SlideShare a Scribd company logo
1 of 130
Download to read offline
1
BAB 1
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Memahami konsep asas hubungan etnik.
2. Memahami definisi dan asal usul manusia.
3. Memahami definisi, kemunculan dan ciri masyarakat.
4. Memahami definisi dan unsur berkaitan dengan kebudayaan.
1.1 PENGENALAN
Hubungan etnik mempunyai konsep asasnya yang tersendiri. Yang utama
ialah tentang definisi dan asal-usul manusia, definisi dan kemunculan
etnik, definisi kemunculan dan ciri masyarakat dan konsep kebudayaan,
sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan.
1.2 MANUSIA
1.2.1 Definisi Manusia
Dalam bahasa Melayu, “manusia” berasal dari bahasa Sanskrit. “Manu”
membawa maksud berfikiran dan berakal budi (Ismail Yusof, 2003: 37).
Kamus Dewan mendefinisikan manusia sebagai insan dan makhluk yang
mempunyai akal (T.Iskandar, 1970: 714). Dalam bahasa Inggeris
“human” berasal perkataan latin “humo” yang membawa erti yang
dilahirkan dari tanah. “Human” akhirnya membawa maksud sebagai
manusia yang boleh berfikir dan berkreativiti (Collins, 1983: 263). Dalam
bahasa Arab “ins, al-insan, an-nas” dan “al-basyar” digunakan. Ia membawa
maksud sebagai sejenis haiwan yang boleh berfikir dan bertutur (Mustafa
Daud, 1991:28).
Al-Qur‟an menjelaskan bahawa perkataan “al-insan” dan “an-nas” berasal
dari perkataan “nasiya” yang memberi erti lupa. Inilah salah satu sifat
manusia yang ada pada setiap individu iaitu sifat terlalu terlupa. Sifat ini
pertama kalinya dimiliki oleh Adam a.s. apabila baginda sendiri terlupa
terhadap janjinya dengan Allah SWT iaitu tidak memakan buah khuldi.
Hal ini disandarkan kepada firman Allah SWT di dalam ayat
terjemahannya:
2
“Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada
Adam dahulu, maka ia lupa perintah itu dan Kami tidak
dapati padanya kemahuannya yang kuat”
(Surah Taha 20: 15)
1.2.2 Asal Usul Manusia
Teori asal usul manusia yang popular adalah yang dikemukakan oleh
pakar sosiologi Barat seperti Charles Darwin (1802-1889) dan Jean
Baptiste Come de Lamarck (1749-1829). Mereka memperkenalkan satu
teori evolusi yang berakhir dengan pembuktian bahawa manusia berasal
dari monyet. Teori ini nampaknya begitu berpengaruh di Eropah dalam
abad ke-19M, awal abad ke-20M dan kian merosot dalam alaf baru ini
(Sulaiman Nordin, 1978: 50).
Sebenarnya teori Darwin tentang evolusi ini bukanlah satu perkara yang
baru, malah telah terlebih dahulu diperkenalkan oleh ahli-ahli falsafah
Greek seperti Aristotle, Anazimander, Empidocles dan lain-lain lagi
dalam abad ke 4, 5 dan 6 S.M. Teori evolusi mulai luntur dan menjadi
lapuk apabila pakar sains Barat sendiri menyanggah tentang kebenaran
teori evolusi ini kerana tidak bersifat saintifik dan tidak dapat dibuktikan
kesahihannya.
Pakar sains semasa membuat kesimpulan bahawa Darwin dan pengikut-
pengikutnya sahaja yang berasal dari monyet, sedangkan manusia yang
lain berasal dari Adam a.s. sepertimana yang disarankan oleh al-Qur‟an.
Ia lebih bersifat ideologi bukan fakta apabila berjaya diperalatkan oleh
golongan anti agama dan anti ketuhanan seperti Karl Marx bagi
menafikan kebenaran wahyu dan agama yang dianggap sebagai khayalan
(Sulaiman Nordin, 1978: 50).
Setelah Darwinisme tidak dapat dipertahankan, al-Qur‟an menjelaskan
bahawa asal usul kejadian manusia adalah daripada Adam a.s.
sepertimana yang dijelaskan di dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada tuhanmu
(Allah) yang telah menciptakan kamu daripada seorang
diri (Adam) dan daripadanya pula Allah menciptakan
isterinya (Hawa). Daripada keduanya Allah
memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang
banyak”
(Surah al Nisaa 4: 1)
3
SOALAN DALAM TEKS
1. Menurut bahasa Arab, manusia membawa maksud
sejenis haiwan yang boleh berfikir dan bertutur.
Betul/Salah
2. Charles Darwin mengemukakan teori bahawa
manusia itu berasal daripada beruk.
Betul/Salah
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
1.3 ETNIK
1.3.1 Definisi Etnik
Perkataan etnik berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “ethnic”. Kamus
Collins Gem English Dictionary mendefinisikannya sebagai ras (race). Ilmu
yang mengkaji berkaitan dengan etnik dikenali sebagai “ethnology” iaitu
klasifikasi manusia berasaskan kepada faktor sosial dan kebudayaan.
Kajian berkaitan hubungan etnik dengan faktor geografi dan
kependudukan dikenali sebagai “ethnography” (Collins, 1983:185).
Perkataan ini dipinjam oleh bahasa Melayu yang membawa pengertian
yang sama sepertimana yang digunakan di dalam bahasa Inggeris (T.
Iskandar, 1970: 272).
1.3.2 Kemunculan Etnik
Teori evolusi asal usul manusia menjelaskan bahawa jenis Homo Sapiens
berkembang menjadi tiga etnik utama iaitu etnik Caucasoid, etnik
Mongoloid dan etnik Negroid. Setiap satu etnik itu mempunyai bentuk
tubuh badan dan warna kulit yang berlainan yang disebabkan oleh faktor
mutasi, seleksi dan “random genetic drift”. Klasifikasi Kroeber (1948)
membahagikan manusia kepada empat etnik utama (Ismail Yusof,
2003:38):
(i) Caucasoid yang terdiri daripada Nordik (Eropah Utara
sekitar Laut Baltik), Alpine (Eropah Tengah dan Timur),
Meditterranean (sekitar Laut Tengah, Afrika Utara),
Armenia, Arab, Iran dan India.
(ii) Mongoloid yang terdiri daripada Asiatic Mongoloid (Asia
Utara, Asia Tengah, Asia Timur), Malayan Mongoloid
4
(Asia Tengah, kepulauan Indonesia, Malaysia, Filipina),
American Mongoloid (dari Eskimo di Amerika Utara
hingga penduduk Terra del Fuego di Amerika Selatan).
(iii) Negroid mengandungi African Negroid (benua Afrika),
Negrito (Afrika Tengah, Semenanjung Tanah Melayu,
Filipina, Malanesian (Irian, Malanesia).
(iv) Etnik-etnik yang tidak dapat diklasifikasikan seperti
Bushman (di daerah gurun Kalahari di Afrika Selatan,
Veddoid (pendalaman Sri Lanka, Sulawesi Selatan),
Austroloid (penduduk asli Australia), Polenesia
(kepulauan Mikronesia dan Polenesia) dan Ainu (pulau-
pulau Karafuto, Hokkaido di Jepun Utra).
Klasifikasi etnik berdasarkan kepada pembahagian geografi dipelopori
oleh Garn (1961) dan Coon (1962) yang membahagikan manusia kepada
beberapa kategori etnik (Ismail Yusof, 2003:50):
(i) Amerindian: penduduk asli di Amerika sebelum
kedatangan orang Eropah dan Afrika.
(ii) Micronesia: penduduk di kepulauan Mikronsia dan
sebahagian dari Pasifik Barat.
(iii) Malanesian-Papuan: penduduk New Guinea, Fiji dan
pulau-pulau lain di Pasifik Barat.
(iv) Australian: peduduk asli di Australia sebelum kedatangan
Eropah.
(v) Asiatik: penduduk di Asia Tenggara, Asia Timur, Asia
Tengah dan Siberia.
(vi) India: penduduk India.
(vii) European: penduduk di Eropah, Afrika Utara dan Barat-
Daya Asia.
(viii) African: penduduk Afrika di bahagian selatan padang
pasir Sahara.
Kewujudan pelbagai etnik, keturunan, bangsa, bahasa, warna kulit,
adat resam, kebudayaan dan sebagainya merupakan satu sunnatullah.
Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui sengaja
menjadikan umat manusia dalam keadaan penuh perbezaan.
Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata bagi
membolehkan manusia itu berkenal-kenalan, bekerjasama, tolong
menolong dan saling hormat menghormati ke arah keamanan,
keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan manusia
sejagat di atas muka bumi ini. Hal ini ditegaskan di dalam ayat al-
Quran yang bermaksud:
5
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu
dari seorang lelaki, seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal”
(Surah al-Hujarat, 49: 13)
Justeru itu kelahiran masyarakat plural sememangnya merupakan satu
fitrah, mengikut sunnatullah, ketentuan qada‟ dan qadar Allah SWT
Justeru itu kewujudannya diakui dan direstui oleh Islam. Istilah plural
(majmuk) diterima sebagai satu istilah di dalam sejarah Malaysia untuk
membicarakan segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau rakyat
yang terdiri daripada pelbagai keturunan, agama, warna kulit, bahasa,
kebudayaan, adat resam dan sebagainya. Rakyat atau warga negara yang
sedemikian dikenali dengan istilah “Ahli al Zimmah” atau golongan
Zimmi di dalam sesebuah negara Islam (Al-Maududi, 1974: 3).
1.4 MASYARAKAT
1.4.1 Definisi Masyarakat
Ilmu kajian berkaitan dengan hubungan etnik, kelompok-kolompok dan
masyarakat adalah antara cabang ilmu sains sosial yang muda usianya jika
dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu sains kemasyarakatan dan
kemanusiaan yang lain (Ismail Yusof, 2003: 57).
Dari segi bahasa, dalam bahasa Melayu, perkataan masyarakat berasal
dari perkataan Arab. Kamus Dewan mendefinisikan masyarakat sebagai
kumpulan manusia yang bergaul, hidup bersama dan hidup
bermasyarakat (T. Iskandar, 1970: 718).
Dalam bahasa Inggeris dua perkataan yang digunakan iaitu “society” dan
“community”. “Society” membawa maksud hidup bersama dengan orang
lain (Colins, 1983: 500). “Community” pula membawa maksud kumpulan
individu yang hidup bersama dan mempunyai nilai bersama (Colins,
1983: 100).
Dalam bahasa Arab perkataan ”masyarakat” berasal dari akar kata
“syaraka, yusyariku, musyarakatan” membawa maksud bersekutu, berkongsi
dan sebagainya. Ia membawa maksud hidup bersama dan bermasyarakat
(Idris Al Marbawi, 1950: 320). Perkataan lain yang digunakan dalam
bahasa Arab ialah “mujtama‟” dari akar kata “jama‟a, yajami‟u, jam‟an” yang
membawa erti sebagai kumpulan, kehidupan, pergaulan dan masyarakat
(Idris al-Marbawi, 1950: 108).
6
Pada keseluruhannnya definisi perkataan masyarakat memperlihatkan
keseragaman dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab sebagai
perkongsian, persatuan, perkumpulan, usahasama dan pergaulan.
Dari segi istilah, masyarakat seperti yang dijelaskan oleh Kuncaraningrat
sebagai kelompok terbesar dari makhluk-makhluk manusia yang hidup
terjaring dalam satu kebudayaan (Sidi Gazalba, 1986:5). Linton
mendefinisikan masyarakat sebagai kelompok manusia yang telah cukup
lama hidup dan berkerja-sama sehingga mereka dapat mengorganisasikan
diri mereka dan berfikir tentang diri mereka sebagai kesatuan sosial yang
mempunyai batas-batas tertentu. Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa
kewujudan kesinambungan, kelanjutan dan perpaduan sesebuah
masyarakat itu bergantung kepada kemahuan yang sama di hati sanubari
setiap individu masyarakat tersebut (Sidi Gagazalba, 1986:5).
Roucek dan Waren mendefinisikan masyarakat sebagai “satu kumpulan
manusia yang berhubungan secara tetap dan tersusun dalam menjalankan
aktiviti-aktivitinya secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah
hidup bersama” (Musa Ahmad, 2006: 8).
Lyson pula mendefinisikan masyarakat sebagai bentuk-bentuk pergaulan
hidup keluarga, suku, etnik, bangsa, jemaah agama, persyarikatan dan
sebagainya. Tiga perkara yang ditekankan oleh beliau dalam memberikan
definisi masyarakat adalah (Sidi Gazalba, 1986: 6):
(i) Sebutan jenis iaitu kelompok yang dapat dibayangkan dari
jenis yang sama iaitu sesama manusia, kelompok yang
dapat dibayangkan dari segi kewujudannya dalam bentuk
konkrit dan kelompok yang dapat dibayangkan
kewujudannya dari segi abstrak.
(ii) Lingkungan masyarakat iaitu pergaulan hidup sesama
manusia, semua golongan, semua lapisan dan semua
kelompok membentuk masyarakat.
(iii) Semua kesatuan sosial yang meliputi setiap golongan dan
lapisan masyarakat.
Hammudah Abdalati mendefinisikan masyarakat dari segi istilah sebagai
seluruh bentuk hubungan yang diatur oleh keakraban yang tinggi dari
seseorang dalam pergaulannya dengan seseorang yang lain. Ia merupakan
bentuk awal bagi terciptanya keluarga (Hammudah Abdalati, 1983:81).
Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa masyarakat juga merupakan
kelompok yang didalamnya terdapat individu yang dapat memiliki
sebahagian besar kegiatan dan berbagai-bagai pengalaman yang sangat
berguna baginya. Dalam erti kata yang lain kelompok di mana ahli-ahli
yang berada didalamnya terikat oleh perasaan tanggungjawab dan identiti
7
bersama. Dua perkara yang ditekankan oleh Drs. Sidi Gazalba ketika
memberikan defenisi masyarakat dari segi istilah adalah (Sidi Gazalba,
1986: 12):
(i) Interaksi manusia dengan manusia, hidup berkelompok
dan di dalam masyarakat yang teratur.
(ii) Pemeliharaan interaksi yang teratur dalam kelompok.
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa masyarakat merupakan pergaulan
hidup. Pergaulan antara manusia dengan kelompok. Institusi masyarakat
bertanggungjawab mempertahankan hubungan yang teratur antara
individu dengan individu yang lain. Akhirnya beliau menjelaskan bahawa
masyarakat sebagai wadah kebudayaan. Ia bertanggungjawab membentuk
kebudayaan tertentu.
Pendapat-pendapat yang tersebut di atas memperlihatkan perbezaan
dalam keseragaman. Walaupun pendapat para sarjana secara sepintas lalu
memperlihatkan perbezaan, tetapi sebenarnya mereka tetap
bersependapat dari segi konsep masyarakat ketika membuat definisi
masyarakat dari segi istilah. Kuncarningrat melihat masyarakat dari
persepektif kebudayaan. Bagi beliau masyarakat adalah kelompok
manusia yang terjalin melalui kebudayaan yang dimiliki. Linton
menekankan dari segi kerjasama dalam jangka panjang. Kerjasama ini
bertanggungjawab melahirkan cara hidup, cara berlaku, berbuat, cara
bertindak dan sebagainya. Cara hidup inilah yang menyamai pendapat
Kuncarningrat yang menjelaskannya sebagai kebudayaan.
Lyson pula melihat dari aspek suasana masyarakat, kerana menurut beliau
masyarakat dipengaruhi oleh tiga suasana (Sidi Gazalba, 1986: 8):
(i) Pengaruh alam ke atas kehidupan masyarakat adalah jelas
sekali. Walaupun begitu perlu diingat bahawa ia bukanlah
merupakan penentu tunggal dan utama dalam perubahan
masyarakat kerana alam persekitaran dalam banyak hal
boleh menghasilkan kesan yang besar ke atas kelompok
sesebuah masyarakat. Faktor alam hanya syarat, apabila
syarat itu tidak ada maka hilanglah sumber alam untuk
kehidupan.
(ii) Pengaruh manusia ke atas alam sekitar amat nyata. Ini
kerana manusia bertanggungjawab membentuk
kebudayaan. Contohnya manusia membuat pagar untuk
kebunnya yang luas. Pagar itu adalah hasil kerja manusia.
Semakin tinggi pengetahuan, kemahiran dan teknologi
sesebuah masyarakat, maka semakin besarlah kesan
manusia ke atas alam. Dalam ertikata yang lain aktiviti
8
manusia merupakan faktor perubahan alam terbesar.
Kadang-kadang ia boleh membina dan kadang-kadang ia
boleh merosakkan.
(iii) Pengaruh manusia ke atas manusia juga tidak boleh
diperkecilkan. Sebenarnya manusia sentiasa saling
pengaruh-mempengaruhi. Kumpulan besar mempunyai
pengaruh yang lebih besar ke atas seseorang individu. Ini
bererti terdapat tiga bentuk pengaruh sesama manusia:
(a) Pengaruh individu ke atas individu yang lain.
(b) Pengaruh kelompok ke atas individu.
(c) Pengaruh individu ke atas kelompok.
Contohnya pemimpin berkaliber dan memiliki kepimpinan berkarisma
banyak mempengaruhi masyarakatnya. Definisi yang diberikan oleh
Hammudah Abdalati menitik-beratkan keakraban hubungan antara
anggota masyarakat. Bagi beliau keakraban hubungan antara anggota
masyarakat dan adanya interaksi antara individu dengan individu yang
lain secara langsung bertanggungjawab membentuk masyarakat. Ini
bererti masyarakat tidak akan wujud jika tidak wujud interaksi sesama
manusia dan hubungan yang akrab untuk memenuhi keperluan bersama.
Sidi Gazalba juga menekankan faktor interaksi antara anggota
masyarakat. Di samping itu beliau juga mengambil kira faktor wujudnya
interaksi yang terurus dan teratur. Faktor ini penting bagi menentukan
kesinambungan dan kesejahteraan masyarakat. Semakin erat interaksi
dalam sesebuah masyarakat semakin kukuh, aman, selamat, sejahtera dan
sentosalah masyarakat tersebut. Sebaliknya semakin tidak teratur
sesebuah masyarakat, semakin lemah, pincang dan kucar-kacirlah
masyarakat itu.
Kesimpulannya, walaupun setiap sarjana yang menyumbangkan
pemikiran mereka dalam memberikan definisi masyarakat mempunyai
pendekatan yang berbeza, namun mereka mempunyai arah dan matlamat
yang sama. Di mana individu-individu, interaksi (pergaulan) dan
peraturan (kebudayaan) merupakan perkara-perkara yang diakui oleh
semua sarjana ketika mengemukakan definisi masyarakat.
1.4.2 Kemunculan Masyarakat
Ahli antropologi, sosiologi dan arkeologi pada keseluruhannya
besependapat bahawa masyarakat manusia di dunia ini mengalami proses
evolusi. Fiedrichcist (1987-1846) mengatakan bahawa masyarakat
berkembang melalui lima peringkat iaitu (Ahmad Kamar, 1982: 14):
(i) Berburu dan memancing.
9
(ii) Menternak.
(iii) Bertani.
(iv) Bertani dan berkejiranan.
(v) Bertani, berkejiranan dan berniaga.
Teori ini menganalisis evolusi masyarakat berdasarkan kepada kegiatan
ekonomi. Masyarakat yang pertama di dunia dijelaskan oleh teori ini
bergantung kepada haiwan dan ikan sebagai sumber ekonomi mereka.
Masyarakat manusia maju setapak lagi apabila mereka tidak lagi memburu
haiwan dan memancing ikan. Sebaliknya mereka mula menternak haiwan.
Selepas itu mereka mula menjalankan kegiatan pertanian. Pertanian
mereka semakin meningkat apabila mereka tidak lagi berpindah randah
ke tanah lain setelah hasil pertanian dituai. Sebaliknya mengusahakan
tanah yang sama dan kesuburan tanah digantikan dengan baja dan alat
pertanian yang semakin berkesan. Peringkat terakhir dari evolusi
masyarakat manusia menurut Frierichcist ialah apabila masyarakat pandai
menjalankan perniagaan.
Teori ini juga didasarkan kepada kegiatan ekonomi. Peringkat pertama
ialah perekonomian yang menggunakan bahan semula jadi (alam ciptaan
Allah SWT) sebagai sumber ekonomi. Contohnya menjalankan
perniagaan melalui sistem pertukaran barangan dengan barangan (barter).
Penggunaan wang dalam kegiatan ekonomi dianggap oleh teori ini
sebagai peringkat kedua. Penubuhan institusi bank yang memberikan
kredit kepada peniaga dianggap sebagai puncak perkembangan
masyarakat. Tweedie (1970:2) membahagikan peringkat perkembangan
masyarakat kepada lima tahap:
(i) Zaman Batu Lama (Old Stone Age). Zaman ini juga
dikenali sebagai “palaelithic”. Zaman ini dikatakan
bermula sejak 500,000 atau 400,000 tahun yang silam.
Mereka menggunakan alat yang diperbuat daripada batu
kelikir seperti kapak, pahat dan pinggan mangkuk.
Mereka tinggal di gua-gua dan memburu haiwan. Tahap
ini dikatakan sebagai tahap tertua dalam tamadun dan
masyarakat manusia di dunia ini.
(ii) Zaman Batu Pertengahan (Middle Stone Age). Zaman ini
juga dikenali sebagai “Mesolithic”. Zaman ini merupakan
tahap kedua dalam perkembangan tamadun manusia di
dunia ini. Ia dikatakan bermula sejak 25,000 tahun yang
lalu dan ada pula yang mengatakan sejak 10,000 hingga
4,000 tahun yang lalu. Masyarakat manusia pada tahap ini
semakin maju. Mereka telah menggunakan api untuk
memasak. Mereka masih lagi menjalankan kegiatan
10
memburu haiwan, meramu makanan dan masih lagi
tinggal di dalam gua (David R. Hughes, 1965: 7).
(iii) Zaman Batu Baru (New Stone Age). “Neolithic” adalah
istilah lain yang digunakan untuk mengenali zaman ini.
Masyarakat manusia pada tahap ini telah menghasilkan
alat yang diperbuat daripada besi dan tajam. Zaman ini
bermula kira-kira 2,500 hingga 1,500 tahun S.M. Alat-alat
yang diperbuat daripada besi secara meluas dipergunakan
dalam perburuan dan kerja harian. Mereka tidak lagi
tinggal di dalam gua, malahan telah mula mendirikan
rumah. Tetapi rumah itu masih lagi berhampiran dengan
gua. Mereka telah menggunakan pinggan mangkuk yang
diperbuat daripada tembikar. Mereka telah mula
menjalankan kegiatan pertanian pindah. Pinggan
mangkuk digunakan untuk mengisi nasi. Mereka lebih
bertamadun dan hidup dalam keadaan yang lebih rukun
dan damai. Mereka dipercayai telah menghasilkan alat
perhiasan seperti rantai, gelang dan sebagainya. Aktiviti
pertanian mereka ialah padi huma. Di samping itu mereka
masih lagi menjalankan kegiatan perburuan dengan
menggunakan lembing yang diperbuat daripada besi.
(iv) Zaman Gangsa (Bronze Age). Masyarakat manusia pada
tahap ini telah bertambah maju dan menggunakan alat-
alat diperbuat daripada gangsa seperti dulang, loceng dan
sebagainya.
(v) Zaman Besi (Iron Age). Zaman ini bermula sejak tahun
1000 hingga 700 S.M. Alat-alat yang dihasilkan pada masa
itu diperbuat daripada besi yang bermutu tinggi. Alat-alat
perhiasan yang digunakan juga tinggi mutunya. Ini
membuktikan wanita zaman ini telah pandai menjaga
kebersihan dan pandai pula menggunakan perhiasan.
Mereka tidak lagi tinggal berhampiran dengan gua.
Mereka tinggal di tanah lembah dan lereng bukit yang
subur.
Tahap evolusi yang dikemukakan di atas merupakan pendapat ahli
arkeologi. Tidak hairanlah jika sekiranya mereka menjadikan alat-alat
untuk berkerja sebagai kayu ukur untuk menentukan tahap evolusi
masyarakat. Ini berbeza dari pendapat-pendapat terdahulu dari ini yang
melihat besi dianggap oleh sejarah sebagai zaman pemisah antara
prasejarah dengan zaman sejarah. Zaman sejarah ialah bermulanya tradisi
penulisan rekod sejarah (Slametmuljono, 1964: 31).
Al Farabi (870-950M) juga tidak ketinggalan dalam memberikan
pandangan tentang kemunculan masyarakat. Beliau memulakan
11
perbincaraannya dengan menekankan sifat semula jadi manusia. Bibit
pertama pertumbuhan masyarakat bermula dari naluri semula jadi
keperluan setiap individu kepada individu yang lain. Mereka saling
memerlukan antara satu sama lain dalam segala bidang kehidupan.
Mereka sentiasa tolong-menolong dan sifat ini akhirnya menjadikan
manusia hidup berkelompok.
Kelompok-kelompok ini akhirnya melahirkan sebuah masyarakat. Pada
peringkat permulaan kehidupan manusia ini, tiga perkara penting menjadi
asas kehidupan mereka iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Keperluan kepada tiga unsur ini menyebabkan sesebuah masyarakat itu
akan terbentuk dari empat kumpulan dan inilah yang dijelaskan sebagai
masyarakat desa (Idris Zakaria, 1986: 80):
(i) Petani.
(ii) Pembuat rumah.
(iii) Penenun kain.
(iv) Pembuat kasut.
Tetapi apabila sesebuah masyarakat itu semakin berkembang, empat
kumpulan lain diperlukan. lnilah yang dikatakan sebagai masyarakat kota:
(i) Tukang kayu.
(ii) Tukang besi.
(iii) Saudagar.
(iv) Peniaga runcit.
Ibnu Khaldun (1332-1406M) juga tidak ketinggalan dalam memberikan
pandangannya berkaitan dengan kemunculan masyarakat. Beliau
menjelaskan bahawa manusia dari segi tabiatnya merupakan makhluk
yang lemah. Kelemahan ini amat jelas sekali jika ditinjau secara dekat ke
atas individu-individu tertentu. Misalnya dalam usaha memenuhi
keperluan asas seperti makanan. Kelemahan manusia tidak dapat
dinafikan. Untuk mendapatkan makanan sesuap pagi dan sesuap petang,
manusia terpaksa bertungkus-lumus sepanjang hari kerana perlu kepada
bercucuk tanam.
Dalam usaha menghasilkan makanan, kekerdilan manusia jelas kelihatan
kerana ia memerlukan alat-alat tertentu untuk membantunya
menjalankan kegiatan perekonomian. Tanpa alat bantuan ini manusia
menghadapi kesukaran. Oleh kerana lemahnya individu manusia, maka ia
memerlukan hidup berkelompok agar dapat tolong-menolong dan
bergotong-royong dalam menyempurnakan keperluan mereka secara
kolektif (Osman Din, 1981: 19).
12
Demikian juga dalam hal memenuhi segala keperluan kehidupan manusia
yang lain seperti menjamin keselamatan dan sebagainya. Oleh itu,
keperluan hidup bermasyarakat merupakan naluri semula jadi yang mesti
ada pada setiap manusia. Masyarakatlah yang bertanggungjawab
menjamin dan mengekalkan kehidupan yang aman, selamat, sejahtera dan
harmoni bagi manusia.
Kewujudan masyarakat bemula dari individu-individu. Dari situlah
terbentuknya satu organisasi masyarakat yang terikat kepada satu norma
dan nilai yang dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Ibnu
Khaldun selanjutnya menegaskan bahawa kemunculan masyarakat adalah
satu ketentuan daripada Allah SWT atau sunnatullah. Beliau menjelaskan
bahawa masyarakat secara keseluruhannya tidak banyak dipengaruhi oleh
individu-individu tetapi banyak dipengaruhi oleh tekanan iklim,
pemakanan, hubungan rapat antara satu sama lain, kekayaan dan
sebagainya (Ahmad Kamar, 1982: 30).
Walaupun hebat dalam bidang sosiologi, namun nama Ibnu Khaldun
kurang ditonjolkan oleh ahli-ahli sosiologi kini. Mereka lebih
mengagungkan nama seperti Auguste Comte, Max Weber, Karl Marx,
Thomas Hobbes, John Stuart Mill, Macheavilli dan lain-lain. Sedangkan
sumbangan Ibnu Khaldun lebih besar dan lebih awal daripada mereka.
Malahan mereka banyak mengambil teori Ibnu Khaldun dan
memperkembangkannya pada masa kini.
1.4.3 Ciri Masyarakat
Brownel menyenaraikan lima ciri masyarakat (Musa Ahmad, 2006: 8-9):
(i) Kelompok-kelompok jiran yang mengenali antara satu
dengan yang lain.
(ii) Kelompok itu menyeluruh dirangkumkan dalam kaedah
umur, jantina, kepintaran, fungsi dan pertolongan, sifat
gotong-royong antara satu dengan lain.
(iii) Ia terbendung dalam kelompok berkerjasama,
terdapatnya kebanyakan daripada aktiviti-aktiviti besar
dalam penghidupan yang dianjurkan bersama.
(iv) Mempunyai perasaan kasih atau “sence of belonging”, di
samping mempunyai identiti kelompok (group identity) dan
perpaduan.
(v) Kelompok yang kecil seperti keluarga, desa atau pekan
kecil di mana seseorang itu dapat berkenalan rapat
sesama mereka.
13
SOALAN DALAM TEKS
3. Berikan tiga (3) peringkat evolusi manusia
menurut Hidebrand.
4. Terangkan apa yang anda faham dengan Zaman
Besi?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
1.5 KEBUDAYAAN
1.5.1 Definisi Kebudayaan
Kamus al Munjid Fi al Lughah wa al „A‟lam menjelaskan bahawa perkataan
“al thaqafah” adalah perkataan yang paling tepat untuk defenisi
kebudayaan dalam bahasa Arab. Ia merupakan tingkat-tingkat kemajuan
yang dicapai oleh manusia untuk memperbaiki taraf hidup mereka
meliputi bidang ilmu pengetahuan, sains, teknologi, ekonomi, bahasa,
kesusasteraan, seni rupa, seni bina dan sebagainya (Al-Munjid, 1973: 71).
Kamus Collins Gem English Dictionary menjelaskan bahawa perkataan
“culture” merupakan perkataan yang paling sesuai untuk definisi
kebudayaan dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan cara hidup manusia di
dalam kedua-dua bidang iaitu pemikiran dan kebendaan yang meliputi
agama, ilmu pengetahuan, sains teknologi, ekonomi, undang-undang,
seni bina dan sebagainya. Ia diwarisi dari satu generasi ke generasi lain
dan berbeza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain (Collins,
1982: 126).
Dalam bahasa Melayu, Kamus Dewan menjelaskan bahawa pekataan
kebudayaan berasal dari empat suku kata iaitu “ke, budi, daya” dan “an”.
“Ke” dan “an” merupakan penambahan di awal dan di akhir bagi
menyempurnakan kata nama. Budi membawa maksud akal atau fikiran.
“Daya” pula membawa maksud usaha dan ikhtiar. Ia membawa maksud
segala daya usaha manusia untuk mengatasi segala masalah kehidupan
mereka dan usaha menyesuaikan diri dengan alam persekitaran. Segala-
galanya tersirat di dalam ilmu pengetahuan, sains, teknologi, ekonomi,
falsafah, bahasa, kesusasteraan, seni bina dan sebagainya (T.Iskandar,
1971: 137).
14
Kesimpulannya, kebudayaan ialah cara hidup dan pencapaian manusia
dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang meliputi ilmu pengetahuan,
falsafah, teknologi, ekonomi, politik, kesenian, bahasa, kesusasteraan dan
sebagainya.
1.5.2 Unsur Budaya
(a) Kebudayaan sejagat
Berikut merupakan unsur-unsur yang terdapat dalam setiap kebudayaan
di dunia ini. Herskovits (1948) menyenaraikan empat unsur (Ismail
Yuosf, 2003: 120):
(i) Alat teknologi.
(ii) Sistem ekonomi.
(iii) Keluarga.
(iv) Kekuasaan politik.
Kluckhohn (1953) menyenaraikan tujuh unsur:
(i) Peralatan dan kelengkapan hidup manusia. Kebendaan
dan teknologi.
(ii) Mata pencarian dan sistem ekonomi.
(iii) Sistem sosial.
(iv) Bahasa. Unsur pertama dipelajari lebih awal daripada
agama dan adat resam.
(v) Kesenian.
(vi) Pengetahuan.
(vii) Agama.
(b) Aktiviti kebudayaan
Ia meliputi perburuan, penternakan, perdagangan, berkebun dan
sebagainya.
(c) Kompleks unsur-unsur
Termasuk sistem pemilikan tanah, teknik menanam, membajak dan lain-
lain.
(d) Unsur-unsur tret kebudayaan
Ia mengandungi unit kebudayan paling mudah sama ada kebendaan
seperti anak panah dan sebatang pena atau bukan kebendaan seperti
berjabat tangan.
15
(e) Faktor pengaruhi kebudayaan
Dawson di dalam bukunya The Source of Cultural Change, menyenaraikan
empat faktor (Ismail Yusof, 2003: 124):
(i) Persekitaran - Iaitu keadaan penempatan manusia. Yang
utama ialah keadaan muka bumi, iklim dan sebagainya.
(ii) Bangsa dan etnik - Kepelbagaian bangsa, ras dan etnik
mempengaruhi corak kebudayaan.
(iii) Psikologi.
(iv) Ekonomi - Penghidupan berekonomi mencorakkan
kebudayaan.
Fischer di dalam bukunya Anthropology menyenaraikan tiga faktor (Ismail
Yusof, 2003: 124):
(i) Lingkungan hidup.
(ii) Ras dan etnik.
(iii) Interaksi antara-bangsa dan masyarakat. Interaksi antara-
bangsa dan masyarakat semestinya saling pengaruh
mempengaruhi kebudayaan yang mereka miliki.
(f) Perubahan kebudayaan
Dua jenis perubahan:
(i) Dalaman yang dibawa seseorang ke dalam sesebuah
masyarakat seperti idea, konsep dan penemuan baru.
(ii) Luaran hasil dari interaksi antara etnik dan antara-bangsa
berlaku pengaruh- mempengaruhi dan pinjam-meminjam.
(g) Peminjaman kebudayaan
Tiga jenis peminjaman kebudayaan:
(i) Difusi - Ia membawa maksud penyebaran dan
pemindahan unsur-unsur dari satu kebudayaan ke dalam
kebudayaan lain.
(ii) Akulturasi - Berlaku akibat percantuman dua kebudayaan
atau lebih.
(iii) Asimilasi - Penyesuaian sesuatu kebudayaan dengan
kebudayaan lain.
16
(h) Sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan
Terdapat tiga sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan:
(i) Etnocentrisme - Melihat sesuatu berasaskan kepada bangsa
dan kebudayaan sendiri. Lantas memandang rendah
terhadap kebudayaan lain (Superiority complex).
(ii) Xenocentrisme - Melihat kebudayaan sendiri lebih rendah
dari kebudayaan orang lain (inferiority complex).
(iii) Relativisme - Menilai sesuatu kebudayaan sebagai sesuatu
yang relatif kerana ia tidak dapt dinilai secara objektif.
Penilian sesuatu kebudayaan itu ditentukan oleh
perspektif kebudayaan itu sendiri.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS
1. Betul
2. Betul
3. (i) Perekonomian “natural”.
(ii) Perekonomian menggunakan wang.
(iii) Perekonomian menggunakan kredit.
4. Zaman ini bermula sejak tahun 1000 hingga 700 S.M. Alat-alat
yang dihasilkan pada masa itu diperbuat dariapda besi yang
bermutu tinggi. Alat-alat perhiasan yang digunakan juga tinggi
mutunya. Ini membuktikan wanita zaman ini telah pandai
menjaga kebersihan dan pandai pula menggunakan perhiasan.
Mereka tidak lagi tinggal berhampiran dengan gua. Mereka
tinggal di tanah lembah dan lereng bukit yang subur.
17
BAB 2
MASYARAKAT MALAYSIA
DALAM SEJARAH
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Memahami konsep masyarakat plural.
2. Memahami sejarah awal masyarakat Malaysia.
3. Memahami sejarah masyarakat plural di Malaysia.
4. Memahami masyarakat plural baharu di Malaysia.
2.1 PENGENALAN
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri
daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa,
kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya
negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam
mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai
konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia.
2.2 KONSEP PLURALITI
2.2.1 Definisi Bahasa
Perkataan “plural” berasal dari perkataan Inggeris iaitu “plurality”. Akar
kata asalnya ialah “plural”. Ia membawa maksud lebih dari satu, jumlah
besar dan majoriti (Collins, 1983:403). Perkataan ini dipinjam secara
langsung oleh bahasa Melayu menjadi “plural”. Perkataan ini baru sahaja
digunakan dalam bahasa Melayu menjelang alaf baru ini.
Sebelum ini istilah “majmuk” digunakan. Ia dipinjam terus dari perkataan
Arab iaitu “majmu‟”. Asal akar katanya ialah “jama‟” yang membawa
maksud mengumpulkan dan menghimpunkan. “Ijma‟” membawa maksud
permuafakatan dan persatuan. “Ijma‟”membawa maksud perkumpulan
dan perhimpunan. “Majmu‟” membawa maksud yang dihimpunkan dan
yang dikumpulkan (Idris al Marbawi, 1950: 108).
18
Ia dipinjam oleh bahasa Melayu dan digunakan secara meluas dalam
disiplin ilmu sejarah, kenegaraan, sains politik dan sosiologi. “Majmuk”
dalam bahasa Melayu menurut Kamus Dewan didefinisikan sebagai
kumpulan manusia yang hidup di sesuatu tempat, mengikut peraturan
dan cara hidup tertentu yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, ras
atau etnik, negara, keturunan, bahasa, warna kulit dan adat resam (T.
Iskandar, 1971: 701).
2.2.2 Definisi Istilah
Istilah “plural” pertama kali diperkenalkan oleh J.S. Furnival di dalam
bukunya Colonial policy and practice: A comparetive study of Burma and
Netherland India (Ting Chew Peh, 1979: 71).
Kajian itu dilakukan ke atas masyarakat plural di Burma dan Indonesia.
Ia digunakan untuk menghuraikan tentang masyarakat yang mempunyai
ciri-ciri perpecahan dan konflik antara kumpulan etnik di bawah satu
sistem pemerintahan atau politik. Dalam lain perkataan, “plural”
membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik yang
mempunyai agama, budaya, bahasa, adat resam dan sebagainya yang
tersendiri, berbeza di antara satu sama lain.
2.2.3 Perspektif Politik
Setelah itu, muncul ramai pakar sosiologi yang membicarakan tentang
masyarakat plural. Perbezaan pendapat merupakan satu fitrah manusia.
Terdapat dua kumpulan berdasarkan pandangan dari sudut politik iaitu
(Ting Chew Peh, 1979: 72):
(i) Pendapat pakar sosiologi dahulu atau lama yang
bersependapat, menegaskan bahawa masyarakat plural
terdiri daripada kelompok yang wujud pembahagian
