Panduan dan teknik untuk menjawab soalan bahasa Melayu UPSR khususnya untuk Bahagian A yang memerlukan calon menafsirkan maklumat daripada bahan grafik yang diberikan. Dokumen ini memberikan panduan terperinci mengenai format soalan Bahagian A, cara menilai bahan grafik, membina ayat yang sesuai, dan teknik penulisan ayat seperti menggunakan unsur WATAK dan SAM untuk memastikan ayat yang ditulis
1. GARIS PANDUAN &
TEKNIK JAWAB SOALAN
UPSR BAHASA MELAYU 012/011
T E R A J U K E J A Y A A N
B A H A S A M E L A Y U
U P S R
2. ABDUL RAHIM BIN SULAIMAN
SK SUNGAI MEGAT ARIS
34250 TANJONG PIANDANG.
1. Guru
Bahasa Melayu
2.…………………….
3.…………………….
3. KONSEP SOALAN-SOALAN UPSR
BERKISAR KEPADA;-
KELUARGA &
MASYARAKAT
SEKOLAH UPSR - LITERASI BAHASA
PMR - PENGETAHUAN BAHASA
SPM - ILMU BAHASA
LITERASI - KEBOLEHAN
DIRI
MENULIS DAN
MEMBACA
- CELIK HURUF
5. PENGENALAN
Terbahagi kepada tiga
bahagian
Bahagian A –
BENTUK Memindahkan
maklumat /
Mentafsir bahan
Masa 1 jam 15 mint grafik
Bahagian C – Bahagian B –
Membuat ulasan Menulis karangan
6. UPSR (BAHASA MELAYU)
FORMAT BAHARU MULAI 2005
KERTAS 2
Markah.
Markah penuh : 60 markah
Bahagian A : 10 markah
Bahagian B : 30 markah
Bahagian C : 20 markah
7. BAHAGIAN A BAHAGIAN B
Mentafsir BAHAGIAN C
Karangan Membuat
Bahan
Grafik Ulasan
40 minit
15 minit 20 minit
8. BAHAGIAN A
Mentafsir Bahan Grafik
(Memindahkan maklumat dalam
gambar)
• 10 markah
• Tiada had bilangan
patah perkataan
tetapi terhad
kepada 5 ayat
sahaja.
• Ayat berdasarkan
bahan grafik yang
diberikan
9. APA ITU BAHAN
GRAFIK ?
• Contoh :
• Gambar - Tunggal
@ Bersiri Gambar
• Carta Tunggal
• Graf
• Jadual
• Peta
• Pelan
10. ANALISA PENCAPAIAN UJIAN BULAN MAC
2007
100
90
80
70
60 BM
50 MT
40 BI
30 SNS
20
10
0
ALI SI TI ABU SI DAH
11. SOALAN BAHAGIAN A
- Cadangan masa menjawab -
15 minit
-Wajib dijawab
-Soalan berdasarkan grafik yang diberi
-Mungkin terdiri daripada gambar bersiri
atau gambar tunggal.
-Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang
terdapat dalam gambar sahaja.
12. TERDAPAT DUA ARAHAN YANG POPULAR
DALAM PEPERIKSAAN:
1.TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG
AKTIVITI-AKTIVITI YANG TERDAPAT DALAM
GAMBAR.
2.TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP
BERDASARKAN GAMBAR DI BAWAH.
13. UPSR 2005
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti
yang terdapat dalam gambar.
17. 2009
Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang
terdapat dalam gambar di bawah.
18. 2010
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang
terdapat dalam gambar di bawah.
19. PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A
1. Baca dan fahamkan arahan.
- Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar.(2005)
- Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar/situasi
di bawah.(2006)
- Gambar di bawah menunjukkan …………………. Tulis
lima ayat yang lengkap tentang ………..tersebut.(2007)
2. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan
dengan bahan grafik yang diberi.
Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik
seberapa banyak yang ada dan tandakan atau
senaraikan maklumat tersebut.
20. 3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak
maklumat dalam bahan grafik yang diberi.
a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan.
i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-
aktiviti yang terdapat dalam gambar .
- Maknanya calon dikehendaki menulis lima
ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata
kata kerja sahaja.
21. ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar /
situasi di bawah.
- Maknanya calon boleh membina apa saja perkara
yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama
ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada
dalam bahan grafik yang diberi.
iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja
yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan
ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
22. iii. Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gotong-royong
tersebut.
- Maknanya calon mesti menulis ayat berhubungkait
dengan segala aktiviti/perkara yang ada kaitan dengan
gotong-royong yang terdapat dalam gambar tersebut.
iv. Ayat yang ditulis berfokus kepada aktiviti ataupun
situasi yang terdapat dalam gambar sahaja.
23. 4. Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina
seimbang.
Tiga ayat daripada
gambar pertama atau
dua ayat daripada gambar
pertama.
Dua ayat daripada
gambar kedua atau
tiga ayat daripada
gambar kedua.
24. 5. Bagi mendapat markah penuh atau
cemerlang dalam Bahagian A ini, anda
seharusnya:-
a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar
yang diberi.
b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan
gambar dan arahan yang diberi.
c. Elakkan daripada membina ayat yang
tersirat.
d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata
yang sesuai dan menarik. Elakkan membina
ayat yang mudah.
25. Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:-
a. Urutan nombor;
1. .……………………………………
2. …………………………………......
b. Urutan abjad;
a. ……………………………………
b. ……………………………………
c. Simbol ( -, /, * dan seumpamanya)
d. Perenggan
Ayat yang ditulis tidak semestinya
berkaitan antara satu sama lain
26. BAHAGIAN A – 10 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
CEMERLANG i. Menggunakan ayat yang gramatis & menepati bahan
grafik.
( 9 -10 )
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas
serta
sesuai dengan bahan grafik.
iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul
BAIK i. Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan
grafik.
( 7 – 8 )
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana
serta sesuai dengan bahan grafik.
iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan
tetapi tidak menjejaskan ayat.
MEMUASKAN i. Menggunakan ayat yang mudah & ringkas sesuai dengan
( 4 – 6 )
bahan grafik.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan
sesuai.
iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan
PENCAPAIAN i. Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan
TAHAP grafik.
MINIMUM ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai
dengan
( 1 – 3 ) bahan grafik.
27. GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAH
HOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG
SUASANA DI HOSPITAL TERSEBUT.
29. CARA MENULIS
AYAT
1. KENAL PASTI KATA KERJA YANG TERDAPAT
DALAM GAMBAR.
2. SENARAIKAN SEBERAPA BANYAK KATA KERJA
YANG ADA.
30. CARA MENULIS
AYAT
SIAPA KATA KERJA APA MANA/TUJUAN/OBJEK/PERKARA
AYAT TUNGGAL PENERANG/PELENGKAP
AYAT
31. CARA MENULIS
AYAT
SIAPA KATA KERJA APA SIAPA KATA KERJA APA
AYAT TUNGGAL AYAT TUNGGAL
32. CARA MENULIS AYAT
SIAPA KATA APA MANA/TUJUAN/
KERJA OBJEK/PERKARA
PELAKU AKTIVITI OBJEK PERLUASAN AYAT
SIAPA - BERKAITAN DENGAN WATAK/PELAKU YANG TERDAPAT
DALAM GAMBAR.
- Aminah, Seorang budak lelaki, Ali…………………………..
KATA KERJA – AKTIVITI ATAU PERBUATAN YANG DILAKUKAN.
- Menyapu, mengecat, mengikis………………………
33. SIAPA KATA APA MANA/TUJUAN/
KERJA OBJEK/PERKARA
APA – OBJEK ATAU BENDA YANG DIPEGANG ATAU APA
SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR.
- penyapu, berus cat, pisau, …………………………….
MANA – TEMPAT PERISTIWA/SUASANA DALAM GAMBAR.
- di kawasan sekolah, di Taman Sains ……………….
TUJUAN – SEBAB DAN UNTUK APA.
- untuk menceriakan kawasan sekolah, ……………..
OBJEK – BENDA YANG TERDAPAT ATAU YANG DIPEGANG.
- sebatang penyapu, sebatang berus cat,……………
PERKARA – PERLUASAN AYAT/KESAN/HASIL/PERASAAN.
- dengan riang gembira, membersihkan kawasan……
34. APA YANG PERLU DITULIS
INGAT -
1. SIAPA/KATA KERJA
2. APA
3. MANA/TUJUAN/OBJEK/
PERKARA.
TULIS AYAT DALAM BENTUK AYAT MAJMUK.
AYAT YANG DIBINA PERLU MENGANDUNGI KATA HUBUNG/
KATA SENDI/KATA BANTU YANG SESUAI.
dan, lalu, manakala, sambil, supaya, dengan, hingga…………..
35. Teknik Mengajar Menjawab
Soalan Bahagian A
• Baca dan fahami arahan
• Garis kata kunci (aktiviti/situasi/ayat
lengkap)
• Bulatkan aktiviti dalam gambar
• Tulis kata kerja
• Gunakan teknik WATAK – murid cemerlang
• Guna teknik SAM – murid HALUS
Daripada peserta kursus pemantapan
Bahasa negeri Selangor di Pangkor
36.
37. Teknik WATAK
W A T A K
Watak Aktiviti Tempat Alat Keterangan
Rosnah memberi di kolam pada waktu
makanan sekolahnya rehat.
kepada ikan
Amir sedang di taman menggunaka agar pokok
menyiram sains n penyiram bunga hidup
pokok bunga bunga subur.
Ali dan Ani membuang ke dalam yang terletak
sampah tong sampah di hadapan
taman sains.
Lim dan Lina menggembur pada batas untuk
tanah mereka
menanam
sayur-
sayuran.
38. Contoh Ayat - Teknik
WATAK
1. Rosnah memberi makanan kepada ikan di kolam
sekolahnya pada waktu rehat.
2. Amir sedang menyiram pokok bunga di taman sains
menggunakan penyiram bunga agar pokok bunga
hidup subur.
3. Ali dan Ani membuang sampah ke dalam tong sampah
yang terletak di hadapan taman sains.
4. Lim dan Lina menggembur tanah pada batas untuk
mereka menanam sayur-sayuran.
5. Kamala mencabut rumput yang tumbuh di sekeliling
kolam ikan agar kawasan kolam itu bersih.
39.
