SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  6
Télécharger pour lire hors ligne
2


                                   Soalan 1 : Rumusan
                                       [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan
masyarakat bagi menjamin hak mereka sebagai pengguna dan amalan-amalan
perniagaan negatif yang sering dilakukan oleh peniaga. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

        Tidak banyak anggota masyarakat yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka
sebagai pengguna. Sebenarnya, hak dan tanggungjawab ini dapat membantu kita menjadi
pengguna yang lebih bijak. Terdapat beberapa hak penting yang perlu diketahui dan difahami
oleh masyarakat sebagai seorang pengguna.
        Salah satu perkara penting bagi setiap individu ialah dengan mengetahui keperluan
asas untuk menjamin kelangsungan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,
pendidikan dan kesihatan. Keperluan ini merupakan asas penting untuk hidup sebagai
manusia. Setiap pengguna juga perlu berusaha mendapatkan jaminan keselamatan terhadap
sesuatu produk atau perkhidmatan yang digunakan. Jaminan ini berbentuk maklumat tentang
tahap keselamatan seperti tanda amaran mudah terbakar, mudah pecah dan mudah mengakis.
        Sebelum membuat pilihan, kita wajar mendapatkan maklumat lengkap terhadap
sesuatu perkhidmatan atau produk. Cara paling berkesan adalah dengan melihat label
maklumat produk atau perkhidmatan seperti cara penggunaan, cara penjagaan dan
keselamatan. Orang ramai juga harus membuat pilihan yang tepat tentang apa-apa sahaja
yang dirasakan terbaik bagi memastikan mereka tidak dipaksa menggunakan sesuatu
perkhidmatan atau produk.
        Di samping itu, kita perlu memilih premis perniagaan yang selamat dan mempunyai
persekitaran yang sihat. Contohnya ketika makan di restoran, peniaga perlu memastikan
restorannya sentiasa bersih dan tidak membahayakan pelanggan. Sebaik-baiknya, kita juga
perlu mendapatkan pendidikan pengguna yang lengkap. Kita juga boleh mendapat
pendidikan pengguna secara formal di sekolah. Pendidikan tidak formal pula bermula ketika
remaja kecil lagi. Secara tidak langsung, ibu dan ayah akan mendidik anak-anak mereka
menjadi pengguna bijak.
        Selain itu, pengguna perlu menuntut ganti rugi jika sesuatu produk atau perkhidmatan
yang diberikan tidak memenuhi kualiti atau jaminan yang dijanjikan. Tuntutan boleh dibuat
melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Melalui TTPM, pengguna boleh
melaporkan tuntutan ganti rugi terhadap produk atau perkhidmatan yang tidak berkualiti yang
tidak melebihi RM 25000. Kita juga berhak menyuarakan pandangan atau pendapat jika
mendapati produk atau perkhidmatan tidak memenuhi kualiti yang dijanjikan. Pandangan
boleh disuarakan melalui persatuan penguna seperti FOMCA atau membuat aduan terus
melalui laman web Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
        Jelaslah bahawa terdapat begitu banyak langkah yang harus diambil oleh orang ramai
untuk menjadi pengguna yang bijak. Oleh itu, para pengguna tidak seharusnya leka dan lalai
tentang hak-hak mereka.

                                                           (Dipetik dan diubahsuai daripada
                                                            Hak Remaja Sebagai Pengguna
                                                                     oleh Asrul Ilham Sany,
                                                                 Dewan Siswa, April 2011)




1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru                                 SULIT
3


                                     Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i)     Berikan maksud rangkai kata berhak menyuarakan pandangan.
                                                                            [2 markah]

(ii)    Apakah keperluan-keperluan asas yang perlu dimiliki bagi menjamin
        kelangsungan hidup ?
                                                                            [3 markah]

(iii)   Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh remaja
        untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang pendidikan pengguna ?
                                                                            [4 markah]



Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.


“Israk, rasa ini,” Adam menghulurkan sepulur durian.
        Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini
seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu.
        “Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang
dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini.
Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau ladang kelapa
sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.
        “Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.”
        “Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya, sejarah kemerdekaan
negara kita ini. Jika kita tidak mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan
kesilapan yang stereotaip.”
        Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti
Hajarkah? Atau Siti Maryam?
        “Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.”
Lembut bicara Wah memujuk cucunya itu.
        Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak
lama diam membatu. Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam.