kuasa politik. Mereka disatukan berasaskan kepada
ketaatan dan kesetiaan yang mencorakkan nilai bersama
(cross-cutting). Contohnya ialah di Amerika Syarikat,
sebagai sebuah negara demokrasi yang stabil yang
dicorakkan oleh kerajaan.
(ii) Pendapat pakar sosiologi terkemudian atau baharu yang
bersependapat, menegaskan bahawa masyarakat plural
adalah masyarakat yang terbentuk berasaskan kepada
hubungan etnik dan ras yang berlainan di bawah satu
sistem pemerintahan.
19
2.2.4 Perspektif pemerintahan
Dari sudut golongan pemerintah juga terbahagi kepada dua kumpulan
pendapat iaitu (Ting Chew Peh, 1979: 73):
(i) Golongan pemerintah adalah dari kaum majoriti atau
golongan terbesar. Pendapat ini dikemukakan oleh M.O.
Smith dan L.A. Depres. Ia diasaskan kepada penelitian
terhadap masyarakat secara keseluruhannya. Di mana
pada hakikatnya wujud jurang perbezaan kaum di dalam
masyarakat plural. Namun demikian penguasaan politik
tetap berada di tangan golongan terbesar. Jika dicabar,
kerajaan boleh bertukar menjadi kerajaan satu parti.
Mungkin berakhir dengan pemerintahan ketenteraan.
(ii) Golongan pemerintah adalah terdiri dari etnik minoriti.
Pendapat ini diketengahkan oleh Evans dan Newham.
Pertapakan kuasa asing atau kuasa luar di sesebuah
negara, bermulalah pemerintahan ke atas golong bawahan
tempatan. Wujud jurang pemisah antara golongan
bawahan dengan golongan pemerintah. Kuasa asing ini
bukan sahaja mendominasi kuasa politik malah kuasa
ekonomi negara tersebut. Implikasinya ialah wujudnya
ketidak-seimbangan etnik dan kebudayaan. Pihak
pemerintah memisahkan pusat kota metropolitan dari
koloninya dan menguat-kuasakan pemerintahan dari situ.
Mereka selanjutnya melakukan penindasan ke atas
golongan bawahan. Mereka juga membawa masuk
imigran untuk membangun dan menguasai ekonomi dan
sosio-budaya tempatan. Penjajah selanjutnya
menggariskan peraturan tertentu ke atas golongan dijajah,
menggubal dasar awam, pentadbiran, undang-undang,
pendidikan, kebudayaan dan sebagainya.
2.2.5 Perspektif Sosial dan Budaya
Dari sudut sosial dan budaya juga terdapat dua pendapat yang berbeza:
(i) Plural dari segi sosial. Di mana masyarakat plural lahir
hasil dari perbezaan struktur sosial dari kalangan pelbagai
etnik atau sosial, bukan berasaskan budaya.
(ii) Plural dari segi budaya. Di mana kelahiran masyarakat
plural itu berlaku atas dasar perbezaan budaya antara
pelbagai etnik, bukan perbezaan struktur sosial.
20
2.2.6 Ciri
Dari sudut ciri masyarakat plural pula terdapat juga dua pendapat yang
bertentangan (Ting Chew Peh, 1979: 72):
(i) Mesti wujud konflik. Pendapat ini dikemukakan oleh
ramai pakar sosiologi. Pendokong Marxist contohnya
menolak faktor etnik sebagai asas politik dan
pemerintahan sesebuah masyarakat plural. Sebaliknya
konflik kelas antara golongan bourgeoisie
(kapitalis/pemerintah) dengan golongan proletariat
(pekerja/petani). Mereka menegaskan bahawa koflik
antara etnik dan penindasan merupakan satu aspek
hubungan kelas.
Kesedaran perkauman pada hemat mereka adalah
kesedaran palsu. Konflik kelas dalam masyarakat plural
bukan kerana wujudnya perbezaan kaum, sebaliknya
merupakan perbezaan kelas. Marxist mencadangkan jalan
penyelesaian konflik kelas dalam masyarakat plural
melalui revolusi bersenjata dan berdarah golongan
plolitariat ke atas golongan bourgeoise.
Pendapat yang lebih kurang sama dikemukakan oleh John
Rex. Beliau menegaskan bahawa walaupun wujud sistem
sosial sebagai syarat penting dalam memahami
masyarakat plural tetapi konflik antara etnik lebih ketara
dari konsensus dalam masyarakat plural. Beliau
menegaskan lagi bahawa konflik dan ketegangan di dalam
masyarakat majmuk akan lebih mudah terjadi jika
perbezaan etnik itu berlaku atas garis ekonomi.
Pendapat ini merumuskan bahawa ciri utama masyarakat
plural ialah meluasnya konflik, percanggahan, ketegangan
dan paksaan. Konflik mudah terjadi apabila ketiadaan
kosensus nilai dan kepelbagaian kebudayaan.
Sememangnya wujud autonomi dalam bidang kebudayaan
antara bahagian di dalam sistem sosial masyarakat plural.
Paksaan dan pergantungan dari segi ekonomi, dasar
integrasi sosial, tetapi pemisahan garis ekonomi antara
etnik menyebabkan kurang interaksi antara etnik.
Contohnya antara pekedai dengan petani. Interaksi
berlaku sebentar ketika urusan jual beli produk masing-
masing. Hubungan di dalam sesuatu kelompok berbentuk
prima dan hubungan dengan kelompok lain sebagai
pilihan, sekunder dan segmental.
21
(ii) Tidak mesti wujud konflik. Pendapat ini dikemukakan
oleh pakar sosiologi “Functional”. Mereka menyangkal
mesti wujud konflik sebagai ciri utama masyarakat plural.
Selanjutnya mereka mengkritik teori tersebut di atas dan
menganggapnya sebagai teori yang lemah kerana
mengabaikan aspek perpaduan. Teori yang
mengutamakan kewujudan konflik di dalam masyarakat
plural yang analisisnya berasaskan kebudayaan dianggap
tidak sesuai oleh pakar sosiologi “functional”.
Hal ini disebabkan, ia mengabaikan fenomena sosial dan
tidak menghiraukan ikatan sosial antara kelompok atau
etnik. Pendekatan masyarakat istimewa yang digunakan
oleh teori yang menekankan mesti wujud konflik di dalam
masyarakat plural juga tidak sesuai. Sanggahan ini
dikemukakan oleh pakar sosiologi “functional” atas alasan
bahawa masyarakat plural bukan sebuah masyarakat
istimewa. Ia tidak berbeza dari masyarakat biasa yang
mempunyai susun lapis yang kompleks atau masyarakat
yang mempunyai masalah etnik minoriti.
Mereka berhujah lagi, masyarakat plural terbina daripada
beberapa bahagian yang membentuk satu kesatuan dari
segi politik, sosial, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya
di sesuatu tempat yang bersatu padu. Dari segi politik
masyarakat plural berada di bawah satu sistem yang
berganding bahu walaupun mereka hidup berasingan,
interaksi yang kurang dan terbatas dalam hal jual beli di
pasar. Ekonomi mereka juga terpisah mengikut garis
etnik. Di mana setiap etnik berfungsi di dalam sektor
ekonomi yang tersediri. Ini tidak bererti mereka
berpecah-belah kerana disatukan oleh satu sistem politik.
2.2.7 Tingkat
Masyarakat plural mempunyai tingkat-tingkatnya yang tersendiri. Ada
masyarakat plural yang lebih tinggi kedudukannya dari masyarakat plural
yang lain. Contohnya di Afrika Selatan yang terdiri daripada empat etnik
utama iaitu etnik berkulit putih, etnik berkulit hitam, etnik rendah dan
lain-lain etnik. Di Amerika Syarikat terdiri dari dua kumpulan etnik
utama iaitu etnik berkulit putih dan etnik berkulit hitam. Di Malaysia
mempunyai tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India, di samping
200 etnik kecil di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
22
2.3 SEJARAH AWAL MASYARAKAT MALAYSIA
Semenanjung Tanah Melayu mula didiami oleh manusia sejak 25,000
tahun yang lalu. Tetapi mereka pupus. Etnik yang terus dapat bertahan
hingga hari ini adalah seperti berikut:
2.3.1 Pribumi-Orang Asli
Penduduk Semenanjung Tanah Melayu yang terus kekal hingga hari ini
ialah pribumi yang terdiri dari dua kumpulan iaitu iaitu Orang Asli dan
Melayu. Penduduk etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu
menjelang tahun 1995 berjumlah 95,362. Secara kasar mereka boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan besar (Fauziah Shaffie 2000: 256):
(i) Negrito yang terjurai enam klan iaitu Kintak, Kensiu,
Jahai, Menderiq, Bateq dan Lanoh.
(ii) Senoi pula terjurai enam klan juga iaitu Temiar, Semai,
Che Wong, Jahut, Semoq Beri dan Mahmeri.
(iii) Melayu Asli juga terjurai kepada enam klan iaitu Temuan,
Semelai, Jakun, Seletar, Orang Kanak dan Orang Kuala.
Etnik Negrito mempunyai kepercayaan kepada ketuhanan iaitu Karai
(Karei), Orang Hidup dan Tok Pedin. Mereka mempunyai kepercayaan
dosa dan pahala serta pembalasan di akhirat. Etnik Senoi mempunyai
kepercayaan ketuhanan sama seperti etnik Negrito. Etnik Melayu Asli
pula percaya kepada animisme.
Namun demikian di kawasan yang kurang percampuran dengan
masyarakat Melayu iaitu di kawasan pedalaman, kepercayaan mereka
adalah lebih kurang sama dengan etnik Negrito dan Senoi. Mereka
tinggal di pedalaman. Justeru itu mereka rata-rata tidak terpengaruh
dengan Hinduisme, Budhisme dan Islam kecuali selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan dengan adanya kegiatan dakwah Islamiah maka
sebahagian orang Asli telah menerima Islam.
2.3.2 Etnik Melayu
Etnik Melayu merupakan penduduk terbesar di Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak. Mereka bermastautin di Malaysia sejak 2,500
S.M. Terdapat juga di selatan Thailand, Filipina dan merata-rata tempat
di Alam Melayu. Mereka termasuk dalam kelompok “Austronesia” yang
bertutur dalam bahasa Melayu dan dikaitkan dengan sejarah Orang
Melayu Asli (Proto Malay). Penulisan secara jelas tentang etnik Melayu
telah bermula di zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka (abad ke-
15).
23
Sebelum kedatangan lslam etnik Melayu percaya kepada animisme,
Hinduisme dan Budhisme. Etnik Melayu telah menerima Islam secara
rasmi mulai abad ke-15. Islam mempunyai pengaruh yang amat besar,
luas dan mendalam ke atas etnik Melayu, sama ada dari segi rupa, bentuk,
luaran atau dalaman sehinggakan etnik Melayu dan Islam disinonimkan
dan tidak dapat dipisahkan.
Islam mempengaruhi kehidupan etnik Melayu dalam beragama,
pendidikan, ilmu pengetahuan, bahasa, kesusasteraan, adat resam,
kebudayaan, kesenian dan sebagainya. Yang lebih utama lagi Islam
bertanggungjawab menubuhkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam bermula
sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke ke-15
di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Etnik Melayu merupakan etnik
yang pertama menegakkan pemerintahan dan kerajaan-kerajaan di
Semenanjung Tanah Melayu. Mereka sebagai etnik utama dan tunggak
utama masyarakat plural di Malaysia.
2.3.3 Etnik Cina
Etnik Cina merupakan etnik kedua terbesar di Semenanjung Tanah
Melayu selepas etnik Melayu. Hubungan tanah besar Cina dengan
Semenanjung Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama iaitu sejak
kelahiran kerajaan maritim di rantau ini. Contohnya kerajaan Langkasuka
di Kedah, yang diasaskan pada tahun 100M.
2.3.4 Etnik India
Etnik India merupakan etnik ketiga terbesar selepas etnik Melayu dan
Cina di Semenanjung Tanah Melayu. Hubungan benua kecil India
dengan Semenanjung Tanah Melayu telah lama wujud melalui
perdagangan. Hinduisme bertanggungjawab menubuhkan kerajaan-
kerajaan maritim Hindu-Budha di Alam Melayu termasuk kerajaan
Langkasuka di Kedah sebelum penubuhan kerajaan Melayu Melaka lagi.
2.3.5 Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, ramai pedagang-
pedagang dari Arab, Cina, India dan lain-lain kepulauan Melayu datang
ke Melaka. Melaka sejak itu menjadi bandar kosmopolitan yang
penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik. Sejumlah kecil yang
bermastautin tetap tinggal di situ. Tetapi tidak melahirkan masyarakat
plural kerana mereka diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu yang
dikenali sebagai “komuniti baba”. Masyarakatnya terdiri daripada
pelbagai etnik tetapi tetap mengamalkan budaya tempatan. Sebab itulah
ia tidak dikategorikan sebagai masyarakat plural (Fauziah Shaffie 2000:
257).
24
SOALAN DALAM TEKS
1. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu
berfahaman Hindu/Buddha sahaja.
Betul/Salah
2. Istilah “plural” pertama kali diperkenalkan oleh J.S.
Furnival di dalam bukunya Colonial Policy and
Practice: A comparetive Study of Burma and
Netherland India (Ting Chew Peh 1979:71).
A. J. S Furnival
B. A.B Meidevel
C. R.O Winsteadt
D. B. Harrison
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
2.4 MASYARAKAT PLURAL
2.4.1 Kemunculan
Masyarakat plural di Semenanjung Tanah Melayu hanya bermula selepas
kemasukan orang Cina dan India secara besar-besaran, bermula apabila
berlaku campur tangan Inggeris di Tanah Melayu untuk memajukan
sektor ekonomi perlombongn bijih timah dan ladang getah mulai tahun
1848. Dalam tahun 1870-an penduduk Tanah Melayu hanya berjumlah
500,000 orang. Jumlah itu meningkat secara mendadak. Contohnya pada
tahun 1921 berjumlah 3.3 juta orang (Fauziah Shaffie, 2000: 270).
2.4.2 Ciri Masyarakat Plural Malaysia
Ciri-ciri utama masyarakat pural Malaysia adalah seperti berikut
(Mohamad Idris Saleh, 1998: 30-35):
(a) Ekonomi
Pemisahan etnik berlaku atas perbezaan bidang ekonomi sekaligus
menyebabkan berlakunya pemisahan dari segi demografi. Etnik Cina di
lombong bijih, etnik India di estet getah dan etnik Melayu di pedalaman
dan menyebabkan interaksi dan sosialisasi antara tiga etnik utama ini
adalah terhad dalam jual beli sahaja di pasar dan kedai.
25
Mereka mengamalkan agama, kebudayaan dan adat resam masing-
masing. Asimilasi etnik Cina dan India ke dalam masyarakat Melayu
sepertimana yang berlaku di zaman Kesultanan Melayu Melaka tidak
berlaku. Itulah yang dimaksudkan dengan masyarakat plural. Plural dari
segi masyarakat dan plural dari segi budaya.
Sejak itu jumlah penduduk etnik Cina mengatasi etnik Melayu. Misalnya
dalam tahun 1931, 53% penduduk Tanah Melayu terdiri daripada etnik
Cina. Sedangkan etnik Melayu hanya 44.7%. Ketika Malaysia mencapai
kemerdekaan dalam tahun 1957, penduduk etnik Melayu mengatasi
semula etnik-etnik lain dengan menguasai 49.8%, etnik Cina 37.2%, etnik
India 11.3% dan etnik-etnik lain 1.8%.
Hal ini disebabkan berlakunya migrasi sub-etnik Melayu dari seluruh
Alam Melayu terutama dari Indonesia. Seluruh penduduk Alam Melayu
dan Indonesia adalah etnik serumpun yang semuanya beragama Islam,
bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan dan adat
resam Melayu (Fuziah Shaffie, 2001: 259).
Migrasi itu sebenarnya telah bermula sejak abad ke-15 lagi. Contohnya
etnik Jawa sebagai masyarakat perdagangan di samping pedagang Arab
dan India dan Cina di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka
meninggalkan Melaka apabila ia dijajah oleh Portugis mulai tahun 1511.
Etnik Jawa berhijrah semula ke Malaysia menjelang abad ke-19 terutama
di negeri-negeri Selat sebagai pedagang kecil, kelasi dan orang gaji.
Mereka juga berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia terutama Johor
melalui Singapura. Mereka juga berhijrah ke Selangor dan Perak sebagai
peneroka.
Sebelum itu etnik Minangkabau dari Sumatera Barat telah bermastautin
di Negeri Sembilan sejak abad ke-14. Proses itu berlanjutan hingga abad
ke-17. Orang Bugis dari Sulawesi pula bermastautin di Selangor, Perak
dan Johor.
Dari segi komposisi dan bilangan penduduk Indonesia yang berhijrah ke
Malaysia, etnik Jawa merupakan kumpulan terbesar. Dalam tahun 1930,
jumlah mereka lebih dari 17,000 orang, kemuudian diikuti oleh etnik
Minangakabau, Banjar dan Bugis (Fuziah Shaffie, 2001: 263).
(b) Agama
Aspek agama merupakan ciri masyarakat plural Malaysia yang terpenting.
Jadual 1.1 ini menerangkan perangkaan l957.
26
Jadual 1.1
Agama Etnik Peratus
Islam
Buddha
Confucious/Taoisme
Hinduism
Kristian
Melayu
Cina/India
Cina
India
Cina/India dll
53
17.3
11
7
7
Umat Islam merayakan beberapa perayaan penting di sepanjang tahun
Hijriah. Antaranya adalah sambutan Awal Muharram, Maulidur Rasul,
Nuzul al-Qur‟an, Idil Fitri dan Idil Adha. Penganut Buddha
mengutamakan perayaan hari Wesak. Penganut Konfusius dan Toisme
memuja roh dato‟ nenek, merayakan hari jadi dewa-dewa yang dipuja dan
diraikan pada setiap tahun. Penganut Hinduisme merayakan hari
Deepavali dan Thaipusam. Penganut Kristian merayakan hari Krismas
dan Easter.
(c) Pendidikan
Sebelum kemerdekaan Malaysia 1957, pendidikan Melayu bersifat
tradisional yang berteraskan pengajian al-Qur‟an dengan menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Cina juga bersifat
tradisional iaitu berasaskan pengetahuan klasik konfusius yang masih
berorientasikan tanah besar Cina. Pendidikan India menggunakan bahasa
Tamil sebagai pengantar di mana kebanyakan buku teks diimport dari
India yang memberi pengetahuan mengenai kebudayaan, sejarah dan
geografi benua kecil India.
(d) Politik
Demi kepentingan politik dan ekonomi, penjajah Inggeris menjalankan
dasar “divide and rule”. Pemisahan etnik Melayu, Cina dan India
disengajakan melalui faktor ekonomi dan demografi. Sebab itulah hanya
etnik Melayu tetap menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah
Melayu. Sedangkan etnik Cina pula kesetiaan mereka berkiblatkan tanah
besar China. Etnik India pula berkiblatkan benua kecil India. Ia
tergambar dalam perjuangan awal menuntut kemerdekaan dari Inggeris
sebelum dari tahun 1945 hingga 1957. Perpecahan dan konflik antara
etnik tidak dapat dielakkan. Masalah ini diserahkan kepada entik-etnik
tersebut untuk menyelesaikannya setelah mencapai kemerdekaan tahun
1957.
Masyarakat plural di Malaysia bertanggungjawab mengurus kumpulan
masing-masing. Mereka bersaing antara satu sama lain untuk merebut
27
sumber yang terhad. Keadaan ini diperburukkan lagi dengan kewujudan
setengah pemimpin etnik tertentu yang mengambil kesempatan untuk
meraih populariti dan sokongan dari etnik masing-masing. Kegagalan
satu kumpulan membawa kejayaan kepada kumpulan lain. Ketegangan
entik kian meningkat. Pertelingkahan, konflik dan perbalahan berlaku.
Keganasan kadangkala tidak dapat dielakkan.
(e) Kebudayaan
Setiap etnik utama di negara ini mewarisi tamadun dan kebudayaan besar
dunia. Etnik Melayu dengan warisan tamadun dan kebudayaan Melayu,
etnik Cina mewarisi tamadun dan kebudayaan antara yang tertua di dunia
dari tanah besar China dan etnik India mewarisi tamadun dan warisan
terkenal dari benua kecil India.
SOALAN DALAM TEKS
3. Jelaskan sistem pendidikan Negara sebelum tahun
1957.
4. Senaraikan perayaan yang disambut oleh umat Islam
pada setiap tahun.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
2.5 MASYARAKAT PLURAL BARU
Masyarakat plural Malaysia berwajah baru selepas tertubuhnya Malaysia
pada tahun 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak.
2.5.1 Etnik Sabah
Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai
penduduk seperti Semenanjung Tanah Melayu. Etnik Cina bermastautin
di bandar-bandar utama. Di Sabah etnik peribumi lebih ramai jumlahnya.
Mereka boleh dibahagikan mengikut pembahagian pertempatan mereka
seperti berikut:
(a) Persisiran
Penduduk peribumi di pesisiran pantai Sabah terdiri daripada keturunan
seperti berikut:
28
(i) Orang Brunei - Majoriti mereka berhijrah ke Sabah dalam
abad ke-16. Kebanyakan mereka bekerja sebagai
pedagang dan pentadbir. Mereka tinggal di barat daya
pantai Sabah seperti di Padas, Kalias, Papar dan Kimanis.
100% orang Brunei beragama Islam sama seperti etnik
Melayu di Semenanjung Malaysia.
(ii) Orang Bajau - Mereka berasal dari Pulau Sulu dan
Mindanau, selatan Filipina yang berhijrah ke Sabah dalam
abad ke-18. Mereka bermastautin di barat daya Sabah
yang berpusat di Kota Belut. Mereka juga bermastautin di
pantai timur Sabah yang berpusat di Semporna dan Pulau
Timbang. Di pantai timur Sabah, mereka dikenali sebagai
“orang samal”. Pekerjaan mereka adalah sebagai petani
dan pesawah padi. Sama seperti orang Brunei, mereka
100% beragama Islam. Mereka mempunyai amalan
tradisi tersendiri seperti upacara “ngedung” iaitu amalan
bertukar-tukar juadah makanan dan upacara bertindik.
(iii) Orang Suluk - Mereka berasal dari Pulau Sulu, selatan
Filipina. Pekerjaan mereka adalah sebagai ahli perniagaan,
pengutip hasil laut dan pengutip hasil hutan. Pertempatan
utama mereka ialah di Marudi, Sandakan dan Lahad
Datu. Dari kalangan mereka telah lahir ramai pemimpin
terkenal seperti Syarif Umar. Sama seperti orang Brunei
dan Bajau mereka beragama Islam.
(iv) Orang Kadazan - Mereka merupakan etnik pribumi yang
terbesar di Sabah. Mereka tinggal di lembah Ranau dan
lembah Tambunan. Dari segi agama mereka percaya
kepada “Kino-ringan” iaitu kuasa pencipta bumi dan
makhluk lain. Sebahagian mereka beragama Kristian.
Mereka juga mempunyai sistem kehakiman tradisi yang
tersendiri iaitu Mahkamah Anak Negeri. Ia
mengendalikan undang-undang adat orang Kadazan.
Anggota mahkamah itu terdiri daripada ketua rumah
panjang, orang-orang tua masyarakat tersebut. Orang
Kadazan juga kaya dengan pesta seperti “Pesta Menuai”.
Di pesta ini “Tarian Samazau” dipersembahkan.
(b) Pendalaman
Di kawasan pendalaman Sabah, penduduk utamanya ialah Orang Murut.
Pusat pertempatan mereka ialah Tenom, Rundum dan Pesiangan.
Tempat tinggal mereka ialah di dalam rumah panjang. Sumber ekonomi
mereka bergantung kepada padi huma, memburu binatang dan mengutip
hasil hutan. Dari segi agama mereka percaya kepada “Aki Kopuno”. Ia
mempunyai kuasa penciptaan alam dan penyelesaian semua masalah.
29
Terdapat etnik-etnik kecil yang lain mendiami Sabah seperti Orang
Rungus, Orang Tambanuo, Orang Sungai, Orang Maragang, Orang
Bisaya, Orang Idahan, Orang Tidong dan Orang Bamarau.
2.5.2 Etnik Peribumi Sarawak
Sarawak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang telah
mempunyai penduduk sejak 40,000 tahun dahulu di Gua Niah. Pada
umumnya penduduk peribumi atau bumiputera Sarawak terbahagi
kepada dua golongan iaitu penduduk pesisiran pantai dan pendalaman.
(a) Persisiran
Pesisiran pantai Sarawak didiami oleh peribumi daripada etnik berikut:
(i) Orang Melayu - Mereka telah berhijrah ke Sarawak pada
abd ke-l5 yang lalu dari Pulau Sumatera, Indonesia.
Kebanyakan daripada mereka bermastautin di bandar
Lidah Tanah, sekitar sungai Sarawak. Mereka mempunyai
ketua yang terkenal seperti Datuk Permati Jepang.
Ekonomi mereka bergantung kepada aktiviti pertanian,
nelayan dan sebagai pedagang. Mereka beragama Islam
dan menguasai tulisan jawi dengan baik sekali.
(ii) Melanau - Mereka bermastautin di sekitar sungai Igan,
sungai Oya dan sungai Mukah. Aktiviti ekonomi mereka
bergantung kepada tangkapan ikan, bersawah padi dan
membuat sagu. Pada keseluruhannya, mereka juga
beragama Islam sama seperti orang Melayu.
(b) Pedalaman
Di pedalaman Sarawak didiami oleh beberapa etnik peribumi seperti di
bawah ini:
(i) Orang Iban juga dikenali dengan nama “Dayak Laut” -
Mereka merupakan keturunan peribumi terbesar yang
mendiami kawasan pedalaman Sarawak. Mereka berasal
dari sungai Kapuas, Kalimantan, Indonesia. Petempatan
utama mereka ialah di sungai Saribas, sungai Sekarang,
sungai Batang Lupar dan sungai Rajang. Mereka
mendiami rumah-rumah panjang yang diketuai oleh
seorang ketua yang dikenali dengan nama “Tuai Rumah”.
Dari segi agama mereka percaya kepada beberapa tuhan
iaitu tuhan peperangan yang dikenali dengan nama
30
“Singling Burong”, tuhan bumi yang dikenali dengan
nama “Pulang Gama” dan roh serta hantu. Mereka
mempunyai beberapa perayaan sepanjang tahun. Di
antara yang penting ialah “Gawai Ranyai”. Sebahagian
daripada mereka beragama Kristian.
(ii) Bidayuh - Mereka juga merupakan golongan peribumi
atau bumiputera yang mendiami kawasan pedalaman
Sarawak. Mereka mendiami rumah-rumah panjang
terutama di sepanjang sungai Samarahan dan sungai
Sadong. Sumber ekonomi mereka ialah menanam padi
huma dan meramu hasil hutan.
(iii) Orang Kayan – Mereka tinggal di kawasan pedalaman
Sarawak. Mereka membuat penempatan di hulu sungai
Baram. Mereka dikatakan berpindah randah dari satu
tempat ke satu tempat yang lain seperti beberapa etnik
Orang Asli di Semenanjung Malaysia pada satu masa
dahulu untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Mereka
beragama Kristian.
(iv) Orang Penan - Mereka terkenal sebagai pemburu bintang
liar yang mahir. Aktiviti ekonomi mereka ialah memungut
hasil hutan terutama rotan dan damar. Dengan hasil
hutan itu membolehkan mereka menukarkannya dengan
barangan keperluan harian seperti beras, garam dan
lainnya. Di kawasan pedalaman Sarawak juga terdapat
etnik-etnik lain iaitu Kenyah dan Kelabit.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS
1. Salah
2. A
3. Sebelum kemerdekaan Malaysia 1957, pendidikan Melayu bersifat
tradisional yang berterasaskan pengajian al-Qur‟an dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Pendidikan Cina juga bersifat tradisional iaitu berasaskan
pengetahuan klasik konfusius yang masih berorientasikan tanah
besar China. Pendidikan India menggunakan bahasa Tamil
sebagai pengantar. Di mana kebanyakan buku teks diimport dari
India yang memberi pengetahuan mengenai kebudayaan, sejarah
dan geografi benua kecil India.
31
4. Umat Islam merayakan beberapa perayaan penting di sepanjang
tahun Hijriah. Antara lain ialah Awal Muharram, Maulidurrasul,
Nuzul al-Qur‟an, Idil Fitri dan Idil Adha. Penganut Budha
mengutamakan perayaan hari wesak. Penganut Konfusius dan
Taoisme memuja roh datuk nenek, merayakan hari jadi dewa-
dewa yang dipuja dan diraikan pada setiap tahun. Penganut
Hinduisme merayakan hari Deepavali dan Thaipusam. Penganut
Kristian merayakan hari Krismas dan Easter.
32
33
BAB 3
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK
DI MALAYSIA
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Mentakrifkan pengertian dan kedudukan Perlembagaan Malaysia.
2. Menjelaskan konsep serta keperluan perlembagaan dalam
sesebuah negara.
3. Membincangkan pandangan Islam terhadap kepentingan
perlembagaan.
4. Menyenaraikan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia.
5. Menjelaskan unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam
perlembagaan.
6. Menilai kepentingan perlembangaan dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia.
3.1 PENGENALAN
Perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang mengandungi undang-
undang dan susunan peraturan yang sangat penting dan tertinggi dalam
sesebuah negara bagi mewujudkan satu pentadbiran dan pengurusan
yang cekap, adil dan saksama kepada rakyat. Oleh yang demikian setiap
individu hendaklah mematuhi keluhuran perlembagaan dan sentiasa akur
dengan ketetapan yang telah didokumenkan. Selain itu, ia merupakan
garis panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak
kerajaan atau rakyat dan sesiapa sahaja.
Kesemua bentuk perundangan adalah tertakluk di bawah perlembagaan
yang menjadi asas kepada yang lain. Setiap undang-undang yang
bertentangan dengan perlembagaan akan terbatal secara automatik. Di
dalam perlembagaan tersebut terdapat peruntukan-peruntukan umum
tentang corak pemerintahan, hak asasi manusia, kerakyatan, politik,
pilihanraya, agama, bahasa, tanah dan lain-lain. Perlembagaan yang
mengandungi undang-undang dibentuk selaras dengan kehendak semasa
serta memenuhi kehendak dan kemahuan rakyat.
34
Justeru perkara yang menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan
kewarganegaraan, bahasa, agama dan kedudukan istimewa bumiputera
adalah menjadi faktor penting dalam perlembagaan bagi melahirkan
hubungan etnik yang erat serta mampu untuk mewujudkan keamanan di
kalangan rakyat Malaysia.
SOALAN DALAM TEKS
1. Bincangkan kepentingan Perlembagaan dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia.
2. Apakah yang anda tahu tentang perlembagaan?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
3.2 MAKNA DAN KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN
Malaysia adalah merupakan sebuah negara demokrasi yang berdaulat
sudah tentu mempunyai perlembagaan sendiri yang digubal sebagai
panduan pentadbiran dan pemerintahan negara. Oleh yang demikian,
perlembagaan yang digubal berperanan menentukan bidang kuasa
pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Di dalam
perlembagaan terdapat prinsip-prinsip yang mengandungi bentuk
institusi-institusi negara seperti pemerintahan, perundangan dan
kehakiman. Setiap perkara tersebut dinyatakan kuasa dan pernanannya
yang tersendiri dalam kerangka pemerintahan dan pentadbiran sesebuah
negara.
Perlembagaan juga digubal sebagai garis panduan tentang corak
pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara dan dalam
masa yang sama memberi perlindungan kepada rakyat. Selain itu, di
dalam perlembagaan dinyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap
warganegara terhadap pemerintah dan negara (Roslan, 2006: 46). Oleh
yang demikian, perlembagaan dibahagikan kepada dua iaitu
perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis
merupakan satu bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam
satu dokumen. Manakala perlembagaan yang tidak bertulis pula
merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpul dalam
satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan
keputusan-keputusan mahkamah (Nazri Muslim, 2005: 3).
35
Justeru itu, perlembagaan adalah merupakan suatu kumpulan undang-
undang dasar yang menentukan bagaimana sesebuah kerajaan itu
memerintah dan menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang
diperintah. Ia mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang
mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan
autoriti awam dengan rakyat (Mansor, 2005: 121).
SOALAN DALAM TEKS
3. Berikut adalah kenyataan YANG BENAR tentang
perlembagaan Malaysia KECUALI
A. Garis panduan pemerintahan
B. Dikumpul dan disusun dlam satu dokumen
C. Satu kumpulan undang-undang dasar
sesebuah kerajaan
D. Satu set undang-undang kerajaan British di
Hindia Timur
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
3.3 KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan 1957 memperlihatkan beberapa ciri
pemerintahan dan perlembagaan sesebuah negara demokrasi. Ianya
menekankan prinsip pemerintahan berasaskan undang-undang.
Perlembagaan menjadi tunggak kepada semua undang-undang yang sedia
digubal atau yang akan digubal. Sebarang percanggahan akan terbatal
dengan sendiri pada percanggahan tersebut. Kedudukan Perlembagaan
sebagai undang-undang tertinggi adalah amat penting bagi sebuah negara
yang mengamalkan sistem Persekutuan seperti Malaysia. Dengan
demikian pentadbiran negara dapat dijalankan dengan mudah, lancar
tanpa wujudnya persaingan dengan pihak lain terutamanya kerajaan
negeri (Roslan, 2006: 46).
Di Malaysia tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketinggian
perlembagaan. Parlimen sendiri memperolehi kuasanya daripada
perlembagaan dan mempunyai kuasa yang terhad. Ianya tidak boleh
menggubal undang-undang bagi perkara yang terletak diluar bidang kuasa
yang diberikan kepadanya. Malahan ketiga- tiga badan kerajaan iaitu
36
perundangan, kehakiman, eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong
juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia (Mohammad Suffian
Hashim: 1987).
Ini kerana secara jelas di dalam peruntukan Perkara 4(1) bahawa
Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan
setiap undang-undang dan apa sahaja yang diluluskan berlawanan dengan
perlembagaan yang sedia ada maka dengan sendiri setiap yang
berlawanan itu terbatal. Kedudukan dan kuasa tertinggi perlembagaan ini
dikenali sebagai ketinggian perlembagaan (Lihat Rajah 3.1).
Rajah 3.1
Undang-Undang
Lain di Malaysia
Parlimen Mahkamah Yang di Pertuan
Agong
Perlembagaan Persekutuan
SOALAN DALAM TEKS
4. Jelaskan secara ringkas konsep perlembagaan?
5. Berikut adalah badan-badan kerajaan yang berada
di bawah Perlembagaan Malaysia KECUALI
A. Undang-undang
B. Kehakiman
C. Eksekutif
D. Profesional
6. Apakah yang akan terjadi sekiranya berlaku
percanggahan sesuatu dasar yang digubal dengan
perlembagaan?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
3.4 ISLAM DAN PERLEMBAGAAN
Islam meletakkan pemerintahan adalah suatu perkara yang penting. Ianya
adalah satu proses di mana manusia yang hendak mentadbir alam ini
37
perlu kepada satu peraturan dan undang-undang yang boleh menjadi
garis panduan kepada mereka. Sememangnya negara yang hendak
ditadbir perlu wujud sebuah perlembagaan yang menjadi dasar yang
utama dalam negara tersebut. Oleh yang demikian, perlembagaan yang
pertama digubal bagi melincinkan pentadbiran negara Islam Madinah
dikenali sebagai Sahifah Madinah. Sejak dari permulaan Islam lagi
Rasulullah SAW telah meletakkan asas yang penting di dalam
pentadbiran baginda iaitu perlembagaan.
Setelah mendirikan kerajaan Islam Madinah, baginda telah membina
masjid sebagai tempat untuk melaksanakan pemerintahan yang tersedia
didalamnya satu perlembagaan yang bertulis, yang menjadi panduan dan
tunggak yang amat penting bagi menyatupadukan masyarakat yang
berbagai etnik dan kaum. Ini kerana bagi mewujudkan keharmonian
sesebuah negara dan toleransi di kalangan kaum, maka baginda SAW
telah menggubal perlembagaan tersebut yang terdiri daripada 47 fasal
yang meliputi huraian tentang segala keperluan negara Islam Madinah.
Menurut al-Maududi Perlembagaan Islam ini mempunyai empat unsur
utama sebagai rujukan iaitu al-Quran, al-Sunnah, amalan Khulafa‟ al-
Rashidin dan pendapat golongan mujtahid.
Kewujudan perlembagaan ini membuka ruang kepada masyarakat atau
penduduk menikmati keamanan dan kesejahteraan dalam negara. Selain
itu, dengan kewujudan perlembagaan ini, ia menjadi asas kepada negara
lain meniru dan membentuk satu perlembagaan tersendiri bagi
memenuhi kehendak dan keperluan negara mereka seperti yang berlaku
kepada sistem peperiksaan awam (SPA) yang diperkenalkan oleh negara
China, menjadi asas kepada negara lain di dunia sebagai satu kaedah
melantik penjawat awam dalam negara mereka. Perlembagaan ini
membuktikan bahawa satu persekutuan di kalangan masyarakat berbilang
kaum telah diasaskan melalui tujuan-tujuan dan kepentingan politik
bersama (Abdul Aziz Bari, 2001).
SOALAN DALAM TEKS
7. Jelaskan secara ringkas Perlembagaan Madinah
yang telah digubal oleh Rasulullah?
8. Apakah unsur perlembagaan Islam?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
38
3.5 KEPERLUAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan suatu keperluan kepada
