SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  20
J4012 / UNIT 4/1
PENDERIA

UNIT 4
SISTEM KERJA PNEUMATIK
( PENDERIA )

OBJEKTIF
Objektif Am :

Mempelajari dan memahami sistem kerja
pneumatik

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:Menerangkan fungsi penderia.
Menyatakan kaedah menggerakkan penderia.
Merekabentuk dan menerangkan litar asas bagi
satu silinder pneumatik dan elektro-pneumatik
J4012 / UNIT 4/2
PENDERIA

INPUT
4.0 PENGENALAN

T

ahukah anda!. Jikalau manusia mempunyai lima deria untuk mengesan objek
dan persekitaran, begitu juga dengan sistem pneumatik. Deria sistem pneumatik
terbahagi kepada dua iaitu yang bersentuhan dan tidak bersentuhan.
4.1 PENDERIA
Tahukah anda untuk menjadikan sistem pneumatik menjadi lebih baik dalam kawalan
mesin, jurutera rekabentuk dan selenggara mestilah mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam pemilihan peralatan penderia yang sesuai. Kedudukan penderia
dibina dalam keadaan dua bentuk penderia iaitu bersentuh (Contact) dan tidak
bersentuh (Non-Contact).
Penderia berfungsi untuk mengesan objek yang bergerak dan memberi isyarat kepada
pengawal penggerak. Dengan adanya bantuan penderia, sistem pneumatik menjadi
lebih cekap dan berkesan. Kaedah menggerak penderia boleh dibahagikan kepada
tiga jenis yang utama iaitu :Mekanikal
Pneumatik
Elektrikal
4.1.1 Kaedah Menggerak Mekanikal
Penderia mekanikal jenis bersentuhan paling banyak digunakan dalam
menggera pergerakan dan kedudukan penggerak. Ianya dilakukan dengan
operasi injap mekanikal seperti injap beroda, plug, injap satu hala dan injap
pantulan tekanan. Contoh kaedah penderia mekanikal ditunjukkan oleh Rajah
4.1 (a) di bawah:-
J4012 / UNIT 4/3
PENDERIA

Sumber:
SMC Pneumatic

Rajah 4.1 (a) : Kaedah menggerak mekanikal
Penderia jenis mekanikal ini biasanya dipasang sebagai suis penghad pada
hujung gerakan silinder. Injap jenis ini dipasang apabila terjadinya isyarat yang
berlawanan di mana suis penghad biasa (guling) tidak sesuai digunakan.
Apabila injap jenis ini ditekan, penggulingnya akan tertekan seketika sebelum ia
terpelantik semula untuk mengelakkan isyarat berlawanan.
Terdapat tiga jenis penderia mekanikal yang utama, sepertimana yang
ditunjukkan dalam Rajah 4.1 (b) di bawah:Nama Penderia

Simbol

Penderia Mekanikal Jenis Pantulan
Tekanan
Penderia Mekanikal Jenis Bebola
Penderia Mekanikal Jenis Injap Belantik
Rajah 4.1 (b) : Nama dan simbol Penderia Mekanikal
4.1.2 Kaedah Menggerak Pneumatik
Penderia pneumatik jenis pantulan tekanan merupakan satu-satunya penderia
kedudukan yang mempunyai kejituan sentuhan sehingga 0.2 mm. Ia biasa

S
u
m
J4012 / UNIT 4/4
PENDERIA

digunakan untuk penggerak yang mempunyai lejang yang pendek iaitu kurang
dari 5 mm.
Terdapat tiga jenis penderia pneumatik yang biasa digunakan dalam pembinaan
litar kawalan, sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 4.3 di bawah:Nama Penderia

Simbol

Penderia Pneumatik ( Panduan Udara )
Penderia Pneumatik ( Panduan Vakum )
Penderia Pneumatik ( Panduan Kembali
Dalaman / Balikan )
Rajah 4.2 : Nama dan simbol Penderia Pneumatik

4.1.3 Kaedah Menggerak Elektrikal
Penderia elektrikal yang biasa digunakan dalam pembinaan litar pneumatik
terdiri daripada penderia objek dan penderia magnetic sepertimana ditunjukkan
dalam rajah 4.3 di bawah.
Nama Penderia
Penderia Objek (Object Sensor)
Penderia Magnetik (Magnetic
Sensor)

Rajah 4.3 : Penderia Elektrikal
Penderia objek mengesan kehadiran objek seperti produk tertentu yang
bergerak. Penderia objek mestilah dipasang dalam jarak yang tertentu untuk
memastikan ianya berfungsi. Satu kelebihan penderia objek ialah ianya tidak
J4012 / UNIT 4/5
PENDERIA

menggangu pergerakan produk kerana tiada sentuhan secara langsung
diperlukan.
Penderia magnetik pula kebiasaannya dipasang pada pengerak. Pergerakan
pengerak ke hadapan dan ke belakang boleh menyebabkan penderia magnetik
digera dan kawalan litar boleh dilakukan. Kelebihan penderia magnetik adalah
sama juga seperti penderia objek. Kelemahannya ialah ia hanya boleh
digunakan pada bahagian yang diperbuat daripada besi.
J4012 / UNIT 4/6
PENDERIA

