SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  33
SMN6044
          ISU-ISU KONTEMPORARI
     DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
            BAHASA PENGANTAR


         TUGASAN 2 : PENULISAN ILMIAH



           SEMESTER 2 SESI 2011/2012



       NAMA                      NO. MATRIK
   NORHASSEME
                                M20112001422
 BINTI MOHD DAUD
    MAWADDAH
                                M20112001456
   BINTI IBRAHIM
SITI NOR FADZLINDA
                                M20112001463
 BINTI KAMARUDIN
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


                           Isi Kandungan



Abstrak                                                               1

Isu-Isu Semasa                                                        2

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada                                  15

Masalah Bahasa Pengantar

Langkah-Langkah Penyelesaian                                          20

Kesimpulan                                                            28

Rujukan                                                               29




                                    2
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


ABSTRAK



Penulisan ilmiah ini adalah bertujuan untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan bahasa

pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah. Penulisan ini

dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu isu-isu semasa, faktor-faktor yang

menyumbang kepada wujudnya pelbagai masalah dan juga langkah penyelesaian untuk

meminimakan atau menghapuskan masalah-masalah yang berkaitan dengan bahasa pengantar

ini. Isu-isu semasa melibatkan PPSMI, MBMMBI, TIMMS dan sebagainya adalah

merupakan topik yang dikupas lebih lanjut di dalam penulisan ilmiah ini. Faktor-faktor yang

menyumbang kepada wujudnya masalah bahasa pengantar di kalangan pelajar ini juga

dikupas dengan lebih lanjut di mana faktor guru, pelajar, persekitaran dan pentadbiran

diketengahkan dan dibincangkan dengan mendalam. Di samping itu, topik langkah

penyelesaian juga turut membincangkan empat faktor di atas dalam menyelesaikan masalah

bahasa pengantar ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu bahasa pengantar ini boleh

diminimakan sekiranya terdapat pelbagai pendekatan diambil untuk memanipulasikan bahasa

pengantar ini di mana semua pihak termasuklah para guru, ibu bapa, masyarakat,

Kementerian pendidikan Malaysia amnya dan juga para pelajar khususnya. Pelbagai kajian

lampau dijadikan sumber rujukan bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian ini. Diharapkan

kajian yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar, guru, sekolah mahupun

ibu bapa serta masyarakat dalam usaha memperbaiki taraf pendidikan khususnya dalam mata

pelajaran Matematik. Semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah ini agar dapat

membantu pembelajaran pelajar untuk memahami dan menguasai Matematik.




                                            3
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


ISU-ISU SEMASA


Masalah bahasa pengantar ini adalah berpunca dari pelbagai sumber, di mana salah satunya

adalah kerana rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai etnik dan budaya. Jati diri yang wujud di

kalangan setiap kaum ini menyebabkan mereka lebih selesa untuk menggunakan bahasa

ibunda berbanding dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar walaupun mereka

menyedari akan kepentingan bahasa antarabangsa ini.


       Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2005, bahasa boleh

didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan

dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang

lain, dan sebagainya), serta percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.

Sehubungan itu, bahasa pengantar member pengertian dan pendefinisian bahawa bahasa yang

digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran (di sekolah) atau

perundingan (mesyuarat, dan sebagainya).


       Ilmu berkembang dengan begitu pantas dalam dunia era globalisasi kini. Kemajuan

dalam teknologi maklumat memberi kesan kepada kehidupan dan sistem pendidikan di

Malaysia. Perubahan demi perubahan ini turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Bahasa dalam pengajaran merupakan

satu isu yang wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia. Perdebatan tentang isu ini hangat

diperkatakan dan perkara ini mendapat maklum balas daripada banyak pihak. Bahasa

merupakan alat komunikasi yang membolehkan nilai-nilai budaya, kepercayaan dan

pengetahuan yang difikirkan, dirunding dan disampaikan dari satu generasi ke generasi yang

lain (Garagae, K.G.). Di sekolah, bahasa merupakan instrumen dan juga jentera dalam

interaksi antara guru dan pelajar (Smith & Ennis, 1961:112).




                                              4
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


       Penggunaan bahasa yang sesuai dan mudah difahami oleh pelajar adalah penting bagi

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan komunikasi dua

hala dapat diwujudkan di antara guru dan pelajar. Menurut Smith & Ennis, bagi

meningkatkan pencapaian pelajar, mereka haruslah mahir dalam bahasa dalam pengajaran

dan pembelajaran. Dalam subjek Matematik, pelajar haruslah mahir dalam bahasa pengantar

dan bahasa Matematik seperti simbol Matematik.


       Laporan kajian Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu

atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) yang turut

menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah

lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang

diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:


“ Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan

   selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting

   supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai

   bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan

   penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan

   bahasa di sekolah.                                                                        ”


   (On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to

   as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling

   through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to

   begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school

   as small as possible.)




                                              5
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


   Selain itu, terdapat laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-

Achieving Countries ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan

kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang

dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk              Eliminating Human Poverty:

Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian

terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah

didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa

pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang

dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah.


       Menurut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) Akta 550 bagi Bahagian IV : Sistem

Pendidikan Kebangsaan (Perkara 17) bahawa bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa

pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali

sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi

pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini dan jika bahasa

pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan,

maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi

pendidikan itu.



       Justeru, menurut Bahagian I : Tafsiran (Bil : 2) bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan

(SJK) menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama dan

menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan

Sekolah Kebangsaan (SK) menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar

utama dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib.

       Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

(PPSMI) telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada

                                               6
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri

Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran

Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003

dengan perintisnya ialah semua murid Tahun Satu untuk peringkat Sekolah Rendah dan

Tingkatan Satu serta Tingkatan Enam Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah

sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.



       Menurut kenyataan Tun Dr. Mahathir, pelaksanaan PPSMI disebabkan beliau melihat

pegawai dalam Kementerian Luar Negara tidak mampu menggunakan bahasa Inggeris untuk

mengurus hal-hal antarabangsa. Beliau telah bercadang untuk menubuhkan sekolah aliran

Inggeris semula, tetapi cadangan beliau dikatakan tidak disetujui oleh UMNO, maka beliau

telah mengumumkan bahawa akan melaksanakan dasar PPSMI mulai tahun 2003. (New Strait

Times 20.7.2002; The Sun 19-20.11.2005). Salah satu sebab lain pelaksanaan dasar ini adalah

lebih 90 peratus graduan Melayu tidak berjaya mendapat pekerjaan, lantaran kelemahan

mereka dalam bahasa Inggeris (Lee 2003 : 32). Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir

Mohamad (2008) juga menyatakan :



“Hanya fasih bertutur dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan

menjadi bangsa yang mulia dan tidak mampu bersaing dengan bangsa-bangsa maju. Sejarah

menunjukkan bahawa penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan

penguasaan bahasanya. Penterjemah Melayu yang sedikit bilangan tidak mampu

menterjemah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangan ilmu. Sebaliknya jika kita

belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung

sendiri semua ilmu yang diterokai.”


                                            7
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


       Peruntukkan masa pengajaran dan pembelajaran bagi Sekolah Kebangsaan dan

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 90 minit seminggu bagi mata pelajaran Sains dan 210 minit

bagi Matematik Tahun Satu. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pula, 90 minit Bahasa

Inggeris dan 90 minit dalam Bahasa Cina diperuntukkan bagi pengajaran dan pembelajaran

Sains dalam seminggu. Manakala untuk Matematik pula, 180 minit dalam Bahasa Cina dan

120 minit dalam Bahasa Inggeris. Peruntukkan masa bagi Sekolah Menengah dan Tingkatan

Enam Rendah adalah kekal dan mengikut peruntukkan sedia ada iaitu, 320 minit dalam

seminggu bagi setiap mata pelajaran.



       Mulai tahun 2003 hingga 2007, semua peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM dan

STPM) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah disediakan dalam dwi bahasa.

Sekolah Kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil menggunakan Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris, Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Kebangsaan manakala Sekolah

Menengah dan Tingkatan Enam Rendah menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Para calon dibenarkan menjawab soalan peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut

dalam salah satu daripada dua bahasa atau dalam kedua-dua bahasa.



       Pelbagai strategi pelaksanaan yang telah direncanakan oleh pihak kerajaan dalam

memantapkan dasar PPSMI bagi aspek pendidik itu sendiri. Antaranya, Bayaran Insentif

Subjek Pendidikan (Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) sebanyak 10 peratus daripada gaji

pokok untuk Guru Bukan Siswazah dan lima peratus untuk Guru Siswazah yang mengajar

ketiga-tiga subjek tersebut diperkenalkan mulai tahun 2003. Para guru yang terlibat juga

dikehendaki menjalani kursus ETEMS untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam

pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan


                                            8
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


komputer riba dan projector LCD serta Bahan Bantu Mengajar dalam Bahasa Inggeris untuk

subjek-subjek yang berkenaan. Projek Rangkaian SchoolNet yang menyambungkan semua

sekolah di Malaysia dalam satu jaringan berkelajuan 1Mbps (muat turun) dan 128Kbps (muat

naik) telah diperkenalkan. Projek ini bertujuan membudayakan penggunaan Internet dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia membolehkan setiap sekolah mempunyai

capaian ke Internet. Projek ini dibiayai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (SKMM) bagi tempoh lima tahun dengan jumlah anggaran kos sebanyak RM

374.20 juta. Sehingga tahun 2005, sebanyak 9 285 sekolah telah dirangkaikan.


       Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI

mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan

peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut

pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran Biologi

menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87 peratus (91.45 peratus hingga 96.32

peratus), Matematik Tambahan 6.81 peratus (68.61 peratus hingga 74.76 peratus), Fizik 8.76

peratus (94.87 peratus hingga 97.63 peratus), Matematik 1.04 peratus (77.61 peratus hingga

78.65 peratus) dan Sains Tambahan 4.29 peratus (86.25 peratus hingga 90.54 peratus),

sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam

pelajaran peringkat menengah.


       Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian

Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematik

dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Pada

13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi

penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik. Ketua Pengarah

Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31


                                            9
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


peratus dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementara

untuk kertas Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46 peratus). Walau

bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut Presiden

Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, iaitu sebanyak 31.1

peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun

matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar

belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi

menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh, di

samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan

menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.


       Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and

Science Study (TIMSS 2007) dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College,

Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk

secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains

(pelajar Gred Lapan atau Tingkatan Dua) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia

pada tahun 2007. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam

Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata

berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor

Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort

1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.


       Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi

Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di

kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia

tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics dalam TIMSS 2007 berbanding


                                           10
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


enam peratus pada 2003. Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori

ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate

Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi

2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain. Berdasarkan

perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori

matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007,

hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45

peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10

peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia

(lima peratus). Dalam kategori High Benchmark 550 Mathematics, hanya 18 peratus pelajar

Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70

peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus),

Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus).

Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-

tiga kategori pencapaian Sains juga merosot secara mendadak.


       Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian Matematik dan

Sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar Matematik dan Sains dalam

bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding

pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa

kedua/asing. Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses

pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan

kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang

pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah

seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.



                                             11
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


       Antara kajian untuk mengkaji kelemahan dasar PPSMI ialah Kajian Tahap

Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan

Murid oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) menggunakan kepakaran 53

pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008.

Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi

Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti

Teknologi Mara. Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada

pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai

553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai

sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan. Kajian mendapati sejumlah 39.3

peratus guru Sekolah Rendah dan 13.2 peratus guru Sekolah Menengah masih belum

berpeluang menghadiri taklimat asas PPSMI. Keadaan ini telah berlanjutan, dan jika tidak

diberi perhatian, akan menyebabkan prestasi pengajaran guru tidak berkualiti.


