SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  13
Télécharger pour lire hors ligne
Topik 8                                  Kemahiran 
                                          Menulis 
        HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1.    Menyatakan definisi konsep kemahiran menulis serta jenis-jenisnya;
   2.    Mengenal pasti pendekatan,       kaedah   dan   teknik   pengajaran
         kemahiran menulis;
   3.    Menilai kekuatan dan kelemahan bentuk penulisan berdasarkan
         jenis-jenisnya; dan
   4.    Mengaplikasikan teori pemilihan dan penyesuaian bahan untuk
         membina bahan pengajaran karangan.




        PENGENALAN
Kemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran
berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah
menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran
membaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek
teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan
penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan itu
sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan
tulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep,
jenis dan pendekatan dan teknik dalam kemahiran menulis.
TOPIK 8    KEMAHIRAN MENULIS        101



 8.1       KEMAHIRAN PENULISAN
Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur
menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang
bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan
wacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis
secara mekanis; iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol
tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan
diteruskan dengan aktiviti mengarang, yang memerlukan penggemblengan
aspek psikologi dan kognitif.


8.1.1      Konsep dan Proses Mengarang
 Mengarang, khususnya karangan ialah aktiviti penting dalam kemahiran
menulis. Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan
sebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis. ZaÊba (1952) mengatakan
bahawa mengarang ialah kemahiran menyusun dan menggubah kata-kata untuk
dijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Bagi Isahak Haron (1979), karangan
bukan sekadar hasil kemahiran menggubah dan menyusun kata-kata, sebaliknya
ialah kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya, yang terdapat
dalam pemikiran pengarang tersebut melalui perantaraan bahasa. Tegasnya,
bolehlah disimpulkan bahawa mengarang itu ialah proses melahirkan idea secara
tersusun dan lojik melalui tulisan. Hasilan sesuatu proses mengarang ini boleh
merupakan, ayat, petikan, nota ringkas, laporan atau sebuah buku.

Kamarudin Husin (1998) menjelaskan bahawa proses menulis karangan atau
proses mengarang itu sendiri ialah:
(a)   Persediaan: menentukan tajuk atau persoalan yang akan ditulis, dan
      memilih serta menentukan format penulisan.
(b)   Mengingat kembali pengalaman: mengingat atau memilih pengalaman atau
      pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk atau persoalan dipilih.
(c)   Kreativiti: mencari bahan-bahan penulisan.
(d)   Perbincangan: perbincangan tentang bahan-bahan atau isi yang diperoleh.
(e)   Penulisan draf: menulis draf atau struktur karangan secara ringkas.
(f)   Semakan draf dan perbincangan.
(g)   Penulisan karangan.
102        TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS




8.1.2      Pendekatan dalam Kemahiran Menulis (proses,
           Komunikatif, Pengalaman Bahasa (LEA),
           Terkawal, Bebas)
(a)   Pendekatan Proses
      Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah
      karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini
      penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, meyemak dan
      membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat
      dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan
      penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik.
      Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai
      kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang
      format atau model penulisan yang baik.

(b)   Pendekatan Komunikatif
      Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang
      penting. Justeru penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk
      berkomunikasi. Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau persolan        yang ada
      kaitannya dengan situasi komunikasi boleh dieksploitasi untuk memotivasi
      pelajar. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis
      dalam konteks situasi komunikasi sebenar. Dalam pendekatan ini, bahan-
      bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dan
      sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran &
      pembelajaran. Bahan autentik ini membolehkan pelajar menulis dalam
      keadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentuk
      formal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan
      ialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. Oleh itu,
      pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan
      dan kesilapan pelajar, khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana,
      kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah perkara biasa. Itu menunjukkan
      bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa tersebut.

(c)   Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)
      Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa
      kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang
      berasingan, seperti   kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
      menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan
      penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan
      dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang
      bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan
      dalam proses penulisan karangan.
TOPIK 8   KEMAHIRAN MENULIS       103



(d)   Pendekatan Terkawal
      Pendekatan ini mencadangkan pembelajaran kemahiran menulis mengikut
      peringkat-peringkat yang bermula daripada peringkat prapenulisan
      hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran. Secara
      umumnya terdapat lima peringkat penulisan dan pendekatan ini iaitu:
      (i)    Peringkat meniru dan menyalin.
      (ii)   Peringkat mengingat kembali.
      (iii) Peringkat menggabungkan.
      (iv) Peringkat penulisan berpandu.
      (v)    Peringkat penulisan bebas.

