SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
Télécharger pour lire hors ligne
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)



 TAJUK 1 EKOSISTEM

Sinopsis

Pelbagai jenis ekosistem boleh ditemui di sesebuah negara bergantung kepada iklim
dan    kedudukan dari segi latitude dan altitude. Setiap jenis ekosistem      tersebut
mempunyai komponen-komponen biotik dan abiotik yang          berbeza-beza tertabur di
lokasi-lokasi yang berbeza. Biodiversiti sesuatu jenis ekosistem berbeza dengan jenis
ekosistem yang lain. Setiap jenis ekosistem menunjukkan ciri-ciri fizikal yang berbeza
yang merupakan factor penentu kepada jenis-jenis          organism yang menduduki
ekosistem tersebut.    Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti yang         tinggi
menunjukkan tahap kompleksiti yang juga tinggi. Selain daripada itu, ekosistem yang
mempunyai tahap biodiversity yang tinggi juga menunjukkan tahap kestabilan ekosistem
yang lebih tinggi.


Hasil Pembelajaran

1.Membanding dan membezakan jenis-jenis biom yang berbeza
2.Menerangkan kekompleksian biodiversiti.
3.Mensintesiskan maklumat tentang ecosistem



Kerangka kandungan




                            ECOSISTEM



  Jenis-jenis ecosystem dan               Kepelbagaian biologi,
             lokasi                        kekompleksian dan
                                               kestabilan



Figure 1.1 Ringkasan Rangka kursus
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)

Kandungan

1.Jenis-jenis Biome yang berbeza


      Biome adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan kawasan di
mukabumi    yang mempunyai iklim, tumbuhan dan haiwan yang sama. Di
Malaysia terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama diantaranya adalah
ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem hutan paya bakau, ekosistem
hutan gambut, ekosistem kolam          dan agroekosistem seperti ekosistem
sawah padi dan ekosistem ladang kelapa sawit.

i. Ekosistem hutan hujan tropika

Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan
bumi. Hutan ini terletak di kawasan sekitar garisan         Khatulistiwa. Di
Malaysia kebanyakan kawasan hutan tanah pamah seperti               di Hutan
hujan tropika ini , iklimnya adalah sangat panas, dimana julat suhunya
adalah diantara 20-26 darjah Celsius serta menerima lebih daripada
250 sentimeter padu hujan setahun. Kawasan ini juga menunjukkan
panjang hari yang hampir sama sepanjang tahun. Factor Ini menjadikan
kawasan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang
pelbagai. Faktor latitud adalah kawalan iklim utama di hutan hujan
tropika.



ii. Ekosistem paya gambut


Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini
tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan lapisan bahan daripada
tumbuh-tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri-
ciri terendam air, kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah
serta kawasan air yang berasid.
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)



      Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar iaitu meliputi 75%
daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini. Dianggarkan terdapat
seluas 1.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih kekal di Malaysia, di mana
70% daripadanya terdapat di Sarawak, kurang daripada 20% di Semenanjung
Malaysia dan yang selebihnya terletak di Sabah.


           Latihan

           Senaraikan perbezaan dan persamaan       diantara
           ekosistem Hutan hujan tropika dengan Hutan paya
           gambut.


           Bahan Bacaan pembelajaran kendiri



           Gather information from : http://soils.
           usda.gov/sqy/concepts/soil_biology
           Create soil food web



       Rehat


               Setelah      anda menyiapkan latihan           yang
               dicadangkan anda boleh rehat sebentar




1.2.Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan


Biodiversiti     adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan
spesies, berapa banyak variasi genetik atau bilangan jenis komuniti yang
terdapat di sesuatu ekosistem. Kompleksiti sesuatu ekosistem bergantung
kepada         biodiversiti   sesuatu    ekosistem.   Kestabilan   ekosistem   pula
dinyatakan dengan beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)


mendefinisikan    sebagai       sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan
asal selepas diganggu, lebih cepat ia kembali kepada keadaan asal lebih
stabil sesuatu ekosistem itu.


i) Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem hutan hujan tropika

Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan
biojisim total. Haiwan–haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan
ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Satu
daripada adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan
penyamaran yang berkesan. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti
daun mati atau daun hidup. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan
daun-daun mati menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu
serta sukar dilihat daripada atas .Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok
menggunakan kaedah ini. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan
warna-warna untuk memberi amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka
sangat beracun.    Sebagai contoh katak beracun      dari species Dendrobates
auratus yang berwarna putih dan hitam, D. leucomelas mempunyai warna kuning
terang dan hitam serta D. granuliferus yang berwarna merah di bahagian atas
serta sisi dan kaki pula berwarna hijau.

      Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di
dalam biome ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies
yang menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini. Tumbuh-tumbuhan di
ekosistem hutan hujan tropika ini mempunyai pucuk atau daun muda yang
berwarna merah. Tumbuh-tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga.

      Ada haiwan yang hidup dilantai hutan kebanyakan haiwan di hutan hujan
tropika hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti di kanopi hutan ini. Serangga
adalah antara haiwan yang sangat banyak di kawasan ini. Anai-anai adalah
sangat penting sebagai pengurai di kawasan ini. Kerana kompleksiti ecosystem
ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil.
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)



ii) Biodiversiti, kekompleksian dan kestabilan di Ekosistem hutan paya gambut



Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan tempat
tinggal kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindungan
bagi lebih daripada 60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam
seperti Orangutan, Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros,               gajah asia,
harimau, Civet Otter, Storm’s Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga
berfungsi sebagai bank gen semula jadi              tumbuhan. Kawasan ini juga
mengandungi banyak spesies yang belum diketahui dan diterokai.


       Layari internet


         Layari internet dan dapatkan tiga jenis ecosystem lain
         yang terdapat di Malaysia dan tuliskan apakah cirri-ciri
         utama ekosistem ini serta bandingkan dengan jenis
         ekosistem yang telah anda pelajari.



                                  Soalan Tutorial

Banding dan bezakan jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Malaysia.



SENARAI BAHAN RUJUKAN


  1.   Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell
       Science. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity:
       biomes.

  2.   Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar
       Publishers. Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other
       creatures.

  3.   Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/
       Chapter 1 The soil food web online
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)




 TAJUK 2 PERKHIDMATAN EKOSISTEM

Sinopsis

Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran menghasilkan
sumber-sumber yang tidak ternilai harganya seperti air yang bersih, balak, habitat
untuk ikan, pendebungan




Hasil Pembelajaran

1 Menerangkan jenis-jenis kitaran biogeokimia .
2. Mengkaji ekosistem tanah
3. Membincangkan perkhidmatan ekosistem.



Kerangka Kandungan




                     PERKHIDMATAN EKOSISTEM




        Kajian kes: Air                Kajian Kes : kitaran nurien




Figure 2.1 Ringkasan kandungan
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)




Kandungan

2.1.Pengenalan

Perkhidmatan     ekosistem      adalah    proses-proses     dimana   persekitaran
menyediakan sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan,
pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian.


       Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini memberi kesan
kepada tanah, air, makanan dan kesihatan kita diantara kesanya adalah seperti
berikut;


i. Menyederhanakan cuaca yang keterlaluan.
ii.Mengitar dan menggerakkan nutrient
iii. Menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan.
iv. Menyebarkan biji benih


       Ekosistem semula jadi , tumbuhan dan haiwan didalamnya menyediakan
perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan. Adalah
sukar untuk mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. Walaupun
kebanyakan perkhidmatan ini nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit


       Perkhidmatan ekosistem ini amat penting dan mudah diabaikan. Ia boleh
diancam oleh aktiviti manusia seperti Kadar perkembangan manusia (saiz
populasi, penggunaan per kapita, dan kesan teknologi penghasilan barangan
kegunaan). Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh kekeliruan tentang
keperluan jangka pendek dengan kesejahteraan jangka panjang masyarakat .


     Banyak aktiviti manusia yang mengganggu , merosakkan, mengubah
ekosistem setiap hari diantaranya adalah aktiviti seperti berikut;
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)


1. Pengaliran racun perosak, baja dan bahan buangan haiwan.
2. Pencemaran tanah, air dan udara.

3. Memperkenalkan spesies non native
4.Penangkapan ikan yang berlebihan
5. Hakisan tanah




         Memikirkan

            Cuba anda fikirkan apakah perkhidmatan ekosistem lain yang
            boleh dimasukkan serta apakah kesanya jika perkhidmatan ini
            terancam akibat aktiviti manusia




Kitaran biogeokimia

Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dimana unsure-unsur
kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotic dan abiotik
bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat
tempat dimana unsure-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang .


Kajian Kes: Kitar air


Dalam kitar air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan
dipermukaan bumi, di atas dan dibawah permukaan tanah. Air boleh bertukar
bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran
air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa
molekul air secara individu boleh datang dan pergi.        Air bergerak dari satu
takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke
atmosfera      melalui      process-proses       fizikal    seperti       pegwapan,
kondensasi,pemendakan, penurasan, pengaliran permukaan. Semasa proses-
proses ini air melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair, pepejal dan gas.
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)


     Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba, yang menyebabkan
suhu berubah. Satu contoh semasa proses pengwapan, air menyerap tenaga
dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran. Bertentangan dengan proses
kondensasi    dimana    air   akan    membebaskan      tenaga   ke   memanaskan
persekitarannya.

      Rajah kitar air menerangkan kesignifikan dalam menetapkan kehidupan
dan ekosistem di bumi. Dengan perpindahan air dari satu kawasan tadahan ke
kawasan tadahan yang lain, kitar air menulenkan air, membekalkan tanah
dengan air bersih , dan memindahkan garam mineral ke bahagian bumi yang
lain. Air juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi bumi melalui
proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan disebabkan kitar air
melibatkan pertukaran haba , ia juga memberikan kesan kepada iklim sesuatu
ekosistem. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 2.2
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)




Rajah 2.2. Kitar Air.

Kajian Kes: Kitar Nutrien

Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap nutrien di
persekitaran mempunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang
paling penting adalah kitar karbon    dan kitar nitrogen. Kedua-dua kitaran ini
merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah.


Kitar Nitrogen.


Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Dua
nitrogen oksida    di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan
oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran
suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaram
dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik, NO dan
nitrogen dioksida NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh
bertindak balas dengan air hujan untuk membentuk asid nitrik, HNO3. Nitrate
yang terbentuk boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien.


      Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan
bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang
seperti kacang soya dan      kacang tanah    membentuk bintil-bintil di akarnya
dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di udara        dan
menukarnya kepada ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh
bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) , kemudian kepada ion nitral lain (NO3-).
Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien atau baja untuk
pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak asid amino yang akan
seterusnya menghasilkan protein.
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)


           Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik yang dinamakan
Proses Haber. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di dalam keadaan tekanan
dan suhu yang tinggi.
Ammonia is also made through a synthetic process called the Haber Process.
Nitrogen and hydrogen are reacted under great pressure and temperature in the
presence of a catalyst to make ammonia. Ammonia may be directly applied to
farm fields as fertilizer. Ammonia may be further processed with oxygen to make
nitric acid. The reaction of ammonia and nitric acid produces ammonium nitrate
which may then be used as a fertilizer. Animal wastes when decomposed also
return to the earth as nitrates.

To complete the cycle other bacteria in the soil carry out a process known as
denitrification which converts nitrates back to nitrogen gas. A side product of this
reaction is the production of a gas known as nitrous oxide, N2O. Nitrous oxide, also
known as "laughing gas" - mild anesthetic, is also a greenhouse gas which contributes to
global warming.


                                                                       komponen   Input ke tanah Kehilangan dari tanah



   Kitar Nitrogen
                                               Nitrogen
                                              atmosfera
     Atmospheric                     Tuaian                           pengikatan industri
       fixation                     tanaman                            (baja komersial)
    and deposition


           Najis haiwan&                                  Volatilization
             biopepejal
                                  Plant
                                 residues

      Pengikatan                                                                   Aliran permukaan
      Biologi oleh                                                                      & hakisan
       kekacang                              Plant
                                            uptake
                                                                           Denitrification
                      Nitrogen
                      organik
                                                           Nitrate
                                      Ammonium             (NO-)3
                                        (NH+)
                                           4
                                                                                        Leaching




Rajah 2.3. : Kitar Nitrogen
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)




Kitar karbon.




Rajah : Kitar karbon




Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi,
kerana kehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh
didapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. Bila
tumbuhan berfotosintesis , ia menggunakan karbon dioksid daripada udara , dan
menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan makanan lain.
Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon.     Karbon yang terdapat
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)


dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora,      haiwan yang
memakan tumbuhan.


      Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk membina ,
memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya. Ini memindahkan karbon
dari kehidupan tumbuhan kepada haiwan. Karnivora seperti harimau mungkin
akan membunuh rusa tersebut dan memakannya, menggunakan daging rusa ini
untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila akhirnya kedua-dua tumbuhan
dan haiwan ini mati, dan karbod dalam badan mereka dikitarkan kedalam tanah.
Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan oleh fungi dan bacteria,
membebaskan        atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai
karbon dioksida.




