SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  19
Télécharger pour lire hors ligne
BAHAGIAN 1
MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TEKNIK MEMBINA LIMA
AYAT BERDASARKAN GAMBAR DALAM BAHAGIA A (KERTAS 2) BAHASA
MALAYSIA.
Oleh
KAMARUL AMIR RAZAIZAT BIN KAMALUDIN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) BAN FOO, KAMPUNG BAN FOO, 81800
ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi
oleh murid kelas 5 Merah di dalam meningkatkan penguasan murid dalam teknik
membina lima ayat berdasarkan gambar dalam bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia.
Seramai 10 orang murid 5 Merah, SJK (C) Ban Foo, Ulu Tiram dan seorang guru terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bulanan,
latihan kerja rumah yang diberikan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid
tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab
soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Penulisan Bahasa Malaysia
dikalangan pelajar sangatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
penulisan Bahasa Malaysia, para pelajar dapat meningkatkan penguasaan mereka
membina ayat seterusnya berinteraksi sesama rakan-rakan dan guru dengan
menggunakan ayat yang betul. Perancangan tindakan di fokuskan kepada teknik untuk
meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam membina lima ayat berdasarkan
gambar dalam Bahagian A, Kertas 2, Bahasa Malaysia. Meskipun perancangan ini
bertujuan baik, namun terdapat rintangan berupa masalah kemampuan para pelajar dalam
menguasai kemahiran tersebut. Masalah ini tentunya akan menghalang kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran. Walaupun murid boleh berkomunikasi dan berinteraksi
bersama rakan-rakan atau guru dalam Bahasa Malaysia, namun penguasan murid
terhadap kemahiran menulis masih tidak memberangsangkan. Murid telah didedahkan
kepada teknik ini selama 6 jam dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 6 minggu.
Melalui kaedah-kaedah yang telah dicadangkan dalam proses pelaksanaan kajian
tindakan seperti temubual dan pemerhatian, saya kemudiannya telah menganalisis dan
membuat rumusan. Berdasarkan rumusan itulah, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi
membantu para pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam penulisan Bahasa
Malaysia terutamanya dalam membina ayat berdasarkan gambar iaitu dibahagian A,
kertas 2 Bahasa Malaysia.
1
BAHAGIAN 2
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Analisa keputusan Ujian Penilaian Pencapaian Murid (UPPM1) tahun 2009 untuk kelas
Tahun 5 Merah tetap dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, sedih, marah dan
seribu satu macam perasaan yang melingkari diri ini hanya Tuhan sahaja yang
mengetahuinya. Dengan kertas soalan yang begitu senang untuk dijawab pun mereka
tidak dapat jawab dengan baik. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakan-
rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu. Saya memang tidak puas
hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendenda
dan meminta pelajar menyatakan sebab-sebab mereka gagal ujian Bahasa Malaysia. Saya
juga meminta guru lain memberi pandangan mereka mengenai sikap dan pencapaian
pelajar Tahun 5 Merah. Kesemua guru menyatakan ada pelajar yang rendah motivasi diri,
tidak serius terhadap pelajaran, suka membuang masa dan pencapaian mereka adalah
agak rendah. Walaupun masih ada pelajar yang lebih berdisiplin dan rajin berusaha tetapi
pencapaian mereka masih kurang memuaskan. Antara sebab-sebab gagal Bahasa
Malaysia yang telah dinyatakan oleh pelajar Tahun 5 Merah ialah murid tidak membaca
buku dan tidak membuat ulangkaji, tidak memahami soalan, kurang membaca bahan
bacaan dalam Bahasa Malaysia serta kurang berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia
yang betul.
Saya yakin kegagalan ini berpunca daripada saya sendiri untuk memenuhi peruntukan
masa yang diberikan selain tidak dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada mereka.
Maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai
kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengesan faktor kelemahan murid dalam
membina ayat. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat membina ayat seperti yang
diinginkan oleh guru. Hasil ayat yang dibina melalui latihan yang diberikan amat tidak
memuaskan. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid apabila membuat
latihan membina ayat. Murid tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami
teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Senario
ini menyebabkan hasil jawapan murid tidak menarik dan kurang tepat. Kesukaran murid
untuk membina ayat adalah disebabkan kurangnya imaginasi murid, kurang pembacaan
bahan Bahasa Malaysia dan kekurangan penguasaan pembendaharan kata Bahasa
Malaysia. Selain itu, murid juga tidak mengetahui teknik-teknik yang betul untuk
mengetengahkan idea mereka dalam bentuk rangka ayat terlebih dahulu sebelum
membina ayat yang lengkap. Justeru itu, murid ketandusan idea ketika membina ayat.
Pertautan idea diantara ayat juga sukar dilakukan kerana murid tidak dapat berfkir dalam
ruang lingkup yang lebih besar. Idea mereka hanya terbatas kepada contoh yang
diberikan oleh guru.
Melalui pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,
murid tidak berfikir secara kreatif untuk membina ayat yang menarik dan gramatis.
2
BAHAGIAN 3
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Untuk mengenalpasti masalah, adalah penting bagi saya membuat tinjauan masalah
supaya perkara tersebut dapat dikenal pasti. Saya telah melakukan beberapa tinjauan awal
tentang beberapa aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran,
daerah kelemahan murid serta pandangan murid serta guru lain terhadap tanggungjawab
yang diberikan kepada saya. Langkah-langkah yang saya ambil adalah seperti berikut;
2.1 Tinjauan Masalah
Saya mengesan masalah daripada latihan yang diberi semasa pengajaran dan
pembelajaran, latihan kerja rumah dan juga ujian bulanan
2.2 Analisis Ujian Penilaian (UPPM 1)
Saya juga telah menggunakan keputusan UPPM 1 kertas 2 Bahasa Malaysia
sebagai asas kepada kajian ini. Dapatan daripada ujian tersebut adalah seperti
berikut:
Jadual 1: Keputusan UPPM 1 Kertas 2 Bahasa Malaysia
BIL NAMA
KERTAS 2
A B C % GRED
1.
SIAK YAW
JOE 1% 11% 1%
22.0% D
2.
TYE ZHI
YONG 1% 0% 1%
3.0% E
3. LING KAH YI 3% 11% 4% 30.0% D
4.
CHONG SHI
QI 3% 10% 1%
23.0% D
5. LOOI ZI QING 3% 11% 8% 37.0% D
6.
NEO YONG
TING 4% 5% 4%
22.0% D
7. POH WEN LI 3% 11% 1% 25.0% D
8
POON KAH
YEE 2% 10% 1%
22.0% D
9.
SAW CHING
CHUAN 2% 16% 4%
37.0% D
10.
SOH QIAO
SHI 1% 10% 1%
20.0% D
3
2.3 Ujian Pra (pre test)
Satu ujian telah dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid
yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan ayat adalah lima.
Jadual 2: Keputusan Ujian Pra
BIL NAMA
Ujian Pra
Markah
1.
SIAK YAW
JOE 2%
2.
TYE ZHI
YONG 1%
3. LING KAH YI 2%
4.
CHONG SHI
QI 2%
5. LOOI ZI QING 3%
6.
NEO YONG
TING 3%
7. POH WEN LI 3%
8
POON KAH
YEE 2%
9.
SAW CHING
CHUAN 3%
10.
SOH QIAO
SHI 1%
2.4 Teknik menjawab
Teknik membina lima ayat akan diajar kepada murid. Setiap murid akan
menerima satu soalan untuk membina ayat. Guru meminta murid meneliti aktiviti-
aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Murid akan mengenalpasti aktiviti-
aktiviti dan kata kerja serta nilai murni yang sesuai. Murid juga akan diminta
membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar
tersebut. Seterusnya semasa murid menulis, mereka akan menulis ayat
berdasarkan nombor dan aktiviti-aktivi ang telah bertanda. Justeru itu, murid akan
mendapat idea untuk menulis. Akhir sekali sebagai galakan dan untuk
menimbulkan keseronokan kepada murid mereka diminta mewarnakan gambar
tersebut. Aktiviti boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan atau
berpasangan.
4
2.5 Ujian (post test)
Satu ujian atau peperiksaan sebenar telah dijalankan untuk menilai kefahaman dan
penguasaan murid berdasarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang
dicadangkan.
Jadual 3: Keputusan Ujian Pos
BIL NAMA
Ujian Pos
Markah
1.
SIAK YAW
JOE 2%
2.
TYE ZHI
YONG 2%
3. LING KAH YI 8%
4.
CHONG SHI
QI 1%
5. LOOI ZI QING 4%
6.
NEO YONG
TING 6%
7. POH WEN LI 8%
8
POON KAH
YEE 4%
9.
SAW CHING
CHUAN 2%
10.
SOH QIAO
SHI 6%
5
BAHAGIAN 4
3.0 FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian dan juga refleksi yang telah dibuat, suatu langkah yang
sewajarnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu, kajian yang akan
dijalankan nanti menekankan kepada aspek membina ayat. Hal ini adalah penting kerana
dapat melatih murid dari peringkat awal supaya mereka dapat membina ayat yang
menarik dan bermutu.
Masalah ini berlaku kerana mereka tidak dapat memahami konsep pembendaharaan kata
yang mana di dalam sesuatu ayat mestilah mengandungi subjek dan predikat. Jika perkara
ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk dan akan menjejaskan prestasi pelajar
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan menjejaskan keputusan Bahasa Malaysia
dalam kertas penulisan amnya.Jika dilihat, kebanyakkan kesalahan adalah berkenaan 3
aspek sahaja. Kesilapan yang sering dilakukan dalam pembinaan ayat ini ialah:
• Kesilapan ejaan
• Kesilapan penggunaan perkataan
• Kesilapan struktur ayat (Subjek dan Predikat)
Fokus kajian yang akan dijalankan ini menekankan supaya murid dapat menguasai lima
ayat berpandukan gambar. Hal ini penting kerana membina lima ayat berpandukan
gambar merupakan komponen penting daripada soalan kertas 2 dan sekiranya murid
menguasai kemahiran ini maka peratusan murid untuk lulus dengan baik dalam kertas 2
adalah tinggi.
Saya yakin jika saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah P&P, Sikap
negatif dan pencapaian pelajar Tahun 5 Merah yang rendah akan dapat diperbaiki.
Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil
kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat
terhadap sesuatu subjek.