AKTIVITI 4a

Soalan 4a-1
Lukiskan simbol bagi penderia mekanikal pada ruang yang disediakan di bawah.
Nama Penderia

Simbol

Penderia Mekanikal Jenis Pantulan Tekanan
Penderia Mekanikal Jenis Bebola
Penderia Mekanikal Jenis Injap Belantik

Soalan 4a-2
Sila isi jawapan anda di tempat kosong yang disediakan.
a. Kedudukan penderia di bina dalam keadaan dua bentuk iaitu ………………. dan
…………………
b. Penderia berfungsi untuk mengesan……………………
c. Penderia ………………….. jenis pantulan merupakan penderia yang paling jitu.
d. Penderia magnetik biasanya dipasang pada …………………..
e. Penderia ………………….. jenis bersentuhan paling banyak digunakan.
Soalan 4a-3
Nyatakan TIGA kaedah menggerak penderia.
J4012 / UNIT 4/7
PENDERIA

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 4a

Jawapan 4a-1
Nama Penderia
Penderia Mekanikal Jenis Pantulan Tekanan
Penderia Mekanikal Jenis Bebola
Penderia Mekanikal Jenis Injap Belantik

Jawapan 4a-2
a. Bersentuhan , tidak bersentuhan
b. Objek
c. Pneumatik
d. Penggera
e. Mekanikal

Jawapan 4a- 3
TIGA (3) kaedah menggerak penderia ialah :i.

Mekanikal

ii.

Pneumatik

iii.

Elektrikal

Simbol
J4012 / UNIT 4/8
PENDERIA

INPUT
INPUT
4.2 PENGAWALAN PERGERAKAN SATU SILINDER
Terdapat pelbagai jenis pergerakan yang menggunakan satu silinder bergantung
kepada penggunaannya, jenis silinder dan injap-injap kawalan. Litar pengawalan
pergerakan satu silinder terbahagi kepada dua iaitu : Litar Pneumatik – kaedah yang menggunakan udara sepenuhnya.
 Litar Elektro-Pneumatik – gabungan antara elektrik dan pneumatik
4.2.1 Litar Pneumatik
Litar pneumatik terbahagi kepada dua iatu :Kaedah langsung
Kaedah tidak langsung
4.2.1.1 Kaedah Langsung
Kita semua pasti sedia maklum bahawa Kaedah Langsung bermaksud
apabila satu penderia diaktifkan maka sesebuah litar itu telah lengkap
untuk bertindak dan ianya digambarkan seperti di bawah;

Prosedur Kerja Rajah 4.4
Menggerakkan rod silinder satu tindakan
keluar dan masuk dengan menekan dan
melepaskan suis tekan.

P R
Rajah 4.4 : Litar 1
J4012 / UNIT 4/9
PENDERIA

Prosedur Kerja Rajah 4.5
Menggerakkan rod silinder satu tindakan
keluar dan masuk dengan melepaskan suis
tekanan.

Rajah 4.5 : Litar 2
Prosedur Kerja Rajah 4.6
Menggerakkan rod silinder satu
tindakan keluar dan masuk dengan
menekan salah satu daripada dua suis
tekan.

Rajah 4.6: Litar 3
4.2.1.2 Kaedah Tidak Langsung
Tidak seperti litar yang menggunakan kaedah langsung, Litar Kaedah
tidak langsung memerlukan bantuan injah kawalan arah sebagai
perantaraan sebelum pengera boleh digerakan. Litar kaeadah tidak
langsung ditunjukkan oleh litar-litar di bawah;
Prosedur Kerja Rajah 4.7
Menggerakkan rod silinder dua tindakan
keluar dan masuk dengan menekan salah
satu dari dua suis tekan

Rajah 4.7 : Litar 4
J4012 / UNIT 4/10
PENDERIA

Prosedur Kerja Rajah 4.8, 4.9, 4.10.
Ketiga-tiga litar penumatik ini
menggerakkan rod silinder satu
tindakan dengan hanya menekan dua
suis tekan serentak

Rajah 4.8 : Litar 5

Rajah 4.9 : Litar 6

Rajah 4.10 : Litar 7

4.2.2 Litar elektro-Pneumatik
Sepertimana litar asas pneumatik satu selinder, litar asas elektro-pneumatik juga
boleh dibahagikan kepada dua seperti di bawah;
Kaedah Langsung
Kaedah tidak Langsung

4.2.2.1 Kaedah Langsung.
J4012 / UNIT 4/11
PENDERIA

Operasi litar elektro-pneumatik kaedah langsung adalah sepertimana
yang ditunjukkan oleh rajah 4.11 dan rajah 4.12 di bawah yang boleh
digunakan untuk membuka atau menutup pintu.
PB 1

Y1

PB 3

PB 2

Y2

PB 4

Rajah 4.11 Litar Fizikal Kaedah Langsung
PB 1

Y1

PB 3
Y2
PB 2

PB 4

Rajah 4.12 : Ladder Diagram Kaedah Langsung

Litar yang ditunjukkan oleh rajah 4.11 dan 4.12 digunakan untuk
menutup dan membuka pintu seperti rajah 4.13 di bawah;
J4012 / UNIT 4/12
PENDERIA