                                                                         (Dipetik daripada
                                                                            cerpen “Israk”
                                                                   oleh Erda Roslan Khairi
                                                             dalam antalogi Harga Remaja,
                                                               Dewan Bahasa dan Pustaka)


1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru                                  SULIT
4



(i)     Apakah reaksi Israk apabila disuruh merasa buah durian?
                                                                   (2markah)

(ii)    Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengenang sejarah silam?
                                                                  (3markah)

(iii)    Huraikan satu perwatakan Wah dalam petikan di atas dan tiga perwatakan lain
        daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat di dalam petikan.
                                                                       (4markah)

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila
berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan
rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab
beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja
Ahmad.
        Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki baki rakyat
yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu
untuk terus tinggal di dalam negeri ini.
        Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah
Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal
kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam
dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari
negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.”
        Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar
meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka
berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT,
mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan
diam di sana, di sebelah menyebelah sungai itu.
                                                                          (Dipetik daripada
                                                                               ‘Merah Silu’
                                                               dalam antologi Harga Remaja
                                                                 Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)      Berikan maksud rangkai kata “putus bicara” berdasarkan petikan di atas.
                                                                 (2 markah)

(ii)     Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas tragedi peperangan antara
         Ahmad dan Raja Muhammad.
                                                                   (3markah)

(iii)    Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan peperangan?
         Nyatakan tiga cara tersebut.
                                                                 (3markah)


1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru                                SULIT
5


Soalan 2(d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri


HARGA REMAJA

Berapakah sebenarnya harga remaja
Yang bersih
Dari gelodak kecewa
Bagai kehijauan daun
Bagai kesegaran pohon
Di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi
Piala remajamu
Adakah cuka kesangsian
Dari cinta murah
Atau madu ajaran
Dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
                Sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Harga remaja adalah
                Pendirian
Keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
Dengan ketentuan tuju.

RAHMAN SHAARI
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka.

                         “Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju.”

(i)     Apakah yang dimaksudkan dengan frasa di atas?
                                                                              (2 markah)
(ii)    Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh golongan remaja agar
        berjaya dalam hidupnya?
                                                                              (3 markah)
(iii)   Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
                                                                              (4 markah)




1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru                              SULIT
6


                    Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
                                      [30 markah]
                                  Jawab semua soalan


(a)   Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
      faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
      menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
      nama khas.

      (i)     mata pelajaran
      (ii)    mata kasar
      (iii)   kaki lima
      (iv)    kaki langit
      (v)     besar panjang
      (vi)    besar hati


(b)   Gabungkan ayat-ayat di bawah menjadi satu ayat majmuk tanpa mengubah
      struktur dan maksud asalnya.

      (i)     Fuad masuk ke dalam rumah Pak Ismail.
              Fuad mengambil kunci keretanya.

      (ii)    Cikgu Farhana berdiri di hadapan kelas.
              Cikgu Farhana memerhatikan anak-anak muridnya menulis.

      (iii)   Pak Ismail mengusahakan tanaman jagung di kebun.
              Pak Ismail cekal dan tabah sekali.


(c)   Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan
      imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
      tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
      imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

      (i)     Projek memperlebarkan jalan raya di hadapan stesyen bas itu berjalan
              dengan lancar.

      (ii)    Semua atlit olahraga kebangsaan sedang gigih dilatih bagi menyertai
              Kejohanan Sukan Sea.

      (iii)   Kraftangan itu saya menghasilkan pada bulan lalu.




1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru                              SULIT
7


(d)      Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah
         dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
         Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
         penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin
         ayat itu semula.

         (i)     Pelukis itu memberi peluang pada tetamu yang hadir untuk mentaksir maksud
                 yang ingin disampaikan melalui lukisan tersebut.
         (ii)    Kami berpeluang melihat semua perlawanan-perlawanan itu secara langsung.
         (iii)   Kerajaan bercadang untuk mengubah undang-undang di dalam masa yang
                 terdekat ini.

(e)      Kemukakan tiga peribahasa yang sesuai mengikut situasi di bawah.

                Encik Jamaludin merupakan seorang usahawan yang hebat. Walaupun
         menghadapi pelbagai cabaran namun dengan keinginan yang tinggi, beliau mencuba
         pelbagai cara untuk memulakan perniagaannya. Usaha beliau pernah menghadapi
         dugaan yang amat berat namun beliau tekad meneruskannya sehingga berjaya. Kini,
         walaupun telah menjadi tokoh usahawan yang disegani, beliau masih merendah diri
         dan sering bercampur dengan masyarakat biasa.


                                      Soalan 4 : Novel

                                        [15 markah]



Jawab soalan di bawah berdasarhan novel-novel yang berikut.

