Nota kaunseling industri (keseluruhan)
Liew Yeong Cherng
 
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunselingHbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
ajajamelia
 
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunselingHbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
ajajamelia
 
Bimbingan klompok
Bimbingan klompokBimbingan klompok
Bimbingan klompok
ade fikri
 

Similaire à 17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok (20)

Kump 7 tutorial 4
Kump 7 tutorial 4Kump 7 tutorial 4
Kump 7 tutorial 4
 
Bab 2 Kaunseling
Bab 2    KaunselingBab 2    Kaunseling
Bab 2 Kaunseling
 
ESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencanaESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencana
 
Presentation (bhs)
Presentation (bhs)Presentation (bhs)
Presentation (bhs)
 
peta kognitif
peta kognitif peta kognitif
peta kognitif
 
Trait and-factor
Trait and-factorTrait and-factor
Trait and-factor
 
Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
 
Teori teori konseling
Teori teori konselingTeori teori konseling
Teori teori konseling
 
Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan
Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan SukanSesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan
Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan
 
Teknik konseling
Teknik konseling Teknik konseling
Teknik konseling
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
Nota kaunseling industri (keseluruhan)
Nota kaunseling industri (keseluruhan)Nota kaunseling industri (keseluruhan)
Nota kaunseling industri (keseluruhan)
 
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunselingHbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
 
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunselingHbef 2203 bimbingan dan kaunseling
Hbef 2203 bimbingan dan kaunseling
 
KOMUNIKASI 4.pptx
KOMUNIKASI 4.pptxKOMUNIKASI 4.pptx
KOMUNIKASI 4.pptx
 
Pert.iv
Pert.ivPert.iv
Pert.iv
 
Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling
 
01 pengenalan kaunseling
01 pengenalan kaunseling01 pengenalan kaunseling
01 pengenalan kaunseling
 
