SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  11
Télécharger pour lire hors ligne
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
DI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-42
PADA 16 MEI 2013; PUKUL 8.30 MALAM
BERTEMPAT DI STADIUM TERTUTUP NILAI, NEGERI SEMBILAN
TEMA: “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA”
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan,
Menteri Besar Negeri Sembilan;
Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh
Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II
Yang Berhormat Datuk Marry Yap
Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I
Yang Berhormat P. Kamalanathan
Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II
Yang Berbahagia Dato' Dr. Rosli bin Mohamed,
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;
Yang Berbahagia Puan Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia,
Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri,
Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para pendidik
yang saya hormati sekalian.
PENDAHULUAN
1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan berkat izin dan limpah kurnia-
Nya, dapat kita berhimpun pada malam ini untuk sama-sama meraikan para guru dan seluruh
warga Kementerian Pelajaran Malaysia sempena sambutan Hari Guru 2013. Terlebih dahulu, saya
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
atas kesudian menjadi tuan rumah dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan
program sambutan Hari Guru pada tahun ini.
2. Saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan atas kejayaan
memimpin Barisan Nasional memenangi negeri ini dalam pilihanraya umum yang baru lalu. Saya
juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh, Yang Berhormat P
Kamalanathan dan Yang Berhormat Mary Yap atas pelantikan sebagai Menteri II dan Timbalan-
Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Saya berharap agar dengan
pelantikan Yang Berhormat sekalian di Kementerian kita ini akan dapat membantu saya
melaksanakan tugas yang lebih mencabar selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap bidang
pendidikan dari peringkat pra-sekolah hingga ke tahap pengajian tinggi. InsyaAllah dengan
kerjasama yang erat antara anggota pentadbiran yang baru dilantik oleh YAB Perdana Menteri dan
seluruh warga Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi yang digabungkan, kita akan dapat
bersama-sama melaksanakan amanah memacu kecemerlangan pendidikan di negara kita dengan
sebaik mungkin.
3. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
YAB Perdana Menteri yang telah sekali lagi memberikan kepercayaan kepada saya untuk memimpin
Kementerian Pelajaran yang amat penting kepada perpaduan rakyat dan kemajuan negara kita.
Keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian
Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung dengan pelantikan seorang Menteri Kedua adalah satu
keputusan tepat yang melambangkan keprihatihan kepimpinan beliau untuk melihat bidang
pendidikan di negara kita dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan
kepada kemajuan negara. InsyaAllah, dengan penggabungan kedua-dua Kementerian ini kita akan
dapat melaksanakan dasar-dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan di samping
berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk melonjakkan lagi
mutu pendidikan di negara kita. Usaha-usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan
dengan lebih efisyen apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat digembeng
secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
4. Tarikh 16 Mei merupakan hari yang begitu istimewa buat setiap insan bergelar guru. Hari ini
memberi peluang kepada kita semua untuk menyatakan penghargaan dan penghormatan terhadap
jasa bakti guru kita di seluruh negara. Tidak kira samada anda adalah guru yang bertugas di tadika,
di sekolah, di kolej atau di universiti, anda semua adalah insan istimewa yang telah membimbing
anak bangsa sehingga mereka menjadi warganegara yang berjaya. Justeru, sempena tarikh keramat
ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
guru tidak kira walau di mana anda berada di seluruh pelusuk negara.
5. Sebagai Menteri Pelajaran saya menyeru para guru yang dikasihi untuk terus berjihad dan
bertekad bersama-sama kerajaan Barisan Nasional yang telah sekali lagi diberi mandat oleh rakyat
untuk menerajui negara bagi menerus dan mempergiatkan usaha mendidik generasi muda menjadi
insan dan warganegara yang berguna. Kerajaan sentiasa menghargai peranan para guru dalam
membina modal insan, memelihara perpaduan kaum dan berbakti kepada negara.
6. Tidak dapat kita nafikan, kesejahteraan dan kehidupan selesa yang kita nikmati pada hari ini
adalah hasil sumbangan dan berkat kegigihan serta pengorbanan guru dalam bidang pendidikan.
Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan holistik tidak
akan tercapai tanpa peranan besar yang dimainkan oleh para guru. Segala dasar dan pelan
pendidikan yang terbaik tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen dan dedikasi para guru. Segala
cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh generasi masa kini memerlukan bimbingan para guru.
Bahkan, tugas guru pada alaf ini menjadi semakin penting kerana bidang pendidikan merupakan
penentu kejayaan sesebuah negara. Cabaran besar untuk mendidik murid agar menghargai nilai
keinsanan, menghormati perbezaan adat dan budaya serta memperkukuh perpaduan dan jati diri
memerlukan guru yang bukan hanya mahir mengajar tetapi juga bijak membimbing.
7. Lebih-lebih lagi dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, peranan guru membina
sebuah masyarakat yang harmonis dan bersatu padu menjadi semakin mencabar. Walaupun negara
kita telah merdeka lebih 56 tahun dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara bersama
dalam suasana yang aman dan harmoni, tugas untuk memelihara perpaduan kaum adalah satu
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak boleh lalai dan leka kerana
kecenderungan ke arah polarisasi kaum sentiasa wujud dan jika tidak dibendung ia akan
memberikan kesan yang amat buruk terhadap keharmonian masyarakat dan kestabilan negara.
8. Oleh sebab itu, antara peranan utama pendidikan sepertimana yang termaktub dalam Dasar
Pendidikan di negara kita ialah untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu menerusi
satu sistem pendidikan kebangsaan. Kewujudan sekolah-sekolah kebangsaan yang menggunakan
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah wahana penting untuk membolehkan
murid pelbagai kaum mengikuti pendidikan menggunakan kurikulum yang sama, bertutur dalam
bahasa yang sama dan bergaul sesama mereka dalam suasana yang penuh mesra dan akrab.
9. Dalam konteks ini, pendidikan merupakan wahana penting pembinaan sebuah negara
bangsa yang bersatu padu. Sekolah-sekolah kebangsaan merupakan wahana pemersatu yang
mempunyai peranan penting untuk menyatukan semua kaum di negara kita. Kita perlu sentiasa
memikirkan bagaimana institusi pendidikan di peringkat sekolah dan universiti dapat membina
perpaduan yang lebih jitu dalam kalangan rakyat. Setiap institusi pendidikan di negara kita perlu
mewujudkan suasana yang kondusif untuk membolehkan murid daripada pelbagai latar kaum dan
agama bergaul sesama mereka dengan lebih mesra dan akrab. Kita perlu runtuhkan tembok
prejudis yang tebal dengan menggalakkan interaksi yang harmonis antara murid pelbagai kaum.
Pada masa yang sama, kita mesti meneruskan usaha memperkasa sekolah kebangsaan sebagai
sekolah perpaduan dan memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa
perpaduan rakyat.
10. Menerusi sistem pendidikan kebangsaan, kita mesti lahirkan warga negara yang patriotik
dan berakhlak mulia, yang memahami sejarah asal usul negara bangsa, yang mengormati
perlembagaan dan undang-undang negara, yang menjunjung sistem demokrasi berperlembagaan,
dan menghayati semangat serta prinsip rukunegara. Pendidikan di negara kita bukanlah semata-
mata alat untuk melahirkan modal insan yang berjaya memacu kemajuan negara, tetapi juga
melahirkan insan mulia dalam sebuah masyarakat majmuk yang menghayati sejarah, menghormati
perbezaan agama, adat dan budaya serta menghargai nilai-nilai kemanusiaan sejagat.
11. Tugas penting ini tergalas di bahu para guru. Mudah-mudahan jasa dan bakti guru yang
dicurahkan pada hari ini akan menentukan rupa wajah masa depan negara kita yang lebih bersatu-
padu.
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
12. Pada tahun ini, kita memilih “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA” sebagai tema Hari
Guru. Pada hemat saya, tema ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian untuk
mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 yang telah kita lancarkan. Tema ini merupakan cerminan harapan rakyat dalam
melahirkan generasi masa hadapan yang lebih cemerlang di negara kita. Seluruh warga pendidik
wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM dengan berusaha memberikan pendidikan
berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan kanak-kanak sesuai dengan prinsip pendidikan untuk
semua tanpa membezakan kaum, status sosial, taraf ekonomi, dan agama.
13. Kementerian Pelajaran telah merangka pelan pembangunan yang komprehensif untuk
mencapai matlamat PPPM. 100 inisiatif utama telah dibentuk bagi pelaksanaan PPPM 2013-2025
yang merangkumkan dasar-dasar utama kerajaan termasuk Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan
Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10. Saya juga amat bersyukur kerana sasaran
enam inisiatif untuk 100 hari gelombang pertama PPPM telah pun berjaya dicapai.
KEJAYAAN 100 HARI PERTAMA PPPM
14. Antaranya, 61,000 orang guru Bahasa Inggeris telah diuji melalui Cambridge Placement Test
(CPT) bagi mengenal pasti tahap profisiensi guru dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan analisis
keputusan CPT yang telah dilaksanakan, kohort pertama yang terdiri daripada 5,000 guru telah
memulakan latihan bagi meningkatkan lagi tahap profisiensi mereka. Seterusnya, program latihan
Professional English Language Teaching (Pro-ELT) dilaksanakan secara berfasa melibatkan guru-guru
Bahasa Inggeris yang berkenaan.
15. Kementerian berharap agar guru yang mengikuti program latihan secara tersusun dan
sistematik akan dapat melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris di
sekolah dengan lebih berkesan. Seterusnya, sudah pasti murid akan beroleh manfaat dan mampu
bersaing di persada antarabangsa apabila mereka lebih fasih serta yakin untuk berbahasa Inggeris.
16. Peningkatan kualiti guru juga dilaksanakan dengan mewujudkan 339 Rakan Peningkatan
Sekolah (SiPartners+) dan 1,278 Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) yang
ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara menjelang 2014. SiPartners+ dan SISC+
diwujudkan untuk mengiktiraf kepakaran guru melalui Program Transformasi Pejabat Pelajaran
Daerah. Pembimbing guru dan kepimpinan sekolah yang dirintis di Kedah dan Sabah telah berjaya
membantu meningkatkan kesedaran guru kepada amalan pengajaran yang lebih efisyen di samping
pengurusan sekolah yang lebih cekap. Melalui transformasi PPD, saya yakin guru mendapat
sokongan yang terbaik sehingga dapat meningkatkan kualiti sekolah dengan pengurangan sebanyak
50 peratus sekolah dalam band 6 dan 7 di negeri Sabah dan Kedah. InsyaAllah, menjelang tahun
2015 kita akan berjaya mencapai sasaran sifar bagi kedua-dua band tersebut.
17. Dengan kejayaan mencapai matlamat inisiatif 100 hari pelaksanaan PPPM, saya suka
mengingatkan agar kita semua janganlah lalai dan leka. Usaha yang berterusan perlu digiatkan bagi
memastikan anak didik kita menguasai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pembelajaran
yang berkualiti. Justeru, usaha bagi merealisasikan kesemua 19 inisiatif PPPM perlu kita laksanakan
sedaya upaya dengan penuh komitmen agar menjelang 2015 segala perancangan strategik berjaya
dilaksanakan sepenuhnya. Saya amat mengharapkan jasa baik dan bantuan guru-guru untuk
berganding bahu bersama-sama saya menjayakan inisiatif PPPM yang telah kita usahakan.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
PERANAN GURU DALAM PPPM
18. Dalam melaksanakan hasrat PPPM, para guru berperanan untuk melonjakkan kualiti
pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Untuk itu, para guru perlu memiliki satu wawasan
unggul untuk mentransformasi pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu
berinovasi. Bagi menyahut hasrat ini, para guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan
keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid. Saya akur, guru selama ini memang telah
berakauntabiliti dalam meningkatkan pencapaian murid dan kejayaan sekolah. Namun, akauntabiliti
terhadap keberhasilan operasi sekolah masing-masing perlu terus dipertingkatkan kerana dalam
dunia yang kompetitif hari ini persaingan menjadi semakin sengit. Kebolehan kita untuk berjaya
bergantung pada kelebihan daya saing kita yang ditentukan oleh kemampuan minda dan
keupayaan berfikir pada aras tinggi. Oleh itu, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) meliputi
pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi, kemampuan penerokaan persekitaran serta
keyakinan kendiri perlu sentiasa dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
holistik.
19. Bagi menilai keberkesanan KBAT, sebanyak 30 peratus soalan dalam peperiksaan pusat
seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM/STAM menjurus kepada elemen KBAT. Dalam kalangan murid
juga, KBAT dinilai melalui peperiksaan antarabangsa seperti TIMSS dan PISA sesuai dengan hasrat
Kementerian untuk melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini diharap dapat
mengesan kelebihan atau kegagalan penguasaan murid dari peringkat awal. Melalui PBS, saya yakin
guru dapat mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi murid dan menggalakkan perekaciptaan
dalam kalangan mereka.
20. Pendeta Za’aba pernah menegaskan bahawa ilmu pengetahuan adalah asas terpenting yang
menyelamatkan manusia daripada belenggu kemunduran. Justeru, pendidikan dan penghayatan
ilmu perlu sentiasa dimantapkan agar kita kekal relevan dalam persaingan menuju negara maju.
Oleh sebab itu, guru-guru juga harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan. Warga guru wajar mencontohi Cikgu Zainuddin
Zakaria dari SMK Taman Bukit Maluri Kepong yang telah memenangi tempat pertama dalam
kategori “Educator’s Choice” semasa persidangan ‘Microsoft 8th Partners in Learning Asia and
Pacific Forum’ di New Zealand menerusi hasil penciptaan beliau yang menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
LATIHAN DAN LALUAN KERJAYA GURU
21. Pemerkasaan guru melalui latihan yang berterusan amat penting bagi menghasilkan tenaga
kerja mahir. Modal insan minda kelas pertama dipertaruhkan untuk memacu pembangunan negara
dalam merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, amatlah wajar aspek pendidikan guru menjadi
agenda utama kementerian. Pelan induk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) baharu
dan pangkalan data pengesanan CPD bagi memantap dan mengukuhkan ilmu pengetahuan akan
dilaksanakan. CPD dapat membangunkan kapasiti dan mengukuhkan nilai profesional untuk
meningkatkan kualiti diri dan kompetensi dalam profesion seiring dengan aspirasi negara.
Peningkatan keupayaan dan kompetensi guru termasuk pemimpin sekolah diberi keutamaan bagi
menjamin keberhasilan pencapaian murid. Dalam usaha memastikan guru berpeluang untuk
mendapatkan latihan yang cukup, Latihan Berasaskan Sekolah perlu dirancang dan dilaksanakan di
setiap sekolah.
22. Kerajaan amat berterima kasih atas usaha dan ketekunan guru meningkatkan kualiti
pendidikan. Demi memartabatkan profesion keguruan, kerajaan telah menggariskan beberapa
inisiatif untuk meningkatkan taraf para guru. Melalui PPPM 2013-2025, pelan untuk menaik taraf
profesion keguruan akan dirangka supaya 420,000 guru berpeluang dinaikkan pangkat berdasarkan
prestasi. Laluan kerjaya yang terbaik akan disediakan untuk guru. Namun guru-guru hendaklah
berada di tahap prestasi cemerlang dalam Penilaian Instrumen Bersepadu dan melengkapkan diri
melalui CPD yang bersesuaian sebelum dipertimbang dan diperakukan untuk kenaikan pangkat.
Walau bagaimanapun, untuk memastikan pendidikan negara terus berkualiti, guru berprestasi
rendah akan melalui CPD yang sistematik dan berstruktur atau sesi kaunseling mengikut keperluan.
Bagi guru-guru yang masih lagi tidak menunjukkan sebarang peningkatan atau perubahan walaupun
telah melalui CPD berkenaan akan melalui proses penempatan semula mengikut kesesuaian.
23. Guru-guru yang baru dilantik atau novis juga perlu bersedia dengan pengetahuan dan
kemahiran supaya dapat mengharungi perubahan persekitaran yang dinamik. Guru perlu mengajar
murid untuk mempraktikkan ilmu dan mengaplikasikan serta mencetuskan idea baharu. Bagi
menghasilkan modal insan yang setanding dengan aras antarabangsa sekurang-kurangnya pada
tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia, maka profesion keguruan perlu
ditransformasikan. Selaras dengan PPPM 2013-2025, Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu
membawa perubahan melalui penggunaan prinsip Strategi Lautan Biru dengan mencipta pasaran
atau produk yang belum ada saingan, menjadikan saingan tidak relevan, fokus kepada bukan
pelanggan sedia ada dan mencipta serta meneroka permintaan baharu. Dengan perkataan lain, IPG
perlu mengorak langkah memperluaskan pasaran latihan perguruan ke luar negara dan secara tidak
langsung melebarkan kebolehpasaran graduan IPG sendiri. Sudah sampai masanya IPG
menghasilkan kurikulum pendidikan guru bertaraf antarabangsa supaya latihan perguruan dapat
diperluaskan dengan menawarkan latihan perguruan kepada negara dunia ketiga.
24. Sesungguhnya guru juga akan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai bagi
memastikan kualiti kerja meningkat. Sesungguhnya guru juga akan menikmati persekitaran kerja
yang lebih sesuai bagi memastikan kualiti kerja meningkat. Melalui PPPM 2013-2025, guru akan
didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan profesional. Mereka perlu saling
bekerjasama dalam menangani isu dan berkongsi amalan terbaik. Dengan itu, guru akan
mempunyai keluwesan pedagogi yang lebih besar di dalam bilik darjah bagi meningkatkan
keberkesanan pembelajaran murid. Untuk memastikan guru lebih fokus terhadap pengajaran dan
pembelajaran dan murid mendapat faedah semaksimum mungkin, maka kita sedang menjalankan
kajian rintis di Melaka bagi menempatkan pembantu tadbir N17 di sekolah bagi menguruskan tugas
perkeranian guru data, perpustakaan dan media. Guru data dan guru media akan melepaskan
tugas berkenaan secara beransur-ansur untuk memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran
secara sepenuh masa. Dapatan awal kajian rintis menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Sekiranya kajian rintis ini berjaya, maka insyaAllah kita akan memperluaskan khidmat sokongan
pembantu tadbir N17 ini ke semua sekolah secara berperingkat-peringkat. Kita yakin, masa
mengajar guru yang berkualiti adalah sangat berharga dalam meningkatkan kualiti pendidikan
secara keseluruhannya.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
TRANSFORMASI KURIKULUM
25. Kita sedar bahawa penghayatan nilai-nilai rohani adalah satu tonggak utama dalam
pendidikan. Sementara kita ghairah mengejar kemajuan duniawi, pembentukan insan yang beriman
dan bersahsiah mulia jangan kita abaikan. Saya amat bersyukur dalam PPPM 2013-2025, aspek
kerohanian juga ditekankan bagi menjana modal insan berakhlak mulia. Pembentukan murid
dengan nilai-nilai murni berasaskan ajaran agama amat penting bagi memastikan negara
memperoleh generasi pemimpin masa hadapan yang telus, bertanggungjawab dan berintegriti.
Justeru, Transformasi Kurikulum Pendidikan Islam digubal dengan mewujudkan Kurikulum Dini dan
Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan yang akan dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat bermula dengan Tingkatan Enam Dini pada tahun 2014 dan Tingkatan 1 pada tahun 2015.
Pendaftaran Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat sebagai Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan jelas membuktikan bahawa KPM komited untuk mengangkat martabat pendidikan Islam di
negara ini. Di samping itu, KPM turut mengambil perhatian terhadap penerapan nilai-nilai murni
menerusi pelaksanaan kurikulum Pendidikan Moral.
26. Selain itu, kemahiran vokasional dan perekaciptaan dalam kalangan murid diperluaskan
dalam Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional. Pelan tansformasi ini telah dilancarkan
merangkumi lima strategi utama, lima inisiatif serta sebelas tindakan bagi meningkatkan nilai
pasaran kerja murid dan melonjakkan kualiti pendidikan vokasional setaraf dengan negara maju.
Sesungguhnya, transformasi vokasional telah menunjukkan kejayaan apabila KPM menerima
permohonan memberangsangkan dengan 110,000 pemohon untuk mengikuti kursus di Kolej
Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Buat masa ini kita dapat menampung 23,000 orang
pelajar bagi program aliran vokasional, kemahiran dan teknikal. Usaha sedang dibuat untuk
menyediakan lebih banyak tempat bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam aliran ini.
27. Bagi meningkatkan kualiti pendidikan vokasional, jalinan kerjasama dengan Institut Latihan
Kemahiran Awam dan Swasta telah dilaksanakan. Jalinan kerjasama ini memantapkan lagi proses
pembelajaran dan latihan pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar. Penglibatan dalam
perkongsian ini akan membolehkan KPM memperoleh teknologi serta kepakaran, selain mengelak
berlakunya masalah ketidaksepadanan antara latihan kemahiran yang disediakan dan bidang
pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak industri.
KEJAYAAN GURU DARI ASPEK LATIHAN DALAM BIDANG SUKAN
28. Pada hari ini, kita dapat membuktikan landasan yang dibina oleh KPM dari peringkat akar
umbi telah menghasilkan atlet murid yang cemerlang dan berpotensi tinggi bukan sahaja di
peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa. Banyak kejayaan yang telah diraih oleh
atlet kita di temasya sukan di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, di Kejohanan Balapan dan
Padang MSSM 2012, sebanyak 10 rekod baru dicipta. Begitu juga dalam Kejohanan Renang MSSM
2013, sebanyak 12 rekod baru dicipta. Perenang muda seperti Welson Sim dari Sekolah Sukan Bukit
Jalil dan Yap Siew Hui dari SMK Khatolik Petaling Jaya bakal mewakili negara pada masa terdekat. Ini
jelas menunjukkan peningkatan prestasi atlet kita bermula di peringkat kebangsaan. Di persada
antarabangsa pula, atlet murid kita juga telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam
Kejohanan ASEAN Schools Games 2012. Saya begitu bangga kerana Malaysia menjadi johan dalam
sukan balapan dan padang.
29. Atlet kita juga cemerlang dalam kejohanan badminton Sekolah-Sekolah Asia apabila pasukan
negara muncul sebagai juara di rantau Asia. Di kejohanan bolasepak Sekolah-Sekolah Asia Bawah 15
Tahun, kontinjen negara telah diumumkan sebagai naib johan. Di samping itu, terdapat juga atlet
murid dari Sekolah Sukan Bukit Jalil mewakili remaja negara dalam sukan skuasy seperti Ng Eain
Yow yang telah menjuarai kejohanan Skuasy Remaja Terbuka British. Begitu juga dengan atlet
murid sukan renang dan menembak yang telah menyinar dalam Australian Youth Olympic Festival
dengan meraih pingat emas. Atlet murid perempuan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil kita pula
cemerlang dalam kejohanan bola jaring ‘Tri-Nations’ di Hong Kong dengan menjuarai kejohanan
tersebut. Atlet murid ini bakal mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. KPM sentiasa
menghargai jasa guru dalam mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri serta negara dengan
usaha gigih dan mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan selama ini.
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,
30. Seperti yang saya sebutkan di awal ucapan, kelestarian, kemajuan dan kemakmuran negara
juga terletak pada keupayaan guru untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum yang
berkekalan. Bagi meningkatkan lagi penghayatan murid pelbagai kaum terhadap nilai patriotisme,
guru perlu melaksanakan pelbagai program yang menjurus ke arah penghayatan prinsip-prinsip
Rukun Negara. Usaha memperkenalkan dan mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan
murid merupakan satu langkah yang baik untuk mewujudkan integrasi nasional di semua jenis
sekolah. Di samping itu, sukalah saya mengingatkan guru-guru agar menjadi suri teladan dan
contoh yang baik kepada murid dalam usaha menghayati nilai-nilai murni serta nilai patriotisme itu
sendiri. Dalam konteks ini, guru juga harus sentiasa menyuntik rasa bersyukur dan berterima kasih
dalam sanubari murid atas kemakmuran dan kestabilan negara yang sedang kita nikmati hingga ke
hari ini.
31. Saya juga berasa teruja untuk mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan keberanian
guru-guru kita di Lahad Datu. Saya ucapkan terima kasih terutama kepada Cikgu Saabi binti Hasin
dari SK Lok Buani Lahad datu yang menjadikan rumahnya sebagai sekolah sementara untuk anak-
anak murid belajar dan membiayai pula perbelanjaan makan minum mereka. Selain itu, saya juga
mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Catherine Gonolon dari SK Fajar Harapan Lahad Datu yang
sanggup berada di kawasan pertempuran dan mengajar murid-murid dari sekolah yang berlainan.
Inilah antara contoh guru yang kita sanjung tinggi. Saya berharap tiada lagi guru yang mengeluarkan
kenyataan berunsur provokasi yang boleh menjatuhkan maruah dan kredibiliti guru yang
sememangnya disanjung tinggi oleh masyarakat kerana sanggup berbakti tanpa mengira suasana,
masa dan tempat. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada guru-guru yang sanggup berkorban
dalam apa jua keadaan demi mendidik anak bangsa.
32. Setimpal dengan jasa dan pengorbanan guru yang tidak terhingga, kerajaan menyediakan
Anugerah Tokoh Guru pada setiap tahun bertujuan untuk mengenang jasa dan bakti guru yang
telah bersara, namun tetapi masih aktif berbakti kepada negara. Pada tahun ini, kita
memperkenalkan Anugerah Ikon Guru bagi mengiktiraf jasa guru yang masih berkhidmat dan telah
mengharumkan nama Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tahniah dan syabas
saya ucapkan kepada semua bakal para penerima anugerah.
33. Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih cikgu. Marilah kita
bersama-sama menjayakan transformasi pendidikan bagi memenuhi hasrat dan aspirasi negara kita
untuk menjadi sebuah negara maju. Seiring dengan tema Hari Guru tahun ini iaitu “1 Agenda, 1
Aspirasi”, saya mengajak warga guru sekalian untuk bekerja bersama-sama saya bagi memastikan
pendidikan di negara kita menjadi antara yang terunggul dan terbaik di dunia. Kepada Allah kita
berserah dan kepadaNya jua kita memohon pertolongan.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran
Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 tahun 2013.
Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Contenu connexe

