SlideShare a Scribd company logo
1 of 1
Rasional penggunaan strategi, kaedah dan teknik dalam<br />rancangan pengajaran bilik darjah.<br />Penggunaan strategi, pendekatan dan teknik dalam rancangan pengajaran bilik darjah adalah merupakan perkara asas untuk membentuk sesuatu rancangan pengajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara ketiga-tiga konsep tersebut adalah amat berguna bagi guru-guru untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka tentang ilmu pedagogi. Matlamat bagi kesemua konsep pengajaran dan pembelajaran adalah sama iaitu ingin mencapai objektif pembelajaran tetapi dilaksanakan dengan cara yang berbeza mengikut kesesuaian topik pembelajaran dan tahap kesediaan murid-murid. Rancangan pengajaran bilik darjah yang telah kami hasilkan dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian dilaksanakan dengan menggunakan strategi, pendekatan, serta kaedah dan teknik yang sesuai mengikut aktiviti yang dirancang. Di dalam rancangan pengajaran harian yang telah kami hasilkan, beberapa strategi pengajaran telah kami gunakan iaitu strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan guru bermaksud guru menyampaikan maklumat dengan jelas dan terang kepada murid dan murid memainkan peranan dengan mendengar dan menerima apa yang disampaikan oleh guru. Guru berperanan untuk mengawal dan memberi arahan kepada para murid-murid. Contohnya, guru menunjukkan demonstrasi pergerakan lokomotor kepada murid sebelum murid-murid melakukan aktiviti tersebut. Kaedah ini memudahkan murid untuk melihat dengan jelas pergerakan yang ingin guru ajarkan kepada mereka. Selain itu, guru juga bertindak sebagai model hidup yang akan menjadi tumpuan oleh para murid-murid ketika sesi pengajaran kemahiran tersebut. Kebiasaannya strategi pengajaran ini kurang menarik kerana hanya berlakunya Komunikasi dan interaksi sehala. Oleh yang demikian jika guru tersebut harus juga menggunakan strategi ini maka proses pembelajaran tersebut perlulah berlakunya komunikasi dua hala diantara guru dan murid serta lebih menarik dan kreatif agar keinginan murid untuk belajar semakin meningkat. Seterusnya ialah strategi berpusatkan murid yang bermaksud dalam aktiviti P&P, murid memainkan peranan utama. Manakala guru pula bertindak sebagai pembimbing. Contohnya, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan seorang murid daripada setiap kumpulan diminta untuk memimpin kumpulan tersebut untuk melaksanakan aktiviti yang diarahkan oleh guru. Strategi ini pula membantu untuk melahirkan individu yang berani,bersifat kepimpinan dan patuh. Selain itu juga, berlakunya komunikasi dan interaksi dua hala diantara guru dengan murid mahupun murid dengan murid. Strategi ini juga bersifat demokratik dimana murid diberi peluang untuk memberi atau mengeluarkan pendapat masing-masing. Strategi yang terakhir ialah strategi pengajaran berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru akan menyediakan bahan pengajaran iaitu bahan bantu mengajar. Dalam aktiviti P&P, bahan bantu mengajar ini memainkan peranan yang penting. Guru dan murid akan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan bantu tersebut. Sebagai contoh, bahan bantu mengajar yang kami rancangkan ialah set permainan dimana setiap kumpulan akan dibekalkan 10 biji bola tenis dan sebuah bakul, dan apa yang perlu dilakukan ialah murid-murid perlu memasukkan bola tersebut ke dalam bakul mengikut jarak yang telah guru tentukan,dan yang paling penting sekali murid haruslah melaksanakan aktiviti tersebut berdasarkan pergerakan lokomotor yang telah guru ajarkan. Rasional penggunaan strategi ini ialah dapat menarik minat murid untuk belajar dan sekaligus mewujudkan keseronokkan dalam belajar kepada murid-murid. Guru juga perlulah menentukan objektif pengajaran jika menggunakan kaedah ini agar objektif utama pembelajaran tercapai. Selain itu juga, komunikasi dan interaksi berlaku diantara guru dengan bahan bantu mengajar dan murid dengan bahan mengajar. <br />Seterusnya, di dalam rancangan pengajaran ini juga, beberapa pendekatan telah kami gunakan untuk menghasilkan rancangan pembelajaran harian yang sistematik dan efektif. Berdasarkan sumber kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Menurut Edward M. Anthony (1963) pula, pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Pendekatan adalah aksiomatik, iaitu kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan ialah merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Antara pendekatan yang telah kami aplikasikan ialah seperti tematik, deduktif dan koperatif. Pendekatan tematik bermaksud di dalam satu sesi pengajaran menetapkan sebuah tema untuk mengecilkan skop pembelajaran dan sekaligus lebih memberi kefahaman kepada murid tentang konsep yang ingin guru sampaikan. Contohnya, guru memberitahu kepada murid-murid