Dokumen tersebut membincangkan pengertian sejarah dan sifatnya sebagai kajian. Ia menjelaskan pandangan beberapa sejarawan tentang definisi sejarah dan menekankan unsur penyelidikan sebagai ciri penting dalam mendefinisikan sejarah. Dokumen ini juga membincangkan perbezaan antara babad dengan sejarah serta kaedah sejarah lisan.
2. PENGERTIAN SEJARAH
Bahasa Arab iaitu syajaratun yang
bermaksud pohon atau pokok.Syajaratun
juga bermaksud
salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul.
Bahasa Jerman iaitu Geschichte yang bererti
sesuatu yang telah terjadi.
Bahasa Belanda iaitu Geschiedenis yang
bererti terjadi.
Bahasa Inggeris iaitu History ertinya masa
lampau umat manusia.
3. Pendapat sejarahwan mengenai
sejarah
Ibn Khaldun
Sejarah membicarakan tentang masyarakat
manusia atau peradaban manusia tentang
perubahan-perubahan yang berlaku pada
sifat-sifat masyarakat itu.
Herodotus ( Bapa Sejarah)
Sejarah adalah satu kajian untuk
menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya
seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban.
4. Muhd Yusof Ibrahim
Sejarah merupakan catatan ataupun rekod
mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku
pada suatu masa yang lalu.
R.G Collingwood
Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan
atau sesuatu penyiasatan tentang perkara-
perkara yang telah dilakukan oleh manusia
pada masa lampau.
5. SEJARAH BERSIFAT KAJIAN
Memperakukan unsur kajian atau
penyelidikan sebagai satu ciri yang
penting.
Ciri ini mendedahkan usaha untuk
mengetahui sesuatu yang belum diketahui
yang mana ahli sejarah akan menanyakan
soalan-soalan dan cuba menjawabnya.
Contoh ( m/s 4)
6. Kesan yang timbul dari ciri tersebut :-
Kajian dalam sejarah adalah berdasarkan
kepada penafsiran bukti atau sumber-
sumber yang sedia wujud, baik yang
berbentuk tulisan mahupun kesan-kesan
peninggalan lama.
Hakikatnya bahawa kajian dalam sejarah
sepatutnya dilakukan oleh orang yang ahli
dalm bidang itu.
Pengiktirafan unsur kajian sebagai satu ciri
penting dalam penakrifan sejarah
dipersetujui oleh sarjana-sarjana lain.
7. Misalnya Profesor Maurice Mandelbaum…
Dalam bukunya “The Anatomy of Historical
Knowledge” telah menyatakan bahawa
pengkajian sejarah bergantung ke atas
penyelidikan.
Tujuannya ialah untuk menegakkan
kebenaran mengenai kejadian-kejadian
khusus yang telah benar-benar berlaku.
Tugas ahli sejarah adalah sebagai
mengumpul babad-babad dan semua jenis
rekod lain berkenaan masa lampau dan
menegakkan melalui penyiasatan
hubungan-hubungan yang wujud di antara
fakta-fakta yang tercatat itu.
8. Kepentingan soal kajian dalam sejarah ialah
untuk membolehkannya memajukan bukti
yang bebas untuk mengesahkan
kebenarannya, jika tidak ia tidak dapat
dipertimbangkan sebagai sebuah kajian
sejarah.
Sejarah sebagai satu cabang ilmu
merupakan hasil penyelidikan yang
dijalankan oleh ahli-ahli sejarah.
9. Contohnya dalam usaha membuat
penyelidikan tentang Perang Parsi yang
tercetus pada abad ke-5 S.M., Herodotus
telah bergiat cergas untuk mencari sumber-
sumber seperti babad, kesan-kesan
peninggalan lama serta saksi-saksi yang
masih hidup lalu menggunakan bukti-bukti
tersebut untuk menghasilkan sebuah karya
yang merakamkan peristiwa-peristiwa
penting dalam perang itu.
Herodotus menggelarkan karyanya sebagai
Histories yang dalam bahasa Yunani
bermaksud “ penyelidikan” atau
“penyiasatan”
10. Hujah Collingwood
- “Penggunaan perkataan inilah dan implikasi-
implikasinya, yang menjadikan Herodotus
sabagai bapa sejarah”.
