Dokumen tersebut memberikan pengenalan mengenai pendidikan bahasa Melayu. Ia menjelaskan konsep dan ciri-ciri strategi pembelajaran berpusatkan murid serta pemilihan bahan bantu pengajaran yang efektif. Dokumen ini juga menyoroti peranan penting guru dalam mengimplementasikan strategi tersebut demi meningkatkan kualiti pendidikan.
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Tugasan hbml (repaired)
1. PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
JANUARI/ 2012
HBML1103
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
NO. MATRIKULASI : 831009135233001
NO. KAD PENGNEALAN : 831009135233
NO. TELEFON : 0198383600
E-MEL : doob6969@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PPT MIRI
2. HBML1103
1.0 Pengenalan
Bermula tahun 2011, kementerian pendidikan telah melaksanakan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) di setiap sekolah di seluruh Malaysia. Ia dilakasanakan pada
masa yang sangat tepat dan sesuai sekali. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia
mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Dasar pelaksanaan
KSSR adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran serta menghayati nilai- nilai murni. Tambahan pula, jika merujuk kepada
matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses
melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia
ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Sehubungan itu,
ia juga memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk dengan semangat cintai negara,
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetansei serta dapat melahirkan modal
insane seimbang yang boleh menangani cabaran apda masa akan datang.
Pelaksanaan KSSR juga memainkan peranan penting untuk memastikan semua
murid melepasi standard yang dtetapkan iaitu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang
perlu diukur dengan jelas, mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for
learning), mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran dan pelaksanaan
pentaksiran berasaskan sekolah. Konsep KSSR adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dengan berasaskan Prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu,
perkembangan inidvidu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan yang sama
untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Oleh itu, strategi pengajaran dan
pembelajaran yang efektif dan berkesan adalah amat penting dimana guru perlu
mengambil kira apa yang yang hendak dipelajari oleh setiap murid , iaitu apa yang
mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Murid-
murid perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti- aktiviti di
sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sebagai guru, bahan- bahan
pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu murid
2
3. HBML1103
untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan- bahan itu haruslah
mengandungi unsur- unsur intelek (pengetahuan) dan nilai- nilai murni yang dipercayai
dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan
bahan- bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan inidividu
yang menyeluruh dan bersepadu. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka
supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah
penting untuk mweujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s
47) telah menyatakan bahawa;
“ kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid- murid
supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan
pengajaran. Di antara hasil- hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik
darjah ialah:
≈ Pertambahan minat murid- murid dalam mata pelajaran yang diajar.
≈ Murid- murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain
≈ Murid- murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan
anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda.”
Kesimpulannya, konsep pendidikan di negara kita sekarang ini adalah bertujuan
untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah dan menengah dengan cabaran pada masa
kini dan abad ke -21. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting bagi menjayakan
proses pengajaran dan pembejaran yang berkesan. Di samping itu, kejayaan transformasi
kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk
penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.
2.0 Definisi, konsep dan ciri- ciri strategi berpusatkan murid
2.1 Definisi strategi berpusatkan murid
Pembelajaran berpusatkan murid adalah satu pendekatan pendidikan di mana murid
merancang aktiviti pembelajaran, penilaian dan kadar pembelajarannya sendiri. Dalam
konteks pembelajaran berasaskan hasil, pencapaian hasil pembelajaran adalah
tanggungjawab pelajar. Murid menentukan strategi untuk mencapai hasil pembelajaran
3
4. HBML1103
tersebut dan membuktikan pencapaiannya dengan persetujuan guru. Di samping itu,
fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga
mengembangkan kemahiran belajar dan self- awareness. Peranan guru pula berubah
daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator. Tanggungjawab untuk belajar
pula berpindah daripada guru kepada murid. Oleh itu, proses dan tujuan penilaian bukan
hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum balas untuk penambahbaikan
sepanjang proses pembelajaran.
“interaction of a team of students that experience creative learning to be used in the real
world.....students are essential to the classroom, just like a team member is essential to a
game (Thornburg, 1995)”
“the goal of a system (school) should meet the goals of the students (Harmon, & Hirumi,
1996)”
“the learner has some control in the type of construction that is given. The control
factors can range from “procedures” to “time restraints” to “evaluation”.”
Menurut definisi ini, strategi pembelajaran berpusatkan murid memberi tumpuan
kepada perkembangan pembelajaran iaitu murid sebagai individu di samping memberi
pilihan kepada murid tentang jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajarinya. Selain
itu, strategi ini juga akan membantu mewujudkan kolaborasi di antara murid masing-
masing di mana ia dapat membina pengetahuan dan persekitaran yang lebih positif.
