SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
Kepentingan akidah yang mantap dalam pembentukan sahsiah muslim yang
                               berkualiti.

      Islam adalah agama yang telus dan suci yang telah disyariatkan oleh Allah
S.W.T kepada manusia melalui pesuruh-Nya iaitu Rasullullah S.A.W. Islam telah
menekankan 3 asas utama iaitu, ibadah, akhlak dan akidah. Pendidikan Akidah
merupakan teras yang paling penting dalam mendidik umat manusia menanam
keyakinan kepada keesaan Allah S.W.T dan mengabdikan diri kepada-Nya. Tanpa
akidah yang kukuh, maka rosaklah iman dan menimbulkan permasalahan seperti
ajaran sesat dan murtad. Ini menunjukkan bahawa pembinaan akidah yang mantap
amat penting untuk membentuk sahsiah yang berkualiti.

      Berdasarkan kitab faridatul al-faraid fill ilmu tauhid hasil karangan Ahmad bin
Mohammad zain bin Musthafa bin Muhammad Al-Fathoni, perkataan akidah diambil
dari kata dasar bahasa arab iaitu „aqoda‟ yang bererti       ikatan atau simpulan.
Perkataan ini juga membawa maksud sesuatu yang teguh, mantap dan tidak mudah
dipengaruhi. Semua orang yang beragama Islam yang mana telah mencapai akil
baligh diwajibkan mempelajari ilmu akidah. “Aqidah artinya ketetapan yang tidak ada
keraguan pada orang yang mengambil keputusan. Sedang pengertian aqidah dalam
agama maksudnya adalah berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti
aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul. Bentuk jamak dari aqidah
adalah aqa-id.” (Abdullah bin Abdul Hamid Al-Atsari ,2008). Berdasarkan dua
pendapat diatas, kesimpulannya akidah merupakan kepercayaan dan keteguhan
dalam mengesakan Allah S.W.T. Sebagai umat Islam, wajib bagi kita mendalami
ilmu ini bagi membentuk asas iman yang kuat. Seperti kata-kata Imam Al-Ghazali
yang menyatakan, manusia itu ibarat sepohon pokok dengan akarnya adalah
akidah,   batangnya   simbolik   kepada   kefardhuan,   manakala     daun-daun    itu
melambangkan amalan-amalan sunat , maka buah dan bunga itu dianggap sebagai
akhlaknya. (Dr.Aminuddin Mansor,Harian Metro, 2012).Manusia boleh dianalogikan
seperti sepohon pokok. Jika sepohon pokok yang dijaga,dibaja dan disiram setiap
hari, sudah tentulah pokok itu akan tumbuh dan hidup dengan baik. Sama seperti
manusia, jika didik dan diajar dengan pendidikan agama yang betul serta mantap
sejak kecil, maka mantaplah akidahnya. Kajian membuktikan, mendidik anak-anak
pada usia muda lebih berkesan berbanding mendidik mereka pada usia yang lebih
tua.Pepatah juga selalu menyebut, melentur buluh,biarlah dari rebungnya. Buluh

                                          1
yang keras susah untuk dipatahkan, samalah seperti anak-anak yang sudah
meningkat dewasa, sukar untuk dinasihati dan mendengar nasihat.

      Terdapat pelbagai kepentingan akidah dalam Islam. Antaranya adalah
memelihara daripada penyelewengan akidah. Penyelewengan dalam akidah boleh
berlaku dalam 3 aspek iaitu dari segi pemikiran, kata-kata dan perbuatan.
Penyelewengan dari segi percakapan akan terjadi apabila seseorang itu,
mengucapkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam. Misalnya,
dengan mengatakan Islam ini adalah satu cara hidup yang tidak sesuai diamalkan
sepanjang zaman. Melalui perbuatan pula, akan terbatalnya akidah jika individu
tersebut melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam, contohnya upacara
pemujaan pokok dan sebagainya. Keraguan yang timbul didalam hati tentang
kesahihan ajaran Islam dan terhadap al-Quran serta Assunnah adalah contoh bagi
penyelewengan memalui pemikiran atau hati. Penyelewengan akidah          ini akan
terjadi jika seseorang itu lemah atau tiada kefahaman yang sahih dan benar tentang
ilmu akidah Islam itu sendiri. Seterusnya, golongan ini akan mudah terjerumus dan
terpedaya dengan ajaran sesat ataupun murtad.Buktinya boleh dilihat dengan jelas
pada remaja zaman sekarang. Mereka yang kurang didikan agama mudah
terpengaruh dengan budaya negatif. Pernah suatu ketika dahulu budaya Black Metal
menjadi kontroversi di negara kita dan yang menjadi mangsa adalah golongan
muda. Budaya ini menular di kalangan remaja yang mudah dipengaruhi oleh anasir
barat. Akibatnya, ramai remaja yang hilang pegangan agama. Betapa besarnya
kesan yang dialami jika anak-anak tidak didik dengan ajaran Islam yang mantap.
Oleh sebab itu, mempelajari ilmu akidah ini tidak boleh dipandang enteng kerana
impak yang bakal menimpa sangat buruk jika kita tidak menguasai ilmu akidah
dengan betul. Persiapkanlah anak-anak dengan ilmu akidah yang kukuh agar iman
mereka tidak akan mudah goyah dan runtuh.

