SlideShare a Scribd company logo
1 of 36
PENGAKUAN PELAJAR
Saya Che Hamidi Bin Che Hassan no kad pengenalan 690123035491
dengan ini mengakui bahawa hasil karya yang diterbitkan ini adalah
hasil daya usaha sendiri dan bukan palagiat daripada mana-mana
sumber,kecuali sebagai rujukan untuk penghasilan lebih
baik.
Pengenalan
1
Bahasa Melayu di Malaysia (BM) diakui sebagai bahasa nasional berdasarkan
Peraturan 152 Pasal 1. Undang-undang ini baru disahkan pada tahun 1968 M, atau
sembilan tahun pasca kemerdekaan negara itu. Meskipun di dalam Undang-undang itu
digunakan istilah Bahasa Melayu, BM berulangkali berganti nama resmi. Dari pertama
bernama Bahasa Melayu, diganti menjadi Bahasa Malaysia, kemudian berganti lagi
menjadi Bahasa Melayu, dan terakhir pada tahun 2007, nama resmi bahasa ini kembali
menjadi Bahasa Malaysia.
Penggunaan BM di Malaysia tidak begitu disambut secara antusias oleh warga ketika
bahasa itu disahkan sebagai bahasa nasional. Justeru bahasa Inggris yang sering
digunakan, terutama di kalangan etnis Cina dan India walaupun mereka termasuk
warga minoritas. Hal ini membuat pemerintah berusaha menggalakkan penggunaan BM
melalui beberapa peraturan, misalnya pada tahun 1961 dikeluarkan Akta Pelajaran dan
pada tahun 1963 dikeluarkan Akta Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, peraturan-
peraturan ini dinilai secara pesimis oleh sebagian kalangan seperti pernyataan seorang
Ketua Hakim Negara pada tahun 1979, bahwa BM tidak mungkin digunakan di
mahkamah (pengadilan) karena berbagai keterbatasan yang dimiliki BM.
Perubahan baru terjadi pada dekade 80-an, yakni ketika BM berhasil menjadi bahasa
pengantar di sekolah-sekolah, mulai taman kanak-kanak sampai perguruan tinggi.
Perubahan ini seiring dengan peran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP – diresmikan
pada tahun 1956) yang semakin gencar memasyarakatkan BM. Istilah-istilah teknis
yang selama dua dekade sebelumnya sulit ditemukan masuk menerobos bersama-
sama dengan gaya bahasa yang estetis, yang banyak digunakan dalam ragam bahasa
sastra,
Pasca perubahan ini, BM akhirnya berhasil menduduki lima fungsi yang harus dimiliki
oleh sebuah bahasa nasional: fungsi sebagai bahasa nasional itu sendiri, sebagai
2
bahasa resmi, sebagai bahasa perpaduan atau bahasa antaretnis, sebagai bahasa ilmu
pengetahuan dan terakhir sebagai bahasa pendidikan. BM yang memiliki wilayah sebar
tutur di sebuah negara yang luas seperti Malaysia, tentunya, memiliki perbedaan-
perbedaan cara tutur. Masing-masing Negeri (daerah) hampir memiliki satu dialek
tersendiri, yang berbeda dengan daerah lainnya. Dialek-dialek BM yang masyhur di
Malaysia antara lain, dialek Johor di Negeri Johor yang terletak paling selatan, dialek
Perak di Perak Darul Ridzuan, dialek Melaka di Negeri Melaka sebelah utara Johor,
dialek Kedah yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman, dan terakhir dialek Sarawak
yang terletak di Malaysia Timur atau di Pulau Kalimantan yang disebut juga dengan
Pulau Borneo.
Kata /kapal/ yang terdapat di dalam BM Piawai (standar) dapat dijadikan sebagai
contoh yang jelas. Meski tetap direalisasikan menjadi /kapal/ di Johor, Melaka dan
Sarawak, di Perak ia malah direalisasikan (baca; diucapkan) menjadi /kapɛ/ dan di
Kedah direalisasikan menjadi /kapaj/. Contoh lain yang lebih mencolok perbedaannya
adalah kata /pagar/. Di Johor orang menyebutnya /paga/, di Perak orang menyebut
/pagɔ/, akan tetapi di Melaka malah disebut /pagaw/, di Kedah disebut /paga?/ (dengan
glotal atau hamzah di akhir) dan di Sarawak menjadi /pagaR/. /r/ yang terdapat di akhir
kata /pagar/ ternyata direalisasikan dengan cara yang berbeda-beda oleh dialek-dialek
ini dan justeru karena perbedaan-perbedaan kecil nan khas inilah mereka menjadi
dialek.
Pendahuluan
3
Di antara tataran kebahasaan yang paling mendasar adalah tataran fonem. Tataran ini
berada pada tataran bunyi terkecil dari sebuah bahasa, yang juga memiliki sistemnya
sendiri. Di dalam ilmu linguistik, cabang ilmu yang mempelajari sistem fonem dalam
sebuah bahasa disebut Fonologi.
Fonologi adalah ilmu bunyi, yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
alat artikulasi manusia. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi atau alat ucap
itu disebut fon (phone). Sementara itu, fonem adalah satuan bunyi terkecil dari sebuah
bahasa yang mampu menunjukkan kontras makna. Apabila kontras makna tidak terjadi,
maka sebuah bunyi bahasa tidak dapat disebut sebagai sebuah fonem yang berbeda.
Kontras makna ini adalah syarat bagi keabsahan sebuah fon atau bunyi bahasa untuk
disebut sebagai fonem.
Satu unit ujaran yang bermakna (bisa morfem dan bisa pula kata) terdiri dari beberapa
satuan bunyi. Misalnya kata pagi. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi atau fonem
yaitu /p/, /a/, /g/ dan /i/. Terjadinya sebuah fonem bisa ditunjukkan dengan melakukan
perbandingan fitur. Anggapan bahwa bunyi p dan b masing-masing merupakan fonem
yang berbeda dapat diterima setelah membandingkan kedua bunyi tersebut pada kata
pagi dan bagi. Kata pagi menunjukkan waktu, dan kata bagi menunjukkan kata kerja.
Kedua-duanya secara makna berbeda. Dari perbedaan itu disimpulkan bahwa
anggapan p dan b berbeda adalah benar.
Fonologi BM diterangkan dengan terlebih dahulu membicarakan fonem. Fonem vokal,
konsonan, diftong dan beberapa alofon merupakan hal-hal yang dibicarakan.
Penjelasan kemudian diakhiri dengan menerangkan pola suku kata di dalam BM.
1.0 DEFINISI FONOLOGI
4
Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di
dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai
bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.
Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang
ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu,
jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ
pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).
Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu
pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui
bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang
fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang
fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu
bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan :
“ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken
form of individual language has variously been called “ phonology “.
Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics
“. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan
menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk
menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.
5
Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji
fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara
pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi
bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan
bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang
fonetik.
2.0 DEFINISI FONETIK
Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman
( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam
semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa
dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik
auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal
tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana
pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-
ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.
Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik
mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik
bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan
simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik
Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan
klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ),
mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula
6
mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi
ini.
Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang
maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula
mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit
yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya
dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan
disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya
dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah
sebagai fonemik.
Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang
mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia,
seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang
mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing
bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-
bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum
dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan
pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar
daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-
bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa
dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik
merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.
3.0 DEFINISI BAHASA
7
Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya
menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa
mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang
dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan
kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada
disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus
berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia
akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu.
Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri,
tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika diteliti akan cara
orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering
dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi.
Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang
berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur
dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu
seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup.
Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan
perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan ilmu kebudayaan
peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29).
Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara. Apabila
seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan
perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini
penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek
keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian,
puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu,
bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita
miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.
3.1 Bunyi Bahasa
8
Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang
bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar
suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang kelar itu
akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.
Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia.
Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada
hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Kita sedia
memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila
dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh itu, bunyi
bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat
artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan
bunyi-bunyi bahasa.
3.2 Alat-alat Pertuturan
Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai
kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang
pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi
pula mengkaji buyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
9
1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti yang
berikut :
3.3 Fungsi Alat Pertuturan
• Lidah
10
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat
deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan
belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan,
tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh
digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
• Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif.
Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara
dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
• Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri
daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan
mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar
daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang
keluar daripada rongga mulut.
• Gusi
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam
rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung
lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
• Lelangit
11
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir
rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak
terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan
keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan
udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
• Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan atau tidak.
• Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.
Alat-alat sebutan
12
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:
Bibir
Gigi
Gusi Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Lidah
Rongga tekak
Rongga mulut
Rongga hidung
Paru-paru
Peti suara dan pita suara
Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat
diletakkan di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah
artikulator.
Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
13
Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu
Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan
dan diftong.Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam
rongga mulut.Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat
atau terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk
bibir.Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.
Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan
sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau
dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.
Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.Selain dua golongan utama
itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vioakl dan
beralih kepada bunyi vokal yag lain.Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai
diftong.
Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada
bunyi vokal depan sempit [i]
Vokal
Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.
Lambang fonetik Contoh perkataan Nota
[a] anak, tanah, lada
[è] ela, semak, sate
[i] iring, kita, seri
[] emak, betul X terdapat dihujung perkataan
[o] obor, botak, moto
[u] ular, sultan, saku
Konsonan asli bahasa Melayu
14
Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan
pinjaman.Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan
iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.
Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had,
beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir
perkataan.
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang
oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan
udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.
[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r],
[l], [w], [y]
Fonem
Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.Satu unit ujaran yang bermakna, atau
perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.Kata ini terdiri
daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.
Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.Jika p diganti
dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil
yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.
Alofon
15
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam
palu, lupa dan luap.Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang
sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak
sempurna, yakni tidak diletupkan.Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas,
fonem p mempunyai dua alofon.
Suku Kata
Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata
ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan
konsonan.Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang
berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.Suku kata lain ialah suku kata
tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:
1. Kata tunggal satu suku kata
Suku kata Contoh
KV yu
VK am
KKVK draf, gred. brek
2. Kata tunggal dua suku kata
Suku Kata Contoh
V + KV ibu, ela, era
V + VK air, aib
V + KVK adat, emas
VK + KV anda, unta, angsa
VK + KVK antah, untuk, ingkar,
KV + KVK bukan, dekat
16
3. Kata tunggal tiga suku kata
Suku Kata Contoh
KV+V+KV biasa, cuaca, suara
KV + V +KV kaedah
V + KV + V abai, usia
KV+KV+VK maruah, peluang
KV+KVK+KVK kelompok, kumandang
4. Kata tunggal empat suku kata
Suku Kata Contoh
KV+KV+KV+KV panorama
KV+KV+KV+KVK masyarakakat
KVK+KV+V+KV sentiasa
5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:
universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)
Dialek
Dialek (dari bahasa Yunani διάλεκτος, dialektos), adalah varian-varian sebuah bahasa
yang sama. Varian-varian ini berbeda satu sama lain, tetapi masih banyak
menunjukkan kemiripan satu sama lain sehingga belum pantas disebut bahasa-bahasa
yang berbeda.
Biasanya pemerian dialek adalah berdasarkan geografi, namun bisa berdasarkan faktor
lain, misalkan faktor sosial.
17
Sebuah dialek dibedakan berdasarkan kosa kata, tata bahasa, dan pengucapan
(fonologi, termasuk prosodi). Jika pembedaannya hanya berdasarkan pengucapan,
maka istilah yang tepat ialah aksen dan bukan dialek.
Variasi Bahasa
Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa
Melayu.
Variasi bahasa
Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa
iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Dialek
Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami
oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada
pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
Idiolek
Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.
merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan
atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Dialek kawasan
Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu
kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang
Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa
dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan
sebagainya.
Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama
dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang
18
Laut.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia,
Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan
Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi
bahasa Melayu.
Dialek sosial
Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza
mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya,
dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang
formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan
sebagai dialek sosial.
Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi,
iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.
Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang
berikut:
19
Contoh:
20
Imbuhan
Pengimbuhan yang berlaku kepada kata kerja di dalam dialek Kedah ini meliputi
imbuhan meN-, teR- dan beke-. Di antara semua jenis ini, imbuhan meN- lebih
merupakan gambaran daripada pengwujudan kata yang disengau dan tidak
disengaukan. Alomof me- yang disengaukan biasanya berlaku sebelum kosongan
sengau, konsonan sisian {i} dan konsonan fikatifuvular{r}.
Awalan meN-
Awalan meN- di dalam dialek Kedah seringnya membawa makna kebiasaan atau
perbuatan yang dilakukan dalam batas waktu yang agak panjang . Perkataan-
perkataan seperti:
{memotong} {memukoy}{menanam} {mengaet} {menjait}
sudah jelas menunjukkan suatu perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan dalam
kehidupan penduduk penuturnya.
Pola meN-
21
Pola meN- sebenarnya tidak sahaja menunjukkan kebiasaan tetapi juga boleh
mengambarkan ciri-ciri tertentu pada nama yang dirujuk. Misalnya kata
{menyombong}dan {memakai}sudah dengan sendirinya mengambarkan sifat yang
dimiliki olah seseorang.
Kebiasaan seseorang itu pula tidak hanya dikaitkan dengan pelaku kerana kebiasaan
juga boleh berlaku dan dibina melalui tradisi masyarakat. Dan perlakuan pada satu-satu
ketika sudah menjadi adat dalam kehidupan masyarakat berkenaan. Lihat saja kepada
perkataan-perkataan berikut:
{menengok} {meminang} {memangge}
Ketiga-tiga kata di atas jelas menjadi budaya kata di dalam masyarakat Kedah
sebelum kenduri kahwin berlangsung.
Imbuhan meN-
Di dalam beberapa keadaan lain pula, imbuhan meN- boleh membentuk dua kelainan
kata terbitan hasil daripada proses pengimbuhannya. Pola meN- + kata nama boleh
menerbitkan "kata kerja" dan sebaliknya pula meN + kata kerja telah menerbitkan "kata
nama". Perkara ini dapat dilihat pada contoh di bawah :
meN + ekor {mengekoR} - menurut ke mana sahaja .
{KN} {KK}
meN + potong {memotong } - menoreh getah
Awalan teR-
22
Awalan teR-, dan beR- pula mempunyai pola masing-masing mengikut rentak
penggunanya yang tertentu. Seperti di dalam dialek standard, imbuhan teR-
mendukung makna perbuatan yang tidak sengaja berdasarkan kepada penyingkatan
dialek yang dituturkan. Dan sesuatu yang barangkali jelas membezakan pola imbuhan
ini dengan imbuhan teR-dalam dialek standard ialah pengekalan 'te' sebagai imbuhan
tetap kepada teR-. Perhatikan contoh-contoh berikut:
Ejaan Standard EjaanDialekKedah
{tercabut} {tecabut}
{terjengul} {tejengoy}
{tergambar} {tegambaR}
Imbuhan peR-
Keadaan ini juga sama dengan apa yang berlaku di dalam penentuan imbuhan peR-
yang lebih banyak meninggalkan fungsinya sebagai pengwujudan nilai sebab musabab
kepada penutur dialek ini. Misalnya:
{peRangat} {menghangatkan}
{pebaik} {memperbaiki}
{pependek} {memendekkan}
Imbuhan beR-
Imbuhan beR- pula meninggalkan fungsi bila ia digabungkan dengan kata dasar yang
terdiri daripada kata kerja dan kata nama yang akan melahirkan makna kata yang
23
tertentu. Bunyi pengucap pada imbuhan beR- ini kerapkali tidak mengikut susunan
bunyi dialek standard yang nyata pegangannya. Dan kebiasaannya yang wujud
daripada cantuman imbuhanbeR- ini dapat dilihat pada aturan di bawah:
i}beR- + kata kerja perbuatan menyaling
beR + {gomoi} {begomoi}-bergaduh seperti bergusti
beR + {hempas} {beRempayh}-bertumbuk
ii}beR + kata kerja perbuatan tanpa tujuan
beR +{kelewa} {bekelewa}-merayau tanpa tujuan
beR +{serungas} {beseungayh}-menjadikan tidak kemas
iii}beR +kata nama memiliki atau mempunyai
beR +{baw} {berbaw}-mempunyai bau
Imbuhan beke-
Imbuhan beke- pula barangkali merupakan imbuhan yang janggal kepada bahasa
standard. Tetapi di dalam dialek Kedah merupakan imbuhan biasa yang kerap pula
digunakan. Sebagai contohnya:
{beketeia} - menangis bersama-sama
{bekemutih} - nampak penuh dengan warna putih
{bekeseungayh} - nampak tidak kemas
Suprasegmental Bahasa Melayu
Fonem suprasegmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat
bunyi yang menindih atau menumpang sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental
24
hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpang bunyi segmental.
Fonem suprasegmental ini bukannya bunyi segmental atau bunyi penggalan tetapi ciri
yang hadir bersama dengan cara menumpang bunyi penggalan.Terdapat empat unsur-
unsur dalam suprasegmental iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek
Tekanan
Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau
lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Tekanan juga merupakan ciri lemah
atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Lambang yang digunakan untuk
tekanan ialah /’/. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu.
Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu
disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Tekanan dalam perkataan bahasa
Melayu lazimnya berlaku pada suku kata yang kedua seperti dalam perkataan /ki’ta/,
/ba’pa/, /sa’tu/. Tekanan tidak membezakan makna.
contoh ciri suprasegmental bagi tekanan adalah seperti berikut :
Contohnya : 1. [am’boi ke’Лaŋ Rasa’]
2. [hai’-hai’ sa’yaŋ]
3. [hai’-hai’ sa’yang, in’tan pa’yung mai mai mai]
4. [sakit kaki? Kenapa’]
5. [a’wat ?]
6. [po’lis]
Nada
Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4 (tinggi
25
sekali). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik
bila ada tekan dan turun hingga 1.
Berdasarkan rakaman tersebut, contoh ciri suprasegmental bagi nada adalah seperti
berikut :
Contoh : 1. [ ³ amboi belaha? ² deRayëh ¹ nöh ]
2. [ ³ Sayaŋ ² intan payuŋ ¹ mai mai ]
Jeda
Jeda juga disebut sebagai persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan antara
unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang
digunakan untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna.
Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya telah speksifikasi rakaman tersebut seperti
berikut :
Tajuk : TeleMovie slot Akasia “GRO”
Masa : Rakaman ditranskripsikan pada minit ke 6.25 saat
Dialek : Kedah
Bil. Watak : 2 orang
Watak : Nabil dan Fikri
TeleMovie slot Akasia “GRO” ( AYAT DIALEK KEDAH )
26
Intro
Nabil : Hai dalam kuku pun ada kambin?
Fikri : Bek..
Nabil :Uit misin basoh. Hai misin basoh. Ish hang ni
Fikri : Misin basoh mai kot mana?
Nabil : Amboi mai tergedik-gedik, tergedik-gedik pasai pa. Awat?
Fikri : Hang tau malam ni aku pangge hang pasai apa?
Nabil: Tak tau..
Fikri: Aku nak bagi hang jadi GRO.
Nabil: GRO!! hehehe.. sukanya aku GRO. Abis dia orang tu macam mana?
Haa kalau nak tau tengok ni "Ushar Lagi".
............................................................................................................................................
..........
Di suatu tempat yang sunyi…
Nabil: Amboi. Kenyang rasa. Lega hati.. Arrggghhhhhhh..( bunyi berlahak)
Alhamdunillah..
Fikri : Hoi..
Nabil: Oii misin basoh jatoh..
Fikri : Misin basoh jatoh kot mana? Amboi berlahak.. Deras noh...
Nabil : Hang. Gelocoh..
Fikri : Gelojoh tang mana?
Nabil : Awat lambat sangat?
Fikri : Aku pangge hang mai malam ni sebab aku nak bagi hang jadi GRO.
Nabil : GRO?Ai.. tak mau jadi GRO.. jadi GRO berdosa.. mak saya marah.. tak mau..
Fikri: Ni..ni.. Dak..dak. Mai sini dulu.. Dengaq aku cakap dulu tak abis lagi.. GRO
bukan GRO hak dok nuhnuhnuh.. Bukan..
Nabil : Abis?
Fikri : GRO ni singkat daripada Gaya Ragut Orang..
27
Nabil: Ragut orang? Lagi nak mampuih.. Lolaq hang..
Fikri : Hang pukui aku lagi..
Nabil: Tak mau..
Fikri: Hai..Hai sayang.. Intan payung mai mai mai.. amboi panggil intan payung mai..
nih..
Nabil: Awat?
Fikri : Kita, hang mau duit dak?
Nabil : Hai duit mesti la nak..
Fikri : Nak kan.. cara orang berjalan pun boleh ragut kan, kita naik moto pun orang
buleh ragut lani tak pa biar aku jadi mangsa, hang jadi..
Nabil: GRO..
Fikri: Tu.. GRO kot mana?
Nabil: GRO tu Gaya Ragut Orang.. hang yang kata tadi..
Fikri: Dak aih.
Nabil: Aku tak mau, aku nak ragut jugak mai..
Fikri: Oi belum lagi..
Nabil : Ha cepat-cepat hang jadi cepat..
Fikri: Aku jalan
Nabil : Ha aku nak ragut lekas
…………………………………………………………………………………………………
Lakonan ragut..
Fikri : Eh aduih, aduih, aduih..
Nabil : Ha nah makan bulu kaki
Fikri: Hoi, awat woi.. oii jangan lari.. amboi mai ni
Nabil : Awat pulak
Fikri : Amboi hang pukui aku sakan noh. Hang tak tau aku sakit kaki ni
Nabil : Sakit kaki ? Kenapa?
Fikri : Hang tau kaki aku kena pa?
28
Nabil : Kena pa?
Fikri : Kena sengat ikan pari..
Nabil : Mai tang mana sengat ikan pari plak
Fikri : Hak ni bukan duri ikan pari hak ni paku..
Nabil : Paku?
Fikri: Allah.. botak!! Oi..oi.. malu kat orang botak.. ui malu-malu..
Nabil : Awat abang buat mcm ni
Fikri : Sabaq la..
…………………………………………………………………………………………………
Kedengaran bunyi siren..
Fikri : Hang dengaq dak, dengaq dak? dengaq dak ?
Nabil : Dengaq, dengaq? Ambulan..
Fikri: Ui.. bukan ambulan
Nabil : Haa?
Fikri : Polis!
Nabil : Ha polis?
Fikri : Polis....
Nabil :Polis....
TeleMovie slot Akasia “GRO” ( SEBUTAN BAKU )
29
Intro
Nabil: Hai dalam kuku pun ada kambing?
Fikri : Bek..
Nabil :Uit mesin basuh. Hai mesin basuh. Ish kamu ini.
Fikri : Mesin basuh datang dari mana?
Nabil : Amboi datang tergedik-gedik, tergedik-gedik sebab apa. Kenapa?
Fikri : Kamu tahu malam ini saya panggil kamu sebab apa?
Nabil: Tidak tahu..
Fikri : Saya hendak kamu jadi GRO.
Nabil : GRO!! hehehe.. sukanya saya GRO. Habis mereka yang lain macam mana?
Haa kalau hendak tahu, tengok ini "Ushar Lagi".
............................................................................................................................................
Di suatu tempat yang sunyi…
Nabil : Amboi. Kenyang rasa. Lega hati.. Arrggghhhhhhh..( bunyi berlahak)
Alhamdunillah..
Fikri: Hoi..
Nabil: Oii mesin basuh jatuh..
Fikri: Mesin basuh jatuh dimana? Amboi berlahak.. Kuat bunyinya...
Nabil : Kamu.. Gelojoh..
Fikri : Di mana yang gelojoh?
Nabil: Kenapa lambat sangat?
Fikri : Saya panggil kamu datang malam ini sebab saya hendak bagi kamu jadi GRO.
Nabil: GRO? Ai.. tidak mahu jadi GRO.. jadi GRO berdosa.. mak saya marah.. tidak
mahu..
Fikri : Ini..ini.. Bukan-bukan. Datang sini dulu.. Dengar saya cakap dulu tidak habis
lagi.. GRO bukan GRO yang seperti tuuuuuuuuuhhhhhhh.. Bukan..
Nabil : Habis?
Fikri : GRO ini singkat daripada Gaya Ragut Orang..
Nabil : Ragut orang? Lagi hendak mati.. Teruk betul kamu..
30
Fikri : Kamu pukul saya lagi..
Nabil : Tidak mahu..
Fikri : Hai..Hai sayang.. Intan payung datang, datang, datang.. amboi panggil intan
payung datang.. ini..
Nabil : Kenapa?
Fikri : Kita, Kamu mahu duit kan?
Nabil : Hai duit mesti..
Fikri: Mahu kan.. cara orang berjalan pun boleh ragut kan, kita naik motor pun orang
boleh ragut sekarang ini tidak apa biar saya jadi mangsa, kamu jadi..
Nabil: GRO..
Fikri: Itu.. GRO?
Nabil : GRO itu Gaya Ragut Orang.. kamu yang kata tadi..
Fikri: Bukan..
Nabil : Saya tidak mahu, saya hendak ragut juga sekarang..
Fikri : Oi belum lagi..
Nabil: Ha cepat-cepat kamu jadi cepat..
Fikri: Saya jalan..
Nabil: Ha Saya ragut sekarang
…………………………………………………………………………………………………
Lakonan ragut..
Fikri : Eh aduh, aduh, aduh..
Nabil: Ha makan bulu kaki..
Fikri: Hoi, Kenapa? Oii jangan lari.. amboi datang sini
Nabil : Kenapa pula?
Fikri Amboi dasyat kamu pukul saya. Kamu tahu saya sakit kaki.
Nabil : Sakit kaki ? Kenapa?
Fikri: Kamu tahu kenapa dengan kaki saya?
Nabil : Kena apa?
31
Fikri : Kena sengat ikan pari..
Nabil : Datang mana sengat ikan pari?
Fikri: Hak ini bukan duri ikan pari hak ini paku..
Nabil : Paku?
Fikri : Allah.. botak!! Oi..oi.. malu dengan orang.. Botak.. ui malu-malu..
Nabil : Kenapa abang buat macam ini?
Fikri : Sabar..
…………………………………………………………………………………………………
Kedengaran bunyi siren..
Fikri: Kamu dengar tidak? Dengar tidak? Dengar tidak ?
Nabil : Dengar, dengar.. Ambulan..
Fikri: Ui.. bukan ambulan
Nabil : Haa?
Fikri: Polis!
Nabil : Ha polis?
Fikri: Polis....
Nabil :Polis....
Penutup
32
Melalui kerja kursus ini terdapat banyak yang kita dapat pelajari daripada bahasa
Melayu itu sendiri dimana terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna
yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada 2 iaitu fonetik dan
fonemik. Fonemik merupakan kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,sifat bunyi
bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik berkaitan kajian tentang fungsi dan
struktur bunyi bahasa.
Di samping itu saya juga mengkaji bagaimana penghasilan vokal, konsonan dan
diftong. Setelah mengkaji,vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak halangan
semasa udara keluar dari peparu.Lidah dan bibir memainkan peranan yang amat besar
dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara
dan bunyi yang tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau
halangan semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit
lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung amat penting dalam penghasilan bunyi
konsonan. Selain itu saya juga membuat kajian tentang diftong. Ia merupakan hasil
daripada penggabungan dua vokal. Antaranya ialah [ ai ], [ oi ] dan [ au ].
Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan dearah-
daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam
penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh
digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya. Untuk memahami dengan lebih
mendalam,carta vokal,konsonan dan diftong dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus
ini.
Refleksi Tugasan
33
Setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah
diamanahkani. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang telah saya
pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang membuat
kerja kursus ini seperti berjaga malam, bekerjasama dalam satu kumpulan pengajian
dan menaip hampir 10000 patah perkataan.
Tambahan lagi saya telah banyak mempelajari tentang bahasa Melayu ini. Saya pada
mulanya memikirkan bahasa Melayu ini hanya direka secara tidak sengaja sahaja,
tetapi setelah kajian demi kajian dilakukan akhirnya saya menyedari bahawa bahasa
Melayu mempunyai cara-cara penghasilannya tersendiri.
Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji
mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini
banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar, apa yang saya dapat ini terus berada
didalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk
menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bibliografi
Abdullah Hassan (1966), "Pertandingan Tatabahasa antara Dialek Kedah dan Dialek
Perak" Kertas Kerja Iimiah Sarjana Muda Sastera, JPM UM.
34
Abdullah Hassan. (2005). Fonologi, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
Ajid Che Kob. (1985). Dialek Geografi Pasir Mas . Selangor : Penerbitan UKM
Ali Mahmood, Mashudi Bahari dan Lokman Abd Wahid. (2007). Pengenalan Fonetik
dan Fonologi Bahasa Melayu HBML1203. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.
Asmah Hj Omar, (1980), "Persepsi dan Kenyataan seperti yang tergambar di dalam
Dialek Kedah" dlm. Dewan Bahasa bil. 12 jld. 24.
Asmah Hj Omar, (1986), Bahasa dan Alam pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, DBP.
Asmah Hj Omar, Prof., Dr. (1977), Kepelbagaian Fonologi Dialek- dialek Melayu,
Kuala Lumpur, DBP.
Farid Mohd Onn. (1980)." Perubahan Bahasa dan Kajian Dialek- satu pendekatan
tatabahasa Generatif " dlm. Dewan Bahasa bil. 6 jil. 24.
Ismail Dahaman et al. (1997). Glosari dialek Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ismail Hussin. (1973)." Malay Dialect in Malay Penasular " dlm. Nusantara. jil.3{2}
J.K. Chambers et al. (1990). Dialektologi . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
James T.Collins. (1983). Dialek Ulu Terengganu . Selangor : Penerbitan UKM
James T.Collins. (1986). Antologi Kajian Dialek Melayu . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Asas Fonetik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Suhendra Yusuf. (1998). Fonetik dan Fonologi . Jakarta : Penerbit PT Gramedia
Pustaka Utama.
35
Zaharani Ahmad dan Teoh Boon Seong. (2006). Fonologi Autosegmental :
Penerapanya pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm
http://www.mykedah2.com/10heritage/106_3.html
http://www.geocities.com/Athens/Agora/5816/ragambahasa.html
http://melayuonline.com/culture/?a=b3Vxei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx=
36

