SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  20
Télécharger pour lire hors ligne
27 Mac 2008   [FPM_OKED ]


           FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.0   PENGENALAN
Pelbagai perubahan telah berlaku dengan sepat di dunia hari ini. Ahli-ahli psikologi dan
sosiologi telah banyak memberi sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan
pengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi.
      Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan.
Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu,
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-
sekolah menengah mulai tahun 1989.
      KBSR menitikberatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira
serta perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan cara inilah, individu-individu
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia akan dihasilkan.


1.1   Konsep Falsafah Pendidikan
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada
usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan
falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman
untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
      Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai
pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan
pendidikan.


1.2   Latar belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang
sedang membangun. Justeru, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan
27 Mac 2008   [FPM_OKED ]

tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara.
Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yang
dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Dari sudut sejarah, falsafah
pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses
pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi.




2.0     KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun
1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:


        “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha    ini    adalah   bertujuan   melahirkan   rakyat   Malaysia   yang   berilmu
27 Mac 2008       [FPM_OKED ]

pengetahuan,        berketrampilan,    berakhlak   mulia,    bertanggungjawab        dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”


2.1      Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara
falsafah tradisional dan falsafah progresif.1 Falsafah pendidikan negara merangkumi
falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi
falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme.2
         Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang
rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara.
Falsafah      Pendidikan   Kebangsaan    ini   mengambil    inspirasi   daripada   proses
pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam
falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan
pembangunan negara Malaysia.
                   Rajah 1: Premis asas falsafah pendidikan kebangsaan




         Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia Persidangan
Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac
hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. Satu petikan ulasan oleh Mohd Kamal Hassan
(1988) dalam bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu
mengatakan pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikan adalah meliputi
perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan peribadi insan melalui latihan
1
    A. Rahman & Zakaria (1994)
2
    Sufean Hussin (1996)
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]

rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera. Sumber kepada pendidikan
berkenaan adalah sumber wahyu dan akal sebagaimana yang diutarakan dalam
konsensus Persidangan tersebut. Faktor keseimbangan dan kesepaduan dalam
resolusi ini dapat dimanifestasikan dalam falsafah pendidikan negara yang dirumuskan
11 tahun kemudian.
       Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan
prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia
menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu
entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.


2.2    Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan
pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada
Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya
menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain,
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

          •    percaya dan patuh kepada Tuhan;

          •    berilmu pengetahuan;

          •    berakhlak mulia;

          •    bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;

          •    memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan

          •    memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.


       Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya seperti:
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]

             •    melahirkan   rakyat   yang   bertanggungjawab           dan   boleh   memenuhi
                  kewajibannya sebagai seorang warganegara;

             •    menghasilkan    rakyat   yang      progresif,   mahir    serta    cekap     supaya
                  membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna,
                  demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan;
             •    melahirkan   rakyat   yang   boleh      memahami        dan      menerima    serta
                  mengamalkan      prinsip-prinsip     dan    cita-cita    demokrasi        mengikut
                  Perlembagaan;

             •    melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara;

             •    melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip
                  Rukun Negara, dan bersikap toleransi,              agar dapat mewujudkan
                  perpaduan rakyat berbilang kaum; dan

             •    mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan
                  kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang
                  berada.


          Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap
pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan
kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan
berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara.
          Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi
dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan
dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.


2.3       Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan
peranan yang penting seperti:
      •   sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha
          mengembangkan dan memajukan pendidikan;
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]

      •   menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan
          Negara;
      •   sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan
          negara;
      •   sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-
          tugas pendidikan;
      •   sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-
          bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;
      •   sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan;
          dan
      •   menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang
          usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.




