SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  19
TUGASAN 1 (KERJA KURSUS) - 45% 
Bincangkan perkara berikut dengan jelas dan sertakan contoh-contoh yang sesuai: 
a. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. (15 markah) 
- Jawapan anda harus mencakupi beberapa definisi mengenai fonetik dan fonologi 
yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa seperti Harimurti Kridalaksana, Abdul 
Hamid Mahmood, Abdullah Hassan, Nor Hashimah Jalaluddin, Indirawati, K. L. 
Pike, David Crystal dan Gleason. 
- Anda juga harus membincangkan jenis-jenis fonetik seperti (i) fonetik artikulasi, 
(ii) fonetik akustik dan (iii) fonetik auditori. 
- Jawapan anda juga harus menyentuh matlamat akhir ilmu fonetik dan fonologi, 
khususnya bahasa Melayu. 
1. Definisi Fonetik. 
Fonetik berasal dari perkataan Inggeris phonetics ialah ilmu yang mengkaji 
bagaimana bunyi bahasa yang dihasilkan. Pengkajian ini bertumpu pada panjang 
pendek keras lembut, tekanan, intonasi dan irama bagi bunyi bagi satu-satu bahasa 
Ilmu Fonetik ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, 
larings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. Jika 
diikut urutan kajian dalam ilmu linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu pertama yang 
akan dikaji diikuti selepasnya oleh fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.Bidang 
fonetik juga melibatkan kajian bagaimana bunyi bahasa itu didengar dan ditanggapi. 
Menurut Kamus Dewan (2005), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan 
penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan penyebutannya. Ini diikuti dengan 
Marsono (1986), yang menyatakan bahawa ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi 
bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. 
Daripada kedua-dua definisi yang dinyatakan di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa ilmu 
fonetik adalah kajian yang dibuat hasil daripada tinjauan terhadap jisim atau
bahan fizik yang mewujudkan bentuk ucapan. Dengan kata lain, fonetik ialah kajian yang 
berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik), dan pendengaran 
(auditori).Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984) memberikan definisi 
fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut 
fungsinya. 
Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih 
Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau 
pertuturan manusia sejagat. 
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan 
melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi 
marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti 
Abas (1985). 
Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, 
fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan 
hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai 
kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi 
kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. 
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) berpendapat bahawa fonetik ialah 
kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Kata mereka 
lagi,secara ringkasnya, dapatlah kita katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan 
adalah bagimenjawab soalan-soalan yang beriku. 
Nor Hashimah Jalaluddin (2000) berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yangmengka 
ji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga 
memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga 
mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. 
Harimurti Kridalaksana ( 1984) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yangmenyelidiki penghasilan, 
penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.
2. Definisi Fonologi. 
Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting 
dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik namun ia terdapat 
sedikit perbezaan. Mari kita menelusuri lagi makna fonetik dan fonologi.Bahasa yang 
dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu 
sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau 
berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Kajian 
bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonologi ialah kajian tentang 
sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta 
peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama 
lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala 
bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci. 
Fonologi ialah ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan atau dituturkan oleh 
manusia. Setiap bunyi bahasa yang dituturkan haruslah bermakna dan boleh difahami oleh 
kedua-dua pihak yang menuturkannya. Manakala fonetik pula ialah bidang yang mengkaji 
tentang organ-organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik) dan pendengaran (auditori). 
Fonologi ialah kajian bunyi bahasa manusia secara saintifik. Beberapa orang tokoh 
ilmu fonologi teelah memberikan definisi masing-masing mengenai fonologi. Parker 
(1974 ) contohnya, menjelaskan ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji 
sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan 
sebutan. Yang pastinya, daripada definisi yang telah dinyatakan, ilmu fonologi 
ditakrifkan sebagai kajian bunyi bahasa manusia secara saintifik. Walaupun sesuatu 
bunyi itu mempunyai makna, tidak semestinya bunyi tersebut digolongkan sebagai 
bunyi bahasa melainkan bunyi tersebut dihasilkan oleh alat artikulasi. Apakah alat 
artikulasi akan dibincangkan di bahagian yang seterusnya nanti. Manakala, Abdullah 
Hassan ( 1993 ) berpendapat , fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-binyi yang berfungsi 
dalam sesuatu bahasa
Gambar Rajah Keratan Rentas Alat Pertuturan Manusia 
(i) fonetik artikulasi, 
Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi 
sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi. 
Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak 
tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ 
artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa. 
Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan 
artikulator pasif. Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak 
seperti bibir, lelangit lembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat 
bergerak dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras. 
Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga 
menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara, 
sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan 
sebagainya.
Ilmu yang menghuraikan bagaimana gelombang bunyi diproses oleh telinga dan 
seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna. 
Fonetik artikulasi akan mendedahkan kepada kita bagaimana sesuatu bunyi itu 
dihasilkan, oleh itu secara langsungnya kita akan diperkenalkan dengan organ-organ 
yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa itu. Contohnya, udara bergerak dari 
paru-paru ke trakea, pita suara, kerongkong, dan akhirnya keluar sama ada melalui 
rongga mulut dan/atau rongga hidung. Ini akan melibatkan organ-organ sebutan yang 
tertentu semasa bunyi bahasa itu disebut. Menerusi ilmu ini juga, kita akan 
mempelajari bagaimana kita boleh mengubah bentuk organ-organ sebutan serta 
