Business Communication: Course notes topic 1-210613 024331
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 3 pembentukan malaysia 240613 102029
1.
2.
3. IDEA PEMBENTUKAN MALAYSIA
• Gagasan penyatuan paling awal dikemukakan oleh British
• 1954 - Tan Sri Ghazalie Shafie
• 1955 - David Marshall & Tan Cheng Lock
• 1959 - Lee Kuan Yew
• 1955 - Cadangan konkrit disuarakan oleh TAR di persidangan
UMNO
• 1961 - “Press Conference”
• Jan 1961 - TAR berbincang dengan Lee Kuan Yew, Senu Abdul
Rahman & Mac Millan tentang idea penubuhan Malaysia
• 5 buah negara akan bergabung di bawah M’sia iaitu Brunei,
Negara Borneo Utara British (S & S’wak), Singapura &
Persekutuan Tanah Melayu
4. FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
• Mempercepatkan proses ke arah
POLITIK
EKONOMI
SOSIAL
mencapai kemerdekaan
• Membanteras ancaman dan pengaruh
komunis & kekalkan keamanan
serta keseimbangan kaum
• Membangunkan ekonomi serantau
untuk kepentingan dan faedah negara
anggota
• Semangat memupuk bangsa M’sia
dengan identiti baru - perkongsian
warisan budaya
5. REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
SINGAPURA
• Reaksi awal - semua pihak menerima konsep Malaysia
• Wujud penentangan - pihak yang berlainan pendapat & bimbang
dengan penubuhan Malaysia
• PAP- People’s Action Party - Lee Kuan Yew telah ditentang oleh
Barisan Sosialis (United People’s Party)
• Wujud krisis dalam PAP sendiri - perpecahan dalaman yang disebab
kan oleh faktor sosial & kebudayaan ahlinya
• Terdapat 2 golongan dalam PAP - haluan kanan & haluan kiri
• Ahli haluan kanan terdiri daripada golongan intelek berpendidikan
Inggeris
• Ahli haluan kiri disokong oleh pekerja berpendidikan Cina - pro
komunis
6. REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
1957 - Puak kiri yg diketuai oleh Lim Chin
Siong meminta Lee Kuan Yew (LKY)
hapuskan ISC (Internal Security Council)
LKY enggan dan menyebabkan Chin Siong
& pengikutnya keluar dari PAP dan sertai
Barisan Sosialis.
LKY telah memilih untuk bergabung dgn
Semenanjung dalam usaha menyelamatkan
PAP daripada menghapuskan ISC.
7. REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
BRUNEI
Permulaan - rakyat Brunei masih ada yang tidak bersetuju
dengan penubuhan Malaysia
Rakyat lebih suka Brunei merdeka dengan sendiri
Penentangan hebat oleh Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah
pimpinan A.M Azahari
Azahari lebih minat dengan idea penggabungan Brunei dengan
Borneo Utara British (Sabah & Sarawak) yang dikenali sebagai
‘Kalimantan Utara”
Penentangan oleh Azahari ketara hingga mencetuskan
Revolusi Bersenjata
Revolusi digagalkan oleh Sultan Brunei dengan sokongan
British
8. REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
SABAH
Sambutan penduduk menggalakkan
Wujud pelbagai parti politik yang cuba memperlihatkan
reaksi mereka terhadap pembentukan Malaysia
Di Sabah, United National Kadazan’s Organisation
(UNKO) dan United Sabah National Organisation
(USNO) memberi sokongan terhadap penubuhan
Malaysia
Pertubuhan Kebangsaan Pasok Momogun
menentang idea ini
Parti Demokratik & Parti Bersatu juga menyatakan
sokongan mereka terhadap penubuhan Malaysia namun
mrk mahukan Sabah merdeka terlebih dahulu sebelum
menyertai Malaysia
9. REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
SARAWAK
Penentangan hebat idea pembentukan Malaysia datangnya dari
Parti Negara S’wak (PANAS) yang dianggotai oleh orang Iban dan
juga Parti Rakyat Bersatu Sarawak (BERJAYA)
Parti yg menentang ini akhirnya menerima cadangan penubuhan
Malaysia tetapi dengan syarat bahawa Sarawak akan diberi
pemerintahan sendiri
Rakyat masih khuatir mereka akan hilang kekuatan sekiranya
menyertai Malaysia disebabkan oleh “Malayan Domination”
Orang bukan Melayu bimbang akan mengalami diskriminasi layanan tidak sama rata. Mereka juga takut kedudukan agama
dan bahasa mereka akan terancam sekiranya bergabung di
dalam Malaysia
Orang Cina - persaingan ekonomi dengan orang Cina di
Singapura
10. REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
TANAH MELAYU
Sbl 1961 - Sesetengah pemimpin UMNO menimbang baik buruknya
bagi orang Melayu sekiranya bergabung dengan Singapura di dalam
Malaysia
Kerisauan ini reda apabila kemasukan negeri Sabah & Sarawak
diambilkira dan ini sekaligus mengurangkan kebimbangan mengenai
kepentingan kaum Melayu terutama dari segi nisbah penduduk
Penduduk akhirnya bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia
Namun begitu masih lagi berlaku penentangan terhadap penubuhan
Malaysia yang datangnya dari Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
yang mendakwa bahawa penubuhan Malaysia hanya mendatangkan
kerugian kepada penduduk Melayu
11. REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
BRUNEI
Sultan Brunei, Omar Ali Sharifuddin yang pada mulanya bersetuju dgn
idea pembentukan M’sia akhirnya telah membatalkan rancangannya.