More Related Content

What's hot

Materi fonologi bahasa indonesia
Materi fonologi bahasa indonesiaMateri fonologi bahasa indonesia
Materi fonologi bahasa indonesiaRakatajasa
 
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa IndonesiaMakalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa IndonesiaRizzty Mennelz
 
Tugasan+h bhs melayul1203
Tugasan+h bhs melayul1203Tugasan+h bhs melayul1203
Tugasan+h bhs melayul1203Faridah Husin
 
Phonetics and phonology
Phonetics and phonologyPhonetics and phonology
Phonetics and phonologyHomi Audie
 
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARA
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARAPpt m1 kb1 WIDYA SWARA
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARASPADAIndonesia
 
Bahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi huruf
Bahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi hurufBahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi huruf
Bahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi hurufSMAN 01 GIRI
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Tik fira 2 d
Tik fira 2 dTik fira 2 d
Tik fira 2 dfirays28
 

What's hot (18)

Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Materi fonologi bahasa indonesia
Materi fonologi bahasa indonesiaMateri fonologi bahasa indonesia
Materi fonologi bahasa indonesia
 
Linguistik fonologi
Linguistik fonologi Linguistik fonologi
Linguistik fonologi
 
Kajian Fonologi
Kajian FonologiKajian Fonologi
Kajian Fonologi
 
Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa IndonesiaMakalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
 
TATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARANTATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARAN
 
Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Tugasan+h bhs melayul1203
Tugasan+h bhs melayul1203Tugasan+h bhs melayul1203
Tugasan+h bhs melayul1203
 
Phonetics and phonology
Phonetics and phonologyPhonetics and phonology
Phonetics and phonology
 
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARA
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARAPpt m1 kb1 WIDYA SWARA
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARA
 
TATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARANTATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARAN
 
Dila
DilaDila
Dila
 
Bahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi huruf
Bahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi hurufBahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi huruf
Bahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi huruf
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Tik fira 2 d
Tik fira 2 dTik fira 2 d
Tik fira 2 d
 