6
BAHAGIAN 5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 OBJEKTIF AM
Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dengan menggunakaan pelbagai kaedah dan
pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan kelemahan murid dalam membina
ayat. Hal ini bertujuan supaya dapat meningkatkan peratus kecemerlangan murid
dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.
4.2 OBJEKTIF KHUSUS
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk;
4.2.1 Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa
Malaysia
4.2.2 Meningkatkan pengguasaan murid ketika membina ayat
4.2.3 Memantapkan kreativiti murid ketika membina ayat dengan
perkataan yang sesuai dan bermutu
4.2.4 Meningkatkan peratusan murid yang lulus dalam matapelajaran
Bahasa Malaysia
4.2.5 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran
4.2.6 Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok.
4.2.7 Memberi bimbingan dan panduan kepada guru-guru lain yang
mengambil alih tugasan ketika ketiadaan saya.
4.2.8 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berlaku
ketika ketiadaan guru di dalam kelas
4.2.9 Memberi peluang kepada guru menumpukan perhatian kepada
murid lemah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
7
BAHAGIAN 6
5.0 KUMPULAN SASARAN.
Kajian ini melibatkan 10 daripada 27 borang murid tahun 5 Merah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Ban Foo, Ulu Tiram, Johor. Kelas ini mempunyai tiga kumpulan murid
yang berbeza pencapaiannya. Kumpulan murid yang disasarkan dalam kajian ini adalah 8
orang murid daripada kelas 4 Merah. Hal ini kerana murid ini menunjukkan potensi yang
memberangsangkan untuk lulus di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.
Jadual 4: Bilangan Murid Mengikut Kumpulan
kumpulan Bilangan Murid
Cemerlang 1
Sederhana 16
Galus 10
Jadual 5: Bilangan Murid Yang Disasarkan Berdasarkan Gender
Gender Jumlah
Lelaki 2
Perempuan 8
8
BAHAGIAN 7
6.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN
6.1 Menentukan Fokus
Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan saya telah memfokuskan
kajian tindakan ini kepada perkara berikut:
6.1.1 Mengenal pasti daerah kelemahan murid secara keseluruhan
6.1.2 Menentukan langkah-langkah serta aktiviti yang perlu saya
jalankan
6.1.3 Menentukan cara atau kaedah yang sesuai untu menjalankan
aktiviti
Fokus ini saya susun saupaya murid-murid dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan sama ada saya ada atau tiada semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini penting kerana mereka sendiri kurang
mendapat bantuan dari keluarga dan rakan-rakan, mereka hanya bergantung
sepenuhnya kepada guru subjek (saya) di sekolah untuk menambahkan kemahiran
dalam bahagian ini.
6.2 Langkah Melaksanakan Tindakan
Bagi meningkatkan pencapaian murid melalui kelemahan yang telah saya kenal
pasti, saya telah merangka Modul B5a-BM dalam satu bentuk yang mudah untuk
membantu murid disamping mengatasi masalah kekangan masa selain dapat
dijadikan rakan bantu untuk menguasai kemahiran membina ayat. Bentuk Modul
B5a-BM tersebut ialah:
6.2.1 Modul helaian lembaran berupa modul bercetak
6.2.2 Bahan bergambar
Bentuk modul ini akan saya berikan kepada murid agar proses pengajaran dan
pembelajaran akan terus berlaku mengikut perancangan walaupun tanpa atau
adanya guru ganti. Saya hanya perlu meninggalkan Modul B5a kepada guru yang
terlibat untuk menggantikan saya atau ketua kelas. Untuk melicinkan
perlaksanaan Modul B5a ini, beberapa langkah telah difikirkan supaya murid
serta guru yang terlibat benar-benar faham serta mencapai objektif yang saya
kehendaki. Langkah-langkah tersebut ialah:
langkah 1 : memahami dan meneliti gambar
 Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar
9
 Berdasarkan soalan di atas, bahan bergambar tentang aktiviti
______________________
 Guru meminta murid merangka idea seperti siapa / apa / di mana / bila /
mengapa.
Langkah 2 : Baca dan cari kunci soalan
 Guru akan meminta murid membaca keseluruhan soalan dan cari kunci
soalan sama ada aktiviti, situasi atau tentang
 Kunci soalan bagi soalan perbincangan ialah ’aktiviti’. Oleh itu, ayat yang
dibina mestilah mengandungi kata kerja dan watak.
 Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktiviti-
aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut
Langkah 3 : Bina rangka ayat
 Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktiviti-
aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut
 Murid akan membina rangka ayat berdasarkan jadual dibawah
Jadual 6: Bina Rangka Ayat
Bil subjek kata kerja kata nama am kata
hubung
situasi/tempat/keadaan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
Langkah 4 : Bina lima ayat lengkap
 Guru akan meminta murid menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan
rangka ayat
 Guru meminta murid pastikan setiap ayat mempunyai nombor
 Jawapan: contoh
Ayat tunggal :1] Ali sedang menggunting rumput.
Ayat majmuk :2] Ali menggunakan gunting besar untuk mengguting rumput
dipadang supaya kawasan menjadi bersih.
10
1. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
2. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
3. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
5. _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Langkah 7 : Menyemak
 Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca,
imbuhan dan ejaan
 Pastikan ayat yang dibina betrkaitan gambar dan gramatis
 Akhir sekali, sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan kepada
murid, mereka dibenarkan mewarnakan gambar tersebut.
6.3 Perlaksanaan Tindakan
Modul B5a yang telah disediakan ini telah banyak membantu untuk murid
memahami setiap kemahiran serta menjawab soalan di Bahagian A, Kertas 2
Bahasa Malaysia. Murid telah dibimbing secara berperingkat dan berterusan.
Ianya bermula dengan memahami konsep asas kemahiran seterusnya memahami
soalan yang dikemukakan, menyatakan maklumat yang terdapat dalam soalan dan
gambar. Dengan itu, murid secara amnya akan dapat membina ayat mudah dalam
semasa menjawab. Perkara ini sentiasa diberikan penekanan supaya sentiasa
menjadi amalan mereka.
Murid juga digalakkan memperbanyakkan bacaan bahan-bahan atau buku-buku
dalam Bahasa Malaysia. Ini bertujuan untuk memperkayakan penguasaan
pembendaharaan bahasa murid supaya murid senang dan mudah untuk menjawab
soalan di bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia seterusnya dalam memperolehi
keputusan yang baik dalam peperiksaan.
11
BAHAGIAN 8
7.0 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
Analisis ini dibuat berdasarkan jumlah markah skor yang diperolehi oleh respoden dalam
menjawab soalan-soalan Ujian Pra dan Ujian Pos dan diguna pakai dalam proses
pengauditan prestasi murid-renpoden ini.
7.1 Kaedah Interpretasi
Bagi tujuan memudahkan analisis dibuat, adalah dicadangkan interpretasi keputusan
dibuat seperti berikut:
Jadual 8 : Kaedah Interpretasi Tahap Pencapaian Prestasi Murid
MARKAH
%
TAHAP PENCAPAIAN PRETASI
10 Cemerlang dan perlu dikekalkan
7-9 Boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan
4-6 Perlu penambahbaikan dengan pemantauan
0-3 Sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan
7.2 Keputusan
Selepas 6 minggu murid saya dilatih menggunakan Modul B5a-BM, saya telah
menjalankan penilaian yang pertama melalui ujian pos yang diberikan untuk mengetahui
sejauh mana murid saya benar-benar memahami kaedah menggunakannya. Jadual 5
menunjukkan data ujian pos yang telah saya kumpulkan berbanding ujian pra yang telah
saya jalankan sebelum menggunakan Modul B5a-BM. Taburan markah / gred bagi ujian
pra dan ujian pos tersebut adalah seperti berikut;
Jadual 9: Perbandingan Pencapaian Prestasi Murid
BIL NAMA
Markah
Ujian Pra Ujian Pos
1. SIAK YAW JOE 2% 2%
2. TYE ZHI YONG 1% 2%
3. LING KAH YI 2% 8%
4. CHONG SHI QI 2% 1%
5. LOOI ZI QING 3% 4%
6. NEO YONG TING 3% 6%
7. POH WEN LI 3% 8%
8 POON KAH YEE 2% 4%
9. SAW CHING CHUAN 3% 2%
10. SOH QIAO SHI 1% 6%
Jumlah 22% 43%
12
Setelah berakhirnya kedua-dua ujian ini, dapatlah dinyatakan bahawa terdapat banyak
perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Perbandingan dapat dibuat dengan
melihat peratus markah, peningkatan dan juga penyediaan soalan ujian.
7.3 Perbandingan
Jadual 9 menunjukkan keputusan dan markah yang diperolehi oleh 10 orang murid dalam
kajian ini. Keputusan ini terbahagi kepada 2 tahap ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos.
Berdasarkan analisis di atas terdapat peningkatan pada Ujian Pos berbanding dengan
Ujian Pra. Bagi Ujian Pra purata markah yang dikumpul oleh semua murid adalah 22%
daripada markah keseluruhan iaitu 100%. Begitu juga dengan Ujian Pos di mana purata
markah yang berjaya di perolehi kesemua murid adalah 43% berbanding markah
keseluruhan iaitu 100%.
Berdasarkan keputusan Ujian Pra (rujuk jadual 9), kesemua murid mendapat markah
yang rendah dan berada pada paras sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan
dalam kemahiran membina lima ayat. Walaubagaimanapun, setelah Modul B5a-BM
diketengahkan dan diajar kepada murid, maka perubahan yang ketara dapat dilihat pada
keputusan Ujian Pos yang telah dilaksanakan. Hanya 4 murid sahaja yang mendapat
markah yang rendah dan berada pada paras sangat perlu penambahbaikan dengan
pemantauan. Namun begitu, terdapat 2 orang murid telah menunjukkan penurunan
prestasi jika dibandingkan dapatan keputusan Ujian Pra dengan Ujian Pos. Murid tersebut
ialah Chong Shi Qi, semasa Ujian Pra, murid telah mendapat markah 2% tetapi semasa
Ujian Pos dijalankan respoden telah mendapat markah 1%. Begitu juga kedaan yang telah
belaku kepada murid yang bernama Saw Ching Chuan, semasa Ujian Pra dijalankan
murid telah mendapat markah 3% tetapi telah mengalami penurunan semasa Ujian Pos
iaitu dengan mendapat markah 2%. Penurunan markah yang diperolehi oleh kedua-dua
respoden ini adalah sebanyak 1%. Berdasarkan pengamatan dan permerhatian saya,
