SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  18
PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI D KALANGAN 
MURID TAHUN 2 : KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN 
SEMPORNA 
Oleh 
MIMIJUANA BINTI AHMAD 
Guru Pendidikan Islam (GPI) 
SK Pekan Semporna 
1 
1.0 PENDAHULUAN 
Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tulisan jawi dahulunya merupakan satu 
medium komunikasi yang sangat penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka. 
Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi digunakan pada zaman dahulu 
seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat juga surat khabar 
yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi juga menjadi mata pelajaran 
wajib di sekolah-sekolah pada zaman dahulu. 
Tulisan jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad 
lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama 
Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf 
Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi 
juga merupakan satu jenis tulisan yang mempunyai hubungan yang erat dengan 
perkembangan Agama Islam di Malaysia. Tulisan jawi adalah antara tulisan yang 
terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan 
Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga 
Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan
terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala 
tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini 
menunjukkan tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan 
rumi. Tulisan jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak 
Bersekutu semasa penguasaan British. 
Sehubungan dengan itu, mata pelajaran jawi perlu diajar dengan 
menggunakan kaedah dan teknik yang berkesan supaya murid dapat menguasai 
setiap kemahiran dalam matapelajaran ini. Semua murid tahun lima iaitu kumpulan 
sasaran telah didedahkan dengan tulisan jawi iaitu semasa mereka berada di tahun 
satu hingga tahun empat. Mata pelajaran jawi merupakan satu aspek yang 
ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas jawi membolehkan 
murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan tangan 
mengikut bentuk huruf, membentuk huruf jawi serta membaca sukukata dan 
perkataan mudah. Melalui tulisan jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat 
diperteguhkan. Hal ini adalah disebabkan tulisan jawi merupakan pendekatan yang 
paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan 
masyarakat selaras dengan cita-cita ‘Falsafah Pendidikan Kebangsaan’. Tulisan jawi 
harus dipertahankan dan dituntut kerana ia merupakan warisan bangsa yang perlu 
dikuasai dan mesti dikekalkan hingga ke akhir zaman 
Namun kebelakangan ini, apa yang agak merisaukan kita bahawa apa yang 
kita lihat penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi semakin 
berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalam tulisan jawi yang ada hanya sisipan yang 
dicetak satu minggu sekali sahaja. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam juga 
menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dan menyebabkan tulisan jawi 
dianak tirikan, kerana soalan-soalan yang dicetak juga menggunakan tulisan rumi. 
Namun begitu, pihak yang bertanggungjawab tidak ingin melihat tulisan jawi ini 
hanya tinggal nama menyebabkan tulisan jawi telah diberi nafas baru oleh kerajaan 
bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mula 
memperkenalkan program j-QAF di setiap sekolah-sekolah rendah bertujuan bagi 
memantapkan lagi tulisan jawi, al-Quran dan fardhu ain. Dalam program j-QAF ini 
murid-murid yang lemah dalam penguasaan jawi akan dibimbing dalam kumpulan 
kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi juga dalam tulisan jawi dan yang 
terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah 
Rendah (KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini. 
2
3 
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 
Justeru itu, bagi memastikan tulisan jawi ini tidak terkubur dan ditelan zaman, maka 
suatu usaha yang bersepadu secara berterusan harus dilakukan oleh semua guru 
bagi pendidikan Islam bagi memastikan murid-murid benar-benar bersedia dan 
tertarik dengan tulisan jawi ini dan juga agar tulisan ini kembali semula menjadi 
medium komunikasi ke seluruh pelusuk nusantara seperti zaman dahulu. Oleh itu, 
saya akan memjalankan kajian tindakan untuk melihat sejauhmana penguasaan 
murid-murid dalam jawi, serta memastikan murid boleh membaca dan menulis dalam 
tulisan jawi. 
Oleh itu, saya sebagai guru yang diamanahkan untuk mengajar pendidikan 
Islam rasa terpanggil untuk menjalankan kajian kes di sekolah khususnya kepada 
murid tahun dua. Ini kerana apa yang saya lihat terdapat pelbagai masalah yang 
dihadapi oleh murid-murid dalam mendalami pengetahuan tentang jawi. Apabila saya 
menjalankan proses pengajaran jawi, saya dapati masih ramai lagi murid-murid yang 
belum menguasai huruf-huruf hijaiyah, padahal huruf-huruf hijaiyah adalah satu topic 
yang sangat penting untuk dikuasai oleh semua murid untuk memudahkan mereka 
dalam kemahiran membaca dan menulis jawi dengan baik. Saya perhatikan murid 
saya tidak mampu mengingat penggunaan huruf jawi tersebut dalam tempoh yang 
lama. Mereka hanya mampu mengingat dengan baik kurang dari seminggu, selepas 
itu kebanyakkan dari mereka akan melupakannya. Daripada maklum balas murid, 
mereka merasakan Pelajaran Jawi ini agak sukar dan ini menyebabkan mereka 
kurang berinteraksi di dalam kelas. 
Manakala, dari segi pembacaan jawi, ada segeilintir murid lansung tidak 
boleh membaca dan ada juga yang oleh membaca walaupun merangkak-rangkak, 
apabila menulis perkataan rumi ke jawi murid tidak dapat menulis dengan baik dan 
betul dari segi ejaan, huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh disambung. 
Oleh itu, Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan murid Tahun 2 
kumpulan sederhana dapat menguasai tulisan jawi menjelang tahun 2015. Kajian ini 
juga mengambil kira tahap kemampuan dan kelemahan serta faktor yang 
mempengaruhi penguasaan murid-murid Tahun 2 yang melibatkan seramai 80 orang 
murid-murid. Diharap kajian ini akan dapat menyelesaikan persoalan penguasaan 
jawi di kalangan murid SK Pekan Semporna dan secara tidak langsungnya dapat 
meningkatkan kemahiran guru dalam menaakul dan memperbaiki diri. Semoga
dengan adanya kajian ini, tulisan jawi dapat dimartabatkan semula dan menjadi 
salah satu alat komunikasi yang penting di nusantara ini. 
3.0 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN 
Sepertimana, Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa Pendidikan 
Islam diajar melalui pelbagai cara dengan menggunakan buku-buku atau teks yang 
ditulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi ialah hasil daripada pengubahsuaian dan 
penambahan huruf-huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi 
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, huruf Ga ( (ڬ 
diperkenalkan dengan berasaskan bunyi huruf Kaf ( ك) dan Jim ( ڄ) serta Cha ( (چ 
berasaskan bunyi huruf Ta ( ت) dan Jim ( ج) (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 
1990). Oleh itu, tulisan Jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan 
pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini terutama 
dalam pembelajaran al-Qur'an (Kang Kyoung Seouk, 1990). Matlamat pelajaran Jawi 
adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi 
bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam. 
Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam Pendidikan 
Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari semasa ke 