Viewers also liked

Viewers also liked (19)

Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)
Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)
Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)
 
Analisis Petikan
Analisis PetikanAnalisis Petikan
Analisis Petikan
 
1 ruang lingkup_perekonommian_indonesia
1 ruang lingkup_perekonommian_indonesia1 ruang lingkup_perekonommian_indonesia
1 ruang lingkup_perekonommian_indonesia
 
Kuliah a1
Kuliah a1Kuliah a1
Kuliah a1
 
PERBENTANGAN
PERBENTANGANPERBENTANGAN
PERBENTANGAN
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Masalah perekonomian di indonesia
Masalah perekonomian di indonesiaMasalah perekonomian di indonesia
Masalah perekonomian di indonesia
 
Kumpulan6,penggunaan bahasa pasar dalam filem kongsi
Kumpulan6,penggunaan bahasa pasar dalam filem kongsiKumpulan6,penggunaan bahasa pasar dalam filem kongsi
Kumpulan6,penggunaan bahasa pasar dalam filem kongsi
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3
 
Variasi bahasa -Sosiolinguistik (S1)
Variasi bahasa -Sosiolinguistik (S1)Variasi bahasa -Sosiolinguistik (S1)
Variasi bahasa -Sosiolinguistik (S1)
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
Proposal bantuan sepak bola
Proposal bantuan sepak bolaProposal bantuan sepak bola
Proposal bantuan sepak bola
 
ragam bahasa
ragam bahasaragam bahasa
ragam bahasa
 
Suku kata
Suku kataSuku kata
Suku kata
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 

Similar to Fonologi hamidi

Makalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
Makalah Fonologi Fonetik dan FonemikMakalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
Makalah Fonologi Fonetik dan FonemikShelaOktavia
 
Bahasa
BahasaBahasa
BahasaJ-M
 
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdfMakalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdfSalisAstutiN
 
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docxFonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docxkamilazhary
 
MAKALAH TATA BUNYI UJARAN
MAKALAH TATA BUNYI UJARANMAKALAH TATA BUNYI UJARAN
MAKALAH TATA BUNYI UJARANGhian Velina
 
VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...
VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...
VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...PUTUEKARESPATI
 
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docxENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docxssuserc83cb6
 
Pengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umumPengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umumImam Suwandi
 
Hakikat Bahasa.docx
Hakikat Bahasa.docxHakikat Bahasa.docx
Hakikat Bahasa.docxDivaSafitri7
 
Linguistik umum 1,2
Linguistik umum 1,2Linguistik umum 1,2
Linguistik umum 1,2Imam Suwandi
 
Tugasan individu
Tugasan individuTugasan individu
Tugasan individutinie eva
 

Similar to Fonologi hamidi (20)

Makalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
Makalah Fonologi Fonetik dan FonemikMakalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
Makalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
 
Linguistik
LinguistikLinguistik
Linguistik
 
Bahasa
BahasaBahasa
Bahasa
 
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdfMakalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
 
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docxFonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
 
Makalah struktur fonologi bahasa indonesia
Makalah struktur fonologi bahasa indonesiaMakalah struktur fonologi bahasa indonesia
Makalah struktur fonologi bahasa indonesia
 
MAKALAH TATA BUNYI UJARAN
MAKALAH TATA BUNYI UJARANMAKALAH TATA BUNYI UJARAN
MAKALAH TATA BUNYI UJARAN
 
Pengertian bahasa
Pengertian bahasaPengertian bahasa
Pengertian bahasa
 
VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...
VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...
VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...
 
Nurmila ardianti 5 c
Nurmila ardianti 5 cNurmila ardianti 5 c
Nurmila ardianti 5 c
 
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docxENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
 
Pengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umumPengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umum
 
Linguistik umum 1,2
Linguistik umum 1,2Linguistik umum 1,2
Linguistik umum 1,2
 
Hakikat Bahasa.docx
Hakikat Bahasa.docxHakikat Bahasa.docx
Hakikat Bahasa.docx
 
Linguistik fonologi
Linguistik fonologi Linguistik fonologi
Linguistik fonologi
 
Hakikat, Fungsi dan Keunikan Bahasa
Hakikat, Fungsi dan Keunikan BahasaHakikat, Fungsi dan Keunikan Bahasa
Hakikat, Fungsi dan Keunikan Bahasa
 
Linguistik umum 1,2
Linguistik umum 1,2Linguistik umum 1,2
Linguistik umum 1,2
 
Fonem dan Grafem.docx
Fonem dan Grafem.docxFonem dan Grafem.docx
Fonem dan Grafem.docx
 
Fonem dan Grafem.pdf
Fonem dan Grafem.pdfFonem dan Grafem.pdf
Fonem dan Grafem.pdf
 
