SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  28
PENGORGANISASIAN                                              Asas Pengurusan




                                PENGORGANISASIAN




Objektif Pembelajaran: Memahami konsep pengorganisasian dan penstrukturan
                organisasi.




Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat:


  •   Mendefinisikan konsep dan keperluan pengorganisasian.
  •   Menerangkan konsep dan keperluan pengorganisasian.
  •   Menjelaskan proses pengorganisasian.
  •   Menjelaskan penstrukturan pengorganisasian.
  •   Menerangkan konsep pembahagian tugas.
PENGORGANISASIAN                                                  Asas Pengurusan




                              PENGORGANISASIAN




5.0 Pengenalan


Organisasi yang telah kita fahami merupakan sebuah institusi seperti agensi
kerajaan, sekolah, syarikat, persatuan IPTA, dan sebagainya. Seperti yang telah kita
pelajari daripada unit dua, lima fungsi asas dalam pengurusan sesebuah organisasi
adalah perancangan, pengorganisasian, pengarahan, pengawalan dan penstafan.
Oleh itu selepas satu-satu perancangan dibuat maka pengurus perlu pula menyusun
atau mengorganisasi semua aktiviti yang telah dirancang supaya objektif yang
ditetapkan dalam perancangan dapat dicapai dengan jayanya. Sesebuah organisasi
yang ditubuhkan memerlukan pengorganisasian yang rapi dan teliti serta
bersesuaian dengan tujuan, matlamat, strategi dan program yang telah dibuat pada
peringkat perancangan.


5.1 Definisi dan Konsep Pengorganisasian


Terdapat berbagai definisi yang telah digubal oleh penulis-penulis buku tentang
pengorganisasian diantaranya:


•   Stoner dan Wankel (1986): Pengorganisasian merupakan satu proses di mana
    aktiviti kerja disusun dan diagihkan kepada sumber tenaga untuk mencapai
    matlamat dan tujuan sesebuah organisasi.


•   Jaafar Muhammad (1992): Pengorganisasian ialah penyusunan sumber-sumber
    organisasi dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat
    dan objektif organisasi yang dirancang dapat dicapai.
PENGORGANISASIAN                                                    Asas Pengurusan

•   Gatewood, Taylor dan Farell: Pengorganisasian ialah aktiviti–aktiviti yang terlibat
    dalam merekabentuk suatu struktur organisasi yang sesuai, memberi tugas
    kepada pekerja serta membentuk perhubungan-perhubungan yang berguna di
    antara pekerja-pekerja dan di antara tugas-tugas.


•   Certo (1997): Fokus utama pengorganisasian adalah menentukan setiap aktiviti
    – aktiviti yang akan dilakukan oleh sumber manusia dalam organisasi, dan
    bagaimana sumber-sumber tersebut dapat diselaraskan atau digabungkan
    dengan cara yang terbaik untuk mencapai objektif organisasi.


Maka daripada setiap definisi di atas bolehlah disimpulkan bahawa pengorganisasian
menekankan kepada konsep pembahagian kerja kepada sumber manusia, oleh itu
di sini organisasi memerlukan satu struktur sistem yang menjelaskan siapa perlu
melakukan tugas apa, siapa bertanggungjawab kepada apa dan siapa serta siapa
perlu mengkoordinasikan tugas-tugas yang perlu dilakukan. Penurunan autoriti dan
kuasa kepada mereka yang berpatutan serta penentuan asas-asas yang sesuai
untuk tugas penjabatan dan menentukan bilangan tugasan yang optimum dalam
setiap jabatan untuk mencapai matlamat dan tujuan organisasi yang telah dirancang
terlebih dahulu juga amat penting di dalam konsep pengorganisasian.
PENGORGANISASIAN                                              Asas Pengurusan



5.2 Proses dan Struktur Organisasi


   5.2.1 Proses Pengorganisasian


   Dalam menyempurnakan pengorganisasian ini , terdapat 5 langkah yang perlu
   dilalui untuk menjayakan proses pengorganisasian tersebut. Gambarajah 5.1 di
   bawah menunjukan aliran proses pengorganisasian.




                            Menyenaraikan kerja-kerja.




                           Membahagikan beban kerja.




                         Mewujudkan unit-unit tertentu.




                    Mewujudkan mekanisma penyelarasan.




             Mengawasi keberkesanan dalam perjalanan organisasi.




   Rajah 5.1: Proses Pengorganisasian.
PENGORGANISASIAN                                                 Asas Pengurusan




  Langkah 1


  Menyenaraikan semua kerja yang akan dilakukan atau terlibat.


  •        Kita tahu bahawa tiap-tiap organisasi mempunyai matlamat atau tujuan
      yang tersendiri. Tiap-tiap matlamat tersebut pula boleh dicapai dengan cara
      yang berbeza. Untuk mencapai matlamat ini tindakan atau kerja yang
      dilakukan oleh ahli organisasi hendaklah ditentukan. Seorang pengurus perlu
      menentukan sumber-sumber yang akan digunakan untuk mencapai matlamat
      tersebut dan bagaimana semuanya akan dilakukan. Oleh itu pihak pengurusan
      organisasi perlu menyenaraikan atau perincikan setiap aktiviti yang hendak
      dilakukan bagi organisasi tersebut.




  Langkah 2


  Membahagikan beban kerja kepada setiap individu dalam organisasi


      • Kerja–kerja yang telah diperincikan akan dibahagikan kepada individu atau
       sekumpulan individu mengikut kebolehan serta kemahiran masing-masing.
       Pembahagian kerja ini hendaklah adil dan seimbang. Jika seorang pekerja
       diberikan beban kerja yang terlalu berat atau tidak mengikut kelayakan yang
       diperlukan dia mungkin tidak dapat melaksanakan kerja dengan baik dan
       berkesan. Pembahagian kerja juga perlu dilakukan kerana seorang individu
       tidak akan mampu mencapai objektif secara bersendirian.




  Langkah 3


  Mewujudkan unit-unit tertentu bagi aktiviti yang mempunyai persamaan.


   • Organisasi perlu mengumpulkan pekerja-pekerja yang melaksanakan tugas
       yang sama dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Kumpulan ini lebih dikenali
       sebagai penjabatan . Biasanya penjabatan yang ada di dalam organisasi
PENGORGANISASIAN                                                 Asas Pengurusan

      adalah seperti, jabatan pemasaran, jabatan kewangan, jabatan pentadbiran
      dan sebagainya.




  Langkah 4


  Mewujudkan mekanisma penyelarasan


  •   Dalam usaha melaksanakan tugas yang berbeza di antara jabatan dalam
      organisasi, kemungkinan akan wujudnya pertelingkahan atau kekeliruan di
      antara pekerja-pekerja di setiap jabatan. Dengan adanya satu mekanisma
      penyelarasan maka masalah–masalah di antara mereka akan dapat diatasi
      seperti peraturan, prosedur dan polisi.




  Langkah 5


  Mengawasi keberkesanan dan penyesuaian organisasi


  •   Memandangkan organisasi sentiasa berubah, langkah-langkah dalam proses
      pengorganisasian juga mengalami perubahan . Oleh itu adalah mustahak
      bagi seseorang pengurus untuk mengawasi keberkesanan dan melakukan
      penyesuaian terhadap perubahan yang berlaku. Ini akan membantu
      organisasi bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
PENGORGANISASIAN                                               Asas Pengurusan




                                  AKTIVITI 5 A


  Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!!
  Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.


