SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  90
Télécharger pour lire hors ligne
KULIAH AE015 MIKROEKONOMI
       SEMESTER I
       KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG




     BAB 1:
  PENGENALAN
 MIKROEKONOMI


kmpp                                    1
Main Menu
1. Objektif   3. Mas alah   5. B idang
              A s as        Kajian
              E konomi      E konomi
Pelajaran
2. Definis i 4. S is tem    6. A liran
Mikroekonomi konomi
             E              Pus ingan
                            Pendapatan
                            dan
                            Perbelanjaan
                            S elamat
                            Datang!
   kmpp                                    2
Objektif Pelajaran:
       Pada akhir pelajaran, pelajar
                   dapat:
  2. Menerangkan definisi dan skop
     kajian ilmu ekonomi.
  3. Mengenalpasti punca-punca
     masalah asas ekonomi.
  4. Menerangkan sumber-sumber
     ekonomi dan pengkelasan
     barang.

kmpp                                   3
Objektif Pelajaran:
  4. Menjelaskan masalah-masalah
  asas ekonomi.
  5. Menguraikan konsep-konsep
  kekurangan, pilihan dan kos lepas.




kmpp                                   4
1.1 Definisi ekonomi


  Perkataan ekonomi berasal dari bahasa
   Greek iaitu ‘oikos’ dan ‘nomos’ yang
   bermaksud peraturan rumahtangga




  kmpp                                     5
•      Definisi ekonomi klasik
    Ahli-ahli ekonomi klasik seperti Adam Smith,
    F . A . Walker, David Ricardo, J.S.Mill dan
    J.B. Say mendefinisikan ekonomi sebagai
    kajian sains kekayaan.

    Adam    Smith mendefinisikan ekonomi
    sebagai   kajian   tentang  sebab-sebab
    wujudnya kekayaan.

    F.A. Walker menyatakan ekonomi adalah
    satu cabang ilmu yang bersangkut paut
    dengan kekayaan

       kmpp                                         6
David     Ricardo    mendefinisikan  ilmu
ekonomi sebagai satu kajian tentang hukum
pelbagai jenis golongan masyarakat
J.B. Say pula mendefinisikan ekonomi
sebagai satu kajian tentang peraturan yang
menentukan kekayaan
J.S. Mill mendefinisikan ekonomi sebagai
satu sains yang berhubung dengan
pengeluaran   hasil negara   dan
pengagihannya


  kmpp                                       7
Rumusan
   Definisi ekonomi klasik

 Ahli-ahli     ekonomi       klasik
 menekankan ekonomi sebagai satu
 sains kekayaan dalam memenuhi
 keperluan manusia dan bagaimana
 cara-cara digunakan bagi mencapai
 kekayaan tersebut



  kmpp                                8
2.      Definisi ekonomi neo − klasik
     Ahli-ahli ekonomi neo – klasik diketuai oleh
     Alfred Marshall dan kemudiannya diikuti oleh
     ahli-ahli ekonomi lain seperti Edwin Cannan,
     A. C. Pigou dan William Beveridge

       Alfred Marshall mendefinisikan ekonomi
     sebagai satu kajian tentang kelakuan
     manusia berhubung dengan cara mereka
     mendapatkan dan menggunakan kebendaan
     keperluan


       kmpp                                         9
Edwin Cannan pula menyatakan matlamat
ilmu ekonomi adalah untuk menerangkan
faktor-faktor umum yang menentukan
kabajikan material
A. C. Pigou pula menerangkan ilmu ekonomi
ialah satu kajian untuk menambahkan jumlah
pengeluaran bagi meninggikan taraf hidup
Willian Beveridge pula mendefinisikan
ekonomi sebagai satu kajian tentang cara
manusia bekerjasama bagi mendapatkan
keperluan material mereka.

   kmpp                                      10
Rumusan
   Definisi ekonomi neo - klasik

 Kesimpulannya, ahli-ahli ekonomi neo
 – klasik memberi penekanan kepada
 kebajikan manusia. Kekayaan material
 dianggap sebagai sumber kepada
 kebajikan manusia atau merupakan
 alat untuk mencapai matlamat dan
 bukannya kekayaan itu sendiri sebagai
 matlamatnya.

    kmpp                                 11
3.      Definisi ekonomi moden

     Definisi ini lebih kepada kajian terhadap
     gelagat pengguna.

     Ianya telah diketuai oleh Lionel Robbins
     yang mendefinisikan ekonomi ialah satu
     sains yang mengkaji tingkah laku manusia
     berhubung dengan kehendak mereka yang
     tidak terhad berbanding dengan punca-
     punca yang terhad dan mempunyai banyak
     pilihan kegunaan
        kmpp                                      12
L. Robbins membuat definisi ini berdasarkan
empat ciri asas kehidupan manusia iaitu:


i.    Manusia mempunyai kehendak untuk
dipenuhi.
ii.   Alat (wang) bagi memenuhi kehendak
tersebut adalah terhad.
iii. Sumber yang terhad digunakan untuk
beberapa pilihan kegunaan.
iv.          Manusia perlu membuat pilihan
      kmpp                                    13
Rumusan
   Definisi ekonomi moden
 Kesimpulannya,     ekonomi     adalah
 merupakan satu kajian sains sosial
 yang   mengutamakan        bagaimana
 masyarakat         memilih       dan
 menggunakan           sumber-sumber
 pengeluaran yang terhad serta
 banyak    pilihan   kegunaan     bagi
 memenuhi          kehendak-kehendak
 masyarakat yang tidak terbatas.
   kmpp                                  14
1.2 Definisi Mikroekonomi

Mikroekonomi menjelaskan tentang
bagaimana unit-unit kegiatan ekonomi di
dalam pasaran menjalankan kegiatan
ekonomi mereka.

Antara teori-teori yang dikaji dalam
mikroekonomi ialah teori harga, teori
pengeluaran dan kos serta teori pengagihan



    kmpp                                     15
Teori Harga - Atau teori penentuan
  keseimbangan di dalam pasaran barangan
  menghuraikan tentang bagaimana gelagat
  para pembeli dan penjual dalam
  menentukan tingkat harga dan kuantiti
  barangan.


Teori pengagihan - menjelaskan bagaimana
 harga (pendapatan) dan kuantiti faktor-faktor
 pengeluaran ditentukan.

    kmpp                                         16
 Teori pengeluaran dan kos -
  menerangkan bagaimana seorang
  pengeluar yang rasional menentukan
  jumlah pengeluaran yang memberikan
  keuntungan yang maksimum kepadanya
  serta gabungan faktor pengeluaran yang
  akan meminimumkan kos
  pengeluarannya.




  kmpp                                     17
kmpp   18
1. Apa dan berapa banyakkah barang
dan perkhidmatan yang hendak
dikeluarkan.
Wujud kerana kemampuan faktor-faktor
pengeluaran yang sedia ada untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang
 dikehendaki oleh masyarakat adalah terhad

Oleh itu masyarakat terpaksa membuat
pilihan di antara barang dan perkhidmatan
yang hendak dikeluarkan dan berapa
banyak.
    kmpp                                     19
1. Apa dan berapa banyakkah barang
dan perkhidmatan yang hendak
dikeluarkan.

Semakin banyak sesuatu barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
masyarakat, bermakna semakin banyak
sumber ekonomi yang perlu digunakan
untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan tersebut



   kmpp                               20
2. Bagaimanakah cara mengeluarkan
barang tersebut
 Setelah masyarakat menyelesaikan masalah apakah barang
  dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan dan berapa
  banyak, sekarang ia perlu membuat keputusan tentang
   bagaimanakah cara mengeluarkan barang tersebut.

  Ia boleh memilih kaedah pengeluaran yang berintensif
   buruh atau yang berintensif modal.

