SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  31
1
KAJIAN TERHADAP POTENSI PELANCONGAN BELIA
BAB 1
PENGENALAN KAJIAN
1.1 Pengenalan
Di dalam bab ini, pasukan penyelidik membincangkan mengenai latar belakang kajian, tujuan
kajian ini diadakan, objektif kajian, penyataan masalah, serta skop kajian yang akan
dilakukan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Industri pelancongan telah dijadikan antara agenda serta isu penting dalam pelan Dasar
Pembangunan Negara. Sektor pelancongan telah mengambil peranan yang lebih besar dalam
mengorak serta merangsang ekonomi Negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan
yang mana sehingga kini telah menjana 12 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
dan mempunyai 16 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja. Industri ini juga kini telah
menjadi alternatif kepada penyerapan peluan-peluang pekerjaan dan peningkatan penempatan
masyarakat setempat sekaligus menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan Negara.
Industri ini juga dikenalpasti sebagai penyumbang kepada penjanaan perolehan tukaran asing
iaitu yang kedua terbesar negara, guna tenaga dan pendapatan. Industri pelancongan Malaysia
sememangnya mempunyai potensi untuk meningkatkan mutu, daya tarikan dan keberkesanan
produk dan perkhidmatan pelancongannya setanding dengan destinasi pelancongan yang lain
di rantau Asia khususnya di rantau Asia Tenggara.
1.3 Tujuan Kajian
Takrifan belia membawa maksud mereka yang berumur lingkungan antara umur 15 tahun
sehingga 40 tahun. Bagi kajian ini, tujuan perlaksanaan penyelidikan ini adalah bagi
mengetahui potensi pelancongan belia. Selain itu, untuk membuktikan bahawa generasi belia
berpotensi menyumbang terhadap pelancongan dan seterusnya meningkatkan pembangunan
ekonomi negara.
2
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi pelancongan belia.
Secara khususnya pula, kajian adalah untuk:
1. Mengenal pasti profil demografi dan latar belakang pelancong-pelancong belia di
Malaysia.
2. Mengenalpasti karakter pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan,
pengangkutan, tempoh melancong, dan aktiviti.
3. Mengenal pasti faktor tarikan yang mempengaruhi pelancong belia untuk keluar
melancong.
4. Mencadangkan strategi untuk memperkembangkan sektor pelancongan belia.
1.5 Penyataan Masalah
Kajian ini dilakukan bagi mengkaji sejauh mana potensi belia mampu memberi impak dalam
meningkatkan sektor pelancongan belia. Bagaimana peranan belia mampu meningkatkan
ekonomi negara sekaligus mencerminkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dapat
memberikan kepuasan yang tidak ternilai kepada pelancong sepanjang melancong di
Malaysia tidak kira kepada pelancong dalam atau luar negara.
1.6 Skop Kajian
Skop kajian ini menumpu kepada pelancong dalam kalangan belia kerana ingin melihat tahap
penglibatan golongan belia dalam industri pelancongan negara dan melihat tahap penyertaan
mereka dalam sektor pelancongan negara. Sampel diambil daripada kalangan belia yang
berumur 15 hingga 40 tahun. Laman sesawang Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia serta laman sesawang Jabatan Statistik Malaysia menjadi rujukan untuk mencari
maklumat-maklumat tambahan mengenai penglibatan golongan belia dalam industri
pelancongan di Malaysia.
3
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Berdasarkan kepada latar belakang, objektif dan skop kajian yang telah dibincangkan di
dalam Bab 1, satu sorotan awal telah dibuat terhadap beberapa penulisan yang berkaitan
dengan pelancongan. Bab ini akan membentangkan hasil sorotan kajian tersebut.
2.2 Definisi Pelancongan
Menurut Badaruddin et.al (2007), pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan selama
individu berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah dan berinteraksi
dengan masyarakat tempatan serta menggunakan kemudahan yang telah disediakan di
kawasan pelancongan bagi mencapai keperluan mereka. Manakala menurut Macintosh dan
Goeldner (2003), telah mentafsirkan pelancongan ialah “gabungan fenomena dan hubungan-
hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelancong lain, menarik dan menerima
kedatanganparapelanconginidanpelawatdenganpelawat yanglain”.
2.3 Definisi Pelancongan Belia
Terdapat beberapa versi definisi pelancong belia. Pertubuhan pelancongan sedunia (WTO)
mendefinisikan pelancong belia sebagai pelancong yang berumur antara 16 hingga 25 tahun
yang membuat perjalanan dan menginap sekurang-kurangnya satu malam di sesebuah
destinasi. Manakala Aramberri (1gg1) pula mencadangkan bahawa pelancong belia adalah
terdiri daripada golongan pelancong yang berdikari (independent), berumur antara 15 hingga
24 tahun dan sering keluar melancong sama ada bersendirian ataupun secara berkumpulan.
Sullivan (2004)' merumuskan bahawa pelancong belia selalunya mempunyai identiti sebagai
pelancong yang berdikari, tidak mempunyai pelan perjalanan yang berstruktur, berumur
antara 15-34 tahun, sering mencari kesempatan untuk melibatkan diri dalam budaya setempat
dan mempunyai motivasi untuk memperbaiki diri menerusi melancong. Rumusan Sullivan
mengenai peringkat umur pelancong belia telah disokong oleh Carr (2001,1999) di mana
beliau telah mengkategorikan individu 15 hingga 34 tahun sebagai pelancong muda atau
4
"young tourist" di dalam kajian-kajiannya. Sementara itu, Persatuan Gerakan Belia 48
Malaysia pula mengkategorikan keahlian belia persatuan ini kepada dua kumpulan umur iaitu
ahli muda dan ahli biasa. Ahli muda merujuk kepada individu yang berumur 12-15 tahun,
manakala ahli biasa terdiri daripada individu berumur di antara 16 hingga 40 tahun. Ini
menunjukkan bahawa individu di Malaysia yang berumur 12 hingga 40 tahun layak
ditakrifkan sebagai belia. sehingga kini, kebanyakan penyelidik masih belum dapat mencapai
kesepakatan dalam menentukan definisi pelancong belia (Seekings,1995). Kajian ini
mencadangkan agar golongan belia yang disasarkan dalam soal selidik kali ini meliputi
mereka yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. selain itu, responden yang terlibat terdiri
daripada:
1. Pelancong belia yang melakukan perjalanan sama ada balik hari ataupun tinggal di
destinasi.
2. Membuat percutian domestik.
3. Pelancong berkumpulan atau individu.
2.4 Sumbangan Industri Pelancongan
Industri pelanconganturutmenyumbangkepadaimpakpositifkeranaindustriiniadalahantaraindustri yang
sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kepada kerajaan negeri dan
seterusnya kepada sumber pendapatan Negara (Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani Othman,
2010).
2.5 Faktor Tarikan Terhadap Aktiviti Pelancongan
Faktor tarikan pelancongan pula merujuk kepada aspek atau ciri-ciri sesuatu destinasi yang
mempengaruhi keputusan seseorang untuk memilihnya sebagai destinasi pilihan mereka
(Ahmad Azmi M. Ariffin 1999)
5
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam suatu kajian penyelidikan, kaedah atau metodologi merupakan faktor yang penting
bagi membolehkan keputusan yang diperolehi mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi. Oleh itu, pendekatan secara pensampelan dan penganalisian data yang digunakan
perlu dikenal pasti supaya bersesuaian dengan objektif kajian yang telah digariskan kerana
kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau metodologi kajian yang sesuai dan
berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan
beban maklumat (Mohd Majid dalam Maarof, 1997)
Bab ini akan menerangkan kaedah atau pendekatan penyelidikan yang digunakan untuk
mengumpul dan menganalisis data bagi mencapai objektif kajian. Antara pendekatan
penyelidikan atau kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kaedah
persampelan, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian, dan analisis data.
3.2 KAEDAH PERSAMPELAN
Responden yang dipilih merupakan golongan belia iaitu mereka yang dalam lingkungan umur
15 hingga 40 tahun. Hasil daripada penemuan kajian yang telah dianalisis secara sistematik,
terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat mengikut objektif kajian iaitu mengenal
pasti profil demografi dan latar belakang pelancong-pelancong belia di Malaysia, mengenal
pasti karakter pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan, pengangkutan,
tempoh melancong, perbelanjaan dan aktiviti serta mengenal pasti faktor tarikan yang
mempengaruhi pelancong belia untuk keluar melancong dan mencadangkan strategi untuk
memperkembangkan sektor pelancongan belia.
6
3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Kaedah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah memfokus kepada sumber data.
Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer
dan maklumat sekunder.
3.3.1 Data Primer
Data primer adalah data asal yang diperolehi oleh pengkaji. Dala kajian ini, data-data
diperolehi melalui maklumbalas daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada belia-
belia.
3.3.1.1 Soal Selidik
Borang soal selidik adalah satu set aoalan yang dibangunkan dan diedarkan
kepada responden untuk dijawab. Soal selidik adalah satu alat pengumpulan
data yang sesuai apabila pengkaji mengetahui dengan tepat apa sebenarnya
yang mereka perlukan dan bagaimana untuk memastikan pembolehubah yang
hendak dikaji (Uma Sekaran, 2003). Dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada responden yang
ditetapkan. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang disusun secara
teratur untuk dijawab oleh responden (belia). Soal selidik merupakan satu alat
yang penting bagi seorang pengkaji dalam menjalankan kajian kerana kualiti
soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan secara keseluruhannya.
Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu kabur, maka
jawapan yang diperolehi tidak akan member pengertian yang nyata dan ini
akan merosakkan hasil atau dapatan sesebuah kajian.
3.3.2 Data Sekunder
Selain daripada data primer yang didapati melalui kaedah soal selidik seperti yang telah
dinyatakan, maklumat sekunder juga perlu untuk memantapkan lagi kajian. Data ini
merupakan sumber maklumat yang terpenting kerana ia diperlukan untuk menjelaskan tajuk
kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian lepas.
Sumber daripada data sekunder diperoleh daripada jurnal-jurnal, buku rujukan, majalah-
majalah berbentuk ilmiah dan maklumat daripada laman web akhbar-akhnar tempatan serta
7
jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tujuan data
sekunder adalah untuk mengenal pasti masalah, membina pendekatan kepada masalah dan
menjawab beberapa masalah. Data sekunder merupakan data sokongan bagi memahami
dengan lebih terperinci kajian yang dijalankan.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, temubual, dan juga
penggunaan borang soal selidik. Pembangunan soal selidik yang digunakan dalam
penggunaan borang soal selidik adalah berasaskan kepada beberapa proses pengubahsuaian
termasuk ujian rintis ke atas beberapa responden.
3.4.1 Pemerhatian
Melalui kajian lapangan, penyelidik memerhati dan mencatatkan tingkah laku
responden kajian dalam keadaan sebenar. Kaedah yang digunakan ini adalah untuk
mendalami tingkah laku responden (belia) terhadap isu pelancongan. Pemerhatian ini
perlu kerana sebahagian aspek tertentu tidak dapat ditemui daripada temubual dan
juga pengisian borang soal selidik.
3.4.2 Temubual
Selain daripada itu, kajian ini juga menggunakan kaedah temubual di mana
penemubual (penyelidik) menemubual responden (belia) secara rawak atau spontan
dengan tidak mengikut soalan yang ada di dalam borang soal selidik. Walaupun
soalan ini tidak mengikuti skema soalan yang ada di dalam borang soal selidik, namun
soalan yang diutarakan kepada responden tetap berhubungkait dengan perkara yang
hendak dikaji.
3.4.3 Borang Soal Selidik
Kaedah pengumpulan data menggunakan borang soal selidik telah diedarkan semasa
penyelidik kajian ini menjalankan kajian lapangan ini. Soal selidik yang disediakan
adalah berpandukan kepada objektif kajian yang disenaraikan di dalam Bab 1.
Walau bagaimanapun, soal selidik tersebut telah terlebih dahulu diuji dalan ujian
rintis ke atas 50 orang responden. Ianya adalah sebagai satu proses melestarikan
8