       Penguasaan Bahasa Inggeris guru-guru PPSMI amatlah kritikal dan merupakan

masalah utama untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru

belum yakin sepenuhnya untuk menggunakan Bahasa Inggeris, terutama sekolah di luar

bandar. Kajian mendapati 39.3 peratus guru Sekolah Rendah dan 25.3 peratus guru Sekolah

Menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris. Walaupun mereka

gagal, mereka terus mengajar dan masih menerima elaun Bayaran Insentif Subjek

Pendidikan. Kedudukan ini membimbangkan kerana ia memberi kesan terus kepada pedagogi

serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


       Kajian juga mendapati masih terdapat guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yang

tidak berkelayakan atau tidak tergolong sama ada mempunyai opsyen pertama atau opsyen

kedua dalam bidang Sains atau Matematik yang mengajar mata pelajaran PPSMI. Di samping


                                             12
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


itu sejumlah 1.4 peratus guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah yang tidak berkelayakan

dalam bidang Sains atau Matematik terus mengajar mata pelajaran PPSMI. Amalan ini

sepatutnya tidak berlaku secara berterusan kerana mata pelajaran PPSMI mementingkan

konsep dan istilah dengan huraian secara saintifik dan tepat serta bukan sekadar mengajar

murid dengan menggunakan bahasa Inggeris.


       Secara keseluruhannya prestasi pengajaran dan pembelajaran guru PPSMI dalam bilik

darjah adalah pada tahap sederhana iaitu 54.4 peratus. Justeru, usaha untuk meningkatkan

Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) memerlukan usaha yang berlipat ganda, iaitu

lebih daripada 20 peratus untuk mencapai tahap baik atau melebihi 30 peratus pada tahap

cemerlang dalam aspek permulaan, penyampaian, penggunaan dan interaksi murid dan guru

dalam Bahasa Inggeris dan penggunaan serta kemahiran menggunakan Teknologi Komputer.

Bagi melipat gandakan usaha ini berkemungkinan mengambil masa lebih daripada 10 tahun

bagi mencapai matlamat PPSMI.


       Dapatan kajian menunjukkan guru-guru PPSMI mempunyai kompetensi pada tahap

sederhana dalam melaksanakan proses pengajaran pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Ini

bermakna jurang kompetensi agak besar sejumlah 42.10 peratus untuk diperbaik bagi menjadi

guru yang cekap dan berkualiti. Akibatnya pengajaran guru tidak bermaya, kaku, gagal

menyampaikan isi pengajaran dengan tepat dan berkesan, menjemukan, lebih banyak

membaca nota, buku teks atau menggunakan papan tulis. Gagal menghurai atau mengolah isi

pengajaran dengan baik. Penggunaan bahasa bercampur aduk iaitu dwibahasa sama ada

bahasa Melayu atau ibunda melebihi bahasa Inggeris atau bahasa Inggeris melebihi bahasa

Melayu atau ibunda serta terdapat juga guru tidak menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.


       Kecekapan guru dalam mengendali dan menggunakan Teknologi Komputer pada

tahap sederhana. Dalam erti kata lain guru-guru masih kurang menggunakan bahan Teknologi

                                            13
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


Komputer atau menggunakannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Penggunaan

teknologi komputer dalam PPSMI ini dianggap oleh guru-guru Sains dan Matematik tidak

banyak membantu murid dalam memahami isi kandungan pelajaran dan proses pengajaran

pembelajaran mereka.


       Tulang belakang PPSMI terletak pada bahu pentadbir sekolah. Mereka memainkan

peranan penting yang dipikul dan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran guru

serta pencapaian akademik murid. Kajian mendapati pentadbir yang prihatin dengan

Teknologi Komputer, mengaktifkan peranan panitia dalam PPSMI dan melaksanakan

pemantauan ke atas pengajaran guru-guru memberi kesan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta meningkatkan prestasi murid.


       Daripada 12 mata pelajaran yang diuji, didapati bahawa murid-murid di kawasan

Bandar mengatasi rakan-rakan mereka di kawasan luar bandar dalam 10 mata pelajaran

(kecuali mata pelajaran Fizik Kertas Satu dan Kimia Kertas Satu) dengan perbezaan markah

purata antara 3.30 hingga 19.73.


       Status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan

pencapaian bahasa Inggeris murid-murid iaitu Sekolah Rendah didapati sumbangan dan

korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang

meningkatkan Bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada

sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris. Bagi Sekolah Menengah Aliran Sastera,

mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi

Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus

dan 0.6 peratus bagi Sains. Di samping itu, bagi Sekolah Menengah Aliran Sains, hanya dua

mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia

Kertas Dua dan Matematik Tambahan. Jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya

                                            14
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia Kertas Dua dan 0.3

peratus bagi Matematik Tambahan. Kajian PEMBINA dengan jelas mendapati sesungguhnya

pelaksanaan PPSMI menimbulkan kerugian berganda (double jeopardy) kepada murid-murid,

terutama kepada lebih kurang 75 peratus murid-murid yang tergolong dalam kategori

sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan

Matematik. PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid

untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat Sekolah Rendah lagi.


       Pada 4 November 2011, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah kekal dan

kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengah

pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran

Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan

dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-

dua mata pelajaran itu akan dilaksanakan sepenuhya pada 2021. Kabinet juga memutuskan

untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata

pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima. Ini bermakna murid kohort

PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa

Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan

Satu bermula tahun depan. Sehubungan itu, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang

dijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar

kerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa

Inggeris. Sebaliknya    beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan dasar

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Walaubagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan

dan nasib pelajar lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian

                                            15
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


tinggi khususnya di Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan

bahasa Inggeris sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di

Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di

Malaysia yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan

pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam pelbagai bidang.


      Kementerian    Pelajaran   Malaysia   melaksanakan   MBMMBI       melalui   strategi

Memartabatkan Bahasa Melayu melalui pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran, lima

IPGM khusus Bahasa Melayu, peluasan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan

melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan

dan bahasa ibunda di SJKC dan SJKT. Justeru, strategi memperkukuhkan Bahasa Inggeris

melalui penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran BI di SK, SM, SJKC dan SJKT,

empat IPGM dan satu pusat bahasa khusus Bahasa Inggeris, pendekatan Pengajaran dan

Pembelajaran dan menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa.




                                            16
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH BAHASA

PENGANTAR




Bahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isi pelajaran

serta pembelajaran dan untuk mencapai objektif sesuatu pelajaran. Terdapat paelbagai kajian

yang dijalankan sebelum ini mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi

kewujudan permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai Matematik yang disebabkan

oleh bahasa pengantar pembelajaran. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor pengajaran

guru dalam Bahasa Inggeris, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar, sekolah dan

persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan faktor utama menyumbang

kepada kecemerlangan pelajar dalam akademik ini kerana guru yang bijaksana akan

menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurut Robiah

(1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak pembelajaran dan

penglibatan pelajar dalam Matematik. Selain itu Kamaruddin (1989), daya tarikan sesuatu

pelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan pengajaran guru. Ini jelas

menunjukkan bahawa guru merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan

pelajar dalam akademik. Ini kerana kecekapan dan keberkesanan seorang guru memainkan

peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar

untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik mereka.



       Mengapa guru menganggap bahasa pengantar ini menjadi masalah kepada mereka

dalam menyampaikan pengajaran mereka? Antara sebab-sebabnya adalah guru-guru ini tidak

menguasai Bahasa Inggeris, tidak mempunyai persediaan yang khusus misalnya persediaan

sebelum pelaksanaan PPSMI dijalankan, kaedah pengajaran guru, kurang pengalaman dan

guru mengajar bidang yang bukan opsyen mereka. Menurut Nik Aziz (1996), keberkesanan

                                            17
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


pengajaran Matematik boleh dicapai dengan adanya komitmen guru yang menjalankan tugas

dengan penuh tanggungjawab dan berusaha meningkatkan pengetahuan dan penguasaan

mereka di dalam bahasa Inggeris. Apabila seseorang guru itu tidak dapat menguasai Bahasa

Inggeris yang akan dijadikan bahasa pengantar pembelajaran mereka, sudah pasti perkara ini

akan mengakibatkan pengajaran guru menjadi tidak berkesan dan sukar bagi guru-guru ini

untuk memberikan apa-apa arahan sekaligus untuk menyampaikan pengajaran itu dengan

lebih mendalam. Guru menjadi tidak yakin dengan pengajarannya dan akhirnya tiada

hubungan dua hala yang berlaku antara guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Menurut Mazlini Adnan dan Marzita Puteh (2009), terdapat

perbezaan yang signifikan dalam keyakinan guru berdasarkan pengalaman dalam pengajaran

Matematik. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Matematik yang mengajar

subjek Matematik dalam bahasa Inggeris perlu membangunkan tahap keyakinan yang tinggi

supaya pengajaran subjek Matematik ini boleh dicapai dengan cepat dan berkesan.



       Selain itu, kaedah pengajaran guru dalam penguunaan bahasa pengantar juga

memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kamaruddin (1989)

menyatakan sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru yang pandai dan

berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam

pengajarannya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Blair (1989) pula, pendekatan

pengajaran guru yang pelbagai menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mampu

menarik minat responden serta responden mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap

gurunya. Oleh itu, kaedah pengajaran guru yang pelbagai akan menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan sekaligus dapat menarik minat

pelajar untuk belajar. Ini selari dengan pendapat Sinari (2003) yang menyatakan guru




                                           18
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


memainkan peranan yang penting kerana guru merupakan media penyampai ilmu

pengetahuan kepada pelajar.



       Persediaan guru semasa proses pengajaran adalah penting apabila guru tersebut

menggunakan bahasa pengantar yang berbeza dengan bahasa ibunda mereka. Menurut Abdul

Rahim (1984), kesediaan guru sebelum memulakan pengajaran mempunyai pengaruh yang

kuat dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala menurut Mohd Shahnan (2003) pula,

pengajaran guru mestilah teratur dan sistematik kerana Matematik merupakan mata pelajaran

yang berhierarki dan saling berkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. Oleh itu, guru

perlulah bersedia dengan tajuk-tajuk yang ingin disampaikan di samping pengetahuan isi

kandungan yang mantap. Ini kerana apabila guru bersedia sebelum memulakan proses

pengajarannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan baik dan

berkesan, guru mempunyai keyakinan yang tinggi apabila menyampaikan pengajaran,

pengajaran guru menjadi lebih sistematik dan teratur, pelajar berasa yakin dengan guru dan

akhirnya dapat menarik minat pelajar.



       Matematik merupakan mata pelajaran yang penting dan merupakan satu mata

pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar, apabila pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran ini menggunakan Bahasa Inggeris, ini semestinya menjadikan matapelajaran

ini lebih mencabar lagi. Menurut Mohini dan Aziz (2008), dengan perlaksanaan pengajaran

Matematik dalam bahasa Inggeris menambah satu lagi masalah kepada pelajar. Masalah

bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik mempunyai

impak yang negatif dalam pencapaian pelajar dalam Matematik. Antara faktor-faktor yang

menjadikan bahasa pengantar ini satu masalah kepada pelajar ialah kerana pelajar

mempunyai asas Bahasa Inggeris yang lemah, kurang keyakinan menggunakan Bahasa


                                             19
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


Inggeris, malu untuk berkomunikasi, tidak minat dan bahasa ibunda yang berbeza dengan

bahasa pengantar yang digunakan dalam pembelajaran.pelajar yang menghadapi masalah

adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik seerta mempunyai asas Bahasa

Inggeris yang lemah. Fattman (1986) ada menyatakan kejayaan seseorang dalam mata

pelajaran bahasa kedua dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Selain itu,

menurut Jumrang (2004), jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaran

guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya

ia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut. Ini jelas

menunjukkan bahawa bahasa memainkan peranan dalam pembelajaran pelajar. Pelajar yang

mempunyai asas Bahasa Inggeris yang lemah akan menghadapi masalah dalam pembelajaran

Matematik, ini kerana pelajar bukan sahaja sukar memahami istilah-istilah yang digunakan

sekaligus menyebabkan mereka tidak mampu menyelesaikan masalah Matematik yang diberi.

