1. NAME : GEORGE BIN MAJUNTING
MATRIX NO. : 07DKA10F2147
POLA PENYERAKAN BAHAN PENCEMAR
1.1. Pengenalan
Terdapat tiga pola utama dan tiga pola perantaraan yang sering dikaitkan
dengan keadaan tukaran suhu secara tegak dan berbeza. Tiga pola asas ini
adalah dikenali sebagai looping, coning, dan fanning yang mana kesemuanya
menghasilkan betuk masing-masing bergantung kepada suhu dan ketinggian.
Pola perantaraan pula ialah lofting, fumigation dan trapping.
1.2. Pola penyerakan
1.2.1. Looping
Looping lazimnya berlaku pada waktu siang hari, iaitu apabila langit cerah,
keadaan angin agak tenang dan diikuti dengan kadar tukaran adiabatic
lampau (super adiabatic lapse rate). Oleh kerana keadaan tidak stabil
yang melampau serta percampuran perolakan yang hebat, asap yang
dikeluarkan dari cerobong akan meresap ke udara dengan cepat dan tidak
tentu hala.
Rajah 1.1: Pola jenis Looping
1
2. NAME : GEORGE BIN MAJUNTING
MATRIX NO. : 07DKA10F2147
1.2.2. Coning
Coning selalunya berlaku apabila hari berawan dan berangin sementara
suhunya tetap menurut ketinggian. Lazimnya ia dialami di kawasan yang
beriklim lembap. Pola jenis ini akan menghasilkan bentuk sebaran seakan-
akan kon.
Rajah 1.2: Pola jenis Coning
1.2.3. Fanning
Fanning lazimnya diperhatikan berlaku pada waktu malam dan pada awal
pagi apabila langit cerah dan tiupan angin tidak kuat, iaitu suatu keadaan
yang menggalakkan pembentukan lapisan udara permukaan yang tebal
dan stabil. Keadaan seumpama ini boleh berterusan di sepanjang hari
terutamanya di garis lintang tinggi dimana terdapat litupan salji di
permukaan. Masalah pencemaran yang dahsyat boleh berlaku sekiranya
cerobong adalah lebih rendah berbanding dengan bangunan-bangunan
atau objek yang berhampiran.
2
3. NAME : GEORGE BIN MAJUNTING
MATRIX NO. : 07DKA10F2147
Rajah 1.3: Pola jenis Fanning
1.2.4. Lofting
Lofting berlaku apabila cerobong asap mempunyai ketinggian yang sama
dengan lapisan olak suhu sementara di bahagian atas cerobong itu
udaranya tidak stabil.
Rajah 1.4: Pola jenis Lofting
1.2.5. Fumigation dan Trapping
Fumigation dan trapping berlaku apabila lapisan udara tidak stabil atau
neutral di bahagian permukaan itu diikuti oleh satu lapisan stabil olak suhu
di bahagian atasnya.
3
4. NAME : GEORGE BIN MAJUNTING
MATRIX NO. : 07DKA10F2147
Rajah 1.5: Pola jenis Fumigation
1.3. Kestabilan udara dan hubungannya dengan bentuk-bentuk asap
Rajah 1.6: Kestabilan udara dan hubungannya dengan bentuk-bentuk asap
4