(e)   Pendekatan Bebas
      Berdasarkan pendekatan ini guru perlu memberikan banyak latihan
      penulisan kepada pelajar. Latihan-latihan ini perlu dipelbagaikan dari segi
      jenis dan format penulisan tersebut. Pendekatan ini beranggapan bahawa,
      semakin banyak pelajar membuat latihan maka semua perkara yang perlu
      ada dalam sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata,
      tatabahasa, pemerengganan, dan gaya tulisan akan dapat dikuasai pelajar
      tersebut secara automatik. Berdasarkan pendekatan ini terdapat tiga
      langkah dalam proses menulis.
      (i)    Langkah 1: Pramenulis
      (ii)   Langkah 2: Membuat rangka dan draf
      (iii) Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali


8.1.3        Peringkat Menulis
Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis; iaitu:

(a)   Peringkat pramenulis
      Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk
      membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan
      selesa dan tepat. Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti-
      aktiviti pergerakan tangan dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasi
      kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang
      boleh dilakukan untuk membentuk kemahiran ini ialah:
      (i)    Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan
             putus-putus.
      (ii)   Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.
104          TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS




      (iii) Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan
            sebaliknya.
      (iv) Latihan membentuk garisan lurus.
      (v)    Latihan membentuk corak: lurus, bulatan, persegi dan sebagainya.
      (vi) Latihan melukis gambar yang ada garis lurus, lengkong, bulat, dan
           sebagainya.

(b)   Peringkat mekanis
      Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah
      peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih
      membentuk lambang-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk
      huruf. Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk
      membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan-
      latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah:
      (i)    Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal.
      (ii)   Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.
      (iii) Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.

(c)   Peringkat pelahiran
      Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran
      membentuk huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih
      untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara
      terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu
      memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang
      diberikan. Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat
      ini ialah:
      (i)    Mengisi silang kata.
      (ii)   Mengisi tempat kosong dalam ayat.
      (iii) Melengkapkan ayat.
      (iv) Melengkapkan petikan atau cerita.
      (v)    Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan-gambar.
      (vi) Menulis jawapan kefahaman.
      (vii) Menulis rencana daripada bahan rangsangan.
      (viii) Menulis karangan.
TOPIK 8   KEMAHIRAN MENULIS        105



                 AKTIVITI 8.1

      1.          Jelaskan ketiga-tiga langkah dalam proses menulis dalam penulisan
                  bebas.
      2.          Bincangkan lima aktiviti yang boleh dijalankan dalam penulisan
                  peringkat pelahiran.



 8.2               JENIS PENULISAN
Dari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh dieksploitasi
untuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuat
berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran &
pembelajaran kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisan
ini perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri. Antara jenis
penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu,
penulisan bebas dan penulisan kreatif. Jenis penulisan tersebut dijelaskan seperti
berikut.

(a)        Penulisan Terkawal
           Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuhnya oleh oleh
           guru, sama ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam
           penulisan terkawal, pelajar banyak menulis berdasarkan model-model yang
           diberikan guru. Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik
           dengan cara meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat, atau karangan
           yang dianggap baik. Penulisan terkawal ialah tahap pertama ke arah
           penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu
           pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya
           penulisan yang baik. Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah:
           (i)     Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar;
           (ii)    Menulis surat:isi disediakan; dan
           (iii) Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.

(b)        Penulisan Separa Terkawal
           Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal
           sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya
           pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang
           diberi. Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan
           pelajar dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam
106          TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS




      petikan tersebut, ialah satu contoh bagaimana pelajar diberikan kebebasan
      dalam penulisan ini. Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang lain ialah:
      (i)    Mengisi tempat kosong dalam petikan;
      (ii)   Menuliskan cerita daripada gambar;
      (iii) Membuat ayat daripada perkataan; dan
      (iv) Menjawab soalan berdasarkan tajuk.

(c)   Penulisan Berpandu
      Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh
      guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau
      menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang
      dikawal itu. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus
      menulis. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan
      jenis ini ialah:
      (i)    Menukarkan dialog kepada bentuk naratif; dan
      (ii)   Menukarkan bentuk puisi kepada prosa.