.
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)


                                                                        Component     Input to soil   Loss from soil


   The Phosphorus Cycle
                                        Crop           Atmospheric
         Animal                        harvest          deposition
         manures
       and biosolids                                                     Mineral
                                                                        fertilizers
                           Plant
                          residues




                                                                                            Runoff and
                                                                  Primary
                                                                                             erosion
     Organic phosphorus                                           minerals
     •Microbial                          Plant                    (apatite)                Mineral
     •Plant residue                     uptake                                            surfaces
     •Humus                                                                           (clays, Fe and
                                                                                         Al oxides,
                                                                                        carbonates)
                                     Soil solution
                                     phosphorus
                                                                                 Secondary
                                     •HPO4-2
                                                                                 compounds
          Leaching                   •H2PO4-1
                                                                              (CaP, FeP, MnP, AlP)
       (usually minor)




Kitar fosforus




                                                                        Component     Input to soil   Loss from soil


   The Potassium Cycle
                                                                                Animal
                            Crop                                                manures
                           harvest                         Plant
                                                          residues            and biosolids



             Mineral
            fertilizers



                                                                                            Runoff and
                                                                                             erosion

                                             Plant                   Exchangeable
                                            uptake                     potassium



                                Soil solution
                               potassium (K+)
                                                                                  Fixed
                                                       Mineral
            Leaching                                                            potassium
                                                      potassium
(SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI)


Kitar fosforus




                                                                            Component     Input to soil   Loss from soil


   The Sulfur Cycle
                                         Atmospheric
                                            sulfur                                 Volatilization
          Atmospheric
           deposition                                         Crop
                                                             harvest

                                                                            Mineral
                                                                           fertilizers
                              Plant
         Animal
                             residues
         manures
       and biosolids
                                                                       Elemental            Runoff and
                                                                         sulfur              erosion

                        Absorbed or                Plant
                        mineral sulfur            uptake

       Organic                                                                           Reduced sulfur
        sulfur
                                                   Sulfate
                                                   Sulfur
                                                   (SO- )
                                                        4                    Leaching




Senarai Rujukan

  1.     Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell Science. Chapter 2
         Global patterns of biodiversity and productivity: biomes.

  2.     Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar Publishers.
         Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other creatures.

  3.     Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/
         Chapter 1 The soil food web [online]
         Chapter 2 The food web and soil health

Contenu connexe

Tendances

Kepentingan memulihara dan memelihara organisma hidup
Kepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidupKepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidup
Kepentingan memulihara dan memelihara organisma hidupNur Syafika
 
Saling bersandaran antara organisma hidup
Saling bersandaran antara organisma hidupSaling bersandaran antara organisma hidup
Saling bersandaran antara organisma hidupIzzat Hakim
 
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananSem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananNafhatul Nadzirah
 
Bab 10 Pengurusan Sumber
Bab 10 Pengurusan SumberBab 10 Pengurusan Sumber
Bab 10 Pengurusan Sumberguestd099173
 
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdf
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdfNOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdf
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdfSHAMETAAPASHOKKUMARM
 
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4Shafinaz Saad
 
Rantai siratan-makanan
Rantai siratan-makananRantai siratan-makanan
Rantai siratan-makananDayang timbang
 
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negara
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negaraPemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negara
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negaracheputeh
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutanamiragee
 

Tendances (15)

1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma
 
Bab 2 Ekosistem
Bab 2 EkosistemBab 2 Ekosistem
Bab 2 Ekosistem
 
Kepentingan memulihara dan memelihara organisma hidup
Kepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidupKepentingan  memulihara dan memelihara organisma hidup
Kepentingan memulihara dan memelihara organisma hidup
 
Saling bersandaran antara organisma hidup
Saling bersandaran antara organisma hidupSaling bersandaran antara organisma hidup
Saling bersandaran antara organisma hidup
 
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan MakananSem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
Sem 3- Rantain Makanan dan Siratan Makanan
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Bab 10 Pengurusan Sumber
Bab 10 Pengurusan SumberBab 10 Pengurusan Sumber
Bab 10 Pengurusan Sumber
 
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdf
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdfNOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdf
NOTA SC F2 BAB 1 zila khalid =).pdf
 
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
Xperimen inaz 2013 (biologi)p4
 
Power point (1)
Power point (1)Power point (1)
Power point (1)
 
Rantai siratan-makanan
Rantai siratan-makananRantai siratan-makanan
Rantai siratan-makanan
 
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negara
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negaraPemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negara
Pemeliharaan alam sekitar melalui taman taman negara
 
Bab 1 biodiversiti (bm)
Bab 1 biodiversiti (bm)Bab 1 biodiversiti (bm)
Bab 1 biodiversiti (bm)
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutan
 
