SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  7
Karangan Jenis Fakta
Soalan
Sektor pelancongan kini dianggap sebagai sektor yang dapat
menyumbang kepada pendapatan negara. Huraikan pentingnya
sektor pelancongan di Malaysia.
Jawapan
Sektor pelancongan di Malaysia merupakan sektor yang semakin penting kepada ekonomi
negara. Hal ini demikian kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik, di
samping kebudayaan yang unik. Kerajaan, melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan
Pelancongan, sentiasa berusaha unutk memajukan sector pelancongan di Malaysia.
Sektor pelancongan dapat membantu Malaysia meningkatkan ekonominya. Pelancongan
dianggap sebagai eksport tidak nyata bagi negara kita. Oleh hal yang demikian, sektor ini boleh
menyumbang kepada tukaran wang asing. Malah memajukan sektor pelancongan bermakna kita
mempelbagaikan ekonomi negara.
Selain tempat yang menarik, negara kita agak unik dari segi masyarakatnya. Penduduk
negara ini terdiri daripada berbilang kaum yang hidup berstu padu. Kepelbagaian kebudayaan
kaum-kaum di Malaysia turut manerik pelancong berkunjung ke negara kita. Malah, sikap ramah
tamah, sopan santun, dan suka membantu rakyat negara kita turut memikat pelancong.
Selain itu, negara kita juga mempunyai kemudahan yang pelbagai unutk para pelancong
seperti penginapan yang murah, di samping sistem pengangkutan yang baik. Semua kemudahan
ini menjadi faktor yang membantu negara kita memajukan sektor pelancongan.
Kesimpulannya, faktor pelancongan di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk
dimajukan. Faktor ini akan meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan negara kita
kepada dunia.
Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.
Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar
gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.
Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti
harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan
mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus
mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus rajin
membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata.
Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan
oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini
akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran.
Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi
mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus
segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera.
Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu,
pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun dan gigih
demi mencapai impian tersebut.
Fakta: Cara-cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar
Cara-cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar
Kepupusan spesies haiwan semakin membimbangkan. Oleh itu, haiwan liar wajarlah dilindungi
untuk mengelakkan nasib yang sama seperti dinosaur berulang.
Antara langkah untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mengekalkan atau menambahkan
lagi hutan simpan sedia ada. Haiwan-haiwan ini perlu berada dihabitatnya bagi pembiakan yang
berterusan .
Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan menghukum sesiapa
sahaja yang memelihara, menangkap atau membunuh haiwan-haiwan ini tanpa kebenaran pihak
kerajaan.
Selain itu, aktiviti pemburuan mestilah diluar kawasan rizab sahaja. Penguatkuasaan ini dapat
mengelakkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal.
Seterusnya usaha pembiakan spesies terancam perlulah dipergiatkan. Haiwan yang berjaya
dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan dipantau dari semasa ke semasa.
Penubuhan pusat kajian haiwan-haiwan liar juga perlu diwujudkan bagi membekalkan maklumat
secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang. Ini akan membolehkan
usaha-usaha perlindungan haiwan ini lebih berkesan.
Akhir sekali, hidupan liar yang menceroboh kawasan kebun umpamanya perlulah dipindahkan
segera ke zoo atau sebagainya. Ini kerana apabila keadaan ini terjadi, haiwan berkenaan akan
ditangkap atau dibunuh.
Kesimpulannya, hidupan liar yang kian terancam perlulah dilindungi sebaik mungkin bagi
memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan alam yang tidak ternilai ini.
Fakta: Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan.
Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau
buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala
jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh
itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung-
mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran
anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling
mengambil berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti
ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat
mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran
kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia
menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-
menghormati dan kasih sayang sesama jiran.
Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita
lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran
terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman
dan harmoni.
Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran.
Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar
gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut.
Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti
harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan
mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus
mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus rajin
membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata.
Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan
oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini
akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran.
Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi
mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus
segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera.
Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu,
pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun dan gigih
demi mencapai impian tersebut.
Fakta: Langkah-langkah Mewujudkan Minat Membaca Di Kalangan Para
Pelajar
Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan minat membaca di
kalangan para pelajar. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
Rangka Karangan :
Pendahuluan
-membaca banyak kebaikannya
-mesti dipupuk sejak kecil
Perenggan ke-2
-pihak sekolah memainkan peranan
-mengadakan kempen membaca
-perpustakaan yang lengkap dan menarik
Perenggan ke-3
-ibu bapa memupuk minat membaca anak-anak
-peruntukkan wang untuk buku anak-anak
Perenggan ke-4
-harga buku berpatutan
-semua golongan mampu membeli buku
Penutup
-membaca penting
-mesti dipupuk sejak di bangku sekolah
***********************************
Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, minat membaca di kalangan para pelajar
mestilah dipupuk sejak dari kecil lagi.
Antara langkah-langkah untuk memupuk minat membaca di kalangan para pelajar adalah dengan
mengadakan kempen membaca terutamanya di peringkat sekolah lagi. Pihak sekolah boleh
menjalankan kempen ini dengan mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan
mengarang dan sebagainya.
Selain itu, perpustakaan sekolah perlulah selesa serta dilengkapi dengan bahan bacaan dan
kemudahan yang mencukupi. Ini akan menarik minat pelajar untuk mengunjungi perpustakaan.
Ibu bapa pula mestilah memainkan peranan untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-
anak dengan memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku-buku yang bersesuaian untuk
bacaan anak-anak mereka. Jadikan membaca sebagai aktiviti harian keluarga dan wujudkan
perpustakaan mini di rumah.
Pihak kerajaan pula perlulah memantau supaya buku-buku yang dijual dengan harga yang
berpatutan supaya semua golongan pelajar mampu membeli buku-buku yang mereka perlukan.
Kesimpulannya, membaca amat penting kepada murid-murid. Oleh itu, minat membaca perlu
dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.