             Sehubungan itu, akidah juga penting bagi membentuk keperibadian
insan. Bukanlah mudah untuk melahirkan manusia yang berperibadi unggul. Dalam
konteks ini, asas iman yang kuat diperlukan dalam diri seseorang itu. Dengan
berbekalkan akidah yang mantap,kita boleh membentuk keperibadian yang
cemerlang dan menjadi contoh kepada orang lain. Berbalik kepada maksud akidah,
menurut Mohd Sulaiman Yassin (1987) akidah Islam adalah akidah yang
bersumberkan ketuhanan,dalam bahasa arab dipanggil akidah „Rabbaniyyah‟.Beliau

                                        2
menyatakan lagi bahawa akidah Islam bersifat syumul, tetap serta menyeluruh.
Tabiat akidah seperti ini bersifat kukuh dan teguh. Jika akar pohon itu sihat, maka
sihatlah juga isinya. Begitu juga manusia, jika teguh dan kuat akidahnya maka
unggullah peribadinya. Kemantapan dan kekukuhan akidah itu adalah berdasarkan
kemantapan dan keteguhan ilmu akidah Islam itu sendiri yang bersifat merangkumi
hakikat ketuhanan, hakikat alam semesta dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai
kebenaran.Maka dengan ini,sumber kekuatan Islam adalah berdasarkan kekuatan
akidah itu sendiri. Jasmani yang kuat, berpunca daripada jiwa dan rohani yang utuh
pegangan akidahnya. Semuanya bermula dengan hati kecil manusia. Hati yang
memainkan peranan untuk meyakinkan diri dan hati jugalah yang dapat menguasai
akal fikiran waras manusia. Allah S.W.T menganugerahkan manusia dengan nikmat
yang paling berharga iaitu akal. Walau bagaimanapun, hati yang mengawal minda
kerana apa yang terdetik di hati pasti akan mempengaruhi pemikiran manusia. Oleh
itu, didiklah dari bermula dari hati. Tanamkanlah kepercayaan di dalam hati dengan
keesaan dan kewujudan Allah S.W.T atau dalam erti kata lain ilmu mentauhidkan
Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan kekuatan rohani iaitu kekuatan akidah yang
bermula dari hati yang akan membuahkan jasmani yang kuat iaitu keperibadian yang
mulia.

         Bukanlah mudah untuk menjadi manusia yang berakhlak mulia. Setiap
manusia di atas muka bumi ini tidak terkecuali dari melakukan kesalahan dalam
kehidupan. Demi mencapai keperibadian insan yang mulia dan cemerlang, selalulah
beribadah kepada-Nya untuk memohon petunjuk dan hidayah. Perkara yang paling
mustahak sekali adalah niat kita dalam melakukan ibadah. Beribadahlah dengan
penuh ikhlas dan tawadhuk bukan beribadah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk
kepada orang lain. Allah itu Maha Mengetahui, insya-Allah jika ikhlas ibadah itu, kita
akan memperoleh keredhaan dari-Nya. Dalam setiap perkara yang dilakukan di atas
bumi Allah ini, haruslah dilakukan semata- mata untuk mencari keredhaan Allah,
barulah akan memperoleh keberkatan. Secara tidak langsung, akidah atau iman
dalam diri akan meningkat kerana keberkatan yang telah diperoleh daripada Allah
S.W.T. Sejarah para rasul dan sahabat-sahabat mereka banyak yang menunjukkan
teladan yang baik dan patut dicontohi. Kisah Abdul Rahman bin Auf bin Osman bin
Affan yang sanggup membelanjakan kesemua hartanya demi mempertahankan
Islam, namun beliau tidak kisah kerana masih ada rasul dan Allah. Ali bin Abi Talib

                                          3
yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan rasullullah S.A.W.
Para sahabat ini telah mempamerkan akidah Islam yang kental dan semua ini
adalah hasil daripada pendidikan akidah yang mantap.

       Selain itu, kemantapan akidah juga penting kerana akidah itu mendasari
amalan manusia. Amalan seseorang itu bergantung kepada kekuatan akidahnya.
Dalam erti kata yang lain, orang yang beriman itu lain amalannya berbanding
dengan orang yang tidak beriman. Allah tidak akan menerima amalan seseorang
manusia jika mereka tidak berpegang kepada akidah yang benar dan sah.
Maksudnya disini walau sebaik mana pun amalah seseorang itu, tidak akan diterima
oleh Allah kecuali orang yang berpegang kepada akidah yang sah lagi benar. Ini
adalah disebabkan orang yang tiada pegangan akidah yang benar, melakukan
perkara tanpa mengira sah atau tidak, halal atau haram. Pendek kata, mereka hanya
melakukannya tanpa tujuan yang jelas. Golongan ini, melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan pahala dan tidak takut akan seksaan hari pembalasan. Mereka
melakukan sesuatu tanpa mengharapkan redha Allah S.W.T.

               Iman ada turun naik parasnya. Pada ketika kita melakukan kebaikan,
maka naiklah paras iman, jika kita melakukan kemungkaran maka, turunlah paras
iman kita.

       Sabda Rasulullah s.a.w:

       Ertinya:   ”Iman ada mempunyai tujuh puluh atau mempunyai enam puluh
cabang, maka yang sebaik baik ucapan perkataan “La Ilaha IllaAllah” dan serendah-
rendahnya membuang sesuatu benda yang menyakiti manusia di tengah jalan dan
malu itu sebahagian dari cabang Iman.” (Muttafaqun Alaibah)

       Orang yang beriman amat peka dengan ibadahnya berbanding dengan orang
yang tidak beriman. Sebagai contoh diambil ketika situasi kita sedang sibuk bekerja.
Orang yang beriman sudah pasti tidak akan meninggalkan solat dan akan segera
menunaikannya walau sesibuk dan seletih mana pun mereka. Bagi orang yang tidak
beriman      pula, mereka   akan   menangguh-nangguhkan       untuk bersolat   demi
menyiapkan kerja. Samalah seperti situasi ketika mengadakan kenduri kahwin.
Pengantin akan berpakaian dan berhias cantik untuk meraikan hari yang
berbahagia. Rata-rata kebanyakan pengantin tidak sanggup membasuh mekap

                                         4
dengan alasan sekali seumur hidup meraikan hari perkahwinan dan akhirnya tidak
bersolat. Jelas menunjukkan di sini, betapa rapuhnya akidah masyarakat kita pada
masa kini. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa betapa pentingya peranan akidah
dalam diri umat Islam dan betapa kita perlu memantapkan akidah agar kita tidak
melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan sentiasa takut akan Allah S.W.T




        Bagaimana ajaran sesat banyak menimbulkan masalah dalam agama,
                            masyarakat dan negara

      Dewasa ini, jika dilihat rata-rata di seluruh negara mahupun dunia, unsur
ajaran sesat mula menular dan semakin bermaharajalela. Golongan remaja belia
masa kini, mudah tergelincir ke jalan yang salah. Mengapa hal sebegini boleh
terjadi? Sudah pasti puncanya adalah asas ilmu akidah dalam diri yang rapuh dan
tidak kukuh. Fenomena sebegini amatlah berbahaya kerana dapat meruntuhkan
generasi Islam yang akan datang dan seterusnya menenggelamkan umat Islam.

