SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  22
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 2011




            FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


                  SEMESTER MEI / TAHUN 2011




                          HBML4103


            SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU




    NO. MATRIKULASI           :   640725106482002
    NO. KAD PENGNEALAN        :   640725 – 10 -6482
    NO. TELEFON               :   0193702239
    E-MEL                     :   hirma-en2629@hotmail.com




    PUSAT PEMBELAJARAN        :   IP TEKNIK
HBML4103 2011




ISI KANDUNGAN


BBBIL PP PERKARA                            M MUKA SURAT
         ABSTRAK                                 2
   1.0   Pendahuluan                             3–4
   2.0   Perbincangan dan Kupasan Isu            4–5
   2.1   Faktor-faktor Yang menyebabkan Bahasa   5 – 11
         Melayu Hilang Upaya
   2.2   Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu       12 – 13
   3.0   Kesimpulan dan Penutup                  13 – 14
         Bibliografi                             15




                            1
HBML4103 2011

    ABSTRAK


Apabila kita membicarakan mengenai bahasa, perkara
pertama yang akan kita kaitkan ialah bangsa seseorang
itu. Bahasa melambangkan keagungan sesebuah bangsa
dan lemahnya bahasa dalam sesebuah negara boleh
menggambarkan lemahnya bangsa tersebut sehingga
sanggup menggadaikan bahasanya sendiri demi
mengagungkan bahasa lain. Pengabaian yang melampau
terhadap bahasa ibunda akan menyebabkan kita dihina
dan diperkecilkan. Penggunaan bahasa ibunda akan
membantu memperkukuh kemajuan negara dengan
lebih pesat dan dihormati. Contohnya negara Jepun
yang mana terlalu kecil rakyat negara ini yang pandai
bertutur dalam bahasa asing namun masih gah sebagai
sebuah negara maju. Begitu juga negara Peranchis,
Jerman dan Rusia yang menggunakan bahasa ibunda
sepenuhnya dalam pentadbiran, sosial dan pendidikan.
Namun, di Malaysia yang hampir 54 tahun merdeka,
bahasa Melayu masih gagal menyaingi bahasa bahasa-
bahasa lain terutama bahasa Inggeris.Perkara ini
menjadi tanda tanya kerana bahasa Melayu telah
terbukti mempunyai 300 juta penutur dan tergolong
dalam enam bahasa utama dunia. Siapa yang
meminggirkan bahasa Melayu dan membiarkannya
terus longlai? Kalau diperhalusi, faktor sejarah,
pendidikan, dasar-dasar, sikap pengguna dan cabaran
globalisasi merupakan antara faktor utama yang
menjadikan bahasa Melayu hilang taringnya, pudar
warnanya dan sepi diguna. Kesedaran dan kesungguhan
Dewan Bahasa dan Pustaka serta seluruh lapisan
masyarakat memainkan peranan ke arah memartabatkan
semula bahasa Melayu di Malaysia dan persada
antarabangsa akan menentukan hala tuju bahasa
Melayu. Lestari bangsa kerana bahasa. Yang kurik
kundi, yang merah saga. Yang baik budi, yang indah
bahasa.




                      2
HBML4103 2011

1.0 Pendahuluan

Bahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf memiliki martabat
sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi Bahasa Melayu telah
menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian
agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah
kerajaan Srivijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad
ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak
kegemilangan sebagai bahasa tamaddun Melayu baharu dengan
menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang,
bahasa lmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan
dan bahasa sastera tinggi.


Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa
Melayu pada abad ke-16 sebagai bahasa yang sangat luas tersebarnya
sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan
jejak kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih
jauh dari negeri itu dan di sebelah timurnya sehingga kepulauan
Filipina.


Maruah bangsa itu ialah kemerdekaan. Kemerdekaan ini dapat dilihat
dari segi bahasa, minda, politik, ekonomi, budaya, dan agama. Apabila
kemerdekaan mana-mana aspek itu hilang , maka maruah bangsa juga
tergugat. Kemerdekaan bahasa menentukan kemerdekaan aspek-aspek
lain. Negara-negara yang memilih bahasa peribumi sendiri menjadi
Bahasa      kebangsaan       berhasil   mencapai   kemerdekaan   serta
meningkatkan dan mengekalkan survival mereka sebagai bangsa
bermaruah. Yang tidak menggunakan bahasa peribumi sebagai Bahasa
Kebangsaan masih belum mencapai kemajuan ekonomi.


Model penggunaan bahasa negara sendiri untuk memajukan rakyat dan
negara buakan sahaja sesuatu yang baru, dan dipilih hanya Malaysia.
Model ini telah terbukti kejayaannya di merata tempat. Dalam hal ini,
Rusia yang menggunakan bahasa sendiri didapati mampu menandingi


                         3
HBML4103 2011

banyak negara besar yang lain, sehingga menjadi peneraju yang tiada
tolok bandingnya dalam bidang sains angkasa.


Jerman juga menggunakan bahasa negara sendiri dan amat dikenali
dalam bidang automobil. Beberapa jenama kereta besar dunia adalah
hasil keluaran Jerman. Finland juga merupakan negara pengeluar
telefon bimbit popular dengan jenama Nokia hanya menggunakan
bahasa sendiri.


Di rantau Asia, Jepun dan Korea bangga dengan bahasa sendiri untuk
mendidik anak bangsa dan berjaya dalam bidang teknologi. Sebaliknya
negara seperti India dan Afrika yang mengagungkan bahasa Inggeris
masih gagal untuk keluar dari belenggu kemiskinan sebahagian besar
penduduknya. Nyatalah di sini bahawa tiada bangsa di dunia dapat
mencapai kejayaan dan tamadun tinggi melalui bahasa asing dan
bahasa penjajah.


2.0 Perbincangan dan kupasan isu.


Bahasa Melayu telah menelusuri liku-liku sejarah perkembangan yang
cukup ruwet dan panjang. Sebagai salah satu cabang kelaurga bahasa-
bahasa Austronesia bahasanya telah digunakan dengan begitu meluas
oleh sekitar 300 juta umat dalam gugusan pulau-pulau Melayu-
Polinesia sebagai bahasa serumpun. Ratusan tahun bahasa melayu
berkembang maju menjadi bahasa komunikasi dan bahasa rantau yang
indah. Ratusan tahun persuratan Melayu mengambil kedudukan yang
ghairah. Dari tangan para ulama kitab-kitab besar ditulis, tradisi
keilmuannya di pusat-pusat pengajian tidak kenal ’muflis’, pesantren
dan pondok lahir, ilmu didukung dari awal hingga ke akhir. Dari
zaman ke zaman bahasa Melayu dimajukan, persuratannya melimpah
memenuhi gelanggang pemikiran. Langkahan yang akomodatof,
bijaknya menyesuaikan diri, menerima yang terkini mengukuhkan akal
budi. Dari tradisi lisan dan hikayat, lahir bentuk-bentuk karya kreatif
sastera moden dan bermartabat, dari roman ke novel, dari cerpen ke

                       4
HBML4103 2011

puisi dan drama, begitu kreativiti dan intelektualismenya yang tinggi.
Abad ke-20, suatu abad bangsa serumpun Melayu yang berani, bukan
sekadar memerdekakan pertiwi, tetapi maju mewarnai kehidupan
dengan bentuk dan isi. Mamasuki abad ke-21, dunia bahasa dan
persuratan Melayu yang mengagumkan timur dan barat sejak ratusan
tahun itu, bagaikan kehilangan keyakinan dan keupayaan. Keunikan
bahasa dan persuratannya mulai kehilangan selera pada lidah
bangsanya sendiri.