3.0       FAKTOR-FAKTOR                PEMBENTUKAN             FALSAFAH       PENDIDIKAN
          KEBANGSAAN (FPK)


Sebagaimana yang telah dijelaskan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan
suluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan, maka
adalah penting bagi guru dan pendidik khasnya, meneliti dan mentafsir kandungannya
serta memahami secara mendalam hasrat dan cita yang terkandung di dalamnya.
Kandungan, hasrat dan cita yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
boleh      ditafsirkan   dari   segi    faktor-faktor   yang   mempengaruhi   pertimbangan-
pertimbangan semasa penggubalan dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya.
          Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi
panduan dan bimbingan dan manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa
faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor
yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ialah:
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]

   (i)        Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara.
   (ii)       Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.
   (iii)      Faktor    politik    yang      menentukan    ideologi   negara,    dan   seterusnya
              mempengaruhi dasar pendidikan.
   (iv)       Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha
              membawa pembangunan dan kemajuan negara.
   (v)        Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti
              keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.
   (vi)       Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia,
              perkembangan pendidikan antarabangsa dan berkeupayaan warganegara
              memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman
              antarabangsa.
           Pengaruh faktor-faktor tersebut dapat dikesan daripada pernyataan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang dihuraikan seperti berikut:


           Pendidikan     di      Malaysia    adalah   suatu    usaha    berterusan      ke   arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha        ini    adalah     bertujuan      melahirkan    rakyat    Malaysia    yang    berilmu
pengetahuan,           berketrampilan,         berakhlak    mulia,    bertanggungjawab        dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


   (i)        Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di
              samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya
              juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini,
              khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai
              pertimbangan        asas    dalam   proses penggubalan       Falsafah    Pendidikan
              Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu:
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]

        ‘mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
        emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
        Tuhan...’
(ii)    Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.
        Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap
        toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap
        yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum
        yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan
        sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah
        satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
        Kebangsaan, iaitu: ‘....melahirkan rakyat Malaysia....memberi sumbangan
        terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’
(iii)   Faktor politik: Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan
        Kebangsaan      digubah   berlandaskan     kepada        iedologi   negara     yang
        dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan,
        Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk
        ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam
        penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian
        perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah
        Pendidikan     Kebangsaan.   Matlamat     ini    dapat    diperlihatkan   daripada
        pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah
        dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.
(iv)    Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran
        dapat       membantu    negara   memperkembangkan             ekonomi        dengan
        meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan
        melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
        berakhlak     mulia,   bertanggungjawab         dan   berkeupayaan        mencapai
        kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.
        Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu
        matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
        Kebangsaan.
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]

   (v)     Faktor individu: Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses
           pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi
           dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
           bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang
           seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa
           menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup
           dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis
           merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan
           Kebangsaan.
   (vi)    Faktor sejagat: Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak
           terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.
           Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan
           antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan
           Kebangsaan.      Misalnya,     program      pendemokrasian       pendidikan,
           pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan
           oleh   UNESCO     dalam   tahun   1980-an   telah   dimanifestasikan   dalam
           pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Pendidikan di
           Malaysia adalah satu usaha berterusan.......”. Ini jelaslah mencerminkan
           konsep pendidikan seumur hidup.


         Perkembangan, kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung
kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Malaysia sejak awal pembentukannya
pernah memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin
keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Usaha
kerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh generasi-generasi mendatang.
Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat
yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan
berakhlak mulia, bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada
negara, tetapi juga berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan
kestabilan antarabangsa.
27 Mac 2008   [FPM_OKED ]



