SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
Télécharger pour lire hors ligne
MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA
Course Leader:Sharliana Che Ani
COURSE NOTES
MODUL E : Dasar Utama
Subtopik 13 : Dasar Pembangunan Sosial
1.1 Pengenalan
Perlaksanaan dasar pembangunan sosial dilakukan bertujuan membentuk masyarakat
Malaysia dan generasi berikutnya yang lebih maju dan berdaya saing di samping
mempunyai nilai-nilai moral yang utuh di dalam diri masing-masing.
2.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan
•
•
•

Kerajaan berusaha menggantikan pendidikan penjajah kepada system
pendidikan yang memenuhi kehendak negara
DPK lahir daripada Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pendidikan 1957
Laporan Rahman Talib 1960 digunakan untuk memperkemaskan Ordianan
Pendidikan 1957 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkukuhkan lagi
melalui Akta Pendidikan 1961

MATLAMAT
• Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih
• Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga
kerja
• Menggalakkan perkembangan kebudayaan, social dan politik negara
STRATEGI
• Menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar yang utama
• Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah
• Perkenalkan KBSR (1982) dan KBSM (1988)
• Pertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan
• Galakkan aktiviti ko-kurikul yang dapat pupuk disiplin dan perpaduan
- Falsafah
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.
-

Pencapaian

1
-

Penubuhan pusat pra-sekolah daripada 6960 buah pada 1990 kepada 10 350
pada tahun 1995
Program literasi komputer dibuat bagi mendedahkan pelajar kepada
pengetahuan asas komputer.
Perisian komputer bagi matematik dan bahasa inggeri diwujudkan.
Penyertaan sector swasta dalam pendidikan tinggi di mana kursus yang telah
ditawarkan di peringkat sijil, diploma dan ijazah.
Syarikat awam seperti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad
juga telah menjalankan kursus di peringkat tinggi dalam bidang kejuruteraan
dan teknologi maklumat..
Perlaksanaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 telah
membolehkan sector swasta institusi yang menganugerahkan sijil.
Universiti asing juga boleh menubuhkan kampus cawangan dalam negara ini.

3.1 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Idea untuk mewujudkan Dasar kebudayaan kebangsaan timbul hasil daripada gagasan
kongres Kebudayaan kebangsaan 1971. Dasar ini digubal agar dapat menjadi garis
panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identity negara di kalangan
dunia antarabangsa. Kementerian yang bertanggungjawab merancang, mengawal dan
menyelia dan melaksana Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
-

Falsafah
i.
ii.
iii.

i.

-

Kebudayaan rakyat asal rantau
Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain
Islam menjadi unsur utama dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan
Pemulihan dan pemeliharaan dan pembangunan
kebudayaa ke arah menguatkan asas-asas
kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama
penyelidikan,
pembangunan,
pendidikan
,
pengembangan dan perhubungan budaya.
Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya
melalui usaha membimbing dan melatih peminat,
pendokong dan penggerak kebudayaan dengan lebih
meluas sebagai jentera pembangunan yang
berkesan.
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah
kesedaran
kebangsaan,
kenegaraan
dan
nasionalisme Malaysia.
Memenuhi keperluan sosio budaya
Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Perlaksanaan

ii.

iii.
iv.
v.

- Pencapaian
Pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum serta nilai murni Islam telah
dilaksanakan. Identiti kewarganegaraan dan seni budaya Malasia dapat dilihat
dalam perayaan antarabangsa dan aktiviti tempatan sama ada di peringkat rasmi
atau tidak rasmi.

2
Walau bagaimanapun berlaku masalah pencemaran bahasa yang tidak terkawal,
penamaan dan perancangan taman-taman perumahan, perbandaran, seni bina yang
tidak mencerminkan identity Malaysia. Malah berlaku juga kemasukan unsurunsur seni dan muzik luar yang tiada kaitan dengan budaya asal rantau ini.
4.1 Dasar Wanita Negara
1.1 Selaras dengan semangat negara merdeka yang sedang membangun, Dasar Wanita
Negara ini mendukung cita-cita Negara dan Perlembagaannya bagi menjamin
kedaulatan, kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia untuk
semua rakyat.
1.2 Memandangkan kaum wanita berupa potensi sumber pembangunan yang baru
mendapat pengiktirafan, maka Dasar wanita ini bermaksud untuk memberi panduan
dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-program
pembangunan negara semoga kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai, baik
sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat moden.
1.3 Menyedari hakikat bahawa perpaduan adalah asas bagi semua kemajuan dan
pembangunan negara kita, Dasar ini menekankan betapa perlunya disusun rancangan
yang teguh dan berkesan untuk menimbulkan konsep perpaduan di kalangan individu
serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
1.4 Wanita telah sekian lama memainkan peranan aktif sebagai penyokong dalam
bidang politik negara. Pembangunan ialah satu proses yang memerlukan penglibatan
sepenuhnya daripada lelaki dan wanita. Oleh itu Dasar ini mengulangi pendirian yang
menekankan penglibatan wanita yang aktif dan bererti dalam bidang politik.
1.5 Dasar ini mengambil kira minat, usaha dan penglibatan Kerajaan, kehendakkehendak pertubuhan bagi menyokong beberapa resolusi di peringkat antarabangsa,
kehendak-kehendak pertubuhan wanita Malaysia serta penubuhan jentera penggerak
di peringkat Kerajaan Pusat, iaitu Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA).
1.6 Beberapa dokumen penting telah dirujuk dalam pembentukan Dasar ini. Di antara
yang penting termasuklah:
a. Resolusi Persidangan Akhir Dekad Wanita Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu
(1975-1985) yang berlangsung di Nairobi, Kenya, pada tahun 1985 yang
bertemakan “Forward Looking Strategies” bagi menghadapi tahun 2000.
Resolusi-resolusi yang terkandung di dalam risalah antarabangsa ini telah pun
diterima sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
b. Penyataan Dasar “Commonwealth Secretariat” mengenai wanita dan
pembangunan yang ditandatangani oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di
Nassau, Bahamas 1985.
c. “Commonwealth Plan of Action” bagi menyokong keberkesanan penyataan
Dasar di atas yang disahkan oleh Kerajaan Malaysia di Mesyuarat Ketua-ketua
Kerajaan Komanwel pada tahun 1987 di Vancouver, Kanada.

3
d. Syor-syor yang dibuat oleh Persidangan Menteri-menteri Yang
Bertanggungjawab Bagi Hal Ehwal Wanita di Harare, Zimbabwe, 1987, yang
menyeru setiap Kerajaan supaya membentuk satu dasar mengenai wanita dan
pembangunan untuk diintegrasikan ke dalam rancangan pembangunan negara.
e. Kertas kerja dasar yang disediakan oleh Majlis Penasihat Kebangsaan
Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) dan diluluskan
oleh Majlis di mesyuaratnya pada 31 Januari 1986.
1.7 Di peringkat dalam negeri pula, beberapa perundingan dan bengkel telah diadakan
oleh HAWA dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia
(NCWO) bagi mendapatkan kata sepakat dan sokongan bagi syor-syor antarabangsa
itu. Penglibatan Kerajaan telah diperolehi dalam semua peringkat usaha ini.
II. MATLAMAT DASAR WANITA
2.1 Matlamat utama Dasar Wanita Negara ini ialah:
a. Bagi menjaminkan perkongsian saksama dalam memperoleh kemudahan
sumber, maklumat, peluang penyertaan dan manfaat pembangunan kepada
lelaki dan wanita. Matlamat persamaan dan kesaksamaan hendaklah dijadikan
teras dasar pembangunan yang berorientasikan rakyat, supaya wanita, yang
berupa separuh jumlah penduduk negara, dapat menyumbangkan dan
mencapai potensi mereka sepenuhnya.
b. Bagi mengintegrasikan wanita dalam semua sector pembangunan negara
selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita bagi mempertingkatkan
mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta
huruf, dan menegakkan negara aman, makmur dan sentosa.
III. PRINSIP DAN GARIS PANDUAN UTAMA
3.1 Prinsip dan panduan utama Dasar Wanita ialah:
a. Bahawa Dasar Wanita ini hendaklah diselaraskan dengan dasar pembangunan
negara, yang berlandaskan keluhuran Perlembagaan berkaitan dengan hak
asasi rakyat, perlindungan undang-undang, perpaduan dan kebebasan.
b. Bahawa Dasar ini mengutamakan penyertaan dan penglibatan aktif bersama
kaum wanita dan lelaki dalam proses pembangunan, baik di peringkat
perancangan, mahupun di peringkat pelaksanaan dan penilaian impaknya.
c. Bahawa Dasar ini mengambil kira potensi tenaga manusia yang separuhnya
terdiri daripada kaum wanita. Pengembangan dan pengintegrasian tenaga
wanita hendaklah tidak terbatas kepada sektor-sektor tradisional sahaja, malah
hendaklah menembusi semua sektor dan lapisan ekonomi, sosial, politik dan
budaya.
d. Bahawa usaha pengintegrasi wanita dalam pembangunan hendaklah berupa
tanggungjawab bersama sektor-sektor Kerajaan dan bukan Kerajaan.
Pelaksanaan dasar ini adalah fungsi umum, bukan terbatas kepada satu jantina,
ataupun sektor dan agensi tertentu.