Contenu connexe

Tendances

Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 
Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)
Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)
Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)hazliey
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriasiyah97
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Beta, tuanku, baginda, hamba,
Beta, tuanku, baginda, hamba,Beta, tuanku, baginda, hamba,
Beta, tuanku, baginda, hamba,Ahmad Syukri
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangannooraini kasturi
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Bong Shuying
 
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Syafiqah Abu Bakar
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Shankal Kashan
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrEdward Ngu
 
Semangat kejiranan
Semangat kejirananSemangat kejiranan
Semangat kejirananSuzaki Nor
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanDorisca
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 

Tendances (20)

Faedah menabung
Faedah menabungFaedah menabung
Faedah menabung
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)
Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)
Teknik menulis karangan keperihalan(contoh&latihan)
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitri
 
Pemahaman teks
Pemahaman teksPemahaman teks
Pemahaman teks
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Beta, tuanku, baginda, hamba,
Beta, tuanku, baginda, hamba,Beta, tuanku, baginda, hamba,
Beta, tuanku, baginda, hamba,
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
Contoh kerja kursus_geografi_2011[1]
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
 
peribahasa tahun 5
peribahasa tahun 5peribahasa tahun 5
peribahasa tahun 5
 
Semangat kejiranan
Semangat kejirananSemangat kejiranan
Semangat kejiranan
 
Alam sekitar pidato
Alam sekitar pidatoAlam sekitar pidato
Alam sekitar pidato
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapan
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 

En vedette

Karangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaKarangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaAkaryu
 
Karangan fakta upsr
Karangan fakta upsrKarangan fakta upsr
Karangan fakta upsrNami Wind
 
Faedah menabung
Faedah menabungFaedah menabung
Faedah menabungnaznianiza
 
Amalan menabung
 Amalan menabung Amalan menabung
Amalan menabungRosni Yus
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014filzahsyafiqah
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisSyazwani Mohd
 
Soalan bm kertas 1
Soalan bm kertas 1Soalan bm kertas 1
Soalan bm kertas 1balingindah
 
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4huda_ahmad
 
Kebaikan menabung
Kebaikan menabungKebaikan menabung
Kebaikan menabungZaim Nur
 
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelanconganKarangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelanconganIzzati_Wahab
 
Contoh ucapan
Contoh ucapanContoh ucapan
Contoh ucapan82328
 
Pidato tua&muda
Pidato tua&mudaPidato tua&muda
Pidato tua&mudamandina
 

En vedette (20)

Karangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaKarangan Jenis Fakta
Karangan Jenis Fakta
 
Karangan fakta upsr
Karangan fakta upsrKarangan fakta upsr
Karangan fakta upsr
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Penulisan fakta
Penulisan faktaPenulisan fakta
Penulisan fakta
 
Faedah menabung
Faedah menabungFaedah menabung
Faedah menabung
 
Amalan menabung
 Amalan menabung Amalan menabung
Amalan menabung
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014
 
Jenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kirimanJenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kiriman
 
Contoh karangan
Contoh  karanganContoh  karangan
Contoh karangan
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
Soalan bm kertas 1
Soalan bm kertas 1Soalan bm kertas 1
Soalan bm kertas 1
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Asgment antropologi
Asgment antropologiAsgment antropologi
Asgment antropologi
 