semasa mengikut tahap kemahiran murid. Namun begitu, hal ini sukar bagi murid 
yang lemah dalam pelajaran jawi kerana mereka hanya diperuntukkan masa belajar 
dan berlatih mempraktikkan kemahiran menulis jawi yang hanya dipelajari pada 
waktu persekolahan sedia ada atau yang belajar pada masa tambahan di sekolah 
agama petang mereka. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi 
hanya 30 minit seminggu tidak mencukupi kerana pelajaran jawi memerlukan mereka 
diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan. 
Menurut pendapat Mohammad Amin Dan, 2009 beiau menyatakan bahawa 
kelemahan murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis huruf bersambung 
jawi amat ketara sekali sehingga mereka gagal dalam menjawab soalan-soalan yang 
menggunakan tulisan jawi.Maka guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah 
sewajarnya mengatasi faktor yang mempengaruhinya,mengenalpastimasalah dalam 
4
menulis jawi dan mengambil beberapa langkah yang dikirakan perlu untuk menanam 
minat murid menulis jawi. 
Manakala, menurut Norhawati Salimuddin (2000) dalam kajian Shazana 
Muhamed Sa’ad (2009) menyatakan menguasai kemahiran menulis termasuk tulisan 
jawi bukanlah semudah seperti kemahiran bahasa yang lain. Ia memerlukan 
keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria motor yang 
sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk-bentuk huruf di samping 
memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi merupakan suatu hasil 
kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul sejak awal lagi. 
Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan bimbingan bagi 
melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk 
yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental. 
Seperti yang kita sedia maklum bahawa kemerosotan penguasaan jawi, al- 
Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain diperingkat remaja amat ketara sekali. Masalah 
ini harus dikaji dalam usaha mencari persepsi pelajar terhadap program j-QAF yang 
telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2005. Di sini, penyelidik berminat untuk 
mengkaji penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca dan menulis jawi dan 
faktor yang mempengaruhinya. 
Usaha untuk melahirkan murid yang berupaya menghasilkan tulisan dengan 
bentuk yang sempurna ini tidak dapat diteruskan jika murid yang saya fokuskan 
dalam kajian ini iaitu di SK Pekan Semporna dalam mengalami masalah menguasai 
kemahiran membaca dan menulis jawi. Murid-murid Tahun 2 menunjukkan mereka 
berhadapan masalah tidak mahir untuk menulis jawi dan lemah dalam menyambung 
huruf-huruf tunggal jawi sewaktu saya mengajar tajuk perkataan pinjaman Bahasa 
Inggeris. 
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid saya ini ada yang 
hanya boleh membaca tetapi tidak tahu menulis jawi, dan ada juga yang boleh 
menulis tetapi tidak tahu cara menulis dan menyambung huruf-huruf tunggal jawi 
dengan betul menyebabkan mereka bermasalah dalam penulisan jawi. Bagi 
kemahiran menyambung huruf tunggal jawi pula, banyak soalan yang sering saya 
terima daripada para pelajar diantaranya ialah “ustazah, huruf alif boleh 
disambungkan tak dengan huruf dal? “ “Ustazah, boleh tak huruf kaf disambungkan 
dengan huruf ya?”. 
5
Selain itu, Saya juga telah mengesan masalah yang sering berlaku dalam 
kalangan murid setelah memeriksa buku latihan mereka. Didapati beberapa orang 
murid tidak dapat menyambung huruf jawi dengan betul di mana mereka akan 
menulis semula kesemua huruf tersebut tanpa menyambung sebarang huruf dan ada 
yang menulis semula huruf-huruf tunggal tersebut dengan menyambung semua 
huruf-huruf sama ada huruf yang boleh disambung atau tidak. Perkara ini 
disebabkan mereka tidak mengetahui kaedah untuk menyambung huruf tunggal 
apabila ia berada di hadapan, di tengah mahupun di hujung. Kajian Zamferi Ibrahim 
(2009) juga mendapati ramai murid yang lemah dan kurang memahamikaedah 
bagaimana untuk menyambung huruf-huruf jawi yang diberikan, sehinggakan 
mereka sering gagal untuk menulis perkataan yang tepat dan betul.Walaupun murid 
dapat mengenal semua huruf jawi, namun timbul pula masalah mengenai bagaimana 
menulis perkataan jawi menggunakan huruf yang bersambung. 
6 
4.0 OBJEKTIF KAJIAN 
4.1 Objektif Umum 
Kajian ini dilaksanakn bertujuan untuk melihat sejauhmana penguasaan murid-murid 
tahun 2 dalam kemahiran membaca dan menulis jawi serta faktor yang 
mempengaruhi penguasaan jawi di kalangan murid-murid. 
4.2 Objektif Khusus 
i. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. 
Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan 
tahap pencapaian murid. 
ii. Mengetahui tahap penguasaan murid-murid terhadap pembelajaran jawi. 
iii. Mengetahui faktor yang mempengaruhi penguasaan murid-murid terhadap 
pembelajaran jawi.
7 
5.0 PERSOALAN KAJIAN 
Kajian ini bertujuan untuk merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di 
kalangan pelajar Sk Pekan Semporna. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan 
penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang 
berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara 
kemahiran dan penguasaan murid di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan 
sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina 
akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan. Antara 
persoalan dalan kajian tersebut seperti berikut : 
i. Adakah terdapat hubungan antara penguasaan Jawi dengan latar 
belakang murid mempengaruhi penguasaan mereka di dalam jawi. 
ii. Sejauh manakah penguasaan kemahiran Jawi dalam di kalangan murid 
tahun 3 
iii. Apakah faktor lain yang mempengaruhi penguasaan kemahiran jawi di 
kalangan murid tahun 3. 
6.0 HIPOTESIS KAJIAN 
Menurut pada pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk 
menerima ilmu adalah perkara asas yang sangat penting dalam memastikan pelajar 
tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum 
juga disajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan 
kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan 
ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal 
menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain 
daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan 
kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas. 
Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang 
dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. 
Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud 
hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan
latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat dan pelbagai faktor lagi. Ini 
adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan 
pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. 
Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar. 
selain itu, Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan 
mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan 
diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan 
berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini adalah 
berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya 
peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang 
disenangi oleh murid. 
Selain itu, Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering 
berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan 
pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa 
daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru 
semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari formula 
yang sesuai terutamanya bagi guru-guru GPI untuk menarik minat pelajar terhadap 
tulisan jawi. 
8 
7. 0 METODOLOGI KAJIAN. 