             Ajaran sesat boleh ditafsirkan sebagai ajaran yang lari dari landasan
Islam yang sebenar. Selain itu, ajaran sesat juga dikatakan berlandaskan agama
Islam walhal ajaran ini, bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam. Contoh-
contoh ajaran sesat adalah ajaran Qadyani, Taslim, Bahai, Ahmad Laksamana,
Hassan Anak Rimau dan lain-lain. Ajaran sesat memberi       ancaman yang hebat
kepada Islam kerana secara tdiak langsung ajaran ini telah menyeleweng agama
Islam serta membawa amalan kearah kemungkaran yang mana bertentangan sama
sekali dengan Islam. Rata-rata pengikut ajaran sesat ini adalah umat Islam sendiri
dan segelintir daripada orang Islam. Ajaran sesat telah memulakan penyebaran
dengan menggunakan unsur-unsur Islam pada mulanya untuk menarik masuk
penganut Islam ke dalam ajaran mereka. Walhal, ini semua hanyalah tipu daya
mereka yang dijadikan sebagai umpan untuk menipu umat Islam. Jika dihayati
ajaran yang mereka bawa sebenarnya sangat menyimpang dari al-Quran dan
Assunnah.

      Menurut Zahir Zainuddin(2009), terdapat satu kes yang telah dapat dikesan
iaitu ajaran Haji Ghazali yang telah disebarkan oleh warganegara Indonesia yang
menetap di Kuala Langat, Selangor. Kes ini dapat dikesan oleh pihak Jabatan

                                        5
Agama Islam Selangor (JAIS). Ghazali kini sedang mendapatkan pemulihan di JAIS.
Berikut adalah aspek penyelewengan yang telah dilakukan:

1. Pengurusan jenazah- jenazah disembahyangkan oleh tiga orang sahaja berulang
kali.
2. Pengkebumian jenazah- dilarang membaca talkin dan tali pengikat kain di kepala
tidak dibuka.

        Ghazali didakwa telah menyebarkan ajaran ini, setelah berpindah ke
kampung tersebut dengan tujuan untuk mencari rezeki di Malaysia. Penduduk
kampung tersebut yang cetek ilmu agama telah mengikuti sesi pengajaran Ghazali
bahkan telah membuka pusat pengajian khas untuk mempelajari ajaran itu. Inilah
yang dikatakan     menggunakan    unsur-unsur Islam       namun pada     hakikatnya
bercanggah sama sekali dengan peraturan sebenar dalam Islam. Dalam kes yang
berbeza, “Di Selangor, Abdul Kahar Ahmad iaitu bekas buruh Zoo Negara telah
mendakwa dirinya 'Rasul Melayu'”(Utusan Online,2009). Betapa ceteknya pemikiran
sesiapa yang berani mengaku sebegini sedangkan bertemu nabi pun tidak pernah
apatah lagi mengaku sebagai rasul yang seterusnya. Rasulullah SAW pernah
bersabda yang bermaksud: "Maka tiada lagi nabi selepasku." Sudah jelas terbukti di
sini    memang   tidak   akan   muncul   lagi   rasul   selepas   Nabi   Muhammad
S.A.W.Penyelewengan yang dilakukan oleh pembawa ajaran sesat terhadap Islam
tidak boleh dibiarkan. Ini adalah disebabkan hal ini berkaitan dengan maruah dan
keharmonian Islam . Keadaan ini sedikit sebanyak telah merosakkan reputasi Islam.
Allah pasti murka dengan hamba-hambanya yang sudah menyeleweng dan
mengamalkan ajaran yang bukan dari Islam. Oleh itu, ajaran sesat ini haruslah
dibasmi demi menjaga keharmonian dan kesucian agama Islam.

        Secara tidak langsung, ajaran sesat juga telah merosakkan akidah
seseorang. Mengamalkan ajaran yang bercanggah dengan Islam bererti telah keluar
dari Islam, kufur, murtad serta sesat daripada landasan sebenar. Bagi para
pengamal ajaran sesat, akidahnya automatik telah rosak kerana telah percaya
kepada akidah yang tidak benar sama sekali. Oleh itu, wajib mereka untuk bertaubat
dan memohon keampunan dari Allah S.W.T.

        Justeru, fenomena ini telah menyebabkan gejala murtad semakin menular.
Jika kita lihat pada masa kini, ramai yang membuat permohonan untuk menukar

                                         6
agama tanpa sedikit pun rasa bersalah. Bahkan, apabila permohonan mereka tidak
diluluskan oleh pihak mahkamah mereka akan memberontak. Betapa tidak
bersyukurnya manusia, telah dilahirkan dalam keadaan Islam, namun akibat rapuh
pegangan agama atau terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan akhirnya murtad.
Na„uzu billah min zalik. Apabila agama yang suci sudah terpalit dengan ajaran yang
tidak relevan, secara automatiknya, tidak ada lagi ketulenan agama Islam kerana
telah bercampur dengan ajaran sesat. Seseorang individu, tidak lagi dianggap
beriman jika mempercayai ada kuasa ajaib lain yang lebih berkuasa selain Allah
Yang Esa. Maka, gejala murtad ini akan terus berleluasa.