penurunan markah yang diperolehi oleh kedua-dua murid dalam Ujian Pos adalah
disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi oleh murid semasa menjalani Ujian
Pos. Walaubagaimanapun, berdasarkan keputusan yang telah kedua-dua murid perolehi
maka mereka berdua terpaksa saya berikan perhatian yang khusus dalam meningkatkan
kemahiran dalam membina lima ayat.
Berdasarkan jadual 9 juga, didapati 4 orang murid telah mendapat keputusan pada tahap
perlu penambahbaikan dengan pemantauan iaitu memperolehi markah antara 4%-
6%.Contohnya, markah Ujian Pra Looi Zi Qing sebanyak 3% sahaja tetapi bagi Ujian Pos
Murid berjaya meningkatkan jumlah markah menjadi 4%. Begitu juga dengan Neo Yong
Teng di mana murid hanya memperoleh markah 3% sahaja untuk Ujian Pra, namun
markahnya meningkat pada Ujian Pos di mana markahnya meningkat kepada 6%.
Manakala murid bernama Poon Kah Yee pula meningkat dari 2% kepada 4% dan murid
Soh Qiao Shi pula meningkat dari 1% markah yang diperolehi semasa Ujian Pra kepada
6% semasa Ujian Pos.
Dua orang murid telah memperlihatkan peningkatan yang amat ketara iaitu berada pada
tahap pencapaian prestasi boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan ialah
13
Ling Kah Yi, murid telah mendapat markah 2% semasa Ujian Pra tetapi telah mengalami
peningkatan yang menggalakkan semasa Ujian Pos, iaitu 8%. Perbezaan markah yang
diperolehi ialah sebanyak 6%. Manakala seorang lagi murid yang berjaya memperolehi
peningkatan yang tinggi ialah Poh Wen Li, murid hanya mendapat markah 3% semasa
Ujian Pra tetapi melonjak ke paras markah 8% semasa Ujian Pos. Perbezaan tersebut
ialah sebanyak 5%. Hasil dapatan ujian ini menunjukkan perubahan yang positif.
Perbandingan dari segi penyediaan soalan juga adalah berbeza di antara Ujian Pra dan
Ujian Pos. Soalan bagi Ujian Pos adalah lebih sukar jika hendak dibandingkan dengan
soalan Ujian Pra kerana bahan bergambar yang digunakan adalah lebih kompleks. Bagi
bentuk soalan Ujian Pra, murid telah diberi klu. Murid diminta membina ayat
berdasarkan klu tersebut. Hal ini bertujuan untuk membantu murid membina ayat dengan
mudah. Berlainan pula bagi soalan Ujian Pos di mana bentuk soalannya tidak mempunyai
klu dan murid diminta menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan bergambar dan
soalan Ujian Pos adalah berdasarkan kepada soalan peperiksaan sebenar.
7.4 Rekod Maklum Balas Murid
Setelah ujian pos selesai di analisis, saya belum berpuashati dan tidak bergantung semata-
mata di atas pencapaian tersebut. Langkah seterusnya saya telah membuat satu tinjauan
ringkas menggunakan borang soal selidik untuk melihat prestasi saya serta menilai
kemahiran murid menguasai kemahiran menjawab soalan. Ianya bertujuan untuk
mendapat maklum balas ke atas punca yang mempengaruhi minat dan pencapaian murid
serta reaksi guru-guru lain terhadap diri saya sendiri. Jadual 7 menunjukkan keputusan
ringkas murid terhadap strategi pengajaran saya serta program yang telah saya jalankan.
Jadual 10 : Sikap dan Minat Murid Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
Bil.
Kenyataan
Respon
Setuju Tidak
Setuju
Tidak
Pasti
1 Saya bersedia untuk belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia 7 0 3
2 Guru memberi penjelasan yang tepat 2 2 6
3 Saya begitu seronok apabila dapat membuat latihan dengan betul 9 1 0
4 Saya tidak risau jika guru saya tidak ada di dalam kelas 3 4 3
5 Pencapaian Bahasa Malaysia saya semakin meningkat setelah
belajar menggunakan modul ini
2 4 4
6 Saya senang membuat rujukan sekiranya saya tidak memahami
sesuatu kemahiran
1 2 7
7 Modul yang guru saya berikan cukup mudah dan menyenangkan 3 5 2
8 Guru berusaha untuk memudahkan pemahaman saya dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia
4 3 3
9 Kerja rumah yang guru berikan kepada saya tidak mencukupi 1 7 2
10 Modul yang guru saya sediakan cukup menarik 0 6 4
14
Analisis daripada jadual 11 di atas menunjukkan hampir keseluruhan murid saya begitu
gembira dengan program yang telah saya jalankan. Purata 9 orang murid telah cukup
bersedia untuk belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia selain gembira dan seronok
dengan pencapaian mereka.
Modul B5a-BM akan saya teruskan walaupun perbandingan pencapaian antara ujian pra
dan ujian pos menunjukkan satu perubahan yang membanggakan begitu juga hasil soal
selidik terhadap sikap dan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-
bahan tambahan dan kaedah aktiviti serta perlaksanaan akan saya tambah,ubah suai dan
perbaharui agar murid saya memperolehi kemahiran-kemahiran baru dan keseronokan
belajar secara berterusan.
15
BAHAGIAN 9
8.0 REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan dapatan ini, bolehlah dikatakan bahawa saya berpuas hati kerana terdapat
peningkatan dari segi markah dan bilangan murid yang memperolehi gred tinggi. Namun
begitu, terdapat segelintir murid masih tidak mencapai objektif yang dikehendaki.Murid-
murid ini boleh membina ayat yang betul sekiranya mereka diberikan perhatian yang
sewajarnya bukan sahaja daripada pihak guru dan sekolah malahan juga pihak ibu bapa
dan penjaga. Mereka juga memerlukan masa yang mencukupi menguasai sesuatu aspek
dalam Bahasa Malaysia. Adalah tidak wajar untuk meletakkan segala-galanya dipikul
oleh sebelah pihak sahaja. Selain daripada memberikan latihan tambahan, mungkin
murid-murid ini boleh diasuh minat mereka dengan memberikan ganjaran yang tidak
bersifat kebendaan. Pujian dan dorongan adalah penting bagi menggalakkan mereka terus
berminat dalam menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.
Walau bagaimanapun, saya berpendapat masih ada ruang yang perlu diperbaiki sekiranya
diberikan masa yang lebih ketika menjalankan kajian ini. Ini kerana mengikut
peningkatan markah yang diperolehi, mereka mampu menulis ayat yang baik walaupun
kerja tambahan yang dibuat adalah secara sukarela. Sebagai guru, saya perlu mencari
pelbagai alternatif yang lebih merangsang minat murid untuk mempelajari Bahasa
Melayu. Masa yang diperuntukkan untuk saya ketika proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas adalah tidak mencukupi. Saya mempunyai masa yang terhad untuk saya
memberi lebih tumpuan kepada setiap murid. Saya yakin jika guru diberi peluang untuk
memberi tunjuk ajar kepada setiap murid, masalah-masalah ini mungkin dapat diatasi
sedikit demi sedikit.
Saya berasa bertuah kerana telah dapat menuntut sesuatu yang baru sepanjang kursus ini.
Walaupun saya menghadapi masalah kekangan masa ketika menjalankan kajian ini.
16
BAHAGIAN 10
9.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Setelah melakukan kajian ini, saya rasa perlu diadakan kajian-kajian lain untuk mengenal
pasti masalah-masalah lain yang mungkin tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Oleh
itu, terdapat beberapa cadangan untuk kajian-kajian yang akan dijalankan pada masa
hadapan. Beberapa perubahan lagi perlu saya lakukan dalam melengkapkan Modul B5a-
BM saya ini. Antaranya ialah;
i) Saya perlu memikirkan dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih
menarik serta pengajaran mereka yang bermakna kepada kumpulan
sasaran. Sebagi contoh ialah penggunaan bahan bantu mengajar
terutamanya penggunaan LCD bagi menarik minat murid untuk mengikuti
roses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti dalam kumpulan.
ii) Saya perlu memastikan diri dalam keadaan bersedia sepenuhnya. Pengkaji
juga perlu memastikan keadaan kumpulan sasaran dalam keadaan bersedia
dan selesa, di mana keadaan persekitaran yang kondusif.
iii) Masa yang mencukupi juga perlu diperuntukkan supaya kajian dapat
berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
iv) Melengkapkan modul ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih
menarik, meyusun semula perjalanan modul dengan kaedah yang
mencabar dan kreatif.
17
BAHAGIAN 11
10.0 PENUTUP
Keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa kajian tindakan yang dijalankan ini berjaya
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ia membuktikan bahawa aktiviti
penambahbaikan bina ayat yang dijalankan dapat membantu murid-murid dalam menulis
ayat yang lengkap. Kajian tindakan ini merupakan satu aktiviti yang seharusnya
dilakukan oleh setiap orang guru sama ada secara formal ataupun tidak. Ini adalah bagi
meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang akademik. Selain itu, ia juga dapat
memperbaiki teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam
kelas. Melaluinya juga, para guru akan lebih mengenali kekurangan dan kelebihan setiap
orang muridnya walaupun tidak secara mendalam. Para guru juga akan lebih mengetahui
teknik mengajar yang sesuai yang patut diambil setelah mengetahui kelebihan dan
kekurangan murid.
Kajian ini juga diharap dapat memberi kepekaan dan ransangan kepada pihak sekolah dan
guru-guru Bahasa Malaysia di sekolah saya khasnya dan daerah saya amnya. Setiap
program yang dijalankan seharusnya memerlukan komitmen yang kuat dalam diri sendir
bukan shaja sebagai guru tetapi sebagai pembimbing yang mana pendidik harus
mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjaya hasrat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
18
BIBLIOGRAFI
Atan Bin Long (1976). Psikologi pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur
__________, (2006). Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ee Ah Meng, (1992). Siri Pendidikan Fajar Bakti, Pedagogi, Satu Pengenalan .
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia, (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
Maktab Perguruan Perlis, (2004). Jurnal Kajian Tindakan Guru. Jabatan Penyelidikan
dan Pembangunan Profesional Perguruan. Maktab Perguruan Perlis, Perlis.
Mohd Najib Abdul Ghafar, (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit UTM Skudai.
Johor.
Mohd Nasir Bin Yaacob. Modul Pembelajaran Kendiri Matematik (e-Math): Langkah
Meningkatkan Penguasaan Menjawab Soalan Matematik UPSR.
Sek.Keb.Penghulu Jusoh.Kedah
19

