SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
Penilaian Laporan Kajian Tindakan



1.0 PENGENALAN

Penilaian dilakukan ke atas kajian yang dijalankan oleh seorang guru dari Maktab Tentera
DiRaja, 57000 Kuala Lumpur yang bernama Masariah Binti Mispari. Beliau mengetengahkan
tajuk kajian iaitu “Diari 50 : Meningkatkan Penguasaan Pembelajaran Sejarah” yang boleh
dilihat    di   dalam   laman    sesawang    http://html-pdf-convert.com/cari/kajian-tindakan-
sejarah.html.

          Melalui pembacaan yang telah kami lakukan terhadap kajian tindakan ini, kami
mendapati pengkaji meletakkan dua skop objektif yang ingin dicapai iaitu objektif umum dan
objektif khusus. Objektif umum yang ingin dicapai pengkaji adalah untuk memastikan murid-
murid mencapai A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Manakala, bagi
objektif khusus pula adalah untuk menguasai sukatan pelajaran Tingkatan 4, menggunakan
pelbagai kaedah pembelajaran Sejarah, meningkatkan hayat ingatan murid terhadap fakta
sejarah dan mewujudkan pembelajaran murid yang terancang dan bersifat kendiri.

          Fokus kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah yang dihadapi
oleh murid Tingkatan 5 Zeta yang tidak menguasai pembelajaran Sejarah Tingkatan 4.
Menurut pengkaji, permasalahan ini berlaku adalah disebabkan murid tidak melengkapkan
nota serta latihan, tidak serius dalam menghadapi peperiksaan dan gagal mengingati fakta
sejarah dalam jangka masa yang panjang.

          Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggabungkan dua jenis model dalam
kajian beliau iaitu Model Somekh (1989) dan Model Kemmis.




                                              1
2.0 METODOLOGI KAJIAN

       Dalam bahagian ini, kami akan memfokuskan kepada sampel kajian, instrumen serta
prosedur yang digunakan oleh pengkaji.

       Dalam kajian tindakan ini, sampel yang digunakan terdiri daripada 26 orang murid
yang kesemuanya adalah murid lelaki dari Tingkatan 5 Zeta. Murid-murid tersebut
dipecahkan kepada beberapa tahap kecerdasan mengikut kumpulan disiplin belajar iaitu
kumpulan rajin, sederhana dan bermotivasi rendah. Kumpulan rajin seramai 4 orang,
kumpulan sederhana 10 orang dan kumpulan yang bermotivasi rendah seramai 12 orang.

       Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah pemerhatian, ujian
pra, ujian pos dan soal selidik. Daripada pembacaan yang dilakukan oleh kami, kami
berpendapat pengkaji terlalu menumpukan kepada simbolik angka 50 yang terdapat pada
awalan tajuk kajian ini iaitu “Diari 50 : .....”. Pengkaji tidak meletakkan sejumlah soalan
mengikut kemampuan kepada pecahan kumpulan yang telah diklafikasikannya kepada rajin,
sederhana dan bermotivasi rendah. Pengkaji juga tidak menerangkan kaedah dalam
mengklafikasikan mengikut kumpulan disiplin belajar. Walaubagaimanapun, pengkaji amat
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi murid tingkatan 5 Zeta ke tahap yang
lebih baik.

       Dari segi prosuder kerja, pengkaji menggunakan Model Kemmis dan Model Somekh
(1989) sebagai panduan kajian beliau. Model Somekh mengikut putaran dimulakan dengan
mengenalpasti masalah, mengumpul data, menganalisis data, merancang tindakan,
melaksanakan     pelan    tindakan,     mengumpul    data   untuk   mengesahkan     perubahan,
menganalisis dan menilai dan putaran seterusnya. Manakala,                Model Kemmis pula
dimulakan     dengan     merancang,     bertindak   dan   memerhati,   reflek,   semak   semula
perancangan, bertindak dan memerhati dan reflek.

