SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
Artikel jurnal pendidikan bagi isu-isu penilaian.



Daripada hasil tinjauan dan pembacaan saya berkaitan dengan artikel jurnal
PENILAIAN AUTENTIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK -KANAK MELALUI
PORTFOLIO. Dihasilkan oleh Lihanna Borhan. Di dalam kajian beliau tersebut
menggunakan pendekatan penilaian portpolio di kalangan kanak-kanak terutamanya
kepada kanak-kanak di dalam Tadika. Berdasarkan kepada peredaran zaman dan
perubahan pendidikan di negara kita amatlah penting untuk kita melihat dan mengikut
peredaran pendidikan di negara-negara lain. Oleh itu, Konsep penilaian amatlah
penting di dalam pendidikan untuk melihat sejauh mana pertumbuhan dan
perkembangan murid-murid kita.



        Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian,
melapor dan membuat tindakan susulan. Selain itu, Melalui aktiviti penilaian, guru dapat
memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Di
dalam penilaian formatif terdiri daripada penilaian melalui portpolio yang boleh
digunakan oleh guru-guru untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
formatif dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas
tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat
mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan
murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara
berpusat.


       Penilaian adalah satu proses berterusan untuk menentukan kaedah yang
disyorkan digunakan dalam pengajaran oleh guru-guru dan di samping itu penyelia
boleh memberi bimbingan dan panduan kepada mereka untuk mengatasi kekurangan
yang wujud. Penilaian berbentuk soal selidik dan temu bual juga harus digunakan
supaya maklum balas yang diperoleh memberi gambaran yang keseluruhan dan
sebenar. Hasil maklum balas ini boleh diambil perhatian semasa menjalankan kursus-
kursus lain pada masa hadapan.projek. Beberapa teknik penilaian boleh dan pernah
digunakan untuk menilai pelaksanaan sesuatu kurikulum. Di antaranya ialah
pemerhatian, termasuk temubual dengan guru, pengetua dan murid-murid dan guru-
guru mata pelajaran berkenaan.




                                           1
Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan
potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil
kira keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian cara supaya pelbagai
kecerdasan pelajar diambil kira. Sering kali apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan,
sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil. Pertama, berkaitan
dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya ingin taraf bacaan murid
di sekolah rendah dengan berpendapat taraf bacaan itu sudah tidak memuaskan dan
satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan model, alat-
alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan
memilih model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya.



        Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang.
Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan
penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah
ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu
cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat
penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnya dalam
pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat
yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
kepada murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian anda mungkin sering kali
berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin
diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan
maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan
memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda akan dapat
merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan
maklumat yang tepat.



         Di dalam kajian tersebut, didapati aspek-aspek seperti berikut adalah sesuai
diperhatikan semasa menyelidik akan keberkesanan sesuatu program atau pengajaran
dalam mata pelajaran yang ingin diajarkan kepada murid-murid yang mana aspek
aspek ini haruslah dititikberatkan termasuk latar belakang murid-murid, peranan
pengetua, perananan kakitangan sekolah, guru-guru, keberkesanan sesuatu sekolah
itu, kewangan, peralatan dan kemudahan pembelajaran, keberkesanan kursus yang
diikuti dan cara guru-guru melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Ini termasuk untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan di kalangan
guru-guru yang tamat menyertai kursus. Model Penilaian autentik melalui portpolio ini
digunakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajran dan
merupakan aspek yang penting di dalam kajian ini. Kemudian keputusan dibuat sama
ada berkesan atau tidak. Kalau tidak berkesan program perlu diteruskan dengan
mengambil beberapa perubahan yang dikenal pasti punca kelemahan program
tersebut.


                                           2
Jika dibandingkan dengan model penilaian lain, penilaian autentik melalui
portpolio ini yang mengandungi dimensi Konteks, Input, Proses dan produk boleh
membuat kajian dengan menggunakan keempat-empat dimensi tersebut atau
menggunakan salah satu kombinasi yang terdapat dalam dimensi penilaian autentik
melalui portpolio. Ini bergantung kepada kehendak program tersebut. Model penilaian
autentik melalui portpolio lebih menekankan kepada mengumpulkan maklumat dengan
tujuan untuk memudahkan membuat sebarang keputusan. Maklumat ini juga dijadikan
sebagai panduan untuk memantapkan lagi sesuatu program sama ada di peringkat
perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan penghasilan. Hasilnya nanti keputusan
akan dibuat sama ada hendak meneruskan, memperbaiki, menambahkan atau
memberhentikan sesuatu program itu.



