1. KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
Rendah
by kulanz on 09/01/2011 · 22 comments
Jumaat lepas saya berpeluang mengikuti taklimat ringkas pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011.
Walaupun pada masa ini saya sebenarnya tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan atau
pelaksanaan KSSR yang dimaksudkan, namun sejujurnya saya amat berminat untuk mengetahui
dan memahami lebih banyak berkenaan KSSR. Sekurang-kurangnya ia adalah pengetahuan asas
tentang kurikulum standard berkenaan adalah input berguna yang bukan sahaja perlu diketahui
oleh guru atau pihak pengurusan pendidikan, tetapi termasuklah juga ibu bapa.
Pada saya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai
pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada
tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah
dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan,
KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang
holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah.
Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard
Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau
indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan
memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.
Kepada guru-guru atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan
pelaksanaan KSSR, boleh merujuk terus di laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Penerangan tentang Konsep, Bahan Sokongan, dan Buku
Panduan Guru telahpun dimuatkan di laman web tersebut.
2. Konflik Dalam Organisasi Pendidikan
by kulanz on 29/02/2012 · 2 comments
Konflik Dalam Organisasi Pendidikan
Tulisan kali ini khusus untuk membincangkan punca-punca, jenis dan peringkat konflik
khususnya dalam organisasi pendidikan. Ini adalah kisinambungan daripada artikel Kenapa
Wujud Konflik Dalam Organisasi?. Adalah dicadangkan pembaca mengikuti artikel tersebut
untuk mendapatkan kefahaman tentang definisi konflik sebelum mengikuti artikel ini.
Punca Konflik dalam Pendidikan
Berdasarkan pandangan Hellriegel dan rakan-rakan (2001), konflik merujuk kepada satu proses
di mana satu pihak mempunyai tanggapan bahawa keinginannya ditentang atau dipengaruhi
secara negatif oleh pihak yang lain. Definisi ini menunjukkan bahawa wujud ketidaksepadanan
dalam pandangan di kalangan manusia yang terlibat dan pertikaian tentang pelbagai isu dan
peristiwa konflik yang berbeza.
Apabila individu-individu atau kumpulan-kumpulan dengan matlamat, nilai dan persepsi yang
berbeza bersaing bersama-sama untuk mendapatkan sumber yang tidak mencukupi atau bersaing
untuk mencapai matlamat masing-masing, konflik kemungkinan besar akan timbul (Assael,
1969). Loewen (1983) telah menjangka lebih kurang sepuluh peratus daripada aktiviti manusia
dalam organisasi pendidikan terlibat dalam konflik. Beliau menegaskan bahawa konflik boleh
dilihat sebagai satu daya yang diperlukan untuk membentuk aktiviti manusia dalam organisasi.
Merujuk kepada konflik dalam organisasi, Roethlisberger (1959) telah menyatakan bahawa
amalan pengurusan yang tidak mempertimbangkan sentimen pekerja sering kali didapati
bercanggah dengan kehendak pekerja. Ini mengakibatkan perselisihan faham antara kedua-dua
pihak pengurusan dan pekerja-pekerja. Ruben (1978) pula melihat aspek komunikasi sebagai
satu punca konflik berlaku di mana dikatakan konflik merupakan hasil langsung daripada
komunikasi yang tidak betul atau perselisihan faham. Pendapat ini disokong oleh para penyelidik
lain seperti Achoka (1990), Bondesio (1992) dan Robbins (2001) yang juga menyatakan bahawa
komunikasi memainkan peranan penting dalam pembentukan konflik. Ketiga-tiga penyelidik
berkenaan telah membahagikan punca konflik kepada tiga faktor utama iaitu faktor tingkah laku
peribadi (pembolehubah peribadi), faktor struktur dan faktor komunikasi. Kesemua punca
konflik ini dikatakan merupakan syarat berlakunya konflik dan diletakkan pada peringkat
pertama dalam proses konflik yang dicadangkan oleh Robbins (2001) iaitu peringkat ‘Potensi
Percanggahan atau Ketidaksepadanan’.
Satu penyelidik lain iaitu Pondy (1967) juga berpendapat bahawa halangan fizikal dalam
komunikasi boleh mengakibatkan konflik. Menurut beliau, konflik dalam suatu organisasi adalah
disebabkan oleh keraguan, tanggapan tentang peningkatan perselisihan antara jabatan-jabatan,
saling kebergantungan antara jabatan-jabatan untuk mencapai matlamat organisasi di samping
faktor komunikasi.