4
e. Bahawa keperluan istimewa dan sifat kewanitaan tidak terjejas;
tanggungjawab keibuan dan keluarga tidak dikorbankan dan maruah, moral
dan nilai kehormatan wanita tidak diabaikan.
f. Bahawa taraf pendidikan dan keilmuan yang luas dan mendalam
dipertingkatkan bagi kaum wanita sejajar dengan peranan dan penglibatan
mereka dalam dunia dan masyarakat yang moden dan dinamis.
g. Bahawa sebarang diskriminasi yang berasaskan jantina yang merugikan kaum
wanita dihapuskan dalam semua pertimbangan sewaktu membuat keputusan
dan tindakan-tindakan selanjutnya.
h. Bahawa maklumat mengenai sasaran dan kesan rancangan pembangunan
hendaklah mengandungi data keberkesanannya terhadap kaum wanita.
IV. STRATEGI-STRATEGI BAGI PELAKSANAAN DASAR
4.1 Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan wanita
beberapa strategi diperturunkan bagi menjaminkan kecekapan, keberkesanan,
keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan:
a. Membangkitkan kesedaran, kepekaan dan kefahaman semua pihak mengenai
isu dan kedudukan wanita.
b. Menyalurkan isu-isu wanita menerusi agensi pusat kepada institusi-institusi
dan birokrasi Kerajaan dalam bentuk peraturan pentadbiran, sikap dan
komitmen pihak pelaksanaan dasar.
c. Merancangkan pengagihan sumber-sumber kepada pelbagai sektor yang
mengendalikan program berkaitan dengan isu-isu wanita.
d. Mendapatkan kerjasama di antara sektor-sektor Kerajaan dan di antara
Kerajaan dengan bukan Kerajaan dalam proses pemusatan usaha-usaha bagi
meningkatkan penglibatan wanita dalam pembangunan.
V. STRATEGI DAN JANGKA MASA TINDAKAN
5.1 Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita Sebagai Jentera Pembangunan Wanita
Jentera negara bagi kemajuan ialah HAWA yang diletak dibawah
Jabatan Perdana Menteri. Adalah wajar HAWA dipertingkatkan kuasa
dan tarafnya dengan mewujudkan perhubungan dengan setiap
Kementerian, mengadakan Penyelaras di setiap negeri supaya dapat
bertindak dengan lebih berkesan mengenai hal ehwal wanita serta
dapat mewujudkan program-program pembangunan tertentu bagi
wanita
di
semua
peringkat.
Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan.
5.2 Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan Supaya Memasukkan
Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Pengawasan Program-program Pengintegrasian
Wanita.
Dalam penggubalan dasar, perundangan, peraturan dan program oleh
apa juga sektor atau agensi, pertimbangan mestilah dibuat tentang

5
sumbangan dan implikasinya terhadap wanita; impak dan kesan yang
negatif terhadap wanita hendaklah diawasi. Satu sistem penyelarasan
dan kawalan bagi program-program yang komprehensif hendaklah
diwujudkan bagi mengelakkan kesan-kesan negatif dan juga bagi
mengesani rintangan dan masalah, sama ada dari segi undang-undang,
mahu pun dari segi amalan, supaya tindakan sewajarnya dapat diambil
bagi
mengatasinya.
Semua program pembangunan mestilah mempunyai strategi yang
menguntungkan wanita; penglibatan wanita di semua peringkat,
daripada peringkat awal perancangan hingga ke peringkat penilaian, di
peringkat nasional dan juga di peringkat tempatan, hendaklah terjamin.
Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan.
5.3 Pendidikan dan Latihan Untuk Menyedarkan Pihak Pentadbiran Kerajaan
Mengenai Isu Wanita
Bagi membangkitkan kesedaran dan komitmen institusi dan agensi
Kerajaan, program latihan kepekaan jantina (gender sensitizing) di
berbagai-bagai peringkat hendaklah diadakan. Di samping itu, program
latihan mengenai wanita dan pembangunan hendaklah diadakan
berterusan
untuk
kakitangan
Kerajaan.
Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan.
5.4 Penglibatan Badan-Badan Bukan Kerajaan
Kerajaan hendaklah berusaha melibatkan, dengan lebih giat dan
berkesan lagi, semua organisasi bukan Kerajaan (NGO) dan badanbadan sukarela, dalam program dan tindakan pembangunan wanita.
Dengan demikian, usaha negara bagi mengintegrasikan wanita dalam
pembangunan dapat diperkuatkan lagi.
Bantuan kewangan, teknikal, nasihat dan institusi hendaklah
diperuntukkan berterusan kepada persatuan-persatuan wanita bagi
menggalakkan dan mempertingkatkan perkhidmatan mereka.
Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan.
5.5 Membasmi Diskriminasi dan Mengambil Tindakan Tegas
Langkah-langkah khusus hendaklah diambil bagi membasmi
diskriminasi terhadap wanita di mana hal ini berlaku. Dalam konteks
ini, kelemahan undang-undang bagi menjaminkan hak wanita
hendaklah dibaiki melalui tindakan-tindakan tegas. Tumpuan khas
hendaklah dihalakan kepada kawasan-kawasan kurang maju di luar
bandar, wanita yang tidak terdaya dan cacat, wanita dalam pekerjaan,
wanita dan keperluan kesihatan, dan wanita dan peluang pendidikan.

6
Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan.
5.6 Memajukan dan Menyelaraskan Penyelidikan Mengenai Isu Wanita
Menyedari hakikat bahawa kurangnya data dan maklumat mengenai
kedudukan wanita sebenarnya, maka Kerajaan hendaklah menggalak
dan membantu penyelidikan dan kajian mengenai wanita. Di samping
itu Kerajaan hendaklah menentukan bahawa segala pengumpulan data
dan maklumat oleh berbagai-bagai sektor dan agensi kerajaan
mengasing-asingkan butiran maklumat mengikut jantina. Dengan
demikian, keperluan dan kesan program pembangunan dapat
dikenalpasti supaya dasar serta tindakan lanjut dapat diambil.
Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan.
5.7 Peruntukan Anggaran Belanjawan
Kerajaan hendaklah menentukan bahawa Kementerian-kementerian
dan Agensi-agensi yang berkenaan menggunakan peruntukan yang
telah diluluskan dengan mengubah suai tindakan bagi memenuhi
program
dan
projek
pembangunan
wanita.
Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan.
VI. RANCANGAN TINDAKAN MENGIKUT SEKTOR
Agar Dasar Wanita ini terlaksana dengan sempurna dan menyeluruh, beberapa
strategi disenaraikan, ditinjau dari sudut-sudut yang amat berkait rapat dengan
kemajuan dan pembangunan kaum wanita.
6.1 Jentera Nasional Bagi Pengintegrasian Wanita Dalam Pembangunan
Penubuhan HAWA sebagai unit di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Urusetia
kepada Majlis Penasihat Mengenai Pengintegrasian Wanita Dalam Pembangunan
(NACIWID) adalah satu langkah yang positif. Selaras dengan dasar disentralisasi
tugas dan kuasa Kerajaan Pusat, maka adalah wajar bagi jentera pembangunan wanita
dipertingkatkan. Dengan demikian dapatlah ia menjalankan fungsi dengan lebih
berkesan serta mengadakan berbagai program di semua peringkat. Dengan
penglibatan secara meluas ini maka dapatlah jentera ini mengenal pasti prioriti,
kawasan dan peringkat tindakan tertentu dan merancangkan program tindakan
sewajarnya.
6.1.1 HAWA hendaklah juga mempunyai hubungan yang berfungsi
dengan semua Kementerian lain. Ia hendaklah bertindak sebagai pusat
penyelaras, pengesan, dan pemeroses isu-isu untuk dikemukakan
kepada NACIWID untuk mendapat pandangan, nasihat dan syor-syor
untuk tindakan pihak Kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan.

7
6.1.2 Usaha bagi memperkukuh HAWA hendaklah termasuk programprogram latihan pegawai dan kakitangan Urusetia supaya unit ini akan
bertambah cekap dan dinamis.
6.1.3 Pengagihan bekalan kewangan sewajar dengan tugas dan fungsi
HAWA yang lebih luas ini hendaklah ditentukan.
6.2 Kesihatan
6.2.1 Kesihatan kaum wanita adalah satu petanda yang penting tentang
kedudukan dan taraf mereka. Bukan sahaja kesihatan penting untuk
taraf wanita, malah sebagai ibu dan pengasuh anak-anak, mereka boleh
mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat. Selain
daripada bahaya penyakit-penyakit biasa, wanita memerlukan rawatan
dan jagaan semasa mengandung, melahir, menyusu, memerlukan
jaminan makanan yang berzat, serta perlindungan daripada tekanan
emosi, jiwa dan jangkitan penyakit-penyakit merbahaya. Wanita juga
sering terdedah kepada percubaan dan perubatan yang mungkin
merbahaya seperti ubat dan alat mencegah kehamilan, keguguran bayi
dan bermacam suntikan. Penyakit barah dan berbagai-bagai jangkitan
menambahkan lagi kadar kematian ibu dan bayi.
6.2.2 Di negara kita masih terdapat jurang perbezaan mutu
perkhidmatan dan kemudahan kesihatan di antara kawasan bandar dan
luar bandar. Di kawasan luar bandar kekurangan kemudahan ini
menyebabkan ramai wanita tidak berpeluang menikmati rawatan dan
jagaan kesihatan yang sempurna. Dalam beberapa jenis pekerjaan
wanita sering terdedah kepada bahaya tertentu, misalnya bahan kimia.
Di samping itu, terdapat juga keadaan buta huruf dan kejahilan
dikalangan wanita miskin, baik di kampung-kampung mahupun di
sekitar kawasan setinggan dan ladang-ladang pertanian.
6.2.3 Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:
i.

ii.

iii.
iv.

Mewujudkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira
keperluan dan taraf kesihatan kaum wanita. Konsep kesihatan
yang komprehensif hendaklah meliputi aspek kesihatan
jasmani, mental dan emosi.
Satu mekanisme hendaklah diwujudkan bagi memudahkan
penyertaan berbilang sektor (Kerajaan dan bukan Kerajaan)
bagi menjamin penyebaran perkhidmatan kesihatan yang sama
rata di semua kawasan, serta menentukan usaha yang cekap dan
berkesan sejajar dengan prioriti-prioriti tempatan.
Menggalakkan perkembangan kedua-dua ilmu dan amalan
perubatan cara moden dan tradisional sesuai dengan kehendak
dan kemampuan masyarakat.
Melaksanakan dasar yang berkesan tentang pencegahan
penagihan dan penggunaan dadah dengan melibatkan semua
pihak dan lapisan.

8
v.

vi.

Mengadakan undang-undang yang dapat memberi perlindungan
kepada
pesakit
daripada
pihak-pihak
yang
tidak
bertanggungjawab dalam memberi rawatan dan ubatan.
Mangsa-mangsa rogol dan keganasan hendaklah diberi
perlindungan daripada publisiti yang meruntuhkan maruah dan
keperibadian mereka.
Mengkaji undang-undang yang sedia ada, atau menggubal
undang-undang baru yang bertujuan untuk memberi
perlindungan kepada kaum wanita akan pekerjaan-pekerjaan
yang membawa bahaya kepada kesihatan.

6.3 Pendidikan dan Latihan
6.3.1 Tujuan mutlak sektor ini adalah bagi menjamin peluang
pendidikan kepada semua rakyat, lelaki mahupun wanita, supaya dapat
mereka mengembangkan potensi individu dan berpeluang
menyumbangkan peranan sebagai rakyat yang produktif dan berakhlak
mulia.
6.3.2 Perkembangan potensi kaum wanita perlu mendapat perhatian
khusus, kerana sistem yang ada sekarang wujud atas pertimbanganpertimbangan yang mengutamakan kehendak dan keupayaan pihak
lelaki. Sistem pendidikan dan latihan kebangsaan hendaklah
mengintegrasikan fahaman taraf persamaan jantina, di samping
memupuk sikap dan perspektif bagi menghormati dan mengiktiraf hak
dan keupayaan wanita setaraf dengan kaum lelaki.
6.3.3 Dengan demikian, kandungan pelajaran yang bercorak
kejantinaan (sexism) dan “streotyping” peranan wanita hendaklah
dikikis daripada buku teks, bahan rujukan dan apa jua bahan yang
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Wanita telah pun
membuktikan kebolehan dalam berbagai-bagai bidang dan lapangan;
maka hakikat ini hendaklah mendapat gambaran dalam contohan
sumbangan rakyat dan pembangunan.
6.3.4 Seterusnya, perlulah juga dikesani rintangan-rintangan yang
masih menyekat penyertaan wanita sepenuhnya, baik dalam
pendidikan asas, pelajaran vokasional, pelajaran tinggi mahupun dalam
bidang-bidang pengkhususan profesional. Demikian juga, tidaklah
boleh diabaikan golongan yang masih buta huruf, yang kejahilan ilmu
pengetahuan dan kemahiran, kerana sebilangan besar golongan ini
terdiri daripada kaum wanita.
6.3.5 Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:
i.

Memperbaiki dan mempertingkatkan mutu program pendidikan
di semua peringkat. Satu semakan yang komprehensif perlu
diusahakan dengan membuat perubahan-perubahan di mana

9
perlu pada kurikulum, kaedah mengajar, kemudahan dan
pengambilan pelajar untuk:
•
•
•

•

•

•

•

ii.

Menghapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan
maruah dan imej wanita;
Memudahkan penyertaan wanita dalam bidang-bidang
yang diminatinya;
Meyakinkan wanita untuk mengambil peluang latihan
bagi menceburkan diri dalam lapangan sains dan
teknologi moden;
Memasukkan pendidikan kekeluargaan dalam semua
kursus pendidikan dan latihan kerjaya untuk lelaki dan
wanita;
Menyemak dasar pengambilan dan pelaksanaan tugas
institusi bagi menjamin diskriminasi terhadap wanita
tidak diamalkan;
Meluaskan lagi peluang latihan vokasional untuk wanita
serta mengiktirafkan kemahiran-kemahiran wanita
dalam bidang latihan dan pekerjaan;
Menekankan institusi pendidikan dewasa serta peluang
pendidikan sepanjang hidup agar kaum wanita dapat
terus mengembangkan pengetahuan dan kemahiran
mereka.

Melibatkan agensi-agensi bukan Kerajaan bagi memajukan
peluang-peluang
pendidikan.
Institusi-institusi swasta hendaklah diawasi supaya mereka
tidak meneruskan diskriminasi terhadap wanita ataupun
mengekalkan
gambaran-gambaran
yang
menghinakan
penyertaan wanita. Dasar Wanita Negara hendaklah meliputi
semua sektor, baik Kerajaan mahupun bukan Kerajaan.

6.4 Undang-undang
6.4.1. Semua warganegara berhak mendapat perlindungan undangundang yang sewajarnya. Dengan penerimaan dasar persamaan taraf,
maka perlu diperkuatkan undang-undang bagi menjamin hak wanita
dari segi pemilikan harta, kerakyatan, peluang-peluang dan jagaan
anak-anak (guardianship).
6.4.2 Undang-undang perlindungan perlu bagi wanita dalam pekerjaan,
bagi wanita menunaikan kewajipan dan keibuan, bagi wanita yang
bercerai atau terpisah dari suami, dan hak mereka dari sisi agama.
6.4.3 Kejahilan wanita tentang hak mereka di bawah undang-undang
juga perlu diatasi, khususnya mereka yang berpelajaran rendah dan
tidak mempunyai tempat untuk mendapat nasihat undang-undang.
10
6.4.4 Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Menyemak dan mengemaskini undang-undang yang kurang
berkesan;
Melibatkan wanita dalam penggubalan dan pelaksanaan
undang-undang
Mengadakan biro pengaduan dan nasihat yang mudah didapati
untuk wanita;
Memberi pengetahuan mengenai hak individu di sisi undangundang;
Menggubal undang-undang perlindungan daripada keganasan
rumahtangga, pemberhentian dan eksploitasi dalam pekerjaan
dan bagi mangsa rogol dan keganasan; dan
Mewujudkan undang-undang keluarga yang saksama yang
memelihara dan mempertahankan hak ibu kandung dan bagi
menyelesaikan pertikaian keluarga dengan adil dan
berperikemanusiaan.

6.5 Pekerjaan
6.5.1. Sektor ekonomi telah berkembang dengan pesatnya selepas
merdeka. Namun demikian, manfaat pembangunan ekonomi, pada
amnya, belum dapat dinikmati sepenuhnya oleh wanita. Penyertaan
wanita perlu dipertingkatkan; kesan pembangunan hendaklah
mempertingkatkan mutu kehidupan wanita, khususnya pekerja-pekerja
buruh kasar, petani di luar bandar dan pekerja di kilang-kilang.
6.5.2. Walaupun penyertaan wanita dalam tenaga buruh telah
bertambah sebilangan besar tenaga wanita adalah dalam golongan
pendapatan rendah dan dalam pekerjaan bukan atau separuh mahir.
Perkhidmatan sebagai suri rumah tidak mendapat nilai ekonomi dan
kebanyakan wanita bertugas sebagai pekerja tidak bergaji.
6.5.3. Ramai pekerja wanita tidak mendapat perlindungan kesatuan
sekerja; malah ramai wanita tidak mengetahui tentang hak-hak mereka
sebagai pekerja. Ini menyebabkan mereka dipergunakan, diberi
ganjaran gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan pekerjaan,
terpaksa menanggung beban rumah tangga, kewajipan keluarga, di
samping menjalani kerja penuh masa, serta tidak menikmati
kemudahan dan peruntukan pekerjaan yang sepatutnya. Pernah
didapati juga pekerja wanita diganggu dan diperkosa oleh pihak
majikan dan pengawasan.
6.5.4. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:
i.
ii.

Perlu dipertingkatkan penyertaan wanita dalam bidang
pekerjaan, sosial, ekonomi dan politik;
Perlu diadakan perkongsian saksama tentang manfaat
pembangunan;

11
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Perlu diperbanyakkan peluang pekerjaan, khususnya bagi
wanita yang miskin dan tidak mempunyai punca pencarian
nafkah hidup;
Perlu ada ‘job description’ bagi semua jenis pekerjaan dan
penentuan gaji yang sewajarnya, tanpa perbezaan jantina;
Perlu diadakan undang-undang perlindungan untuk semua jenis
pekerjaan;
Perlu diamalkan prinsip gaji sama untuk pekerjaan yang sama;
dan
Perlu dihapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam peluangpeluang kenaikan pangkat, latihan lanjutan dan pembuatan
keputusan.

6.6 Politik
6.6.1. Wanita telah memainkan peranan aktif dalam dunia politik
negara ini. Namun demikian penglibatan mereka dalam bidang politik
kebangsaan amat terhad. Wanita adalah separuh daripada penduduk
negara dan sumbangan mereka dalam parti-parti politik amat besar.
Mereka juga memainkan peranan penting sebagai penarik pengundi,
tetapi perwakilan mereka di Parlimen amat kecil. Wanita kekal
menjadi kumpulan pengundi yang kuat, tetapi belum menunjukkan
kekuatan mereka itu sebagai calon politik.
6.6.2. Proses pembangunan dalam bidang politik memerlukan
penglibatan maksimum wanita dan lelaki. Faktor-faktor yang menyekat
penglibatan politik wanita dan mutu politik mereka amat berhubung
dengan keadaan sosio-budaya yang tidak menggalakkan penglibatan
mereka dalam hal ehwal awam, kekurangan pendidikan dan kesedaran,
serta kejahilan tentang hak-hak mereka, serta beban kerja yang berat
hingga wanita tidak mempunyai masa untuk terlibat dalam politik.
6.6.3. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:
i.

ii.