bahawa tema bagi pembelajaran hari ini ialah pergerakan lokomotor sahaja dimana ianya merupakan aktiviti yang melibatkan murid tersebut perlu  bergerak dari satu tempat ketempat yang lain dan perlu menyatakan pergerakan yang dihasilkan kepada guru mereka seperti contoh berjalan,melompat,bergalop,berlari dan sebagainya. Rasional penggunaan pendekatan ini ialah memudahkan pemahaman murid mengenai topik yang guru ajarkan serta memudahkan guru-guru untuk menerangkan perkara-perkara yang memerlukan pengklasifikasian sebagai contohnya pembelajaran  yang ingin seorang guru ajarkan pada hari ini ialah mengenai haiwan. Untuk memudahkan dan menjadikan pembelajaran lebih menarik guru tersebut boleh mengenakan tema pada tajuk besar tersebut contohnya meminta murid-murid menyenaraikan beberapa jenis haiwan hidupan air tawar, menyenaraikan beberapa jenis burung, atau sebagainya  asalkan berkaitan dengan tema yang diberikan. Pendekatan induktif pula melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah induktif ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Contohnya, guru mengajar pergerakan seperti berjalan, berlari, melompat, bergalop dan ketingting kepada murid kemudian ianya dapat disimpulkan bahawa pergerakan lokomotor ialah menghasilkan pergerakan yang melibatkan perubahan pada titik tapak. Rasional bagi penggunaan pendekatan ini ialah berdasarkan contoh yang diberikan, murid-murid dibimbing berfikir, mengkaji, mengenal, dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu. Kemudian ianya akan menjana pemikiran mereka untuk mengenalpasti konsep maklumat tersebut dengan lebih jelas. Koperatif merupakan salah satu pendekatan yang sering digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Koperatif bermaksud kerjasama.  Maka, pembelajaran koperatif ialah murid-murid belajar secara bekerjasama, biasanya dilakukan dalam bilik darjah. Contohnya, guru membahagikan murid tersebut kepada beberapa kumpulan kemudian kumpulan tersebut akan berbincang secara koperatif tentang pergerakan yang akan dihasilkan berdasarkan gaya yang telah guru ajarkan. Rasional bagi penggunaan pendekatan ini ialah murid-murid melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan disamping memupuk sifat bertanggungjawab murid.<br />    Penggunaan kaedah dan teknik juga merupakan faktor penting dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Mengikut Kamus Dewan kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti demonstrasi, permainan simulasi, direktif, teknik bermain permainan, cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan sebagainya. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah kami bincangkan hanya terdapat empat kaedah dan teknik yang digunakan untuk menjalankan aktiviti PnP. Salah satunya ialah demonstrasi. Demonstrasi ialah kaedah tunjuk cara dari guru kemudian diikuti oleh para pelajar. Contohnya guru menunjukkan cara bergalop dengan betul kepada murid-murid kemudian meminta murid tersebut melakukan semula apa yang telah didemonstrasikan oleh guru tadi. Rasional  kaedah dan teknik ini ialah murid-murid dapat melihat kedudukan sebenar anggota badan ketika melakukan pergerakan tersebut. Kaedah demonstrasi juga lebih mudah difahami berbanding secara lisan. Seterusnya ialah permainan simulasi yang bermaksud guru meminta murid melakukan simulasi pergerakan-pergerakan tersebut dalam satu permainan. Kaedah ini membantu guru-guru untuk mengenalpasti sama ada kemahiran tersebut telah dikuasai ataupun tidak oleh para murid-murid. Murid-murid pula lebih bersemangat untuk belajar. Selain itu juga, kaedah teknik bermain permainan pula ialah satu permaian yang tela direka  dan mempunyai peraturan-peraturan permainan tersendiri. Contohnya , di dalam permainan ini,pelajar perlu menggunakan pergeakan yang berlainan untuk sampai ke kotak bola dan kemudian melontar bola tersebut masuk ke dalam bakul. Rasionalnya pula ialah permainan tersebut boleh guru jadikan kayu pengukur sama ada objektif pembelajaran tercapai ataupun tidak. Dan kaedah terakhir sekali ialah kaedah direktif iaitu kaedah dan teknik berbentuk arahan. Arahan perlulah jelas dan padat tetapi mudah untuk difahami oleh para murid-murid. Sebagai contoh, murid-murid hanya dibenarkan bergerak ketika wisel dibunyikan oleh guru. Rasionalnya pula adalah kaedah ini sangat berguna untuk melahirkan murid yang patuh pada arahan dan sebarang kemalangan  atau kecederaan dapat dielakkan jika arahan yang diberikan terperinci dan jelas.<br />Kesimpulannya, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali disamping bertujuan untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling minimum tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum. Pembelajaran hanya berlaku jika terdapatnya perubahan yang positif.                                           <br />