4.0   ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis
yang merujuk kepada beberapa elemen. Berikut pula adalah elemen-elemen penting
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
     Elemen-elemen FPK                                 Implikasi
pendidikan    suatu   usaha           •   Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan
berterusan                                dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai
                                          murni;
                                      •   Proses       pemerolehan    dan   pemindahan
                                          berlangsung secara berterusan bermula dari
                                          kecil sehingga ke akhir hayat;
                                      •   Pendidikan awal kanak-kanak amat penting
                                          untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak
                                          yang berada dalam lingkungan umur antara
                                          satu hingga enam tahun;
                                      •   Sahsiah       yang   dibentuk     akan     terus
                                          berkembang           sepanjang           tempoh
                                          persekolahan;
                                      •   Setelah tamat persekolahan, setiap individu
                                          masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran
                                          dan akhlak mereka;
                                      •   Proses pendidikan yang berterusan bagi
                                          membantu individu menyesuaikan diri dengan
                                          pelbagai perubahan.
perkembang potensi individu           •   Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan
                                          bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin
                                          terpendam;
                                      •   Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya
                                          dicungkil,    dipupuk,     dikembangkan     dan
                                          dipertingkatkan;
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]

                                  •   Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma
                                      melalui interaksi sosial dengan orang lain dan
                                      alam sekeliling;
                                  •   Pendidikan seharusnya memberi              peluang
                                      individu untuk berkembang bakat, potensi dan
                                      kebolehan mereka.
perkembangan individu secara      •   Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh
menyeluruh dan bersepadu              dikembangkan secara berasingan; sebaliknya
                                      dihubungkaitkan     iaitu     diselaraskan      bagi
                                      mengelakkan pertentangan antara satu sama
                                      lain;
                                  •   Perkembangan       dan      peningkatan    seelok-
                                      eloknya merangkumi          empat   aspek,      iaitu
                                      intelek, rohani, emosi dan jasmani.
insan   yang    seimbang    dan   •   Amat penting bagi individu memiliki ilmu
harmonis                              (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya
                                      kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang
                                      baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik
                                      (jasmani);
                                  •   Keseimbangan antara keempat-empat aspek
                                      di atas akan menghasilkan individu yang
                                      mampu hidup secara harmonis dengan diri
                                      dan orang lain;
                                  •   Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk
                                      menghadapi segala cabaran hidup serta
                                      sanggup      berhadapan      dengan       apa    jua
                                      masalah yang timbul.
unsur intelek                     •   Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca,
                                      menulis dan mengira;
                                  •   Sering berusaha untuk memperoleh dan
                                      mengembang ilmu yang benar;
                                  •   Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif,
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]

                                      kritikal dan reflektif;
                                  •   Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang
                                      lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).
unsur rohani                      •   Menyedari dan percaya kepada Tuhan;
                                  •   Bersyukur dengan pemberian Tuhan;
                                  •   Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-
                                      nilai murni.
unsur emosi                       •   Mempunyai emosi yang matang dan stabil;
                                  •   Memiliki    dan     memupuk        perasaan     kasih
                                      sayang;
                                  •   Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.
unsur jasmani                     •   Menyedari tentang kepentingan kesihatan
                                      fizikal;
                                  •   Mengembangkan             bakat    dan   kemahiran
                                      teknikal, manipulatif dan sosial;
                                  •   Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal
                                      untuk memanfaatkan masyarakat.
kepercayaan     dan   kepatuhan   •   Mengakui tentang kewujudan Tuhan;
kepada Tuhan                      •   Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia
                                      dan alam;
                                  •   Menyedari bahawa hukum dan fenomena
                                      alam merupakan peraturan yang ditetapkan
                                      oleh Tuhan;
                                  •   Menyedari                 bahawa              individu
                                      bertanggungjawab          sepenuhnya     ke      atas
                                      segala perbuatan dan tindakannya;
                                  •   Mengamalkan segala ajaran agama yang
                                      dianuti.
rakyat Malaysia yang berilmu      •   Cintai ilmu pengetahuan;
pengetahuan                       •   Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya
                                      membaca;
                                  •   Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.
27 Mac 2008      [FPM_OKED ]