Contenu connexe

Tendances

Kemahiran mendengar aktif
Kemahiran mendengar aktifKemahiran mendengar aktif
Kemahiran mendengar aktifDora Aisya
 
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3Nurul Hakimah Yazid
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca Nsha Shari
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Saifatul Nurul Zaima
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionMokhzani Fadir
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisAini Kifli
 
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...Mohd Suhaimin Isnen
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Amir Aiman Akashah
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatanLaporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatancikgusuepkhas
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuShida Abu Bakar
 

Tendances (20)

Kemahiran mendengar aktif
Kemahiran mendengar aktifKemahiran mendengar aktif
Kemahiran mendengar aktif
 
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3
Rph 1.2.6 ,2.6.1, 3.2.7 , 4.2.1 , 5.1.3
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
RPH BM THN 2 (2019)
RPH BM THN 2  (2019)RPH BM THN 2  (2019)
RPH BM THN 2 (2019)
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalis
 
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
STANDARD 2 - Pengurusan Organisasi (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelo...
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatanLaporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 

En vedette

Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR) CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakannym_namrod
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuJunaidah Jusoh
 
2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,c2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,cKamarudin Jaafar
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanSuzi Suziyana
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarKathleen Ong
 
Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4
Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4
Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Bahan pembentangan kajian peningkatan UPSR
Bahan pembentangan kajian peningkatan UPSRBahan pembentangan kajian peningkatan UPSR
Bahan pembentangan kajian peningkatan UPSRSKDH2
 
Bina ayat majmuk berdasarkan gambar dengan menggunakan kata hubung yang diberi
Bina ayat majmuk berdasarkan gambar dengan menggunakan kata hubung yang diberiBina ayat majmuk berdasarkan gambar dengan menggunakan kata hubung yang diberi
Bina ayat majmuk berdasarkan gambar dengan menggunakan kata hubung yang diberinursetapak
 
Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan
Isu & trenda dalam pendidikan pemulihanIsu & trenda dalam pendidikan pemulihan
Isu & trenda dalam pendidikan pemulihanyayailyasa
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1v ong
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)Melah Melia
 

En vedette (20)

Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Prosiding jam
Prosiding jamProsiding jam
Prosiding jam
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,c2 praktis topikal bm bhg a,b,c
2 praktis topikal bm bhg a,b,c
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 
Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4
Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4
Kajian Tindakan Bahasa Melayu Tahun 4
 
Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)Isu dlam pemulihan (rencana)
Isu dlam pemulihan (rencana)
 
Bahan pembentangan kajian peningkatan UPSR
Bahan pembentangan kajian peningkatan UPSRBahan pembentangan kajian peningkatan UPSR
Bahan pembentangan kajian peningkatan UPSR
 
Bina ayat majmuk berdasarkan gambar dengan menggunakan kata hubung yang diberi
Bina ayat majmuk berdasarkan gambar dengan menggunakan kata hubung yang diberiBina ayat majmuk berdasarkan gambar dengan menggunakan kata hubung yang diberi
Bina ayat majmuk berdasarkan gambar dengan menggunakan kata hubung yang diberi
 
Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan
Isu & trenda dalam pendidikan pemulihanIsu & trenda dalam pendidikan pemulihan
Isu & trenda dalam pendidikan pemulihan
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1
 
Prosiding bm1
Prosiding bm1Prosiding bm1
Prosiding bm1
 
Sek Rendah - Awalan BeR 2
Sek Rendah - Awalan BeR 2Sek Rendah - Awalan BeR 2
Sek Rendah - Awalan BeR 2
 
Morfologi (membina ayat)
Morfologi (membina ayat)Morfologi (membina ayat)
Morfologi (membina ayat)
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan (EDU 3109)
 

Similaire à Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanrehanqistina
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanFariz Salim
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkalMat mohd
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiikananasirin
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibdalilavuzarzad
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Wan Norrizan
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Zuraini Mat Zin
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Ponnu Mani
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...Chitra Devaki
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanChitra Devaki
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Penggunaan kaedah 5 w1h untuk membantu murid membina ayat dengan khusus
Penggunaan kaedah 5 w1h untuk membantu murid membina ayat dengan khususPenggunaan kaedah 5 w1h untuk membantu murid membina ayat dengan khusus
Penggunaan kaedah 5 w1h untuk membantu murid membina ayat dengan khususApple Tang
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasamuhammad
 

Similaire à Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia (20)

Kajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikanKajian tindakan dalam pendidikan
Kajian tindakan dalam pendidikan
 
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkalMeningkatkan penguasaan  menulis huruf besar pada pangkal
Meningkatkan penguasaan menulis huruf besar pada pangkal
 
Kpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iiiKpd3026 pecahan iii
Kpd3026 pecahan iii
 
Kajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaibKajian tindakan jawi straw ajaib
Kajian tindakan jawi straw ajaib
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
2 noraini samin
2 noraini samin2 noraini samin
2 noraini samin
 
Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5Kajian tindakan penulisan bm th 5
Kajian tindakan penulisan bm th 5
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Penggunaan kaedah 5 w1h untuk membantu murid membina ayat dengan khusus
Penggunaan kaedah 5 w1h untuk membantu murid membina ayat dengan khususPenggunaan kaedah 5 w1h untuk membantu murid membina ayat dengan khusus
Penggunaan kaedah 5 w1h untuk membantu murid membina ayat dengan khusus
 
Proposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docxProposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docx
 
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasaPermasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa
 

Plus de Amir Aiman Akashah

Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)Amir Aiman Akashah
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Amir Aiman Akashah
 
Jadual Kandungan Kajian Tindakan
Jadual Kandungan  Kajian TindakanJadual Kandungan  Kajian Tindakan
Jadual Kandungan Kajian TindakanAmir Aiman Akashah
 
Standard Prestasi Bahasa Malaysia KSSR Tahun Satu (SK)
Standard Prestasi  Bahasa Malaysia KSSR Tahun Satu (SK)Standard Prestasi  Bahasa Malaysia KSSR Tahun Satu (SK)
Standard Prestasi Bahasa Malaysia KSSR Tahun Satu (SK)Amir Aiman Akashah
 