More Related Content

Featured

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
ThinkNow
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Kurio // The Social Media Age(ncy)
 

Featured (20)

How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
 
12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work12 Ways to Increase Your Influence at Work
12 Ways to Increase Your Influence at Work
 
ChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slidesChatGPT webinar slides
ChatGPT webinar slides
 

Rasional penggunaan strategi kkp edu

  • 1. Rasional penggunaan strategi, kaedah dan teknik dalam<br />rancangan pengajaran bilik darjah.<br />Penggunaan strategi, pendekatan dan teknik dalam rancangan pengajaran bilik darjah adalah merupakan perkara asas untuk membentuk sesuatu rancangan pengajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara ketiga-tiga konsep tersebut adalah amat berguna bagi guru-guru untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka tentang ilmu pedagogi. Matlamat bagi kesemua konsep pengajaran dan pembelajaran adalah sama iaitu ingin mencapai objektif pembelajaran tetapi dilaksanakan dengan cara yang berbeza mengikut kesesuaian topik pembelajaran dan tahap kesediaan murid-murid. Rancangan pengajaran bilik darjah yang telah kami hasilkan dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian dilaksanakan dengan menggunakan strategi, pendekatan, serta kaedah dan teknik yang sesuai mengikut aktiviti yang dirancang. Di dalam rancangan pengajaran harian yang telah kami hasilkan, beberapa strategi pengajaran telah kami gunakan iaitu strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan guru bermaksud guru menyampaikan maklumat dengan jelas dan terang kepada murid dan murid memainkan peranan dengan mendengar dan menerima apa yang disampaikan oleh guru. Guru berperanan untuk mengawal dan memberi arahan kepada para murid-murid. Contohnya, guru menunjukkan demonstrasi pergerakan lokomotor kepada murid sebelum murid-murid melakukan aktiviti tersebut. Kaedah ini memudahkan murid untuk melihat dengan jelas pergerakan yang ingin guru ajarkan kepada mereka. Selain itu, guru juga bertindak sebagai model hidup yang akan menjadi tumpuan oleh para murid-murid ketika sesi pengajaran kemahiran tersebut. Kebiasaannya strategi pengajaran ini kurang menarik kerana hanya berlakunya Komunikasi dan interaksi sehala. Oleh yang demikian jika guru tersebut harus juga menggunakan strategi ini maka proses pembelajaran tersebut perlulah berlakunya komunikasi dua hala diantara guru dan murid serta lebih menarik dan kreatif agar keinginan murid untuk belajar semakin meningkat. Seterusnya ialah strategi berpusatkan murid yang bermaksud dalam aktiviti P&P, murid memainkan peranan utama. Manakala guru pula bertindak sebagai pembimbing. Contohnya, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan seorang murid daripada setiap kumpulan diminta untuk memimpin kumpulan tersebut untuk melaksanakan aktiviti yang diarahkan oleh guru. Strategi ini pula membantu untuk melahirkan individu yang berani,bersifat kepimpinan dan patuh. Selain itu juga, berlakunya komunikasi dan interaksi dua hala diantara guru dengan murid mahupun murid dengan murid. Strategi ini juga bersifat demokratik dimana murid diberi peluang untuk memberi atau mengeluarkan pendapat masing-masing. Strategi yang terakhir ialah