Keputusan baginda adalah disebabkan oleh tuntutan yang tidak
dipenuhi.
8 Tuntutan yang diminta oleh Sultan Brunei adalah:
1. Brunei diberi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen
2. Dibenarkan terus menguasai hasil minyak
3. Brunei ingin memegang autonomi kewangan pada peringkat awal
penyertaannya
4. Meminta dikekalkan semua pelaburannya
5. Meminta dikekalkan kadar percukaian yang rendah
6. Dibenar meneruskan program pendidikan dan kebajikannya sendiri
12. REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
7. Jaminan keselamatan Brunei di dalam Malaysia
terjamin
8. Baginda menginginkan ‘kekananan’ baginda dlm
Majlis Raja-raja dikira daripada tarikh bergelar
Sultan, 1950 bukannya tarikh kemasukan Brunei ke
dalam Malaysia
Isu yang paling hangat adalah tentang kekananan
baginda dan isu minyak. Dua isu ini gagal diselesaikan
dan akhirnya menyebabkan Sultan Brunei menarik diri
dari menyertai Malaysia
13. REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
SINGAPURA
Singapura yang telah menyertai Malaysia selama 2 tahun akhirnya telah
berpisah pada tahun 1965.
Perpisahan ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dalaman seperti
permusuhan dan konflik yang berlaku antara Singapura dan Tanah
Melayu
2 tahun selepas bersama Malaysia, orang Melayu dan orang Cina di
Malaysia telah mengalami polarisasi kaum - ancam toleransi &
hubungan Melayu dan Cina
Saluran perbalahan adalah PAP (Singapura) & Parti Perikatan (Tanah
Melayu)
Hubungan Singapura & Tanah Melayu semakin terjejas terutama sekali
dalam pilihanraya pada tahun 1964, apabila PAP turut bertanding
Sebelum menjelang pilihanraya, Lee Kuan Yew telah bertindak
memperkecilkan MCA dan mendakwa pemimpin MCA tidak berkaliber
dan bersahabat dengan UMNO
14. REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA
Sikap Kuan Yew dan PAP telah menimbulkan kemarahan bukan sahaja
oleh pemimpin MCA tetapi juga oleh Tunku Abdul Rahman sendiri
Tindakan PAP ini dikatakan cuba mengambilalih peranan MCA yang
menjaga kepentingan kaum Cina
PAP bukan sahaja menjadi musuh orang Cina tetapi juga orang Melayu
Keretakan hubungan ini semakin ketara dan akhirnya mencetuskan
rusuhan pada 21 Julai dan 2 September 1964.
Tunku kecewa dengan tindakan Singapura dan jalan penyelesaian yang
terbaik adalah melalui perpisahan
27 April 1965, Singapura telah adakan satu konvensyen untuk
membentuk “United Opposition Front” yg memperjuangkan konsep
persamaan hak
“Malaysia for Malaysian” - tiada sebarang kaum pun yang lebih asli
daripada kaum lain
9 Mei 1965 - PAP adalah Konvensyen Perpaduan Malaysia yang
semakin menyatukan orang Cina untuk terus memusuhi orang Melayu
15.