        Di dalam artikel tersebut menyatakan proses pembinaan portfolio boleh
dibahagikan kepada empat proses utama iaitu penentuan kriteria pemilihan, pemilihan
item portfolio, interpretasi portfolio dan perkongsian portfolio serta interpretasinya
melalui perbincangan. Kriteria pemilihan menjelaskan apakah yang akan dimasukkan
ke dalam portfolio. Ia seharusnya digubal berdasarkan objektif sesuatu program
pendidikan itu dengan bersandarkan kepada pola perkembangan kanak-kanak. Semua
ini juga boleh ditulis dengan jelas sebagai "statement of purpose" supaya portfolio yang
dihasilkan tidak lari daripada tujuan asal penilaian (Grace, 1992).



        Selain itu, penilaian autentik melalui portfolio ini merupakan satu kaedah yang
berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Malah la boleh diubahsuai mengikut keperluan program dan juga kanak-kanak individu.
la memberikan gambaran perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara lebih
menyeluruh dan mendalam, dan secara tidak langsung mengubah fokus penilaian
kepada aspek positif pelajar, bukan aspek negatif atau kekurangan. Ia memenuhi
kebanyakan fungsi dan objektif penilaian. Ia mengintegrasikan pengajaran dan
penilaian. Akhir sekali, portfolio berpotensi menggabungkan usaha pendidikan guru dan
ibu bapa dan meningkatkan komunikasi positif antara guru, kanak-kanak dan ibubapa
ke arah pendidikan yang lebih bersepadu dalam semua aspek.


        Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif
sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat
dibuat.Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui
pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap perlakuan, minat dan nilai
diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain).
Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta
dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran.
Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk
memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. selain itu,
tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi
cemerlang diberi peluang untuk diintegrasikan pembelajarannya secara menegak
(vertical integration) mengikut tahun/tahap yang lebih tinggi dan diintegrasi secara
mendatar (horizontal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi
                                           3
dalam tahun atau tahap yang sama. Manakala bagi pelajar yang berprestasi lemah,
tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk
memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan
(patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya.


      Pada akhir sesuatu tempoh, semester atau tahun, guru juga boleh
mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpama ini
sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kedua-dua jenis penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu
program penilaian yang berkesan.


         Oleh itu, setiap guru terutamanya guru permulaan harus mengambil sikap
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bukan hanya untuk memenuhi
kriteria peperiksaan awam sahaja. Bermula dengan murid-murid dari tadika di sekolah
rendah hinggalah berakhir ke tingkatan 6 di sekolah menengah, proses pembelajaran
perlulah mengikut tahap dan pemeringkatan yang berlandaskan aspek-aspek dalam
teori pendidikan. Dalam rancangan mengajar, hasilan pembelajaran ditetapkan, diikuti
pula dengan perancangan aktiviti pengajaran yang distrukturkan mengikut adegan-
adegan pengajaran (instructional events) – Gagne, R.M (1985) iaitu bermula dengan
aktiviti set induksi yang bertujuan menarik perhatian serta aktiviti bimbingan dan juga
aktiviti-aktiviti yang melibatkan maklum balas dan penilaian. Malah dalam komponen
sesuatu Model Reka Bentuk Pengajaran, aspek penilaian amat dititik beratkan sebagai
salah satu komponen yang bertujuan menguji sejauh mana perancangan yang dibuat
mampu menepati objektif pengajaran, kesesuaian bahan yang digunakan serta
kemampuan penerimaan murid. Dalam hal ini setiap guru-guru harus memainkan
peranan yang penting dan bertindak memenuhi kehendak proses pembelajaran. Aspek
penilaian sama ada berbentuk formatif atau sumatif adalah penting dan harus
dilaksanakan dengan sempurna bagi setiap tahap dan peringkat murid.