(d)   Penulisan Separa Berpandu
      Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan
      kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan
      daripada guru. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk
      membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan.
      Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang
      menjurus kepada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan
      yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah:
      (i)    Menyudahkan cerita; dan
      (ii)   Menulis karangan yang isinya disediakan guru.

(e)   Penulisan Bebas
      Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan
      tatabasa yang baik. Penulisan jenis ini tidak lagi menitikberatkan persoalan
      proses untuk menulis, tetapi sebaliknya pelajar diminta memberikan
      tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya, pelajar sepatutnya boleh
      mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan
      yang baik dan bermakna. Dalam penulisan jenis ini, penglibatan guru
      adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campur tangan jika
      terdapat kesalahan-kesalahan atau kesilapan dalam penulisan sahaja.
      Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh
      dilakukan dalam penulisan bebas; iaitu:
TOPIK 8   KEMAHIRAN MENULIS       107



           (i)      Penulisan naratif;
           (ii)     Penulisan deskriptif;
           (iii) Penulisan imaginatif; dan
           (iv) Penulisan argumentatif.

(f)        Penulisan Kreatif
           Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam
           penulisan bebas. Dalam penulisan ini, pelajar bukan sahaja telah mahir
           dalam pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi
           pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan
           kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk
           penulisan bebas yang lain kerana penulisan jenis ini bukan hanya
           memfokuskan terhadap isi yang akan ditulis, tetapi memerlukan kemahiran
           estetika untuk mengolah dan mempersembahkan isi tersebut dengan cara
           yang berkesan dan menarik. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam
           penulisan kreatif ialah:
           (i)      Cerpen;
           (ii)     Puisi;
           (iii) Drama; dan
           (iv) Novel.


                  AKTIVITI 8.2

      1.          Apakah perbezaan antara penulisan terkawal dengan penulisan
                  berpandu?
      2.          Bincangkan bentuk-bentuk penulisan dalam penulisan bebas.
108        TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS




 8.3       PENDEKATAN DAN TEKNIK

       SEMAK KENDIRI 8.1

      1.   Bincangkan perbezaan antara pendekatan penulisan bebas dengan
           jenis penulisan bebas.
      2.   Bincangkan perbezaan antara jenis penulisan berpandu dengan
           jenis penulisan terkawal.
      3.   Jelaskan kaitan antara     pendekatan     proses   dengan   teknik
           pengajaran peta minda.


Dalam konteks pengajaran & pembelajaran, pendekatan & teknik ialah strategi
yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat dan tujuan yang
dirancangan dalam objektif pengajaran. Dalam hal ini, guru seharusnya
menyedari apakah pendekatan yang sesuai, dan dapat pula memilih teknik
yang terbaik, yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pelajar sasaran. Dalam
pengajaran kemahiran penulisan, teknik-teknik yang dihuraikan berikut sesuai
digunakan di sekolah.


8.3.1      Peta Minda, Penyoalan, dan Pendekatan Proses
Peta Minda, dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk
mempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan
dengan pendekatan proses; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses
penulisan itu sendiri.

(a)   Peta Minda




                          Rajah 8.1: Contoh peta minda
TOPIK 8   KEMAHIRAN MENULIS          109



       Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan
       isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan
       menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan
       dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta
       Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan
       perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Sila lihat Rajah 8.1
       yang menggambarkan beberapa contoh peta minda yang boleh anda
       gunakan.

(b)    Penyoalan
       Teknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam
       penulisan karangan. Dalam teknik ini guru akan menyediakan soalan-
       soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis.
       Penyoalan yang melibatkan ÂapaÊ, ÂbilaÊ, ÂmengapaÊ, dan ÂbagaimanaÊ boleh
       digunakan untuk menggalakkan pelajar befikir k e arah isi-isi penulisan.

(c)    Pendekatan Proses
       Pendekatan proses berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang
       baik itu bermula daripada proses bagaimana tulisan itu dihasilkan. Oleh itu
       pendekatan ini menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan
       cara menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu. Draf ini akan disemak,
       dikritik, dan diulas, yang kemudiannya akan ditulis semula. Semakan
       terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara berterusan sekiranya masih
       terdapat kesalahan tatabahasa, format, atau maklumat dalam draf tersebut.
       Pendekatan ini memang memakan masa yang panjang untuk seseorang itu
       menyiapkan sesuatu penulisan, dan ini memberikan peluang yang banyak
       kepada pelajar untuk mempelajari setiap aspek penulisan tersebut.