Rajah 4.13 : Pintu
Apabila salah satu daripada suis tekan PB 1 atau PB 2 ditekan maka
arus akan mengaktifkan injap selenoid (Y1) dan menyebabkan pintu
terbuka. Jika suis PB 3 atau PB 4 pula ditekan maka pintu akan
tertutup kembali.
4.2.2.2. Kaedah Tidak Langsung
Selain daripada kaedah langsung, kaedah tidak langsung juga boleh
digunakan untuk membuka pintu seperti rajah 4.13. Litar Fizikal dan
R1
ladder diagram kaedah tidak langsung ditunjukkan oleh rajah 4.14 dan
PB 1
rajah 4.15 di bawah;
PB 3
Berdasarkan rajah 4.14 dan 4.15 di bawah, apabila salah satu suis
tekan PB 1 dan PB 3 ditekan, arus akan mengalir dan mengaktifkan
relay 1 (R1), seterusnya selenoid 1 (Y1) akan diaktifkan dan pintu
Y1
akan terbuka. Apabila suis tekan PB 2 dan PB 4 ditekan pula, arus
R1
akan mengalir dan mengaktifkan relay 2 (R2), seterusnya selenoid 2
(Y2) PB 2 diaktifkan dan pintu akan tertutup.
akan

PB 4
R2
J4012 / UNIT 4/13
PENDERIA

R2

Y1

Rajah 4.14 : Litar Fizikal Kaedah Tidak Langsung
R1

PB 1

PB 3
Y1

R1

R2

PB 2
PB 4

Y2

R2

Rajah 4.15 : Ladder Diagram Kaedah Tidak Langsung

AKTIVITI 4b
J4012 / UNIT 4/14
PENDERIA

Soalan 4b-1
Lengkapkan litar di bawah supaya apabila suis tekan a digerakkan selinder b akan
bergerak ke hadapan.

Soalan 4b-2
Lengkapkan litar di bawah supaya apabila kedua-dua suis tekan (PB) digerakkan selinder
b akan bergerak ke hadapan.

b

Soalan 4b-3
Sila isikan jawapan anda di tempat kosong yang disediakan di bawah:-
J4012 / UNIT 4/15
PENDERIA

a. Litar pneumatik menggunakan ……………………….sepenuhnya.
b. Litar

Elektro-pneumatik

merupakan

gabungan

antara………………….

dan………………………….
c. Litar kaedah tidak langsung memerlukan bantuan ……………………………
sebagai perantaraan sebelum penggera boleh digera.
d. Dalam litar kaedah langsung apabila suis ditekan penggera akan ……………….
e. Apabila suis pada litar kaedah tidak langsung ditekan maka …………………
akan mengalir dan ………………….aktif menyebabkan selenoid digera.

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 4b
J4012 / UNIT 4/16
PENDERIA

Jawapan 4b-1

Jawapan 4b-2

Jawapan 4b-3
a. Udara
b. Elektrik, Pneumatik
c. Injap
d. Digera
e. Arus, Relay

PENILAIAN KENDIRI
J4012 / UNIT 4/17
PENDERIA

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA

Soalan 1
Berpandukan rajah yang sesuai, terangkan secara terperinci bagaimana Kaedah
Menggerak Mekanikal dilakukan.
Soalan 2
Nyatakan dan terangkan dua jenis penderia yang mengunakan Kaedah Menggerak
Elektrikal.
Soalan 3
Lukiskan litar pneumatik kaedah langsung dan tidak langsung serta terang prosedur kerja
kedua-dua litar tersebut.
Soalan 4
Lukiskan litar Elektro-pneumatik kaedah langsung dan tidak langsung serta terang
prosedur kerja kedua-dua litar tersebut.

MAKLUM BALAS KEPADA
PENILAIANKENDIRI
J4012 / UNIT 4/18
PENDERIA

Jawapan 1

Kaedah Menggerak Mekanikal
Penderia jenis mekanikal ini biasanya dipasang sebagai suis penghad pada hujung
gerakan silinder. Injap jenis ini dipasang apabila terjadinya isyarat yang berlawanan dan
suis penghad biasa (guling) tidak sesuai digunakan. Apabila injap jenis ini ditekan,
penggulingnya akan tertekan seketika sebelum ia terpelantik semula untuk mengelakkan
isyarat berlawanan.
Jawapan 2
Penderia elektrikal yang biasa digunakan dalam pembinaan litar pneumatik terdiri
daripada penderia objek dan penderia magnetik Penderia objek mengesan kehadiran
objek seperti produk tertentu yang bergerak. Penderia objek mestilah dipasang dalam
jarak yang tertentu untuk memastikan ianya berfungsi. Satu kelebihan penderia objek
ialah ianya tidak menggangu pergerakan produk kerana tiada sentuhan secara langsung
diperlukan. Penderia magnetik pula kebiasaannya dipasang pada pengerak. Pergerakan
pengerak ke hadapan dan ke belakang boleh menyebabkan penderia magnetik digera dan
kawalan litar boleh dilakukan. Kelebihan penderia magnetik adalah sama juga seperti
penderia objek. Kelemahannya ialah ia hanya boleh digunakan pada bahagian yang
diperbuat daripada besi.
Jawapan 3
Litar pneumatik kaedah langsung
J4012 / UNIT 4/19
PENDERIA

Menggerakkan rod silinder satu tindakan keluar dan
masuk dengan melepaskan suis tekanan.

