SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  22
TAJUK KAJIAN



PERAYAAN TRADISI KAUM DIMALAYSIA




                                   1
KANDUNGAN


ISI KANDUNGAN                                                                                     Muka Surat


Kata Penghantar                            ....................................................... 2
Tajuk Kajian                               ....................................................... 3
Isi Kandungan                              ....................................................... 4
Pendahuluan Kajian                         ....................................................... 5
Kaedah Kajian                              ....................................................... 6
Hasil Kajian
- Perayaan Tradisi                         ....................................................... 6
- Tarikh Perayaan Mengikut Haiwan          ....................................................... 7
- Latar Belakang                           ....................................................... 8
- Sejarah Perayaan Tahun Baru Cina         ....................................................... 8
- Persiapan Perayaan Tahun Baru Cina       ....................................................... 10
- Ang Pau                                  ....................................................... 11
- Pasar Tahun Baru                         ....................................................... 12
- Bunga Api                                ....................................................... 12
- Larangan Mercun                          ....................................................... 13
- Ucapan Semasa Sambutan Tahun Baru Cina   ....................................................... 14
- Pakaian                                  ....................................................... 15
- Hari- Hari Perayaan                      ....................................................... 15
- Simbol                                   ....................................................... 18
- Balik Kampung                            ....................................................... 18
- Rumah Terbuka                            ....................................................... 18
- Pantang Larang                           ....................................................... 19
- Kesan Perayaan Tahun Baru Cina           ....................................................... 20
Kesimpulan                                 ....................................................... 22
Rujukan                                    ....................................................... 23
Lampiran                                   ....................................................... 24

                                                                                                          2
PENDAHULUAN KAJIAN


       Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus Perkembangan
Profesionalisme Keguruan (HBEF2803). Melalui kajian ini saya berharap dapat mengetahui
dengan lebih mendalam mengenai sejarah perayaan yang saya pilih iaitu Tahun Baru Cina.
Selain itu, saya juga berharap melalui kajian ini saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya
mengenai sejarah yang terdapat di dalam Perayaan Tahun Baru Cina.


       Sememangnya masyarakat Malaysia kaya dengan kaum, perayaan dan sejarahnya
tersendiri. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat
menyedarkan bahawa rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya perayaan di negara kita kerana
ia dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia.


       Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku sebelum, semasa dan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya sifat kerjasama,
kekeluargaan dan semangat persaudaraan. Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisma di
dalam diri saya juga di kalangan generasi masa kini melalui kajian ini. Selain daripada itu
pengalaman mengkaji kajian ini dapat diterapkan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
serta kepada pelajar- pelajar sekolah.




                                                                                              3
KAEDAH KAJIAN


       Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya
ialahseperti berikut:-
       1)      BUKU ILMIAH- Saya telah merujuk dan menganalisa maklumat dari buku-buku
       ilmiah dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan yang berhampiran bagi
       mendapatkan maklumat mengenai perayaan yang telah saya pilih.
       2)      INTERNET- Saya telah menganalisa media cetak iaitu Wikipedia bagi
       mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perayaan yang telah saya pilih untuk
       mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya.
       3)      ORANG SUMBER- Saya telah menemubual beberapa orang bangsa Cina dewasa
       dan kanak- kanak untuk mendapatkan maklumat berkaitan perayaan Tahun Baru Cina.




PERAYAAN TRADISI


       Perayaan Musim Bunga atau Tahun Baru Lunar adalah satu perayaan utama dalam
masyarakat Cina di Malaysia dan di seluruh dunia. Malah turut dirayakan oleh bangsa Korea,
Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan,
maka turut memakai kalendar qamari Cina. Di China, bukan sahaja etnik Han yang merayakan
Tahun Baru Cina, etnik yang lain termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu,
Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk
merayakan Tahun Baru Cina.


       Tahun Baru Cina diraikan dengan penuh meriah. Setiap rumah dihiasi dan dipenuhi
dengan pelbagai hiasan yang melambangkan kegembiraan, keamanan, kemakmuran dan
keberuntungan. Buah limau mandarin (dipanggil 'kam' dalam Bahasa Kantonis yang memberi
maksud 'emas') adalah satu kewajipan pada musim perayaan ini kerana warna keemasannya yang
melambangkan limpahan kekayaan.
       Begitu juga dengan 'pomelo' (dikenali sebagai bolok dalam Bahasa Kantonis. Lok
membawa maksud ('kemakmuran'), kek Tahun Baru atau Niangao (dalam Bahasa Mandarin)

                                                                                         4
atau nenkul (Bahasa Kantonis) yang melambangkan 'peningkatan sepanjang tahun'. Kesemuanya
dipastikan cukup bekalannya sehingga pada hari ke-15 perayaan. Di antara perhiasan yang
terkenal adalah 'kuplet musim bunga' atau Chunlian. Kuplet ini sangat unik bentuknya dan
berupaya menceriakan lagi suasana perayaan. la adalah suatu cara tradisi untuk melepaskan
tahun yang telah berlalu serta menerima dan mengalu-alukan tahun yang baru menjelma.


