Ringkasan:
1) Dokumen ini membahas tentang penugasan kerja atau delegasi di organisasi.
2) Ada beberapa prinsip penugasan seperti tanggung jawab, kebertanggungjawaban, dan kuasa.
3) Ada beberapa halangan penugasan dari pengurus dan pekerja seperti enggan melepaskan kuasa atau takut akan hukuman.
1. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /1
PENUGASAN KERJA
Objektif Pembelajaran: Mengetahui bagaimana pengurus mengagihkan kerja
kepada pekerja.
Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat:
• Mendefinisikan penugasan kerja.
• Menyenaraikan prinsip-prinsip penugasan.
• Mengenalpasti punca-punca kuasa pengurus.
• Mengenalpasti halangan-halangan kepada penugasan.
• Membezakan antara struktur organisasi pemusatan dan pemencaran.
2. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /2
PENUGASAN KERJA (DELEGASI)
6.0 Pengenalan
Pengurus tidak dapat melaksanakan semua tugas-tugas dalam organisasi.
Sebahagian daripada tugasnya perlu diberikan kepada orang lain untuk
dilaksanakan. Pengurus perlu bekerjasama dengan pekerja bagi memastikan semua
tugas yang perlu dilaksanakan dapat disiapkan dengan sempurna.
6.1 Definisi penugasan
Penugasan merupakan satu proses di mana seorang ketua atau pengurus memberi
hak atau menyerahkan kuasa dan tanggungjawab kepada orang bawahannya untuk
menjalankan tugas bagi pihaknya.
6.2 Prinsip-prinsip penugasan
6.2.1 Tanggungjawab (Responsibility)
Tanggungjawab merupakan kewajipan seseorang individu untuk melaksanakan
tugas yang telah diserahkah dengan sempurna. Pengurus perlu menyedari
hakikat tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk dilaksanakan.
6.2.2 Kebertanggungjawapan (Accountability)
Setiap pengurus dan pekerja mestilah bertanggungan terhadap hasil kerja yang
telah dibuat. Tanggungjawab yang telah diserahkan merupakan tanggungan
pengurus atau pekerja untuk dilaksanakan. Pengurus atau pekerja haruslah
bersedia menerima pujian ataupun cemuhan di atas kejayaan atau kegagalan
kerja yang telah dibuat. Pengurus bukan sahaja bertanggungjawab keatas diri
mereka sahaja tetapi juga bertanggungan ke atas kerja yang dibuat oleh orang
lain.
3. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /3
6.2.3 Kuasa dan Authoriti
Autoriti ialah hak atau kebenaran seseorang pengurus mengambil sesuatu
keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan tugas yang telah
diserahkan. Ia juga adalah kuasa yang membolehkan pengurus mengarah dan
menurunkan kuasa kepada staf bawahannya. Autoriti dan tanggungjawab
mestilah berjalan serentak. Ini bermakna apabila seseorang diberi
tanggungjawab, ia juga seharusnya diberikan kuasa atau autoriti untuk
melaksanakan tugas tersebut.
6.2.3.1 Punca – punca kuasa
• Kuasa ganjaran atau penghargaan
Keupayaan seseorang individu untuk memberikan penghargaan ataupun
ganjaran kepada orang lain yang telah melaksanakan tugas yang telah
diamanahkan dengan sempurna.
• Kuasa hukuman atau dendaan
Keupayaan mengenakan hukuman dan mendenda seseorang kerana
tidak memenuhi keperluan, kehendak atau perintah. Kuasa ini penting
bagi memastikan prestasi dikekalkan juga mewujudkan keseragaman
arahan.
• Kuasa mutlak atau sah
Apabila pekerja melihat seseorang itu mempunyai hak untuk memberi
perintah atau secara undang-undang memang dibolehkan menggunakan
pengaruh. Yang menerima perintah mempunyai sifat mematuhi dan
tidak mempersoalkan arahan yang diberikan.
• Kuasa kepakaran
Apabila seseorang ketua mempunyai pengetahuan luas mengenai satu-
satu perkara atau bidang dan memiliki kemahiran yang tidak ada pada
orang lain.
• Kuasa rujukan
Apabila pengikut cuba meniru atau mengaitkan atau ada keinginan untuk
mengaitkan diri mereka dengan orang lain. Orang yang cuba ditiru
dikatakan mempunyai kuasa rujukan. Rujukan mungkin dari segi
4. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /4
perwatakan, tingkahlaku, pendirian dan lain-lain. Yang menjadi rujukan
mungkin pemimpin, artis, ibubapa atau siapa sahaja yang dikagumi.