      Dengan mendekatkan diri dengan Allah, kita dapat memperoleh ketenangan
dan melupakan sebentar segala masalah yang dihadapi di dunia.Perkara yang
sebaliknya dilakukan oleh para pengamal ajaran sesat. Mereka menyibukkkan diri
dengan menyertai aktiviti pemujaan yang tidak memberi manfaat sedikit pun. Mereka
tidak merasa bersalah malah berbangga kerana dapat melaksanakan suruhan guru
mereka walaupun bertentangan dengan agama Allah. Perbuatan mereka ini
hanyalah membuang masa dan sesungguhnya mereka berada dalam golongan
yang rugi. Sedangkan dalam al-Quran ada menyatakan bahawa kita perlu
menggunakan masa dengan sebaiknya. Firman-.Nya:

Maksudnya:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang

yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan

kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

      Ajaran sesat turut memberi impak yang negatif kepada negara dan
masyarakat. Penganut ajaran sesat dikatakan sangat patuh dan taksub dengan
ketua mereka. Mereka dianggap tidak rasional kerana terlalu fanatik dengan ketua
mereka. Mereka akan melakukan segala suruhan oleh ketua mereka tanpa
mempedulikan diri mereka sendiri. Hal ini menunjukkan mereka dikongkong
sepenuhnya oleh ajaran yang kononnya memberi ketenangan dan mereka tidak
dapat berfikir menggunakan akal yang waras kerana telah dikawal sepenuhnya oleh
ketua mereka. Minda mereka benar-benar tertutup sehinggakan mereka tidak peduli
lagi tentang pekerjaan mahupun keluarga mereka. Disamping itu, golongan yang

                                         7
menganuti ajaran sesat ini akan mengalami ketidak stabilan dalam kehidupan.
Mereka akan berada dalam keadaan yang terumbang ambing dan dilemma dalam
memilih haluan hidup yang sebenar. Fikiran mereka bercelaru dan buntu kerana
telah mencampuradukkan yang benar dengan yang tidak benar dan apa yang lebih
malang lagi mereka tidak dapat lagi membezakan antara yang benar atau tidak.
Golongan ini juga tidak akan dapat merasai nikmat beragama serta jiwa mereka
akan terasa kosong kerana tiada pengisian rohani yang betul.

      Ajaran sesat turut memberi impak yang negatif kepada negara dan
masyarakat. Penganut ajaran sesat boleh membawa ancaman kepada negara.
Menurut fakta, pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi
telah mencederakan Hj. Damanhuri Hj. Abdul Wahhab, Imam Masjid Rapat Setia,
Ipoh, Perak. Pada 16 Oktober 1980, seramai 8 orang dari kumpulan ajaran sesat
pimpinan Ahmad Nasir Kemboja yang mengaku sebagai Imam Mahdi telah terbunuh
setelah mereka menyerang dan mencederakan anggota yang bertugas di Balai Polis
Batu Pahat, Johor. ( Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari,2008). Kejadian yang jelas
menunjukkan ajaran sesat boleh membawa ancaman kepada negara. Oleh itu,
pihak-pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya
bagi mengelakkan kejadian sebegini terjadi lagi. Ekonomi negara juga akan terjejas
sedikit sebanyak disebabkan aktiviti ajaran sesat yang makin meluas ini. Jika kita
leka membanteras ajaran sesat ini dan ramai pula yang di pihak sebaliknya,
keadaan akan menjadi rumit dan impaknya, aktiviti ekonomi akan terus diabaikan.
Sesebuah negara yang dalam keadaan kacau bilau, tidak mungkin akan
menjalankan kegiatan ekonomi dengan lancar. Di samping itu, dana yang besar
akan diperlukan dalam usaha menghapuskan ajaran sesat. Keadaan ini sebenarnya
menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara dan rakyat yang akan menderita.

      Sesungguhnya, akidah dan iman itu merupakan asas kepada keteguhan
Islam yang kuat. Sebagai umat Islam yang sejati kita haruslah menghayati ilmu
tauhid dan ilmu akidah agar tidak meyumbang kepada gejala kemungkaran yang
tidak diingini. Akibatnya, sangatlah buruk kepada masyarakat, negara dan yang
utama agama kita sendiri. Akhir sekali,mantapkanlah akidah demi memelihara Islam
yang tercinta.




                                        8

Contenu connexe

Tendances

Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaakmalmustafakamal
 
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaAjaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaFaizah Yahya
 
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanBab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanNur Asilah Ahmad
 
Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-
Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-
Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-NUR SYAHIRA MD ISA
 
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN Najihah Wahdaniah
 
Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat MelayuAmalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat MelayuZul Fikri
 
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1  Aqidah Sebagai Pegangan HidupBab 1  Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan HidupFirdhaus Sakaff
 
Perkara yang membatalkan iman
Perkara yang membatalkan imanPerkara yang membatalkan iman
Perkara yang membatalkan imanMohd Tony Saidi
 
iman dan pengaruhnya bagi kehidupan
iman dan pengaruhnya bagi kehidupaniman dan pengaruhnya bagi kehidupan
iman dan pengaruhnya bagi kehidupanUlfa Nurajizah
 
Hadis tentang ruang lingkup pendidikan (indo)
Hadis tentang ruang lingkup pendidikan (indo)Hadis tentang ruang lingkup pendidikan (indo)
Hadis tentang ruang lingkup pendidikan (indo)Afief Rachman
 
keimanan dan ketakwaan
keimanan dan ketakwaankeimanan dan ketakwaan
keimanan dan ketakwaanzara larasati
 
Iman dan pengaruhnya dalam kehidupan
Iman dan pengaruhnya dalam kehidupanIman dan pengaruhnya dalam kehidupan
Iman dan pengaruhnya dalam kehidupanmochammad johari
 
Pp1 iman islam ihsan
Pp1 iman islam ihsanPp1 iman islam ihsan
Pp1 iman islam ihsanteguh saputro
 
Iman dan pengaruhnya dalam kehidupan
Iman  dan  pengaruhnya  dalam  kehidupan Iman  dan  pengaruhnya  dalam  kehidupan
Iman dan pengaruhnya dalam kehidupan Ulfa Nurajizah
 

Tendances (20)

Modul pim 3112
Modul pim 3112Modul pim 3112
Modul pim 3112
 
Makalah tugas tik
Makalah tugas tikMakalah tugas tik
Makalah tugas tik
 
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusiaKesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia
 
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaAjaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnya
 
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan imanBab 10 - perkara yang membatalkan iman
Bab 10 - perkara yang membatalkan iman
 
Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-
Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-
Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-
 
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
 
Kesan iman
Kesan imanKesan iman
Kesan iman
 
Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat MelayuAmalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
 
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1  Aqidah Sebagai Pegangan HidupBab 1  Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
 