       Perhiasan lain adalah perkataan- perkataan Cina yang melambangkan tuah, musim bunga
atau keamanan yang ditulis dalam bentuk kaligrafi pada kertas merah. Selain itu, bunga-bungaan
dan tanglung berwarna merah juga adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana perayaan
Tahun Baru. Dalam perayaan TahunBaru, 'makan besar' menjadi satu acara yang penting
termasuklah jenis makanan yang dihidangkan seperti ikan (melambangkan 'lebihan'), 'fatt choy'
(kekayaan) dan sebagainya.


       Di kalangan rakyat Malaysia, 'Yee Sang' ('ikan hidup' yang melambangkan tahun yang
penuh bertenaga dan member keuntungan) telah diperkenalkan sebagai satu acara tradisi. Di
antara yang dihidangkan termasuklah mee, ikan mentah dan beberapa jenis pembuka selera yang
lain. Ramuan ini dicampur dan digaulkan oleh tetamu yang mengelilingi meja. Acara
menggaulkan 'Yee Sang' ini (atau Iou dalam bahasa Kantonis) menjadi simbol tahun yang
dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan mendatangkan pulangan yang baik.


TARIKH PERAYAAN MENGIKUT HAIWAN




                  RAJAH 1 : TARIKH PERAYAAN MENGIKUT HAIWAN                                 5
LATAR BELAKANG


Nama Perayaan          :      Tahun Baru Cina
Nama Lain              :      Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga
Diraikan oleh          :      Terutamanya Tamadun Asia Timur
Jenis                  :      China, kebudayaan, agama Buddha
Keutamaan              :      Hari pertama kalendar Cina (qamari)
Tarikh 2010            :      14 Februari
Tarikh 2011            :      03 Februari
Tarikh 2012            :      23 Januari 2012
Tarikh 2013            :      10 Februari 2013
Perayaan               :      Sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga.
Berkaitan dengan       :      Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini


SEJARAH PERAYAAN TAHUN BARU CINA


          Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk
ganas yang bernama „Nian‟ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia
hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk
ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke
udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun baru
Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina. Bersama-sama
dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian „cheongsam‟, ia menjadi simbol tradisi
kemeriahan masyarakat Cina.


Mitos :
          Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ialah seekor raksasa pemakan manusia dari
pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar
musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian
sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga
api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada

                                                                                          6
perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián , yang bermaksud "menyambut tahun baru"
membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".


       Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah
permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor
binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa
suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12
binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.
Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan
untung nasib binatang tersebut.


Upacara khusus dalam perayaan
       Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina.
Antaranyaialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum tahun
barucina samaada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Selain itu, tarian singaakan
diadakan samaada di rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau puaka dan
jugamusibah.Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan merekayang
telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Pada hari yang kelima belas
merupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié
ataupun Chap Goh Mei. Pada hari ini mereka akan makan bersama-samakeluarga sekali lagi.


Individu yang mengetuai upacara khusus
       Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumahataupun
orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.


Tempat khusus sambutan di jalankan
       Sambutan Tahun Baru Cina dijalankan di rumah dan di desa.Selain itu,sambutan ini
jugadisambut di sebahagian pekan dan bandar kecil.



                                                                                              7
PERSIAPAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA


SEBELUM :


       Sebelum perayaan pada hari-hari sebelum Tahun Baru, kaum keluarga Cina
membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan
ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk
disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh
disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.
Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucapkan kebahagiaan dan kemakmuran
dalam bahasa Cina.


       Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan
yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini.
Di China Utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu
melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli
terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini
sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan
kehormatan.


SEMASA :


       Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung, mereka akan mengadakan persiapan untuk
menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai mereka.
Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga yang lebih tua
seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang. Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga
menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan “nasib baik” atau gambar dewa
kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya perkataan “Nasib
baik” mesti ditempel secara terbalik, sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan
“datang” dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”.

                                                                                             8
SELEPAS :


       Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga cina akan bersama-sama mengemaskan
kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meninggalkan sanak-saudara mereka. Pada hari
kelima belas mereka akan meraikan sebagai Yuánxiāo jié, atau Chap Goh Mei dalam bahasa
Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakan
pada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.
Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan
dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.


ANG PAU


       Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru
Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin.
Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah
wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka
ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian . Oleh sebab
angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati,
maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap
bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya") ,maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau.
Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam ang pau.




                                 PEMBERIAN ANG PAU

                                                                                         9
PASAR TAHUN BARU


       Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar
ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian
dansebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau
sebagaihiasan rumah.




                                  MEMBELI- BELAH


BUNGA API


       Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkanletupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman
moden pula, kaedahini berubah menjadi penggunaanmercunpada musim perayaan. Mercun
biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan
dalam kertas merah keranawarna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya.
Apabila dibakar, mercunmelepaskan bunyi meletup-letup yang
kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan
ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang
dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun
juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek
penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.




                                              BUNGA API

                                                                                        10
LARANGAN MERCUN


       Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun
baru,namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya
laporanmengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita
akibatkecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan
dan    pihak-pihak     berkuasa     akhirnya    menguatkuasakan       undang-undang   yang
mengharamkansepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-
sebabkeselamatan.


• Tanah Besar China : Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namunBeijing
menarik balik larangannya pada tahun2006setelah sedekad, dan undang-undangnyatidak selalu
dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramaidan lorong-lorong
selalu diliputi warna merah bangkai mercun.