      (i) Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
      (ii) Renyah karya gunawan Mahmood
      (iii)Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
      (iv) Afza Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah



      (a) Nyatakan dua konflik yang dialami watak utama dengan watak-watak lain berserta
          contoh dalam novel yang dikaji.
                                                                           (7 markah)

      (b) Huraikan tiga nilai ketabahan yang terdapat pada watak utama dalam novel yang
          anda kaji.
                                                                              (8 markah)


                                KERTAS SOALAN TAMAT




1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru                                    SULIT

Contenu connexe

Tendances (17)

Ukbm quran hadits revisi bab 7
Ukbm quran hadits revisi bab 7Ukbm quran hadits revisi bab 7
Ukbm quran hadits revisi bab 7
 
Ukbm quran hadits revisi bab 8 etos kerja
Ukbm quran hadits   revisi bab 8 etos kerjaUkbm quran hadits   revisi bab 8 etos kerja
Ukbm quran hadits revisi bab 8 etos kerja
 
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPMTeknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
 
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
Rahsia A+ Pendidikan Islam SPM 2013
 
Pecutan akhir smksj
Pecutan akhir smksjPecutan akhir smksj
Pecutan akhir smksj
 
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015 B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
 
Panduan Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Panduan Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM Panduan Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
Panduan Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM
 
2 teknik menjawab kertas 2
2 teknik menjawab  kertas 22 teknik menjawab  kertas 2
2 teknik menjawab kertas 2
 
Lp irk ( minggu 21 )
Lp irk ( minggu 21 )Lp irk ( minggu 21 )
Lp irk ( minggu 21 )
 
Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3
 
Pelatihan tilawah
Pelatihan tilawahPelatihan tilawah
Pelatihan tilawah
 
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011Teknik menjawab Pendidikan Islam  kertas 2 2011
Teknik menjawab Pendidikan Islam kertas 2 2011
 
pembuatan yogurt
pembuatan yogurtpembuatan yogurt
pembuatan yogurt
 
Teknik menjawab 2017
Teknik menjawab  2017Teknik menjawab  2017
Teknik menjawab 2017
 
Seminar Pecutan Akhir PTRS
Seminar Pecutan Akhir PTRSSeminar Pecutan Akhir PTRS
Seminar Pecutan Akhir PTRS
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
 
Seminar pecutan akhir ptrs
Seminar pecutan akhir ptrsSeminar pecutan akhir ptrs
Seminar pecutan akhir ptrs
 

En vedette

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERT...
SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERT...SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERT...
SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERT...Normarjana Ibrahim
 
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011impianhati
 
T5 b1k3 skema jawapan
T5 b1k3 skema jawapanT5 b1k3 skema jawapan
T5 b1k3 skema jawapanYati Zain
 
Pendidikan Islam Tingkatan 4
Pendidikan Islam Tingkatan 4Pendidikan Islam Tingkatan 4
Pendidikan Islam Tingkatan 4smktsj2
 
Bab 1-ting-4 Sejarah spm
Bab 1-ting-4 Sejarah spmBab 1-ting-4 Sejarah spm
Bab 1-ting-4 Sejarah spmnurul othman
 
Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Cg Sue
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014ciklaili. com
 
Pendidikan islam kertas 1
Pendidikan islam kertas 1Pendidikan islam kertas 1
Pendidikan islam kertas 1Nasran Syahiran
 

En vedette (13)

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERT...
SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERT...SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERT...
SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERT...
 
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011
Soalan Gempur Selangor Tingkatan 4 2011
 
Kertas 3 sejarah ting.4
Kertas 3 sejarah ting.4Kertas 3 sejarah ting.4
Kertas 3 sejarah ting.4
 
T5 b1k3 skema jawapan
T5 b1k3 skema jawapanT5 b1k3 skema jawapan
T5 b1k3 skema jawapan
 
Pendidikan Islam Tingkatan 4
Pendidikan Islam Tingkatan 4Pendidikan Islam Tingkatan 4
Pendidikan Islam Tingkatan 4
 
Bab 1-ting-4 Sejarah spm
Bab 1-ting-4 Sejarah spmBab 1-ting-4 Sejarah spm
Bab 1-ting-4 Sejarah spm
 
Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3Sejarah kertas 3 bab 3
Sejarah kertas 3 bab 3
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014
 
Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Pendidikan islam kertas 1
Pendidikan islam kertas 1Pendidikan islam kertas 1
Pendidikan islam kertas 1
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 