Litar pneumatik kaedah tak langsung
Litar penumatik ini
menggerakkan rod silinder satu
tindakan dengan hanya menekan
dua suis tekan serentak

Jawapan 4
Litar Elektro-pneumatik kaedah langsung
PB 1

Y1
PB 3

PB 2

PB 1
PB 4

Y2

R
1

PB 3

R1

Y1

Litar Elektro-pneumatik kaedah tak langsung
PB 2

PB 4
R2

Apabila salah satu daripada suis tekan PB
1 atau PB 2 ditekan maka arus akan
mengaktifkan injap selenoid (Y1) dan
menyebabkan pintu terbuka. Jika suis PB 3
atau PB 4 pula ditekan maka pintu akan
tertutup kembali.

Apabila salah satu suis tekan PB 1 dan
PB 3 ditekan, arus akan mengalir dan
mengaktifkan relay 1 (R1), seterusnya
selenoid 1 (Y1) akan diaktifkan dan
pintu akan terbuka. Apabila suis tekan
PB 2 dan PB 4 ditekan pula, arus akan
mengalir dan mengaktifkan relay 2 (R2),
seterusnya selenoid 2 (Y2) akan
diaktifkan dan pintu akan tertutup.
J4012 / UNIT 4/20
PENDERIA

SEKIRANYA JAWAPAN ANDA SAMA
SEPERTI DI ATAS.
ANDA LAYAK UNTUK MENERUSKAN UNIT
YANG SELANJUTNYA.

Contenu connexe

Tendances

penyelenggaraan industri
penyelenggaraan industripenyelenggaraan industri
penyelenggaraan industriJius Musz
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatikFendy Endy
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10Asraf Malik
 
Litar pneumatik
Litar pneumatikLitar pneumatik
Litar pneumatikMdElias19
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit11
J4012 pneumatik dan hidraulik unit11J4012 pneumatik dan hidraulik unit11
J4012 pneumatik dan hidraulik unit11Asraf Malik
 
1.sistem litar hidraulik
1.sistem litar hidraulik1.sistem litar hidraulik
1.sistem litar hidraulikEdi Slipknot
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit2
J4012 pneumatik dan hidraulik unit2J4012 pneumatik dan hidraulik unit2
J4012 pneumatik dan hidraulik unit2Asraf Malik
 
E4141 sistem kawalan 1 unit1
E4141 sistem kawalan 1 unit1E4141 sistem kawalan 1 unit1
E4141 sistem kawalan 1 unit1Asraf Malik
 
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1MC-091-4:2011 Nota CoCU 1
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1MISDEC
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatikFendy Endy
 
BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf
BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdfBAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf
BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdfBakriJusoh3
 

Tendances (20)

penyelenggaraan industri
penyelenggaraan industripenyelenggaraan industri
penyelenggaraan industri
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
 
Modul 8 hydraulic
Modul 8 hydraulicModul 8 hydraulic
Modul 8 hydraulic
 
Hidraulik
HidraulikHidraulik
Hidraulik
 
Litar pneumatik
Litar pneumatikLitar pneumatik
Litar pneumatik
 
Elektro pneumatik
Elektro pneumatikElektro pneumatik
Elektro pneumatik
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit11
J4012 pneumatik dan hidraulik unit11J4012 pneumatik dan hidraulik unit11
J4012 pneumatik dan hidraulik unit11
 
hidraulik
hidraulikhidraulik
hidraulik
 
Electrohydraulic
ElectrohydraulicElectrohydraulic
Electrohydraulic
 
1.sistem litar hidraulik
1.sistem litar hidraulik1.sistem litar hidraulik
1.sistem litar hidraulik
 
3. switch
3. switch3. switch
3. switch
 
7. uji bateri
7. uji bateri7. uji bateri
7. uji bateri
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit2
J4012 pneumatik dan hidraulik unit2J4012 pneumatik dan hidraulik unit2
J4012 pneumatik dan hidraulik unit2
 
E4141 sistem kawalan 1 unit1
E4141 sistem kawalan 1 unit1E4141 sistem kawalan 1 unit1
E4141 sistem kawalan 1 unit1
 
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1MC-091-4:2011 Nota CoCU 1
MC-091-4:2011 Nota CoCU 1
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf
BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdfBAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf
BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf
 
4. relay
4. relay4. relay
4. relay
 

Plus de Asraf Malik

JF608: Quality Control - Unit 6
JF608: Quality Control - Unit 6JF608: Quality Control - Unit 6
JF608: Quality Control - Unit 6Asraf Malik
 
JF608: Quality Control - Unit 5
JF608: Quality Control - Unit 5JF608: Quality Control - Unit 5
JF608: Quality Control - Unit 5Asraf Malik
 
Mechanical Component and Maintenance
Mechanical Component and MaintenanceMechanical Component and Maintenance
Mechanical Component and MaintenanceAsraf Malik
 
JF608: Quality Control - Unit 4
JF608: Quality Control - Unit 4JF608: Quality Control - Unit 4
JF608: Quality Control - Unit 4Asraf Malik
 