Di dalam metolodogi kajian ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan 
dalam kajian ini. Antara aspek yang disentuh ialah reka bentuk kajian, kumpulan 
sasaran, instrumen kajian dan prosedur kajian seperti di bawah : 
7.1 Kumpulan Sasaran 
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna Seramai 80 orang 
murid tahun 2 dipilih daripada sekolah tersebut yang terdiri daripada 47 murid 
perempuan dan 33 murid lelaki.
9 
7.2 Prosuder Kajian 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperlihatkan penguasaan dan keberkesanan 
pengajaran dan pembelajaran yang di antara guru dan murid dalam aspek 
pembacaan dan penulisan Jawi. Pengkaji memperuntukkan 3 minggu untuk 
melaksanakan kajian tindakan ini. 
Pada minggu pertama, temubual awal dilakukan bertujuan untuk 
mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan dan minat murid terhadap 
pembacaan dan penulisan Jawi. Dalam temubual, responden adalah dikalangan 
kumpulan sasaran iaitu murid dan guru matapelajaran Pendidikan Islam. Seterusnya 
minggu kedua, pengkaji mengedarkan boring soal selidik untuk mengetahui minat 
dan motivasi murid dalam tulisan jawi dan boring kaji selidik kepada ibu bapa murid. 
Hasil daripada soal selidik tersebut berupaya untuk membantu pengkaji menilai 
tahap penguasaan penulisan jawi. Minggu ketiga, ujian kemahiran pembacaan dan 
tulisan jawi dibuat untuk menilai tahap pencapaian dalam pembacaan dan penulisan 
jawi bagi setiap 80 orang responden. 
7.2 Rekabentuk Kajian 
Rekabentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan 
dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang 
telah ditetapkan. Rekabentuk melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti 
permasalahan, strategi dan perkaitan sebab akibat. Rekabentuk juga akan 
menetapkan unit analisis, populasi, persampelan, variabel, cara pengukuran, 
pengumpulan dan penganalisisan data (Sulaiman Masri, 2003:25). 
Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif diaplikasikan dengan penggunaan 
pemerhatian dan temubual serta kuantitatif yang melibatkan penggunaan soal selidik 
Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya menyediakan maklumat yang diperlukan bagi 
setiap responden.
10 
7.3 Instrumen Kajian 
7.3.1 Soal Selidik 
Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi 
sendiri oleh responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data di 
mana ia mengukur tahap minat seseorang murid dalam pelajaran jawi. Selain itu 
borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui dan memahami bagaimana 
sikap dan tanggapan murid terhadap pelajaran Jawi. 
Dengan ini, jelaslah bahawa instrumen kajian yang terdiri daripada soal 
selidik adalah selaras dengan objektif kajian di mana ia mengukur tahap minat dan 
sikap murid-murid terhadap pelajaran Jawi. Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 
80 unit borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada murid Tahun 2 
Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, dan 80 unit borang soal selidik kepada ibu 
bapa responden. Sebelum responden mengisi borang soal selidik tersebut, pengkaji 
memberi penerangan terlebih dahulu tentang tujuan penyelidikan, kandungan borang 
soal selidik, dan cara-cara mengisi borang soal selidik. Responden diberi masa 30 
minit untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pengkaji telah mentadbir sendiri 
setiap responden yang dipilih untuk memberi pemahaman tentang soalan yang 
diberikan. 
Borang soal selidik yang diberikan kepada responden adalah menggunakan 
Skala Likert. Sila rujuk Lampiran 1. Dalam skala Likert, responden dikehendaki 
menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan skala dari 
satu ekstrem kepada ekstrem yang lain, contohnya daripada ‘sangat setuju’ kepada 
‘sangat tidak setuju. 
7.3.2 Temubual 
Selain soal selidik, dapatan data juga diperolehi melalui kaedah temubual. Ini adalah 
untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Temubual adalah 
kaedah bila mana responden dan pengkaji hadir sama dalam proses memperolehi 
maklumat. Maklumat penyelidikan diperolehi secara langsung oleh pengkaji daripada 
responden. Temubual digunakan bagi memperolehi maklumat berkenaan fakta, 
kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya yang diperlukan bagi mencapai
sesuatu objektif penyelidikan. Temubual berstruktur untuk guru mengenai kaedah 
pengajaran dan pembelajaran. Temubual dalam kajian ini melibatkan guru 
matapelajaran Pendidikan Islam dan murid untuk mengetahui sejauhmana 
penguasaan murid terhadapa pembacaan dan penulisan jawi di dalam kelas. 
11 
7.3.3 Ujian 
Pada peringkat awal praujian dilakukan untuk mengenal pasti tahap kelemahan 
murid dan sejahumana penguasaan mereka di dalam pembacaan dan penulisan 
jawi. Soalan ujian dibuat menilai tahap kelemahan dan pencapaian murid di dalam 
penulisan jawi 
8.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN 
Dapatan kajian menunjukkan penguasaan pelajar tahun 2 dalam ujian yang telah di 
laksanakan kemahiran Jawi masih berada pada tahap lemah. Purata 41.82 peratus 
murid gagal menyambung huruf-huruf Jawi mudah yang diberikan (Jadual 1). Ini 
bermakna penguasaan pelajar dalam penyambungan huruf-huruf Jawi masih kurang 
mantap. Kemahiran menyambung huruf-huruf Jawi ini sepatutnya dikuasai pada 
peringkat tahun 1 lagi. 
Jadual 1 Peratus pelajar yang boleh menyambung huruf-huruf Jawi 
Bil Item Betul (%) 
68.75 ا ف و س ي . 1 (55)* 
43.75 م ن ف ع ة . 2 (35) 
60.00 د ا ص م ب ل . 3 (48) 
35.00 ب ر س ي ه . 4 (35) 
48.75 م ي س ك ن . 5 (39) 
JUMLAH 400
* nombor dalam kurungan ialah jumlah pelajar. 
Manakala, hasil dapatan yang didapati melalui soal selidik yang telah 
dijalankan kepada semua reseponden yang berkaitan dengan motivasi, minat dan 
sikap atau tanggapan responden terhadap pembelajaran jawi berkaitan kemahiran 
membaca dan menulis dalam jawi seperti dalam jadual 2 di bawah : 
Jadual 2 Peratus soal selidik tentang faktor penguasaan murid 
terhadap pembelajaran jawi 
Bil Item Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju 
1. Minat 6.25% (50) 12.5% (100) 50.00% (400) 31.25(250) 
2. Sikap 10.00% (80) 10.00% (80) 56.25 %(450) 23.75%(190) 
3. Motivasi 12.5% (100) 15% (120) 60.00 %(480) 12.5%(100) 
12 
Jumah Keseuruhan 800 
Berdasarkan kepada hasil dapatan daripada kaji selidik yang telah di jalankan 
menunjukkan bahawa faktor minat yang menyebabkan penguasaan terhadap 
kemahiran jawi yang sangat lemah di mana terdapat 50% yang menyatakan kurang 
setuju dan 31.25% yang tidak setuju berbanding 6.25% mengatakan sangat setuju 
dan 12.5% yang bersetuju dengan persoalan yang menunjukkan minat kepada 
pembelajaran jawi. Oleh itu, guru-guru perlu mamainkan peranan penting untuk 
menarik minat pelajar kepada pembelajaran jawi dengan menggunakan pelbagai 
straegik dan kaedah yang berkesan. 
Manakala hasil dapatan yang melihat persoalan tentang sikap murid terhadap 
jawi pada masa kini. Jika kita lihat hasil dapatan murid dalam jadual 2 atas 
menunjukkan hasil yang agak mengecewakan dan merungsikan kita sebagai murid 
kerana kebanykan murid-murid tidak mempunyai sikap yang positif terhadap 
pembelajaran jawi di mana hasil menunjukkan sebanyak 56.25 %(450) yang setuju 
dengan perosalan yang diutarakan dan sebanyak 23.75%(190) berbanding
sikap pelajar yang positif mereka terhadap jawi di mana hanya 10.00% (80) yang 
sangat bersetuju dan 10.00% (80) bersetuju. 
Begitu juga, faktor motivasi yang mempengaruhi penguasaan mereka di 
dalam pembacaan dan penulisan jawi. Di mana hanya 12.5% (100) yang menjawab 
sangat setuju dan 15% (120) yang setuju. Berbanding dengan jurang yang agak 
jauh yang mana sebanyak 60.00 %(480) yang tidak setuju dan 12.5%(100) setuju 