strategi pengajaran berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru akan menyediakan bahan pengajaran iaitu bahan bantu mengajar. Dalam aktiviti P&P, bahan bantu mengajar ini memainkan peranan yang penting. Guru dan murid akan bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan bantu tersebut. Sebagai contoh, bahan bantu mengajar yang kami rancangkan ialah set permainan dimana setiap kumpulan akan dibekalkan 10 biji bola tenis dan sebuah bakul, dan apa yang perlu dilakukan ialah murid-murid perlu memasukkan bola tersebut ke dalam bakul mengikut jarak yang telah guru tentukan,dan yang paling penting sekali murid haruslah melaksanakan aktiviti tersebut berdasarkan pergerakan lokomotor yang telah guru ajarkan. Rasional penggunaan strategi ini ialah dapat menarik minat murid untuk belajar dan sekaligus mewujudkan keseronokkan dalam belajar kepada murid-murid. Guru juga perlulah menentukan objektif pengajaran jika menggunakan kaedah ini agar objektif utama pembelajaran tercapai. Selain itu juga, komunikasi dan interaksi berlaku diantara guru dengan bahan bantu mengajar dan murid dengan bahan mengajar. <br />Seterusnya, di dalam rancangan pengajaran ini juga, beberapa pendekatan telah kami gunakan untuk menghasilkan rancangan pembelajaran harian yang sistematik dan efektif. Berdasarkan sumber kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Menurut Edward M. Anthony (1963) pula, pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Pendekatan adalah aksiomatik, iaitu kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan ialah merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Antara pendekatan yang telah kami aplikasikan ialah seperti tematik, deduktif dan koperatif. Pendekatan tematik bermaksud di dalam satu sesi pengajaran menetapkan sebuah tema untuk mengecilkan skop pembelajaran dan sekaligus lebih memberi kefahaman kepada murid tentang konsep yang ingin guru sampaikan. Contohnya, guru memberitahu kepada murid-murid bahawa tema bagi pembelajaran hari ini ialah pergerakan lokomotor sahaja dimana ianya merupakan aktiviti yang melibatkan murid tersebut perlu bergerak dari satu tempat ketempat yang lain dan perlu menyatakan pergerakan yang dihasilkan kepada guru mereka seperti contoh berjalan,melompat,bergalop,berlari dan sebagainya. Rasional penggunaan pendekatan ini ialah memudahkan pemahaman murid mengenai topik yang guru ajarkan serta memudahkan guru-guru untuk menerangkan perkara-perkara yang memerlukan pengklasifikasian sebagai contohnya pembelajaran yang ingin seorang guru ajarkan pada hari ini ialah mengenai haiwan. Untuk memudahkan dan menjadikan pembelajaran lebih menarik guru tersebut boleh mengenakan tema pada tajuk besar tersebut contohnya meminta murid-murid menyenaraikan beberapa jenis haiwan hidupan air tawar, menyenaraikan beberapa jenis burung, atau sebagainya asalkan berkaitan dengan tema yang diberikan. Pendekatan induktif pula melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah induktif ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Contohnya, guru mengajar pergerakan seperti berjalan, berlari, melompat, bergalop dan ketingting kepada murid kemudian ianya dapat disimpulkan bahawa pergerakan lokomotor ialah menghasilkan pergerakan yang melibatkan perubahan pada titik tapak. Rasional bagi penggunaan pendekatan ini ialah berdasarkan contoh yang