Dokumen ini membahas tentang pemikiran kritis dan penyelesaian masalah berdasarkan penilaian pembentangan video oleh kelompok mahasiswa. Video tersebut menunjukkan sikap baik seperti tolong menolong dan mengakui kesalahan, serta sikap buruk seperti leka dan mengejek orang yang sedang kesulitan. Dokumen ini menyimpulkan bahwa pemikiran kritis diperlukan untuk menghindari masalah dan menyelesaikan masalah
1. FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN
PENYELESAIAN MASALAH
NAMA : PUTRI NUR AZRIEANA BINTI AZLAN
NO. MATRIK : A151955
SET : 24
2. 1.0 Pengenalan
Pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara
mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa
banyak pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan
sebagainya. Ia juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi
mempertingkatkan pemahaman. Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan
dengan berhati-hati dan mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan. Dewey(1933)
berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya
membuat pertimbangan daripadanya. Bloom(1956) menghuraikan pemikiran kritis
melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian.
2.0 Laporan
Pada 15 May 2015, saya dan ahli kumpulan telah menilai pembentangan kumpulan 3,
iaitu mereka mempersembahkan sebuah video. Berdasarkan pemikiran kritis tentang
pembentangan mereka, saya dan ahli kumpulan berpendapat terdapat babak buruk dan babak
yang baik.
Pada babak yang baik yang terdapat dalam video tersebut ialah sikap tolong menolong.
Hal ini jelas apabila sketsa tersebut menunjukkan sikap menolong rakannya yang terjatuh.
Rakan-rakannya menolongnya dengan memangkunya untuk bangun dan berjalan. Selain itu
ialah sikap sedar akan kesilapan sendiri. Di dalam video tersebut, individu tersebut sedar
akan kesalahannya yang leka bermain telefon bimbit dan terjatuh akibat lantai yang licin.
Saya ingin menambah bahawa sikap tidak menunding jari tersebut adalah sangat bagus
kerana tidak asyik menyalahkan orang lain dan sedar akan kesalahan sendiri. Hal ini jarang
berlaku pada komuniti masa kini. Orang ramai lebih menyalahkan orang lain apabila berlaku
sesuatu yang buruk. Sikap sedar akan kesalahan diri sendiri amat penting dan sewajarnya ada
pada diri setiap manusia.
Seterusnya ialah bercakap dengan sopan santun dan berbudi bahasa. Malaysia
mengamalkan “Budi Bahasa Budaya Kita”. Di dalam babak ini, jelas menunjukkan sikap
bersopan santun dan berbudi bahasa apabila bercakap dengan orang tua mahupun rakan
sebaya. Walaupun kita dalam situasi yang tegang, kita seharusnya pandai mengawal emosi
3. dan mengambil tindakan yang bijak. Kita perlu bercakap dengan sopan santun agar
masyarakat memandang tinggi dan menghormati kita.
Pada babak yang buruk pula, terdapat sikap manusia yang leka apabila melakukan
sesuatu. Contoh yang diberikan ialah leka bermain telefon bimbit ketika sedang berjalan lalu
terjatuh kerana tidak perasan pada lantai yang licin. Pada masa kini, sama ada sedar atau
tidak sedar, kebanyakan masyarakat berjalan sambil menumpukan perhatian terhadap telefon
bimbit. Ini adalah sikap yang patut dijauhi kerana bimbang sesuatu buruk akan berlaku tanpa
disedari. Kita seharusnya menumpukan perhatian terhadap sesuatu yang kita lakukan.
Disamping itu, sikap buruk lain ialah gelakkan orang yang berada di dalam kesusahan.
Hal ini akan menjatuhkan semangat dan air muka seseorang apabila berlaku hal yang
sedemikian. Sikap mengambil gambar dan video juga adalah salah satu yang menjadi trend
masa kini. Akan tetapi ramai orang yang tidak bertanggungjawab apabila mengambil gambar
dan video yang memalukan serta menjatuhkan maruah diri orang lain. Seperti contoh dalam
pembentangan video Kumpulan 3, terdapat individu yang mengambil gambar seseorang yang
terjatuh. Kita seharusnya perlu ada sikap empati dimana merasakan perasaan seseorang
apabila kita berada di dalam situasinya.
Sikap buruk yang seterusnya ialah tidak menghormati orang tua dan sikap kurang sopan
apabila berbicara. Kita perlu menghormati sesama manusia apatah lagi orang yang lebih tua.
Sikap biadap dan kurang sopan pula menggambarkan sikap individu yang buruk seterusnya
akan menyebabkan orang lain tidak hormat akan individu tersebut. Sepatutnya kita perlu
bersikap lebih rasional apabila berada di dalam situasi yang tengang. Kita perlu berfikir
dengan waras dan membicarakan tutur kata yang sopan.
3.0 Kesimpulan
Tuntasnya, kita sebagai individu perlu berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Kita
perlu berfikir secara kritis untuk mengelakkan sesuatu buruk berlaku atau untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Setiap tindakan yang kita lakukan akan memberikan kesan
terhadap diri kita secara langsung atau tidak. Maka, kita perlu mempraktikkan pemikiran
yang kritis dan rasional dalam kehidupan kita agar kehidupan lebih baik.