Similaire à PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011

Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka firuzi
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Kay Aniza
 
Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Smk Gelam
 
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016ruzi Idris
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]Nur faizah Baharin
 
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2Phaphy Wahyudhi
 

Similaire à PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011 (9)

Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
 
soalan
soalansoalan
soalan
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1
 
Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013
 
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
Bahasa melayu kertas_2 percubaan spm 2016
 
+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
 
Bm johor 2012
Bm johor 2012Bm johor 2012
Bm johor 2012
 
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 2
 

Plus de Normarjana Ibrahim

ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTIANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTINormarjana Ibrahim
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: PROSA TRAISIONAL: BEBERAPA PETUA HDUP (HIDUP)
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: PROSA TRAISIONAL: BEBERAPA PETUA HDUP (HIDUP)ANTOLOGI SEJADAH RINDU: PROSA TRAISIONAL: BEBERAPA PETUA HDUP (HIDUP)
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: PROSA TRAISIONAL: BEBERAPA PETUA HDUP (HIDUP)Normarjana Ibrahim
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK:: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK:: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUSANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK:: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK:: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUSNormarjana Ibrahim
 
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR:  SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR:  SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )Normarjana Ibrahim
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULUANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULUNormarjana Ibrahim
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKNormarjana Ibrahim
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN LIMA SAJAK: SEJADAH RINDU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN LIMA SAJAK: SEJADAH RINDUANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN LIMA SAJAK: SEJADAH RINDU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN LIMA SAJAK: SEJADAH RINDUNormarjana Ibrahim
 
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2012, SMK SULTAN ISMAIL,JOHOR ABHRU
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2012, SMK SULTAN ISMAIL,JOHOR ABHRUPEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2012, SMK SULTAN ISMAIL,JOHOR ABHRU
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2012, SMK SULTAN ISMAIL,JOHOR ABHRUNormarjana Ibrahim
 
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)Normarjana Ibrahim
 
Peperiksaan pertengahan tahun spm 2012: SOALAN 4 KERTAS 1
Peperiksaan pertengahan tahun spm 2012: SOALAN 4 KERTAS 1Peperiksaan pertengahan tahun spm 2012: SOALAN 4 KERTAS 1
Peperiksaan pertengahan tahun spm 2012: SOALAN 4 KERTAS 1Normarjana Ibrahim
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU-KERTAS 1
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU-KERTAS 1PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU-KERTAS 1
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU-KERTAS 1Normarjana Ibrahim
 
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorPeriksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorNormarjana Ibrahim
 
SKEMA JAWAPAN UIAN 2 TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
SKEMA JAWAPAN UIAN 2 TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUSKEMA JAWAPAN UIAN 2 TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
SKEMA JAWAPAN UIAN 2 TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUNormarjana Ibrahim
 
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUUJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUNormarjana Ibrahim
 
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUUJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUNormarjana Ibrahim
 

Plus de Normarjana Ibrahim (20)

ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTIANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: PROSA TRAISIONAL: BEBERAPA PETUA HDUP (HIDUP)
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: PROSA TRAISIONAL: BEBERAPA PETUA HDUP (HIDUP)ANTOLOGI SEJADAH RINDU: PROSA TRAISIONAL: BEBERAPA PETUA HDUP (HIDUP)
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: PROSA TRAISIONAL: BEBERAPA PETUA HDUP (HIDUP)
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK:: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK:: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUSANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK:: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK:: PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
 
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR:  SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR:  SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULUANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU:PUISI TRADISIONAL: BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN LIMA SAJAK: SEJADAH RINDU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN LIMA SAJAK: SEJADAH RINDUANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN LIMA SAJAK: SEJADAH RINDU
ANTOLOGI SEJADAH RINDU TINGKATAN LIMA SAJAK: SEJADAH RINDU
 
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2012, SMK SULTAN ISMAIL,JOHOR ABHRU
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2012, SMK SULTAN ISMAIL,JOHOR ABHRUPEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2012, SMK SULTAN ISMAIL,JOHOR ABHRU
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU 2 2012, SMK SULTAN ISMAIL,JOHOR ABHRU
 
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
UJIAN BULANAN 2 2012 TINGKATAN 4, (17/7/2012)
 
PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 4
PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 4PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 4
PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 4
 
Peperiksaan pertengahan tahun spm 2012: SOALAN 4 KERTAS 1
Peperiksaan pertengahan tahun spm 2012: SOALAN 4 KERTAS 1Peperiksaan pertengahan tahun spm 2012: SOALAN 4 KERTAS 1
Peperiksaan pertengahan tahun spm 2012: SOALAN 4 KERTAS 1
 