40. Teknik SAM (untuk murid HALUS)
Gred D
Siapa Apa Mana/Bagaimana
Hassan menjual aiskrim di kantin.
Mak Cik menyapu sampah gunakan penyapu.
Munah
Ali dan Abu makan nasi sambil berbual.
Siti sedang minum seorang diri.
Amira buang sampah dalam tong sampah.
Contoh ayat :
1.Hassan menjual aiskrim di kantin.
2.Mak Cik Munah menyapu sampah gunakan penyapu.
3.Ali dan Abu makan nasi sambil berbual.
4.Siti sedang minum seorang diri.
5.Amira buang sampah dalam tong sampah.
41. Teknik SAM (untuk murid HALUS tegar)
Gred E
Siapa Apa Mana
Hassan jual aiskrim di kantin.
Mak Cik sapu sampah di kantin.
Munah
Ali dan Abu makan nasi di meja.
Siti sedang minum di meja.
Amira buang sampah dalam tong sampah.
Contoh ayat :
1.Hassan jual aiskrim di kantin.
2.Mak Cik Munah sapu sampah di kantin.
3.Ali dan Abu makan nasi di meja.
4.Siti sedang minum di meja.
5.Amira buang sampah dalam tong sampah.
62. Gambar di bawah menunjukkan persiapan Majlis
Anugerah Kecemerlangan. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang persiapan tersebut
63. 1. Gambar di atas menunjukkan persiapan majlis anugerah
kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Indah Permai.
2. Ahmad dan Halim sedang mengangkat tempat berucap
untuk diletakkan di atas pentas.
3. Dua orang budak perempuan menyusun hadiah untuk
persiapan hari anugerah kecemerlangan.
4. Siti dan Asmah sedang menggantung kain rentang di ata
pentas.
5. Seorang budak lelaki sedang menggantung gambar pada
dinding manakala Husin pula memegang tangga.
64. a. Saya dan rakan-rakan saya sedang membuat
persediaan untuk hari anugerah kecemerlangan
sekolah saya.
b. Supian dan Daud mengangkat sofa untuk diletak
di hadapan pentas.
c. Dua orang budak perempuan sedang menyapu
sementara dua budak perempuan yang lain pula
sedang menyusun hadiah.
d. Maria dan Zaki sedang menghias pentas dengan
memasang kain langsir di sekeliling pentas.
e. Dua orang budak perempuan sedang menggantung
kain rentang.
65. - Pada hari Sabtu yang lalu saya dan beberapa orang
rakan saya mengemaskan dewan untuk majlis anugerah
kecemerlangan.
- Mimi dan Zaleha sedang menyusun hadiah sempena hari
anugerah kecemerlangan sekolah saya.
- Kami semua berasa gembira apabila dapat bergotong-
royong membersihkan dewan sekolah.
- Dua orang budak perempuan sedang menyapu dewan.
- Dua orang budak lelaki sedang meletak pasu bunga di
atas pentas.
66. Sekolah saya telah mengadakan hari anugerah
kecemerlangan pada minggu lepas. Saya dan rakan-
rakan saya sibuk mengemas dewan. Maznah dan
Darina menyapu dewan yang kotor itu. Dua orang budak
lelaki sedang mengalihkan kerusi yang berada di depan
pentas. Dua orang budak perempuan sedang menyusun
hadiah.
68. 1. Pada hari Sabtu yang lalu, Mimi sekeluarga telah
pergi berkelah di pantai Port Dickson.
2. Ibu dan kakak menyusun makanan di atas tikar,
manakala saya membantu ayah mengeluarkan
barang dari kereta.
3. Seorang budak lelaki menolong ibu dan ayahnya
mengemas barang.
4. Saya dan kakak mandi-manda sambil menunggu
ibu menyiapkan makanan.
5. Kami datang ke sana untuk berehat sambil
bergembira dan boleh mengeratkan silaturrahim
sesama keluarga.
69. - Kami sekeluarga pergi berkelah di sebuah pantai
yang indah dan permai.
- Saya dan adik sedang menolong ayah mengangkat
barang keperluan untuk berkelah.
- Ibu sedang menyusun makanan di atas tikar.
- Ayah mengambil barang yang perlu untuk berkelah.
- Kami sekeluarga berkelah dengan penuh
kegembiraan.
70. Maria dan keluarganya berkelah di tepi pantai.
Mereka membawa peralatan untuk berkelah.
Ibu membawa makanan dan minuman untuk
berkelah.Maria dan keluarganya sangat gembira dapat
berkelah bersama-sama.Maria dan ibunya
menyediakan makanan untuk Azman dan ayahnya.
71. • Seorang budak lelaki sedang menolong ayahnya
mengangkat barang keperluan berkelah
• Seorang ibu pula sedang menyusun makanan
di atas tikar manakala anak perempuannya
menghulurkan makanan kepada ibunya.
• Mereka berkelah di sebuah pantai yang indah
dan menarik.
• Mereka berkelah berhampiran sebuah pohon
yang rendang.
• Mereka sekeluarga berasa sangat gembira dan
seronok berkelah bersama-sama.
76. BAHAGIAN B
KARANGAN
• 30 markah
• Tidak kurang 80 Karangan
patah perkataan Berformat
• Diberikan tiga buah
karangan. Pilih dan
jawab satu Karangan
karangan sahaja.