Secara umumnya penulisan dalam pendekatan proses beradasarkan kepada
prinsip-prinsip berikut:
(i)    Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis
       mengolah dan menyusun idea.
(ii)   Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan prapenulisan,
       dan berakhir dengan penulisan semula.
(iii) Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.
110         TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS




8.3.2       Membina Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
            Kemahiran Menulis
Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira
prinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya
prinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah:
(a)    Ketepatan maklumat kandungan;
(b)    Ketepatan bahasa dan gaya;
(c)    Sesuai dengan umur, tahap, dan keupayaan pelajar;
(d)    Sesuai dengan masyarakat, agama, dan budaya;
(e)    Sesuai dengan objektif pengajaran;
(f)    Sesuai dengan masa pengajaran; dan
(g)    Mudah diguna dan dikendalikan.

Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti gambar,
petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya),
rakaman video, dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran.


8.3.3       Menilai Kemahiran Menulis
Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam
kemahiran menulis adalah seperti berikut:
(i)    Penggunaan bahasa    aspek tatabahasa.
(ii)   Aspek mekanikal    pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya.
(iii) Ketepatan dan kesinambungan isi       Kesesuaian dan huraian isi.
(iv) Gaya penulisan      penggunaan ungkapan/kosa kata menarik.
(v)    Kemahiran mengolah menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.

Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat atau dinilai melalui aktiviti-
aktiviti seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat, mengisi borang,
menulis surat, menulis karangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan.
TOPIK 8   KEMAHIRAN MENULIS         111



       AKTIVITI 8.2

  1.   Bincangkan bagaimana teknik peta minda dan penyoalan boleh
       membantu pelajar memulakan aktiviti penulisan.
  2.   Rancangkan pembinaan bahan pengajaran kemahiran menulis
       karangan bentuk fakta untuk pelajar Tahun 5.




   Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan
   sebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis.

   Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis iaitu prapenulisan,
   penulisan mekanis dan pelahiran.

   Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
   pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu,
   separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif.




Pendekatan Bebas                       Penulisan Kreatif
Pendekatan Proses                      Penulisan Mekanis
Pendekatan Terkawal                    Penyoalan
Penulisan Bebas                        Peta Minda
Penulisan Berpandu                     Prapenulisan




Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan
    teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur:
    Kumpulan Budiman.
112       TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS




Kamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu 1, ilmu bahasa dan kecekapan
    berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Penguasaan kemahiran
    menulis. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
      Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Bahasa. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan
      Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa
    Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa
    Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran KBSR,
    Tahun 4, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Contenu connexe

Tendances

Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Saifatul Nurul Zaima
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulismabaa73
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacafiro HAR
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)ELena LuLia
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)Suhaida Anior
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisNoor Syazwanni
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssrSharieda Md Dam
 

Tendances (20)

Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Teori Nahu Tradisional
Teori Nahu TradisionalTeori Nahu Tradisional
Teori Nahu Tradisional
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulis
 
Topik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membacaTopik 4 kemahiran membaca
Topik 4 kemahiran membaca
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)teori pemerolehan-bahasa (2)
teori pemerolehan-bahasa (2)
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
 

Similaire à kemahiran menulis

Kemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahKemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahJospher Joanes
 
Kemahiran mekanis
Kemahiran mekanisKemahiran mekanis
Kemahiran mekanisrafisramli
 
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...zuhairi7373
 
13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.Faris Rusli
 
Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476awalludinmiskam
 
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab i
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab iIsi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab i
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab iHeru Joe
 
Evaluasi Keterampilan Menulis
Evaluasi Keterampilan MenulisEvaluasi Keterampilan Menulis
Evaluasi Keterampilan MenulisAzhep Moenandar
 
Tatabahasa wacana
Tatabahasa wacanaTatabahasa wacana
Tatabahasa wacanaAza Bella
 
Rps praktikum pembelajaran berbicara
Rps praktikum pembelajaran berbicaraRps praktikum pembelajaran berbicara
Rps praktikum pembelajaran berbicaraDaman Al-Qostholany
 
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaanLina Abu Bakar
 
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012arif widyatma
 
Ptk bahasa indonesia di smk
Ptk bahasa indonesia di smkPtk bahasa indonesia di smk
Ptk bahasa indonesia di smkWahyu Surya
 