Tendances

Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruAzmi Bokhari
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruputeracho
 
Teka silang kata bm
Teka silang kata bmTeka silang kata bm
Teka silang kata bmWhyin Chong
 
Kertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasaKertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasarozitaawang1
 
Kertas kerja taklimat ibu bapa murid tahun 1
Kertas kerja taklimat ibu bapa murid tahun 1Kertas kerja taklimat ibu bapa murid tahun 1
Kertas kerja taklimat ibu bapa murid tahun 1Raja Farisa
 
Lagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriLagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriAina Amirah
 
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019Cikgu R-Lan
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanTeks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanSuryadi Lagga
 
Perancangan aktiviti panitia RBT
Perancangan aktiviti panitia  RBTPerancangan aktiviti panitia  RBT
Perancangan aktiviti panitia RBTchooeinsan
 
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdfPELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdfkhusairi1
 
Lirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilangLirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilangwas_4411
 
Contoh dokumentasi
Contoh dokumentasiContoh dokumentasi
Contoh dokumentasiSuhaila Omar
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxnsmm
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Nurulhuda Sharif
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 

Tendances (20)

Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
 
SPPB.pptx
SPPB.pptxSPPB.pptx
SPPB.pptx
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Teka silang kata bm
Teka silang kata bmTeka silang kata bm
Teka silang kata bm
 
Kertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasaKertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasa
 
Kertas kerja taklimat ibu bapa murid tahun 1
Kertas kerja taklimat ibu bapa murid tahun 1Kertas kerja taklimat ibu bapa murid tahun 1
Kertas kerja taklimat ibu bapa murid tahun 1
 
Lagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriLagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteri
 
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
Anggaran perbelanjaan panitia bahasa melayu 2019
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanTeks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
 
Perancangan aktiviti panitia RBT
Perancangan aktiviti panitia  RBTPerancangan aktiviti panitia  RBT
Perancangan aktiviti panitia RBT
 
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdfPELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
PELAKSANAAN PSIKOMETRIK PPsi SEKOLAH RENDAH.pdf
 