mengolah udara untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza. 
Dalam bidang fonetik artikulasi, daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana 
berlakunya halangan dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya 
sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) 
untuk menghasilkan konsonan. Bersama cara artikulasi dan pembunyian, inilah yang 
menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan. 
Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu 
bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam 
artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator 
yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga 
jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala. 
Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007) menjelaskan bahawa 
“fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat 
artikulasi”. 
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) berpendapat bahawa fonetik 
artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah 
artikulasi bagi bertutur. 
Nor Hashimah Jalaluddin (2000) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah bidang 
kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihat 
bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ
pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi. 
Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir 
dan sebagainya, di samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit 
lembut dan pita suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga 
mengenai pemerhatian dan atau mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi 
melihat pergerakan pita suara dengan menggunakan alat “laryngoscopic”, manakala 
alat “electromyography” pula digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan 
kecil potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan otot pada tahap yang 
relevan dalam terusan ujaran. (Contoh gambar tentang alat-alat itu yang boleh 
diperoleh daripada Colin Painter: An Introduction to Instrumental Phonetics, 1979 ada 
dikemukakannya.) 
1) Paru-Paru (Lungs) 
Paru-paru dilindungi oleh tulang rangka dan diampu dibahagian bawahnya oleh oleh 
diafragma. Semasa Menghembus udara keluar, paru-paru ditekan dan mengecut, 
dan apabila udara disedut masuk, paru-paru pula akan mengembang Otok-otok yang 
terdapat di antara tulang rusuk dan diafragma banyak membantu dalam 
mengekalkan tekanan udara semasa penghasilan bunyi-bunyi bahasa. 
2) Larings 
Larings terdapat di bahagian atas tengkorak (trachea) dan bersambung dengan paru-paru 
agar semua udara yang masuk/keluar dari/ke paru-paru akan melaluinya. Ianya 
mengandungi rawan-rawan trioid, krikoid, dan aritenoid. Di sinilah terdapat pita suara 
yang juga dikenali sebagai glottis. Pita suara mempunyai dua keping otot dan tisu 
penyambung yang terbentang antara antara satu sama lain di bahagian tenggkorak. 
Pita suara melekat pada tulang-tulang aritenoid. Keadaan glotis atau pita suara yang 
berbeza akan menghasilkan bunyi yang berbeza, sama ada bunyi itu bersuara atau 
tidak bersuara
3) Farings 
Farings terletak atas daripada larings. Farinks berbentuk seperti tiub yang kemudian 
bercabang kepada dua yang mengarah ke rongga oral (mulut) dan satu lagi 
mengarah ke rongga nasal (hidung). Farings bertindak sebagai bekas untuk 
menampung udara yang mampu menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang 
berlaku di pita suara. Getaran bersambung dari golia dan terus-menerus hingga ke 
bahagian atas farings. 
4) Rongga Oral (Mulut) 
Rongga ini merupakan bahagian/ organ terpenting kerana ia boleh dipelbagaikan 
bentuknya untuk menghasilkan bunyi yang pelbagai.Rongga oral/mulut dibumbungi 
oleh lelangit. Lelangit di bahagian hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak 
boleh bergerak. Ianya dikenali sebagai lelangit keras. Manakala di bahagian 
belakang dikenali sebagai lelangit lembut. Lelangit lembut boleh digerakkan dan 
ianya berfungsi untuk menyekat udara dari keluar melalui rongga hidung. Fungsi 
lelangit dalam pengujuran adalah pelindung (foil) kepada lidah dalam pergerakan 
artikulasi. Anak tekak juga terletak dalam rongga oral/mulut. Anak tekak ialah daging 
lembut yang terletak di hujung lelangit lembut dan peranannya perlu diasingkan 
daripada lelangit lembut. 
Organ yang paling penting yang terdapat dalam rongga oral/mulut ialah lidah. 
Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998),lidah boleh dibahagikan kepada tiga 
bahagian besar berdasarkan hubungannya dengan bahagian lelangit, iaitu ( ketika 
kedudukan lidah ditempat asal): 
i. Daun lidah (Blade)-bahagian yang bertentangan dengan gigI-gusi. 
ii. Depan lidah (Front)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit keras. 
iii. Belakang lidah (Back)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut. 
5) Rongga Nasal (Hidung)
Rongga nasal/hidung merupakan organ yang menghasilkan bunyi-bunyi nasal atau 
sengau. Apabila pita suara bergetar, velum diturunkan supaya farings, rongga hidung 
dan mulut dapat berhubung antara satu sama lain. Udara yang bergetar akan 
menghasilkan bunyi-bunyi nasal/sengau. Bungi sengau akan terhasil apabila pada 
waktu yang sama udara yang hendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara 
yang hendak keluar, akan keluar melalui rongga hidung, 
2.2 Organ/Alat/Saluran Sebutan 
a) Pita Suara 
Mengandungi glotis yang akan berkeadaan terbuka atau tertutup untuk menghasilkan 
bunyi-bunyi bersuara atau tidak bersuara 
b) Anak Tekak (Uvulum) 
Sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut. Biasanya belakang 
lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi uvular. 
c) Lelangit lembut. (Velum) 
Organ yang lembut dan boleh mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut 
atau hidung. Bahagian ini boleh disentuh oleh lidah,khususnya lidah bahagian 
belakang. 
d) Lelangit keras (Palatum) 
Merupakan bahagian atas rongga mulut. Jika dirasa dengan lidah, ia berkeadan licin. 
Selalunya bahagian tengah lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan 
bunyi [c] dan [j]. 
e) Gusi-lelangit keras. (Alveopalatum) 
Merupakan batas gusi yang terletak di antara gusi dan lelangit keras.
f) Gusi. ( Alveolum) 
Merupakan bahagian isi di mana terdapatnya gigi. Bahagian hujung dan daun lidah 
sering berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [t] dan [n]. 
g) Lidah. 
Merupakan organ yang paling aktif dan boleh bergerak ke beberapa daerah dan 
membentuk pelbagai bentuk. Ia boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu, 
hujung lidah, daun lidah, depan lidah, belakang lidah, dan akar lidah. ( Nor’Aini Ismail 
: 2005). 
h) Gigi. (Dental) 
Ianya turut membantu dalam penghasilan bunyi. Walaupun gigi atas dan bawah 
sahaja yang kelihatan dan sering disebut sebagai organ yang berperanan dalam 
penghasilan bunyi tetapi sebenarnya gigi depan dan belakang juga begitu. 
i) Bibir. (Labia) 
Ianya boleh dirapatkan untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [p] dan [b] 
atau dirapatkan ke gigi hadapan untuk menghasilkan bunyi [f] dan [v] atau boleh juga 
dibundarkan dan dileperkan untuk menghasilkan vokal. 