dengan pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan motivasi mereka untuk 
mendalami jawi. 
Seterusnya hasi dapatan kaji selidik berkaitan latarbelakang pelajar dari segi 
ekonomi dan sosial pelajar. Di mana pengkaji telah mengedarkan boring kaji selidik 
untuk dijawab oleh ibu bapa atau penjaga responden berikut adalah hasil dapatan 
daripada soal selidik tersebut : 
Jadual 3 Peratus soal selidik tentang latar belakang murid-murid dari 
segi sosial dan ekonomi 
Bil Item bilangan peratus 
1. Kakitangan Awam 10 13% 
2. Swasta 5 6.3% 
3. Bekerja sendiri 8 10.% 
4. Nelayan 22 28 % 
5. Buruh kasar 15 19 % 
6. Pemandu bas 10 13% 
7. Tidak bekerja 10 13% 
Jumah Keseuruhan 80 orang 100% 
Hasil dapatan di atas menunjukkan latar belakang ibu bapa atau penjaga 
responden yang menunjukkan bahawa kebanyakan pekerjaan ibu bapa atau 
responden terdiri daripada taraf kelas pertengahan dan bawahan kerana di dapati 
hanya 10 orang 13% yang terdiri daripada kakitangan awam dan 5 orang 6.3% 
merupakan pekerja swasta selebihnya bekerja sendiri, buruh kasr, nelayan, 
pemandu bas dan tidak bekerja. Jika dilihat kebanyakan ibu bapa atau penjaga 
13
responden bekerja sebagai nelayan sebanyak 22 orang 28%. Seperti mana kita 
sedia maklum bahawa pendapatan nelayan adalah tidak menentu ini menujukkan 
secara tidak lansung ia akan melibatkan faktor ekonomi yang menjejaskan untuk 
memberi pendidikan yang amat baik untuk anak-anak mereka seperti memberi kelas 
tuisyen kepada anak-anak mereka. 
9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN. 
Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan 
pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran 
Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi. Pelajar juga diwajibkan 
untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari dan 
membaca al-Quran dengan lancar. 
Walaupun kajian yang dijalankan ini hanyalah merangkumi sebilangan kecil 
murid sahaja, namun saya yakin ia dapat menggambarkan secara umum 
keberkesanan kajian tersebut untuk membantu guru-guru untuk melihat sejauhmana 
penguasaan jawi di kalangan murid tahun 2 dan secara tidak lansung kita 
mengetahui faktor yang menyebakan kelemahan penguasaan jawi dikalangan murid-murid 
di sekolah ini. Masalah penguasaan murid dalam bidang Jawi bukanlah 
perkara asing bagi kebanyakkan guru Pendidikan Islam. Menyedari betapa 
pentingnya penguasaan jawi pada abad ini, maka saya perlu mencari dan mengkaji 
kaedah-kaedah yang sesuai dan memberi kesan yang baik terhadap murid-murid 
supaya dapat memberi manfaat kepada mereka. Sebagai seorang pendidik, erti 
putus asa jangan ada dalam kamus profesion perguruan, lakukanlah dengan sebaik 
mungkin untuk membina masyarakat yang cemerlang dunia akhirat 
Berdasarkan kajian ini, dicadangkan agar guru-guru Pendidikan Islam 
menggunakan kedua-dua bahan tulisan Rumi dan Jawi dalam proses pengajaran 
dan pembelajaran agar semua muriddapat memahami bahan Pendidikan Islam yang 
diajar oleh guru. Kaedah pengajaran juga boleh dipelbagaikan mengikut keperluan 
pelajar yang mempunyai latar belakang keupayaan yang berbeza dalam penguasaan 
Jawi. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid sekolah rendah memahami 
pengajaran guru dan memudahkan mereka untuk belajar dengan baik. Untuk 
kembali kepada pengajaran Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil kerana 
14
pada peringkat myang lebih tinggi, pelajar seharusnya telah memperoleh kemahiran 
tersebut semasa berada di sekolah rendah. 
Cadangan kajian lanjut adalah perlu dengan melibatkan sampel yang lebih 
besar merangkumi sampel daripada bandar dan luar bandar. Aspek-aspek 
kemahiran Jawi yang diuji juga perlu diperluaskan meliputi aspek kemahiran 
menukar ayat Rumi kepada Jawi. J-Qaf yang dilaksanakan pada tahun 2003 adalah 
satu langkah yang baik untuk memperbaiki penguasaan jawi di kalangan murid. 
Sasaran j-QAF yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui 
penekanan khusus kepada jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Fardhu Ain adalah suatu 
usaha yang baik demi untuk membentuk keseimbangan spiritual dan jasmani murid. 
Selain itu, satu kajian juga perlu dilaksanakan untuk melihat sejauhmana 
keberkesanan program j-QAF dalam aspek penguasaan jawi dan al-Quran dalam 
kalangan murid-murid sekolah rendah. Ini kerana cadangan kajian seperti ini mampu 
untuk menmbah baik dan memperkasakan program j-QAF yang sedia ada supaya 
apabila murid berada pada peringkat sekolah menengah, masalah penguasaan jawi 
bukan lagi satu yang menjadi halangan dalam mempelajari mata pelajaran 
Pendidikan Islam. 
15
16 
RUJUKAN 
Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi: 
Satu Penilaian Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG. 
Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas 
dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941. 
Azman Wan Chik. (1986). Kaedah amali hayati: Satu pendekatan mengajar 
Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Bloom, S. B. (1976). Human characteristic and school learning. New York: McGraw- 
Hill. 
Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah 
Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan). 
Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. 
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Lembaga Peperiksaan Malaysia. (1991). Laporan prestasi SPM: Pengetahuan 
Agama Islam. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah 
pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti 
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
LAMPIRAN 1 
BORANG SOAL SELIDIK MENULIS JAWI 
Nama Pelajar:___________________________ 
17 
Jantina: ___________ 
1 2 3 4 
Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju 
A. MINAT 
Saya : 
1. Suka matapelajaran Pendidikan Islam. 
2. Minat menulis jawi. 
3. Minat tulisan jawi. 
4. Mahir menulis jawi. 
5. Suka baca bahan dalam tulisan jawi. 
6. Melibatkan diri dalam sebarang pertandingan berkaitaan penulisan jawi. 
7. Suka apabila guru menggunakan tulisan jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam. 
8. Berminat untuk menulis jawi kerana ia unik dan mencabar. 
9. Sering belajar untuk menulis jawi. 
10. Mempunyai keazaman untuk pandai menulis jawi.
18 
B. SIKAP 
1. Penulisan Jawi adalah tidak penting pada zaman sekarang. 
2. Sewaktu guru mengajar Jawi, saya selalu bersikap endah tidak endah. 
3. Didalam peperiksaan terdapat dwibahasa, oleh itu saya akan menjawab dalam 
tulisan Rumi. 
4. Tiada siapa berhak memaksa saya belajar Jawi. 
5. Tulisan Jawi adalah susah dan merumitkan. 
6. Tidak perlu lagi belajar Jawi kerana semula bahan ilmiah dalam bahasa Rumi. 
7. Jawi hanya digunakan pada zaman dahulu sahaja. 
8. Sebagai seorang beragama Islam saya patut menguasai tulisan jawi. 
9. Rasa senang hati apabila guru tidak menyoal untuk menulis Jawi. 
10. Tiada beza sama ada tahu atau tidak menulis Jawi. 
C. MOTIVASI 
1. Guru selalu menggunakan penulisan Jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam. 
2. Mempunyai bahan bacaan Jawi di rumah. 
3. Mempunyai alat/media/perisian berkaitan tulisan Jawi. 
4. Perasaan bersalah/malu apabila tidak mahir menulis Jawi. 
5. Ibubapa selalu mendorong supaya mempelajari Jawi dengan sebaik mungkin. 
6. Terdapat pertandingan Jawi yang diadakan setiap bulan di sekolah dan ini 
memberi semangat kepada saya untuk memenangi pertandingan tersebut. 
7. Guru memberi galakan untuk menulis Jawi 
8. Ibubapa menjadi role-model. 
9. Rakan-rakan pandai menulis Jawi.Oleh itu, saya juga belajar menulisnya. 
10. Guru mengajar pembelajaran Jawi dengan menggunakan alat bantu mengajar.