Tugasan individu
Tugasan individuTugasan individu
Tugasan individu
 

Fonologi hamidi

  • 1. PENGAKUAN PELAJAR Saya Che Hamidi Bin Che Hassan no kad pengenalan 690123035491 dengan ini mengakui bahawa hasil karya yang diterbitkan ini adalah hasil daya usaha sendiri dan bukan palagiat daripada mana-mana sumber,kecuali sebagai rujukan untuk penghasilan lebih baik. Pengenalan 1
  • 2. Bahasa Melayu di Malaysia (BM) diakui sebagai bahasa nasional berdasarkan Peraturan 152 Pasal 1. Undang-undang ini baru disahkan pada tahun 1968 M, atau sembilan tahun pasca kemerdekaan negara itu. Meskipun di dalam Undang-undang itu digunakan istilah Bahasa Melayu, BM berulangkali berganti nama resmi. Dari pertama bernama Bahasa Melayu, diganti menjadi Bahasa Malaysia, kemudian berganti lagi menjadi Bahasa Melayu, dan terakhir pada tahun 2007, nama resmi bahasa ini kembali menjadi Bahasa Malaysia. Penggunaan BM di Malaysia tidak begitu disambut secara antusias oleh warga ketika bahasa itu disahkan sebagai bahasa nasional. Justeru bahasa Inggris yang sering digunakan, terutama di kalangan etnis Cina dan India walaupun mereka termasuk warga minoritas. Hal ini membuat pemerintah berusaha menggalakkan penggunaan BM melalui beberapa peraturan, misalnya pada tahun 1961 dikeluarkan Akta Pelajaran dan pada tahun 1963 dikeluarkan Akta Bahasa Kebangsaan. Namun demikian, peraturan- peraturan ini dinilai secara pesimis oleh sebagian kalangan seperti pernyataan seorang Ketua Hakim Negara pada tahun 1979, bahwa BM tidak mungkin digunakan di mahkamah (pengadilan) karena berbagai keterbatasan yang dimiliki BM. Perubahan baru terjadi pada dekade 80-an, yakni ketika BM berhasil menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah, mulai taman kanak-kanak sampai perguruan tinggi. Perubahan ini seiring dengan peran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP – diresmikan pada tahun 1956) yang semakin gencar memasyarakatkan BM. Istilah-istilah teknis yang selama dua dekade sebelumnya sulit ditemukan masuk menerobos bersama- sama dengan gaya bahasa yang estetis, yang banyak digunakan dalam ragam bahasa sastra, Pasca perubahan ini, BM akhirnya berhasil menduduki lima fungsi yang harus dimiliki oleh sebuah bahasa nasional: fungsi sebagai bahasa nasional itu sendiri, sebagai 2
  • 3. bahasa resmi, sebagai bahasa perpaduan atau bahasa antaretnis, sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan terakhir sebagai bahasa pendidikan. BM yang memiliki wilayah sebar tutur di sebuah negara yang luas seperti Malaysia, tentunya, memiliki perbedaan- perbedaan cara tutur. Masing-masing Negeri (daerah) hampir memiliki satu dialek tersendiri, yang berbeda dengan daerah lainnya. Dialek-dialek BM yang masyhur di Malaysia antara lain, dialek Johor di Negeri Johor yang terletak paling selatan, dialek Perak di Perak Darul Ridzuan, dialek Melaka di Negeri Melaka sebelah utara Johor, dialek Kedah yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman, dan terakhir dialek Sarawak yang terletak di Malaysia Timur atau di Pulau Kalimantan yang disebut juga dengan Pulau Borneo. Kata /kapal/ yang terdapat di dalam BM Piawai (standar) dapat dijadikan sebagai contoh yang jelas. Meski tetap direalisasikan menjadi /kapal/ di Johor, Melaka dan Sarawak, di Perak ia malah direalisasikan (baca; diucapkan) menjadi /kapɛ/ dan di Kedah direalisasikan menjadi /kapaj/. Contoh lain yang lebih mencolok perbedaannya adalah kata /pagar/. Di Johor orang menyebutnya /paga/, di Perak orang menyebut /pagɔ/, akan tetapi di Melaka malah disebut /pagaw/, di Kedah disebut /paga?/ (dengan glotal atau hamzah di akhir) dan di Sarawak menjadi /pagaR/. /r/ yang terdapat di akhir kata /pagar/ ternyata direalisasikan dengan cara yang berbeda-beda oleh dialek-dialek ini dan justeru karena perbedaan-perbedaan kecil nan khas inilah mereka menjadi dialek. Pendahuluan 3
  • 4. Di antara tataran kebahasaan yang paling mendasar adalah tataran fonem. Tataran ini berada pada tataran bunyi terkecil dari sebuah bahasa, yang juga memiliki sistemnya sendiri. Di dalam ilmu linguistik, cabang ilmu yang mempelajari sistem fonem dalam sebuah bahasa disebut Fonologi. Fonologi adalah ilmu bunyi, yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi atau alat ucap itu disebut fon (phone). Sementara itu, fonem adalah satuan bunyi terkecil dari sebuah bahasa yang mampu menunjukkan kontras makna. Apabila kontras makna tidak terjadi, maka sebuah bunyi bahasa tidak dapat disebut sebagai sebuah fonem yang berbeda. Kontras makna ini adalah syarat bagi keabsahan sebuah fon atau bunyi bahasa untuk disebut sebagai fonem. Satu unit ujaran yang bermakna (bisa morfem dan bisa pula kata) terdiri dari beberapa satuan bunyi. Misalnya kata pagi. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi atau fonem yaitu /p/, /a/, /g/ dan /i/. Terjadinya sebuah fonem bisa ditunjukkan dengan melakukan perbandingan fitur. Anggapan bahwa bunyi p dan b masing-masing merupakan fonem yang berbeda dapat diterima setelah membandingkan kedua bunyi tersebut pada kata pagi dan bagi. Kata pagi menunjukkan waktu, dan kata bagi menunjukkan kata kerja. Kedua-duanya secara makna berbeda. Dari perbedaan itu disimpulkan bahwa anggapan p dan b berbeda adalah benar. Fonologi BM diterangkan dengan terlebih dahulu membicarakan fonem. Fonem vokal, konsonan, diftong dan beberapa alofon merupakan hal-hal yang dibicarakan. Penjelasan kemudian diakhiri dengan menerangkan pola suku kata di dalam BM. 1.0 DEFINISI FONOLOGI 4
  • 5. Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ). Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan : “ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “ phonology “. Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu. 5
  • 6. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik. 2.0 DEFINISI FONETIK Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri- ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri. Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula 6
  • 7. mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini. Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik. Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi- bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi- bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa. 3.0 DEFINISI BAHASA 7
  • 8. Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu. Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri, tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi. Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup. Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan ilmu kebudayaan peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29). Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa. 3.1 Bunyi Bahasa 8
  • 9. Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang kelar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. 3.2 Alat-alat Pertuturan Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji buyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. 9
  • 10. 1. Bibir atas 11. Tengah lidah 2. Bibir bawah 12. Belakang lidah 3. Gigi atas 13. Akar lidah 4. Gigi bawah 14. Epiglotis 5. Gusi 15. Pita suara 6. Lelangit keras 16. Rongga tekak 7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung 8. Anak tekak 18. Rongga mulut 9. Hujung lidah 19. Rahang 10. Hadapan lidah 20. Tenggorok Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti yang berikut : 3.3 Fungsi Alat Pertuturan • Lidah 10
  • 11. Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. • Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. • Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. • Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. • Lelangit 11
  • 12. Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. • Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. • Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Alat-alat sebutan 12
  • 13. Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut: Bibir Gigi Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Lidah Rongga tekak Rongga mulut Rongga hidung Paru-paru Peti suara dan pita suara Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator. Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras. 13
  • 14. Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong.Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vioakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i] Vokal Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik Contoh perkataan Nota [a] anak, tanah, lada [è] ela, semak, sate [i] iring, kita, seri [] emak, betul X terdapat dihujung perkataan [o] obor, botak, moto [u] ular, sultan, saku Konsonan asli bahasa Melayu 14
  • 15. Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y] Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu.Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Alofon 15