3.0 Bunyi-Bunyi Bahasa 
Bunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor 
Hashimah Jalaluddin (1998), faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan 
ialah titik artikulsi dan cara artikulasi. Di samping itu faktor bersuara dan tak bersuara 
serta juga kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan 
peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Manakala faktor 
utama dalam klasifikasi bunyi vokal pula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik 
lidah dalam rongga mulut.
3.1 Cara Sebutan Bunyi 
Menurut Nor ‘Aini Ismail (2005), cara asas menyebut segmen bunyi itu, sama ada 
segmen vokal atau konsonan boleh dilihat dari tiga aspek, iaitu: 
a) Bunyi oral atau nasal 
b) Bunyi bersuara atau tak bersuara. 
c) Udara semasa menghasilkan bunyi itu dihalang atau tidak. 
a) Bunyi oral atau nasal 
Bunyi itu dikatakan sebagai bunyi oral jika udara keluar melalui mulut ketika sesuatu 
bunyi bahasa itu disebut. Manakala bunyi nasal berlaku apabila lelangit lembut 
direnggangkan dari farings dan keadaan ini akan menyebabkan udara akan keluar 
melalui rongga nasal. 
Contoh; 
Bunyi Oral - [s ], [ p ], [ k ]. 
Bunyi Nasal - [ m ], [ n ]. 
b) Bunyi bersuara atau tak bersuara. 
Bunyi bersuara terjadi apabila udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak 
rapat. Ketika itu pita suara akan bergetar. Bunyi tak bersuara pula ialah bunyi yang 
terjadi ketika udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak renggang dan 
keadaan pita suara ketika itu tidak bergetar 
Contoh: 
Bunyi bersuara - [v ], [ b ], [ l ]. 
Bunyi tak bersuara - [ f ], [ p ], [ s ]. 
c) Udara semasa menghasilkan bunyi dihalang atau tidak. 
Penghasilan udara dari papu-paru juga mungkin terhalang sama ada secara 
penuhnya atau tidak oleh organ-organ tertentu di dalam rongga pertuturan. 
Contohnya semasa bunyi konsonan plosive dihasilkan. Udara mungkin bergerak 
secara terus menerus tanpa dihalang dalam rongga pertuturan, seperti semasa
menyebut bunyi-bunyi vokal. 
3.2 Konsonan 
Konsonan ialah segmen bunyi yang ketika menyebutnya, udara akan terhalang sama 
ada secara sepenuhnya atau tidak di dalam pertuturan dan ianya juga ialah bunyi 
bahasa selain daripada bunyi vokal. Bunyi konsonan boleh jadi bunyi oral atau bunyi 
nasal, bersuara atau tak bersuara. Menurut Radiah Yussof (2005), untuk 
mendeskripsikan sesuatu bunyi konsonan, beberapa aspek boleh digunakan, iaitu: 
a. Cara yang utama iaitu oral atau nasal. 
b. Cara udara dilepaskan iaitu hentian, letusan, geseran, geteran, sisian, atau 
geluncuran. 
c. Daerah iaitu biladial (dwididir), ladiodental (bibir-gigi), dental (antara gigi), alveolar 
(gusi), palatal (lelangit keras), velar (lelangit lembut), uvulur (anak tekak), faringal 
(rongga tekak), atau gotal (pita suara). 
d. Keadaan pita suara, sama ada bersuara atau tak bersuara. 
3.2.1 Titik Artikulasi Konsonan 
Titik artikulasi dan artikultor merupakan nadi utama dalam menghasilkan bunyi -bunyi 
bahasa. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), terdapat dua belas titik artikulasi 
yang terlibat bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa (konsonan). Beliau berpendapat 
titik artikulasi ialah alat tutur manusia yang tidak boleh bergerak. Ia bersifat statik. 
Manakala artikulator pula ialah alat-alat tutur yang boleh bergerak seperti lidah, 
rahang, lelangit lembut dan bibir. Bibir boleh boleh termasuk dalam titik artikulasi di 
samping artikulator. Ini kerana bibir atas boleh dianggap sebagai titik artikulasi 
sementara bibir bawah pula boleh dianggap sebagai articulator. Pengelasan ini 
adalah berdasarkan pada ciri boleh bergerak yang membezakan antara titik artikulasi 
dengan artikulator. Titik artikulasi tersebut ialah: 
1) Dua bibir
2) Bibir-Gusi 
3) Gigi (Dental) 
4) Gigi-Gusi (Alveolus) 
5) Gelungan ( Refroflex) 
6) Lelangit keras – Gigi gusi 
7) Gigi Gusi – Lelangit keras 
8) Lelangit keras 
9) Lelangit Lembut 
10) Anak Tekak 
3.2.2 Klasifikasi Konsonan 
a) Sengau 
Bunyi sengau dihasilkan dengan menurunkan velum agar udara dapat melalui rongga 
hidung dan rongga mulut. Udara yang melalui rongga mulut akan disekat di titik-titik 
artikulasi yang tertentu dengan artikulasi. Contohnya [m], [ŋ ], [η ], [Ν] . 
b) Letupan ( Afrikat) 
Letupan ialah bunyi yang mengalami halangan udara sebentar dan kemudiannya 
dilepaskan secara perlahan ketika menyebutnya. Contohnya [ c ] dan [ j ] 
c) Getaran (Tril) 
Getaran ialah bunyi yang terhasil apabila udara akan bergetar ketika disebut. 
Getaran ini disebabkan oleh getaran lidah atau alat sebutan yang lain. Contoh. [ r] 
d) Geseran (Frikatif) 
],Geseran ialah bunyi semasa menyebutnya, udara yang dilepaskan secara 
bergeser di sempitan yang dilakukan oleh dua alat sebutan Contoh [ s ], [ z ], [ f ], [ 
[ β], [ θ ].
e) Sisian (Lalerar) 
Bunyi sisian dihasilkan dengan menaikkan hujung lidah ke arah bahagian belakang 
gigi dan udara akan keluar melalui sisi lidah. Contoh [ l ] 
f) Tamparan 
Tamparan mempunyai persamaan dengan getaran kecuali hujung tidak digetarkan. 
Hujung lidah ditamparkan sekali sahaja bagi menghasilkan bunyi tamparan. Contoh [ 
ſ ] [ R ] 
g) Malaran Tak Bergeser 
Bunyi ini dikenali juga sebagi bunyi separuh vokal. Ianya ialah bunyi yang ketika 
menyebutnya berlakunya penggeluncuran udara. Contoh [ w ] [ y ]. 
3.3 Vokal 
Vokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang dan udara akan bergerak terus 
menerus dari paru-paru ke rongga pertuturan tanpa halangan. Bunyi-bunyi vokal 
melibatkan udara egresif sahaja iaitu udara yang dihembus keluar semasa 
menghasilkan bunyi ini. Ketika bunyi-bunyi vokal dihasilkan, tiada sekatan dan 
penyempitan berlaku di antara titik artikulasi dengan artikulator. 
Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripkan sesuatu vokal, kita perlu 
menggunakan aspek: 
i. Lidah - sama ada tinggi, tengah, atau rendah 
ii. Bahagian lidah - sama ada tengah, atau belakang 
iii. Keadaan bibir - sama ada neutral, leper atau bundar. 
3.3.1 Vokal Sistem Kardinal – Daniel Jones (1956) 
Pengelasan vokal yang terbaik adalah berdasarkan vokal system kardinal yang
dihasilkan leh Daniel Jones (1956). Rajah vokal kardinal adalah seperti yang berikut: 
Apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal, lidah dan bibir dianggap mempunyai 
peranan terpenting. Lelangit lembut (terutama velum) pula akan menentukan sama 
ada bunyi vokal itu bunyi atau bunyi sengau. 
Lidah boleh memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi 
vokal yang berbeza. Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepada 
dua paksi iaitu yang mendatar dan yang menegak. Bahagian mendatar ialah dari 
depan ke belakang mulut sementara yang menegak pula ialah dari lantai mulut 
hingga ke bumbung mulut. 
Terdapat empat bahagian bagi paksi menegak, iaitu: 
i. Bahagian sempit/tinggi 
ii. Bahagian separuh sempit/tinggi 
iii. Bahagian separuh luas/rendah 
iv. Bahagian luas/rendah 
Paksi menegak ini bermula dari dari lantai lidah hingga ke atas iaitu ke bahagian 
lelangit. Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampar dengan 
bumbung mulut. Merujuk kepada mendatar, tiga titik mendatar itu ialah kedudukan 
