Dokumen tersebut membahasikan penggunaan peribahasa dalam perbualan seharian. Peribahasa berfungsi untuk mencipta keseronokan, memberi nasihat, menyindir dengan sopan, dan menyatakan pendirian secara tegas. Contoh peribahasa digunakan untuk setiap fungsi tersebut. Dokumen ini menekankan peranan penting peribahasa dalam mendidik masyarakat serta memastikan tradisi ini tidak hilang.
1. PEMBUDAYAAN ICT DI
SEKOLAH KEBANGSAAN
KABOGAN, SEMPORNA
~PENGGUNAAN PERIBAHASA
DALAM
PERBUALAN SEHARIAN~
DISEDIAKAN OLEH,
AMSINAH BINTI LISANI
2. PERIBAHASA
~SEDIKIT PENGENALAN~
Orang Melayu amat terkenal dengan budaya berbahasa
dan mempunyai sikap yang sopan dalam perhubungan
sesama masyarakat.
Budaya yang baik ini bukan sahaja ditunjukkan melalui
sikap perilaku seharian malahan dalam komunikasi
juga.
Peribahasa seperti yang yang didifinisikan oleh pendeta
Za‟ba ialah segala susun cakap yang pendek yang telah
melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama.
Ayat yang sebab sedap dan bijak perkataan, luas dan
benar tujuannya, dipakai akan dia jadi sebutan oleh
orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran
3. FUNGSI PERIBAHASA DALAM MASYARAKAT
KITA
Mewujudkan keseronokan dalam
pergaulan
Memberi nasihat
Menyindir dengan sopan
Menyatakan pendirian yang tegas
4. MEWUJUDKAN KESERONOKAN DALAM
PERGAULAN
Peribahasa boleh mewujudkan
kerseonokan dalam pergaulan bagi
menmbulkan rasa gembira dan selesa
semasa bergaul.
Beberapa peribahasa atau perumpamaan
yang boleh digunakan dalam pergaulan
untuk tujuan menimbulkan keseronokan.
Ianya timbul apabila ada pujian yang ikhlas
dan jujur di antara individu yang terlibat.
5. MEWUJUDKAN KESERONOKAN DALAM
PERGAULAN ~ CONTOH PENGGUNAAN
“Amir suara kamu merdu bagai bulu perindu”.
Perumpamaan ini bermaksud pujian yang berkias
dengan bahasa yang lebih lembut dan
menyeronokan.
“Walaupun kelihatan rendah, Hazwan tetap jadi
ayam tambatan pasukan hoki sekolah”.
Perumpamaan ini bermaksud pujian walaupun ayat
dihadapan kelihatan agak sedikit kasar.
6. MEMBERI NASIHAT
Perumpamaan juga boleh digunakan dalam
memberikan nasihat.
Bertujuan untuk menyedarkan seseorang
dengan membandingkan perbuatannya
dengan sesuatu benda.
Peribahasa banyak teguran, nasihat, dan
sindiran dapat disampaikan tanpa
menimbulkan rasa marah atau kecil hati
pada orang lain.
7. MEMBERI NASIHAT ~ CONTOH
Perumpamaan “kalau menasihatkan kanak-kanak
biarlah bermula dari mereka kecil, bak kata pepatah
melentur buluh dari rebungnya”.
Perbandingkan benda konkrit dalam peribahasa
tersebut iaitu „rebung‟ dengan „kanak-kanak‟ .
Bermaksud memberi nasihat yang terbaik kepada
anak-anak sejak mereka kecil kerana mereka lebih
mudah dinasihati pada waktu umur yang muda.
8. MENYINDIR DENGAN SOPAN
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk
menyindir dengan sopan.
Menyindir dengan sopan bertujuan untuk menegur
seseorang dengan bahasa yang bertapis supaya
tidak keterlaluan tetapi memberikan mesej yang
tajam.
Menyindir dengan sopan menandakan seseorang
itu bijak menggunakan bahasa supaya mesej yang
disampaikan berkesan dan orang yang
mendengarnya dapat memperbetulkan
kesilapannya.
9. MENYINDIR DENGAN SOPAN ~ CONTOH
Perumpamaan yang sederhana dan bersifat
praktikal boleh digunakan supaya maksudnya
betul-betul sampai kepada penerima.
“Akmal kamu tidak akan dapat kahwin sekiranya
terus duduk diam seperti Mat Jenin, pergilah
bekerja”. Sindiran seperti ini boleh menyedarkan
seseorang supaya bertindak untuk mendapatkan
keinginannya.
10. MENYATAKAN PENDIRIAN YANG TEGAS
Perumpamaan juga boleh digunakan untuk
menyatakan pendirian yang tegas dengan
menggunakan pemilihan kata dan kiasan yang
memberi kesan yang sangat mendalam.
Kadangkala kita mahu menyatakan pendirian
dengan menggunakan kata putus yang biasa
diungkapkan, namun kata putus ini lebih jelas dan
tegas sekiranya disertakan dengan perumpamaan.
11. MENYATAKAN PENDIRIAN YANG TEGAS
Perumpamaan “seperti berkerat rotan berpatah
arang” yang bermaksud memutuskan tali
persahabatan atau persaudaraan dengan niat tidak
mahu menyambungkannya semula.
Perumpamaan yang dibayangkan dengan kiasan
berkarat rotan dan berpatah arang cukup jelas
bahawa pendirian yang dibuat itu adalah sungguh-
sungguh dan tegas.
12. PERIBAHASA LAIN
Peribahasa Maksud
Seperti anak muda jolong keghairahan seseorang untuk
berkeris menggunakan sesuatu yang
baharu diperolehinya
Seperti kacang lupakan kulit orang yang tidak tahu
mengenang budi
Seperti gendang kosong banyak bercakap dan berlagak
pandai, tetapi sebenarnya
pengetahuannya sedikit sahaja
atau tiada langsung
Seperti durian dengan timun, orang yang lemah dan tidak
menggolek binasa, kena berupaya hendak menentang
golekpun binasa orang yang kuat dan berkuasa
13. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, peranan perumpamaan
yang sangat jelas dalam mendidik masyarakat.
Perumpamaan yang tergolong dalam peribahasa
perlu dipraktikkan supaya tidak hilang ditelan zaman
kerana perumpamaan merupakan khazanah bahasa
yang tidak ternilai harganya. Generasi baharu
khususnya pelajar perlu sedar bahawa perumpamaan
bukanlah kata-kata yang biasa tetapi merupakan
ketertinggian permikiran.baka kata pepatah
Melentur buluh biar dari rebungnya .
14. RUJUKAN
http://yunimaha5-
lestaribestari.blogspot.com/2011/03/peranan-
peribahasa.html
http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Peribahasa
http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Peribahasa
Mohd Yusod Mustafa, Mestika Bahasa, DBP (1965)
Awang Sariyan (Pengantar), Titian Bahasa, Mohd
Adnan Mohd Ariffin, DBP (1992)