Kerajaan hendaklah mengadakan perundangan dan pentadbiran
untuk menentukan penglibatan wanita sepenuhnya dalam
bidang politik negara dan untuk menambahkan pengambilan,
pencalonan dan penempatan wanita pada kedudukan penentuan
dasar pada peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan sehingga
perwakilan saksama tercapai; dan
Kerajaan hendaklah juga menentukan sokongannya terhadap
kemunculan lebih ramai wanita ke peringkat perundangan dan
eksekutif dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Kerajaan
Tempatan dan badan-badan lain.

6.7 Media
6.7.1. Media amat berpengaruh bagi menonjolkan imej wanita. Imej
yang negatif, berpura-pura, membazir dan sebagai sumber ghairah
perlu dikikis. Penyertaan wanita dalam industri media masih
12
berkurangan, dengan demikian sukar bagi mereka hendak
mempengaruhi etika dan amalan prinsip yang mementingkan
keuntungan pihak yang memiliki media. Selain itu, pandangan dari
sudut wanita kurang mendapat perhatian dan sebaran.
6.7.2. Adalah perlu bagi wanita memainkan peranan yang lebih
dinamis dalam mengembangkan mutu pancaran media, baik bagi dunia
hiburan, maklumat, pendidikan, politik, perniagaan mahupun dalam
lapangan antarabangsa.
6.7.3. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:
i.

ii.
iii.
iv.

Meningkatkan penglibatan wanita dalam semua aspek
perkembangan media. Ini termasuk dasar, perancangan
program dan perkhidmatan, serta pengendalian projek-projek
pembangunan;
Menjalankan analisis jantina atas semua program supaya dapat
mengesan penyertaan wanita sebagai penerbit, sebagai
pengguna media massa dan penerima kesan media seluruhnya;
Mengikis pendapat dan kesan-kesan negatif terhadap wanita
dan program iklan dan pendapat yang disiarkan; dan
Menggunakan pengaruh media bagi memupuk sikap dan nilai
yang posotif tehadap wanita dan sumbangannya.

6.8 Agama
6.8.1. Agama ialah satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan
perpaduan ummah dalam proses sosialisasi rakyat. Nilai-nilai murni
dikongsi bersama oleh berbagai agama, iaitu Islam, Hindu, Buddha,
Kristian dan Yahudi. Adalah penting nilai-nilai sejagat yang positif
ditonjolkan daripada membangkitkan perbezaan-perbezaan dan
keanehan yang merendahkan maruah mana-mana pihak. Sebagai
prinsip dan pedoman hidup, amalan agama hendaklah menyokong
kesaksamaan, keamanan keadilan, toleransi dan kesejahteraan rakyat.
6.8.2. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Mendapatkan pandangan wanita dalam membentuk fatwa yang
melibatkan wanita dan isu wanita;
Menggalakkan penyertaan wanita dalam semua aktiviti
keagamaan;
Mewujudkan perbincangan antara berbagai-bagai agama
sebagai usaha mencapai persefahaman;
Menjadikan agama sebagai asas ke arah pemodenan
masyarakat berbilang kaum; dan
Mewujudkan suasana perkongsian hidup yang sihat di kalangan
wanita dan lelaki.

6.9 Kebudayaan

13
6.9.1. Kebudayaan negara ialah sumbangan rakyat yang terdiri
daripada lelaki dan wanita. Seni Rakyat, sukan, adat resam, amalan
tradisional merupakan sumbangan istimewa rakyat. Oleh yang
demikian, dasar kebudayaan negara hendaklah memberi perhatian dan
layanan yang seimbang bagi mengembangkan penyertaan wanita yang
sewajarnya.
6.9.2. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Penyertaan wanita dalam bidang seni perlu mendapat perhatian
bagi mengembangkannya;
Kemudahan dan galakan hendaklah diberi kepada wanita untuk
menyertai semua kegiatan budaya dan seni;
Diskriminasi dalam bidang seni dan budaya hendaklah
dihapuskan;
Penyertaan wanita dalam Majlis Perundingan Kebudayaan
Kebangsaan hendaklah dipertingkatkan; dan
Amalan yang melibatkan wanita secara ‘tokenism’
diberhentikan.

Rujukan :
Web site Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
http://www.kpwkm.gov.my/Bm/pfl_kpwkm_dasarwanita4.asp
5.1 Dasar Belia Negara
Dasar ini digubal untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi belia di samping
mengukuhkan perpaduan serta keselamatan negara. Untuk mencapai matlamat dasar
ini, beberapa program dan aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran para belia
dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan vokasional diberi perhatian. Untuk
menyelaraskan program ini, Kementerian Belia dan Sukan berperanan untuk
merancang dan melaksanakan dasar belia dengan cara mengadakan kegiatan-kegiatan
yang berguna dan berfaedah. Salah satu program yang telah mendapat sambutan
daripada kalangan belia pada hari ini ialah program Rakan Muda yang bertujuan
untuk mempertingkatkan penglibatan belia dalam pelbagai bidang seperti kesukanan,
kebudayaan dan kesenian.
Prinsip Dasar Belia
1.
2.
3.
4.

Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Mewujudkan semangat perpaduan dan sukarela
Mewujudkan sifat-sifat kempimpinan yang matang
Mengalakkan penyertaan belia dalam proses perancangan
negara.
5. Membina moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan
kesihatan diri
6. Mencapai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.

6.1 Pelan Integriti Nasional

14
Pelan Integriti Nasional ( PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip
Perlembagaan Persekutuan menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara bagi
membina masyakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif. PIN
turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan
sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020. Sebagai sebuah pelan
yang lahir selaras dengan inspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan
mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia, namun
ia juga mengambil perkembangan antarabangsa pengalaman negara-negara lain serta
impak harus globalisasi.
PIN memang menekan aspek pembangunan warganegara cemerlang, dalam perutusan
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di buku PIN ditegaskan bahawa gerakan
pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasi oleh Institut Integriti
Malaysia (IIM) ialah suatu gagasan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, ia menjadi
kekuatan masyarakat bagi menguruskan kejayaan dan mengatasi kelemahan dengan
berkesan.
PIN dan IIM akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan
pemantapan integriti yang membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke
hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah negara masyarakat maju menurut
acuan sendiri serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Lantaran itu, bagi tempoh lima
tahun pertama 2004 hingga 2008, PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang
hendak dicapai. Sasaran ini dikenali sebagai tekad 2008 iaitu:
 sasaran mengurangkan genjala rasuah, penyelewengan dan
salah guna kuasa secara berkesan;
 meningkat
kecekapan
dalam
sistem
penyampaian,
perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi
 meningkat tadbir urus korporat dan etika perniagaan
 memantapkan institusi keluarga dan komuniti dan
 meningkat kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat
2.1 Aktiviti Tutorial
Bincangkan kesan perlaksanaan dasar-dasar sosial terhadap masyarakat Malaysia.

15

Contenu connexe

Tendances

Dasar Wanita Negara (NOTA PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Dasar Wanita Negara (NOTA PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Dasar Wanita Negara (NOTA PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Dasar Wanita Negara (NOTA PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Ums
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiMahyuddin Khalid
 
Akta bahasa kebangsaan(form5)
Akta bahasa kebangsaan(form5)Akta bahasa kebangsaan(form5)
Akta bahasa kebangsaan(form5)Izzul Haziq
 
Bab7 darisegregasikeintegrasi
Bab7 darisegregasikeintegrasiBab7 darisegregasikeintegrasi
Bab7 darisegregasikeintegrasiDatoknye
 
Dasar perpaduan negara dan implikasinya hingga ke hari
Dasar perpaduan negara dan implikasinya hingga ke hariDasar perpaduan negara dan implikasinya hingga ke hari
Dasar perpaduan negara dan implikasinya hingga ke hariPuan Jamie
 
Hubungan etnik bab 9 sumbangan
Hubungan etnik bab 9 sumbanganHubungan etnik bab 9 sumbangan
Hubungan etnik bab 9 sumbanganAsraf Rahmat
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikHubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnikMahyuddin Khalid
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysiaHalif Md Saleh
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiWanBK Leo
 
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanL01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanhidayahperlis
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 
Pembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaPembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaNorisuwanah Jaffar
 
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & SarawakHubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawakzaid masdar
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)almadinasakinah
 

Tendances (20)

Dasar Wanita Negara (NOTA PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Dasar Wanita Negara (NOTA PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Dasar Wanita Negara (NOTA PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Dasar Wanita Negara (NOTA PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
 
Akta bahasa kebangsaan(form5)
Akta bahasa kebangsaan(form5)Akta bahasa kebangsaan(form5)
Akta bahasa kebangsaan(form5)
 
Bab7 darisegregasikeintegrasi
Bab7 darisegregasikeintegrasiBab7 darisegregasikeintegrasi
Bab7 darisegregasikeintegrasi
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Dasar perpaduan negara dan implikasinya hingga ke hari
Dasar perpaduan negara dan implikasinya hingga ke hariDasar perpaduan negara dan implikasinya hingga ke hari
Dasar perpaduan negara dan implikasinya hingga ke hari
 
Hubungan etnik bab 9 sumbangan
Hubungan etnik bab 9 sumbanganHubungan etnik bab 9 sumbangan
Hubungan etnik bab 9 sumbangan
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
 
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikHubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
 
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanL01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102
 
Pembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysiaPembangunan politik dlm he di malaysia
Pembangunan politik dlm he di malaysia
 
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & SarawakHubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
Hubungan etnik Permuafakatan Politik Di Sabah & Sarawak
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
 

Similaire à Pengajian Malaysia: Dasar utama 2

Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanxue er tui
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasiINSTAQLIM
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakatHubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakatsariahsomadi
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanismakie
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasiMaizatul Akmal
 