  Kerana sumber-sumber ekonomi adalah terhad, maka
   kaedah yang dipilih mestilah boleh menghasilkan output
   yang maksimum dan kos pengeluaran yang minimum.

     kmpp                                                 21
3. Untuk siapakah barang-barang
dikeluarkan
 Untuk siapakah ia dikeluarkan? Adakah ianya untuk orang-
  orang miskin atau orang-orang kaya


 Lazimnya dalam sebuah ekonomi moden, untuk siapakah
   barangan tersebut dikeluarkan adalah bergantung kepada
   bagaimana pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor
   pengeluaran ditentukan?
 Mereka yang menerima pendapatan yang lebih tinggi akan
   menikmati lebih banyak barangan daripada mereka yang
   kurang mampu.

    kmpp                                                  22
Sumber Ekonomi / Faktor pengeluaran diperlukan oleh
pengeluar untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan



 kmpp                                                  23
1.4.1. Sumber asli

 Sumber asli merupakan satu anugerah alam kepada
  manusia seperti tanah, bahan galian, hasil laut dan
  hasil hutan

 Penawarannya adalah terhad.




       kmpp                                             24
1.4.2. Buruh

 Buruh ialah orang yang bekerja dan mendapat upah

 Dari segi kemahiran dan pendidikan, buruh dapat
  dibezakan kepada tiga golongan iaitu buruh tidak
  mahir, buruh terlatih dan buruh terdidik.




      kmpp                                           25
1.4.3.Modal
  Modal merupakan faktor pengeluaran yang
   meliputi benda atau alat yang diwujudkan oleh
   manusia dan digunakan untuk mengeluarkan
   barangan dan perkhidmatan

  Contoh modal ialah mesin dan alat-alat jentera
   yang digunakan untuk sesuatu proses pengeluaran.




    kmpp                                           26
1.4.4.Usahawan

 Usahawan merupakan seseorang yang
  menanggung kesemua risiko sesuatu perniagaan.

 Seseorang usahawan berupaya menggabungkan
  faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan
  output yang tertentu.




   kmpp                                           27
Barang adalah benda-benda sama ada benda nampak atau tak
   nampak yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi
   keperluan mereka atau mengeluarkan benda yang akan
              memenuhi keperluan manusia




    kmpp                                               28
1.5.1. Barang percuma

 Barang percuma merupakan barang yang penawarannya
  adalah tidak terhad

 Kos lepasnya adalah sifar

 Barang percuma tidak mempunyai harga.
  Contohnya ialah udara




       kmpp                                           29
1.5.2. Barang ekonomi

 Barang ekonomi merupakan barang yang
  penawarannya adalah terhad
 Barang ini mempunyai kos lepas dan harga yang
  tertentu
 Kebanyakan barang yang ada dalam dunia ini
  adalah barang ekonomi. Contoh barang ekonomi
  ialah semua barang yang ada dalam pasaran seperti
  komputer, pakaian, makanan dan sebagainya.

      kmpp                                            30
1.5.3. Barang perantaraan

    Barang perantaraan ialah barang yang digunakan
     untuk mengeluarkan barang lain

    Biasanya barang ini diminta oleh pengeluar

   Permintaannya dikenali sebagai permintaan berkait
    atau permintaan terbitan
   Contohnya ialah bahan-bahan mentah seperti getah,
    minyak kelapa sawit dan besi waja.


         kmpp                                           31
1.5.4. Barang pengeluar

 Barang pengeluar dikenali juga sebagai barang modal

  Barang modal ialah barang yang digunakan oleh
   pengeluar untuk mengeluarkan barang dan
   perkhidmatan
  Contoh barang modal ialah mesin, alat-alat jentera
   dan sebagainya.



       kmpp                                             32
1.5.5. Barang pengguna
 Barang pengguna dikenali sebagai barang siap atau
  barang akhir
 Barang pengguna dapat digunakan terus oleh
  pengguna tanpa melalui pemprosesan

 Contohnya ialah buku, baju, motosikal dan
  sebagainya.




      kmpp                                            33
1.5.6. Barang awam

 Barang awam merupakan barang yang tidak
  mempunyai sifat kekecualian

 Semua orang boleh menggunakannya, sama ada
  ia mampu bayar atau tidak

 Contohnya ialah lampu jalan raya, hospital, sekolah
  dan sebagainya.


       kmpp                                             34
1.5.7. Barang persendirian

  Barang persendirian juga dikenali sebagai barang
   swasta atau barang milik individu

 Orang yang mampu membayar sahaja yang boleh
  menggunakannya

  Orang lain tidak boleh menggunakannya tanpa
   kebenaran pemiliknya.


    kmpp                                          35
1.6. Konsep pilihan dan kos lepas


 Disebabkan perbezaan di antara kehendak-
  kehendak manusia yang tidak terhad manakala
  sumber-sumber ekonomi yang terhad maka
  timbul masalah kekurangan, pilihan dan
  kos lepas.




     kmpp                                       36
1.6.1. Masalah kekurangan
 Masalah kekurangan wujud disebabkan faktor-
  faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal
  dan pengusaha adalah terhad dan tidak dapat
  memenuhi semua kehendak manusia yang tidak
  terhad.

 Ini bermakna barang-barang dan perkhidmatan
  yang dihasilkan dalam ekonomi adalah kurang
  daripada yang dikehendaki oleh manusia.



    kmpp                                           37
1.6.2. Masalah pilihan
 Kesan daripada masalah kekurangan, manusia
  terpaksa membuat pilihan. Manusia terpaksa
  membuat pilihan di antara barang-barang dan
  perkhidmatan yang dikeluarkan

 Apabila sesuatu barang dipilih dengan kuantiti
  yang banyak, ia terpaksa mengurangkan
  pengeluaran barangan lain.



    kmpp                                           38
1.6.3. Kos lepas

 Apabila manusia membuat pilihan, ini bermakna
  sama ada mereka memperolehi satu barang atau
  barang lain tetapi bukan kedua-duanya sekaligus.

 Kos lepas boleh didefinisikan sebagai pilihan
  kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan kerana
  untuk mendapatkan satu satu barangan yang lain.




    kmpp                                             39
KONSEP KEKURANGAN,
  PILIHAN DAN KOS LEPAS
                                            i   k
                                     te rba
                                 g
Sumber       K
                           ih yan
terhad       E   P   Pil                            K
             K   I                                  O
             U   L                                  S
             R   I
             A       Lepaskan                       L
                 H
             N       Alternatif                     E
Kehendak         A
             G        Kedua                         P
tak terhad       N
             A        terbaik                       A
             N                                      S

  kmpp                                              40
1.7. Keluk kemungkinan pengeluaran

 Keluk Kemungkinan Pengeluaran boleh
  didefinisikan sebagai satu keluk yang menunjukkan
  tingkat maksimum kombinasi dua barangan
  yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi
  dengan menggunakan sumber-sumber yang sedia
  ada pada tingkat teknologi tertentu.




    kmpp                                         41
1.7.1. Pembentukan KKP

                    ANDAIAN:

        1. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
 2.   Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis
       barangan
        3. Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak
               berubah
        4.    Kuantiti dan kualiti sumber-sumber
               ekonomi adalah tetap


             kmpp                                      42
Jadual 1.7.1. Jadual kemungkinan pengeluaran

Kemungkinan        Mesin        Kereta
Pengeluaran       Basuh
   A             0               15
    B            1               14
    C            2               12
    D            3                9
    E            4               5
    F            5               0

    kmpp                                   43
Rajah 1.7.1: Keluk kemungkinan pengeluaran
Kereta
    15 A      B
   14
    12
     9
                        C
                            D   .Y


    5
                   .U               E




                                            F
   0          1         2   3   4       5       Mesin basuh


            kmpp                                              44
1.7.2. Hubungan keluk kemungkinan
pengeluaran dengan kos lepas
 Hubungan keluk kemungkinan pengeluaran
  dengan kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan
  keluk kemungkinan pengeluaran.
 Kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran
  diukur oleh kadar transformasi sut bagi satu
  barangan dengan barangan lain.

 Kadar transformasi sut mengukur berapa
  banyak barang Y yang perlu dilepaskan untuk
  memperolehi seunit barang X.

    kmpp                                         45
Kadar transformasi sut bagi barang Y oleh X
ditunjukkan oleh rumus berikut :

                    ∆ QY
     MRTXY =
                    ∆ QX


di mana,

∆ QY       =   perubahan kuantiti barang Y
∆ QX       =   perubahan kuantiti barang X


    kmpp                                      46
Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran:


 Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran yang
  cembung mengambarkan kos lepas yang
  meningkat.

 Setiap tambahan satu unit barang x, kuantiti
  barang Y yang perlu dilepaskan semakin
  bertambah.



    kmpp                                         47
Rajah 1.7.2: KKP berbentuk cembung

Kereta
   15
   14
   12
    9

    5




   0        1   2   3   4   5        Mesin basuh


         kmpp                                      48
Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran:

  Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran
   bergaris lurus yang mencerun ke bawah dari
   kiri ke kanan mengambarkan kos lepas yang
   malar.