rakyat di negara ini, memandangkan faktor latar belakang dan budaya
yang berbeza di kalangan pelbagai kaum di negara ini. Bagi menjamin
kestabilan politik di negara ini, sebuah perlembagaan yang dibentuk
adalah merupakan hasil tolak ansur dan pakatan antara kaum dan etnik di
negara ini. Demi kestabilan dan perpaduan ianya digubal dengan
mengambil kira persefahaman dan persetujuan di kalangan kaum sejajar
dengan syarat Inggeris yang hanya memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu sekiranya wujud perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai
kaum.
Pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin kaum utama di
Tanah Melayu telah membuahkan hasil dan „Pakatan Murni‟, „Qiud Pro
Quo‟ atau ‟4 + 1‟ telahpun dibentuk dalam aspek menghormati hak dan
kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara
pemuafakatan yang telah dibentuk dalam perlembagaan seperti:
(i) Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
(ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
(iii) Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.
(iv) Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu.
(v) Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan
sebagai warganegara dan mendapat layanan yang sama
dengan masyarakat tempatan (Mansor, 2005: 124-125).
Kewujudan pemuafakatan ini dapat mengekalkan nilai-nilai
kemasyarakatan di kalangan etnik dan kaum yang saling memahami
bahawa agama, adat resam dan nilai-nilai budaya yang diamalkan oleh
penduduk di negara ini merupakan hak peribadi dengan syarat masing-
masing saling hormat menghormati hak dan kepentingan semua rakyat
Malaysia.
Prinsip memberi dan menerima ini, yang menjadi tunjang kepada
persefahaman dan kestabilan politik serta sosial yang berjaya
dipertahankan sehingga kini. Selain daripada itu kerajaan juga sentiasa
memastikan penerusan kestabilan ini berlanjutan dengan mengadakan
dasar-dasar dan peruntukan yang ditokok tambah dalam perlembagaan
sebagai mekanisme bagi mengawal masyarakat supaya sentiasa berada
dalam landasan yang telah ditetapkan (Zulhilmi & Rohani, 2003: 175).
39
SOALAN DALAM TEKS
9. Apakah keperluan perlembagaan Malaysia?
10. Nyatakan pemuafakatan yang telah di ambil oleh
pemimpin kaum di negara ini?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
3.6 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perlembagaan Malaysia 1957 telah digubal dan dikemukakan oleh
Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya tersebut
telah memulakan tugas pada Jun 1956 dan menyiapkan laporan tersebut
menjelang bulan Februari 1957. Seterusnya perlembagaan yang telah
disiapkan itu dibahaskan oleh parti-parti utama negara dan diluluskan
oleh Majlis Perundangan pada Jun 1957 dan penguatkuasaan
perlembagaan itu dilaksanakan pada 31 Ogos 1957. Penguatkuasaan ini
berjalan atas dasar konsensus apabila rakyat berbangsa Melayu bersetuju
memberikan kerakyatan secara „jus soli‟ kepada semua penduduk bukan
Melayu di Malaysia pada masa itu. Sebaliknya bukan Melayu bersetuju
menerima unsur-unsur tradisi dalam masyarakat Melayu sebagai
kandungan dalam Perlembagaan Malaysia (Zulhilmi & Rohani, 2003:
253- 254).
Negara kita merupakan sebuah persekutuan di mana kewibawaan
perlembagaan atau kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat
(persekutuan) dengan 13 buah negeri. Perlembagaan Malaysia sebagai
sebuah persekutuan mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:
(i) Mempunyai ketua negara (Raja Berperlembagaan) bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali sebagai Yang
Dipertuan Agong. Baginda dipilih dari kalangan sembilan orang
Raja Melayu dan memegang jawatan tersebut untuk tempoh
lima tahun dan bertindak atas nasihat kabinet dan Majlis Raja-
raja. Selain itu ketua perlembagaan bagi setiap negeri ialah
Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri. Setiap negeri
mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui
pilihan raya untuk tempoh lima tahun dan pentadbiran negeri
diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.
40
(ii) Negara Demokrasi Berparlimen yang diketuai oleh seorang
Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri. Beliau dilantik di
kalangan parti yang memenangi pilihan raya dan mempunyai
bilangan anggota terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana
Menteri juga akan menubuhkan sebuah Kabinet (Jemaah
Menteri) yang menjadi badan tertinggi dalam menggubal dasar
kerajaaan (Roslan Zainuddin, 2006: 52).
(iii) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi
persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan
Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas jaminan
kebebasan agama.
(iv) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan
kebebasan undang-undang.
(v) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga
cabang kerajaan. Ini bermakna seluruh jentera pentadbiran,
bukan sahaja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan
dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-ketiganya
mempunyai status yang sama, tiada satupun yang lebih tinggi
daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan
tanggungjawab yang berbeza.
Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang
berasingan dan bebas daripada kawalan parlimen dan eksekutif. Bidang
kuasa kehakiman adalah eksklusif untuk menentukan pertikaian hak-hak
serta liabiliti lain dalam perlembagaan (Tun Mohamed Suffian, 1990:
137).
SOALAN DALAM TEKS
11. Bilakah perlembagaan malaysia digubal?
12. Siapakah yang mengemukakan perlembagaan yang
telah digubal?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
41
3.7 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara yang dibahagikan
dalam 15 bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara
seperti kuasa Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Kabinet, Badan
Kehakiman dan mempunyai peruntukan tentang kewarganegaraan, tanah,
agama rasmi, bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu,
perkhidamatan awam, pembangunan negara, hak asasi dan pilihan raya
(Roslan Zainuddin, 2006: 53-54 ). Ringkasan kandungan Perlembagaan
Persekutuan adalah seperti berikut:
Jadual 3.1
Bahagian Bab Perkara Kandungan
1 1 1-4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang
2 1 5-13 Kebebasan Asasi
3 1 14-22 Perolehan Kewarganegaraan
2 23-28 A Penamatan Kewarganegaraan
3 29-31 Tambahan tentang Kewarganegaraan
4 1 32-37 Kepala Negara dan Majlis Raja-raja
2 38 Majlis Raja-raja
3 39-43C Pemerintah
4 44-65 Badan Perundangan Persekutuan
5 66-68 Acara Perundangan
6 69 Keupayaan terhadap harta dan lain-lain
5 1 70-72 Negeri-negeri
6 1 73-79 Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan
Kerajaan Negeri
2 80-81 Pembahagian Kuasa Pemerintah
3 82 Pembahagian beban kewangan
4 83-91 Tanah
5 92 Pembangunan negara
6 93-95 Siasatan persekutuan terhadap negeri
7 95A-95E Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
7 1 96-112 Peruntukan-peruntukan kewangan
2 112A-112E Sabah dan Sarawak
8 1 113-120 Pilihanraya
9 1 121-131A Kehakiman
10 1 132-148 Perkhidmatan awam
11 1 149-151 Kuasa khas menentang perbuatan subversif dan kuasa-
kuasa darurat
12 1 152 Bahasa Kebangsaan
12A 1 153 Kedudukan istimewa orang Melayu
13 1 154-160 Am dan pelbagai
14 1 161-161A Perlindungan tambahan bagi Sabah dan Sarawak
1 162-180 Peruntukan sementara dan peralihan
15 1 181 Pengecualian dan kedaulatan Raja-raja
1 182 Mahkamah khas
1 183 Tiada tindakan yang boleh diambil terhadap yang
Dipertuan Agong dan Raja-raja kecuali dengan keizinan
peguam negara.
42
SOALAN DALAM TEKS
13. Kandungan Perlembagaan Persekutuan terdiri
daripada____ bahagian.
A. 12
B. 13
C. 14
D. 15
14. Kandungan berikut adalah benar tentang
perlembagaan KECUALI
A. Kebebasan Asasi
B. Mahkamah khas
C. Bahasa Kebangsaan
D. Pemusatan kuasa Raja-raja
15. Perkara 1-4 membincangkan hal-hal berkaitan
A. Tanah
B. Agama
C. Negara
D. Negeri
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
3.8 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Pengekalan unsur-unsur tradisi adalah amat penting bagi tujuan untuk
mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah
perpaduan. Ia adalah merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui
bersama semasa penggubalan perlembagaan. Menurut Tun Salleh Abas
(1997), unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak serta
pemerintahan beraja.
Sudah menjadi kelaziman kepada mana-mana negara yang berdaulat
mempunyai unsur-unsur tradisi yang menjadi tunjang dan kekuatan
kepada pembinaan negara. Ianya wujud ratusan tahun sebelum
perlembagaan Malaysia digubal pada tahun 1957 dan berperanan
menstabilkan negara (Abdul Aziz Bari: 2001).
43
Kepentingan unsur-unsur tradisi ini dapat dilihat dengan jelas apabila
dilindungi di bawah Akta Hasutan dan di anggap sebagai isu-isu sensitif
yang dilarang dalam perbincangan awam. Unsur-unsur ini juga penting
kerana menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap
lagi adil. Tanpa unsur-unsur tersebut keseimbangan dan kemakmuran
negara tidak akan dicapai. Dalam laporan Suruhanjaya Reid sendiri yang
menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil faktor-faktor
sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum penggubalan
perlembagaan.
Faktor-faktor ini penting bagi melambangkan bahawa sistem dan nilai-
nilai asal negara dikekalkan meskipun kemerdekaan bererti demokrasi
dan kesamarataan antara kaum. Di sinilah pentingnya peranan empat
unsur tradisi yang kesemuanya menekankan ciri-ciri Kemelayuan dan Ke
islaman di bumi yang merdeka ini (Mohd Inuddin Lee, 2006: 141). Secara
umumnya perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam memupuk
perpaduan di Malaysia dan unsur-unsur tradisi yang termaktub dalam
perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:
1. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan
pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan
istimewa orang Melayu dan seumpamanya.
2. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada
menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu
kewarganegaraan dan seumpamanya.
3. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen
membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-
raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.
4. Perkara150 (6a) iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat
Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan
meskipun dalam keadaan darurat.
5. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain
menggunakan bahasa mereka.
6. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu
tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain (Abdul Aziz
Bari: 2001).
44
SOALAN DALAM TEKS
16. Bincangkan unsur-unsur tradisi yang terdapat
dalam perlembagaan.
17. Apakah batasan hak kebebasan bersuara seperti
yang termaktub dalam perkara 10.
18. Kepentingan unsur tradisi dilihat dari sudut berikut
KECUALI
A. Sejarah
B. Tradisi
C. Ekonomi
D. Warganegara
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
3.9 KESIMPULAN
Setiap warganegara hendaklah memahami bahawa perlembagaan yang
diwujudkan adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang mampu
membudayakan perpaduan dan saling memahami hak masing-masing
yang telah dipersetujui bersama tanpa ada perasaan hasad dengki dan
sifat-sifat boleh memecah belahkan kaum di negara ini. Kita perlu akur
bahawa masyarakat yang berbagai latar belakang itu adalah satu anugarah
Allah. Setiap undang-undang yang digubal adalah untuk kepentingan
bersama tanpa mengira latar belakang sesuatu kaum. Dengan ketinggian
perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mencerminkan Malaysia
sebuah negara berdaulat di mana rakyat hidup bersatu padu, aman dan
makmur.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS
1. Faktor yang penting dalam perlembagaan adalah untuk
melahirkan hubungan etnik yang erat serta mampu mewujudkan
keamanan dikalangan rakyat Malaysia.
2. Perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang mengandungi
undang-undang dan susunan peraturan yang sangat penting dan
tertinggi dalam sesebuah negara bagi mewujudkan satu
pentadbiran dan pengurusan yang cekap, adil dan saksama
kepada rakyat.
45
3. D
4. Pemerintahan yang berasaskan undang-undang dan menjadi
tunggak kepada semua undang-undang yang sedia digubal atau
yang akan digubal.
5. D
6. Sekiranya berlaku percanggahan sesuatu dasar yang digubal
dengan perlembagaan maka dengan sendirinya akan terbatal
dasar tersebut.
7. Baginda SAW telah menggubal perlembagaan tersebut yang
terdiri daripada 47 fasal yang meliputi huraian tentang segala
keperluan negara Islam Madinah.
8. Unsur utama perlembagaan Islam ialah al-Quran, al-Sunnah,
amalan Khulafa‟ al-Rashidin dan pendapat golongan mujtahid.
9. Keperluan perlembagaan kepada rakyat di negara ini, ialah
disebabkan faktor latar belakang dan budaya yang berbeza di
kalangan pelbagai kaum serta menjamin kestabilan politik di
negara ini.
10. Pemuafakatan yang telah dibentuk dalam perlembagaan seperti:
(i) Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
(ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
(iii) Raja-raja melayu sebagai raja berpelambagaan.
(iv) Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu.
(v) Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan
sebagai warganegara dan mendapat layanan yang
sama dengan masyarakat tempatan.
11. 1957
12. Lord Reid.
13. D
14. D
15. C
46
16. Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan adalah meliputi bahasa,
agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah
dan Sarawak serta pemerintahan beraja.
17. Kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan
dan seumpamanya
18. D
47
BAB 4
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN
ETNIK
DI MALAYSIA
OBJEKTIF BAB
Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Memahami konsep pembangunan dan modenisasi dalam
masyarakat.
2. Membincangkan latar belakang sejarah pembangunan ekonomi
di Malaysia.
3. Menjelaskan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang
dilaksanakan oleh kerajaan.
4.1 KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI
Pelbagai teori dan percanggahan pendapat tentang konsep pembangunan
telah dikemukakan oleh cendiakawan. Secara keseluruhannya, rata-rata
mereka bersetuju bahawa seluruh dunia sedang dan mungkin mengalami
kemelut pembangunan yang berterusan (Muhammad Shukri, 2002). Dari
sini ternyata bahawa persekitaran sosioekonomi masyarakat dunia
sekarang sedang menuju ke arah masa depan yang tidak mengembirakan
(Muhammad Kamal, 1986). Kemelut pembangunan yang berlaku ini
bukan sahaja membawa kepada percanggahan pendapat dan teori, tetapi
juga penumpuan ke atas hak milik alat-alat pengeluaran dan perebutan
agihan hasil keluaran yang akhirnya melahirkan manusia yang sanggup
membuat apa sahaja termasuk membunuh (Muhammad Shukri, 2002).
Pembangunan sering kali dikaitkan dengan proses modenisasi, iaitu satu
proses untuk merubah atau mentransformasikan kehidupan masyarakat
dari segenap sudut. Metode atau kaedah yang digunakan dan dilalui oleh
sesebuah negara atau bangsa untuk mencapai modenisasi ini pula
berbeza. Ada sesetengahnya berlaku dalam bentuk perancangan yang
teratur dengan menetapkan terlebih dahulu apakah proses, kaedah dan
matlamat yang hendak dicapai. Manakala sesetengahnya pula berlaku
perubahan dalam bentuk yang tidak dirancang, dan kebiasaannya boleh
dihubungkan dengan tekanan daripada unsur-unsur luar. Modenisasi
selalunya diukur berdasarkan kepada perubahan dan pencapaian yang
48
berlaku dalam masyarakat dari aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan
teknologi. Kejayaan atau kegagalan untuk membawa modenisasi kepada
sesuatu bangsa atau negara bergantung kepada falsafah pemikiran dan
matlamat pembangunan yang didokong. Jika pembangunan hanya
menekankan aspek material semata-mata dengan mengenepikan aspek
spiritual, maka matlamat pembangunan dalam ertikata sebenarnya tidak
akan tercapai. Kedua-dua aspek ini mesti disatukan dan diseimbangkan
bagi menuju ke arah kebahagiaan yang sebenarnya. Walau bagaimanapun,
dari sudut realitinya dalam tempoh lebih kurang dua ratus tahun yang
lalu, konsep pembangunan dan modernisasi masih terikat kuat dengan
tradisi sekularisme barat.
Shamsul (2006), melihat dua aspek utama yang menjadi asas kepada
modenisasi iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.
Aspek ekonomi adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada
kehidupan manusia. Sejak dari zaman batu awal (paleolitik) hinggalah ke
zaman moden hari ini, manusia sentiasa berusaha untuk mengembangkan
kegiatan ekonomi mereka, baik secara evolusi mahupun revolusi.
Tujuannya adalah untuk merubah tahap kehidupan dan membangunkan
masyarakat. Pelbagai bidang ekonomi telah diterokai, bermacam-macam
peralatan untuk tujuan pengeluaran telah dicipta, dan berbagai jenis
pendapat, teori dan ilmu ekonomi terus diketengahkan untuk
menyelesaikan masalah ekonomi manusia yang masih tidak ada titik
perhentiannya.
4.2 KOMPONEN EKONOMI: MATLAMAT, METOD,
UKURAN PENCAPAIAN
Ekonomi bukanlah suatu bidang ilmu yang baru diperkenalkan dan
dibincangkan. Ilmu ini sudah ada dalam masyarakat sejak 2500 tahun
dahulu, namun demikian matlamat kewujudan ilmu ini belum lagi
tercapai walaupun arus kemajuan telah melonjak begitu hebat sejak
berlakunya revolusi industri kira-kira 200 tahun lalu. Kerumitan dan
masalah ekonomi terus juga berlaku serta sukar untuk diatasi.
Implikasinya bukan hanya membawa kepada perbezaan jurang dalam
masyarakat tetapi juga perpecahan dan peperangan antara kaum dan
negara.
Perkembangan yang berlaku dalam ekonomi sering kali dikaitkan dengan
tahap perkembangan fikiran manusia. Oleh itu, komponen, matlamat,
metode dan ukuran pencapaian ekonomi juga seringkali berubah dan
berbeza mengikut ideologi yang didokong. Sebagai contoh ekonomi
kapitalisme adalah berbeza daripada ekonomi marxisme dan begitulah
dengan yang lain-lainnya. Komponen ekonomi boleh saja disandarkan
kepada aspek pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan,
49
peralatan yang digunakan dan sebagainya. Jika matlamat ekonomi itu
adalah untuk meningkatkan pendapatan negara, maka kaedah yang boleh
menambahkan pendapatan rakyat akan digunakan. Ini adalah kerana hasil
pendapatan negara dikatakan sangat berkait rapat dengan hasil
pendapatan rakyat jelata. Sekiranya matlamat ekonomi itu untuk
membawa kepada keseimbangan sosial dalam masyarakat, maka
kaedahnya pula sudah tentu berbeza dengan di atas, begitu juga dengan
ukuran pencapaiannya. Pembangunan ekonomi hanya akan menjadi lebih
bermakna jika matlamat atau tujuan ditetapkan dan mengambil nilai-nilai
yang ada dalam masyarakat. Seperti yang dinyatakan oleh Benjamin
Ward (1972) bahawa pertimbangan nilai adalah sesuatu yang sangat
penting untuk membolehkan kita mengklasifikasikan tentang apa yang
bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam masyarakat. Pertimbangan nilai
juga digunakan sebagai asas kepada konsep keluaran negara kasar
(KDNK) untuk mengukur output dan sekaligus menjadi pengukur kepada
prestasi ekonomi dan kebajikan.
4.3 KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD,
UKURAN PENCAPAIAN
Politik sebagaimana juga ekonomi boleh menjadi faktor penentu kepada
pembangunan dan modenisasi. Politik memainkan peranan dalam
menentukan dasar dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintah,
juga digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi, membina negara
(state-building) dan negara-bangsa (nation-state). Secara umumnya, membina
dan membangunkan negara dan negara-bangsa merupakan masalah
utama yang dihadapi oleh sesebuah negara selepas mencapai
kemerdekaan. Bukan mudah untuk mewujudkan semangat „kenegaraan‟
ataupun „kekitaan‟dalam sebuah negara yang penduduknya terdiri dari
pelbagai kaum seperti Malaysia ini. Komponen-komponen yang ada
seperti ekonomi,sosial, politik, pendidikan dan sebagainya boleh
digunakan untuk mencapai matlamat ini. Semua ini boleh dilaksanakan
melalui pembentukan dan pelaksanaan dasar awam yang memberi
keutamaan kepada kepentingan nasional. Kejayaannya boleh diukur
sama ada secara kualitatif ataupun kuantitatif berdasarkan tahap integrasi
nasional yang dicapai (Shamsul A.B., 1997).
4.4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia harus
dilihat dari pelbagai sudut khususnya dari perspektif sejarah
perkembangan dan pembangunan negara ini sendiri. Tujuannya adalah
untuk mengetahui asas, matlamat dan nilai sebenar pembangunan
ekonomi ini dilaksanakan dan hubungannya dengan penggubalan dasar-
50
dasar negara. Fakta sejarah ini perlu difahami oleh semua lapisan
kelompok etnik yang ada untuk mewujudkan satu aliran mobiliti sosial
yang tenang dan tenteram dalam negara ini. Dalam persada sejarah
negara, pembangunan ekonomi ini telah melalui beberapa zaman yang
berbeza.
4.4.1 Zaman Sebelum Kemerdekaan (1400 – 1956)
Sistem dan pembangunan ekonomi sebelum kemerdekaan boleh
dibahagikan kepada dua peringkat yang utama iaitu sebelum kedatangan
British (1400 – 1786) dan semasa penjajahan British. Kita akan
bincangkan secara ringkas sistem dan matlamat dalam pembangunan
ekonomi sebelum kedatangan British. Manakala bagi sistem dan
pembangunan ekonomi semasa pendudukan British perbincangan akan
difokuskan kepada struktur ekonomi semasa penjajahan British,
pemikiran dan tujuan disebalik pembangunannya serta kesan-kesan yang
timbul daripadanya.
4.4.2 Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya
Sebelum Kedatangan British (1400-1786)
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem dan pembangunan
ekonomi masyarakat Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan
juga perikanan. Mereka tidak berhadapan dengan masalah untuk mencari
nafkah, memandangkan persekitaran tempat tinggal mereka mudah
untuk memperolehi tanah-tanah yang subur dan lautnya dipenuhi dengan
ikan. Begitu juga dengan sumber-sumber dari hutan yang mudah
diperolehi. Keadaan semulajadi ini secara tidak langsung telah
menentukan pola pekerjaan dan penempatan mereka. Bagi mereka yang
tinggal di persisiran pantai atau pinggiran sungai, pekerjaan mereka
adalah sebagai nelayan. Manakala di kawasan-kawasan lain kebanyakan
mereka bekerja sebagai petani, pemungut hasil hutan bahkan ada juga
yang melibatkan diri dalam mengeluarkan hasil-hasil bumi. Pendapatan
dari sumber-sumber yang berbeza ini membolehkan mereka menjalankan
urusan pertukaran barangan (barter) keperluan dengan pihak-pihak lain.
Beberapa abad lamanya Tanah Melayu telah menjadi pembekal utama
hasil-hasil tersebut kepada saudagar-saudagar Arab, India, China dan
seterusnya kepada pedagang-pedagang Eropah seperti Belanda dan
Portugis. Ini menunjukkan bahawa ekonomi masyarakat Melayu ketika
itu bukanlah bersifat tertutup tetapi juga sudah mencapai ke tahap
perdagangan antarabangsa. Keadaan ini semakin ketara apabila Melaka
telah menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot yang terkenal
di rantau Asia ini. Pihak pemerintah telah melaksanakan peraturan-
peraturan perdagangan selain daripada memberi perkhidmatan untuk
menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Organisasi politik, ekonomi
51
dan masyarakat Melayu yang kurang kompleks ini secara keseluruhannya
telah membawa kestabilan dari segi pemerintahan.
4.4.3 Sistem dan pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya
Semasa Penjajahan British
Bermula dari tahun 1870an hingga 1950an merupakan era baru kepada
perkembangan dan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di Tanah
Melayu. Perubahan yang berlaku dalam tempoh ini dibawa oleh penjajah
Inggeris. Mereka telah memperkenalkan dasar-dasar awam mengenai
pembangunan. Penglibatan kerajaan dalam dasar-dasar yang
diperkenalkan adalah di tahap yang paling minimum. Sistem dan
pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada industri getah dan bijih
timah. Untuk memajukan industri ini, mereka telah membawa masuk
tenaga kerja dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. Orang-
orang Cina di tempatkan dalam industri bijih timah yang terletak
berhampiran bandar-bandar, manakala orang-orang India pula, tenaga
mereka digunakan di ladang-ladang getah. Orang Melayu masih kekal
dengan pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan perikanan.
Melalui polisi pemerintahan pecah dan perintah (devide and rule), Inggeris
telah membawa perubahan kepada struktur kekuasaan politik di
Semenanjung Tanah Melayu secara keseluruhannya. Dasar yang
diperkenalkan ini sebenarnya telah menjadi batu penghalang kepada
kewujudan satu masyarakat yang bersatupadu. Pembahagian kawasan-
kawasan penempatan dan sektor pekerjaan telah menyebabkan
ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum dan perbezaan
kemajuan di antara wilayah.
Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris adalah semata-mata untuk
memperolehi seberapa banyak hasil daripada negara ini untuk dibawa
pulang ke negara mereka. Oleh itu, pihak Inggeris telah menyediakan
pelbagai bentuk bantuan dan perkhidmatan untuk membolehkan
pengeluaran hasil ekonomi dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Antaranya, pihak Inggeris telah menyediakan infrastruktur perhubungan
dan pengangkutan seperti jalanraya dan keretapi serta memperkenalkan
dasar-dasar penghijrahan atau buruh, cukai dan tanah yang longgar
sebagai galakan untuk menambahkan pengeluaran.
Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih timah dan getah
seolah-olah tidak digalakkan oleh penjajah. Pihak Inggeris mahu
mengekalkan mereka di dalam kegiatan-kegiatan pertanian yang boleh
menampung keperluan makanan kepada sektor-sektor ekonomi yang
lain. Pekebun-pekebun kecil getah dari kalangan orang Melayu dikenakan
pelbagai sekatan dan hak-hak mereka dinafikan. Tujuannya adalah untuk
menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing dalam industri tersebut.
52
Antara sekatan yang dilakukan adalah melalui pengisytiharan sekatan
pengeluaran getah di bawah Rancangan Sekatan Getah Stevenson dan
kemudiannya Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa. Implikasi
daripada pelaksanaan pelbagai sekatan serta dasar-dasar yang
diperkenalkan, orang-orang Melayu secara puratanya masih kekal sebagai
petani-petani tradisional di luar bandar. Jurang kemiskinan semakin
meluas di kalangan masyarakat yang kemudiannya menimbulkan masalah
ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dalam fasa-fasa pembinaan
negara seterusnya.
SOALAN DALAM TEKS
1. Terangkan pola penempatan dan pekerjaan
masyarakat Melayu sebelum merdeka.
2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Inggeris
untuk membolehkan mereka menambah hasil
pendapatan daripada industri getah dan bijih timah.
3. Apakah yang anda faham mengenai dasar ‟pecah dan
perintah‟ oleh Inggeris?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
4.4.4 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama
Telah dijelaskan tadi bahawa pembangunan ekonomi yang dijalankan
sebelum kemerdekaan lebih banyak membawa keuntungan dan menjaga
kepentingan Inggeris. Sistem dual economy yang diperkenalkan oleh
penjajah lebih tertumpu di kawasan-kawasan yang memiliki sumber
ekonomi yang banyak khususnya di bahagian barat Semenanjung.
Manakala di bahagian pantai timur masih kekal dengan kegiatan-kegiatan
ekonomi tradisional yang masih mundur. Apa yang membahayakan
daripada dasar pecah dan perintah oleh pihak Inggeris ini ialah
perkembangan masyarakat plural yang mempunyai perbezaan agama,
keturunan, kebudayaan, pelajaran dan pekerjaan, serta perbezaan jurang
ekonomi antara mereka. Inilah masalah-masalah sosioekonomi dan
politik yang perlu diberi perhatian dalam rancangan pembangunan
negara.
Rancangan pembangunan negara sebenarnya telahpun bermula sekitar
tahun 1950an. Pada tahun 1954, kerajaan telah mendapat perakuan
53
daripada Bank Dunia mengenai pembangunan negara. Sehubungan itu,
rancangan pembangunan dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama
telah dimulakan pada tahun 1956 hingga 1960. Sejumlah RM1,100 juta
telah dilaburkan dalam rancangan ini. Tumpuan yang diberikan ialah
untuk mewujudkan satu perancangan pelaburan sektor awam yang
berpadu. Projek-projek yang perlu dilaksanakan telah ditentukan
mengikut keutamaan. Usaha-usaha juga dilakukan untuk mengenalpasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh ekonomi negara.
Rancangan yang lebih menyeluruh dengan penyertaan dari atas dan
bawah telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaya Kedua. Rancangan
ini lebih menumpukan kepada pembangunan luar bandar dan
penyertaan rakyat jelata. Jangka masa untuk pelaksanaan rancangan ini
ialah selama lima tahun (1961 – 1965), dan peruntukan yang disediakan
untuk tujuan ini sebanyak RM2,150.00 juta. Walau bagaimanapun
Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan Malaya Kedua ini secara
keseluruhannya mempunyai fokus yang sama iaitu menyediakan
kemudahan atau infrastruktur yang diperlukan dalam pembangunan
ekonomi.
Asas infrastruktur yang disediakan ini telah membawa kepada satu pelan
pembangunan yang lebih teliti dalam penggunaan sumber tenaga dan
program-program ekonomi yang hendak dilaksanakan. Melalui
Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970), beberapa pembaharuan
telah diperkenalkan, diantaranya ialah menentukan hala tuju
pembangunan dan meletakkan matlamat yang perlu dicapai dalam
tempoh lima tahun yang akan datang. Matlamat yang ingin dicapai
melalui rancangan ini ialah agar semua golongan miskin dan tidak
bernasib baik dapat merasai nikmat pembangunan dari pertumbuhan
ekonomi yang dirangka. Sungguhpun rancangan ini telah dianggap
berjaya dari sudut pertumbuhan ekonomi, namun masih lagi tidak
seimbang dari sudut pengagihan pendapatan antara kaum. Begitu juga
dengan penggunaan tenaga dan penglibatan dalam sektor ekonomi masih
lagi ditentukan mengikut kaum. Situasi ini telah melahirkan rasa tidak
puas hati dikalangan kaum yang ada, dan seterusnya menjadi penghalang
kepada usaha-usaha perpaduan. Akibatnya pada 13 Mei 1969 berlakulah
peristiwa yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.
4.4.5 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua
Pengalaman yang dilalui dalam Rancangan Malaysia Pertama telah
membawa kepada satu pembaharuan dalam menyelesaikan masalah
ekonomi dan sosial yang wujud. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan
formula yang digunakan untuk memperbetulkan keadaan yang tidak
selesa dikalangan masyarakat berbilang kaum dan ketidakseimbangan di
54
antara wilayah-wilayah. Ia dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua
(1971 – 1975) yang melibatkan kos sebanyak RM7,250 juta dan
merupakan satu Rancangan Jangka Panjang yang diatur untuk
dilaksanakan dalam fasa kedua ini. Agenda utama DEB ini, ialah untuk
mewujudkan perpaduan negara. Oleh kerana proses untuk mewujudkan
perpaduan negara ini akan mengambil masa yang panjang maka DEB
telah diteruskan lagi dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980),
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia
Kelima (1986-1990).
Melalui DEB ini, kerajaan telah memainkan peranannya secara langsung
dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang ditetapkan. Perbadanan-
perbadanan awam telah ditubuhkan untuk mengimbangi peranan pihak
swasta yang selama ini mendominasi pembangunan ekonomi negara.
Kerajaan beranggapan perlu untuk melibatkan diri berikutan kegagalan
pihak swasta untuk membawa pertumbuhan ekonomi yang adil dalam
sistem bebas (free enterprise). Tambahan pula kedudukan ekonomi dan
kewangan negara ketika itu adalah kukuh. Walau bagaimanapun, peranan
swasta masih diperlukan untuk menampung gunatenaga yang bertambah
akibat dari pertumbuhan ekonomi negara yang pesat. Selaras dengan itu,
syarikat-syarikat swasta masih diberi insentif oleh kerajaan untuk sama-
sama melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi negara.
Dasar ini telah memperkenalkan strategi serampang dua mata iaitu
pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula
masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Kemiskinan ditakrifkan sebagai
ketidakmampuan untuk menyediakan keperluan-keperluan asas yang
paling minima seperti pakaian, makanan, tempat tinggal, kesihatan dan
sebagainya. Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Perancang
Ekonominya telah menetapkan jumlah pendapatan seisi rumah sebagai
kayu pengukur kepada garis-kemiskinan. Bagi tahun 1970 pendapatan
RM200.00 sebulan dianggap berada di bawah paras kemiskinan, tahun
1975 - RM250.00, tahun 1976/77 - RM272.00 dan tahun 1979 –
RM282.00 sebulan (INTAN 1980). Kemiskinan yang melingkari
kehidupan masyarakat cuba ditangani dengan rancangan-rancangan yang
boleh menambahkan daya pengeluaran dan meningkatkan lagi
pendapatan. Penyusunan masyarakat pula adalah melalui strategi-strategi
yang berkaitan dengan menaikkan taraf kehidupan luar bandar,
meningkatkan aktiviti-aktiviti yang seimbang di bandar-bandar, meneroka
bidang-bidang baru dalam sektor perdagangan dan perindustrian untuk
diceburi oleh kaum bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain yang
sudah lama melibatkan diri dalam bidang tersebut. Ini bukanlah
bermakna DEB dirangka untuk memberi perhatian dan tumpuan kepada
kaum bumiputera sahaja, tetapi juga mengambil kira kaum-kaum lain
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik
Hubungan etnik