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysia
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di MalaysiaBab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysia
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysiasuhailangadiron
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikZarina Zam
 
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01Faiz Naim
 
BAB 7 - Dari Segregasi ke Integrasi.pptx
BAB 7 - Dari Segregasi ke Integrasi.pptxBAB 7 - Dari Segregasi ke Integrasi.pptx
BAB 7 - Dari Segregasi ke Integrasi.pptxgowonhyee1
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTJoyce Robert
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaJoyce Robert
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Habibi Syamsuddin
 
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)SitiAishah219
 

Similaire à Pengajian Malaysia: Dasar utama 2 (20)

Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakatHubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
 
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysia
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di MalaysiaBab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysia
Bab 7: Dari segregasi dan Integrasi di Malaysia
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01
Bab7 darisegregasikeintegrasi-140405160410-phpapp01
 
BAB 7 - Dari Segregasi ke Integrasi.pptx
BAB 7 - Dari Segregasi ke Integrasi.pptxBAB 7 - Dari Segregasi ke Integrasi.pptx
BAB 7 - Dari Segregasi ke Integrasi.pptx
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
 
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
 

Plus de Brenda Rachel Marie

Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysiaPengajian Malaysia: Peruntukan malaysia
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysiaBrenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 2
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 2Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 2
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 2Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiBrenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...
Pengajian Malaysia: Modul c  subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...Pengajian Malaysia: Modul c  subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452
Pengajian Malaysia:  Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452Pengajian Malaysia:  Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452
Pengajian Malaysia: Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Komik 250613 121144
Pengajian Malaysia:  Komik 250613 121144Pengajian Malaysia:  Komik 250613 121144
Pengajian Malaysia: Komik 250613 121144Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940Brenda Rachel Marie
 
Business Communication: Course notes topic 3 210613 024503
Business Communication: Course notes topic 3 210613 024503Business Communication: Course notes topic 3 210613 024503
Business Communication: Course notes topic 3 210613 024503Brenda Rachel Marie
 
Business Communication: Course notes topic 2 210613 024417
Business Communication: Course notes topic 2 210613 024417Business Communication: Course notes topic 2 210613 024417
Business Communication: Course notes topic 2 210613 024417Brenda Rachel Marie
 
Business Communication: Course notes topic 1-210613 024331
Business Communication: Course notes   topic 1-210613 024331Business Communication: Course notes   topic 1-210613 024331
Business Communication: Course notes topic 1-210613 024331Brenda Rachel Marie
 
Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysia
Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysiaPengajian Malaysia: Perlembagaan malaysia
Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysiaBrenda Rachel Marie
 

Plus de Brenda Rachel Marie (20)

Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysiaPengajian Malaysia: Peruntukan malaysia
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia
 
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 2
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 2Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 2
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 2
 
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1
Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia 1
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
 
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
Pengajian Malaysia: Modul e subtopik 13 dasar luar 010713 065458
 
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
Pengajian Malaysia: Modul d subtopik 11 perpaduan dan integrasi 010713 065407
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5  8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 5 8 perlembagaan peruntukan-010713 065123
 
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...
Pengajian Malaysia: Modul c  subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...Pengajian Malaysia: Modul c  subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...
Pengajian Malaysia: Modul c subtopik 9 sistem demokrasi berparlimen 010713 0...
 
Pengajian Malaysia: Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452
Pengajian Malaysia:  Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452Pengajian Malaysia:  Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452
Pengajian Malaysia: Modul b subtopik 4 sistem dan struktur 040713 072452
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029Pengajian Malaysia:  Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958
 
Pengajian Malaysia: Komik 250613 121144
Pengajian Malaysia:  Komik 250613 121144Pengajian Malaysia:  Komik 250613 121144
Pengajian Malaysia: Komik 250613 121144
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utamaPengajian Malaysia: Dasar utama
Pengajian Malaysia: Dasar utama
 
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1Pengajian Malaysia:  Dasar utama 1
Pengajian Malaysia: Dasar utama 1
 
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
 
Business Communication: Course notes topic 3 210613 024503
Business Communication: Course notes topic 3 210613 024503Business Communication: Course notes topic 3 210613 024503
Business Communication: Course notes topic 3 210613 024503
 
Business Communication: Course notes topic 2 210613 024417
Business Communication: Course notes topic 2 210613 024417Business Communication: Course notes topic 2 210613 024417
Business Communication: Course notes topic 2 210613 024417
 
Business Communication: Course notes topic 1-210613 024331
Business Communication: Course notes   topic 1-210613 024331Business Communication: Course notes   topic 1-210613 024331
Business Communication: Course notes topic 1-210613 024331
 
Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysia
Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysiaPengajian Malaysia: Perlembagaan malaysia
Pengajian Malaysia: Perlembagaan malaysia
 