Ini sejajar dengan hasil dapatan Abdul Aziz (2002) yang menyatakan bahawa kegagalan

pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris memungkinkan pelajar-pelajar bukan sahaja gagal

dalam bahasa kedua tersebut malah turut sama gagal untuk mata pelajaran Sains dan

Matematik. Akibatnya, pelajar akan menghadapi masalah pembelajaran Matematik, pelajar

tidak memahami istilah atau sebutan Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam

menstrukturkan ayat, malu untuk berkomunikasi atau bertanyakan soalan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan, tidak dapat menjawab soalan ujian mahupun

peperiksaan dalam bahasa Inggeris dengan baik dan pelajar tidak mempunyai kesediaan,

minat dan keyakinan dalam matapelajaran Matematik.



       Sekolah-sekolah di Malaysia juga terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Kebangsaan

yang menggunakan bahasa Melayu atau Sekolah Jenis Kebangsaan yang menggunakan




                                            20
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar mereka. Berdasarkan petikan

akhbar Berita Harian bertarikh 9 November 2011,

              “Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud

               berkata, Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa untuk memilih BM

               atau BI atau kedua-duanya untuk mengajar subjek Matematik dan

               Sains mulai tahun depan sehingga Program Pembelajaran Sains dan

               Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya

               pada 2020.”



Ini bermakna pihak sekolah diberi pilihan untuk memilih bahasa pengantar bagi sekolah

mereka. Ini bertujuan untuk memberi pilihan kepada ibubapa dan pelajar memilih sekolah

yang menggunakan bahasa pengantar pembelajaran yang diinginkan. Selain itu, langkah ini

adalah bertujuan untuk megelakkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dengan

perubahan PPSMI kepada MBMMBI.



       Persekitaran pembelajaran juga mempengaruhi penggunaan bahasa. Ini kerana pelajar

akan menghadapi masalah sekiranya bahasa pengantar pembelajaran tidak sama dengan

bahasa ibunda mereka. Menurut Ee Ah Meng (1992), persekitaran yang baik dan

memberangsangkan akan menjadikan responden bermotivasi untuk belajar dengan

bersungguh-sungguh. Manakala menurut Mohd Ibrahim (1995) pula, pembelajaran berkesan

adalah disebabkan oleh faktor persekitaran yang menyenangkan.




                                           21
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN




Faktor-faktor yang disebut di atas menunjukkan bahawa kita perlu menangani pelbagai

elemen untuk mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan bahasa pengantar ini. Bahagian ini

akan membahagikan kepada empat langkah penyelesaian iaitu melibatkan pihak guru, pelajar,

pentadbiran dan lain-lain langkah yang wajar dilaksanakan.


       Sebagai perancang dalam pembangunan pengajaran dan pembelajaran di sekolah,

guru perlu melengkapkan diri dengan segala jenis maklumat yang akan digunakan di sekolah

kelak. Kekurangan sesuatu aspek akan memberikan implikasi kepada sistem pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Justeru, guru haruslah bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran,

latihan dan emosi untuk berhadapan dengan sebarang situasi yang mungkin timbul semasa

melaksanakan pengajaran Matematik menggunakan bahasa Inggeris. Kejayaan kurikulum

mata pelajaran ini sebahagian besarnya bergantung kepada strategi pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Maka, dapat disimpulkan bahawa

peranan guru adalah sangat penting dalam alam pendidikan. Maka, guru perlu melengkapkan

diri dengan memilih kefahaman, kemahiran, pengetahuan perguruan serta kepakaran sebagai

guru Matematik dan ini membolehkan mereka berdepan dengan tugas-tugas pendidikan

dengan lebih berhikmah dan proaktif.


       Guru juga perlu mempunyai kesediaan yang cukup dari segi keyakinan, kemampuan

dan emosinya semasa menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Selain itu, pengetahuan

mengenai Matematik yang ada pada seseorang guru, perlu disampaikan dengan pelbagai

kemahiran mengajar. Atan (1980) pula menyatakan bahawa pengetahuan mendalam

mengenai isi kandungan pelajaran yang hendak diajar sahaja tidak mencukupi bagi

menghasilkan pengajaran yang efektif.

                                            22
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


       Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka kerana proses pengajaran

yang baik tidak akan berjaya sekiranya guru hanya bercakap atau memberi kuliah sahaja.

Sebaliknya guru perlu melibatkan murid secara aktif di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran antaranya untuk menjana minda murid dengan menarik perhatian, menyoal atau

meminta murid member pendapat menggunakan pengetahuan sedia ada. Kreativiti dan

inisiatif berwawasan guru merupakan penggerak utama ke arah pencapaian pelajar yang

cemerlang. Maka, jelaslah bahawa kesediaan guru dalam kelas adalah begitu penting sekali.


       Guru yang merupakan pelaksana utama kurikulum di peringkat bilik darjah perlu

diberi latihan berterusan mengenai strategi-strategi meningkatkan keberkesanan pengajaran

Matematik bagi menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid. Glickman (1998)

menyatakan bahawa inti pati kejayaan sesuatu pengajaran adalah hasil daripada tindakan dan

pemikiran ahli profesional di sekolah. Kursus dalam perkhidmatan dan sebarang program

yang dapat menambahkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan guru adalah aspek yang

tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Ini bersesuaian dengan apa yang ditekankan di dalam

KBSM iaitu memupuk budaya belajar seumur hidup. Perkara demikian sangat penting bagi

seseorang guru. Jika seseorang guru itu tidak berusaha memajukan dirinya sendiri, dia akan

kehilangan keyakinan semasa pengajarannya, terutamanya apabila murid menyoal sesuatu

perkara baru. Selain itu, ia turut menimbulkan masalah ketidakmampuan guru untuk

menerima sesuatu perubahan terutamanya dalam perubahan kurikulum sekolah. Laporan

Jemaah Nazir Sekolah (1996) mendapati program latihan yang dihadiri oleh guru adalah

sangat berfaedah dan dapat membantu mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah dengan lebih baik lagi.


       Menurut Zalizan (2000) keberkesanan pengajaran dipengaruhi oleh kepelbagaian

kaedah dan strategi pengajaran yang pada asasnya mirip kepada pendekatan pengajaran

berpusatkan pelajar. Sekiranya guru itu kurang persediaan, pendekatan pengajaran adalah

                                            23
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


lebih berpusatkan guru itu sendiri di mana pelajarnya hanya menerima maklumat sahaja

bukannya memberi, mengolah atau berkongsi maklumat sepanjang proses pembelajaran

mereka. Ini membolehkan seseorang guru yang kurang persediaan itu berasa lebih “selamat”

dengan penyampaiannya di dalam kelas. Maka setiap guru mestilah mempunyai maklumat,

kemahiran dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi untuk melaksanakan

pengajaran Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris. Seseorang guru perlu

menguasai semaksimum mungkin mata pelajaran yang hendak diajarnya (Atan, 1982).

Kurangnya pengetahuan guru terhadap mata pelajaran yang diajar akan menimbulkan rasa

tidak yakin kepada diri guru itu sendiri seterusnya mendatangkan rasa bimbang dan

menghilangkan kepercayaan murid kepada guru. Kaedah pengajaran dan persembahan yang

baik dapat menjadikan pelajar lebih berminat terhadap mata pelajaran tertentu dan ini

memerlukan seseorang guru yang mantap dan benar-benar bersedia dengan apa yang akan

diajar.


          Di samping itu, adalah penting untuk memastikan bahawa guru-guru tersebut

mengajar mata pelajaran opsyen mereka sendiri. Ini dikukuhkan lagi oleh Hairunisa (2001)

yang menyatakan bahawa komponen utama di dalam kesediaan guru untuk mengajar ialah

pengetahuan guru itu sendiri. Keupayaan guru dari segi pengetahuan terhadap apa sahaja

yang hendak mereka berikan kepada pelajar adalah sangat penting.


          Sementara itu, menurut Omar (1993), guru-guru tidak akan dapat mengajar dengan

berkesan tanpa perbendaharaan yang cukup. Seseorang itu akan dapat menguasai sesuatu

bahasa dari semua aspek sekiranya ia mempunyai serta menguasai perbendaharaan yang luas.

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa penguasaan serta kesediaan yang tinggi diperlukan

bagi membolehkan seseorang guru itu menyampaikan pengajaran Matematik dalam Bahasa

Inggeris dengan baik. Kemahiran dan penguasaan mata pelajaran adalah aset penting bagi



                                              24
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


seseorang guru. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi akan dapat

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap dan berkeyakinan.


       Pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh seseorang guru untuk memajukan dirinya

antaranya ialah menghadiri ceramah dan kursus dalam perkhidmatan. Nadzim (2000)

berpendapat tahap keyakinan serta kesediaan guru dalam menyampaikan sesuatu mata

pelajaran adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya

keyakinan yang tinggi serta kesediaan yang mapan, pengajaran yang hendak disampaikan

akan menjadi lebih efektif. Kursus dan latihan sentiasa diberi bagi memastikan pengetahuan

guru adalah seiring dengan perkembangan ilmu semasa, jika ini tidak berlaku bermakna guru-

guru kita ketinggalan berbanding warga pendidik negara lain. Usaha kerajaan memberi

penekanan dalam hal ini adalah suatu janji kepada perubahan dari segi sikap dan pengetahuan

guru, kita tidak mahu guru yang mendap, jumud dan beku (Razali, 2003). Oleh itu, kreativiti

dan inovatif guru perlu diasah melalui kursus kemahiran berfikir dan menekankan peranan

mereka sebagai pemudah cara dalam setiap penyampaian ilmu itu. Guru-guru harus tahu

keperluan para pelajar sekarang, cara untuk memikat dan menarik perhatian pelajar. Dengan

pengetahuan secukupnya seseorang itu boleh membuat pelbagai perubahan di dalam kaedah

pengajarannya kerana mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka semakin yakin untuk

berfikir dan melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan produktif supaya

pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris menjadi lebih menarik dan berkesan.