         2.1 Faktor-faktor Yang Menyebabkan Bahasa Melayu Hilang
            Upaya.


Martabat Bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah di Malaysia dengan
menurunkan darjat bahasa Melayu daripada bahasa besar dan bahasa
perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular
yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-
hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman
penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan dengan bahasa
keturunan yang dibawa oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu
keturunan Cina dan India dengan menjadikannya bahasa pengantar di
sekolah vernakuar Melayu, sama halnya dengan bahasa Cina di
sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernakular
Tamil.


Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu
hanya menjadi bahasa pengantar sekolah Melayu yang terbatas pula
jangkauan bidang ilmu dan kemahirannya. Hal ini direncanakan
dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-mata untuk
menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa
berwibawa     untuk   membebaskan     negara   daripada   cengkaman
penjajahan.


Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains
dan teknologi telah wujud keserongan persepsi terhadap keperluan

                       5
HBML4103 2011

bangsa atau negara memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris
dianggap seperti segala-galanya dan pegangan ini akan memusnahkan
kemajuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Suatu
waktu akan menimbulkan kesan psikologi atau persepsi negatif dalam
kalangan mereka yang mempelajaai bahasa Melayu di luar rantau
Melayu. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam
jentera pentadbiran, sistem pendidikan, perundangan dan beberapa
domain utama kehidupan masyarakat Malaysia selama ini ternafi
dengan mudah.


Penjajah juga membawa masuk unsur-unsur budaya baru dan bangsa
asing yang memaksa rakyat peribumi menggunakan bahasa mereka.
Pendapat ini disokong oleh      Hartmann (1976) yang menyatakan
bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh
penutur atau masyarakat pengguna bahasa. Akibat yang paling ketara
berlaku pertukaran kod dan percampuran kod dalam kalangan penutur.
Hal ini berlaku kerana penutur dwibahasa tidak semestinya
penterjemah yang baik kerana kemahiran menukar kod dari satu
bahasa ke bahasa lain diperoleh secara berasingan dan individu
tersebut mestilah mahir dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam
semua keadaan.


Persepsi baru timbul akibat kekeliruan kepentingan politik atau
keputusan politik yang mempengaruhi pendirian masyarakat sehingga
menjadi bingung. Contohnya di Malaysia masyarakat tertanya-tanya ke
mana Malaysia dalam persoalan bahasa ini? Apakah ’bilingualisme’
atau ’dualisme’ yang mahu dipromosikan suatu gejala yang hampir
sama    sedang   meruntuhkan     kebudayaan     kebangsaan     dengan
mempromosikan kembali ’pluralisme’, ’parallelisme’, ’laisez faire’ dan
tindakan tanpa batas yang membezakan sesuatu yang ’ kebangsaan’
dengan sesuatu yang bersifat ’kesukuan’ atau etnis. Dalam amalan
berbahasa, dasar ’dualisme’ dan ’ parallelisme’ mungkin sesuai
sewaktu acara-acara antarabangsa tetapi tidak dalam acara-acara rasmi.



                       6
HBML4103 2011

Hasil daripada pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pendidikan telah terbukti apabila pada akhir tahun
1980-an dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara mencapai
perkembangan yang mantap dan stabil berdasarkan              kejayaan
melahirkan generasi dari semua kaum yang terdidik melalui bahasa
Melayu. Namun demikian hasrat tersebut menghadapi cabaran paling
getir apabila pengajaran Sains dan Matematik dala bahasa Inggeris
(PPSMI) dilaksanakan pada tahun 2003 di sekolah rendah. Alasan
yang diberikan kerana murid masih tidak menguasai bahasa Inggeris
dengan baik. Pelaksanaan PPSMI telah memberikan kesan di mana
semua mata pelajaran Sains dan Matematik dari peringkat pendidikan
rendah hingga pendidikan tinggi diajarkan dalam bahasa Inggeris
sepenuhnya. Akibatnya peranan bahasa Melayu tercalar sedangkan
bahasa Melayu telah banyak meneroka bidang Sains dan Matematik
dengan menghasilkan lebih 800,000 istilah dan 200,000 buah buku
pelbagai judul.


Dalam sekelip mata , dasar tersebut membawa mesej tentang
ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan secara
langsung meminggirkannya. Pencarian istilah baru akan terbantut. Ini
menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu. Guru yang
mengajar bahasa Melayu juga didapati kurang berketerampilan dalam
pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah.
Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan
secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitan buku-
buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dalam kalangan guru.


Selain itu, perubahan dasar bahasa di institut pendidikan tinggi juga
telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara antara dasar
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Hal
ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat
Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi
Malaysia (2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa
walaupun bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di peringkat

                       7
HBML4103 2011

sekolah, keadaan di peringkat tinggi adalah berbeza. Selama lebih satu
dekad telah wujud dua sistem yang berbeza dengan ketara di peringkat
pendidikan tinggi, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
institut pengajian tinggi awam dan bahasa Inggeris di institut pengajian
tinggi swasta. Perkembangan ini berlaku selepas pelaksanaan Akta
IPTS 1996, banyak IPTS telah diberi pengecualian daripada
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa
Inggeris dijadikan bahasa pengantar di IPTS kerana institusi-institusi
ini kebanyakannya menawarkan kursus-kursus di luar negara.


Namun begitu, dalam laporan yang sama jawatankuasa ini turut
memperakukan supaya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
digunakan sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan rasmi dan bahasa
Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar di IPT dalam
semua mata pelajaran Sains, Matematik dan profesional, manakala
mata pelajaran lain hendaklah diajar dalam bahasa yang paling
berkesan untuk menyampaikan ilmu yang terkandung dalam mata
pelajaran tersebut. Natijahnya, kedudukan bahasa Melayu semakin
terpinggir dan tidak berupaya sepenuhnya sebagai bahasa ilmiah.


Perkembangan era globalisasi memberikan cabaran           baru kepada
bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai
bahasa rojak. Bahasa rojak semakin berkembang luas dalam kalangan
pengguna bahasa. Ini dicirikan dengan penggunaan Bahasa Melayu
yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Kelahiran K-Ekonomi
pula telah membawa perubahan besar kepada semua bentuk perlakuan
dan pemikiran manusia. Penggunaan bahasa Melayu dalam internet
juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan bahasa-
bahasa utama lain di dunia. Penggunaan bahasa Melayu di ruang siber
ini menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang
sembang siber yang memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan
tersendiri iaitu bahasa internet. Muncul perkataan seperti kang (nanti),
akum (assalamualaikum), tipon (telefon), nko(engkau) dan lain-lain.

                        8
HBML4103 2011

Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan
mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat yang
terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa Melayu dan kelihatan
janggal .inilah yang perlu disedari oleh pengguna internet yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar tidak
menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira soal
peraturan yang sedia ada.