Mereka juga akan bertanggunjawab ke atas pembelajaran mereka masing- masing kerana
ia akan melibatkan murid secara terus dalam menemui pengetahuan yang diperlukan. Di
samping itu juga, strategi pembelajaran ini juga akan menggunakan bahan yang mencabar
pengetahuan sedia ada dan melahirkan pemahaman konsep baru yang lebih mendalam.
Pada masa yang sama, guru akan bertindak sebagai fasilitator yang akan mendengar
pandangan murid dan melibatkan murid untuk merancang aktiviti pembelajaran yang
diingini. Ketika itu juga, guru sebagai fasilitator akan terlibat dalam penilaian secara
berterusan ketika aktiviti pembelajaran dijalankan.
2.2 Konsep strategi berpusatkan murid
Dalam menjayakan pengalaman pembelajaran berpusatkan murid, aspek minda murid
dan tenaga pengajar serta pendekatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu selaras
4
5. HBML1103
dengan falsafah pembelajaran berpusatkan murid atau pengajaran berpusatkan murid.
Konsep strategi berpusatkan murid menggalakkan murid berperanan lebih aktif dalam
memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti kerja lapangan, kuiz dan
penggunaan ICT secara optimum. Daya berfikir, minat dan perbezaan inidividu murid
merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkonsep
ini. Oleh itu, pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan kerana
murid akan bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menggalakan
murid lebih sedar tentang apa yang dipelajarinya dan sebab mengapa mereka perlu
mempelajari sesuatu, Selain itu, aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang
untuk melibatkan murid secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator. Murid
bertanggjungjawab menentukan strategi pembelajaran dan bagaimana hendak mencapai
hasil seperti pembelajaran melalui model pembelajaran aktif seperti pembelajaran
berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran
konstruktivisme dan pembelajaran berasakan inkuiri.
2.3 Ciri- ciri strategi berpusatkan murid
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dapat dijalankan dengan
berkesan, guru- guru harus mengetahui dan mengenalpasti ciri- ciri pengajaran dan
pembelajaran strategi berpusatkan murid. Ketika proses P&P dijalankan, murid akan
memainkan peranan yang penting seperti bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri dengan merancang aktivti pembelajaran, penilaian dan kadar
pembelajaran sendiri. Komunikasi dua hala diantara guru dan murid juga memainkan
peranan yang penting dalam proses P&P berpusatkan murid ini dimana guru akan
menyoal murid- murid tentang topik yang berkenaan sambil membimbing mereka dengan
mendapatkan jawapan yang betul untuk persoalan tersebut.
Selain itu, guru juga akan bertindak sebagai pemimpin yang demokratik yang mana
guru menggalakkan murid- murid untuk memberikan dan menyuarakan pendapat masing-
masing ketika perbincangan dilakukan. Peluang interaksi di antara murid juga menjadi
lebih positif kerana mereka akan belajar untuk bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-
menolong diantara satu sama lain. Dengan mengadakan perbincangan secara demokrasi,
maka akan wujud satu penyelesaian yang lebih adil dan dipersetujui ramai. Ini secara
5
6. HBML1103
tidak langsung menerapkan nilai murni seperti bertolak ansur dan keadilan ketika proses
P&P dijalankan. Seperti yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
matlamatnya adalah untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu dari untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ia merupakan
salah satu lagi ciri dalam pengajaran dan pembelajaran strategi berpusatkan murid. Begitu
juga jika guru menggunakan kaedah kumpulan dalam pengajaran yang dijalankan. Ia
membantu memupuk perbezaan dan minat murid di kalangan rakan- rakan yang lain. Di
situ akan wujud satu bentuk kemesraan yang harmoni kerana masing- masing ingin
berkongsi tentang minat yang berbeza. Strategi pembelajaran berpusatkan murid ini juga
akan melahirkan murid yang lebih bersifat kreatif dan berinisiatif dalam merealisasikan
matlamat pendidikan kebangsaan.
Di samping itu, guru juga akan lebih mengutamakan objektif pencapaian murid
supaya murid tahu apa yang ingin diperolehi daripada topik dipelajarinya dalam sesuatu
pembelajaran yang dijalankan. Guru juga perlu bijak dalam menyampaikan sesuatu isi
atau bahan pengajaran supaya ia lebih senang difahami, bermakna kepada murid dan
memberikan kesimpulan yang bererti di akhir proses P&P. Untuk menjadikan pengajaran
ini lebih berkesan, guru digalakkan mengadakan ujian formatif untuk mengenalpasti
kelemahan murid- murid yang berkenaan. Di samping dapat membantu murid- murid
yang bermasalah, cara itu juga membantu guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran
kerana akan sentiasa ada penambahbaikan melalui ujian yang dijalankan.