JF608: Quality Control - Unit 3
JF608: Quality Control - Unit 3JF608: Quality Control - Unit 3
JF608: Quality Control - Unit 3Asraf Malik
 
JF608: Quality Control - Unit 2
JF608: Quality Control - Unit 2JF608: Quality Control - Unit 2
JF608: Quality Control - Unit 2Asraf Malik
 
JF608: Quality Control - Unit 1
JF608: Quality Control - Unit 1JF608: Quality Control - Unit 1
JF608: Quality Control - Unit 1Asraf Malik
 
Basic Control System unit6
Basic Control System unit6Basic Control System unit6
Basic Control System unit6Asraf Malik
 
Basic Control System unit5
Basic Control System unit5Basic Control System unit5
Basic Control System unit5Asraf Malik
 
Basic Control System unit4
Basic Control System unit4Basic Control System unit4
Basic Control System unit4Asraf Malik
 
Basic Control System unit3
Basic Control System unit3Basic Control System unit3
Basic Control System unit3Asraf Malik
 
Basic Control System unit2
Basic Control System unit2Basic Control System unit2
Basic Control System unit2Asraf Malik
 
Basic Control System unit1
Basic Control System unit1Basic Control System unit1
Basic Control System unit1Asraf Malik
 
Basic Control System unit0
Basic Control System unit0Basic Control System unit0
Basic Control System unit0Asraf Malik
 
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 7
MATERIAL TECHNOLOGY  - CHAPTER 7MATERIAL TECHNOLOGY  - CHAPTER 7
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 7Asraf Malik
 
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8Asraf Malik
 
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6Asraf Malik
 
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5Asraf Malik
 
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4Asraf Malik
 
JF302: Material Technology, Chapter 3
JF302: Material Technology, Chapter 3JF302: Material Technology, Chapter 3
JF302: Material Technology, Chapter 3Asraf Malik
 

Plus de Asraf Malik (20)

JF608: Quality Control - Unit 6
JF608: Quality Control - Unit 6JF608: Quality Control - Unit 6
JF608: Quality Control - Unit 6
 
JF608: Quality Control - Unit 5
JF608: Quality Control - Unit 5JF608: Quality Control - Unit 5
JF608: Quality Control - Unit 5
 
Mechanical Component and Maintenance
Mechanical Component and MaintenanceMechanical Component and Maintenance
Mechanical Component and Maintenance
 
JF608: Quality Control - Unit 4
JF608: Quality Control - Unit 4JF608: Quality Control - Unit 4
JF608: Quality Control - Unit 4
 
JF608: Quality Control - Unit 3
JF608: Quality Control - Unit 3JF608: Quality Control - Unit 3
JF608: Quality Control - Unit 3
 
JF608: Quality Control - Unit 2
JF608: Quality Control - Unit 2JF608: Quality Control - Unit 2
JF608: Quality Control - Unit 2
 
JF608: Quality Control - Unit 1
JF608: Quality Control - Unit 1JF608: Quality Control - Unit 1
JF608: Quality Control - Unit 1
 
Basic Control System unit6
Basic Control System unit6Basic Control System unit6
Basic Control System unit6
 
Basic Control System unit5
Basic Control System unit5Basic Control System unit5
Basic Control System unit5
 
Basic Control System unit4
Basic Control System unit4Basic Control System unit4
Basic Control System unit4
 
Basic Control System unit3
Basic Control System unit3Basic Control System unit3
Basic Control System unit3
 
Basic Control System unit2
Basic Control System unit2Basic Control System unit2
Basic Control System unit2
 
Basic Control System unit1
Basic Control System unit1Basic Control System unit1
Basic Control System unit1
 
Basic Control System unit0
Basic Control System unit0Basic Control System unit0
Basic Control System unit0
 
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 7
MATERIAL TECHNOLOGY  - CHAPTER 7MATERIAL TECHNOLOGY  - CHAPTER 7
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 7
 
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
 
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
 
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
 
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
 
JF302: Material Technology, Chapter 3
JF302: Material Technology, Chapter 3JF302: Material Technology, Chapter 3
JF302: Material Technology, Chapter 3
 