diberikan, murid-murid dibimbing berfikir, mengkaji, mengenal, dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu. Kemudian ianya akan menjana pemikiran mereka untuk mengenalpasti konsep maklumat tersebut dengan lebih jelas. Koperatif merupakan salah satu pendekatan yang sering digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Koperatif bermaksud kerjasama. Maka, pembelajaran koperatif ialah murid-murid belajar secara bekerjasama, biasanya dilakukan dalam bilik darjah. Contohnya, guru membahagikan murid tersebut kepada beberapa kumpulan kemudian kumpulan tersebut akan berbincang secara koperatif tentang pergerakan yang akan dihasilkan berdasarkan gaya yang telah guru ajarkan. Rasional bagi penggunaan pendekatan ini ialah murid-murid melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan disamping memupuk sifat bertanggungjawab murid.<br /> Penggunaan kaedah dan teknik juga merupakan faktor penting dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Mengikut Kamus Dewan kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti demonstrasi, permainan simulasi, direktif, teknik bermain permainan, cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan sebagainya. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah kami bincangkan hanya terdapat empat kaedah dan teknik yang digunakan untuk menjalankan aktiviti PnP. Salah satunya ialah demonstrasi. Demonstrasi ialah kaedah tunjuk cara dari guru kemudian diikuti oleh para pelajar. Contohnya guru menunjukkan cara bergalop dengan betul kepada murid-murid kemudian meminta murid tersebut melakukan semula apa yang telah didemonstrasikan oleh guru tadi. Rasional kaedah dan teknik ini ialah murid-murid dapat melihat kedudukan sebenar anggota badan ketika melakukan pergerakan tersebut. Kaedah demonstrasi juga lebih mudah difahami berbanding secara lisan. Seterusnya ialah permainan simulasi yang bermaksud guru meminta murid melakukan simulasi pergerakan-pergerakan tersebut dalam satu permainan. Kaedah ini membantu guru-guru untuk mengenalpasti sama ada kemahiran tersebut telah dikuasai ataupun tidak oleh para murid-murid. Murid-murid pula lebih bersemangat untuk belajar. Selain itu juga, kaedah teknik bermain permainan pula ialah satu permaian yang tela direka dan mempunyai peraturan-peraturan permainan tersendiri. Contohnya , di dalam permainan ini,pelajar perlu menggunakan pergeakan yang berlainan untuk sampai ke kotak bola dan kemudian melontar bola tersebut masuk ke dalam bakul. Rasionalnya pula ialah permainan tersebut boleh guru jadikan kayu pengukur sama ada objektif pembelajaran tercapai ataupun tidak. Dan kaedah terakhir sekali ialah kaedah direktif iaitu kaedah dan teknik berbentuk arahan. Arahan perlulah jelas dan padat tetapi mudah untuk difahami oleh para murid-murid. Sebagai contoh, murid-murid hanya dibenarkan bergerak ketika wisel dibunyikan oleh guru. Rasionalnya pula adalah kaedah ini sangat berguna untuk melahirkan murid yang patuh pada arahan dan sebarang kemalangan atau kecederaan dapat dielakkan jika arahan yang diberikan terperinci dan jelas.<br />Kesimpulannya, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali disamping bertujuan untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling minimum tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum. Pembelajaran hanya berlaku jika terdapatnya perubahan yang positif. <br />