Perkara yang membatalkan iman
Perkara yang membatalkan imanPerkara yang membatalkan iman
Perkara yang membatalkan iman
 
iman dan pengaruhnya bagi kehidupan
iman dan pengaruhnya bagi kehidupaniman dan pengaruhnya bagi kehidupan
iman dan pengaruhnya bagi kehidupan
 
Hadis tentang ruang lingkup pendidikan (indo)
Hadis tentang ruang lingkup pendidikan (indo)Hadis tentang ruang lingkup pendidikan (indo)
Hadis tentang ruang lingkup pendidikan (indo)
 
Khurafat
KhurafatKhurafat
Khurafat
 
keimanan dan ketakwaan
keimanan dan ketakwaankeimanan dan ketakwaan
keimanan dan ketakwaan
 
Iman dan pengaruhnya dalam kehidupan
Iman dan pengaruhnya dalam kehidupanIman dan pengaruhnya dalam kehidupan
Iman dan pengaruhnya dalam kehidupan
 
Jenis khurafat
Jenis khurafatJenis khurafat
Jenis khurafat
 
Pp1 iman islam ihsan
Pp1 iman islam ihsanPp1 iman islam ihsan
Pp1 iman islam ihsan
 
Iman dan pengaruhnya dalam kehidupan
Iman  dan  pengaruhnya  dalam  kehidupan Iman  dan  pengaruhnya  dalam  kehidupan
Iman dan pengaruhnya dalam kehidupan
 
Bab 2 akidah ii
Bab 2   akidah iiBab 2   akidah ii
Bab 2 akidah ii
 

Similaire à Akidah Penting Membentuk Sahsiah

Similaire à Akidah Penting Membentuk Sahsiah (20)

PRESENTASI AGAMA KEL 3 revisi.pptx
PRESENTASI AGAMA KEL 3 revisi.pptxPRESENTASI AGAMA KEL 3 revisi.pptx
PRESENTASI AGAMA KEL 3 revisi.pptx
 
Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6
 
pendidikan islam
pendidikan islampendidikan islam
pendidikan islam
 
Pokok pokok ajaran islam
Pokok pokok ajaran islamPokok pokok ajaran islam
Pokok pokok ajaran islam
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
 
KELOMPOK 1 AGAMA.docx.pptx
KELOMPOK 1 AGAMA.docx.pptxKELOMPOK 1 AGAMA.docx.pptx
KELOMPOK 1 AGAMA.docx.pptx
 
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptxslide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
 
86452785 makalah-pai
86452785 makalah-pai86452785 makalah-pai
86452785 makalah-pai
 
Pai(pendidikan aqidah)
Pai(pendidikan aqidah)Pai(pendidikan aqidah)
Pai(pendidikan aqidah)
 
Makalah tugas tik
Makalah tugas tikMakalah tugas tik
Makalah tugas tik
 
Bab 4 new.pptx
Bab 4 new.pptxBab 4 new.pptx
Bab 4 new.pptx
 
Hubungan iman, islam, dan ihsan
Hubungan iman, islam, dan ihsanHubungan iman, islam, dan ihsan
Hubungan iman, islam, dan ihsan
 
Agama Islam
Agama IslamAgama Islam
Agama Islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Pendidikan Agama Islam
Pendidikan Agama IslamPendidikan Agama Islam
Pendidikan Agama Islam
 