More Related Content

What's hot

Sumbangan tamadun india
Sumbangan tamadun indiaSumbangan tamadun india
Sumbangan tamadun indiaAini Rahman
 
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)hudhud321
 
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sejDhani Ahmad
 
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...Rafiza Diy
 
Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Fadhil Ismail
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power pointHilmi Amri
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiMahyuddin Khalid
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
Sumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaSumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaOmy Hong
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuMahyuddin Khalid
 
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8  pemerkasaan _ pendidikanBab 8  pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikanINSTAQLIM
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 

What's hot (20)

Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Sumbangan tamadun india
Sumbangan tamadun indiaSumbangan tamadun india
Sumbangan tamadun india
 
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
AKULTURASI BUDAYA (EDUP3073)
 
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
 
Tamadun Cina
Tamadun CinaTamadun Cina
Tamadun Cina
 
03 tamadun melayu
03 tamadun melayu03 tamadun melayu
03 tamadun melayu
 
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
 
Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2
 
Bab 2power point
Bab 2power pointBab 2power point
Bab 2power point
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Sumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaSumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cina
 
Tokoh tokoh islam
Tokoh tokoh islamTokoh tokoh islam
Tokoh tokoh islam
 
Konsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan IslamKonsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan Islam
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
 
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8  pemerkasaan _ pendidikanBab 8  pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
 