Bimbingan klompok
Bimbingan klompokBimbingan klompok
Bimbingan klompok
 
NOTA RINGKAS EDU3107
NOTA RINGKAS EDU3107NOTA RINGKAS EDU3107
NOTA RINGKAS EDU3107
 

17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok

  • 1. 1
  • 2. Definisi Kaunseling kelompok membukajalan kepada individu mengubah sikap dan tingkahlakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok. Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya. Matlamat Membantu pertumbuhan pelajar dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat. Mewujudkan program pencegahan yang dapat mengurangkan krisis dalam diri dan krisis di antara individu. Mengurangkan masalah disiplin serta mewujudkan suasana yang lebih seronok di sekolah. Menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar untuk megurangkan jual mahal atau tarik diri. Menyedari dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang. Membolehkan seseorang itu sabar terhadap sebarang kesusahan. Ciri-ciri Memberi focus kepada pemikiran sedar dan tingkah laku. Penyertaan haruslah secara sukarela. Peserta harus bersedia berkongsi pengalaman dan bersedia mengubah diri. 2
  • 3. Sebelum menjadi peserta, penerangan yang jelas tentang objektif kelompok harus diberi kepada peserta dan pentadbir. Bentuk kelompok yang beraneka jenis ideal jika mempunyai 8 hingga 10 ahli yang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama 1 hingga 1½ jam dalam 3 hingga 5 sesi. Jumlah sesi bergantung kepada keperluan peserta serta kemampuan kaunselor. Peranan seorang peserta kelompok amat penting dalam keberkesanan kelompok. Seseorang peserta mempunyai sumber teraputik untuk menolong peserta-peserta lain. Kerasihaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok. Aktiviti kaunseling hendaklah dirancanng dengan baik. Setiap ahli kelompok boleh mencadangkan sesuatu yang boleh memberi kebaikan bersama. Seelok-eloknya ahli kelompok terdiri daripada mereka yang sama peringkat kematangan umur. Seorang kaunselor mungkin sebagai pemehati sahaja. 3
  • 4. 4
  • 5. 1) Kemahiran Melayan Hubungan baik hendaklah dijalin pada peringkat permulaan sesi kaunseling supaya temubual kaunseling diteruskan dengan mesra, serta mengikut langkah yang diaturkan. Dengan hubungan ini kaunselor dapat menjalin hubungan baik dengan membuka jalan temubual seperti meyambut kedatangan klien dengan mengucapkan : Kaunselor : Saya berasa sangat gembira. Saya berharap saudara boleh memberitahu apa yang sebenar berlaku. Kita bersama-sama mencari ikhtiar untuk kebaikan. Silakan. Kedudukan Klien. Sebelum klien berada di dalam kaunseling kelompok kaunselor perlu mengruskankan tempat duduk klien supaya klien dapat memerhati, berhadapan dan bercakap dengan kaunselor dengan lebih selesa. Bertenang. Kaunselor dan klien hendaklah duduk dalam keadaan yang baik supaya komunikasi di antara berdua dapat difahami dengan mudah. Kedudukan tubuh Kaunselor. Kaunselor hendaklah membetulkan kedudukan tubuhnya, iaitu condong ke hadapan seolah-olah dia bersedia untuk mendengar masalah yang disampaikan oleh klien. Perawakan muka. Aair muka kaunselor hendaklah senyum, suka dan bersedia untuk memahami dan mengingat kembali apa yang disampaikan oleh klien. Keadaan muka kaunselor yang masam menyebabkan klien berasa tawar hati untuk menerangkan sesuatu. Tentangan mata. Kaunselor hendaklah merenung atau menentang mata klienya dengan penuh perhatian semasa bercakap bagi menunjukkan kesediaan 5
  • 6. melibatkan diri dalam pertemuan yang diadakan. Sekiranya klien berasa malu, bolehlah kaunselor mengubahkan psaudarangan ke arah lain bagi membolehkan dia mencurahkan perasaan dengan lancar. Mengikuti percakapan klien. Kaunselor harus mengikuti perkembangan percakapan klien dan memberi dorongan minimum bagi menggalakan dia meneruskan perkara- perkara yang penting. Sebagai contoh kaunselor boleh menggunakan kata-kata seperti ‘teruskan’, lantas, ‘baik’, ‘ya’, ‘jadi’, dan sebagainya. Kaunselor juga menggunakan pergerakan fizikal seperti mengagguk kepala. 2) Kemahiran Komunikasi Asas Salah satu cara meminta penjelasan semula daripada klien ialah membuat refleksi. Dengan membuat refleksi maka kaunselor menggambarkan bahawa dia benar-benar menghayati perasaan dan tanggapan yang diluahkan oleh kliennya mengikut seperti yang yang dialami oleh kaunselor sendiri. Klien: Saya benci dengan sikap ibu bapa. Mereka tidak mementingkan diri saya. Kaunselor: Saudara berasa kecewa kerana ibu bapa saudara tidak mementingkan saudara? Pemparafaran. Kaunselor perlu merumuskan isi-isi penting yang dinyatakan oleh klien dari masa ke semasa. Ini bertujuan untuk meningkatkan 6