Contoh Memo Panggilan Mesyuarat
Contoh Memo Panggilan MesyuaratContoh Memo Panggilan Mesyuarat
Contoh Memo Panggilan MesyuaratAmir Aiman Akashah
 
Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Tahun 1 (SK)
Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Tahun 1 (SK)Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Tahun 1 (SK)
Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Tahun 1 (SK)Amir Aiman Akashah
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 1 (SK)
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 1 (SK)RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 1 (SK)
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 1 (SK)Amir Aiman Akashah
 

Plus de Amir Aiman Akashah (13)

Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 2)
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
 
Contoh sasaran kerja tahunan
Contoh sasaran kerja tahunanContoh sasaran kerja tahunan
Contoh sasaran kerja tahunan
 
Cover Kajian Tindakan
Cover Kajian TindakanCover Kajian Tindakan
Cover Kajian Tindakan
 
Lampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian TindakanLampiran Kajian Tindakan
Lampiran Kajian Tindakan
 
Jadual Kandungan Kajian Tindakan
Jadual Kandungan  Kajian TindakanJadual Kandungan  Kajian Tindakan
Jadual Kandungan Kajian Tindakan
 
Enjoy your days with a book
Enjoy your days with a bookEnjoy your days with a book
Enjoy your days with a book
 
Bahan MBMMBI
Bahan MBMMBIBahan MBMMBI
Bahan MBMMBI
 
Reading Is Fun
Reading Is FunReading Is Fun
Reading Is Fun
 
Standard Prestasi Bahasa Malaysia KSSR Tahun Satu (SK)
Standard Prestasi  Bahasa Malaysia KSSR Tahun Satu (SK)Standard Prestasi  Bahasa Malaysia KSSR Tahun Satu (SK)
Standard Prestasi Bahasa Malaysia KSSR Tahun Satu (SK)
 
Contoh Memo Panggilan Mesyuarat
Contoh Memo Panggilan MesyuaratContoh Memo Panggilan Mesyuarat
Contoh Memo Panggilan Mesyuarat
 
Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Tahun 1 (SK)
Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Tahun 1 (SK)Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Tahun 1 (SK)
Kurikulum Standard Bahasa Malaysia Tahun 1 (SK)
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 1 (SK)
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 1 (SK)RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 1 (SK)
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 1 (SK)
 

Dernier

Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1LailaTulangRusukMaha
 
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul.1.1.pdf
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul.1.1.pdfJurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul.1.1.pdf
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul.1.1.pdfIndri117648
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUTeric214073
 
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridAksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridYusnelMarni
 
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfMakna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfAdindaRizkiThalia
 
Download Contoh Laporan observasi teman sejawat
Download Contoh Laporan observasi teman sejawatDownload Contoh Laporan observasi teman sejawat
Download Contoh Laporan observasi teman sejawatsriagunggb
 
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdf
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdfSertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdf
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdfWahyuHid3
 
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Shoffan shoffa
 
PAI SD 1_BAB 9. pendidikan agama islam tentang bersuci
PAI SD 1_BAB 9.  pendidikan agama islam tentang bersuciPAI SD 1_BAB 9.  pendidikan agama islam tentang bersuci
PAI SD 1_BAB 9. pendidikan agama islam tentang bersucietiernawati20
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxFidelaNiam
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptxfurqanridha
 
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)RezaWahyuni6
 
PPT IPS KD 3.4 Sejarah Kerajaan-Kerajaan di Indonesia part 2.pptx
PPT IPS KD 3.4 Sejarah Kerajaan-Kerajaan di Indonesia part 2.pptxPPT IPS KD 3.4 Sejarah Kerajaan-Kerajaan di Indonesia part 2.pptx
PPT IPS KD 3.4 Sejarah Kerajaan-Kerajaan di Indonesia part 2.pptxfradillachorysofa14
 
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAHPANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAHNurul Nuha MS
 
Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolahKel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolahaisyahnurul2408
 
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfPTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfSMP Hang Kasturi, Batam
 
Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...
Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...
Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...AnnisaArianti2
 
Permohonan Pembatalan Keputusan Komisi Pemilihan Umum No. 360 Tahun 2024.pdf
Permohonan Pembatalan Keputusan Komisi Pemilihan Umum No. 360 Tahun 2024.pdfPermohonan Pembatalan Keputusan Komisi Pemilihan Umum No. 360 Tahun 2024.pdf
Permohonan Pembatalan Keputusan Komisi Pemilihan Umum No. 360 Tahun 2024.pdfDadang Solihin
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIwanalifhikmi
 

Dernier (20)

Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
 
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul.1.1.pdf
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul.1.1.pdfJurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul.1.1.pdf
Jurnal Refleksi Dwi Mingguan Modul.1.1.pdf
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
 
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridAksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
 
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfMakna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
 
Download Contoh Laporan observasi teman sejawat
Download Contoh Laporan observasi teman sejawatDownload Contoh Laporan observasi teman sejawat
Download Contoh Laporan observasi teman sejawat
 
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdf
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdfSertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdf
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdf
 
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
 
PAI SD 1_BAB 9. pendidikan agama islam tentang bersuci
PAI SD 1_BAB 9.  pendidikan agama islam tentang bersuciPAI SD 1_BAB 9.  pendidikan agama islam tentang bersuci
PAI SD 1_BAB 9. pendidikan agama islam tentang bersuci
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
 
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
 
PPT IPS KD 3.4 Sejarah Kerajaan-Kerajaan di Indonesia part 2.pptx
PPT IPS KD 3.4 Sejarah Kerajaan-Kerajaan di Indonesia part 2.pptxPPT IPS KD 3.4 Sejarah Kerajaan-Kerajaan di Indonesia part 2.pptx
PPT IPS KD 3.4 Sejarah Kerajaan-Kerajaan di Indonesia part 2.pptx
 
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAHPANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
 
Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolahKel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolah
 
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdfPTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
PTS Genap 7, 8 & US 9 SMP 51 dan HK 2024.pdf
 
Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...
Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...
Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...
 
Permohonan Pembatalan Keputusan Komisi Pemilihan Umum No. 360 Tahun 2024.pdf
Permohonan Pembatalan Keputusan Komisi Pemilihan Umum No. 360 Tahun 2024.pdfPermohonan Pembatalan Keputusan Komisi Pemilihan Umum No. 360 Tahun 2024.pdf
Permohonan Pembatalan Keputusan Komisi Pemilihan Umum No. 360 Tahun 2024.pdf
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
 
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptxDEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
 

Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia

  • 1. BAHAGIAN 1 MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TEKNIK MEMBINA LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR DALAM BAHAGIA A (KERTAS 2) BAHASA MALAYSIA. Oleh KAMARUL AMIR RAZAIZAT BIN KAMALUDIN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) BAN FOO, KAMPUNG BAN FOO, 81800 ULU TIRAM, JOHOR BAHRU, JOHOR ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid kelas 5 Merah di dalam meningkatkan penguasan murid dalam teknik membina lima ayat berdasarkan gambar dalam bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia. Seramai 10 orang murid 5 Merah, SJK (C) Ban Foo, Ulu Tiram dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, ujian bulanan, latihan kerja rumah yang diberikan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Penulisan Bahasa Malaysia dikalangan pelajar sangatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penulisan Bahasa Malaysia, para pelajar dapat meningkatkan penguasaan mereka membina ayat seterusnya berinteraksi sesama rakan-rakan dan guru dengan menggunakan ayat yang betul. Perancangan tindakan di fokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid dalam membina lima ayat berdasarkan gambar dalam Bahagian A, Kertas 2, Bahasa Malaysia. Meskipun perancangan ini bertujuan baik, namun terdapat rintangan berupa masalah kemampuan para pelajar dalam menguasai kemahiran tersebut. Masalah ini tentunya akan menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun murid boleh berkomunikasi dan berinteraksi bersama rakan-rakan atau guru dalam Bahasa Malaysia, namun penguasan murid terhadap kemahiran menulis masih tidak memberangsangkan. Murid telah didedahkan kepada teknik ini selama 6 jam dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 6 minggu. Melalui kaedah-kaedah yang telah dicadangkan dalam proses pelaksanaan kajian tindakan seperti temubual dan pemerhatian, saya kemudiannya telah menganalisis dan membuat rumusan. Berdasarkan rumusan itulah, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi membantu para pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam penulisan Bahasa Malaysia terutamanya dalam membina ayat berdasarkan gambar iaitu dibahagian A, kertas 2 Bahasa Malaysia. 1
  • 2. BAHAGIAN 2 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Analisa keputusan Ujian Penilaian Pencapaian Murid (UPPM1) tahun 2009 untuk kelas Tahun 5 Merah tetap dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, sedih, marah dan seribu satu macam perasaan yang melingkari diri ini hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya. Dengan kertas soalan yang begitu senang untuk dijawab pun mereka tidak dapat jawab dengan baik. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakan- rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu. Saya memang tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendenda dan meminta pelajar menyatakan sebab-sebab mereka gagal ujian Bahasa Malaysia. Saya juga meminta guru lain memberi pandangan mereka mengenai sikap dan pencapaian pelajar Tahun 5 Merah. Kesemua guru menyatakan ada pelajar yang rendah motivasi diri, tidak serius terhadap pelajaran, suka membuang masa dan pencapaian mereka adalah agak rendah. Walaupun masih ada pelajar yang lebih berdisiplin dan rajin berusaha tetapi pencapaian mereka masih kurang memuaskan. Antara sebab-sebab gagal Bahasa Malaysia yang telah dinyatakan oleh pelajar Tahun 5 Merah ialah murid tidak membaca buku dan tidak membuat ulangkaji, tidak memahami soalan, kurang membaca bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia serta kurang berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia yang betul. Saya yakin kegagalan ini berpunca daripada saya sendiri untuk memenuhi peruntukan masa yang diberikan selain tidak dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada mereka. Maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengesan faktor kelemahan murid dalam membina ayat. Hal ini adalah kerana, murid tidak dapat membina ayat seperti yang diinginkan oleh guru. Hasil ayat yang dibina melalui latihan yang diberikan amat tidak memuaskan. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid apabila membuat latihan membina ayat. Murid tidak dapat memperkembangkan idea serta tidak memahami teknik-teknik bagi menjawab soalan yang dikemukakan dengan bernas dan tepat. Senario ini menyebabkan hasil jawapan murid tidak menarik dan kurang tepat. Kesukaran murid untuk membina ayat adalah disebabkan kurangnya imaginasi murid, kurang pembacaan bahan Bahasa Malaysia dan kekurangan penguasaan pembendaharan kata Bahasa Malaysia. Selain itu, murid juga tidak mengetahui teknik-teknik yang betul untuk mengetengahkan idea mereka dalam bentuk rangka ayat terlebih dahulu sebelum membina ayat yang lengkap. Justeru itu, murid ketandusan idea ketika membina ayat. Pertautan idea diantara ayat juga sukar dilakukan kerana murid tidak dapat berfkir dalam ruang lingkup yang lebih besar. Idea mereka hanya terbatas kepada contoh yang diberikan oleh guru. Melalui pemerhatian yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid tidak berfikir secara kreatif untuk membina ayat yang menarik dan gramatis. 2
  • 3. BAHAGIAN 3 2.0 PERNYATAAN MASALAH Untuk mengenalpasti masalah, adalah penting bagi saya membuat tinjauan masalah supaya perkara tersebut dapat dikenal pasti. Saya telah melakukan beberapa tinjauan awal tentang beberapa aspek yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, daerah kelemahan murid serta pandangan murid serta guru lain terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Langkah-langkah yang saya ambil adalah seperti berikut; 2.1 Tinjauan Masalah Saya mengesan masalah daripada latihan yang diberi semasa pengajaran dan pembelajaran, latihan kerja rumah dan juga ujian bulanan 2.2 Analisis Ujian Penilaian (UPPM 1) Saya juga telah menggunakan keputusan UPPM 1 kertas 2 Bahasa Malaysia sebagai asas kepada kajian ini. Dapatan daripada ujian tersebut adalah seperti berikut: Jadual 1: Keputusan UPPM 1 Kertas 2 Bahasa Malaysia BIL NAMA KERTAS 2 A B C % GRED 1. SIAK YAW JOE 1% 11% 1% 22.0% D 2. TYE ZHI YONG 1% 0% 1% 3.0% E 3. LING KAH YI 3% 11% 4% 30.0% D 4. CHONG SHI QI 3% 10% 1% 23.0% D 5. LOOI ZI QING 3% 11% 8% 37.0% D 6. NEO YONG TING 4% 5% 4% 22.0% D 7. POH WEN LI 3% 11% 1% 25.0% D 8 POON KAH YEE 2% 10% 1% 22.0% D 9. SAW CHING CHUAN 2% 16% 4% 37.0% D 10. SOH QIAO SHI 1% 10% 1% 20.0% D 3
  • 4. 2.3 Ujian Pra (pre test) Satu ujian telah dijalankan untuk mengesan kelemahan murid dan jumlah murid yang tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Bilangan ayat adalah lima. Jadual 2: Keputusan Ujian Pra BIL NAMA Ujian Pra Markah 1. SIAK YAW JOE 2% 2. TYE ZHI YONG 1% 3. LING KAH YI 2% 4. CHONG SHI QI 2% 5. LOOI ZI QING 3% 6. NEO YONG TING 3% 7. POH WEN LI 3% 8 POON KAH YEE 2% 9. SAW CHING CHUAN 3% 10. SOH QIAO SHI 1% 2.4 Teknik menjawab Teknik membina lima ayat akan diajar kepada murid. Setiap murid akan menerima satu soalan untuk membina ayat. Guru meminta murid meneliti aktiviti- aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Murid akan mengenalpasti aktiviti- aktiviti dan kata kerja serta nilai murni yang sesuai. Murid juga akan diminta membulatkan dan menomborkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut. Seterusnya semasa murid menulis, mereka akan menulis ayat berdasarkan nombor dan aktiviti-aktivi ang telah bertanda. Justeru itu, murid akan mendapat idea untuk menulis. Akhir sekali sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan kepada murid mereka diminta mewarnakan gambar tersebut. Aktiviti boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan atau berpasangan. 4
  • 5. 2.5 Ujian (post test) Satu ujian atau peperiksaan sebenar telah dijalankan untuk menilai kefahaman dan penguasaan murid berdasarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan. Jadual 3: Keputusan Ujian Pos BIL NAMA Ujian Pos Markah 1. SIAK YAW JOE 2% 2. TYE ZHI YONG 2% 3. LING KAH YI 8% 4. CHONG SHI QI 1% 5. LOOI ZI QING 4% 6. NEO YONG TING 6% 7. POH WEN LI 8% 8 POON KAH YEE 4% 9. SAW CHING CHUAN 2% 10. SOH QIAO SHI 6% 5
  • 6. BAHAGIAN 4 3.0 FOKUS KAJIAN Berdasarkan pemerhatian dan juga refleksi yang telah dibuat, suatu langkah yang sewajarnya perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Justeru itu, kajian yang akan dijalankan nanti menekankan kepada aspek membina ayat. Hal ini adalah penting kerana dapat melatih murid dari peringkat awal supaya mereka dapat membina ayat yang menarik dan bermutu. Masalah ini berlaku kerana mereka tidak dapat memahami konsep pembendaharaan kata yang mana di dalam sesuatu ayat mestilah mengandungi subjek dan predikat. Jika perkara ini tidak ditangani, ia akan menjadi lebih teruk dan akan menjejaskan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan menjejaskan keputusan Bahasa Malaysia dalam kertas penulisan amnya.Jika dilihat, kebanyakkan kesalahan adalah berkenaan 3 aspek sahaja. Kesilapan yang sering dilakukan dalam pembinaan ayat ini ialah: • Kesilapan ejaan • Kesilapan penggunaan perkataan • Kesilapan struktur ayat (Subjek dan Predikat) Fokus kajian yang akan dijalankan ini menekankan supaya murid dapat menguasai lima ayat berpandukan gambar. Hal ini penting kerana membina lima ayat berpandukan gambar merupakan komponen penting daripada soalan kertas 2 dan sekiranya murid menguasai kemahiran ini maka peratusan murid untuk lulus dengan baik dalam kertas 2 adalah tinggi. Saya yakin jika saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah P&P, Sikap negatif dan pencapaian pelajar Tahun 5 Merah yang rendah akan dapat diperbaiki. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek. 6