Contenu connexe

Tendances

Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SKHadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SKamira nurfahmida
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdekamzaidin
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Hairul Nizam Muzahar
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1maroon414
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Jenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifJenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifSohib AlQuran
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianWan Nor Faezah
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 

Tendances (20)

Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SKHadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
Hadis mentaati pemimpin : tahun 5 SK
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2Rph hafazan tahun 2
Rph hafazan tahun 2
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)Kaedah pendidikan islam (al quran)
Kaedah pendidikan islam (al quran)
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1Rancangan pengajaran harian tahun 1
Rancangan pengajaran harian tahun 1
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Jenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektifJenis jenis ujian objektif
Jenis jenis ujian objektif
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujianKonsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
Konsep pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 

Similaire à Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i ganiEzt Eran
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Suhana Kamaluddin
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...nurul2307
 
20131010111056 kra 3013 pengajaran literasi jawi misnan 9 oktober 2013
20131010111056 kra 3013 pengajaran literasi jawi   misnan 9 oktober 201320131010111056 kra 3013 pengajaran literasi jawi   misnan 9 oktober 2013
20131010111056 kra 3013 pengajaran literasi jawi misnan 9 oktober 2013Puziah Haji Awang
 
1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upmCvem Cool
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburEda Muryanti
 
Buku pegangan siswa_bahasa_arab_mi_kelas
Buku pegangan siswa_bahasa_arab_mi_kelasBuku pegangan siswa_bahasa_arab_mi_kelas
Buku pegangan siswa_bahasa_arab_mi_kelaskarangtalok
 
Buku bahasa arab_mi_1_siswa
Buku bahasa arab_mi_1_siswaBuku bahasa arab_mi_1_siswa
Buku bahasa arab_mi_1_siswayudi05
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osmanAnsar Azman
 

Similaire à Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2 (20)

Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1Kemahiran mnembaca artikel 1
Kemahiran mnembaca artikel 1
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
J qaf
J qafJ qaf
J qaf
 
prof rashid.pdf
prof rashid.pdfprof rashid.pdf
prof rashid.pdf
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
20131010111056 kra 3013 pengajaran literasi jawi misnan 9 oktober 2013
20131010111056 kra 3013 pengajaran literasi jawi   misnan 9 oktober 201320131010111056 kra 3013 pengajaran literasi jawi   misnan 9 oktober 2013
20131010111056 kra 3013 pengajaran literasi jawi misnan 9 oktober 2013
 
1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm1 12 rasid-upm
1 12 rasid-upm
 
Bab 20
Bab 20Bab 20
Bab 20
 
Essay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa IndonesiaEssay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa Indonesia
 
Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
Buku pegangan siswa_bahasa_arab_mi_kelas
Buku pegangan siswa_bahasa_arab_mi_kelasBuku pegangan siswa_bahasa_arab_mi_kelas
Buku pegangan siswa_bahasa_arab_mi_kelas
 
Buku bahasa arab_mi_1_siswa
Buku bahasa arab_mi_1_siswaBuku bahasa arab_mi_1_siswa
Buku bahasa arab_mi_1_siswa
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
 

Plus de Cik BaCo

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kesCik BaCo
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosiCik BaCo
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusiaCik BaCo
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasaCik BaCo
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwidCik BaCo
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arabCik BaCo
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satuCik BaCo
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadualCik BaCo
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinanCik BaCo
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian bCik BaCo
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikelCik BaCo
 

Plus de Cik BaCo (20)

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosi
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusia
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasa
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwid
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arab
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satu
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadual
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikel
 