rakyat      Malaysia        yang    •   Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri;
berketrampilan                      •   Berkebolehan          untuk   menjalankan         tugas
                                        dengan sempurna;
                                    •   Berpandangan jauh dan berinisiatif;
                                    •   Memupuk pembawaan diri yang baik.
rakyat Malaysia yang berakhlak      •   Mempunyai perwatakan diri yang baik;
mulia                               •   Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral
                                        sebagai prinsip hidup.
rakyat      Malaysia        yang    •   Boleh dipercayai;
bertanggungjawab                    •   Menyedari           bahawa    setiap      tugas    dan
                                        tanggungjawab          merupakan       amanah      dan
                                        harus dilaksanakan dengan baik;
                                    •   Menjalankan tugas dengan amanah, bersih
                                        dan cekap;
                                    •   Mematuhi       peraturan      dan   undang-undang
                                        negara;
                                    •   Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,
                                        masyarakat, agama, bangsa dan negara.
rakyat      Malaysia        yang    •   Berfikiran waras dan berjiwa tenang;
berkeupayaan           mencapai     •   Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk
kesejahteraan diri                      menghadapi cabaran hidup.
rakyat   Malaysia    yang   dapat   •   Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat
memberi sumbangan terhadap              melalui     sifat    toleransi,   bertimbang      rasa,
keharmonian dan kemakmuran              kekitaan,            hormat-menghormati            dan
masyarakat dan negara                   sebagainya;
                                    •   Berusaha untuk memajukan ekonomi negara
                                        berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan;
                                    •   Sering mengekalkan kestabilan politik dan
                                        keamanan negara;
                                    •   Mematuhi       perlembagaan         dan     peraturan
                                        negara;
27 Mac 2008   [FPM_OKED ]

                                     •   Mempertahankan       maruah     diri,   profesion,
                                         agama, bangsa dan negara.
berkeupayaan           mencapai      •   Mempunyai daya tahan fizikal dan mental
kesejahteraan diri                       yang tinggi;
                                     •   Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku
                                         hidup.
sumbangan               terhadap     •   Menjadikan      Rukunegara    sebagai     amalan
keharmonian dan kemakmuran               hidup;
keluarga,     masyarakat    dan      •   Memupuk persefahaman keluarga;
negara                               •   Mematuhi norma masyarakat;
                                     •   Cintakan negara.


 Jadual 1: Elemen-elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Sumber: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan
                             Rendah Pengajian 4 Tahun




5.0   PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
      KEBANGSAAN (FPK)


5.1   Peranan pihak pentadbiran sekolah
Pihak pentadbiran sekolah perlu menerapkan budaya-budaya yang positif dalam diri
setiap murid-muridnya di samping memastikan dasar-dasar pendidikan negara
dijalankan dengan baik. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah,
mengandungi empat      aspek   utama,    iaitu   aspek fizikal,   aspek sosial,    aspek
perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.
      Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara berikut:

         •    Kebersihan bilik darjah, kantin, tandas dan kawasan sekolah serta
              anggota-anggota sekolah;
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]

         •     Keselamatan anggota-anggota sekolah dilindungi dengan peraturan
               sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk
               mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan
               kawalan keselamatan lalu lintas;

         •     Kemudahan-kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan
               dengan baik dan cermat;

         •     Keselesaan seperti ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara
               segar   dan   menyenangkan,     suasana      tenang    dan   kondusif   untuk
               pengajaran dan pembelajaran; dan

         •     Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta
               perhiasan-perhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan.


      Aspek sosial merangkumi perkara-perkara berikut:

         •     Hormat-menghormati di antara anggota-anggota sekolah serta mematuhi
               peraturan-peraturan sekolah;
         •     Rasa    tanggungjawab     terhadap   diri,   anggota   sekolah   lain   serta
               sekolahnya; dan
         •     Bekerjasama di antara anggota-anggota sekolah, bersedia untuk bantu-
               membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan.


      Semua aspek budaya sekolah ini perlu diterapkan dalam diri setiap murid agar
dapat melahirkan insan yang harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.