         Oleh itu usaha untuk menggunakan pelbagai strategi pengajaran harus
digandakan dari peringkat awal lagi tanpa memfokuskan pada aspek peperiksaan
sahaja. Elemen-elemen yang mampu menjana pemikiran kritis dan kreatif, pemantapan
kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran berkomunikasi serta kerohanian
harus diintegrasikan secara bijak dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
aktiviti kokurikulum. Guru juga harus menggunakan kreativiti dan membuat inovasi agar
murid mampu menyusun strategi kognitif dalam usaha menerima pengajaran dan
pembelajaran yang tidak hanya menumpukan pada aktiviti hafalan semata-mata dalam
usaha melahirkan murid yang lebih global dari segi kemahiran dan pemikiran.
Justeru, jika aspek pendidikan ini dihayati dan dilaksanakan dengan baik, tidak ada
“tekanan” atau “menarik nafas lega” jika sesuatu keputusan dibuat oleh pihak atasan
mengenai isu yang berkaitan dengan peperiksaan.




                                          4
Di dalam penilaian terdapat dua bentuk penilaian ke atas pelajar sekolah menengah
telah dicadangkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990), yang terdiri dari (i)
penilaian dalam bentuk peperiksaan; di peringkat kebangsaan di bawah kawalan
Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar pada
tahap-tahap yang tertentu, dan (ii) penilaian secara berterusan manakala, di peringkat
sekolah di bawah kawalan guru-guru di sepanjang tahun persekolahan. Penilaian
berbentuk peperiksaan adalah bertujuan untuk pemilihan dan pensijilan yang akan
mengagihkan pelajar mengikut norma yang telah ditetapkan. Tetapi apa yang lebih
penting ialah penilaian secara berterusan dengan menggunakan berbagai jenis
penilaian bagi memenuhi fungsinya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
setiap pelajar supaya bimbingan sewajarnya dapat dilakukan.



         Bagi melaksanakan bentuk penilaian secara berterusan ini, guru-guru harus
mempunyai pengetahuan yang cukup berkaitan dengan penilaian kerana dengan
pengetahuan dan kepercayaan yang mencukupi maka guru-guru akan dapat
melaksanakan tujuan penilaian ini dengan sewajarnya. Selain dari itu guru-guru
haruslah bersedia untuk melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab kerana
seperti yang dinyatakan di atas bahawa hasil dari penilaian ini akan melibatkan pelajar
apabila sesuatu keputusan telah dibuat ke atas masa depan dan pendidikan mereka.
Penilaian alternatif secara berterusan bermaksud menilai pelajar dari semua aspek
kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang demikian, berbagai jenis alat pengukuran
perlu digunakan untuk tujuan mengukur dan seterusnya membuat penilaian. Guru-guru
harus mengamalkan penggunaan berbagai alat pengukuran ini untuk memastikan
maklumat yang diperoleh dapat menggambarkan kebolehan pelajar dengan lebih
menyeluruh.




                                          5
Rujukan



Hamzah Ihsan (1990). Kesediaan guru sekolah rendah melaksanakan sistem penilaian
dalam kurikulum baru sekolah rendah. Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur: Tidak diterbitkan



Lee Shok Mee dan Mook Soon Sang.(1989). Pengujian dan penilaian dalam
pendidikan. Kuala Lumpur ,Kumpulan budiman.



Lihanna Borhan. 2003. Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Melalui Portpolio. Selangor: Universiti Malaya.




Mok Soon Sang ( 1994 ).Penilaian,Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan.
Subang Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.



Mok Soon Sang & Siew Fook Cheong( 1988 ). Pengajaran dan Pembelajaran



Tan Choon Keong, Crispina Gregory K Han. 2012. Pengajaran, Teknologi Dan
Penaksiran 1. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.



Yap Yee Khiong , Wan Chwee Seng & Ismail Abu Bakar ( 1989 ). Pengukuran dan
Penilaian dalam Pendidikan ( 3rd.ed ). Petaling Jaya , Selangor : Longman Malaysia.