soalan-soalan agar bersesuaian, mudah difahami dan untuk mengenalpasti soalan-
soalan yang dikemukakan adalah relevan dengan kajian sebelum diedarkan kepada
responden. Soal selidik kajian dibahagikan kepada tiga (3) bahagian seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 3.0
Bahagian Soalan-Soalan Item
A Profil Responden 6
B Pengalaman Responden 11
C Pandangan terhadap kenyataan berkaitan pelancongan 3
Jadual 3.0 Struktur Soal Selidik
Bahagian A kajian bertujuan untuk mengenalpasti profil responden seperti jantina, umur,
status, bangsa, perkerjaan dan juga pendapatan responden.
Bahagian B digunakan untuk mengenalpasti pengalaman responden dalam penglibatan
responden terhadap pelancongan yang lepas dari aspek pemilihan destinasi melancong, tujuan
utama melancong, penginapan semasa melancong, pengangkutan yang digunakan semasa
melancong, waktu yang sesuai untuk melancong, keinginan yang hendak diperoleh daripada
melancong, dan faktor yang menyebabkan responden tertarik untuk melancong.
Bahagian C bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan sejauh mana
reponden mengetahui kempen pelancongan yang ada di Malaysia, faktor halangan pelancong
untuk melancong serta pandangan dan cadangan responden mengenai pembangunan
pelancong belia.
3.5 KAEDAH ANALISIS DATA
Bagi menjalankan penyelidikan ini, data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan
kaedah kuantitatif. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) Version 22.
Selepas itu, statistik deskriptif digunakan bagi menyusun dan menginterpretasikan atau
menjelaskan data-data yang dikumpul. Kaedah statistik ini merupakan satu teknik yang
digunakan dengan mengambil satu bahan dan diringkaskan atau diproses dalam bentuk yang
9
lebih ringkas. Contoh teknik yang digunakan bagi menghuraikan dengan lebih lanjut statistik
dekriptif adalah nilai kekerapan dan peratusan untuk menentukan bilangan responden yang
member maklumbalas dan cirri-ciri latarbelakang responden yang diperolehi melalui
maklumat demografi responden.
3.6 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN (Reliability Test)
Kebolehpercayaan merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam
mengikut pembolehubah kajian secara konsisten setiap kali ia digunakan pada masa dan
sampel yang berlainan. Terdapat pelbagai kaedah pengukuran untuk menentukan keofisien
kebolehpercayaan sesuatu instrumen. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan
menggunakan prosedur Alpha Cronbach yang diasaskan kepada model kekonsistenan
dalaman (internal consistency). Kebolehkepercayaan keputusan soal selidik ditentukan
berdasarkan semakin hampIr nilai Alpha kepada 1, ia menunjukkan tahap kebolehpercayaan
yang tinggi. Bagaimanapun nilai Alpha yang kurang daripada 0.6, maka bolehlah dianggap
instrumen yang digunakan dalam kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan rendah. Nilai
Alpha yang lebih daripada 0.7 adalah menentukan tahap kebolehpercayaan yang baik dan
boleh diterima (Uma Sekaran, 1992).
Potensi terhadap pelancongan belia iaitu mengenai karakter pelancong belia yang terdapat 19
kenyataan. Faktor tarikan yang membuat pelancong hendak pergi melancong ialah 7
kenyataan. Halangan serta faktor yang akan dipertimbangkan sebelum melancong ialah 5
kenyataan. Manakala, cadangan untuk pembangunan mengenai pelancong belia ialah 6
kenyataan. Hasil ujian yang ditunjukkan menunjukkan kesemua nilai Cronbach’s Alpha
adalah melebihi 0.7 iaitu paras minimum untuk melayakkan kenyataan-kenyataan yang
digunakan boleh dipercayai.
10
BAB 4
PENEMUAN KAJIAN DAN ANALISIS
4.1 Pengenalan
Bab 4 ini menerangkan mengenai penemuan kajian dan analisis berdasarkan data primer yang
diperoleh dari borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Responden
merupakan pelancong dalam kalangan belia iaitu berumur antara 15 – 40 tahun.
4.2 Analisis data
4.2.1 Profil Responden
4.2.1.1 Jantina
Jantina Bilangan
Lelaki
Perempuan
61
163
Jumlah 224
Jadual 4.1 : Jantina Responden
Rajah 4.1 : Jantina Responden
11
Jadual 4.1 dan Rajah 4.1 menunjukkan profil responden iaitu jantina. Sebanyak 224 borang
selidik telah diedarkan kepada responden di mana lelaki berjumlah 61 orang yang mewakili
27.23%. Manakala, perempuan berjumlah 163 orang yang mewakili 72.77%.
4.2.1.2 Umur
Umur Bilangan
15-20
21-25
26-30
31-35
36-40
Missing
40
107
25
13
9
30
Jumlah 224
Jadual 4.2 : Umur Responden
Rajah 4.2 : Umur Responden
Jadual 4.2 dan Rajah 4.2 menunjukkan jumlah umur responden dan peratusan mengikut
perangkaan umur. Anggaran umur dari 15 – 25 tahun (17.86%), 21 – 25 tahun (47.77%), 26 –
30 tahun (11.16%), 31 – 35 tahun (5.80%) dan 36 – 40 tahun (4.02%). Manakala, 30 orang
iaitu 13.39% adalah “missing” kerana terdapat responden yang tidak mengisi ruangan umur.
12
4.2.1.3 Status
Status Bilangan
Bujang
Berkahwin
Lain-lain
194
29
1
Jumlah 224
Jadual 4.3 : Status Responden
Rajah 4.3 : Status Responden
Daripada 224 borang soal selidik yang diedarkan, Jadual 4.3 dan Rajah 4.3 menunjukkan 194
orang iaitu 86.61% adalah berstatus bujang. Seterusnya, 29 orang iaitu 12.95% adalah
berstatus berkahwin manakala 1 orang iaitu 0.45% adalah berstatus lain-lain. Status bujang
mencatatkan peratusan yang tertinggi kerana kebanyakan responden adalah terdiri daripada
kalangan belia yang berumur antara 15-25.
13
4.2.1.4 Bangsa
Bangsa Bilangan
Melayu
Cina
India
Lain-lain
180
31
12
1
Jumlah 224
Jadual 4.4 : Bangsa
Rajah 4.4 : Bangsa
Jadual 4.4 dan Rajah 4.4 menunjukkan majoriti bangsa sebagai responden adalah Melayu
iaitu 180 orang yang mewakili 80.36%. Seterusnya Cina iaitu sebanyak 31 orang yang
mewakili 13.84%. Manakala India ialah 12 orang yang mewakili 5.36% dan lain-lain hanya
seorang yang mewakili 0.45%.
14
4.2.1.5 Pekerjaan
Sektor Pekerjaan Bilangan
Kerajaan
Swasta
Pelajar
Lain-lain
Missing
24
40
156
3
1
Jumlah 224
Jadual 4.5 : Pekerjaan Responden
Rajah 4.5 : Pekerjaan Responden
Jadual 4.5 dan Rajah 4.5 menunjukkan sektor kerajaan mempunyai 24 orang iaitu 10.76%
manakala sektor swasta ialah 40 orang iaitu 17.94%. Seterusnya, bagi pelajar pula adalah
seramai 156 orang yang mewakili 69.96% dan lain-lain ialah 3 yang mewakili 0.4%.
Terdapat 1 missing di mana terdapat seorang responden yang tidak mengisi ruangan
pekerjaan.
15
4.2.2 Pengalaman Responden
4.2.2.1 Pemilihan Destinasi
Pemilihan Destinasi Bilangan
Dalam Negara
Luar Negara
140
84
Jumlah 224
Jadual 4.6 : Pemilihan Destinasi
Rajah 4.6 : Pemilihan Destinasi
Jadual 4.6 menunjukkan pemilihan destinasi pelancong untuk dalam negara ialah 140 orang
manakala pemilihan destinasi pelancong ke luar negara ialah 84 orang. Rajah 4.6 iaitu
peratusan menunjukkan 62.50% memilih destinasi dalam negara dan 37.50% memilih
destinasi luar negara. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pelancong belia lebih memilih
untuk melancong di dalam negara berbanding melancong di luar negara. Hal ini disebabkan
destinasi-destinasi yang ditawarkan di dalam negara lebih menarik dan lebih menjimatkan
kos.
16
70.54
36.16
5.8
10.71
20.98
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Peratus
Tujuan
Tujuan Utama Melancong
Percutian
Membeli-belah
Mengikut keluarga
Melawat rakan
Lain-lain
4.2.2.2 Tujuan Utama Melancong
Tujuan Utama Bilangan
Percutian/Rekreasi
Membeli-belah
Melawat rakan
Mengikut keluarga
Lain-lain
158
81
24
13
47
Jadual 4.7 : Tujuan Utama Melancong
Rajah 4.7 : Tujuan Utama Melancong
Jadual 4.7 dan Rajah 4.7 menunjukkan tujuan utama responden pergi melancong. Daripada
Jadual 4.7, seramai 158 orang melancong kerana percutian/rekreasi, membeli belah 81 orang,
melawat rakan/saudara-mara 24 orang, mengikut keluarga 13 orang serta lain-lain 47 orang.
Manakala, Rajah 4.7 menunjukkan peratus tujuan utama melancong bagi percutian ialah
70.54%, membeli-belah 36.16%, mengikut keluarga 5.8%, melawat rakan 10.71% dan lain-
lain ialah 20.98%. Hasil kajian dapat dibuktikan bahawa tujuan utama melancong dalam
kalangan belia ialah untuk percutian/rekreasi. Hal ini kerana daripada percutian, pelancong
belia ini dapat mehilangkan tekanan seperti tekanan kerja setelah penat bekerja atau tekanan
pelajaran sepanjang tempoh pembelajaran. Pada masa yang sama, untuk melawat tempat-
tempat yang menarik yang ada di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan ini, dapat
17
mengenali budaya dan adat resam sesuatu daerah, negeri mahupun negara yang dilawati.
Manakala tujuan utama yang kurang mempengaruhi pelancong belia untuk pergi melancong
ialah mengikut keluarga. Hal ini kerana persepsi pelancong belia yang sudah bekerja
mahaupun sedang belajar adalah menyeronokkan untuk pergi melancong dengan rakan
sebaya berbanding keluarga kerana mereka berpendapat rakan sebaya lebih memahami jiwa
mereka sebagai belia dan lebih menyeronokkan melakukan sesetengah perkara bersama rakan
berbanding keluarga.
18
40.2 39.3
28.6
10.3
14.7
4.9
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
Peratus
Pilihan Penginapan
Penginapan
Hotel
Resort/Chalet
Homestay
Perkhemahan
Bagpacker/Asrama
Lain-lain
4.2.2.3 Penginapan
Pilihan Penginapan Bilangan
Hotel
Resort/Chalet
Homestay
Perkhemahan
Bagpacker/Asrama
Lain-lain
90
88
64
23
33
11
Jadual 4.8 : Penginapan
Rajah 4.8 : Penginapan
Jadual 4.8 dan Rajah 4.8 menunjukkan pilihan penginapan belia ialah hotel seramai 90 orang
(40.2%), resort/chalet 88 orang (39.3%), homestay 64 orang (28.6%), perkhemahan 23 orang
(10.3%), bagpacker/asrama 33 orang (14.7%) dan lain-lain 11 orang (4.9%). Keseluruhannya,
pelancong belia lebih memilih hotel sebagai penginapan semasa melancong. Hal ini kerana
apabila menginap di hotel, segala kemudahan telah tersedia dan lebih selesa untuk pelancong
merehatkan diri setelah kepenatan. Bagaimanapun pilihan penginapan terakhir ialah
pelancong belia memilih penginapan yang lain-lain seperti rumah saudara-mara yang terdekat
dengan tempat pelancongan yang hendak dituju kerana lebih menjimatkan kos dan mudah.
19
45.1
21.4
48.7
0
10
20
30
40
50
60
Kenderaan sendiri Bas Lain-lain
Peratus
Jenis Kenderaan
Pengangkutan
Kenderaan sendiri
Bas
Lain-lain
4.2.2.4 Pengangkutan
Jenis Kenderaan Bilangan
Kenderaan sendiri
Bas
Lain-lain
101
48
109
Jadual 4.9 : Jenis Pengangkutan
Rajah 4.9 : Jenis Pengangkutan
Daripada Jadual 4.9 menunjukkan seramai 101 orang memilih kenderaan sendiri sebagai
pangangkutan yang digunakan untuk pergi melancong. 48 orang memilih bas dan 109 orang
memilih lain-lain pengangkutan. Dalam rajah 4.9, peratusan menunjukkan 45.1% memilih
kenderaan sendiri, 21.4% memilih bas dan 48.7% memilih lain-lain sebagai pengangkutan
yang digunakan untuk pergi melancong. Tuntasnya, lain-lain pengangkutan adalah menjadi
pilihan utama pelancong belia. Pengangkutan ini adalah seperti kapal terbang, motosikal,
kereta api, komuter dan sebagainya. Contohnya, pelancong belia memilih kapal terbang
sebagai pengangkutan untuk ke destinasi yang dituju kerana lebih menjimatkan masa. Bas
menjadi pilihan pengangkutan yang terakhir kerana tempoh masa untuk sampai ke destinasi
yang dituju adalah lama. Pada masa yang sama, tahap keselamatan yang kurang memuaskan
sering diisukan sekiranya menaiki bas.
20
17
88.4
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
Hujung minggu Tidak tentu
Peratus
Waktu
Waktu Pergi Melancong
Hujung minggu
Tidak tentu
4.2.2.5 Waktu Pergi Melancong
Waktu Pergi Melancong Bilangan
Hujung minggu
Tidak tentu
38
198
Jadual 4.10 : Waktu Pergi Melancong
Rajah 10 : Waktu Pergi Melancong
Jadual 4.10 dan Rajah 4.10 menunjukkan waktu yang dipilih oleh pelancong belia untuk
pergi melancong. Daripada Jadual 4.10 menunjukkan seramai 38 orang memilih untuk pergi
melancong pada hujung minggu dan 198 orang memilih untuk pergi melancong pada waktu
yang tidak menentu. Manakala Rajah 4.10 menunjukkan peratusan memilih untuk pergi
melancong pada hujung minggu ialah 17% dan tidak tentu ialah 88.4%. Hasil kajian
mendapati pelancong belia lebih memilih untuk pergi melancong pada waktu tidak menentu
seperti pada cuti sekolah atau cuti perayaan/umum. Hal ini disebabkan pelancong belia yang
sudah bekeluarga boleh pergi melancong dengan keluarga dengan lebih lama sekiranya pergi
pada waktu cuti sekolah atau cuti perayaan untuk membawa anak-anak mereka bercuti.
Bagaimanapun, pelancong belia kurang untuk memilih hujung minggu bagi keluar