  Soalan esei


  5.1 Berikan definisi pengorganisasian yang anda tahu?


  5.2 Isikan petak-petak di bawah untuk proses pengorganisasian.
PENGORGANISASIAN                                                Asas Pengurusan




5.3 Padankan nama-nama berikut dengan definisi-definisi yang dikemukakan.


      a) Stoner dan                    i) Fokus utama menentukan setiap aktiviti
      Wankel                           yang dilakukan oleh sumber manusia.

      b)Jaafar                         ii) Aktiviti yang terlibat dalam merekabentuk
      Muhammad                         suatu struktur organisasi yang sesuai.

      c) Certo                         iii) Satu proses di mana aktiviti kerja disusun
                                       dan diagihkan kepada sumber tenaga untuk
                                       capai matlamat.

      d) Gatewood                      iv) Penyusunan sumber-sumber organisasi
                                       dalam bentuk kesatuan dengan cara yang
                                       berkesan.
PENGORGANISASIAN                                        Asas Pengurusan




                           MAKLUM BALAS AKTIVITI




AKTIVITI 5A


Soalan esei


   5.1 Definisi pengorganisasian: rujuk muka surat 1.


   5.2 Proses Pengorganisasian: rujuk muka surat 2.


5.3 Padanan
PENGORGANISASIAN   Asas Pengurusan

  a – iii
  b – iv
  c–i
  d - ii
PENGORGANISASIAN                                                 Asas Pengurusan

     5.2.2 Struktur Organisasi


     Hasil daripada proses pengorganisasian, wujudnya pembentukkan struktur
     organisasi yang menentukan bagaimana tugas-tugas formal dibahagikan,
     sumber-sumber        digunakan   secara    optimum    dan     jabatan-jabatan
     dikoordinasikan. Struktur organisasi mempunyai kaitan yang rapat dengan
     pengorganisasian di mana struktur organisasi ditunjukkan secara ilustrasi
     grafik yang dipanggil carta organisasi. Apa yang boleh dilihat daripada carta
     organisasi adalah:


        Kedudukan individu yang relatif seperti yang dikotakkan menunjukkan
         pembahagian dan hubungan fungsi dan aktiviti kerja yang berlainan.
        Garisan di antara kotak-kotak tersebut menunjukkan       hubungan rasmi
         komunikasi di antara individu-individu berlandaskan rantaian arahan.
        Hiraki dan kedudukan autoriti serta tanggungjawab dalam organisasi.
        Tugas, tanggungjawab dan autoriti yang diberikan kepadanya, dan
         kepada siapa pula beliau perlu membuat laporan.


     Struktur organisasi mestilah selari dengan strategi organisasi. Jika strategi
     organisasi dibentuk untuk menentukan “apa yang patut dilakukan” untuk
     pencapaian objektif organisasi, struktur organisasi pula menentukan “siapa
     dan bagaimana” objektif tersebut dilaksanakan.


     Terdapat 2 aspek penting di dalam pembentukkan struktur organisasi:


     5.2.2.1 Pembahagian kerja


     Ia merujuk kepada pekerja-pekerja melaksanakan kerja yang tertentu atau
     khusus berdasarkan kemahiran, kelayakan dan kemampuan individu
     tersebut. Ia juga di panggil pengkhususan kerja. Asas pembahagian kerja
     ialah setiap suatu kerja boleh dibahagikan kepada tugas-tugas kecil yang
     berulang dan ditugaskan seorang pengurus untuk menyelia dan mengarah
     pekerja tersebut. Contohnya di sebuah klinik swasta, si A ditugaskan hanya
     untuk merekod dan memanggil nama pesakit sahaja manakala si B hanya
     ditugaskan untuk memberi ubat dan menerima pembayaran sahaja. Mereka
     diselia oleh seorang doktor.
PENGORGANISASIAN                                                   Asas Pengurusan

         Dengan adanya pengkhususan kerja tersebut seseorang itu akan menjadi
         lebih cekap dan berkesan. Bayangkan sekiranya si A ditugaskan sebagai
         merekod nama pesakit, memanggil nama pesakit dan menyediakan ubat
         kepada pesakit serta menerima bayaran daripada pesakit. Mampukah dia
         melakukan kesemua tugas tersebut seorang diri?


         Sebagaimana lumrah hidup setiap perkara yang dilakukan ada kebaikan dan
         keburukannya, begitu juga dengan konsep pembahagian kerja ini. Marilah
         kita lihat kebaikan dan keburukannya.




             Kebaikan                            Keburukan
Menjadikan pekerja lebih mahir dan Kurang kreativiti di mana              kerja yang
cekap.                                      sama sahaja yang dilakukan dan tiada
                                         pembaharuan.
Kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat Pekerja cepat rasa bosan dan malas.
dan menjimatkan masa.
Meringankan beban kerja.                    Tidak dapat menguasai bidang baru.
Menjimatkan kos latihan.                    Tidak berpeluang menunjukkan bakat
                                            baru.
Mempertingkatkkan kepakarannya.             Produktiviti menurun kerana konsentrasi
                                          menurun.
Menggunakan       sumber-sumber      yang Menaikkan kos latihan sekiranya ada
lebih efisien.                              sebarang perubahan kepada gaya kerja
                                            yang akan dilakukan.



Ada juga dikalangan pekerja yang tidak sukakan kepada pekerjaan yang melibatkan
pengkhususan kerana mereka mungkin rasa cepat bosan dan jemu. Maka ini akan
mewujudkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerja yang sama itu. Mereka ini lebih
suka kepada kerja yang sentiasa berubah dan dapat memperkembangkan idea baru
serta meningkatkan kreativiti. Maka pihak pengurusan harus mengatasi masalah ini
dengan cara merekabentuk kerja. Reka bentuk kerja amat penting kepada pengurus
kerana cara kerja itu disusun, direka dan diselaraskan mempunyai kesan kepada
prestasi organisasi. Terdapat 4 cara untuk merekabentuk kerja di mana ia dapat
mengatasi kebosanan serta ketidakpuasan hati pekerja:


   Ruang lingkup kerja
PENGORGANISASIAN                                                 Asas Pengurusan

    Konsep ini menyentuh bilangan kerja atau tugas berbeza-beza yang dilakukan di
    dalam satu pekerjaan dan kekerapan kerja tersebut diulangi. Semakin sedikit
    bilangan kerja yang dilakukan dan ia dilakukan berulangkali maka ia dikatakan
    ruang lingkup yang sempit. Tetapi sekiranya bilangan kerja adalah banyak dan
    kekerapan melakukan satu-satu tugas adalah sedikit, maka ia dikatakan ruang
    lingkup yang luas. Contohnya, di sebuah restoran , si A hanya bertugas
    mengambil pesanan makanan sahaja, dan dilakukan tugas tersebut setiap saat.
    Manakala si B pula bertugas mengambil pesanan, menghantar makanan dan
    menerima pembayaran, maka si B mempunyai ruang lingkup yang luas jika
    dibandingkan dengan si A.




   Kedalaman kerja


    Konsep ini menekankan sejauh mana pekerja dapat mengawasi kerja-kerja
    mereka. Apabila pengurusan menetapkan peraturan-peraturan yang ketat,
    memperincikan tugas-tugas dan mengawasi setiap pergerakan kerja yang
    dilakukan dengan teliti maka paras kedalaman kerja dikatakan cetek atau rendah.
    Akan tetapi walaupun peraturan itu diadakan, pekerja masih dapat melakukan
    kerja dengan baik tanpa rasa tertekan,dan dapat menguasai setiap pekerjaan
    dengan cekap maka ia mempunyai paras kedalaman kerja yang tinggi.
    Contohnya , di sebuah restoran yang dilengkapi dengan peraturan seperti tidak
    boleh merokok semasa bekerja, datang tepat waktu, tidak boleh berbual semasa
    mengambil pesanan tetapi si A masih perlu diawasi setiap pergerakan kerjanya
    seperti setelah diambil pesanan kena ditunjukkan kepada penyelia terlebih
    dahulu semada logik atau pun tidak tempahan tersebut, beliau sentiasa di awasi
    maka paras kedalaman kerjanya masih cetek. Tidak seperti si B yang boleh
    melakukan kerja tanpa perlu      diawasi, dapat menerima serta menghantar
    tempahan dengan cekap. Maka beliau mempunyai paras kedalaman kerja yang
    tinggi.


   Perluasan Kerja


    Konsep ini digunakan untuk       mengatasi rasa ketidakpuasan hati melalui
    meningkatkan atau meluaskan lagi ruang lingkup kerja berkenaan dengan
PENGORGANISASIAN                                                    Asas Pengurusan

    menambahkan lagi bilangan kerja dalam satu-satu pekerjaan. Cara ini mampu
    meningkatkan kemahiran di samping memberi cabaran dan motivasi serta
    membebaskan pekerja itu dari konkongan dan batasan. Contohnya, di sini kita
    boleh lihat si A mungkin rasa tidak puas hati dan cepat jemu, maka pihak
    pengurusan bolehlah menambahkan bilangan kerja beliau seperti menghantar
    tempahan,    menjadi    chef   atau    sebagainya   yang   membolehkan       beliau
    mengembangkan bakatnya.


   Pengayaan Kerja


    Adalah satu cara lagi untuk mengatasi rasa ketidakpuasan hati pekerja iaitu
    melalui meningkatkan atau mendalamkan lagi paras kerja itu dengan kata lain ia
    memberikan pekerja itu peluang         dalam membuat keputusan atau membaiki
    kesilapan diri. Semakin mencabar kerja itu dan semakin besar tanggungjawab
    bagi pekerja, maka semakin meningkatlah lagi motivasi serta pengorbanan
    mereka terhadap pekerjaan tersebut. Pengayaan kerja di dalam organisasi
    melibatkan dua faktor penting iaitu:
    a) Menyediakan kerja yang pelbagai.
    b) Memberikan      autonomi    dan     tanggungjawab   kepada     pekerja    untuk
       menjalankan tugas mereka sehingga selesai.