Sejarah tidak dapat dipisahkan dari unsur
kajian membawa beberapa implikasi yang
harus dijelaskan satu demi satu.
a. Sejarah tidak harus dipandang sebagai
peristiwa-peristiwa masa lampau
sebagaimana yang di takrifkan oleh
kamus-kamus seperti kamus dewan.
b. Hakikat bahawa sesuatu tulisan yang tidak
berdasarkan kepada kajian tidak boleh
ditakrifkan sebagai sejarah.
11. Kedudukan Babad atau “chonicle”
Kebanyakkan sarjana menekankan
perbezaan diantara babad dan sejarah.
Menurut Profesor Frederick J. Teggart,
babad bererti satu rekod atau daftar
kejadian-kejadian yang disusun mengikut
urutan waktu dan oleh itu memasukkan
secara bersisi-sisian hal-hal yang berbeza
dan tidak bersangkut-paut diantara satu
sama lain. Manakala sejarah
mementingkan paduan, ikatan dan
perkembangan dalaman berkaitan dengan
hal-hal yang dipaparkan itu.
12. Menurut Profesor A.C Danto pula babad
sebagai catatan tentang apa yang
berlaku, dan tidak lebih dari itu. Sejarah
pula sebalinya cuba memberitahu satu
makna kepada atau mengesan sesuatu
makna di dalam, fakta-fakta yang seolah-
olah berlaku yang dilaporkan oleh babad-
babad.
13. Sejarah Lisan
Satu kaedah pengumpulan sumber-sumber
sejarah yang masih belum lagi dikaji dan
dirakam semula pada zaman lampau serta
kurang mempunyai sumber-sumber yang
berbentuk catatan.
Proses sejarah lisan melibatkan individu
yang menceritakan peristiwa yang lepas
berdasarkan ingatan
seseorang, kertas, surat, diari, gambar dan
sebagainya.
Tujuannya adalah untuk mengumpul dan
memelihara fakta-fakta sejarah yang
semakin hilang dan pupus.
14. Kategori perkembangan sejarah lisan
:-
Keterangan proto atau keterangan
saksi
Keterangan kata dengar lisan
Keterangan tradisi lisan yang
terkawal
Keterangan tradisi lisan yang tidak
terkawal.
15. Kaedah dan teknik sejarah lisan :-
Mengenal pasti tajuk penyelidikan kerana
ia merupakan aspek yang paling penting
dalam menjalankan sesuatu projek sejarah
lisan bagi menentukan ianya bersesuaian
dengan bidang yang dipilih.
16. Proses sejarah lisan merangkumi tiga
tahap utama :-
a) Persediaan
Mengenal pasti informan yang
ditemuramah terdiri daripada pelbagai
lapisan masyarakat.
Mengenal pasti usia informan, bilangan
dan memastikan tijauan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
Memberikan tumpuan kepada informan
terhadap riwayat hidup, perjuangan
politik, peristiwa-peristiwa penting,
pentadbiran, dasar-dasar sikap dan
emosi.
17. b) Teknik mengumpul ( temuramah/ soal
jawab/ soal selidik)
Melakukan literature review dan library
research seperti menkaji dokumen, buku,
jurnal, akhbar, artikel, monograf dan tesis.
Menyediakan soalan-soalan untuk dijadikan
panduan semasa proses temuramah
dijalankan.
Menentukan segala maklumat sulit yang
diperoleh akan dirahsiakan dan penggunaan
rakaman dibuat secara tertutup dan
disyaratkan bagi mengelak interviewee
bersikap cuba berselindung dalam memberi
keterangan yang tidak benar.
18. c) Memproses rakaman (transkripsi)
Memerlukan penyelidik untuk menyalin
semula, mengedit, membuat salinan
kekal (transkrip), peraturan penggunaan
katalog dan teknik penyimpanan.
Penyelidik akan memproses bahan
rakaman dengan menyalin semula dalam
bentuk transkrip kerana merupakan satu
teknik penyediaan sumber lisan.
Setiap rakaman kaset perlu dilakukan
proses katalog berasaskan kepada
tajuk, tarikh, tempat, masa, nama
penemuramah dan orang yang
ditemuramah.