       Selain itu, para pelajar sendiri memainkan peranan penting untuk memastikan bahasa

pengantar bukan lagi satu isu dalam pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mereka

mestilah berani mencuba untuk menguasai bahasa lain untuk mengelakkan kekeliruan

memilih bahasa ibunda. Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa

Bahasa Inggeris adalah bahasa yang diguna luas di mana- mana bidang. Perjanjian atau surat-

surat biasanya adalah dalam bahasa Inggeris. Jika kita tidak menguasai bahasa tersebut, kita

                                            25
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


mungkin akan ketinggalan. Beliau juga berkata, oleh kerana kekurangan penegasan

penggunaan bahasa Inggeris beberapa tahun ini, kerajaan mendapati mereka yang lemah

dalam menguasai bahasa tersebut juga menjadi cacat dalam menghadapi cabaran pada era

ekonomi baru. Oleh itu, kita perlu memperbaiki kelemahan dalam bidang ini (New Straits

Times, 7 Mei 2002). Oleh itu, para pelajar mesti sedar akan kepentingan bahasa kedua ini

dalam menjamin masa depan mereka kelak. Selain dari itu, Yeap Soo Yin (2006) mengatakan

kebanyakan perisian yang ada di pasaran pada masa kini adalah bukan dalam versi Bahasa

Melayu. Isi yang ada pada perisian pendidikan ini adalah tidak mengikut sukatan pelajaran

yang dikehendaki. Selain itu, pelajar adalah kurang memahami perisian tersebut kerana

perisian ini adalah menggunakan Bahasa Inggeris. Dengan ini, pelajar akan hilang minat

apabila tidak memahami apa yang diajar dalam perisian tersebut. Kelemahan dalam

penguasaan Bahasa Ingeeris ini akan menyebabkan keputusan para pelajar merudum dan

merosakkan masa depan mereka. Kesannya, ini boleh menyebabkan peningkatan

pengangguran selepas para pelajar lemah tamat pelajaran sama ada di peringkat sekolah

menengah atau peringkat lebih tinggi. Keperluan kepada kefasihan bertutur dan kemampuan

menulis dalam bahasa kedua ini sudah menjadi pengetahuan wajib bagi sesetengah syarikat

antarabangsa.


       Selain daripada guru dan pelajar, kerajaan juga merlu memainkan peranan yang

sangat penting dalam mengatasi isu-isu yang timbul berkaitan dengan bahasa pengantar ini.

Pelbagai pendekatan boleh dilakukan, contohnya mengadakan pemantauan dan penyeliaan

Pengajaran dan Pembelajaran para guru bagi memastikan kualiti setiap guru yang mengajar

terjamin. Buku rekod mengajar para guru juga mestilah disemak dari semasa ke semasa untuk

memastikan guru tidak tersasar dari matlamat pendidikan yang telah ditetapkan.


       Kerajaan amnya atau Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya mestilah

memperbanyakkan pembangunan perisian versi Bahasa Melayu sekiranya mahu menjadikan

                                             26
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi pembelajaran Matematik. Ini adalah untuk

memastikan bahawa para pelajar tidak akan ketinggalan dalam arus media massa pada zaman

atom ini. Walau bagaimanapun, jika kerajaan ingin melakukan perkara disebaliknya iaitu

menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, maka latihan dan kursus kepada guru

mestilah diberikan secukupnya supaya mereka mahir dan fasih berbahasa Inggeris. Ini adalah

untuk memastikan tahap pemahaman pelajar meningkat kerana guru itu sendiri yakin dan

mahir dalam bidangnya. Minat pelajar mungkin akan bertambah jika para guru mampu

mengajar dalam cara yang mudah difahami ekoran penguasaan guru yang tinggi terhadap

bahasa kedua ini. Guru juga mampu menjadi ikutan atau model yang baik kepada para pelajar

dalam mendorong mereka dalam mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih aktif.


       Menurut Razali (2003), kursus dan latihan sentiasa diberi bagi memastikan

pengetahuan guru adalah seiring dengan perkembangan ilmu semasa, jika ini tidak berlaku

bermakna guru-guru kita ketinggalan berbanding warga pendidik negara lain. Usaha kerajaan

memberi penekanan dalam hal ini adalah suatu janji kepada perubahan dari segi sikap dan

pengetahuan guru, kita tidak mahu guru yang mendap, jumud dan beku. Oleh itu, kreativiti

dan inovatif guru perlu diasah. Ini menunjukkan bahawa kursus dan latihan yang diberikan

kepada para guru adalah tidak memfokuskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris sahaja,

tetapi juga menekankan kepada pengetahuan semasa untuk menyediakan guru dengan ilmu

yang lebih luas dan lebih penting lagi mampu mengaplikasikan pengajaran dalam kehidupan

sebenar. Ini mampu menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Matematik walaupun

diajar dalam bahasa yang sukar difahami kerana mereka mampu memanipulasikan pelajaran

yang diterima kepada kehidupan mereka yang sebenar.


   Faktor persekitaran, ibu bapa, masyarakat media massa dan lain-lain juga perlu diambil

kira dalam menyelesaikan masalah yang timbul disebabkan oleh isu bahasa pengantar ini.

Pelbagai kempen boleh dijalankan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat

                                           27
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


tentang isu bahasa pengantar ini. Memilih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai

pengantar bukanlah satu perkara yang patut dijadikan isu besar memandangkan apa jua

rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk kebaikan masa depan pelajar itu

sendiri khususyna dan pembangunan ilmiah rakyat sendiri amnya. Oleh itu, kempen seperti

memartabatkan bahasa kebangsaan kita, sayangi bahasa ibunda dan sebagainya sepatutnya

memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa yang betul. Pada 19 Julai

2010, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak yang

dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah.Bahasa rojak

hanya akan merosakkan bahasa kebangsaan dan juga bahasa kedua itu sendiri.


   Selain itu, pihak Kementerian juga mestilah menyelaraskan satu bahasa pengantar untuk

mata pelajaran Matematik ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada para elajar dan para

guru. Adalah tidak sepatutnya menjadikan mereka sebagai „tikus putih‟ di mana sukatan

pelajaran diubah-ubah kerana tidak membuat penyelidikan menyeluruh tentang keberkesanan

dan matlamat sebenar sebelum sesuatu dasar diperkenalkan. Pelaksanaan MBMMBI yang

telah diutarakan dalam topik isu-isu semasa dalam bab terdahulu mestilah diteruskan bagi

memastikan kelangsungan kedua-dua bahasa penting ini.


   Pihak berwajib juga mestilah memastikan media massa mampu memberikan impak

positif kepada para pelajar dalam mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Penggunaan teknologi dalam pembelajaran pastinya akan menyeronokkan pelajar dan

menambahkan minat mereka terhadap subjek tersebut. Secara tidak langsung mereka juga

mampu menambahkan ilmu dan kemahiran semasa. Walau bagaimanapun, kita pastinyatidak

mahu pelajar terpengaruh dengan bahasa yang salah yang dibawa media massa. Oleh itu,

penapisan yang betul mestilah dilaksanakan dari akar umbi lagi.




                                             28
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


    Selain dari itu, kerajaan juga mestilah memperbanyakkan penterjemahan buku imiah dari

bahasa lain kepada Bahasa Melayu sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Jepun. Menurut

Kamal Shukri Abdullah Sani (2007), Bahasa Jepun turut menyerap bahasa-bahasa asing

khususnya bahasa Inggeris bagi menyatakan konsep yang tidak terdapat dalam bahasanya. Ini

menggambarkan keterbukaannya bagi menerima sesuatu yang tidak ada dalam bahasanya

tetapi dengan syarat tertentu bermaksud kata tersebut perlu “dijepunkan”. Negara kita juga

perlulah meneladani Jepun untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita sekiranya kita

memilih untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran

Matematik.




                                           29
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


KESIMPULAN




Berdasarkan perbincangan hasil penulisan-penulisan serta kajian-kajian lepas, dapatlah

disimpulkan bahawa bahasa pengantar yang sepatutnya digunakan sama ada Bahasa Melayu

atau Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik masih belum dapat diputuskan yang

manakah bahasa yang terbaik yang patut digunakan. Dasar Pendidikan Negara masih lagi

dalam melakukan percubaan yang dirasakan sesuai untuk mencari penyelesaian terbaik.

Walau bagaimanapun, sebagai pelajar, guru atau masyarakat mestilah percaya bahawa walau

apapun dasar yang diperkenalkan, ia adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan

Negara ke tahap lebih tinggi. Oleh itu, kita sebagai rakyat perlu menyokong dan menyahut

seruan kerajaan dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai cabaran dan bukannya

menganggap ia satu perkara yang membebankan.




                                           30
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


RUJUKAN



Abdul Aziz Ibrahim (2002). Penggunaan ABM Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

      Matematik. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.



Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran.

      Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.




Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Mengajar Am. Petaling Jaya: Fajar Bakti.




Glickman, C. (1998). “Renewing America‟s School: A Guide For School-based Action.” San

      Francisc: Jossey-Bass.




Hairunisa Yosof (2001), “Persepsi Pelajar 4SPH Mengenai persediaan Mengajar Kemahiran

      Hidup Tingkatan Satu Di Sekolah Menengah”. Tesis Ijazah Sarjana Muda Teknologi

      Serta Pendidikan (Kamahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.




Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Meor Ibrahim Kamaruddin. Masalah Pembelajaran

      Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar.

      Universiti Teknologi Malaysia



Mohd. Nadzim Ariffin (2000). “Tahap Keyakinan Guru-Guru Lulusan UTM (SPA/SPE/SPJ)

      Mengajar Matapelajaran Kejuruteraan Di Sekolah-Sekolah Di Daerah Kuala

      Muda/Yan, Kedah.” Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda

                                           31
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


Noor Azlan Ahmad Zanzali , Norhasnida bt Mohamad (2008) :‟Keberkesanan Pelaksanaan

      dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di Luar Bandar‟




Seth Bin Sulaiman, Umi Mardhiah Binti Abu Bakar: „Kesediaan Bakal Guru Sains Untuk

      Mengajar Dalam Bahasa Inggeris. Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Tahun Akhir

      Fakulti Pendidikan‟, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia




Prof. Madya, Dr. Yahya Buntat, Dr. Muhammad Sukri Saud, Siti Fatimah Ahmad. Masalah

      Pembelajaran Matematik Tahun Lima Dalam Bahasa Inggeris.Universiti Teknologi

      Malaysia, Skudai. Johor.




Zalizan Mohd. Jelas, et.al (2000). “The Role Of Experience In The Learning Process Of

      Student Teacher.” Dalam Abdullah Mohd. Noor (2000),”Strategising Teaching And

      Learning In The 21st Century .” Vol.3. Universiti Kebangsaan Malaysia



Keong, C. Y. (2010). Impak Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ke atas

      Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Terjemahan Alam &

      Tamadun Melayu 1:2 , 21-38



Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA). (2009, March 18). Laporan Eksekutif

      Kajian Pembina: Tamatkan PPSMI. Retrieved March 24, 2012, from Pemuafakatan

      Badan Ilmiah Nasional (Pembina) Web site:


      http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/03/laporan-eksekutif-kajian-pembina.html


                                           32
SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar


Micheal O., M., Ina V.S., M., Pierre, F., John F., O., Corrina, P., Ebru, E., et al. (2008).

       TIMSS 2007 International Mathematics Report : Findings from IEA's Trends in

       International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades.

       Chestnut Hill: TIMSS & PIRLS Intermational Study Center, Lynch School of

       Education, Boston College.




Kementerian Pelajaran Malaysia. Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuhkan

       Bahasa Inggeris. Putrajaya: Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran

       Malaysia.