Lirik lagu patriotik
Lirik lagu patriotikLirik lagu patriotik
Lirik lagu patriotik
 
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docxFORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
FORMAT MINIT MESYUARAT TS25.docx
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Lirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilangLirik lagu jalur gemilang
Lirik lagu jalur gemilang
 
Contoh dokumentasi
Contoh dokumentasiContoh dokumentasi
Contoh dokumentasi
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 

Similaire à Teks ucapan hari guru 2013

TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Mohamad Aminuddin
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmnurainyasin87
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmnurainyasin87
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAChon Seong Hoo
 
Profesion keguruan-dalam-pembinaan-negara-bangsa
Profesion keguruan-dalam-pembinaan-negara-bangsaProfesion keguruan-dalam-pembinaan-negara-bangsa
Profesion keguruan-dalam-pembinaan-negara-bangsanurainijais
 
Pidato mendikbud hardiknas 2019
Pidato mendikbud hardiknas 2019Pidato mendikbud hardiknas 2019
Pidato mendikbud hardiknas 2019gajahduduk12
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negaraMat mohd
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMChon Seong Hoo
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015Khoiri Nurrahmani
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluanmgbkulim
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAChon Seong Hoo
 
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranNor Asiah Shariff
 

Similaire à Teks ucapan hari guru 2013 (20)

TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppmTeks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
Teks perutusan hari guru tahun 2016 kppm
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2016 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
Profesion keguruan-dalam-pembinaan-negara-bangsa
Profesion keguruan-dalam-pembinaan-negara-bangsaProfesion keguruan-dalam-pembinaan-negara-bangsa
Profesion keguruan-dalam-pembinaan-negara-bangsa
 
Sambutan mendikbud-hardiknas-2018
Sambutan mendikbud-hardiknas-2018Sambutan mendikbud-hardiknas-2018
Sambutan mendikbud-hardiknas-2018
 
Teks ucapan menteri
Teks ucapan menteriTeks ucapan menteri
Teks ucapan menteri
 
Pidato mendikbud hardiknas 2019
Pidato mendikbud hardiknas 2019Pidato mendikbud hardiknas 2019
Pidato mendikbud hardiknas 2019
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
Sp kbsm sej
Sp kbsm sejSp kbsm sej
Sp kbsm sej
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
Sambutan mendikbud untuk hardiknas 2015
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluan
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
Teks perutusan kppm_hari_guru_2017
 
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaranTeks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
Teks ucapan penuh timbalan perdana menteri yang juga menteri pelajaran
 

Plus de Chon Seong Hoo

INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUINSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUChon Seong Hoo
 
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)Chon Seong Hoo
 
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHManual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHChon Seong Hoo
 
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHMANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHChon Seong Hoo
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumChon Seong Hoo
 
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)Chon Seong Hoo
 
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...Chon Seong Hoo
 
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...Chon Seong Hoo
 
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHPELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHChon Seong Hoo
 
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...Chon Seong Hoo
 
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...Chon Seong Hoo
 
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Chon Seong Hoo
 
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020Chon Seong Hoo
 
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020Chon Seong Hoo
 
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Chon Seong Hoo
 
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Chon Seong Hoo
 
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBDChon Seong Hoo
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Chon Seong Hoo
 
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Chon Seong Hoo
 
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)Chon Seong Hoo
 

Plus de Chon Seong Hoo (20)

INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUINSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
 
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
 
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHManual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
 
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHMANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
 
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
 
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
 
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
 
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHPELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
 