  • 7. kefahaman diri klien tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Ia juga membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin menimbulkan celik akal bagi klien menyelesaikan masalahnya. Klien : Saya sentiasa khayal dalam kelas. Ini menyebabkan saya dihalau keluar dari bilik darjah. Saya benci dengan tindakan ibu bapa. Saya selalu tidak diberi kasih sayang daripada ibu bapa. Saya dalam kesunyian. Kaunselor : Nampaknya saudara marah kerana selalu di halau keluar dari kelas walaupun saudara ada sebab-sebab yang sah. 3) Kemahiran Pemudahcara Menyoal. Soalan-soalan yang digunakan untuk membantu ahli-ahli kelompok menimbangkan aspek-aspek diri. Soalan ini dapat menukarkan kesenyapan kepada perbincangan yang produktif. Jenis soalan yang dikemukakan hendak merupakan soalan terbuka supaya dapat memperolehi banyak maklumat dari ahli-ahli. Soalan tertutup yang memerlukan ‘ya’ atau ‘tidak’ hendaklah dikurangkan. Klien : Saya rasa tidak mempercayai ibu bapa saya. Ibu bapa saya selalu sibuk dengan kerja mereka yang menyebabkan saya menagih dadah. Kaunselor : Nampaknya saudara tidak mempercayai ibu bapa saudara yang selalu sibuk dengan kerja ibu bapa. Cuba ceritakan lagi tentang kepercayaan yang diharapkan oleh saudara. 7
  • 8. Mencungkil. Apabila kaunselor mengemukakan soalan, klian hanya hanya akan membincangkan secara ringkas sahaja. Oleh itu, kaunselor hendaklah sensetif kepada perasaan dan pemikiran klien. Ia mendorong klien mengkaji masalah-masalah klien dengan lebih mendalam. Klien : Saya tahu saya ada perasaan marah di dalam diri saya. Tapi saya tidak tahu puncanya. Kaunselor.: Jadi, saudara tahu saudara ada perasaan marah tetapi tidak tahu mengapa. Cuba saudara berikan situasi di mana saudara berasa lebih marah daparipada yang lain. Menyediakan suasana kelompok. Suasana yang sesuai adalah penting bagi menjamin keberkesanan kelompok. Kaunselor boleh menyediakan suasana yang kondusif dengan pelbagai cara termasuk susunan fizikal (kedudukan kerusi dan meja) rasa hati yang ditunjukkan oleh kaunselor, jenis kepimpinan dan aktiviti yang dicadangkan bagi klien. Dengan ini, klien memikirkan tentang tingkahlaku , perasaan dan cara hendak bertindak balas. Kaunselor : Setakat ini kita hanya menumpukan yang ingin mengubah masalah diri kita. Bagaimana kita berkongsi maklumat tentang aspek-aspek diri kita hendak kekalkan. Ali, cuba mulakan 8
  • 9. 9
  • 10. Masalah-masalah Perhubungan di antara klien dengan kaunselor. Dengan ketiadaan perhubungan yang baik antara kaunselor dengan klien, setiap klien tidak mengambil bahagian secara sukarela. Klien mendiamkan diri dan tidak membuka mulut. Kaunselor yang tidak menjemput dengan layanan yang sempurna menyebabkan klien tidak berpuas hati dan tidak meyuarakan perasaannya. Oleh itu, klien tidak dapat percaya-mempercayai di antara satu sama lain. Sebagai contohnya, jika sekumpulan klien yang mempunyai masalah dadah yang ingin menghadiri kaunseling kelompok tetapi kaunselor tidak melayan dan tidak memandang mata klien menyebabkan klien tidak rapat dengan kaunselor. Perhubungan rakan sebaya. Kaunselor yang tidak mengagihkan jenis masalah klien iaitu perhubungan antara rakan sebaya boleh terjejas oleh banyak perkara. Antaranya ialah umur, jantina, perkenalan awal dan sama pengalaman. Dengan tidak adanya persamaan umur dan jantina maka setengah kelompok tidak dapat membina perhubungan yang rapat. Jika dua orang klien yang mempunyai masalah dadah dan selebihnya mempunyai masalah akademik maka kaunseling pada hari itu tidak berjaya sebab pengalaman yang berlainan menyebabkan tiada perhubungan di antara klien. Keadaan ini berlaku jika kaunselor tidak memandang serius tentang perkara 10