                           Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis

                               Reflek                        Rancang


                       Bertindak &
                       Mmermerhati
                                                             Rancang

                           Reflek


                         Bertindak &
                         Mmermerhati




                                                2
Rajah 2 : Model Somekh (1989)




                Mengenal-pasti
                masalah/fo-kus
                                         Mengumpul
                yang diminati
                                           data




 Putaran                                               Menganalisis
                                                      data/membent
seterusnya                                             uk hipotesisi




                                                       Merancang
Mengana-lisis
                                                          pelan
 dan menilai
                                                        tindakan




                 Mengumpul               Melaksana-
                 data untuk              kan pelan
                mengesah-kan              tindakan
                 perubahan




                                 3
3.0 REKA BENTUK KAJIAN

3.1 Fokus / Masalah Kajian

Pernyataan masalah yang ingin dikaji dinyatakan dengan jelas dan ia menjadi kunci kepada
perlaksanaan kajian ini. Permasalahan atau fokus yang ingin dikaji ialah untuk
meningkatkan penguasaan pembelajaran sejarah. Pengkaji juga menjelaskan dapatan
maklumat yang diperolehi dalam bentuk jadual. Namun begitu terdapat juga kelemahan
kerana pengkaji tidak menunjukkan dapatan yang diperolehi dalam bentuk graf yang lebih
mudah untuk difahami.




3.2 Mengumpul Maklumat / Data

Penyelidik mendapatkan maklumat dengan menggunakan beberapa instrumen dan ia
merupakan langkah yang baik keranan melalui penggunaan beberapa jenis instrumen
maklumat atau data yang diperolehi adalah lebih tinggi tahap kesahihannya dan
kebolehpercayaannya. Penyelidik       menggunakan instrumen kajian seperti kumpulan
pemerhatian iaitu tinjauan masalah, ujian pra, ujian pos dan analisis soal selidik.

            Jadual 1 : Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra dan Pos




             Graf 1 : Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra dan Pos
                                            4
         Peratusan, %
100


     80


     60
                                                      Bil. Pelajar
           11                                         Ujian Pos
                10
     40                                               Ujian Pra
                                            8
                                                7

     20    42.3 38.5 5              5
                             4            30.8 26.9
                     19.2   15.4 2 19.2
                                7.7                   Gred
       0
           1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8D 9G




3.3 Perancangan Tindakan


                                        5
Di dalam kajian ini, rancangan tindakan yang akan dijalankan, dirancang dengan teliti dan
teratur. Ini bagi memudahkan penyelidik untuk menjalankan tindakan kepada partisipan.
Antara tindakan yang dirancang oleh penyelidik ialah dengan merangka program “Diari 50”
iaitu membuat semakan ke atas senarai tajuk dan sub tajuk yang terkandung dalam buku
teks dan sukatan pelajaran sejarah tingkatan 4. Aktiviti yang dijalankan adalah murid-murid
diperkenalkan dengan program “Diari 50”. Setelah itu murid-murid dibimbing untuk
melengkapkan “Diari 50”. “Diari 50” ini menekankan kaedah belajar sejarah dengan
mengambil kira otak kiri dan otak kanan. Murid-murid pula dikehendaki mengisi setiap “Diari
50” dengan cara menyiapkan satu soalan sehari dan akhir sekali setiap minggu penyelidik
akan membuat semakan “Diari 50” pelajar untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya
dan catatan harian pelajar boleh dibuat dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian dan
minat pelajar. Secara keseluruhan, penyelidikan telah merancang dengan baik bagi
menjalankan kajian yang dirancang.




3.4 Pelaksanaan Tindakan

Di dalam melaksanakan tindakan yang telah dirancang, penyelidik menerangkan secara
terperinci perjalanan sesuatu perancangan. Ini memudahkan partisipan untuk memahami
aktiviti yang dijalankan dan menyumbang kepada keputuasan kajian yang baik. Penerangan
bagi setiap perancangan diberikan dengan teliti meliputi penggunaan masa, bahan, kaedah
dan partisipan.




3.5 Refleksi / Penilaian Tindakan

Pernyataan refleksi yang dibuat oleh pengkaji adalah sangat baik keadaan ini kerana
penyelidik menyatakan refleksi bagi setiap tindakan yang dijalankan serta dapat pemerhatian
oleh Pengarah Pengajian Maktab Tentera Diraja. Refleksi ini akan memudahkan pengkaji
lain untuk membuat rujukan dan tafsiran keatas kajian yang dilakukan dan memungkinkan
kaedah kajian ini diaplikasikan di sekolah.