  • 7. BAHAGIAN 5 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.1 OBJEKTIF AM Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakaan pelbagai kaedah dan pendekatan agar dapat mengatasi permasalahan kelemahan murid dalam membina ayat. Hal ini bertujuan supaya dapat meningkatkan peratus kecemerlangan murid dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. 4.2 OBJEKTIF KHUSUS Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk; 4.2.1 Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Malaysia 4.2.2 Meningkatkan pengguasaan murid ketika membina ayat 4.2.3 Memantapkan kreativiti murid ketika membina ayat dengan perkataan yang sesuai dan bermutu 4.2.4 Meningkatkan peratusan murid yang lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia 4.2.5 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran 4.2.6 Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok. 4.2.7 Memberi bimbingan dan panduan kepada guru-guru lain yang mengambil alih tugasan ketika ketiadaan saya. 4.2.8 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran terus berlaku ketika ketiadaan guru di dalam kelas 4.2.9 Memberi peluang kepada guru menumpukan perhatian kepada murid lemah ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 7
  • 8. BAHAGIAN 6 5.0 KUMPULAN SASARAN. Kajian ini melibatkan 10 daripada 27 borang murid tahun 5 Merah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ban Foo, Ulu Tiram, Johor. Kelas ini mempunyai tiga kumpulan murid yang berbeza pencapaiannya. Kumpulan murid yang disasarkan dalam kajian ini adalah 8 orang murid daripada kelas 4 Merah. Hal ini kerana murid ini menunjukkan potensi yang memberangsangkan untuk lulus di dalam matapelajaran Bahasa Malaysia. Jadual 4: Bilangan Murid Mengikut Kumpulan kumpulan Bilangan Murid Cemerlang 1 Sederhana 16 Galus 10 Jadual 5: Bilangan Murid Yang Disasarkan Berdasarkan Gender Gender Jumlah Lelaki 2 Perempuan 8 8
  • 9. BAHAGIAN 7 6.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN 6.1 Menentukan Fokus Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dinyatakan saya telah memfokuskan kajian tindakan ini kepada perkara berikut: 6.1.1 Mengenal pasti daerah kelemahan murid secara keseluruhan 6.1.2 Menentukan langkah-langkah serta aktiviti yang perlu saya jalankan 6.1.3 Menentukan cara atau kaedah yang sesuai untu menjalankan aktiviti Fokus ini saya susun saupaya murid-murid dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan sama ada saya ada atau tiada semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini penting kerana mereka sendiri kurang mendapat bantuan dari keluarga dan rakan-rakan, mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada guru subjek (saya) di sekolah untuk menambahkan kemahiran dalam bahagian ini. 6.2 Langkah Melaksanakan Tindakan Bagi meningkatkan pencapaian murid melalui kelemahan yang telah saya kenal pasti, saya telah merangka Modul B5a-BM dalam satu bentuk yang mudah untuk membantu murid disamping mengatasi masalah kekangan masa selain dapat dijadikan rakan bantu untuk menguasai kemahiran membina ayat. Bentuk Modul B5a-BM tersebut ialah: 6.2.1 Modul helaian lembaran berupa modul bercetak 6.2.2 Bahan bergambar Bentuk modul ini akan saya berikan kepada murid agar proses pengajaran dan pembelajaran akan terus berlaku mengikut perancangan walaupun tanpa atau adanya guru ganti. Saya hanya perlu meninggalkan Modul B5a kepada guru yang terlibat untuk menggantikan saya atau ketua kelas. Untuk melicinkan perlaksanaan Modul B5a ini, beberapa langkah telah difikirkan supaya murid serta guru yang terlibat benar-benar faham serta mencapai objektif yang saya kehendaki. Langkah-langkah tersebut ialah: langkah 1 : memahami dan meneliti gambar  Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar 9
  • 10.  Berdasarkan soalan di atas, bahan bergambar tentang aktiviti ______________________  Guru meminta murid merangka idea seperti siapa / apa / di mana / bila / mengapa. Langkah 2 : Baca dan cari kunci soalan  Guru akan meminta murid membaca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan sama ada aktiviti, situasi atau tentang  Kunci soalan bagi soalan perbincangan ialah ’aktiviti’. Oleh itu, ayat yang dibina mestilah mengandungi kata kerja dan watak.  Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktiviti- aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut Langkah 3 : Bina rangka ayat  Guru juga akan meminta murid membulatkan dan menomborkan aktiviti- aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut  Murid akan membina rangka ayat berdasarkan jadual dibawah Jadual 6: Bina Rangka Ayat Bil subjek kata kerja kata nama am kata hubung situasi/tempat/keadaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Langkah 4 : Bina lima ayat lengkap  Guru akan meminta murid menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan rangka ayat  Guru meminta murid pastikan setiap ayat mempunyai nombor  Jawapan: contoh Ayat tunggal :1] Ali sedang menggunting rumput. Ayat majmuk :2] Ali menggunakan gunting besar untuk mengguting rumput dipadang supaya kawasan menjadi bersih. 10
  • 11. 1. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ 2. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ 3. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ 4. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ 5. _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ Langkah 7 : Menyemak  Selepas menulis jawapan, semak struktur ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan  Pastikan ayat yang dibina betrkaitan gambar dan gramatis  Akhir sekali, sebagai galakan dan untuk menimbulkan keseronokan kepada murid, mereka dibenarkan mewarnakan gambar tersebut. 6.3 Perlaksanaan Tindakan Modul B5a yang telah disediakan ini telah banyak membantu untuk murid memahami setiap kemahiran serta menjawab soalan di Bahagian A, Kertas 2 Bahasa Malaysia. Murid telah dibimbing secara berperingkat dan berterusan. Ianya bermula dengan memahami konsep asas kemahiran seterusnya memahami soalan yang dikemukakan, menyatakan maklumat yang terdapat dalam soalan dan gambar. Dengan itu, murid secara amnya akan dapat membina ayat mudah dalam semasa menjawab. Perkara ini sentiasa diberikan penekanan supaya sentiasa menjadi amalan mereka. Murid juga digalakkan memperbanyakkan bacaan bahan-bahan atau buku-buku dalam Bahasa Malaysia. Ini bertujuan untuk memperkayakan penguasaan pembendaharaan bahasa murid supaya murid senang dan mudah untuk menjawab soalan di bahagia A, kertas 2 Bahasa Malaysia seterusnya dalam memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan. 11
  • 12. BAHAGIAN 8 7.0 RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN Analisis ini dibuat berdasarkan jumlah markah skor yang diperolehi oleh respoden dalam menjawab soalan-soalan Ujian Pra dan Ujian Pos dan diguna pakai dalam proses pengauditan prestasi murid-renpoden ini. 7.1 Kaedah Interpretasi Bagi tujuan memudahkan analisis dibuat, adalah dicadangkan interpretasi keputusan dibuat seperti berikut: Jadual 8 : Kaedah Interpretasi Tahap Pencapaian Prestasi Murid MARKAH % TAHAP PENCAPAIAN PRETASI 10 Cemerlang dan perlu dikekalkan 7-9 Boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan 4-6 Perlu penambahbaikan dengan pemantauan 0-3 Sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan 7.2 Keputusan Selepas 6 minggu murid saya dilatih menggunakan Modul B5a-BM, saya telah menjalankan penilaian yang pertama melalui ujian pos yang diberikan untuk mengetahui sejauh mana murid saya benar-benar memahami kaedah menggunakannya. Jadual 5 menunjukkan data ujian pos yang telah saya kumpulkan berbanding ujian pra yang telah saya jalankan sebelum menggunakan Modul B5a-BM. Taburan markah / gred bagi ujian pra dan ujian pos tersebut adalah seperti berikut; Jadual 9: Perbandingan Pencapaian Prestasi Murid BIL NAMA Markah Ujian Pra Ujian Pos 1. SIAK YAW JOE 2% 2% 2. TYE ZHI YONG 1% 2% 3. LING KAH YI 2% 8% 4. CHONG SHI QI 2% 1% 5. LOOI ZI QING 3% 4% 6. NEO YONG TING 3% 6% 7. POH WEN LI 3% 8% 8 POON KAH YEE 2% 4% 9. SAW CHING CHUAN 3% 2% 10. SOH QIAO SHI 1% 6% Jumlah 22% 43% 12
  • 13. Setelah berakhirnya kedua-dua ujian ini, dapatlah dinyatakan bahawa terdapat banyak perbandingan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Perbandingan dapat dibuat dengan melihat peratus markah, peningkatan dan juga penyediaan soalan ujian. 7.3 Perbandingan Jadual 9 menunjukkan keputusan dan markah yang diperolehi oleh 10 orang murid dalam kajian ini. Keputusan ini terbahagi kepada 2 tahap ujian iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Berdasarkan analisis di atas terdapat peningkatan pada Ujian Pos berbanding dengan Ujian Pra. Bagi Ujian Pra purata markah yang dikumpul oleh semua murid adalah 22% daripada markah keseluruhan iaitu 100%. Begitu juga dengan Ujian Pos di mana purata markah yang berjaya di perolehi kesemua murid adalah 43% berbanding markah keseluruhan iaitu 100%. Berdasarkan keputusan Ujian Pra (rujuk jadual 9), kesemua murid mendapat markah yang rendah dan berada pada paras sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan dalam kemahiran membina lima ayat. Walaubagaimanapun, setelah Modul B5a-BM diketengahkan dan diajar kepada murid, maka perubahan yang ketara dapat dilihat pada keputusan Ujian Pos yang telah dilaksanakan. Hanya 4 murid sahaja yang mendapat markah yang rendah dan berada pada paras sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan. Namun begitu, terdapat 2 orang murid telah menunjukkan penurunan prestasi jika dibandingkan dapatan keputusan Ujian Pra dengan Ujian Pos. Murid tersebut ialah Chong Shi Qi, semasa Ujian Pra, murid telah mendapat markah 2% tetapi semasa Ujian Pos dijalankan respoden telah mendapat markah 1%. Begitu juga kedaan yang telah belaku kepada murid yang bernama Saw Ching Chuan, semasa Ujian Pra dijalankan murid telah mendapat markah 3% tetapi telah mengalami penurunan semasa Ujian Pos iaitu dengan mendapat markah 2%. Penurunan markah yang diperolehi oleh kedua-dua respoden ini adalah sebanyak 1%. Berdasarkan pengamatan dan permerhatian saya, penurunan markah yang diperolehi oleh kedua-dua murid dalam Ujian Pos adalah disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi oleh murid semasa menjalani Ujian Pos. Walaubagaimanapun, berdasarkan keputusan yang telah kedua-dua murid perolehi maka mereka berdua terpaksa saya berikan perhatian yang khusus dalam meningkatkan kemahiran dalam membina lima ayat. Berdasarkan jadual 9 juga, didapati 4 orang murid telah mendapat keputusan pada tahap perlu penambahbaikan dengan pemantauan iaitu memperolehi markah antara 4%- 6%.Contohnya, markah Ujian Pra Looi Zi Qing sebanyak 3% sahaja tetapi bagi Ujian Pos Murid berjaya meningkatkan jumlah markah menjadi 4%. Begitu juga dengan Neo Yong Teng di mana murid hanya memperoleh markah 3% sahaja untuk Ujian Pra, namun markahnya meningkat pada Ujian Pos di mana markahnya meningkat kepada 6%. Manakala murid bernama Poon Kah Yee pula meningkat dari 2% kepada 4% dan murid Soh Qiao Shi pula meningkat dari 1% markah yang diperolehi semasa Ujian Pra kepada 6% semasa Ujian Pos. Dua orang murid telah memperlihatkan peningkatan yang amat ketara iaitu berada pada tahap pencapaian prestasi boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan ialah 13