   Pusingan kerja


    Ia juga sebagai salah satu cara untuk mengatasi rasa kebosanan iaitu ia
    melibatkan perpindahan pekerja-pekerja kepada bahagian lain (di dalam
    lingkungan kerja yang sama). Dengan adanya pusingan kerja ini, pekerja-pekerja
    dapat mempelajari kerja-kerja baru serta juga melatih beliau supaya cekap dan
    mahir di dalam tugas-tugas di bahagian yang baru.




                                       AKTIVITI 5B
PENGORGANISASIAN                                              Asas Pengurusan

  Ujikan kefaham anda sebelum meneruskan input selanjutnya..!!!!
  Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya .


  Soalan esei


  5.3 Apabila anda melihat satu carta organisasi di sesebuah organisasi, apakah
       yang boleh anda fahami?


  5.4 Terdapat dua (2) aspek penting di dalam pembentukkan struktur organisasi .
       Nyatakan.


  5.5 Padankan ayat-ayat di bawah .




         Konsep                                        Pengertian
  a)   Ruang Lingkup                     i)   Sejauh   mana pekerja        dapat
  Kerja.                                 mengawasi kerja-kerja mereka.

  b) Peluasan Kerja.                     ii) Perpindahan kerja kepada bahagian
                                         lain tetapi masih berada di dalam
                                         lingkungan kerja yang sama.

  c) Pengayaan Kerja.                    iii) Bilangan kerja yang dilakukan di
                                         dalam satu pekerjaan .

  d) Kedalaman Kerja.                    iv) Menambahkan lagi bilangan kerja.

  e) Pusingan Kerja.                     v)   Meningkatkan   paras     kedalaman
                                         kerja.
PENGORGANISASIAN                                                    Asas Pengurusan




                               MAKLUM BALAS AKTIVITI


  AKTIVITI 5B


  Soalan esei


  5.4 Daripada carta organisasi , kita boleh mengetahui:


          •    Kedudukan individu yang menunjukkan pembahagian dan hubungan
               fungsi kerjanya.
          •    Hubungan rasmi antara siapa dengan siapa.
          •    Dapat memahami hiraki seseorang serta autoritinya.
          •    Mengetahui kepada siapa seseorang pekerja itu perlu melaporkan
               setiap tugas.


  5.5 a) Pembahagian Kerja
     b) Penjabatan


   5.6 Padanan


     a – iii
     b – iv
     c–v
     d–i
     e - ii
PENGORGANISASIAN   Asas Pengurusan
PENGORGANISASIAN                                               Asas Pengurusan




     5.2.2.2 Penjabatanan


     Perkara utama yang perlu dilakukan dalam sesebuah organisasi yang besar
     lagi kompleks adalah menyusun sumber-sumbernya dengan cara yang
     efisien dan berkesan. Aktiviti – aktiviti yang sama diletakkan di bawah satu
     unit, bahagian atau kumpulan.


     Proses mengumpul dan menyatukan semua kegiatan yang sama dengan
     cara yang sesuai dan praktikal di panggil penjabatanan. Biasanya setiap
     organisasi akan membentuk penjabatanan bergantung kepada aktiviti utama
     organisasi tersebut. Terdapat beberapa jenis penjabatanan yang biasa
     digunakan seperti:


        Penjabatanan mengikut fungsi


     Penjabatanan ini digunakan secara meluas disetiap organisasi kerana ianya
     mudah dibentuk dan dipraktikkan. Ia diwujudkan berdasarkan fungsi-fungsi
     asas organisasi seperti pengeluaran, kewangan, pemasaran dan sumber
     manusia. Ia boleh digambarkan berdasarkan rajah 5.2. Kebaikan utama yang
     boleh diperolehi daripada penjabatanan ini adalah individu yang ditempatkan
     dalam sesuatu jabatan mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam fungsi-
     fungsi tertentu. Ia juga mudah dikawal kerana setiap pengurus perlu
     kemahiran yang hanya terhad kepada bidangnya sahaja.


     Tetapi apabila organisasi menjadi besar dan berkembang, penjabatanan
     mengikut fungsi menjadi kurang berkesan kerana ia akan menimbulkan
     halangan dari segi komunikasi antara jabatan kerana setiap ahli tidak
     mengenali antara ahli dalam jabatan tersebut.
PENGORGANISASIAN                                                Asas Pengurusan




                                     Pengurus Besar




      Pengurus               Pengurus             Pengurus              Pengurus
      Kewangan               Pemasaran            Pengeluaran           P’tadbiran




      Rajah 5.2: Penjabatanan Mengikut Fungsi




           Penjabatanan mengikut keluaran atau produk


       Bagi organisasi yang besar yang mengeluarkan pelbagai jenis barang-barang
       seperti syampo, sabun mandi, ubat gigi, bedak dan sebagainya biasanya
       akan mengwujudkan penjabatanan berdasarkan produk-produk tersebut. Ia
       dilakukan untuk memudahkan pihak pengurusan menyelaraskan operasi
       yang berkaitan. Rajah 3 menggambarkan penjabatanan mengikut produk.


       Setiap keluaran ada pengurus yang bertanggungjawab dan mengawasi
       setiap pergerakan aktiviti. Setiap jabatan memerlukan teknologi atau alatan
       yang berbeza dan ini akan melibatkan kos yang tinggi.


                                 Pengurus Besar




Pengurus              Pengurus             Pengurus             Pengurus
Ubat Gigi             Sabun Mandi          Syampoo              Bedak
PENGORGANISASIAN                                                 Asas Pengurusan

   Rajah 5.3: Penjabatanan Mengikut Produk


      Penjabatanan mengikut kawasan atau geografi


       Pembentukan penjabatan mengikut kawasan berdasarkan kepada 2 kaedah
       iaitu berdasarkan tempat di mana organisasi beroperasi atau berdasarkan
       kawasan – kawasan pasaran yang menjadi fokus organisasi .


       Dalam aspek pertama penjabatanan wujud di lokasi di mana organisasi
       beroperasi kerana kemudahan untuk mendapatkan punca-punca bahan
       mentah dan tenaga buruh. Ia biasanya melibatkan organisasi pembinaan
       atau perkhidmatan seperti Telekom.
       Bagi aspek kedua pula jabatan diwujudkan berhampiran pelanggan supaya
       organisasi dapat bertindak cepat untuk memenuhi keperluan pelanggan. Kita
       dapat lihat contoh Bank Islam (M) Sdn. Bhd, yang mempunyai setiap
       cawangan di bandar-bandar besar. Ini digambarkan pada rajah 4 di bawah.


                                  Pengurus Besar
                                    Kuala Lumpur




Pengurus              Pengurus              Pengurus             Pengurus
Caw. Kota Bharu       Caw. P. Mas           Caw. T. Merah        Caw. Machang




Rajah 5.4: Penjabatanan Mengikut Kawasan.


      Penjabatanan Mengikut Pelanggan


       Penjabatanan    ini   diwujudkan   berdasarkan   kepada   pelanggan   utama
       organisasi . Di antara jenis-jenis pelanggan yang biasanya di jabatan adalah
       pengguna biasa, pengguna perdagangan, pengguna industri dan pengguna
       sekolah. Contoh yang dapat kita lihat adalah TNB di mana beliau mempunyai
       banyak jenis pelanggan.
PENGORGANISASIAN                                              Asas Pengurusan

                               Pengurus Besar
                                Perkhidmatan




      Pengurus                    Pengurus                     Pengurus
  (Pengguna biasa)           (Pengguna Industri)          (Pengguna Pejabat)