4.0 KESIMPULAN


                                              6
Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji adalah baik kerana dengan memperlihatkan logik
hujah berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi. Keadaan ini kerana pengkaji dapat
membincangkan dengan jelas dan khusus terhadap hasil masalah utama yang dihadapi dan
terus kepada kaedah penyelesaian yang terbaik. Pada bahagian penutup, pengkaji telah
memberikan sedikit cadangan mengenai cara atau tindakan yang boleh diambil untuk
mengatasi masalah utama ini. Namun cadangan yang diberikan oleh pengkaji adalah terlalu
umum kerana hanya menyebut kepada guru-guru. Hal ini menjadikan kemusykilan kerana
kajian tindakan tersebut memfokuskan kepada meningkatkan penguasaan pembelajaran
sejarah tetapi cadangan yang diberikan tidak memfokuskan samaada hanya kepada guru-
guru dalam perkhidmatan dan bakal guru di dalam subjek terbabit atau tidak.




                                            7

Contenu connexe

Similaire à Pengenalan

DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHDIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHabdol rahim
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Wany Hardy
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanRosni Othman
 
Buku manual kajian tindakan (1)
Buku manual kajian tindakan (1)Buku manual kajian tindakan (1)
Buku manual kajian tindakan (1)Dalila Dylea
 
Buku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketigaBuku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketigaNur Basri
 
Buku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian TindakanBuku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian Tindakanhuda hamdan
 
Buku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketigaBuku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketigaJin Kazuya
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanMahesh Hesh
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Mahesh Hesh
 
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan SlideKpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slideabdol rahim
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmSitiHafidah1
 

Similaire à Pengenalan (20)

DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHDIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008 Manual kajian tindakan edisi 2008
Manual kajian tindakan edisi 2008
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Buku manual kajian tindakan (1)
Buku manual kajian tindakan (1)Buku manual kajian tindakan (1)
Buku manual kajian tindakan (1)
 
Buku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketigaBuku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketiga
 
Buku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian TindakanBuku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian Tindakan
 
Kajian
KajianKajian
Kajian
 
Buku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketigaBuku manual kajian tindakan edisi ketiga
Buku manual kajian tindakan edisi ketiga
 
Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan Manual Kajian Tindakan
Manual Kajian Tindakan
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Buku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpmBuku kajian tindakan kpm
Buku kajian tindakan kpm
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Buku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakanBuku manual kajian tindakan
Buku manual kajian tindakan
 
Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)Manual kt eprd (2008)
Manual kt eprd (2008)
 
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan SlideKpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
 
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan SlideKpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
 
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan SlideKpr5063 – Kajian Tindakan Slide
Kpr5063 – Kajian Tindakan Slide
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
 
Draf kajian tindakan
Draf kajian tindakanDraf kajian tindakan
Draf kajian tindakan
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan Buku
 

Plus de abdol rahim

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Powerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposelPowerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposelabdol rahim
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanabdol rahim
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestabdol rahim
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestabdol rahim
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)abdol rahim
 

Plus de abdol rahim (11)

Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Powerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposelPowerpoint kajian tindakan proposel
Powerpoint kajian tindakan proposel
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Proposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latestProposal kt.doc latest
Proposal kt.doc latest
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
 
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
Kajian tindakan dalam pendidikan (proposal)
 
Sunat tarawih
Sunat tarawihSunat tarawih
Sunat tarawih
 

Dernier

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaankalpanz
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docxSuriaHussin2
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxFauziEding2
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Dernier (7)