Tidak
Berformat
77. BAHAGIAN B
Tiga tajuk karangan diberi.
Jawab SATU soalan
FORMAT
Pilihan soalan
mungkin soalan
Masa cadangan berformat / tidak
40 minit berformat
Jumlah perkataan tidak
kurang 80 patah perkataan
78. BENTUK
SOALAN
BERFORMAT
Corak karangan yang diuji
mungkin
TIDAK
BERFORMAT
Apa dia karangan berformat dan karangan
tidak berformat ?
Contoh …..?????
79. Karangan Berformat: Karangan Tidak Berformat:
- Surat Kiriman Rasmi - Cerita
- Surat Kiriman Tidak Rasmi - Melengkapkan cerita
- Syarahan - Keperihalan gambaran
- Dialog - Fakta
- Laporan - Auto biografi
- Berita - Biografi
- Ucapan - Gambar
- Perbahasan
- Catatan Harian
80. UNTUK RENUNGAN
KARANGAN BERFORMAT:-
SURAT TIDAK RASMI - 2002/2009
SURAT RASMI - 2000
SYARAHAN - 2001
DIALOG - 2003/2005/2006
LAPORAN - 2004/2010
BERITA - 2002/2007
UCAPAN - 2006
PERBAHASAN - 1998
CATATAN HARIAN - 2005
KARANGAN TIDAK BERFORMAT
FAKTA - 2006/2008/2010
KEPERIHALAN - 2005/2007/2008/2010
MELENGKAPKAN CERITA - 2007/2009
81. BAHAGIAN B – 30 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
CEMERLANG
i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas & menarik untuk
( 24 -30 ) dibaca.
- Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat
yang
gramatis bertepatan dengan tema.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta
sesuai dengan tema.
iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul berdasarkan
jenis karangan.
BAIK
i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca.
( 17 – 23 ) - Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat
yang gramatis dan bersesuaian dengan tema.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana
serta sesuai dengan tema.
iii. Terdapat beberapa kesalahan ejaan & tanda baca tetapi
tidak menjejaskan karangan.
MEMUASKAN
i. - Penyampaian atau persembahan yang mudah & ringkas.
( 11 – 16 ) - Menyatakan idea dengan menggunakan ayat dasar
berdasarkan tema.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan
sesuai.
iii. - Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah
koma)
- Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan.
PENCAPAIAN
i. - Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan
TAHAP tema
MINIMUM - Idea tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar
difahami.
( 1 – 10 ) ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan
tema.
iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.
82. PANDUAN MENJAWAB
1. Baca soalan dengan teliti.
2. Pilih tajuk atau soalan yang benar-benar dikuasai.
3. Fahami tajuk soalan dan kenal pasti sama ada jenis
berformat atau sebaliknya.
4. Garisi kata kunci atau kehendak soalan.
5. Buat rangka karangan. Pilih mana-mana kaedah
yang mudah bagi mencari isi. (kaedah peta minda,
kaedah soalan, kaedah perkataan atau kaedah
rangka)
6. Susun rangka karangan.
7. Tulis karangan mengikut format yang dikehendaki.
Setiap satu isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu
perenggan berserta dengan contohnya sekali.
8. Semak tatabahasa.
9. Pastikan tulisan kemas dan bersih.
83. Berapa isi yang perlu ada dalam sesuatu
karangan ?
Bagi soalan Bahagian B, isi dikehendaki –
Minimum TIGA (3) isi penting. Kalau lebih …… ?
Kalau lebih daripada itu digalakkan kerana gabungan
beberapa isi adakalanya sesuai diberi pertimbangan
markah yang baik walaupun tanpa huraian lanjut
tentang isi, lebih-lebih lagi karangan yang berbentuk
penceritaan.
Pertimbangan markah yang sesuai perlu
diberi bagi isi yang disertakan contoh dan
huraian, isi beserta contoh atau isi
sahaja.
84. YANG PALING PENTING PENULISAN BAHAGIAN B
IALAH :--
1. IDEA / ISI - BERAPA ?
2. MENEPATI TUGASAN – SESUAI/TIDAK?
3. PANJANG KARANGAN – JANGAN KURANG
80 pp
4. MEMATUHI FORMAT
5. PERENGGAN – PERLU ADA & BERAPA?
6. LARAS BAHASA
85. BAHAGIAN C
MEMBUAT
ULASAN
Cadangan masa menjawab Bahagian C
20 minit
86. Membuat Ulasan
• 20 markah
• Ulasan yang dibuat berpandukan
soalan kepada situasi yang
diberikan.
• Tidak kurang 50 patah
perkataan.
• *Tidak lebih daripada 50/60
patah perkataan.
87. Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/
pernyataan/puisi/dialoq/rencana yang
mengandungi banyak pengajaran/amalan
baik atau nilai-nilai murni.
Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi
soalan ini ialah 20 markah.
88. BAHAGIAN C
• Bahagian ini amat penting .
• Perlu memahami dan meneliti
dengan jelas petikan yang diberi.
• Calon tidak digalakkan mencatat
atau menyalin semula .
• Pastikan nilai-nilai murni yang
perlu dikaitkan berdasarkan
petikan yang disediakan.
• Tidak perlu menulis semula nama
orang yang diceritakan .