                                            33

Contenu connexe

Tendances

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMJanet Jouti
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajarLinda Yius
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori BehaviorismeLor Lagi
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...FaFai S.
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 

Tendances (20)

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
Pendidikan Inklusif (Peranan dan tanggungjawab dalam Pelaksanaan Program Pend...
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 

En vedette

Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahNurul Iqah
 
Kajian kompetensi guru yusnita
Kajian kompetensi guru yusnitaKajian kompetensi guru yusnita
Kajian kompetensi guru yusnitaizan84
 
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISADISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISAFatin Amira
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarSYAZWANI IBRAHIM
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahAz Nieda
 
Ppowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantarPpowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantarAz Nieda
 
Tamadun islam dan tamadun melayu
Tamadun islam dan tamadun melayuTamadun islam dan tamadun melayu
Tamadun islam dan tamadun melayuDhani Ahmad
 
Teori Kepemimpinan
Teori KepemimpinanTeori Kepemimpinan
Teori Kepemimpinandevinadh
 
Laporan TIMSS dan PISA Punca Malaysia Tercorot
Laporan TIMSS dan PISA Punca Malaysia Tercorot Laporan TIMSS dan PISA Punca Malaysia Tercorot
Laporan TIMSS dan PISA Punca Malaysia Tercorot Bellicose
 
Kepemimpinan ii (pengertian pemimpin dan kepemimpinan)
Kepemimpinan ii (pengertian pemimpin dan kepemimpinan)Kepemimpinan ii (pengertian pemimpin dan kepemimpinan)
Kepemimpinan ii (pengertian pemimpin dan kepemimpinan)Local Government
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikRafiza Diy
 
Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)sabrinahamid96
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Kuliah 12 isu-isu kontemporari dan dialog peradaban
Kuliah 12   isu-isu kontemporari dan dialog peradabanKuliah 12   isu-isu kontemporari dan dialog peradaban
Kuliah 12 isu-isu kontemporari dan dialog peradabanJaxy Peilun
 
Masalah pelajar bising
Masalah pelajar bisingMasalah pelajar bising
Masalah pelajar bisingAhmad Lili
 
Penyampaian Ceramah
Penyampaian CeramahPenyampaian Ceramah
Penyampaian CeramahMomoe Meiji
 

En vedette (20)

Cabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa MelayuCabaran Bahasa Melayu
Cabaran Bahasa Melayu
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Slot 4 pdp berkesan
Slot 4   pdp berkesanSlot 4   pdp berkesan
Slot 4 pdp berkesan
 
Timss present
Timss presentTimss present
Timss present
 
Kajian kompetensi guru yusnita
Kajian kompetensi guru yusnitaKajian kompetensi guru yusnita
Kajian kompetensi guru yusnita
 
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISADISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
DISCUSSION ISSUES ON TIMSS AND PISA
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Ppowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantarPpowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantar
 
Tamadun islam dan tamadun melayu
Tamadun islam dan tamadun melayuTamadun islam dan tamadun melayu
Tamadun islam dan tamadun melayu
 
Teori Kepemimpinan
Teori KepemimpinanTeori Kepemimpinan
Teori Kepemimpinan
 
Laporan TIMSS dan PISA Punca Malaysia Tercorot
Laporan TIMSS dan PISA Punca Malaysia Tercorot Laporan TIMSS dan PISA Punca Malaysia Tercorot
Laporan TIMSS dan PISA Punca Malaysia Tercorot
 
Kepemimpinan ii (pengertian pemimpin dan kepemimpinan)
Kepemimpinan ii (pengertian pemimpin dan kepemimpinan)Kepemimpinan ii (pengertian pemimpin dan kepemimpinan)
Kepemimpinan ii (pengertian pemimpin dan kepemimpinan)
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu Saintifik
 
Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)Wacana penulisan (gwp1092)
Wacana penulisan (gwp1092)
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Kuliah 12 isu-isu kontemporari dan dialog peradaban
Kuliah 12   isu-isu kontemporari dan dialog peradabanKuliah 12   isu-isu kontemporari dan dialog peradaban
Kuliah 12 isu-isu kontemporari dan dialog peradaban
 
Masalah pelajar bising
Masalah pelajar bisingMasalah pelajar bising
Masalah pelajar bising
 
Tajuk 6 done
Tajuk 6 doneTajuk 6 done
Tajuk 6 done
 
Penyampaian Ceramah
Penyampaian CeramahPenyampaian Ceramah
Penyampaian Ceramah
 

Similaire à PENULISAN ILMIAH

Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariAminah Rahmat
 
Kpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanKpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanFaz Azlan
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Kajian faizal
Kajian faizalKajian faizal
Kajian faizalyunging84
 
KUMPULAN 8 : PPSMI- MBMMBI
KUMPULAN 8 : PPSMI- MBMMBIKUMPULAN 8 : PPSMI- MBMMBI
KUMPULAN 8 : PPSMI- MBMMBIIzawati Saat
 
Present Learning of Instruction
Present Learning of InstructionPresent Learning of Instruction
Present Learning of InstructionIzzati Hamid
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanMuss Miey
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baruAyieda Eryna
 
Problem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahProblem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahmoshi89
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
 
Isu 4 akses dan ekuiti
Isu 4  akses dan ekuitiIsu 4  akses dan ekuiti
Isu 4 akses dan ekuitiyunging84
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuSYAZWANI IBRAHIM
 
SME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa PengantarSME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa Pengantardewiatiqah
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 

Similaire à PENULISAN ILMIAH (20)

Tugasan ppsmi
Tugasan ppsmiTugasan ppsmi
Tugasan ppsmi
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporari
 
Kpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanKpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulan
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Kajian faizal
Kajian faizalKajian faizal
Kajian faizal
 
KUMPULAN 8 : PPSMI- MBMMBI
KUMPULAN 8 : PPSMI- MBMMBIKUMPULAN 8 : PPSMI- MBMMBI
KUMPULAN 8 : PPSMI- MBMMBI
 
Ppsmi vs mbmmbi (kump 5)
Ppsmi vs mbmmbi (kump 5)Ppsmi vs mbmmbi (kump 5)
Ppsmi vs mbmmbi (kump 5)
 
(Group 7) ppsmi mbmmbi
(Group 7) ppsmi mbmmbi(Group 7) ppsmi mbmmbi
(Group 7) ppsmi mbmmbi
 
Memprkasa bm di sekolah
Memprkasa bm di sekolahMemprkasa bm di sekolah
Memprkasa bm di sekolah
 
Present Learning of Instruction
Present Learning of InstructionPresent Learning of Instruction
Present Learning of Instruction
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
 
Proposal bab 1 baru
Proposal bab 1  baruProposal bab 1  baru
Proposal bab 1 baru
 
Problem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahProblem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifah
 
4. akses ekuiti
4. akses ekuiti4. akses ekuiti
4. akses ekuiti
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Isu 4 akses dan ekuiti
Isu 4  akses dan ekuitiIsu 4  akses dan ekuiti
Isu 4 akses dan ekuiti
 
Tugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individuTugasan 4 - Pendapat individu
Tugasan 4 - Pendapat individu
 
SME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa PengantarSME 6044 - Bahasa Pengantar
SME 6044 - Bahasa Pengantar
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
4. akses dan ekuiti
4. akses dan ekuiti4. akses dan ekuiti
4. akses dan ekuiti
 

Dernier

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxsalmnor
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxDewiUmbar
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptpalagoro17
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxHaryKharismaSuhud
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMRiniGela
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".Kanaidi ken
 

Dernier (20)