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

Pengenalan

  • 1. Penilaian Laporan Kajian Tindakan 1.0 PENGENALAN Penilaian dilakukan ke atas kajian yang dijalankan oleh seorang guru dari Maktab Tentera DiRaja, 57000 Kuala Lumpur yang bernama Masariah Binti Mispari. Beliau mengetengahkan tajuk kajian iaitu “Diari 50 : Meningkatkan Penguasaan Pembelajaran Sejarah” yang boleh dilihat di dalam laman sesawang http://html-pdf-convert.com/cari/kajian-tindakan- sejarah.html. Melalui pembacaan yang telah kami lakukan terhadap kajian tindakan ini, kami mendapati pengkaji meletakkan dua skop objektif yang ingin dicapai iaitu objektif umum dan objektif khusus. Objektif umum yang ingin dicapai pengkaji adalah untuk memastikan murid- murid mencapai A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007. Manakala, bagi objektif khusus pula adalah untuk menguasai sukatan pelajaran Tingkatan 4, menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran Sejarah, meningkatkan hayat ingatan murid terhadap fakta sejarah dan mewujudkan pembelajaran murid yang terancang dan bersifat kendiri. Fokus kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 5 Zeta yang tidak menguasai pembelajaran Sejarah Tingkatan 4. Menurut pengkaji, permasalahan ini berlaku adalah disebabkan murid tidak melengkapkan nota serta latihan, tidak serius dalam menghadapi peperiksaan dan gagal mengingati fakta sejarah dalam jangka masa yang panjang. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggabungkan dua jenis model dalam kajian beliau iaitu Model Somekh (1989) dan Model Kemmis. 1
  • 2. 2.0 METODOLOGI KAJIAN Dalam bahagian ini, kami akan memfokuskan kepada sampel kajian, instrumen serta prosedur yang digunakan oleh pengkaji. Dalam kajian tindakan ini, sampel yang digunakan terdiri daripada 26 orang murid yang kesemuanya adalah murid lelaki dari Tingkatan 5 Zeta. Murid-murid tersebut dipecahkan kepada beberapa tahap kecerdasan mengikut kumpulan disiplin belajar iaitu kumpulan rajin, sederhana dan bermotivasi rendah. Kumpulan rajin seramai 4 orang, kumpulan sederhana 10 orang dan kumpulan yang bermotivasi rendah seramai 12 orang. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan oleh pengkaji ialah pemerhatian, ujian pra, ujian pos dan soal selidik. Daripada pembacaan yang dilakukan oleh kami, kami berpendapat pengkaji terlalu menumpukan kepada simbolik angka 50 yang terdapat pada awalan tajuk kajian ini iaitu “Diari 50 : .....”. Pengkaji tidak meletakkan sejumlah soalan mengikut kemampuan kepada pecahan kumpulan yang telah diklafikasikannya kepada rajin, sederhana dan bermotivasi rendah. Pengkaji juga tidak menerangkan kaedah dalam mengklafikasikan mengikut kumpulan disiplin belajar. Walaubagaimanapun, pengkaji amat bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi murid tingkatan 5 Zeta ke tahap yang lebih baik. Dari segi prosuder kerja, pengkaji menggunakan Model Kemmis dan Model Somekh (1989) sebagai panduan kajian beliau. Model Somekh mengikut putaran dimulakan dengan mengenalpasti masalah, mengumpul data, menganalisis data, merancang tindakan, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesahkan perubahan, menganalisis dan menilai dan putaran seterusnya. Manakala, Model Kemmis pula dimulakan dengan merancang, bertindak dan memerhati, reflek, semak semula perancangan, bertindak dan memerhati dan reflek. Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis Reflek Rancang Bertindak & Mmermerhati Rancang Reflek Bertindak & Mmermerhati 2
  • 3. Rajah 2 : Model Somekh (1989) Mengenal-pasti masalah/fo-kus Mengumpul yang diminati data Putaran Menganalisis data/membent seterusnya uk hipotesisi Merancang Mengana-lisis pelan dan menilai tindakan Mengumpul Melaksana- data untuk kan pelan mengesah-kan tindakan perubahan 3