89. • Pastikan mengikut arahan soalan .
• Nilai murni yang disampaikan
boleh dicampur-aduk .
• Nilai yang negatif tidak boleh
diterima.
• Jawapan yang disampai dalam
satu perenggan.
• Jawapan yang mempunyai lebih
daripada satu perenggan tidak
diterima .
• Penggunaan watak contoh nama
orang , saya , kita boleh diterima.
90. JENIS SOALAN : 1. AMALAN BAIK
Belajar bersungguh-sungguh
Mendisiplinkan diri
Menolong orang yg. ditimpa kesusahan
Mengambil berat / memberi perhatian
Luhur tanpa menyimpan rasa dendam
Bijak memujuk dgn kata-kata yg. Sopan
Tidak buang masa
Menanam sikap rajin bekerja
92. JENIS SOALAN : 3. PENGAJARAN
Memelihara dgn. Bersimpati pada
kasih sayang golongan lemah
Jasa dihargai dan Sifat
dibalas bertanggungjawab
Menyayangi ibu Menepati masa
bapa dan keluarga Amanah
Mensyukuri Kesabaran
anugerah tuhan membawa kejayaan
Bersifat murah Menjaga
hati keselamatan
Ucap terima kasih Bersikap prihatin
Mematuhi peraturan
93. Cara Menjawab
Soalan
• Baca dan fahami situasi.
• Gariskan kata kunci dalam soalan.
• Sediakan rangka karangan. Catatkan
nilai-nilai murni atau pengajaran yang
terdapat dalam teks.
• Tulis ulasan yang ringkas lebih kurang
5 hingga 10 ayat sahaja.
• Panjang jawapan tidak kurang 50 patah
perkataan/tidak lebih daripada
50 atau 60 patah perkataan.
94. Contoh Soalan
Membuat Ulasan
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi.
Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke
dapur membantu ibunya menyiapkan
sarapan. Salina dan keluarganya akan
bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi
ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan
ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas,
Salina membaca buku. Tiba di sekolah,
Salina terus masuk ke kelas. Dia akan
menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia
akan memastikan kelasnya berada dalam
keadaan ceria.
95. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB
BANGUN AWAL PAGI
MEMBANTU IBU
BERSARAPAN
BERSAMA-SAMA
BERSARAPAN
BERSALAMAN
DENGAN
AYAH DAN IBU
MEMBACA BUKU
MEMBERSIH KELAS
KELAS YANG CERIA
96. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB
BANGUN AWAL PAGI DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI
MASA
MEMBANTU IBU RAJIN/MERINGANKAN BEBAN
KERJA IBU/TANGGUNGJAWAB
BERSARAPAN MENGERATKAN HUBUNGAN
BERSAMA-SAMA KASIH SAYANG/
SILATURRAHIM
MENJAGA KESIHATAN/TIDAK
BERSARAPAN
LAPAR/DAPAT BERI TUMPUAN
KETIKA BELAJAR
97. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB
BERSALAMAN DENGAN MENGHORMATI IBU BAPA/
AYAH DAN IBU MOHON RESTU
RAJIN/MENGHARGAI
MEMBACA BUKU
MASA
MENYAPU/ TANGGUNGJAWAB/
MEMBERSIH KELAS MENJAGA KEBERSIHAN
SERONOK & SELESA
KELAS YANG CERIA
BELAJAR
98. Nilai murni/ Kata Penanda
Kata Bantu pengajaran Hubung Huraian
Wacana
mesti dengan
Selain itu,
perlu kerana
Di samping itu
hendak agar
Seterusnya,
harus Akhir sekali,
supaya
patut
seperti
99. Contoh ulasan
Nilai yang saya peroleh ialah kita mestilah
menghargai masa dengan bangun awal pagi.
Selain itu, kita dapat meringankan beban
kerja ibu seperti membantu ibu di dapur.
Di samping itu, kita dapat mengeratkan
hubungan kasih sayang dengan bersarapan
bersama-sama. Seterusnya, kita perlulah
menghormati kedua-dua ibu bapa kita seperti
Salina yang bersalaman dengan ayah dan
ibunya. Akhirnya, kita dapat menambah
ilmu pengetahuan dengan membaca buku.
100. Senaraikan nilai murni/pengajaran/
amalan baik yang terdapat dalam petikan
1. Bangun awal pagi – disiplin diri
2. Menolong ibu di dapur
3. Bersarapan bersama – kasih sayang
4. Bersalam – menghormati orang tua
5. Rajin / tidak suka membuang masa
6. Suka kepada kebersihan
101. Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton
televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat
bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi
ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan
bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-
kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah
tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan
sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.
Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci
basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu
“Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam
barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati
bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang
oleh rakan untuk pulang ke rumah.
102. 1. Tidur larut malam
2. Membuang masa menonton televisyen
3. Tidak bersarapan
4. Tidak menghormati ibu bapa
5. Tidak mematuhi peraturan jalanraya
6. Tergesa-gesa
7. Tidak menjaga keselamatan harta sendiri
8. Tidak menghormati lagu kebangsaan
9. Menolong orang yang dalam kesusahan.
103. Kita mestilah menghargai masa dengan tidur pada
masanya dan bangun awal kerana masa itu emas.