  • 14. Ling Kah Yi, murid telah mendapat markah 2% semasa Ujian Pra tetapi telah mengalami peningkatan yang menggalakkan semasa Ujian Pos, iaitu 8%. Perbezaan markah yang diperolehi ialah sebanyak 6%. Manakala seorang lagi murid yang berjaya memperolehi peningkatan yang tinggi ialah Poh Wen Li, murid hanya mendapat markah 3% semasa Ujian Pra tetapi melonjak ke paras markah 8% semasa Ujian Pos. Perbezaan tersebut ialah sebanyak 5%. Hasil dapatan ujian ini menunjukkan perubahan yang positif. Perbandingan dari segi penyediaan soalan juga adalah berbeza di antara Ujian Pra dan Ujian Pos. Soalan bagi Ujian Pos adalah lebih sukar jika hendak dibandingkan dengan soalan Ujian Pra kerana bahan bergambar yang digunakan adalah lebih kompleks. Bagi bentuk soalan Ujian Pra, murid telah diberi klu. Murid diminta membina ayat berdasarkan klu tersebut. Hal ini bertujuan untuk membantu murid membina ayat dengan mudah. Berlainan pula bagi soalan Ujian Pos di mana bentuk soalannya tidak mempunyai klu dan murid diminta menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan bergambar dan soalan Ujian Pos adalah berdasarkan kepada soalan peperiksaan sebenar. 7.4 Rekod Maklum Balas Murid Setelah ujian pos selesai di analisis, saya belum berpuashati dan tidak bergantung semata- mata di atas pencapaian tersebut. Langkah seterusnya saya telah membuat satu tinjauan ringkas menggunakan borang soal selidik untuk melihat prestasi saya serta menilai kemahiran murid menguasai kemahiran menjawab soalan. Ianya bertujuan untuk mendapat maklum balas ke atas punca yang mempengaruhi minat dan pencapaian murid serta reaksi guru-guru lain terhadap diri saya sendiri. Jadual 7 menunjukkan keputusan ringkas murid terhadap strategi pengajaran saya serta program yang telah saya jalankan. Jadual 10 : Sikap dan Minat Murid Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Bil. Kenyataan Respon Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti 1 Saya bersedia untuk belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia 7 0 3 2 Guru memberi penjelasan yang tepat 2 2 6 3 Saya begitu seronok apabila dapat membuat latihan dengan betul 9 1 0 4 Saya tidak risau jika guru saya tidak ada di dalam kelas 3 4 3 5 Pencapaian Bahasa Malaysia saya semakin meningkat setelah belajar menggunakan modul ini 2 4 4 6 Saya senang membuat rujukan sekiranya saya tidak memahami sesuatu kemahiran 1 2 7 7 Modul yang guru saya berikan cukup mudah dan menyenangkan 3 5 2 8 Guru berusaha untuk memudahkan pemahaman saya dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia 4 3 3 9 Kerja rumah yang guru berikan kepada saya tidak mencukupi 1 7 2 10 Modul yang guru saya sediakan cukup menarik 0 6 4 14
  • 15. Analisis daripada jadual 11 di atas menunjukkan hampir keseluruhan murid saya begitu gembira dengan program yang telah saya jalankan. Purata 9 orang murid telah cukup bersedia untuk belajar mata pelajaran Bahasa Malaysia selain gembira dan seronok dengan pencapaian mereka. Modul B5a-BM akan saya teruskan walaupun perbandingan pencapaian antara ujian pra dan ujian pos menunjukkan satu perubahan yang membanggakan begitu juga hasil soal selidik terhadap sikap dan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia. Bahan- bahan tambahan dan kaedah aktiviti serta perlaksanaan akan saya tambah,ubah suai dan perbaharui agar murid saya memperolehi kemahiran-kemahiran baru dan keseronokan belajar secara berterusan. 15
  • 16. BAHAGIAN 9 8.0 REFLEKSI KAJIAN Berdasarkan dapatan ini, bolehlah dikatakan bahawa saya berpuas hati kerana terdapat peningkatan dari segi markah dan bilangan murid yang memperolehi gred tinggi. Namun begitu, terdapat segelintir murid masih tidak mencapai objektif yang dikehendaki.Murid- murid ini boleh membina ayat yang betul sekiranya mereka diberikan perhatian yang sewajarnya bukan sahaja daripada pihak guru dan sekolah malahan juga pihak ibu bapa dan penjaga. Mereka juga memerlukan masa yang mencukupi menguasai sesuatu aspek dalam Bahasa Malaysia. Adalah tidak wajar untuk meletakkan segala-galanya dipikul oleh sebelah pihak sahaja. Selain daripada memberikan latihan tambahan, mungkin murid-murid ini boleh diasuh minat mereka dengan memberikan ganjaran yang tidak bersifat kebendaan. Pujian dan dorongan adalah penting bagi menggalakkan mereka terus berminat dalam menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Walau bagaimanapun, saya berpendapat masih ada ruang yang perlu diperbaiki sekiranya diberikan masa yang lebih ketika menjalankan kajian ini. Ini kerana mengikut peningkatan markah yang diperolehi, mereka mampu menulis ayat yang baik walaupun kerja tambahan yang dibuat adalah secara sukarela. Sebagai guru, saya perlu mencari pelbagai alternatif yang lebih merangsang minat murid untuk mempelajari Bahasa Melayu. Masa yang diperuntukkan untuk saya ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah tidak mencukupi. Saya mempunyai masa yang terhad untuk saya memberi lebih tumpuan kepada setiap murid. Saya yakin jika guru diberi peluang untuk memberi tunjuk ajar kepada setiap murid, masalah-masalah ini mungkin dapat diatasi sedikit demi sedikit. Saya berasa bertuah kerana telah dapat menuntut sesuatu yang baru sepanjang kursus ini. Walaupun saya menghadapi masalah kekangan masa ketika menjalankan kajian ini. 16
  • 17. BAHAGIAN 10 9.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Setelah melakukan kajian ini, saya rasa perlu diadakan kajian-kajian lain untuk mengenal pasti masalah-masalah lain yang mungkin tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan untuk kajian-kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan. Beberapa perubahan lagi perlu saya lakukan dalam melengkapkan Modul B5a- BM saya ini. Antaranya ialah; i) Saya perlu memikirkan dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik serta pengajaran mereka yang bermakna kepada kumpulan sasaran. Sebagi contoh ialah penggunaan bahan bantu mengajar terutamanya penggunaan LCD bagi menarik minat murid untuk mengikuti roses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti dalam kumpulan. ii) Saya perlu memastikan diri dalam keadaan bersedia sepenuhnya. Pengkaji juga perlu memastikan keadaan kumpulan sasaran dalam keadaan bersedia dan selesa, di mana keadaan persekitaran yang kondusif. iii) Masa yang mencukupi juga perlu diperuntukkan supaya kajian dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. iv) Melengkapkan modul ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik, meyusun semula perjalanan modul dengan kaedah yang mencabar dan kreatif. 17
  • 18. BAHAGIAN 11 10.0 PENUTUP Keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa kajian tindakan yang dijalankan ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ia membuktikan bahawa aktiviti penambahbaikan bina ayat yang dijalankan dapat membantu murid-murid dalam menulis ayat yang lengkap. Kajian tindakan ini merupakan satu aktiviti yang seharusnya dilakukan oleh setiap orang guru sama ada secara formal ataupun tidak. Ini adalah bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam bidang akademik. Selain itu, ia juga dapat memperbaiki teknik penyampaian pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas. Melaluinya juga, para guru akan lebih mengenali kekurangan dan kelebihan setiap orang muridnya walaupun tidak secara mendalam. Para guru juga akan lebih mengetahui teknik mengajar yang sesuai yang patut diambil setelah mengetahui kelebihan dan kekurangan murid. Kajian ini juga diharap dapat memberi kepekaan dan ransangan kepada pihak sekolah dan guru-guru Bahasa Malaysia di sekolah saya khasnya dan daerah saya amnya. Setiap program yang dijalankan seharusnya memerlukan komitmen yang kuat dalam diri sendir bukan shaja sebagai guru tetapi sebagai pembimbing yang mana pendidik harus mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjaya hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 18
  • 19. BIBLIOGRAFI Atan Bin Long (1976). Psikologi pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur __________, (2006). Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ee Ah Meng, (1992). Siri Pendidikan Fajar Bakti, Pedagogi, Satu Pengenalan . Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia, (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. Maktab Perguruan Perlis, (2004). Jurnal Kajian Tindakan Guru. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesional Perguruan. Maktab Perguruan Perlis, Perlis. Mohd Najib Abdul Ghafar, (1999). Penyelidikan Pendidikan. Penerbit UTM Skudai. Johor. Mohd Nasir Bin Yaacob. Modul Pembelajaran Kendiri Matematik (e-Math): Langkah Meningkatkan Penguasaan Menjawab Soalan Matematik UPSR. Sek.Keb.Penghulu Jusoh.Kedah 19