Similaire à kemahiran menulis (20)

Kaherudin kurniawan
Kaherudin kurniawanKaherudin kurniawan
Kaherudin kurniawan
 
Kaherudin kurniawan (1)
Kaherudin kurniawan (1)Kaherudin kurniawan (1)
Kaherudin kurniawan (1)
 
Pendekatan karangan bergambar
Pendekatan karangan bergambarPendekatan karangan bergambar
Pendekatan karangan bergambar
 
Hakikat menulis
Hakikat menulisHakikat menulis
Hakikat menulis
 
Kemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendahKemahiran menulis sek.rendah
Kemahiran menulis sek.rendah
 
Kemahiran mekanis
Kemahiran mekanisKemahiran mekanis
Kemahiran mekanis
 
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
Bincangkan teknik pengajaran penulisan dengan mengaitkan peranan anda sebagai...
 
2 model pembelajaran
2 model pembelajaran2 model pembelajaran
2 model pembelajaran
 
13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.13. pembelajaran membaca menulis.
13. pembelajaran membaca menulis.
 
Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476
 
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab i
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab iIsi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab i
Isi proposal skripsi bhs indonesia kak idawati bab i
 
Evaluasi Keterampilan Menulis
Evaluasi Keterampilan MenulisEvaluasi Keterampilan Menulis
Evaluasi Keterampilan Menulis
 
Tatabahasa wacana
Tatabahasa wacanaTatabahasa wacana
Tatabahasa wacana
 
Rps praktikum pembelajaran berbicara
Rps praktikum pembelajaran berbicaraRps praktikum pembelajaran berbicara
Rps praktikum pembelajaran berbicara
 
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
20120117022018 penulisan tesis kertas cadangan_kertas kerja_laporan_pindaan
 
Faktor2
Faktor2Faktor2
Faktor2
 
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012
Prediksiujikompetensigurukelassdtahun2012
 
Ptk bahasa indonesia di smk
Ptk bahasa indonesia di smkPtk bahasa indonesia di smk
Ptk bahasa indonesia di smk
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 

Plus de PAKLONG CIKGU

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017PAKLONG CIKGU
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihPAKLONG CIKGU
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihPAKLONG CIKGU
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3PAKLONG CIKGU
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3PAKLONG CIKGU
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 PAKLONG CIKGU
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4PAKLONG CIKGU
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanPAKLONG CIKGU
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4PAKLONG CIKGU
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4PAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016PAKLONG CIKGU
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 

Plus de PAKLONG CIKGU (20)

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersih
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 

Dernier

KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxboynugraha727
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAAmmar Ahmad
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 

Dernier (20)

KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 

kemahiran menulis

  • 1. Topik 8 Kemahiran  Menulis  HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi konsep kemahiran menulis serta jenis-jenisnya; 2. Mengenal pasti pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran menulis; 3. Menilai kekuatan dan kelemahan bentuk penulisan berdasarkan jenis-jenisnya; dan 4. Mengaplikasikan teori pemilihan dan penyesuaian bahan untuk membina bahan pengajaran karangan. PENGENALAN Kemahiran menulis ialah kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kemahiran berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran membaca. Penguasaan dalam kemahiran menulis tidak hanya melibatkan aspek teknikal dan mekanikal semata-mata, tetapi penulisan turut melibatkan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Hal ini kerana penulisan itu sendiri meliputi proses pemilihan dan pengolahan bahan untuk menghasilkan tulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, topik ini akan menjelaskan konsep, jenis dan pendekatan dan teknik dalam kemahiran menulis.
  • 2. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 101 8.1 KEMAHIRAN PENULISAN Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana-wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis; iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang, yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. 8.1.1 Konsep dan Proses Mengarang Mengarang, khususnya karangan ialah aktiviti penting dalam kemahiran menulis. Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan sebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis. ZaÊba (1952) mengatakan bahawa mengarang ialah kemahiran menyusun dan menggubah kata-kata untuk dijadikan ayat, dan seterusnya sebuah cerita. Bagi Isahak Haron (1979), karangan bukan sekadar hasil kemahiran menggubah dan menyusun kata-kata, sebaliknya ialah kemahiran menyampaikan idea, fakta, dan sebagainya, yang terdapat dalam pemikiran pengarang tersebut melalui perantaraan bahasa. Tegasnya, bolehlah disimpulkan bahawa mengarang itu ialah proses melahirkan idea secara tersusun dan lojik melalui tulisan. Hasilan sesuatu proses mengarang ini boleh merupakan, ayat, petikan, nota ringkas, laporan atau sebuah buku. Kamarudin Husin (1998) menjelaskan bahawa proses menulis karangan atau proses mengarang itu sendiri ialah: (a) Persediaan: menentukan tajuk atau persoalan yang akan ditulis, dan memilih serta menentukan format penulisan. (b) Mengingat kembali pengalaman: mengingat atau memilih pengalaman atau pengetahuan sedia ada berkaitan tajuk atau persoalan dipilih. (c) Kreativiti: mencari bahan-bahan penulisan. (d) Perbincangan: perbincangan tentang bahan-bahan atau isi yang diperoleh. (e) Penulisan draf: menulis draf atau struktur karangan secara ringkas. (f) Semakan draf dan perbincangan. (g) Penulisan karangan.
  • 3. 102 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 8.1.2 Pendekatan dalam Kemahiran Menulis (proses, Komunikatif, Pengalaman Bahasa (LEA), Terkawal, Bebas) (a) Pendekatan Proses Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, meyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga, penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan yang baik. (b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan berasaskan prinsip bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang penting. Justeru penulisan perlu diajarkan dalam bentuk fungsinya untuk berkomunikasi. Dalam hal ini, tajuk-tajuk atau persolan yang ada kaitannya dengan situasi komunikasi boleh dieksploitasi untuk memotivasi pelajar. Pendekatan ini mencadangkan pengajaran kemahiran menulis dalam konteks situasi komunikasi sebenar. Dalam pendekatan ini, bahan- bahan berbentuk autentik seperti dialog, perbahasan, ceramah dan sebagainya sangat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran & pembelajaran. Bahan autentik ini membolehkan pelajar menulis dalam keadaan bebas dan tidak terikat dengan sebarang unsur bahasa berbentuk formal. Hal ini kerana pendekatan ini beranggapan bahawa penulisan ialah proses menukarkan bentuk pertuturan kepada tulisan. Oleh itu, pendekatan ini mencadangkan agar guru bertolak ansur dengan kesalahan dan kesilapan pelajar, khususnya dalam aspek bahasa. Hal ini kerana, kesalahan bahasa dalam komunikasi ialah perkara biasa. Itu menunjukkan bahawa berlakunya perkembangan dalam penguasaan bahasa tersebut. (c) Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.
  • 4. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 103 (d) Pendekatan Terkawal Pendekatan ini mencadangkan pembelajaran kemahiran menulis mengikut peringkat-peringkat yang bermula daripada peringkat prapenulisan hinggalah peringkat penulisan yang memerlukan pemikiran. Secara umumnya terdapat lima peringkat penulisan dan pendekatan ini iaitu: (i) Peringkat meniru dan menyalin. (ii) Peringkat mengingat kembali. (iii) Peringkat menggabungkan. (iv) Peringkat penulisan berpandu. (v) Peringkat penulisan bebas. (e) Pendekatan Bebas Berdasarkan pendekatan ini guru perlu memberikan banyak latihan penulisan kepada pelajar. Latihan-latihan ini perlu dipelbagaikan dari segi jenis dan format penulisan tersebut. Pendekatan ini beranggapan bahawa, semakin banyak pelajar membuat latihan maka semua perkara yang perlu ada dalam sesebuah karangan seperti ejaan, ketepatan kosa kata, tatabahasa, pemerengganan, dan gaya tulisan akan dapat dikuasai pelajar tersebut secara automatik. Berdasarkan pendekatan ini terdapat tiga langkah dalam proses menulis. (i) Langkah 1: Pramenulis (ii) Langkah 2: Membuat rangka dan draf (iii) Langkah 3: Menyemak dan memeriksa kembali 8.1.3 Peringkat Menulis Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis; iaitu: (a) Peringkat pramenulis Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk membolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa dan tepat. Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti- aktiviti pergerakan tangan dan mata, supaya pelajar boleh mengkoordinasi kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan yang boleh dilakukan untuk membentuk kemahiran ini ialah: (i) Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus. (ii) Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.