Selain itu, kita hendaklah menghormati ibu bapa
dengan bersalam sebelum pergi ke sekolah
sebagai tanda seorang anak yang bersahsiah.
Seterusnya, kita mestilah mematuhi peraturan
jalan raya dengan berhenti semasa lampu isyarat
merah bernyala demi keselamatan diri sendiri.
Selanjutnya, kita patutlah bertanggungjawab
dengan menjaga harta benda sendiri seperti basikal
agar tidak menyesal kemudian. Akhirnya, kita
wajarlah bersemangat patriotik dengan berdiri
tegak semasa lagu Negara-ku dinyanyikan sebagai
tanda taat kepada Negara.
104. Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C
Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya …
Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya …
Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya …
Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya …
Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...
Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...
105. BAHAGIAN C – Cara menulis.
Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
ini ialah ……………………………..(huraian).
Seterusnya, ………………………..……………………
...................................(huraian)……………...
Di samping itu, ……………………….……………......
(huraian)………………………………………..
Selain itu, ……………………….……………………….
……………………………..(huraian)………….
………………………………………………………………
Akhirnya, kita……………………….(huraian)
……………………………………………………………..
•Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja.
Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.
106. Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah…..
………………….agar………………………(huraian)
Kita juga perlu………………………untuk…………
………………………………………….……(huraian)
Seterusnya, kita perlu……………………………….
untuk………………………………………..(huraian)
Kita juga harus……………………………supaya…
……………………………………………….(huraian)
Kita mestilah juga……………………………………
bagi…………………………………………(huraian)
Apa yang penting setiap amalan/nilai/
pengajaran mesti ada huraian
107. Elakkan daripada menulis ulasan
menggunakan perkataan,
“………………..itu merupakan amalan yang
baik”.
“……………….itu merupakan sikap yang
terpuji”.
“……………….itu merupakan amalan yang
mulia”.
108. BAHAGIAN C – 20 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
CEMERLANG i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis
( 17 -20 ) berdasarkan bahan rangsangan.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas
serta
sesuai dengan bahan rangsangan.
iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul
BAIK i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis
( 12 – 16 ) berdasarkan bahan rangsangan.
ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana
serta sesuai dengan bahan rangsangan.
iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan
tetapi tidak menjejaskan ayat.
MEMUASKAN i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas.
( 6 – 11 ) ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan
sesuai.
iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan
PENCAPAIAN i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan.
TAHAP ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai
MINIMUM dengan
bahan rangsangan.
( 1 – 5 )
iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.
109. Menghargai masa
Aminah sedang membaca buku sambil
menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau
dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu
meminta wang daripada Aminah. Aminah telah
memberikan wang syiling baki wang sakunya
kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan
terima kasih sebelum pergi.
Menghargai jasa
Belas kasihan
110. Berdisiplin
Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur
sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang
kepada murid-murid yang lebih kecil untuk Simpati
menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas,
dia ternampak seorang murid tahun dua
membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah
menegur budak itu dan memberitahunya bahawa
perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh
menimbulkan berbagai-bagai kesan.
Kebersihan
111. Melakukan aktiviti yang berfaedah
Aminah sedang membaca buku sambil
menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau
dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu
meminta wang daripada Aminah. Aminah telah
memberikan wang syiling baki wang sakunya
kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan
terima kasih sebelum pergi.
Disayangi dan dihormati
Orang lain akan membantu kita
apabila kita ditimpa kesusahan
112. Tidak berlaku kemalangan
Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur
sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang
kepada murid-murid yang lebih kecil untuk Menghormati
kanak-kanak
menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas,
dia ternampak seorang murid tahun dua
membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah
menegur budak itu dan memberitahunya bahawa
perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh
menimbulkan berbagai-bagai kesan.
Menjaga alam sekitar
113. Nilai murni/ Kata Penanda
Kata Bantu pengajaran Hubung Huraian
Wacana
menghargai melakukan
mesti dengan
masa aktiviti berfaedah
disayangi dan
Selain itu,
perlu belas kasihan kerana
dihormati
Di samping itu
hendak berdisipin agar tidak ditimpa
kemalangan Seterusnya,
harus orang lain akan
Menghargai supaya akan membantu Akhir sekali,
jasa pula
patut
simpati seperti Memberi murid
kecil menaiki bas
114. CONTOH ULASAN YANG LENGKAP
Nilai murni dan pengajaran yang diperoleh daripada petikan ialah kita
mestilah menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
Selain itu, kita perlulah mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang
orang lain kerana kita akan sentiasa disayangi dan dihormati. Di samping
itu, kita hendaklah sentiasa berdisiplin ketika menaiki bas agar kita tidak
ditimpa kemalangan. Seterusnya , kita juga harus menghargai jasa orang
yang telah membantu kita supaya apabila kita ditimpa kesusuahan ,orang
lain pula akan membantu kita. Akhir sekali, kita patut berasa simpati
kepada orang seperti Aminah memberikan murid-murid kecil menaiki
bas dahulu.
115. Untuk mendapat markah yang cemerlang
Dalam bahagian C ini, anda mestilah:
1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis
3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata
yang sesuai dan menarik.
5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan
yang digunakan betul.
6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang
betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang
dibina. Kenalpasti penanda wacana.
116. Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah
yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat
menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar.
Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain-
main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik.
Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan
cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedih
melihat cenderamata yang diperolehi daripada
sahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adik
kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa
bersalah dan meminta maaf kepada kakak.
117. GARIS PANDUAN KEPADA PEMERIKSA
A. CARA PEMERIKSAAN - UMUM
1. PEMERIKSAAN DILAKUKAN SECARA HOLISTIK IAITU
DENGAN MELIHAT SECARA KESELURUHAN DAN
PENSKORAN DIBUAT MENGIKUT KRITERIA YANG
DIGARISKAN.
PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBACA SETIAP AYAT/
KARANGAN DENGAN TELITI UNTUK MENDAPAT KESAN
(IMPRESSION) DARIPADANYA. SELEPAS ITU NILAI DAN
ANGGARKAN TAHAP KARANGAN ITU DAN
DISESUAIKAN
DENGAN KRITERIA YANG DITETAPKAN
118. 2. BACA AYAT/KARANGAN TERSEBUT SEKALI LAGI
SAMBIL MENURUNKAN SIMBOL ATAU TANDA -
TANDA PEMERIKSAAN & MENETAPKAN SKOR
BERPANDUKAN KRITERIA PENSKORAN.
ISI
( ) KESALAHAN ISI
/////// KESALAHAN STRUKTUR AYAT
KESALAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN
KESALAHAN TANDA BACA
KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN EJAAN BERULANG
KESALAHAN IMBUHAN
KESALAHAN IMBUHAN BERULANG
119. PANDUAN PEMERIKSA
1. BACAAN PERTAMA – BACA SECARA MENYELURUH DAN
LETAKKAN DALAM ARAS YANG SESUAI.
2. BACAAN KEDUA – BACA SECARA TELITI IAITU UNTUK
MENENTUKAN ASPEK ISI & BAHASA.
- PERUBAHAN ARAS PENSKORAN AKAN BERUBAH
SAMA ADA NAIK / KEKAL / TURUN PADA BACAAN
KALI KEDUA.
3. KETIKA MENILAI…LIHAT ->
a. AYAT DAHULU ( BACA ) UNTUK MEMASTIKAN JAWAPAN
YANG DITULIS MENJAWAB TUGASAN ATAUPUN TIDAK.
b. PENGGUNAAN KATA (IMBUHAN)
C. EJAAN & KOSA KATA
d. TANDA BACA.
120. 4. KARANGAN YANG TERPESONG / ATAU TIADA KAITAN
LANGSUNG DENGAN TAJUK/TEMA, MAKSIMA 5 MARKAH
DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.
5. KARANGAN YANG TIDAK MEMATUHI FORMAT, TOLAK 2
MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.
6. MENYALIN PETIKAN SAHAJA (BAHAGIAN C) BERI 1
MARKAH SAHAJA. Bahasa yang tidak difahami biji butirnya
layak dapat 1 markah sahaja.
7. JIKA BILANGAN PATAH PERKATAAN KURANG DARIPADA
JUMLAH PERKATAAN YANG DITETAPKAN, MARKAH
KESELURUHAN AKAN TURUN.
8. JIKA KARANGAN TIDAK MEMATUHI ARAHAN, SKOR
PEMARKAHAN AKAN TURUN WALAUPUN KARANGAN
CEMERLANG - CERITAKAN PENGALAMAN ORANG LAIN
121. PENANDAAN BAHAGIAN A
PENEKANAN UTAMA KEPADA;
- PEMINDAHAN MAKLUMAT
- TATABAHASA
- STRUKTUR AYAT / BINAAN AYAT.
1. AYAT TERSIRAT TIDAK BOLEH DITERIMA.
AYAT BERUNSUR NEGATIF DITOLAK SAMA
SEKALI.
2. AYAT BERBENTUK DIALOQ BOLEH DITERIMA
JIKA SESUAI DENGAN GAMBAR TETAPI
TIDAK DIGALAKKAN.
122. 3. BACA SEMUA AYAT YANG DITULIS OLEH CALON.
PILIH LIMA AYAT YANG MENGANDUNGI AKTIVITI ATAU
MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR SAHAJA.
4. JIKA BUAT LEBIH DARIPADA 5 AYAT, CALON TIDAK
BOLEH DAPAT MARKAH PENUH. TIDAK LAYAK DAPAT
CEMERLANG. SEKURANG-KURANGNYA BAIK.
5. JIKA SATU POINT/NOMBOR MENGANDUNGI LEBIH
DARIPADA SATU AKTIVITI, HENDAKLAH DITERIMA
SEBAGAI ISI YANG BERLAINAN. ( SATU AYAT TETAPI
BANYAK AKTIVITI HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI
2 ISI SAHAJA.
6. JIKA CALON BUAT 4 AYAT SAHAJA PENSKORAN
BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA. SEKIRANYA
MEMPUNYAI LIMA AYAT BERKAITAN GAMBAR
LAYAK DAPAT MARKAH PENUH.
123. 6. JIKA BUAT 2 ATAU 3 AYAT SAHAJA, ARAS
PENSKORAN MEMUASKAN.
7. 1 AYAT SAHAJA – PTM
P/S : AYAT YANG GRAMATIS BERMAKSUD AYAT
YANG DITULIS BERDASARKAN KEPADA
PRINSIP NAHU ATAU TATABAHASA.