Kempen Kuan Yew “Malaysia for Malaysian” akhirnya
dibalas oleh pemimpin UMNO - Jaafar Albar dgn slogan “
Melayu Bersatu”
Pemimpin MCA turut merasa tidak senang dgn tindakan
Singapura.
Tan Siew Sin & Senator T.H.Tan - pemimpin MCA yg
mencadangkan perpisahan Singapura drp Malaysia
7 Ogos 1965 - Kuan Yew & Tunku tandatangani perjanjian
perpisahan
9 Ogos 1965 - Parlimen meluluskan Rang Undangundang Perpisahan
Singapura dgn rasminya keluar dr Malaysia dan
menubuhkan republik
16. REAKSI FILIPINA
Presiden Macapagal telah mendakwa Sabah sebagai
sebahagian drp Kesultanan Sulu
Oleh itu, pembentukan Malaysia yang memasukkan Sabah ke
dalam Persekutuan Malaysia akan menyukarkan tuntutan Filipina
terhadap Sabah
British tidak melayan tuntutan Filipina ini & mengingatkan Filipina
bhw sebarang tuntutannya tidak akan dilayan oleh British
Presiden Macapagal telah membuat kecaman secara terbuka
pada 28 Januari 1963 berkenaan dgn tuntutan ini tetapi masih
tidak berhasil
W/pun rakyat Sabah menyokong dan mempersetujui cadangan
penubuhan Malaysia, namun Filipina terus membantah dan
kemudiannya memutuskan hubungan diplomatiknya dgn Malaysia
Tuntutan Filipina ini nyata gagal kerana drp tinjauan yang
dilakukan telah membuktikan bahawa penduduk Sabah sendiri
dgn rela hati ingin menyertai Malaysia
17. REAKSI INDONESIA
Penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia lebih dikenali
sebagai “Konfrontasi”
Presiden Sukarno telah mengumumkan dasar konfrontasinya pada
20 Januari 1963 dengan bawaan slogan “Ganyang Malaysia”
Sebab penentangan Sukarno terhadap penubuhan Malaysia adalah
atas dakwaan Tunku tidak berunding terlebih dahulu dengan
Sukarno tentang gagasan ini
Penubuhan Malaysia juga mungkin akan menggagalkan rancangan
Sukarno untuk mewujudkan “Empayar Indonesia Raya”
Dasar konfrontasi juga adalah satu usaha atau taktik untuk
mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah dalaman
Indonesia
Sukarno telah bertindak menghantar gerila tenteranya ke Pantai
Barat Johor utk intipan dan menjalankan tindakan subversif
18. Langkah mengatasi yang dijalankan oleh Malaysia untuk
menangkis serangan Indonesia
Rakyat dan kerajaan Malaysia telah bersatu minda dan
tenaga bagi menentang ancaman Indonesia
Malaysia telah kemukakan bantahan secara rasmi kepada
S/Usaha PBB tentang pencerobohan yg dilakukan oleh
Indonesia di Semenanjung, Sabah & Sarawak
Pasukan pertahanan turut dikerah untuk keselamatan dan
pencerobohan
Usaha diplomasi juga dirancang bagi menamatkan
penentangan ini
Peristiwa Gestapo iaitu percubaan rampasan kuasa yg
disokong oleh PKI gagal maka dapat dilihat kurangnya
konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
Adam Malek, Menteri Luar Indonesia pada Jun1966 telah
mengendalikan Perjanjian Damai Malaysia-Indonesia dan
akhirnya konfrontasi tamat.
19. PENGISYTIHARAN HARI MALAYSIA
Pada 16/9/1963, seiring dengan dentuman 101 das tembakan
meriam dan teriakan "MERDEKA", Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman telah mengisytiharkan kelahiran sebuah negara baru
kepada seluruh dunia iaitu Malaysia.
Stadium Merdeka yang dibanjiri oleh 30,000 rakyat Malaysia telah
bergema kembali dengan laungan semangat rakyat seperti 6 tahun
yang Ialu dalam tahun 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaannya.
Upacara membaca Deklarasi Penubuhan Malaysia itu telah
dilakukan di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong,
Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka,
Singapura, Sarawak dan Sabah.
Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga
buah negara yang baharu di dalam Persekutuan Malaysia laitu Lee
Kuan Yew, Donald Stephens dan Stephen Kalong Ningkan.
Upacara ini telah dihadiri juga oleh Kabinet, anggota-anggota
diplomat asing di Kuala Lumpur serta wakil-wakil dari KerajaanKerajaan yang telah dijemput khas.