  • 5. 104 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS (iii) Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya. (iv) Latihan membentuk garisan lurus. (v) Latihan membentuk corak: lurus, bulatan, persegi dan sebagainya. (vi) Latihan melukis gambar yang ada garis lurus, lengkong, bulat, dan sebagainya. (b) Peringkat mekanis Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah peringkat tulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih membentuk lambang-lambang yang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-huruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan- latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah: (i) Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal. (ii) Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris. (iii) Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas. (c) Peringkat pelahiran Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk huruf dan mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis. Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah: (i) Mengisi silang kata. (ii) Mengisi tempat kosong dalam ayat. (iii) Melengkapkan ayat. (iv) Melengkapkan petikan atau cerita. (v) Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan-gambar. (vi) Menulis jawapan kefahaman. (vii) Menulis rencana daripada bahan rangsangan. (viii) Menulis karangan.
  • 6. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 105 AKTIVITI 8.1 1. Jelaskan ketiga-tiga langkah dalam proses menulis dalam penulisan bebas. 2. Bincangkan lima aktiviti yang boleh dijalankan dalam penulisan peringkat pelahiran. 8.2 JENIS PENULISAN Dari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh dieksploitasi untuk tujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuat berdasarkan bentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran & pembelajaran kemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisan ini perlu disesuaikan dengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri. Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif. Jenis penulisan tersebut dijelaskan seperti berikut. (a) Penulisan Terkawal Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuhnya oleh oleh guru, sama ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam penulisan terkawal, pelajar banyak menulis berdasarkan model-model yang diberikan guru. Pelajar didedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula petikan, ayat-ayat, atau karangan yang dianggap baik. Penulisan terkawal ialah tahap pertama ke arah penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik. Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah: (i) Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar; (ii) Menulis surat:isi disediakan; dan (iii) Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar. (b) Penulisan Separa Terkawal Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai dalam
  • 7. 106 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS petikan tersebut, ialah satu contoh bagaimana pelajar diberikan kebebasan dalam penulisan ini. Bentuk-bentuk penulis separa terkawal yang lain ialah: (i) Mengisi tempat kosong dalam petikan; (ii) Menuliskan cerita daripada gambar; (iii) Membuat ayat daripada perkataan; dan (iv) Menjawab soalan berdasarkan tajuk. (c) Penulisan Berpandu Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam penulisan jenis ini ialah: (i) Menukarkan dialog kepada bentuk naratif; dan (ii) Menukarkan bentuk puisi kepada prosa. (d) Penulisan Separa Berpandu Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru. Penulisan jenis ini merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan pemerengganan. Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang menjurus kepada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah: (i) Menyudahkan cerita; dan (ii) Menulis karangan yang isinya disediakan guru. (e) Penulisan Bebas Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan tatabasa yang baik. Penulisan jenis ini tidak lagi menitikberatkan persoalan proses untuk menulis, tetapi sebaliknya pelajar diminta memberikan tumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya, pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik dan bermakna. Dalam penulisan jenis ini, penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan campur tangan jika terdapat kesalahan-kesalahan atau kesilapan dalam penulisan sahaja. Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakukan dalam penulisan bebas; iaitu:
  • 8. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 107 (i) Penulisan naratif; (ii) Penulisan deskriptif; (iii) Penulisan imaginatif; dan (iv) Penulisan argumentatif. (f) Penulisan Kreatif Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan bebas. Dalam penulisan ini, pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea, tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan bentuk penulisan bebas yang lain kerana penulisan jenis ini bukan hanya memfokuskan terhadap isi yang akan ditulis, tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah: (i) Cerpen; (ii) Puisi; (iii) Drama; dan (iv) Novel. AKTIVITI 8.2 1. Apakah perbezaan antara penulisan terkawal dengan penulisan berpandu? 2. Bincangkan bentuk-bentuk penulisan dalam penulisan bebas.