Keupayaan Bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak
bergantung kepada keupayaan masyarakat penutur bahasa Melayu itu
sendiri menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Sikap
masyarakat terhadap bahasa Melayu telah menyebabkan kesukaran
untuk meletakkan bahasa Melayu              di persada antarabangsa.
Ketidakyakinan terhadap bahasa ibunda berkembang menjadi bahasa
ilmu dan bahasa antarabangsa dalam kalangan penutur bahasa Melayu
mengakibatkan bahasa Melayu terus tercicir dalam persaingan dengan
bahasa lain di dunia.


Penutur bahasa Melayu lebih senang menggunakan bahasa Inggeris
atau bahasa rojak yang kini semakin menjadi ancaman terhadap
kemurnian bahasa Melayu. Mereka menganggap bahasa Melayu tidak
setanding bahasa Inggeris dan mula meminggirkan Bahasa Melayu
secar perlahan-lahan. Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak
begitu formal sama seperti penggunaan bahasa pasar. Justeru,
penekanan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul harus
diutamakan khususnya dalam laman sesawang yang dikendalikan oleh
anak Malaysia, walaupun menggunakan dwibahasa.


Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan
bahasa   Melayu     dalam   bidang-bidang     yang   telah   ditetapkan
penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh penggunaan
bahasa   Melayu     pentadbiran,   undang-undang,     penyiaran    dan
pendidikan. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan
dengan     kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap

                        9
HBML4103 2011

bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi,
khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran,
penyiaran dan pendidikan.Percampuran ragam bahasa basahan dengan
bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu
kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.


Kita berbahasa tetapi berbahasa untuk tujuan ekonomi dan kemajuan.
Apabila kita melihat dunia hari ini berbahasa Inggeris dalam segala
segi, kita mula mencampur adukkan bahasa baik di dalam filem,
industri , pendidikan malah dalam penggunaan bahasa pemimpin
masyarakat. Tidak salah jika sedikit asimilasi dan transaksi bahasa lain
ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu namun terlalu banyak
penutur dalam kalangan rakyat dan pemimpin yang mengutamakan
bahasa pasaran ekonomi hingga membiarkan lambakan budaya barat
dalam berbahasa.


Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara
apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan
jalan termasuk kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara yang
mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing misalnya precinct,
parcel dan boulevard. Selain itu terdapat kegilaan menggunakan
pangkal perkataan D’ atau De sebelum meletak apa-apa perkataan
seperti D’ Palma Apartmen, D’Utara Restoran yang melambangkan
jiwa dan pemikiran rakyat yang pragmatik dengan populariti budaya
tertentu tanpa menyelidik mengapa ia tersebar dan asal penggunaan
istilah serta kesan kepada jiwa anak-anak bangsa akan datang.


Menurut kenyataan Dr Abu Hassan Hasbullah yang disiarkan dalam
Dewan Bahasa keluaran April 2009, Zentrum Future Study Malaysia
hanya 23 kondominium daripada 1000 kondominium di Malaysia
menggunakan bahasa Melayu atau berunsur tempatan. Istilah seperti
Seri keruing, Restoran Anggerik Biru,Mayang Sari sudah janggal



                       10
HBML4103 2011

apatah lagi bagi menamakan konsultan dan syarikat atas alasan tidak
komersial .


Beberapa gejala yang berlaku kini dengan seriusnya           mencabar
martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Malaysia. Menurut Hashim Musa (1996 ), yang paling serius ialah
penubuhan kolej swasta dan separuh swasta serta institut pengajian
tinggi kerajaan yang kesemuanya berpenghantar Bahasa Inggeris.
Menurut belia lagi, faktor ini ditambah pula oleh arus globalisasi yang
menekankan penggunaan bahasa Inggeris dengan pesatnya. Selain itu,
faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa Inggeris yang
memang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat
atau digugat. Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili        yang
muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa
Inggeris hingga menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dan bahasa kebangsaan.


Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah kini golongan elit
Malaysia timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa
Melayu untuk menjadi bahasa pengantar ilmu sains dan teknologi.
Dengan kata lain wujud krisis keyakinan tentang kemampuan bahasa
Melayu dalam menghuraikan dan mengungkapkan ilmu yang tinggi.
Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia,
sama ada di sektor swasta atau beberapa jabatan kerajaan, terdapat
sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat menyurat ditulis
dalam bahasa lain, contohnya perjanjian jual beli tidak dibuat dalam
bahasa kebangsaan serta sering menimbulkan kekeliruan dan
maklumat yang berbeza seterusnya mencetuskan          banyak masalah
sejak kebelakangan ini.




                       11
HBML4103 2011

        2.2 Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu.


Mentaliti untuk maju hanya dengan berbahasa Inggeris akan
menggagalkan     usaha        pemartabatan   dan    pemerkasaan     bahasa
kebangsaan. Langkah kerajaan mengembalikan             semula pengajaran
Matematik dan Sains kepada bahasa Melayu mulai tahun 2011 dan
secara langsuh memansuhkan PPSMI amat dialu-alukan. Hal ini
diharapkan akan membantu meningkatkan keupayaan bahasa Melayu
bersaing di peringkat global dengan bahasa-bahasa yang lain. Usaha
memartabatkan bahasa Melayu ini telah lama dilaksanakan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka. Usha memperkayakan bahasa Melayu
juga dilaksanakan secara giat dan ketika ini DBP mempunyai istilah
dalam bahasa Melayu yang banyak dan cukup dalam pelbagai bidang
mencakupi sains, teknologi, kejuruteraan dan teknologi. Setakat ini
kira-kira 825,495 istilah dalam pelbagai bidang telah dibukukan serta
DBP telah menerbitakan 41 kamus istilah, 225 daftar istilah dengan
keseluruhan lebih sejuta istilah dalam pelbagai bidang.


Selain itu, pembudayaan bahasa Melayu perlu dimantapkan semula
dari peringkat prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi. Kerajaan
perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha
pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa
Melayu agar dapat diterima di peringkat antarabangsa. Semua program
negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti
memasukkan program bahasa dan persuratan seperti Program Khidmat
Negara, Biro Tatanegara, K3P dan sebagainya. Setiap jabatan juga
perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam
program ”kursus dalam perkhidmatan” masing-masing.


Pemantauan berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa
perlu   dilaksanakan     untuk     memastikan      bahawa   media   massa
melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen pemantapan bahasa yang
baik dan sntun dalam penyiaran, penerbitan program dan bahan.
Tindakan perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan pentadbiran dan

                         12
HBML4103 2011

juga tindakan undang-undang. Program pemasyarakatan bahasa
kebangsaan perlu dirancang oleh kerajaan bersama DBP. Selain itu,
setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah merancang dan
menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan
bahasa Melayu dari semasa ke semasa supaya bahasa Melayu terus
dihormati dan dicintai oleh pelbagai lapisan rakyat.


Gejala peminggiran bahasa boleh diatasi jika Pendaftar Pertubuhan dan
Jabatan Perlesenan mengambil kira permasalahan ini. Berilah galakan
kepada rakyat yang mahu menggunakan istilah bahasa Melayu atau
mengutamakan istilah bernama ketimuran nusantara melalui peluang
tender, kemudahan pemprosesan lesen atau permit, pengiklanan dan
peluang-peluang yang berundur komersil. Hal ini sekali gus akan
meningkatkan daya saing serta memberi harga diri kepada bahasa
kebangsaan kita.