KRB 301
KRB 301KRB 301
KRB 301
 

Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2

  • 1. PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENULIS JAWI D KALANGAN MURID TAHUN 2 : KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN SEMPORNA Oleh MIMIJUANA BINTI AHMAD Guru Pendidikan Islam (GPI) SK Pekan Semporna 1 1.0 PENDAHULUAN Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa tulisan jawi dahulunya merupakan satu medium komunikasi yang sangat penting sebelum merdeka dan sesudah merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi digunakan pada zaman dahulu seperti batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya, terdapat juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tullisan jawi juga menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah pada zaman dahulu. Tulisan jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi juga merupakan satu jenis tulisan yang mempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan Agama Islam di Malaysia. Tulisan jawi adalah antara tulisan yang terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan
  • 2. terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi. Tulisan jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran jawi perlu diajar dengan menggunakan kaedah dan teknik yang berkesan supaya murid dapat menguasai setiap kemahiran dalam matapelajaran ini. Semua murid tahun lima iaitu kumpulan sasaran telah didedahkan dengan tulisan jawi iaitu semasa mereka berada di tahun satu hingga tahun empat. Mata pelajaran jawi merupakan satu aspek yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam. Aspek asas jawi membolehkan murid mengecam dan membunyikan huruf Jawi iaitu pergerakan mata dan tangan mengikut bentuk huruf, membentuk huruf jawi serta membaca sukukata dan perkataan mudah. Melalui tulisan jawi juga penerapan nilai-nilai Islam dapat diperteguhkan. Hal ini adalah disebabkan tulisan jawi merupakan pendekatan yang paling baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan masyarakat selaras dengan cita-cita ‘Falsafah Pendidikan Kebangsaan’. Tulisan jawi harus dipertahankan dan dituntut kerana ia merupakan warisan bangsa yang perlu dikuasai dan mesti dikekalkan hingga ke akhir zaman Namun kebelakangan ini, apa yang agak merisaukan kita bahawa apa yang kita lihat penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi semakin berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalam tulisan jawi yang ada hanya sisipan yang dicetak satu minggu sekali sahaja. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dan menyebabkan tulisan jawi dianak tirikan, kerana soalan-soalan yang dicetak juga menggunakan tulisan rumi. Namun begitu, pihak yang bertanggungjawab tidak ingin melihat tulisan jawi ini hanya tinggal nama menyebabkan tulisan jawi telah diberi nafas baru oleh kerajaan bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mula memperkenalkan program j-QAF di setiap sekolah-sekolah rendah bertujuan bagi memantapkan lagi tulisan jawi, al-Quran dan fardhu ain. Dalam program j-QAF ini murid-murid yang lemah dalam penguasaan jawi akan dibimbing dalam kumpulan kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi juga dalam tulisan jawi dan yang terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini. 2
  • 3. 3 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Justeru itu, bagi memastikan tulisan jawi ini tidak terkubur dan ditelan zaman, maka suatu usaha yang bersepadu secara berterusan harus dilakukan oleh semua guru bagi pendidikan Islam bagi memastikan murid-murid benar-benar bersedia dan tertarik dengan tulisan jawi ini dan juga agar tulisan ini kembali semula menjadi medium komunikasi ke seluruh pelusuk nusantara seperti zaman dahulu. Oleh itu, saya akan memjalankan kajian tindakan untuk melihat sejauhmana penguasaan murid-murid dalam jawi, serta memastikan murid boleh membaca dan menulis dalam tulisan jawi. Oleh itu, saya sebagai guru yang diamanahkan untuk mengajar pendidikan Islam rasa terpanggil untuk menjalankan kajian kes di sekolah khususnya kepada murid tahun dua. Ini kerana apa yang saya lihat terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam mendalami pengetahuan tentang jawi. Apabila saya menjalankan proses pengajaran jawi, saya dapati masih ramai lagi murid-murid yang belum menguasai huruf-huruf hijaiyah, padahal huruf-huruf hijaiyah adalah satu topic yang sangat penting untuk dikuasai oleh semua murid untuk memudahkan mereka dalam kemahiran membaca dan menulis jawi dengan baik. Saya perhatikan murid saya tidak mampu mengingat penggunaan huruf jawi tersebut dalam tempoh yang lama. Mereka hanya mampu mengingat dengan baik kurang dari seminggu, selepas itu kebanyakkan dari mereka akan melupakannya. Daripada maklum balas murid, mereka merasakan Pelajaran Jawi ini agak sukar dan ini menyebabkan mereka kurang berinteraksi di dalam kelas. Manakala, dari segi pembacaan jawi, ada segeilintir murid lansung tidak boleh membaca dan ada juga yang oleh membaca walaupun merangkak-rangkak, apabila menulis perkataan rumi ke jawi murid tidak dapat menulis dengan baik dan betul dari segi ejaan, huruf yang boleh bersambung dan tidak boleh disambung. Oleh itu, Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan murid Tahun 2 kumpulan sederhana dapat menguasai tulisan jawi menjelang tahun 2015. Kajian ini juga mengambil kira tahap kemampuan dan kelemahan serta faktor yang mempengaruhi penguasaan murid-murid Tahun 2 yang melibatkan seramai 80 orang murid-murid. Diharap kajian ini akan dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan murid SK Pekan Semporna dan secara tidak langsungnya dapat meningkatkan kemahiran guru dalam menaakul dan memperbaiki diri. Semoga
  • 4. dengan adanya kajian ini, tulisan jawi dapat dimartabatkan semula dan menjadi salah satu alat komunikasi yang penting di nusantara ini. 3.0 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN Sepertimana, Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa Pendidikan Islam diajar melalui pelbagai cara dengan menggunakan buku-buku atau teks yang ditulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi ialah hasil daripada pengubahsuaian dan penambahan huruf-huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, huruf Ga ( (ڬ diperkenalkan dengan berasaskan bunyi huruf Kaf ( ك) dan Jim ( ڄ) serta Cha ( (چ berasaskan bunyi huruf Ta ( ت) dan Jim ( ج) (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1990). Oleh itu, tulisan Jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran al-Qur'an (Kang Kyoung Seouk, 1990). Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam. Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam Pendidikan Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari semasa ke semasa mengikut tahap kemahiran murid. Namun begitu, hal ini sukar bagi murid yang lemah dalam pelajaran jawi kerana mereka hanya diperuntukkan masa belajar dan berlatih mempraktikkan kemahiran menulis jawi yang hanya dipelajari pada waktu persekolahan sedia ada atau yang belajar pada masa tambahan di sekolah agama petang mereka. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi hanya 30 minit seminggu tidak mencukupi kerana pelajaran jawi memerlukan mereka diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan. Menurut pendapat Mohammad Amin Dan, 2009 beiau menyatakan bahawa kelemahan murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis huruf bersambung jawi amat ketara sekali sehingga mereka gagal dalam menjawab soalan-soalan yang menggunakan tulisan jawi.Maka guru-guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah sewajarnya mengatasi faktor yang mempengaruhinya,mengenalpastimasalah dalam 4
  • 5. menulis jawi dan mengambil beberapa langkah yang dikirakan perlu untuk menanam minat murid menulis jawi. Manakala, menurut Norhawati Salimuddin (2000) dalam kajian Shazana Muhamed Sa’ad (2009) menyatakan menguasai kemahiran menulis termasuk tulisan jawi bukanlah semudah seperti kemahiran bahasa yang lain. Ia memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria motor yang sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk-bentuk huruf di samping memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi merupakan suatu hasil kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul sejak awal lagi. Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan bimbingan bagi melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kemerosotan penguasaan jawi, al- Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain diperingkat remaja amat ketara sekali. Masalah ini harus dikaji dalam usaha mencari persepsi pelajar terhadap program j-QAF yang telah diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2005. Di sini, penyelidik berminat untuk mengkaji penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca dan menulis jawi dan faktor yang mempengaruhinya. Usaha untuk melahirkan murid yang berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk yang sempurna ini tidak dapat diteruskan jika murid yang saya fokuskan dalam kajian ini iaitu di SK Pekan Semporna dalam mengalami masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Murid-murid Tahun 2 menunjukkan mereka berhadapan masalah tidak mahir untuk menulis jawi dan lemah dalam menyambung huruf-huruf tunggal jawi sewaktu saya mengajar tajuk perkataan pinjaman Bahasa Inggeris. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid saya ini ada yang hanya boleh membaca tetapi tidak tahu menulis jawi, dan ada juga yang boleh menulis tetapi tidak tahu cara menulis dan menyambung huruf-huruf tunggal jawi dengan betul menyebabkan mereka bermasalah dalam penulisan jawi. Bagi kemahiran menyambung huruf tunggal jawi pula, banyak soalan yang sering saya terima daripada para pelajar diantaranya ialah “ustazah, huruf alif boleh disambungkan tak dengan huruf dal? “ “Ustazah, boleh tak huruf kaf disambungkan dengan huruf ya?”. 5