  • 16. Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. Suku Kata Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka.Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata: 1. Kata tunggal satu suku kata Suku kata Contoh KV yu VK am KKVK draf, gred. brek 2. Kata tunggal dua suku kata Suku Kata Contoh V + KV ibu, ela, era V + VK air, aib V + KVK adat, emas VK + KV anda, unta, angsa VK + KVK antah, untuk, ingkar, KV + KVK bukan, dekat 16
  • 17. 3. Kata tunggal tiga suku kata Suku Kata Contoh KV+V+KV biasa, cuaca, suara KV + V +KV kaedah V + KV + V abai, usia KV+KV+VK maruah, peluang KV+KVK+KVK kelompok, kumandang 4. Kata tunggal empat suku kata Suku Kata Contoh KV+KV+KV+KV panorama KV+KV+KV+KVK masyarakakat KVK+KV+V+KV sentiasa 5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah: universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata) Dialek Dialek (dari bahasa Yunani διάλεκτος, dialektos), adalah varian-varian sebuah bahasa yang sama. Varian-varian ini berbeda satu sama lain, tetapi masih banyak menunjukkan kemiripan satu sama lain sehingga belum pantas disebut bahasa-bahasa yang berbeda. Biasanya pemerian dialek adalah berdasarkan geografi, namun bisa berdasarkan faktor lain, misalkan faktor sosial. 17
  • 18. Sebuah dialek dibedakan berdasarkan kosa kata, tata bahasa, dan pengucapan (fonologi, termasuk prosodi). Jika pembedaannya hanya berdasarkan pengucapan, maka istilah yang tepat ialah aksen dan bukan dialek. Variasi Bahasa Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Variasi bahasa Kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek Merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek. Idiolek Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan. Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Dialek kawasan Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang 18
  • 19. Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Dialek sosial Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial. Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut: 19
  • 21. Imbuhan Pengimbuhan yang berlaku kepada kata kerja di dalam dialek Kedah ini meliputi imbuhan meN-, teR- dan beke-. Di antara semua jenis ini, imbuhan meN- lebih merupakan gambaran daripada pengwujudan kata yang disengau dan tidak disengaukan. Alomof me- yang disengaukan biasanya berlaku sebelum kosongan sengau, konsonan sisian {i} dan konsonan fikatifuvular{r}. Awalan meN- Awalan meN- di dalam dialek Kedah seringnya membawa makna kebiasaan atau perbuatan yang dilakukan dalam batas waktu yang agak panjang . Perkataan- perkataan seperti: {memotong} {memukoy}{menanam} {mengaet} {menjait} sudah jelas menunjukkan suatu perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan penduduk penuturnya. Pola meN- 21
  • 22. Pola meN- sebenarnya tidak sahaja menunjukkan kebiasaan tetapi juga boleh mengambarkan ciri-ciri tertentu pada nama yang dirujuk. Misalnya kata {menyombong}dan {memakai}sudah dengan sendirinya mengambarkan sifat yang dimiliki olah seseorang. Kebiasaan seseorang itu pula tidak hanya dikaitkan dengan pelaku kerana kebiasaan juga boleh berlaku dan dibina melalui tradisi masyarakat. Dan perlakuan pada satu-satu ketika sudah menjadi adat dalam kehidupan masyarakat berkenaan. Lihat saja kepada perkataan-perkataan berikut: {menengok} {meminang} {memangge} Ketiga-tiga kata di atas jelas menjadi budaya kata di dalam masyarakat Kedah sebelum kenduri kahwin berlangsung. Imbuhan meN- Di dalam beberapa keadaan lain pula, imbuhan meN- boleh membentuk dua kelainan kata terbitan hasil daripada proses pengimbuhannya. Pola meN- + kata nama boleh menerbitkan "kata kerja" dan sebaliknya pula meN + kata kerja telah menerbitkan "kata nama". Perkara ini dapat dilihat pada contoh di bawah : meN + ekor {mengekoR} - menurut ke mana sahaja . {KN} {KK} meN + potong {memotong } - menoreh getah Awalan teR- 22
  • 23. Awalan teR-, dan beR- pula mempunyai pola masing-masing mengikut rentak penggunanya yang tertentu. Seperti di dalam dialek standard, imbuhan teR- mendukung makna perbuatan yang tidak sengaja berdasarkan kepada penyingkatan dialek yang dituturkan. Dan sesuatu yang barangkali jelas membezakan pola imbuhan ini dengan imbuhan teR-dalam dialek standard ialah pengekalan 'te' sebagai imbuhan tetap kepada teR-. Perhatikan contoh-contoh berikut: Ejaan Standard EjaanDialekKedah {tercabut} {tecabut} {terjengul} {tejengoy} {tergambar} {tegambaR} Imbuhan peR- Keadaan ini juga sama dengan apa yang berlaku di dalam penentuan imbuhan peR- yang lebih banyak meninggalkan fungsinya sebagai pengwujudan nilai sebab musabab kepada penutur dialek ini. Misalnya: {peRangat} {menghangatkan} {pebaik} {memperbaiki} {pependek} {memendekkan} Imbuhan beR- Imbuhan beR- pula meninggalkan fungsi bila ia digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata kerja dan kata nama yang akan melahirkan makna kata yang 23
  • 24. tertentu. Bunyi pengucap pada imbuhan beR- ini kerapkali tidak mengikut susunan bunyi dialek standard yang nyata pegangannya. Dan kebiasaannya yang wujud daripada cantuman imbuhanbeR- ini dapat dilihat pada aturan di bawah: i}beR- + kata kerja perbuatan menyaling beR + {gomoi} {begomoi}-bergaduh seperti bergusti beR + {hempas} {beRempayh}-bertumbuk ii}beR + kata kerja perbuatan tanpa tujuan beR +{kelewa} {bekelewa}-merayau tanpa tujuan beR +{serungas} {beseungayh}-menjadikan tidak kemas iii}beR +kata nama memiliki atau mempunyai beR +{baw} {berbaw}-mempunyai bau Imbuhan beke- Imbuhan beke- pula barangkali merupakan imbuhan yang janggal kepada bahasa standard. Tetapi di dalam dialek Kedah merupakan imbuhan biasa yang kerap pula digunakan. Sebagai contohnya: {beketeia} - menangis bersama-sama {bekemutih} - nampak penuh dengan warna putih {bekeseungayh} - nampak tidak kemas Suprasegmental Bahasa Melayu Fonem suprasegmental yang juga disebut fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpang sesuatu fonem. Maksudnya ciri suprasegmental 24
  • 25. hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpang bunyi segmental. Fonem suprasegmental ini bukannya bunyi segmental atau bunyi penggalan tetapi ciri yang hadir bersama dengan cara menumpang bunyi penggalan.Terdapat empat unsur- unsur dalam suprasegmental iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek Tekanan Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Tekanan juga merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah /’/. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Tekanan dalam perkataan bahasa Melayu lazimnya berlaku pada suku kata yang kedua seperti dalam perkataan /ki’ta/, /ba’pa/, /sa’tu/. Tekanan tidak membezakan makna. contoh ciri suprasegmental bagi tekanan adalah seperti berikut : Contohnya : 1. [am’boi ke’Лaŋ Rasa’] 2. [hai’-hai’ sa’yaŋ] 3. [hai’-hai’ sa’yang, in’tan pa’yung mai mai mai] 4. [sakit kaki? Kenapa’] 5. [a’wat ?] 6. [po’lis] Nada Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4 (tinggi 25
  • 26. sekali). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekan dan turun hingga 1. Berdasarkan rakaman tersebut, contoh ciri suprasegmental bagi nada adalah seperti berikut : Contoh : 1. [ ³ amboi belaha? ² deRayëh ¹ nöh ] 2. [ ³ Sayaŋ ² intan payuŋ ¹ mai mai ] Jeda Jeda juga disebut sebagai persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna. Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya telah speksifikasi rakaman tersebut seperti berikut : Tajuk : TeleMovie slot Akasia “GRO” Masa : Rakaman ditranskripsikan pada minit ke 6.25 saat Dialek : Kedah Bil. Watak : 2 orang Watak : Nabil dan Fikri TeleMovie slot Akasia “GRO” ( AYAT DIALEK KEDAH ) 26
  • 27. Intro Nabil : Hai dalam kuku pun ada kambin? Fikri : Bek.. Nabil :Uit misin basoh. Hai misin basoh. Ish hang ni Fikri : Misin basoh mai kot mana? Nabil : Amboi mai tergedik-gedik, tergedik-gedik pasai pa. Awat? Fikri : Hang tau malam ni aku pangge hang pasai apa? Nabil: Tak tau.. Fikri: Aku nak bagi hang jadi GRO. Nabil: GRO!! hehehe.. sukanya aku GRO. Abis dia orang tu macam mana? Haa kalau nak tau tengok ni "Ushar Lagi". ............................................................................................................................................ .......... Di suatu tempat yang sunyi… Nabil: Amboi. Kenyang rasa. Lega hati.. Arrggghhhhhhh..( bunyi berlahak) Alhamdunillah.. Fikri : Hoi.. Nabil: Oii misin basoh jatoh.. Fikri : Misin basoh jatoh kot mana? Amboi berlahak.. Deras noh... Nabil : Hang. Gelocoh.. Fikri : Gelojoh tang mana? Nabil : Awat lambat sangat? Fikri : Aku pangge hang mai malam ni sebab aku nak bagi hang jadi GRO. Nabil : GRO?Ai.. tak mau jadi GRO.. jadi GRO berdosa.. mak saya marah.. tak mau.. Fikri: Ni..ni.. Dak..dak. Mai sini dulu.. Dengaq aku cakap dulu tak abis lagi.. GRO bukan GRO hak dok nuhnuhnuh.. Bukan.. Nabil : Abis? Fikri : GRO ni singkat daripada Gaya Ragut Orang.. 27