  Setiap tambahan satu unit barang X, kuantiti
   barang Y yang perlu dilepaskan adalah pada
   kadar yang sama.



     kmpp                                         49
Jadual 1.7.2: Jadual kemungkinan
pengeluaran kos lepas malar

Kemungkinan     Barang x      Barang Y
Pengeluaran
   A             0                 8
   B             1                 6
   C             2                 4
   D             3                 2
   E             4                 0



   kmpp                                  50
Rajah 1.7.3: KKP kos lepas malar

Barang Y


      8 A

               B
      6
                   C
      4
                         D
      2

                                      E
     0         1   2     3           4    Barang X


            kmpp                                     51
1.7.3. Perubahan KKP

 Keluk kemungkinan pengeluaran akan
 berubah kesan daripada:

  Pertambahan faktor-faktor pengeluaran

  Kemajuan teknologi




    kmpp                                   52
1.7.3.1. Pertambahan faktor-faktor
         pengeluaran


 Pertambahan faktor-faktor pengeluaran seperti
  pertambahan jumlah penduduk, penemuan
  bahan-bahan galian baru dan kemasukan modal
  asing akan menyebabkan perubahan keluk
  kemungkinan pengeluaran.




    kmpp                                          53
Rajah 1.7.4: Peralihan KKP kesan daripada
                pertambahan faktor pengeluaran
Kereta

    C

    A




   0                     B   D       Mesin basuh


         kmpp                                      54
1.7.3.2. Kemajuan teknologi


  Kemajuan teknologi akan meninggikan
   daya pengeluaran.

  Keluk kemungkinan akan berpindah ke kanan.




     kmpp                                       55
Rajah 1.7.5: Peralihan KKP kesan kemajuan
       teknologi bagi kedua-dua barang dgn kadar
       yang sama
Kereta
   C

   A




   0                       B   D        Mesin basuh


           kmpp                                       56
Rajah 1.7.6: Perubahan dalam teknologi
pengeluaran satu barang
 Kereta

    C’

     A




    0                     B      Mesin basuh


    kmpp                                       57
Rajah 1.7.7: Perubahan dalam teknologi
pengeluaran satu barang
Kereta




    A




   0                     B    C Mesin basuh

   kmpp                                       58
Rajah 1.7.8: Perubahan dalam teknologi
(dlm pengeluaran kereta lebih besar dp mesin
basuh)
Kereta
    C


    A




   0                      B D    Mesin basuh


   kmpp                                        59
Rajah 1.7.9: Perubahan dalam teknologi
(dlm pengeluaran mesin basuh besar dp kereta)
Kereta


    C
    A




   0                     B      D
                                 Mesin basuh

   kmpp                                        60
Perbincangan 1: ? …

Barang Y




      A
      C




      0                 B   D
                                Barang X

      kmpp                                 61
Perbincangan 2: ? …

Barang Y

      C

      A




      0           D     B
                            Barang X

      kmpp                             62
1.8. Sistem ekonomi
 Terdapat 4 sistem ekonomi utama yang diamalkan
  di dunia. Bentuk sistem ekonomi yang berbeza
  dalah disebabkan oleh ideologi, nilai kebudayaan
  dan politik penduduk negara tersebut.

 Sistem ekonomi tersebut ialah
  ekonomi kapitalis
  ekonomi sosialis                    konvesional
  ekonomi campuran
  ekonomi Islam

    kmpp                                         63
1.8.1. Sistem ekonomi kapitalis
 Sistem ekonomi kapitalis juga dikenali sebagai
  sistem ekonomi usaha bebas atau laizes faire.
 Setiap pengeluar mempunyai tujuan untuk
  mendapatkan keuntungan semata-mata.
 Segala keputusan pengeluaran barang ditentukan
  oleh pasaran, iaitu kuasa permintaan dan kuasa
  penawaran.
 Kuasa permintaan dan penawaran ini berperanan
  sebagai mekanisme pasaran dalam menentukan,
  harga, jenis, jumlah dan untuk siapa sesuatu barang
  itu dikeluarkan
    kmpp                                           64
1.8.1.1. Ciri-ciri sistem ekonomi
 kapitalis
  a. Kepentingan tingkat harga.
  b. Pemilikan swasta.
  c. Kerajaan tidak campur tangan
     dalam aktiviti-aktiviti ekonomi.
   d. Wujudnya persaingan.
e. Wujudnya pelbagai barangan dan
   perkhidmatan.



  kmpp                                  65
1.8.1.2. Bagaimana masalah asas
ekonomi diselesaikan?

 Semua masalah asas ekonomi diselesaikan oleh
  mekanisme pasaran.

 Masalah apakah barang yang hendak
  dikeluarkan dan berapa banyak jumlahnya
  akan ditentukan oleh kuasa pengguna.

 Keseimbangan harga dan kuantiti akan tercapai
  apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk
  penawaran.

    kmpp                                            66
1.8.1.2. Kebaikan-kebaikan sistem
           ekonomi kapitalis
 1. Kebajikan individu dan masyarakat dapat
    dimaksimumkan
 2. Persaingan bebas memberi faedah kepada
    individu dan negara

 3. Menggalakan perkembangan teknologi dan
    inovasi

 4. Kecekapan penggunaan faktor pengeluaran

   kmpp                                       67
1.8.1.3. Kelemahan-kelemahan sistem
ekonomi kapitalis


 1. Kegagalan menyediakan barangan awam
 2. Mewujudkan ketidak setabilan ekonomi
 3. Agihan pendapatan yang tidak setara
 4. Mewujudkan kuasa monopoli
 5. Kesan luaran yang negatif



  kmpp                                     68
1.8.2 Sistem ekonomi sosialis
 /perancangan pusat
 Semua kegiatan ekonomi dikawal sepenuhnya oleh
  kerajaan pusat.

 Masyarakat tidak mempunyai kebebasan untuk
  menentukan corak kegiatan ekonomi yang
  dikehendaki.

 Pengeluaran yang dihasilkan bukan bertujuan
  keuntungan sebaliknya untuk kepentingan
  masyarakat keseluruhan.
    kmpp                                        69
1.8.2.1. Ciri-ciri sistem ekonomi
            perancangan pusat
 a. Sistem pemilikan bersama.
 b. Tidak mementingkan keuntungan mutlak.
c. Wujudnya lembaga perancangan ekonomi.
 d. Harga dan kuantiti barangan ditetapkan
   dan ditentukan oleh pihak kerajaan.




     kmpp                                    70
1.8.2.2. Bagaimana masalah asas
 ekonomi diselesaikan?
 Dalam sistem ekonomi ini semua keputusan
  ekonomi ditentukan oleh kerajaan pusat.
 Masalah apa yang hendak dikeluarkan akan
  ditetapkan oleh kerajaan melalui badan
  perancangan ekonomi.
 Semua faktor pengeluaran dimiliki dan dikawal
  oleh kerajaan. Individu tidak dibenarkan memiliki
  harta kekayaan.
 Kerajaan akan menentukan bagaimana dan untuk
  siapa barangan dikeluarkan.

    kmpp                                          71
1.8.2.3. Kebaikan-kebaikan sistem
         ekonomi perancangan pusat

1. Agihan pendapatan yang seimbang

2. Matlamat sosial diutamakan

3. Penggunaan sumber ekonomi yang cekap

4. Kestabilan ekonomi



 kmpp                                     72
1.8.2.4. Kelemahan-kelemahan sistem
         ekonomi perancangan pusat

1. Individu hilang kuasa memiliki harta kekayaan
2. Kurang motivasi dan insentif bekerja kuat

3. Teknologi dan reka cipta terhad

4. Kelemahan perancangan




     kmpp                                          73
1.8.3. Sistem ekonomi campuran
 Sistem ekonomi di mana pihak swasta dan
  kerajaan bersama-sama membuat keputusan
  dalam menyelesaikan masalah-masalah asas
  ekonomi.