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 

PENULISAN ILMIAH

  • 1. SMN6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK BAHASA PENGANTAR TUGASAN 2 : PENULISAN ILMIAH SEMESTER 2 SESI 2011/2012 NAMA NO. MATRIK NORHASSEME M20112001422 BINTI MOHD DAUD MAWADDAH M20112001456 BINTI IBRAHIM SITI NOR FADZLINDA M20112001463 BINTI KAMARUDIN
  • 2. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Isi Kandungan Abstrak 1 Isu-Isu Semasa 2 Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada 15 Masalah Bahasa Pengantar Langkah-Langkah Penyelesaian 20 Kesimpulan 28 Rujukan 29 2
  • 3. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar ABSTRAK Penulisan ilmiah ini adalah bertujuan untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah. Penulisan ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu isu-isu semasa, faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya pelbagai masalah dan juga langkah penyelesaian untuk meminimakan atau menghapuskan masalah-masalah yang berkaitan dengan bahasa pengantar ini. Isu-isu semasa melibatkan PPSMI, MBMMBI, TIMMS dan sebagainya adalah merupakan topik yang dikupas lebih lanjut di dalam penulisan ilmiah ini. Faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah bahasa pengantar di kalangan pelajar ini juga dikupas dengan lebih lanjut di mana faktor guru, pelajar, persekitaran dan pentadbiran diketengahkan dan dibincangkan dengan mendalam. Di samping itu, topik langkah penyelesaian juga turut membincangkan empat faktor di atas dalam menyelesaikan masalah bahasa pengantar ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu bahasa pengantar ini boleh diminimakan sekiranya terdapat pelbagai pendekatan diambil untuk memanipulasikan bahasa pengantar ini di mana semua pihak termasuklah para guru, ibu bapa, masyarakat, Kementerian pendidikan Malaysia amnya dan juga para pelajar khususnya. Pelbagai kajian lampau dijadikan sumber rujukan bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian ini. Diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar, guru, sekolah mahupun ibu bapa serta masyarakat dalam usaha memperbaiki taraf pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah ini agar dapat membantu pembelajaran pelajar untuk memahami dan menguasai Matematik. 3
  • 4. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar ISU-ISU SEMASA Masalah bahasa pengantar ini adalah berpunca dari pelbagai sumber, di mana salah satunya adalah kerana rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai etnik dan budaya. Jati diri yang wujud di kalangan setiap kaum ini menyebabkan mereka lebih selesa untuk menggunakan bahasa ibunda berbanding dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar walaupun mereka menyedari akan kepentingan bahasa antarabangsa ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2005, bahasa boleh didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain, dan sebagainya), serta percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun. Sehubungan itu, bahasa pengantar member pengertian dan pendefinisian bahawa bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran (di sekolah) atau perundingan (mesyuarat, dan sebagainya). Ilmu berkembang dengan begitu pantas dalam dunia era globalisasi kini. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan kepada kehidupan dan sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan demi perubahan ini turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Bahasa dalam pengajaran merupakan satu isu yang wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia. Perdebatan tentang isu ini hangat diperkatakan dan perkara ini mendapat maklum balas daripada banyak pihak. Bahasa merupakan alat komunikasi yang membolehkan nilai-nilai budaya, kepercayaan dan pengetahuan yang difikirkan, dirunding dan disampaikan dari satu generasi ke generasi yang lain (Garagae, K.G.). Di sekolah, bahasa merupakan instrumen dan juga jentera dalam interaksi antara guru dan pelajar (Smith & Ennis, 1961:112). 4
  • 5. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Penggunaan bahasa yang sesuai dan mudah difahami oleh pelajar adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan komunikasi dua hala dapat diwujudkan di antara guru dan pelajar. Menurut Smith & Ennis, bagi meningkatkan pencapaian pelajar, mereka haruslah mahir dalam bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam subjek Matematik, pelajar haruslah mahir dalam bahasa pengantar dan bahasa Matematik seperti simbol Matematik. Laporan kajian Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi: “ Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah. ” (On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.) 5
  • 6. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Selain itu, terdapat laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High- Achieving Countries ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty: Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah. Menurut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) Akta 550 bagi Bahagian IV : Sistem Pendidikan Kebangsaan (Perkara 17) bahawa bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini dan jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. Justeru, menurut Bahagian I : Tafsiran (Bil : 2) bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama dan menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan Sekolah Kebangsaan (SK) menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada 6
  • 7. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun Satu untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan Satu serta Tingkatan Enam Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Menurut kenyataan Tun Dr. Mahathir, pelaksanaan PPSMI disebabkan beliau melihat pegawai dalam Kementerian Luar Negara tidak mampu menggunakan bahasa Inggeris untuk mengurus hal-hal antarabangsa. Beliau telah bercadang untuk menubuhkan sekolah aliran Inggeris semula, tetapi cadangan beliau dikatakan tidak disetujui oleh UMNO, maka beliau telah mengumumkan bahawa akan melaksanakan dasar PPSMI mulai tahun 2003. (New Strait Times 20.7.2002; The Sun 19-20.11.2005). Salah satu sebab lain pelaksanaan dasar ini adalah lebih 90 peratus graduan Melayu tidak berjaya mendapat pekerjaan, lantaran kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris (Lee 2003 : 32). Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (2008) juga menyatakan : “Hanya fasih bertutur dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa yang mulia dan tidak mampu bersaing dengan bangsa-bangsa maju. Sejarah menunjukkan bahawa penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasanya. Penterjemah Melayu yang sedikit bilangan tidak mampu menterjemah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangan ilmu. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai.” 7
  • 8. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Peruntukkan masa pengajaran dan pembelajaran bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 90 minit seminggu bagi mata pelajaran Sains dan 210 minit bagi Matematik Tahun Satu. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pula, 90 minit Bahasa Inggeris dan 90 minit dalam Bahasa Cina diperuntukkan bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dalam seminggu. Manakala untuk Matematik pula, 180 minit dalam Bahasa Cina dan 120 minit dalam Bahasa Inggeris. Peruntukkan masa bagi Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam Rendah adalah kekal dan mengikut peruntukkan sedia ada iaitu, 320 minit dalam seminggu bagi setiap mata pelajaran. Mulai tahun 2003 hingga 2007, semua peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM dan STPM) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah disediakan dalam dwi bahasa. Sekolah Kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menggunakan Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Kebangsaan manakala Sekolah Menengah dan Tingkatan Enam Rendah menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Para calon dibenarkan menjawab soalan peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut dalam salah satu daripada dua bahasa atau dalam kedua-dua bahasa. Pelbagai strategi pelaksanaan yang telah direncanakan oleh pihak kerajaan dalam memantapkan dasar PPSMI bagi aspek pendidik itu sendiri. Antaranya, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) sebanyak 10 peratus daripada gaji pokok untuk Guru Bukan Siswazah dan lima peratus untuk Guru Siswazah yang mengajar ketiga-tiga subjek tersebut diperkenalkan mulai tahun 2003. Para guru yang terlibat juga dikehendaki menjalani kursus ETEMS untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan 8
  • 9. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar komputer riba dan projector LCD serta Bahan Bantu Mengajar dalam Bahasa Inggeris untuk subjek-subjek yang berkenaan. Projek Rangkaian SchoolNet yang menyambungkan semua sekolah di Malaysia dalam satu jaringan berkelajuan 1Mbps (muat turun) dan 128Kbps (muat naik) telah diperkenalkan. Projek ini bertujuan membudayakan penggunaan Internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia membolehkan setiap sekolah mempunyai capaian ke Internet. Projek ini dibiayai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tempoh lima tahun dengan jumlah anggaran kos sebanyak RM 374.20 juta. Sehingga tahun 2005, sebanyak 9 285 sekolah telah dirangkaikan. Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMI mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkan peningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurut pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran Biologi menunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87 peratus (91.45 peratus hingga 96.32 peratus), Matematik Tambahan 6.81 peratus (68.61 peratus hingga 74.76 peratus), Fizik 8.76 peratus (94.87 peratus hingga 97.63 peratus), Matematik 1.04 peratus (77.61 peratus hingga 78.65 peratus) dan Sains Tambahan 4.29 peratus (86.25 peratus hingga 90.54 peratus), sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalam pelajaran peringkat menengah. Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Pada 13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31 9
  • 10. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar peratus dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kertas Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46 peratus). Walau bagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, iaitu sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh, di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain. Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007) dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred Lapan atau Tingkatan Dua) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics dalam TIMSS 2007 berbanding 10
  • 11. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar enam peratus pada 2003. Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategori ini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam Intermediate Benchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi 2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain. Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus). Dalam kategori High Benchmark 550 Mathematics, hanya 18 peratus pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga- tiga kategori pencapaian Sains juga merosot secara mendadak. Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian Matematik dan Sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar Matematik dan Sains dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa kedua/asing. Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi. 11
  • 12. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Antara kajian untuk mengkaji kelemahan dasar PPSMI ialah Kajian Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008. Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan. Kajian mendapati sejumlah 39.3 peratus guru Sekolah Rendah dan 13.2 peratus guru Sekolah Menengah masih belum berpeluang menghadiri taklimat asas PPSMI. Keadaan ini telah berlanjutan, dan jika tidak diberi perhatian, akan menyebabkan prestasi pengajaran guru tidak berkualiti. Penguasaan Bahasa Inggeris guru-guru PPSMI amatlah kritikal dan merupakan masalah utama untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru belum yakin sepenuhnya untuk menggunakan Bahasa Inggeris, terutama sekolah di luar bandar. Kajian mendapati 39.3 peratus guru Sekolah Rendah dan 25.3 peratus guru Sekolah Menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris. Walaupun mereka gagal, mereka terus mengajar dan masih menerima elaun Bayaran Insentif Subjek Pendidikan. Kedudukan ini membimbangkan kerana ia memberi kesan terus kepada pedagogi serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga mendapati masih terdapat guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yang tidak berkelayakan atau tidak tergolong sama ada mempunyai opsyen pertama atau opsyen kedua dalam bidang Sains atau Matematik yang mengajar mata pelajaran PPSMI. Di samping 12
  • 13. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar itu sejumlah 1.4 peratus guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah yang tidak berkelayakan dalam bidang Sains atau Matematik terus mengajar mata pelajaran PPSMI. Amalan ini sepatutnya tidak berlaku secara berterusan kerana mata pelajaran PPSMI mementingkan konsep dan istilah dengan huraian secara saintifik dan tepat serta bukan sekadar mengajar murid dengan menggunakan bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya prestasi pengajaran dan pembelajaran guru PPSMI dalam bilik darjah adalah pada tahap sederhana iaitu 54.4 peratus. Justeru, usaha untuk meningkatkan Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) memerlukan usaha yang berlipat ganda, iaitu lebih daripada 20 peratus untuk mencapai tahap baik atau melebihi 30 peratus pada tahap cemerlang dalam aspek permulaan, penyampaian, penggunaan dan interaksi murid dan guru dalam Bahasa Inggeris dan penggunaan serta kemahiran menggunakan Teknologi Komputer. Bagi melipat gandakan usaha ini berkemungkinan mengambil masa lebih daripada 10 tahun bagi mencapai matlamat PPSMI. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru PPSMI mempunyai kompetensi pada tahap sederhana dalam melaksanakan proses pengajaran pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna jurang kompetensi agak besar sejumlah 42.10 peratus untuk diperbaik bagi menjadi guru yang cekap dan berkualiti. Akibatnya pengajaran guru tidak bermaya, kaku, gagal menyampaikan isi pengajaran dengan tepat dan berkesan, menjemukan, lebih banyak membaca nota, buku teks atau menggunakan papan tulis. Gagal menghurai atau mengolah isi pengajaran dengan baik. Penggunaan bahasa bercampur aduk iaitu dwibahasa sama ada bahasa Melayu atau ibunda melebihi bahasa Inggeris atau bahasa Inggeris melebihi bahasa Melayu atau ibunda serta terdapat juga guru tidak menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Kecekapan guru dalam mengendali dan menggunakan Teknologi Komputer pada tahap sederhana. Dalam erti kata lain guru-guru masih kurang menggunakan bahan Teknologi 13