3.0 Definisi, konsep dan ciri- ciri pemilihan bahan- bahan bantu pengajaran
3.1 Definisi pemilihan bahan- bahan bantu pengajaran
Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai bahan bantu mengajar (BBM)
digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s16). Manakala menurut Mok Soon Sang
(1996, m.s 58), penggunaan BBM dalam proses pengajaran adalam amat penting. Ini
adalah kerana ia sebagai alat pemudah untuk membantu guru menyampaikan pengajaran
dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. Bahan bantu mengajar ini juga dapat
6
7. HBML1103
mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada
keadaan yang diselubungi kebosanan di kalangan murid- murid, kerana mereka hanya
lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan
adanya BBM, proses pengajaran dan pembelajaran dapat “diselamatkan” dari masalah
disiplin di dalam kelas. Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran
secara lisan oleh guru, penggunaan BBM sebenarnya turut member peluang kepada
murid meperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria
penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996, m.s 162).
Selain itu, BBM juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah
dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka
dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Konsep pemilihan bahan- bahan bantu pengajaran
Seperti yang kita ketahui, fungsi utama BBM adalah bagi memudahkan murid- murid
memahami isi pengajaran di samping membantu mereka ke arah pembentukan konsep
yang betul. BBM yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru- guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang
sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan.
Dengan adanya bahan bantu mengajar, murid-murid dapat menerima
pembelajaran dengan cepat dan membantu tanggapan yang tepat. Apabila guru- guru
memilih sesuatu bahan bantu mengajar untuk digunakan dalam pengajaran mereka,
seharusnya mempunyai pengetahuan tentang jenis- jenis rangsangan yang hendak
digunakan dan penggunaan media yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran agar dapat meninggalkan kesan. Contohnya, jika guru- guru ingin
mengunakan jenis rangsangan ‘perkataan bercetak’, pemilihan bahan bantu mengajar
yang sesuai terdiri daripada buku, edaran, terancang, carta transperansi (kepingan
lutsinar), poster atau senarai bertulis. Selepas membuat pemilihan bahan bantu mengajar,
guru- guru perlu menentukan cara penggunaannya yang paling berkesan dan mudah
dilaksanakan untuk memenuhi objektif pengajaran. Pemilihan bahan bantu mengajar
ialah proses mencari bahan- bahan yang dihasilkan dan sesuai dengan objektif pengajaran
7
8. HBML1103
dan pembelajaran. Pemilihan bahan ini biasanya dipengaruhi oleh tujuan, kegunaan,
tingkat, pencapaian pelajar, dan jangka masa sesuatu pengajaran. Keberkesanan BBM
bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam
situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).
Antara jenis- jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu;
1. Peralatan elektronik seperti computer, televisyen, radio dan sebarang alat
audio video.
2. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan
manipulative, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya.
3.3 Ciri- ciri pemilihan bahan- bahan bantu pengajaran
Para guru haruslah sentiasa berusaha mencari rangsangan yang dapat menimbulkan
perasaan atau kepuasan yang menyenangkan dalam diri pelajar. Bagi tujuan ini,
penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran, serta latihan yang
berperingkat- peringkat, bermakna dan sesuai dengan dengan kebolehan, pengalaman dan
minat pelajar perlu diambil kira. Ini supaya minat pelajar dapat dapat dikekalkan selama
yang diperlukan baginya unutk menguasai idea atau isi pelajaran tertentu. Seseorang guru
haruslah sedar bahawa murid- murid mempelajari sesuatu dengan cara yang berlainan
dan kadar kecekapan yang berbeza- beza (Habibah Alias dan Rahil Mahyuddin, 1990,
m.s 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenis bahan bantu mengajar dengan
memastikan ia memenuhi ciri- ciri yang sepatutnya. Manakala bahan bantu mengajar
yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri- ciri berikut:
a. Berkait dengan isi kandungan pelajaran yang diajar dan hasil yang
diharapkan
b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.
c. Tahan lama, pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang
diperlukan dalam pengunaannya.
d. Dibuat dengan perincian yang tepat.
e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang.
8
9. HBML1103
f. Rupa bentuk dan warna yang menarik
g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah.
h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.
i. Mudah diubah alih dan dipasang semula.
j. Fleksibel dan pelbagai guna.
k. Operasinya mudah.
l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan
semasa demonstrasi dalam kelas.
Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran
yang menyeronokkan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai objektif
pembelejaran seperti yang telah dirancangkan.