  • 9. 108 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 8.3 PENDEKATAN DAN TEKNIK SEMAK KENDIRI 8.1 1. Bincangkan perbezaan antara pendekatan penulisan bebas dengan jenis penulisan bebas. 2. Bincangkan perbezaan antara jenis penulisan berpandu dengan jenis penulisan terkawal. 3. Jelaskan kaitan antara pendekatan proses dengan teknik pengajaran peta minda. Dalam konteks pengajaran & pembelajaran, pendekatan & teknik ialah strategi yang digunakan oleh guru untuk mencapai matlamat dan tujuan yang dirancangan dalam objektif pengajaran. Dalam hal ini, guru seharusnya menyedari apakah pendekatan yang sesuai, dan dapat pula memilih teknik yang terbaik, yang sesuai dengan objektif pengajaran dan pelajar sasaran. Dalam pengajaran kemahiran penulisan, teknik-teknik yang dihuraikan berikut sesuai digunakan di sekolah. 8.3.1 Peta Minda, Penyoalan, dan Pendekatan Proses Peta Minda, dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses; iaitu suatu pendekatan yang berasaskan proses penulisan itu sendiri. (a) Peta Minda Rajah 8.1: Contoh peta minda
  • 10. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 109 Teknik Peta Minda digunakan untuk memandu pelajar ke arah penghasilan isi yang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini, guru akan menyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar, dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Sila lihat Rajah 8.1 yang menggambarkan beberapa contoh peta minda yang boleh anda gunakan. (b) Penyoalan Teknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan karangan. Dalam teknik ini guru akan menyediakan soalan- soalan yang berkaitan dengan isu atau perkara yang akan ditulis. Penyoalan yang melibatkan ÂapaÊ, ÂbilaÊ, ÂmengapaÊ, dan ÂbagaimanaÊ boleh digunakan untuk menggalakkan pelajar befikir k e arah isi-isi penulisan. (c) Pendekatan Proses Pendekatan proses berasaskan andaian bahawa sesuatu penulisan yang baik itu bermula daripada proses bagaimana tulisan itu dihasilkan. Oleh itu pendekatan ini menekankan ketepatan bahasa dan format tulisan dengan cara menulis dalam bentuk draf terlebih dahulu. Draf ini akan disemak, dikritik, dan diulas, yang kemudiannya akan ditulis semula. Semakan terhadap tulisan atau draf akan berlaku secara berterusan sekiranya masih terdapat kesalahan tatabahasa, format, atau maklumat dalam draf tersebut. Pendekatan ini memang memakan masa yang panjang untuk seseorang itu menyiapkan sesuatu penulisan, dan ini memberikan peluang yang banyak kepada pelajar untuk mempelajari setiap aspek penulisan tersebut. Secara umumnya penulisan dalam pendekatan proses beradasarkan kepada prinsip-prinsip berikut: (i) Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea. (ii) Proses penulisan disusun secara hierarki, bermula dengan prapenulisan, dan berakhir dengan penulisan semula. (iii) Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.
  • 11. 110 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 8.3.2 Membina Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira prinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah: (a) Ketepatan maklumat kandungan; (b) Ketepatan bahasa dan gaya; (c) Sesuai dengan umur, tahap, dan keupayaan pelajar; (d) Sesuai dengan masyarakat, agama, dan budaya; (e) Sesuai dengan objektif pengajaran; (f) Sesuai dengan masa pengajaran; dan (g) Mudah diguna dan dikendalikan. Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti gambar, petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya), rakaman video, dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran. 8.3.3 Menilai Kemahiran Menulis Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran menulis adalah seperti berikut: (i) Penggunaan bahasa aspek tatabahasa. (ii) Aspek mekanikal pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya. (iii) Ketepatan dan kesinambungan isi Kesesuaian dan huraian isi. (iv) Gaya penulisan penggunaan ungkapan/kosa kata menarik. (v) Kemahiran mengolah menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran. Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat atau dinilai melalui aktiviti- aktiviti seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat, mengisi borang, menulis surat, menulis karangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan.
  • 12. TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS 111 AKTIVITI 8.2 1. Bincangkan bagaimana teknik peta minda dan penyoalan boleh membantu pelajar memulakan aktiviti penulisan. 2. Rancangkan pembinaan bahan pengajaran kemahiran menulis karangan bentuk fakta untuk pelajar Tahun 5. Mengarang ialah proses menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan sebagainya dalam bentuk simbol-simbol secara bertulis. Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis iaitu prapenulisan, penulisan mekanis dan pelahiran. Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif. Pendekatan Bebas Penulisan Kreatif Pendekatan Proses Penulisan Mekanis Pendekatan Terkawal Penyoalan Penulisan Bebas Peta Minda Penulisan Berpandu Prapenulisan Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
  • 13. 112 TOPIK 8 KEMAHIRAN MENULIS Kamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu 1, ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Kamarudin Husin, & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Penguasaan kemahiran menulis. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Institut Bahasa. (1992). Asas kemahiran berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran KBSR, Tahun 4, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.