depan, tengah dan belakang lidah. Selain lidah, bibir turut memainkan peranan yang 
penting dalam menghasilkan bunyi vokal. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada 
bundar dan hampar. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi -bunyi 
vokal belakang. Manakala bentuk hampar akan terjadi apabila bunyi -bunyi vokal 
depan dibunyikan . 
3.4 Diftong 
Bunyi diftong berkait dengan vokal, ini adalah kerana bunyi diftong melibatkan dua 
deretan vokal yang hadir serentak. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi 
diftong terhasil apabila vokal hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur 
ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak 
kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong
menjadi bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja. 
Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/. 
Bunyi /i/ aka menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak 
kelantangannya. Begitu juga bunyi /i/ pada diftong /oi/ dan /u/ pada diftong /au/ 
ii- fonetik akustik 
Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa 
yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu 
bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan 
oleh gangguan yang dibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti pita suara, lidah, 
bibir dan sebagainya yang membawa bunyi bahasa itu ke telinga pendengar. Penelitian 
terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang 
dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan. 
Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia 
itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada 
sesuatu masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap 
orang mempunyai nada yang berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. 
Sebagai contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap 
lebar gelombang dan getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara 
seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan 
bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap 
saat. Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga 
mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. Bunyi 
vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih 
rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan 
bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o]. Demikianlah halnya 
dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding 
dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara
didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar 
gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. Hasil 
kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi konsonan dan 
suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini 
kerana faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari 
paru-paru. Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara 
bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap 
kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan 
udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [š] didapati lebih 
lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v]. 
(iii) fonetik auditori. 
Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. Bunyi 
yang diterima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza mengikut 
tafsiran pendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur signal 
akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya 
mempunyai makna emosi.Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian 
persepsi terhadap penutur. Soal selidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna 
penutur. 
Fonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran 
terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang 
menerima bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi 
itu didengar sebagai persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi 
yang berasaskan nada, kelantangan dan kualiti bunyi.
Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori 
Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan 
perihal fonetik auditori. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang 
fonetik auditori adalah seperti yang berikut: 
Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007) menjelaskan bahawa 
“fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap 
bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam 
lambang-lambang yang tepat. 
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) berpendapat bahawa fonetik auditori 
ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan 
menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan. 
Nor Hashimah Jalaluddin (2000) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah bidang 
kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi 
dan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan 
telinga. Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah 
getaran mekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar 
dan dirasa itu tentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu. 
Matlamat akhir ilmu fonetik dan fonologi, khususnya bahasa Melayu. Telah 
menyatakan bahawa kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia 
secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat 
artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang 
berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang 
bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang 
amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan 
sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. 
Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan 
oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, 
manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi 
bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya
keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka 
getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. 
Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, 
maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak 
bersuara.
Bibliografi 
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru. Kuala Lumpur : Fajar Bakti 
Abdullah Hassan. (1978). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan 
Pustaka 
Nor Hashimah Jalaluddin. (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan 
Pustaka 
Nik Safiah Karim. (1990). Beberapa Persoalan Linguistik Bahasa Melayu. 
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 
Radiah Yusoff, Nor ‘Aini Ismail, & Wan Rose Eliza Abdul Rahman. (2004). Pengantar 
Linguistik. Pearson Prentice Hall: Universiti Sains Malaysia. 
Radiah Yussoff & Nor ‘Aini Ismail. (2005) Linguistik Pengenalan. Pearson Prentic 
Hall: Universiti Sains Malaysia. 
http://pjjmatematik.blogspot.com/2011/05/fonetik-dan-fonologi.html 
http://nota-notapismp.blogspot.com/2011/01/fonologi-fonetik-dan-fonemik.html 
http://www.slideshare.net/ahsfantasy24/fonetik-dan-fonologi 
http://abkar178.blogspot.com/2012/11/perbezaan-fonetik-dan-fonologi.html 
http://id.scribd.com/doc/53622484/fonetik-dan-fonologi-bunyi-bahasa 
http://id.scribd.com/doc/98284238/fonetik-dan-fonologi-bm-assgment