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
 
Warisan budaya
Warisan budayaWarisan budaya
Warisan budaya
 
Kebaikan menabung
Kebaikan menabungKebaikan menabung
Kebaikan menabung
 
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelanconganKarangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
Karangan usaha-usaha-meningkatkan-pelancongan
 
Contoh ucapan
Contoh ucapanContoh ucapan
Contoh ucapan
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Pidato tua&muda
Pidato tua&mudaPidato tua&muda
Pidato tua&muda
 

Similaire à CaraMemupukMinatMembaca

Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Karangan cara cara tahun 6
Karangan  cara cara tahun 6Karangan  cara cara tahun 6
Karangan cara cara tahun 6Tila Tila
 
Ramalan karangan upsr
Ramalan karangan upsrRamalan karangan upsr
Ramalan karangan upsradryalya2017
 
Folio Budaya Membaca
Folio Budaya MembacaFolio Budaya Membaca
Folio Budaya MembacaMimi Mokhtar
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012Henry Gan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Norsuhaila Ila
 
Ramalan karangan upsr 1
Ramalan karangan upsr 1Ramalan karangan upsr 1
Ramalan karangan upsr 1earnestgoh
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisWendy Lim Siew
 

Similaire à CaraMemupukMinatMembaca (20)

Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Fakta
FaktaFakta
Fakta
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Karangan cara cara tahun 6
Karangan  cara cara tahun 6Karangan  cara cara tahun 6
Karangan cara cara tahun 6
 
Ramalan karangan upsr
Ramalan karangan upsrRamalan karangan upsr
Ramalan karangan upsr
 
Folio Budaya Membaca
Folio Budaya MembacaFolio Budaya Membaca
Folio Budaya Membaca
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
Asemen ppim yati
Asemen ppim yatiAsemen ppim yati
Asemen ppim yati
 
Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)Slide karangan ulasan (vle frog)
Slide karangan ulasan (vle frog)
 
Karangan kakak
Karangan kakakKarangan kakak
Karangan kakak
 
Ramalan karangan upsr 1
Ramalan karangan upsr 1Ramalan karangan upsr 1
Ramalan karangan upsr 1
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Yang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlisYang mulia tuan pengerusi majlis
Yang mulia tuan pengerusi majlis
 
1
11
1
 

Plus de cikgushamsuddin

Plus de cikgushamsuddin (10)

Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Sistem ejaan dan sebutan
Sistem ejaan dan sebutanSistem ejaan dan sebutan
Sistem ejaan dan sebutan
 
WACANA DAN LARAS BAHASA
WACANA DAN LARAS BAHASAWACANA DAN LARAS BAHASA
WACANA DAN LARAS BAHASA
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Psikolinguistik
PsikolinguistikPsikolinguistik
Psikolinguistik
 
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasaPengenalan ilmu linguistik dan bahasa
Pengenalan ilmu linguistik dan bahasa
 
Sintaksis ayat
Sintaksis ayatSintaksis ayat
Sintaksis ayat
 
Sintaksis ayat
Sintaksis ayatSintaksis ayat
Sintaksis ayat
 
KRB3033 bahasa melayu
KRB3033 bahasa melayuKRB3033 bahasa melayu
KRB3033 bahasa melayu
 
Ciri-ciri peribahasa
Ciri-ciri peribahasaCiri-ciri peribahasa
Ciri-ciri peribahasa
 