Tamadun
TamadunTamadun
Tamadun
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 

Viewers also liked

Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Fadhil Ismail
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan EtnikWanBK Leo
 
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Soal selidik hub etnik
Soal selidik hub etnikSoal selidik hub etnik
Soal selidik hub etnikMieyz EAnn
 
Soalan latihan hubungan etnik
Soalan latihan hubungan etnikSoalan latihan hubungan etnik
Soalan latihan hubungan etnikJie Ying
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikCikgu Ana
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaCTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaMahyuddin Khalid
 
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnikBab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnikFAROUQ
 
Hubungan Etnik Bab-6
Hubungan Etnik Bab-6Hubungan Etnik Bab-6
Hubungan Etnik Bab-6Fadhil Ismail
 
Hubungan Etnik Bab 3
Hubungan Etnik Bab 3Hubungan Etnik Bab 3
Hubungan Etnik Bab 3Fadhil Ismail
 
Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Fadhil Ismail
 

Viewers also liked (20)

Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Nota Hubungan Etnik
Nota Hubungan EtnikNota Hubungan Etnik
Nota Hubungan Etnik
 
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 1   Konsep Asas Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 1 Konsep Asas Hubungan Etnik
 
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia Pembangunan Politik dalam Konteks Hubungan Etnik
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik
 
Soal selidik hub etnik
Soal selidik hub etnikSoal selidik hub etnik
Soal selidik hub etnik
 
Soalan latihan hubungan etnik
Soalan latihan hubungan etnikSoalan latihan hubungan etnik
Soalan latihan hubungan etnik
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnik
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaCTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
 
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnikBab 3 hubungan etnik   perlembagaan malaysia & hubungan etnik
Bab 3 hubungan etnik perlembagaan malaysia & hubungan etnik
 
Hubungan Etnik Bab-6
Hubungan Etnik Bab-6Hubungan Etnik Bab-6
Hubungan Etnik Bab-6
 
Hubungan Etnik Bab 3
Hubungan Etnik Bab 3Hubungan Etnik Bab 3
Hubungan Etnik Bab 3
 
Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4
 

Similar to Hubungan etnik

Unit 1 bml 3113 soalan
Unit 1  bml 3113 soalanUnit 1  bml 3113 soalan
Unit 1 bml 3113 soalanHadifar Nimig
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniInteraksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniWan Ali Abbas
 
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanBab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanmdnasiry
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarahNur Az
 
(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12sadn1013
 
vi) Saintis Islam
vi) Saintis Islamvi) Saintis Islam
vi) Saintis Islamdr2200s
 
Sejarah perkembanganbm
 Sejarah perkembanganbm Sejarah perkembanganbm
Sejarah perkembanganbmShirleyEu1
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2Hendon Ramlan
 
Sumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelekSumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelekKhai Khai
 
(Sadn1013 h) kump 23
(Sadn1013 h) kump 23(Sadn1013 h) kump 23
(Sadn1013 h) kump 23sadn1013
 
tamadun malaysia 1
tamadun malaysia 1tamadun malaysia 1
tamadun malaysia 1Gomaze Lang
 
Penulisan ilmiah - ETNOMATEMATIK
Penulisan ilmiah - ETNOMATEMATIKPenulisan ilmiah - ETNOMATEMATIK
Penulisan ilmiah - ETNOMATEMATIKzul_culat
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayulibangulu
 
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)cg.Teha Amran
 

Similar to Hubungan etnik (20)

Unit 1 bml 3113 soalan
Unit 1  bml 3113 soalanUnit 1  bml 3113 soalan
Unit 1 bml 3113 soalan
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan Melayu
 
Teori Sastera
Teori SasteraTeori Sastera
Teori Sastera
 
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun YunaniInteraksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
Interaksi Tamadun Islam dan Tamadun Yunani
 
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanBab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
 
Bab 3 pluraliti
Bab 3 pluralitiBab 3 pluraliti
Bab 3 pluraliti
 
K E P
K  E  PK  E  P
K E P
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
 
(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12
 
vi) Saintis Islam
vi) Saintis Islamvi) Saintis Islam
vi) Saintis Islam
 
Sejarah perkembanganbm
 Sejarah perkembanganbm Sejarah perkembanganbm
Sejarah perkembanganbm
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Sumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelekSumbangan tokoh intelek
Sumbangan tokoh intelek
 
(Sadn1013 h) kump 23
(Sadn1013 h) kump 23(Sadn1013 h) kump 23
(Sadn1013 h) kump 23
 
tamadun malaysia 1
tamadun malaysia 1tamadun malaysia 1
tamadun malaysia 1
 
Penulisan ilmiah - ETNOMATEMATIK
Penulisan ilmiah - ETNOMATEMATIKPenulisan ilmiah - ETNOMATEMATIK
Penulisan ilmiah - ETNOMATEMATIK
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayu
 
pipiey (1).docx
pipiey (1).docxpipiey (1).docx
pipiey (1).docx
 
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
 

More from Ct Hussen

Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBCt Hussen
 
Surat jemputan
Surat jemputanSurat jemputan
Surat jemputanCt Hussen
 
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATPENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATCt Hussen
 
Modul Kepimpinan dalam pengurusan awam
Modul Kepimpinan dalam pengurusan awamModul Kepimpinan dalam pengurusan awam
Modul Kepimpinan dalam pengurusan awamCt Hussen
 
Bab 3 sifat pemimpin
Bab 3 sifat pemimpinBab 3 sifat pemimpin
Bab 3 sifat pemimpinCt Hussen
 
Bab 10.5 komunikasi_massa
Bab 10.5 komunikasi_massaBab 10.5 komunikasi_massa
Bab 10.5 komunikasi_massaCt Hussen
 

More from Ct Hussen (6)

Contoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YBContoh Surat Jemputan YB
Contoh Surat Jemputan YB
 
Surat jemputan
Surat jemputanSurat jemputan
Surat jemputan
 
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORATPENTADBIRAN AWAM KORPORAT
PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
 
Modul Kepimpinan dalam pengurusan awam
Modul Kepimpinan dalam pengurusan awamModul Kepimpinan dalam pengurusan awam
Modul Kepimpinan dalam pengurusan awam
 
Bab 3 sifat pemimpin
Bab 3 sifat pemimpinBab 3 sifat pemimpin
Bab 3 sifat pemimpin
 
Bab 10.5 komunikasi_massa
Bab 10.5 komunikasi_massaBab 10.5 komunikasi_massa
Bab 10.5 komunikasi_massa
 

Recently uploaded

LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (7)

LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Hubungan etnik

  • 1. 1 BAB 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami konsep asas hubungan etnik. 2. Memahami definisi dan asal usul manusia. 3. Memahami definisi, kemunculan dan ciri masyarakat. 4. Memahami definisi dan unsur berkaitan dengan kebudayaan. 1.1 PENGENALAN Hubungan etnik mempunyai konsep asasnya yang tersendiri. Yang utama ialah tentang definisi dan asal-usul manusia, definisi dan kemunculan etnik, definisi kemunculan dan ciri masyarakat dan konsep kebudayaan, sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan. 1.2 MANUSIA 1.2.1 Definisi Manusia Dalam bahasa Melayu, “manusia” berasal dari bahasa Sanskrit. “Manu” membawa maksud berfikiran dan berakal budi (Ismail Yusof, 2003: 37). Kamus Dewan mendefinisikan manusia sebagai insan dan makhluk yang mempunyai akal (T.Iskandar, 1970: 714). Dalam bahasa Inggeris “human” berasal perkataan latin “humo” yang membawa erti yang dilahirkan dari tanah. “Human” akhirnya membawa maksud sebagai manusia yang boleh berfikir dan berkreativiti (Collins, 1983: 263). Dalam bahasa Arab “ins, al-insan, an-nas” dan “al-basyar” digunakan. Ia membawa maksud sebagai sejenis haiwan yang boleh berfikir dan bertutur (Mustafa Daud, 1991:28). Al-Qur‟an menjelaskan bahawa perkataan “al-insan” dan “an-nas” berasal dari perkataan “nasiya” yang memberi erti lupa. Inilah salah satu sifat manusia yang ada pada setiap individu iaitu sifat terlalu terlupa. Sifat ini pertama kalinya dimiliki oleh Adam a.s. apabila baginda sendiri terlupa terhadap janjinya dengan Allah SWT iaitu tidak memakan buah khuldi. Hal ini disandarkan kepada firman Allah SWT di dalam ayat terjemahannya:
  • 2. 2 “Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa perintah itu dan Kami tidak dapati padanya kemahuannya yang kuat” (Surah Taha 20: 15) 1.2.2 Asal Usul Manusia Teori asal usul manusia yang popular adalah yang dikemukakan oleh pakar sosiologi Barat seperti Charles Darwin (1802-1889) dan Jean Baptiste Come de Lamarck (1749-1829). Mereka memperkenalkan satu teori evolusi yang berakhir dengan pembuktian bahawa manusia berasal dari monyet. Teori ini nampaknya begitu berpengaruh di Eropah dalam abad ke-19M, awal abad ke-20M dan kian merosot dalam alaf baru ini (Sulaiman Nordin, 1978: 50). Sebenarnya teori Darwin tentang evolusi ini bukanlah satu perkara yang baru, malah telah terlebih dahulu diperkenalkan oleh ahli-ahli falsafah Greek seperti Aristotle, Anazimander, Empidocles dan lain-lain lagi dalam abad ke 4, 5 dan 6 S.M. Teori evolusi mulai luntur dan menjadi lapuk apabila pakar sains Barat sendiri menyanggah tentang kebenaran teori evolusi ini kerana tidak bersifat saintifik dan tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Pakar sains semasa membuat kesimpulan bahawa Darwin dan pengikut- pengikutnya sahaja yang berasal dari monyet, sedangkan manusia yang lain berasal dari Adam a.s. sepertimana yang disarankan oleh al-Qur‟an. Ia lebih bersifat ideologi bukan fakta apabila berjaya diperalatkan oleh golongan anti agama dan anti ketuhanan seperti Karl Marx bagi menafikan kebenaran wahyu dan agama yang dianggap sebagai khayalan (Sulaiman Nordin, 1978: 50). Setelah Darwinisme tidak dapat dipertahankan, al-Qur‟an menjelaskan bahawa asal usul kejadian manusia adalah daripada Adam a.s. sepertimana yang dijelaskan di dalam ayat al-Quran yang bermaksud: “Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada tuhanmu (Allah) yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam) dan daripadanya pula Allah menciptakan isterinya (Hawa). Daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak” (Surah al Nisaa 4: 1)
  • 3. 3 SOALAN DALAM TEKS 1. Menurut bahasa Arab, manusia membawa maksud sejenis haiwan yang boleh berfikir dan bertutur. Betul/Salah 2. Charles Darwin mengemukakan teori bahawa manusia itu berasal daripada beruk. Betul/Salah Semak jawapan anda di akhir bab ini. 1.3 ETNIK 1.3.1 Definisi Etnik Perkataan etnik berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “ethnic”. Kamus Collins Gem English Dictionary mendefinisikannya sebagai ras (race). Ilmu yang mengkaji berkaitan dengan etnik dikenali sebagai “ethnology” iaitu klasifikasi manusia berasaskan kepada faktor sosial dan kebudayaan. Kajian berkaitan hubungan etnik dengan faktor geografi dan kependudukan dikenali sebagai “ethnography” (Collins, 1983:185). Perkataan ini dipinjam oleh bahasa Melayu yang membawa pengertian yang sama sepertimana yang digunakan di dalam bahasa Inggeris (T. Iskandar, 1970: 272). 1.3.2 Kemunculan Etnik Teori evolusi asal usul manusia menjelaskan bahawa jenis Homo Sapiens berkembang menjadi tiga etnik utama iaitu etnik Caucasoid, etnik Mongoloid dan etnik Negroid. Setiap satu etnik itu mempunyai bentuk tubuh badan dan warna kulit yang berlainan yang disebabkan oleh faktor mutasi, seleksi dan “random genetic drift”. Klasifikasi Kroeber (1948) membahagikan manusia kepada empat etnik utama (Ismail Yusof, 2003:38): (i) Caucasoid yang terdiri daripada Nordik (Eropah Utara sekitar Laut Baltik), Alpine (Eropah Tengah dan Timur), Meditterranean (sekitar Laut Tengah, Afrika Utara), Armenia, Arab, Iran dan India. (ii) Mongoloid yang terdiri daripada Asiatic Mongoloid (Asia Utara, Asia Tengah, Asia Timur), Malayan Mongoloid
  • 4. 4 (Asia Tengah, kepulauan Indonesia, Malaysia, Filipina), American Mongoloid (dari Eskimo di Amerika Utara hingga penduduk Terra del Fuego di Amerika Selatan). (iii) Negroid mengandungi African Negroid (benua Afrika), Negrito (Afrika Tengah, Semenanjung Tanah Melayu, Filipina, Malanesian (Irian, Malanesia). (iv) Etnik-etnik yang tidak dapat diklasifikasikan seperti Bushman (di daerah gurun Kalahari di Afrika Selatan, Veddoid (pendalaman Sri Lanka, Sulawesi Selatan), Austroloid (penduduk asli Australia), Polenesia (kepulauan Mikronesia dan Polenesia) dan Ainu (pulau- pulau Karafuto, Hokkaido di Jepun Utra). Klasifikasi etnik berdasarkan kepada pembahagian geografi dipelopori oleh Garn (1961) dan Coon (1962) yang membahagikan manusia kepada beberapa kategori etnik (Ismail Yusof, 2003:50): (i) Amerindian: penduduk asli di Amerika sebelum kedatangan orang Eropah dan Afrika. (ii) Micronesia: penduduk di kepulauan Mikronsia dan sebahagian dari Pasifik Barat. (iii) Malanesian-Papuan: penduduk New Guinea, Fiji dan pulau-pulau lain di Pasifik Barat. (iv) Australian: peduduk asli di Australia sebelum kedatangan Eropah. (v) Asiatik: penduduk di Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Tengah dan Siberia. (vi) India: penduduk India. (vii) European: penduduk di Eropah, Afrika Utara dan Barat- Daya Asia. (viii) African: penduduk Afrika di bahagian selatan padang pasir Sahara. Kewujudan pelbagai etnik, keturunan, bangsa, bahasa, warna kulit, adat resam, kebudayaan dan sebagainya merupakan satu sunnatullah. Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui sengaja menjadikan umat manusia dalam keadaan penuh perbezaan. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata bagi membolehkan manusia itu berkenal-kenalan, bekerjasama, tolong menolong dan saling hormat menghormati ke arah keamanan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan manusia sejagat di atas muka bumi ini. Hal ini ditegaskan di dalam ayat al- Quran yang bermaksud:
  • 5. 5 “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki, seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (Surah al-Hujarat, 49: 13) Justeru itu kelahiran masyarakat plural sememangnya merupakan satu fitrah, mengikut sunnatullah, ketentuan qada‟ dan qadar Allah SWT Justeru itu kewujudannya diakui dan direstui oleh Islam. Istilah plural (majmuk) diterima sebagai satu istilah di dalam sejarah Malaysia untuk membicarakan segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau rakyat yang terdiri daripada pelbagai keturunan, agama, warna kulit, bahasa, kebudayaan, adat resam dan sebagainya. Rakyat atau warga negara yang sedemikian dikenali dengan istilah “Ahli al Zimmah” atau golongan Zimmi di dalam sesebuah negara Islam (Al-Maududi, 1974: 3). 1.4 MASYARAKAT 1.4.1 Definisi Masyarakat Ilmu kajian berkaitan dengan hubungan etnik, kelompok-kolompok dan masyarakat adalah antara cabang ilmu sains sosial yang muda usianya jika dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu sains kemasyarakatan dan kemanusiaan yang lain (Ismail Yusof, 2003: 57). Dari segi bahasa, dalam bahasa Melayu, perkataan masyarakat berasal dari perkataan Arab. Kamus Dewan mendefinisikan masyarakat sebagai kumpulan manusia yang bergaul, hidup bersama dan hidup bermasyarakat (T. Iskandar, 1970: 718). Dalam bahasa Inggeris dua perkataan yang digunakan iaitu “society” dan “community”. “Society” membawa maksud hidup bersama dengan orang lain (Colins, 1983: 500). “Community” pula membawa maksud kumpulan individu yang hidup bersama dan mempunyai nilai bersama (Colins, 1983: 100). Dalam bahasa Arab perkataan ”masyarakat” berasal dari akar kata “syaraka, yusyariku, musyarakatan” membawa maksud bersekutu, berkongsi dan sebagainya. Ia membawa maksud hidup bersama dan bermasyarakat (Idris Al Marbawi, 1950: 320). Perkataan lain yang digunakan dalam bahasa Arab ialah “mujtama‟” dari akar kata “jama‟a, yajami‟u, jam‟an” yang membawa erti sebagai kumpulan, kehidupan, pergaulan dan masyarakat (Idris al-Marbawi, 1950: 108).
  • 6. 6 Pada keseluruhannnya definisi perkataan masyarakat memperlihatkan keseragaman dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab sebagai perkongsian, persatuan, perkumpulan, usahasama dan pergaulan. Dari segi istilah, masyarakat seperti yang dijelaskan oleh Kuncaraningrat sebagai kelompok terbesar dari makhluk-makhluk manusia yang hidup terjaring dalam satu kebudayaan (Sidi Gazalba, 1986:5). Linton mendefinisikan masyarakat sebagai kelompok manusia yang telah cukup lama hidup dan berkerja-sama sehingga mereka dapat mengorganisasikan diri mereka dan berfikir tentang diri mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu. Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa kewujudan kesinambungan, kelanjutan dan perpaduan sesebuah masyarakat itu bergantung kepada kemahuan yang sama di hati sanubari setiap individu masyarakat tersebut (Sidi Gagazalba, 1986:5). Roucek dan Waren mendefinisikan masyarakat sebagai “satu kumpulan manusia yang berhubungan secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama” (Musa Ahmad, 2006: 8). Lyson pula mendefinisikan masyarakat sebagai bentuk-bentuk pergaulan hidup keluarga, suku, etnik, bangsa, jemaah agama, persyarikatan dan sebagainya. Tiga perkara yang ditekankan oleh beliau dalam memberikan definisi masyarakat adalah (Sidi Gazalba, 1986: 6): (i) Sebutan jenis iaitu kelompok yang dapat dibayangkan dari jenis yang sama iaitu sesama manusia, kelompok yang dapat dibayangkan dari segi kewujudannya dalam bentuk konkrit dan kelompok yang dapat dibayangkan kewujudannya dari segi abstrak. (ii) Lingkungan masyarakat iaitu pergaulan hidup sesama manusia, semua golongan, semua lapisan dan semua kelompok membentuk masyarakat. (iii) Semua kesatuan sosial yang meliputi setiap golongan dan lapisan masyarakat. Hammudah Abdalati mendefinisikan masyarakat dari segi istilah sebagai seluruh bentuk hubungan yang diatur oleh keakraban yang tinggi dari seseorang dalam pergaulannya dengan seseorang yang lain. Ia merupakan bentuk awal bagi terciptanya keluarga (Hammudah Abdalati, 1983:81). Beliau selanjutnya menjelaskan bahawa masyarakat juga merupakan kelompok yang didalamnya terdapat individu yang dapat memiliki sebahagian besar kegiatan dan berbagai-bagai pengalaman yang sangat berguna baginya. Dalam erti kata yang lain kelompok di mana ahli-ahli yang berada didalamnya terikat oleh perasaan tanggungjawab dan identiti
  • 7. 7 bersama. Dua perkara yang ditekankan oleh Drs. Sidi Gazalba ketika memberikan defenisi masyarakat dari segi istilah adalah (Sidi Gazalba, 1986: 12): (i) Interaksi manusia dengan manusia, hidup berkelompok dan di dalam masyarakat yang teratur. (ii) Pemeliharaan interaksi yang teratur dalam kelompok. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa masyarakat merupakan pergaulan hidup. Pergaulan antara manusia dengan kelompok. Institusi masyarakat bertanggungjawab mempertahankan hubungan yang teratur antara individu dengan individu yang lain. Akhirnya beliau menjelaskan bahawa masyarakat sebagai wadah kebudayaan. Ia bertanggungjawab membentuk kebudayaan tertentu. Pendapat-pendapat yang tersebut di atas memperlihatkan perbezaan dalam keseragaman. Walaupun pendapat para sarjana secara sepintas lalu memperlihatkan perbezaan, tetapi sebenarnya mereka tetap bersependapat dari segi konsep masyarakat ketika membuat definisi masyarakat dari segi istilah. Kuncarningrat melihat masyarakat dari persepektif kebudayaan. Bagi beliau masyarakat adalah kelompok manusia yang terjalin melalui kebudayaan yang dimiliki. Linton menekankan dari segi kerjasama dalam jangka panjang. Kerjasama ini bertanggungjawab melahirkan cara hidup, cara berlaku, berbuat, cara bertindak dan sebagainya. Cara hidup inilah yang menyamai pendapat Kuncarningrat yang menjelaskannya sebagai kebudayaan. Lyson pula melihat dari aspek suasana masyarakat, kerana menurut beliau masyarakat dipengaruhi oleh tiga suasana (Sidi Gazalba, 1986: 8): (i) Pengaruh alam ke atas kehidupan masyarakat adalah jelas sekali. Walaupun begitu perlu diingat bahawa ia bukanlah merupakan penentu tunggal dan utama dalam perubahan masyarakat kerana alam persekitaran dalam banyak hal boleh menghasilkan kesan yang besar ke atas kelompok sesebuah masyarakat. Faktor alam hanya syarat, apabila syarat itu tidak ada maka hilanglah sumber alam untuk kehidupan. (ii) Pengaruh manusia ke atas alam sekitar amat nyata. Ini kerana manusia bertanggungjawab membentuk kebudayaan. Contohnya manusia membuat pagar untuk kebunnya yang luas. Pagar itu adalah hasil kerja manusia. Semakin tinggi pengetahuan, kemahiran dan teknologi sesebuah masyarakat, maka semakin besarlah kesan manusia ke atas alam. Dalam ertikata yang lain aktiviti
  • 8. 8 manusia merupakan faktor perubahan alam terbesar. Kadang-kadang ia boleh membina dan kadang-kadang ia boleh merosakkan. (iii) Pengaruh manusia ke atas manusia juga tidak boleh diperkecilkan. Sebenarnya manusia sentiasa saling pengaruh-mempengaruhi. Kumpulan besar mempunyai pengaruh yang lebih besar ke atas seseorang individu. Ini bererti terdapat tiga bentuk pengaruh sesama manusia: (a) Pengaruh individu ke atas individu yang lain. (b) Pengaruh kelompok ke atas individu. (c) Pengaruh individu ke atas kelompok. Contohnya pemimpin berkaliber dan memiliki kepimpinan berkarisma banyak mempengaruhi masyarakatnya. Definisi yang diberikan oleh Hammudah Abdalati menitik-beratkan keakraban hubungan antara anggota masyarakat. Bagi beliau keakraban hubungan antara anggota masyarakat dan adanya interaksi antara individu dengan individu yang lain secara langsung bertanggungjawab membentuk masyarakat. Ini bererti masyarakat tidak akan wujud jika tidak wujud interaksi sesama manusia dan hubungan yang akrab untuk memenuhi keperluan bersama. Sidi Gazalba juga menekankan faktor interaksi antara anggota masyarakat. Di samping itu beliau juga mengambil kira faktor wujudnya interaksi yang terurus dan teratur. Faktor ini penting bagi menentukan kesinambungan dan kesejahteraan masyarakat. Semakin erat interaksi dalam sesebuah masyarakat semakin kukuh, aman, selamat, sejahtera dan sentosalah masyarakat tersebut. Sebaliknya semakin tidak teratur sesebuah masyarakat, semakin lemah, pincang dan kucar-kacirlah masyarakat itu. Kesimpulannya, walaupun setiap sarjana yang menyumbangkan pemikiran mereka dalam memberikan definisi masyarakat mempunyai pendekatan yang berbeza, namun mereka mempunyai arah dan matlamat yang sama. Di mana individu-individu, interaksi (pergaulan) dan peraturan (kebudayaan) merupakan perkara-perkara yang diakui oleh semua sarjana ketika mengemukakan definisi masyarakat. 1.4.2 Kemunculan Masyarakat Ahli antropologi, sosiologi dan arkeologi pada keseluruhannya besependapat bahawa masyarakat manusia di dunia ini mengalami proses evolusi. Fiedrichcist (1987-1846) mengatakan bahawa masyarakat berkembang melalui lima peringkat iaitu (Ahmad Kamar, 1982: 14): (i) Berburu dan memancing.
  • 9. 9 (ii) Menternak. (iii) Bertani. (iv) Bertani dan berkejiranan. (v) Bertani, berkejiranan dan berniaga. Teori ini menganalisis evolusi masyarakat berdasarkan kepada kegiatan ekonomi. Masyarakat yang pertama di dunia dijelaskan oleh teori ini bergantung kepada haiwan dan ikan sebagai sumber ekonomi mereka. Masyarakat manusia maju setapak lagi apabila mereka tidak lagi memburu haiwan dan memancing ikan. Sebaliknya mereka mula menternak haiwan. Selepas itu mereka mula menjalankan kegiatan pertanian. Pertanian mereka semakin meningkat apabila mereka tidak lagi berpindah randah ke tanah lain setelah hasil pertanian dituai. Sebaliknya mengusahakan tanah yang sama dan kesuburan tanah digantikan dengan baja dan alat pertanian yang semakin berkesan. Peringkat terakhir dari evolusi masyarakat manusia menurut Frierichcist ialah apabila masyarakat pandai menjalankan perniagaan. Teori ini juga didasarkan kepada kegiatan ekonomi. Peringkat pertama ialah perekonomian yang menggunakan bahan semula jadi (alam ciptaan Allah SWT) sebagai sumber ekonomi. Contohnya menjalankan perniagaan melalui sistem pertukaran barangan dengan barangan (barter). Penggunaan wang dalam kegiatan ekonomi dianggap oleh teori ini sebagai peringkat kedua. Penubuhan institusi bank yang memberikan kredit kepada peniaga dianggap sebagai puncak perkembangan masyarakat. Tweedie (1970:2) membahagikan peringkat perkembangan masyarakat kepada lima tahap: (i) Zaman Batu Lama (Old Stone Age). Zaman ini juga dikenali sebagai “palaelithic”. Zaman ini dikatakan bermula sejak 500,000 atau 400,000 tahun yang silam. Mereka menggunakan alat yang diperbuat daripada batu kelikir seperti kapak, pahat dan pinggan mangkuk. Mereka tinggal di gua-gua dan memburu haiwan. Tahap ini dikatakan sebagai tahap tertua dalam tamadun dan masyarakat manusia di dunia ini. (ii) Zaman Batu Pertengahan (Middle Stone Age). Zaman ini juga dikenali sebagai “Mesolithic”. Zaman ini merupakan tahap kedua dalam perkembangan tamadun manusia di dunia ini. Ia dikatakan bermula sejak 25,000 tahun yang lalu dan ada pula yang mengatakan sejak 10,000 hingga 4,000 tahun yang lalu. Masyarakat manusia pada tahap ini semakin maju. Mereka telah menggunakan api untuk memasak. Mereka masih lagi menjalankan kegiatan
  • 10. 10 memburu haiwan, meramu makanan dan masih lagi tinggal di dalam gua (David R. Hughes, 1965: 7). (iii) Zaman Batu Baru (New Stone Age). “Neolithic” adalah istilah lain yang digunakan untuk mengenali zaman ini. Masyarakat manusia pada tahap ini telah menghasilkan alat yang diperbuat daripada besi dan tajam. Zaman ini bermula kira-kira 2,500 hingga 1,500 tahun S.M. Alat-alat yang diperbuat daripada besi secara meluas dipergunakan dalam perburuan dan kerja harian. Mereka tidak lagi tinggal di dalam gua, malahan telah mula mendirikan rumah. Tetapi rumah itu masih lagi berhampiran dengan gua. Mereka telah menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tembikar. Mereka telah mula menjalankan kegiatan pertanian pindah. Pinggan mangkuk digunakan untuk mengisi nasi. Mereka lebih bertamadun dan hidup dalam keadaan yang lebih rukun dan damai. Mereka dipercayai telah menghasilkan alat perhiasan seperti rantai, gelang dan sebagainya. Aktiviti pertanian mereka ialah padi huma. Di samping itu mereka masih lagi menjalankan kegiatan perburuan dengan menggunakan lembing yang diperbuat daripada besi. (iv) Zaman Gangsa (Bronze Age). Masyarakat manusia pada tahap ini telah bertambah maju dan menggunakan alat- alat diperbuat daripada gangsa seperti dulang, loceng dan sebagainya. (v) Zaman Besi (Iron Age). Zaman ini bermula sejak tahun 1000 hingga 700 S.M. Alat-alat yang dihasilkan pada masa itu diperbuat daripada besi yang bermutu tinggi. Alat-alat perhiasan yang digunakan juga tinggi mutunya. Ini membuktikan wanita zaman ini telah pandai menjaga kebersihan dan pandai pula menggunakan perhiasan. Mereka tidak lagi tinggal berhampiran dengan gua. Mereka tinggal di tanah lembah dan lereng bukit yang subur. Tahap evolusi yang dikemukakan di atas merupakan pendapat ahli arkeologi. Tidak hairanlah jika sekiranya mereka menjadikan alat-alat untuk berkerja sebagai kayu ukur untuk menentukan tahap evolusi masyarakat. Ini berbeza dari pendapat-pendapat terdahulu dari ini yang melihat besi dianggap oleh sejarah sebagai zaman pemisah antara prasejarah dengan zaman sejarah. Zaman sejarah ialah bermulanya tradisi penulisan rekod sejarah (Slametmuljono, 1964: 31). Al Farabi (870-950M) juga tidak ketinggalan dalam memberikan pandangan tentang kemunculan masyarakat. Beliau memulakan
  • 11. 11 perbincaraannya dengan menekankan sifat semula jadi manusia. Bibit pertama pertumbuhan masyarakat bermula dari naluri semula jadi keperluan setiap individu kepada individu yang lain. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain dalam segala bidang kehidupan. Mereka sentiasa tolong-menolong dan sifat ini akhirnya menjadikan manusia hidup berkelompok. Kelompok-kelompok ini akhirnya melahirkan sebuah masyarakat. Pada peringkat permulaan kehidupan manusia ini, tiga perkara penting menjadi asas kehidupan mereka iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Keperluan kepada tiga unsur ini menyebabkan sesebuah masyarakat itu akan terbentuk dari empat kumpulan dan inilah yang dijelaskan sebagai masyarakat desa (Idris Zakaria, 1986: 80): (i) Petani. (ii) Pembuat rumah. (iii) Penenun kain. (iv) Pembuat kasut. Tetapi apabila sesebuah masyarakat itu semakin berkembang, empat kumpulan lain diperlukan. lnilah yang dikatakan sebagai masyarakat kota: (i) Tukang kayu. (ii) Tukang besi. (iii) Saudagar. (iv) Peniaga runcit. Ibnu Khaldun (1332-1406M) juga tidak ketinggalan dalam memberikan pandangannya berkaitan dengan kemunculan masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa manusia dari segi tabiatnya merupakan makhluk yang lemah. Kelemahan ini amat jelas sekali jika ditinjau secara dekat ke atas individu-individu tertentu. Misalnya dalam usaha memenuhi keperluan asas seperti makanan. Kelemahan manusia tidak dapat dinafikan. Untuk mendapatkan makanan sesuap pagi dan sesuap petang, manusia terpaksa bertungkus-lumus sepanjang hari kerana perlu kepada bercucuk tanam. Dalam usaha menghasilkan makanan, kekerdilan manusia jelas kelihatan kerana ia memerlukan alat-alat tertentu untuk membantunya menjalankan kegiatan perekonomian. Tanpa alat bantuan ini manusia menghadapi kesukaran. Oleh kerana lemahnya individu manusia, maka ia memerlukan hidup berkelompok agar dapat tolong-menolong dan bergotong-royong dalam menyempurnakan keperluan mereka secara kolektif (Osman Din, 1981: 19).
  • 12. 12 Demikian juga dalam hal memenuhi segala keperluan kehidupan manusia yang lain seperti menjamin keselamatan dan sebagainya. Oleh itu, keperluan hidup bermasyarakat merupakan naluri semula jadi yang mesti ada pada setiap manusia. Masyarakatlah yang bertanggungjawab menjamin dan mengekalkan kehidupan yang aman, selamat, sejahtera dan harmoni bagi manusia. Kewujudan masyarakat bemula dari individu-individu. Dari situlah terbentuknya satu organisasi masyarakat yang terikat kepada satu norma dan nilai yang dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Ibnu Khaldun selanjutnya menegaskan bahawa kemunculan masyarakat adalah satu ketentuan daripada Allah SWT atau sunnatullah. Beliau menjelaskan bahawa masyarakat secara keseluruhannya tidak banyak dipengaruhi oleh individu-individu tetapi banyak dipengaruhi oleh tekanan iklim, pemakanan, hubungan rapat antara satu sama lain, kekayaan dan sebagainya (Ahmad Kamar, 1982: 30). Walaupun hebat dalam bidang sosiologi, namun nama Ibnu Khaldun kurang ditonjolkan oleh ahli-ahli sosiologi kini. Mereka lebih mengagungkan nama seperti Auguste Comte, Max Weber, Karl Marx, Thomas Hobbes, John Stuart Mill, Macheavilli dan lain-lain. Sedangkan sumbangan Ibnu Khaldun lebih besar dan lebih awal daripada mereka. Malahan mereka banyak mengambil teori Ibnu Khaldun dan memperkembangkannya pada masa kini. 1.4.3 Ciri Masyarakat Brownel menyenaraikan lima ciri masyarakat (Musa Ahmad, 2006: 8-9): (i) Kelompok-kelompok jiran yang mengenali antara satu dengan yang lain. (ii) Kelompok itu menyeluruh dirangkumkan dalam kaedah umur, jantina, kepintaran, fungsi dan pertolongan, sifat gotong-royong antara satu dengan lain. (iii) Ia terbendung dalam kelompok berkerjasama, terdapatnya kebanyakan daripada aktiviti-aktiviti besar dalam penghidupan yang dianjurkan bersama. (iv) Mempunyai perasaan kasih atau “sence of belonging”, di samping mempunyai identiti kelompok (group identity) dan perpaduan. (v) Kelompok yang kecil seperti keluarga, desa atau pekan kecil di mana seseorang itu dapat berkenalan rapat sesama mereka.
  • 13. 13 SOALAN DALAM TEKS 3. Berikan tiga (3) peringkat evolusi manusia menurut Hidebrand. 4. Terangkan apa yang anda faham dengan Zaman Besi? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 1.5 KEBUDAYAAN 1.5.1 Definisi Kebudayaan Kamus al Munjid Fi al Lughah wa al „A‟lam menjelaskan bahawa perkataan “al thaqafah” adalah perkataan yang paling tepat untuk defenisi kebudayaan dalam bahasa Arab. Ia merupakan tingkat-tingkat kemajuan yang dicapai oleh manusia untuk memperbaiki taraf hidup mereka meliputi bidang ilmu pengetahuan, sains, teknologi, ekonomi, bahasa, kesusasteraan, seni rupa, seni bina dan sebagainya (Al-Munjid, 1973: 71). Kamus Collins Gem English Dictionary menjelaskan bahawa perkataan “culture” merupakan perkataan yang paling sesuai untuk definisi kebudayaan dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan cara hidup manusia di dalam kedua-dua bidang iaitu pemikiran dan kebendaan yang meliputi agama, ilmu pengetahuan, sains teknologi, ekonomi, undang-undang, seni bina dan sebagainya. Ia diwarisi dari satu generasi ke generasi lain dan berbeza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain (Collins, 1982: 126). Dalam bahasa Melayu, Kamus Dewan menjelaskan bahawa pekataan kebudayaan berasal dari empat suku kata iaitu “ke, budi, daya” dan “an”. “Ke” dan “an” merupakan penambahan di awal dan di akhir bagi menyempurnakan kata nama. Budi membawa maksud akal atau fikiran. “Daya” pula membawa maksud usaha dan ikhtiar. Ia membawa maksud segala daya usaha manusia untuk mengatasi segala masalah kehidupan mereka dan usaha menyesuaikan diri dengan alam persekitaran. Segala- galanya tersirat di dalam ilmu pengetahuan, sains, teknologi, ekonomi, falsafah, bahasa, kesusasteraan, seni bina dan sebagainya (T.Iskandar, 1971: 137).
  • 14. 14 Kesimpulannya, kebudayaan ialah cara hidup dan pencapaian manusia dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang meliputi ilmu pengetahuan, falsafah, teknologi, ekonomi, politik, kesenian, bahasa, kesusasteraan dan sebagainya. 1.5.2 Unsur Budaya (a) Kebudayaan sejagat Berikut merupakan unsur-unsur yang terdapat dalam setiap kebudayaan di dunia ini. Herskovits (1948) menyenaraikan empat unsur (Ismail Yuosf, 2003: 120): (i) Alat teknologi. (ii) Sistem ekonomi. (iii) Keluarga. (iv) Kekuasaan politik. Kluckhohn (1953) menyenaraikan tujuh unsur: (i) Peralatan dan kelengkapan hidup manusia. Kebendaan dan teknologi. (ii) Mata pencarian dan sistem ekonomi. (iii) Sistem sosial. (iv) Bahasa. Unsur pertama dipelajari lebih awal daripada agama dan adat resam. (v) Kesenian. (vi) Pengetahuan. (vii) Agama. (b) Aktiviti kebudayaan Ia meliputi perburuan, penternakan, perdagangan, berkebun dan sebagainya. (c) Kompleks unsur-unsur Termasuk sistem pemilikan tanah, teknik menanam, membajak dan lain- lain. (d) Unsur-unsur tret kebudayaan Ia mengandungi unit kebudayan paling mudah sama ada kebendaan seperti anak panah dan sebatang pena atau bukan kebendaan seperti berjabat tangan.
  • 15. 15 (e) Faktor pengaruhi kebudayaan Dawson di dalam bukunya The Source of Cultural Change, menyenaraikan empat faktor (Ismail Yusof, 2003: 124): (i) Persekitaran - Iaitu keadaan penempatan manusia. Yang utama ialah keadaan muka bumi, iklim dan sebagainya. (ii) Bangsa dan etnik - Kepelbagaian bangsa, ras dan etnik mempengaruhi corak kebudayaan. (iii) Psikologi. (iv) Ekonomi - Penghidupan berekonomi mencorakkan kebudayaan. Fischer di dalam bukunya Anthropology menyenaraikan tiga faktor (Ismail Yusof, 2003: 124): (i) Lingkungan hidup. (ii) Ras dan etnik. (iii) Interaksi antara-bangsa dan masyarakat. Interaksi antara- bangsa dan masyarakat semestinya saling pengaruh mempengaruhi kebudayaan yang mereka miliki. (f) Perubahan kebudayaan Dua jenis perubahan: (i) Dalaman yang dibawa seseorang ke dalam sesebuah masyarakat seperti idea, konsep dan penemuan baru. (ii) Luaran hasil dari interaksi antara etnik dan antara-bangsa berlaku pengaruh- mempengaruhi dan pinjam-meminjam. (g) Peminjaman kebudayaan Tiga jenis peminjaman kebudayaan: (i) Difusi - Ia membawa maksud penyebaran dan pemindahan unsur-unsur dari satu kebudayaan ke dalam kebudayaan lain. (ii) Akulturasi - Berlaku akibat percantuman dua kebudayaan atau lebih. (iii) Asimilasi - Penyesuaian sesuatu kebudayaan dengan kebudayaan lain.
  • 16. 16 (h) Sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan Terdapat tiga sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan: (i) Etnocentrisme - Melihat sesuatu berasaskan kepada bangsa dan kebudayaan sendiri. Lantas memandang rendah terhadap kebudayaan lain (Superiority complex). (ii) Xenocentrisme - Melihat kebudayaan sendiri lebih rendah dari kebudayaan orang lain (inferiority complex). (iii) Relativisme - Menilai sesuatu kebudayaan sebagai sesuatu yang relatif kerana ia tidak dapt dinilai secara objektif. Penilian sesuatu kebudayaan itu ditentukan oleh perspektif kebudayaan itu sendiri. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Betul 2. Betul 3. (i) Perekonomian “natural”. (ii) Perekonomian menggunakan wang. (iii) Perekonomian menggunakan kredit. 4. Zaman ini bermula sejak tahun 1000 hingga 700 S.M. Alat-alat yang dihasilkan pada masa itu diperbuat dariapda besi yang bermutu tinggi. Alat-alat perhiasan yang digunakan juga tinggi mutunya. Ini membuktikan wanita zaman ini telah pandai menjaga kebersihan dan pandai pula menggunakan perhiasan. Mereka tidak lagi tinggal berhampiran dengan gua. Mereka tinggal di tanah lembah dan lereng bukit yang subur.
  • 17. 17 BAB 2 MASYARAKAT MALAYSIA DALAM SEJARAH OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami konsep masyarakat plural. 2. Memahami sejarah awal masyarakat Malaysia. 3. Memahami sejarah masyarakat plural di Malaysia. 4. Memahami masyarakat plural baharu di Malaysia. 2.1 PENGENALAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. 2.2 KONSEP PLURALITI 2.2.1 Definisi Bahasa Perkataan “plural” berasal dari perkataan Inggeris iaitu “plurality”. Akar kata asalnya ialah “plural”. Ia membawa maksud lebih dari satu, jumlah besar dan majoriti (Collins, 1983:403). Perkataan ini dipinjam secara langsung oleh bahasa Melayu menjadi “plural”. Perkataan ini baru sahaja digunakan dalam bahasa Melayu menjelang alaf baru ini. Sebelum ini istilah “majmuk” digunakan. Ia dipinjam terus dari perkataan Arab iaitu “majmu‟”. Asal akar katanya ialah “jama‟” yang membawa maksud mengumpulkan dan menghimpunkan. “Ijma‟” membawa maksud permuafakatan dan persatuan. “Ijma‟”membawa maksud perkumpulan dan perhimpunan. “Majmu‟” membawa maksud yang dihimpunkan dan yang dikumpulkan (Idris al Marbawi, 1950: 108).
  • 18. 18 Ia dipinjam oleh bahasa Melayu dan digunakan secara meluas dalam disiplin ilmu sejarah, kenegaraan, sains politik dan sosiologi. “Majmuk” dalam bahasa Melayu menurut Kamus Dewan didefinisikan sebagai kumpulan manusia yang hidup di sesuatu tempat, mengikut peraturan dan cara hidup tertentu yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, ras atau etnik, negara, keturunan, bahasa, warna kulit dan adat resam (T. Iskandar, 1971: 701). 2.2.2 Definisi Istilah Istilah “plural” pertama kali diperkenalkan oleh J.S. Furnival di dalam bukunya Colonial policy and practice: A comparetive study of Burma and Netherland India (Ting Chew Peh, 1979: 71). Kajian itu dilakukan ke atas masyarakat plural di Burma dan Indonesia. Ia digunakan untuk menghuraikan tentang masyarakat yang mempunyai ciri-ciri perpecahan dan konflik antara kumpulan etnik di bawah satu sistem pemerintahan atau politik. Dalam lain perkataan, “plural” membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai agama, budaya, bahasa, adat resam dan sebagainya yang tersendiri, berbeza di antara satu sama lain. 2.2.3 Perspektif Politik Setelah itu, muncul ramai pakar sosiologi yang membicarakan tentang masyarakat plural. Perbezaan pendapat merupakan satu fitrah manusia. Terdapat dua kumpulan berdasarkan pandangan dari sudut politik iaitu (Ting Chew Peh, 1979: 72): (i) Pendapat pakar sosiologi dahulu atau lama yang bersependapat, menegaskan bahawa masyarakat plural terdiri daripada kelompok yang wujud pembahagian kuasa politik. Mereka disatukan berasaskan kepada ketaatan dan kesetiaan yang mencorakkan nilai bersama (cross-cutting). Contohnya ialah di Amerika Syarikat, sebagai sebuah negara demokrasi yang stabil yang dicorakkan oleh kerajaan. (ii) Pendapat pakar sosiologi terkemudian atau baharu yang bersependapat, menegaskan bahawa masyarakat plural adalah masyarakat yang terbentuk berasaskan kepada hubungan etnik dan ras yang berlainan di bawah satu sistem pemerintahan.
