Dokumen tersebut membahas pro dan kontra pandangan masyarakat terhadap profesi keguruan sebagai profesi yang mulia. Secara pro, keguruan dianggap mulia karena peranannya sebagai pembimbing, pembentuk karakter, dan pembina negara. Namun demikian, secara kontra profesi ini kurang dipandang mulia karena sikap beberapa guru dan tanggapan negatif masyarakat terhadap beban kerja dan kurangnya disiplin s
Elegant Education Pack for Students XL by Slidesgo.pptx
Task
1. GA1123: PROFESION KEGURUAN
SEMESTER 1, SESI 2014/2015
TASK 1
Pada pendapat anda, sejauh mana benarkah profesion
keguruan itu dianggap sebagai satu profesion yang mulia dan
dipandang tinggi oleh masyarakat. Jawapan anda mungkin
perlu mempunyai jawapan pro(setuju) dan kontra (tidak
setuju) atau kedua-duanya. Setiap jawapan atau fakta perlu
dibuktikan dengan contoh atau bukti.
Nama Ahli Kumpulan:
Mohammad Amirul Faiz Bin Aminuddin A150120
Olle Melvin Jenuin A151361
Stoney Makirim A151083
2. Profesion bermakna suatu pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang
yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan ikhtisas yang bermutu. Manakala
merujuk kepada Kamus Dewan (1989) perkataan ‘keguruan’ membawa maksud bidang yang
berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau
institusi-institusi pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau
masyarakat. Pada pendapat saya, profesion keguruan ini mempunyai pro dan kontra tentang
sejauh manakah ia dianggap profesion yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Profesion ini dianggap suatu profesion yang mulia dan dipandang tinggi kerana :
1. Bertidak sebagai penyampai ilmu.
Merupakan profesion yang mulia kerana profesion ini berbeza dengan
profesion yang lain kerana mereka adalah pembimbing, pembentuk akhlak dan
sahsiah.
Merupakan sumber maklumat dan pengetahuan serta kemahiran dan
keterampilan.
Merupakan sumber kebudayaan dan ilmu.
Bertindak sebagai memupuk kepercayaan dan sistem nilai-nilai murni dalam
diri pelajar.
Bertanggungjawab sebagai penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan
kelak.
Guru juga merupakan agen penyatuan masyarakat yang mana bertindak untuk
menerapkan ilmu perpaduan dalam diri setiap pelajar.
2. Pembentuk sikap pelajar
Guru menjadi role model kepada pelajar. Sebagai contoh perlakuan yang baik
seperti menepati masa untuk masuk ke kelas dan berpakaian kemas akan
menjadi teladan yang diikuti oleh para murid.
Menyampaikan nilai-nilai murni melalui pengajaran pendidikan moral atau
pendidikan islam
Merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental dan emosi murid
dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal
menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Oleh itu guru ini menjadi pembentuk sikap dan sahsiah pelajar agar dapat
melahirkan pelajar berkualiti.
3. Pembina Negara dan Bangsa
Guru merupakan individu yang berperanan besar dalam melahirkan
tokoh tokoh negara yang memperjuangkan kemerdekaan.
Hal ini kerana lahirnya tokoh-tokoh kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar,
Tun Dr. Ismail Dato' Abdul Rahman, dan Burhanuddibn Al-Helmi hasil
daripada didikan dan tunjuk ajar daripada seorang insan bergelar guru.
3. Selain itu, guru juga berperanan meniupkan semangat patriotik di dalam diri
setiap pelajar bagi melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai semangat
cinta akan negara.
Hal ini menjadi faktor mengapa profesion keguruan ini dianggap profesion
yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyrakat.
Namun begitu, profesion keguruan ini mempunyai kontranya dari segi tanggapan
masyrakat terhadap profesion ini yang dianggap mulia dan dipandang tinggi. Hal ini kerana:
1. Keribadian guru.
Profesion ini tidak diannggap mulia dan dipandang tinggi kerana sikap
sesetengah guru yang melanggar etika keguruan dan ini telah mengubah
tanggapan masyarakat terhadap guru sebagai role model.
Antara salah laku yang kerap dilakukan adalah seperti tidak masuk ke kelas,
keluar sekolah atas urusan peribadi dan meghisap rokok.
Keperibadian ini telah membuatkan masyrakat hilang kepercayaan dan
penghormatan terhadap guru dan seterusnya mengubah persepsi masyarakat
terhadap profesion keguruan.
2. Bekerja sambilan.
Faktor guru yang bekerja sambilan membuatkan profesion bukan lagi
dianggap mulia dan dipandang mulia.
Hal ini kerana guru yang bekerja sambilan seperti mengajar di kelas-kelas
malam atau tuisyen, menjual di pasar-pasar malam, menjadi pengawal
keselamatan, menjadi ejen syarikatsyarikat insurans dan lain-lain lagi tidak
dapat memberikan sepenuh komitmen beliau di dalam kelas.
Hal ini juga menyebabkan tanggapan bahawa guru tamakkan duit dan
mengabaikan tugas utamanya iaitu mendidik.
3. Tanggapan negatif masyarakat.
Masyarakat menganggap bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak
mewujudkan profesion kegeuruan yang menarik.
Menganggap profesion sebagai profesion yang kurang statik, kurang masa
dan peluang terlalu kecil.
Tanggapan bahawa jadual tugas guru yang amat mudah, hanya perlu bekerja
setengah hari sahaja dan mempunyai cuti yang banyak.
Selain itu, tanggapan negatif masyarakat yang menganggap profesion ini
merupakan pilihan terakhir apabila seseorang itu tidak dapat meneruskan ke
bidang lain dan ini menyebabkan lahirnya pendidik-pendidik yang kurang
profesional.
4. Gagal mendisiplinkan pelajar.
Faktor gagal mendisiplinkan para pelajar antara faktor mengapa profesion ini
tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.
4. Sikap pelajar yang liar dan tidak senonoh terutamanya di luar kawasan
sekolah seperti merokok, ponteng sekolah dan bercium di luar sekolah telah
memberi kesan kepada profesion ini.
Ini telah menunjukkan kegagalan guru tersebut untuk mendidik para pelajar
tersebut.
Kesimpulannya saya berpendapat profesion keguruan ini mempunyai pro dan kontra
tentang sejauh manakah ia dianggap profesion yang mulia dan dipandang tinggi oleh
masyarakat. Hal ini disebabkan faktor-faktor yang telah dinyatakan diatas dan setiap pro dan
kontranya mempunyai sebabnya yang tersendiri.