•Hong Kong : Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,kerajaan
kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga
apa diPelabuhan Victoriapada hari kedua Tahun Baru Cina.Pertunjukan seumpamanya juga
diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.


•Singapura    : Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah
berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain.
Inidilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang
mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba
menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. Bagaimanapun,
pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika
kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer , tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru
Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura.
Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau
pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.



                                                                                        11
•Malaysia     : Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk
memenuhi kehendak diri mereka.


•Indonesia    : Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun
Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukankaum Cina
agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapakawasan metropolitan
seperti Jakarta dan Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.


•Amerika Syarikat     : Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun
setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham
Square, Chinatown.


UCAPAN SEMASA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA


       Ucapan ''xin nian kuai le'' Tulisan Cina ialah ''Selamat Tahun Baru Cina' 'merupakan
ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari
ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China,
"guò nián hǎo"       yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru
antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. Maksudnya ialah
''dapat hidup dalam keadaan yang baik''. Selain itu, "Gong xi fa cai” yang diterjemah sebagai
"Tahniah dan semoga mendapat rezeki ''




                              UCAPAN GONG XI FA CHAI

                                                                                          12
PAKAIAN


       Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai
sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan
menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan
permulaan baru pada tahun baru.


Shou Sui
Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲 ,Cina Ringkas: 守岁)
berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada
malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun
yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba.
Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan
memanjangkan usia ibu bapa.


HARI- HARI PERAYAAN


Hari Pertama:
       Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri
daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka
akan lanjut usia. Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa keluarga
Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam keluarga mereka,
biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian
singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan
musibah dari rumah.


Hari Kedua :




                                                                                        13
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" menyaksikan anak perempuan
yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan
yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.


Hari Ketiga :
       Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara.Hari ini dikenali sebagai "mulut merah", yang bermaksud mudah untuk terlibat
dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di
rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun
lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari
ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.


Hari Kelima :
       Di bahagian utara China, ladu     dijadikan sarapan pada pagi "pecahlima" . Ini juga
merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan
biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.


Hari Ketujuh :
       Hari ketujuh dikenali sebagai ''hari jadi orang ramai'' iaitu hari yang mana usia setiap
orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila salad
ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad
berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Ini
merupakan adat resam utama yang diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti
Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau
tersebut.




                                         YEE SANG

                                                                                             14
Hari Kesembilan :
       Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja
Jed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru"
suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien
menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana
tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa
generasi lalu.




                                TOKONG MAHARAJA JED


Hari Kelima Belas :
       Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai ''Yuánxiāo jié'' ,
atau ''Chap Goh Mei'', versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán , bebola pulut manis dalam sup,
dimakan pada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung
pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian
dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan boleh dibuat sama ada berisi atau
tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai
''Perayaan Tanglung''.




                                           Tāngyuán

                                                                                              15
SIMBOL


       Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau
kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak
menyambutnya. Terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang
berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab
yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara
福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering
kelihatantergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi
samadengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan
dankemakmuran.


BALIK KAMPUNG


       Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang
terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina
seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak
saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運,Cina
Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan fenomena " balik kampung" sewaktu masyarakat
Melayu menyambutAidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik
kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya
untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.


RUMAH TERBUKA


       Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing,
beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini
dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.




                                                                                            16
PANTANG LARANG


Tuah baik
•      Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
•      Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
•      Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
•      Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar
mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
•      Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambilkesempatan
untuk ber judipada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambahkekayaan.
•      Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang
bergosip tentang pemakainya.


Nasib Malang ("Tuah buruk")
•      Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana
perkataan bahasa Kantonisbagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau"sukar".
•      Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataanKantonis
bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif,
kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinyadengan "kaya".)
•      Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya
denganhasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam
bahasaKantonis".
•      Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal
kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
•      Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah
bagi tahun baru.
•      Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun
BaruCina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

                                                                                            17
•      Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina
bagi"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".


KESAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA


Kesan Kekeluargaan
       Melalui perayaan ini, seseorang itu dapat mengeratkan hubungannya dengan
keluargadengan cara makan beramai-ramai. Apabila melakukan acara ini, seseorang itu akan
berasa sangat hampir dengan keluarganya terutama jika mereka sentiasa berjauhan dengan
keluarga. Di samping itu, sanak saudara yang duduk berjauhan juga akan kembali
berkumpul.Mereka akan mencuci rumah. Ini menunjukkan bahawa semangat kerjasama di dalam
sesebuah keluarga itu wujud dan kesannya amat ketara. Selain itu, segala hutang-piutang akan
dibayar dan dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun. Golongan
muda pula akan melawat golongan tua bagi menunjukkan rasa hormat mereka terhadap golongan
tua.


Kesan Perpaduan
       Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Terdapat pelbagai perayaan di
Malaysia. Masyarakat Malaysia yang sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu terhadap
sesuatu itu akan mewujudkan perpaduan melalui perayaan yang terdapat dinegara ini. Contohnya
seorang remaja Melayu bersama keluarganya mengunjungi sahabatnya yang berbangsa Cina
serta membawa buah tangan untuk diberikan kepada keluarga sahabatnya itu. Ini akan
mengeratkan lagi hubungan mereka sesama kaum.