      Rajah 5.5: Penjabatanan Mengikut Pelanggan




     Penjabatanan Matrik


      Setelah kamu mempelajari beberapa jenis penjabatan, sekarang marilah
      sama-sama kita memahami satu lagi penjabatan yang boleh dikatakan
      kompleks iaitu penjabatanan matrik. Di dalam penjabatan matriks ini para
      pekerja pada hakikatnya mempunyai dua orang ketua. Oleh itu pengurus
      terpaksa bertanggungjawab kepada dua orang ketua dan tidak hanya kepada
      seorang ketua sebagaimana yang terdapat dalam struktur biasa. Struktur ini
      juga dikenali sebagai “ sistem berbilang arahan”.       Penjabatanan ini
      merupakan campuran dua jenis penjabatanan seperti penjabatan fungsian
      dan penjabatanan produk. Oleh kerana struktur matriks melibatkan campuran
      penjabatanan, maka untuk beroperasi dengan cekap dan berkesan,
      komunikasi serta kerjasama yang baik adalah perlu. Biasanya penjabatanan
      seperti ini sesuai dengan persekitaran yang sering berubah seperti
      persaingan yang sengit dan perubahan teknologi . Contohnya          sebuah
      organisasi terlibat dalam kegiatan-kegiatan melaksanakan berbagai-bagai
      jabatan fungsian seperti pengeluaran, pemasaran dan kewangan adalah
      diperlukan. Oleh itu, dalam masa perlaksanaan projek ini, para kakitangan
      akan mengikut arahan dari pengurus projek dan pengurus fungsian seperti
      dalam rajah 5.6 di halaman sebelah.
PENGORGANISASIAN                                   Asas Pengurusan




                                  Pengurus Besar




                    Pengurus            Pengurus   Pengurus
                    Pengeluaran         Kewangan   Pemasaran




Projek              Unit                Unit       Unit
Kereta A            Pengeluaran         Kewangan   Pemasaran




Projek              Unit                Unit       Unit
Kereta B            Pengeluaran         Kewangan   Pemasaran




Projek              Unit                Unit       Unit
Kereta C            Pengeluaran         Kewangan   Pemasaran




Rajah 5.6: Penjabatanan Matrik
PENGORGANISASIAN                                                          Asas Pengurusan




                                    AKTIVITI 5C




Ujikan kefaham anda sebelum meneruskan input selanjutnya..!!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya .


Arahan: Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai


   5.6 Tugas-tugas yang mempunyai persamaan di antara satu sama lain akan
       dikumpulkan      dedalam     satu        unit     atau      kumpulan.    Proses      ini
       dipanggil_________1____________.                 Organisasi yang memberi fokus
       kepada      kepada         kehendak             pelanggan       akan     membentuk
       penjabatanan_________2_________.Penjabatanan_______3___________p
       ula dibentuk bagi membantu organisasi dalam linkungan kawasan yang
       sama.      Penjabatanan           juga          boleh       diwujudkan      mengikut
       ______4___________berdasarkan apa yang dikeluarkan oleh firma.




Soalan objektif


   5.7 Fungsi-fungsi    biasa     yang     terdapat        dalam     sesebuah     organisasi
       ialah_______kecuali:
       A. Pemasaran
       B. Kewangan
       C. Pengeluaran
       D. Pentadbiran
       E. Pelancongan


   5.8 Kelebihan penjabatan mengikut fungsi ialah:
       A. Pembuatan keputusan menjadi lebih cepat
PENGORGANISASIAN                                     Asas Pengurusan

     B.Tumpuan yang lebih diberikan kepada fungsi berbanding dengan
       keseluruhan organisasi
     C. Kawalan keatas pekerja lebih senang
     D. Setiap fungsi diuruskan oleh seorang pakar
     E. Kurang persaingan di kalangan pekerja
PENGORGANISASIAN                                 Asas Pengurusan




                         MAKLUM BALAS AKTIVITI




  5.6 Isikan tempat kosong


          1. Penjabatanan
          2. mengikut pelanggan
          3. mengikut kawasan
          4. barangan




  Soalan objektif


  5.7 E
  5.8 D
PENGORGANISASIAN                                             Asas Pengurusan




                             PENILAIAN KENDIRI




     Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
     kendiri ini dan semak jawapan anada pada maklum balas yang disediakan.
     Jika ada masalah sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba
     dan semoga berjaya.


     Soalan esei


     1. Huraikan serta berikan contoh proses pengorganisasian yang telah anda
        pelajari.
     2. Nyatakan kebaikan dan keburukan pembahagian kerja.
     3. Terangkan perkara-perkara berikut:
            a) Ruang Lingkup Kerja
            b) Kedalaman Kerja
            c) Peluasan Kerja
            d) Pengayaan Kerja
            e) Pusingan Kerja


     4. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul


            a) Penjabatanan yang di bentuk berdasarkan fungsi-fungsi tertentu
                seperti   Jabatan   Kewangan,   Jabatan   Pemasaran,   Jabatan
                Pengeluaran dan Jabatan Fungsi.
                                                                        (B/S)


            b) Penjabatanan yang wujud berdasarkan pelanggan utama disebut
                penjabatanan mengikut kawasan.
                                                                        (B/S)
PENGORGANISASIAN                                                  Asas Pengurusan



              c) Penjabatanan yang dikenali sebagai sistem berbilang arahan
                 adalah penjabatanan matrik.
                                                                              (B/S)


              d) Penjabatanan      mengikut    keluaran     adalah     penjabatanan
                 berdasarkan keluaran yang dipelbagaikan.
                                                                              (B/S)


              e) Sesebuah organisasi yang mengeluarkan banyak produk seperti
                 minyak   masak,    mentega,   majerin    dan   keju   amat   sesuai
                 membentuk penjabatanan matrik.
                                                                              (B/S)




                    MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI




Soalan esei


   1. Proses pengorganisasian :


          a) Menyenaraikan Kerja – Kerja
          b) Membahagikan Beban Kerja
          c) Mewujudkan unit – unit tertentu
          d) Mewujudkan mekanisma penyelarasan
          e) Mengawasi keberkesanan dalam perjalanan organisasi.


          Penerangan contoh boleh anda fikir yang berkaitan dengan keadaan
          semasa yang pernah anda alami. Seperti untuk mengadakan lawatan,
PENGORGANISASIAN                                                 Asas Pengurusan

          maka anda yang berada di dalam sebuah organisasi , bagaimana nak
          laksanakannya. Ataupun anda bayangkan anda ingin membuka kedai
          butik yang besar di Bandaraya Kuala Lumpur, apakah yang anda perlu
          lakukan? Jadi kaitkan semula dengan proses tersebut.


  2. Kebaikan dan keburukan pembahagian kerja – rujuk mukasurat: 9


  3. Sila rujuk muka surat: 9 dan 10.


  4. Betul/Salah


     a)      B
     b)      S
     c)      B
     d)      B
     e)      S

Contenu connexe

Tendances

PROSES PENGORGANISASIAN
PROSES PENGORGANISASIANPROSES PENGORGANISASIAN
PROSES PENGORGANISASIANCkg Nizam
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanBab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanCkg Nizam
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANCkg Nizam
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanZafarul_Irshard
 
Bab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiBab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiKhairul Anwar
 
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Nazie War
 
REKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIANREKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIANCkg Nizam
 
Bab 4 Kemahiran Pengurusan
Bab 4 Kemahiran PengurusanBab 4 Kemahiran Pengurusan
Bab 4 Kemahiran PengurusanCkg Nizam
 
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Ar Rayyan
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITCkg Nizam
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)SITI HAJAR
 
Topik 3 campuran pemasaran
Topik 3  campuran pemasaranTopik 3  campuran pemasaran
Topik 3 campuran pemasaranAyubkhan Kks
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan KeputusanCkg Nizam
 
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan HargaUnit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan HargaSyahira Md Desa
 

Tendances (20)

PROSES PENGORGANISASIAN
PROSES PENGORGANISASIANPROSES PENGORGANISASIAN
PROSES PENGORGANISASIAN
 
Bab 8 kawalan
Bab 8  kawalanBab 8  kawalan
Bab 8 kawalan
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Bab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi PerniagaanBab 3 Fungsi Perniagaan
Bab 3 Fungsi Perniagaan
 
KONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIANKONSEP PENGORGANISASIAN
KONSEP PENGORGANISASIAN
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
kepimpinan
kepimpinankepimpinan
kepimpinan
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 
Bab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasiBab 5-kepimpinan-motivasi
Bab 5-kepimpinan-motivasi
 
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
Pkh form 3 bab 5 (pengenalan kepada pemasaran)
 
REKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIANREKABENTUK PENGORGANISASIAN
REKABENTUK PENGORGANISASIAN
 
Pengawalan
PengawalanPengawalan
Pengawalan
 
Bab 4 Kemahiran Pengurusan
Bab 4 Kemahiran PengurusanBab 4 Kemahiran Pengurusan
Bab 4 Kemahiran Pengurusan
 
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
Konsep Pentadbiran Awam & Swasta
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
Topik 3 campuran pemasaran
Topik 3  campuran pemasaranTopik 3  campuran pemasaran
Topik 3 campuran pemasaran
 
Unit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalanUnit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalan
 
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 BAB 4 Pembuatan Keputusan BAB 4 Pembuatan Keputusan
BAB 4 Pembuatan Keputusan
 