Akidah Penting Membentuk Sahsiah

  • 1. Kepentingan akidah yang mantap dalam pembentukan sahsiah muslim yang berkualiti. Islam adalah agama yang telus dan suci yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T kepada manusia melalui pesuruh-Nya iaitu Rasullullah S.A.W. Islam telah menekankan 3 asas utama iaitu, ibadah, akhlak dan akidah. Pendidikan Akidah merupakan teras yang paling penting dalam mendidik umat manusia menanam keyakinan kepada keesaan Allah S.W.T dan mengabdikan diri kepada-Nya. Tanpa akidah yang kukuh, maka rosaklah iman dan menimbulkan permasalahan seperti ajaran sesat dan murtad. Ini menunjukkan bahawa pembinaan akidah yang mantap amat penting untuk membentuk sahsiah yang berkualiti. Berdasarkan kitab faridatul al-faraid fill ilmu tauhid hasil karangan Ahmad bin Mohammad zain bin Musthafa bin Muhammad Al-Fathoni, perkataan akidah diambil dari kata dasar bahasa arab iaitu „aqoda‟ yang bererti ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga membawa maksud sesuatu yang teguh, mantap dan tidak mudah dipengaruhi. Semua orang yang beragama Islam yang mana telah mencapai akil baligh diwajibkan mempelajari ilmu akidah. “Aqidah artinya ketetapan yang tidak ada keraguan pada orang yang mengambil keputusan. Sedang pengertian aqidah dalam agama maksudnya adalah berkaitan dengan keyakinan bukan perbuatan. Seperti aqidah dengan adanya Allah dan diutusnya pada Rasul. Bentuk jamak dari aqidah adalah aqa-id.” (Abdullah bin Abdul Hamid Al-Atsari ,2008). Berdasarkan dua pendapat diatas, kesimpulannya akidah merupakan kepercayaan dan keteguhan dalam mengesakan Allah S.W.T. Sebagai umat Islam, wajib bagi kita mendalami ilmu ini bagi membentuk asas iman yang kuat. Seperti kata-kata Imam Al-Ghazali yang menyatakan, manusia itu ibarat sepohon pokok dengan akarnya adalah akidah, batangnya simbolik kepada kefardhuan, manakala daun-daun itu melambangkan amalan-amalan sunat , maka buah dan bunga itu dianggap sebagai akhlaknya. (Dr.Aminuddin Mansor,Harian Metro, 2012).Manusia boleh dianalogikan seperti sepohon pokok. Jika sepohon pokok yang dijaga,dibaja dan disiram setiap hari, sudah tentulah pokok itu akan tumbuh dan hidup dengan baik. Sama seperti manusia, jika didik dan diajar dengan pendidikan agama yang betul serta mantap sejak kecil, maka mantaplah akidahnya. Kajian membuktikan, mendidik anak-anak pada usia muda lebih berkesan berbanding mendidik mereka pada usia yang lebih tua.Pepatah juga selalu menyebut, melentur buluh,biarlah dari rebungnya. Buluh 1
  • 2. yang keras susah untuk dipatahkan, samalah seperti anak-anak yang sudah meningkat dewasa, sukar untuk dinasihati dan mendengar nasihat. Terdapat pelbagai kepentingan akidah dalam Islam. Antaranya adalah memelihara daripada penyelewengan akidah. Penyelewengan dalam akidah boleh berlaku dalam 3 aspek iaitu dari segi pemikiran, kata-kata dan perbuatan. Penyelewengan dari segi percakapan akan terjadi apabila seseorang itu, mengucapkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam. Misalnya, dengan mengatakan Islam ini adalah satu cara hidup yang tidak sesuai diamalkan sepanjang zaman. Melalui perbuatan pula, akan terbatalnya akidah jika individu tersebut melakukan upacara yang bertentangan dengan Islam, contohnya upacara pemujaan pokok dan sebagainya. Keraguan yang timbul didalam hati tentang kesahihan ajaran Islam dan terhadap al-Quran serta Assunnah adalah contoh bagi penyelewengan memalui pemikiran atau hati. Penyelewengan akidah ini akan terjadi jika seseorang itu lemah atau tiada kefahaman yang sahih dan benar tentang ilmu akidah Islam itu sendiri. Seterusnya, golongan ini akan mudah terjerumus dan terpedaya dengan ajaran sesat ataupun murtad.Buktinya boleh dilihat dengan jelas pada remaja zaman sekarang. Mereka yang kurang didikan agama mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Pernah suatu ketika dahulu budaya Black Metal menjadi kontroversi di negara kita dan yang menjadi mangsa adalah golongan muda. Budaya ini menular di kalangan remaja yang mudah dipengaruhi oleh anasir barat. Akibatnya, ramai remaja yang hilang pegangan agama. Betapa besarnya kesan yang dialami jika anak-anak tidak didik dengan ajaran Islam yang mantap. Oleh sebab itu, mempelajari ilmu akidah ini tidak boleh dipandang enteng kerana impak yang bakal menimpa sangat buruk jika kita tidak menguasai ilmu akidah dengan betul. Persiapkanlah anak-anak dengan ilmu akidah yang kukuh agar iman mereka tidak akan mudah goyah dan runtuh. Sehubungan itu, akidah juga penting bagi membentuk keperibadian insan. Bukanlah mudah untuk melahirkan manusia yang berperibadi unggul. Dalam konteks ini, asas iman yang kuat diperlukan dalam diri seseorang itu. Dengan berbekalkan akidah yang mantap,kita boleh membentuk keperibadian yang cemerlang dan menjadi contoh kepada orang lain. Berbalik kepada maksud akidah, menurut Mohd Sulaiman Yassin (1987) akidah Islam adalah akidah yang bersumberkan ketuhanan,dalam bahasa arab dipanggil akidah „Rabbaniyyah‟.Beliau 2
  • 3. menyatakan lagi bahawa akidah Islam bersifat syumul, tetap serta menyeluruh. Tabiat akidah seperti ini bersifat kukuh dan teguh. Jika akar pohon itu sihat, maka sihatlah juga isinya. Begitu juga manusia, jika teguh dan kuat akidahnya maka unggullah peribadinya. Kemantapan dan kekukuhan akidah itu adalah berdasarkan kemantapan dan keteguhan ilmu akidah Islam itu sendiri yang bersifat merangkumi hakikat ketuhanan, hakikat alam semesta dan hakikat kemanusiaan serta nilai-nilai kebenaran.Maka dengan ini,sumber kekuatan Islam adalah berdasarkan kekuatan akidah itu sendiri. Jasmani yang kuat, berpunca daripada jiwa dan rohani yang utuh pegangan akidahnya. Semuanya bermula dengan hati kecil manusia. Hati yang memainkan peranan untuk meyakinkan diri dan hati jugalah yang dapat menguasai akal fikiran waras manusia. Allah S.W.T menganugerahkan manusia dengan nikmat yang paling berharga iaitu akal. Walau bagaimanapun, hati yang mengawal minda kerana apa yang terdetik di hati pasti akan mempengaruhi pemikiran manusia. Oleh itu, didiklah dari bermula dari hati. Tanamkanlah kepercayaan di dalam hati dengan keesaan dan kewujudan Allah S.W.T atau dalam erti kata lain ilmu