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
 
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
 
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
 
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
 
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
 
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
 
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
 
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
 
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
 
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
 

Teks ucapan hari guru 2013

  • 1. TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA DI MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU KALI KE-42 PADA 16 MEI 2013; PUKUL 8.30 MALAM BERTEMPAT DI STADIUM TERTUTUP NILAI, NEGERI SEMBILAN TEMA: “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA” Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan; Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II Yang Berhormat Datuk Marry Yap Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I Yang Berhormat P. Kamalanathan Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II Yang Berbahagia Dato' Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;
  • 2. Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Yang Berbahagia Puan Hajah Kalsom binti Khalid, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri, Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Dif-dif Jemputan, Tuan-tuan, Puan-puan dan para pendidik yang saya hormati sekalian. PENDAHULUAN 1. Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan berkat izin dan limpah kurnia- Nya, dapat kita berhimpun pada malam ini untuk sama-sama meraikan para guru dan seluruh warga Kementerian Pelajaran Malaysia sempena sambutan Hari Guru 2013. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus atas kesudian menjadi tuan rumah dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program sambutan Hari Guru pada tahun ini. 2. Saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan atas kejayaan memimpin Barisan Nasional memenangi negeri ini dalam pilihanraya umum yang baru lalu. Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Idris Jusoh, Yang Berhormat P Kamalanathan dan Yang Berhormat Mary Yap atas pelantikan sebagai Menteri II dan Timbalan- Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi. Saya berharap agar dengan pelantikan Yang Berhormat sekalian di Kementerian kita ini akan dapat membantu saya melaksanakan tugas yang lebih mencabar selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap bidang pendidikan dari peringkat pra-sekolah hingga ke tahap pengajian tinggi. InsyaAllah dengan kerjasama yang erat antara anggota pentadbiran yang baru dilantik oleh YAB Perdana Menteri dan seluruh warga Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi yang digabungkan, kita akan dapat
  • 3. bersama-sama melaksanakan amanah memacu kecemerlangan pendidikan di negara kita dengan sebaik mungkin. 3. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang telah sekali lagi memberikan kepercayaan kepada saya untuk memimpin Kementerian Pelajaran yang amat penting kepada perpaduan rakyat dan kemajuan negara kita. Keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu bumbung dengan pelantikan seorang Menteri Kedua adalah satu keputusan tepat yang melambangkan keprihatihan kepimpinan beliau untuk melihat bidang pendidikan di negara kita dapat diurus dengan lebih cekap dan menyumbang secara lebih berkesan kepada kemajuan negara. InsyaAllah, dengan penggabungan kedua-dua Kementerian ini kita akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan di samping berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan di negara kita. Usaha-usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat digembeng secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 4. Tarikh 16 Mei merupakan hari yang begitu istimewa buat setiap insan bergelar guru. Hari ini memberi peluang kepada kita semua untuk menyatakan penghargaan dan penghormatan terhadap jasa bakti guru kita di seluruh negara. Tidak kira samada anda adalah guru yang bertugas di tadika, di sekolah, di kolej atau di universiti, anda semua adalah insan istimewa yang telah membimbing anak bangsa sehingga mereka menjadi warganegara yang berjaya. Justeru, sempena tarikh keramat ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru tidak kira walau di mana anda berada di seluruh pelusuk negara. 5. Sebagai Menteri Pelajaran saya menyeru para guru yang dikasihi untuk terus berjihad dan bertekad bersama-sama kerajaan Barisan Nasional yang telah sekali lagi diberi mandat oleh rakyat untuk menerajui negara bagi menerus dan mempergiatkan usaha mendidik generasi muda menjadi insan dan warganegara yang berguna. Kerajaan sentiasa menghargai peranan para guru dalam membina modal insan, memelihara perpaduan kaum dan berbakti kepada negara. 6. Tidak dapat kita nafikan, kesejahteraan dan kehidupan selesa yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil sumbangan dan berkat kegigihan serta pengorbanan guru dalam bidang pendidikan. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dan holistik tidak akan tercapai tanpa peranan besar yang dimainkan oleh para guru. Segala dasar dan pelan pendidikan yang terbaik tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen dan dedikasi para guru. Segala cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh generasi masa kini memerlukan bimbingan para guru.
  • 4. Bahkan, tugas guru pada alaf ini menjadi semakin penting kerana bidang pendidikan merupakan penentu kejayaan sesebuah negara. Cabaran besar untuk mendidik murid agar menghargai nilai keinsanan, menghormati perbezaan adat dan budaya serta memperkukuh perpaduan dan jati diri memerlukan guru yang bukan hanya mahir mengajar tetapi juga bijak membimbing. 7. Lebih-lebih lagi dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, peranan guru membina sebuah masyarakat yang harmonis dan bersatu padu menjadi semakin mencabar. Walaupun negara kita telah merdeka lebih 56 tahun dan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara bersama dalam suasana yang aman dan harmoni, tugas untuk memelihara perpaduan kaum adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kita tidak boleh lalai dan leka kerana kecenderungan ke arah polarisasi kaum sentiasa wujud dan jika tidak dibendung ia akan memberikan kesan yang amat buruk terhadap keharmonian masyarakat dan kestabilan negara. 8. Oleh sebab itu, antara peranan utama pendidikan sepertimana yang termaktub dalam Dasar Pendidikan di negara kita ialah untuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu menerusi satu sistem pendidikan kebangsaan. Kewujudan sekolah-sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama adalah wahana penting untuk membolehkan murid pelbagai kaum mengikuti pendidikan menggunakan kurikulum yang sama, bertutur dalam bahasa yang sama dan bergaul sesama mereka dalam suasana yang penuh mesra dan akrab. 9. Dalam konteks ini, pendidikan merupakan wahana penting pembinaan sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Sekolah-sekolah kebangsaan merupakan wahana pemersatu yang mempunyai peranan penting untuk menyatukan semua kaum di negara kita. Kita perlu sentiasa memikirkan bagaimana institusi pendidikan di peringkat sekolah dan universiti dapat membina perpaduan yang lebih jitu dalam kalangan rakyat. Setiap institusi pendidikan di negara kita perlu mewujudkan suasana yang kondusif untuk membolehkan murid daripada pelbagai latar kaum dan agama bergaul sesama mereka dengan lebih mesra dan akrab. Kita perlu runtuhkan tembok prejudis yang tebal dengan menggalakkan interaksi yang harmonis antara murid pelbagai kaum. Pada masa yang sama, kita mesti meneruskan usaha memperkasa sekolah kebangsaan sebagai sekolah perpaduan dan memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan rakyat. 10. Menerusi sistem pendidikan kebangsaan, kita mesti lahirkan warga negara yang patriotik dan berakhlak mulia, yang memahami sejarah asal usul negara bangsa, yang mengormati perlembagaan dan undang-undang negara, yang menjunjung sistem demokrasi berperlembagaan, dan menghayati semangat serta prinsip rukunegara. Pendidikan di negara kita bukanlah semata- mata alat untuk melahirkan modal insan yang berjaya memacu kemajuan negara, tetapi juga