3.0 Kesimpulan dan Penutup.


Bahasa Melayu sedang diasak oleh arus globalisasi dan liberisasi. Jika
bahasa kebangsaan semakin lemah, maka lemahlah bangsa. Semua
pihak perlu sentiasa berusaha meningkatkan daya saing , ketahanan
dan kekreatifan, dan kecemerlangan bahasa Melayu sebagai bahasa
yang unggul. Penutur yang beranggapan bahasa Melayu hanya untuk
orang Melayu mencerminkan kedaifan fakta sejarah dan asal usul
bahasa dan bangsa di negara ini.


Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat.
Persekitaran lokal tiba-tiba bertukar kepada glokal dan akhirnya
menuju global. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak
kampung yang tidak berhubung, kini menjadi sebuah kampung tanpa
sempadan. Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan
remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa
sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas.



                       13
HBML4103 2011

Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai
apabila semua bidang yang penting dberi perhatian yang sama beratnya
termasuk bidang bahasa dan budaya. Dalam konteks pembentukan jati
diri dan citra negara ini pula dasar-dasar yang bersifat endoglosia iaitu
berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah,
kebudayaan dan tamadun di negara dan rantau ini perlu dipertahankan
dan ditingkatkan.


Tidak seharusnya berlaku keadaan negara menuju kejayaan ekonomi
dan industri sementara mengalami          kehancuran dari segi unsur
dalaman bangsa, terutama bahasa dan budaya. Oleh itu kerjasama
antara semua kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor swasta
dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara bersepadu oleh
pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan
pencapaian yang seimbang. Sesungguhnya tiada bangsa di dunia dapat
mencapai kejayaan dan tamadun tinggi melalui bahasa asing dan
bahasa penjajah melainkan menggunakan bahasa ibunda seprti bahasa
Melayu.




                       14
HBML4103 2011


Bibliografi


Abdul Hamid Mahmood. (1996). ” Kemampuan bahasa Melayu
sebagai Bahasa Akademik di Universiti” dalam Jurnal Dewan Bahasa.
40 : 8 Ogos hlm. 715 – 726.


Abdul Ghani Awang. (1997). ”Kewibawaan Bahasa Kebangsaan
Berterusan dalam Akta Pendidikan 1996” dalam Jurnal Dewan
Bahasa. 41 : 2 Februari hlm. 175 – 179.


Awang Sariyan. (1984). Isu-isu bahasa Malaysia.
Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.


Hashim Musa. (1996). ”Gelombang Kedua Hagemoni Bahasa Inggeris
dan kelunturan Status bahasa Melayu : Cabaran dan Saranan” dalam
Jurnal Dewan Bahasa.
40 : 2 Disember hlm.1060 – 1070


”Pertahankan Martabat Bahasa Kebangsaan”.(1998).
Utusan Malaysia. 20 Julai : 3


Puteri Roslina Abdul Wahid. (2011).
HBML4103: Sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Seri Kembangan : Meteor Doc. Sdn Bhd.


Rohani abdul Rahim. (997). Akta pendidikan 1996: Suatu Tinjauan
Perundangan. Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Melayu.


Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1994).
Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian.
Kuala Lumpur : Cahaya Pantai Publishing Sdn. Bhd.


http://dinakan.tripod.com/karya/karya30.html

                       15
HBML4103 2011




16
HBML4103 2011




17
HBML4103 2011




18
HBML4103 2011




19
HBML4103 2011




20
HBML4103 2011




21

Contenu connexe

Tendances

Sejarah Bahasa Indonesia
Sejarah Bahasa IndonesiaSejarah Bahasa Indonesia
Sejarah Bahasa IndonesiaUNIB
 
Periode pertama dalam perkembangan bahasa Indonesia
Periode pertama dalam perkembangan bahasa IndonesiaPeriode pertama dalam perkembangan bahasa Indonesia
Periode pertama dalam perkembangan bahasa IndonesiaPenulis
 
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011kartini16
 
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]Angela Pris
 
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)ShirleyEu1
 
1.sejarah bahasaindonesia
1.sejarah bahasaindonesia1.sejarah bahasaindonesia
1.sejarah bahasaindonesiawidyaandri
 
Tugas makalah b. ind
Tugas makalah b. indTugas makalah b. ind
Tugas makalah b. indtampulu
 
MAKALAH_Sejarah, Kedudukan, dan Fungsi Bahasa Indonesia
MAKALAH_Sejarah, Kedudukan, dan Fungsi Bahasa IndonesiaMAKALAH_Sejarah, Kedudukan, dan Fungsi Bahasa Indonesia
MAKALAH_Sejarah, Kedudukan, dan Fungsi Bahasa IndonesiaShally Rahmawaty
 
Makalah fix
Makalah fixMakalah fix
Makalah fixzhu ma
 
2. sejarah dan perkembangan bahasa indonesia
2. sejarah dan perkembangan bahasa indonesia2. sejarah dan perkembangan bahasa indonesia
2. sejarah dan perkembangan bahasa indonesiabusitisahara
 
Assgment sejarah melayu
Assgment  sejarah  melayu Assgment  sejarah  melayu
Assgment sejarah melayu Ahmad NazRi
 
2. sejarah bahasa indonesia
2. sejarah bahasa indonesia2. sejarah bahasa indonesia
2. sejarah bahasa indonesiatarmizitaher
 
Assgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuAssgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuShon Shawn
 
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]Faisal Rifqi Arbani
 
Sejarah perkembangan
Sejarah perkembanganSejarah perkembangan
Sejarah perkembanganMeil Da
 
sejarah dan perkembangan bahasa indonesia
sejarah dan perkembangan bahasa indonesiasejarah dan perkembangan bahasa indonesia
sejarah dan perkembangan bahasa indonesiaElvarinna Permata
 
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesia
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesiaMakalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesia
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesiaFirlita Nurul Kharisma
 

Tendances (20)

Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asiaTugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
 
Sejarah Bahasa Indonesia
Sejarah Bahasa IndonesiaSejarah Bahasa Indonesia
Sejarah Bahasa Indonesia
 
Periode pertama dalam perkembangan bahasa Indonesia
Periode pertama dalam perkembangan bahasa IndonesiaPeriode pertama dalam perkembangan bahasa Indonesia
Periode pertama dalam perkembangan bahasa Indonesia
 
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
Pembinaan dan pengembangan bahasa melayu di malaysia 2011
 
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
Sejarah Bahasa Indonesia [MK B.Indonesia]
 
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
 
1.sejarah bahasaindonesia
1.sejarah bahasaindonesia1.sejarah bahasaindonesia
1.sejarah bahasaindonesia
 
Tugas makalah b. ind
Tugas makalah b. indTugas makalah b. ind
Tugas makalah b. ind
 
Asal usul bm
Asal usul bmAsal usul bm
Asal usul bm
 
MAKALAH_Sejarah, Kedudukan, dan Fungsi Bahasa Indonesia
MAKALAH_Sejarah, Kedudukan, dan Fungsi Bahasa IndonesiaMAKALAH_Sejarah, Kedudukan, dan Fungsi Bahasa Indonesia
MAKALAH_Sejarah, Kedudukan, dan Fungsi Bahasa Indonesia
 