Contenu connexe

Tendances

Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayu
ladymama
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
Jaf Hussin
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Izzah Zahh
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
fahmi_naka
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
AnibintiMisran
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
fitri norlida
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Sharmilah Mimi
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
Rickson JD
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
bunikshah
 
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanTopik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
Alecis Alex
 

Tendances (20)

Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayu
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Fonetik & Fonologi : Bunyi Konsonan
Fonetik & Fonologi : Bunyi KonsonanFonetik & Fonologi : Bunyi Konsonan
Fonetik & Fonologi : Bunyi Konsonan
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 
Peraturan berbahasa
Peraturan berbahasaPeraturan berbahasa
Peraturan berbahasa
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdfMASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
MASALAH PENGUASAAN LITERASI MEMBACA (1).pdf
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
BMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdf
BMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdfBMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdf
BMMB3183: FONEM SUPRASEGMENTAL.pdf
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
 
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukanTopik 4. kemahiran membuat rujukan
Topik 4. kemahiran membuat rujukan
 

En vedette

Carta konsonan bahasa melayu
Carta konsonan bahasa melayuCarta konsonan bahasa melayu
Carta konsonan bahasa melayu
eyda_4eva
 
1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi
Aminudin Dolah
 
Bahasa sebagai sistem
Bahasa sebagai sistemBahasa sebagai sistem
Bahasa sebagai sistem
Ester Emilia
 
Pengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umumPengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umum
Imam Suwandi
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
cikgushamsuddin
 

En vedette (14)

FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Carta konsonan bahasa melayu
Carta konsonan bahasa melayuCarta konsonan bahasa melayu
Carta konsonan bahasa melayu
 
1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi
 
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMPeranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
 
Ciri ciri linguistik
Ciri ciri linguistikCiri ciri linguistik
Ciri ciri linguistik
 
Bahasa dan Linguistik
Bahasa dan LinguistikBahasa dan Linguistik
Bahasa dan Linguistik
 
Bahasa sebagai sistem
Bahasa sebagai sistemBahasa sebagai sistem
Bahasa sebagai sistem
 
Pengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umumPengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umum
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Definisi morfologi
Definisi morfologiDefinisi morfologi
Definisi morfologi
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 

Similaire à Fonetik

7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu
Zubir Ismail
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Roziah Geera
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasmin
pyk1997
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
taylor
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
USM
 
Bml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointBml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpoint
iwan7003
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
640119045499
 

Similaire à Fonetik (20)

62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
 
nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2nota fonologi-bahasa-melayu 2
nota fonologi-bahasa-melayu 2
 
Agg fonetik
Agg fonetikAgg fonetik
Agg fonetik
 
7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu7729996 fonologi-bahasa-melayu
7729996 fonologi-bahasa-melayu
 
Diftong
DiftongDiftong
Diftong
 
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdfBMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
Beza fonetik
Beza fonetikBeza fonetik
Beza fonetik
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasmin
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
Pemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistikPemikiran dalam linguistik
Pemikiran dalam linguistik
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Bml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointBml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpoint
 
Bmm3107 pengantar linguistik
Bmm3107 pengantar linguistikBmm3107 pengantar linguistik
Bmm3107 pengantar linguistik
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 
Alat artikulaski [autosaved]
Alat artikulaski [autosaved]Alat artikulaski [autosaved]
Alat artikulaski [autosaved]
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 

Plus de PAKLONG CIKGU

Plus de PAKLONG CIKGU (20)

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersih
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 

Dernier

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
g46192627
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
1370zulaikha
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
DewiUmbar
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
gipgp24202619
 

Dernier (12)