  • 5. melahirkan insan mulia dalam sebuah masyarakat majmuk yang menghayati sejarah, menghormati perbezaan agama, adat dan budaya serta menghargai nilai-nilai kemanusiaan sejagat. 11. Tugas penting ini tergalas di bahu para guru. Mudah-mudahan jasa dan bakti guru yang dicurahkan pada hari ini akan menentukan rupa wajah masa depan negara kita yang lebih bersatu- padu. GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 12. Pada tahun ini, kita memilih “GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA” sebagai tema Hari Guru. Pada hemat saya, tema ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian untuk mentransformasi sistem pendidikan negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah kita lancarkan. Tema ini merupakan cerminan harapan rakyat dalam melahirkan generasi masa hadapan yang lebih cemerlang di negara kita. Seluruh warga pendidik wajar memahami hasrat dan kehendak dalam PPPM dengan berusaha memberikan pendidikan berkualiti menjangkau ke seluruh lapisan kanak-kanak sesuai dengan prinsip pendidikan untuk semua tanpa membezakan kaum, status sosial, taraf ekonomi, dan agama. 13. Kementerian Pelajaran telah merangka pelan pembangunan yang komprehensif untuk mencapai matlamat PPPM. 100 inisiatif utama telah dibentuk bagi pelaksanaan PPPM 2013-2025 yang merangkumkan dasar-dasar utama kerajaan termasuk Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10. Saya juga amat bersyukur kerana sasaran enam inisiatif untuk 100 hari gelombang pertama PPPM telah pun berjaya dicapai. KEJAYAAN 100 HARI PERTAMA PPPM 14. Antaranya, 61,000 orang guru Bahasa Inggeris telah diuji melalui Cambridge Placement Test (CPT) bagi mengenal pasti tahap profisiensi guru dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan analisis keputusan CPT yang telah dilaksanakan, kohort pertama yang terdiri daripada 5,000 guru telah memulakan latihan bagi meningkatkan lagi tahap profisiensi mereka. Seterusnya, program latihan Professional English Language Teaching (Pro-ELT) dilaksanakan secara berfasa melibatkan guru-guru Bahasa Inggeris yang berkenaan.
  • 6. 15. Kementerian berharap agar guru yang mengikuti program latihan secara tersusun dan sistematik akan dapat melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah dengan lebih berkesan. Seterusnya, sudah pasti murid akan beroleh manfaat dan mampu bersaing di persada antarabangsa apabila mereka lebih fasih serta yakin untuk berbahasa Inggeris. 16. Peningkatan kualiti guru juga dilaksanakan dengan mewujudkan 339 Rakan Peningkatan Sekolah (SiPartners+) dan 1,278 Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) yang ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah di seluruh negara menjelang 2014. SiPartners+ dan SISC+ diwujudkan untuk mengiktiraf kepakaran guru melalui Program Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah. Pembimbing guru dan kepimpinan sekolah yang dirintis di Kedah dan Sabah telah berjaya membantu meningkatkan kesedaran guru kepada amalan pengajaran yang lebih efisyen di samping pengurusan sekolah yang lebih cekap. Melalui transformasi PPD, saya yakin guru mendapat sokongan yang terbaik sehingga dapat meningkatkan kualiti sekolah dengan pengurangan sebanyak 50 peratus sekolah dalam band 6 dan 7 di negeri Sabah dan Kedah. InsyaAllah, menjelang tahun 2015 kita akan berjaya mencapai sasaran sifar bagi kedua-dua band tersebut. 17. Dengan kejayaan mencapai matlamat inisiatif 100 hari pelaksanaan PPPM, saya suka mengingatkan agar kita semua janganlah lalai dan leka. Usaha yang berterusan perlu digiatkan bagi memastikan anak didik kita menguasai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang berkualiti. Justeru, usaha bagi merealisasikan kesemua 19 inisiatif PPPM perlu kita laksanakan sedaya upaya dengan penuh komitmen agar menjelang 2015 segala perancangan strategik berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Saya amat mengharapkan jasa baik dan bantuan guru-guru untuk berganding bahu bersama-sama saya menjayakan inisiatif PPPM yang telah kita usahakan. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, PERANAN GURU DALAM PPPM 18. Dalam melaksanakan hasrat PPPM, para guru berperanan untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Untuk itu, para guru perlu memiliki satu wawasan unggul untuk mentransformasi pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi. Bagi menyahut hasrat ini, para guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid. Saya akur, guru selama ini memang telah berakauntabiliti dalam meningkatkan pencapaian murid dan kejayaan sekolah. Namun, akauntabiliti terhadap keberhasilan operasi sekolah masing-masing perlu terus dipertingkatkan kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini persaingan menjadi semakin sengit. Kebolehan kita untuk berjaya
  • 7. bergantung pada kelebihan daya saing kita yang ditentukan oleh kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada aras tinggi. Oleh itu, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) meliputi pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi, kemampuan penerokaan persekitaran serta keyakinan kendiri perlu sentiasa dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik. 19. Bagi menilai keberkesanan KBAT, sebanyak 30 peratus soalan dalam peperiksaan pusat seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM/STAM menjurus kepada elemen KBAT. Dalam kalangan murid juga, KBAT dinilai melalui peperiksaan antarabangsa seperti TIMSS dan PISA sesuai dengan hasrat Kementerian untuk melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini diharap dapat mengesan kelebihan atau kegagalan penguasaan murid dari peringkat awal. Melalui PBS, saya yakin guru dapat mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi murid dan menggalakkan perekaciptaan dalam kalangan mereka. 20. Pendeta Za’aba pernah menegaskan bahawa ilmu pengetahuan adalah asas terpenting yang menyelamatkan manusia daripada belenggu kemunduran. Justeru, pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sentiasa dimantapkan agar kita kekal relevan dalam persaingan menuju negara maju. Oleh sebab itu, guru-guru juga harus berani meneroka pelbagai cabang ilmu untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan. Warga guru wajar mencontohi Cikgu Zainuddin Zakaria dari SMK Taman Bukit Maluri Kepong yang telah memenangi tempat pertama dalam kategori “Educator’s Choice” semasa persidangan ‘Microsoft 8th Partners in Learning Asia and Pacific Forum’ di New Zealand menerusi hasil penciptaan beliau yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran LATIHAN DAN LALUAN KERJAYA GURU 21. Pemerkasaan guru melalui latihan yang berterusan amat penting bagi menghasilkan tenaga kerja mahir. Modal insan minda kelas pertama dipertaruhkan untuk memacu pembangunan negara dalam merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, amatlah wajar aspek pendidikan guru menjadi agenda utama kementerian. Pelan induk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) baharu dan pangkalan data pengesanan CPD bagi memantap dan mengukuhkan ilmu pengetahuan akan dilaksanakan. CPD dapat membangunkan kapasiti dan mengukuhkan nilai profesional untuk meningkatkan kualiti diri dan kompetensi dalam profesion seiring dengan aspirasi negara. Peningkatan keupayaan dan kompetensi guru termasuk pemimpin sekolah diberi keutamaan bagi menjamin keberhasilan pencapaian murid. Dalam usaha memastikan guru berpeluang untuk mendapatkan latihan yang cukup, Latihan Berasaskan Sekolah perlu dirancang dan dilaksanakan di setiap sekolah.
  • 8. 22. Kerajaan amat berterima kasih atas usaha dan ketekunan guru meningkatkan kualiti pendidikan. Demi memartabatkan profesion keguruan, kerajaan telah menggariskan beberapa inisiatif untuk meningkatkan taraf para guru. Melalui PPPM 2013-2025, pelan untuk menaik taraf profesion keguruan akan dirangka supaya 420,000 guru berpeluang dinaikkan pangkat berdasarkan prestasi. Laluan kerjaya yang terbaik akan disediakan untuk guru. Namun guru-guru hendaklah berada di tahap prestasi cemerlang dalam Penilaian Instrumen Bersepadu dan melengkapkan diri melalui CPD yang bersesuaian sebelum dipertimbang dan diperakukan untuk kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun, untuk memastikan pendidikan negara terus berkualiti, guru berprestasi rendah akan melalui CPD yang sistematik dan berstruktur atau sesi kaunseling mengikut keperluan. Bagi guru-guru yang masih lagi tidak menunjukkan sebarang peningkatan atau perubahan walaupun telah melalui CPD berkenaan akan melalui proses penempatan semula mengikut kesesuaian. 23. Guru-guru yang baru dilantik atau novis juga perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat mengharungi perubahan persekitaran yang dinamik. Guru perlu mengajar murid untuk mempraktikkan ilmu dan mengaplikasikan serta mencetuskan idea baharu. Bagi menghasilkan modal insan yang setanding dengan aras antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia, maka profesion keguruan perlu ditransformasikan. Selaras dengan PPPM 2013-2025, Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu membawa perubahan melalui penggunaan prinsip Strategi Lautan Biru dengan mencipta pasaran atau produk yang belum ada saingan, menjadikan saingan tidak relevan, fokus kepada bukan pelanggan sedia ada dan mencipta serta meneroka permintaan baharu. Dengan perkataan lain, IPG perlu mengorak langkah memperluaskan pasaran latihan perguruan ke luar negara dan secara tidak langsung melebarkan kebolehpasaran graduan IPG sendiri. Sudah sampai masanya IPG menghasilkan kurikulum pendidikan guru bertaraf antarabangsa supaya latihan perguruan dapat diperluaskan dengan menawarkan latihan perguruan kepada negara dunia ketiga. 24. Sesungguhnya guru juga akan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai bagi memastikan kualiti kerja meningkat. Sesungguhnya guru juga akan menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai bagi memastikan kualiti kerja meningkat. Melalui PPPM 2013-2025, guru akan didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan profesional. Mereka perlu saling bekerjasama dalam menangani isu dan berkongsi amalan terbaik. Dengan itu, guru akan mempunyai keluwesan pedagogi yang lebih besar di dalam bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid. Untuk memastikan guru lebih fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran dan murid mendapat faedah semaksimum mungkin, maka kita sedang menjalankan kajian rintis di Melaka bagi menempatkan pembantu tadbir N17 di sekolah bagi menguruskan tugas perkeranian guru data, perpustakaan dan media. Guru data dan guru media akan melepaskan tugas berkenaan secara beransur-ansur untuk memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran secara sepenuh masa. Dapatan awal kajian rintis menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Sekiranya kajian rintis ini berjaya, maka insyaAllah kita akan memperluaskan khidmat sokongan