Makalah fix
Makalah fixMakalah fix
Makalah fix
 
2. sejarah dan perkembangan bahasa indonesia
2. sejarah dan perkembangan bahasa indonesia2. sejarah dan perkembangan bahasa indonesia
2. sejarah dan perkembangan bahasa indonesia
 
Assgment sejarah melayu
Assgment  sejarah  melayu Assgment  sejarah  melayu
Assgment sejarah melayu
 
2. sejarah bahasa indonesia
2. sejarah bahasa indonesia2. sejarah bahasa indonesia
2. sejarah bahasa indonesia
 
Assgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayuAssgment sejarah melayu
Assgment sejarah melayu
 
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]
Makalah sejarah bahasa_indonesia[1]
 
Sejarah perkembangan
Sejarah perkembanganSejarah perkembangan
Sejarah perkembangan
 
Spkbi unit3
Spkbi unit3Spkbi unit3
Spkbi unit3
 
sejarah dan perkembangan bahasa indonesia
sejarah dan perkembangan bahasa indonesiasejarah dan perkembangan bahasa indonesia
sejarah dan perkembangan bahasa indonesia
 
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesia
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesiaMakalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesia
Makalah pkti batasan dan sejarah bahasa indonesia
 

En vedette

Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmAhmad NazRi
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuOh Jenny
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoAdha Fouat
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuNurul Izyan
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuHam Dan
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...Wan Yusof
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahBanding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahAirun Pureluv
 
BM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasikBM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Ahmad NazRi
 
Bahasa melayu bahasa kebangsaan
Bahasa melayu bahasa kebangsaanBahasa melayu bahasa kebangsaan
Bahasa melayu bahasa kebangsaanmithragul
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 

En vedette (16)

Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayu
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
 
Assgnment hbml3403
Assgnment hbml3403Assgnment hbml3403
Assgnment hbml3403
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahBanding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
 
BM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasikBM P1, Bahasa melayu klasik
BM P1, Bahasa melayu klasik
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013Assignment obesiti qgk 3013
Assignment obesiti qgk 3013
 
Bahasa melayu bahasa kebangsaan
Bahasa melayu bahasa kebangsaanBahasa melayu bahasa kebangsaan
Bahasa melayu bahasa kebangsaan
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 

Similaire à Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011

Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi eliza72
 
Prof. dr awang sariyan hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan   hubungan etnikProf. dr awang sariyan   hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan hubungan etnikwafascha
 
SEJARAH BAHASA INDONESIA MKWK TUGASPPT.pdf
SEJARAH BAHASA INDONESIA MKWK TUGASPPT.pdfSEJARAH BAHASA INDONESIA MKWK TUGASPPT.pdf
SEJARAH BAHASA INDONESIA MKWK TUGASPPT.pdfAnnisaMaharaniAT
 
Matlamat pendidikan
Matlamat pendidikanMatlamat pendidikan
Matlamat pendidikanAb.Wahab
 
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesiaTeks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesiaTohir Haliwaza
 
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptxSejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptxsastraindonesia3
 
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAdini201550
 
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam PendidikanKemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikanmumtaz92
 
Kedudukan bahasa indonesia diantara bahasa asing dan bahasa daerah
Kedudukan bahasa indonesia diantara bahasa asing dan bahasa daerahKedudukan bahasa indonesia diantara bahasa asing dan bahasa daerah
Kedudukan bahasa indonesia diantara bahasa asing dan bahasa daerahSiti Farida
 
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiriMalaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiriWafi WinTer KnighYt
 
Tyastyas
TyastyasTyastyas
Tyastyasmb_tyas
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikRafiza Diy
 
PEMERTAHANAN BAHASA DAERAH DI ERA GLOBAL.pptx
PEMERTAHANAN BAHASA DAERAH DI ERA GLOBAL.pptxPEMERTAHANAN BAHASA DAERAH DI ERA GLOBAL.pptx
PEMERTAHANAN BAHASA DAERAH DI ERA GLOBAL.pptxssusere6591c
 

Similaire à Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011 (20)

Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
 
Doc 1
Doc 1Doc 1
Doc 1
 
Prof. dr awang sariyan hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan   hubungan etnikProf. dr awang sariyan   hubungan etnik
Prof. dr awang sariyan hubungan etnik
 
SEJARAH BAHASA INDONESIA MKWK TUGASPPT.pdf
SEJARAH BAHASA INDONESIA MKWK TUGASPPT.pdfSEJARAH BAHASA INDONESIA MKWK TUGASPPT.pdf
SEJARAH BAHASA INDONESIA MKWK TUGASPPT.pdf
 
Matlamat pendidikan
Matlamat pendidikanMatlamat pendidikan
Matlamat pendidikan
 
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesiaTeks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
Teks 2 kedudukan dan fungsi bahasa indonesia
 
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptxSejarah, Fungsi, Kedudukan  Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
Sejarah, Fungsi, Kedudukan Ragam Bahasa Indonesia (2).pptx
 
Bm forum 1
Bm forum 1Bm forum 1
Bm forum 1
 
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
 
Bahan ajar bhs. indonesia
Bahan ajar bhs. indonesiaBahan ajar bhs. indonesia
Bahan ajar bhs. indonesia
 
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam PendidikanKemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
 
Disain Penelitian Kebahasaan
Disain Penelitian KebahasaanDisain Penelitian Kebahasaan
Disain Penelitian Kebahasaan
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Motivasi bahasa
Motivasi bahasaMotivasi bahasa
Motivasi bahasa
 
Kedudukan bahasa indonesia diantara bahasa asing dan bahasa daerah
Kedudukan bahasa indonesia diantara bahasa asing dan bahasa daerahKedudukan bahasa indonesia diantara bahasa asing dan bahasa daerah
Kedudukan bahasa indonesia diantara bahasa asing dan bahasa daerah
 
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiriMalaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri
Malaysia dan nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri
 
Tyastyas
TyastyasTyastyas
Tyastyas
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu Saintifik
 
PEMERTAHANAN BAHASA DAERAH DI ERA GLOBAL.pptx
PEMERTAHANAN BAHASA DAERAH DI ERA GLOBAL.pptxPEMERTAHANAN BAHASA DAERAH DI ERA GLOBAL.pptx
PEMERTAHANAN BAHASA DAERAH DI ERA GLOBAL.pptx
 
B.sejarah bi
B.sejarah biB.sejarah bi
B.sejarah bi
 

Dernier

Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasarrenihartanti
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 

Dernier (20)

Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 

Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011

  • 1. HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 2011 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / TAHUN 2011 HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 640725106482002 NO. KAD PENGNEALAN : 640725 – 10 -6482 NO. TELEFON : 0193702239 E-MEL : hirma-en2629@hotmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : IP TEKNIK
  • 2. HBML4103 2011 ISI KANDUNGAN BBBIL PP PERKARA M MUKA SURAT ABSTRAK 2 1.0 Pendahuluan 3–4 2.0 Perbincangan dan Kupasan Isu 4–5 2.1 Faktor-faktor Yang menyebabkan Bahasa 5 – 11 Melayu Hilang Upaya 2.2 Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu 12 – 13 3.0 Kesimpulan dan Penutup 13 – 14 Bibliografi 15 1
  • 3. HBML4103 2011 ABSTRAK Apabila kita membicarakan mengenai bahasa, perkara pertama yang akan kita kaitkan ialah bangsa seseorang itu. Bahasa melambangkan keagungan sesebuah bangsa dan lemahnya bahasa dalam sesebuah negara boleh menggambarkan lemahnya bangsa tersebut sehingga sanggup menggadaikan bahasanya sendiri demi mengagungkan bahasa lain. Pengabaian yang melampau terhadap bahasa ibunda akan menyebabkan kita dihina dan diperkecilkan. Penggunaan bahasa ibunda akan membantu memperkukuh kemajuan negara dengan lebih pesat dan dihormati. Contohnya negara Jepun yang mana terlalu kecil rakyat negara ini yang pandai bertutur dalam bahasa asing namun masih gah sebagai sebuah negara maju. Begitu juga negara Peranchis, Jerman dan Rusia yang menggunakan bahasa ibunda sepenuhnya dalam pentadbiran, sosial dan pendidikan. Namun, di Malaysia yang hampir 54 tahun merdeka, bahasa Melayu masih gagal menyaingi bahasa bahasa- bahasa lain terutama bahasa Inggeris.Perkara ini menjadi tanda tanya kerana bahasa Melayu telah terbukti mempunyai 300 juta penutur dan tergolong dalam enam bahasa utama dunia. Siapa yang meminggirkan bahasa Melayu dan membiarkannya terus longlai? Kalau diperhalusi, faktor sejarah, pendidikan, dasar-dasar, sikap pengguna dan cabaran globalisasi merupakan antara faktor utama yang menjadikan bahasa Melayu hilang taringnya, pudar warnanya dan sepi diguna. Kesedaran dan kesungguhan Dewan Bahasa dan Pustaka serta seluruh lapisan masyarakat memainkan peranan ke arah memartabatkan semula bahasa Melayu di Malaysia dan persada antarabangsa akan menentukan hala tuju bahasa Melayu. Lestari bangsa kerana bahasa. Yang kurik kundi, yang merah saga. Yang baik budi, yang indah bahasa. 2
  • 4. HBML4103 2011 1.0 Pendahuluan Bahasa Melayu sejak lebih daripada satu alaf memiliki martabat sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Srivijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamaddun Melayu baharu dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa lmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi. Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai bahasa yang sangat luas tersebarnya sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak kerana bahasa itu bukan sahaja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu dan di sebelah timurnya sehingga kepulauan Filipina. Maruah bangsa itu ialah kemerdekaan. Kemerdekaan ini dapat dilihat dari segi bahasa, minda, politik, ekonomi, budaya, dan agama. Apabila kemerdekaan mana-mana aspek itu hilang , maka maruah bangsa juga tergugat. Kemerdekaan bahasa menentukan kemerdekaan aspek-aspek lain. Negara-negara yang memilih bahasa peribumi sendiri menjadi Bahasa kebangsaan berhasil mencapai kemerdekaan serta meningkatkan dan mengekalkan survival mereka sebagai bangsa bermaruah. Yang tidak menggunakan bahasa peribumi sebagai Bahasa Kebangsaan masih belum mencapai kemajuan ekonomi. Model penggunaan bahasa negara sendiri untuk memajukan rakyat dan negara buakan sahaja sesuatu yang baru, dan dipilih hanya Malaysia. Model ini telah terbukti kejayaannya di merata tempat. Dalam hal ini, Rusia yang menggunakan bahasa sendiri didapati mampu menandingi 3
  • 5. HBML4103 2011 banyak negara besar yang lain, sehingga menjadi peneraju yang tiada tolok bandingnya dalam bidang sains angkasa. Jerman juga menggunakan bahasa negara sendiri dan amat dikenali dalam bidang automobil. Beberapa jenama kereta besar dunia adalah hasil keluaran Jerman. Finland juga merupakan negara pengeluar telefon bimbit popular dengan jenama Nokia hanya menggunakan bahasa sendiri. Di rantau Asia, Jepun dan Korea bangga dengan bahasa sendiri untuk mendidik anak bangsa dan berjaya dalam bidang teknologi. Sebaliknya negara seperti India dan Afrika yang mengagungkan bahasa Inggeris masih gagal untuk keluar dari belenggu kemiskinan sebahagian besar penduduknya. Nyatalah di sini bahawa tiada bangsa di dunia dapat mencapai kejayaan dan tamadun tinggi melalui bahasa asing dan bahasa penjajah. 2.0 Perbincangan dan kupasan isu. Bahasa Melayu telah menelusuri liku-liku sejarah perkembangan yang cukup ruwet dan panjang. Sebagai salah satu cabang kelaurga bahasa- bahasa Austronesia bahasanya telah digunakan dengan begitu meluas oleh sekitar 300 juta umat dalam gugusan pulau-pulau Melayu- Polinesia sebagai bahasa serumpun. Ratusan tahun bahasa melayu berkembang maju menjadi bahasa komunikasi dan bahasa rantau yang indah. Ratusan tahun persuratan Melayu mengambil kedudukan yang ghairah. Dari tangan para ulama kitab-kitab besar ditulis, tradisi keilmuannya di pusat-pusat pengajian tidak kenal ’muflis’, pesantren dan pondok lahir, ilmu didukung dari awal hingga ke akhir. Dari zaman ke zaman bahasa Melayu dimajukan, persuratannya melimpah memenuhi gelanggang pemikiran. Langkahan yang akomodatof, bijaknya menyesuaikan diri, menerima yang terkini mengukuhkan akal budi. Dari tradisi lisan dan hikayat, lahir bentuk-bentuk karya kreatif sastera moden dan bermartabat, dari roman ke novel, dari cerpen ke 4
  • 6. HBML4103 2011 puisi dan drama, begitu kreativiti dan intelektualismenya yang tinggi. Abad ke-20, suatu abad bangsa serumpun Melayu yang berani, bukan sekadar memerdekakan pertiwi, tetapi maju mewarnai kehidupan dengan bentuk dan isi. Mamasuki abad ke-21, dunia bahasa dan persuratan Melayu yang mengagumkan timur dan barat sejak ratusan tahun itu, bagaikan kehilangan keyakinan dan keupayaan. Keunikan bahasa dan persuratannya mulai kehilangan selera pada lidah bangsanya sendiri. 2.1 Faktor-faktor Yang Menyebabkan Bahasa Melayu Hilang Upaya. Martabat Bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah di Malaysia dengan menurunkan darjat bahasa Melayu daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari- hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan dengan bahasa keturunan yang dibawa oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya bahasa pengantar di sekolah vernakuar Melayu, sama halnya dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernakular Tamil. Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya menjadi bahasa pengantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan kemahirannya. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-mata untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan. Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi telah wujud keserongan persepsi terhadap keperluan 5