Pengajian Malaysia: Dasar utama 2

  • 1. MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA Course Leader:Sharliana Che Ani COURSE NOTES MODUL E : Dasar Utama Subtopik 13 : Dasar Pembangunan Sosial 1.1 Pengenalan Perlaksanaan dasar pembangunan sosial dilakukan bertujuan membentuk masyarakat Malaysia dan generasi berikutnya yang lebih maju dan berdaya saing di samping mempunyai nilai-nilai moral yang utuh di dalam diri masing-masing. 2.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan • • • Kerajaan berusaha menggantikan pendidikan penjajah kepada system pendidikan yang memenuhi kehendak negara DPK lahir daripada Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957 Laporan Rahman Talib 1960 digunakan untuk memperkemaskan Ordianan Pendidikan 1957 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkukuhkan lagi melalui Akta Pendidikan 1961 MATLAMAT • Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih • Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja • Menggalakkan perkembangan kebudayaan, social dan politik negara STRATEGI • Menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar yang utama • Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah • Perkenalkan KBSR (1982) dan KBSM (1988) • Pertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan • Galakkan aktiviti ko-kurikul yang dapat pupuk disiplin dan perpaduan - Falsafah Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. - Pencapaian 1
  • 2. - Penubuhan pusat pra-sekolah daripada 6960 buah pada 1990 kepada 10 350 pada tahun 1995 Program literasi komputer dibuat bagi mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas komputer. Perisian komputer bagi matematik dan bahasa inggeri diwujudkan. Penyertaan sector swasta dalam pendidikan tinggi di mana kursus yang telah ditawarkan di peringkat sijil, diploma dan ijazah. Syarikat awam seperti Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad juga telah menjalankan kursus di peringkat tinggi dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat.. Perlaksanaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 telah membolehkan sector swasta institusi yang menganugerahkan sijil. Universiti asing juga boleh menubuhkan kampus cawangan dalam negara ini. 3.1 Dasar Kebudayaan Kebangsaan Idea untuk mewujudkan Dasar kebudayaan kebangsaan timbul hasil daripada gagasan kongres Kebudayaan kebangsaan 1971. Dasar ini digubal agar dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identity negara di kalangan dunia antarabangsa. Kementerian yang bertanggungjawab merancang, mengawal dan menyelia dan melaksana Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. - Falsafah i. ii. iii. i. - Kebudayaan rakyat asal rantau Penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain Islam menjadi unsur utama dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan Pemulihan dan pemeliharaan dan pembangunan kebudayaa ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan , pengembangan dan perhubungan budaya. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat, pendokong dan penggerak kebudayaan dengan lebih meluas sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Memenuhi keperluan sosio budaya Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Perlaksanaan ii. iii. iv. v. - Pencapaian Pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum serta nilai murni Islam telah dilaksanakan. Identiti kewarganegaraan dan seni budaya Malasia dapat dilihat dalam perayaan antarabangsa dan aktiviti tempatan sama ada di peringkat rasmi atau tidak rasmi. 2
  • 3. Walau bagaimanapun berlaku masalah pencemaran bahasa yang tidak terkawal, penamaan dan perancangan taman-taman perumahan, perbandaran, seni bina yang tidak mencerminkan identity Malaysia. Malah berlaku juga kemasukan unsurunsur seni dan muzik luar yang tiada kaitan dengan budaya asal rantau ini. 4.1 Dasar Wanita Negara 1.1 Selaras dengan semangat negara merdeka yang sedang membangun, Dasar Wanita Negara ini mendukung cita-cita Negara dan Perlembagaannya bagi menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia untuk semua rakyat. 1.2 Memandangkan kaum wanita berupa potensi sumber pembangunan yang baru mendapat pengiktirafan, maka Dasar wanita ini bermaksud untuk memberi panduan dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara semoga kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat moden. 1.3 Menyedari hakikat bahawa perpaduan adalah asas bagi semua kemajuan dan pembangunan negara kita, Dasar ini menekankan betapa perlunya disusun rancangan yang teguh dan berkesan untuk menimbulkan konsep perpaduan di kalangan individu serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan. 1.4 Wanita telah sekian lama memainkan peranan aktif sebagai penyokong dalam bidang politik negara. Pembangunan ialah satu proses yang memerlukan penglibatan sepenuhnya daripada lelaki dan wanita. Oleh itu Dasar ini mengulangi pendirian yang menekankan penglibatan wanita yang aktif dan bererti dalam bidang politik. 1.5 Dasar ini mengambil kira minat, usaha dan penglibatan Kerajaan, kehendakkehendak pertubuhan bagi menyokong beberapa resolusi di peringkat antarabangsa, kehendak-kehendak pertubuhan wanita Malaysia serta penubuhan jentera penggerak di peringkat Kerajaan Pusat, iaitu Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA). 1.6 Beberapa dokumen penting telah dirujuk dalam pembentukan Dasar ini. Di antara yang penting termasuklah: a. Resolusi Persidangan Akhir Dekad Wanita Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu (1975-1985) yang berlangsung di Nairobi, Kenya, pada tahun 1985 yang bertemakan “Forward Looking Strategies” bagi menghadapi tahun 2000. Resolusi-resolusi yang terkandung di dalam risalah antarabangsa ini telah pun diterima sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. b. Penyataan Dasar “Commonwealth Secretariat” mengenai wanita dan pembangunan yang ditandatangani oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Nassau, Bahamas 1985. c. “Commonwealth Plan of Action” bagi menyokong keberkesanan penyataan Dasar di atas yang disahkan oleh Kerajaan Malaysia di Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1987 di Vancouver, Kanada. 3
  • 4. d. Syor-syor yang dibuat oleh Persidangan Menteri-menteri Yang Bertanggungjawab Bagi Hal Ehwal Wanita di Harare, Zimbabwe, 1987, yang menyeru setiap Kerajaan supaya membentuk satu dasar mengenai wanita dan pembangunan untuk diintegrasikan ke dalam rancangan pembangunan negara. e. Kertas kerja dasar yang disediakan oleh Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) dan diluluskan oleh Majlis di mesyuaratnya pada 31 Januari 1986. 1.7 Di peringkat dalam negeri pula, beberapa perundingan dan bengkel telah diadakan oleh HAWA dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bagi mendapatkan kata sepakat dan sokongan bagi syor-syor antarabangsa itu. Penglibatan Kerajaan telah diperolehi dalam semua peringkat usaha ini. II. MATLAMAT DASAR WANITA 2.1 Matlamat utama Dasar Wanita Negara ini ialah: a. Bagi menjaminkan perkongsian saksama dalam memperoleh kemudahan sumber, maklumat, peluang penyertaan dan manfaat pembangunan kepada lelaki dan wanita. Matlamat persamaan dan kesaksamaan hendaklah dijadikan teras dasar pembangunan yang berorientasikan rakyat, supaya wanita, yang berupa separuh jumlah penduduk negara, dapat menyumbangkan dan mencapai potensi mereka sepenuhnya. b. Bagi mengintegrasikan wanita dalam semua sector pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita bagi mempertingkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf, dan menegakkan negara aman, makmur dan sentosa. III. PRINSIP DAN GARIS PANDUAN UTAMA 3.1 Prinsip dan panduan utama Dasar Wanita ialah: a. Bahawa Dasar Wanita ini hendaklah diselaraskan dengan dasar pembangunan negara, yang berlandaskan keluhuran Perlembagaan berkaitan dengan hak asasi rakyat, perlindungan undang-undang, perpaduan dan kebebasan. b. Bahawa Dasar ini mengutamakan penyertaan dan penglibatan aktif bersama kaum wanita dan lelaki dalam proses pembangunan, baik di peringkat perancangan, mahupun di peringkat pelaksanaan dan penilaian impaknya. c. Bahawa Dasar ini mengambil kira potensi tenaga manusia yang separuhnya terdiri daripada kaum wanita. Pengembangan dan pengintegrasian tenaga wanita hendaklah tidak terbatas kepada sektor-sektor tradisional sahaja, malah hendaklah menembusi semua sektor dan lapisan ekonomi, sosial, politik dan budaya. d. Bahawa usaha pengintegrasi wanita dalam pembangunan hendaklah berupa tanggungjawab bersama sektor-sektor Kerajaan dan bukan Kerajaan. Pelaksanaan dasar ini adalah fungsi umum, bukan terbatas kepada satu jantina, ataupun sektor dan agensi tertentu. 4
  • 5. e. Bahawa keperluan istimewa dan sifat kewanitaan tidak terjejas; tanggungjawab keibuan dan keluarga tidak dikorbankan dan maruah, moral dan nilai kehormatan wanita tidak diabaikan. f. Bahawa taraf pendidikan dan keilmuan yang luas dan mendalam dipertingkatkan bagi kaum wanita sejajar dengan peranan dan penglibatan mereka dalam dunia dan masyarakat yang moden dan dinamis. g. Bahawa sebarang diskriminasi yang berasaskan jantina yang merugikan kaum wanita dihapuskan dalam semua pertimbangan sewaktu membuat keputusan dan tindakan-tindakan selanjutnya. h. Bahawa maklumat mengenai sasaran dan kesan rancangan pembangunan hendaklah mengandungi data keberkesanannya terhadap kaum wanita. IV. STRATEGI-STRATEGI BAGI PELAKSANAAN DASAR 4.1 Bagi membantu pihak perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan wanita beberapa strategi diperturunkan bagi menjaminkan kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan: a. Membangkitkan kesedaran, kepekaan dan kefahaman semua pihak mengenai isu dan kedudukan wanita. b. Menyalurkan isu-isu wanita menerusi agensi pusat kepada institusi-institusi dan birokrasi Kerajaan dalam bentuk peraturan pentadbiran, sikap dan komitmen pihak pelaksanaan dasar. c. Merancangkan pengagihan sumber-sumber kepada pelbagai sektor yang mengendalikan program berkaitan dengan isu-isu wanita. d. Mendapatkan kerjasama di antara sektor-sektor Kerajaan dan di antara Kerajaan dengan bukan Kerajaan dalam proses pemusatan usaha-usaha bagi meningkatkan penglibatan wanita dalam pembangunan. V. STRATEGI DAN JANGKA MASA TINDAKAN 5.1 Memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita Sebagai Jentera Pembangunan Wanita Jentera negara bagi kemajuan ialah HAWA yang diletak dibawah Jabatan Perdana Menteri. Adalah wajar HAWA dipertingkatkan kuasa dan tarafnya dengan mewujudkan perhubungan dengan setiap Kementerian, mengadakan Penyelaras di setiap negeri supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan mengenai hal ehwal wanita serta dapat mewujudkan program-program pembangunan tertentu bagi wanita di semua peringkat. Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan. 5.2 Mengorientasikan Dasar dan Tindakan Agensi Kerajaan Supaya Memasukkan Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Pengawasan Program-program Pengintegrasian Wanita. Dalam penggubalan dasar, perundangan, peraturan dan program oleh apa juga sektor atau agensi, pertimbangan mestilah dibuat tentang 5