Kesan Pengetahuan
       Sebagai seorang rakyat Malaysia, banyak benda yang boleh diambil sebagai iktibar,
pengajaran dan pelajaran. Melalui kajian mengenai perayaan Tahun Baru Cina ini, banyak
pengetahuan yang telah saya dapati. Walaupun kehidupan kini serba moden, adat resam masih
dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini. Malah, kebanyakan remaja Cina masih
mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.
Antara yang masih dipertahankan ialah pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit iaitu

                                                                                         18
tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama sambutan kerana menganggap ia boleh
membuang segala keuntungan yang ada. Sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga
menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebih
kemakmuran dan kekayaan kepada mereka. Mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkara
yang boleh merosakkan pembawaan keuntungan dalam kehidupan untuk satu tahun mendatang.


Kesan Pelancongan
      Malaysia kaya dengan perayaannya yang pelbagai. Oleh itu, Malaysia pasti akan menjadi
tumpuan pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Kerajaan
Malaysia dapat menambahkan pendapatan negara melalui kemasukan pelancong yang datang
pada musim perayaan.




                                                                                        19
KESIMPULAN


       Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan
tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak
pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya perolehi dan dapat dijadikan iktibar. Perayaan
Tahun Baru Cina mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan tarian singa yang
terdapat di dalam Perayaan Tahun Baru Cina dapat menarik perhatian pelancong tempatan dan
luar negara untuk menyaksikannya.


       Walaupun perayaan ini juga terdapat di China dan Singapura tetapi keunikan dan
keadaannya tidak serupa dengan perayaan yang terdapat di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia,
kita seharusnya berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang dapat menarik
pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya sekaligus
dapat mempromosikan negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai ini.


       Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita
hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan. Apabila tiba musim
perayaan, rakyat pasti akan menyambutnya tidak kiralah perayaan apa sekalipun kerana
semangat perpaduan itu wujud dalam kalangan masyarakat. Walaupun menganut agama dan
menjalani kehidupan yang berbeza amalan dan budaya, namun masih ada sikap tolak ansur dan
semangat muhibbah yang tinggi dikalangan rakyat.




                                                   3820 patah perkataan tidak termasuk rujukan.



                                                                                             20
RUJUKAN


INTERNET
www.google.comhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cinawww.scribd.com/kerjakursussej
arah




http://kebudayaan.kpkk.gov.my/upload/Content/pdf/infoCNY


http://www.hmetro.com.my/articles/Pantang-larangTahunBaruCina/Article/


http://kuali.com/recipes/viewrecipe.asp?r=2190




SURAT KHABAR
Utusan Malaysia. 15 Februari 2010


BUKU ILMIAH
Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 3, Abdul Aziz bin AbdulRahman,
       muka surat 92 hingga 95, Percetakan Rina Sdn. Bhd.


Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
       Vishalache a/p Balakrishnan, Marwiyah Abu Kassim, Muslimin Bin Fadzil.


Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,
       Vishalache Balakrishnan, Koo Kee Peng, Mohd Bakri Che Amin




                                                                                      21
LAMPIRAN




           22

Contenu connexe

Tendances

Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Thanushah Soniyasee
 
Makanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cinaMakanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cinaIskandar Abbas
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalmunnianwar
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdf
Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdfPerayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdf
Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdfNorizanYusof2
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Devi D Hazel Eye
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukSyahira Md Desa
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)saadiah alidrus
 
Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cinanur fara
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Thanushah Soniyasee
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaamiraaa96
 
laras bahasa
 laras bahasa laras bahasa
laras bahasaJenny 美
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaSang Kidal
 
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1) Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1) nichurl
 
Langkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisLangkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisMiz Karstz
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 

Tendances (20)

Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
 
Mahatma gandhi
Mahatma gandhiMahatma gandhi
Mahatma gandhi
 
Makanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cinaMakanan tradisional kaum cina
Makanan tradisional kaum cina
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdf
Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdfPerayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdf
Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdf
 
Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...Edu...pantang larang kadazan dusun...
Edu...pantang larang kadazan dusun...
 
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - ProdukBab 2 Campuran Pemasaran - Produk
Bab 2 Campuran Pemasaran - Produk
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
 
Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cina
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
laras bahasa
 laras bahasa laras bahasa
laras bahasa
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cina
 
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1) Seni visual  - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
Seni visual - Aspek Formal STPM (Penggal 1)
 
Langkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunisLangkah-langkah membanteras komunis
Langkah-langkah membanteras komunis
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 

Similaire à Kajian tentang perayaan tahun baru cina

Materi M5KB3 - Nihon no Gyouji
Materi M5KB3 - Nihon no GyoujiMateri M5KB3 - Nihon no Gyouji
Materi M5KB3 - Nihon no GyoujiPPGHybrid1
 
Makalah legenda sangkuriang
Makalah legenda sangkuriangMakalah legenda sangkuriang
Makalah legenda sangkuriangDimaz Xball
 
Makalah ips valen
Makalah ips valenMakalah ips valen
Makalah ips valenvalen tinus
 