064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 

Fonetik

  • 1. TUGASAN 1 (KERJA KURSUS) - 45% Bincangkan perkara berikut dengan jelas dan sertakan contoh-contoh yang sesuai: a. Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. (15 markah) - Jawapan anda harus mencakupi beberapa definisi mengenai fonetik dan fonologi yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa seperti Harimurti Kridalaksana, Abdul Hamid Mahmood, Abdullah Hassan, Nor Hashimah Jalaluddin, Indirawati, K. L. Pike, David Crystal dan Gleason. - Anda juga harus membincangkan jenis-jenis fonetik seperti (i) fonetik artikulasi, (ii) fonetik akustik dan (iii) fonetik auditori. - Jawapan anda juga harus menyentuh matlamat akhir ilmu fonetik dan fonologi, khususnya bahasa Melayu. 1. Definisi Fonetik. Fonetik berasal dari perkataan Inggeris phonetics ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa yang dihasilkan. Pengkajian ini bertumpu pada panjang pendek keras lembut, tekanan, intonasi dan irama bagi bunyi bagi satu-satu bahasa Ilmu Fonetik ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. Jika diikut urutan kajian dalam ilmu linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu pertama yang akan dikaji diikuti selepasnya oleh fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.Bidang fonetik juga melibatkan kajian bagaimana bunyi bahasa itu didengar dan ditanggapi. Menurut Kamus Dewan (2005), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan penyebutannya. Ini diikuti dengan Marsono (1986), yang menyatakan bahawa ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. Daripada kedua-dua definisi yang dinyatakan di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa ilmu fonetik adalah kajian yang dibuat hasil daripada tinjauan terhadap jisim atau
  • 2. bahan fizik yang mewujudkan bentuk ucapan. Dengan kata lain, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik), dan pendengaran (auditori).Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) berpendapat bahawa fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Kata mereka lagi,secara ringkasnya, dapatlah kita katakan kajian bunyi-bunyi yang kita hasilkan adalah bagimenjawab soalan-soalan yang beriku. Nor Hashimah Jalaluddin (2000) berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yangmengka ji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Jelasnya lagi bahawa ilmu ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa. Harimurti Kridalaksana ( 1984) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yangmenyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.
  • 3. 2. Definisi Fonologi. Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik namun ia terdapat sedikit perbezaan. Mari kita menelusuri lagi makna fonetik dan fonologi.Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci. Fonologi ialah ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan atau dituturkan oleh manusia. Setiap bunyi bahasa yang dituturkan haruslah bermakna dan boleh difahami oleh kedua-dua pihak yang menuturkannya. Manakala fonetik pula ialah bidang yang mengkaji tentang organ-organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik) dan pendengaran (auditori). Fonologi ialah kajian bunyi bahasa manusia secara saintifik. Beberapa orang tokoh ilmu fonologi teelah memberikan definisi masing-masing mengenai fonologi. Parker (1974 ) contohnya, menjelaskan ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan. Yang pastinya, daripada definisi yang telah dinyatakan, ilmu fonologi ditakrifkan sebagai kajian bunyi bahasa manusia secara saintifik. Walaupun sesuatu bunyi itu mempunyai makna, tidak semestinya bunyi tersebut digolongkan sebagai bunyi bahasa melainkan bunyi tersebut dihasilkan oleh alat artikulasi. Apakah alat artikulasi akan dibincangkan di bahagian yang seterusnya nanti. Manakala, Abdullah Hassan ( 1993 ) berpendapat , fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-binyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa
  • 4. Gambar Rajah Keratan Rentas Alat Pertuturan Manusia (i) fonetik artikulasi, Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi. Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa. Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak seperti bibir, lelangit lembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat bergerak dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras. Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan sebagainya.
  • 5. Ilmu yang menghuraikan bagaimana gelombang bunyi diproses oleh telinga dan seterusnya dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna. Fonetik artikulasi akan mendedahkan kepada kita bagaimana sesuatu bunyi itu dihasilkan, oleh itu secara langsungnya kita akan diperkenalkan dengan organ-organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa itu. Contohnya, udara bergerak dari paru-paru ke trakea, pita suara, kerongkong, dan akhirnya keluar sama ada melalui rongga mulut dan/atau rongga hidung. Ini akan melibatkan organ-organ sebutan yang tertentu semasa bunyi bahasa itu disebut. Menerusi ilmu ini juga, kita akan mempelajari bagaimana kita boleh mengubah bentuk organ-organ sebutan serta mengolah udara untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza. Dalam bidang fonetik artikulasi, daerah artikulasi ialah titik penyentuhan di mana berlakunya halangan dalam saluran vokal antara artikulator aktif (bergerak, biasanya sebahagian lidah) dan artikulator pasif (pegun, biasanya sebahagian lelangit mulut) untuk menghasilkan konsonan. Bersama cara artikulasi dan pembunyian, inilah yang menentukan bunyi tersendiri sesebuah konsonan. Fonetik artikulasi ialah cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan alat artikulasi atau artikulator. Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu artikulator bahagian dada, tekak dan kepala. Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007) menjelaskan bahawa “fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi”. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah satu bidang kajian mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi bagi bertutur. Nor Hashimah Jalaluddin (2000) berpendapat bahawa fonetik artikulasi ialah bidang kajian mengenai pemerhatian ahli fonetik yang menggunakan x-ray untuk melihat bagaimana pergerakan udara yang digandingkan dengan pergerakan organ-organ
  • 6. pertuturan dan juga koordinasi kesemua pergerakan itu sehingga terhasilnya bunyi. Tegasnya, pemerhatian itu termasuklah bagaimana pergerakan lidah, rahang, bibir dan sebagainya, di samping cuba merakamkan posisi dan pergerakan lidah, lelangit lembut dan pita suara. Malahan tegasnya lagi bahawa bidang kajian itu juga mengenai pemerhatian dan atau mengambil gambar melalui cermin, contohnya bagi melihat pergerakan pita suara dengan menggunakan alat “laryngoscopic”, manakala alat “electromyography” pula digunakan untuk mengesan dan mengukur bilangan kecil potensi elektrik yang digabungkan dengan penekanan otot pada tahap yang relevan dalam terusan ujaran. (Contoh gambar tentang alat-alat itu yang boleh diperoleh daripada Colin Painter: An Introduction to Instrumental Phonetics, 1979 ada dikemukakannya.) 1) Paru-Paru (Lungs) Paru-paru dilindungi oleh tulang rangka dan diampu dibahagian bawahnya oleh oleh diafragma. Semasa Menghembus udara keluar, paru-paru ditekan dan mengecut, dan apabila udara disedut masuk, paru-paru pula akan mengembang Otok-otok yang terdapat di antara tulang rusuk dan diafragma banyak membantu dalam mengekalkan tekanan udara semasa penghasilan bunyi-bunyi bahasa. 2) Larings Larings terdapat di bahagian atas tengkorak (trachea) dan bersambung dengan paru-paru agar semua udara yang masuk/keluar dari/ke paru-paru akan melaluinya. Ianya mengandungi rawan-rawan trioid, krikoid, dan aritenoid. Di sinilah terdapat pita suara yang juga dikenali sebagai glottis. Pita suara mempunyai dua keping otot dan tisu penyambung yang terbentang antara antara satu sama lain di bahagian tenggkorak. Pita suara melekat pada tulang-tulang aritenoid. Keadaan glotis atau pita suara yang berbeza akan menghasilkan bunyi yang berbeza, sama ada bunyi itu bersuara atau tidak bersuara