  • 6. Selain itu, Saya juga telah mengesan masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid setelah memeriksa buku latihan mereka. Didapati beberapa orang murid tidak dapat menyambung huruf jawi dengan betul di mana mereka akan menulis semula kesemua huruf tersebut tanpa menyambung sebarang huruf dan ada yang menulis semula huruf-huruf tunggal tersebut dengan menyambung semua huruf-huruf sama ada huruf yang boleh disambung atau tidak. Perkara ini disebabkan mereka tidak mengetahui kaedah untuk menyambung huruf tunggal apabila ia berada di hadapan, di tengah mahupun di hujung. Kajian Zamferi Ibrahim (2009) juga mendapati ramai murid yang lemah dan kurang memahamikaedah bagaimana untuk menyambung huruf-huruf jawi yang diberikan, sehinggakan mereka sering gagal untuk menulis perkataan yang tepat dan betul.Walaupun murid dapat mengenal semua huruf jawi, namun timbul pula masalah mengenai bagaimana menulis perkataan jawi menggunakan huruf yang bersambung. 6 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.1 Objektif Umum Kajian ini dilaksanakn bertujuan untuk melihat sejauhmana penguasaan murid-murid tahun 2 dalam kemahiran membaca dan menulis jawi serta faktor yang mempengaruhi penguasaan jawi di kalangan murid-murid. 4.2 Objektif Khusus i. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. ii. Mengetahui tahap penguasaan murid-murid terhadap pembelajaran jawi. iii. Mengetahui faktor yang mempengaruhi penguasaan murid-murid terhadap pembelajaran jawi.
  • 7. 7 5.0 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar Sk Pekan Semporna. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan murid di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan. Antara persoalan dalan kajian tersebut seperti berikut : i. Adakah terdapat hubungan antara penguasaan Jawi dengan latar belakang murid mempengaruhi penguasaan mereka di dalam jawi. ii. Sejauh manakah penguasaan kemahiran Jawi dalam di kalangan murid tahun 3 iii. Apakah faktor lain yang mempengaruhi penguasaan kemahiran jawi di kalangan murid tahun 3. 6.0 HIPOTESIS KAJIAN Menurut pada pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara asas yang sangat penting dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum juga disajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas. Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan
  • 8. latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat dan pelbagai faktor lagi. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar. selain itu, Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid. Selain itu, Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai terutamanya bagi guru-guru GPI untuk menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi. 8 7. 0 METODOLOGI KAJIAN. Di dalam metolodogi kajian ini membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini. Antara aspek yang disentuh ialah reka bentuk kajian, kumpulan sasaran, instrumen kajian dan prosedur kajian seperti di bawah : 7.1 Kumpulan Sasaran Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna Seramai 80 orang murid tahun 2 dipilih daripada sekolah tersebut yang terdiri daripada 47 murid perempuan dan 33 murid lelaki.
  • 9. 9 7.2 Prosuder Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memperlihatkan penguasaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang di antara guru dan murid dalam aspek pembacaan dan penulisan Jawi. Pengkaji memperuntukkan 3 minggu untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Pada minggu pertama, temubual awal dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan dan minat murid terhadap pembacaan dan penulisan Jawi. Dalam temubual, responden adalah dikalangan kumpulan sasaran iaitu murid dan guru matapelajaran Pendidikan Islam. Seterusnya minggu kedua, pengkaji mengedarkan boring soal selidik untuk mengetahui minat dan motivasi murid dalam tulisan jawi dan boring kaji selidik kepada ibu bapa murid. Hasil daripada soal selidik tersebut berupaya untuk membantu pengkaji menilai tahap penguasaan penulisan jawi. Minggu ketiga, ujian kemahiran pembacaan dan tulisan jawi dibuat untuk menilai tahap pencapaian dalam pembacaan dan penulisan jawi bagi setiap 80 orang responden. 7.2 Rekabentuk Kajian Rekabentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan. Rekabentuk melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti permasalahan, strategi dan perkaitan sebab akibat. Rekabentuk juga akan menetapkan unit analisis, populasi, persampelan, variabel, cara pengukuran, pengumpulan dan penganalisisan data (Sulaiman Masri, 2003:25). Dalam kajian ini, pendekatan kualitatif diaplikasikan dengan penggunaan pemerhatian dan temubual serta kuantitatif yang melibatkan penggunaan soal selidik Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya menyediakan maklumat yang diperlukan bagi setiap responden.
  • 10. 10 7.3 Instrumen Kajian 7.3.1 Soal Selidik Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data di mana ia mengukur tahap minat seseorang murid dalam pelajaran jawi. Selain itu borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui dan memahami bagaimana sikap dan tanggapan murid terhadap pelajaran Jawi. Dengan ini, jelaslah bahawa instrumen kajian yang terdiri daripada soal selidik adalah selaras dengan objektif kajian di mana ia mengukur tahap minat dan sikap murid-murid terhadap pelajaran Jawi. Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 80 unit borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna, dan 80 unit borang soal selidik kepada ibu bapa responden. Sebelum responden mengisi borang soal selidik tersebut, pengkaji memberi penerangan terlebih dahulu tentang tujuan penyelidikan, kandungan borang soal selidik, dan cara-cara mengisi borang soal selidik. Responden diberi masa 30 minit untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pengkaji telah mentadbir sendiri setiap responden yang dipilih untuk memberi pemahaman tentang soalan yang diberikan. Borang soal selidik yang diberikan kepada responden adalah menggunakan Skala Likert. Sila rujuk Lampiran 1. Dalam skala Likert, responden dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain, contohnya daripada ‘sangat setuju’ kepada ‘sangat tidak setuju. 7.3.2 Temubual Selain soal selidik, dapatan data juga diperolehi melalui kaedah temubual. Ini adalah untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Temubual adalah kaedah bila mana responden dan pengkaji hadir sama dalam proses memperolehi maklumat. Maklumat penyelidikan diperolehi secara langsung oleh pengkaji daripada responden. Temubual digunakan bagi memperolehi maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya yang diperlukan bagi mencapai
  • 11. sesuatu objektif penyelidikan. Temubual berstruktur untuk guru mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Temubual dalam kajian ini melibatkan guru matapelajaran Pendidikan Islam dan murid untuk mengetahui sejauhmana penguasaan murid terhadapa pembacaan dan penulisan jawi di dalam kelas. 11 7.3.3 Ujian Pada peringkat awal praujian dilakukan untuk mengenal pasti tahap kelemahan murid dan sejahumana penguasaan mereka di dalam pembacaan dan penulisan jawi. Soalan ujian dibuat menilai tahap kelemahan dan pencapaian murid di dalam penulisan jawi 8.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN Dapatan kajian menunjukkan penguasaan pelajar tahun 2 dalam ujian yang telah di laksanakan kemahiran Jawi masih berada pada tahap lemah. Purata 41.82 peratus murid gagal menyambung huruf-huruf Jawi mudah yang diberikan (Jadual 1). Ini bermakna penguasaan pelajar dalam penyambungan huruf-huruf Jawi masih kurang mantap. Kemahiran menyambung huruf-huruf Jawi ini sepatutnya dikuasai pada peringkat tahun 1 lagi. Jadual 1 Peratus pelajar yang boleh menyambung huruf-huruf Jawi Bil Item Betul (%) 68.75 ا ف و س ي . 1 (55)* 43.75 م ن ف ع ة . 2 (35) 60.00 د ا ص م ب ل . 3 (48) 35.00 ب ر س ي ه . 4 (35) 48.75 م ي س ك ن . 5 (39) JUMLAH 400