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan HargaUnit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
 

Similaire à PENGORGANISASIAN

M1 kb2 jabatan, tugas, dan uraian pekerjaan adm
M1 kb2 jabatan, tugas, dan uraian pekerjaan admM1 kb2 jabatan, tugas, dan uraian pekerjaan adm
M1 kb2 jabatan, tugas, dan uraian pekerjaan admPPGHybrid1
 
PPT KELOMPOK 2 FUNGSI PENGORGANISASIAN.pptx
PPT KELOMPOK 2 FUNGSI PENGORGANISASIAN.pptxPPT KELOMPOK 2 FUNGSI PENGORGANISASIAN.pptx
PPT KELOMPOK 2 FUNGSI PENGORGANISASIAN.pptxzerogaming169
 
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.ppt
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.pptbab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.ppt
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.pptINDIRAARUNDINASARISA
 
Pengorganisasian dalam manajemen
Pengorganisasian dalam manajemenPengorganisasian dalam manajemen
Pengorganisasian dalam manajemenRudi Laksono
 
Presentasi pengorganisasian
Presentasi pengorganisasianPresentasi pengorganisasian
Presentasi pengorganisasianMumun Mulyana
 
10, wira usaha, eka rismah f , hapzi ali, enterprenreurship ,universitas merc...
10, wira usaha, eka rismah f , hapzi ali, enterprenreurship ,universitas merc...10, wira usaha, eka rismah f , hapzi ali, enterprenreurship ,universitas merc...
10, wira usaha, eka rismah f , hapzi ali, enterprenreurship ,universitas merc...eka risma
 
BAB-6-PENGORGANISASIAN.pptx
BAB-6-PENGORGANISASIAN.pptxBAB-6-PENGORGANISASIAN.pptx
BAB-6-PENGORGANISASIAN.pptxRiduwanAR
 
PPT_Manajemen Pendidikan_Emawati.pptx
PPT_Manajemen Pendidikan_Emawati.pptxPPT_Manajemen Pendidikan_Emawati.pptx
PPT_Manajemen Pendidikan_Emawati.pptxHerdiNanda
 
PENGORGANISASIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
PENGORGANISASIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAMPENGORGANISASIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
PENGORGANISASIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAMBoedi Santosa,
 
Chapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusanChapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusanWafeeqa Wafiq
 
Materi Konsep Organisasi
Materi Konsep OrganisasiMateri Konsep Organisasi
Materi Konsep OrganisasiFahmi Hakam
 
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Chenk Alie Patrician
 
Mengorganisasikan
MengorganisasikanMengorganisasikan
Mengorganisasikanafrahsupi
 

Similaire à PENGORGANISASIAN (20)

3 pengorganisasian
3 pengorganisasian3 pengorganisasian
3 pengorganisasian
 
M1 kb2 jabatan, tugas, dan uraian pekerjaan adm
M1 kb2 jabatan, tugas, dan uraian pekerjaan admM1 kb2 jabatan, tugas, dan uraian pekerjaan adm
M1 kb2 jabatan, tugas, dan uraian pekerjaan adm
 
PPT KELOMPOK 2 FUNGSI PENGORGANISASIAN.pptx
PPT KELOMPOK 2 FUNGSI PENGORGANISASIAN.pptxPPT KELOMPOK 2 FUNGSI PENGORGANISASIAN.pptx
PPT KELOMPOK 2 FUNGSI PENGORGANISASIAN.pptx
 
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.ppt
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.pptbab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.ppt
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.ppt
 
Pengorganisasian dalam manajemen
Pengorganisasian dalam manajemenPengorganisasian dalam manajemen
Pengorganisasian dalam manajemen
 
Presentasi pengorganisasian
Presentasi pengorganisasianPresentasi pengorganisasian
Presentasi pengorganisasian
 
10, wira usaha, eka rismah f , hapzi ali, enterprenreurship ,universitas merc...
10, wira usaha, eka rismah f , hapzi ali, enterprenreurship ,universitas merc...10, wira usaha, eka rismah f , hapzi ali, enterprenreurship ,universitas merc...
10, wira usaha, eka rismah f , hapzi ali, enterprenreurship ,universitas merc...
 
BAB-6-PENGORGANISASIAN.pptx
BAB-6-PENGORGANISASIAN.pptxBAB-6-PENGORGANISASIAN.pptx
BAB-6-PENGORGANISASIAN.pptx
 
PPT_Manajemen Pendidikan_Emawati.pptx
PPT_Manajemen Pendidikan_Emawati.pptxPPT_Manajemen Pendidikan_Emawati.pptx
PPT_Manajemen Pendidikan_Emawati.pptx
 
makalah-organisasi
makalah-organisasimakalah-organisasi
makalah-organisasi
 
PENGORGANISASIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
PENGORGANISASIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAMPENGORGANISASIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
PENGORGANISASIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
 
Chapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusanChapter 1 pengenalan pengurusan
Chapter 1 pengenalan pengurusan
 
Tugas 1
Tugas 1Tugas 1
Tugas 1
 
Materi Konsep Organisasi
Materi Konsep OrganisasiMateri Konsep Organisasi
Materi Konsep Organisasi
 
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
 
Ddm agro modul 4
Ddm agro modul 4Ddm agro modul 4
Ddm agro modul 4
 
Mengorganisasikan
MengorganisasikanMengorganisasikan
Mengorganisasikan
 
Organisasi di apotek
Organisasi di apotekOrganisasi di apotek
Organisasi di apotek
 
Makalah organisasi
Makalah organisasiMakalah organisasi
Makalah organisasi
 
Organisasi
OrganisasiOrganisasi
Organisasi
 

Plus de EBBY FIRDAOS SUFIAN (20)

Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@2
Ko k group 3@2Ko k group 3@2
Ko k group 3@2
 
Ko k group 1@3
Ko k group 1@3Ko k group 1@3
Ko k group 1@3
 
Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@3
Ko k group 3@3Ko k group 3@3
Ko k group 3@3
 
Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3
 
Ko k group 1@1
Ko k group 1@1Ko k group 1@1
Ko k group 1@1
 
Ko k group 3@1
Ko k group 3@1Ko k group 3@1
Ko k group 3@1
 
Unit11 : penstafan
Unit11 : penstafanUnit11 : penstafan
Unit11 : penstafan
 
Unit9: komunikasi
Unit9: komunikasiUnit9: komunikasi
Unit9: komunikasi
 
Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)Unit8 : pengarahan (motivasi)
Unit8 : pengarahan (motivasi)
 
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
 
Unit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerjaUnit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerja
 
Unit4 : perancangan
Unit4 : perancanganUnit4 : perancangan
Unit4 : perancangan
 
Unit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusanUnit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusan
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
Presentation basic computer
Presentation basic computerPresentation basic computer
Presentation basic computer
 
Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)
 