 Dalam sistem ekonomi ini biasanya kerajaan
  campur tangan dalam kegiatan ekonomi yang
  penting sahaja.
 Masyarakat diberi kebebasan untuk menentukan
  kegiatan ekonomi yang ingin dijalankan melalui
  mekanisme harga.

    kmpp                                           74
1.8.3.2. Bagaimanakah masalah asas
          ekonomi diselesaikan
 Masalah apa dan berapa banyak kuantiti barangan
  yang akan dikeluarkan akan ditentukan oleh sektor
  swasta dan sektor kerajaan.
 Melalui undang-undang dan sistem perlesenan,
  kerajaan menentukan jenis dan kuantiti barang
  yang perlu dikeluarkan.
 Apabila wujud kelemahan mekanisma harga,
  kerajaan akan campur tangan.
 Campurtangan kerajaan bertujuan untuk menjaga
  kebagikan masyarakat.

    kmpp                                          75
1.8.3.3. Bentuk-bentuk campur
tangan kerajaan
1. Dasar fiskal
 Dasar fiskal merujuk kepada dasar pencukaian
  dan perbelanjaan kerajaan.
 Tujuan kutipan cukai ialah untuk mendapatkan
  hasil kepada kerajaan dan juga untuk
  mengurangkan permintaan terhadap sesuatu
  barang dan perkhidmatan.
 Perbelanjaan kerajaan secara langsung dapat
  membekalkan kemudahan asas dan penubuhan
  perusahaan awam.

    kmpp                                         76
2. Penggubalan peraturan dan undang-undang

 Penggubalan peraturan dan undang-undang
  diperlukan supaya sistem ekonomi dapat berjalan
  dengan lancar dan berkesan.
 Selain dari itu ia juga bertujuan untuk
  kesejahteraan dan kemakmuran negara.
 Contoh Malaysia, Akta Syarikat 1965,
  Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Pekerja 1968
  dan akta Buruh 1968.


    kmpp                                        77
3. Dasar kewangan
  Dasar kewangan dijalankan oleh bank pusat yang
    bertujuan mengawal penawaran wang dalam
    pasaran.
  Dasar kewangan – dasar kewangan kuantitatif
    dan dasar kewangan kualitatif
 Dasar kewangan kuantitatif – mempengaruhi
  dan mengawal jumlah bekalan wang dalam ekonomi
  Dasar kewangan kualitatif– mempengaruhi
    dan mengawal bentuk dan corak pinjaman serta
    pelaburan oleh institusi kewangan.


     kmpp                                      78
1.8.4. Sistem ekonomi Islam

 ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras
  kehendak-kehendak syariat dalam memperoleh,
  mengguna atau mengurus sumber – sumber alam
  untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara
  kebendaan dan kerohanian bagi mendapat keredaan
  Allah.
 Islam menangani perekonomian ini berdasarkan
   akidah yang kukuh.
 Rezeki yang Allah sediakan di alam ini adalah
  mencukupi untuk seluruh makhluk Nya.
    kmpp                                          79
1.8.4.1. Objektif ekonomi Islam
Objektif utama kegiatan ekonomi Islam adalah
pencapaian Al-Falah
  Selain itu objektif sampingan ialah:
1. Kesejahteraan ekonomi.
2. Kecekapan dan ketenangan hidup.
3. Penggunaan sumber yang optimum, pengeluaran
  yang banyak, peminimuman jurang agihan
  pendapatan, harta, kekayaan dan pembangunan
  serta penyediaan kemajuan dan pembangunan
  ekonomi.

  kmpp                                         80
1.8.4.2. Sumber perundangan
  ekonomi Islam

1. Sumber-sumber utama - Al-Quran, As Sunnah

 2. Sumber-sumber Ambilan -

   Ia terdiri daripada sumber-sumber lain selain
   daripada Al Quran dan As Sunnah, sama ada dalam
   bentuk ijmak, qias, perjalanan sahabat, ijtihad,
   uruf dan lain-lainnya yang semuanya tidak lari dari
   roh sumber asalnya iaitu Al Quran dan As Sunnah.

      kmpp                                           81
1.8.4.3. Asas ekonomi Islam

1. Konsep Tauhid

2. Konsep Rububiyah
3. Konsep Tazkiyah
4. Manusia sebagai Khalifah
5. Persaudaraan dan pengorbanan



    kmpp                          82
1.8.4.4. Syarat aktiviti perekonomian
         sebagai ibadah

1. Akidah mesti betul
2. Niat mestilah betul
3. Kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam
4. Cara melakukan kerja yang sesuai dengan
   ajaran Islam
5. Natijahnya betul dan memberi faedah keperluan
   ramai
6. Tidak meninggalkan ibadat wajib

  kmpp                                         83
1.8.4.6. Ciri-ciri ekonomi Islam
   1. Ekonomi Islam merupakan sebahagian dari
      keseluruhan sistem hidup Islam -

 Kegiatan ekonomi dalam Islam bersifat pengabdian.
    Berekonomi untuk mencapai cita-cita luhur.
    Pengawasan atas aktiviti ekonomi.

 2. Keseimbangan antara kepentingan individu dan
    masyarakat Islam tidak mengorbankan kepentingan
    individu demi kepentingan ramai dan sebaliknya

       kmpp                                           84
1.8.4.7. Pengkelasan barang mengikut
Islam

  1. Keperluan untuk hidup (Daruriyat).
 2. Keperluan asas.
 3. Barangan kesenangan.

  4. Barang mewah.
  5. Barang merbahaya/merosakkan.



    kmpp                                  85
1.9. Bidang kajian ekonomi
1.9.1. Bidang kajian mikroekonomi

 Bidang mikroekonomi tertumpu kepada kajian
  terhadap perlakuan unit-unit ekonomi yang terdiri
  daripada isirumah dan firma.
 Kajian mengenai pengguna dilakukan melalui teori
  permintaan dan teori perlakuan pengguna,
  manakala kajian mengenai pengeluar pula
  melibatkan kajian teori penawaran, teori kos
  dan teori pengeluaran.

     kmpp                                             86
1.9.2. Bidang kajian makroekonomi

 Makroekonomi merupakan pengkajian tentang
  kegiatan seluruh ekonomi serta interaksi antara
  sektor-sektor utama dalam ekonomi berkenaan.

 Ia menumpukan perhatian terhadap pembolehubah-
  pembolehubah seperti jumlah keluaran atau
  pendapatan negara, tingkat guna tenaga dan
  kadar pengangguran serta kadar inflasi dalam
  sesebuah ekonomi.



     kmpp                                           87
Teori makroekonomi meliputi analisis-analisis yang
menerangkan tentang tiga perkara berikut iaitu:

   Penentuan tingkat kegiatan ekonomi negara dan
    faktor-faktor utama menentukan tingkat kegiatan
    ekonomi yang dicapai.
   Masalah-masalah makroekonomi yang selalu
    dihadapi sesuatu negara.
   Bentuk-bentuk dasar kerajaan yang dapat
    digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah
    makroekonomi yang dihadapi.


      kmpp                                        88
1.10. Aliran pusingan pendapatan dan
      perbelanjaan (dua sektor)

           (Y) Pendapatan kpd input


               tawarkan input
    ISI
                                        FIRMA
  RUMAH
             barang/perkhidmatan



           (C) Perbelanjaan isi rumah



    kmpp                                        89
kmpp   90

Contenu connexe

Tendances

Keanjalan penawaran
Keanjalan penawaranKeanjalan penawaran
Keanjalan penawarancallmeboring
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Maria Nordin
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaTamil Malar
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia kawaiis
 
Chapter 4 eksternaliti
Chapter 4 eksternalitiChapter 4 eksternaliti
Chapter 4 eksternalitikim rae KI
 
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaranPasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasarankim rae KI
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukSyahira Md Desa
 
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009Mr. H
 
Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Mr. H
 
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Dr. Vignes Gopal
 
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaranBab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaranSyahira Md Desa
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNACkg Nizam
 
2 permintaan dan penawaran
2  permintaan dan penawaran2  permintaan dan penawaran
2 permintaan dan penawaranNur Az
 
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasiNur Az
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANGCkg Nizam
 
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada EkonomiEkonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada EkonomiChuah Chye
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Farhana Aisyah Norzelan
 

Tendances (20)

Keanjalan penawaran
Keanjalan penawaranKeanjalan penawaran
Keanjalan penawaran
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Bab 1
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
Bab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysiaBab 2 ekonomi malaysia
Bab 2 ekonomi malaysia
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
Chapter 4 eksternaliti
Chapter 4 eksternalitiChapter 4 eksternaliti
Chapter 4 eksternaliti
 
Sistem ekonomi islam
Sistem ekonomi islamSistem ekonomi islam
Sistem ekonomi islam
 
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaranPasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
Pasaran persaingan sempurna dan analisis pasaran
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
 
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
 
Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009
 
Bab 6 pps
Bab 6 ppsBab 6 pps
Bab 6 pps
 
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
Formula bab2 bab7_mikro___vignes[1]_edited_1
 
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaranBab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
Bab 2 Permintaan, Penawaran & Kesimbangan pasaran
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNA
 
2 permintaan dan penawaran
2  permintaan dan penawaran2  permintaan dan penawaran
2 permintaan dan penawaran
 
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi9  kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
9 kitaran perniagaan, pengangguran dan inflasi
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
 
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada EkonomiEkonomi asas f4  unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
Ekonomi asas f4 unit 1 - Pengenalan Kepada Ekonomi
 
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...Pengajian perniagaan ( bab 1  keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
Pengajian perniagaan ( bab 1 keusahawanan : start from pakatan strategik, - ...
 