  • 4. 3.0 REKA BENTUK KAJIAN 3.1 Fokus / Masalah Kajian Pernyataan masalah yang ingin dikaji dinyatakan dengan jelas dan ia menjadi kunci kepada perlaksanaan kajian ini. Permasalahan atau fokus yang ingin dikaji ialah untuk meningkatkan penguasaan pembelajaran sejarah. Pengkaji juga menjelaskan dapatan maklumat yang diperolehi dalam bentuk jadual. Namun begitu terdapat juga kelemahan kerana pengkaji tidak menunjukkan dapatan yang diperolehi dalam bentuk graf yang lebih mudah untuk difahami. 3.2 Mengumpul Maklumat / Data Penyelidik mendapatkan maklumat dengan menggunakan beberapa instrumen dan ia merupakan langkah yang baik keranan melalui penggunaan beberapa jenis instrumen maklumat atau data yang diperolehi adalah lebih tinggi tahap kesahihannya dan kebolehpercayaannya. Penyelidik menggunakan instrumen kajian seperti kumpulan pemerhatian iaitu tinjauan masalah, ujian pra, ujian pos dan analisis soal selidik. Jadual 1 : Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra dan Pos Graf 1 : Perbandingan Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra dan Pos 4 Peratusan, %
  • 5. 100 80 60 Bil. Pelajar 11 Ujian Pos 10 40 Ujian Pra 8 7 20 42.3 38.5 5 5 4 30.8 26.9 19.2 15.4 2 19.2 7.7 Gred 0 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8D 9G 3.3 Perancangan Tindakan 5
  • 6. Di dalam kajian ini, rancangan tindakan yang akan dijalankan, dirancang dengan teliti dan teratur. Ini bagi memudahkan penyelidik untuk menjalankan tindakan kepada partisipan. Antara tindakan yang dirancang oleh penyelidik ialah dengan merangka program “Diari 50” iaitu membuat semakan ke atas senarai tajuk dan sub tajuk yang terkandung dalam buku teks dan sukatan pelajaran sejarah tingkatan 4. Aktiviti yang dijalankan adalah murid-murid diperkenalkan dengan program “Diari 50”. Setelah itu murid-murid dibimbing untuk melengkapkan “Diari 50”. “Diari 50” ini menekankan kaedah belajar sejarah dengan mengambil kira otak kiri dan otak kanan. Murid-murid pula dikehendaki mengisi setiap “Diari 50” dengan cara menyiapkan satu soalan sehari dan akhir sekali setiap minggu penyelidik akan membuat semakan “Diari 50” pelajar untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya dan catatan harian pelajar boleh dibuat dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian dan minat pelajar. Secara keseluruhan, penyelidikan telah merancang dengan baik bagi menjalankan kajian yang dirancang. 3.4 Pelaksanaan Tindakan Di dalam melaksanakan tindakan yang telah dirancang, penyelidik menerangkan secara terperinci perjalanan sesuatu perancangan. Ini memudahkan partisipan untuk memahami aktiviti yang dijalankan dan menyumbang kepada keputuasan kajian yang baik. Penerangan bagi setiap perancangan diberikan dengan teliti meliputi penggunaan masa, bahan, kaedah dan partisipan. 3.5 Refleksi / Penilaian Tindakan Pernyataan refleksi yang dibuat oleh pengkaji adalah sangat baik keadaan ini kerana penyelidik menyatakan refleksi bagi setiap tindakan yang dijalankan serta dapat pemerhatian oleh Pengarah Pengajian Maktab Tentera Diraja. Refleksi ini akan memudahkan pengkaji lain untuk membuat rujukan dan tafsiran keatas kajian yang dilakukan dan memungkinkan kaedah kajian ini diaplikasikan di sekolah. 4.0 KESIMPULAN 6
  • 7. Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji adalah baik kerana dengan memperlihatkan logik hujah berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi. Keadaan ini kerana pengkaji dapat membincangkan dengan jelas dan khusus terhadap hasil masalah utama yang dihadapi dan terus kepada kaedah penyelesaian yang terbaik. Pada bahagian penutup, pengkaji telah memberikan sedikit cadangan mengenai cara atau tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah utama ini. Namun cadangan yang diberikan oleh pengkaji adalah terlalu umum kerana hanya menyebut kepada guru-guru. Hal ini menjadikan kemusykilan kerana kajian tindakan tersebut memfokuskan kepada meningkatkan penguasaan pembelajaran sejarah tetapi cadangan yang diberikan tidak memfokuskan samaada hanya kepada guru- guru dalam perkhidmatan dan bakal guru di dalam subjek terbabit atau tidak. 7