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
 

PENGORGANISASIAN

  • 1. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan PENGORGANISASIAN Objektif Pembelajaran: Memahami konsep pengorganisasian dan penstrukturan organisasi. Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat: • Mendefinisikan konsep dan keperluan pengorganisasian. • Menerangkan konsep dan keperluan pengorganisasian. • Menjelaskan proses pengorganisasian. • Menjelaskan penstrukturan pengorganisasian. • Menerangkan konsep pembahagian tugas.
  • 2. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan PENGORGANISASIAN 5.0 Pengenalan Organisasi yang telah kita fahami merupakan sebuah institusi seperti agensi kerajaan, sekolah, syarikat, persatuan IPTA, dan sebagainya. Seperti yang telah kita pelajari daripada unit dua, lima fungsi asas dalam pengurusan sesebuah organisasi adalah perancangan, pengorganisasian, pengarahan, pengawalan dan penstafan. Oleh itu selepas satu-satu perancangan dibuat maka pengurus perlu pula menyusun atau mengorganisasi semua aktiviti yang telah dirancang supaya objektif yang ditetapkan dalam perancangan dapat dicapai dengan jayanya. Sesebuah organisasi yang ditubuhkan memerlukan pengorganisasian yang rapi dan teliti serta bersesuaian dengan tujuan, matlamat, strategi dan program yang telah dibuat pada peringkat perancangan. 5.1 Definisi dan Konsep Pengorganisasian Terdapat berbagai definisi yang telah digubal oleh penulis-penulis buku tentang pengorganisasian diantaranya: • Stoner dan Wankel (1986): Pengorganisasian merupakan satu proses di mana aktiviti kerja disusun dan diagihkan kepada sumber tenaga untuk mencapai matlamat dan tujuan sesebuah organisasi. • Jaafar Muhammad (1992): Pengorganisasian ialah penyusunan sumber-sumber organisasi dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat dan objektif organisasi yang dirancang dapat dicapai.
  • 3. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan • Gatewood, Taylor dan Farell: Pengorganisasian ialah aktiviti–aktiviti yang terlibat dalam merekabentuk suatu struktur organisasi yang sesuai, memberi tugas kepada pekerja serta membentuk perhubungan-perhubungan yang berguna di antara pekerja-pekerja dan di antara tugas-tugas. • Certo (1997): Fokus utama pengorganisasian adalah menentukan setiap aktiviti – aktiviti yang akan dilakukan oleh sumber manusia dalam organisasi, dan bagaimana sumber-sumber tersebut dapat diselaraskan atau digabungkan dengan cara yang terbaik untuk mencapai objektif organisasi. Maka daripada setiap definisi di atas bolehlah disimpulkan bahawa pengorganisasian menekankan kepada konsep pembahagian kerja kepada sumber manusia, oleh itu di sini organisasi memerlukan satu struktur sistem yang menjelaskan siapa perlu melakukan tugas apa, siapa bertanggungjawab kepada apa dan siapa serta siapa perlu mengkoordinasikan tugas-tugas yang perlu dilakukan. Penurunan autoriti dan kuasa kepada mereka yang berpatutan serta penentuan asas-asas yang sesuai untuk tugas penjabatan dan menentukan bilangan tugasan yang optimum dalam setiap jabatan untuk mencapai matlamat dan tujuan organisasi yang telah dirancang terlebih dahulu juga amat penting di dalam konsep pengorganisasian.
  • 4. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan 5.2 Proses dan Struktur Organisasi 5.2.1 Proses Pengorganisasian Dalam menyempurnakan pengorganisasian ini , terdapat 5 langkah yang perlu dilalui untuk menjayakan proses pengorganisasian tersebut. Gambarajah 5.1 di bawah menunjukan aliran proses pengorganisasian. Menyenaraikan kerja-kerja. Membahagikan beban kerja. Mewujudkan unit-unit tertentu. Mewujudkan mekanisma penyelarasan. Mengawasi keberkesanan dalam perjalanan organisasi. Rajah 5.1: Proses Pengorganisasian.
  • 5. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan Langkah 1 Menyenaraikan semua kerja yang akan dilakukan atau terlibat. • Kita tahu bahawa tiap-tiap organisasi mempunyai matlamat atau tujuan yang tersendiri. Tiap-tiap matlamat tersebut pula boleh dicapai dengan cara yang berbeza. Untuk mencapai matlamat ini tindakan atau kerja yang dilakukan oleh ahli organisasi hendaklah ditentukan. Seorang pengurus perlu menentukan sumber-sumber yang akan digunakan untuk mencapai matlamat tersebut dan bagaimana semuanya akan dilakukan. Oleh itu pihak pengurusan organisasi perlu menyenaraikan atau perincikan setiap aktiviti yang hendak dilakukan bagi organisasi tersebut. Langkah 2 Membahagikan beban kerja kepada setiap individu dalam organisasi • Kerja–kerja yang telah diperincikan akan dibahagikan kepada individu atau sekumpulan individu mengikut kebolehan serta kemahiran masing-masing. Pembahagian kerja ini hendaklah adil dan seimbang. Jika seorang pekerja diberikan beban kerja yang terlalu berat atau tidak mengikut kelayakan yang diperlukan dia mungkin tidak dapat melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan. Pembahagian kerja juga perlu dilakukan kerana seorang individu tidak akan mampu mencapai objektif secara bersendirian. Langkah 3 Mewujudkan unit-unit tertentu bagi aktiviti yang mempunyai persamaan. • Organisasi perlu mengumpulkan pekerja-pekerja yang melaksanakan tugas yang sama dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai penjabatan . Biasanya penjabatan yang ada di dalam organisasi
  • 6. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan adalah seperti, jabatan pemasaran, jabatan kewangan, jabatan pentadbiran dan sebagainya. Langkah 4 Mewujudkan mekanisma penyelarasan • Dalam usaha melaksanakan tugas yang berbeza di antara jabatan dalam organisasi, kemungkinan akan wujudnya pertelingkahan atau kekeliruan di antara pekerja-pekerja di setiap jabatan. Dengan adanya satu mekanisma penyelarasan maka masalah–masalah di antara mereka akan dapat diatasi seperti peraturan, prosedur dan polisi. Langkah 5 Mengawasi keberkesanan dan penyesuaian organisasi • Memandangkan organisasi sentiasa berubah, langkah-langkah dalam proses pengorganisasian juga mengalami perubahan . Oleh itu adalah mustahak bagi seseorang pengurus untuk mengawasi keberkesanan dan melakukan penyesuaian terhadap perubahan yang berlaku. Ini akan membantu organisasi bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
  • 7. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan AKTIVITI 5 A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…!!!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Soalan esei 5.1 Berikan definisi pengorganisasian yang anda tahu? 5.2 Isikan petak-petak di bawah untuk proses pengorganisasian.
  • 8. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan 5.3 Padankan nama-nama berikut dengan definisi-definisi yang dikemukakan. a) Stoner dan i) Fokus utama menentukan setiap aktiviti Wankel yang dilakukan oleh sumber manusia. b)Jaafar ii) Aktiviti yang terlibat dalam merekabentuk Muhammad suatu struktur organisasi yang sesuai. c) Certo iii) Satu proses di mana aktiviti kerja disusun dan diagihkan kepada sumber tenaga untuk capai matlamat. d) Gatewood iv) Penyusunan sumber-sumber organisasi dalam bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan.
  • 9. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 5A Soalan esei 5.1 Definisi pengorganisasian: rujuk muka surat 1. 5.2 Proses Pengorganisasian: rujuk muka surat 2. 5.3 Padanan
  • 10. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan a – iii b – iv c–i d - ii
  • 11. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan 5.2.2 Struktur Organisasi Hasil daripada proses pengorganisasian, wujudnya pembentukkan struktur organisasi yang menentukan bagaimana tugas-tugas formal dibahagikan, sumber-sumber digunakan secara optimum dan jabatan-jabatan dikoordinasikan. Struktur organisasi mempunyai kaitan yang rapat dengan pengorganisasian di mana struktur organisasi ditunjukkan secara ilustrasi grafik yang dipanggil carta organisasi. Apa yang boleh dilihat daripada carta organisasi adalah:  Kedudukan individu yang relatif seperti yang dikotakkan menunjukkan pembahagian dan hubungan fungsi dan aktiviti kerja yang berlainan.  Garisan di antara kotak-kotak tersebut menunjukkan hubungan rasmi komunikasi di antara individu-individu berlandaskan rantaian arahan.  Hiraki dan kedudukan autoriti serta tanggungjawab dalam organisasi.  Tugas, tanggungjawab dan autoriti yang diberikan kepadanya, dan kepada siapa pula beliau perlu membuat laporan. Struktur organisasi mestilah selari dengan strategi organisasi. Jika strategi organisasi dibentuk untuk menentukan “apa yang patut dilakukan” untuk pencapaian objektif organisasi, struktur organisasi pula menentukan “siapa dan bagaimana” objektif tersebut dilaksanakan. Terdapat 2 aspek penting di dalam pembentukkan struktur organisasi: 5.2.2.1 Pembahagian kerja Ia merujuk kepada pekerja-pekerja melaksanakan kerja yang tertentu atau khusus berdasarkan kemahiran, kelayakan dan kemampuan individu tersebut. Ia juga di panggil pengkhususan kerja. Asas pembahagian kerja ialah setiap suatu kerja boleh dibahagikan kepada tugas-tugas kecil yang berulang dan ditugaskan seorang pengurus untuk menyelia dan mengarah pekerja tersebut. Contohnya di sebuah klinik swasta, si A ditugaskan hanya untuk merekod dan memanggil nama pesakit sahaja manakala si B hanya ditugaskan untuk memberi ubat dan menerima pembayaran sahaja. Mereka diselia oleh seorang doktor.