En vedette

Mikroekonomi 1&2
Mikroekonomi 1&2Mikroekonomi 1&2
Mikroekonomi 1&2WanBK Leo
 
Keseimbangan Pasaran
Keseimbangan PasaranKeseimbangan Pasaran
Keseimbangan PasaranNuril Ekma
 
Mikroekonomi Topik 3
Mikroekonomi Topik 3Mikroekonomi Topik 3
Mikroekonomi Topik 3WanBK Leo
 
Mikroekonomi Topik 5
Mikroekonomi Topik 5Mikroekonomi Topik 5
Mikroekonomi Topik 5WanBK Leo
 
Mikroekonomi Topik 4
Mikroekonomi Topik 4Mikroekonomi Topik 4
Mikroekonomi Topik 4WanBK Leo
 
eTiQa Takaful
eTiQa TakafuleTiQa Takaful
eTiQa TakafulWanBK Leo
 

En vedette (6)

Mikroekonomi 1&2
Mikroekonomi 1&2Mikroekonomi 1&2
Mikroekonomi 1&2
 
Keseimbangan Pasaran
Keseimbangan PasaranKeseimbangan Pasaran
Keseimbangan Pasaran
 
Mikroekonomi Topik 3
Mikroekonomi Topik 3Mikroekonomi Topik 3
Mikroekonomi Topik 3
 
Mikroekonomi Topik 5
Mikroekonomi Topik 5Mikroekonomi Topik 5
Mikroekonomi Topik 5
 
Mikroekonomi Topik 4
Mikroekonomi Topik 4Mikroekonomi Topik 4
Mikroekonomi Topik 4
 
eTiQa Takaful
eTiQa TakafuleTiQa Takaful
eTiQa Takaful
 

Similaire à Bab 1 pengenalan_mikroekonomi

nota ekonomi ppt #copypaste
nota ekonomi ppt #copypastenota ekonomi ppt #copypaste
nota ekonomi ppt #copypasteAzim Kasyful
 
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)Kamizatul Liyana
 
944 Sukatan Pelajaran Ekonomi STPM (Baharu)
944 Sukatan Pelajaran Ekonomi STPM (Baharu)944 Sukatan Pelajaran Ekonomi STPM (Baharu)
944 Sukatan Pelajaran Ekonomi STPM (Baharu)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Sukatan Pelajaran Ekonomi Tingkatan Enam
Sukatan Pelajaran Ekonomi  Tingkatan EnamSukatan Pelajaran Ekonomi  Tingkatan Enam
Sukatan Pelajaran Ekonomi Tingkatan Enammppstars
 
Bab 7 struktur organisasi pendidikan
Bab 7 struktur organisasi pendidikanBab 7 struktur organisasi pendidikan
Bab 7 struktur organisasi pendidikanPensil Dan Pemadam
 

Similaire à Bab 1 pengenalan_mikroekonomi (11)

nota ekonomi ppt #copypaste
nota ekonomi ppt #copypastenota ekonomi ppt #copypaste
nota ekonomi ppt #copypaste
 
Bab01 pengenalan
Bab01   pengenalanBab01   pengenalan
Bab01 pengenalan
 
ASAS EKONOMI UAE1112
ASAS EKONOMI UAE1112ASAS EKONOMI UAE1112
ASAS EKONOMI UAE1112
 
Bab 1 ea
Bab 1 eaBab 1 ea
Bab 1 ea
 
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)
Nota ringkas prinsip ekonomi (KV)
 
11 Ekon Mja
11 Ekon Mja11 Ekon Mja
11 Ekon Mja
 
944 sp ekonomi
944 sp ekonomi944 sp ekonomi
944 sp ekonomi
 
944 Sukatan Pelajaran Ekonomi STPM (Baharu)
944 Sukatan Pelajaran Ekonomi STPM (Baharu)944 Sukatan Pelajaran Ekonomi STPM (Baharu)
944 Sukatan Pelajaran Ekonomi STPM (Baharu)
 
Sukatan Pelajaran Ekonomi Tingkatan Enam
Sukatan Pelajaran Ekonomi  Tingkatan EnamSukatan Pelajaran Ekonomi  Tingkatan Enam
Sukatan Pelajaran Ekonomi Tingkatan Enam
 
Bab 2 perancangan produk (2)
Bab 2 perancangan produk (2)Bab 2 perancangan produk (2)
Bab 2 perancangan produk (2)
 
Bab 7 struktur organisasi pendidikan
Bab 7 struktur organisasi pendidikanBab 7 struktur organisasi pendidikan
Bab 7 struktur organisasi pendidikan
 

Plus de ram charan

Pasaran bermonopoli
Pasaran bermonopoliPasaran bermonopoli
Pasaran bermonopoliram charan
 
Bab 6 monopoli_
Bab 6 monopoli_Bab 6 monopoli_
Bab 6 monopoli_ram charan
 
Bab 6 monopoli_copy
Bab 6 monopoli_copyBab 6 monopoli_copy
Bab 6 monopoli_copyram charan
 
Bab 6 oligopoli
Bab 6  oligopoliBab 6  oligopoli
Bab 6 oligopoliram charan
 
Soalan bab 3 mikro
Soalan bab 3 mikroSoalan bab 3 mikro
Soalan bab 3 mikroram charan
 
05 teori pengeluaran
05  teori pengeluaran 05  teori pengeluaran
05 teori pengeluaran ram charan
 
05.2 teori kos
05.2  teori kos05.2  teori kos
05.2 teori kosram charan
 
04 teori perlakuan_pengguna_06
04 teori perlakuan_pengguna_0604 teori perlakuan_pengguna_06
04 teori perlakuan_pengguna_06ram charan
 

Plus de ram charan (9)

Pasaran bermonopoli
Pasaran bermonopoliPasaran bermonopoli
Pasaran bermonopoli
 
Bab 6 monopoli_
Bab 6 monopoli_Bab 6 monopoli_
Bab 6 monopoli_
 
Bab 6 monopoli_copy
Bab 6 monopoli_copyBab 6 monopoli_copy
Bab 6 monopoli_copy
 
Bab 6 oligopoli
Bab 6  oligopoliBab 6  oligopoli
Bab 6 oligopoli
 
Soalan bab 3 mikro
Soalan bab 3 mikroSoalan bab 3 mikro
Soalan bab 3 mikro
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
05 teori pengeluaran
05  teori pengeluaran 05  teori pengeluaran
05 teori pengeluaran
 
05.2 teori kos
05.2  teori kos05.2  teori kos
05.2 teori kos
 
04 teori perlakuan_pengguna_06
04 teori perlakuan_pengguna_0604 teori perlakuan_pengguna_06
04 teori perlakuan_pengguna_06
 