mentauhidkan Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan kekuatan rohani iaitu kekuatan akidah yang bermula dari hati yang akan membuahkan jasmani yang kuat iaitu keperibadian yang mulia. Bukanlah mudah untuk menjadi manusia yang berakhlak mulia. Setiap manusia di atas muka bumi ini tidak terkecuali dari melakukan kesalahan dalam kehidupan. Demi mencapai keperibadian insan yang mulia dan cemerlang, selalulah beribadah kepada-Nya untuk memohon petunjuk dan hidayah. Perkara yang paling mustahak sekali adalah niat kita dalam melakukan ibadah. Beribadahlah dengan penuh ikhlas dan tawadhuk bukan beribadah dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Allah itu Maha Mengetahui, insya-Allah jika ikhlas ibadah itu, kita akan memperoleh keredhaan dari-Nya. Dalam setiap perkara yang dilakukan di atas bumi Allah ini, haruslah dilakukan semata- mata untuk mencari keredhaan Allah, barulah akan memperoleh keberkatan. Secara tidak langsung, akidah atau iman dalam diri akan meningkat kerana keberkatan yang telah diperoleh daripada Allah S.W.T. Sejarah para rasul dan sahabat-sahabat mereka banyak yang menunjukkan teladan yang baik dan patut dicontohi. Kisah Abdul Rahman bin Auf bin Osman bin Affan yang sanggup membelanjakan kesemua hartanya demi mempertahankan Islam, namun beliau tidak kisah kerana masih ada rasul dan Allah. Ali bin Abi Talib 3
  • 4. yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan rasullullah S.A.W. Para sahabat ini telah mempamerkan akidah Islam yang kental dan semua ini adalah hasil daripada pendidikan akidah yang mantap. Selain itu, kemantapan akidah juga penting kerana akidah itu mendasari amalan manusia. Amalan seseorang itu bergantung kepada kekuatan akidahnya. Dalam erti kata yang lain, orang yang beriman itu lain amalannya berbanding dengan orang yang tidak beriman. Allah tidak akan menerima amalan seseorang manusia jika mereka tidak berpegang kepada akidah yang benar dan sah. Maksudnya disini walau sebaik mana pun amalah seseorang itu, tidak akan diterima oleh Allah kecuali orang yang berpegang kepada akidah yang sah lagi benar. Ini adalah disebabkan orang yang tiada pegangan akidah yang benar, melakukan perkara tanpa mengira sah atau tidak, halal atau haram. Pendek kata, mereka hanya melakukannya tanpa tujuan yang jelas. Golongan ini, melakukan sesuatu tanpa mengharapkan pahala dan tidak takut akan seksaan hari pembalasan. Mereka melakukan sesuatu tanpa mengharapkan redha Allah S.W.T. Iman ada turun naik parasnya. Pada ketika kita melakukan kebaikan, maka naiklah paras iman, jika kita melakukan kemungkaran maka, turunlah paras iman kita. Sabda Rasulullah s.a.w: Ertinya: ”Iman ada mempunyai tujuh puluh atau mempunyai enam puluh cabang, maka yang sebaik baik ucapan perkataan “La Ilaha IllaAllah” dan serendah- rendahnya membuang sesuatu benda yang menyakiti manusia di tengah jalan dan malu itu sebahagian dari cabang Iman.” (Muttafaqun Alaibah) Orang yang beriman amat peka dengan ibadahnya berbanding dengan orang yang tidak beriman. Sebagai contoh diambil ketika situasi kita sedang sibuk bekerja. Orang yang beriman sudah pasti tidak akan meninggalkan solat dan akan segera menunaikannya walau sesibuk dan seletih mana pun mereka. Bagi orang yang tidak beriman pula, mereka akan menangguh-nangguhkan untuk bersolat demi menyiapkan kerja. Samalah seperti situasi ketika mengadakan kenduri kahwin. Pengantin akan berpakaian dan berhias cantik untuk meraikan hari yang berbahagia. Rata-rata kebanyakan pengantin tidak sanggup membasuh mekap 4
  • 5. dengan alasan sekali seumur hidup meraikan hari perkahwinan dan akhirnya tidak bersolat. Jelas menunjukkan di sini, betapa rapuhnya akidah masyarakat kita pada masa kini. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa betapa pentingya peranan akidah dalam diri umat Islam dan betapa kita perlu memantapkan akidah agar kita tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan sentiasa takut akan Allah S.W.T Bagaimana ajaran sesat banyak menimbulkan masalah dalam agama, masyarakat dan negara Dewasa ini, jika dilihat rata-rata di seluruh negara mahupun dunia, unsur ajaran sesat mula menular dan semakin bermaharajalela. Golongan remaja belia masa kini, mudah tergelincir ke jalan yang salah. Mengapa hal sebegini boleh terjadi? Sudah pasti puncanya adalah asas ilmu akidah dalam diri yang rapuh dan tidak kukuh. Fenomena sebegini amatlah berbahaya kerana dapat meruntuhkan generasi Islam yang akan datang dan seterusnya menenggelamkan umat Islam. Ajaran sesat boleh ditafsirkan sebagai ajaran yang lari dari landasan Islam yang sebenar. Selain itu, ajaran sesat juga dikatakan berlandaskan agama Islam walhal ajaran ini, bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam. Contoh- contoh ajaran sesat adalah ajaran Qadyani, Taslim, Bahai, Ahmad Laksamana, Hassan Anak Rimau dan lain-lain. Ajaran sesat memberi ancaman yang hebat kepada Islam kerana secara tdiak langsung ajaran ini telah menyeleweng agama Islam serta membawa amalan kearah kemungkaran yang mana bertentangan sama sekali dengan Islam. Rata-rata pengikut ajaran sesat ini adalah umat Islam sendiri dan segelintir daripada orang Islam. Ajaran sesat telah memulakan penyebaran dengan menggunakan unsur-unsur Islam pada mulanya untuk menarik masuk penganut Islam ke dalam ajaran mereka. Walhal, ini semua hanyalah tipu daya mereka yang dijadikan sebagai umpan untuk menipu umat Islam. Jika dihayati ajaran yang mereka bawa sebenarnya sangat menyimpang dari al-Quran dan Assunnah. Menurut Zahir Zainuddin(2009), terdapat satu kes yang telah dapat dikesan iaitu ajaran Haji Ghazali yang telah disebarkan oleh warganegara Indonesia yang menetap di Kuala Langat, Selangor. Kes ini dapat dikesan oleh pihak Jabatan 5