CaraMemupukMinatMembaca

  • 1. Karangan Jenis Fakta Soalan Sektor pelancongan kini dianggap sebagai sektor yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Huraikan pentingnya sektor pelancongan di Malaysia. Jawapan Sektor pelancongan di Malaysia merupakan sektor yang semakin penting kepada ekonomi negara. Hal ini demikian kerana negara kita banyak mempunyai tempat yang menarik, di samping kebudayaan yang unik. Kerajaan, melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan, sentiasa berusaha unutk memajukan sector pelancongan di Malaysia. Sektor pelancongan dapat membantu Malaysia meningkatkan ekonominya. Pelancongan dianggap sebagai eksport tidak nyata bagi negara kita. Oleh hal yang demikian, sektor ini boleh menyumbang kepada tukaran wang asing. Malah memajukan sektor pelancongan bermakna kita mempelbagaikan ekonomi negara. Selain tempat yang menarik, negara kita agak unik dari segi masyarakatnya. Penduduk negara ini terdiri daripada berbilang kaum yang hidup berstu padu. Kepelbagaian kebudayaan kaum-kaum di Malaysia turut manerik pelancong berkunjung ke negara kita. Malah, sikap ramah tamah, sopan santun, dan suka membantu rakyat negara kita turut memikat pelancong. Selain itu, negara kita juga mempunyai kemudahan yang pelbagai unutk para pelancong seperti penginapan yang murah, di samping sistem pengangkutan yang baik. Semua kemudahan ini menjadi faktor yang membantu negara kita memajukan sektor pelancongan. Kesimpulannya, faktor pelancongan di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan. Faktor ini akan meningkatkan pendapatan negara dan memperkenalkan negara kita kepada dunia.
  • 2. Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran. Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut. Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata. Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran. Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera. Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.
  • 3. Fakta: Cara-cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar Cara-cara Mengelakkan Kepupusan Haiwan Liar Kepupusan spesies haiwan semakin membimbangkan. Oleh itu, haiwan liar wajarlah dilindungi untuk mengelakkan nasib yang sama seperti dinosaur berulang. Antara langkah untuk mengelakkan perkara ini adalah dengan mengekalkan atau menambahkan lagi hutan simpan sedia ada. Haiwan-haiwan ini perlu berada dihabitatnya bagi pembiakan yang berterusan . Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu dikuatkuasakan dengan menghukum sesiapa sahaja yang memelihara, menangkap atau membunuh haiwan-haiwan ini tanpa kebenaran pihak kerajaan. Selain itu, aktiviti pemburuan mestilah diluar kawasan rizab sahaja. Penguatkuasaan ini dapat mengelakkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal. Seterusnya usaha pembiakan spesies terancam perlulah dipergiatkan. Haiwan yang berjaya dibiakkan juga perlu dibebaskan ke habitat asal dengan dipantau dari semasa ke semasa. Penubuhan pusat kajian haiwan-haiwan liar juga perlu diwujudkan bagi membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan datang. Ini akan membolehkan usaha-usaha perlindungan haiwan ini lebih berkesan. Akhir sekali, hidupan liar yang menceroboh kawasan kebun umpamanya perlulah dipindahkan segera ke zoo atau sebagainya. Ini kerana apabila keadaan ini terjadi, haiwan berkenaan akan ditangkap atau dibunuh. Kesimpulannya, hidupan liar yang kian terancam perlulah dilindungi sebaik mungkin bagi memastikan generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan alam yang tidak ternilai ini.
  • 4. Fakta: Cara-cara Memupuk Semangat Kejiranan. Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan. Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung- mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain. Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran. Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat- menghormati dan kasih sayang sesama jiran. Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.
  • 5. Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran. Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar gagal menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai hasrat tersebut. Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran ialah membuat jadual aktiviti harian. Jadual ini akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan mereka terus mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka juga harus rajin membaca kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan kata. Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya. Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para pelajar dalam pelajaran. Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat diselesaikan segera. Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.
  • 6. Fakta: Langkah-langkah Mewujudkan Minat Membaca Di Kalangan Para Pelajar Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan minat membaca di kalangan para pelajar. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Rangka Karangan : Pendahuluan -membaca banyak kebaikannya -mesti dipupuk sejak kecil Perenggan ke-2 -pihak sekolah memainkan peranan -mengadakan kempen membaca -perpustakaan yang lengkap dan menarik Perenggan ke-3 -ibu bapa memupuk minat membaca anak-anak -peruntukkan wang untuk buku anak-anak Perenggan ke-4 -harga buku berpatutan -semua golongan mampu membeli buku Penutup -membaca penting -mesti dipupuk sejak di bangku sekolah *********************************** Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, minat membaca di kalangan para pelajar mestilah dipupuk sejak dari kecil lagi. Antara langkah-langkah untuk memupuk minat membaca di kalangan para pelajar adalah dengan mengadakan kempen membaca terutamanya di peringkat sekolah lagi. Pihak sekolah boleh menjalankan kempen ini dengan mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan mengarang dan sebagainya. Selain itu, perpustakaan sekolah perlulah selesa serta dilengkapi dengan bahan bacaan dan kemudahan yang mencukupi. Ini akan menarik minat pelajar untuk mengunjungi perpustakaan. Ibu bapa pula mestilah memainkan peranan untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-
  • 7. anak dengan memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku-buku yang bersesuaian untuk bacaan anak-anak mereka. Jadikan membaca sebagai aktiviti harian keluarga dan wujudkan perpustakaan mini di rumah. Pihak kerajaan pula perlulah memantau supaya buku-buku yang dijual dengan harga yang berpatutan supaya semua golongan pelajar mampu membeli buku-buku yang mereka perlukan. Kesimpulannya, membaca amat penting kepada murid-murid. Oleh itu, minat membaca perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.