                                         6

Contenu connexe

Tendances

Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Wan Nor Faezah
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Powerful Gurlz
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
BynaNie MaiRa
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Fauzan Zain
 
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
Jiannifen Luwee
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Salini Dharan
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
Onie Gi
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Vince Here
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
nsmm
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Aslah Zakadi
 

Tendances (20)

Contoh rancangan pengajaran projek
Contoh rancangan pengajaran projekContoh rancangan pengajaran projek
Contoh rancangan pengajaran projek
 
peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...
peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...
peranan dan tindakan guru semasa mengurus masalah displin bilik darjah dan ha...
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
Contoh Rph sejarah tahun 4 bab 1
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...
Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...
Bilik / Bengkel Seni yang selesa dapat mempengaruhi pelajar dalam P&P. Bincan...
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
 
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
Peranan guru dalam pentafsiran kurikulum (EDUP3013) - Falsafah pendidikan sek...
 
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAHCONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
CONTOH SKALA KADAR PRASEKOLAH
 

En vedette

JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
Jenry Saiparudin
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Ahmad NazRi
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Cikgu Nurol
 
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
SISC+ PPD Seremban
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
Nurul Asha'ari
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literatur
Azan Hamin
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Ainna Gempak II
 
Panduan penulisan proposal
Panduan penulisan proposalPanduan penulisan proposal
Panduan penulisan proposal
ainaa1510
 
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga TaekwondoArtikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
gustians
 
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Jenry Saiparudin
 

En vedette (20)

JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Ciri ciri bilik darjah yang berkesan
Ciri ciri bilik darjah yang berkesanCiri ciri bilik darjah yang berkesan
Ciri ciri bilik darjah yang berkesan
 
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
PEMBANGUNAN BILIK DARJAH & PDP ABAD KE 21
 
Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
 
Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran Abad Ke-21
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 
JURNAL SAINS 1
JURNAL SAINS 1JURNAL SAINS 1
JURNAL SAINS 1
 
reed-2014
reed-2014reed-2014
reed-2014
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literatur
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
 
Kursus didik hibur 3
Kursus didik hibur 3Kursus didik hibur 3
Kursus didik hibur 3
 
Panduan penulisan proposal
Panduan penulisan proposalPanduan penulisan proposal
Panduan penulisan proposal
 
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga TaekwondoArtikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
Artikel jurnal tingkat kebugaran pada mahasiswa dengan olah raga Taekwondo
 
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudinTz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
Tz20106b jurnal pendidikan jenry saiparudin
 

Similaire à Artikel jurnal pendidikan bagi isu

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Raihan Raihana
 
Modul penilaian pembelajaran
Modul penilaian pembelajaranModul penilaian pembelajaran
Modul penilaian pembelajaran
RAHMANULJA
 
8.vina serevina r.thomas pramanto h
8.vina serevina r.thomas pramanto h8.vina serevina r.thomas pramanto h
8.vina serevina r.thomas pramanto h
vinaserevina
 
Pkt. 08.-penilaian-hasil-belajar
Pkt. 08.-penilaian-hasil-belajarPkt. 08.-penilaian-hasil-belajar
Pkt. 08.-penilaian-hasil-belajar
didikefendi
 

Similaire à Artikel jurnal pendidikan bagi isu (20)

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
MODUL
MODULMODUL
MODUL
 
52-50-2-PB.pdf
52-50-2-PB.pdf52-50-2-PB.pdf
52-50-2-PB.pdf
 
Modul penilaian pembelajaran
Modul penilaian pembelajaranModul penilaian pembelajaran
Modul penilaian pembelajaran
 
EVALUASI_PENDIDIKAN_KUALITATIF_dan_EVALU.docx
EVALUASI_PENDIDIKAN_KUALITATIF_dan_EVALU.docxEVALUASI_PENDIDIKAN_KUALITATIF_dan_EVALU.docx
EVALUASI_PENDIDIKAN_KUALITATIF_dan_EVALU.docx
 
Konsep pengembangan media pembelajaran
Konsep pengembangan media pembelajaranKonsep pengembangan media pembelajaran
Konsep pengembangan media pembelajaran
 
22 article text-47-2-10-20200803
22 article text-47-2-10-2020080322 article text-47-2-10-20200803
22 article text-47-2-10-20200803
 
Penilaian hasil-belajar
Penilaian hasil-belajarPenilaian hasil-belajar
Penilaian hasil-belajar
 
Rancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pknRancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pkn
 
Rancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pknRancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pkn
 
Evaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaranEvaluasi pembelajaran
Evaluasi pembelajaran
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
8.vina serevina r.thomas pramanto h
8.vina serevina r.thomas pramanto h8.vina serevina r.thomas pramanto h
8.vina serevina r.thomas pramanto h
 
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran paiMakalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
Makalah perkembangan sistem evaluasi pembelajaran pai
 
Pkt. 08.-penilaian-hasil-belajar
Pkt. 08.-penilaian-hasil-belajarPkt. 08.-penilaian-hasil-belajar
Pkt. 08.-penilaian-hasil-belajar
 
3. pentaksiran
3. pentaksiran3. pentaksiran
3. pentaksiran
 
Koneksi Antar Materi T5_Nella Alfiani R.pdf
Koneksi Antar Materi T5_Nella Alfiani R.pdfKoneksi Antar Materi T5_Nella Alfiani R.pdf
Koneksi Antar Materi T5_Nella Alfiani R.pdf
 
Slide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontesSlide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontes
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Pengembangan instrumen penilaian dan analisisnya
Pengembangan instrumen penilaian dan analisisnyaPengembangan instrumen penilaian dan analisisnya
Pengembangan instrumen penilaian dan analisisnya
 

Plus de Cik BaCo

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cik BaCo
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
Cik BaCo
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusia
Cik BaCo
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwid
Cik BaCo
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arab
Cik BaCo
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satu
Cik BaCo
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cik BaCo
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadual
Cik BaCo
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
Cik BaCo
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cik BaCo
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
Cik BaCo
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikel
Cik BaCo
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Cik BaCo
 

Plus de Cik BaCo (20)

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosi
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusia
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasa
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwid
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arab
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satu
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadual
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikel
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 