Berdasarkan pengalaman yang telah anda lalui, cuba berikan
contoh individu-individu yang mempunyai punca-punca kuasa
seperti yang telah dibincangkan.
6.3 Kepentingan Kewibawaan dan Tanggungjawab
Keberkesanan penurunan tugas ini bergantung juga kepada kedudukan
seseorang itu dalam rantaian perintah. Untuk menyerahkan tugas kepada
orang lain, mesti ada suatu talian kuasa memerintah yang jelas dan
bertingkat dari peringkat atasan hinggalah kepada peringkat paling bawah.
Dengan adanya rantaian ini, ahli organisasi dapat memahami:
o Kepada siapa mereka boleh mengagihkan kuasa.
o Siapa yang boleh mengagihkan kuasa.
o Kepada siapa mereka akan dipertanggungjawabkan.
Kegagalan seseorang pekerja menjalankan tugas yang diarahkan akan
menyebabkan pengurus terpaksa mengambil tanggungjawab kegagalan
tersebut dan ini akan mencerminkan ketidakcekapan pengurus itu sendiri.
Oleh yang demikian walaupun tanggungjawab itu diturunkan kepada
pekerja, seorang pengurus tidak boleh terlepas dari tanggungjawab tidak
kira hasil yang didapati baik atau buruk.
6.4 Halangan kepada penugasan kerja atau delegasi
Halangan ini berpunca dari dua pihak
a) Pengurus
b) Pekerja
a) Halangan daripada pengurus adalah disebabkan oleh pengurus yang
enggan melepaskan hak memerintah dan enggan memberi kuasa kepada
pekerja.
Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara:
• Pengurus merasakan mereka dapat melaksanakan semua kerja tersebut
dan dapat melaksanakan lebih baik daripada para pekerja. Pengurus juga
menganggap pekerja–pekerja tidak mempunyai kebolehan.
5. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /5
• Pengurus merasakan kepentingan mereka akan tergugat. Pengurus
dipertanggungjawabkan atas setiap kerja yang akan dilaksanakan oleh
pekerja dan mereka tidak mahu mengambil risiko jika berlaku
kegagalan. Mereka juga bimbang pekerja akan dapat melaksanakan
kerja lebih baik daripada mereka yang menyebabkan kedudukan dan
nama mereka akan terjejas.
• Pengurus tidak mempunyai kebolehan untuk merancang kerja-kerja
yang akan dilaksanakan oleh pekerja.
• Pengurus bimbang jika pekerja tidak mempunyai kemahiran dalam
melaksanakan tugas dan mereka juga bimbang jika berlaku
penyalahgunaan kuasa oleh pekerja.
b) Halangan daripada pihak pekerja yang enggan menerima tanggungjawab.
Ini adalah disebabkan oleh perkara berikut:
• Kepentingan mereka akan tergugat. Pekerja takut mereka tidak dapat
melaksanakan tugas yang diberikan dan mereka lebih suka jika pengurus
yang melaksanakan semua kerja-kerja tersebut. Mereka bimbang akan
dikenakan hukuman jika tidak dapat melaksanakan tugas yang
diamanahkan.
• Pekerja merasakan tiada insentif yang diberikan terhadap kerja-kerja
yang akan dibuat. Pekerja memerlukan penghargaan dan insentif
kewangan bagi setiap tugas yang akan mereka lakukan kerana tugas
yang dilaksanakan memerlukan masa, tenaga dan tekanan yang perlu
mereka hadapi.
6. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /6
AKTIVITI 6A
Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…..!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
Arahan : Bulatkan jawapan yang betul.
6.1 Hak atau kebenaran seseorang pengurus mengambil sesuatu keputusan dan
memberi arahan adalah merujuk kepada kuasa.
( B / S)
6.2 Pengurus memberi penilaian gaji statik kepada pekerja merujuk
kepada pengurus menggunakan kuasa hukuman.
(B / S)
6.3 Pengurus tidak perlu bertanggungjawab atas kerja-kerja yang dilakukan oleh
pekerja.
(B / S)
6.4 Pekerja enggan menerima kerja daripada pengurus kerana tiada insentif yang
diberikan atas kerja-kerja yang akan dilaksanakan.
(B / S)
6.5 Pengurus enggan menurunkan tugas kepada pekerja kerana mereka takut
dikritik oleh pekerja.
(B / S)
6.6 Rantaian perintah dapat menerangkan siapa yang boleh mengagihkan kuasa.
(B / S)
Soalan esei
6.7 Berikan definisi penugasan atau delegasi.
6.8 Kenapakah penugasan diperlukan dalam organisasi.
6.9 Bezakan di antara tanggungjawab dan kebertanggungjawaban.
7. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /7
MAKLUM BALAS AKTIVITI
AKTIVITI 6A
6.1 S
6.2 B
6.3 S
6.4 B
6.5 S
6.6 B
Soalan 6.7
Definisi-proses seseorang ketua atau pengurus memberi hak dan meyerahkan
kuasa atau autoriti kepada orang bawahannya untuk menjalankan tugas
bagi pihaknya.