  • 19. 19 2.2.4 Perspektif pemerintahan Dari sudut golongan pemerintah juga terbahagi kepada dua kumpulan pendapat iaitu (Ting Chew Peh, 1979: 73): (i) Golongan pemerintah adalah dari kaum majoriti atau golongan terbesar. Pendapat ini dikemukakan oleh M.O. Smith dan L.A. Depres. Ia diasaskan kepada penelitian terhadap masyarakat secara keseluruhannya. Di mana pada hakikatnya wujud jurang perbezaan kaum di dalam masyarakat plural. Namun demikian penguasaan politik tetap berada di tangan golongan terbesar. Jika dicabar, kerajaan boleh bertukar menjadi kerajaan satu parti. Mungkin berakhir dengan pemerintahan ketenteraan. (ii) Golongan pemerintah adalah terdiri dari etnik minoriti. Pendapat ini diketengahkan oleh Evans dan Newham. Pertapakan kuasa asing atau kuasa luar di sesebuah negara, bermulalah pemerintahan ke atas golong bawahan tempatan. Wujud jurang pemisah antara golongan bawahan dengan golongan pemerintah. Kuasa asing ini bukan sahaja mendominasi kuasa politik malah kuasa ekonomi negara tersebut. Implikasinya ialah wujudnya ketidak-seimbangan etnik dan kebudayaan. Pihak pemerintah memisahkan pusat kota metropolitan dari koloninya dan menguat-kuasakan pemerintahan dari situ. Mereka selanjutnya melakukan penindasan ke atas golongan bawahan. Mereka juga membawa masuk imigran untuk membangun dan menguasai ekonomi dan sosio-budaya tempatan. Penjajah selanjutnya menggariskan peraturan tertentu ke atas golongan dijajah, menggubal dasar awam, pentadbiran, undang-undang, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya. 2.2.5 Perspektif Sosial dan Budaya Dari sudut sosial dan budaya juga terdapat dua pendapat yang berbeza: (i) Plural dari segi sosial. Di mana masyarakat plural lahir hasil dari perbezaan struktur sosial dari kalangan pelbagai etnik atau sosial, bukan berasaskan budaya. (ii) Plural dari segi budaya. Di mana kelahiran masyarakat plural itu berlaku atas dasar perbezaan budaya antara pelbagai etnik, bukan perbezaan struktur sosial.
  • 20. 20 2.2.6 Ciri Dari sudut ciri masyarakat plural pula terdapat juga dua pendapat yang bertentangan (Ting Chew Peh, 1979: 72): (i) Mesti wujud konflik. Pendapat ini dikemukakan oleh ramai pakar sosiologi. Pendokong Marxist contohnya menolak faktor etnik sebagai asas politik dan pemerintahan sesebuah masyarakat plural. Sebaliknya konflik kelas antara golongan bourgeoisie (kapitalis/pemerintah) dengan golongan proletariat (pekerja/petani). Mereka menegaskan bahawa koflik antara etnik dan penindasan merupakan satu aspek hubungan kelas. Kesedaran perkauman pada hemat mereka adalah kesedaran palsu. Konflik kelas dalam masyarakat plural bukan kerana wujudnya perbezaan kaum, sebaliknya merupakan perbezaan kelas. Marxist mencadangkan jalan penyelesaian konflik kelas dalam masyarakat plural melalui revolusi bersenjata dan berdarah golongan plolitariat ke atas golongan bourgeoise. Pendapat yang lebih kurang sama dikemukakan oleh John Rex. Beliau menegaskan bahawa walaupun wujud sistem sosial sebagai syarat penting dalam memahami masyarakat plural tetapi konflik antara etnik lebih ketara dari konsensus dalam masyarakat plural. Beliau menegaskan lagi bahawa konflik dan ketegangan di dalam masyarakat majmuk akan lebih mudah terjadi jika perbezaan etnik itu berlaku atas garis ekonomi. Pendapat ini merumuskan bahawa ciri utama masyarakat plural ialah meluasnya konflik, percanggahan, ketegangan dan paksaan. Konflik mudah terjadi apabila ketiadaan kosensus nilai dan kepelbagaian kebudayaan. Sememangnya wujud autonomi dalam bidang kebudayaan antara bahagian di dalam sistem sosial masyarakat plural. Paksaan dan pergantungan dari segi ekonomi, dasar integrasi sosial, tetapi pemisahan garis ekonomi antara etnik menyebabkan kurang interaksi antara etnik. Contohnya antara pekedai dengan petani. Interaksi berlaku sebentar ketika urusan jual beli produk masing- masing. Hubungan di dalam sesuatu kelompok berbentuk prima dan hubungan dengan kelompok lain sebagai pilihan, sekunder dan segmental.
  • 21. 21 (ii) Tidak mesti wujud konflik. Pendapat ini dikemukakan oleh pakar sosiologi “Functional”. Mereka menyangkal mesti wujud konflik sebagai ciri utama masyarakat plural. Selanjutnya mereka mengkritik teori tersebut di atas dan menganggapnya sebagai teori yang lemah kerana mengabaikan aspek perpaduan. Teori yang mengutamakan kewujudan konflik di dalam masyarakat plural yang analisisnya berasaskan kebudayaan dianggap tidak sesuai oleh pakar sosiologi “functional”. Hal ini disebabkan, ia mengabaikan fenomena sosial dan tidak menghiraukan ikatan sosial antara kelompok atau etnik. Pendekatan masyarakat istimewa yang digunakan oleh teori yang menekankan mesti wujud konflik di dalam masyarakat plural juga tidak sesuai. Sanggahan ini dikemukakan oleh pakar sosiologi “functional” atas alasan bahawa masyarakat plural bukan sebuah masyarakat istimewa. Ia tidak berbeza dari masyarakat biasa yang mempunyai susun lapis yang kompleks atau masyarakat yang mempunyai masalah etnik minoriti. Mereka berhujah lagi, masyarakat plural terbina daripada beberapa bahagian yang membentuk satu kesatuan dari segi politik, sosial, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya di sesuatu tempat yang bersatu padu. Dari segi politik masyarakat plural berada di bawah satu sistem yang berganding bahu walaupun mereka hidup berasingan, interaksi yang kurang dan terbatas dalam hal jual beli di pasar. Ekonomi mereka juga terpisah mengikut garis etnik. Di mana setiap etnik berfungsi di dalam sektor ekonomi yang tersediri. Ini tidak bererti mereka berpecah-belah kerana disatukan oleh satu sistem politik. 2.2.7 Tingkat Masyarakat plural mempunyai tingkat-tingkatnya yang tersendiri. Ada masyarakat plural yang lebih tinggi kedudukannya dari masyarakat plural yang lain. Contohnya di Afrika Selatan yang terdiri daripada empat etnik utama iaitu etnik berkulit putih, etnik berkulit hitam, etnik rendah dan lain-lain etnik. Di Amerika Syarikat terdiri dari dua kumpulan etnik utama iaitu etnik berkulit putih dan etnik berkulit hitam. Di Malaysia mempunyai tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India, di samping 200 etnik kecil di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
  • 22. 22 2.3 SEJARAH AWAL MASYARAKAT MALAYSIA Semenanjung Tanah Melayu mula didiami oleh manusia sejak 25,000 tahun yang lalu. Tetapi mereka pupus. Etnik yang terus dapat bertahan hingga hari ini adalah seperti berikut: 2.3.1 Pribumi-Orang Asli Penduduk Semenanjung Tanah Melayu yang terus kekal hingga hari ini ialah pribumi yang terdiri dari dua kumpulan iaitu iaitu Orang Asli dan Melayu. Penduduk etnik Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu menjelang tahun 1995 berjumlah 95,362. Secara kasar mereka boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan besar (Fauziah Shaffie 2000: 256): (i) Negrito yang terjurai enam klan iaitu Kintak, Kensiu, Jahai, Menderiq, Bateq dan Lanoh. (ii) Senoi pula terjurai enam klan juga iaitu Temiar, Semai, Che Wong, Jahut, Semoq Beri dan Mahmeri. (iii) Melayu Asli juga terjurai kepada enam klan iaitu Temuan, Semelai, Jakun, Seletar, Orang Kanak dan Orang Kuala. Etnik Negrito mempunyai kepercayaan kepada ketuhanan iaitu Karai (Karei), Orang Hidup dan Tok Pedin. Mereka mempunyai kepercayaan dosa dan pahala serta pembalasan di akhirat. Etnik Senoi mempunyai kepercayaan ketuhanan sama seperti etnik Negrito. Etnik Melayu Asli pula percaya kepada animisme. Namun demikian di kawasan yang kurang percampuran dengan masyarakat Melayu iaitu di kawasan pedalaman, kepercayaan mereka adalah lebih kurang sama dengan etnik Negrito dan Senoi. Mereka tinggal di pedalaman. Justeru itu mereka rata-rata tidak terpengaruh dengan Hinduisme, Budhisme dan Islam kecuali selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dengan adanya kegiatan dakwah Islamiah maka sebahagian orang Asli telah menerima Islam. 2.3.2 Etnik Melayu Etnik Melayu merupakan penduduk terbesar di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Mereka bermastautin di Malaysia sejak 2,500 S.M. Terdapat juga di selatan Thailand, Filipina dan merata-rata tempat di Alam Melayu. Mereka termasuk dalam kelompok “Austronesia” yang bertutur dalam bahasa Melayu dan dikaitkan dengan sejarah Orang Melayu Asli (Proto Malay). Penulisan secara jelas tentang etnik Melayu telah bermula di zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka (abad ke- 15).
  • 23. 23 Sebelum kedatangan lslam etnik Melayu percaya kepada animisme, Hinduisme dan Budhisme. Etnik Melayu telah menerima Islam secara rasmi mulai abad ke-15. Islam mempunyai pengaruh yang amat besar, luas dan mendalam ke atas etnik Melayu, sama ada dari segi rupa, bentuk, luaran atau dalaman sehinggakan etnik Melayu dan Islam disinonimkan dan tidak dapat dipisahkan. Islam mempengaruhi kehidupan etnik Melayu dalam beragama, pendidikan, ilmu pengetahuan, bahasa, kesusasteraan, adat resam, kebudayaan, kesenian dan sebagainya. Yang lebih utama lagi Islam bertanggungjawab menubuhkan kerajaan-kerajaan Melayu Islam bermula sejak zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke ke-15 di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Etnik Melayu merupakan etnik yang pertama menegakkan pemerintahan dan kerajaan-kerajaan di Semenanjung Tanah Melayu. Mereka sebagai etnik utama dan tunggak utama masyarakat plural di Malaysia. 2.3.3 Etnik Cina Etnik Cina merupakan etnik kedua terbesar di Semenanjung Tanah Melayu selepas etnik Melayu. Hubungan tanah besar Cina dengan Semenanjung Tanah Melayu telah wujud sejak sekian lama iaitu sejak kelahiran kerajaan maritim di rantau ini. Contohnya kerajaan Langkasuka di Kedah, yang diasaskan pada tahun 100M. 2.3.4 Etnik India Etnik India merupakan etnik ketiga terbesar selepas etnik Melayu dan Cina di Semenanjung Tanah Melayu. Hubungan benua kecil India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah lama wujud melalui perdagangan. Hinduisme bertanggungjawab menubuhkan kerajaan- kerajaan maritim Hindu-Budha di Alam Melayu termasuk kerajaan Langkasuka di Kedah sebelum penubuhan kerajaan Melayu Melaka lagi. 2.3.5 Zaman Kesultanan Melayu Melaka Pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka, ramai pedagang- pedagang dari Arab, Cina, India dan lain-lain kepulauan Melayu datang ke Melaka. Melaka sejak itu menjadi bandar kosmopolitan yang penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik. Sejumlah kecil yang bermastautin tetap tinggal di situ. Tetapi tidak melahirkan masyarakat plural kerana mereka diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu yang dikenali sebagai “komuniti baba”. Masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik tetapi tetap mengamalkan budaya tempatan. Sebab itulah ia tidak dikategorikan sebagai masyarakat plural (Fauziah Shaffie 2000: 257).
  • 24. 24 SOALAN DALAM TEKS 1. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu berfahaman Hindu/Buddha sahaja. Betul/Salah 2. Istilah “plural” pertama kali diperkenalkan oleh J.S. Furnival di dalam bukunya Colonial Policy and Practice: A comparetive Study of Burma and Netherland India (Ting Chew Peh 1979:71). A. J. S Furnival B. A.B Meidevel C. R.O Winsteadt D. B. Harrison Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.4 MASYARAKAT PLURAL 2.4.1 Kemunculan Masyarakat plural di Semenanjung Tanah Melayu hanya bermula selepas kemasukan orang Cina dan India secara besar-besaran, bermula apabila berlaku campur tangan Inggeris di Tanah Melayu untuk memajukan sektor ekonomi perlombongn bijih timah dan ladang getah mulai tahun 1848. Dalam tahun 1870-an penduduk Tanah Melayu hanya berjumlah 500,000 orang. Jumlah itu meningkat secara mendadak. Contohnya pada tahun 1921 berjumlah 3.3 juta orang (Fauziah Shaffie, 2000: 270). 2.4.2 Ciri Masyarakat Plural Malaysia Ciri-ciri utama masyarakat pural Malaysia adalah seperti berikut (Mohamad Idris Saleh, 1998: 30-35): (a) Ekonomi Pemisahan etnik berlaku atas perbezaan bidang ekonomi sekaligus menyebabkan berlakunya pemisahan dari segi demografi. Etnik Cina di lombong bijih, etnik India di estet getah dan etnik Melayu di pedalaman dan menyebabkan interaksi dan sosialisasi antara tiga etnik utama ini adalah terhad dalam jual beli sahaja di pasar dan kedai.
  • 25. 25 Mereka mengamalkan agama, kebudayaan dan adat resam masing- masing. Asimilasi etnik Cina dan India ke dalam masyarakat Melayu sepertimana yang berlaku di zaman Kesultanan Melayu Melaka tidak berlaku. Itulah yang dimaksudkan dengan masyarakat plural. Plural dari segi masyarakat dan plural dari segi budaya. Sejak itu jumlah penduduk etnik Cina mengatasi etnik Melayu. Misalnya dalam tahun 1931, 53% penduduk Tanah Melayu terdiri daripada etnik Cina. Sedangkan etnik Melayu hanya 44.7%. Ketika Malaysia mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, penduduk etnik Melayu mengatasi semula etnik-etnik lain dengan menguasai 49.8%, etnik Cina 37.2%, etnik India 11.3% dan etnik-etnik lain 1.8%. Hal ini disebabkan berlakunya migrasi sub-etnik Melayu dari seluruh Alam Melayu terutama dari Indonesia. Seluruh penduduk Alam Melayu dan Indonesia adalah etnik serumpun yang semuanya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan kebudayaan dan adat resam Melayu (Fuziah Shaffie, 2001: 259). Migrasi itu sebenarnya telah bermula sejak abad ke-15 lagi. Contohnya etnik Jawa sebagai masyarakat perdagangan di samping pedagang Arab dan India dan Cina di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Mereka meninggalkan Melaka apabila ia dijajah oleh Portugis mulai tahun 1511. Etnik Jawa berhijrah semula ke Malaysia menjelang abad ke-19 terutama di negeri-negeri Selat sebagai pedagang kecil, kelasi dan orang gaji. Mereka juga berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia terutama Johor melalui Singapura. Mereka juga berhijrah ke Selangor dan Perak sebagai peneroka. Sebelum itu etnik Minangkabau dari Sumatera Barat telah bermastautin di Negeri Sembilan sejak abad ke-14. Proses itu berlanjutan hingga abad ke-17. Orang Bugis dari Sulawesi pula bermastautin di Selangor, Perak dan Johor. Dari segi komposisi dan bilangan penduduk Indonesia yang berhijrah ke Malaysia, etnik Jawa merupakan kumpulan terbesar. Dalam tahun 1930, jumlah mereka lebih dari 17,000 orang, kemuudian diikuti oleh etnik Minangakabau, Banjar dan Bugis (Fuziah Shaffie, 2001: 263). (b) Agama Aspek agama merupakan ciri masyarakat plural Malaysia yang terpenting. Jadual 1.1 ini menerangkan perangkaan l957.
  • 26. 26 Jadual 1.1 Agama Etnik Peratus Islam Buddha Confucious/Taoisme Hinduism Kristian Melayu Cina/India Cina India Cina/India dll 53 17.3 11 7 7 Umat Islam merayakan beberapa perayaan penting di sepanjang tahun Hijriah. Antaranya adalah sambutan Awal Muharram, Maulidur Rasul, Nuzul al-Qur‟an, Idil Fitri dan Idil Adha. Penganut Buddha mengutamakan perayaan hari Wesak. Penganut Konfusius dan Toisme memuja roh dato‟ nenek, merayakan hari jadi dewa-dewa yang dipuja dan diraikan pada setiap tahun. Penganut Hinduisme merayakan hari Deepavali dan Thaipusam. Penganut Kristian merayakan hari Krismas dan Easter. (c) Pendidikan Sebelum kemerdekaan Malaysia 1957, pendidikan Melayu bersifat tradisional yang berteraskan pengajian al-Qur‟an dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Cina juga bersifat tradisional iaitu berasaskan pengetahuan klasik konfusius yang masih berorientasikan tanah besar Cina. Pendidikan India menggunakan bahasa Tamil sebagai pengantar di mana kebanyakan buku teks diimport dari India yang memberi pengetahuan mengenai kebudayaan, sejarah dan geografi benua kecil India. (d) Politik Demi kepentingan politik dan ekonomi, penjajah Inggeris menjalankan dasar “divide and rule”. Pemisahan etnik Melayu, Cina dan India disengajakan melalui faktor ekonomi dan demografi. Sebab itulah hanya etnik Melayu tetap menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu. Sedangkan etnik Cina pula kesetiaan mereka berkiblatkan tanah besar China. Etnik India pula berkiblatkan benua kecil India. Ia tergambar dalam perjuangan awal menuntut kemerdekaan dari Inggeris sebelum dari tahun 1945 hingga 1957. Perpecahan dan konflik antara etnik tidak dapat dielakkan. Masalah ini diserahkan kepada entik-etnik tersebut untuk menyelesaikannya setelah mencapai kemerdekaan tahun 1957. Masyarakat plural di Malaysia bertanggungjawab mengurus kumpulan masing-masing. Mereka bersaing antara satu sama lain untuk merebut
  • 27. 27 sumber yang terhad. Keadaan ini diperburukkan lagi dengan kewujudan setengah pemimpin etnik tertentu yang mengambil kesempatan untuk meraih populariti dan sokongan dari etnik masing-masing. Kegagalan satu kumpulan membawa kejayaan kepada kumpulan lain. Ketegangan entik kian meningkat. Pertelingkahan, konflik dan perbalahan berlaku. Keganasan kadangkala tidak dapat dielakkan. (e) Kebudayaan Setiap etnik utama di negara ini mewarisi tamadun dan kebudayaan besar dunia. Etnik Melayu dengan warisan tamadun dan kebudayaan Melayu, etnik Cina mewarisi tamadun dan kebudayaan antara yang tertua di dunia dari tanah besar China dan etnik India mewarisi tamadun dan warisan terkenal dari benua kecil India. SOALAN DALAM TEKS 3. Jelaskan sistem pendidikan Negara sebelum tahun 1957. 4. Senaraikan perayaan yang disambut oleh umat Islam pada setiap tahun. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.5 MASYARAKAT PLURAL BARU Masyarakat plural Malaysia berwajah baru selepas tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak. 2.5.1 Etnik Sabah Sabah merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai penduduk seperti Semenanjung Tanah Melayu. Etnik Cina bermastautin di bandar-bandar utama. Di Sabah etnik peribumi lebih ramai jumlahnya. Mereka boleh dibahagikan mengikut pembahagian pertempatan mereka seperti berikut: (a) Persisiran Penduduk peribumi di pesisiran pantai Sabah terdiri daripada keturunan seperti berikut:
  • 28. 28 (i) Orang Brunei - Majoriti mereka berhijrah ke Sabah dalam abad ke-16. Kebanyakan mereka bekerja sebagai pedagang dan pentadbir. Mereka tinggal di barat daya pantai Sabah seperti di Padas, Kalias, Papar dan Kimanis. 100% orang Brunei beragama Islam sama seperti etnik Melayu di Semenanjung Malaysia. (ii) Orang Bajau - Mereka berasal dari Pulau Sulu dan Mindanau, selatan Filipina yang berhijrah ke Sabah dalam abad ke-18. Mereka bermastautin di barat daya Sabah yang berpusat di Kota Belut. Mereka juga bermastautin di pantai timur Sabah yang berpusat di Semporna dan Pulau Timbang. Di pantai timur Sabah, mereka dikenali sebagai “orang samal”. Pekerjaan mereka adalah sebagai petani dan pesawah padi. Sama seperti orang Brunei, mereka 100% beragama Islam. Mereka mempunyai amalan tradisi tersendiri seperti upacara “ngedung” iaitu amalan bertukar-tukar juadah makanan dan upacara bertindik. (iii) Orang Suluk - Mereka berasal dari Pulau Sulu, selatan Filipina. Pekerjaan mereka adalah sebagai ahli perniagaan, pengutip hasil laut dan pengutip hasil hutan. Pertempatan utama mereka ialah di Marudi, Sandakan dan Lahad Datu. Dari kalangan mereka telah lahir ramai pemimpin terkenal seperti Syarif Umar. Sama seperti orang Brunei dan Bajau mereka beragama Islam. (iv) Orang Kadazan - Mereka merupakan etnik pribumi yang terbesar di Sabah. Mereka tinggal di lembah Ranau dan lembah Tambunan. Dari segi agama mereka percaya kepada “Kino-ringan” iaitu kuasa pencipta bumi dan makhluk lain. Sebahagian mereka beragama Kristian. Mereka juga mempunyai sistem kehakiman tradisi yang tersendiri iaitu Mahkamah Anak Negeri. Ia mengendalikan undang-undang adat orang Kadazan. Anggota mahkamah itu terdiri daripada ketua rumah panjang, orang-orang tua masyarakat tersebut. Orang Kadazan juga kaya dengan pesta seperti “Pesta Menuai”. Di pesta ini “Tarian Samazau” dipersembahkan. (b) Pendalaman Di kawasan pendalaman Sabah, penduduk utamanya ialah Orang Murut. Pusat pertempatan mereka ialah Tenom, Rundum dan Pesiangan. Tempat tinggal mereka ialah di dalam rumah panjang. Sumber ekonomi mereka bergantung kepada padi huma, memburu binatang dan mengutip hasil hutan. Dari segi agama mereka percaya kepada “Aki Kopuno”. Ia mempunyai kuasa penciptaan alam dan penyelesaian semua masalah.
  • 29. 29 Terdapat etnik-etnik kecil yang lain mendiami Sabah seperti Orang Rungus, Orang Tambanuo, Orang Sungai, Orang Maragang, Orang Bisaya, Orang Idahan, Orang Tidong dan Orang Bamarau. 2.5.2 Etnik Peribumi Sarawak Sarawak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang telah mempunyai penduduk sejak 40,000 tahun dahulu di Gua Niah. Pada umumnya penduduk peribumi atau bumiputera Sarawak terbahagi kepada dua golongan iaitu penduduk pesisiran pantai dan pendalaman. (a) Persisiran Pesisiran pantai Sarawak didiami oleh peribumi daripada etnik berikut: (i) Orang Melayu - Mereka telah berhijrah ke Sarawak pada abd ke-l5 yang lalu dari Pulau Sumatera, Indonesia. Kebanyakan daripada mereka bermastautin di bandar Lidah Tanah, sekitar sungai Sarawak. Mereka mempunyai ketua yang terkenal seperti Datuk Permati Jepang. Ekonomi mereka bergantung kepada aktiviti pertanian, nelayan dan sebagai pedagang. Mereka beragama Islam dan menguasai tulisan jawi dengan baik sekali. (ii) Melanau - Mereka bermastautin di sekitar sungai Igan, sungai Oya dan sungai Mukah. Aktiviti ekonomi mereka bergantung kepada tangkapan ikan, bersawah padi dan membuat sagu. Pada keseluruhannya, mereka juga beragama Islam sama seperti orang Melayu. (b) Pedalaman Di pedalaman Sarawak didiami oleh beberapa etnik peribumi seperti di bawah ini: (i) Orang Iban juga dikenali dengan nama “Dayak Laut” - Mereka merupakan keturunan peribumi terbesar yang mendiami kawasan pedalaman Sarawak. Mereka berasal dari sungai Kapuas, Kalimantan, Indonesia. Petempatan utama mereka ialah di sungai Saribas, sungai Sekarang, sungai Batang Lupar dan sungai Rajang. Mereka mendiami rumah-rumah panjang yang diketuai oleh seorang ketua yang dikenali dengan nama “Tuai Rumah”. Dari segi agama mereka percaya kepada beberapa tuhan iaitu tuhan peperangan yang dikenali dengan nama
  • 30. 30 “Singling Burong”, tuhan bumi yang dikenali dengan nama “Pulang Gama” dan roh serta hantu. Mereka mempunyai beberapa perayaan sepanjang tahun. Di antara yang penting ialah “Gawai Ranyai”. Sebahagian daripada mereka beragama Kristian. (ii) Bidayuh - Mereka juga merupakan golongan peribumi atau bumiputera yang mendiami kawasan pedalaman Sarawak. Mereka mendiami rumah-rumah panjang terutama di sepanjang sungai Samarahan dan sungai Sadong. Sumber ekonomi mereka ialah menanam padi huma dan meramu hasil hutan. (iii) Orang Kayan – Mereka tinggal di kawasan pedalaman Sarawak. Mereka membuat penempatan di hulu sungai Baram. Mereka dikatakan berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti beberapa etnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia pada satu masa dahulu untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Mereka beragama Kristian. (iv) Orang Penan - Mereka terkenal sebagai pemburu bintang liar yang mahir. Aktiviti ekonomi mereka ialah memungut hasil hutan terutama rotan dan damar. Dengan hasil hutan itu membolehkan mereka menukarkannya dengan barangan keperluan harian seperti beras, garam dan lainnya. Di kawasan pedalaman Sarawak juga terdapat etnik-etnik lain iaitu Kenyah dan Kelabit. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Salah 2. A 3. Sebelum kemerdekaan Malaysia 1957, pendidikan Melayu bersifat tradisional yang berterasaskan pengajian al-Qur‟an dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pendidikan Cina juga bersifat tradisional iaitu berasaskan pengetahuan klasik konfusius yang masih berorientasikan tanah besar China. Pendidikan India menggunakan bahasa Tamil sebagai pengantar. Di mana kebanyakan buku teks diimport dari India yang memberi pengetahuan mengenai kebudayaan, sejarah dan geografi benua kecil India.
  • 31. 31 4. Umat Islam merayakan beberapa perayaan penting di sepanjang tahun Hijriah. Antara lain ialah Awal Muharram, Maulidurrasul, Nuzul al-Qur‟an, Idil Fitri dan Idil Adha. Penganut Budha mengutamakan perayaan hari wesak. Penganut Konfusius dan Taoisme memuja roh datuk nenek, merayakan hari jadi dewa- dewa yang dipuja dan diraikan pada setiap tahun. Penganut Hinduisme merayakan hari Deepavali dan Thaipusam. Penganut Kristian merayakan hari Krismas dan Easter.
  • 32. 32
  • 33. 33 BAB 3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mentakrifkan pengertian dan kedudukan Perlembagaan Malaysia. 2. Menjelaskan konsep serta keperluan perlembagaan dalam sesebuah negara. 3. Membincangkan pandangan Islam terhadap kepentingan perlembagaan. 4. Menyenaraikan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia. 5. Menjelaskan unsur-unsur tradisi yang terkandung dalam perlembagaan. 6. Menilai kepentingan perlembangaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. 3.1 PENGENALAN Perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang mengandungi undang- undang dan susunan peraturan yang sangat penting dan tertinggi dalam sesebuah negara bagi mewujudkan satu pentadbiran dan pengurusan yang cekap, adil dan saksama kepada rakyat. Oleh yang demikian setiap individu hendaklah mematuhi keluhuran perlembagaan dan sentiasa akur dengan ketetapan yang telah didokumenkan. Selain itu, ia merupakan garis panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat dan sesiapa sahaja. Kesemua bentuk perundangan adalah tertakluk di bawah perlembagaan yang menjadi asas kepada yang lain. Setiap undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan akan terbatal secara automatik. Di dalam perlembagaan tersebut terdapat peruntukan-peruntukan umum tentang corak pemerintahan, hak asasi manusia, kerakyatan, politik, pilihanraya, agama, bahasa, tanah dan lain-lain. Perlembagaan yang mengandungi undang-undang dibentuk selaras dengan kehendak semasa serta memenuhi kehendak dan kemahuan rakyat.
  • 34. 34 Justeru perkara yang menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan kewarganegaraan, bahasa, agama dan kedudukan istimewa bumiputera adalah menjadi faktor penting dalam perlembagaan bagi melahirkan hubungan etnik yang erat serta mampu untuk mewujudkan keamanan di kalangan rakyat Malaysia. SOALAN DALAM TEKS 1. Bincangkan kepentingan Perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. 2. Apakah yang anda tahu tentang perlembagaan? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 3.2 MAKNA DAN KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN Malaysia adalah merupakan sebuah negara demokrasi yang berdaulat sudah tentu mempunyai perlembagaan sendiri yang digubal sebagai panduan pentadbiran dan pemerintahan negara. Oleh yang demikian, perlembagaan yang digubal berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Di dalam perlembagaan terdapat prinsip-prinsip yang mengandungi bentuk institusi-institusi negara seperti pemerintahan, perundangan dan kehakiman. Setiap perkara tersebut dinyatakan kuasa dan pernanannya yang tersendiri dalam kerangka pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan juga digubal sebagai garis panduan tentang corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara dan dalam masa yang sama memberi perlindungan kepada rakyat. Selain itu, di dalam perlembagaan dinyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara (Roslan, 2006: 46). Oleh yang demikian, perlembagaan dibahagikan kepada dua iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan satu bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Manakala perlembagaan yang tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak dikumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah (Nazri Muslim, 2005: 3).
  • 35. 35 Justeru itu, perlembagaan adalah merupakan suatu kumpulan undang- undang dasar yang menentukan bagaimana sesebuah kerajaan itu memerintah dan menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang diperintah. Ia mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan autoriti awam dengan rakyat (Mansor, 2005: 121). SOALAN DALAM TEKS 3. Berikut adalah kenyataan YANG BENAR tentang perlembagaan Malaysia KECUALI A. Garis panduan pemerintahan B. Dikumpul dan disusun dlam satu dokumen C. Satu kumpulan undang-undang dasar sesebuah kerajaan D. Satu set undang-undang kerajaan British di Hindia Timur Semak jawapan anda di akhir bab ini. 3.3 KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan 1957 memperlihatkan beberapa ciri pemerintahan dan perlembagaan sesebuah negara demokrasi. Ianya menekankan prinsip pemerintahan berasaskan undang-undang. Perlembagaan menjadi tunggak kepada semua undang-undang yang sedia digubal atau yang akan digubal. Sebarang percanggahan akan terbatal dengan sendiri pada percanggahan tersebut. Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi adalah amat penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan seperti Malaysia. Dengan demikian pentadbiran negara dapat dijalankan dengan mudah, lancar tanpa wujudnya persaingan dengan pihak lain terutamanya kerajaan negeri (Roslan, 2006: 46). Di Malaysia tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketinggian perlembagaan. Parlimen sendiri memperolehi kuasanya daripada perlembagaan dan mempunyai kuasa yang terhad. Ianya tidak boleh menggubal undang-undang bagi perkara yang terletak diluar bidang kuasa yang diberikan kepadanya. Malahan ketiga- tiga badan kerajaan iaitu
  • 36. 36 perundangan, kehakiman, eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia (Mohammad Suffian Hashim: 1987). Ini kerana secara jelas di dalam peruntukan Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan setiap undang-undang dan apa sahaja yang diluluskan berlawanan dengan perlembagaan yang sedia ada maka dengan sendiri setiap yang berlawanan itu terbatal. Kedudukan dan kuasa tertinggi perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan (Lihat Rajah 3.1). Rajah 3.1 Undang-Undang Lain di Malaysia Parlimen Mahkamah Yang di Pertuan Agong Perlembagaan Persekutuan SOALAN DALAM TEKS 4. Jelaskan secara ringkas konsep perlembagaan? 5. Berikut adalah badan-badan kerajaan yang berada di bawah Perlembagaan Malaysia KECUALI A. Undang-undang B. Kehakiman C. Eksekutif D. Profesional 6. Apakah yang akan terjadi sekiranya berlaku percanggahan sesuatu dasar yang digubal dengan perlembagaan? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 3.4 ISLAM DAN PERLEMBAGAAN Islam meletakkan pemerintahan adalah suatu perkara yang penting. Ianya adalah satu proses di mana manusia yang hendak mentadbir alam ini
  • 37. 37 perlu kepada satu peraturan dan undang-undang yang boleh menjadi garis panduan kepada mereka. Sememangnya negara yang hendak ditadbir perlu wujud sebuah perlembagaan yang menjadi dasar yang utama dalam negara tersebut. Oleh yang demikian, perlembagaan yang pertama digubal bagi melincinkan pentadbiran negara Islam Madinah dikenali sebagai Sahifah Madinah. Sejak dari permulaan Islam lagi Rasulullah SAW telah meletakkan asas yang penting di dalam pentadbiran baginda iaitu perlembagaan. Setelah mendirikan kerajaan Islam Madinah, baginda telah membina masjid sebagai tempat untuk melaksanakan pemerintahan yang tersedia didalamnya satu perlembagaan yang bertulis, yang menjadi panduan dan tunggak yang amat penting bagi menyatupadukan masyarakat yang berbagai etnik dan kaum. Ini kerana bagi mewujudkan keharmonian sesebuah negara dan toleransi di kalangan kaum, maka baginda SAW telah menggubal perlembagaan tersebut yang terdiri daripada 47 fasal yang meliputi huraian tentang segala keperluan negara Islam Madinah. Menurut al-Maududi Perlembagaan Islam ini mempunyai empat unsur utama sebagai rujukan iaitu al-Quran, al-Sunnah, amalan Khulafa‟ al- Rashidin dan pendapat golongan mujtahid. Kewujudan perlembagaan ini membuka ruang kepada masyarakat atau penduduk menikmati keamanan dan kesejahteraan dalam negara. Selain itu, dengan kewujudan perlembagaan ini, ia menjadi asas kepada negara lain meniru dan membentuk satu perlembagaan tersendiri bagi memenuhi kehendak dan keperluan negara mereka seperti yang berlaku kepada sistem peperiksaan awam (SPA) yang diperkenalkan oleh negara China, menjadi asas kepada negara lain di dunia sebagai satu kaedah melantik penjawat awam dalam negara mereka. Perlembagaan ini membuktikan bahawa satu persekutuan di kalangan masyarakat berbilang kaum telah diasaskan melalui tujuan-tujuan dan kepentingan politik bersama (Abdul Aziz Bari, 2001). SOALAN DALAM TEKS 7. Jelaskan secara ringkas Perlembagaan Madinah yang telah digubal oleh Rasulullah? 8. Apakah unsur perlembagaan Islam? Semak jawapan anda di akhir bab ini.