  • 14. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Komputer atau menggunakannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Penggunaan teknologi komputer dalam PPSMI ini dianggap oleh guru-guru Sains dan Matematik tidak banyak membantu murid dalam memahami isi kandungan pelajaran dan proses pengajaran pembelajaran mereka. Tulang belakang PPSMI terletak pada bahu pentadbir sekolah. Mereka memainkan peranan penting yang dipikul dan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran guru serta pencapaian akademik murid. Kajian mendapati pentadbir yang prihatin dengan Teknologi Komputer, mengaktifkan peranan panitia dalam PPSMI dan melaksanakan pemantauan ke atas pengajaran guru-guru memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan prestasi murid. Daripada 12 mata pelajaran yang diuji, didapati bahawa murid-murid di kawasan Bandar mengatasi rakan-rakan mereka di kawasan luar bandar dalam 10 mata pelajaran (kecuali mata pelajaran Fizik Kertas Satu dan Kimia Kertas Satu) dengan perbezaan markah purata antara 3.30 hingga 19.73. Status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian bahasa Inggeris murid-murid iaitu Sekolah Rendah didapati sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan Bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris. Bagi Sekolah Menengah Aliran Sastera, mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains. Di samping itu, bagi Sekolah Menengah Aliran Sains, hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia Kertas Dua dan Matematik Tambahan. Jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya 14
  • 15. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia Kertas Dua dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan. Kajian PEMBINA dengan jelas mendapati sesungguhnya pelaksanaan PPSMI menimbulkan kerugian berganda (double jeopardy) kepada murid-murid, terutama kepada lebih kurang 75 peratus murid-murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat Sekolah Rendah lagi. Pada 4 November 2011, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah kekal dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengah pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua- dua mata pelajaran itu akan dilaksanakan sepenuhya pada 2021. Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima. Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan Satu bermula tahun depan. Sehubungan itu, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui PPSMI yang dijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasar kerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Walaubagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesan dan nasib pelajar lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian 15
  • 16. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar tinggi khususnya di Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT di Malaysia yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan pembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam pelbagai bidang. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan MBMMBI melalui strategi Memartabatkan Bahasa Melayu melalui pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran, lima IPGM khusus Bahasa Melayu, peluasan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan dan bahasa ibunda di SJKC dan SJKT. Justeru, strategi memperkukuhkan Bahasa Inggeris melalui penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran BI di SK, SM, SJKC dan SJKT, empat IPGM dan satu pusat bahasa khusus Bahasa Inggeris, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran dan menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa. 16
  • 17. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH BAHASA PENGANTAR Bahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isi pelajaran serta pembelajaran dan untuk mencapai objektif sesuatu pelajaran. Terdapat paelbagai kajian yang dijalankan sebelum ini mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai Matematik yang disebabkan oleh bahasa pengantar pembelajaran. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar, sekolah dan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam akademik ini kerana guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurut Robiah (1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak pembelajaran dan penglibatan pelajar dalam Matematik. Selain itu Kamaruddin (1989), daya tarikan sesuatu pelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan pengajaran guru. Ini jelas menunjukkan bahawa guru merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam akademik. Ini kerana kecekapan dan keberkesanan seorang guru memainkan peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik mereka. Mengapa guru menganggap bahasa pengantar ini menjadi masalah kepada mereka dalam menyampaikan pengajaran mereka? Antara sebab-sebabnya adalah guru-guru ini tidak menguasai Bahasa Inggeris, tidak mempunyai persediaan yang khusus misalnya persediaan sebelum pelaksanaan PPSMI dijalankan, kaedah pengajaran guru, kurang pengalaman dan guru mengajar bidang yang bukan opsyen mereka. Menurut Nik Aziz (1996), keberkesanan 17
  • 18. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar pengajaran Matematik boleh dicapai dengan adanya komitmen guru yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berusaha meningkatkan pengetahuan dan penguasaan mereka di dalam bahasa Inggeris. Apabila seseorang guru itu tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris yang akan dijadikan bahasa pengantar pembelajaran mereka, sudah pasti perkara ini akan mengakibatkan pengajaran guru menjadi tidak berkesan dan sukar bagi guru-guru ini untuk memberikan apa-apa arahan sekaligus untuk menyampaikan pengajaran itu dengan lebih mendalam. Guru menjadi tidak yakin dengan pengajarannya dan akhirnya tiada hubungan dua hala yang berlaku antara guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut Mazlini Adnan dan Marzita Puteh (2009), terdapat perbezaan yang signifikan dalam keyakinan guru berdasarkan pengalaman dalam pengajaran Matematik. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Matematik yang mengajar subjek Matematik dalam bahasa Inggeris perlu membangunkan tahap keyakinan yang tinggi supaya pengajaran subjek Matematik ini boleh dicapai dengan cepat dan berkesan. Selain itu, kaedah pengajaran guru dalam penguunaan bahasa pengantar juga memainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kamaruddin (1989) menyatakan sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Blair (1989) pula, pendekatan pengajaran guru yang pelbagai menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat responden serta responden mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap gurunya. Oleh itu, kaedah pengajaran guru yang pelbagai akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Ini selari dengan pendapat Sinari (2003) yang menyatakan guru 18
  • 19. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar memainkan peranan yang penting kerana guru merupakan media penyampai ilmu pengetahuan kepada pelajar. Persediaan guru semasa proses pengajaran adalah penting apabila guru tersebut menggunakan bahasa pengantar yang berbeza dengan bahasa ibunda mereka. Menurut Abdul Rahim (1984), kesediaan guru sebelum memulakan pengajaran mempunyai pengaruh yang kuat dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala menurut Mohd Shahnan (2003) pula, pengajaran guru mestilah teratur dan sistematik kerana Matematik merupakan mata pelajaran yang berhierarki dan saling berkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. Oleh itu, guru perlulah bersedia dengan tajuk-tajuk yang ingin disampaikan di samping pengetahuan isi kandungan yang mantap. Ini kerana apabila guru bersedia sebelum memulakan proses pengajarannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan baik dan berkesan, guru mempunyai keyakinan yang tinggi apabila menyampaikan pengajaran, pengajaran guru menjadi lebih sistematik dan teratur, pelajar berasa yakin dengan guru dan akhirnya dapat menarik minat pelajar. Matematik merupakan mata pelajaran yang penting dan merupakan satu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar, apabila pengajaran dan pembelajaran matapelajaran ini menggunakan Bahasa Inggeris, ini semestinya menjadikan matapelajaran ini lebih mencabar lagi. Menurut Mohini dan Aziz (2008), dengan perlaksanaan pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris menambah satu lagi masalah kepada pelajar. Masalah bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik mempunyai impak yang negatif dalam pencapaian pelajar dalam Matematik. Antara faktor-faktor yang menjadikan bahasa pengantar ini satu masalah kepada pelajar ialah kerana pelajar mempunyai asas Bahasa Inggeris yang lemah, kurang keyakinan menggunakan Bahasa 19
  • 20. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Inggeris, malu untuk berkomunikasi, tidak minat dan bahasa ibunda yang berbeza dengan bahasa pengantar yang digunakan dalam pembelajaran.pelajar yang menghadapi masalah adalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik seerta mempunyai asas Bahasa Inggeris yang lemah. Fattman (1986) ada menyatakan kejayaan seseorang dalam mata pelajaran bahasa kedua dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Selain itu, menurut Jumrang (2004), jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinya ia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa memainkan peranan dalam pembelajaran pelajar. Pelajar yang mempunyai asas Bahasa Inggeris yang lemah akan menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik, ini kerana pelajar bukan sahaja sukar memahami istilah-istilah yang digunakan sekaligus menyebabkan mereka tidak mampu menyelesaikan masalah Matematik yang diberi. Ini sejajar dengan hasil dapatan Abdul Aziz (2002) yang menyatakan bahawa kegagalan pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris memungkinkan pelajar-pelajar bukan sahaja gagal dalam bahasa kedua tersebut malah turut sama gagal untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Akibatnya, pelajar akan menghadapi masalah pembelajaran Matematik, pelajar tidak memahami istilah atau sebutan Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalam menstrukturkan ayat, malu untuk berkomunikasi atau bertanyakan soalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, tidak dapat menjawab soalan ujian mahupun peperiksaan dalam bahasa Inggeris dengan baik dan pelajar tidak mempunyai kesediaan, minat dan keyakinan dalam matapelajaran Matematik. Sekolah-sekolah di Malaysia juga terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu atau Sekolah Jenis Kebangsaan yang menggunakan 20
  • 21. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar mereka. Berdasarkan petikan akhbar Berita Harian bertarikh 9 November 2011, “Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa untuk memilih BM atau BI atau kedua-duanya untuk mengajar subjek Matematik dan Sains mulai tahun depan sehingga Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya pada 2020.” Ini bermakna pihak sekolah diberi pilihan untuk memilih bahasa pengantar bagi sekolah mereka. Ini bertujuan untuk memberi pilihan kepada ibubapa dan pelajar memilih sekolah yang menggunakan bahasa pengantar pembelajaran yang diinginkan. Selain itu, langkah ini adalah bertujuan untuk megelakkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dengan perubahan PPSMI kepada MBMMBI. Persekitaran pembelajaran juga mempengaruhi penggunaan bahasa. Ini kerana pelajar akan menghadapi masalah sekiranya bahasa pengantar pembelajaran tidak sama dengan bahasa ibunda mereka. Menurut Ee Ah Meng (1992), persekitaran yang baik dan memberangsangkan akan menjadikan responden bermotivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Manakala menurut Mohd Ibrahim (1995) pula, pembelajaran berkesan adalah disebabkan oleh faktor persekitaran yang menyenangkan. 21
  • 22. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN Faktor-faktor yang disebut di atas menunjukkan bahawa kita perlu menangani pelbagai elemen untuk mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan bahasa pengantar ini. Bahagian ini akan membahagikan kepada empat langkah penyelesaian iaitu melibatkan pihak guru, pelajar, pentadbiran dan lain-lain langkah yang wajar dilaksanakan. Sebagai perancang dalam pembangunan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru perlu melengkapkan diri dengan segala jenis maklumat yang akan digunakan di sekolah kelak. Kekurangan sesuatu aspek akan memberikan implikasi kepada sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Justeru, guru haruslah bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran, latihan dan emosi untuk berhadapan dengan sebarang situasi yang mungkin timbul semasa melaksanakan pengajaran Matematik menggunakan bahasa Inggeris. Kejayaan kurikulum mata pelajaran ini sebahagian besarnya bergantung kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Maka, dapat disimpulkan bahawa peranan guru adalah sangat penting dalam alam pendidikan. Maka, guru perlu melengkapkan diri dengan memilih kefahaman, kemahiran, pengetahuan perguruan serta kepakaran sebagai guru Matematik dan ini membolehkan mereka berdepan dengan tugas-tugas pendidikan dengan lebih berhikmah dan proaktif. Guru juga perlu mempunyai kesediaan yang cukup dari segi keyakinan, kemampuan dan emosinya semasa menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Selain itu, pengetahuan mengenai Matematik yang ada pada seseorang guru, perlu disampaikan dengan pelbagai kemahiran mengajar. Atan (1980) pula menyatakan bahawa pengetahuan mendalam mengenai isi kandungan pelajaran yang hendak diajar sahaja tidak mencukupi bagi menghasilkan pengajaran yang efektif. 22
  • 23. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka kerana proses pengajaran yang baik tidak akan berjaya sekiranya guru hanya bercakap atau memberi kuliah sahaja. Sebaliknya guru perlu melibatkan murid secara aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya untuk menjana minda murid dengan menarik perhatian, menyoal atau meminta murid member pendapat menggunakan pengetahuan sedia ada. Kreativiti dan inisiatif berwawasan guru merupakan penggerak utama ke arah pencapaian pelajar yang cemerlang. Maka, jelaslah bahawa kesediaan guru dalam kelas adalah begitu penting sekali. Guru yang merupakan pelaksana utama kurikulum di peringkat bilik darjah perlu diberi latihan berterusan mengenai strategi-strategi meningkatkan keberkesanan pengajaran Matematik bagi menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid. Glickman (1998) menyatakan bahawa inti pati kejayaan sesuatu pengajaran adalah hasil daripada tindakan dan pemikiran ahli profesional di sekolah. Kursus dalam perkhidmatan dan sebarang program yang dapat menambahkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan guru adalah aspek yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Ini bersesuaian dengan apa yang ditekankan di dalam KBSM iaitu memupuk budaya belajar seumur hidup. Perkara demikian sangat penting bagi seseorang guru. Jika seseorang guru itu tidak berusaha memajukan dirinya sendiri, dia akan kehilangan keyakinan semasa pengajarannya, terutamanya apabila murid menyoal sesuatu perkara baru. Selain itu, ia turut menimbulkan masalah ketidakmampuan guru untuk menerima sesuatu perubahan terutamanya dalam perubahan kurikulum sekolah. Laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) mendapati program latihan yang dihadiri oleh guru adalah sangat berfaedah dan dapat membantu mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih baik lagi. Menurut Zalizan (2000) keberkesanan pengajaran dipengaruhi oleh kepelbagaian kaedah dan strategi pengajaran yang pada asasnya mirip kepada pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar. Sekiranya guru itu kurang persediaan, pendekatan pengajaran adalah 23