Soalan 6.8
Penugasan diperlukan kerana:
-Pengurus tidak dapat melaksanakan semua kerja
-Melatih pekerja
-Meringankan beban pengurus
Soalan 6.9
Tanggungjawab Kebertanggungjawaban
• Kewajipan individu untuk • Tanggungjawab pengurus dan
melaksanakan tugas yang pekerja untuk bertanggungan
tertentu dengan sempurna • Bertanggungan samada
• Menjadikan tanggungjawab mendapat hasil yang baik atau
tersebut sebagai satu amanah buruk
yang perlu di pikul • Pengurus berrtanggungan atas
kerja mereka dan kerja pekerja
8. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /8
6.5 Pemusatan dan Pemencaran
Konsep pemusatan dan pemencaran adalah dua corak pengurusan yang yang
bertentangan dari segi pengagihan kuasadan pembuatan keputusan. Samada
kuasa itu diagihkan atau tidak kepada kakitangan bawahan bergantung
kepada pengurus peringkat atasan selepas dipertimbangkan dari segi
kebaikan dan keburukannya.
Pemusatan
Konsep pemusatan merujuk kepada keadan dimana tidak berlaku penurunan
atau pengagihan kuasa kepada pihak bawahan. Pengurus mempunyai kuasa
penuh bagi setiap perkara yang akan dilaksanakan dan pekerja hanya
mengikut arahan yang dilekuarkan. Ini juga bermakna bahawa semua
keputusan dibuat oleh pihak atasan sahaja.
Pemencaran
Proses penurunan atau pengagihan kuasa keseluruhan organisasi kepada
pihak pekerja. Melalui pemencaran, kakitangan bawahan di beri kuasa untuk
membuat keputusan. Mereka juga diberi kuasa untuk mengenalpasti masalah
atau isu serta membuat cadangan bagi tujuan penyelesaian.
Berdasarkan pemerhatian anda terhadap organisasi yang anda kenali,
senaraikan organisasi yang mengamalkan prinsip pemusatan dan
pemencaran dan apakah kebaikan dan keburukannya.
9. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /9
6.6 Kebaikan dan keburukan Pemusatan Dan Pemencaran
Kedua-dua konsep tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.
Kebaikan
Pemusatan Pemencaran
• Membolehkan pihak pengurusan • Organisasi akan menjadi lebih
mengkoordinasi aktiviti fleksibel
organisasi supaya fokus kepada
pencapaian matlamat
• Tidak berlaku penyalahgunaan • Memberi peluang kepada
kuasa diperingkat bawahan pengurus peringkat pertengahan
dan bawahandalam proses
pembuatan keputusan
• Keselarasan dari segi arahan • Pengurus pertengahan dan
yang dikeluarkan kepada pekarja bawahan dapat mempamerkan
kebolehan dan kecekapan mereka
• Mengurangkan beban pengurus
atasan dalam membuat keputusan
Keburukan
Pemusatan Pemencaran
• Pengurus atasan akan mengambil • Kuasa yang tidak terkawal dan
masa yang lama dalam membuat penyalahgunaan kuasa
keputusan
• Sukar diubahsuai dalam situasi- • Setiap pekerja hanya akan
situasi yang berubah-ubah mementingkan fungsi atau
jabatan masing-masing.
• Tidak memberi peluang dan • Berlaku masalah jika keputusan
kepercayaan kepada pekerja yang dibuat tidak tepat.
10. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /10
AKTIVITI 6B
Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya…..!!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.
Arahan: Bulatkan jawapan yang betul
6.10 Pekerja diberi kebebasan penuh untuk membuat keputusan dalam
konsep pemusatan
( B / S)
6.11 Bentuk komunikasi dalam konsep pemusatan adalah dari atas kebawah
(B/S)
6.12 Kebaikan pemencaran adalah ia dapat menyelaraskan semua arahan
daripada pihak organisasi.
(B/S)
6.13 Kebaikan pemusatan adalah ia dapat menjimatkan masa dalam membuat
keputusan.
( B/ S )
6.14 Pemencaran memberi peluang kepada pekerja untuk menunjukkan
kebolehan.
( B/ S )
Soalan esei
Soalan 6.15
Terangkan 3 kebaikan pemusatan dan pemencaran.
11. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /11
MAKLUM BALAS AKTIVITI
AKTIVITI 6B
6.10 S
6.11 B
6.12 S
6.13 B
6.14 B
6.15
Kebaikan
Pemusatan Pemencaran
• Membolehkan pihak pengurusan • Organisasi akan menjadi lebih
mengkoordinasi aktiviti fleksibel
organisasi supaya fokus kepada
pencapaian matlamat
• Tidak berlaku penyalahgunaan • Memberi peluang kepada
kuasa diperingkat bawahan pengurus peringkat pertengahan
dan bawahandalam proses
pembuatan keputusan
• Keselarasan dari segi arahan • Pengurus pertengahan dan
yang dikeluarkan kepada pekarja bawahan dapat mempamerkan
kebolehan dan kecekapan mereka
12. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /12
AKTIVITI PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri
ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.Jika ada masalah,
sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat Mencuba Semoga Berjaya .
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
_______i________ialah kuasa yang diberi secara sah oleh organisasi kepada
pengurus. Jika kuasa ini dipegang sepenuhnya oleh pihak atasan, organisasi tersebut
dipanggil
_______ii_________. ____iii____________ialah dimana pengurus menyebarkan
kuasa dan autoriti kepada pelbagai kedudukan dan jabatan dalam organisasi.proses
dimana pengurus menagihkan sebahagian daripada beban kerjanya kepada orang
lain ialah merujuk kepada_____iv________. Delegasi yang berkesan memerlukan
penyerahan ______v__________dan ____vi___________daripada
__vii_______________kepada _______viii_________. Prinsip kepada delegasi
ialah _________ix____,______x_________dan_____xi___________.
Soalan Esei.
1. Jelaskan kepentingan kewibawaan dan tanggungjawab pengurus.
2. Huraikan prinsip-prinsip penugasan.
3. Terangkan halangan-halangan kepada berlakunya delegasi yang berpunca
dari pihak pengurs dalam organisasi.
4. Bilakah organisasi memerlukan pemusatan dan pemencaran.
13. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /13
MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI
Isi tempat kosong
i. Autoriti
ii. Pemusatan
iii. Pemencaran
iv. Delegasi
v. Kuasa
vi. Tanggungjawab
vii. Pengurus
viii. Pekerja
ix. Kuasa
x. Tanggungjawab
xi. Kebertanggungjawaban
Soalan esei
Soalan 1
Kewibawaan/kuasa-melihat kedudukan individu tersebut dalam organisasi
-peringkat atasan hinggalah peringkat bawahan
-siapa yang boleh mengeluarkan arahan
-siapa yang akan menerima arahan
-untuk mempengaruhi pekerja
Tanggungjawab-menentukan siapa yang harus melaksanakan tugas
-siapa yang akan bertanggungan atas kerja yang dibuat
-memastikan kerja-kerja dapat dilakukan dengan sempurna
-melancarkan tugas yang akan dilaksanakan
14. PENUGASAN P3119/UNIT 6 /14
Soalan 2
Tiga prinsip penugasan
i. tanggungjawab
ii. kebertanggungjawaban
iii. kuasa
Soalan 3
Halangan daripada pengurus adalah disebabkan oleh pengurus yang enggan
melepaskan hak memerintah dan enggan memberi kuasa kepada pekerja.
Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara:
i. Pengurus merasakan mereka dapat melaksanakan semua
kerja tersebut dan dapat melaksanakan lebih baik daripada para pekerja.
Pengurus juga menganggap pekerja –pekerja tidak mempunyai kebolehan.
ii. Pengurus merasakan kepentingan mereka akan
tergugat.Pengurus dipertanggungjawabkan atas setiap kerja yang akan
dilaksanakan oleh pekerja dan mereka tidak mahu mengambil risiko jika
berlaku kegagalan. Mereka juga bimbang pekerja akan dapat melaksanakan
kerja lebih baik daripada mereka yang menyebabkan kedudukan dan nama
mereka akan terjejas.
iv. Pengurus tidak mempunyai kebolehan untuk merancang kerja kerja
yang akan dilaksanakan oleh pekerja.
v. Pengurus bimbang jika pekerja tidak mempunyai kemahiran dalam
melaksanakan tugas dan mereka juga bimbang jika berlaku penyalahgunaan
kuasa oleh pekerja.
Soalan 4
Pemusatan Pemencaran
o Bila keputusan yang o Memerlukan keputusan
seragam perlu diambil yang berbeza
o Hanya pengurus atasan yang o Keputusan yang segera
mahu buat keputusan o Keputusan yang dibuat oleh
o Melibatkan keseluruhan pekerja
organisasi o Melibatkan keputusan-
o Tidak dalam keadaan keputusan aktiviti seharian
tergesa-gesa o Keputusan-keputusan segera