J4012 pneumatik dan hidraulik unit4

  • 1. J4012 / UNIT 4/1 PENDERIA UNIT 4 SISTEM KERJA PNEUMATIK ( PENDERIA ) OBJEKTIF Objektif Am : Mempelajari dan memahami sistem kerja pneumatik Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:Menerangkan fungsi penderia. Menyatakan kaedah menggerakkan penderia. Merekabentuk dan menerangkan litar asas bagi satu silinder pneumatik dan elektro-pneumatik
  • 2. J4012 / UNIT 4/2 PENDERIA INPUT 4.0 PENGENALAN T ahukah anda!. Jikalau manusia mempunyai lima deria untuk mengesan objek dan persekitaran, begitu juga dengan sistem pneumatik. Deria sistem pneumatik terbahagi kepada dua iaitu yang bersentuhan dan tidak bersentuhan. 4.1 PENDERIA Tahukah anda untuk menjadikan sistem pneumatik menjadi lebih baik dalam kawalan mesin, jurutera rekabentuk dan selenggara mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam pemilihan peralatan penderia yang sesuai. Kedudukan penderia dibina dalam keadaan dua bentuk penderia iaitu bersentuh (Contact) dan tidak bersentuh (Non-Contact). Penderia berfungsi untuk mengesan objek yang bergerak dan memberi isyarat kepada pengawal penggerak. Dengan adanya bantuan penderia, sistem pneumatik menjadi lebih cekap dan berkesan. Kaedah menggerak penderia boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu :Mekanikal Pneumatik Elektrikal 4.1.1 Kaedah Menggerak Mekanikal Penderia mekanikal jenis bersentuhan paling banyak digunakan dalam menggera pergerakan dan kedudukan penggerak. Ianya dilakukan dengan operasi injap mekanikal seperti injap beroda, plug, injap satu hala dan injap pantulan tekanan. Contoh kaedah penderia mekanikal ditunjukkan oleh Rajah 4.1 (a) di bawah:-
  • 3. J4012 / UNIT 4/3 PENDERIA Sumber: SMC Pneumatic Rajah 4.1 (a) : Kaedah menggerak mekanikal Penderia jenis mekanikal ini biasanya dipasang sebagai suis penghad pada hujung gerakan silinder. Injap jenis ini dipasang apabila terjadinya isyarat yang berlawanan di mana suis penghad biasa (guling) tidak sesuai digunakan. Apabila injap jenis ini ditekan, penggulingnya akan tertekan seketika sebelum ia terpelantik semula untuk mengelakkan isyarat berlawanan. Terdapat tiga jenis penderia mekanikal yang utama, sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 (b) di bawah:Nama Penderia Simbol Penderia Mekanikal Jenis Pantulan Tekanan Penderia Mekanikal Jenis Bebola Penderia Mekanikal Jenis Injap Belantik Rajah 4.1 (b) : Nama dan simbol Penderia Mekanikal 4.1.2 Kaedah Menggerak Pneumatik Penderia pneumatik jenis pantulan tekanan merupakan satu-satunya penderia kedudukan yang mempunyai kejituan sentuhan sehingga 0.2 mm. Ia biasa S u m
  • 4. J4012 / UNIT 4/4 PENDERIA digunakan untuk penggerak yang mempunyai lejang yang pendek iaitu kurang dari 5 mm. Terdapat tiga jenis penderia pneumatik yang biasa digunakan dalam pembinaan litar kawalan, sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 4.3 di bawah:Nama Penderia Simbol Penderia Pneumatik ( Panduan Udara ) Penderia Pneumatik ( Panduan Vakum ) Penderia Pneumatik ( Panduan Kembali Dalaman / Balikan ) Rajah 4.2 : Nama dan simbol Penderia Pneumatik 4.1.3 Kaedah Menggerak Elektrikal Penderia elektrikal yang biasa digunakan dalam pembinaan litar pneumatik terdiri daripada penderia objek dan penderia magnetic sepertimana ditunjukkan dalam rajah 4.3 di bawah. Nama Penderia Penderia Objek (Object Sensor) Penderia Magnetik (Magnetic Sensor) Rajah 4.3 : Penderia Elektrikal Penderia objek mengesan kehadiran objek seperti produk tertentu yang bergerak. Penderia objek mestilah dipasang dalam jarak yang tertentu untuk memastikan ianya berfungsi. Satu kelebihan penderia objek ialah ianya tidak
  • 5. J4012 / UNIT 4/5 PENDERIA menggangu pergerakan produk kerana tiada sentuhan secara langsung diperlukan. Penderia magnetik pula kebiasaannya dipasang pada pengerak. Pergerakan pengerak ke hadapan dan ke belakang boleh menyebabkan penderia magnetik digera dan kawalan litar boleh dilakukan. Kelebihan penderia magnetik adalah sama juga seperti penderia objek. Kelemahannya ialah ia hanya boleh digunakan pada bahagian yang diperbuat daripada besi.