TUGAS MAKALAH IPS VALENTINUS(SMKN 1 WALENRANG)
TUGAS MAKALAH IPS VALENTINUS(SMKN 1 WALENRANG)TUGAS MAKALAH IPS VALENTINUS(SMKN 1 WALENRANG)
TUGAS MAKALAH IPS VALENTINUS(SMKN 1 WALENRANG)valen tinus
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialjoy_purnama
 
Ilmu pengetahuan sosial kls2
Ilmu pengetahuan sosial kls2Ilmu pengetahuan sosial kls2
Ilmu pengetahuan sosial kls2Mif Tah
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosiallombkTBK
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportPang Shuen
 
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01inferno92
 
Sinopsis buku murni 2021
Sinopsis buku murni 2021Sinopsis buku murni 2021
Sinopsis buku murni 2021Nora Liza
 
Bs buddha sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
Bs buddha sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]Bs buddha sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
Bs buddha sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]Randy Ikas
 
SMP-MTs kelas07 ctl pkn sugeng djaenudin anang cholisin muchson
SMP-MTs kelas07 ctl pkn sugeng djaenudin anang cholisin muchsonSMP-MTs kelas07 ctl pkn sugeng djaenudin anang cholisin muchson
SMP-MTs kelas07 ctl pkn sugeng djaenudin anang cholisin muchsonsekolah maya
 
Sejarah sma kelas xi triyono suwito
Sejarah sma kelas xi triyono suwitoSejarah sma kelas xi triyono suwito
Sejarah sma kelas xi triyono suwitoDnr Creatives
 
Kiriman Catatan Praktik Buddhadharma dari Lautan Selatan
Kiriman Catatan Praktik Buddhadharma dari Lautan SelatanKiriman Catatan Praktik Buddhadharma dari Lautan Selatan
Kiriman Catatan Praktik Buddhadharma dari Lautan SelatanAgustin Ayunk
 
Salsabila putri anggraini 3 b-2001045066-makalah sastra nusantara
Salsabila putri anggraini 3 b-2001045066-makalah sastra nusantaraSalsabila putri anggraini 3 b-2001045066-makalah sastra nusantara
Salsabila putri anggraini 3 b-2001045066-makalah sastra nusantaraSalsabilaPutriAnggra
 

Similaire à Kajian tentang perayaan tahun baru cina (20)

Materi M5KB3 - Nihon no Gyouji
Materi M5KB3 - Nihon no GyoujiMateri M5KB3 - Nihon no Gyouji
Materi M5KB3 - Nihon no Gyouji
 
Makalah legenda sangkuriang
Makalah legenda sangkuriangMakalah legenda sangkuriang
Makalah legenda sangkuriang
 
Makalah ips valen
Makalah ips valenMakalah ips valen
Makalah ips valen
 
TUGAS MAKALAH IPS VALENTINUS(SMKN 1 WALENRANG)
TUGAS MAKALAH IPS VALENTINUS(SMKN 1 WALENRANG)TUGAS MAKALAH IPS VALENTINUS(SMKN 1 WALENRANG)
TUGAS MAKALAH IPS VALENTINUS(SMKN 1 WALENRANG)
 
Kelas11 sej triyono
Kelas11 sej triyonoKelas11 sej triyono
Kelas11 sej triyono
 
Ilmu pengetahuan sosial untuk kelas 2
Ilmu pengetahuan sosial untuk kelas 2Ilmu pengetahuan sosial untuk kelas 2
Ilmu pengetahuan sosial untuk kelas 2
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosial
 
Ilmu pengetahuan sosial kls2
Ilmu pengetahuan sosial kls2Ilmu pengetahuan sosial kls2
Ilmu pengetahuan sosial kls2
 
Ilmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosialIlmu pengetahuan sosial
Ilmu pengetahuan sosial
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya Report
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01
 
Sinopsis buku murni 2021
Sinopsis buku murni 2021Sinopsis buku murni 2021
Sinopsis buku murni 2021
 
Daftar isi
Daftar isiDaftar isi
Daftar isi
 
Bs buddha sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
Bs buddha sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]Bs buddha sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
Bs buddha sma kelas x kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
 
Perayaan_Di_Malaysia.docx
Perayaan_Di_Malaysia.docxPerayaan_Di_Malaysia.docx
Perayaan_Di_Malaysia.docx
 
SMP-MTs kelas07 ctl pkn sugeng djaenudin anang cholisin muchson
SMP-MTs kelas07 ctl pkn sugeng djaenudin anang cholisin muchsonSMP-MTs kelas07 ctl pkn sugeng djaenudin anang cholisin muchson
SMP-MTs kelas07 ctl pkn sugeng djaenudin anang cholisin muchson
 
Sejarah sma kelas xi triyono suwito
Sejarah sma kelas xi triyono suwitoSejarah sma kelas xi triyono suwito
Sejarah sma kelas xi triyono suwito
 
Kiriman Catatan Praktik Buddhadharma dari Lautan Selatan
Kiriman Catatan Praktik Buddhadharma dari Lautan SelatanKiriman Catatan Praktik Buddhadharma dari Lautan Selatan
Kiriman Catatan Praktik Buddhadharma dari Lautan Selatan
 
Salsabila putri anggraini 3 b-2001045066-makalah sastra nusantara
Salsabila putri anggraini 3 b-2001045066-makalah sastra nusantaraSalsabila putri anggraini 3 b-2001045066-makalah sastra nusantara
Salsabila putri anggraini 3 b-2001045066-makalah sastra nusantara
 