Artikel jurnal pendidikan bagi isu

  • 1. Artikel jurnal pendidikan bagi isu-isu penilaian. Daripada hasil tinjauan dan pembacaan saya berkaitan dengan artikel jurnal PENILAIAN AUTENTIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK -KANAK MELALUI PORTFOLIO. Dihasilkan oleh Lihanna Borhan. Di dalam kajian beliau tersebut menggunakan pendekatan penilaian portpolio di kalangan kanak-kanak terutamanya kepada kanak-kanak di dalam Tadika. Berdasarkan kepada peredaran zaman dan perubahan pendidikan di negara kita amatlah penting untuk kita melihat dan mengikut peredaran pendidikan di negara-negara lain. Oleh itu, Konsep penilaian amatlah penting di dalam pendidikan untuk melihat sejauh mana pertumbuhan dan perkembangan murid-murid kita. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Selain itu, Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Di dalam penilaian formatif terdiri daripada penilaian melalui portpolio yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian formatif dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian adalah satu proses berterusan untuk menentukan kaedah yang disyorkan digunakan dalam pengajaran oleh guru-guru dan di samping itu penyelia boleh memberi bimbingan dan panduan kepada mereka untuk mengatasi kekurangan yang wujud. Penilaian berbentuk soal selidik dan temu bual juga harus digunakan supaya maklum balas yang diperoleh memberi gambaran yang keseluruhan dan sebenar. Hasil maklum balas ini boleh diambil perhatian semasa menjalankan kursus- kursus lain pada masa hadapan.projek. Beberapa teknik penilaian boleh dan pernah digunakan untuk menilai pelaksanaan sesuatu kurikulum. Di antaranya ialah pemerhatian, termasuk temubual dengan guru, pengetua dan murid-murid dan guru- guru mata pelajaran berkenaan. 1
  • 2. Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Sering kali apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil. Pertama, berkaitan dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya ingin taraf bacaan murid di sekolah rendah dengan berpendapat taraf bacaan itu sudah tidak memuaskan dan satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan model, alat- alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan memilih model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya. Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnya dalam pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) kepada murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Di dalam kajian tersebut, didapati aspek-aspek seperti berikut adalah sesuai diperhatikan semasa menyelidik akan keberkesanan sesuatu program atau pengajaran dalam mata pelajaran yang ingin diajarkan kepada murid-murid yang mana aspek aspek ini haruslah dititikberatkan termasuk latar belakang murid-murid, peranan pengetua, perananan kakitangan sekolah, guru-guru, keberkesanan sesuatu sekolah itu, kewangan, peralatan dan kemudahan pembelajaran, keberkesanan kursus yang diikuti dan cara guru-guru melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ini termasuk untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan di kalangan guru-guru yang tamat menyertai kursus. Model Penilaian autentik melalui portpolio ini digunakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajran dan merupakan aspek yang penting di dalam kajian ini. Kemudian keputusan dibuat sama ada berkesan atau tidak. Kalau tidak berkesan program perlu diteruskan dengan mengambil beberapa perubahan yang dikenal pasti punca kelemahan program tersebut. 2
  • 3. Jika dibandingkan dengan model penilaian lain, penilaian autentik melalui portpolio ini yang mengandungi dimensi Konteks, Input, Proses dan produk boleh membuat kajian dengan menggunakan keempat-empat dimensi tersebut atau menggunakan salah satu kombinasi yang terdapat dalam dimensi penilaian autentik melalui portpolio. Ini bergantung kepada kehendak program tersebut. Model penilaian autentik melalui portpolio lebih menekankan kepada mengumpulkan maklumat dengan tujuan untuk memudahkan membuat sebarang keputusan. Maklumat ini juga dijadikan sebagai panduan untuk memantapkan lagi sesuatu program sama ada di peringkat perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan penghasilan. Hasilnya nanti keputusan akan dibuat sama ada hendak meneruskan, memperbaiki, menambahkan atau memberhentikan sesuatu program itu. Di dalam artikel tersebut menyatakan proses pembinaan portfolio boleh dibahagikan kepada empat proses utama iaitu penentuan kriteria pemilihan, pemilihan item portfolio, interpretasi portfolio dan perkongsian portfolio serta interpretasinya melalui perbincangan. Kriteria pemilihan menjelaskan apakah yang akan dimasukkan ke dalam portfolio. Ia seharusnya digubal berdasarkan objektif sesuatu program pendidikan itu dengan bersandarkan kepada pola perkembangan kanak-kanak. Semua ini juga boleh ditulis dengan jelas sebagai "statement of purpose" supaya portfolio yang dihasilkan tidak lari daripada tujuan asal penilaian (Grace, 1992). Selain itu, penilaian autentik melalui portfolio ini merupakan satu kaedah yang berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Malah la boleh diubahsuai mengikut keperluan program dan juga kanak-kanak individu. la memberikan gambaran perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara lebih menyeluruh dan mendalam, dan secara tidak langsung mengubah fokus penilaian kepada aspek positif pelajar, bukan aspek negatif atau kekurangan. Ia memenuhi kebanyakan fungsi dan objektif penilaian. Ia mengintegrasikan pengajaran dan penilaian. Akhir sekali, portfolio berpotensi menggabungkan usaha pendidikan guru dan ibu bapa dan meningkatkan komunikasi positif antara guru, kanak-kanak dan ibubapa ke arah pendidikan yang lebih bersepadu dalam semua aspek. Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat.Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap perlakuan, minat dan nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain). Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran. Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. selain itu, tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang untuk diintegrasikan pembelajarannya secara menegak (vertical integration) mengikut tahun/tahap yang lebih tinggi dan diintegrasi secara mendatar (horizontal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi 3