  • 7. 3) Farings Farings terletak atas daripada larings. Farinks berbentuk seperti tiub yang kemudian bercabang kepada dua yang mengarah ke rongga oral (mulut) dan satu lagi mengarah ke rongga nasal (hidung). Farings bertindak sebagai bekas untuk menampung udara yang mampu menghasilkan getaran berdasarkan getaran yang berlaku di pita suara. Getaran bersambung dari golia dan terus-menerus hingga ke bahagian atas farings. 4) Rongga Oral (Mulut) Rongga ini merupakan bahagian/ organ terpenting kerana ia boleh dipelbagaikan bentuknya untuk menghasilkan bunyi yang pelbagai.Rongga oral/mulut dibumbungi oleh lelangit. Lelangit di bahagian hadapan bertulang keras dan melekat serta tidak boleh bergerak. Ianya dikenali sebagai lelangit keras. Manakala di bahagian belakang dikenali sebagai lelangit lembut. Lelangit lembut boleh digerakkan dan ianya berfungsi untuk menyekat udara dari keluar melalui rongga hidung. Fungsi lelangit dalam pengujuran adalah pelindung (foil) kepada lidah dalam pergerakan artikulasi. Anak tekak juga terletak dalam rongga oral/mulut. Anak tekak ialah daging lembut yang terletak di hujung lelangit lembut dan peranannya perlu diasingkan daripada lelangit lembut. Organ yang paling penting yang terdapat dalam rongga oral/mulut ialah lidah. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998),lidah boleh dibahagikan kepada tiga bahagian besar berdasarkan hubungannya dengan bahagian lelangit, iaitu ( ketika kedudukan lidah ditempat asal): i. Daun lidah (Blade)-bahagian yang bertentangan dengan gigI-gusi. ii. Depan lidah (Front)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit keras. iii. Belakang lidah (Back)-bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut. 5) Rongga Nasal (Hidung)
  • 8. Rongga nasal/hidung merupakan organ yang menghasilkan bunyi-bunyi nasal atau sengau. Apabila pita suara bergetar, velum diturunkan supaya farings, rongga hidung dan mulut dapat berhubung antara satu sama lain. Udara yang bergetar akan menghasilkan bunyi-bunyi nasal/sengau. Bungi sengau akan terhasil apabila pada waktu yang sama udara yang hendak keluar dari rongga mulut tersekat, maka udara yang hendak keluar, akan keluar melalui rongga hidung, 2.2 Organ/Alat/Saluran Sebutan a) Pita Suara Mengandungi glotis yang akan berkeadaan terbuka atau tertutup untuk menghasilkan bunyi-bunyi bersuara atau tidak bersuara b) Anak Tekak (Uvulum) Sekeping otot yang terdapat di bahagian hujung lelangit lembut. Biasanya belakang lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi uvular. c) Lelangit lembut. (Velum) Organ yang lembut dan boleh mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung. Bahagian ini boleh disentuh oleh lidah,khususnya lidah bahagian belakang. d) Lelangit keras (Palatum) Merupakan bahagian atas rongga mulut. Jika dirasa dengan lidah, ia berkeadan licin. Selalunya bahagian tengah lidah akan berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi [c] dan [j]. e) Gusi-lelangit keras. (Alveopalatum) Merupakan batas gusi yang terletak di antara gusi dan lelangit keras.
  • 9. f) Gusi. ( Alveolum) Merupakan bahagian isi di mana terdapatnya gigi. Bahagian hujung dan daun lidah sering berinteraksi dengannya untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [t] dan [n]. g) Lidah. Merupakan organ yang paling aktif dan boleh bergerak ke beberapa daerah dan membentuk pelbagai bentuk. Ia boleh dibahagikan kepada lima bahagian iaitu, hujung lidah, daun lidah, depan lidah, belakang lidah, dan akar lidah. ( Nor’Aini Ismail : 2005). h) Gigi. (Dental) Ianya turut membantu dalam penghasilan bunyi. Walaupun gigi atas dan bawah sahaja yang kelihatan dan sering disebut sebagai organ yang berperanan dalam penghasilan bunyi tetapi sebenarnya gigi depan dan belakang juga begitu. i) Bibir. (Labia) Ianya boleh dirapatkan untuk menghasilkan bunyi-bunyi seperti [p] dan [b] atau dirapatkan ke gigi hadapan untuk menghasilkan bunyi [f] dan [v] atau boleh juga dibundarkan dan dileperkan untuk menghasilkan vokal. 3.0 Bunyi-Bunyi Bahasa Bunyi-Bunyi ujuran boleh dibahagikan kepada konsonan dan vokal. Munurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), faktor utama dalam klasifikasi bunyi-bunyi konsonan ialah titik artikulsi dan cara artikulasi. Di samping itu faktor bersuara dan tak bersuara serta juga kedudukan velum (bagi menentukan bunyi oral atau sengau) memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan. Manakala faktor utama dalam klasifikasi bunyi vokal pula ialah kedudukan bibir dan darjah turun naik lidah dalam rongga mulut.
  • 10. 3.1 Cara Sebutan Bunyi Menurut Nor ‘Aini Ismail (2005), cara asas menyebut segmen bunyi itu, sama ada segmen vokal atau konsonan boleh dilihat dari tiga aspek, iaitu: a) Bunyi oral atau nasal b) Bunyi bersuara atau tak bersuara. c) Udara semasa menghasilkan bunyi itu dihalang atau tidak. a) Bunyi oral atau nasal Bunyi itu dikatakan sebagai bunyi oral jika udara keluar melalui mulut ketika sesuatu bunyi bahasa itu disebut. Manakala bunyi nasal berlaku apabila lelangit lembut direnggangkan dari farings dan keadaan ini akan menyebabkan udara akan keluar melalui rongga nasal. Contoh; Bunyi Oral - [s ], [ p ], [ k ]. Bunyi Nasal - [ m ], [ n ]. b) Bunyi bersuara atau tak bersuara. Bunyi bersuara terjadi apabila udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak rapat. Ketika itu pita suara akan bergetar. Bunyi tak bersuara pula ialah bunyi yang terjadi ketika udara melalui pita suara yang bukaan glotisnya agak renggang dan keadaan pita suara ketika itu tidak bergetar Contoh: Bunyi bersuara - [v ], [ b ], [ l ]. Bunyi tak bersuara - [ f ], [ p ], [ s ]. c) Udara semasa menghasilkan bunyi dihalang atau tidak. Penghasilan udara dari papu-paru juga mungkin terhalang sama ada secara penuhnya atau tidak oleh organ-organ tertentu di dalam rongga pertuturan. Contohnya semasa bunyi konsonan plosive dihasilkan. Udara mungkin bergerak secara terus menerus tanpa dihalang dalam rongga pertuturan, seperti semasa
  • 11. menyebut bunyi-bunyi vokal. 3.2 Konsonan Konsonan ialah segmen bunyi yang ketika menyebutnya, udara akan terhalang sama ada secara sepenuhnya atau tidak di dalam pertuturan dan ianya juga ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Bunyi konsonan boleh jadi bunyi oral atau bunyi nasal, bersuara atau tak bersuara. Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripsikan sesuatu bunyi konsonan, beberapa aspek boleh digunakan, iaitu: a. Cara yang utama iaitu oral atau nasal. b. Cara udara dilepaskan iaitu hentian, letusan, geseran, geteran, sisian, atau geluncuran. c. Daerah iaitu biladial (dwididir), ladiodental (bibir-gigi), dental (antara gigi), alveolar (gusi), palatal (lelangit keras), velar (lelangit lembut), uvulur (anak tekak), faringal (rongga tekak), atau gotal (pita suara). d. Keadaan pita suara, sama ada bersuara atau tak bersuara. 3.2.1 Titik Artikulasi Konsonan Titik artikulasi dan artikultor merupakan nadi utama dalam menghasilkan bunyi -bunyi bahasa. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), terdapat dua belas titik artikulasi yang terlibat bagi menghasilkan bunyi-bunyi bahasa (konsonan). Beliau berpendapat titik artikulasi ialah alat tutur manusia yang tidak boleh bergerak. Ia bersifat statik. Manakala artikulator pula ialah alat-alat tutur yang boleh bergerak seperti lidah, rahang, lelangit lembut dan bibir. Bibir boleh boleh termasuk dalam titik artikulasi di samping artikulator. Ini kerana bibir atas boleh dianggap sebagai titik artikulasi sementara bibir bawah pula boleh dianggap sebagai articulator. Pengelasan ini adalah berdasarkan pada ciri boleh bergerak yang membezakan antara titik artikulasi dengan artikulator. Titik artikulasi tersebut ialah: 1) Dua bibir