  • 6. sumbangan dan implikasinya terhadap wanita; impak dan kesan yang negatif terhadap wanita hendaklah diawasi. Satu sistem penyelarasan dan kawalan bagi program-program yang komprehensif hendaklah diwujudkan bagi mengelakkan kesan-kesan negatif dan juga bagi mengesani rintangan dan masalah, sama ada dari segi undang-undang, mahu pun dari segi amalan, supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mengatasinya. Semua program pembangunan mestilah mempunyai strategi yang menguntungkan wanita; penglibatan wanita di semua peringkat, daripada peringkat awal perancangan hingga ke peringkat penilaian, di peringkat nasional dan juga di peringkat tempatan, hendaklah terjamin. Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan. 5.3 Pendidikan dan Latihan Untuk Menyedarkan Pihak Pentadbiran Kerajaan Mengenai Isu Wanita Bagi membangkitkan kesedaran dan komitmen institusi dan agensi Kerajaan, program latihan kepekaan jantina (gender sensitizing) di berbagai-bagai peringkat hendaklah diadakan. Di samping itu, program latihan mengenai wanita dan pembangunan hendaklah diadakan berterusan untuk kakitangan Kerajaan. Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan. 5.4 Penglibatan Badan-Badan Bukan Kerajaan Kerajaan hendaklah berusaha melibatkan, dengan lebih giat dan berkesan lagi, semua organisasi bukan Kerajaan (NGO) dan badanbadan sukarela, dalam program dan tindakan pembangunan wanita. Dengan demikian, usaha negara bagi mengintegrasikan wanita dalam pembangunan dapat diperkuatkan lagi. Bantuan kewangan, teknikal, nasihat dan institusi hendaklah diperuntukkan berterusan kepada persatuan-persatuan wanita bagi menggalakkan dan mempertingkatkan perkhidmatan mereka. Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan. 5.5 Membasmi Diskriminasi dan Mengambil Tindakan Tegas Langkah-langkah khusus hendaklah diambil bagi membasmi diskriminasi terhadap wanita di mana hal ini berlaku. Dalam konteks ini, kelemahan undang-undang bagi menjaminkan hak wanita hendaklah dibaiki melalui tindakan-tindakan tegas. Tumpuan khas hendaklah dihalakan kepada kawasan-kawasan kurang maju di luar bandar, wanita yang tidak terdaya dan cacat, wanita dalam pekerjaan, wanita dan keperluan kesihatan, dan wanita dan peluang pendidikan. 6
  • 7. Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan. 5.6 Memajukan dan Menyelaraskan Penyelidikan Mengenai Isu Wanita Menyedari hakikat bahawa kurangnya data dan maklumat mengenai kedudukan wanita sebenarnya, maka Kerajaan hendaklah menggalak dan membantu penyelidikan dan kajian mengenai wanita. Di samping itu Kerajaan hendaklah menentukan bahawa segala pengumpulan data dan maklumat oleh berbagai-bagai sektor dan agensi kerajaan mengasing-asingkan butiran maklumat mengikut jantina. Dengan demikian, keperluan dan kesan program pembangunan dapat dikenalpasti supaya dasar serta tindakan lanjut dapat diambil. Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan. 5.7 Peruntukan Anggaran Belanjawan Kerajaan hendaklah menentukan bahawa Kementerian-kementerian dan Agensi-agensi yang berkenaan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan dengan mengubah suai tindakan bagi memenuhi program dan projek pembangunan wanita. Jangka Masa Tindakan: Dilaksanakan serta-merta dan berterusan. VI. RANCANGAN TINDAKAN MENGIKUT SEKTOR Agar Dasar Wanita ini terlaksana dengan sempurna dan menyeluruh, beberapa strategi disenaraikan, ditinjau dari sudut-sudut yang amat berkait rapat dengan kemajuan dan pembangunan kaum wanita. 6.1 Jentera Nasional Bagi Pengintegrasian Wanita Dalam Pembangunan Penubuhan HAWA sebagai unit di Jabatan Perdana Menteri dan sebagai Urusetia kepada Majlis Penasihat Mengenai Pengintegrasian Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) adalah satu langkah yang positif. Selaras dengan dasar disentralisasi tugas dan kuasa Kerajaan Pusat, maka adalah wajar bagi jentera pembangunan wanita dipertingkatkan. Dengan demikian dapatlah ia menjalankan fungsi dengan lebih berkesan serta mengadakan berbagai program di semua peringkat. Dengan penglibatan secara meluas ini maka dapatlah jentera ini mengenal pasti prioriti, kawasan dan peringkat tindakan tertentu dan merancangkan program tindakan sewajarnya. 6.1.1 HAWA hendaklah juga mempunyai hubungan yang berfungsi dengan semua Kementerian lain. Ia hendaklah bertindak sebagai pusat penyelaras, pengesan, dan pemeroses isu-isu untuk dikemukakan kepada NACIWID untuk mendapat pandangan, nasihat dan syor-syor untuk tindakan pihak Kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkenaan. 7
  • 8. 6.1.2 Usaha bagi memperkukuh HAWA hendaklah termasuk programprogram latihan pegawai dan kakitangan Urusetia supaya unit ini akan bertambah cekap dan dinamis. 6.1.3 Pengagihan bekalan kewangan sewajar dengan tugas dan fungsi HAWA yang lebih luas ini hendaklah ditentukan. 6.2 Kesihatan 6.2.1 Kesihatan kaum wanita adalah satu petanda yang penting tentang kedudukan dan taraf mereka. Bukan sahaja kesihatan penting untuk taraf wanita, malah sebagai ibu dan pengasuh anak-anak, mereka boleh mempengaruhi kesihatan seluruh keluarga dan masyarakat. Selain daripada bahaya penyakit-penyakit biasa, wanita memerlukan rawatan dan jagaan semasa mengandung, melahir, menyusu, memerlukan jaminan makanan yang berzat, serta perlindungan daripada tekanan emosi, jiwa dan jangkitan penyakit-penyakit merbahaya. Wanita juga sering terdedah kepada percubaan dan perubatan yang mungkin merbahaya seperti ubat dan alat mencegah kehamilan, keguguran bayi dan bermacam suntikan. Penyakit barah dan berbagai-bagai jangkitan menambahkan lagi kadar kematian ibu dan bayi. 6.2.2 Di negara kita masih terdapat jurang perbezaan mutu perkhidmatan dan kemudahan kesihatan di antara kawasan bandar dan luar bandar. Di kawasan luar bandar kekurangan kemudahan ini menyebabkan ramai wanita tidak berpeluang menikmati rawatan dan jagaan kesihatan yang sempurna. Dalam beberapa jenis pekerjaan wanita sering terdedah kepada bahaya tertentu, misalnya bahan kimia. Di samping itu, terdapat juga keadaan buta huruf dan kejahilan dikalangan wanita miskin, baik di kampung-kampung mahupun di sekitar kawasan setinggan dan ladang-ladang pertanian. 6.2.3 Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: i. ii. iii. iv. Mewujudkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan dan taraf kesihatan kaum wanita. Konsep kesihatan yang komprehensif hendaklah meliputi aspek kesihatan jasmani, mental dan emosi. Satu mekanisme hendaklah diwujudkan bagi memudahkan penyertaan berbilang sektor (Kerajaan dan bukan Kerajaan) bagi menjamin penyebaran perkhidmatan kesihatan yang sama rata di semua kawasan, serta menentukan usaha yang cekap dan berkesan sejajar dengan prioriti-prioriti tempatan. Menggalakkan perkembangan kedua-dua ilmu dan amalan perubatan cara moden dan tradisional sesuai dengan kehendak dan kemampuan masyarakat. Melaksanakan dasar yang berkesan tentang pencegahan penagihan dan penggunaan dadah dengan melibatkan semua pihak dan lapisan. 8
  • 9. v. vi. Mengadakan undang-undang yang dapat memberi perlindungan kepada pesakit daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memberi rawatan dan ubatan. Mangsa-mangsa rogol dan keganasan hendaklah diberi perlindungan daripada publisiti yang meruntuhkan maruah dan keperibadian mereka. Mengkaji undang-undang yang sedia ada, atau menggubal undang-undang baru yang bertujuan untuk memberi perlindungan kepada kaum wanita akan pekerjaan-pekerjaan yang membawa bahaya kepada kesihatan. 6.3 Pendidikan dan Latihan 6.3.1 Tujuan mutlak sektor ini adalah bagi menjamin peluang pendidikan kepada semua rakyat, lelaki mahupun wanita, supaya dapat mereka mengembangkan potensi individu dan berpeluang menyumbangkan peranan sebagai rakyat yang produktif dan berakhlak mulia. 6.3.2 Perkembangan potensi kaum wanita perlu mendapat perhatian khusus, kerana sistem yang ada sekarang wujud atas pertimbanganpertimbangan yang mengutamakan kehendak dan keupayaan pihak lelaki. Sistem pendidikan dan latihan kebangsaan hendaklah mengintegrasikan fahaman taraf persamaan jantina, di samping memupuk sikap dan perspektif bagi menghormati dan mengiktiraf hak dan keupayaan wanita setaraf dengan kaum lelaki. 6.3.3 Dengan demikian, kandungan pelajaran yang bercorak kejantinaan (sexism) dan “streotyping” peranan wanita hendaklah dikikis daripada buku teks, bahan rujukan dan apa jua bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Wanita telah pun membuktikan kebolehan dalam berbagai-bagai bidang dan lapangan; maka hakikat ini hendaklah mendapat gambaran dalam contohan sumbangan rakyat dan pembangunan. 6.3.4 Seterusnya, perlulah juga dikesani rintangan-rintangan yang masih menyekat penyertaan wanita sepenuhnya, baik dalam pendidikan asas, pelajaran vokasional, pelajaran tinggi mahupun dalam bidang-bidang pengkhususan profesional. Demikian juga, tidaklah boleh diabaikan golongan yang masih buta huruf, yang kejahilan ilmu pengetahuan dan kemahiran, kerana sebilangan besar golongan ini terdiri daripada kaum wanita. 6.3.5 Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: i. Memperbaiki dan mempertingkatkan mutu program pendidikan di semua peringkat. Satu semakan yang komprehensif perlu diusahakan dengan membuat perubahan-perubahan di mana 9
  • 10. perlu pada kurikulum, kaedah mengajar, kemudahan dan pengambilan pelajar untuk: • • • • • • • ii. Menghapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan maruah dan imej wanita; Memudahkan penyertaan wanita dalam bidang-bidang yang diminatinya; Meyakinkan wanita untuk mengambil peluang latihan bagi menceburkan diri dalam lapangan sains dan teknologi moden; Memasukkan pendidikan kekeluargaan dalam semua kursus pendidikan dan latihan kerjaya untuk lelaki dan wanita; Menyemak dasar pengambilan dan pelaksanaan tugas institusi bagi menjamin diskriminasi terhadap wanita tidak diamalkan; Meluaskan lagi peluang latihan vokasional untuk wanita serta mengiktirafkan kemahiran-kemahiran wanita dalam bidang latihan dan pekerjaan; Menekankan institusi pendidikan dewasa serta peluang pendidikan sepanjang hidup agar kaum wanita dapat terus mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Melibatkan agensi-agensi bukan Kerajaan bagi memajukan peluang-peluang pendidikan. Institusi-institusi swasta hendaklah diawasi supaya mereka tidak meneruskan diskriminasi terhadap wanita ataupun mengekalkan gambaran-gambaran yang menghinakan penyertaan wanita. Dasar Wanita Negara hendaklah meliputi semua sektor, baik Kerajaan mahupun bukan Kerajaan. 6.4 Undang-undang 6.4.1. Semua warganegara berhak mendapat perlindungan undangundang yang sewajarnya. Dengan penerimaan dasar persamaan taraf, maka perlu diperkuatkan undang-undang bagi menjamin hak wanita dari segi pemilikan harta, kerakyatan, peluang-peluang dan jagaan anak-anak (guardianship). 6.4.2 Undang-undang perlindungan perlu bagi wanita dalam pekerjaan, bagi wanita menunaikan kewajipan dan keibuan, bagi wanita yang bercerai atau terpisah dari suami, dan hak mereka dari sisi agama. 6.4.3 Kejahilan wanita tentang hak mereka di bawah undang-undang juga perlu diatasi, khususnya mereka yang berpelajaran rendah dan tidak mempunyai tempat untuk mendapat nasihat undang-undang. 10