  • 7. HBML4103 2011 bangsa atau negara memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap seperti segala-galanya dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Suatu waktu akan menimbulkan kesan psikologi atau persepsi negatif dalam kalangan mereka yang mempelajaai bahasa Melayu di luar rantau Melayu. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam jentera pentadbiran, sistem pendidikan, perundangan dan beberapa domain utama kehidupan masyarakat Malaysia selama ini ternafi dengan mudah. Penjajah juga membawa masuk unsur-unsur budaya baru dan bangsa asing yang memaksa rakyat peribumi menggunakan bahasa mereka. Pendapat ini disokong oleh Hartmann (1976) yang menyatakan bahawa kedwibahasaan melibatkan penggunaan dua bahasa oleh penutur atau masyarakat pengguna bahasa. Akibat yang paling ketara berlaku pertukaran kod dan percampuran kod dalam kalangan penutur. Hal ini berlaku kerana penutur dwibahasa tidak semestinya penterjemah yang baik kerana kemahiran menukar kod dari satu bahasa ke bahasa lain diperoleh secara berasingan dan individu tersebut mestilah mahir dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam semua keadaan. Persepsi baru timbul akibat kekeliruan kepentingan politik atau keputusan politik yang mempengaruhi pendirian masyarakat sehingga menjadi bingung. Contohnya di Malaysia masyarakat tertanya-tanya ke mana Malaysia dalam persoalan bahasa ini? Apakah ’bilingualisme’ atau ’dualisme’ yang mahu dipromosikan suatu gejala yang hampir sama sedang meruntuhkan kebudayaan kebangsaan dengan mempromosikan kembali ’pluralisme’, ’parallelisme’, ’laisez faire’ dan tindakan tanpa batas yang membezakan sesuatu yang ’ kebangsaan’ dengan sesuatu yang bersifat ’kesukuan’ atau etnis. Dalam amalan berbahasa, dasar ’dualisme’ dan ’ parallelisme’ mungkin sesuai sewaktu acara-acara antarabangsa tetapi tidak dalam acara-acara rasmi. 6
  • 8. HBML4103 2011 Hasil daripada pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan telah terbukti apabila pada akhir tahun 1980-an dasar bahasa dalam sistem pendidikan negara mencapai perkembangan yang mantap dan stabil berdasarkan kejayaan melahirkan generasi dari semua kaum yang terdidik melalui bahasa Melayu. Namun demikian hasrat tersebut menghadapi cabaran paling getir apabila pengajaran Sains dan Matematik dala bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan pada tahun 2003 di sekolah rendah. Alasan yang diberikan kerana murid masih tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Pelaksanaan PPSMI telah memberikan kesan di mana semua mata pelajaran Sains dan Matematik dari peringkat pendidikan rendah hingga pendidikan tinggi diajarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Akibatnya peranan bahasa Melayu tercalar sedangkan bahasa Melayu telah banyak meneroka bidang Sains dan Matematik dengan menghasilkan lebih 800,000 istilah dan 200,000 buah buku pelbagai judul. Dalam sekelip mata , dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan secara langsung meminggirkannya. Pencarian istilah baru akan terbantut. Ini menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu. Guru yang mengajar bahasa Melayu juga didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitan buku- buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dalam kalangan guru. Selain itu, perubahan dasar bahasa di institut pendidikan tinggi juga telah menyebabkan berlakunya perbezaan yang ketara antara dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Hal ini diperakui oleh Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia (2006) yang menjelaskan jawatankuasa mendapati bahawa walaupun bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di peringkat 7
  • 9. HBML4103 2011 sekolah, keadaan di peringkat tinggi adalah berbeza. Selama lebih satu dekad telah wujud dua sistem yang berbeza dengan ketara di peringkat pendidikan tinggi, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institut pengajian tinggi awam dan bahasa Inggeris di institut pengajian tinggi swasta. Perkembangan ini berlaku selepas pelaksanaan Akta IPTS 1996, banyak IPTS telah diberi pengecualian daripada menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di IPTS kerana institusi-institusi ini kebanyakannya menawarkan kursus-kursus di luar negara. Namun begitu, dalam laporan yang sama jawatankuasa ini turut memperakukan supaya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan rasmi dan bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar di IPT dalam semua mata pelajaran Sains, Matematik dan profesional, manakala mata pelajaran lain hendaklah diajar dalam bahasa yang paling berkesan untuk menyampaikan ilmu yang terkandung dalam mata pelajaran tersebut. Natijahnya, kedudukan bahasa Melayu semakin terpinggir dan tidak berupaya sepenuhnya sebagai bahasa ilmiah. Perkembangan era globalisasi memberikan cabaran baru kepada bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai bahasa rojak. Bahasa rojak semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna bahasa. Ini dicirikan dengan penggunaan Bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Kelahiran K-Ekonomi pula telah membawa perubahan besar kepada semua bentuk perlakuan dan pemikiran manusia. Penggunaan bahasa Melayu dalam internet juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan bahasa- bahasa utama lain di dunia. Penggunaan bahasa Melayu di ruang siber ini menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri iaitu bahasa internet. Muncul perkataan seperti kang (nanti), akum (assalamualaikum), tipon (telefon), nko(engkau) dan lain-lain. 8
  • 10. HBML4103 2011 Fenomena ini merupakan unsur perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa Melayu dan kelihatan janggal .inilah yang perlu disedari oleh pengguna internet yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar tidak menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira soal peraturan yang sedia ada. Keupayaan Bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak bergantung kepada keupayaan masyarakat penutur bahasa Melayu itu sendiri menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu telah menyebabkan kesukaran untuk meletakkan bahasa Melayu di persada antarabangsa. Ketidakyakinan terhadap bahasa ibunda berkembang menjadi bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa dalam kalangan penutur bahasa Melayu mengakibatkan bahasa Melayu terus tercicir dalam persaingan dengan bahasa lain di dunia. Penutur bahasa Melayu lebih senang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak yang kini semakin menjadi ancaman terhadap kemurnian bahasa Melayu. Mereka menganggap bahasa Melayu tidak setanding bahasa Inggeris dan mula meminggirkan Bahasa Melayu secar perlahan-lahan. Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal sama seperti penggunaan bahasa pasar. Justeru, penekanan terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul harus diutamakan khususnya dalam laman sesawang yang dikendalikan oleh anak Malaysia, walaupun menggunakan dwibahasa. Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh penggunaan bahasa Melayu pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap 9
  • 11. HBML4103 2011 bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan.Percampuran ragam bahasa basahan dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi. Kita berbahasa tetapi berbahasa untuk tujuan ekonomi dan kemajuan. Apabila kita melihat dunia hari ini berbahasa Inggeris dalam segala segi, kita mula mencampur adukkan bahasa baik di dalam filem, industri , pendidikan malah dalam penggunaan bahasa pemimpin masyarakat. Tidak salah jika sedikit asimilasi dan transaksi bahasa lain ke dalam perbendaharaan bahasa Melayu namun terlalu banyak penutur dalam kalangan rakyat dan pemimpin yang mengutamakan bahasa pasaran ekonomi hingga membiarkan lambakan budaya barat dalam berbahasa. Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan termasuk kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing misalnya precinct, parcel dan boulevard. Selain itu terdapat kegilaan menggunakan pangkal perkataan D’ atau De sebelum meletak apa-apa perkataan seperti D’ Palma Apartmen, D’Utara Restoran yang melambangkan jiwa dan pemikiran rakyat yang pragmatik dengan populariti budaya tertentu tanpa menyelidik mengapa ia tersebar dan asal penggunaan istilah serta kesan kepada jiwa anak-anak bangsa akan datang. Menurut kenyataan Dr Abu Hassan Hasbullah yang disiarkan dalam Dewan Bahasa keluaran April 2009, Zentrum Future Study Malaysia hanya 23 kondominium daripada 1000 kondominium di Malaysia menggunakan bahasa Melayu atau berunsur tempatan. Istilah seperti Seri keruing, Restoran Anggerik Biru,Mayang Sari sudah janggal 10