Kajian tentang perayaan tahun baru cina

  • 1. TAJUK KAJIAN PERAYAAN TRADISI KAUM DIMALAYSIA 1
  • 2. KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Muka Surat Kata Penghantar ....................................................... 2 Tajuk Kajian ....................................................... 3 Isi Kandungan ....................................................... 4 Pendahuluan Kajian ....................................................... 5 Kaedah Kajian ....................................................... 6 Hasil Kajian - Perayaan Tradisi ....................................................... 6 - Tarikh Perayaan Mengikut Haiwan ....................................................... 7 - Latar Belakang ....................................................... 8 - Sejarah Perayaan Tahun Baru Cina ....................................................... 8 - Persiapan Perayaan Tahun Baru Cina ....................................................... 10 - Ang Pau ....................................................... 11 - Pasar Tahun Baru ....................................................... 12 - Bunga Api ....................................................... 12 - Larangan Mercun ....................................................... 13 - Ucapan Semasa Sambutan Tahun Baru Cina ....................................................... 14 - Pakaian ....................................................... 15 - Hari- Hari Perayaan ....................................................... 15 - Simbol ....................................................... 18 - Balik Kampung ....................................................... 18 - Rumah Terbuka ....................................................... 18 - Pantang Larang ....................................................... 19 - Kesan Perayaan Tahun Baru Cina ....................................................... 20 Kesimpulan ....................................................... 22 Rujukan ....................................................... 23 Lampiran ....................................................... 24 2
  • 3. PENDAHULUAN KAJIAN Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memenuhi keperluan Kerja Kursus Perkembangan Profesionalisme Keguruan (HBEF2803). Melalui kajian ini saya berharap dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah perayaan yang saya pilih iaitu Tahun Baru Cina. Selain itu, saya juga berharap melalui kajian ini saya dapat menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai sejarah yang terdapat di dalam Perayaan Tahun Baru Cina. Sememangnya masyarakat Malaysia kaya dengan kaum, perayaan dan sejarahnya tersendiri. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan bahawa rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya perayaan di negara kita kerana ia dapat memupuk semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia. Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perayaan Tahun Baru Cina ini. Antaranya sifat kerjasama, kekeluargaan dan semangat persaudaraan. Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisma di dalam diri saya juga di kalangan generasi masa kini melalui kajian ini. Selain daripada itu pengalaman mengkaji kajian ini dapat diterapkan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran serta kepada pelajar- pelajar sekolah. 3
  • 4. KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antaranya ialahseperti berikut:- 1) BUKU ILMIAH- Saya telah merujuk dan menganalisa maklumat dari buku-buku ilmiah dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan yang berhampiran bagi mendapatkan maklumat mengenai perayaan yang telah saya pilih. 2) INTERNET- Saya telah menganalisa media cetak iaitu Wikipedia bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perayaan yang telah saya pilih untuk mendapatkan fahaman yang jelas mengenainya. 3) ORANG SUMBER- Saya telah menemubual beberapa orang bangsa Cina dewasa dan kanak- kanak untuk mendapatkan maklumat berkaitan perayaan Tahun Baru Cina. PERAYAAN TRADISI Perayaan Musim Bunga atau Tahun Baru Lunar adalah satu perayaan utama dalam masyarakat Cina di Malaysia dan di seluruh dunia. Malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. Di China, bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina diraikan dengan penuh meriah. Setiap rumah dihiasi dan dipenuhi dengan pelbagai hiasan yang melambangkan kegembiraan, keamanan, kemakmuran dan keberuntungan. Buah limau mandarin (dipanggil 'kam' dalam Bahasa Kantonis yang memberi maksud 'emas') adalah satu kewajipan pada musim perayaan ini kerana warna keemasannya yang melambangkan limpahan kekayaan. Begitu juga dengan 'pomelo' (dikenali sebagai bolok dalam Bahasa Kantonis. Lok membawa maksud ('kemakmuran'), kek Tahun Baru atau Niangao (dalam Bahasa Mandarin) 4
  • 5. atau nenkul (Bahasa Kantonis) yang melambangkan 'peningkatan sepanjang tahun'. Kesemuanya dipastikan cukup bekalannya sehingga pada hari ke-15 perayaan. Di antara perhiasan yang terkenal adalah 'kuplet musim bunga' atau Chunlian. Kuplet ini sangat unik bentuknya dan berupaya menceriakan lagi suasana perayaan. la adalah suatu cara tradisi untuk melepaskan tahun yang telah berlalu serta menerima dan mengalu-alukan tahun yang baru menjelma. Perhiasan lain adalah perkataan- perkataan Cina yang melambangkan tuah, musim bunga atau keamanan yang ditulis dalam bentuk kaligrafi pada kertas merah. Selain itu, bunga-bungaan dan tanglung berwarna merah juga adalah sangat penting dalam mewujudkan suasana perayaan Tahun Baru. Dalam perayaan TahunBaru, 'makan besar' menjadi satu acara yang penting termasuklah jenis makanan yang dihidangkan seperti ikan (melambangkan 'lebihan'), 'fatt choy' (kekayaan) dan sebagainya. Di kalangan rakyat Malaysia, 'Yee Sang' ('ikan hidup' yang melambangkan tahun yang penuh bertenaga dan member keuntungan) telah diperkenalkan sebagai satu acara tradisi. Di antara yang dihidangkan termasuklah mee, ikan mentah dan beberapa jenis pembuka selera yang lain. Ramuan ini dicampur dan digaulkan oleh tetamu yang mengelilingi meja. Acara menggaulkan 'Yee Sang' ini (atau Iou dalam bahasa Kantonis) menjadi simbol tahun yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang akan mendatangkan pulangan yang baik. TARIKH PERAYAAN MENGIKUT HAIWAN RAJAH 1 : TARIKH PERAYAAN MENGIKUT HAIWAN 5
  • 6. LATAR BELAKANG Nama Perayaan : Tahun Baru Cina Nama Lain : Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim Bunga Diraikan oleh : Terutamanya Tamadun Asia Timur Jenis : China, kebudayaan, agama Buddha Keutamaan : Hari pertama kalendar Cina (qamari) Tarikh 2010 : 14 Februari Tarikh 2011 : 03 Februari Tarikh 2012 : 23 Januari 2012 Tarikh 2013 : 10 Februari 2013 Perayaan : Sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga. Berkaitan dengan : Perayaan Tanglung yang mengakhiri perayaan ini SEJARAH PERAYAAN TAHUN BARU CINA Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama „Nian‟ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian „cheongsam‟, ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina. Mitos : Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada 6