melancong adalah kerana berpendapat hujung minggu adalah hari untuk merehatka diri dan
minda setelah penat bekerja atau belajar. Bagi pelajar, hujung minggu adalah waktu untuk
menyiapkan segala kerja rumah mahupun tugasan yang diberikan.
21
119
81
105
0
20
40
60
80
100
120
140
Kepuasan hati Merehatkan minda Lain-lain
Peratus
Perkara Yang Diinginkan
Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada
Melancong
Kepuasan hati
Merehatkan minda
Lain-lain
4.2.2.6 Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong
Keinginan yang hendak diperoleh Bilangan
Kepuasan diri
Merehatkan minda
Lain-lain
119
81
105
Jadual 4.11 : Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong
Rajah 4.11 : Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong
Jadual 4.11 menunjukkan 119 orang memilih kepuasan diri sebagai perkara yang ingin
diperoleh daripada melancong diikuti 81 orang memilih untuk merehatkan minda dan 105
orang memilih lain-lain kemahuan yang hendak diperoleh. Manakala di dalam rajah 4.11,
peratusan menunjukkan keinginan yang hendak diperoleh daripada melancong ialah kepuasan
hati (119%), merehatkan minda (81%) dan lain-lain (105%). Pelancong belia gemar pergi
melancong adalah disebabkan untuk kepuasan diri antaranya untuk belajar dan mengenali
budaya orang lain dan melihat keindahan tempat orang. Manakala, merehatkan minda adalah
keinginan yang paling rendah hendak diperoleh. Hal ini kerana belia lebih gemar untuk pergi
melancong adalah untuk mendapatkan sesuatu yang baru seperti pengalaman dan sebagainya.
22
39.7
8.9
21.9
8.5 6.7
20.1
65.6
0
10
20
30
40
50
60
70
Peratus
Faktor Tarikan
Tarikan Melancong
Kos percutian yang baik
Aksesibiliti yang baik
Promosi yang menarik
Keselamatan dan kebersihan
Fasiliti asas
Makanan dan minuman
Lain-lain
4.2.2.7 Tarikan Untuk Melancong
Tarikan Untuk Melancong Bilangan
Kos percutian yang murah
Aksesibiliti yang baik
Promosi yang menarik
Keselamatan dan kebersihan
Fasiliti asas
Makanan dan minuman
Lain-lain
89
20
49
19
15
45
147
Jadual 4.12 : Tarikan Untuk Melancong
Rajah 4.12 : Tarikan Untuk Melancong
Jadual 4.12 menunjukkan bilangan responden bagi faktor tarikan untuk pergi melancong iaitu
kos percutian yang murah sebanyak 89 orang, aksesibiliti yang baik sebanyak 20 orang,
promosi yang menarik sebanyak 49 orang, keselamatan dan kebersihan sebanyak 19 orang,
fasiliti asas sebanyak 15 orang, makanan dan minuman 45 orang serta lain-lain 147 orang.
Manakala Rajah 4.12 menunjukkan peratusan bagi faktor tarikan iaitu kos percutian yang
murah (39.7%), aksesibiliti yang baik (8.9%), promosi yang menarik (21.9%), keselamatan
23
dan kebersihan (8.5%), fasiliti asas (6.7%), makanan dan minuman (20.1%) dan lain-lain
(65.6%). Keseluruhannya, faktor utama menjadi tarikan pelancong belia untuk pergi
melancong ialah faktor lain-lain seperti tarikan budaya dan kesenian, keindahan alam
semulajadi serta keramahan penduduk. Kemudian, faktor yang kurang mempengaruhi
pelancong belia untuk melancong adalah fasiliti asas. Tanpa fasiliti asas golongan belia masih
boleh pergi melancong terutamanya bagi mereka yang bujang. Hal ini mereka beranggapan
sekiranya pergi melancong tidak menghadapi cabaran maknanya tiada keseronokan.
24
94.2
5.4
0
20
40
60
80
100
Ya Tidak Missing
Peratus
Tahap pengetahun
Pengetahuan Terhadap Kempen
Ya
Tidak
Missing
4.2.3 Pandangan Terhadap Kenyataan Berkaitan Pelancongan
4.2.3.1 Pengetahuan Terhadap kempen pelancongan
Pengetahuan terhadap kempen
pelancongan
Bilangan
Ya
Tidak
Missing
211
12
1
Jadual 4.13 : Pengetahuan Terhadap Kempen Pelancongan
Rajah 4.13 : Pengetahuan Terhadap Kempen Pelancongan
Jadual 4.13 dan Rajah 4.13 menunjukkan bahawa pengetahuan pelancong belia terhadap
kempen pelancongan di mana 211 orang (94.2%) mengetahui mengenai kempen “Cuti-cuti
Malaysia” dan “Visit Malaysia 2014” dan 12 orang (5.4%) tidak mengetahui mengenai
kempen ini. Hal ini disebabkan golongan belia didedahkan dengan iklan-iklan pelancongan
yang sering di uar-uarkan di media massa. Selain itu, hebahan daripada rakan-rakan mahupun
keluarga mengenai kempen ini. Namun begitu, bagi golongan belia yang tidak mengetahui
mengenai kempen ini adalah mungkin kurang mengambil tahu isu-isu semasa yang berlaku
terutamanya berkaitan pelancongan.
25
46.4
9.8
17.9
8.9
0.4
16.5
0
10
20
30
40
50
Kewangan Masa KeselamatanPersekitaran Makanan Missing
Peratus
Halangan
Halangan Sebelum Melancong
Kewangan
Masa
Keselamatan
Persekitaran
Makanan
Missing
4.2.3.2 Halangan Sebelum Melancong
Jenis Halangan Bilangan
Kewangan
Masa
Keselamatan
Persekitaran
Makanan
Missing
104
22
40
20
1
37
Jadual 4.14 : Halangan Sebelum Melancong
Rajah 4.14 : Halangan Sebelum Melancong
Jadual 4.14 dan Rajah 4.14 menunjukkan halangan sebelum melancong. Jadual 4.14
menunjukkan kewangan menjadi halangan 104 orang untuk pergi melancong, kekangan masa
seramai 22 orang, tahap keselamatan seramai 40 orang, persekitaran seramai 20 orang dan
makanan 1 orang. Rajah 4.14 menunjukkan peratusan halangan sebelum melancong iaitu
kewangan (46.4%), kekangan masa (9.8%), tahap keselamatan (17.9%), persekitaran (8.9%)
dan makanan (0.4%). Bagaimanapun, 37 borang soal selidik iaitu 16.5% adalah missing.
Kewangan adalah menjadi halangan utama untuk pelancong belia pergi melancong kerana
kos yang tinggi. Manakala, masalah makanan tidak menjadi halangan yang utama kerana
pelancong belia mengetahui sangat mudah untuk mendapatkan makanan terutamanya
melancong di dalam negara.
26
10.3
19.6
8
12.5
4.9
16.5
28.1
0
5
10
15
20
25
30
Peratus
Cadangan
Cadangan
Pakej menarik
Promosi
Aktiviti
Kos murah
Kemudahan
Lain-lain
Missing
4.2.3.3 Cadangan
Cadangan Bilangan
Pakej menarik
Promosi
Aktiviti
Kos murah
Kemudahan
Lain-lain
Missing
23
44
18
28
11
37
63
Jadual 4.15 : Cadangan
Rajah 4.15 : Cadangan
Daripada Jadual 15 dan Rajah 15 menunjukkan 23 orang (10.3%) mencadangkan pakej yang
menarik, 44 orang (19.6%) mencadangkan supaya memperhebatkan promosi, 18 orang
(8.0%) mencadangkan perlaksanaan aktiviti yang menarik dan pelbagai, 28 orang (12.5%)
mencadangkan kos yang murah, 11 orang (4.9%) mencadangkan memperbanyakkan lagi
kemudahan dan 37 orang (16.5%) mencadangkan lain-lain cadangan. Bagaimanapun, 63
borang soal selidik iaitu 28.1% adalah missing. Keseluruhannya, ramai responden
mencadangkan pihak-pihak yang berwajib perlu melaksanakan pelbagai dan
27
memperhebatkan lagi promosi. Contohnya, melakukan lagi kempen-kempen yang sesuai
untuk menarik pelancong untuk pergi melancong dan menerokai keindahan alam serta
budaya sesebuah tempat itu. Pihak berwajib perlu bekerjasama dengan pihak-pihak hotel atau
tempat peranginan untuk melaksanakan pakej-pakej yang menarik.
28
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan mengenai cadangan-cadangan yang akan
dikemukakan yang bersandarkan kepada penemuan-penemuan kajian yang telah
dibincangkan di dalam Bab 4 sebelum ini.
5.1 Rumusan Penemuan Kajian
Berdasarkan kepada penemuan kajian, didapati :
i. Belia lebih memilih untuk melancong di dalam negara kerana golongan ini
berpendapat bahawa destinasi-destinasi yang ditawarkan di dalam negara lebih
menarik dan lebih menjimatkan kos berbanding dengan destinasi-destinasi yang
ditawarkan di luar negara.
ii. Tujuan utama melancong dalam kalangan belia ialah untuk percutian/rekreasi. Hal
ini kerana daripada percutian, pelancong belia ini dapat mehilangkan tekanan
seperti tekanan kerja setelah penat bekerja atau tekanan pelajaran sepanjang
tempoh pembelajaran. Pada masa yang sama, untuk melawat tempat-tempat yang
menarik yang ada di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan ini, dapat
mengenali budaya dan adat resam sesuatu daerah, negeri mahupun negara yang
dilawati.
iii. Pelancong belia lebih memilih hotel sebagai penginapan semasa melancong. Hal
ini kerana apabila menginap di hotel, segala kemudahan telah tersedia dan lebih
selesa untuk pelancong merehatkan diri setelah kepenatan.
iv. Pelancong belia memilih pengangkutan selain daripada kenderaan sendiri dan bas
kerana mereka berpandapat bahawa ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga.
29
v. Pelancong belia lebih memilih untuk pergi melancong pada waktu tidak menentu
seperti pada cuti sekolah atau cuti perayaan/umum. Hal ini disebabkan pelancong
belia yang sudah bekeluarga boleh pergi melancong dengan keluarga dengan lebih
lama sekiranya pergi pada waktu cuti sekolah atau cuti perayaan untuk membawa
anak-anak mereka bercuti.
vi. Pelancong belia gemar untuk pergi melancong adalah disebabkan untuk kepuasan
diri antaranya untuk belajar dan mengenali budaya orang lain dan melihat
keindahan tempat orang.
vii. Pelancong belia menjadikan faktor tarikan budaya dan kesenian, keindahan alam
semulajadi serta keramahan penduduk setempat sebagai faktor utama mereka
untuk pergi melancong.
viii. Tahap pengetahuan pelancong belia terhadap kempen pelancongan adalah baik
kerana golongan belia ini didedahkan dengan iklan-iklan pelancongan yang sering
di uar-uarkan di media massa. Selain itu, hebahan daripada rakan-rakan mahupun
keluarga mengenai kempen ini.
ix. Masalah kewangan menjadi halangan utama untuk pelancong belia pergi
melancong kerana kos yang tinggi
5.2 Kesimpulan Kajian
Kajian ini merumuskan bahawa belia berpotensi dalam menyumbangkan peningkatan sektor
pelancongan belia serta mampu meningkatkan ekonomi negara sekaligus mencerminkan
bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dapat memberikan kepuasan yang tidak ternilai
kepada pelancong sepanjang melancong di Malaysia tidak kira kepada pelancong dalam atau
luar Negara.
30
5.4 Cadangan
Berdasarkan kajian ini, pasukan penyelidik mengemukakan cadangan berikut bagi memberi
jalan penyelesaian kepada pihak yang berwajib atau pihak yang berkenaan untuk
meningkatkan lagi potensi pelancongan terhadap belia. Anatara cadangan tersebut adalah
seperti berikut:
i. Pihak kerajaan mahupun swasta perlu melaksanakan pelbagai dan memperhebatkan
lagi promosi. Contohnya, melakukan lagi kempen-kempen yang sesuai untuk menarik
pelancong untuk pergi melancong dan menerokai keindahan alam serta budaya
sesebuah tempat itu. Pihak berwajib perlu bekerjasama dengan pihak-pihak hotel atau
tempat peranginan untuk melaksanakan pakej-pakej yang menarik.
ii. Pihak berkenaan berperanan dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun
Perayaan dengan mempergiatkan lagi kempen-kempen yang berkaitan dengan
pelancongan belia.
iii. Memberikan pendedahan kepada belia mengenai ilmu pelancongan yang lebih lagi
seperti ilmu dalam persediaan sebelum, semasa dan selepas melancong. Daripada cara
seperti ini, belia mampu merancang atau membuat keputusan yang lebih baik di
dalam hal yang berkaitan dengan pelancongan seperti mengetahui bajet-bajet yang
sesuai untuk melancong.
iv. Menyediakan infrastruktur yang lebih baik dan selesa untuk menarik perhatian
pelancong. Ini kerana golongan seperti ini lebih menitikberatkan aspek keselesaan dan
keselamatan semasa melancong. Aspek seperti ini juga merupakan antara faktor
pelancong tertarik untuk pergi melancong ke sesuatu destinasi.
31
RUJUKAN
Sekaran, U., and Bougie, R. (2013). Research methods for business: A skill building
approach
(6th
Ed). United Kingdom: John Wiley
Al-Mansor Abu Said. (2012). Kaedah Penyelidikan Perniagaan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelancongan Malaysia. (1996). Kajian Pembangunan Pelancongan Belia
Di Malaysia : Potensi dan Halangan. Tourism Research Center, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.
Kementerian Belia dan Sukan. Dasar Pembangunan Belia Negara.
Diperoleh dari
http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/belia/Dasar%20Pembangunan%20Belia%20
Negara
William E. Wagner, III.(2010). Using SPSS for Social Statistics and Research Methods,
(2nd
Ed), United States of America.
Dr.Jamilah Din, Norhazilina Abdul Halim, Azmaliza Arifin. (2011). Kajian Kes: Perniagaan
Homestay Oleh Koperasi, Maktab Koperasi Malaysia
Ahmad Shuib, Noor Aziz Mohd Nor. (1989). Analisis Permintaan Pelancongan di Malaysia,
UPM.
A.N.A. Anuar, A. Habibah, J. Hamzah, Mohd Yusoff Hussain & A. Buang. (2012). Dasar
Pelancongan di Malaysia : Ke Arah Destinasi Mesra Pelancong, UKM