  • 4. dalam tahun atau tahap yang sama. Manakala bagi pelajar yang berprestasi lemah, tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya. Pada akhir sesuatu tempoh, semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpama ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kedua-dua jenis penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan. Oleh itu, setiap guru terutamanya guru permulaan harus mengambil sikap bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bukan hanya untuk memenuhi kriteria peperiksaan awam sahaja. Bermula dengan murid-murid dari tadika di sekolah rendah hinggalah berakhir ke tingkatan 6 di sekolah menengah, proses pembelajaran perlulah mengikut tahap dan pemeringkatan yang berlandaskan aspek-aspek dalam teori pendidikan. Dalam rancangan mengajar, hasilan pembelajaran ditetapkan, diikuti pula dengan perancangan aktiviti pengajaran yang distrukturkan mengikut adegan- adegan pengajaran (instructional events) – Gagne, R.M (1985) iaitu bermula dengan aktiviti set induksi yang bertujuan menarik perhatian serta aktiviti bimbingan dan juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan maklum balas dan penilaian. Malah dalam komponen sesuatu Model Reka Bentuk Pengajaran, aspek penilaian amat dititik beratkan sebagai salah satu komponen yang bertujuan menguji sejauh mana perancangan yang dibuat mampu menepati objektif pengajaran, kesesuaian bahan yang digunakan serta kemampuan penerimaan murid. Dalam hal ini setiap guru-guru harus memainkan peranan yang penting dan bertindak memenuhi kehendak proses pembelajaran. Aspek penilaian sama ada berbentuk formatif atau sumatif adalah penting dan harus dilaksanakan dengan sempurna bagi setiap tahap dan peringkat murid. Oleh itu usaha untuk menggunakan pelbagai strategi pengajaran harus digandakan dari peringkat awal lagi tanpa memfokuskan pada aspek peperiksaan sahaja. Elemen-elemen yang mampu menjana pemikiran kritis dan kreatif, pemantapan kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran berkomunikasi serta kerohanian harus diintegrasikan secara bijak dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum. Guru juga harus menggunakan kreativiti dan membuat inovasi agar murid mampu menyusun strategi kognitif dalam usaha menerima pengajaran dan pembelajaran yang tidak hanya menumpukan pada aktiviti hafalan semata-mata dalam usaha melahirkan murid yang lebih global dari segi kemahiran dan pemikiran. Justeru, jika aspek pendidikan ini dihayati dan dilaksanakan dengan baik, tidak ada “tekanan” atau “menarik nafas lega” jika sesuatu keputusan dibuat oleh pihak atasan mengenai isu yang berkaitan dengan peperiksaan. 4
  • 5. Di dalam penilaian terdapat dua bentuk penilaian ke atas pelajar sekolah menengah telah dicadangkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990), yang terdiri dari (i) penilaian dalam bentuk peperiksaan; di peringkat kebangsaan di bawah kawalan Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar pada tahap-tahap yang tertentu, dan (ii) penilaian secara berterusan manakala, di peringkat sekolah di bawah kawalan guru-guru di sepanjang tahun persekolahan. Penilaian berbentuk peperiksaan adalah bertujuan untuk pemilihan dan pensijilan yang akan mengagihkan pelajar mengikut norma yang telah ditetapkan. Tetapi apa yang lebih penting ialah penilaian secara berterusan dengan menggunakan berbagai jenis penilaian bagi memenuhi fungsinya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar supaya bimbingan sewajarnya dapat dilakukan. Bagi melaksanakan bentuk penilaian secara berterusan ini, guru-guru harus mempunyai pengetahuan yang cukup berkaitan dengan penilaian kerana dengan pengetahuan dan kepercayaan yang mencukupi maka guru-guru akan dapat melaksanakan tujuan penilaian ini dengan sewajarnya. Selain dari itu guru-guru haruslah bersedia untuk melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab kerana seperti yang dinyatakan di atas bahawa hasil dari penilaian ini akan melibatkan pelajar apabila sesuatu keputusan telah dibuat ke atas masa depan dan pendidikan mereka. Penilaian alternatif secara berterusan bermaksud menilai pelajar dari semua aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang demikian, berbagai jenis alat pengukuran perlu digunakan untuk tujuan mengukur dan seterusnya membuat penilaian. Guru-guru harus mengamalkan penggunaan berbagai alat pengukuran ini untuk memastikan maklumat yang diperoleh dapat menggambarkan kebolehan pelajar dengan lebih menyeluruh. 5
  • 6. Rujukan Hamzah Ihsan (1990). Kesediaan guru sekolah rendah melaksanakan sistem penilaian dalam kurikulum baru sekolah rendah. Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Tidak diterbitkan Lee Shok Mee dan Mook Soon Sang.(1989). Pengujian dan penilaian dalam pendidikan. Kuala Lumpur ,Kumpulan budiman. Lihanna Borhan. 2003. Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Melalui Portpolio. Selangor: Universiti Malaya. Mok Soon Sang ( 1994 ).Penilaian,Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan. Subang Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Mok Soon Sang & Siew Fook Cheong( 1988 ). Pengajaran dan Pembelajaran Tan Choon Keong, Crispina Gregory K Han. 2012. Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Yap Yee Khiong , Wan Chwee Seng & Ismail Abu Bakar ( 1989 ). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan ( 3rd.ed ). Petaling Jaya , Selangor : Longman Malaysia. 6