5.2   Peranan guru
Sewajarnya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan Matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf
dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau.
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]

      Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut:

         •    Pelaksanaan     kurikulum     dan   kokurikulum    yang   dapat      berjaya
              memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi,
              dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu.
         •    Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan
              prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat
              digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan
              selamat.
         •    Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan
              perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan
              masyarakat supaya melahirkan         semangat     kerjasama   demi    dapat
              membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu
              pun tenaga yang diperlukan.


      Sesungguhnya, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memperkembangkan
potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem
pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan
bertaraf dunia. Pencapaian misi dan matlamat pembentukan sistem pendidikan bertaraf
dunia meliputi komponen-komponen berikut:

         •    Prasarana yang berkualiti;

         •    Aplikasi teknologi yang canggih (ICT);

         •    Warga pendidikan yang proaktif;

         •    Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan kini;

         •    Peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D); dan

         •    Ada Dasar Pendidikan terbuka.
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]

            Ringkasnya, untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak
sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan strategi-strategi
yang ditentukan dan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


6.0         IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM SISTEM
            PENDIDIKAN NEGARA KITA
Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistem
pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi
yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan
para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988,
telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru itu,
semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai
dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
            Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa
implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang dihuraikan berikut.


      (i)     Implikasi terhadap kurikulum
              Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah
              Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi;
                 •   Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program
                     bersepadu.
                 •   Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai
                     murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.
                 •   Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan
                     insan yang seimbang dan harmonis.
                 •   Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan
                     umum.
                 •   Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran
                     pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
B
P
S
u
e
d
n
k
a
t
d
o
y
u
i
l
k
d
a
i
h
e
a
B
i
n
e
n
g
s
g
a
G
t           27 Mac 2008     [FPM_OKED ]
B
j
u
a
u
a
r
d
r
u
i                     Rajah 2: Implikasi FPK – sistem pendidikan
a
,
S
y
n
e
a
k
p
u
o
c
e
a
l
e
m
l
a (ii)    Implikasi terhadap pendidik
m
b
i
h
e
t         Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas
r
l
i
W         sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
l
a
a
j
d
w         meliputi:
n
a
g
r
n
s
             •   Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi
B
a                yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita
u
l
n
d
P
a
S                Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
a
i
e            •   Perubahan     profesional   dengan   mengubah     strategi   dan   teknik
y
p
n
k
a
e
-
o                pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu
r
l
                 pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.
p
i
a
o
k
i
h
s
n
P (iii)
i
a         Implikasi terhadap institusi pendidikan
t
a
r         Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk
i
n
o
f
B
j         melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan
a
e         Kebangsaan. Ini meliputi:
d
h
k
a            •   Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat
n
d
                 peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani,
a
l
/
n                emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
a
i
s
l            •   Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-
n
u
a                nilai murni dalam jiwa pelajar.
-
m
i
l
b
n            •   Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-
a
e
-
                 pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya
i
r
l
n
a                membaca dalam kalangan mereka.
i
n
27 Mac 2008      [FPM_OKED ]




7.0   RUMUSAN
Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan selama ini,
terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sekiranya
ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan,
seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlak), beradab
dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warganegara yang cukup baik.
Namun terdapat pelbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik dalam
kalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar.
      Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang
kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah
pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan
hanya satu impian sahaja.
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]

SUMBER


Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program
   Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman
   Sdn. Bhd.


Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah.
   Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Contenu connexe

Tendances

Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)nurul syuhaida rahim
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Alya Ismahani
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumPPD HULU SELANGOR
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islammzaidin
 
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif PendidikanIsu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikanأمير الشفيق
 
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan BaratPerkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barathazwanikamaludin
 
Kurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapuraKurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapuranuruladni1234
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
Ahli falsafah pendidikan timur - Tagore
Ahli falsafah pendidikan timur - TagoreAhli falsafah pendidikan timur - Tagore
Ahli falsafah pendidikan timur - TagoreTanKS6
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumAslah Zakadi
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraismail lambung
 

Tendances (20)

Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
 
Falsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islamFalsafah pendidikan islam
Falsafah pendidikan islam
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif PendidikanIsu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
 
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan BaratPerkembangan Falsafah Pendidikan Barat
Perkembangan Falsafah Pendidikan Barat
 
Kurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapuraKurikulum malaysia vs singapura
Kurikulum malaysia vs singapura
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
Ahli falsafah pendidikan timur - Tagore
Ahli falsafah pendidikan timur - TagoreAhli falsafah pendidikan timur - Tagore
Ahli falsafah pendidikan timur - Tagore
 
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan KurikulumFaktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Kurikulum
 
heutagogy dan cybergogy
heutagogy dan cybergogyheutagogy dan cybergogy
heutagogy dan cybergogy
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 

Similaire à FPK Konsep

Asigm bm
Asigm bmAsigm bm
Asigm bmahzai09
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negaraNelaveni Arjunan
 
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)hasrol
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanRoslyna Ina
 
Falsafah pendidikan kebangsaan 2
Falsafah pendidikan kebangsaan 2Falsafah pendidikan kebangsaan 2
Falsafah pendidikan kebangsaan 2Azeera Aliudin
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan firo HAR
 
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012SK Seri Tawai
 
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxPEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxHafizul20
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaanshare with me
 
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02Normarini Norzan
 
Manajemen Kurikulum dan Pembelajaran Guru mts al-azhar grobogan Mojowarno Jom...
Manajemen Kurikulum dan Pembelajaran Guru mts al-azhar grobogan Mojowarno Jom...Manajemen Kurikulum dan Pembelajaran Guru mts al-azhar grobogan Mojowarno Jom...
Manajemen Kurikulum dan Pembelajaran Guru mts al-azhar grobogan Mojowarno Jom...SUPRIYO S.Pd.I, M.Pd
 
Landasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptxLandasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptxMamaberkarya
 

Similaire à FPK Konsep (20)

Forum 1
Forum 1Forum 1
Forum 1
 
Asigm bm
Asigm bmAsigm bm
Asigm bm
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
 
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
131 dasar dan pelaksanaan_sistem pendidikan kebangsaan (2)
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT8 Dokumen KBAT
8 Dokumen KBAT
 
Faktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulumFaktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulum
 
Falsafah pendidikan kebangsaan 2
Falsafah pendidikan kebangsaan 2Falsafah pendidikan kebangsaan 2
Falsafah pendidikan kebangsaan 2
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
 
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxPEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
 
Huraian sukatan
Huraian sukatanHuraian sukatan
Huraian sukatan
 
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
Pembentangankuliah5 120522182715-phpapp02
 
Manajemen Kurikulum dan Pembelajaran Guru mts al-azhar grobogan Mojowarno Jom...
Manajemen Kurikulum dan Pembelajaran Guru mts al-azhar grobogan Mojowarno Jom...Manajemen Kurikulum dan Pembelajaran Guru mts al-azhar grobogan Mojowarno Jom...
Manajemen Kurikulum dan Pembelajaran Guru mts al-azhar grobogan Mojowarno Jom...
 
Landasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptxLandasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptx
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Ppt moral elm 3033 e
Ppt moral elm 3033 ePpt moral elm 3033 e
Ppt moral elm 3033 e
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 