  • 12. 2) Bibir-Gusi 3) Gigi (Dental) 4) Gigi-Gusi (Alveolus) 5) Gelungan ( Refroflex) 6) Lelangit keras – Gigi gusi 7) Gigi Gusi – Lelangit keras 8) Lelangit keras 9) Lelangit Lembut 10) Anak Tekak 3.2.2 Klasifikasi Konsonan a) Sengau Bunyi sengau dihasilkan dengan menurunkan velum agar udara dapat melalui rongga hidung dan rongga mulut. Udara yang melalui rongga mulut akan disekat di titik-titik artikulasi yang tertentu dengan artikulasi. Contohnya [m], [ŋ ], [η ], [Ν] . b) Letupan ( Afrikat) Letupan ialah bunyi yang mengalami halangan udara sebentar dan kemudiannya dilepaskan secara perlahan ketika menyebutnya. Contohnya [ c ] dan [ j ] c) Getaran (Tril) Getaran ialah bunyi yang terhasil apabila udara akan bergetar ketika disebut. Getaran ini disebabkan oleh getaran lidah atau alat sebutan yang lain. Contoh. [ r] d) Geseran (Frikatif) ],Geseran ialah bunyi semasa menyebutnya, udara yang dilepaskan secara bergeser di sempitan yang dilakukan oleh dua alat sebutan Contoh [ s ], [ z ], [ f ], [ [ β], [ θ ].
  • 13. e) Sisian (Lalerar) Bunyi sisian dihasilkan dengan menaikkan hujung lidah ke arah bahagian belakang gigi dan udara akan keluar melalui sisi lidah. Contoh [ l ] f) Tamparan Tamparan mempunyai persamaan dengan getaran kecuali hujung tidak digetarkan. Hujung lidah ditamparkan sekali sahaja bagi menghasilkan bunyi tamparan. Contoh [ ſ ] [ R ] g) Malaran Tak Bergeser Bunyi ini dikenali juga sebagi bunyi separuh vokal. Ianya ialah bunyi yang ketika menyebutnya berlakunya penggeluncuran udara. Contoh [ w ] [ y ]. 3.3 Vokal Vokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang dan udara akan bergerak terus menerus dari paru-paru ke rongga pertuturan tanpa halangan. Bunyi-bunyi vokal melibatkan udara egresif sahaja iaitu udara yang dihembus keluar semasa menghasilkan bunyi ini. Ketika bunyi-bunyi vokal dihasilkan, tiada sekatan dan penyempitan berlaku di antara titik artikulasi dengan artikulator. Menurut Radiah Yussof (2005), untuk mendeskripkan sesuatu vokal, kita perlu menggunakan aspek: i. Lidah - sama ada tinggi, tengah, atau rendah ii. Bahagian lidah - sama ada tengah, atau belakang iii. Keadaan bibir - sama ada neutral, leper atau bundar. 3.3.1 Vokal Sistem Kardinal – Daniel Jones (1956) Pengelasan vokal yang terbaik adalah berdasarkan vokal system kardinal yang
  • 14. dihasilkan leh Daniel Jones (1956). Rajah vokal kardinal adalah seperti yang berikut: Apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal, lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan terpenting. Lelangit lembut (terutama velum) pula akan menentukan sama ada bunyi vokal itu bunyi atau bunyi sengau. Lidah boleh memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang berbeza. Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepada dua paksi iaitu yang mendatar dan yang menegak. Bahagian mendatar ialah dari depan ke belakang mulut sementara yang menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut. Terdapat empat bahagian bagi paksi menegak, iaitu: i. Bahagian sempit/tinggi ii. Bahagian separuh sempit/tinggi iii. Bahagian separuh luas/rendah iv. Bahagian luas/rendah Paksi menegak ini bermula dari dari lantai lidah hingga ke atas iaitu ke bahagian lelangit. Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampar dengan bumbung mulut. Merujuk kepada mendatar, tiga titik mendatar itu ialah kedudukan depan, tengah dan belakang lidah. Selain lidah, bibir turut memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan bunyi vokal. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada bundar dan hampar. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi -bunyi vokal belakang. Manakala bentuk hampar akan terjadi apabila bunyi -bunyi vokal depan dibunyikan . 3.4 Diftong Bunyi diftong berkait dengan vokal, ini adalah kerana bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir serentak. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin (1998), bunyi diftong terhasil apabila vokal hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong
  • 15. menjadi bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/ dan /au/. Bunyi /i/ aka menggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya. Begitu juga bunyi /i/ pada diftong /oi/ dan /u/ pada diftong /au/ ii- fonetik akustik Fonetik akustik ialah cabang fonetik yang meneliti ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia berasaskan alat-alat pertuturan itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh artikulator atau alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya yang membawa bunyi bahasa itu ke telinga pendengar. Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan. Dengan menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang mempunyai nada yang berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina. Sebagai contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap saat. Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. Bunyi vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o]. Demikianlah halnya dengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara
  • 16. didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi konsonan dan suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini kerana faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari paru-paru. Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [š] didapati lebih lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v]. (iii) fonetik auditori. Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. Bunyi yang diterima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza mengikut tafsiran pendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur signal akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi.Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap penutur. Soal selidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna penutur. Fonetik auditori ialah cabang fonetik yang meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada, kelantangan dan kualiti bunyi.
  • 17. Pendapat Lain tentang Fonetik Auditori Setiap peneliti atau linguis mempunyai pendekatannya sendiri apabila menjelaskan perihal fonetik auditori. Antaranya yang telah mengemukakan pendapat mereka tentang fonetik auditori adalah seperti yang berikut: Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007) menjelaskan bahawa “fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan. Nor Hashimah Jalaluddin (2000) berpendapat bahawa fonetik auditori ialah bidang kajian berkenaan pendengaran dan proses yang wujud apabila kita menerima bunyi dan bagaimana bunyi itu dirasai. Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga. Tambahnya lagi, gelombang bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaran mekanikal bagi partikel-partikel udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itu tentunya mempunyai jurang frekuansi dan kepadatan tertentu. Matlamat akhir ilmu fonetik dan fonologi, khususnya bahasa Melayu. Telah menyatakan bahawa kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya
  • 18. keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.
  • 19. Bibliografi Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Abdullah Hassan. (1978). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Nor Hashimah Jalaluddin. (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Safiah Karim. (1990). Beberapa Persoalan Linguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Radiah Yusoff, Nor ‘Aini Ismail, & Wan Rose Eliza Abdul Rahman. (2004). Pengantar Linguistik. Pearson Prentice Hall: Universiti Sains Malaysia. Radiah Yussoff & Nor ‘Aini Ismail. (2005) Linguistik Pengenalan. Pearson Prentic Hall: Universiti Sains Malaysia. http://pjjmatematik.blogspot.com/2011/05/fonetik-dan-fonologi.html http://nota-notapismp.blogspot.com/2011/01/fonologi-fonetik-dan-fonemik.html http://www.slideshare.net/ahsfantasy24/fonetik-dan-fonologi http://abkar178.blogspot.com/2012/11/perbezaan-fonetik-dan-fonologi.html http://id.scribd.com/doc/53622484/fonetik-dan-fonologi-bunyi-bahasa http://id.scribd.com/doc/98284238/fonetik-dan-fonologi-bm-assgment