Bab 1 pengenalan_mikroekonomi

  • 1. KULIAH AE015 MIKROEKONOMI SEMESTER I KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG BAB 1: PENGENALAN MIKROEKONOMI kmpp 1
  • 2. Main Menu 1. Objektif 3. Mas alah 5. B idang A s as Kajian E konomi E konomi Pelajaran 2. Definis i 4. S is tem 6. A liran Mikroekonomi konomi E Pus ingan Pendapatan dan Perbelanjaan S elamat Datang! kmpp 2
  • 3. Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat: 2. Menerangkan definisi dan skop kajian ilmu ekonomi. 3. Mengenalpasti punca-punca masalah asas ekonomi. 4. Menerangkan sumber-sumber ekonomi dan pengkelasan barang. kmpp 3
  • 4. Objektif Pelajaran: 4. Menjelaskan masalah-masalah asas ekonomi. 5. Menguraikan konsep-konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas. kmpp 4
  • 5. 1.1 Definisi ekonomi  Perkataan ekonomi berasal dari bahasa Greek iaitu ‘oikos’ dan ‘nomos’ yang bermaksud peraturan rumahtangga kmpp 5
  • 6. Definisi ekonomi klasik Ahli-ahli ekonomi klasik seperti Adam Smith, F . A . Walker, David Ricardo, J.S.Mill dan J.B. Say mendefinisikan ekonomi sebagai kajian sains kekayaan. Adam Smith mendefinisikan ekonomi sebagai kajian tentang sebab-sebab wujudnya kekayaan. F.A. Walker menyatakan ekonomi adalah satu cabang ilmu yang bersangkut paut dengan kekayaan kmpp 6
  • 7. David Ricardo mendefinisikan ilmu ekonomi sebagai satu kajian tentang hukum pelbagai jenis golongan masyarakat J.B. Say pula mendefinisikan ekonomi sebagai satu kajian tentang peraturan yang menentukan kekayaan J.S. Mill mendefinisikan ekonomi sebagai satu sains yang berhubung dengan pengeluaran hasil negara dan pengagihannya kmpp 7
  • 8. Rumusan Definisi ekonomi klasik Ahli-ahli ekonomi klasik menekankan ekonomi sebagai satu sains kekayaan dalam memenuhi keperluan manusia dan bagaimana cara-cara digunakan bagi mencapai kekayaan tersebut kmpp 8
  • 9. 2. Definisi ekonomi neo − klasik Ahli-ahli ekonomi neo – klasik diketuai oleh Alfred Marshall dan kemudiannya diikuti oleh ahli-ahli ekonomi lain seperti Edwin Cannan, A. C. Pigou dan William Beveridge Alfred Marshall mendefinisikan ekonomi sebagai satu kajian tentang kelakuan manusia berhubung dengan cara mereka mendapatkan dan menggunakan kebendaan keperluan kmpp 9
  • 10. Edwin Cannan pula menyatakan matlamat ilmu ekonomi adalah untuk menerangkan faktor-faktor umum yang menentukan kabajikan material A. C. Pigou pula menerangkan ilmu ekonomi ialah satu kajian untuk menambahkan jumlah pengeluaran bagi meninggikan taraf hidup Willian Beveridge pula mendefinisikan ekonomi sebagai satu kajian tentang cara manusia bekerjasama bagi mendapatkan keperluan material mereka. kmpp 10
  • 11. Rumusan Definisi ekonomi neo - klasik Kesimpulannya, ahli-ahli ekonomi neo – klasik memberi penekanan kepada kebajikan manusia. Kekayaan material dianggap sebagai sumber kepada kebajikan manusia atau merupakan alat untuk mencapai matlamat dan bukannya kekayaan itu sendiri sebagai matlamatnya. kmpp 11
  • 12. 3. Definisi ekonomi moden Definisi ini lebih kepada kajian terhadap gelagat pengguna. Ianya telah diketuai oleh Lionel Robbins yang mendefinisikan ekonomi ialah satu sains yang mengkaji tingkah laku manusia berhubung dengan kehendak mereka yang tidak terhad berbanding dengan punca- punca yang terhad dan mempunyai banyak pilihan kegunaan kmpp 12
  • 13. L. Robbins membuat definisi ini berdasarkan empat ciri asas kehidupan manusia iaitu: i. Manusia mempunyai kehendak untuk dipenuhi. ii. Alat (wang) bagi memenuhi kehendak tersebut adalah terhad. iii. Sumber yang terhad digunakan untuk beberapa pilihan kegunaan. iv. Manusia perlu membuat pilihan kmpp 13
  • 14. Rumusan Definisi ekonomi moden Kesimpulannya, ekonomi adalah merupakan satu kajian sains sosial yang mengutamakan bagaimana masyarakat memilih dan menggunakan sumber-sumber pengeluaran yang terhad serta banyak pilihan kegunaan bagi memenuhi kehendak-kehendak masyarakat yang tidak terbatas. kmpp 14
  • 15. 1.2 Definisi Mikroekonomi Mikroekonomi menjelaskan tentang bagaimana unit-unit kegiatan ekonomi di dalam pasaran menjalankan kegiatan ekonomi mereka. Antara teori-teori yang dikaji dalam mikroekonomi ialah teori harga, teori pengeluaran dan kos serta teori pengagihan kmpp 15
  • 16. Teori Harga - Atau teori penentuan keseimbangan di dalam pasaran barangan menghuraikan tentang bagaimana gelagat para pembeli dan penjual dalam menentukan tingkat harga dan kuantiti barangan. Teori pengagihan - menjelaskan bagaimana harga (pendapatan) dan kuantiti faktor-faktor pengeluaran ditentukan. kmpp 16
  • 17.  Teori pengeluaran dan kos - menerangkan bagaimana seorang pengeluar yang rasional menentukan jumlah pengeluaran yang memberikan keuntungan yang maksimum kepadanya serta gabungan faktor pengeluaran yang akan meminimumkan kos pengeluarannya. kmpp 17
  • 18. kmpp 18
  • 19. 1. Apa dan berapa banyakkah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Wujud kerana kemampuan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh masyarakat adalah terhad Oleh itu masyarakat terpaksa membuat pilihan di antara barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak. kmpp 19
  • 20. 1. Apa dan berapa banyakkah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Semakin banyak sesuatu barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh masyarakat, bermakna semakin banyak sumber ekonomi yang perlu digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan tersebut kmpp 20
  • 21. 2. Bagaimanakah cara mengeluarkan barang tersebut  Setelah masyarakat menyelesaikan masalah apakah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak, sekarang ia perlu membuat keputusan tentang bagaimanakah cara mengeluarkan barang tersebut.  Ia boleh memilih kaedah pengeluaran yang berintensif buruh atau yang berintensif modal.  Kerana sumber-sumber ekonomi adalah terhad, maka kaedah yang dipilih mestilah boleh menghasilkan output yang maksimum dan kos pengeluaran yang minimum. kmpp 21
  • 22. 3. Untuk siapakah barang-barang dikeluarkan  Untuk siapakah ia dikeluarkan? Adakah ianya untuk orang- orang miskin atau orang-orang kaya  Lazimnya dalam sebuah ekonomi moden, untuk siapakah barangan tersebut dikeluarkan adalah bergantung kepada bagaimana pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran ditentukan?  Mereka yang menerima pendapatan yang lebih tinggi akan menikmati lebih banyak barangan daripada mereka yang kurang mampu. kmpp 22
  • 23. Sumber Ekonomi / Faktor pengeluaran diperlukan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan kmpp 23
  • 24. 1.4.1. Sumber asli  Sumber asli merupakan satu anugerah alam kepada manusia seperti tanah, bahan galian, hasil laut dan hasil hutan  Penawarannya adalah terhad. kmpp 24
  • 25. 1.4.2. Buruh  Buruh ialah orang yang bekerja dan mendapat upah  Dari segi kemahiran dan pendidikan, buruh dapat dibezakan kepada tiga golongan iaitu buruh tidak mahir, buruh terlatih dan buruh terdidik. kmpp 25
  • 26. 1.4.3.Modal  Modal merupakan faktor pengeluaran yang meliputi benda atau alat yang diwujudkan oleh manusia dan digunakan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan  Contoh modal ialah mesin dan alat-alat jentera yang digunakan untuk sesuatu proses pengeluaran. kmpp 26
  • 27. 1.4.4.Usahawan  Usahawan merupakan seseorang yang menanggung kesemua risiko sesuatu perniagaan.  Seseorang usahawan berupaya menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan output yang tertentu. kmpp 27
  • 28. Barang adalah benda-benda sama ada benda nampak atau tak nampak yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan mereka atau mengeluarkan benda yang akan memenuhi keperluan manusia kmpp 28
  • 29. 1.5.1. Barang percuma  Barang percuma merupakan barang yang penawarannya adalah tidak terhad  Kos lepasnya adalah sifar  Barang percuma tidak mempunyai harga. Contohnya ialah udara kmpp 29
  • 30. 1.5.2. Barang ekonomi  Barang ekonomi merupakan barang yang penawarannya adalah terhad  Barang ini mempunyai kos lepas dan harga yang tertentu  Kebanyakan barang yang ada dalam dunia ini adalah barang ekonomi. Contoh barang ekonomi ialah semua barang yang ada dalam pasaran seperti komputer, pakaian, makanan dan sebagainya. kmpp 30