  • 9. pembantu tadbir N17 ini ke semua sekolah secara berperingkat-peringkat. Kita yakin, masa mengajar guru yang berkualiti adalah sangat berharga dalam meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhannya. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, TRANSFORMASI KURIKULUM 25. Kita sedar bahawa penghayatan nilai-nilai rohani adalah satu tonggak utama dalam pendidikan. Sementara kita ghairah mengejar kemajuan duniawi, pembentukan insan yang beriman dan bersahsiah mulia jangan kita abaikan. Saya amat bersyukur dalam PPPM 2013-2025, aspek kerohanian juga ditekankan bagi menjana modal insan berakhlak mulia. Pembentukan murid dengan nilai-nilai murni berasaskan ajaran agama amat penting bagi memastikan negara memperoleh generasi pemimpin masa hadapan yang telus, bertanggungjawab dan berintegriti. Justeru, Transformasi Kurikulum Pendidikan Islam digubal dengan mewujudkan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan yang akan dilaksanakan secara berperingkat- peringkat bermula dengan Tingkatan Enam Dini pada tahun 2014 dan Tingkatan 1 pada tahun 2015. Pendaftaran Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan jelas membuktikan bahawa KPM komited untuk mengangkat martabat pendidikan Islam di negara ini. Di samping itu, KPM turut mengambil perhatian terhadap penerapan nilai-nilai murni menerusi pelaksanaan kurikulum Pendidikan Moral. 26. Selain itu, kemahiran vokasional dan perekaciptaan dalam kalangan murid diperluaskan dalam Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional. Pelan tansformasi ini telah dilancarkan merangkumi lima strategi utama, lima inisiatif serta sebelas tindakan bagi meningkatkan nilai pasaran kerja murid dan melonjakkan kualiti pendidikan vokasional setaraf dengan negara maju. Sesungguhnya, transformasi vokasional telah menunjukkan kejayaan apabila KPM menerima permohonan memberangsangkan dengan 110,000 pemohon untuk mengikuti kursus di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Buat masa ini kita dapat menampung 23,000 orang pelajar bagi program aliran vokasional, kemahiran dan teknikal. Usaha sedang dibuat untuk menyediakan lebih banyak tempat bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam aliran ini. 27. Bagi meningkatkan kualiti pendidikan vokasional, jalinan kerjasama dengan Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta telah dilaksanakan. Jalinan kerjasama ini memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar. Penglibatan dalam perkongsian ini akan membolehkan KPM memperoleh teknologi serta kepakaran, selain mengelak
  • 10. berlakunya masalah ketidaksepadanan antara latihan kemahiran yang disediakan dan bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak industri. KEJAYAAN GURU DARI ASPEK LATIHAN DALAM BIDANG SUKAN 28. Pada hari ini, kita dapat membuktikan landasan yang dibina oleh KPM dari peringkat akar umbi telah menghasilkan atlet murid yang cemerlang dan berpotensi tinggi bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa. Banyak kejayaan yang telah diraih oleh atlet kita di temasya sukan di dalam dan luar negara. Sebagai contoh, di Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2012, sebanyak 10 rekod baru dicipta. Begitu juga dalam Kejohanan Renang MSSM 2013, sebanyak 12 rekod baru dicipta. Perenang muda seperti Welson Sim dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Yap Siew Hui dari SMK Khatolik Petaling Jaya bakal mewakili negara pada masa terdekat. Ini jelas menunjukkan peningkatan prestasi atlet kita bermula di peringkat kebangsaan. Di persada antarabangsa pula, atlet murid kita juga telah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam Kejohanan ASEAN Schools Games 2012. Saya begitu bangga kerana Malaysia menjadi johan dalam sukan balapan dan padang. 29. Atlet kita juga cemerlang dalam kejohanan badminton Sekolah-Sekolah Asia apabila pasukan negara muncul sebagai juara di rantau Asia. Di kejohanan bolasepak Sekolah-Sekolah Asia Bawah 15 Tahun, kontinjen negara telah diumumkan sebagai naib johan. Di samping itu, terdapat juga atlet murid dari Sekolah Sukan Bukit Jalil mewakili remaja negara dalam sukan skuasy seperti Ng Eain Yow yang telah menjuarai kejohanan Skuasy Remaja Terbuka British. Begitu juga dengan atlet murid sukan renang dan menembak yang telah menyinar dalam Australian Youth Olympic Festival dengan meraih pingat emas. Atlet murid perempuan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil kita pula cemerlang dalam kejohanan bola jaring ‘Tri-Nations’ di Hong Kong dengan menjuarai kejohanan tersebut. Atlet murid ini bakal mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. KPM sentiasa menghargai jasa guru dalam mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri serta negara dengan usaha gigih dan mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan selama ini. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 30. Seperti yang saya sebutkan di awal ucapan, kelestarian, kemajuan dan kemakmuran negara juga terletak pada keupayaan guru untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum yang berkekalan. Bagi meningkatkan lagi penghayatan murid pelbagai kaum terhadap nilai patriotisme, guru perlu melaksanakan pelbagai program yang menjurus ke arah penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Usaha memperkenalkan dan mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan murid merupakan satu langkah yang baik untuk mewujudkan integrasi nasional di semua jenis
  • 11. sekolah. Di samping itu, sukalah saya mengingatkan guru-guru agar menjadi suri teladan dan contoh yang baik kepada murid dalam usaha menghayati nilai-nilai murni serta nilai patriotisme itu sendiri. Dalam konteks ini, guru juga harus sentiasa menyuntik rasa bersyukur dan berterima kasih dalam sanubari murid atas kemakmuran dan kestabilan negara yang sedang kita nikmati hingga ke hari ini. 31. Saya juga berasa teruja untuk mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan keberanian guru-guru kita di Lahad Datu. Saya ucapkan terima kasih terutama kepada Cikgu Saabi binti Hasin dari SK Lok Buani Lahad datu yang menjadikan rumahnya sebagai sekolah sementara untuk anak- anak murid belajar dan membiayai pula perbelanjaan makan minum mereka. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Catherine Gonolon dari SK Fajar Harapan Lahad Datu yang sanggup berada di kawasan pertempuran dan mengajar murid-murid dari sekolah yang berlainan. Inilah antara contoh guru yang kita sanjung tinggi. Saya berharap tiada lagi guru yang mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi yang boleh menjatuhkan maruah dan kredibiliti guru yang sememangnya disanjung tinggi oleh masyarakat kerana sanggup berbakti tanpa mengira suasana, masa dan tempat. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada guru-guru yang sanggup berkorban dalam apa jua keadaan demi mendidik anak bangsa. 32. Setimpal dengan jasa dan pengorbanan guru yang tidak terhingga, kerajaan menyediakan Anugerah Tokoh Guru pada setiap tahun bertujuan untuk mengenang jasa dan bakti guru yang telah bersara, namun tetapi masih aktif berbakti kepada negara. Pada tahun ini, kita memperkenalkan Anugerah Ikon Guru bagi mengiktiraf jasa guru yang masih berkhidmat dan telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua bakal para penerima anugerah. 33. Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih cikgu. Marilah kita bersama-sama menjayakan transformasi pendidikan bagi memenuhi hasrat dan aspirasi negara kita untuk menjadi sebuah negara maju. Seiring dengan tema Hari Guru tahun ini iaitu “1 Agenda, 1 Aspirasi”, saya mengajak warga guru sekalian untuk bekerja bersama-sama saya bagi memastikan pendidikan di negara kita menjadi antara yang terunggul dan terbaik di dunia. Kepada Allah kita berserah dan kepadaNya jua kita memohon pertolongan. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-42 tahun 2013. Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.