  • 12. HBML4103 2011 apatah lagi bagi menamakan konsultan dan syarikat atas alasan tidak komersial . Beberapa gejala yang berlaku kini dengan seriusnya mencabar martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Menurut Hashim Musa (1996 ), yang paling serius ialah penubuhan kolej swasta dan separuh swasta serta institut pengajian tinggi kerajaan yang kesemuanya berpenghantar Bahasa Inggeris. Menurut belia lagi, faktor ini ditambah pula oleh arus globalisasi yang menekankan penggunaan bahasa Inggeris dengan pesatnya. Selain itu, faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa dalam sektor swasta yang tidak pernah tergugat atau digugat. Di samping itu, wujud golongan Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris hingga menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa kebangsaan. Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah kini golongan elit Malaysia timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa pengantar ilmu sains dan teknologi. Dengan kata lain wujud krisis keyakinan tentang kemampuan bahasa Melayu dalam menghuraikan dan mengungkapkan ilmu yang tinggi. Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta atau beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat menyurat ditulis dalam bahasa lain, contohnya perjanjian jual beli tidak dibuat dalam bahasa kebangsaan serta sering menimbulkan kekeliruan dan maklumat yang berbeza seterusnya mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini. 11
  • 13. HBML4103 2011 2.2 Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu. Mentaliti untuk maju hanya dengan berbahasa Inggeris akan menggagalkan usaha pemartabatan dan pemerkasaan bahasa kebangsaan. Langkah kerajaan mengembalikan semula pengajaran Matematik dan Sains kepada bahasa Melayu mulai tahun 2011 dan secara langsuh memansuhkan PPSMI amat dialu-alukan. Hal ini diharapkan akan membantu meningkatkan keupayaan bahasa Melayu bersaing di peringkat global dengan bahasa-bahasa yang lain. Usaha memartabatkan bahasa Melayu ini telah lama dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Usha memperkayakan bahasa Melayu juga dilaksanakan secara giat dan ketika ini DBP mempunyai istilah dalam bahasa Melayu yang banyak dan cukup dalam pelbagai bidang mencakupi sains, teknologi, kejuruteraan dan teknologi. Setakat ini kira-kira 825,495 istilah dalam pelbagai bidang telah dibukukan serta DBP telah menerbitakan 41 kamus istilah, 225 daftar istilah dengan keseluruhan lebih sejuta istilah dalam pelbagai bidang. Selain itu, pembudayaan bahasa Melayu perlu dimantapkan semula dari peringkat prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Melayu agar dapat diterima di peringkat antarabangsa. Semua program negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti memasukkan program bahasa dan persuratan seperti Program Khidmat Negara, Biro Tatanegara, K3P dan sebagainya. Setiap jabatan juga perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam program ”kursus dalam perkhidmatan” masing-masing. Pemantauan berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa media massa melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen pemantapan bahasa yang baik dan sntun dalam penyiaran, penerbitan program dan bahan. Tindakan perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan pentadbiran dan 12
  • 14. HBML4103 2011 juga tindakan undang-undang. Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan perlu dirancang oleh kerajaan bersama DBP. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah merancang dan menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari semasa ke semasa supaya bahasa Melayu terus dihormati dan dicintai oleh pelbagai lapisan rakyat. Gejala peminggiran bahasa boleh diatasi jika Pendaftar Pertubuhan dan Jabatan Perlesenan mengambil kira permasalahan ini. Berilah galakan kepada rakyat yang mahu menggunakan istilah bahasa Melayu atau mengutamakan istilah bernama ketimuran nusantara melalui peluang tender, kemudahan pemprosesan lesen atau permit, pengiklanan dan peluang-peluang yang berundur komersil. Hal ini sekali gus akan meningkatkan daya saing serta memberi harga diri kepada bahasa kebangsaan kita. 3.0 Kesimpulan dan Penutup. Bahasa Melayu sedang diasak oleh arus globalisasi dan liberisasi. Jika bahasa kebangsaan semakin lemah, maka lemahlah bangsa. Semua pihak perlu sentiasa berusaha meningkatkan daya saing , ketahanan dan kekreatifan, dan kecemerlangan bahasa Melayu sebagai bahasa yang unggul. Penutur yang beranggapan bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu mencerminkan kedaifan fakta sejarah dan asal usul bahasa dan bangsa di negara ini. Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal tiba-tiba bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tidak berhubung, kini menjadi sebuah kampung tanpa sempadan. Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. 13
  • 15. HBML4103 2011 Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang yang penting dberi perhatian yang sama beratnya termasuk bidang bahasa dan budaya. Dalam konteks pembentukan jati diri dan citra negara ini pula dasar-dasar yang bersifat endoglosia iaitu berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah, kebudayaan dan tamadun di negara dan rantau ini perlu dipertahankan dan ditingkatkan. Tidak seharusnya berlaku keadaan negara menuju kejayaan ekonomi dan industri sementara mengalami kehancuran dari segi unsur dalaman bangsa, terutama bahasa dan budaya. Oleh itu kerjasama antara semua kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor swasta dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara bersepadu oleh pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan pencapaian yang seimbang. Sesungguhnya tiada bangsa di dunia dapat mencapai kejayaan dan tamadun tinggi melalui bahasa asing dan bahasa penjajah melainkan menggunakan bahasa ibunda seprti bahasa Melayu. 14
  • 16. HBML4103 2011 Bibliografi Abdul Hamid Mahmood. (1996). ” Kemampuan bahasa Melayu sebagai Bahasa Akademik di Universiti” dalam Jurnal Dewan Bahasa. 40 : 8 Ogos hlm. 715 – 726. Abdul Ghani Awang. (1997). ”Kewibawaan Bahasa Kebangsaan Berterusan dalam Akta Pendidikan 1996” dalam Jurnal Dewan Bahasa. 41 : 2 Februari hlm. 175 – 179. Awang Sariyan. (1984). Isu-isu bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti. Hashim Musa. (1996). ”Gelombang Kedua Hagemoni Bahasa Inggeris dan kelunturan Status bahasa Melayu : Cabaran dan Saranan” dalam Jurnal Dewan Bahasa. 40 : 2 Disember hlm.1060 – 1070 ”Pertahankan Martabat Bahasa Kebangsaan”.(1998). Utusan Malaysia. 20 Julai : 3 Puteri Roslina Abdul Wahid. (2011). HBML4103: Sejarah perkembangan bahasa Melayu. Seri Kembangan : Meteor Doc. Sdn Bhd. Rohani abdul Rahim. (997). Akta pendidikan 1996: Suatu Tinjauan Perundangan. Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Melayu. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1994). Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian. Kuala Lumpur : Cahaya Pantai Publishing Sdn. Bhd. http://dinakan.tripod.com/karya/karya30.html 15