  • 6. J4012 / UNIT 4/6 PENDERIA AKTIVITI 4a Soalan 4a-1 Lukiskan simbol bagi penderia mekanikal pada ruang yang disediakan di bawah. Nama Penderia Simbol Penderia Mekanikal Jenis Pantulan Tekanan Penderia Mekanikal Jenis Bebola Penderia Mekanikal Jenis Injap Belantik Soalan 4a-2 Sila isi jawapan anda di tempat kosong yang disediakan. a. Kedudukan penderia di bina dalam keadaan dua bentuk iaitu ………………. dan ………………… b. Penderia berfungsi untuk mengesan…………………… c. Penderia ………………….. jenis pantulan merupakan penderia yang paling jitu. d. Penderia magnetik biasanya dipasang pada ………………….. e. Penderia ………………….. jenis bersentuhan paling banyak digunakan. Soalan 4a-3 Nyatakan TIGA kaedah menggerak penderia.
  • 7. J4012 / UNIT 4/7 PENDERIA MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 4a Jawapan 4a-1 Nama Penderia Penderia Mekanikal Jenis Pantulan Tekanan Penderia Mekanikal Jenis Bebola Penderia Mekanikal Jenis Injap Belantik Jawapan 4a-2 a. Bersentuhan , tidak bersentuhan b. Objek c. Pneumatik d. Penggera e. Mekanikal Jawapan 4a- 3 TIGA (3) kaedah menggerak penderia ialah :i. Mekanikal ii. Pneumatik iii. Elektrikal Simbol
  • 8. J4012 / UNIT 4/8 PENDERIA INPUT INPUT 4.2 PENGAWALAN PERGERAKAN SATU SILINDER Terdapat pelbagai jenis pergerakan yang menggunakan satu silinder bergantung kepada penggunaannya, jenis silinder dan injap-injap kawalan. Litar pengawalan pergerakan satu silinder terbahagi kepada dua iaitu : Litar Pneumatik – kaedah yang menggunakan udara sepenuhnya.  Litar Elektro-Pneumatik – gabungan antara elektrik dan pneumatik 4.2.1 Litar Pneumatik Litar pneumatik terbahagi kepada dua iatu :Kaedah langsung Kaedah tidak langsung 4.2.1.1 Kaedah Langsung Kita semua pasti sedia maklum bahawa Kaedah Langsung bermaksud apabila satu penderia diaktifkan maka sesebuah litar itu telah lengkap untuk bertindak dan ianya digambarkan seperti di bawah; Prosedur Kerja Rajah 4.4 Menggerakkan rod silinder satu tindakan keluar dan masuk dengan menekan dan melepaskan suis tekan. P R Rajah 4.4 : Litar 1
  • 9. J4012 / UNIT 4/9 PENDERIA Prosedur Kerja Rajah 4.5 Menggerakkan rod silinder satu tindakan keluar dan masuk dengan melepaskan suis tekanan. Rajah 4.5 : Litar 2 Prosedur Kerja Rajah 4.6 Menggerakkan rod silinder satu tindakan keluar dan masuk dengan menekan salah satu daripada dua suis tekan. Rajah 4.6: Litar 3 4.2.1.2 Kaedah Tidak Langsung Tidak seperti litar yang menggunakan kaedah langsung, Litar Kaedah tidak langsung memerlukan bantuan injah kawalan arah sebagai perantaraan sebelum pengera boleh digerakan. Litar kaeadah tidak langsung ditunjukkan oleh litar-litar di bawah; Prosedur Kerja Rajah 4.7 Menggerakkan rod silinder dua tindakan keluar dan masuk dengan menekan salah satu dari dua suis tekan Rajah 4.7 : Litar 4
  • 10. J4012 / UNIT 4/10 PENDERIA Prosedur Kerja Rajah 4.8, 4.9, 4.10. Ketiga-tiga litar penumatik ini menggerakkan rod silinder satu tindakan dengan hanya menekan dua suis tekan serentak Rajah 4.8 : Litar 5 Rajah 4.9 : Litar 6 Rajah 4.10 : Litar 7 4.2.2 Litar elektro-Pneumatik Sepertimana litar asas pneumatik satu selinder, litar asas elektro-pneumatik juga boleh dibahagikan kepada dua seperti di bawah; Kaedah Langsung Kaedah tidak Langsung 4.2.2.1 Kaedah Langsung.
  • 11. J4012 / UNIT 4/11 PENDERIA Operasi litar elektro-pneumatik kaedah langsung adalah sepertimana yang ditunjukkan oleh rajah 4.11 dan rajah 4.12 di bawah yang boleh digunakan untuk membuka atau menutup pintu. PB 1 Y1 PB 3 PB 2 Y2 PB 4 Rajah 4.11 Litar Fizikal Kaedah Langsung PB 1 Y1 PB 3 Y2 PB 2 PB 4 Rajah 4.12 : Ladder Diagram Kaedah Langsung Litar yang ditunjukkan oleh rajah 4.11 dan 4.12 digunakan untuk menutup dan membuka pintu seperti rajah 4.13 di bawah;
  • 12. J4012 / UNIT 4/12 PENDERIA Rajah 4.13 : Pintu Apabila salah satu daripada suis tekan PB 1 atau PB 2 ditekan maka arus akan mengaktifkan injap selenoid (Y1) dan menyebabkan pintu terbuka. Jika suis PB 3 atau PB 4 pula ditekan maka pintu akan tertutup kembali. 4.2.2.2. Kaedah Tidak Langsung Selain daripada kaedah langsung, kaedah tidak langsung juga boleh digunakan untuk membuka pintu seperti rajah 4.13. Litar Fizikal dan R1 ladder diagram kaedah tidak langsung ditunjukkan oleh rajah 4.14 dan PB 1 rajah 4.15 di bawah; PB 3 Berdasarkan rajah 4.14 dan 4.15 di bawah, apabila salah satu suis tekan PB 1 dan PB 3 ditekan, arus akan mengalir dan mengaktifkan relay 1 (R1), seterusnya selenoid 1 (Y1) akan diaktifkan dan pintu Y1 akan terbuka. Apabila suis tekan PB 2 dan PB 4 ditekan pula, arus R1 akan mengalir dan mengaktifkan relay 2 (R2), seterusnya selenoid 2 (Y2) PB 2 diaktifkan dan pintu akan tertutup. akan PB 4 R2