  • 11. 6.4.4 Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: i. ii. iii. iv. v. vi. Menyemak dan mengemaskini undang-undang yang kurang berkesan; Melibatkan wanita dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang Mengadakan biro pengaduan dan nasihat yang mudah didapati untuk wanita; Memberi pengetahuan mengenai hak individu di sisi undangundang; Menggubal undang-undang perlindungan daripada keganasan rumahtangga, pemberhentian dan eksploitasi dalam pekerjaan dan bagi mangsa rogol dan keganasan; dan Mewujudkan undang-undang keluarga yang saksama yang memelihara dan mempertahankan hak ibu kandung dan bagi menyelesaikan pertikaian keluarga dengan adil dan berperikemanusiaan. 6.5 Pekerjaan 6.5.1. Sektor ekonomi telah berkembang dengan pesatnya selepas merdeka. Namun demikian, manfaat pembangunan ekonomi, pada amnya, belum dapat dinikmati sepenuhnya oleh wanita. Penyertaan wanita perlu dipertingkatkan; kesan pembangunan hendaklah mempertingkatkan mutu kehidupan wanita, khususnya pekerja-pekerja buruh kasar, petani di luar bandar dan pekerja di kilang-kilang. 6.5.2. Walaupun penyertaan wanita dalam tenaga buruh telah bertambah sebilangan besar tenaga wanita adalah dalam golongan pendapatan rendah dan dalam pekerjaan bukan atau separuh mahir. Perkhidmatan sebagai suri rumah tidak mendapat nilai ekonomi dan kebanyakan wanita bertugas sebagai pekerja tidak bergaji. 6.5.3. Ramai pekerja wanita tidak mendapat perlindungan kesatuan sekerja; malah ramai wanita tidak mengetahui tentang hak-hak mereka sebagai pekerja. Ini menyebabkan mereka dipergunakan, diberi ganjaran gaji yang rendah dan tidak setimpal dengan pekerjaan, terpaksa menanggung beban rumah tangga, kewajipan keluarga, di samping menjalani kerja penuh masa, serta tidak menikmati kemudahan dan peruntukan pekerjaan yang sepatutnya. Pernah didapati juga pekerja wanita diganggu dan diperkosa oleh pihak majikan dan pengawasan. 6.5.4. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: i. ii. Perlu dipertingkatkan penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan, sosial, ekonomi dan politik; Perlu diadakan perkongsian saksama tentang manfaat pembangunan; 11
  • 12. iii. iv. v. vi. vii. Perlu diperbanyakkan peluang pekerjaan, khususnya bagi wanita yang miskin dan tidak mempunyai punca pencarian nafkah hidup; Perlu ada ‘job description’ bagi semua jenis pekerjaan dan penentuan gaji yang sewajarnya, tanpa perbezaan jantina; Perlu diadakan undang-undang perlindungan untuk semua jenis pekerjaan; Perlu diamalkan prinsip gaji sama untuk pekerjaan yang sama; dan Perlu dihapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam peluangpeluang kenaikan pangkat, latihan lanjutan dan pembuatan keputusan. 6.6 Politik 6.6.1. Wanita telah memainkan peranan aktif dalam dunia politik negara ini. Namun demikian penglibatan mereka dalam bidang politik kebangsaan amat terhad. Wanita adalah separuh daripada penduduk negara dan sumbangan mereka dalam parti-parti politik amat besar. Mereka juga memainkan peranan penting sebagai penarik pengundi, tetapi perwakilan mereka di Parlimen amat kecil. Wanita kekal menjadi kumpulan pengundi yang kuat, tetapi belum menunjukkan kekuatan mereka itu sebagai calon politik. 6.6.2. Proses pembangunan dalam bidang politik memerlukan penglibatan maksimum wanita dan lelaki. Faktor-faktor yang menyekat penglibatan politik wanita dan mutu politik mereka amat berhubung dengan keadaan sosio-budaya yang tidak menggalakkan penglibatan mereka dalam hal ehwal awam, kekurangan pendidikan dan kesedaran, serta kejahilan tentang hak-hak mereka, serta beban kerja yang berat hingga wanita tidak mempunyai masa untuk terlibat dalam politik. 6.6.3. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: i. ii. Kerajaan hendaklah mengadakan perundangan dan pentadbiran untuk menentukan penglibatan wanita sepenuhnya dalam bidang politik negara dan untuk menambahkan pengambilan, pencalonan dan penempatan wanita pada kedudukan penentuan dasar pada peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan sehingga perwakilan saksama tercapai; dan Kerajaan hendaklah juga menentukan sokongannya terhadap kemunculan lebih ramai wanita ke peringkat perundangan dan eksekutif dalam Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Tempatan dan badan-badan lain. 6.7 Media 6.7.1. Media amat berpengaruh bagi menonjolkan imej wanita. Imej yang negatif, berpura-pura, membazir dan sebagai sumber ghairah perlu dikikis. Penyertaan wanita dalam industri media masih 12
  • 13. berkurangan, dengan demikian sukar bagi mereka hendak mempengaruhi etika dan amalan prinsip yang mementingkan keuntungan pihak yang memiliki media. Selain itu, pandangan dari sudut wanita kurang mendapat perhatian dan sebaran. 6.7.2. Adalah perlu bagi wanita memainkan peranan yang lebih dinamis dalam mengembangkan mutu pancaran media, baik bagi dunia hiburan, maklumat, pendidikan, politik, perniagaan mahupun dalam lapangan antarabangsa. 6.7.3. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: i. ii. iii. iv. Meningkatkan penglibatan wanita dalam semua aspek perkembangan media. Ini termasuk dasar, perancangan program dan perkhidmatan, serta pengendalian projek-projek pembangunan; Menjalankan analisis jantina atas semua program supaya dapat mengesan penyertaan wanita sebagai penerbit, sebagai pengguna media massa dan penerima kesan media seluruhnya; Mengikis pendapat dan kesan-kesan negatif terhadap wanita dan program iklan dan pendapat yang disiarkan; dan Menggunakan pengaruh media bagi memupuk sikap dan nilai yang posotif tehadap wanita dan sumbangannya. 6.8 Agama 6.8.1. Agama ialah satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan perpaduan ummah dalam proses sosialisasi rakyat. Nilai-nilai murni dikongsi bersama oleh berbagai agama, iaitu Islam, Hindu, Buddha, Kristian dan Yahudi. Adalah penting nilai-nilai sejagat yang positif ditonjolkan daripada membangkitkan perbezaan-perbezaan dan keanehan yang merendahkan maruah mana-mana pihak. Sebagai prinsip dan pedoman hidup, amalan agama hendaklah menyokong kesaksamaan, keamanan keadilan, toleransi dan kesejahteraan rakyat. 6.8.2. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: i. ii. iii. iv. v. Mendapatkan pandangan wanita dalam membentuk fatwa yang melibatkan wanita dan isu wanita; Menggalakkan penyertaan wanita dalam semua aktiviti keagamaan; Mewujudkan perbincangan antara berbagai-bagai agama sebagai usaha mencapai persefahaman; Menjadikan agama sebagai asas ke arah pemodenan masyarakat berbilang kaum; dan Mewujudkan suasana perkongsian hidup yang sihat di kalangan wanita dan lelaki. 6.9 Kebudayaan 13
  • 14. 6.9.1. Kebudayaan negara ialah sumbangan rakyat yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Seni Rakyat, sukan, adat resam, amalan tradisional merupakan sumbangan istimewa rakyat. Oleh yang demikian, dasar kebudayaan negara hendaklah memberi perhatian dan layanan yang seimbang bagi mengembangkan penyertaan wanita yang sewajarnya. 6.9.2. Antara tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuklah: i. ii. iii. iv. v. Penyertaan wanita dalam bidang seni perlu mendapat perhatian bagi mengembangkannya; Kemudahan dan galakan hendaklah diberi kepada wanita untuk menyertai semua kegiatan budaya dan seni; Diskriminasi dalam bidang seni dan budaya hendaklah dihapuskan; Penyertaan wanita dalam Majlis Perundingan Kebudayaan Kebangsaan hendaklah dipertingkatkan; dan Amalan yang melibatkan wanita secara ‘tokenism’ diberhentikan. Rujukan : Web site Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat http://www.kpwkm.gov.my/Bm/pfl_kpwkm_dasarwanita4.asp 5.1 Dasar Belia Negara Dasar ini digubal untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi belia di samping mengukuhkan perpaduan serta keselamatan negara. Untuk mencapai matlamat dasar ini, beberapa program dan aktiviti yang boleh meningkatkan kemahiran para belia dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan vokasional diberi perhatian. Untuk menyelaraskan program ini, Kementerian Belia dan Sukan berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar belia dengan cara mengadakan kegiatan-kegiatan yang berguna dan berfaedah. Salah satu program yang telah mendapat sambutan daripada kalangan belia pada hari ini ialah program Rakan Muda yang bertujuan untuk mempertingkatkan penglibatan belia dalam pelbagai bidang seperti kesukanan, kebudayaan dan kesenian. Prinsip Dasar Belia 1. 2. 3. 4. Mengamalkan prinsip Rukun Negara Mewujudkan semangat perpaduan dan sukarela Mewujudkan sifat-sifat kempimpinan yang matang Mengalakkan penyertaan belia dalam proses perancangan negara. 5. Membina moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan diri 6. Mencapai taraf keilmuan yang luas dan mendalam. 6.1 Pelan Integriti Nasional 14
  • 15. Pelan Integriti Nasional ( PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara bagi membina masyakat yang bersatu padu, adil, demokratik, liberal dan progresif. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020. Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan inspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka, PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia, namun ia juga mengambil perkembangan antarabangsa pengalaman negara-negara lain serta impak harus globalisasi. PIN memang menekan aspek pembangunan warganegara cemerlang, dalam perutusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di buku PIN ditegaskan bahawa gerakan pemantapan integriti yang dipacu oleh PIN dan dikoordinasi oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) ialah suatu gagasan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia, ia menjadi kekuatan masyarakat bagi menguruskan kejayaan dan mengatasi kelemahan dengan berkesan. PIN dan IIM akan menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti yang membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah negara masyarakat maju menurut acuan sendiri serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Lantaran itu, bagi tempoh lima tahun pertama 2004 hingga 2008, PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang hendak dicapai. Sasaran ini dikenali sebagai tekad 2008 iaitu:  sasaran mengurangkan genjala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan;  meningkat kecekapan dalam sistem penyampaian, perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi  meningkat tadbir urus korporat dan etika perniagaan  memantapkan institusi keluarga dan komuniti dan  meningkat kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat 2.1 Aktiviti Tutorial Bincangkan kesan perlaksanaan dasar-dasar sosial terhadap masyarakat Malaysia. 15