  • 28. Nabil: Ragut orang? Lagi nak mampuih.. Lolaq hang.. Fikri : Hang pukui aku lagi.. Nabil: Tak mau.. Fikri: Hai..Hai sayang.. Intan payung mai mai mai.. amboi panggil intan payung mai.. nih.. Nabil: Awat? Fikri : Kita, hang mau duit dak? Nabil : Hai duit mesti la nak.. Fikri : Nak kan.. cara orang berjalan pun boleh ragut kan, kita naik moto pun orang buleh ragut lani tak pa biar aku jadi mangsa, hang jadi.. Nabil: GRO.. Fikri: Tu.. GRO kot mana? Nabil: GRO tu Gaya Ragut Orang.. hang yang kata tadi.. Fikri: Dak aih. Nabil: Aku tak mau, aku nak ragut jugak mai.. Fikri: Oi belum lagi.. Nabil : Ha cepat-cepat hang jadi cepat.. Fikri: Aku jalan Nabil : Ha aku nak ragut lekas ………………………………………………………………………………………………… Lakonan ragut.. Fikri : Eh aduih, aduih, aduih.. Nabil : Ha nah makan bulu kaki Fikri: Hoi, awat woi.. oii jangan lari.. amboi mai ni Nabil : Awat pulak Fikri : Amboi hang pukui aku sakan noh. Hang tak tau aku sakit kaki ni Nabil : Sakit kaki ? Kenapa? Fikri : Hang tau kaki aku kena pa? 28
  • 29. Nabil : Kena pa? Fikri : Kena sengat ikan pari.. Nabil : Mai tang mana sengat ikan pari plak Fikri : Hak ni bukan duri ikan pari hak ni paku.. Nabil : Paku? Fikri: Allah.. botak!! Oi..oi.. malu kat orang botak.. ui malu-malu.. Nabil : Awat abang buat mcm ni Fikri : Sabaq la.. ………………………………………………………………………………………………… Kedengaran bunyi siren.. Fikri : Hang dengaq dak, dengaq dak? dengaq dak ? Nabil : Dengaq, dengaq? Ambulan.. Fikri: Ui.. bukan ambulan Nabil : Haa? Fikri : Polis! Nabil : Ha polis? Fikri : Polis.... Nabil :Polis.... TeleMovie slot Akasia “GRO” ( SEBUTAN BAKU ) 29
  • 30. Intro Nabil: Hai dalam kuku pun ada kambing? Fikri : Bek.. Nabil :Uit mesin basuh. Hai mesin basuh. Ish kamu ini. Fikri : Mesin basuh datang dari mana? Nabil : Amboi datang tergedik-gedik, tergedik-gedik sebab apa. Kenapa? Fikri : Kamu tahu malam ini saya panggil kamu sebab apa? Nabil: Tidak tahu.. Fikri : Saya hendak kamu jadi GRO. Nabil : GRO!! hehehe.. sukanya saya GRO. Habis mereka yang lain macam mana? Haa kalau hendak tahu, tengok ini "Ushar Lagi". ............................................................................................................................................ Di suatu tempat yang sunyi… Nabil : Amboi. Kenyang rasa. Lega hati.. Arrggghhhhhhh..( bunyi berlahak) Alhamdunillah.. Fikri: Hoi.. Nabil: Oii mesin basuh jatuh.. Fikri: Mesin basuh jatuh dimana? Amboi berlahak.. Kuat bunyinya... Nabil : Kamu.. Gelojoh.. Fikri : Di mana yang gelojoh? Nabil: Kenapa lambat sangat? Fikri : Saya panggil kamu datang malam ini sebab saya hendak bagi kamu jadi GRO. Nabil: GRO? Ai.. tidak mahu jadi GRO.. jadi GRO berdosa.. mak saya marah.. tidak mahu.. Fikri : Ini..ini.. Bukan-bukan. Datang sini dulu.. Dengar saya cakap dulu tidak habis lagi.. GRO bukan GRO yang seperti tuuuuuuuuuhhhhhhh.. Bukan.. Nabil : Habis? Fikri : GRO ini singkat daripada Gaya Ragut Orang.. Nabil : Ragut orang? Lagi hendak mati.. Teruk betul kamu.. 30
  • 31. Fikri : Kamu pukul saya lagi.. Nabil : Tidak mahu.. Fikri : Hai..Hai sayang.. Intan payung datang, datang, datang.. amboi panggil intan payung datang.. ini.. Nabil : Kenapa? Fikri : Kita, Kamu mahu duit kan? Nabil : Hai duit mesti.. Fikri: Mahu kan.. cara orang berjalan pun boleh ragut kan, kita naik motor pun orang boleh ragut sekarang ini tidak apa biar saya jadi mangsa, kamu jadi.. Nabil: GRO.. Fikri: Itu.. GRO? Nabil : GRO itu Gaya Ragut Orang.. kamu yang kata tadi.. Fikri: Bukan.. Nabil : Saya tidak mahu, saya hendak ragut juga sekarang.. Fikri : Oi belum lagi.. Nabil: Ha cepat-cepat kamu jadi cepat.. Fikri: Saya jalan.. Nabil: Ha Saya ragut sekarang ………………………………………………………………………………………………… Lakonan ragut.. Fikri : Eh aduh, aduh, aduh.. Nabil: Ha makan bulu kaki.. Fikri: Hoi, Kenapa? Oii jangan lari.. amboi datang sini Nabil : Kenapa pula? Fikri Amboi dasyat kamu pukul saya. Kamu tahu saya sakit kaki. Nabil : Sakit kaki ? Kenapa? Fikri: Kamu tahu kenapa dengan kaki saya? Nabil : Kena apa? 31
  • 32. Fikri : Kena sengat ikan pari.. Nabil : Datang mana sengat ikan pari? Fikri: Hak ini bukan duri ikan pari hak ini paku.. Nabil : Paku? Fikri : Allah.. botak!! Oi..oi.. malu dengan orang.. Botak.. ui malu-malu.. Nabil : Kenapa abang buat macam ini? Fikri : Sabar.. ………………………………………………………………………………………………… Kedengaran bunyi siren.. Fikri: Kamu dengar tidak? Dengar tidak? Dengar tidak ? Nabil : Dengar, dengar.. Ambulan.. Fikri: Ui.. bukan ambulan Nabil : Haa? Fikri: Polis! Nabil : Ha polis? Fikri: Polis.... Nabil :Polis.... Penutup 32
  • 33. Melalui kerja kursus ini terdapat banyak yang kita dapat pelajari daripada bahasa Melayu itu sendiri dimana terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi yang bermakna yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada 2 iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,sifat bunyi bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik berkaitan kajian tentang fungsi dan struktur bunyi bahasa. Di samping itu saya juga mengkaji bagaimana penghasilan vokal, konsonan dan diftong. Setelah mengkaji,vokal merupakan bunyi bersuara kerana tidak halangan semasa udara keluar dari peparu.Lidah dan bibir memainkan peranan yang amat besar dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan bunyi yang tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung amat penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain itu saya juga membuat kajian tentang diftong. Ia merupakan hasil daripada penggabungan dua vokal. Antaranya ialah [ ai ], [ oi ] dan [ au ]. Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan dearah- daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya. Untuk memahami dengan lebih mendalam,carta vokal,konsonan dan diftong dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini. Refleksi Tugasan 33
  • 34. Setelah berusaha saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkani. Sepanjang masa penghasilan kerja kursus ini banyak yang telah saya pelajari. Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui sepanjang membuat kerja kursus ini seperti berjaga malam, bekerjasama dalam satu kumpulan pengajian dan menaip hampir 10000 patah perkataan. Tambahan lagi saya telah banyak mempelajari tentang bahasa Melayu ini. Saya pada mulanya memikirkan bahasa Melayu ini hanya direka secara tidak sengaja sahaja, tetapi setelah kajian demi kajian dilakukan akhirnya saya menyedari bahawa bahasa Melayu mempunyai cara-cara penghasilannya tersendiri. Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu yang baru bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar, apa yang saya dapat ini terus berada didalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bibliografi Abdullah Hassan (1966), "Pertandingan Tatabahasa antara Dialek Kedah dan Dialek Perak" Kertas Kerja Iimiah Sarjana Muda Sastera, JPM UM. 34
  • 35. Abdullah Hassan. (2005). Fonologi, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Ajid Che Kob. (1985). Dialek Geografi Pasir Mas . Selangor : Penerbitan UKM Ali Mahmood, Mashudi Bahari dan Lokman Abd Wahid. (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu HBML1203. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd. Asmah Hj Omar, (1980), "Persepsi dan Kenyataan seperti yang tergambar di dalam Dialek Kedah" dlm. Dewan Bahasa bil. 12 jld. 24. Asmah Hj Omar, (1986), Bahasa dan Alam pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, DBP. Asmah Hj Omar, Prof., Dr. (1977), Kepelbagaian Fonologi Dialek- dialek Melayu, Kuala Lumpur, DBP. Farid Mohd Onn. (1980)." Perubahan Bahasa dan Kajian Dialek- satu pendekatan tatabahasa Generatif " dlm. Dewan Bahasa bil. 6 jil. 24. Ismail Dahaman et al. (1997). Glosari dialek Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussin. (1973)." Malay Dialect in Malay Penasular " dlm. Nusantara. jil.3{2} J.K. Chambers et al. (1990). Dialektologi . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. James T.Collins. (1983). Dialek Ulu Terengganu . Selangor : Penerbitan UKM James T.Collins. (1986). Antologi Kajian Dialek Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Asas Fonetik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suhendra Yusuf. (1998). Fonetik dan Fonologi . Jakarta : Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama. 35
  • 36. Zaharani Ahmad dan Teoh Boon Seong. (2006). Fonologi Autosegmental : Penerapanya pada Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaharani Ahmad. (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://www.tutor.com.my/stpm/variasi_bahasa.htm http://www.mykedah2.com/10heritage/106_3.html http://www.geocities.com/Athens/Agora/5816/ragambahasa.html http://melayuonline.com/culture/?a=b3Vxei9zVEkvUXZ5bEpwRnNx= 36