4.0 Faktor- faktor dan cara- cara sesuatu bahan bantu pembelajaran dapat
disesuaikan dengan strategi berpusatkan murid
4.1 Faktor- faktor sesuatu bahan bantu pembelajaran dapat disesuaikan
dengan strategi berpusatkan murid
4.1.1 Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu
diperhatikan ialah perbezaan di antara penglibatan dalam latih tubi
bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan satu
bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar.
Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan persaan tentang
keaadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila
berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di
bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi
9
10. HBML1103
dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti
komnunikasi. Antara faktor- faktor sesuatu bahan bantu
pembelajaran dapat disesuaikan dengan strategi berpusatkan murid
adalah:
4.1.1.1 Bahan haruslah mengandungi unsur- unsur yang
berkaitan
dengan falsafah pendidikan. Bahan- bahan pengajaran yang
dipilih mestilah boleh membantu pelajar untuk
memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-
bahan haruslah mengandungi unsur- unsur intelek
(pengetahuan) dan nilai- nilai murni yang dipercayai dapat
mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara
dewasa.
4.1.1.2 Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih
bahan-
bahan murid untuk menggunakan bahasa itu secara
efektik. Dalam pengajaran dan pembelajarn bahasa, apa
yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara
penglibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main
peranan satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan
menggunakan dalam situasi yang sebenar. Seperti
kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang
keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila
berhubung. Murid yang melibatkan diri dalam teknik
simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya
dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat
adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.
4.1.1.3 Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara
aspek
10
11. HBML1103
bahasa, proses pembelajaran dan pelajar. Pendekatan yang
baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung
berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan
kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan
perhatian kepada gelaja- gejala yang menghalang
pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran ,
walaupun menarik tidak dapat dapat membanrtu
muridmelanikan jika diamalkan dengan cara yang
sistematik dan komprehensif. Aktiviti- aktiviti jika
diwujudkan janganlah sekadar untuk meweujudkan
susasana gembira tetapi harus mengambil kira nilainya
sebagai latihan- latihan pembelajaran bahasa.
4.2 Cara- cara sesuatu bahan bantu pembelajaran dapat disesuaikan dengan
strategi berpusatkan murid
Dalam penyesuaian bahan- bahan bahasa dengan strategi pembelajaran
berpusatkan murid, guru- guru perlu memastikan butir- butir dalam
kandungan bahasa itu mengandungi unsur- unsur bahasa dan penerangan
bahasa yang selari dengan kehendak kriteria- kriteria yang telah ditetapkan
oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Berikut merupakan cara- cara
sesuatu bahan bantu pembelajaran dapat disesuaikan dengan strategi
berpusatkan murid.
4.2.1 Inspirasi dan kreativiti
Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan- bahan
yang disediakan menggalakkan cipta dan daya kreativiti murid-
murid. Ini bermakna, daripada bahan- bahan itu, mereka dapat
memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan
inspirasi mencipta idea- idea baru dan sebagainya.
11
12. HBML1103
4.2.2 Menjadikan dialog bersifat komunikatif
Aspek ini ditekankan supaya murid- murid dapat peluang
berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekaan berbahasa.
4.2.3 Mengadakan beberapa contoh yang praktikal
Bahan- bahan yang berupaya memberikan contoh- contoh yang
praktikal membolehkan murid-murid memahami aspek- aspek
pembelajaran- dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam
konteks dan situasi yang bermakna.
4.2.4 Menggunakan bahasa autentik
Penggunaan bahasa autentik membolehkan murid- murid
memahami penggunaan bahasa berdasarkan situasi sebenar. Ini
membolehkan mereka berinteraksi dalam bentuk yang lebih
sempurna di samping berupaya memenuhi keperluan hidup mereka
sehari- hari.
5.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, strategi pengajaran berpusatkan murid akan menjadi lebih
berkesan, menarik dan bermakna dengan adanya bantuan bahan bantu pengajaran yang
sesuai dan sekiranya seseorang guru itu dapat mengendalikannya dengan baik, sudah
tentu murid akan berminat untuk mengikuti pengajarannya. Bahan bantu mengajar yang
baik juga mestilah memenuhi ciri- cirinya kerana kesesuaian bahan dengan isi pelajaran
yang diajar penting bagi memastikan isi pelajaran yang disampaikan dapat diterima
dengan jelas oleh murid. Seterusnya, kekemasan, kejelasan an menarik perhatian pelajar
mestilah dipenuhi. Jika tidak bahan bantu mengajar yang digunakan tidak mampu
mencapai matlamat penggunaan bahan bantu mengajar tersebut.
12