124. 8. JAWAPAN DALAM BENTUK ESEI DITERIMA TETAPI
SKOR PEMARKAHAN ARAS BAIK SAHAJA. BACA ESEI
DAN CARI 5 ISI SAHAJA.
9. HURAIAN DAN CONTOH TIDAK DIBERI MARKAH. CARI
AKTIVITI YANG YANG SESUAI DENGAN GAMBAR.
ASPEK BAHASA TETAP DINILAI.
10. BAHASA MASIH DINILAI.
11. ISI TIDAK IKUT URUTAN DAN WATAK YANG
BERBEZA-BEZA DITERIMA.
12. KALAU GAMBAR BERSIRI, AYAT MESTI SEIMBANG.
KALAU ADA 2 GAMBAR. 3 + 2 = CEMERLANG
4 + 1 = BAIK
5 + 0 = MEMUASKAN.
125. BAHAGIAN B
1. MESTI ADA PENDAHULUAN & PENUTUP.
2. UNTUK MENDAPAT SKOR YANG CEMERLANG,
MESTI ADA SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI +
HURAIAN + CONTOH.
3. KALAU TIADA PENDAHULUAN, SKORNYA AKAN
MENURUN. KALAU CEMERLANG BERI SKOR
PADA CEMERLANG ARAS BAWAH.
4. SEKIRANYA BERFORMAT TETAPI TIADA BUAT
IKUT FORMAT DIKEHENDAKI, TOLAK 2 MARKAH.
BEGITU JUGA SEBALIKNYA.
126. 5. MENYALIN SOALAN PENSKORAN PTM
BAWAH ( 1 – 5 MARKAH )
6. DARI SEGI PEMBERIAN MARKAH, 1-5
KESALAHAN EJAAN MASIH BOLEH DAPAT
CEMERLANG. 6 -10 PENSKORAN PADA
TAHAP BAIK DAN 11 – 15 PENSKORAN
MEMUASKAN. 16 KE ATAS PTM.
7. PENILAIAN LAMA BERBENTUK ANALITIKAL
SESUAI DIGUNA PAKAI KETIKA P&P KERANA
DAPAT BIMBING PELAJAR MENGENALPASTI
KESALAHAN.
8. JIKA CALON TULIS LEBIH SOALAN, PERIKSA
KARANGAN PERTAMA SAHAJA.
127. BAHAGIAN C
1. MENYALIN PETIKAN - MARKAH TIDAK LEBIH 2.
2. SEKIRANYA KURANG DARIPADA 50 PP, MARKAH
AKAN TURUN.
3. TULIS DALAM BENTUK POINT, ARAS SKOR MAKSIMA
BAIK SAHAJA.
4. ULAS SEKURANG-KURANGNYA 5 NILAI SAHAJA.
SEKIRANYA NAK ULAS SEMUA PUN BOLEH. TIADA
PEMOTONGAN MARKAH.
5. ULASAN BAIK TETAPI TIDAK MENCUKUPI 4 NILAI
SKORNYA MENURUN.
6. MENYENARAIKAN SAHAJA NILAI/PENGAJARAN
PENSKORAN MAKSIMUM 3 SAHAJA.
128. 7. SEKIRANYA MENGULAS 5 NILAI/PENGAJARAN
LAYAK CEMERLANG.
KALAU ULAS 3 – 4 LAYAK DAPAT BAIK
KALAU ULAS 2 MEMUASKAN
TIDAK ADA ULASAN 1 MARKAH
8. MENJAWAB DALAM BENTUK PERNOMBORAN
(TIDAK IKUT PERENGGAN) TETAPI ULASAN
SERTA AYAT BAIK, PERKATAAN CUKUP, ARAS
PENSKORAN BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA.
129. Kesilapan yang biasa dilakukan
oleh calon semasa menjawab
soalan peperiksaan
1
1. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan
- Kurang teliti membaca dan memahami arahan,
. kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.
2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak
tersusun dengan kemas.
- tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk
format yang teratur dan betul.
130. 3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi
dan penutup.
- tiada mempunyai perenggan.
4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta
struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.
5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau
dialog dalam jawapan.
6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal
menjawab cukup soalan.
7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang
diminta oleh soalan.
131. PETUA SEORANG
GURU
Kalau seorang guru mengajar Kalau seorang guru
sambil duduk, Murid belajar mengajar tanpa menilai,
sambil mengantuk. tidak akan tahu murid
yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru mengajar
sambil berlakon, Murid belajar
dengan tekun. Kalau seorang guru berbudi
bahasa, dikenang murid
Kalau seorang guru mengajar sepanjang masa.
tanpa alat, Murid belajar
dengan ralat.
Sumbangan :
Kalau seorang guru mengajar En. Jaafar Yusof
banyak bercakap, ada murid
Guru Besar SK Palong 12 (F)
yang bertambah gagap. Gemas, Negeri Sembilan.
Kalau seorang guru menjadi
pemudah cara, ramai murid
pandai berbicara.
132. SELAMAT BERTEMU LAGI.
JUMPA LAGI DI LAIN MASA
&
KETIKA.
Disampaikan oleh:-
ABDUL RAHIM BIN SULAIMAN
0164315302