  • 31. 1.5.3. Barang perantaraan  Barang perantaraan ialah barang yang digunakan untuk mengeluarkan barang lain  Biasanya barang ini diminta oleh pengeluar  Permintaannya dikenali sebagai permintaan berkait atau permintaan terbitan  Contohnya ialah bahan-bahan mentah seperti getah, minyak kelapa sawit dan besi waja. kmpp 31
  • 32. 1.5.4. Barang pengeluar  Barang pengeluar dikenali juga sebagai barang modal  Barang modal ialah barang yang digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan  Contoh barang modal ialah mesin, alat-alat jentera dan sebagainya. kmpp 32
  • 33. 1.5.5. Barang pengguna  Barang pengguna dikenali sebagai barang siap atau barang akhir  Barang pengguna dapat digunakan terus oleh pengguna tanpa melalui pemprosesan  Contohnya ialah buku, baju, motosikal dan sebagainya. kmpp 33
  • 34. 1.5.6. Barang awam  Barang awam merupakan barang yang tidak mempunyai sifat kekecualian  Semua orang boleh menggunakannya, sama ada ia mampu bayar atau tidak  Contohnya ialah lampu jalan raya, hospital, sekolah dan sebagainya. kmpp 34
  • 35. 1.5.7. Barang persendirian  Barang persendirian juga dikenali sebagai barang swasta atau barang milik individu  Orang yang mampu membayar sahaja yang boleh menggunakannya  Orang lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran pemiliknya. kmpp 35
  • 36. 1.6. Konsep pilihan dan kos lepas  Disebabkan perbezaan di antara kehendak- kehendak manusia yang tidak terhad manakala sumber-sumber ekonomi yang terhad maka timbul masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas. kmpp 36
  • 37. 1.6.1. Masalah kekurangan  Masalah kekurangan wujud disebabkan faktor- faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal dan pengusaha adalah terhad dan tidak dapat memenuhi semua kehendak manusia yang tidak terhad.  Ini bermakna barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi adalah kurang daripada yang dikehendaki oleh manusia. kmpp 37
  • 38. 1.6.2. Masalah pilihan  Kesan daripada masalah kekurangan, manusia terpaksa membuat pilihan. Manusia terpaksa membuat pilihan di antara barang-barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan  Apabila sesuatu barang dipilih dengan kuantiti yang banyak, ia terpaksa mengurangkan pengeluaran barangan lain. kmpp 38
  • 39. 1.6.3. Kos lepas  Apabila manusia membuat pilihan, ini bermakna sama ada mereka memperolehi satu barang atau barang lain tetapi bukan kedua-duanya sekaligus.  Kos lepas boleh didefinisikan sebagai pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan kerana untuk mendapatkan satu satu barangan yang lain. kmpp 39
  • 40. KONSEP KEKURANGAN, PILIHAN DAN KOS LEPAS i k te rba g Sumber K ih yan terhad E P Pil K K I O U L S R I A Lepaskan L H N Alternatif E Kehendak A G Kedua P tak terhad N A terbaik A N S kmpp 40
  • 41. 1.7. Keluk kemungkinan pengeluaran  Keluk Kemungkinan Pengeluaran boleh didefinisikan sebagai satu keluk yang menunjukkan tingkat maksimum kombinasi dua barangan yang dapat dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan sumber-sumber yang sedia ada pada tingkat teknologi tertentu. kmpp 41
  • 42. 1.7.1. Pembentukan KKP ANDAIAN:  1. Ekonomi mencapai guna tenaga penuh  2. Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barangan  3. Tingkat teknologi adalah tetap dan tidak berubah  4. Kuantiti dan kualiti sumber-sumber ekonomi adalah tetap kmpp 42
  • 43. Jadual 1.7.1. Jadual kemungkinan pengeluaran Kemungkinan Mesin Kereta Pengeluaran Basuh A 0 15 B 1 14 C 2 12 D 3 9 E 4 5 F 5 0 kmpp 43
  • 44. Rajah 1.7.1: Keluk kemungkinan pengeluaran Kereta 15 A B 14 12 9 C D .Y 5 .U E F 0 1 2 3 4 5 Mesin basuh kmpp 44
  • 45. 1.7.2. Hubungan keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas  Hubungan keluk kemungkinan pengeluaran dengan kos lepas ditunjukkan oleh kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran.  Kecerunan keluk kemungkinan pengeluaran diukur oleh kadar transformasi sut bagi satu barangan dengan barangan lain.  Kadar transformasi sut mengukur berapa banyak barang Y yang perlu dilepaskan untuk memperolehi seunit barang X. kmpp 45
  • 46. Kadar transformasi sut bagi barang Y oleh X ditunjukkan oleh rumus berikut : ∆ QY MRTXY = ∆ QX di mana, ∆ QY = perubahan kuantiti barang Y ∆ QX = perubahan kuantiti barang X kmpp 46
  • 47. Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran:  Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran yang cembung mengambarkan kos lepas yang meningkat.  Setiap tambahan satu unit barang x, kuantiti barang Y yang perlu dilepaskan semakin bertambah. kmpp 47
  • 48. Rajah 1.7.2: KKP berbentuk cembung Kereta 15 14 12 9 5 0 1 2 3 4 5 Mesin basuh kmpp 48
  • 49. Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran:  Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bergaris lurus yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan mengambarkan kos lepas yang malar.  Setiap tambahan satu unit barang X, kuantiti barang Y yang perlu dilepaskan adalah pada kadar yang sama. kmpp 49
  • 50. Jadual 1.7.2: Jadual kemungkinan pengeluaran kos lepas malar Kemungkinan Barang x Barang Y Pengeluaran A 0 8 B 1 6 C 2 4 D 3 2 E 4 0 kmpp 50
  • 51. Rajah 1.7.3: KKP kos lepas malar Barang Y 8 A B 6 C 4 D 2 E 0 1 2 3 4 Barang X kmpp 51
  • 52. 1.7.3. Perubahan KKP Keluk kemungkinan pengeluaran akan berubah kesan daripada:  Pertambahan faktor-faktor pengeluaran  Kemajuan teknologi kmpp 52
  • 53. 1.7.3.1. Pertambahan faktor-faktor pengeluaran  Pertambahan faktor-faktor pengeluaran seperti pertambahan jumlah penduduk, penemuan bahan-bahan galian baru dan kemasukan modal asing akan menyebabkan perubahan keluk kemungkinan pengeluaran. kmpp 53
  • 54. Rajah 1.7.4: Peralihan KKP kesan daripada pertambahan faktor pengeluaran Kereta C A 0 B D Mesin basuh kmpp 54
  • 55. 1.7.3.2. Kemajuan teknologi  Kemajuan teknologi akan meninggikan daya pengeluaran.  Keluk kemungkinan akan berpindah ke kanan. kmpp 55
  • 56. Rajah 1.7.5: Peralihan KKP kesan kemajuan teknologi bagi kedua-dua barang dgn kadar yang sama Kereta C A 0 B D Mesin basuh kmpp 56
  • 57. Rajah 1.7.6: Perubahan dalam teknologi pengeluaran satu barang Kereta C’ A 0 B Mesin basuh kmpp 57
  • 58. Rajah 1.7.7: Perubahan dalam teknologi pengeluaran satu barang Kereta A 0 B C Mesin basuh kmpp 58
  • 59. Rajah 1.7.8: Perubahan dalam teknologi (dlm pengeluaran kereta lebih besar dp mesin basuh) Kereta C A 0 B D Mesin basuh kmpp 59
  • 60. Rajah 1.7.9: Perubahan dalam teknologi (dlm pengeluaran mesin basuh besar dp kereta) Kereta C A 0 B D Mesin basuh kmpp 60
  • 61. Perbincangan 1: ? … Barang Y A C 0 B D Barang X kmpp 61
  • 62. Perbincangan 2: ? … Barang Y C A 0 D B Barang X kmpp 62
  • 63. 1.8. Sistem ekonomi  Terdapat 4 sistem ekonomi utama yang diamalkan di dunia. Bentuk sistem ekonomi yang berbeza dalah disebabkan oleh ideologi, nilai kebudayaan dan politik penduduk negara tersebut.  Sistem ekonomi tersebut ialah  ekonomi kapitalis  ekonomi sosialis konvesional  ekonomi campuran  ekonomi Islam kmpp 63
  • 64. 1.8.1. Sistem ekonomi kapitalis  Sistem ekonomi kapitalis juga dikenali sebagai sistem ekonomi usaha bebas atau laizes faire.  Setiap pengeluar mempunyai tujuan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.  Segala keputusan pengeluaran barang ditentukan oleh pasaran, iaitu kuasa permintaan dan kuasa penawaran.  Kuasa permintaan dan penawaran ini berperanan sebagai mekanisme pasaran dalam menentukan, harga, jenis, jumlah dan untuk siapa sesuatu barang itu dikeluarkan kmpp 64
  • 65. 1.8.1.1. Ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis a. Kepentingan tingkat harga. b. Pemilikan swasta. c. Kerajaan tidak campur tangan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi. d. Wujudnya persaingan. e. Wujudnya pelbagai barangan dan perkhidmatan. kmpp 65
