Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Refleksi mikropengajaran pendidikan seni
1. Refleksi P&P Pendidikan Seni Visual ( Mikropengajaran )
Kekuatan
Saya telah menjalankan mikropengajaran origami dalam matapelajaran Pendidikan Seni
Visual pada hari ini. Terdapat lapan orang murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.
Untuk menghasilkan origami yang baik, tip-tip dalam melipat dan membentuk kertas perlu diikuti
dan diperhalusi.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mikro ini, saya telah menggunakan topik
yang sama dengan makro pengajaran iaitu ikan. Tetapi dua proses pengajaran ini adalah
berbeza dengan teknik menghasilkan ikan. Ini telah menyebabkan murid-murid tidak mudah
berasa bosan walaupun topiknya sama.
Selain itu, pengajaran ini juga boleh mempupuk minat murid untuk belajar melalui teknik
yang berlainan. Ini juga boleh menyebabkan murid-murid tahu matapelajaran Pendidikan Seni
adalah matapelajaran yang menarik.
Kelemahan
Pada mulanya, saya menunjukkan langkah-langkah melipat ikan. Tetapi kemungkinan
saya tidak dapat cara yang baik dengan menunjukkan langkah-langkah tersebut, murid saya
macam tidak faham sahaja.
Saya telah menyediakan kertas warna yang berbentuk segiempat tepat kepada murid-
murid tetapi mereka tidak dapat mengoyakkan kertas tersebut supaya menjadi segiempat sama.
Apabila murid-murid melipatkan ikan, saya mendapat lima orang murid tidak dapat melipatkan
kertas warna menjadi bentuk sigitiga. Ini kemungkinan saya menerangkan dengan terlebih
cepat dan murid-murid tidak mendapat langkah yang jelas.
Seterusnya saya mengajar mereka melipat ekor ikan. Dalam langkah ini, juga terdapat
empat orang murid tidak dapat melipat ekor ikan. Dalam langkah terakhir adalah murid melukis
mata, mulut, sirip dan ekor ikan dengan marker pen. Saya berasa saya tidak membuat
persediaan yang baik. Ini disebabkan saya tidak mempastikan marker pen itu mempunyai ink
yang cukup. Apabila murid melukis dengan marker pen, ia tidak mengeluarkan ink dan murid
juga cuba menukar marker pen lain untuk melukis dengan baik. Oleh itu, saya rasa saya tidak
membuat persediaan yang cukup.
2. Langkah Mengatasi
Saya rasa saya sepatutnya haruslah menyediakan kertas warna yang berbentuk
segiempat sama kepada murid-murid supaya mereka boleh terus melipatkan kertas warna.
Saya perlulah mengulangkan dua atau tiga kali terhadap langkah yang melipatkan
kertas warna menjadikan berbentuk segitiga. Ini disebabkan langkah ini memang lebih susuh
terhadap murid-murid darjah 2.
Sebelum murid-murid melipatkan ekor ikan, saya perlulah menerangkan dengan lebih
jelas, kerana murid-murid tidak tahu cara melipat ekor ikan.
Yang akhir sekali, saya tidak memastikan marker pen mempunyai ink yang cukup.
Dengan masalah ini, saya akan membuat persediaan yang cukup dan memeriksa alatan dalam
keadaan yang baik pada proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.