Geo bab 10
Geo bab 10Geo bab 10
Geo bab 10
 

Similaire à modul-sce3107

Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalanadtin
 
52889391 hidrologi
52889391 hidrologi52889391 hidrologi
52889391 hidrologihanimbee
 
1.1Kepelbagaian organisma.pptx
1.1Kepelbagaian organisma.pptx1.1Kepelbagaian organisma.pptx
1.1Kepelbagaian organisma.pptxCHUAHSIEWHOONMoe
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Engku Fatin
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantungAsmawi Abdullah
 
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di MalaysiaKepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di MalaysiaLogaMuniandy
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantungAsmawi Abdullah
 
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiKepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiNizxx_
 
Rpt sains-tahun-5 shared by lidelasauza (1) (1)
Rpt sains-tahun-5 shared by lidelasauza (1) (1)Rpt sains-tahun-5 shared by lidelasauza (1) (1)
Rpt sains-tahun-5 shared by lidelasauza (1) (1)Mrshake Adnan
 
Menganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan AlamMenganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan AlamMohd Shukri Suib
 
Gangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMGangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMyenchuxx
 

Similaire à modul-sce3107 (20)

Bab 9 T5.pptx
Bab 9 T5.pptxBab 9 T5.pptx
Bab 9 T5.pptx
 
1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma1.1 kepelbagaian organisma
1.1 kepelbagaian organisma
 
Forum 2
Forum 2Forum 2
Forum 2
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
52889391 hidrologi
52889391 hidrologi52889391 hidrologi
52889391 hidrologi
 
1.1Kepelbagaian organisma.pptx
1.1Kepelbagaian organisma.pptx1.1Kepelbagaian organisma.pptx
1.1Kepelbagaian organisma.pptx
 
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
Isu alam sekitar (Masalah dan Penyelesaian)
 
Sektor perhutanan
Sektor perhutananSektor perhutanan
Sektor perhutanan
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di MalaysiaKepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
Kepentingan Hidupan-hidupan Liar di Malaysia
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
 
Bahagian a saling bergantung
Bahagian a   saling bergantungBahagian a   saling bergantung
Bahagian a saling bergantung
 
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di BumiKepentingan Sumber-Sumber di Bumi
Kepentingan Sumber-Sumber di Bumi
 
Rpt sains-tahun-5 shared by lidelasauza (1) (1)
Rpt sains-tahun-5 shared by lidelasauza (1) (1)Rpt sains-tahun-5 shared by lidelasauza (1) (1)
Rpt sains-tahun-5 shared by lidelasauza (1) (1)
 
BT F2 BAB 1 zila khalid =).pptx
BT F2 BAB 1 zila khalid =).pptxBT F2 BAB 1 zila khalid =).pptx
BT F2 BAB 1 zila khalid =).pptx
 
Amali 4 2
Amali 4 2Amali 4 2
Amali 4 2
 
BT F2 BAB 1.pptx
BT F2 BAB 1.pptxBT F2 BAB 1.pptx
BT F2 BAB 1.pptx
 
Menganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan AlamMenganalisis Keseimbangan Alam
Menganalisis Keseimbangan Alam
 
Gangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPMGangguan Ekosistem STPM
Gangguan Ekosistem STPM
 
1.1 BIODIVERSITI T2.pptx
1.1 BIODIVERSITI T2.pptx1.1 BIODIVERSITI T2.pptx
1.1 BIODIVERSITI T2.pptx
 

Plus de Cikgunazrisksac Basirun (9)

modul-pjm3106
 modul-pjm3106 modul-pjm3106
modul-pjm3106
 
SCE3108
SCE3108SCE3108
SCE3108
 
Pra Upsr Maths Paper 2 Jpn Perak
Pra Upsr Maths Paper 2 Jpn PerakPra Upsr Maths Paper 2 Jpn Perak
Pra Upsr Maths Paper 2 Jpn Perak
 
Pra Upsr Maths Paper 2 Jpn Perak
Pra Upsr Maths Paper 2 Jpn PerakPra Upsr Maths Paper 2 Jpn Perak
Pra Upsr Maths Paper 2 Jpn Perak
 
Percubaan Upsr Matematik 2008
Percubaan Upsr Matematik 2008Percubaan Upsr Matematik 2008
Percubaan Upsr Matematik 2008
 
Sppk Ujian Psikometrik
Sppk Ujian PsikometrikSppk Ujian Psikometrik
Sppk Ujian Psikometrik
 
Experiment Plan
Experiment PlanExperiment Plan
Experiment Plan
 
Ho Sppk Jpn Trg
Ho Sppk Jpn TrgHo Sppk Jpn Trg
Ho Sppk Jpn Trg
 
Construct, Score And Criteria
Construct, Score And CriteriaConstruct, Score And Criteria
Construct, Score And Criteria
 

modul-sce3107

  • 1. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) TAJUK 1 EKOSISTEM Sinopsis Pelbagai jenis ekosistem boleh ditemui di sesebuah negara bergantung kepada iklim dan kedudukan dari segi latitude dan altitude. Setiap jenis ekosistem tersebut mempunyai komponen-komponen biotik dan abiotik yang berbeza-beza tertabur di lokasi-lokasi yang berbeza. Biodiversiti sesuatu jenis ekosistem berbeza dengan jenis ekosistem yang lain. Setiap jenis ekosistem menunjukkan ciri-ciri fizikal yang berbeza yang merupakan factor penentu kepada jenis-jenis organism yang menduduki ekosistem tersebut. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti yang tinggi menunjukkan tahap kompleksiti yang juga tinggi. Selain daripada itu, ekosistem yang mempunyai tahap biodiversity yang tinggi juga menunjukkan tahap kestabilan ekosistem yang lebih tinggi. Hasil Pembelajaran 1.Membanding dan membezakan jenis-jenis biom yang berbeza 2.Menerangkan kekompleksian biodiversiti. 3.Mensintesiskan maklumat tentang ecosistem Kerangka kandungan ECOSISTEM Jenis-jenis ecosystem dan Kepelbagaian biologi, lokasi kekompleksian dan kestabilan Figure 1.1 Ringkasan Rangka kursus
  • 2. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) Kandungan 1.Jenis-jenis Biome yang berbeza Biome adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan kawasan di mukabumi yang mempunyai iklim, tumbuhan dan haiwan yang sama. Di Malaysia terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama diantaranya adalah ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem hutan paya bakau, ekosistem hutan gambut, ekosistem kolam dan agroekosistem seperti ekosistem sawah padi dan ekosistem ladang kelapa sawit. i. Ekosistem hutan hujan tropika Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi. Hutan ini terletak di kawasan sekitar garisan Khatulistiwa. Di Malaysia kebanyakan kawasan hutan tanah pamah seperti di Hutan hujan tropika ini , iklimnya adalah sangat panas, dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 darjah Celsius serta menerima lebih daripada 250 sentimeter padu hujan setahun. Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama sepanjang tahun. Factor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud adalah kawalan iklim utama di hutan hujan tropika. ii. Ekosistem paya gambut Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan lapisan bahan daripada tumbuh-tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri- ciri terendam air, kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta kawasan air yang berasid.
  • 3. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar iaitu meliputi 75% daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini. Dianggarkan terdapat seluas 1.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih kekal di Malaysia, di mana 70% daripadanya terdapat di Sarawak, kurang daripada 20% di Semenanjung Malaysia dan yang selebihnya terletak di Sabah. Latihan Senaraikan perbezaan dan persamaan diantara ekosistem Hutan hujan tropika dengan Hutan paya gambut. Bahan Bacaan pembelajaran kendiri Gather information from : http://soils. usda.gov/sqy/concepts/soil_biology Create soil food web Rehat Setelah anda menyiapkan latihan yang dicadangkan anda boleh rehat sebentar 1.2.Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Biodiversiti adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan spesies, berapa banyak variasi genetik atau bilangan jenis komuniti yang terdapat di sesuatu ekosistem. Kompleksiti sesuatu ekosistem bergantung kepada biodiversiti sesuatu ekosistem. Kestabilan ekosistem pula dinyatakan dengan beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk
  • 4. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) mendefinisikan sebagai sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal selepas diganggu, lebih cepat ia kembali kepada keadaan asal lebih stabil sesuatu ekosistem itu. i) Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem hutan hujan tropika Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan biojisim total. Haiwan–haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Satu daripada adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan penyamaran yang berkesan. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti daun mati atau daun hidup. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan daun-daun mati menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu serta sukar dilihat daripada atas .Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok menggunakan kaedah ini. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan warna-warna untuk memberi amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka sangat beracun. Sebagai contoh katak beracun dari species Dendrobates auratus yang berwarna putih dan hitam, D. leucomelas mempunyai warna kuning terang dan hitam serta D. granuliferus yang berwarna merah di bahagian atas serta sisi dan kaki pula berwarna hijau. Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di dalam biome ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini. Tumbuh-tumbuhan di ekosistem hutan hujan tropika ini mempunyai pucuk atau daun muda yang berwarna merah. Tumbuh-tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga. Ada haiwan yang hidup dilantai hutan kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti di kanopi hutan ini. Serangga adalah antara haiwan yang sangat banyak di kawasan ini. Anai-anai adalah sangat penting sebagai pengurai di kawasan ini. Kerana kompleksiti ecosystem ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil.
  • 5. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) ii) Biodiversiti, kekompleksian dan kestabilan di Ekosistem hutan paya gambut Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan tempat tinggal kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindungan bagi lebih daripada 60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orangutan, Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter, Storm’s Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank gen semula jadi tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang belum diketahui dan diterokai. Layari internet Layari internet dan dapatkan tiga jenis ecosystem lain yang terdapat di Malaysia dan tuliskan apakah cirri-ciri utama ekosistem ini serta bandingkan dengan jenis ekosistem yang telah anda pelajari. Soalan Tutorial Banding dan bezakan jenis-jenis ekosistem yang terdapat di Malaysia. SENARAI BAHAN RUJUKAN 1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell Science. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity: biomes. 2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar Publishers. Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other creatures. 3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web online
  • 6. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) TAJUK 2 PERKHIDMATAN EKOSISTEM Sinopsis Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran menghasilkan sumber-sumber yang tidak ternilai harganya seperti air yang bersih, balak, habitat untuk ikan, pendebungan Hasil Pembelajaran 1 Menerangkan jenis-jenis kitaran biogeokimia . 2. Mengkaji ekosistem tanah 3. Membincangkan perkhidmatan ekosistem. Kerangka Kandungan PERKHIDMATAN EKOSISTEM Kajian kes: Air Kajian Kes : kitaran nurien Figure 2.1 Ringkasan kandungan
  • 7. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) Kandungan 2.1.Pengenalan Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran menyediakan sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan, pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian. Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini memberi kesan kepada tanah, air, makanan dan kesihatan kita diantara kesanya adalah seperti berikut; i. Menyederhanakan cuaca yang keterlaluan. ii.Mengitar dan menggerakkan nutrient iii. Menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan. iv. Menyebarkan biji benih Ekosistem semula jadi , tumbuhan dan haiwan didalamnya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan. Adalah sukar untuk mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. Walaupun kebanyakan perkhidmatan ini nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit Perkhidmatan ekosistem ini amat penting dan mudah diabaikan. Ia boleh diancam oleh aktiviti manusia seperti Kadar perkembangan manusia (saiz populasi, penggunaan per kapita, dan kesan teknologi penghasilan barangan kegunaan). Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh kekeliruan tentang keperluan jangka pendek dengan kesejahteraan jangka panjang masyarakat . Banyak aktiviti manusia yang mengganggu , merosakkan, mengubah ekosistem setiap hari diantaranya adalah aktiviti seperti berikut;
  • 8. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) 1. Pengaliran racun perosak, baja dan bahan buangan haiwan. 2. Pencemaran tanah, air dan udara. 3. Memperkenalkan spesies non native 4.Penangkapan ikan yang berlebihan 5. Hakisan tanah Memikirkan Cuba anda fikirkan apakah perkhidmatan ekosistem lain yang boleh dimasukkan serta apakah kesanya jika perkhidmatan ini terancam akibat aktiviti manusia Kitaran biogeokimia Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dimana unsure-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotic dan abiotik bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat tempat dimana unsure-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang . Kajian Kes: Kitar air Dalam kitar air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan dipermukaan bumi, di atas dan dibawah permukaan tanah. Air boleh bertukar bentuk daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam kitaran air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa molekul air secara individu boleh datang dan pergi. Air bergerak dari satu takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke atmosfera melalui process-proses fizikal seperti pegwapan, kondensasi,pemendakan, penurasan, pengaliran permukaan. Semasa proses- proses ini air melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair, pepejal dan gas.
  • 9. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba, yang menyebabkan suhu berubah. Satu contoh semasa proses pengwapan, air menyerap tenaga dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran. Bertentangan dengan proses kondensasi dimana air akan membebaskan tenaga ke memanaskan persekitarannya. Rajah kitar air menerangkan kesignifikan dalam menetapkan kehidupan dan ekosistem di bumi. Dengan perpindahan air dari satu kawasan tadahan ke kawasan tadahan yang lain, kitar air menulenkan air, membekalkan tanah dengan air bersih , dan memindahkan garam mineral ke bahagian bumi yang lain. Air juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi bumi melalui proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba , ia juga memberikan kesan kepada iklim sesuatu ekosistem. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 2.2
  • 10. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) Rajah 2.2. Kitar Air. Kajian Kes: Kitar Nutrien Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap nutrien di persekitaran mempunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang paling penting adalah kitar karbon dan kitar nitrogen. Kedua-dua kitaran ini merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah. Kitar Nitrogen. Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Dua nitrogen oksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaram dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik, NO dan nitrogen dioksida NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk membentuk asid nitrik, HNO3. Nitrate yang terbentuk boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien. Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di akarnya dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di udara dan menukarnya kepada ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) , kemudian kepada ion nitral lain (NO3-). Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien atau baja untuk pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak asid amino yang akan seterusnya menghasilkan protein.
  • 11. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses sintetik yang dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi. Ammonia is also made through a synthetic process called the Haber Process. Nitrogen and hydrogen are reacted under great pressure and temperature in the presence of a catalyst to make ammonia. Ammonia may be directly applied to farm fields as fertilizer. Ammonia may be further processed with oxygen to make nitric acid. The reaction of ammonia and nitric acid produces ammonium nitrate which may then be used as a fertilizer. Animal wastes when decomposed also return to the earth as nitrates. To complete the cycle other bacteria in the soil carry out a process known as denitrification which converts nitrates back to nitrogen gas. A side product of this reaction is the production of a gas known as nitrous oxide, N2O. Nitrous oxide, also known as "laughing gas" - mild anesthetic, is also a greenhouse gas which contributes to global warming. komponen Input ke tanah Kehilangan dari tanah Kitar Nitrogen Nitrogen atmosfera Atmospheric Tuaian pengikatan industri fixation tanaman (baja komersial) and deposition Najis haiwan& Volatilization biopepejal Plant residues Pengikatan Aliran permukaan Biologi oleh & hakisan kekacang Plant uptake Denitrification Nitrogen organik Nitrate Ammonium (NO-)3 (NH+) 4 Leaching Rajah 2.3. : Kitar Nitrogen
  • 12. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) Kitar karbon. Rajah : Kitar karbon Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi, kerana kehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh didapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. Bila tumbuhan berfotosintesis , ia menggunakan karbon dioksid daripada udara , dan menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan makanan lain. Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Karbon yang terdapat
  • 13. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora, haiwan yang memakan tumbuhan. Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk membina , memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya. Ini memindahkan karbon dari kehidupan tumbuhan kepada haiwan. Karnivora seperti harimau mungkin akan membunuh rusa tersebut dan memakannya, menggunakan daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila akhirnya kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati, dan karbod dalam badan mereka dikitarkan kedalam tanah. Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan oleh fungi dan bacteria, membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida. .
  • 14. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) Component Input to soil Loss from soil The Phosphorus Cycle Crop Atmospheric Animal harvest deposition manures and biosolids Mineral fertilizers Plant residues Runoff and Primary erosion Organic phosphorus minerals •Microbial Plant (apatite) Mineral •Plant residue uptake surfaces •Humus (clays, Fe and Al oxides, carbonates) Soil solution phosphorus Secondary •HPO4-2 compounds Leaching •H2PO4-1 (CaP, FeP, MnP, AlP) (usually minor) Kitar fosforus Component Input to soil Loss from soil The Potassium Cycle Animal Crop manures harvest Plant residues and biosolids Mineral fertilizers Runoff and erosion Plant Exchangeable uptake potassium Soil solution potassium (K+) Fixed Mineral Leaching potassium potassium
  • 15. (SCE 3107 ECOSISTEM DA BIODIVERSITI) Kitar fosforus Component Input to soil Loss from soil The Sulfur Cycle Atmospheric sulfur Volatilization Atmospheric deposition Crop harvest Mineral fertilizers Plant Animal residues manures and biosolids Elemental Runoff and sulfur erosion Absorbed or Plant mineral sulfur uptake Organic Reduced sulfur sulfur Sulfate Sulfur (SO- ) 4 Leaching Senarai Rujukan 1. Cotgreave, P. and Forseth, I. (2002) Introductory Ecology. Blackwell Science. Chapter 2 Global patterns of biodiversity and productivity: biomes. 2. Coyne, M.S. (1999) Soil Microbiology: an exploratory approach. Delmar Publishers. Chapter 4 The macrofauna- ants, earthworms and other creatures. 3. Soil Biology Primer [online]. http://soils.usda.gov/sqi/concepts/soil_biology/ Chapter 1 The soil food web [online] Chapter 2 The food web and soil health