FPK Konsep

  • 1. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1.0 PENGENALAN Pelbagai perubahan telah berlaku dengan sepat di dunia hari ini. Ahli-ahli psikologi dan sosiologi telah banyak memberi sumbangan kepada pembaharuan dalam amalan pengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi. Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah- sekolah menengah mulai tahun 1989. KBSR menitikberatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan cara inilah, individu-individu yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia akan dihasilkan. 1.1 Konsep Falsafah Pendidikan Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. 1.2 Latar belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun. Justeru, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan
  • 2. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Dari sudut sejarah, falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi. 2.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
  • 3. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” 2.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif.1 Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara Malaysia. Rajah 1: Premis asas falsafah pendidikan kebangsaan Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. Satu petikan ulasan oleh Mohd Kamal Hassan (1988) dalam bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu mengatakan pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikan adalah meliputi perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan peribadi insan melalui latihan 1 A. Rahman & Zakaria (1994) 2 Sufean Hussin (1996)
  • 4. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera. Sumber kepada pendidikan berkenaan adalah sumber wahyu dan akal sebagaimana yang diutarakan dalam konsensus Persidangan tersebut. Faktor keseimbangan dan kesepaduan dalam resolusi ini dapat dimanifestasikan dalam falsafah pendidikan negara yang dirumuskan 11 tahun kemudian. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. 2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: • percaya dan patuh kepada Tuhan; • berilmu pengetahuan; • berakhlak mulia; • bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; • memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan • memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti:
  • 5. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] • melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara; • menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan; • melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan; • melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara; • melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum; dan • mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada. Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. 2.3 Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan yang penting seperti: • sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan;
  • 6. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] • menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara; • sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara; • sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas- tugas pendidikan; • sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan- bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran; • sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan; dan • menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan. 3.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Sebagaimana yang telah dijelaskan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan suluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan, maka adalah penting bagi guru dan pendidik khasnya, meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita yang terkandung di dalamnya. Kandungan, hasrat dan cita yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh ditafsirkan dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan- pertimbangan semasa penggubalan dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya. Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi panduan dan bimbingan dan manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah:
  • 7. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] (i) Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara. (ii) Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya. (iii) Faktor politik yang menentukan ideologi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan. (iv) Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara. (v) Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. (vi) Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan berkeupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Pengaruh faktor-faktor tersebut dapat dikesan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dihuraikan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (i) Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu:
  • 8. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] ‘mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...’ (ii) Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: ‘....melahirkan rakyat Malaysia....memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’ (iii) Faktor politik: Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada iedologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas. (iv) Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 9. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] (v) Faktor individu: Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (vi) Faktor sejagat: Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan.......”. Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. Perkembangan, kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Malaysia sejak awal pembentukannya pernah memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjamin keamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Usaha kerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh generasi-generasi mendatang. Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara, tetapi juga berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.
  • 10. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] 4.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis yang merujuk kepada beberapa elemen. Berikut pula adalah elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Elemen-elemen FPK Implikasi pendidikan suatu usaha • Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan berterusan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni; • Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat; • Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun; • Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan; • Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka; • Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. perkembang potensi individu • Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam; • Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan;
  • 11. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] • Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling; • Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. perkembangan individu secara • Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh menyeluruh dan bersepadu dikembangkan secara berasingan; sebaliknya dihubungkaitkan iaitu diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain; • Perkembangan dan peningkatan seelok- eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. insan yang seimbang dan • Amat penting bagi individu memiliki ilmu harmonis (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani); • Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain; • Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul. unsur intelek • Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca, menulis dan mengira; • Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar; • Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif,