  • 6. Agama Islam Selangor (JAIS). Ghazali kini sedang mendapatkan pemulihan di JAIS. Berikut adalah aspek penyelewengan yang telah dilakukan: 1. Pengurusan jenazah- jenazah disembahyangkan oleh tiga orang sahaja berulang kali. 2. Pengkebumian jenazah- dilarang membaca talkin dan tali pengikat kain di kepala tidak dibuka. Ghazali didakwa telah menyebarkan ajaran ini, setelah berpindah ke kampung tersebut dengan tujuan untuk mencari rezeki di Malaysia. Penduduk kampung tersebut yang cetek ilmu agama telah mengikuti sesi pengajaran Ghazali bahkan telah membuka pusat pengajian khas untuk mempelajari ajaran itu. Inilah yang dikatakan menggunakan unsur-unsur Islam namun pada hakikatnya bercanggah sama sekali dengan peraturan sebenar dalam Islam. Dalam kes yang berbeza, “Di Selangor, Abdul Kahar Ahmad iaitu bekas buruh Zoo Negara telah mendakwa dirinya 'Rasul Melayu'”(Utusan Online,2009). Betapa ceteknya pemikiran sesiapa yang berani mengaku sebegini sedangkan bertemu nabi pun tidak pernah apatah lagi mengaku sebagai rasul yang seterusnya. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Maka tiada lagi nabi selepasku." Sudah jelas terbukti di sini memang tidak akan muncul lagi rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W.Penyelewengan yang dilakukan oleh pembawa ajaran sesat terhadap Islam tidak boleh dibiarkan. Ini adalah disebabkan hal ini berkaitan dengan maruah dan keharmonian Islam . Keadaan ini sedikit sebanyak telah merosakkan reputasi Islam. Allah pasti murka dengan hamba-hambanya yang sudah menyeleweng dan mengamalkan ajaran yang bukan dari Islam. Oleh itu, ajaran sesat ini haruslah dibasmi demi menjaga keharmonian dan kesucian agama Islam. Secara tidak langsung, ajaran sesat juga telah merosakkan akidah seseorang. Mengamalkan ajaran yang bercanggah dengan Islam bererti telah keluar dari Islam, kufur, murtad serta sesat daripada landasan sebenar. Bagi para pengamal ajaran sesat, akidahnya automatik telah rosak kerana telah percaya kepada akidah yang tidak benar sama sekali. Oleh itu, wajib mereka untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T. Justeru, fenomena ini telah menyebabkan gejala murtad semakin menular. Jika kita lihat pada masa kini, ramai yang membuat permohonan untuk menukar 6
  • 7. agama tanpa sedikit pun rasa bersalah. Bahkan, apabila permohonan mereka tidak diluluskan oleh pihak mahkamah mereka akan memberontak. Betapa tidak bersyukurnya manusia, telah dilahirkan dalam keadaan Islam, namun akibat rapuh pegangan agama atau terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan akhirnya murtad. Na„uzu billah min zalik. Apabila agama yang suci sudah terpalit dengan ajaran yang tidak relevan, secara automatiknya, tidak ada lagi ketulenan agama Islam kerana telah bercampur dengan ajaran sesat. Seseorang individu, tidak lagi dianggap beriman jika mempercayai ada kuasa ajaib lain yang lebih berkuasa selain Allah Yang Esa. Maka, gejala murtad ini akan terus berleluasa. Dengan mendekatkan diri dengan Allah, kita dapat memperoleh ketenangan dan melupakan sebentar segala masalah yang dihadapi di dunia.Perkara yang sebaliknya dilakukan oleh para pengamal ajaran sesat. Mereka menyibukkkan diri dengan menyertai aktiviti pemujaan yang tidak memberi manfaat sedikit pun. Mereka tidak merasa bersalah malah berbangga kerana dapat melaksanakan suruhan guru mereka walaupun bertentangan dengan agama Allah. Perbuatan mereka ini hanyalah membuang masa dan sesungguhnya mereka berada dalam golongan yang rugi. Sedangkan dalam al-Quran ada menyatakan bahawa kita perlu menggunakan masa dengan sebaiknya. Firman-.Nya: Maksudnya: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Ajaran sesat turut memberi impak yang negatif kepada negara dan masyarakat. Penganut ajaran sesat dikatakan sangat patuh dan taksub dengan ketua mereka. Mereka dianggap tidak rasional kerana terlalu fanatik dengan ketua mereka. Mereka akan melakukan segala suruhan oleh ketua mereka tanpa mempedulikan diri mereka sendiri. Hal ini menunjukkan mereka dikongkong sepenuhnya oleh ajaran yang kononnya memberi ketenangan dan mereka tidak dapat berfikir menggunakan akal yang waras kerana telah dikawal sepenuhnya oleh ketua mereka. Minda mereka benar-benar tertutup sehinggakan mereka tidak peduli lagi tentang pekerjaan mahupun keluarga mereka. Disamping itu, golongan yang 7
  • 8. menganuti ajaran sesat ini akan mengalami ketidak stabilan dalam kehidupan. Mereka akan berada dalam keadaan yang terumbang ambing dan dilemma dalam memilih haluan hidup yang sebenar. Fikiran mereka bercelaru dan buntu kerana telah mencampuradukkan yang benar dengan yang tidak benar dan apa yang lebih malang lagi mereka tidak dapat lagi membezakan antara yang benar atau tidak. Golongan ini juga tidak akan dapat merasai nikmat beragama serta jiwa mereka akan terasa kosong kerana tiada pengisian rohani yang betul. Ajaran sesat turut memberi impak yang negatif kepada negara dan masyarakat. Penganut ajaran sesat boleh membawa ancaman kepada negara. Menurut fakta, pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan Hj. Damanhuri Hj. Abdul Wahhab, Imam Masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak. Pada 16 Oktober 1980, seramai 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pimpinan Ahmad Nasir Kemboja yang mengaku sebagai Imam Mahdi telah terbunuh setelah mereka menyerang dan mencederakan anggota yang bertugas di Balai Polis Batu Pahat, Johor. ( Hj. Zamihan Hj. Mat Zin al-Ghari,2008). Kejadian yang jelas menunjukkan ajaran sesat boleh membawa ancaman kepada negara. Oleh itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sebegini terjadi lagi. Ekonomi negara juga akan terjejas sedikit sebanyak disebabkan aktiviti ajaran sesat yang makin meluas ini. Jika kita leka membanteras ajaran sesat ini dan ramai pula yang di pihak sebaliknya, keadaan akan menjadi rumit dan impaknya, aktiviti ekonomi akan terus diabaikan. Sesebuah negara yang dalam keadaan kacau bilau, tidak mungkin akan menjalankan kegiatan ekonomi dengan lancar. Di samping itu, dana yang besar akan diperlukan dalam usaha menghapuskan ajaran sesat. Keadaan ini sebenarnya menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara dan rakyat yang akan menderita. Sesungguhnya, akidah dan iman itu merupakan asas kepada keteguhan Islam yang kuat. Sebagai umat Islam yang sejati kita haruslah menghayati ilmu tauhid dan ilmu akidah agar tidak meyumbang kepada gejala kemungkaran yang tidak diingini. Akibatnya, sangatlah buruk kepada masyarakat, negara dan yang utama agama kita sendiri. Akhir sekali,mantapkanlah akidah demi memelihara Islam yang tercinta. 8