Contenu connexe

Tendances

Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasionalMiz Jaye
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)saadiah alidrus
 
Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraRo Ny
 
Contoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian AmContoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian AmNur Paşa
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikNikky Charloutee
 
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Danialkmal
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNACkg Nizam
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderharalhaj
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA NurZahidah22
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukanmr_kay86
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERAAsmawi Abdullah
 
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)Meera Zaheed
 
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2umi nabila
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaFaRos Rosfar
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaRodiyah Sulaiman
 

Tendances (20)

Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
 
Kegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupanKegiatan penyeludupan
Kegiatan penyeludupan
 
Cabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negaraCabaran ekonomi negara
Cabaran ekonomi negara
 
Contoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian AmContoh PBS STPM Pengajian Am
Contoh PBS STPM Pengajian Am
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNA
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunder
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERASTRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
STRUKTUR DAN KANDUNGAN ATMOSFERA
 
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
 
KOMUNITI ASEAN
KOMUNITI ASEAN KOMUNITI ASEAN
KOMUNITI ASEAN
 
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
SEKTOR PELANCONGAN GEOGRAFI STPM SEM 2
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Perniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsaPerniagaan antarabangsa
Perniagaan antarabangsa
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
 

Similaire à kajian terhadap pelancongan belia

2 TEMA 1-EKONOMI 2023- N SLIDE KPK Terkini (1).pptx
2 TEMA 1-EKONOMI 2023- N SLIDE KPK Terkini (1).pptx2 TEMA 1-EKONOMI 2023- N SLIDE KPK Terkini (1).pptx
2 TEMA 1-EKONOMI 2023- N SLIDE KPK Terkini (1).pptxEppAndyy70
 
Syarifah Md Yusof
Syarifah Md YusofSyarifah Md Yusof
Syarifah Md Yusofidmac2015
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunpeningla
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Acap Persie
 
Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoffidmac2015
 
Lp kassim mohamad_98_24
Lp kassim mohamad_98_24Lp kassim mohamad_98_24
Lp kassim mohamad_98_24Nadia Syafikah
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikannurulliyana28
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajaraizam1205
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Ulasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal
Ulasan Buku-Contoh Ulasan JurnalUlasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal
Ulasan Buku-Contoh Ulasan JurnalAwatif Atif
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhirnuradiba
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhirnuradiba
 

Similaire à kajian terhadap pelancongan belia (20)

2 TEMA 1-EKONOMI 2023- N SLIDE KPK Terkini (1).pptx
2 TEMA 1-EKONOMI 2023- N SLIDE KPK Terkini (1).pptx2 TEMA 1-EKONOMI 2023- N SLIDE KPK Terkini (1).pptx
2 TEMA 1-EKONOMI 2023- N SLIDE KPK Terkini (1).pptx
 
Syarifah Md Yusof
Syarifah Md YusofSyarifah Md Yusof
Syarifah Md Yusof
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aun
 
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
Kajian pembinaan-modul-untuk-mencegah-penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generas...
 
Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoff
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Kajian 1
Kajian 1Kajian 1
Kajian 1
 
Lp kassim mohamad_98_24
Lp kassim mohamad_98_24Lp kassim mohamad_98_24
Lp kassim mohamad_98_24
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
 
Presentatio n p.am
Presentatio n p.amPresentatio n p.am
Presentatio n p.am
 
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajarPenyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
Penyalahgunaan dadah di_kalangan_pelajar
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Khas untuk salihin
Khas untuk salihinKhas untuk salihin
Khas untuk salihin
 
Ulasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal
Ulasan Buku-Contoh Ulasan JurnalUlasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal
Ulasan Buku-Contoh Ulasan Jurnal
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 

Plus de Nadia Bohari

The difference between new balance and nike
The difference between new balance and nikeThe difference between new balance and nike
The difference between new balance and nikeNadia Bohari
 
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWERCASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWERNadia Bohari
 
pendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumatpendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumatNadia Bohari
 
kerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasikerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasiNadia Bohari
 
Aktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayAktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayNadia Bohari
 
koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh Nadia Bohari
 
AKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganAKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganNadia Bohari
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiNadia Bohari
 
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarahKewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarahNadia Bohari
 
Asal usul koperasi
Asal usul koperasiAsal usul koperasi
Asal usul koperasiNadia Bohari
 
peranan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysiaperanan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysiaNadia Bohari
 
sejarah gerakan koperasi di Malaysia
sejarah gerakan koperasi di Malaysiasejarah gerakan koperasi di Malaysia
sejarah gerakan koperasi di MalaysiaNadia Bohari
 
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat Nadia Bohari
 
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumatprinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumatNadia Bohari
 
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggotaprinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggotaNadia Bohari
 
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbukaprinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbukaNadia Bohari
 
suruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysiasuruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysiaNadia Bohari
 
Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020Nadia Bohari
 
peranan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEXperanan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEXNadia Bohari
 

Plus de Nadia Bohari (20)

The difference between new balance and nike
The difference between new balance and nikeThe difference between new balance and nike
The difference between new balance and nike
 
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWERCASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
CASE STUDY: WORLDCOM’S WHISTLEBLOWER
 
pendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumatpendidikan latihan dan maklumat
pendidikan latihan dan maklumat
 
kerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasikerjasama antara koperasi
kerjasama antara koperasi
 
Aktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestayAktiviti koperasi homestay
Aktiviti koperasi homestay
 
koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh koperasi homestay sungai sireh
koperasi homestay sungai sireh
 
AKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganAKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewangan
 
AKPK slide
AKPK slideAKPK slide
AKPK slide
 
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan KoperasiAgenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi
 
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarahKewajipan fidusiari dan statutori pengarah
Kewajipan fidusiari dan statutori pengarah
 
Asal usul koperasi
Asal usul koperasiAsal usul koperasi
Asal usul koperasi
 
peranan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysiaperanan suruhanjaya koperasi malaysia
peranan suruhanjaya koperasi malaysia
 
sejarah gerakan koperasi di Malaysia
sejarah gerakan koperasi di Malaysiasejarah gerakan koperasi di Malaysia
sejarah gerakan koperasi di Malaysia
 
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip koperasi ke5 - pendidikan latihan dan maklumat
 
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumatprinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
prinsip 5 - pendidikan latihan dan maklumat
 
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggotaprinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota
 
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbukaprinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
prinsip 1 -keanggotaan secara sukarela dan terbuka
 
suruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysiasuruhanjaya koperasi malaysia
suruhanjaya koperasi malaysia
 
Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020Dasar koperasi negara 2011- 2020
Dasar koperasi negara 2011- 2020
 
peranan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEXperanan Angkasa sebagai organisasi APEX
peranan Angkasa sebagai organisasi APEX
 