  • 7. perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián , yang bermaksud "menyambut tahun baru" membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian". Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut. Upacara khusus dalam perayaan Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan tahun baru cina. Antaranyaialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam sebelum tahun barucina samaada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman. Selain itu, tarian singaakan diadakan samaada di rumah ataupun kedai mereka untuk menghalau puaka dan jugamusibah.Pada hari kedua perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan merekayang telah berkahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Pada hari yang kelima belas merupakan hari terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié ataupun Chap Goh Mei. Pada hari ini mereka akan makan bersama-samakeluarga sekali lagi. Individu yang mengetuai upacara khusus Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumahataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut. Tempat khusus sambutan di jalankan Sambutan Tahun Baru Cina dijalankan di rumah dan di desa.Selain itu,sambutan ini jugadisambut di sebahagian pekan dan bandar kecil. 7
  • 8. PERSIAPAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA SEBELUM : Sebelum perayaan pada hari-hari sebelum Tahun Baru, kaum keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucapkan kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China Utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan. SEMASA : Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung, mereka akan mengadakan persiapan untuk menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai mereka. Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga yang lebih tua seperti ibu bapa, datuk nenek ataupun moyang. Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan perkataan “nasib baik” atau gambar dewa kekayaan di depan pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya perkataan “Nasib baik” mesti ditempel secara terbalik, sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan “datang” dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah “nasib baik datang”. 8
  • 9. SELEPAS : Selepas perayaan Tahun Baru Cina, keluarga cina akan bersama-sama mengemaskan kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meninggalkan sanak-saudara mereka. Pada hari kelima belas mereka akan meraikan sebagai Yuánxiāo jié, atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. ANG PAU Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak. Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian . Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya") ,maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam ang pau. PEMBERIAN ANG PAU 9
  • 10. PASAR TAHUN BARU Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dansebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagaihiasan rumah. MEMBELI- BELAH BUNGA API Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkanletupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedahini berubah menjadi penggunaanmercunpada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah keranawarna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercunmelepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. BUNGA API 10
  • 11. LARANGAN MERCUN Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru,namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporanmengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibatkecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkansepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab- sebabkeselamatan. • Tanah Besar China : Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namunBeijing menarik balik larangannya pada tahun2006setelah sedekad, dan undang-undangnyatidak selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramaidan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun. •Hong Kong : Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu,kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa diPelabuhan Victoriapada hari kedua Tahun Baru Cina.Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China. •Singapura : Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Inidilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer , tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial. 11
  • 12. •Malaysia : Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka. •Indonesia : Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukankaum Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapakawasan metropolitan seperti Jakarta dan Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan. •Amerika Syarikat : Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham Square, Chinatown. UCAPAN SEMASA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA Ucapan ''xin nian kuai le'' Tulisan Cina ialah ''Selamat Tahun Baru Cina' 'merupakan ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, "guò nián hǎo" yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. Maksudnya ialah ''dapat hidup dalam keadaan yang baik''. Selain itu, "Gong xi fa cai” yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki '' UCAPAN GONG XI FA CHAI 12
  • 13. PAKAIAN Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru. Shou Sui Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲 ,Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa. HARI- HARI PERAYAAN Hari Pertama: Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah. Hari Kedua : 13
  • 14. Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri. Hari Ketiga : Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara.Hari ini dikenali sebagai "mulut merah", yang bermaksud mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur. Hari Kelima : Di bahagian utara China, ladu dijadikan sarapan pada pagi "pecahlima" . Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api. Hari Ketujuh : Hari ketujuh dikenali sebagai ''hari jadi orang ramai'' iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Ini merupakan adat resam utama yang diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut. YEE SANG 14