  • 13. J4012 / UNIT 4/13 PENDERIA R2 Y1 Rajah 4.14 : Litar Fizikal Kaedah Tidak Langsung R1 PB 1 PB 3 Y1 R1 R2 PB 2 PB 4 Y2 R2 Rajah 4.15 : Ladder Diagram Kaedah Tidak Langsung AKTIVITI 4b
  • 14. J4012 / UNIT 4/14 PENDERIA Soalan 4b-1 Lengkapkan litar di bawah supaya apabila suis tekan a digerakkan selinder b akan bergerak ke hadapan. Soalan 4b-2 Lengkapkan litar di bawah supaya apabila kedua-dua suis tekan (PB) digerakkan selinder b akan bergerak ke hadapan. b Soalan 4b-3 Sila isikan jawapan anda di tempat kosong yang disediakan di bawah:-
  • 15. J4012 / UNIT 4/15 PENDERIA a. Litar pneumatik menggunakan ……………………….sepenuhnya. b. Litar Elektro-pneumatik merupakan gabungan antara…………………. dan…………………………. c. Litar kaedah tidak langsung memerlukan bantuan …………………………… sebagai perantaraan sebelum penggera boleh digera. d. Dalam litar kaedah langsung apabila suis ditekan penggera akan ………………. e. Apabila suis pada litar kaedah tidak langsung ditekan maka ………………… akan mengalir dan ………………….aktif menyebabkan selenoid digera. MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 4b
  • 16. J4012 / UNIT 4/16 PENDERIA Jawapan 4b-1 Jawapan 4b-2 Jawapan 4b-3 a. Udara b. Elektrik, Pneumatik c. Injap d. Digera e. Arus, Relay PENILAIAN KENDIRI
  • 17. J4012 / UNIT 4/17 PENDERIA UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA Soalan 1 Berpandukan rajah yang sesuai, terangkan secara terperinci bagaimana Kaedah Menggerak Mekanikal dilakukan. Soalan 2 Nyatakan dan terangkan dua jenis penderia yang mengunakan Kaedah Menggerak Elektrikal. Soalan 3 Lukiskan litar pneumatik kaedah langsung dan tidak langsung serta terang prosedur kerja kedua-dua litar tersebut. Soalan 4 Lukiskan litar Elektro-pneumatik kaedah langsung dan tidak langsung serta terang prosedur kerja kedua-dua litar tersebut. MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIANKENDIRI
  • 18. J4012 / UNIT 4/18 PENDERIA Jawapan 1 Kaedah Menggerak Mekanikal Penderia jenis mekanikal ini biasanya dipasang sebagai suis penghad pada hujung gerakan silinder. Injap jenis ini dipasang apabila terjadinya isyarat yang berlawanan dan suis penghad biasa (guling) tidak sesuai digunakan. Apabila injap jenis ini ditekan, penggulingnya akan tertekan seketika sebelum ia terpelantik semula untuk mengelakkan isyarat berlawanan. Jawapan 2 Penderia elektrikal yang biasa digunakan dalam pembinaan litar pneumatik terdiri daripada penderia objek dan penderia magnetik Penderia objek mengesan kehadiran objek seperti produk tertentu yang bergerak. Penderia objek mestilah dipasang dalam jarak yang tertentu untuk memastikan ianya berfungsi. Satu kelebihan penderia objek ialah ianya tidak menggangu pergerakan produk kerana tiada sentuhan secara langsung diperlukan. Penderia magnetik pula kebiasaannya dipasang pada pengerak. Pergerakan pengerak ke hadapan dan ke belakang boleh menyebabkan penderia magnetik digera dan kawalan litar boleh dilakukan. Kelebihan penderia magnetik adalah sama juga seperti penderia objek. Kelemahannya ialah ia hanya boleh digunakan pada bahagian yang diperbuat daripada besi. Jawapan 3 Litar pneumatik kaedah langsung
  • 19. J4012 / UNIT 4/19 PENDERIA Menggerakkan rod silinder satu tindakan keluar dan masuk dengan melepaskan suis tekanan. Litar pneumatik kaedah tak langsung Litar penumatik ini menggerakkan rod silinder satu tindakan dengan hanya menekan dua suis tekan serentak Jawapan 4 Litar Elektro-pneumatik kaedah langsung PB 1 Y1 PB 3 PB 2 PB 1 PB 4 Y2 R 1 PB 3 R1 Y1 Litar Elektro-pneumatik kaedah tak langsung PB 2 PB 4 R2 Apabila salah satu daripada suis tekan PB 1 atau PB 2 ditekan maka arus akan mengaktifkan injap selenoid (Y1) dan menyebabkan pintu terbuka. Jika suis PB 3 atau PB 4 pula ditekan maka pintu akan tertutup kembali. Apabila salah satu suis tekan PB 1 dan PB 3 ditekan, arus akan mengalir dan mengaktifkan relay 1 (R1), seterusnya selenoid 1 (Y1) akan diaktifkan dan pintu akan terbuka. Apabila suis tekan PB 2 dan PB 4 ditekan pula, arus akan mengalir dan mengaktifkan relay 2 (R2), seterusnya selenoid 2 (Y2) akan diaktifkan dan pintu akan tertutup.
  • 20. J4012 / UNIT 4/20 PENDERIA SEKIRANYA JAWAPAN ANDA SAMA SEPERTI DI ATAS. ANDA LAYAK UNTUK MENERUSKAN UNIT YANG SELANJUTNYA.