kajian terhadap pelancongan belia

  • 1. 1 KAJIAN TERHADAP POTENSI PELANCONGAN BELIA BAB 1 PENGENALAN KAJIAN 1.1 Pengenalan Di dalam bab ini, pasukan penyelidik membincangkan mengenai latar belakang kajian, tujuan kajian ini diadakan, objektif kajian, penyataan masalah, serta skop kajian yang akan dilakukan. 1.2 Latar Belakang Kajian Industri pelancongan telah dijadikan antara agenda serta isu penting dalam pelan Dasar Pembangunan Negara. Sektor pelancongan telah mengambil peranan yang lebih besar dalam mengorak serta merangsang ekonomi Negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan yang mana sehingga kini telah menjana 12 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dan mempunyai 16 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja. Industri ini juga kini telah menjadi alternatif kepada penyerapan peluan-peluang pekerjaan dan peningkatan penempatan masyarakat setempat sekaligus menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan Negara. Industri ini juga dikenalpasti sebagai penyumbang kepada penjanaan perolehan tukaran asing iaitu yang kedua terbesar negara, guna tenaga dan pendapatan. Industri pelancongan Malaysia sememangnya mempunyai potensi untuk meningkatkan mutu, daya tarikan dan keberkesanan produk dan perkhidmatan pelancongannya setanding dengan destinasi pelancongan yang lain di rantau Asia khususnya di rantau Asia Tenggara. 1.3 Tujuan Kajian Takrifan belia membawa maksud mereka yang berumur lingkungan antara umur 15 tahun sehingga 40 tahun. Bagi kajian ini, tujuan perlaksanaan penyelidikan ini adalah bagi mengetahui potensi pelancongan belia. Selain itu, untuk membuktikan bahawa generasi belia berpotensi menyumbang terhadap pelancongan dan seterusnya meningkatkan pembangunan ekonomi negara.
  • 2. 2 1.4 Objektif Kajian Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti potensi pelancongan belia. Secara khususnya pula, kajian adalah untuk: 1. Mengenal pasti profil demografi dan latar belakang pelancong-pelancong belia di Malaysia. 2. Mengenalpasti karakter pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan, pengangkutan, tempoh melancong, dan aktiviti. 3. Mengenal pasti faktor tarikan yang mempengaruhi pelancong belia untuk keluar melancong. 4. Mencadangkan strategi untuk memperkembangkan sektor pelancongan belia. 1.5 Penyataan Masalah Kajian ini dilakukan bagi mengkaji sejauh mana potensi belia mampu memberi impak dalam meningkatkan sektor pelancongan belia. Bagaimana peranan belia mampu meningkatkan ekonomi negara sekaligus mencerminkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dapat memberikan kepuasan yang tidak ternilai kepada pelancong sepanjang melancong di Malaysia tidak kira kepada pelancong dalam atau luar negara. 1.6 Skop Kajian Skop kajian ini menumpu kepada pelancong dalam kalangan belia kerana ingin melihat tahap penglibatan golongan belia dalam industri pelancongan negara dan melihat tahap penyertaan mereka dalam sektor pelancongan negara. Sampel diambil daripada kalangan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun. Laman sesawang Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta laman sesawang Jabatan Statistik Malaysia menjadi rujukan untuk mencari maklumat-maklumat tambahan mengenai penglibatan golongan belia dalam industri pelancongan di Malaysia.
  • 3. 3 BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan Berdasarkan kepada latar belakang, objektif dan skop kajian yang telah dibincangkan di dalam Bab 1, satu sorotan awal telah dibuat terhadap beberapa penulisan yang berkaitan dengan pelancongan. Bab ini akan membentangkan hasil sorotan kajian tersebut. 2.2 Definisi Pelancongan Menurut Badaruddin et.al (2007), pelancongan melibatkan kegiatan yang dilakukan selama individu berada atau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan serta menggunakan kemudahan yang telah disediakan di kawasan pelancongan bagi mencapai keperluan mereka. Manakala menurut Macintosh dan Goeldner (2003), telah mentafsirkan pelancongan ialah “gabungan fenomena dan hubungan- hubungan yang wujud daripada interaksi antara pelancong dengan pelancong lain, menarik dan menerima kedatanganparapelanconginidanpelawatdenganpelawat yanglain”. 2.3 Definisi Pelancongan Belia Terdapat beberapa versi definisi pelancong belia. Pertubuhan pelancongan sedunia (WTO) mendefinisikan pelancong belia sebagai pelancong yang berumur antara 16 hingga 25 tahun yang membuat perjalanan dan menginap sekurang-kurangnya satu malam di sesebuah destinasi. Manakala Aramberri (1gg1) pula mencadangkan bahawa pelancong belia adalah terdiri daripada golongan pelancong yang berdikari (independent), berumur antara 15 hingga 24 tahun dan sering keluar melancong sama ada bersendirian ataupun secara berkumpulan. Sullivan (2004)' merumuskan bahawa pelancong belia selalunya mempunyai identiti sebagai pelancong yang berdikari, tidak mempunyai pelan perjalanan yang berstruktur, berumur antara 15-34 tahun, sering mencari kesempatan untuk melibatkan diri dalam budaya setempat dan mempunyai motivasi untuk memperbaiki diri menerusi melancong. Rumusan Sullivan mengenai peringkat umur pelancong belia telah disokong oleh Carr (2001,1999) di mana beliau telah mengkategorikan individu 15 hingga 34 tahun sebagai pelancong muda atau
  • 4. 4 "young tourist" di dalam kajian-kajiannya. Sementara itu, Persatuan Gerakan Belia 48 Malaysia pula mengkategorikan keahlian belia persatuan ini kepada dua kumpulan umur iaitu ahli muda dan ahli biasa. Ahli muda merujuk kepada individu yang berumur 12-15 tahun, manakala ahli biasa terdiri daripada individu berumur di antara 16 hingga 40 tahun. Ini menunjukkan bahawa individu di Malaysia yang berumur 12 hingga 40 tahun layak ditakrifkan sebagai belia. sehingga kini, kebanyakan penyelidik masih belum dapat mencapai kesepakatan dalam menentukan definisi pelancong belia (Seekings,1995). Kajian ini mencadangkan agar golongan belia yang disasarkan dalam soal selidik kali ini meliputi mereka yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. selain itu, responden yang terlibat terdiri daripada: 1. Pelancong belia yang melakukan perjalanan sama ada balik hari ataupun tinggal di destinasi. 2. Membuat percutian domestik. 3. Pelancong berkumpulan atau individu. 2.4 Sumbangan Industri Pelancongan Industri pelanconganturutmenyumbangkepadaimpakpositifkeranaindustriiniadalahantaraindustri yang sangat berpotensi sebagai salah satu sumber pendapatan kepada kerajaan negeri dan seterusnya kepada sumber pendapatan Negara (Lee Kuok Tiung dan Siti Suriani Othman, 2010). 2.5 Faktor Tarikan Terhadap Aktiviti Pelancongan Faktor tarikan pelancongan pula merujuk kepada aspek atau ciri-ciri sesuatu destinasi yang mempengaruhi keputusan seseorang untuk memilihnya sebagai destinasi pilihan mereka (Ahmad Azmi M. Ariffin 1999)
  • 5. 5 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Dalam suatu kajian penyelidikan, kaedah atau metodologi merupakan faktor yang penting bagi membolehkan keputusan yang diperolehi mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, pendekatan secara pensampelan dan penganalisian data yang digunakan perlu dikenal pasti supaya bersesuaian dengan objektif kajian yang telah digariskan kerana kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau metodologi kajian yang sesuai dan berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat (Mohd Majid dalam Maarof, 1997) Bab ini akan menerangkan kaedah atau pendekatan penyelidikan yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data bagi mencapai objektif kajian. Antara pendekatan penyelidikan atau kaedah yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian, dan analisis data. 3.2 KAEDAH PERSAMPELAN Responden yang dipilih merupakan golongan belia iaitu mereka yang dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun. Hasil daripada penemuan kajian yang telah dianalisis secara sistematik, terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dibuat mengikut objektif kajian iaitu mengenal pasti profil demografi dan latar belakang pelancong-pelancong belia di Malaysia, mengenal pasti karakter pelancong belia menerusi pemilihan destinasi, penginapan, pengangkutan, tempoh melancong, perbelanjaan dan aktiviti serta mengenal pasti faktor tarikan yang mempengaruhi pelancong belia untuk keluar melancong dan mencadangkan strategi untuk memperkembangkan sektor pelancongan belia.
  • 6. 6 3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Kaedah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah memfokus kepada sumber data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan maklumat sekunder. 3.3.1 Data Primer Data primer adalah data asal yang diperolehi oleh pengkaji. Dala kajian ini, data-data diperolehi melalui maklumbalas daripada soal selidik yang telah diedarkan kepada belia- belia. 3.3.1.1 Soal Selidik Borang soal selidik adalah satu set aoalan yang dibangunkan dan diedarkan kepada responden untuk dijawab. Soal selidik adalah satu alat pengumpulan data yang sesuai apabila pengkaji mengetahui dengan tepat apa sebenarnya yang mereka perlukan dan bagaimana untuk memastikan pembolehubah yang hendak dikaji (Uma Sekaran, 2003). Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik untuk diedarkan kepada responden yang ditetapkan. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijawab oleh responden (belia). Soal selidik merupakan satu alat yang penting bagi seorang pengkaji dalam menjalankan kajian kerana kualiti soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan secara keseluruhannya. Sekiranya soalan yang dikemukakan dalam soal selidik itu kabur, maka jawapan yang diperolehi tidak akan member pengertian yang nyata dan ini akan merosakkan hasil atau dapatan sesebuah kajian. 3.3.2 Data Sekunder Selain daripada data primer yang didapati melalui kaedah soal selidik seperti yang telah dinyatakan, maklumat sekunder juga perlu untuk memantapkan lagi kajian. Data ini merupakan sumber maklumat yang terpenting kerana ia diperlukan untuk menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian lepas. Sumber daripada data sekunder diperoleh daripada jurnal-jurnal, buku rujukan, majalah- majalah berbentuk ilmiah dan maklumat daripada laman web akhbar-akhnar tempatan serta
  • 7. 7 jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tujuan data sekunder adalah untuk mengenal pasti masalah, membina pendekatan kepada masalah dan menjawab beberapa masalah. Data sekunder merupakan data sokongan bagi memahami dengan lebih terperinci kajian yang dijalankan. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, temubual, dan juga penggunaan borang soal selidik. Pembangunan soal selidik yang digunakan dalam penggunaan borang soal selidik adalah berasaskan kepada beberapa proses pengubahsuaian termasuk ujian rintis ke atas beberapa responden. 3.4.1 Pemerhatian Melalui kajian lapangan, penyelidik memerhati dan mencatatkan tingkah laku responden kajian dalam keadaan sebenar. Kaedah yang digunakan ini adalah untuk mendalami tingkah laku responden (belia) terhadap isu pelancongan. Pemerhatian ini perlu kerana sebahagian aspek tertentu tidak dapat ditemui daripada temubual dan juga pengisian borang soal selidik. 3.4.2 Temubual Selain daripada itu, kajian ini juga menggunakan kaedah temubual di mana penemubual (penyelidik) menemubual responden (belia) secara rawak atau spontan dengan tidak mengikut soalan yang ada di dalam borang soal selidik. Walaupun soalan ini tidak mengikuti skema soalan yang ada di dalam borang soal selidik, namun soalan yang diutarakan kepada responden tetap berhubungkait dengan perkara yang hendak dikaji. 3.4.3 Borang Soal Selidik Kaedah pengumpulan data menggunakan borang soal selidik telah diedarkan semasa penyelidik kajian ini menjalankan kajian lapangan ini. Soal selidik yang disediakan adalah berpandukan kepada objektif kajian yang disenaraikan di dalam Bab 1. Walau bagaimanapun, soal selidik tersebut telah terlebih dahulu diuji dalan ujian rintis ke atas 50 orang responden. Ianya adalah sebagai satu proses melestarikan
