1. PENGENALAN KEPADA
MESIN CANAI
DISEDIAKAN OLEH :
NOR NABILA BINTI SAID
2. TUJUAN
Pelajar-pelajar mesti boleh:
Terangkan apa itu mesin pencanai
Nyatakan jenis-jenis mesin
pencanai
Terangkan jenis-jenis roda
pencanai
3. Mesin Pencanai
Mencanai (grinding) merupakan proses
pemotongan logam yang mana ianya
mengeluarkan logam atau bahan lain
dalam bentuk serpihan kecil dengan cara
pemusingan roda pencanai yang dibuat
daripada bijian-bijian abrasive yang
halus dan diikat
4. Kebaikan Mencanai (Grinding)
i. Satu-satunya cara pemotongan bahan yang telah
diberi rawatan haba (hardening). Komponen yang
dikehendaki dimesin terlebih dahulu dalam keadaan
anneal. Sedikit lebihan sahaja ditinggalkan untuk
proses mencanai.
ii. Menghasilkan kekemasan permukaan yang amat licin
yang diperlukan pada permukaan bearing dan
permukaan yang menyentuh antara satu sama lain.
iii. Benda kerja dapat disiapkan keukuran yang
tepat dalam masa yang singkat. Ini adalah
disebabkan sedikit lebihan sahaja yang ditinggalkan
untuk proses mencanai.
5. JENIS-JENIS MESIN PENCANAI
i. Mesin pencanai meja dan kaki
ii. Mesin pencanai elektrik (mudah alih)
iii. Mesin canai permukaan (surface grinding)
iv. Mesin pencanai silinder (cylindrical grinding)
v. Mesin pencanai mata alat pemotong (tool and
cutter grinder)
vi. Mesin pencanai tanpa tetengah (centerless
grinding)
9. Ia mempunyai dua buah roda, yang
satu kasar dan yang satu halus.
Kegunaannya ialah untuk mencanai
hujung mata pemotong yang sudah
tumpul seperti pahat, gerudi,
pemutar skru, mata alat mesin
pelarik dan mesin pembentuk.
10. Fungsi mesin pencanai kekaki sama
seperti mesin pencanai meja tetapi
mesin ini lebih tegap dan digunakan
untuk mencanai alat-alat yang besar
dan berat.
13. Mesin pencanai permukaan digunakan untuk mencanai
permukaan bahan logam bagi menghasilkan permukaan yang
licin dengan ketepatan ukuran yang jitu.
Mesin jenis ini dilengkapi dengan satu roda canai yang
dipasang pada bahagian spindal mesin dan ragum magnet
digunakan untuk memegang benda kerja.
Meja kerjanya boleh digerakkan secara manual atau secara
automatik ( mengufuk ).
Roda canai boleh diturunkan dan dinaikkan untuk melaraskan
kedalaman pemotongan.
Suapan minimum yang boleh diberikan ialah sehingga 0.001
mikron.
20. Komponen Asas Roda Pencanai
Roda pencanai mempunyai dua
komponen asas iaitu :
Pelelas
Pengikat
21. Pelelas
Pelelas diperbuat dari bahan yang sangat keras
dan dapat memotong atau lelas bahan yang
lain. Apabila pelelas digunakan sebagai
pencanai, ia dapat meratakan permukaan yang
kasar serta melicinkan garis atau calar yang
terdapat pada permukaan.
Pelelas dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
Pelelas asli.
Pelelas tiruan.
22. Pengikat
Bahan pengikat adalah menentukan kekuatan roda
pencanai , samada roda jenis roda tegap atau roda
mudah lentur. Pengikat juga menentukan jumlah
daya yang dikhendaki untuk mengeluarkan satu
zarah pelelas dari roda.
Terdapat lima jenis pengikat yang biasa digunakan
iaitu :
Kekaca
Silikat
Syelek
Getah
Damar
26. JAWAPAN 1
proses pemotongan logam yang mana ianya
mengeluarkan logam atau bahan lain dalam
bentuk serpihan kecil dengan cara pemusingan
roda pencanai yang dibuat daripada bijian-
bijian abrasive yang halus dan diikat