  • 11. tersebut. Hal ini menyebabkan klien tidak dapat bekerjasama dalam aktiviti kaunseling dan berasa takut kepada klien yang lebih tua atau klien yang berlaian jantina. Pengurusan masa. Kaunselor yang tidak dapat menguruskan masa dengan baik menyebabkan kaunseling kelompok tidak berjaya. Biasanya kaunseling kelompok tidak mencukupi masa bagi sesetengah klien yang memerlukan perhatian dan bantuan yang khas, walaupun setiap ahli mendapat giliran bercakap. Contohnya, Ali mempunyai masalah dadah yang lebih serius berbanding dengan klien-klien yang lain. Maka Ali memerlukan masa yang lebih untuk mencurahkan isi hatinya kepada kaunselor. Jika kaunselor tidak menguruskan masa dengan baik bagi menjalankan aktiviti kelompok maka Ali berasa bosan dan ingin melarikan diri daripada kaunseling kelompok. Suasana kelompok. Kaunselor yang tidak meyediakan suasana kaunseling yang kondusif menyebabkan masalah dalam kaunseling akan timbul. Jika suasana fizikal seperti kedudukan kerusi dan meja tidak diurus maka klien yang mempunyai masalah dadah tidak berasa selesa dalam suasana ini bagi mencurahkan isi hatinya kepada kaunselor. Hal ini menyebabkan ahli kelompok tidak minat dan sukar untuk mereka memberi perhatian dalam sesi kaunseling. Klien boleh hilang minat dan mendapati kaunseling kelompok ini membosankan. 11
  • 12. Lain-lain Masalah Sesetengah ahli kelompok menjadi terlalu bergantung kepada ahli-ahli kelompok yang lain. Setiap masalah yang dihadapi, walaupun kecil, seharusnya dikemukakan dengan harapan yang diselesaikan oleh kelompok. Bukan semua individu didapati sesuai bagi kaunseling kelompok. Ada yang terlalu agresif, yang mirip untuk mengesyaki orang lain atau terlalu mudah tersinggung perasaan. Individu seperti ini mungkin tidak dapat berfaedah dari sesi-sesi kelompok. Ada klien yang menggunakan situasi kelompok untuk meluahkan perasaan dan masalahnya untuk mendapatkan empati tetapi tidak serius untuk bertindak ke arah penyelesaian masalahnya. Takut dilihat oleh klien-klien lain sebagai bodoh. Takut menjelajahi diri tentang kebimbingan yang dialami oleh diri sendiri. Takut melihat diri dengan jujur kerana mungkin tidak terdapat apa-apa kekuatan pada dirinya sendiri. Takut bahawa pendedahan diri boleh menyebabkan dirinya disingkir atau tidak diterima oleh ahli-ahli lain. Misalnya, kalau Ali memberitahu dia khayal selalu sehingga tidak menumpukan perhatian dalam pelajaran, mungkin lebih ramai lagi ahli-ahli kelompok tidak berani mendekatinya. 12
  • 13. 13
  • 14. Kesimpulan Pada keseluruhanya, kaunseling kelompok merupakan salah satu cara bagi membantu pelajar-pelajar yang bermasalah terutamanya masalah ketagihan dadah. Ahli-ahli kelompok memperolehi kemahiran sosial semasa berinteraksi dengan ahli-ahli yang lain dan klien juga menjadi sistem pembantu kepada ahlinya Sebagai seorang kaunselor ,mempunyai respon yang tinggi iaitu mengajar klien kemahiran komunikasi yang boleh diterapkan dalam kelompok. Usaha kerjasama dari klien akan membuat kelompok menjadi lebih produktif dan membuatkan tugas kaunselor lebih mudah. Oleh sebab pelajar gemar bekerja dalam kumpulan dan perhubungan rakan sebaya memainkan peranan penting dalam perkembangan anak muda, kaunseling kelompok menjadi intervensi kaunseling yang berharga. 14
  • 15. 15
  • 16. 16
  • 17. Bibliografi http://www.chonghwa13tripod.com/berita4.html http://www.tuanmat.tripod.com/ragamkaunseling.html http://www.usm.my/education/kaunseling/etika.htm http://www.pemadam.org.my/main.php Muhd Mansur Abdullah, Siti Nordinor Mhod Tamin, Penghantar Kaunseling, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993 Aminah Hashim, Bimbingan dan Kaunseling, Federal Publications, 1996 Tang Chee Yee, Bimbingan dan Kaunseling di Sek Rendah & Menengah, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, 1997. Ee Ah Meng, Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1998. Mohd Salleh Lebar, Bimbingan dan Kaunseling, Siri Pendidikan Longman, 1993 Ee Ah Meng, Bimbingan dan Kaunseling II, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1998. Robert D.Myrick, Perkembangan Bimbingan dan Kaunseling Pendekatan yang peraktis, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997. Mun Mansur, Kaunseling Kelompok Teori & Praktis, UTM 1989. Mok Soon Sang, Bimbingan dan Kaunseling, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. 2002. 17
  • 18. 18