  • 15. Hari Kesembilan : Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan di tokong agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. TOKONG MAHARAJA JED Hari Kelima Belas : Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai ''Yuánxiāo jié'' , atau ''Chap Goh Mei'', versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán , bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini. Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan boleh dibuat sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai ''Perayaan Tanglung''. Tāngyuán 15
  • 16. SIMBOL Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. Terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara 福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatantergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi samadengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dankemakmuran. BALIK KAMPUNG Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運,Cina Ringkas: 春运) dan boleh disamakan dengan fenomena " balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambutAidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri. RUMAH TERBUKA Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina. 16
  • 17. PANTANG LARANG Tuah baik • Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. • Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun. • Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. • Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. • Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambilkesempatan untuk ber judipada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambahkekayaan. • Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya. Nasib Malang ("Tuah buruk") • Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonisbagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau"sukar". • Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataanKantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinyadengan "kaya".) • Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya denganhasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasaKantonis". • Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.) • Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru. • Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun BaruCina kerana ini turut dianggap tidak bagus. 17
  • 18. Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi"buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah". KESAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA Kesan Kekeluargaan Melalui perayaan ini, seseorang itu dapat mengeratkan hubungannya dengan keluargadengan cara makan beramai-ramai. Apabila melakukan acara ini, seseorang itu akan berasa sangat hampir dengan keluarganya terutama jika mereka sentiasa berjauhan dengan keluarga. Di samping itu, sanak saudara yang duduk berjauhan juga akan kembali berkumpul.Mereka akan mencuci rumah. Ini menunjukkan bahawa semangat kerjasama di dalam sesebuah keluarga itu wujud dan kesannya amat ketara. Selain itu, segala hutang-piutang akan dibayar dan dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun. Golongan muda pula akan melawat golongan tua bagi menunjukkan rasa hormat mereka terhadap golongan tua. Kesan Perpaduan Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum. Terdapat pelbagai perayaan di Malaysia. Masyarakat Malaysia yang sememangnya mempunyai perasaan ingin tahu terhadap sesuatu itu akan mewujudkan perpaduan melalui perayaan yang terdapat dinegara ini. Contohnya seorang remaja Melayu bersama keluarganya mengunjungi sahabatnya yang berbangsa Cina serta membawa buah tangan untuk diberikan kepada keluarga sahabatnya itu. Ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sesama kaum. Kesan Pengetahuan Sebagai seorang rakyat Malaysia, banyak benda yang boleh diambil sebagai iktibar, pengajaran dan pelajaran. Melalui kajian mengenai perayaan Tahun Baru Cina ini, banyak pengetahuan yang telah saya dapati. Walaupun kehidupan kini serba moden, adat resam masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini. Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman. Antara yang masih dipertahankan ialah pantang larang ketika sambutan perayaan terbabit iaitu 18
  • 19. tidak boleh menyapu rumah pada hari pertama sambutan kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan yang ada. Sama seperti masyarakat lain, kaum Cina juga menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah yang diyakini dapat memberikan lebih kemakmuran dan kekayaan kepada mereka. Mereka akan pastikan tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan pembawaan keuntungan dalam kehidupan untuk satu tahun mendatang. Kesan Pelancongan Malaysia kaya dengan perayaannya yang pelbagai. Oleh itu, Malaysia pasti akan menjadi tumpuan pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Kerajaan Malaysia dapat menambahkan pendapatan negara melalui kemasukan pelancong yang datang pada musim perayaan. 19
  • 20. KESIMPULAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya perolehi dan dapat dijadikan iktibar. Perayaan Tahun Baru Cina mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Keunikan tarian singa yang terdapat di dalam Perayaan Tahun Baru Cina dapat menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk menyaksikannya. Walaupun perayaan ini juga terdapat di China dan Singapura tetapi keunikan dan keadaannya tidak serupa dengan perayaan yang terdapat di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana negara kita mempunyai pelbagai perayaan yang dapat menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke Malaysia bagi menyaksikannya sekaligus dapat mempromosikan negara kita ke persada dunia melalui perayaan yang pelbagai ini. Saya amat berbangga mempunyai hasil sejarah yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya kekitaan atau semangat kekitaan. Apabila tiba musim perayaan, rakyat pasti akan menyambutnya tidak kiralah perayaan apa sekalipun kerana semangat perpaduan itu wujud dalam kalangan masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani kehidupan yang berbeza amalan dan budaya, namun masih ada sikap tolak ansur dan semangat muhibbah yang tinggi dikalangan rakyat. 3820 patah perkataan tidak termasuk rujukan. 20
  • 21. RUJUKAN INTERNET www.google.comhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cinawww.scribd.com/kerjakursussej arah http://kebudayaan.kpkk.gov.my/upload/Content/pdf/infoCNY http://www.hmetro.com.my/articles/Pantang-larangTahunBaruCina/Article/ http://kuali.com/recipes/viewrecipe.asp?r=2190 SURAT KHABAR Utusan Malaysia. 15 Februari 2010 BUKU ILMIAH Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 3, Abdul Aziz bin AbdulRahman, muka surat 92 hingga 95, Percetakan Rina Sdn. Bhd. Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Vishalache a/p Balakrishnan, Marwiyah Abu Kassim, Muslimin Bin Fadzil. Buku Teks Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Vishalache Balakrishnan, Koo Kee Peng, Mohd Bakri Che Amin 21
  • 22. LAMPIRAN 22