  • 24. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar lebih berpusatkan guru itu sendiri di mana pelajarnya hanya menerima maklumat sahaja bukannya memberi, mengolah atau berkongsi maklumat sepanjang proses pembelajaran mereka. Ini membolehkan seseorang guru yang kurang persediaan itu berasa lebih “selamat” dengan penyampaiannya di dalam kelas. Maka setiap guru mestilah mempunyai maklumat, kemahiran dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi untuk melaksanakan pengajaran Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris. Seseorang guru perlu menguasai semaksimum mungkin mata pelajaran yang hendak diajarnya (Atan, 1982). Kurangnya pengetahuan guru terhadap mata pelajaran yang diajar akan menimbulkan rasa tidak yakin kepada diri guru itu sendiri seterusnya mendatangkan rasa bimbang dan menghilangkan kepercayaan murid kepada guru. Kaedah pengajaran dan persembahan yang baik dapat menjadikan pelajar lebih berminat terhadap mata pelajaran tertentu dan ini memerlukan seseorang guru yang mantap dan benar-benar bersedia dengan apa yang akan diajar. Di samping itu, adalah penting untuk memastikan bahawa guru-guru tersebut mengajar mata pelajaran opsyen mereka sendiri. Ini dikukuhkan lagi oleh Hairunisa (2001) yang menyatakan bahawa komponen utama di dalam kesediaan guru untuk mengajar ialah pengetahuan guru itu sendiri. Keupayaan guru dari segi pengetahuan terhadap apa sahaja yang hendak mereka berikan kepada pelajar adalah sangat penting. Sementara itu, menurut Omar (1993), guru-guru tidak akan dapat mengajar dengan berkesan tanpa perbendaharaan yang cukup. Seseorang itu akan dapat menguasai sesuatu bahasa dari semua aspek sekiranya ia mempunyai serta menguasai perbendaharaan yang luas. Kita dapat melihat dengan jelas bahawa penguasaan serta kesediaan yang tinggi diperlukan bagi membolehkan seseorang guru itu menyampaikan pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Kemahiran dan penguasaan mata pelajaran adalah aset penting bagi 24
  • 25. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar seseorang guru. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi akan dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap dan berkeyakinan. Pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh seseorang guru untuk memajukan dirinya antaranya ialah menghadiri ceramah dan kursus dalam perkhidmatan. Nadzim (2000) berpendapat tahap keyakinan serta kesediaan guru dalam menyampaikan sesuatu mata pelajaran adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya keyakinan yang tinggi serta kesediaan yang mapan, pengajaran yang hendak disampaikan akan menjadi lebih efektif. Kursus dan latihan sentiasa diberi bagi memastikan pengetahuan guru adalah seiring dengan perkembangan ilmu semasa, jika ini tidak berlaku bermakna guru- guru kita ketinggalan berbanding warga pendidik negara lain. Usaha kerajaan memberi penekanan dalam hal ini adalah suatu janji kepada perubahan dari segi sikap dan pengetahuan guru, kita tidak mahu guru yang mendap, jumud dan beku (Razali, 2003). Oleh itu, kreativiti dan inovatif guru perlu diasah melalui kursus kemahiran berfikir dan menekankan peranan mereka sebagai pemudah cara dalam setiap penyampaian ilmu itu. Guru-guru harus tahu keperluan para pelajar sekarang, cara untuk memikat dan menarik perhatian pelajar. Dengan pengetahuan secukupnya seseorang itu boleh membuat pelbagai perubahan di dalam kaedah pengajarannya kerana mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka semakin yakin untuk berfikir dan melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan produktif supaya pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain itu, para pelajar sendiri memainkan peranan penting untuk memastikan bahasa pengantar bukan lagi satu isu dalam pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mereka mestilah berani mencuba untuk menguasai bahasa lain untuk mengelakkan kekeliruan memilih bahasa ibunda. Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa yang diguna luas di mana- mana bidang. Perjanjian atau surat- surat biasanya adalah dalam bahasa Inggeris. Jika kita tidak menguasai bahasa tersebut, kita 25
  • 26. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar mungkin akan ketinggalan. Beliau juga berkata, oleh kerana kekurangan penegasan penggunaan bahasa Inggeris beberapa tahun ini, kerajaan mendapati mereka yang lemah dalam menguasai bahasa tersebut juga menjadi cacat dalam menghadapi cabaran pada era ekonomi baru. Oleh itu, kita perlu memperbaiki kelemahan dalam bidang ini (New Straits Times, 7 Mei 2002). Oleh itu, para pelajar mesti sedar akan kepentingan bahasa kedua ini dalam menjamin masa depan mereka kelak. Selain dari itu, Yeap Soo Yin (2006) mengatakan kebanyakan perisian yang ada di pasaran pada masa kini adalah bukan dalam versi Bahasa Melayu. Isi yang ada pada perisian pendidikan ini adalah tidak mengikut sukatan pelajaran yang dikehendaki. Selain itu, pelajar adalah kurang memahami perisian tersebut kerana perisian ini adalah menggunakan Bahasa Inggeris. Dengan ini, pelajar akan hilang minat apabila tidak memahami apa yang diajar dalam perisian tersebut. Kelemahan dalam penguasaan Bahasa Ingeeris ini akan menyebabkan keputusan para pelajar merudum dan merosakkan masa depan mereka. Kesannya, ini boleh menyebabkan peningkatan pengangguran selepas para pelajar lemah tamat pelajaran sama ada di peringkat sekolah menengah atau peringkat lebih tinggi. Keperluan kepada kefasihan bertutur dan kemampuan menulis dalam bahasa kedua ini sudah menjadi pengetahuan wajib bagi sesetengah syarikat antarabangsa. Selain daripada guru dan pelajar, kerajaan juga merlu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengatasi isu-isu yang timbul berkaitan dengan bahasa pengantar ini. Pelbagai pendekatan boleh dilakukan, contohnya mengadakan pemantauan dan penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran para guru bagi memastikan kualiti setiap guru yang mengajar terjamin. Buku rekod mengajar para guru juga mestilah disemak dari semasa ke semasa untuk memastikan guru tidak tersasar dari matlamat pendidikan yang telah ditetapkan. Kerajaan amnya atau Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya mestilah memperbanyakkan pembangunan perisian versi Bahasa Melayu sekiranya mahu menjadikan 26
  • 27. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi pembelajaran Matematik. Ini adalah untuk memastikan bahawa para pelajar tidak akan ketinggalan dalam arus media massa pada zaman atom ini. Walau bagaimanapun, jika kerajaan ingin melakukan perkara disebaliknya iaitu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, maka latihan dan kursus kepada guru mestilah diberikan secukupnya supaya mereka mahir dan fasih berbahasa Inggeris. Ini adalah untuk memastikan tahap pemahaman pelajar meningkat kerana guru itu sendiri yakin dan mahir dalam bidangnya. Minat pelajar mungkin akan bertambah jika para guru mampu mengajar dalam cara yang mudah difahami ekoran penguasaan guru yang tinggi terhadap bahasa kedua ini. Guru juga mampu menjadi ikutan atau model yang baik kepada para pelajar dalam mendorong mereka dalam mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih aktif. Menurut Razali (2003), kursus dan latihan sentiasa diberi bagi memastikan pengetahuan guru adalah seiring dengan perkembangan ilmu semasa, jika ini tidak berlaku bermakna guru-guru kita ketinggalan berbanding warga pendidik negara lain. Usaha kerajaan memberi penekanan dalam hal ini adalah suatu janji kepada perubahan dari segi sikap dan pengetahuan guru, kita tidak mahu guru yang mendap, jumud dan beku. Oleh itu, kreativiti dan inovatif guru perlu diasah. Ini menunjukkan bahawa kursus dan latihan yang diberikan kepada para guru adalah tidak memfokuskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris sahaja, tetapi juga menekankan kepada pengetahuan semasa untuk menyediakan guru dengan ilmu yang lebih luas dan lebih penting lagi mampu mengaplikasikan pengajaran dalam kehidupan sebenar. Ini mampu menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Matematik walaupun diajar dalam bahasa yang sukar difahami kerana mereka mampu memanipulasikan pelajaran yang diterima kepada kehidupan mereka yang sebenar. Faktor persekitaran, ibu bapa, masyarakat media massa dan lain-lain juga perlu diambil kira dalam menyelesaikan masalah yang timbul disebabkan oleh isu bahasa pengantar ini. Pelbagai kempen boleh dijalankan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat 27
  • 28. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar tentang isu bahasa pengantar ini. Memilih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar bukanlah satu perkara yang patut dijadikan isu besar memandangkan apa jua rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk kebaikan masa depan pelajar itu sendiri khususyna dan pembangunan ilmiah rakyat sendiri amnya. Oleh itu, kempen seperti memartabatkan bahasa kebangsaan kita, sayangi bahasa ibunda dan sebagainya sepatutnya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa yang betul. Pada 19 Julai 2010, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak yang dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah.Bahasa rojak hanya akan merosakkan bahasa kebangsaan dan juga bahasa kedua itu sendiri. Selain itu, pihak Kementerian juga mestilah menyelaraskan satu bahasa pengantar untuk mata pelajaran Matematik ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada para elajar dan para guru. Adalah tidak sepatutnya menjadikan mereka sebagai „tikus putih‟ di mana sukatan pelajaran diubah-ubah kerana tidak membuat penyelidikan menyeluruh tentang keberkesanan dan matlamat sebenar sebelum sesuatu dasar diperkenalkan. Pelaksanaan MBMMBI yang telah diutarakan dalam topik isu-isu semasa dalam bab terdahulu mestilah diteruskan bagi memastikan kelangsungan kedua-dua bahasa penting ini. Pihak berwajib juga mestilah memastikan media massa mampu memberikan impak positif kepada para pelajar dalam mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran pastinya akan menyeronokkan pelajar dan menambahkan minat mereka terhadap subjek tersebut. Secara tidak langsung mereka juga mampu menambahkan ilmu dan kemahiran semasa. Walau bagaimanapun, kita pastinyatidak mahu pelajar terpengaruh dengan bahasa yang salah yang dibawa media massa. Oleh itu, penapisan yang betul mestilah dilaksanakan dari akar umbi lagi. 28
  • 29. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Selain dari itu, kerajaan juga mestilah memperbanyakkan penterjemahan buku imiah dari bahasa lain kepada Bahasa Melayu sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Jepun. Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani (2007), Bahasa Jepun turut menyerap bahasa-bahasa asing khususnya bahasa Inggeris bagi menyatakan konsep yang tidak terdapat dalam bahasanya. Ini menggambarkan keterbukaannya bagi menerima sesuatu yang tidak ada dalam bahasanya tetapi dengan syarat tertentu bermaksud kata tersebut perlu “dijepunkan”. Negara kita juga perlulah meneladani Jepun untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita sekiranya kita memilih untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik. 29
  • 30. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan hasil penulisan-penulisan serta kajian-kajian lepas, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa pengantar yang sepatutnya digunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik masih belum dapat diputuskan yang manakah bahasa yang terbaik yang patut digunakan. Dasar Pendidikan Negara masih lagi dalam melakukan percubaan yang dirasakan sesuai untuk mencari penyelesaian terbaik. Walau bagaimanapun, sebagai pelajar, guru atau masyarakat mestilah percaya bahawa walau apapun dasar yang diperkenalkan, ia adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan Negara ke tahap lebih tinggi. Oleh itu, kita sebagai rakyat perlu menyokong dan menyahut seruan kerajaan dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai cabaran dan bukannya menganggap ia satu perkara yang membebankan. 30
  • 31. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar RUJUKAN Abdul Aziz Ibrahim (2002). Penggunaan ABM Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran. Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Mengajar Am. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Glickman, C. (1998). “Renewing America‟s School: A Guide For School-based Action.” San Francisc: Jossey-Bass. Hairunisa Yosof (2001), “Persepsi Pelajar 4SPH Mengenai persediaan Mengajar Kemahiran Hidup Tingkatan Satu Di Sekolah Menengah”. Tesis Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kamahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Meor Ibrahim Kamaruddin. Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar. Universiti Teknologi Malaysia Mohd. Nadzim Ariffin (2000). “Tahap Keyakinan Guru-Guru Lulusan UTM (SPA/SPE/SPJ) Mengajar Matapelajaran Kejuruteraan Di Sekolah-Sekolah Di Daerah Kuala Muda/Yan, Kedah.” Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda 31
  • 32. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Noor Azlan Ahmad Zanzali , Norhasnida bt Mohamad (2008) :‟Keberkesanan Pelaksanaan dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di Luar Bandar‟ Seth Bin Sulaiman, Umi Mardhiah Binti Abu Bakar: „Kesediaan Bakal Guru Sains Untuk Mengajar Dalam Bahasa Inggeris. Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan‟, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Prof. Madya, Dr. Yahya Buntat, Dr. Muhammad Sukri Saud, Siti Fatimah Ahmad. Masalah Pembelajaran Matematik Tahun Lima Dalam Bahasa Inggeris.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor. Zalizan Mohd. Jelas, et.al (2000). “The Role Of Experience In The Learning Process Of Student Teacher.” Dalam Abdullah Mohd. Noor (2000),”Strategising Teaching And Learning In The 21st Century .” Vol.3. Universiti Kebangsaan Malaysia Keong, C. Y. (2010). Impak Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ke atas Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 1:2 , 21-38 Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA). (2009, March 18). Laporan Eksekutif Kajian Pembina: Tamatkan PPSMI. Retrieved March 24, 2012, from Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) Web site: http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/03/laporan-eksekutif-kajian-pembina.html 32
  • 33. SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Micheal O., M., Ina V.S., M., Pierre, F., John F., O., Corrina, P., Ebru, E., et al. (2008). TIMSS 2007 International Mathematics Report : Findings from IEA's Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades. Chestnut Hill: TIMSS & PIRLS Intermational Study Center, Lynch School of Education, Boston College. Kementerian Pelajaran Malaysia. Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Putrajaya: Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia. 33