  • 8. 8 soalan-soalan agar bersesuaian, mudah difahami dan untuk mengenalpasti soalan- soalan yang dikemukakan adalah relevan dengan kajian sebelum diedarkan kepada responden. Soal selidik kajian dibahagikan kepada tiga (3) bahagian seperti yang dinyatakan dalam Jadual 3.0 Bahagian Soalan-Soalan Item A Profil Responden 6 B Pengalaman Responden 11 C Pandangan terhadap kenyataan berkaitan pelancongan 3 Jadual 3.0 Struktur Soal Selidik Bahagian A kajian bertujuan untuk mengenalpasti profil responden seperti jantina, umur, status, bangsa, perkerjaan dan juga pendapatan responden. Bahagian B digunakan untuk mengenalpasti pengalaman responden dalam penglibatan responden terhadap pelancongan yang lepas dari aspek pemilihan destinasi melancong, tujuan utama melancong, penginapan semasa melancong, pengangkutan yang digunakan semasa melancong, waktu yang sesuai untuk melancong, keinginan yang hendak diperoleh daripada melancong, dan faktor yang menyebabkan responden tertarik untuk melancong. Bahagian C bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan sejauh mana reponden mengetahui kempen pelancongan yang ada di Malaysia, faktor halangan pelancong untuk melancong serta pandangan dan cadangan responden mengenai pembangunan pelancong belia. 3.5 KAEDAH ANALISIS DATA Bagi menjalankan penyelidikan ini, data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 22. Selepas itu, statistik deskriptif digunakan bagi menyusun dan menginterpretasikan atau menjelaskan data-data yang dikumpul. Kaedah statistik ini merupakan satu teknik yang digunakan dengan mengambil satu bahan dan diringkaskan atau diproses dalam bentuk yang
  • 9. 9 lebih ringkas. Contoh teknik yang digunakan bagi menghuraikan dengan lebih lanjut statistik dekriptif adalah nilai kekerapan dan peratusan untuk menentukan bilangan responden yang member maklumbalas dan cirri-ciri latarbelakang responden yang diperolehi melalui maklumat demografi responden. 3.6 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN (Reliability Test) Kebolehpercayaan merupakan ukuran keupayaan sesuatu instrumen penyelidikan dalam mengikut pembolehubah kajian secara konsisten setiap kali ia digunakan pada masa dan sampel yang berlainan. Terdapat pelbagai kaedah pengukuran untuk menentukan keofisien kebolehpercayaan sesuatu instrumen. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan prosedur Alpha Cronbach yang diasaskan kepada model kekonsistenan dalaman (internal consistency). Kebolehkepercayaan keputusan soal selidik ditentukan berdasarkan semakin hampIr nilai Alpha kepada 1, ia menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Bagaimanapun nilai Alpha yang kurang daripada 0.6, maka bolehlah dianggap instrumen yang digunakan dalam kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan rendah. Nilai Alpha yang lebih daripada 0.7 adalah menentukan tahap kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima (Uma Sekaran, 1992). Potensi terhadap pelancongan belia iaitu mengenai karakter pelancong belia yang terdapat 19 kenyataan. Faktor tarikan yang membuat pelancong hendak pergi melancong ialah 7 kenyataan. Halangan serta faktor yang akan dipertimbangkan sebelum melancong ialah 5 kenyataan. Manakala, cadangan untuk pembangunan mengenai pelancong belia ialah 6 kenyataan. Hasil ujian yang ditunjukkan menunjukkan kesemua nilai Cronbach’s Alpha adalah melebihi 0.7 iaitu paras minimum untuk melayakkan kenyataan-kenyataan yang digunakan boleh dipercayai.
  • 10. 10 BAB 4 PENEMUAN KAJIAN DAN ANALISIS 4.1 Pengenalan Bab 4 ini menerangkan mengenai penemuan kajian dan analisis berdasarkan data primer yang diperoleh dari borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Responden merupakan pelancong dalam kalangan belia iaitu berumur antara 15 – 40 tahun. 4.2 Analisis data 4.2.1 Profil Responden 4.2.1.1 Jantina Jantina Bilangan Lelaki Perempuan 61 163 Jumlah 224 Jadual 4.1 : Jantina Responden Rajah 4.1 : Jantina Responden
  • 11. 11 Jadual 4.1 dan Rajah 4.1 menunjukkan profil responden iaitu jantina. Sebanyak 224 borang selidik telah diedarkan kepada responden di mana lelaki berjumlah 61 orang yang mewakili 27.23%. Manakala, perempuan berjumlah 163 orang yang mewakili 72.77%. 4.2.1.2 Umur Umur Bilangan 15-20 21-25 26-30 31-35 36-40 Missing 40 107 25 13 9 30 Jumlah 224 Jadual 4.2 : Umur Responden Rajah 4.2 : Umur Responden Jadual 4.2 dan Rajah 4.2 menunjukkan jumlah umur responden dan peratusan mengikut perangkaan umur. Anggaran umur dari 15 – 25 tahun (17.86%), 21 – 25 tahun (47.77%), 26 – 30 tahun (11.16%), 31 – 35 tahun (5.80%) dan 36 – 40 tahun (4.02%). Manakala, 30 orang iaitu 13.39% adalah “missing” kerana terdapat responden yang tidak mengisi ruangan umur.
  • 12. 12 4.2.1.3 Status Status Bilangan Bujang Berkahwin Lain-lain 194 29 1 Jumlah 224 Jadual 4.3 : Status Responden Rajah 4.3 : Status Responden Daripada 224 borang soal selidik yang diedarkan, Jadual 4.3 dan Rajah 4.3 menunjukkan 194 orang iaitu 86.61% adalah berstatus bujang. Seterusnya, 29 orang iaitu 12.95% adalah berstatus berkahwin manakala 1 orang iaitu 0.45% adalah berstatus lain-lain. Status bujang mencatatkan peratusan yang tertinggi kerana kebanyakan responden adalah terdiri daripada kalangan belia yang berumur antara 15-25.
  • 13. 13 4.2.1.4 Bangsa Bangsa Bilangan Melayu Cina India Lain-lain 180 31 12 1 Jumlah 224 Jadual 4.4 : Bangsa Rajah 4.4 : Bangsa Jadual 4.4 dan Rajah 4.4 menunjukkan majoriti bangsa sebagai responden adalah Melayu iaitu 180 orang yang mewakili 80.36%. Seterusnya Cina iaitu sebanyak 31 orang yang mewakili 13.84%. Manakala India ialah 12 orang yang mewakili 5.36% dan lain-lain hanya seorang yang mewakili 0.45%.
  • 14. 14 4.2.1.5 Pekerjaan Sektor Pekerjaan Bilangan Kerajaan Swasta Pelajar Lain-lain Missing 24 40 156 3 1 Jumlah 224 Jadual 4.5 : Pekerjaan Responden Rajah 4.5 : Pekerjaan Responden Jadual 4.5 dan Rajah 4.5 menunjukkan sektor kerajaan mempunyai 24 orang iaitu 10.76% manakala sektor swasta ialah 40 orang iaitu 17.94%. Seterusnya, bagi pelajar pula adalah seramai 156 orang yang mewakili 69.96% dan lain-lain ialah 3 yang mewakili 0.4%. Terdapat 1 missing di mana terdapat seorang responden yang tidak mengisi ruangan pekerjaan.
  • 15. 15 4.2.2 Pengalaman Responden 4.2.2.1 Pemilihan Destinasi Pemilihan Destinasi Bilangan Dalam Negara Luar Negara 140 84 Jumlah 224 Jadual 4.6 : Pemilihan Destinasi Rajah 4.6 : Pemilihan Destinasi Jadual 4.6 menunjukkan pemilihan destinasi pelancong untuk dalam negara ialah 140 orang manakala pemilihan destinasi pelancong ke luar negara ialah 84 orang. Rajah 4.6 iaitu peratusan menunjukkan 62.50% memilih destinasi dalam negara dan 37.50% memilih destinasi luar negara. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa pelancong belia lebih memilih untuk melancong di dalam negara berbanding melancong di luar negara. Hal ini disebabkan destinasi-destinasi yang ditawarkan di dalam negara lebih menarik dan lebih menjimatkan kos.
  • 16. 16 70.54 36.16 5.8 10.71 20.98 0 10 20 30 40 50 60 70 80 Peratus Tujuan Tujuan Utama Melancong Percutian Membeli-belah Mengikut keluarga Melawat rakan Lain-lain 4.2.2.2 Tujuan Utama Melancong Tujuan Utama Bilangan Percutian/Rekreasi Membeli-belah Melawat rakan Mengikut keluarga Lain-lain 158 81 24 13 47 Jadual 4.7 : Tujuan Utama Melancong Rajah 4.7 : Tujuan Utama Melancong Jadual 4.7 dan Rajah 4.7 menunjukkan tujuan utama responden pergi melancong. Daripada Jadual 4.7, seramai 158 orang melancong kerana percutian/rekreasi, membeli belah 81 orang, melawat rakan/saudara-mara 24 orang, mengikut keluarga 13 orang serta lain-lain 47 orang. Manakala, Rajah 4.7 menunjukkan peratus tujuan utama melancong bagi percutian ialah 70.54%, membeli-belah 36.16%, mengikut keluarga 5.8%, melawat rakan 10.71% dan lain- lain ialah 20.98%. Hasil kajian dapat dibuktikan bahawa tujuan utama melancong dalam kalangan belia ialah untuk percutian/rekreasi. Hal ini kerana daripada percutian, pelancong belia ini dapat mehilangkan tekanan seperti tekanan kerja setelah penat bekerja atau tekanan pelajaran sepanjang tempoh pembelajaran. Pada masa yang sama, untuk melawat tempat- tempat yang menarik yang ada di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan ini, dapat
  • 17. 17 mengenali budaya dan adat resam sesuatu daerah, negeri mahupun negara yang dilawati. Manakala tujuan utama yang kurang mempengaruhi pelancong belia untuk pergi melancong ialah mengikut keluarga. Hal ini kerana persepsi pelancong belia yang sudah bekerja mahaupun sedang belajar adalah menyeronokkan untuk pergi melancong dengan rakan sebaya berbanding keluarga kerana mereka berpendapat rakan sebaya lebih memahami jiwa mereka sebagai belia dan lebih menyeronokkan melakukan sesetengah perkara bersama rakan berbanding keluarga.
  • 18. 18 40.2 39.3 28.6 10.3 14.7 4.9 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 Peratus Pilihan Penginapan Penginapan Hotel Resort/Chalet Homestay Perkhemahan Bagpacker/Asrama Lain-lain 4.2.2.3 Penginapan Pilihan Penginapan Bilangan Hotel Resort/Chalet Homestay Perkhemahan Bagpacker/Asrama Lain-lain 90 88 64 23 33 11 Jadual 4.8 : Penginapan Rajah 4.8 : Penginapan Jadual 4.8 dan Rajah 4.8 menunjukkan pilihan penginapan belia ialah hotel seramai 90 orang (40.2%), resort/chalet 88 orang (39.3%), homestay 64 orang (28.6%), perkhemahan 23 orang (10.3%), bagpacker/asrama 33 orang (14.7%) dan lain-lain 11 orang (4.9%). Keseluruhannya, pelancong belia lebih memilih hotel sebagai penginapan semasa melancong. Hal ini kerana apabila menginap di hotel, segala kemudahan telah tersedia dan lebih selesa untuk pelancong merehatkan diri setelah kepenatan. Bagaimanapun pilihan penginapan terakhir ialah pelancong belia memilih penginapan yang lain-lain seperti rumah saudara-mara yang terdekat dengan tempat pelancongan yang hendak dituju kerana lebih menjimatkan kos dan mudah.
  • 19. 19 45.1 21.4 48.7 0 10 20 30 40 50 60 Kenderaan sendiri Bas Lain-lain Peratus Jenis Kenderaan Pengangkutan Kenderaan sendiri Bas Lain-lain 4.2.2.4 Pengangkutan Jenis Kenderaan Bilangan Kenderaan sendiri Bas Lain-lain 101 48 109 Jadual 4.9 : Jenis Pengangkutan Rajah 4.9 : Jenis Pengangkutan Daripada Jadual 4.9 menunjukkan seramai 101 orang memilih kenderaan sendiri sebagai pangangkutan yang digunakan untuk pergi melancong. 48 orang memilih bas dan 109 orang memilih lain-lain pengangkutan. Dalam rajah 4.9, peratusan menunjukkan 45.1% memilih kenderaan sendiri, 21.4% memilih bas dan 48.7% memilih lain-lain sebagai pengangkutan yang digunakan untuk pergi melancong. Tuntasnya, lain-lain pengangkutan adalah menjadi pilihan utama pelancong belia. Pengangkutan ini adalah seperti kapal terbang, motosikal, kereta api, komuter dan sebagainya. Contohnya, pelancong belia memilih kapal terbang sebagai pengangkutan untuk ke destinasi yang dituju kerana lebih menjimatkan masa. Bas menjadi pilihan pengangkutan yang terakhir kerana tempoh masa untuk sampai ke destinasi yang dituju adalah lama. Pada masa yang sama, tahap keselamatan yang kurang memuaskan sering diisukan sekiranya menaiki bas.
  • 20. 20 17 88.4 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 Hujung minggu Tidak tentu Peratus Waktu Waktu Pergi Melancong Hujung minggu Tidak tentu 4.2.2.5 Waktu Pergi Melancong Waktu Pergi Melancong Bilangan Hujung minggu Tidak tentu 38 198 Jadual 4.10 : Waktu Pergi Melancong Rajah 10 : Waktu Pergi Melancong Jadual 4.10 dan Rajah 4.10 menunjukkan waktu yang dipilih oleh pelancong belia untuk pergi melancong. Daripada Jadual 4.10 menunjukkan seramai 38 orang memilih untuk pergi melancong pada hujung minggu dan 198 orang memilih untuk pergi melancong pada waktu yang tidak menentu. Manakala Rajah 4.10 menunjukkan peratusan memilih untuk pergi melancong pada hujung minggu ialah 17% dan tidak tentu ialah 88.4%. Hasil kajian mendapati pelancong belia lebih memilih untuk pergi melancong pada waktu tidak menentu seperti pada cuti sekolah atau cuti perayaan/umum. Hal ini disebabkan pelancong belia yang sudah bekeluarga boleh pergi melancong dengan keluarga dengan lebih lama sekiranya pergi pada waktu cuti sekolah atau cuti perayaan untuk membawa anak-anak mereka bercuti. Bagaimanapun, pelancong belia kurang untuk memilih hujung minggu bagi keluar melancong adalah kerana berpendapat hujung minggu adalah hari untuk merehatka diri dan minda setelah penat bekerja atau belajar. Bagi pelajar, hujung minggu adalah waktu untuk menyiapkan segala kerja rumah mahupun tugasan yang diberikan.