  • 12. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan Dengan adanya pengkhususan kerja tersebut seseorang itu akan menjadi lebih cekap dan berkesan. Bayangkan sekiranya si A ditugaskan sebagai merekod nama pesakit, memanggil nama pesakit dan menyediakan ubat kepada pesakit serta menerima bayaran daripada pesakit. Mampukah dia melakukan kesemua tugas tersebut seorang diri? Sebagaimana lumrah hidup setiap perkara yang dilakukan ada kebaikan dan keburukannya, begitu juga dengan konsep pembahagian kerja ini. Marilah kita lihat kebaikan dan keburukannya. Kebaikan Keburukan Menjadikan pekerja lebih mahir dan Kurang kreativiti di mana kerja yang cekap. sama sahaja yang dilakukan dan tiada pembaharuan. Kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat Pekerja cepat rasa bosan dan malas. dan menjimatkan masa. Meringankan beban kerja. Tidak dapat menguasai bidang baru. Menjimatkan kos latihan. Tidak berpeluang menunjukkan bakat baru. Mempertingkatkkan kepakarannya. Produktiviti menurun kerana konsentrasi menurun. Menggunakan sumber-sumber yang Menaikkan kos latihan sekiranya ada lebih efisien. sebarang perubahan kepada gaya kerja yang akan dilakukan. Ada juga dikalangan pekerja yang tidak sukakan kepada pekerjaan yang melibatkan pengkhususan kerana mereka mungkin rasa cepat bosan dan jemu. Maka ini akan mewujudkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerja yang sama itu. Mereka ini lebih suka kepada kerja yang sentiasa berubah dan dapat memperkembangkan idea baru serta meningkatkan kreativiti. Maka pihak pengurusan harus mengatasi masalah ini dengan cara merekabentuk kerja. Reka bentuk kerja amat penting kepada pengurus kerana cara kerja itu disusun, direka dan diselaraskan mempunyai kesan kepada prestasi organisasi. Terdapat 4 cara untuk merekabentuk kerja di mana ia dapat mengatasi kebosanan serta ketidakpuasan hati pekerja:  Ruang lingkup kerja
  • 13. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan Konsep ini menyentuh bilangan kerja atau tugas berbeza-beza yang dilakukan di dalam satu pekerjaan dan kekerapan kerja tersebut diulangi. Semakin sedikit bilangan kerja yang dilakukan dan ia dilakukan berulangkali maka ia dikatakan ruang lingkup yang sempit. Tetapi sekiranya bilangan kerja adalah banyak dan kekerapan melakukan satu-satu tugas adalah sedikit, maka ia dikatakan ruang lingkup yang luas. Contohnya, di sebuah restoran , si A hanya bertugas mengambil pesanan makanan sahaja, dan dilakukan tugas tersebut setiap saat. Manakala si B pula bertugas mengambil pesanan, menghantar makanan dan menerima pembayaran, maka si B mempunyai ruang lingkup yang luas jika dibandingkan dengan si A.  Kedalaman kerja Konsep ini menekankan sejauh mana pekerja dapat mengawasi kerja-kerja mereka. Apabila pengurusan menetapkan peraturan-peraturan yang ketat, memperincikan tugas-tugas dan mengawasi setiap pergerakan kerja yang dilakukan dengan teliti maka paras kedalaman kerja dikatakan cetek atau rendah. Akan tetapi walaupun peraturan itu diadakan, pekerja masih dapat melakukan kerja dengan baik tanpa rasa tertekan,dan dapat menguasai setiap pekerjaan dengan cekap maka ia mempunyai paras kedalaman kerja yang tinggi. Contohnya , di sebuah restoran yang dilengkapi dengan peraturan seperti tidak boleh merokok semasa bekerja, datang tepat waktu, tidak boleh berbual semasa mengambil pesanan tetapi si A masih perlu diawasi setiap pergerakan kerjanya seperti setelah diambil pesanan kena ditunjukkan kepada penyelia terlebih dahulu semada logik atau pun tidak tempahan tersebut, beliau sentiasa di awasi maka paras kedalaman kerjanya masih cetek. Tidak seperti si B yang boleh melakukan kerja tanpa perlu diawasi, dapat menerima serta menghantar tempahan dengan cekap. Maka beliau mempunyai paras kedalaman kerja yang tinggi.  Perluasan Kerja Konsep ini digunakan untuk mengatasi rasa ketidakpuasan hati melalui meningkatkan atau meluaskan lagi ruang lingkup kerja berkenaan dengan
  • 14. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan menambahkan lagi bilangan kerja dalam satu-satu pekerjaan. Cara ini mampu meningkatkan kemahiran di samping memberi cabaran dan motivasi serta membebaskan pekerja itu dari konkongan dan batasan. Contohnya, di sini kita boleh lihat si A mungkin rasa tidak puas hati dan cepat jemu, maka pihak pengurusan bolehlah menambahkan bilangan kerja beliau seperti menghantar tempahan, menjadi chef atau sebagainya yang membolehkan beliau mengembangkan bakatnya.  Pengayaan Kerja Adalah satu cara lagi untuk mengatasi rasa ketidakpuasan hati pekerja iaitu melalui meningkatkan atau mendalamkan lagi paras kerja itu dengan kata lain ia memberikan pekerja itu peluang dalam membuat keputusan atau membaiki kesilapan diri. Semakin mencabar kerja itu dan semakin besar tanggungjawab bagi pekerja, maka semakin meningkatlah lagi motivasi serta pengorbanan mereka terhadap pekerjaan tersebut. Pengayaan kerja di dalam organisasi melibatkan dua faktor penting iaitu: a) Menyediakan kerja yang pelbagai. b) Memberikan autonomi dan tanggungjawab kepada pekerja untuk menjalankan tugas mereka sehingga selesai.  Pusingan kerja Ia juga sebagai salah satu cara untuk mengatasi rasa kebosanan iaitu ia melibatkan perpindahan pekerja-pekerja kepada bahagian lain (di dalam lingkungan kerja yang sama). Dengan adanya pusingan kerja ini, pekerja-pekerja dapat mempelajari kerja-kerja baru serta juga melatih beliau supaya cekap dan mahir di dalam tugas-tugas di bahagian yang baru. AKTIVITI 5B
  • 15. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan Ujikan kefaham anda sebelum meneruskan input selanjutnya..!!!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya . Soalan esei 5.3 Apabila anda melihat satu carta organisasi di sesebuah organisasi, apakah yang boleh anda fahami? 5.4 Terdapat dua (2) aspek penting di dalam pembentukkan struktur organisasi . Nyatakan. 5.5 Padankan ayat-ayat di bawah . Konsep Pengertian a) Ruang Lingkup i) Sejauh mana pekerja dapat Kerja. mengawasi kerja-kerja mereka. b) Peluasan Kerja. ii) Perpindahan kerja kepada bahagian lain tetapi masih berada di dalam lingkungan kerja yang sama. c) Pengayaan Kerja. iii) Bilangan kerja yang dilakukan di dalam satu pekerjaan . d) Kedalaman Kerja. iv) Menambahkan lagi bilangan kerja. e) Pusingan Kerja. v) Meningkatkan paras kedalaman kerja.
  • 16. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 5B Soalan esei 5.4 Daripada carta organisasi , kita boleh mengetahui: • Kedudukan individu yang menunjukkan pembahagian dan hubungan fungsi kerjanya. • Hubungan rasmi antara siapa dengan siapa. • Dapat memahami hiraki seseorang serta autoritinya. • Mengetahui kepada siapa seseorang pekerja itu perlu melaporkan setiap tugas. 5.5 a) Pembahagian Kerja b) Penjabatan 5.6 Padanan a – iii b – iv c–v d–i e - ii
  • 17. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan
  • 18. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan 5.2.2.2 Penjabatanan Perkara utama yang perlu dilakukan dalam sesebuah organisasi yang besar lagi kompleks adalah menyusun sumber-sumbernya dengan cara yang efisien dan berkesan. Aktiviti – aktiviti yang sama diletakkan di bawah satu unit, bahagian atau kumpulan. Proses mengumpul dan menyatukan semua kegiatan yang sama dengan cara yang sesuai dan praktikal di panggil penjabatanan. Biasanya setiap organisasi akan membentuk penjabatanan bergantung kepada aktiviti utama organisasi tersebut. Terdapat beberapa jenis penjabatanan yang biasa digunakan seperti:  Penjabatanan mengikut fungsi Penjabatanan ini digunakan secara meluas disetiap organisasi kerana ianya mudah dibentuk dan dipraktikkan. Ia diwujudkan berdasarkan fungsi-fungsi asas organisasi seperti pengeluaran, kewangan, pemasaran dan sumber manusia. Ia boleh digambarkan berdasarkan rajah 5.2. Kebaikan utama yang boleh diperolehi daripada penjabatanan ini adalah individu yang ditempatkan dalam sesuatu jabatan mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam fungsi- fungsi tertentu. Ia juga mudah dikawal kerana setiap pengurus perlu kemahiran yang hanya terhad kepada bidangnya sahaja. Tetapi apabila organisasi menjadi besar dan berkembang, penjabatanan mengikut fungsi menjadi kurang berkesan kerana ia akan menimbulkan halangan dari segi komunikasi antara jabatan kerana setiap ahli tidak mengenali antara ahli dalam jabatan tersebut.
  • 19. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan Pengurus Besar Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Kewangan Pemasaran Pengeluaran P’tadbiran Rajah 5.2: Penjabatanan Mengikut Fungsi  Penjabatanan mengikut keluaran atau produk Bagi organisasi yang besar yang mengeluarkan pelbagai jenis barang-barang seperti syampo, sabun mandi, ubat gigi, bedak dan sebagainya biasanya akan mengwujudkan penjabatanan berdasarkan produk-produk tersebut. Ia dilakukan untuk memudahkan pihak pengurusan menyelaraskan operasi yang berkaitan. Rajah 3 menggambarkan penjabatanan mengikut produk. Setiap keluaran ada pengurus yang bertanggungjawab dan mengawasi setiap pergerakan aktiviti. Setiap jabatan memerlukan teknologi atau alatan yang berbeza dan ini akan melibatkan kos yang tinggi. Pengurus Besar Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Ubat Gigi Sabun Mandi Syampoo Bedak
  • 20. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan Rajah 5.3: Penjabatanan Mengikut Produk  Penjabatanan mengikut kawasan atau geografi Pembentukan penjabatan mengikut kawasan berdasarkan kepada 2 kaedah iaitu berdasarkan tempat di mana organisasi beroperasi atau berdasarkan kawasan – kawasan pasaran yang menjadi fokus organisasi . Dalam aspek pertama penjabatanan wujud di lokasi di mana organisasi beroperasi kerana kemudahan untuk mendapatkan punca-punca bahan mentah dan tenaga buruh. Ia biasanya melibatkan organisasi pembinaan atau perkhidmatan seperti Telekom. Bagi aspek kedua pula jabatan diwujudkan berhampiran pelanggan supaya organisasi dapat bertindak cepat untuk memenuhi keperluan pelanggan. Kita dapat lihat contoh Bank Islam (M) Sdn. Bhd, yang mempunyai setiap cawangan di bandar-bandar besar. Ini digambarkan pada rajah 4 di bawah. Pengurus Besar Kuala Lumpur Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Caw. Kota Bharu Caw. P. Mas Caw. T. Merah Caw. Machang Rajah 5.4: Penjabatanan Mengikut Kawasan.  Penjabatanan Mengikut Pelanggan Penjabatanan ini diwujudkan berdasarkan kepada pelanggan utama organisasi . Di antara jenis-jenis pelanggan yang biasanya di jabatan adalah pengguna biasa, pengguna perdagangan, pengguna industri dan pengguna sekolah. Contoh yang dapat kita lihat adalah TNB di mana beliau mempunyai banyak jenis pelanggan.
  • 21. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan Pengurus Besar Perkhidmatan Pengurus Pengurus Pengurus (Pengguna biasa) (Pengguna Industri) (Pengguna Pejabat) Rajah 5.5: Penjabatanan Mengikut Pelanggan  Penjabatanan Matrik Setelah kamu mempelajari beberapa jenis penjabatan, sekarang marilah sama-sama kita memahami satu lagi penjabatan yang boleh dikatakan kompleks iaitu penjabatanan matrik. Di dalam penjabatan matriks ini para pekerja pada hakikatnya mempunyai dua orang ketua. Oleh itu pengurus terpaksa bertanggungjawab kepada dua orang ketua dan tidak hanya kepada seorang ketua sebagaimana yang terdapat dalam struktur biasa. Struktur ini juga dikenali sebagai “ sistem berbilang arahan”. Penjabatanan ini merupakan campuran dua jenis penjabatanan seperti penjabatan fungsian dan penjabatanan produk. Oleh kerana struktur matriks melibatkan campuran penjabatanan, maka untuk beroperasi dengan cekap dan berkesan, komunikasi serta kerjasama yang baik adalah perlu. Biasanya penjabatanan seperti ini sesuai dengan persekitaran yang sering berubah seperti persaingan yang sengit dan perubahan teknologi . Contohnya sebuah organisasi terlibat dalam kegiatan-kegiatan melaksanakan berbagai-bagai jabatan fungsian seperti pengeluaran, pemasaran dan kewangan adalah diperlukan. Oleh itu, dalam masa perlaksanaan projek ini, para kakitangan akan mengikut arahan dari pengurus projek dan pengurus fungsian seperti dalam rajah 5.6 di halaman sebelah.
  • 22. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan Pengurus Besar Pengurus Pengurus Pengurus Pengeluaran Kewangan Pemasaran Projek Unit Unit Unit Kereta A Pengeluaran Kewangan Pemasaran Projek Unit Unit Unit Kereta B Pengeluaran Kewangan Pemasaran Projek Unit Unit Unit Kereta C Pengeluaran Kewangan Pemasaran Rajah 5.6: Penjabatanan Matrik
  • 23. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan AKTIVITI 5C Ujikan kefaham anda sebelum meneruskan input selanjutnya..!!!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya . Arahan: Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai 5.6 Tugas-tugas yang mempunyai persamaan di antara satu sama lain akan dikumpulkan dedalam satu unit atau kumpulan. Proses ini dipanggil_________1____________. Organisasi yang memberi fokus kepada kepada kehendak pelanggan akan membentuk penjabatanan_________2_________.Penjabatanan_______3___________p ula dibentuk bagi membantu organisasi dalam linkungan kawasan yang sama. Penjabatanan juga boleh diwujudkan mengikut ______4___________berdasarkan apa yang dikeluarkan oleh firma. Soalan objektif 5.7 Fungsi-fungsi biasa yang terdapat dalam sesebuah organisasi ialah_______kecuali: A. Pemasaran B. Kewangan C. Pengeluaran D. Pentadbiran E. Pelancongan 5.8 Kelebihan penjabatan mengikut fungsi ialah: A. Pembuatan keputusan menjadi lebih cepat
  • 24. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan B.Tumpuan yang lebih diberikan kepada fungsi berbanding dengan keseluruhan organisasi C. Kawalan keatas pekerja lebih senang D. Setiap fungsi diuruskan oleh seorang pakar E. Kurang persaingan di kalangan pekerja
  • 25. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan MAKLUM BALAS AKTIVITI 5.6 Isikan tempat kosong 1. Penjabatanan 2. mengikut pelanggan 3. mengikut kawasan 4. barangan Soalan objektif 5.7 E 5.8 D
  • 26. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anada pada maklum balas yang disediakan. Jika ada masalah sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Soalan esei 1. Huraikan serta berikan contoh proses pengorganisasian yang telah anda pelajari. 2. Nyatakan kebaikan dan keburukan pembahagian kerja. 3. Terangkan perkara-perkara berikut: a) Ruang Lingkup Kerja b) Kedalaman Kerja c) Peluasan Kerja d) Pengayaan Kerja e) Pusingan Kerja 4. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul a) Penjabatanan yang di bentuk berdasarkan fungsi-fungsi tertentu seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pemasaran, Jabatan Pengeluaran dan Jabatan Fungsi. (B/S) b) Penjabatanan yang wujud berdasarkan pelanggan utama disebut penjabatanan mengikut kawasan. (B/S)
  • 27. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan c) Penjabatanan yang dikenali sebagai sistem berbilang arahan adalah penjabatanan matrik. (B/S) d) Penjabatanan mengikut keluaran adalah penjabatanan berdasarkan keluaran yang dipelbagaikan. (B/S) e) Sesebuah organisasi yang mengeluarkan banyak produk seperti minyak masak, mentega, majerin dan keju amat sesuai membentuk penjabatanan matrik. (B/S) MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI Soalan esei 1. Proses pengorganisasian : a) Menyenaraikan Kerja – Kerja b) Membahagikan Beban Kerja c) Mewujudkan unit – unit tertentu d) Mewujudkan mekanisma penyelarasan e) Mengawasi keberkesanan dalam perjalanan organisasi. Penerangan contoh boleh anda fikir yang berkaitan dengan keadaan semasa yang pernah anda alami. Seperti untuk mengadakan lawatan,
  • 28. PENGORGANISASIAN Asas Pengurusan maka anda yang berada di dalam sebuah organisasi , bagaimana nak laksanakannya. Ataupun anda bayangkan anda ingin membuka kedai butik yang besar di Bandaraya Kuala Lumpur, apakah yang anda perlu lakukan? Jadi kaitkan semula dengan proses tersebut. 2. Kebaikan dan keburukan pembahagian kerja – rujuk mukasurat: 9 3. Sila rujuk muka surat: 9 dan 10. 4. Betul/Salah a) B b) S c) B d) B e) S