  • 12. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] kritikal dan reflektif; • Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu). unsur rohani • Menyedari dan percaya kepada Tuhan; • Bersyukur dengan pemberian Tuhan; • Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai- nilai murni. unsur emosi • Mempunyai emosi yang matang dan stabil; • Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang; • Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. unsur jasmani • Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal; • Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial; • Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. kepercayaan dan kepatuhan • Mengakui tentang kewujudan Tuhan; kepada Tuhan • Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam; • Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan; • Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya; • Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. rakyat Malaysia yang berilmu • Cintai ilmu pengetahuan; pengetahuan • Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca; • Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.
  • 13. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] rakyat Malaysia yang • Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri; berketrampilan • Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna; • Berpandangan jauh dan berinisiatif; • Memupuk pembawaan diri yang baik. rakyat Malaysia yang berakhlak • Mempunyai perwatakan diri yang baik; mulia • Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. rakyat Malaysia yang • Boleh dipercayai; bertanggungjawab • Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik; • Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap; • Mematuhi peraturan dan undang-undang negara; • Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. rakyat Malaysia yang • Berfikiran waras dan berjiwa tenang; berkeupayaan mencapai • Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk kesejahteraan diri menghadapi cabaran hidup. rakyat Malaysia yang dapat • Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat memberi sumbangan terhadap melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, keharmonian dan kemakmuran kekitaan, hormat-menghormati dan masyarakat dan negara sebagainya; • Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan; • Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara; • Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara;
  • 14. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] • Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara. berkeupayaan mencapai • Mempunyai daya tahan fizikal dan mental kesejahteraan diri yang tinggi; • Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup. sumbangan terhadap • Menjadikan Rukunegara sebagai amalan keharmonian dan kemakmuran hidup; keluarga, masyarakat dan • Memupuk persefahaman keluarga; negara • Mematuhi norma masyarakat; • Cintakan negara. Jadual 1: Elemen-elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sumber: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun 5.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 5.1 Peranan pihak pentadbiran sekolah Pihak pentadbiran sekolah perlu menerapkan budaya-budaya yang positif dalam diri setiap murid-muridnya di samping memastikan dasar-dasar pendidikan negara dijalankan dengan baik. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah, mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara berikut: • Kebersihan bilik darjah, kantin, tandas dan kawasan sekolah serta anggota-anggota sekolah;
  • 15. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] • Keselamatan anggota-anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas; • Kemudahan-kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat; • Keselesaan seperti ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara segar dan menyenangkan, suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran; dan • Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasan-perhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan. Aspek sosial merangkumi perkara-perkara berikut: • Hormat-menghormati di antara anggota-anggota sekolah serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah; • Rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya; dan • Bekerjasama di antara anggota-anggota sekolah, bersedia untuk bantu- membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. Semua aspek budaya sekolah ini perlu diterapkan dalam diri setiap murid agar dapat melahirkan insan yang harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 5.2 Peranan guru Sewajarnya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau.
  • 16. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut: • Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu. • Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat. • Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu pun tenaga yang diperlukan. Sesungguhnya, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan bertaraf dunia. Pencapaian misi dan matlamat pembentukan sistem pendidikan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen berikut: • Prasarana yang berkualiti; • Aplikasi teknologi yang canggih (ICT); • Warga pendidikan yang proaktif; • Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan kini; • Peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D); dan • Ada Dasar Pendidikan terbuka.
  • 17. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] Ringkasnya, untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihak sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan strategi-strategi yang ditentukan dan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA Berdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988, telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawa implikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang dihuraikan berikut. (i) Implikasi terhadap kurikulum Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi; • Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. • Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. • Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. • Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum. • Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. B P S u e d n k a t d o y u i l k d a i h
  • 18. e a B i n e n g s g a G t 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] B j u a u a r d r u i Rajah 2: Implikasi FPK – sistem pendidikan a , S y n e a k p u o c e a l e m l a (ii) Implikasi terhadap pendidik m b i h e t Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas r l i W sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini l a a j d w meliputi: n a g r n s • Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi B a yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita u l n d P a S Falsafah Pendidikan Kebangsaan. a i e • Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik y p n k a e - o pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu r l pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia. p i a o k i h s n P (iii) i a Implikasi terhadap institusi pendidikan t a r Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk i n o f B j melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan a e Kebangsaan. Ini meliputi: d h k a • Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat n d peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, a l / n emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. a i s l • Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai- n u a nilai murni dalam jiwa pelajar. - m i l b n • Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar- a e - pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya i r l n a membaca dalam kalangan mereka. i n
  • 19. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] 7.0 RUMUSAN Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlak), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warganegara yang cukup baik. Namun terdapat pelbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik dalam kalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar. Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.
  • 20. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] SUMBER Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka