SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  15
Télécharger pour lire hors ligne
Topik 1 Apa Itu
                                       Sosiologi?
     HASIL PEMBELAJARAN
     Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
     1.    Menerangkan maksud imaginasi sosiologi;
     2.    Menjelaskan bagaimana sosiologi dikaitkan dengan bidang
           ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja
           sosial;
     3.    Membezakan perspektif sosiologi daripada perspektif asas logik;
     4.    Menghuraikan kebaikan perspektif sosiologi dan sumbangannya
           dalam kehidupan seharian; dan
     5.    Menjelaskan sumbangan ahli-ahli sosiologi berikut:
           •   Auguste Comte;
           •   Harriet Martineau;
           •   Herbert Spencer;
           •   Emile Durkheim;
           •   Max Weber; dan
           •   Karl Marx.



          PENGENALAN
Mengapakah sesetengah perkahwinan bahagia dan ada yang tidak? Adakah kita
dilahirkan dengan personaliti semulajadi? Sejauh manakah pendidikan tinggi
akan mempengaruhi masa depan anda? Adakah tinggal di bandar lebih bahagia
daripada tinggal di kampung?

Ahli sosiologi berusaha menjawab persoalan-persoalan di atas. Sosiologi
merupakan kajian saintifik tentang tingkahlaku manusia. Sosiologi juga boleh
2            TOPIK 1   APA ITU SOSIOLOGI?



menunjukkan kepada kita bagaimana manusia bertingkahlaku dan bertindak,
apakah ciri-ciri kumpulan dan masyarakat, dan bagaimana semua ini bergabung
dan mempengaruhi tingkahlaku manusia.


1.1        PERSPEKTIF SOSIOLOGI
Bagi mereka yang baru hendak mengenali bidang sosiologi, sudah tentu terdapat
banyak persoalan dalam minda anda. Apakah pendekatan yang digunakan oleh
ahli sosiologi? Apakah kaitan bidang sosiologi dengan disiplin-disiplin sains
sosial yang lain? Adakah sosiologi mempunyai asas logik atau saintifik?
Kesemua persoalan ini akan dibincangkan dengan terperinci dalam bahagian ini.


1.1.1      Imaginasi Sosiologi
Apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi?

Apabila ahli sosiologi mengkaji tentang manusia dan tingkahlakunya, mereka
memfokus kepada bagaimana manusia dipengaruhi oleh manusia lain dan juga
oleh masyarakat. Tidak kira apa pengalaman peribadi kita, pasti kita akan
dipengaruhi oleh arus sosial masyarakat walau di mana pun kita berada.

C. Wright Mills (1916 1962) mengatakan bahawa untuk
kita memahami sosiologi, kita perlu terlebih dahulu
memahami masyarakat di mana kita tinggal agar kita
mendapat satu gambaran yang lebih mendalam tentang
kehidupan masyarakat kita (sila lihat Rajah 1.1). Beliau
menamakan disiplin ini imaginasi sosiologi (sociological
imagination) iaitu keupayaan untuk kita melihat
pengalaman dan kepayahan yang kita lalui sebagai
mencerminkan perancangan struktur masyarakat dan
zaman tersebut.
                                                            Rajah 1.1: C. Wright Mills
                                                           Sumber: www.leksikon.org
Lazimnya, kita melalui kehidupan seharian kita dengan memikirkan tentang
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga dan jiran tetangga.
Imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengaitkan pengalaman kita
dengan masyarakat serta peristiwa silam.

Mengikut Mills, masalah peribadi dan isu masyarakat saling bertindih untuk
membentuk sebuah struktur sosial dan kehidupan masyarakat yang lebih luas.
Sebagai contoh, mari kita pertimbangkan kesukaran masyarakat Amerika untuk
mendapatkan pekerjaan pada awal tahun 1890an. Penggubalan struktur dan
TOPIK 1   APA ITU SOSIOLOGI?           3



pengecilan sektor korporat meninggalkan kesan ke atas ekonomi yang meleset.
Inilah yang kemudiannya mengakibatkan pengangguran di kalangan belia pada
masa itu.

Mills mengatakan bahawa situasi sedemikian bukan hanya disebabkan oleh
perwatakan peribadi individu sahaja. Kita juga perlu melihat situasi ekonomi
dan politik masyarakat pada masa itu. Di sinilah imaginasi sosiologi akan
memberi kita ruang untuk memahami kekecewaan masyarakat Amerika pada
ketika itu dalam konteks faktor-faktor seperti persekitaran tempat kerja serta
masyarakat keseluruhannya.

Kesimpulannya, imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengenalpasti
hubungan di antara kehidupan peribadi kita dengan kehidupan sosial
masyarakat di sekeliling kita. Apa yang berlaku kepada diri kita merupakan
detik di mana kehidupan peribadi kita bertembung dengan masyarakat di
sekeliling kita.


          SEMAK KENDIRI 1.1

     Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi.




1.1.2       Sosiologi dalam Sains Sosial
Ahli sosiologi mengkaji tentang tingkahlaku manusia seiring dengan bidang-
bidang sains sosial yang lain seperti ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi,
antropologi dan kerja sosial (sila lihat Jadual 1.1):

  Jadual 1.1: Perbandingan Bidang Sosiologi dan Bidang-Bidang Sains Sosial yang Lain

Ekonomi        Ekonomi adalah kajian tentang pengeluaran dan pengagihan bahan dan
               perkhidmatan. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji perkara-perkara ini.
               Mereka mengkaji tentang bagaimana manusia bekerja dan bagaimana
               pekerjaan dan agihan bahan ekonomi mempengaruhi kehidupan manusia.

Sejarah        Sejarah adalah kajian tentang peristiwa lalu. Sejarawan bukan sahaja
               menggambarkan peristiwa lalu tetapi juga menerangkan peristiwa
               bersejarah berdasarkan kepada petunjuk sosial. Ahli sosiologi juga
               berminat mengkaji sejarah tetapi mereka menggunakan fakta sejarah untuk
               menerangkan tentang sikap sosial dan tingkahlaku masa kini.
4               TOPIK 1     APA ITU SOSIOLOGI?




Sains Politik    Sains politik mengkaji kuasa, ciri-ciri dan operasi kerajaan dan aktiviti
                 politik dalam pelbagai masyarakat. Ahli sosiologi lebih berminat mengkaji
                 bagaimana institusi seperti keluarga dan sistem pendidikan mempengaruhi
                 sikap politik dan tingkahlaku pengundi.

Psikologi        Psikologi merangkumi bidang biologi dan sains sosial. Ia adalah kajian
                 tentang proses pemikiran dan tingkahlaku individu. Perkara-perkara yang
                 dikaji adalah fisiologi otak manusia dan sistem urat saraf, pembelajaran,
                 perasaan, motivasi, personaliti dan tingkahlaku yang tidak normal. Mereka
                 mengkaji masalah-masalah daripada aspek individu. Manakala ahli
                 sosiologi mengkaji perkara-perkara yang sama dengan melihat bagaimana
                 ia berbeza di antara kumpulan sosial atau bagaimana ia mempengaruhi
                 masyarakat. Psikologi dan sosiologi bergabung pula dalam satu bidang
                 yang dinamakan psikologi sosial, iaitu kajian tentang hubungan di antara
                 individu dan kumpulan.

Antropologi      Antropologi, seperti psikologi, adalah gabungan di antara biologi dan sains
                 sosial. Ahli antropologi fizikal mengkaji tentang evolusi biologikal spesis
                 manusia serta perbezaan fizikal di antara kumpulan manusia seperti kaum.
                 Ahli antropologi budaya pula mengkaji tentang budaya dan cara hidup
                 pelbagai masyarakat. Manakala ahli sosiologi memfokus kepada
                 masyarakat yang moden dan kompleks. Akhir-akhir ini, ahli antropologi
                 semakin berminat mengkaji tentang cara hidup zaman moden disebabkan
                 manusia sudah mula berpendidikan.

Kerja Sosial     Ahli sosiologi lebih tertumpu kepada mencari ilmu tentang tingkahlaku
                 manusia. Manakala mereka yang bergiat dalam kerja sosial mengkaji
                 tentang bagaimana menggunakan ilmu sosiologi untuk membantu
                 manusia menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti keretakan
                 rumahtangga dan penagihan dadah.



          SEMAK KENDIRI 1.2
      Terangkan         bagaimana    bidang-bidang    berikut   berkaitan    dengan
      sosiologi:
      •     Ekonomi
      •     Sejarah
      •     Sains Politik
      •     Psikologi
      •     Antropologi
      •     Kerja Sosial
TOPIK 1   APA ITU SOSIOLOGI?        5



1.1.3     Sosiologi dan Asas Logik
Betulkah sosiologi mempunyai asas logik (common sense)?

Pada sesetengah ahli sosiologi, bidang sosiologi memang ada asas logik. Cuba
kita teliti pernyataan-pernyataan berikut:


 •   Kebanyakan ahli sukan yang berbakat berkemungkinan menjadi pemain
     profesional kelak.
 •   Pada ketika ini, bilangan perceraian adalah tinggi di Amerika. Ini
     mencerminkan keruntuhan sistem kekeluargaan di Amerika.
 •   Sekiranya tahap kemiskinan meningkat, ini akan membuka ruang untuk
     tercetusnya revolusi.
 •   Perompak bersenjata adalah lebih merbahaya kepada mangsanya
     berbanding dengan perompak tidak bersenjata.


Pada pandangan umum, pernyataan-pernyataan di atas adalah benar. Tetapi
kajian telah membuktikan bahawa pernyataan-pernyataan tersebut adalah tidak
benar:


 •   Hanya 2% sahaja dikalangan ahli sukan yang bernasib baik yang akan
     menjadi pemain profesional.
 •   Perkahwinan masih popular di Amerika. Amerika mempunyai peratus
     tertinggi perkahwinan di dunia.
 •   Revolusi berkemungkinan akan tercetus apabila keadaan kehidupan
     meningkat lebih baik dan kurang berkemungkinan berlaku sekiranya
     keadaan kehidupan berada dalam keadaan kurang baik untuk jangka
     masa panjang.
 •   Perompak tidak bersenjata adalah lebih merbahaya daripada yang
     bersenjata. Perompak tidak bersenjata berkemungkinan akan
     mencederakan mangsanya sebab seseorang mangsa akan cuba
     mempertahankan dirinya daripada perompak yang tidak bersenjata.


Dapatan sosiologi di atas akan memeranjatkan anda sebab ia bertentangan
dengan asas logik anda. Namun demikian, bukan kesemua dapatan sosiologi itu
memeranjatkan dan bukan semua idea yang tidak logik itu tidak benar. Ada juga
yang benar, contohnya kemungkinan orang miskin masuk penjara lebih tinggi
berbanding dengan orang kaya. Tetapi, rata-rata terdapat banyak idea yang logik
tetapi tidak benar seperti contoh-contoh yang telah dibincangkan.
6             TOPIK 1   APA ITU SOSIOLOGI?



Pada keseluruhannya, ilmu logik ada sekurang-kurangnya dua kelemahan:
(i)    Ia tidak objektif. Realitinya tidak diuji secara sistematik tetapi secara
       subjektif, iaitu berdasarkan perasaan, kepercayaan atau pengalaman
       seseorang itu. Ia juga merupakan kepercayaan yang lazimnya diterima
       pakai oleh sesebuah komuniti.
(ii)   Idea logik ini memberi kita sebuah idea yang lapuk dan tidak konsisten.

Pendekatan sosiologi memerlukan fakta dan idea yang sistematik dan diuji
berdasarkan bukti. Ini akan memberi kita peluang untuk mempelajari sesuatu
yang baru. Manakala ilmu logik (common sense knowledge) adalah subjektif,
tidak konsisten dan tidak semestinya diterima oleh masyarakat. Ahli sosiologi
mencari sesuatu yang objektif, konsisten dan baru.

Untuk mencapai hasrat ini, mereka menggunakan kaedah saintifik. Ini
merupakan salah satu sebab mengapa sosiologi itu menarik. Ia menunjukkan
kepada kita bahawa sesuatu yang menjadi kebiasaan dan logik boleh bertukar
kepada sesuatu yang tidak biasa dan tidak umum. Maka perbezaan di antara
sosiologi dan perkara yang logik adalah ketara.
sekeliling kita.


         SEMAK KENDIRI 1.3

       Bagaimanakah anda membezakan sosiologi dengan pemikiran logik?




 1.2        ASAL-USUL TEORI SOSIOLOGI
Dalam memerihalkan asal-usul sosiologi, sudah tentu kita harus mengkaji
sumbangan tokoh-tokoh sosiologi yang banyak menghasilkan teori-teori
sosiologi. Mereka ini banyak menyediakan dan memperkukuhkan asas teoretikal
sosiologi, lantas membolehkan ahli-ahli sosiologi yang datang kemudian untuk
terus menjana teori dan ilmu sosiologi yang terkini. Mereka ini termasuklah:


                          •   Auguste Comte
                          •   Harriet Martineau
                          •   Herbert Spencer
                          •   Emile Durkheim
                          •   Max Weber
                          •   Karl Marx
TOPIK 1    APA ITU SOSIOLOGI?        7



1.2.1       Auguste Comte
Apakah sumbangan Auguste Comte (sila lihat Rajah 1.2) kepada bidang
sosiologi?

 Auguste Comte (1798 1857) merupakan
 seorang ahli pemikir sosial berketurunan
 Perancis yang memperkenalkan bidang
 sosiologi dan menggunakan istilah sociology
 pada tahun 1838. Menurut beliau, sosiologi
 melihat masyarakat daripada satu perspektif
 baru iaitu      pendekatan saintifik yang
 mementingkan kaedah pemerhatian yang
 sistematik, pengujian kajian dan analisis
 perbandingan sejarah.                                    Rajah 1.2: Auguste Comte
                                                                   Sumber:
                                                       http://upload.wikimedia.org/
                                                       wikipedia/commons/f/f4/Au
                                                              guste_Comte2.jpg

Beliau membahagikan pengajian tentang masyarakat kepada dinamik sosial dan
statik sosial (sila lihat Jadual 1.2):

                     Jadual 1.2: Dinamik Sosial dan Statik Sosial

 Dinamik sosial   Dinamik sosial melibatkan proses kehidupan sosial yang
                  mencorakkan perkembangan institusi yang berkaitan dengan
                  perubahan sosial.
 Statik sosial    Statik sosial melibatkan aspek-aspek kehidupan sosial yang
                  berkaitan dengan peraturan, kestabilan dan organisasi sosial yang
                  membuat kumpulan dan masyarakat hidup bersama dan berkekalan.

Walaupun idea beliau tidak lagi mencorak sosiologi terkini, namun Comte
merupakan pengasas kepada idea bahawa kehidupan sosial boleh dikaji secara
saintifik dan ini telah banyak mempengaruhi ahli sosiologi lain seperti Herbert
Spencer, Harriet Martineau dan Emile Durkheim.
8            TOPIK 1   APA ITU SOSIOLOGI?




1.2.2      Harriet Martineau
Siapakah Harriet Martineau (sila lihat Rajah 1.3)?

Harriet Martineau (1802 1876) dilahirkan dalam sebuah
keluarga Inggeris yang mewah. Beliau menterjemahkan
penulisan Comte daripada bahasa Perancis kepada bahasa
Inggeris. Beliau banyak mengutarakan tentang gejala
perhambaan dan menekankan perlunya undang-undang
untuk menjaga pekerja-pekerja kilang dan kedudukan
kaum wanita.

Martineau juga telah memperkenalkan satu disiplin baru
hasil pemerhatiannya terhadap tingkahlaku orang-orang di
Amerika dan di England. Beliau menekankan bahawa             Rajah 1.3: Harriet
kajian ke atas masyarakat merupakan satu bidang saintifik.      Martineau
Di antara sumbangan beliau adalah sebuah buku kaedah
kajian sosial yang bertajuk, How to Observe Manners and
Morals (1838).

Martineau memperjuangkan kemajuan kaum wanita. Beliau mengkaji
bagaimana asas nilai moral negara yang muda seperti Amerika mencorak
penyusunan institusinya. Beliau juga menekankan persamaan di antara
kedudukan wanita dalam masyarakat Barat dan hamba di Amerika di mana
beliau memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk mereka.

Walaupun Martineau merupakan ahli sosiologi yang terkenal dan berpengaruh,
namun sumbangan beliau kepada sosiologi diketepikan oleh kaum lelaki yang
menguasai bidang tersebut pada masa itu. Sumbangan beliau yang signifikan
hanya diketengahkan baru-baru ini sahaja.
TOPIK 1   APA ITU SOSIOLOGI?            9



1.2.3     Herbert Spencer
Sejauh manakah sumbangan Herbert Spencer (sila lihat Rajah 1.4) kepada dunia
sosiologi?

Herbert Spencer (1820 1903), seorang ahli sosiologi
Inggeris, bersependapat dengan Comte tentang statik
sosial dan dinamik sosial. Beliau melihat masyarakat
sebagai satu sistem biologi yang terdiri daripada
bahagian-bahagian yang saling berhubungan. Menurut
beliau, masyarakat terdiri daripada pelbagai institusi
(keluarga, agama, pendidikan, kerajaan dan ekonomi)
seperti sebuah badan manusia yang terdiri daripada
pelbagai organ. Beliau memfokus kepada struktur dan
sumbangan fungsi struktur ini kepada kewujudan             Rajah 1.4: Herbert
                                                                Spencer
sesebuah masyarakat. Pada hari ini, masyarakat
yang berstruktur sedemikian disebut dalam teori
fungsional-struktur.

Spencer percaya bahawa dunia akan berkembang dengan lebih baik. Beliau
menerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalam
perkembangan dalam masyarakat. Manusia dan corak masyarakat yang kukuh
akan hidup manakala mereka yang tidak kukuh akan mati. Sekiranya prinsip ini
dibenarkan wujud dengan bebas, manusia dan institusi sosial akan
menyesuaikan diri dengan persekitaran dan berkembang ke tahap yang lebih
tinggi. Pandangan Spencer menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap diri kita
dan juga persekitaran kita dicorak oleh zaman sosial yang kita lalui.


1.2.4     Emile Durkheim
Apakah sumbangan Emile Durkheim          (sila lihat Rajah 1.5) kepada bidang
sosiologi?

Emile Durkheim (1858 1917) menumpukan perhatian beliau kepada cara
masyarakat hidup bersama dan mengekalkan keharmonian. Menurut beliau,
sosiologi adalah konsep penyatuan sosial yang melibatkan perhubungan sosial
yang wujud di kalangan sekumpulan manusia. Hubungan yang rapat di antara
ahli kumpulan akan menghasilkan perasaan yang lebih kukuh serta bermakna.
Beliau berpendapat penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmonian
dan kesejahteraan individu. Maka beliau mencadangkan bahawa untuk
seseorang individu mengekalkan kesejahteraan hidupnya, dia perlu mencari
sesuatu yang bermakna di luar dirinya. Perkara ini wujud dalam konteks
10           TOPIK 1   APA ITU SOSIOLOGI?



penglibatannya dalam kumpulan masyarakat di sekelilingnya. Durkheim cuba
menerangkan bahawa keruntuhan hubungan sosial (misalnya perceraian) akan
mengakibatkan kesan negatif. Dalam sesetengah keadaan, ini akan mendorong
seseorang itu untuk membunuh diri.




                            Rajah 1.5: Emile Durkheim

Seterusnya, Durkheim percaya bahawa kita perlu memfokus kepada kumpulan
dan bukannya individu. Beliau menekankan fakta sosial (social factor) yang
merujuk kepada aspek-aspek kehidupan sosial yang tidak boleh dijelaskan
secara biologikal atau ciri-ciri mental individu tersebut. Menurut beliau, manusia
mengalami fakta sosial sebagai pengalaman luaran di mana ia menjadi
sebahagian daripada pengamatan manusia terhadap alam sekelilingnya. Maka
fakta sosial berperanan mengawal tingkahlaku yang melibatkan peraturan, nilai
moral, undang-undang serta corak tingkahlaku di sekeliling yang akan
mempengaruhi kehidupan manusia seharian. Durkheim juga menekankan aspek
peraturan sosial yang melibatkan kepercayaan individu. Seseorang individu itu
tidak boleh lepas daripada dipandang serong oleh masyarakat sekiranya ia
melanggar peraturan sosial ini.

Seterusnya, Durkheim menyentuh tentang bahan-bahan fakta sosial yang
merangkumi masyarakat dan institusi utama (misalnya kerajaan, agama,
keluarga dan pendidikan) dan juga beberapa bentuk yang terdapat dalam
masyarakat (misalnya corak rumah, tahap jenayah, taburan populasi dan
sebagainya). Manakala aspek-aspek yang bukannya bahan fakta sosial adalah
seperti peraturan sosial, prinsip moraliti, pengertian kepada simbol-simbol dan
kesedaran yang wujud daripada pengamatan kepada fakta-fakta sosial ini.

Durkheim merupakan ahli sosial yang pertama yang cuba berdepan dengan
masalah kompleks yang berkaitan dengan disiplin dan kepantasan kehidupan
sosial manusia seharian.
TOPIK 1   APA ITU SOSIOLOGI?      11



1.2.5     Max Weber
Apakah kaitan Max Weber (sila lihat Rajah 1.6) dengan bidang sosiologi?

Max Weber (1864 1920) merupakan ahli sosiologi yang
mempunyai pengaruh yang kuat ke atas bidang sosiologi
selain daripada Karl Marx. Pengaruh beliau boleh dilihat
dalam kehidupan sosial yang merangkumi topik-topik seperti
politik, organisasi, stratifikasi sosial, perundangan, agama,
kapitalisme, muzik, bandar dan perbandingan budaya.


                                         Rajah 1.6: Max Weber

Weber mengkaji tentang tingkahlaku manusia daripada aspek-aspek seperti niat,
nilai, kepercayaan dan sikap. Beliau menggunakan pendekatan „memahami‰
atau „melihat‰ dalam menggambarkan hubungan manusia dengan
tingkahlakunya. Lazimnya, ahli sosiologi akan cuba meletakkan dirinya dalam
keadaan orang lain dan mengenalpasti apakah yang difikir olehnya dan apakah
perasaan mereka.

Weber berpandangan bahawa ahli sosiologi perlu menyiasat lebih daripada apa
yang terdapat dalam tingkahlaku manusia. Weber percaya adalah penting untuk
ahli sosiologi mengkaji definisi yang digunakan oleh manusia dalam membentuk
tingkahlaku mereka.

Di antara kehebatan sumbangan Weber dalam sosiologi ialah konsep
„kesempurnaan‰ (ideal type). Misalnya, jabatan polis dan bomba mempunyai
perbezaan dalam banyak aspek seperti matlamat, prosedur, dan bagaimana
setiap jabatan memberi khidmat kepada masyarakat. Walaubagaimanapun,
kedua-dua jabatan mempunyai persamaan dalam aspek birokrasi.

Konsep kesempurnaan ini mempunyai piawaian yang menjadi pengukur dalam
menilai kes-kes sebenar. Sekiranya ahli sosiologi menetapkan situasi dan
peristiwa bersejarah sebagai bukti bahawa kesempurnaan birokrasi mempunyai
ciri-ciri spesifik, maka mereka boleh membuat perbandingan di antara
kesempurnaan ini dengan birokrasi yang wujud dan seterusnya memberikan
penjelasan mengapa terdapat perbezaan di antara kedua-dua birokrasi. Dengan
itu, kita boleh mempelajari apakah perbezaan yang wujud di antara cara
organisasi-organisasi tersebut berfungsi.
12          TOPIK 1   APA ITU SOSIOLOGI?




1.2.6     Karl Marx
Karl Marx (1818 1883) merupakan seorang ahli falsafah,
sejarah, ekonomi dan politik. Beliau melihat setiap
bidang tersebut melalui cara saintifik di mana beliau
menggunakan sains untuk memahami masyarakat dan
juga sebagai alat untuk membentuk masyarakat. Marx
ingin mengubah struktur institusi kapitalis dan
menubuhkan institusi baru untuk memberi khidmat
kepada masyarakat.

                                   Rajah 1.7: Karl Marx

Marx cuba mencari prinsip asas dalam sejarah. Beliau menumpukan
pencariannya ke atas persekitaran ekonomi masyarakat yang sedang
membangun, terutamanya daripada aspek teknologi dan cara mereka merancang
pengeluaran mereka (memburu, mengumpul hasil pertanian, industri). Pada
setiap zaman dalam sejarah, aspek-aspek inilah yang akan mengimlakkan
sesebuah kumpulan dalam masyarakat di mana mereka ini yang akan menguasai
dan juga kumpulan yang akan dikuasai.

Marx berpendapat bahawa sesebuah masyarakat dibahagikan kepada mereka
yang mempunyai keupayaan untuk menjana kemewahan dan mereka yang tidak
mampu berbuat demikian. Keadaan inilah yang akan menimbulkan konflik kelas
dalam masyarakat. Beliau percaya bahawa sejarah dibentuk oleh konflik di
antara kelas-kelas dalam masyarakat, misalnya, konflik di antara masyarakat
patricians dan plebeians dan di antara hamba dan tuan pada zaman Rom. Beliau
berpandangan bahawa perkembangan                masyarakat bergantung atas
pertembungan pendapat yang berlainan dan ini mengakibatkan wujudnya
struktur yang lebih hebat. Menurut beliau, dunia ini bukannya mengandungi
struktur yang statik tetapi melalui proses penstrukturan yang dinamik.
TOPIK 1    APA ITU SOSIOLOGI?        13



          SEMAK KENDIRI 1.4

      Jelaskan dengan ringkas sumbangan setiap ahli sosiologi berikut
      kepada bidang sosiologi serta perbezaan pendapat di antara mereka:
      •    Auguste Comte
      •    Harriet Martineau
      •    Herbert Spencer
      •    Emile Durkheim
      •    Max Weber
      •    Karl Marx



 1.3        APLIKASI SOSIOLOGI DALAM KEHIDUPAN
            SEHARIAN KITA PADA ABAD KE-20
Mungkin sudah terlintas dalam fikiran anda: apakah gunanya saya mempelajari
sosiologi? Bagaimanakah saya mengaplikasikan teori-teori sosiologi dalam
mengharungi kehidupan seharian yang bergerak dengan cukup pantas?

Dalam abad ke-20 yang semakin pesat membangun dalam aspek sains dan
teknologi, apakah kepentingan sosiologi dalam kehidupan seharian kita?
Apabila sosiologi diaplikasikan dalam kehidupan seharian, kita akan mendapat
manfaat-manfaat berikut:

(a)   Menolong kita menilai kebenaran asas logik. Pendekatan sosiologi
      menggalakkan manusia bertanya:
      •    Sama ada kepercayaan yang dianuti itu benar atau tidak,
      •    Sejauh manakah ia benar atau tidak, dan
      •    Mengapa kepercayaan tersebut diterima oleh masyarakat.

(b)   Perspektif sosiologi membuat kita melihat sesuatu peluang atau kekangan
      dalam hidup kita secara lebih kritikal. Apabila kita melihat sesuatu melalui
      kanta sosiologi, kita dapat menyimpulkan bahawa dalam kehidupan kita
      boleh terlibat dalam menentukan sesuatu tetapi masyarakatlah yang
      berhak membuat penentuan terakhir. Maka lebih banyak kita memahami
      tentang kehidupan, semakin bijaklah kita mengendalikan kehidupan kita.
      Sosiologi membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih berkesan.
14             TOPIK 1   APA ITU SOSIOLOGI?



(c)    Perspektif sosiologi mendorong kita melibatkan diri secara aktif dalam
       masyarakat. Sekiranya kita memahami bagaimana masyarakat berfungsi,
       kita mampu menjadi ahli masyarakat yang aktif. Kepada sesetengah pihak,
       ini bermakna mereka memberi sokongan kepada masyarakat, manakala
       yang lain pula cuba mengubah masyarakat atau dunia dengan
       menggunakan pelbagai cara. Dalam kita mengukur mana-mana aspek
       masyarakat, kita perlu mengenalpasti tekanan sosial dan menguji
       kesannya.

(d)    Perspektif sosiologi membolehkan kita hidup dalam berbagai „dunia‰.
       Setiap kaum dalam negara-negara di dunia ini hidup dengan cara mereka
       tersendiri. Setiap masyarakat akan mengatakan bahawa cara hidup mereka
       adalah yang „terbaik‰ dan „lebih baik‰ daripada masyarakat yang lain.
       Perspektif sosiologi akan menggalakkan kita berfikir secara kritikal tentang
       kekuatan dan kelemahan semua cara hidup masyarakat di dunia ini
       termasuk masyarakat kita sendiri.

Seperti yang dibincangkan, memang jelas bahawa sosiologi banyak mencabar
kita membuka minda kita untuk meneroka alam sosial yang kita lalui secara
objektif dan kritikal. Dengan mendalami ilmu sosiologi, kita diperkasakan
dengan ilmu yang boleh membantu kita memahami bagaimana struktur-struktur
sosial dalam hidup kita mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku kita
sebagai manusia. Pada abad ke-20 yang mencabar ini, sosiologi masih relevan
kerana ia berupaya menjawab persoalan asas yang difikirkan oleh manusia:
siapakah manusia dalam konteks masyarakat sekelilingnya?


         AKTIVITI 1.1
       1. Jelaskan bagaimana      sosiologi   boleh   membantu    kita   dalam
          kehidupan seharian.
       2. Setakat ini, adakah anda berminat dengan subjek sosiologi? Jika ya,
          apakah ciri-ciri sosiologi yang menarik minat anda?




•     Bidang sosiologi mempunyai pertalian dengan bidang-bidang lain seperti
      ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial.
•     Perspektif sosiologi berlainan daripada perspektif asas logik. Ahli sosiologi
      membuat kajian berdasarkan fakta manakala mereka yang berpegang kepada
TOPIK 1     APA ITU SOSIOLOGI?     15



    perspektif asas logik lebih tertumpu kepada kepercayaan dan perkara yang
    subjektif.
•   Di antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal termasuklah Auguste Comte,
    Harriet Martineau, Herbert Spencer, Emile Durkheim, Max Weber dan Karl
    Marx. Mereka merupakan pengasas kepada bidang sosiologi.
•   Pada hari ini, sosiologi merupakan bidang yang sangat penting kerana ia
    boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.




Antropologi                             Karl Marx
Asas logik (common sense)               Kerja sosial
Auguste Comte                           Kesempurnaan (ideal type)
Ekonomi                                 Max Weber
Emile Durkheim                          Psikologi
Harriet Martineau                       Sains politik
Herbert Spencer                         Sejarah
Imaginasi sosiologi                     Sosiologi aplikasi




Gelles, J. G., & Levine, A. (1995). Sociology: An introduction. New York:
     McGraw-Hill.

Schaefer, R. T., & Lamm, R. P. (1992). Sociology. New York: McGraw-Hill.

http://plasma.nationalgeographic.com/mapmachine

http://www.nationaatlas.gov

Contenu connexe

Tendances

Bab 1: Pengenalan Sekolah dan Masyarakat
Bab 1: Pengenalan Sekolah dan MasyarakatBab 1: Pengenalan Sekolah dan Masyarakat
Bab 1: Pengenalan Sekolah dan Masyarakatnursyafiqahy
 
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)NurSyaqina
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranzaini mustaffa
 
Bab 5: Interaksi dalam Pendidikan
Bab 5: Interaksi dalam PendidikanBab 5: Interaksi dalam Pendidikan
Bab 5: Interaksi dalam Pendidikannursyafiqahy
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologiguest0321ac
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstSanta Barbara
 
Bab2 konsep sosialisasi
Bab2 konsep sosialisasiBab2 konsep sosialisasi
Bab2 konsep sosialisasizuraidanasri
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaSyed Ahmad Azhar
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikelnurinbatrisyia
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 
Konsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanKonsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanEmyza Hamzah
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosialHalizawwh
 
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONEDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONPISMPBM20622AinNajwa
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 

Tendances (20)

Bab 1: Pengenalan Sekolah dan Masyarakat
Bab 1: Pengenalan Sekolah dan MasyarakatBab 1: Pengenalan Sekolah dan Masyarakat
Bab 1: Pengenalan Sekolah dan Masyarakat
 
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)
Sosiologi dan pembelajaran (Bab 1)
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Bab 5: Interaksi dalam Pendidikan
Bab 5: Interaksi dalam PendidikanBab 5: Interaksi dalam Pendidikan
Bab 5: Interaksi dalam Pendidikan
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas PsikologiTopik 1 Konsep Asas Psikologi
Topik 1 Konsep Asas Psikologi
 
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert HavighurstTeori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst
 
Bab2 konsep sosialisasi
Bab2 konsep sosialisasiBab2 konsep sosialisasi
Bab2 konsep sosialisasi
 
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudayaVygotsky   teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
Vygotsky teori pembelajaran dari perspektif sosiobudaya
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Konsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanKonsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinan
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSONEDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
EDUP3103 : TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON
 
Interaksi dalam pendidikan
Interaksi dalam pendidikanInteraksi dalam pendidikan
Interaksi dalam pendidikan
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
 

Similaire à Apa Itu Sosiologi

Sociology as a science that analyses society
Sociology as a science that analyses societySociology as a science that analyses society
Sociology as a science that analyses societyMalik Fauzi
 
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. Pasuruan
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. PasuruanI. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. Pasuruan
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. PasuruanHeru Paryono
 
Tokoh-tokoh sosiologi klasik, modern, Indonesia dan macam-macam Teori sosiologi
Tokoh-tokoh sosiologi klasik, modern, Indonesia dan macam-macam Teori sosiologiTokoh-tokoh sosiologi klasik, modern, Indonesia dan macam-macam Teori sosiologi
Tokoh-tokoh sosiologi klasik, modern, Indonesia dan macam-macam Teori sosiologiAkbarGhani1
 
Sosiologi Sebagai Ilmu Tentang Masyarakat
Sosiologi Sebagai Ilmu Tentang MasyarakatSosiologi Sebagai Ilmu Tentang Masyarakat
Sosiologi Sebagai Ilmu Tentang MasyarakatGhina Maudy
 
fungsi dan peran sosiologi
fungsi dan peran sosiologifungsi dan peran sosiologi
fungsi dan peran sosiologiabd_
 
Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Zubidah Naim
 
Buku Murid IPS - Ilmu Pengetahuan Sosial Tema 02 - Fase E (1).pdf
Buku Murid IPS - Ilmu Pengetahuan Sosial Tema 02 - Fase E (1).pdfBuku Murid IPS - Ilmu Pengetahuan Sosial Tema 02 - Fase E (1).pdf
Buku Murid IPS - Ilmu Pengetahuan Sosial Tema 02 - Fase E (1).pdfNoorLailyFitriyati
 
Hubungan Antara Sosiologi dan Ilmu Sosial Lain (Powerpoint)
Hubungan Antara Sosiologi dan Ilmu Sosial Lain (Powerpoint)Hubungan Antara Sosiologi dan Ilmu Sosial Lain (Powerpoint)
Hubungan Antara Sosiologi dan Ilmu Sosial Lain (Powerpoint)Ervina Sugianti
 
1 ruang lingkup psi sosial
1 ruang lingkup psi sosial1 ruang lingkup psi sosial
1 ruang lingkup psi sosialAnggi Septiyani
 
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdf
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdfTUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdf
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdfAmbarwati7620
 
Pengantar Sosio Antrop.pptx
Pengantar Sosio Antrop.pptxPengantar Sosio Antrop.pptx
Pengantar Sosio Antrop.pptxprihma
 
2.Sosiologi-sebagai-ilmu-pengetahuan.ppt
2.Sosiologi-sebagai-ilmu-pengetahuan.ppt2.Sosiologi-sebagai-ilmu-pengetahuan.ppt
2.Sosiologi-sebagai-ilmu-pengetahuan.pptannajihachannel
 
materi-1-dasar-dasar-sosiologi.pptx
materi-1-dasar-dasar-sosiologi.pptxmateri-1-dasar-dasar-sosiologi.pptx
materi-1-dasar-dasar-sosiologi.pptxaqlaislm
 
topik 1 pengenalan sekolah dan masyarakat
topik 1 pengenalan sekolah dan masyarakattopik 1 pengenalan sekolah dan masyarakat
topik 1 pengenalan sekolah dan masyarakatnoraetikahsemail
 
Materi Dasar - Pengantar Dasar-Dasar Sosiologi Menuju Sosiologi Pendidikan (S...
Materi Dasar - Pengantar Dasar-Dasar Sosiologi Menuju Sosiologi Pendidikan (S...Materi Dasar - Pengantar Dasar-Dasar Sosiologi Menuju Sosiologi Pendidikan (S...
Materi Dasar - Pengantar Dasar-Dasar Sosiologi Menuju Sosiologi Pendidikan (S...FarkhanWahid
 
Sosiologi paul horton
Sosiologi paul hortonSosiologi paul horton
Sosiologi paul hortonyoulinda
 
Materi Sosiologi Kelas X. Bab 1. Fungsi dan Peran Sosiologi (Kurikulum 2013)....
Materi Sosiologi Kelas X. Bab 1. Fungsi dan Peran Sosiologi (Kurikulum 2013)....Materi Sosiologi Kelas X. Bab 1. Fungsi dan Peran Sosiologi (Kurikulum 2013)....
Materi Sosiologi Kelas X. Bab 1. Fungsi dan Peran Sosiologi (Kurikulum 2013)....UciSanusi25
 
fungsi sosiologi untuk mengenali gejala sosial di masyarakat.pptx
fungsi sosiologi untuk mengenali gejala sosial di masyarakat.pptxfungsi sosiologi untuk mengenali gejala sosial di masyarakat.pptx
fungsi sosiologi untuk mengenali gejala sosial di masyarakat.pptxlesydeswanti
 

Similaire à Apa Itu Sosiologi (20)

Sociology as a science that analyses society
Sociology as a science that analyses societySociology as a science that analyses society
Sociology as a science that analyses society
 
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. Pasuruan
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. PasuruanI. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. Pasuruan
I. sos sbg ilmu ttg masy_SMAN 1 Kejayan Kab. Pasuruan
 
Tokoh-tokoh sosiologi klasik, modern, Indonesia dan macam-macam Teori sosiologi
Tokoh-tokoh sosiologi klasik, modern, Indonesia dan macam-macam Teori sosiologiTokoh-tokoh sosiologi klasik, modern, Indonesia dan macam-macam Teori sosiologi
Tokoh-tokoh sosiologi klasik, modern, Indonesia dan macam-macam Teori sosiologi
 
Sosiologi Sebagai Ilmu Tentang Masyarakat
Sosiologi Sebagai Ilmu Tentang MasyarakatSosiologi Sebagai Ilmu Tentang Masyarakat
Sosiologi Sebagai Ilmu Tentang Masyarakat
 
fungsi dan peran sosiologi
fungsi dan peran sosiologifungsi dan peran sosiologi
fungsi dan peran sosiologi
 
Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]Sosiologi%20 pendidikan[1]
Sosiologi%20 pendidikan[1]
 
Buku Murid IPS - Ilmu Pengetahuan Sosial Tema 02 - Fase E (1).pdf
Buku Murid IPS - Ilmu Pengetahuan Sosial Tema 02 - Fase E (1).pdfBuku Murid IPS - Ilmu Pengetahuan Sosial Tema 02 - Fase E (1).pdf
Buku Murid IPS - Ilmu Pengetahuan Sosial Tema 02 - Fase E (1).pdf
 
Hubungan Antara Sosiologi dan Ilmu Sosial Lain (Powerpoint)
Hubungan Antara Sosiologi dan Ilmu Sosial Lain (Powerpoint)Hubungan Antara Sosiologi dan Ilmu Sosial Lain (Powerpoint)
Hubungan Antara Sosiologi dan Ilmu Sosial Lain (Powerpoint)
 
1 ruang lingkup psi sosial
1 ruang lingkup psi sosial1 ruang lingkup psi sosial
1 ruang lingkup psi sosial
 
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdf
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdfTUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdf
TUGAS BESAR 1_ SOSIOLOGI KOMUNIKASI_ AMBARWATI _44321120002.pdf
 
Pengantar Sosio Antrop.pptx
Pengantar Sosio Antrop.pptxPengantar Sosio Antrop.pptx
Pengantar Sosio Antrop.pptx
 
2.Sosiologi-sebagai-ilmu-pengetahuan.ppt
2.Sosiologi-sebagai-ilmu-pengetahuan.ppt2.Sosiologi-sebagai-ilmu-pengetahuan.ppt
2.Sosiologi-sebagai-ilmu-pengetahuan.ppt
 
materi-1-dasar-dasar-sosiologi.pptx
materi-1-dasar-dasar-sosiologi.pptxmateri-1-dasar-dasar-sosiologi.pptx
materi-1-dasar-dasar-sosiologi.pptx
 
topik 1 pengenalan sekolah dan masyarakat
topik 1 pengenalan sekolah dan masyarakattopik 1 pengenalan sekolah dan masyarakat
topik 1 pengenalan sekolah dan masyarakat
 
Sosiologi
SosiologiSosiologi
Sosiologi
 
Modul 1
Modul 1Modul 1
Modul 1
 
Materi Dasar - Pengantar Dasar-Dasar Sosiologi Menuju Sosiologi Pendidikan (S...
Materi Dasar - Pengantar Dasar-Dasar Sosiologi Menuju Sosiologi Pendidikan (S...Materi Dasar - Pengantar Dasar-Dasar Sosiologi Menuju Sosiologi Pendidikan (S...
Materi Dasar - Pengantar Dasar-Dasar Sosiologi Menuju Sosiologi Pendidikan (S...
 
Sosiologi paul horton
Sosiologi paul hortonSosiologi paul horton
Sosiologi paul horton
 
Materi Sosiologi Kelas X. Bab 1. Fungsi dan Peran Sosiologi (Kurikulum 2013)....
Materi Sosiologi Kelas X. Bab 1. Fungsi dan Peran Sosiologi (Kurikulum 2013)....Materi Sosiologi Kelas X. Bab 1. Fungsi dan Peran Sosiologi (Kurikulum 2013)....
Materi Sosiologi Kelas X. Bab 1. Fungsi dan Peran Sosiologi (Kurikulum 2013)....
 
fungsi sosiologi untuk mengenali gejala sosial di masyarakat.pptx
fungsi sosiologi untuk mengenali gejala sosial di masyarakat.pptxfungsi sosiologi untuk mengenali gejala sosial di masyarakat.pptx
fungsi sosiologi untuk mengenali gejala sosial di masyarakat.pptx
 

Plus de PAKLONG CIKGU

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017PAKLONG CIKGU
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihPAKLONG CIKGU
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihPAKLONG CIKGU
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3PAKLONG CIKGU
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3PAKLONG CIKGU
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 PAKLONG CIKGU
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4PAKLONG CIKGU
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanPAKLONG CIKGU
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4PAKLONG CIKGU
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4PAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016PAKLONG CIKGU
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 

Plus de PAKLONG CIKGU (20)

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersih
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 

Apa Itu Sosiologi

  • 1. Topik 1 Apa Itu Sosiologi? HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud imaginasi sosiologi; 2. Menjelaskan bagaimana sosiologi dikaitkan dengan bidang ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial; 3. Membezakan perspektif sosiologi daripada perspektif asas logik; 4. Menghuraikan kebaikan perspektif sosiologi dan sumbangannya dalam kehidupan seharian; dan 5. Menjelaskan sumbangan ahli-ahli sosiologi berikut: • Auguste Comte; • Harriet Martineau; • Herbert Spencer; • Emile Durkheim; • Max Weber; dan • Karl Marx. PENGENALAN Mengapakah sesetengah perkahwinan bahagia dan ada yang tidak? Adakah kita dilahirkan dengan personaliti semulajadi? Sejauh manakah pendidikan tinggi akan mempengaruhi masa depan anda? Adakah tinggal di bandar lebih bahagia daripada tinggal di kampung? Ahli sosiologi berusaha menjawab persoalan-persoalan di atas. Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang tingkahlaku manusia. Sosiologi juga boleh
  • 2. 2 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? menunjukkan kepada kita bagaimana manusia bertingkahlaku dan bertindak, apakah ciri-ciri kumpulan dan masyarakat, dan bagaimana semua ini bergabung dan mempengaruhi tingkahlaku manusia. 1.1 PERSPEKTIF SOSIOLOGI Bagi mereka yang baru hendak mengenali bidang sosiologi, sudah tentu terdapat banyak persoalan dalam minda anda. Apakah pendekatan yang digunakan oleh ahli sosiologi? Apakah kaitan bidang sosiologi dengan disiplin-disiplin sains sosial yang lain? Adakah sosiologi mempunyai asas logik atau saintifik? Kesemua persoalan ini akan dibincangkan dengan terperinci dalam bahagian ini. 1.1.1 Imaginasi Sosiologi Apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi? Apabila ahli sosiologi mengkaji tentang manusia dan tingkahlakunya, mereka memfokus kepada bagaimana manusia dipengaruhi oleh manusia lain dan juga oleh masyarakat. Tidak kira apa pengalaman peribadi kita, pasti kita akan dipengaruhi oleh arus sosial masyarakat walau di mana pun kita berada. C. Wright Mills (1916 1962) mengatakan bahawa untuk kita memahami sosiologi, kita perlu terlebih dahulu memahami masyarakat di mana kita tinggal agar kita mendapat satu gambaran yang lebih mendalam tentang kehidupan masyarakat kita (sila lihat Rajah 1.1). Beliau menamakan disiplin ini imaginasi sosiologi (sociological imagination) iaitu keupayaan untuk kita melihat pengalaman dan kepayahan yang kita lalui sebagai mencerminkan perancangan struktur masyarakat dan zaman tersebut. Rajah 1.1: C. Wright Mills Sumber: www.leksikon.org Lazimnya, kita melalui kehidupan seharian kita dengan memikirkan tentang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pekerjaan, keluarga dan jiran tetangga. Imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengaitkan pengalaman kita dengan masyarakat serta peristiwa silam. Mengikut Mills, masalah peribadi dan isu masyarakat saling bertindih untuk membentuk sebuah struktur sosial dan kehidupan masyarakat yang lebih luas. Sebagai contoh, mari kita pertimbangkan kesukaran masyarakat Amerika untuk mendapatkan pekerjaan pada awal tahun 1890an. Penggubalan struktur dan
  • 3. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 3 pengecilan sektor korporat meninggalkan kesan ke atas ekonomi yang meleset. Inilah yang kemudiannya mengakibatkan pengangguran di kalangan belia pada masa itu. Mills mengatakan bahawa situasi sedemikian bukan hanya disebabkan oleh perwatakan peribadi individu sahaja. Kita juga perlu melihat situasi ekonomi dan politik masyarakat pada masa itu. Di sinilah imaginasi sosiologi akan memberi kita ruang untuk memahami kekecewaan masyarakat Amerika pada ketika itu dalam konteks faktor-faktor seperti persekitaran tempat kerja serta masyarakat keseluruhannya. Kesimpulannya, imaginasi sosiologi memberi kita peluang untuk mengenalpasti hubungan di antara kehidupan peribadi kita dengan kehidupan sosial masyarakat di sekeliling kita. Apa yang berlaku kepada diri kita merupakan detik di mana kehidupan peribadi kita bertembung dengan masyarakat di sekeliling kita. SEMAK KENDIRI 1.1 Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan imaginasi sosiologi. 1.1.2 Sosiologi dalam Sains Sosial Ahli sosiologi mengkaji tentang tingkahlaku manusia seiring dengan bidang- bidang sains sosial yang lain seperti ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial (sila lihat Jadual 1.1): Jadual 1.1: Perbandingan Bidang Sosiologi dan Bidang-Bidang Sains Sosial yang Lain Ekonomi Ekonomi adalah kajian tentang pengeluaran dan pengagihan bahan dan perkhidmatan. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji perkara-perkara ini. Mereka mengkaji tentang bagaimana manusia bekerja dan bagaimana pekerjaan dan agihan bahan ekonomi mempengaruhi kehidupan manusia. Sejarah Sejarah adalah kajian tentang peristiwa lalu. Sejarawan bukan sahaja menggambarkan peristiwa lalu tetapi juga menerangkan peristiwa bersejarah berdasarkan kepada petunjuk sosial. Ahli sosiologi juga berminat mengkaji sejarah tetapi mereka menggunakan fakta sejarah untuk menerangkan tentang sikap sosial dan tingkahlaku masa kini.
  • 4. 4 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? Sains Politik Sains politik mengkaji kuasa, ciri-ciri dan operasi kerajaan dan aktiviti politik dalam pelbagai masyarakat. Ahli sosiologi lebih berminat mengkaji bagaimana institusi seperti keluarga dan sistem pendidikan mempengaruhi sikap politik dan tingkahlaku pengundi. Psikologi Psikologi merangkumi bidang biologi dan sains sosial. Ia adalah kajian tentang proses pemikiran dan tingkahlaku individu. Perkara-perkara yang dikaji adalah fisiologi otak manusia dan sistem urat saraf, pembelajaran, perasaan, motivasi, personaliti dan tingkahlaku yang tidak normal. Mereka mengkaji masalah-masalah daripada aspek individu. Manakala ahli sosiologi mengkaji perkara-perkara yang sama dengan melihat bagaimana ia berbeza di antara kumpulan sosial atau bagaimana ia mempengaruhi masyarakat. Psikologi dan sosiologi bergabung pula dalam satu bidang yang dinamakan psikologi sosial, iaitu kajian tentang hubungan di antara individu dan kumpulan. Antropologi Antropologi, seperti psikologi, adalah gabungan di antara biologi dan sains sosial. Ahli antropologi fizikal mengkaji tentang evolusi biologikal spesis manusia serta perbezaan fizikal di antara kumpulan manusia seperti kaum. Ahli antropologi budaya pula mengkaji tentang budaya dan cara hidup pelbagai masyarakat. Manakala ahli sosiologi memfokus kepada masyarakat yang moden dan kompleks. Akhir-akhir ini, ahli antropologi semakin berminat mengkaji tentang cara hidup zaman moden disebabkan manusia sudah mula berpendidikan. Kerja Sosial Ahli sosiologi lebih tertumpu kepada mencari ilmu tentang tingkahlaku manusia. Manakala mereka yang bergiat dalam kerja sosial mengkaji tentang bagaimana menggunakan ilmu sosiologi untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah sosial seperti keretakan rumahtangga dan penagihan dadah. SEMAK KENDIRI 1.2 Terangkan bagaimana bidang-bidang berikut berkaitan dengan sosiologi: • Ekonomi • Sejarah • Sains Politik • Psikologi • Antropologi • Kerja Sosial
  • 5. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 5 1.1.3 Sosiologi dan Asas Logik Betulkah sosiologi mempunyai asas logik (common sense)? Pada sesetengah ahli sosiologi, bidang sosiologi memang ada asas logik. Cuba kita teliti pernyataan-pernyataan berikut: • Kebanyakan ahli sukan yang berbakat berkemungkinan menjadi pemain profesional kelak. • Pada ketika ini, bilangan perceraian adalah tinggi di Amerika. Ini mencerminkan keruntuhan sistem kekeluargaan di Amerika. • Sekiranya tahap kemiskinan meningkat, ini akan membuka ruang untuk tercetusnya revolusi. • Perompak bersenjata adalah lebih merbahaya kepada mangsanya berbanding dengan perompak tidak bersenjata. Pada pandangan umum, pernyataan-pernyataan di atas adalah benar. Tetapi kajian telah membuktikan bahawa pernyataan-pernyataan tersebut adalah tidak benar: • Hanya 2% sahaja dikalangan ahli sukan yang bernasib baik yang akan menjadi pemain profesional. • Perkahwinan masih popular di Amerika. Amerika mempunyai peratus tertinggi perkahwinan di dunia. • Revolusi berkemungkinan akan tercetus apabila keadaan kehidupan meningkat lebih baik dan kurang berkemungkinan berlaku sekiranya keadaan kehidupan berada dalam keadaan kurang baik untuk jangka masa panjang. • Perompak tidak bersenjata adalah lebih merbahaya daripada yang bersenjata. Perompak tidak bersenjata berkemungkinan akan mencederakan mangsanya sebab seseorang mangsa akan cuba mempertahankan dirinya daripada perompak yang tidak bersenjata. Dapatan sosiologi di atas akan memeranjatkan anda sebab ia bertentangan dengan asas logik anda. Namun demikian, bukan kesemua dapatan sosiologi itu memeranjatkan dan bukan semua idea yang tidak logik itu tidak benar. Ada juga yang benar, contohnya kemungkinan orang miskin masuk penjara lebih tinggi berbanding dengan orang kaya. Tetapi, rata-rata terdapat banyak idea yang logik tetapi tidak benar seperti contoh-contoh yang telah dibincangkan.
  • 6. 6 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? Pada keseluruhannya, ilmu logik ada sekurang-kurangnya dua kelemahan: (i) Ia tidak objektif. Realitinya tidak diuji secara sistematik tetapi secara subjektif, iaitu berdasarkan perasaan, kepercayaan atau pengalaman seseorang itu. Ia juga merupakan kepercayaan yang lazimnya diterima pakai oleh sesebuah komuniti. (ii) Idea logik ini memberi kita sebuah idea yang lapuk dan tidak konsisten. Pendekatan sosiologi memerlukan fakta dan idea yang sistematik dan diuji berdasarkan bukti. Ini akan memberi kita peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru. Manakala ilmu logik (common sense knowledge) adalah subjektif, tidak konsisten dan tidak semestinya diterima oleh masyarakat. Ahli sosiologi mencari sesuatu yang objektif, konsisten dan baru. Untuk mencapai hasrat ini, mereka menggunakan kaedah saintifik. Ini merupakan salah satu sebab mengapa sosiologi itu menarik. Ia menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu yang menjadi kebiasaan dan logik boleh bertukar kepada sesuatu yang tidak biasa dan tidak umum. Maka perbezaan di antara sosiologi dan perkara yang logik adalah ketara. sekeliling kita. SEMAK KENDIRI 1.3 Bagaimanakah anda membezakan sosiologi dengan pemikiran logik? 1.2 ASAL-USUL TEORI SOSIOLOGI Dalam memerihalkan asal-usul sosiologi, sudah tentu kita harus mengkaji sumbangan tokoh-tokoh sosiologi yang banyak menghasilkan teori-teori sosiologi. Mereka ini banyak menyediakan dan memperkukuhkan asas teoretikal sosiologi, lantas membolehkan ahli-ahli sosiologi yang datang kemudian untuk terus menjana teori dan ilmu sosiologi yang terkini. Mereka ini termasuklah: • Auguste Comte • Harriet Martineau • Herbert Spencer • Emile Durkheim • Max Weber • Karl Marx
  • 7. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 7 1.2.1 Auguste Comte Apakah sumbangan Auguste Comte (sila lihat Rajah 1.2) kepada bidang sosiologi? Auguste Comte (1798 1857) merupakan seorang ahli pemikir sosial berketurunan Perancis yang memperkenalkan bidang sosiologi dan menggunakan istilah sociology pada tahun 1838. Menurut beliau, sosiologi melihat masyarakat daripada satu perspektif baru iaitu pendekatan saintifik yang mementingkan kaedah pemerhatian yang sistematik, pengujian kajian dan analisis perbandingan sejarah. Rajah 1.2: Auguste Comte Sumber: http://upload.wikimedia.org/ wikipedia/commons/f/f4/Au guste_Comte2.jpg Beliau membahagikan pengajian tentang masyarakat kepada dinamik sosial dan statik sosial (sila lihat Jadual 1.2): Jadual 1.2: Dinamik Sosial dan Statik Sosial Dinamik sosial Dinamik sosial melibatkan proses kehidupan sosial yang mencorakkan perkembangan institusi yang berkaitan dengan perubahan sosial. Statik sosial Statik sosial melibatkan aspek-aspek kehidupan sosial yang berkaitan dengan peraturan, kestabilan dan organisasi sosial yang membuat kumpulan dan masyarakat hidup bersama dan berkekalan. Walaupun idea beliau tidak lagi mencorak sosiologi terkini, namun Comte merupakan pengasas kepada idea bahawa kehidupan sosial boleh dikaji secara saintifik dan ini telah banyak mempengaruhi ahli sosiologi lain seperti Herbert Spencer, Harriet Martineau dan Emile Durkheim.
  • 8. 8 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 1.2.2 Harriet Martineau Siapakah Harriet Martineau (sila lihat Rajah 1.3)? Harriet Martineau (1802 1876) dilahirkan dalam sebuah keluarga Inggeris yang mewah. Beliau menterjemahkan penulisan Comte daripada bahasa Perancis kepada bahasa Inggeris. Beliau banyak mengutarakan tentang gejala perhambaan dan menekankan perlunya undang-undang untuk menjaga pekerja-pekerja kilang dan kedudukan kaum wanita. Martineau juga telah memperkenalkan satu disiplin baru hasil pemerhatiannya terhadap tingkahlaku orang-orang di Amerika dan di England. Beliau menekankan bahawa Rajah 1.3: Harriet kajian ke atas masyarakat merupakan satu bidang saintifik. Martineau Di antara sumbangan beliau adalah sebuah buku kaedah kajian sosial yang bertajuk, How to Observe Manners and Morals (1838). Martineau memperjuangkan kemajuan kaum wanita. Beliau mengkaji bagaimana asas nilai moral negara yang muda seperti Amerika mencorak penyusunan institusinya. Beliau juga menekankan persamaan di antara kedudukan wanita dalam masyarakat Barat dan hamba di Amerika di mana beliau memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk mereka. Walaupun Martineau merupakan ahli sosiologi yang terkenal dan berpengaruh, namun sumbangan beliau kepada sosiologi diketepikan oleh kaum lelaki yang menguasai bidang tersebut pada masa itu. Sumbangan beliau yang signifikan hanya diketengahkan baru-baru ini sahaja.
  • 9. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 9 1.2.3 Herbert Spencer Sejauh manakah sumbangan Herbert Spencer (sila lihat Rajah 1.4) kepada dunia sosiologi? Herbert Spencer (1820 1903), seorang ahli sosiologi Inggeris, bersependapat dengan Comte tentang statik sosial dan dinamik sosial. Beliau melihat masyarakat sebagai satu sistem biologi yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungan. Menurut beliau, masyarakat terdiri daripada pelbagai institusi (keluarga, agama, pendidikan, kerajaan dan ekonomi) seperti sebuah badan manusia yang terdiri daripada pelbagai organ. Beliau memfokus kepada struktur dan sumbangan fungsi struktur ini kepada kewujudan Rajah 1.4: Herbert Spencer sesebuah masyarakat. Pada hari ini, masyarakat yang berstruktur sedemikian disebut dalam teori fungsional-struktur. Spencer percaya bahawa dunia akan berkembang dengan lebih baik. Beliau menerangkan bahawa kerajaan tidak seharusnya campur tangan dalam perkembangan dalam masyarakat. Manusia dan corak masyarakat yang kukuh akan hidup manakala mereka yang tidak kukuh akan mati. Sekiranya prinsip ini dibenarkan wujud dengan bebas, manusia dan institusi sosial akan menyesuaikan diri dengan persekitaran dan berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Pandangan Spencer menunjukkan bahawa persepsi kita terhadap diri kita dan juga persekitaran kita dicorak oleh zaman sosial yang kita lalui. 1.2.4 Emile Durkheim Apakah sumbangan Emile Durkheim (sila lihat Rajah 1.5) kepada bidang sosiologi? Emile Durkheim (1858 1917) menumpukan perhatian beliau kepada cara masyarakat hidup bersama dan mengekalkan keharmonian. Menurut beliau, sosiologi adalah konsep penyatuan sosial yang melibatkan perhubungan sosial yang wujud di kalangan sekumpulan manusia. Hubungan yang rapat di antara ahli kumpulan akan menghasilkan perasaan yang lebih kukuh serta bermakna. Beliau berpendapat penyatuan sosial penting untuk menyokong keharmonian dan kesejahteraan individu. Maka beliau mencadangkan bahawa untuk seseorang individu mengekalkan kesejahteraan hidupnya, dia perlu mencari sesuatu yang bermakna di luar dirinya. Perkara ini wujud dalam konteks
  • 10. 10 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? penglibatannya dalam kumpulan masyarakat di sekelilingnya. Durkheim cuba menerangkan bahawa keruntuhan hubungan sosial (misalnya perceraian) akan mengakibatkan kesan negatif. Dalam sesetengah keadaan, ini akan mendorong seseorang itu untuk membunuh diri. Rajah 1.5: Emile Durkheim Seterusnya, Durkheim percaya bahawa kita perlu memfokus kepada kumpulan dan bukannya individu. Beliau menekankan fakta sosial (social factor) yang merujuk kepada aspek-aspek kehidupan sosial yang tidak boleh dijelaskan secara biologikal atau ciri-ciri mental individu tersebut. Menurut beliau, manusia mengalami fakta sosial sebagai pengalaman luaran di mana ia menjadi sebahagian daripada pengamatan manusia terhadap alam sekelilingnya. Maka fakta sosial berperanan mengawal tingkahlaku yang melibatkan peraturan, nilai moral, undang-undang serta corak tingkahlaku di sekeliling yang akan mempengaruhi kehidupan manusia seharian. Durkheim juga menekankan aspek peraturan sosial yang melibatkan kepercayaan individu. Seseorang individu itu tidak boleh lepas daripada dipandang serong oleh masyarakat sekiranya ia melanggar peraturan sosial ini. Seterusnya, Durkheim menyentuh tentang bahan-bahan fakta sosial yang merangkumi masyarakat dan institusi utama (misalnya kerajaan, agama, keluarga dan pendidikan) dan juga beberapa bentuk yang terdapat dalam masyarakat (misalnya corak rumah, tahap jenayah, taburan populasi dan sebagainya). Manakala aspek-aspek yang bukannya bahan fakta sosial adalah seperti peraturan sosial, prinsip moraliti, pengertian kepada simbol-simbol dan kesedaran yang wujud daripada pengamatan kepada fakta-fakta sosial ini. Durkheim merupakan ahli sosial yang pertama yang cuba berdepan dengan masalah kompleks yang berkaitan dengan disiplin dan kepantasan kehidupan sosial manusia seharian.
  • 11. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 11 1.2.5 Max Weber Apakah kaitan Max Weber (sila lihat Rajah 1.6) dengan bidang sosiologi? Max Weber (1864 1920) merupakan ahli sosiologi yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas bidang sosiologi selain daripada Karl Marx. Pengaruh beliau boleh dilihat dalam kehidupan sosial yang merangkumi topik-topik seperti politik, organisasi, stratifikasi sosial, perundangan, agama, kapitalisme, muzik, bandar dan perbandingan budaya. Rajah 1.6: Max Weber Weber mengkaji tentang tingkahlaku manusia daripada aspek-aspek seperti niat, nilai, kepercayaan dan sikap. Beliau menggunakan pendekatan „memahami‰ atau „melihat‰ dalam menggambarkan hubungan manusia dengan tingkahlakunya. Lazimnya, ahli sosiologi akan cuba meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain dan mengenalpasti apakah yang difikir olehnya dan apakah perasaan mereka. Weber berpandangan bahawa ahli sosiologi perlu menyiasat lebih daripada apa yang terdapat dalam tingkahlaku manusia. Weber percaya adalah penting untuk ahli sosiologi mengkaji definisi yang digunakan oleh manusia dalam membentuk tingkahlaku mereka. Di antara kehebatan sumbangan Weber dalam sosiologi ialah konsep „kesempurnaan‰ (ideal type). Misalnya, jabatan polis dan bomba mempunyai perbezaan dalam banyak aspek seperti matlamat, prosedur, dan bagaimana setiap jabatan memberi khidmat kepada masyarakat. Walaubagaimanapun, kedua-dua jabatan mempunyai persamaan dalam aspek birokrasi. Konsep kesempurnaan ini mempunyai piawaian yang menjadi pengukur dalam menilai kes-kes sebenar. Sekiranya ahli sosiologi menetapkan situasi dan peristiwa bersejarah sebagai bukti bahawa kesempurnaan birokrasi mempunyai ciri-ciri spesifik, maka mereka boleh membuat perbandingan di antara kesempurnaan ini dengan birokrasi yang wujud dan seterusnya memberikan penjelasan mengapa terdapat perbezaan di antara kedua-dua birokrasi. Dengan itu, kita boleh mempelajari apakah perbezaan yang wujud di antara cara organisasi-organisasi tersebut berfungsi.
  • 12. 12 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 1.2.6 Karl Marx Karl Marx (1818 1883) merupakan seorang ahli falsafah, sejarah, ekonomi dan politik. Beliau melihat setiap bidang tersebut melalui cara saintifik di mana beliau menggunakan sains untuk memahami masyarakat dan juga sebagai alat untuk membentuk masyarakat. Marx ingin mengubah struktur institusi kapitalis dan menubuhkan institusi baru untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Rajah 1.7: Karl Marx Marx cuba mencari prinsip asas dalam sejarah. Beliau menumpukan pencariannya ke atas persekitaran ekonomi masyarakat yang sedang membangun, terutamanya daripada aspek teknologi dan cara mereka merancang pengeluaran mereka (memburu, mengumpul hasil pertanian, industri). Pada setiap zaman dalam sejarah, aspek-aspek inilah yang akan mengimlakkan sesebuah kumpulan dalam masyarakat di mana mereka ini yang akan menguasai dan juga kumpulan yang akan dikuasai. Marx berpendapat bahawa sesebuah masyarakat dibahagikan kepada mereka yang mempunyai keupayaan untuk menjana kemewahan dan mereka yang tidak mampu berbuat demikian. Keadaan inilah yang akan menimbulkan konflik kelas dalam masyarakat. Beliau percaya bahawa sejarah dibentuk oleh konflik di antara kelas-kelas dalam masyarakat, misalnya, konflik di antara masyarakat patricians dan plebeians dan di antara hamba dan tuan pada zaman Rom. Beliau berpandangan bahawa perkembangan masyarakat bergantung atas pertembungan pendapat yang berlainan dan ini mengakibatkan wujudnya struktur yang lebih hebat. Menurut beliau, dunia ini bukannya mengandungi struktur yang statik tetapi melalui proses penstrukturan yang dinamik.
  • 13. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 13 SEMAK KENDIRI 1.4 Jelaskan dengan ringkas sumbangan setiap ahli sosiologi berikut kepada bidang sosiologi serta perbezaan pendapat di antara mereka: • Auguste Comte • Harriet Martineau • Herbert Spencer • Emile Durkheim • Max Weber • Karl Marx 1.3 APLIKASI SOSIOLOGI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA PADA ABAD KE-20 Mungkin sudah terlintas dalam fikiran anda: apakah gunanya saya mempelajari sosiologi? Bagaimanakah saya mengaplikasikan teori-teori sosiologi dalam mengharungi kehidupan seharian yang bergerak dengan cukup pantas? Dalam abad ke-20 yang semakin pesat membangun dalam aspek sains dan teknologi, apakah kepentingan sosiologi dalam kehidupan seharian kita? Apabila sosiologi diaplikasikan dalam kehidupan seharian, kita akan mendapat manfaat-manfaat berikut: (a) Menolong kita menilai kebenaran asas logik. Pendekatan sosiologi menggalakkan manusia bertanya: • Sama ada kepercayaan yang dianuti itu benar atau tidak, • Sejauh manakah ia benar atau tidak, dan • Mengapa kepercayaan tersebut diterima oleh masyarakat. (b) Perspektif sosiologi membuat kita melihat sesuatu peluang atau kekangan dalam hidup kita secara lebih kritikal. Apabila kita melihat sesuatu melalui kanta sosiologi, kita dapat menyimpulkan bahawa dalam kehidupan kita boleh terlibat dalam menentukan sesuatu tetapi masyarakatlah yang berhak membuat penentuan terakhir. Maka lebih banyak kita memahami tentang kehidupan, semakin bijaklah kita mengendalikan kehidupan kita. Sosiologi membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih berkesan.
  • 14. 14 TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? (c) Perspektif sosiologi mendorong kita melibatkan diri secara aktif dalam masyarakat. Sekiranya kita memahami bagaimana masyarakat berfungsi, kita mampu menjadi ahli masyarakat yang aktif. Kepada sesetengah pihak, ini bermakna mereka memberi sokongan kepada masyarakat, manakala yang lain pula cuba mengubah masyarakat atau dunia dengan menggunakan pelbagai cara. Dalam kita mengukur mana-mana aspek masyarakat, kita perlu mengenalpasti tekanan sosial dan menguji kesannya. (d) Perspektif sosiologi membolehkan kita hidup dalam berbagai „dunia‰. Setiap kaum dalam negara-negara di dunia ini hidup dengan cara mereka tersendiri. Setiap masyarakat akan mengatakan bahawa cara hidup mereka adalah yang „terbaik‰ dan „lebih baik‰ daripada masyarakat yang lain. Perspektif sosiologi akan menggalakkan kita berfikir secara kritikal tentang kekuatan dan kelemahan semua cara hidup masyarakat di dunia ini termasuk masyarakat kita sendiri. Seperti yang dibincangkan, memang jelas bahawa sosiologi banyak mencabar kita membuka minda kita untuk meneroka alam sosial yang kita lalui secara objektif dan kritikal. Dengan mendalami ilmu sosiologi, kita diperkasakan dengan ilmu yang boleh membantu kita memahami bagaimana struktur-struktur sosial dalam hidup kita mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku kita sebagai manusia. Pada abad ke-20 yang mencabar ini, sosiologi masih relevan kerana ia berupaya menjawab persoalan asas yang difikirkan oleh manusia: siapakah manusia dalam konteks masyarakat sekelilingnya? AKTIVITI 1.1 1. Jelaskan bagaimana sosiologi boleh membantu kita dalam kehidupan seharian. 2. Setakat ini, adakah anda berminat dengan subjek sosiologi? Jika ya, apakah ciri-ciri sosiologi yang menarik minat anda? • Bidang sosiologi mempunyai pertalian dengan bidang-bidang lain seperti ekonomi, sejarah, sains politik, psikologi, antropologi dan kerja sosial. • Perspektif sosiologi berlainan daripada perspektif asas logik. Ahli sosiologi membuat kajian berdasarkan fakta manakala mereka yang berpegang kepada
  • 15. TOPIK 1 APA ITU SOSIOLOGI? 15 perspektif asas logik lebih tertumpu kepada kepercayaan dan perkara yang subjektif. • Di antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal termasuklah Auguste Comte, Harriet Martineau, Herbert Spencer, Emile Durkheim, Max Weber dan Karl Marx. Mereka merupakan pengasas kepada bidang sosiologi. • Pada hari ini, sosiologi merupakan bidang yang sangat penting kerana ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Antropologi Karl Marx Asas logik (common sense) Kerja sosial Auguste Comte Kesempurnaan (ideal type) Ekonomi Max Weber Emile Durkheim Psikologi Harriet Martineau Sains politik Herbert Spencer Sejarah Imaginasi sosiologi Sosiologi aplikasi Gelles, J. G., & Levine, A. (1995). Sociology: An introduction. New York: McGraw-Hill. Schaefer, R. T., & Lamm, R. P. (1992). Sociology. New York: McGraw-Hill. http://plasma.nationalgeographic.com/mapmachine http://www.nationaatlas.gov