  • 12. * nombor dalam kurungan ialah jumlah pelajar. Manakala, hasil dapatan yang didapati melalui soal selidik yang telah dijalankan kepada semua reseponden yang berkaitan dengan motivasi, minat dan sikap atau tanggapan responden terhadap pembelajaran jawi berkaitan kemahiran membaca dan menulis dalam jawi seperti dalam jadual 2 di bawah : Jadual 2 Peratus soal selidik tentang faktor penguasaan murid terhadap pembelajaran jawi Bil Item Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju 1. Minat 6.25% (50) 12.5% (100) 50.00% (400) 31.25(250) 2. Sikap 10.00% (80) 10.00% (80) 56.25 %(450) 23.75%(190) 3. Motivasi 12.5% (100) 15% (120) 60.00 %(480) 12.5%(100) 12 Jumah Keseuruhan 800 Berdasarkan kepada hasil dapatan daripada kaji selidik yang telah di jalankan menunjukkan bahawa faktor minat yang menyebabkan penguasaan terhadap kemahiran jawi yang sangat lemah di mana terdapat 50% yang menyatakan kurang setuju dan 31.25% yang tidak setuju berbanding 6.25% mengatakan sangat setuju dan 12.5% yang bersetuju dengan persoalan yang menunjukkan minat kepada pembelajaran jawi. Oleh itu, guru-guru perlu mamainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar kepada pembelajaran jawi dengan menggunakan pelbagai straegik dan kaedah yang berkesan. Manakala hasil dapatan yang melihat persoalan tentang sikap murid terhadap jawi pada masa kini. Jika kita lihat hasil dapatan murid dalam jadual 2 atas menunjukkan hasil yang agak mengecewakan dan merungsikan kita sebagai murid kerana kebanykan murid-murid tidak mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran jawi di mana hasil menunjukkan sebanyak 56.25 %(450) yang setuju dengan perosalan yang diutarakan dan sebanyak 23.75%(190) berbanding
  • 13. sikap pelajar yang positif mereka terhadap jawi di mana hanya 10.00% (80) yang sangat bersetuju dan 10.00% (80) bersetuju. Begitu juga, faktor motivasi yang mempengaruhi penguasaan mereka di dalam pembacaan dan penulisan jawi. Di mana hanya 12.5% (100) yang menjawab sangat setuju dan 15% (120) yang setuju. Berbanding dengan jurang yang agak jauh yang mana sebanyak 60.00 %(480) yang tidak setuju dan 12.5%(100) setuju dengan pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan motivasi mereka untuk mendalami jawi. Seterusnya hasi dapatan kaji selidik berkaitan latarbelakang pelajar dari segi ekonomi dan sosial pelajar. Di mana pengkaji telah mengedarkan boring kaji selidik untuk dijawab oleh ibu bapa atau penjaga responden berikut adalah hasil dapatan daripada soal selidik tersebut : Jadual 3 Peratus soal selidik tentang latar belakang murid-murid dari segi sosial dan ekonomi Bil Item bilangan peratus 1. Kakitangan Awam 10 13% 2. Swasta 5 6.3% 3. Bekerja sendiri 8 10.% 4. Nelayan 22 28 % 5. Buruh kasar 15 19 % 6. Pemandu bas 10 13% 7. Tidak bekerja 10 13% Jumah Keseuruhan 80 orang 100% Hasil dapatan di atas menunjukkan latar belakang ibu bapa atau penjaga responden yang menunjukkan bahawa kebanyakan pekerjaan ibu bapa atau responden terdiri daripada taraf kelas pertengahan dan bawahan kerana di dapati hanya 10 orang 13% yang terdiri daripada kakitangan awam dan 5 orang 6.3% merupakan pekerja swasta selebihnya bekerja sendiri, buruh kasr, nelayan, pemandu bas dan tidak bekerja. Jika dilihat kebanyakan ibu bapa atau penjaga 13
  • 14. responden bekerja sebagai nelayan sebanyak 22 orang 28%. Seperti mana kita sedia maklum bahawa pendapatan nelayan adalah tidak menentu ini menujukkan secara tidak lansung ia akan melibatkan faktor ekonomi yang menjejaskan untuk memberi pendidikan yang amat baik untuk anak-anak mereka seperti memberi kelas tuisyen kepada anak-anak mereka. 9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN KAJIAN. Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi. Pelajar juga diwajibkan untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari dan membaca al-Quran dengan lancar. Walaupun kajian yang dijalankan ini hanyalah merangkumi sebilangan kecil murid sahaja, namun saya yakin ia dapat menggambarkan secara umum keberkesanan kajian tersebut untuk membantu guru-guru untuk melihat sejauhmana penguasaan jawi di kalangan murid tahun 2 dan secara tidak lansung kita mengetahui faktor yang menyebakan kelemahan penguasaan jawi dikalangan murid-murid di sekolah ini. Masalah penguasaan murid dalam bidang Jawi bukanlah perkara asing bagi kebanyakkan guru Pendidikan Islam. Menyedari betapa pentingnya penguasaan jawi pada abad ini, maka saya perlu mencari dan mengkaji kaedah-kaedah yang sesuai dan memberi kesan yang baik terhadap murid-murid supaya dapat memberi manfaat kepada mereka. Sebagai seorang pendidik, erti putus asa jangan ada dalam kamus profesion perguruan, lakukanlah dengan sebaik mungkin untuk membina masyarakat yang cemerlang dunia akhirat Berdasarkan kajian ini, dicadangkan agar guru-guru Pendidikan Islam menggunakan kedua-dua bahan tulisan Rumi dan Jawi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua muriddapat memahami bahan Pendidikan Islam yang diajar oleh guru. Kaedah pengajaran juga boleh dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai latar belakang keupayaan yang berbeza dalam penguasaan Jawi. Hal ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid sekolah rendah memahami pengajaran guru dan memudahkan mereka untuk belajar dengan baik. Untuk kembali kepada pengajaran Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil kerana 14
  • 15. pada peringkat myang lebih tinggi, pelajar seharusnya telah memperoleh kemahiran tersebut semasa berada di sekolah rendah. Cadangan kajian lanjut adalah perlu dengan melibatkan sampel yang lebih besar merangkumi sampel daripada bandar dan luar bandar. Aspek-aspek kemahiran Jawi yang diuji juga perlu diperluaskan meliputi aspek kemahiran menukar ayat Rumi kepada Jawi. J-Qaf yang dilaksanakan pada tahun 2003 adalah satu langkah yang baik untuk memperbaiki penguasaan jawi di kalangan murid. Sasaran j-QAF yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Fardhu Ain adalah suatu usaha yang baik demi untuk membentuk keseimbangan spiritual dan jasmani murid. Selain itu, satu kajian juga perlu dilaksanakan untuk melihat sejauhmana keberkesanan program j-QAF dalam aspek penguasaan jawi dan al-Quran dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Ini kerana cadangan kajian seperti ini mampu untuk menmbah baik dan memperkasakan program j-QAF yang sedia ada supaya apabila murid berada pada peringkat sekolah menengah, masalah penguasaan jawi bukan lagi satu yang menjadi halangan dalam mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. 15
  • 16. 16 RUJUKAN Asmawati Suhid dan Lukman Abdul Mutalib (2008). Model Kelas Pemulihan Jawi: Satu Penilaian Umum. Kertas Kerja Seminar JPPG. Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941. Azman Wan Chik. (1986). Kaedah amali hayati: Satu pendekatan mengajar Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloom, S. B. (1976). Human characteristic and school learning. New York: McGraw- Hill. Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan). Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (1991). Laporan prestasi SPM: Pengetahuan Agama Islam. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
  • 17. LAMPIRAN 1 BORANG SOAL SELIDIK MENULIS JAWI Nama Pelajar:___________________________ 17 Jantina: ___________ 1 2 3 4 Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Tidak Setuju A. MINAT Saya : 1. Suka matapelajaran Pendidikan Islam. 2. Minat menulis jawi. 3. Minat tulisan jawi. 4. Mahir menulis jawi. 5. Suka baca bahan dalam tulisan jawi. 6. Melibatkan diri dalam sebarang pertandingan berkaitaan penulisan jawi. 7. Suka apabila guru menggunakan tulisan jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam. 8. Berminat untuk menulis jawi kerana ia unik dan mencabar. 9. Sering belajar untuk menulis jawi. 10. Mempunyai keazaman untuk pandai menulis jawi.
  • 18. 18 B. SIKAP 1. Penulisan Jawi adalah tidak penting pada zaman sekarang. 2. Sewaktu guru mengajar Jawi, saya selalu bersikap endah tidak endah. 3. Didalam peperiksaan terdapat dwibahasa, oleh itu saya akan menjawab dalam tulisan Rumi. 4. Tiada siapa berhak memaksa saya belajar Jawi. 5. Tulisan Jawi adalah susah dan merumitkan. 6. Tidak perlu lagi belajar Jawi kerana semula bahan ilmiah dalam bahasa Rumi. 7. Jawi hanya digunakan pada zaman dahulu sahaja. 8. Sebagai seorang beragama Islam saya patut menguasai tulisan jawi. 9. Rasa senang hati apabila guru tidak menyoal untuk menulis Jawi. 10. Tiada beza sama ada tahu atau tidak menulis Jawi. C. MOTIVASI 1. Guru selalu menggunakan penulisan Jawi dalam pengajaran Pendidikan Islam. 2. Mempunyai bahan bacaan Jawi di rumah. 3. Mempunyai alat/media/perisian berkaitan tulisan Jawi. 4. Perasaan bersalah/malu apabila tidak mahir menulis Jawi. 5. Ibubapa selalu mendorong supaya mempelajari Jawi dengan sebaik mungkin. 6. Terdapat pertandingan Jawi yang diadakan setiap bulan di sekolah dan ini memberi semangat kepada saya untuk memenangi pertandingan tersebut. 7. Guru memberi galakan untuk menulis Jawi 8. Ibubapa menjadi role-model. 9. Rakan-rakan pandai menulis Jawi.Oleh itu, saya juga belajar menulisnya. 10. Guru mengajar pembelajaran Jawi dengan menggunakan alat bantu mengajar.