AYAT PASIF SONGSANG
AYAT PASIF SONGSANGAYAT PASIF SONGSANG
AYAT PASIF SONGSANG
 
NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
NOVEL KABUS DI PERBUKITANNOVEL KABUS DI PERBUKITAN
NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU-KERTAS 1
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU-KERTAS 1PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU-KERTAS 1
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU-KERTAS 1
 
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johorPeriksaan percubaan spm 2011 negeri johor
Periksaan percubaan spm 2011 negeri johor
 
Pelancongan
PelanconganPelancongan
Pelancongan
 
Pelancongan
PelanconganPelancongan
Pelancongan
 
SKEMA JAWAPAN UIAN 2 TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
SKEMA JAWAPAN UIAN 2 TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUSKEMA JAWAPAN UIAN 2 TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
SKEMA JAWAPAN UIAN 2 TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
 
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUUJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
 
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRUUJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
UJIAN 2 TINGKATAN 4 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU
 

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011

  • 1. 2 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan masyarakat bagi menjamin hak mereka sebagai pengguna dan amalan-amalan perniagaan negatif yang sering dilakukan oleh peniaga. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Tidak banyak anggota masyarakat yang mengetahui hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Sebenarnya, hak dan tanggungjawab ini dapat membantu kita menjadi pengguna yang lebih bijak. Terdapat beberapa hak penting yang perlu diketahui dan difahami oleh masyarakat sebagai seorang pengguna. Salah satu perkara penting bagi setiap individu ialah dengan mengetahui keperluan asas untuk menjamin kelangsungan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Keperluan ini merupakan asas penting untuk hidup sebagai manusia. Setiap pengguna juga perlu berusaha mendapatkan jaminan keselamatan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang digunakan. Jaminan ini berbentuk maklumat tentang tahap keselamatan seperti tanda amaran mudah terbakar, mudah pecah dan mudah mengakis. Sebelum membuat pilihan, kita wajar mendapatkan maklumat lengkap terhadap sesuatu perkhidmatan atau produk. Cara paling berkesan adalah dengan melihat label maklumat produk atau perkhidmatan seperti cara penggunaan, cara penjagaan dan keselamatan. Orang ramai juga harus membuat pilihan yang tepat tentang apa-apa sahaja yang dirasakan terbaik bagi memastikan mereka tidak dipaksa menggunakan sesuatu perkhidmatan atau produk. Di samping itu, kita perlu memilih premis perniagaan yang selamat dan mempunyai persekitaran yang sihat. Contohnya ketika makan di restoran, peniaga perlu memastikan restorannya sentiasa bersih dan tidak membahayakan pelanggan. Sebaik-baiknya, kita juga perlu mendapatkan pendidikan pengguna yang lengkap. Kita juga boleh mendapat pendidikan pengguna secara formal di sekolah. Pendidikan tidak formal pula bermula ketika remaja kecil lagi. Secara tidak langsung, ibu dan ayah akan mendidik anak-anak mereka menjadi pengguna bijak. Selain itu, pengguna perlu menuntut ganti rugi jika sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan tidak memenuhi kualiti atau jaminan yang dijanjikan. Tuntutan boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Melalui TTPM, pengguna boleh melaporkan tuntutan ganti rugi terhadap produk atau perkhidmatan yang tidak berkualiti yang tidak melebihi RM 25000. Kita juga berhak menyuarakan pandangan atau pendapat jika mendapati produk atau perkhidmatan tidak memenuhi kualiti yang dijanjikan. Pandangan boleh disuarakan melalui persatuan penguna seperti FOMCA atau membuat aduan terus melalui laman web Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Jelaslah bahawa terdapat begitu banyak langkah yang harus diambil oleh orang ramai untuk menjadi pengguna yang bijak. Oleh itu, para pengguna tidak seharusnya leka dan lalai tentang hak-hak mereka. (Dipetik dan diubahsuai daripada Hak Remaja Sebagai Pengguna oleh Asrul Ilham Sany, Dewan Siswa, April 2011) 1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT
  • 2. 3 Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata berhak menyuarakan pandangan. [2 markah] (ii) Apakah keperluan-keperluan asas yang perlu dimiliki bagi menjamin kelangsungan hidup ? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh remaja untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang pendidikan pengguna ? [4 markah] Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Israk, rasa ini,” Adam menghulurkan sepulur durian. Bertambah muaklah Israk. Dia menolak dengan baik. Maklumlah di hadapannya kini seorang wira keluarga. Israk terpaksa berlakon untuk memenuhi kehendak wira itu. “Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya. “Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.” “Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya, sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika kita tidak mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip.” Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti Hajarkah? Atau Siti Maryam? “Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.” Lembut bicara Wah memujuk cucunya itu. Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak lama diam membatu. Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam. (Dipetik daripada cerpen “Israk” oleh Erda Roslan Khairi dalam antalogi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) 1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT
  • 3. 4 (i) Apakah reaksi Israk apabila disuruh merasa buah durian? (2markah) (ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengenang sejarah silam? (3markah) (iii) Huraikan satu perwatakan Wah dalam petikan di atas dan tiga perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat di dalam petikan. (4markah) Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhammad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Tinggallah Merah Silu dengan Merah Hasum berdua saudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri ini. Tiada beberapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.” Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah menyebelah sungai itu. (Dipetik daripada ‘Merah Silu’ dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan maksud rangkai kata “putus bicara” berdasarkan petikan di atas. (2 markah) (ii) Nyatakan tiga kesan yang berlaku selepas tragedi peperangan antara Ahmad dan Raja Muhammad. (3markah) (iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan peperangan? Nyatakan tiga cara tersebut. (3markah) 1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT
  • 4. 5 Soalan 2(d) – Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri HARGA REMAJA Berapakah sebenarnya harga remaja Yang bersih Dari gelodak kecewa Bagai kehijauan daun Bagai kesegaran pohon Di pinggir perjalanan ini? Dengan apakah akan kaupenuhi Piala remajamu Adakah cuka kesangsian Dari cinta murah Atau madu ajaran Dari ilmu susah? Remaja amat mahal Sesungguhnya Tiada terbeli oleh perjanjian Harga remaja adalah Pendirian Keberanian dan ilmu. Penuhilah remajamu Dengan ketentuan tuju. RAHMAN SHAARI Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka. “Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju.” (i) Apakah yang dimaksudkan dengan frasa di atas? (2 markah) (ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh golongan remaja agar berjaya dalam hidupnya? (3 markah) (iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. (4 markah) 1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT
  • 5. 6 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) mata pelajaran (ii) mata kasar (iii) kaki lima (iv) kaki langit (v) besar panjang (vi) besar hati (b) Gabungkan ayat-ayat di bawah menjadi satu ayat majmuk tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Fuad masuk ke dalam rumah Pak Ismail. Fuad mengambil kunci keretanya. (ii) Cikgu Farhana berdiri di hadapan kelas. Cikgu Farhana memerhatikan anak-anak muridnya menulis. (iii) Pak Ismail mengusahakan tanaman jagung di kebun. Pak Ismail cekal dan tabah sekali. (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Projek memperlebarkan jalan raya di hadapan stesyen bas itu berjalan dengan lancar. (ii) Semua atlit olahraga kebangsaan sedang gigih dilatih bagi menyertai Kejohanan Sukan Sea. (iii) Kraftangan itu saya menghasilkan pada bulan lalu. 1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT
  • 6. 7 (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Pelukis itu memberi peluang pada tetamu yang hadir untuk mentaksir maksud yang ingin disampaikan melalui lukisan tersebut. (ii) Kami berpeluang melihat semua perlawanan-perlawanan itu secara langsung. (iii) Kerajaan bercadang untuk mengubah undang-undang di dalam masa yang terdekat ini. (e) Kemukakan tiga peribahasa yang sesuai mengikut situasi di bawah. Encik Jamaludin merupakan seorang usahawan yang hebat. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran namun dengan keinginan yang tinggi, beliau mencuba pelbagai cara untuk memulakan perniagaannya. Usaha beliau pernah menghadapi dugaan yang amat berat namun beliau tekad meneruskannya sehingga berjaya. Kini, walaupun telah menjadi tokoh usahawan yang disegani, beliau masih merendah diri dan sering bercampur dengan masyarakat biasa. Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan di bawah berdasarhan novel-novel yang berikut. (i) Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Renyah karya gunawan Mahmood (iii)Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iv) Afza Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (a) Nyatakan dua konflik yang dialami watak utama dengan watak-watak lain berserta contoh dalam novel yang dikaji. (7 markah) (b) Huraikan tiga nilai ketabahan yang terdapat pada watak utama dalam novel yang anda kaji. (8 markah) KERTAS SOALAN TAMAT 1103/2 © Hak Cipta Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru SULIT