  • 38. 38 3.5 KEPERLUAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan suatu keperluan kepada rakyat di negara ini, memandangkan faktor latar belakang dan budaya yang berbeza di kalangan pelbagai kaum di negara ini. Bagi menjamin kestabilan politik di negara ini, sebuah perlembagaan yang dibentuk adalah merupakan hasil tolak ansur dan pakatan antara kaum dan etnik di negara ini. Demi kestabilan dan perpaduan ianya digubal dengan mengambil kira persefahaman dan persetujuan di kalangan kaum sejajar dengan syarat Inggeris yang hanya memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu sekiranya wujud perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Pemuafakatan politik dan tolak ansur antara pemimpin kaum utama di Tanah Melayu telah membuahkan hasil dan „Pakatan Murni‟, „Qiud Pro Quo‟ atau ‟4 + 1‟ telahpun dibentuk dalam aspek menghormati hak dan kepentingan kaum dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara pemuafakatan yang telah dibentuk dalam perlembagaan seperti: (i) Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. (ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (iii) Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan. (iv) Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu. (v) Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan sebagai warganegara dan mendapat layanan yang sama dengan masyarakat tempatan (Mansor, 2005: 124-125). Kewujudan pemuafakatan ini dapat mengekalkan nilai-nilai kemasyarakatan di kalangan etnik dan kaum yang saling memahami bahawa agama, adat resam dan nilai-nilai budaya yang diamalkan oleh penduduk di negara ini merupakan hak peribadi dengan syarat masing- masing saling hormat menghormati hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia. Prinsip memberi dan menerima ini, yang menjadi tunjang kepada persefahaman dan kestabilan politik serta sosial yang berjaya dipertahankan sehingga kini. Selain daripada itu kerajaan juga sentiasa memastikan penerusan kestabilan ini berlanjutan dengan mengadakan dasar-dasar dan peruntukan yang ditokok tambah dalam perlembagaan sebagai mekanisme bagi mengawal masyarakat supaya sentiasa berada dalam landasan yang telah ditetapkan (Zulhilmi & Rohani, 2003: 175).
  • 39. 39 SOALAN DALAM TEKS 9. Apakah keperluan perlembagaan Malaysia? 10. Nyatakan pemuafakatan yang telah di ambil oleh pemimpin kaum di negara ini? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 3.6 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA Perlembagaan Malaysia 1957 telah digubal dan dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya tersebut telah memulakan tugas pada Jun 1956 dan menyiapkan laporan tersebut menjelang bulan Februari 1957. Seterusnya perlembagaan yang telah disiapkan itu dibahaskan oleh parti-parti utama negara dan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada Jun 1957 dan penguatkuasaan perlembagaan itu dilaksanakan pada 31 Ogos 1957. Penguatkuasaan ini berjalan atas dasar konsensus apabila rakyat berbangsa Melayu bersetuju memberikan kerakyatan secara „jus soli‟ kepada semua penduduk bukan Melayu di Malaysia pada masa itu. Sebaliknya bukan Melayu bersetuju menerima unsur-unsur tradisi dalam masyarakat Melayu sebagai kandungan dalam Perlembagaan Malaysia (Zulhilmi & Rohani, 2003: 253- 254). Negara kita merupakan sebuah persekutuan di mana kewibawaan perlembagaan atau kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat (persekutuan) dengan 13 buah negeri. Perlembagaan Malaysia sebagai sebuah persekutuan mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut: (i) Mempunyai ketua negara (Raja Berperlembagaan) bagi Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong. Baginda dipilih dari kalangan sembilan orang Raja Melayu dan memegang jawatan tersebut untuk tempoh lima tahun dan bertindak atas nasihat kabinet dan Majlis Raja- raja. Selain itu ketua perlembagaan bagi setiap negeri ialah Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun dan pentadbiran negeri diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.
  • 40. 40 (ii) Negara Demokrasi Berparlimen yang diketuai oleh seorang Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri. Beliau dilantik di kalangan parti yang memenangi pilihan raya dan mempunyai bilangan anggota terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri juga akan menubuhkan sebuah Kabinet (Jemaah Menteri) yang menjadi badan tertinggi dalam menggubal dasar kerajaaan (Roslan Zainuddin, 2006: 52). (iii) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas jaminan kebebasan agama. (iv) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang. (v) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Ini bermakna seluruh jentera pentadbiran, bukan sahaja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-ketiganya mempunyai status yang sama, tiada satupun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza. Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan parlimen dan eksekutif. Bidang kuasa kehakiman adalah eksklusif untuk menentukan pertikaian hak-hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan (Tun Mohamed Suffian, 1990: 137). SOALAN DALAM TEKS 11. Bilakah perlembagaan malaysia digubal? 12. Siapakah yang mengemukakan perlembagaan yang telah digubal? Semak jawapan anda di akhir bab ini.
  • 41. 41 3.7 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara yang dibahagikan dalam 15 bahagian. Perlembagaan ini mengandungi pelbagai perkara seperti kuasa Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Kabinet, Badan Kehakiman dan mempunyai peruntukan tentang kewarganegaraan, tanah, agama rasmi, bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, perkhidamatan awam, pembangunan negara, hak asasi dan pilihan raya (Roslan Zainuddin, 2006: 53-54 ). Ringkasan kandungan Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut: Jadual 3.1 Bahagian Bab Perkara Kandungan 1 1 1-4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang 2 1 5-13 Kebebasan Asasi 3 1 14-22 Perolehan Kewarganegaraan 2 23-28 A Penamatan Kewarganegaraan 3 29-31 Tambahan tentang Kewarganegaraan 4 1 32-37 Kepala Negara dan Majlis Raja-raja 2 38 Majlis Raja-raja 3 39-43C Pemerintah 4 44-65 Badan Perundangan Persekutuan 5 66-68 Acara Perundangan 6 69 Keupayaan terhadap harta dan lain-lain 5 1 70-72 Negeri-negeri 6 1 73-79 Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri 2 80-81 Pembahagian Kuasa Pemerintah 3 82 Pembahagian beban kewangan 4 83-91 Tanah 5 92 Pembangunan negara 6 93-95 Siasatan persekutuan terhadap negeri 7 95A-95E Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan 7 1 96-112 Peruntukan-peruntukan kewangan 2 112A-112E Sabah dan Sarawak 8 1 113-120 Pilihanraya 9 1 121-131A Kehakiman 10 1 132-148 Perkhidmatan awam 11 1 149-151 Kuasa khas menentang perbuatan subversif dan kuasa- kuasa darurat 12 1 152 Bahasa Kebangsaan 12A 1 153 Kedudukan istimewa orang Melayu 13 1 154-160 Am dan pelbagai 14 1 161-161A Perlindungan tambahan bagi Sabah dan Sarawak 1 162-180 Peruntukan sementara dan peralihan 15 1 181 Pengecualian dan kedaulatan Raja-raja 1 182 Mahkamah khas 1 183 Tiada tindakan yang boleh diambil terhadap yang Dipertuan Agong dan Raja-raja kecuali dengan keizinan peguam negara.
  • 42. 42 SOALAN DALAM TEKS 13. Kandungan Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada____ bahagian. A. 12 B. 13 C. 14 D. 15 14. Kandungan berikut adalah benar tentang perlembagaan KECUALI A. Kebebasan Asasi B. Mahkamah khas C. Bahasa Kebangsaan D. Pemusatan kuasa Raja-raja 15. Perkara 1-4 membincangkan hal-hal berkaitan A. Tanah B. Agama C. Negara D. Negeri Semak jawapan anda di akhir bab ini. 3.8 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Pengekalan unsur-unsur tradisi adalah amat penting bagi tujuan untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia adalah merupakan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama semasa penggubalan perlembagaan. Menurut Tun Salleh Abas (1997), unsur-unsur tradisi ini meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja. Sudah menjadi kelaziman kepada mana-mana negara yang berdaulat mempunyai unsur-unsur tradisi yang menjadi tunjang dan kekuatan kepada pembinaan negara. Ianya wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan Malaysia digubal pada tahun 1957 dan berperanan menstabilkan negara (Abdul Aziz Bari: 2001).
  • 43. 43 Kepentingan unsur-unsur tradisi ini dapat dilihat dengan jelas apabila dilindungi di bawah Akta Hasutan dan di anggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang dalam perbincangan awam. Unsur-unsur ini juga penting kerana menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap lagi adil. Tanpa unsur-unsur tersebut keseimbangan dan kemakmuran negara tidak akan dicapai. Dalam laporan Suruhanjaya Reid sendiri yang menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum penggubalan perlembagaan. Faktor-faktor ini penting bagi melambangkan bahawa sistem dan nilai- nilai asal negara dikekalkan meskipun kemerdekaan bererti demokrasi dan kesamarataan antara kaum. Di sinilah pentingnya peranan empat unsur tradisi yang kesemuanya menekankan ciri-ciri Kemelayuan dan Ke islaman di bumi yang merdeka ini (Mohd Inuddin Lee, 2006: 141). Secara umumnya perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam memupuk perpaduan di Malaysia dan unsur-unsur tradisi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut: 1. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya. 2. Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu kewarganegaraan dan seumpamanya. 3. Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja- raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam. 4. Perkara150 (6a) iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. 5. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. 6. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain (Abdul Aziz Bari: 2001).
  • 44. 44 SOALAN DALAM TEKS 16. Bincangkan unsur-unsur tradisi yang terdapat dalam perlembagaan. 17. Apakah batasan hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam perkara 10. 18. Kepentingan unsur tradisi dilihat dari sudut berikut KECUALI A. Sejarah B. Tradisi C. Ekonomi D. Warganegara Semak jawapan anda di akhir bab ini. 3.9 KESIMPULAN Setiap warganegara hendaklah memahami bahawa perlembagaan yang diwujudkan adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang mampu membudayakan perpaduan dan saling memahami hak masing-masing yang telah dipersetujui bersama tanpa ada perasaan hasad dengki dan sifat-sifat boleh memecah belahkan kaum di negara ini. Kita perlu akur bahawa masyarakat yang berbagai latar belakang itu adalah satu anugarah Allah. Setiap undang-undang yang digubal adalah untuk kepentingan bersama tanpa mengira latar belakang sesuatu kaum. Dengan ketinggian perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mencerminkan Malaysia sebuah negara berdaulat di mana rakyat hidup bersatu padu, aman dan makmur. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Faktor yang penting dalam perlembagaan adalah untuk melahirkan hubungan etnik yang erat serta mampu mewujudkan keamanan dikalangan rakyat Malaysia. 2. Perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang mengandungi undang-undang dan susunan peraturan yang sangat penting dan tertinggi dalam sesebuah negara bagi mewujudkan satu pentadbiran dan pengurusan yang cekap, adil dan saksama kepada rakyat.
  • 45. 45 3. D 4. Pemerintahan yang berasaskan undang-undang dan menjadi tunggak kepada semua undang-undang yang sedia digubal atau yang akan digubal. 5. D 6. Sekiranya berlaku percanggahan sesuatu dasar yang digubal dengan perlembagaan maka dengan sendirinya akan terbatal dasar tersebut. 7. Baginda SAW telah menggubal perlembagaan tersebut yang terdiri daripada 47 fasal yang meliputi huraian tentang segala keperluan negara Islam Madinah. 8. Unsur utama perlembagaan Islam ialah al-Quran, al-Sunnah, amalan Khulafa‟ al-Rashidin dan pendapat golongan mujtahid. 9. Keperluan perlembagaan kepada rakyat di negara ini, ialah disebabkan faktor latar belakang dan budaya yang berbeza di kalangan pelbagai kaum serta menjamin kestabilan politik di negara ini. 10. Pemuafakatan yang telah dibentuk dalam perlembagaan seperti: (i) Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. (ii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (iii) Raja-raja melayu sebagai raja berpelambagaan. (iv) Kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu. (v) Masyarakat bukan Melayu mendapat keistimewaan sebagai warganegara dan mendapat layanan yang sama dengan masyarakat tempatan. 11. 1957 12. Lord Reid. 13. D 14. D 15. C
  • 46. 46 16. Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan adalah meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak serta pemerintahan beraja. 17. Kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya 18. D
  • 47. 47 BAB 4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami konsep pembangunan dan modenisasi dalam masyarakat. 2. Membincangkan latar belakang sejarah pembangunan ekonomi di Malaysia. 3. Menjelaskan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan. 4.1 KONSEP PEMBANGUNAN DAN MODENISASI Pelbagai teori dan percanggahan pendapat tentang konsep pembangunan telah dikemukakan oleh cendiakawan. Secara keseluruhannya, rata-rata mereka bersetuju bahawa seluruh dunia sedang dan mungkin mengalami kemelut pembangunan yang berterusan (Muhammad Shukri, 2002). Dari sini ternyata bahawa persekitaran sosioekonomi masyarakat dunia sekarang sedang menuju ke arah masa depan yang tidak mengembirakan (Muhammad Kamal, 1986). Kemelut pembangunan yang berlaku ini bukan sahaja membawa kepada percanggahan pendapat dan teori, tetapi juga penumpuan ke atas hak milik alat-alat pengeluaran dan perebutan agihan hasil keluaran yang akhirnya melahirkan manusia yang sanggup membuat apa sahaja termasuk membunuh (Muhammad Shukri, 2002). Pembangunan sering kali dikaitkan dengan proses modenisasi, iaitu satu proses untuk merubah atau mentransformasikan kehidupan masyarakat dari segenap sudut. Metode atau kaedah yang digunakan dan dilalui oleh sesebuah negara atau bangsa untuk mencapai modenisasi ini pula berbeza. Ada sesetengahnya berlaku dalam bentuk perancangan yang teratur dengan menetapkan terlebih dahulu apakah proses, kaedah dan matlamat yang hendak dicapai. Manakala sesetengahnya pula berlaku perubahan dalam bentuk yang tidak dirancang, dan kebiasaannya boleh dihubungkan dengan tekanan daripada unsur-unsur luar. Modenisasi selalunya diukur berdasarkan kepada perubahan dan pencapaian yang
  • 48. 48 berlaku dalam masyarakat dari aspek ekonomi, politik, sosial, sains dan teknologi. Kejayaan atau kegagalan untuk membawa modenisasi kepada sesuatu bangsa atau negara bergantung kepada falsafah pemikiran dan matlamat pembangunan yang didokong. Jika pembangunan hanya menekankan aspek material semata-mata dengan mengenepikan aspek spiritual, maka matlamat pembangunan dalam ertikata sebenarnya tidak akan tercapai. Kedua-dua aspek ini mesti disatukan dan diseimbangkan bagi menuju ke arah kebahagiaan yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, dari sudut realitinya dalam tempoh lebih kurang dua ratus tahun yang lalu, konsep pembangunan dan modernisasi masih terikat kuat dengan tradisi sekularisme barat. Shamsul (2006), melihat dua aspek utama yang menjadi asas kepada modenisasi iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Aspek ekonomi adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Sejak dari zaman batu awal (paleolitik) hinggalah ke zaman moden hari ini, manusia sentiasa berusaha untuk mengembangkan kegiatan ekonomi mereka, baik secara evolusi mahupun revolusi. Tujuannya adalah untuk merubah tahap kehidupan dan membangunkan masyarakat. Pelbagai bidang ekonomi telah diterokai, bermacam-macam peralatan untuk tujuan pengeluaran telah dicipta, dan berbagai jenis pendapat, teori dan ilmu ekonomi terus diketengahkan untuk menyelesaikan masalah ekonomi manusia yang masih tidak ada titik perhentiannya. 4.2 KOMPONEN EKONOMI: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN Ekonomi bukanlah suatu bidang ilmu yang baru diperkenalkan dan dibincangkan. Ilmu ini sudah ada dalam masyarakat sejak 2500 tahun dahulu, namun demikian matlamat kewujudan ilmu ini belum lagi tercapai walaupun arus kemajuan telah melonjak begitu hebat sejak berlakunya revolusi industri kira-kira 200 tahun lalu. Kerumitan dan masalah ekonomi terus juga berlaku serta sukar untuk diatasi. Implikasinya bukan hanya membawa kepada perbezaan jurang dalam masyarakat tetapi juga perpecahan dan peperangan antara kaum dan negara. Perkembangan yang berlaku dalam ekonomi sering kali dikaitkan dengan tahap perkembangan fikiran manusia. Oleh itu, komponen, matlamat, metode dan ukuran pencapaian ekonomi juga seringkali berubah dan berbeza mengikut ideologi yang didokong. Sebagai contoh ekonomi kapitalisme adalah berbeza daripada ekonomi marxisme dan begitulah dengan yang lain-lainnya. Komponen ekonomi boleh saja disandarkan kepada aspek pengeluaran, pertukaran, pengagihan harta kekayaan,
  • 49. 49 peralatan yang digunakan dan sebagainya. Jika matlamat ekonomi itu adalah untuk meningkatkan pendapatan negara, maka kaedah yang boleh menambahkan pendapatan rakyat akan digunakan. Ini adalah kerana hasil pendapatan negara dikatakan sangat berkait rapat dengan hasil pendapatan rakyat jelata. Sekiranya matlamat ekonomi itu untuk membawa kepada keseimbangan sosial dalam masyarakat, maka kaedahnya pula sudah tentu berbeza dengan di atas, begitu juga dengan ukuran pencapaiannya. Pembangunan ekonomi hanya akan menjadi lebih bermakna jika matlamat atau tujuan ditetapkan dan mengambil nilai-nilai yang ada dalam masyarakat. Seperti yang dinyatakan oleh Benjamin Ward (1972) bahawa pertimbangan nilai adalah sesuatu yang sangat penting untuk membolehkan kita mengklasifikasikan tentang apa yang bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam masyarakat. Pertimbangan nilai juga digunakan sebagai asas kepada konsep keluaran negara kasar (KDNK) untuk mengukur output dan sekaligus menjadi pengukur kepada prestasi ekonomi dan kebajikan. 4.3 KOMPONEN POLITIK: MATLAMAT, METOD, UKURAN PENCAPAIAN Politik sebagaimana juga ekonomi boleh menjadi faktor penentu kepada pembangunan dan modenisasi. Politik memainkan peranan dalam menentukan dasar dan arah tuju sesebuah kerajaan yang memerintah, juga digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi, membina negara (state-building) dan negara-bangsa (nation-state). Secara umumnya, membina dan membangunkan negara dan negara-bangsa merupakan masalah utama yang dihadapi oleh sesebuah negara selepas mencapai kemerdekaan. Bukan mudah untuk mewujudkan semangat „kenegaraan‟ ataupun „kekitaan‟dalam sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum seperti Malaysia ini. Komponen-komponen yang ada seperti ekonomi,sosial, politik, pendidikan dan sebagainya boleh digunakan untuk mencapai matlamat ini. Semua ini boleh dilaksanakan melalui pembentukan dan pelaksanaan dasar awam yang memberi keutamaan kepada kepentingan nasional. Kejayaannya boleh diukur sama ada secara kualitatif ataupun kuantitatif berdasarkan tahap integrasi nasional yang dicapai (Shamsul A.B., 1997). 4.4 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia harus dilihat dari pelbagai sudut khususnya dari perspektif sejarah perkembangan dan pembangunan negara ini sendiri. Tujuannya adalah untuk mengetahui asas, matlamat dan nilai sebenar pembangunan ekonomi ini dilaksanakan dan hubungannya dengan penggubalan dasar-
  • 50. 50 dasar negara. Fakta sejarah ini perlu difahami oleh semua lapisan kelompok etnik yang ada untuk mewujudkan satu aliran mobiliti sosial yang tenang dan tenteram dalam negara ini. Dalam persada sejarah negara, pembangunan ekonomi ini telah melalui beberapa zaman yang berbeza. 4.4.1 Zaman Sebelum Kemerdekaan (1400 – 1956) Sistem dan pembangunan ekonomi sebelum kemerdekaan boleh dibahagikan kepada dua peringkat yang utama iaitu sebelum kedatangan British (1400 – 1786) dan semasa penjajahan British. Kita akan bincangkan secara ringkas sistem dan matlamat dalam pembangunan ekonomi sebelum kedatangan British. Manakala bagi sistem dan pembangunan ekonomi semasa pendudukan British perbincangan akan difokuskan kepada struktur ekonomi semasa penjajahan British, pemikiran dan tujuan disebalik pembangunannya serta kesan-kesan yang timbul daripadanya. 4.4.2 Sistem dan Pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Sebelum Kedatangan British (1400-1786) Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian dan juga perikanan. Mereka tidak berhadapan dengan masalah untuk mencari nafkah, memandangkan persekitaran tempat tinggal mereka mudah untuk memperolehi tanah-tanah yang subur dan lautnya dipenuhi dengan ikan. Begitu juga dengan sumber-sumber dari hutan yang mudah diperolehi. Keadaan semulajadi ini secara tidak langsung telah menentukan pola pekerjaan dan penempatan mereka. Bagi mereka yang tinggal di persisiran pantai atau pinggiran sungai, pekerjaan mereka adalah sebagai nelayan. Manakala di kawasan-kawasan lain kebanyakan mereka bekerja sebagai petani, pemungut hasil hutan bahkan ada juga yang melibatkan diri dalam mengeluarkan hasil-hasil bumi. Pendapatan dari sumber-sumber yang berbeza ini membolehkan mereka menjalankan urusan pertukaran barangan (barter) keperluan dengan pihak-pihak lain. Beberapa abad lamanya Tanah Melayu telah menjadi pembekal utama hasil-hasil tersebut kepada saudagar-saudagar Arab, India, China dan seterusnya kepada pedagang-pedagang Eropah seperti Belanda dan Portugis. Ini menunjukkan bahawa ekonomi masyarakat Melayu ketika itu bukanlah bersifat tertutup tetapi juga sudah mencapai ke tahap perdagangan antarabangsa. Keadaan ini semakin ketara apabila Melaka telah menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan entrepot yang terkenal di rantau Asia ini. Pihak pemerintah telah melaksanakan peraturan- peraturan perdagangan selain daripada memberi perkhidmatan untuk menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Organisasi politik, ekonomi
  • 51. 51 dan masyarakat Melayu yang kurang kompleks ini secara keseluruhannya telah membawa kestabilan dari segi pemerintahan. 4.4.3 Sistem dan pembangunan Ekonomi Serta Matlamatnya Semasa Penjajahan British Bermula dari tahun 1870an hingga 1950an merupakan era baru kepada perkembangan dan pembangunan ekonomi, politik dan sosial di Tanah Melayu. Perubahan yang berlaku dalam tempoh ini dibawa oleh penjajah Inggeris. Mereka telah memperkenalkan dasar-dasar awam mengenai pembangunan. Penglibatan kerajaan dalam dasar-dasar yang diperkenalkan adalah di tahap yang paling minimum. Sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada industri getah dan bijih timah. Untuk memajukan industri ini, mereka telah membawa masuk tenaga kerja dari Tanah Besar China dan Benua Kecil India. Orang- orang Cina di tempatkan dalam industri bijih timah yang terletak berhampiran bandar-bandar, manakala orang-orang India pula, tenaga mereka digunakan di ladang-ladang getah. Orang Melayu masih kekal dengan pekerjaan tradisi mereka dalam bidang pertanian dan perikanan. Melalui polisi pemerintahan pecah dan perintah (devide and rule), Inggeris telah membawa perubahan kepada struktur kekuasaan politik di Semenanjung Tanah Melayu secara keseluruhannya. Dasar yang diperkenalkan ini sebenarnya telah menjadi batu penghalang kepada kewujudan satu masyarakat yang bersatupadu. Pembahagian kawasan- kawasan penempatan dan sektor pekerjaan telah menyebabkan ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum dan perbezaan kemajuan di antara wilayah. Matlamat pemerintahan penjajah Inggeris adalah semata-mata untuk memperolehi seberapa banyak hasil daripada negara ini untuk dibawa pulang ke negara mereka. Oleh itu, pihak Inggeris telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan perkhidmatan untuk membolehkan pengeluaran hasil ekonomi dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Antaranya, pihak Inggeris telah menyediakan infrastruktur perhubungan dan pengangkutan seperti jalanraya dan keretapi serta memperkenalkan dasar-dasar penghijrahan atau buruh, cukai dan tanah yang longgar sebagai galakan untuk menambahkan pengeluaran. Penglibatan orang-orang Melayu dalam industri bijih timah dan getah seolah-olah tidak digalakkan oleh penjajah. Pihak Inggeris mahu mengekalkan mereka di dalam kegiatan-kegiatan pertanian yang boleh menampung keperluan makanan kepada sektor-sektor ekonomi yang lain. Pekebun-pekebun kecil getah dari kalangan orang Melayu dikenakan pelbagai sekatan dan hak-hak mereka dinafikan. Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur asing dalam industri tersebut.
  • 52. 52 Antara sekatan yang dilakukan adalah melalui pengisytiharan sekatan pengeluaran getah di bawah Rancangan Sekatan Getah Stevenson dan kemudiannya Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa. Implikasi daripada pelaksanaan pelbagai sekatan serta dasar-dasar yang diperkenalkan, orang-orang Melayu secara puratanya masih kekal sebagai petani-petani tradisional di luar bandar. Jurang kemiskinan semakin meluas di kalangan masyarakat yang kemudiannya menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dalam fasa-fasa pembinaan negara seterusnya. SOALAN DALAM TEKS 1. Terangkan pola penempatan dan pekerjaan masyarakat Melayu sebelum merdeka. 2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Inggeris untuk membolehkan mereka menambah hasil pendapatan daripada industri getah dan bijih timah. 3. Apakah yang anda faham mengenai dasar ‟pecah dan perintah‟ oleh Inggeris? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 4.4.4 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama Telah dijelaskan tadi bahawa pembangunan ekonomi yang dijalankan sebelum kemerdekaan lebih banyak membawa keuntungan dan menjaga kepentingan Inggeris. Sistem dual economy yang diperkenalkan oleh penjajah lebih tertumpu di kawasan-kawasan yang memiliki sumber ekonomi yang banyak khususnya di bahagian barat Semenanjung. Manakala di bahagian pantai timur masih kekal dengan kegiatan-kegiatan ekonomi tradisional yang masih mundur. Apa yang membahayakan daripada dasar pecah dan perintah oleh pihak Inggeris ini ialah perkembangan masyarakat plural yang mempunyai perbezaan agama, keturunan, kebudayaan, pelajaran dan pekerjaan, serta perbezaan jurang ekonomi antara mereka. Inilah masalah-masalah sosioekonomi dan politik yang perlu diberi perhatian dalam rancangan pembangunan negara. Rancangan pembangunan negara sebenarnya telahpun bermula sekitar tahun 1950an. Pada tahun 1954, kerajaan telah mendapat perakuan
  • 53. 53 daripada Bank Dunia mengenai pembangunan negara. Sehubungan itu, rancangan pembangunan dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama telah dimulakan pada tahun 1956 hingga 1960. Sejumlah RM1,100 juta telah dilaburkan dalam rancangan ini. Tumpuan yang diberikan ialah untuk mewujudkan satu perancangan pelaburan sektor awam yang berpadu. Projek-projek yang perlu dilaksanakan telah ditentukan mengikut keutamaan. Usaha-usaha juga dilakukan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh ekonomi negara. Rancangan yang lebih menyeluruh dengan penyertaan dari atas dan bawah telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaya Kedua. Rancangan ini lebih menumpukan kepada pembangunan luar bandar dan penyertaan rakyat jelata. Jangka masa untuk pelaksanaan rancangan ini ialah selama lima tahun (1961 – 1965), dan peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini sebanyak RM2,150.00 juta. Walau bagaimanapun Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan Malaya Kedua ini secara keseluruhannya mempunyai fokus yang sama iaitu menyediakan kemudahan atau infrastruktur yang diperlukan dalam pembangunan ekonomi. Asas infrastruktur yang disediakan ini telah membawa kepada satu pelan pembangunan yang lebih teliti dalam penggunaan sumber tenaga dan program-program ekonomi yang hendak dilaksanakan. Melalui Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970), beberapa pembaharuan telah diperkenalkan, diantaranya ialah menentukan hala tuju pembangunan dan meletakkan matlamat yang perlu dicapai dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Matlamat yang ingin dicapai melalui rancangan ini ialah agar semua golongan miskin dan tidak bernasib baik dapat merasai nikmat pembangunan dari pertumbuhan ekonomi yang dirangka. Sungguhpun rancangan ini telah dianggap berjaya dari sudut pertumbuhan ekonomi, namun masih lagi tidak seimbang dari sudut pengagihan pendapatan antara kaum. Begitu juga dengan penggunaan tenaga dan penglibatan dalam sektor ekonomi masih lagi ditentukan mengikut kaum. Situasi ini telah melahirkan rasa tidak puas hati dikalangan kaum yang ada, dan seterusnya menjadi penghalang kepada usaha-usaha perpaduan. Akibatnya pada 13 Mei 1969 berlakulah peristiwa yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara. 4.4.5 Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua Pengalaman yang dilalui dalam Rancangan Malaysia Pertama telah membawa kepada satu pembaharuan dalam menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang wujud. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan formula yang digunakan untuk memperbetulkan keadaan yang tidak selesa dikalangan masyarakat berbilang kaum dan ketidakseimbangan di
  • 54. 54 antara wilayah-wilayah. Ia dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975) yang melibatkan kos sebanyak RM7,250 juta dan merupakan satu Rancangan Jangka Panjang yang diatur untuk dilaksanakan dalam fasa kedua ini. Agenda utama DEB ini, ialah untuk mewujudkan perpaduan negara. Oleh kerana proses untuk mewujudkan perpaduan negara ini akan mengambil masa yang panjang maka DEB telah diteruskan lagi dalam Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Melalui DEB ini, kerajaan telah memainkan peranannya secara langsung dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang ditetapkan. Perbadanan- perbadanan awam telah ditubuhkan untuk mengimbangi peranan pihak swasta yang selama ini mendominasi pembangunan ekonomi negara. Kerajaan beranggapan perlu untuk melibatkan diri berikutan kegagalan pihak swasta untuk membawa pertumbuhan ekonomi yang adil dalam sistem bebas (free enterprise). Tambahan pula kedudukan ekonomi dan kewangan negara ketika itu adalah kukuh. Walau bagaimanapun, peranan swasta masih diperlukan untuk menampung gunatenaga yang bertambah akibat dari pertumbuhan ekonomi negara yang pesat. Selaras dengan itu, syarikat-syarikat swasta masih diberi insentif oleh kerajaan untuk sama- sama melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi negara. Dasar ini telah memperkenalkan strategi serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Kemiskinan ditakrifkan sebagai ketidakmampuan untuk menyediakan keperluan-keperluan asas yang paling minima seperti pakaian, makanan, tempat tinggal, kesihatan dan sebagainya. Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Perancang Ekonominya telah menetapkan jumlah pendapatan seisi rumah sebagai kayu pengukur kepada garis-kemiskinan. Bagi tahun 1970 pendapatan RM200.00 sebulan dianggap berada di bawah paras kemiskinan, tahun 1975 - RM250.00, tahun 1976/77 - RM272.00 dan tahun 1979 – RM282.00 sebulan (INTAN 1980). Kemiskinan yang melingkari kehidupan masyarakat cuba ditangani dengan rancangan-rancangan yang boleh menambahkan daya pengeluaran dan meningkatkan lagi pendapatan. Penyusunan masyarakat pula adalah melalui strategi-strategi yang berkaitan dengan menaikkan taraf kehidupan luar bandar, meningkatkan aktiviti-aktiviti yang seimbang di bandar-bandar, meneroka bidang-bidang baru dalam sektor perdagangan dan perindustrian untuk diceburi oleh kaum bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain yang sudah lama melibatkan diri dalam bidang tersebut. Ini bukanlah bermakna DEB dirangka untuk memberi perhatian dan tumpuan kepada kaum bumiputera sahaja, tetapi juga mengambil kira kaum-kaum lain