  • 21. 21 119 81 105 0 20 40 60 80 100 120 140 Kepuasan hati Merehatkan minda Lain-lain Peratus Perkara Yang Diinginkan Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong Kepuasan hati Merehatkan minda Lain-lain 4.2.2.6 Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong Keinginan yang hendak diperoleh Bilangan Kepuasan diri Merehatkan minda Lain-lain 119 81 105 Jadual 4.11 : Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong Rajah 4.11 : Keinginan Yang Hendak Diperoleh Daripada Melancong Jadual 4.11 menunjukkan 119 orang memilih kepuasan diri sebagai perkara yang ingin diperoleh daripada melancong diikuti 81 orang memilih untuk merehatkan minda dan 105 orang memilih lain-lain kemahuan yang hendak diperoleh. Manakala di dalam rajah 4.11, peratusan menunjukkan keinginan yang hendak diperoleh daripada melancong ialah kepuasan hati (119%), merehatkan minda (81%) dan lain-lain (105%). Pelancong belia gemar pergi melancong adalah disebabkan untuk kepuasan diri antaranya untuk belajar dan mengenali budaya orang lain dan melihat keindahan tempat orang. Manakala, merehatkan minda adalah keinginan yang paling rendah hendak diperoleh. Hal ini kerana belia lebih gemar untuk pergi melancong adalah untuk mendapatkan sesuatu yang baru seperti pengalaman dan sebagainya.
  • 22. 22 39.7 8.9 21.9 8.5 6.7 20.1 65.6 0 10 20 30 40 50 60 70 Peratus Faktor Tarikan Tarikan Melancong Kos percutian yang baik Aksesibiliti yang baik Promosi yang menarik Keselamatan dan kebersihan Fasiliti asas Makanan dan minuman Lain-lain 4.2.2.7 Tarikan Untuk Melancong Tarikan Untuk Melancong Bilangan Kos percutian yang murah Aksesibiliti yang baik Promosi yang menarik Keselamatan dan kebersihan Fasiliti asas Makanan dan minuman Lain-lain 89 20 49 19 15 45 147 Jadual 4.12 : Tarikan Untuk Melancong Rajah 4.12 : Tarikan Untuk Melancong Jadual 4.12 menunjukkan bilangan responden bagi faktor tarikan untuk pergi melancong iaitu kos percutian yang murah sebanyak 89 orang, aksesibiliti yang baik sebanyak 20 orang, promosi yang menarik sebanyak 49 orang, keselamatan dan kebersihan sebanyak 19 orang, fasiliti asas sebanyak 15 orang, makanan dan minuman 45 orang serta lain-lain 147 orang. Manakala Rajah 4.12 menunjukkan peratusan bagi faktor tarikan iaitu kos percutian yang murah (39.7%), aksesibiliti yang baik (8.9%), promosi yang menarik (21.9%), keselamatan
  • 23. 23 dan kebersihan (8.5%), fasiliti asas (6.7%), makanan dan minuman (20.1%) dan lain-lain (65.6%). Keseluruhannya, faktor utama menjadi tarikan pelancong belia untuk pergi melancong ialah faktor lain-lain seperti tarikan budaya dan kesenian, keindahan alam semulajadi serta keramahan penduduk. Kemudian, faktor yang kurang mempengaruhi pelancong belia untuk melancong adalah fasiliti asas. Tanpa fasiliti asas golongan belia masih boleh pergi melancong terutamanya bagi mereka yang bujang. Hal ini mereka beranggapan sekiranya pergi melancong tidak menghadapi cabaran maknanya tiada keseronokan.
  • 24. 24 94.2 5.4 0 20 40 60 80 100 Ya Tidak Missing Peratus Tahap pengetahun Pengetahuan Terhadap Kempen Ya Tidak Missing 4.2.3 Pandangan Terhadap Kenyataan Berkaitan Pelancongan 4.2.3.1 Pengetahuan Terhadap kempen pelancongan Pengetahuan terhadap kempen pelancongan Bilangan Ya Tidak Missing 211 12 1 Jadual 4.13 : Pengetahuan Terhadap Kempen Pelancongan Rajah 4.13 : Pengetahuan Terhadap Kempen Pelancongan Jadual 4.13 dan Rajah 4.13 menunjukkan bahawa pengetahuan pelancong belia terhadap kempen pelancongan di mana 211 orang (94.2%) mengetahui mengenai kempen “Cuti-cuti Malaysia” dan “Visit Malaysia 2014” dan 12 orang (5.4%) tidak mengetahui mengenai kempen ini. Hal ini disebabkan golongan belia didedahkan dengan iklan-iklan pelancongan yang sering di uar-uarkan di media massa. Selain itu, hebahan daripada rakan-rakan mahupun keluarga mengenai kempen ini. Namun begitu, bagi golongan belia yang tidak mengetahui mengenai kempen ini adalah mungkin kurang mengambil tahu isu-isu semasa yang berlaku terutamanya berkaitan pelancongan.
  • 25. 25 46.4 9.8 17.9 8.9 0.4 16.5 0 10 20 30 40 50 Kewangan Masa KeselamatanPersekitaran Makanan Missing Peratus Halangan Halangan Sebelum Melancong Kewangan Masa Keselamatan Persekitaran Makanan Missing 4.2.3.2 Halangan Sebelum Melancong Jenis Halangan Bilangan Kewangan Masa Keselamatan Persekitaran Makanan Missing 104 22 40 20 1 37 Jadual 4.14 : Halangan Sebelum Melancong Rajah 4.14 : Halangan Sebelum Melancong Jadual 4.14 dan Rajah 4.14 menunjukkan halangan sebelum melancong. Jadual 4.14 menunjukkan kewangan menjadi halangan 104 orang untuk pergi melancong, kekangan masa seramai 22 orang, tahap keselamatan seramai 40 orang, persekitaran seramai 20 orang dan makanan 1 orang. Rajah 4.14 menunjukkan peratusan halangan sebelum melancong iaitu kewangan (46.4%), kekangan masa (9.8%), tahap keselamatan (17.9%), persekitaran (8.9%) dan makanan (0.4%). Bagaimanapun, 37 borang soal selidik iaitu 16.5% adalah missing. Kewangan adalah menjadi halangan utama untuk pelancong belia pergi melancong kerana kos yang tinggi. Manakala, masalah makanan tidak menjadi halangan yang utama kerana pelancong belia mengetahui sangat mudah untuk mendapatkan makanan terutamanya melancong di dalam negara.
  • 26. 26 10.3 19.6 8 12.5 4.9 16.5 28.1 0 5 10 15 20 25 30 Peratus Cadangan Cadangan Pakej menarik Promosi Aktiviti Kos murah Kemudahan Lain-lain Missing 4.2.3.3 Cadangan Cadangan Bilangan Pakej menarik Promosi Aktiviti Kos murah Kemudahan Lain-lain Missing 23 44 18 28 11 37 63 Jadual 4.15 : Cadangan Rajah 4.15 : Cadangan Daripada Jadual 15 dan Rajah 15 menunjukkan 23 orang (10.3%) mencadangkan pakej yang menarik, 44 orang (19.6%) mencadangkan supaya memperhebatkan promosi, 18 orang (8.0%) mencadangkan perlaksanaan aktiviti yang menarik dan pelbagai, 28 orang (12.5%) mencadangkan kos yang murah, 11 orang (4.9%) mencadangkan memperbanyakkan lagi kemudahan dan 37 orang (16.5%) mencadangkan lain-lain cadangan. Bagaimanapun, 63 borang soal selidik iaitu 28.1% adalah missing. Keseluruhannya, ramai responden mencadangkan pihak-pihak yang berwajib perlu melaksanakan pelbagai dan
  • 27. 27 memperhebatkan lagi promosi. Contohnya, melakukan lagi kempen-kempen yang sesuai untuk menarik pelancong untuk pergi melancong dan menerokai keindahan alam serta budaya sesebuah tempat itu. Pihak berwajib perlu bekerjasama dengan pihak-pihak hotel atau tempat peranginan untuk melaksanakan pakej-pakej yang menarik.
  • 28. 28 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan mengenai cadangan-cadangan yang akan dikemukakan yang bersandarkan kepada penemuan-penemuan kajian yang telah dibincangkan di dalam Bab 4 sebelum ini. 5.1 Rumusan Penemuan Kajian Berdasarkan kepada penemuan kajian, didapati : i. Belia lebih memilih untuk melancong di dalam negara kerana golongan ini berpendapat bahawa destinasi-destinasi yang ditawarkan di dalam negara lebih menarik dan lebih menjimatkan kos berbanding dengan destinasi-destinasi yang ditawarkan di luar negara. ii. Tujuan utama melancong dalam kalangan belia ialah untuk percutian/rekreasi. Hal ini kerana daripada percutian, pelancong belia ini dapat mehilangkan tekanan seperti tekanan kerja setelah penat bekerja atau tekanan pelajaran sepanjang tempoh pembelajaran. Pada masa yang sama, untuk melawat tempat-tempat yang menarik yang ada di dalam negara mahupun di luar negara. Dengan ini, dapat mengenali budaya dan adat resam sesuatu daerah, negeri mahupun negara yang dilawati. iii. Pelancong belia lebih memilih hotel sebagai penginapan semasa melancong. Hal ini kerana apabila menginap di hotel, segala kemudahan telah tersedia dan lebih selesa untuk pelancong merehatkan diri setelah kepenatan. iv. Pelancong belia memilih pengangkutan selain daripada kenderaan sendiri dan bas kerana mereka berpandapat bahawa ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga.
  • 29. 29 v. Pelancong belia lebih memilih untuk pergi melancong pada waktu tidak menentu seperti pada cuti sekolah atau cuti perayaan/umum. Hal ini disebabkan pelancong belia yang sudah bekeluarga boleh pergi melancong dengan keluarga dengan lebih lama sekiranya pergi pada waktu cuti sekolah atau cuti perayaan untuk membawa anak-anak mereka bercuti. vi. Pelancong belia gemar untuk pergi melancong adalah disebabkan untuk kepuasan diri antaranya untuk belajar dan mengenali budaya orang lain dan melihat keindahan tempat orang. vii. Pelancong belia menjadikan faktor tarikan budaya dan kesenian, keindahan alam semulajadi serta keramahan penduduk setempat sebagai faktor utama mereka untuk pergi melancong. viii. Tahap pengetahuan pelancong belia terhadap kempen pelancongan adalah baik kerana golongan belia ini didedahkan dengan iklan-iklan pelancongan yang sering di uar-uarkan di media massa. Selain itu, hebahan daripada rakan-rakan mahupun keluarga mengenai kempen ini. ix. Masalah kewangan menjadi halangan utama untuk pelancong belia pergi melancong kerana kos yang tinggi 5.2 Kesimpulan Kajian Kajian ini merumuskan bahawa belia berpotensi dalam menyumbangkan peningkatan sektor pelancongan belia serta mampu meningkatkan ekonomi negara sekaligus mencerminkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dapat memberikan kepuasan yang tidak ternilai kepada pelancong sepanjang melancong di Malaysia tidak kira kepada pelancong dalam atau luar Negara.
  • 30. 30 5.4 Cadangan Berdasarkan kajian ini, pasukan penyelidik mengemukakan cadangan berikut bagi memberi jalan penyelesaian kepada pihak yang berwajib atau pihak yang berkenaan untuk meningkatkan lagi potensi pelancongan terhadap belia. Anatara cadangan tersebut adalah seperti berikut: i. Pihak kerajaan mahupun swasta perlu melaksanakan pelbagai dan memperhebatkan lagi promosi. Contohnya, melakukan lagi kempen-kempen yang sesuai untuk menarik pelancong untuk pergi melancong dan menerokai keindahan alam serta budaya sesebuah tempat itu. Pihak berwajib perlu bekerjasama dengan pihak-pihak hotel atau tempat peranginan untuk melaksanakan pakej-pakej yang menarik. ii. Pihak berkenaan berperanan dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia dan Tahun Perayaan dengan mempergiatkan lagi kempen-kempen yang berkaitan dengan pelancongan belia. iii. Memberikan pendedahan kepada belia mengenai ilmu pelancongan yang lebih lagi seperti ilmu dalam persediaan sebelum, semasa dan selepas melancong. Daripada cara seperti ini, belia mampu merancang atau membuat keputusan yang lebih baik di dalam hal yang berkaitan dengan pelancongan seperti mengetahui bajet-bajet yang sesuai untuk melancong. iv. Menyediakan infrastruktur yang lebih baik dan selesa untuk menarik perhatian pelancong. Ini kerana golongan seperti ini lebih menitikberatkan aspek keselesaan dan keselamatan semasa melancong. Aspek seperti ini juga merupakan antara faktor pelancong tertarik untuk pergi melancong ke sesuatu destinasi.
  • 31. 31 RUJUKAN Sekaran, U., and Bougie, R. (2013). Research methods for business: A skill building approach (6th Ed). United Kingdom: John Wiley Al-Mansor Abu Said. (2012). Kaedah Penyelidikan Perniagaan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelancongan Malaysia. (1996). Kajian Pembangunan Pelancongan Belia Di Malaysia : Potensi dan Halangan. Tourism Research Center, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kementerian Belia dan Sukan. Dasar Pembangunan Belia Negara. Diperoleh dari http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/belia/Dasar%20Pembangunan%20Belia%20 Negara William E. Wagner, III.(2010). Using SPSS for Social Statistics and Research Methods, (2nd Ed), United States of America. Dr.Jamilah Din, Norhazilina Abdul Halim, Azmaliza Arifin. (2011). Kajian Kes: Perniagaan Homestay Oleh Koperasi, Maktab Koperasi Malaysia Ahmad Shuib, Noor Aziz Mohd Nor. (1989). Analisis Permintaan Pelancongan di Malaysia, UPM. A.N.A. Anuar, A. Habibah, J. Hamzah, Mohd Yusoff Hussain & A. Buang. (2012). Dasar Pelancongan di Malaysia : Ke Arah Destinasi Mesra Pelancong, UKM