  • 66. 1.8.1.2. Bagaimana masalah asas ekonomi diselesaikan?  Semua masalah asas ekonomi diselesaikan oleh mekanisme pasaran.  Masalah apakah barang yang hendak dikeluarkan dan berapa banyak jumlahnya akan ditentukan oleh kuasa pengguna.  Keseimbangan harga dan kuantiti akan tercapai apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran. kmpp 66
  • 67. 1.8.1.2. Kebaikan-kebaikan sistem ekonomi kapitalis 1. Kebajikan individu dan masyarakat dapat dimaksimumkan 2. Persaingan bebas memberi faedah kepada individu dan negara 3. Menggalakan perkembangan teknologi dan inovasi 4. Kecekapan penggunaan faktor pengeluaran kmpp 67
  • 68. 1.8.1.3. Kelemahan-kelemahan sistem ekonomi kapitalis 1. Kegagalan menyediakan barangan awam 2. Mewujudkan ketidak setabilan ekonomi 3. Agihan pendapatan yang tidak setara 4. Mewujudkan kuasa monopoli 5. Kesan luaran yang negatif kmpp 68
  • 69. 1.8.2 Sistem ekonomi sosialis /perancangan pusat  Semua kegiatan ekonomi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat.  Masyarakat tidak mempunyai kebebasan untuk menentukan corak kegiatan ekonomi yang dikehendaki.  Pengeluaran yang dihasilkan bukan bertujuan keuntungan sebaliknya untuk kepentingan masyarakat keseluruhan. kmpp 69
  • 70. 1.8.2.1. Ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat a. Sistem pemilikan bersama. b. Tidak mementingkan keuntungan mutlak. c. Wujudnya lembaga perancangan ekonomi. d. Harga dan kuantiti barangan ditetapkan dan ditentukan oleh pihak kerajaan. kmpp 70
  • 71. 1.8.2.2. Bagaimana masalah asas ekonomi diselesaikan?  Dalam sistem ekonomi ini semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan pusat.  Masalah apa yang hendak dikeluarkan akan ditetapkan oleh kerajaan melalui badan perancangan ekonomi.  Semua faktor pengeluaran dimiliki dan dikawal oleh kerajaan. Individu tidak dibenarkan memiliki harta kekayaan.  Kerajaan akan menentukan bagaimana dan untuk siapa barangan dikeluarkan. kmpp 71
  • 72. 1.8.2.3. Kebaikan-kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat 1. Agihan pendapatan yang seimbang 2. Matlamat sosial diutamakan 3. Penggunaan sumber ekonomi yang cekap 4. Kestabilan ekonomi kmpp 72
  • 73. 1.8.2.4. Kelemahan-kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat 1. Individu hilang kuasa memiliki harta kekayaan 2. Kurang motivasi dan insentif bekerja kuat 3. Teknologi dan reka cipta terhad 4. Kelemahan perancangan kmpp 73
  • 74. 1.8.3. Sistem ekonomi campuran  Sistem ekonomi di mana pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi.  Dalam sistem ekonomi ini biasanya kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi yang penting sahaja.  Masyarakat diberi kebebasan untuk menentukan kegiatan ekonomi yang ingin dijalankan melalui mekanisme harga. kmpp 74
  • 75. 1.8.3.2. Bagaimanakah masalah asas ekonomi diselesaikan  Masalah apa dan berapa banyak kuantiti barangan yang akan dikeluarkan akan ditentukan oleh sektor swasta dan sektor kerajaan.  Melalui undang-undang dan sistem perlesenan, kerajaan menentukan jenis dan kuantiti barang yang perlu dikeluarkan.  Apabila wujud kelemahan mekanisma harga, kerajaan akan campur tangan.  Campurtangan kerajaan bertujuan untuk menjaga kebagikan masyarakat. kmpp 75
  • 76. 1.8.3.3. Bentuk-bentuk campur tangan kerajaan 1. Dasar fiskal  Dasar fiskal merujuk kepada dasar pencukaian dan perbelanjaan kerajaan.  Tujuan kutipan cukai ialah untuk mendapatkan hasil kepada kerajaan dan juga untuk mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan.  Perbelanjaan kerajaan secara langsung dapat membekalkan kemudahan asas dan penubuhan perusahaan awam. kmpp 76
  • 77. 2. Penggubalan peraturan dan undang-undang  Penggubalan peraturan dan undang-undang diperlukan supaya sistem ekonomi dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.  Selain dari itu ia juga bertujuan untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara.  Contoh Malaysia, Akta Syarikat 1965, Akta Galakan Pelaburan 1968, Akta Pekerja 1968 dan akta Buruh 1968. kmpp 77
  • 78. 3. Dasar kewangan  Dasar kewangan dijalankan oleh bank pusat yang bertujuan mengawal penawaran wang dalam pasaran.  Dasar kewangan – dasar kewangan kuantitatif dan dasar kewangan kualitatif  Dasar kewangan kuantitatif – mempengaruhi dan mengawal jumlah bekalan wang dalam ekonomi  Dasar kewangan kualitatif– mempengaruhi dan mengawal bentuk dan corak pinjaman serta pelaburan oleh institusi kewangan. kmpp 78
  • 79. 1.8.4. Sistem ekonomi Islam  ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras kehendak-kehendak syariat dalam memperoleh, mengguna atau mengurus sumber – sumber alam untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian bagi mendapat keredaan Allah.  Islam menangani perekonomian ini berdasarkan akidah yang kukuh.  Rezeki yang Allah sediakan di alam ini adalah mencukupi untuk seluruh makhluk Nya. kmpp 79
  • 80. 1.8.4.1. Objektif ekonomi Islam Objektif utama kegiatan ekonomi Islam adalah pencapaian Al-Falah Selain itu objektif sampingan ialah: 1. Kesejahteraan ekonomi. 2. Kecekapan dan ketenangan hidup. 3. Penggunaan sumber yang optimum, pengeluaran yang banyak, peminimuman jurang agihan pendapatan, harta, kekayaan dan pembangunan serta penyediaan kemajuan dan pembangunan ekonomi. kmpp 80
  • 81. 1.8.4.2. Sumber perundangan ekonomi Islam 1. Sumber-sumber utama - Al-Quran, As Sunnah 2. Sumber-sumber Ambilan - Ia terdiri daripada sumber-sumber lain selain daripada Al Quran dan As Sunnah, sama ada dalam bentuk ijmak, qias, perjalanan sahabat, ijtihad, uruf dan lain-lainnya yang semuanya tidak lari dari roh sumber asalnya iaitu Al Quran dan As Sunnah. kmpp 81
  • 82. 1.8.4.3. Asas ekonomi Islam 1. Konsep Tauhid 2. Konsep Rububiyah 3. Konsep Tazkiyah 4. Manusia sebagai Khalifah 5. Persaudaraan dan pengorbanan kmpp 82
  • 83. 1.8.4.4. Syarat aktiviti perekonomian sebagai ibadah 1. Akidah mesti betul 2. Niat mestilah betul 3. Kerja yang sesuai dengan tuntutan Islam 4. Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam 5. Natijahnya betul dan memberi faedah keperluan ramai 6. Tidak meninggalkan ibadat wajib kmpp 83
  • 84. 1.8.4.6. Ciri-ciri ekonomi Islam 1. Ekonomi Islam merupakan sebahagian dari keseluruhan sistem hidup Islam -  Kegiatan ekonomi dalam Islam bersifat pengabdian.  Berekonomi untuk mencapai cita-cita luhur.  Pengawasan atas aktiviti ekonomi. 2. Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat Islam tidak mengorbankan kepentingan individu demi kepentingan ramai dan sebaliknya kmpp 84
  • 85. 1.8.4.7. Pengkelasan barang mengikut Islam 1. Keperluan untuk hidup (Daruriyat). 2. Keperluan asas. 3. Barangan kesenangan. 4. Barang mewah. 5. Barang merbahaya/merosakkan. kmpp 85
  • 86. 1.9. Bidang kajian ekonomi 1.9.1. Bidang kajian mikroekonomi  Bidang mikroekonomi tertumpu kepada kajian terhadap perlakuan unit-unit ekonomi yang terdiri daripada isirumah dan firma.  Kajian mengenai pengguna dilakukan melalui teori permintaan dan teori perlakuan pengguna, manakala kajian mengenai pengeluar pula melibatkan kajian teori penawaran, teori kos dan teori pengeluaran. kmpp 86
  • 87. 1.9.2. Bidang kajian makroekonomi  Makroekonomi merupakan pengkajian tentang kegiatan seluruh ekonomi serta interaksi antara sektor-sektor utama dalam ekonomi berkenaan.  Ia menumpukan perhatian terhadap pembolehubah- pembolehubah seperti jumlah keluaran atau pendapatan negara, tingkat guna tenaga dan kadar pengangguran serta kadar inflasi dalam sesebuah ekonomi. kmpp 87
  • 88. Teori makroekonomi meliputi analisis-analisis yang menerangkan tentang tiga perkara berikut iaitu:  Penentuan tingkat kegiatan ekonomi negara dan faktor-faktor utama menentukan tingkat kegiatan ekonomi yang dicapai.  Masalah-masalah makroekonomi yang selalu dihadapi sesuatu negara.  Bentuk-bentuk dasar kerajaan yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah makroekonomi yang dihadapi. kmpp 88
  • 89. 1.10. Aliran pusingan pendapatan dan perbelanjaan (dua sektor) (Y) Pendapatan kpd input tawarkan input ISI FIRMA RUMAH barang/perkhidmatan (C) Perbelanjaan isi rumah kmpp 89
  • 90. kmpp 90