3. Dalam konteks sekolah, Corwin (1969) yang mengkaji konflik di kalangan staf dalam 28 buah
sekolah awam telah mengenalpasti lima pembolehubah yang menyebabkan konflik:
1. pembezaan struktur – di mana konflik dikaitkan dengan darjah pembezaan dalam
organisasi, pengkhususan staf, dan bilangan peringkat autoriti
2. penyertaan dalam struktur autoriti – di mana konflik adalah akibat daripada desentralisasi
dalam proses membuat keputusan
3. prosedur pengawalaturan – konflik dikaitkan dengan darjah kawalan dalam organisasi
4. kestabilan dan kepelbagaian – di mana kepelbagaian staf dikaitkan dengan konflik
5. struktur interpersonal – di mana hubungan interaksi tak formal di kalangan staf juga
mempengaruhi tahap ketegangan dan konflik di kalangan mereka
4. Mengurus Konflik Dalam Organisasi
Pendidikan
by kulanz on 01/03/2012 · 4 comments
Tulisan kali ini khusus untuk membincangkan definisi konsep, pendekatan, teknik, gaya dan
strategi pengurusan konflik khususnya dalam organisasi pendidikan. Ini adalah kisinambungan
daripada artikel Kenapa Wujud Konflik Dalam Organisasi? dan Konflik Dalam Organisasi
Pendidikan. Adalah dicadangkan pembaca mengikuti artikel tersebut untuk mendapatkan
kefahaman tentang definisi konflik sebelum mengikuti artikel ini.
Mengurus Konflik Dalam Organisasi Pendidikan
Konflik merupakan sebahagian daripada kewujudan manusia (a part of human existence). Ia
tidak dapat dielakkan selagi ada interaksi sesama manusia. Justeru itu, konflik wujud dalam
semua organisasi. Sekolah sebagai sebuah organisasi juga tidak terasing daripada didedahkan
dengan konflik. Interaksi yang berlaku di sekolah seperti hubungan antara pelajar-pelajar, guru-
guru, guru besar atau pengetua, pegawai pelajaran, ibu bapa mahupun masyarakat, mungkin
mencetuskan konflik yang tidak diingini. Walau bagaimanapun, konflik juga boleh dilihat
sebagai sesuatu yang bermanfaat kepada organisasi dan tidak semua konflik yang wujud di
sekolah mempunyai kesan yang negatif. Pengurusan konflik yang berkesan dapat menjadikan
konflik lebih berfaedah dan memberikan kesan yang positif kepada sekolah. Konflik yang diurus
secara konstruktif dapat merangsang perkembangan dan perubahan yang diperlukan oleh
sesebuah sekolah. Di sebaliknya, kelemahan dalam pengurusan konflik boleh mengakibatkan
masalah-masalah lain di sekolah seperti gangguan-gangguan ke atas sistem pentadbiran sekolah,
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan sebagainya yang mungkin akan
menyukarkan pencapaian matlamat sekolah.
Definisi Pengurusan Konflik
Menurut Hellriegel dan rakan-rakan (2001), pengurusan konflik mengandungi proses-proses
diagnostik, gaya-gaya interpersonal, strategi-strategi perundingan, dan kaedah-kaedah lain yang
mana direka untuk mengelakkan sebarang konflik yang tidak diperlukan dan mengurangkan atau
menyelesaikan konflik yang berlebihan. Kebolehan untuk memahami dan mengdiagnos konflik
dengan betul merupakan satu perkara penting untuk mengurus konflik. Robbins (2001) pula
menyatakan pengurusan konflik sebagai penggunaan teknik resolusi dan stimulasi untuk
mencapai tahap konflik yang diingini.
Folberg dan Taylor (1984) pula menyatakan bahawa pengurusan konflik melibatkan pihak-pihak
yang terlibat dalam konflik untuk mengasingkan isu, mencari pilihan-pilihan,
mempertimbangkan alternatif dan mencapai konsensus yang memuaskan kehendak pihak-pihak
terbabit sama ada sesama mereka sendiri atau melalui bantuan pihak ketiga yang neutral.
Pendekatan Pengurusan Konflik dalam Pendidikan
5. Borisoff dan Victor (1989) telah mencadangkan satu pendekatan pengurusan konflik yang terdiri
daripada lima langkah iaitu pentaksiran, pengakuan, sikap, tindakan dan analisis. Pengurusan
konflik bermula dengan pentaksiran punca-punca konflik, sifat-sifat individu yang terlibat dan
matlamat mereka, serta persekitaran komunikasi. Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik perlu
mengaku atau membenarkan penyuaraan pandangan masing-masing dan mesti mempunyai sikap
bekerjasama untuk sama-sama melibatkan diri dalam proses pengurusan. Tindakan secara lisan
dan bukan lisan boleh diambil oleh mana-mana pihak terlibat untuk mencapai matlamat mereka.
Ciri-ciri tindakan inilah yang memainkan peranan penting dalam perkembangan konflik.
Sepanjang proses pengurusan konflik, analisis perlu dijalankan untuk memastikan konflik diurus
secara konstruktif.
Mengikut Moorhead dan rakan-rakan (2004), terdapat dua teknik yang boleh digunakan dalam
pengurusan konflik iaitu :
1. Teknik Penyelesaian / Resolusi Konflik
2. Teknik Perangsangan / Stimulasi Konflik
Pemilihan teknik bagi mengurus sesuatu konflik adalah bergantung kepada keadaan. Dalam
situasi konflik yang serius dan merugikan, seseorang pengurus harus melibatkan diri dalam
penyelesaian konflik. Apabila konflik menjadi destruktif atau membinasa, bukan berfokuskan
matlamat organisasi dan memakan masa yang panjang serta usaha yang sia-sia tanpa
memberikan hasil yang produktif, maka teknik resolusi adalah lebih sesuai digunakan untuk
mengurus konflik. Contoh teknik resolusi konflik yang boleh digunakan adalah penyelesaian
masalah menerusi perbincangan terbuka, pengelakan, kompromi, penambahan sumber dan
sebagainya.
7. Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi di
Malaysia 2012
by kulanz on 04/02/2012 · 11 comments
Semalam Kementerian Pelajaran Malaysia mengiktiraf 14 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
membabitkan 10 buah sekolah rendah dan 4 sekolah menengah di bawah Kohort 3 tahun ini.
Watikah pengiktirafan dan peruntukan dana khas disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebagai makluman bersama, pengikhtirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dibuat sejajar
dengan salah satu tumpuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik melalui
peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi
dalam pengurusan masing-masing. Program itu juga bermatlamat untuk menghasilkan pelajar
holistik yang cemerlang dengan menjadikan SBT sebagai tempat melatih murid cemerlang
bertaraf antarabangsa di samping menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.
Baca juga artikel sebelum ini:
1. Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2010 – 2011 (Kohot 1 & 2)
2. Sekolah Daif di Malaysia
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohot 3 Tahun 2012
10 Buah Sekolah Rendah
1. SK(P) Sultan Ibrahim, Johor Baharu
2. SK Infant Jesus Convent, Johor Baharu
3. SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah
4. SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
5. SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu
6. SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang
7. SK Minden Height, Pulau Pinang
8. SJKC Kwang Hwa, Pulau Pinang
9. SJKC Keat Hwa (H) Alor Setar, Kedah
10. SJKC Foon Yew 2 Johor Baharu, Johor
4 Buah Sekolah Menengah
1. SM Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah
2. SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
3. SM Sains Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor
4. SM Sains Johor, Kluang, Johor.
8. Semoga pertambahan SBT ini turut menambah bilangan pelajar yang bukan sahaja cemerlang
dari segi akademik, tetapi juga sahsiah moral dan agama di negara ini.
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
by kulanz on 09/11/2010 · 34 comments
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bukanlah suatu perkara yang baru. Seingat saya,
beberapa siri taklimat berkenaannya telah dibuat sekitar akhir tahun lepas (2009) lepas dan saya
sendiri telah menghadiri taklimat pertama bagi seluruh negeri Sabah yang melibatkan salah satu
sub-NKRA berkenaan. Taklimat berkenaan waktu itu diadakan di Labuan.
Setelah beberapa bulan pelaksanaannya, kedengaran juga perbualan tidak rasmi berkenaan
beberapa isu yang berkaitan dengan NKRA (Pendidikan) ini. Bahkan saya pernah menerima
pertanyaan daripada email untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang bidang yang
terkandung dalam NKRA dan isu-isu yang mula dibangkitkan.
Bagaimanapun kali ini saya tidak akan terus menyentuh tentang isu-isu yang melibatkan NKRA.
Lebih elok sekiranya buat permulaan dimuatkan secara ringkas kandungan Sub-NKRA
Pendidikan di blog ini dan jika ada kelapangan nanti, isu-isu yang berkenaan akan dibincangkan
kemudian.
NKRA – National Key Result Area
“The Government is set to begin the transformation process in strengthening the
efficiency of its delivery system”
“ The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure
that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians”
“ Our real work will begin as we make the transformation of government services happen”
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi
tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.
9. Sub-NKRA 1: Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah
dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan
pedalaman
Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun
mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran,
masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal,
mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi
dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi
- Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
10. Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap
autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam
pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota
perkhidmatan)
- Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang
menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
- Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan
tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.
Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di
Malaysia:
11. Ada bezanya antara KBSR dengan KSSR
Pilih yang lebih baik dari yang baik-baik, kerana itulah kehendak
naluri manusia. Begitu jugalah dalam aspek penambahbaikan
kurikulum. Kurikulum yang lebih baik menjadi keutamaan dalam
merealisasikan kehendak masa depan manusia yang berada dalam
zamannya. Khalifah Umar pernah menasihatkan agar didiklah anak-
anak mu untuk hidup di zamannya. Ya, zaman kita ini adalah untuk
kita manakala zaman anak cucu cicit kita adalah untuk mereka,
maka kitalah yang perlu menunjuk ajar mereka ini sebagai
persediaan buat menghadapi hari depan mereka.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui inisiatif
setiap 5 tahun semakan, maka KSSR dihasilkan dari
penambahbaikan KBSR. Inilah perbezaan antara kedua-duanya.
A. Asas Reka Bentuk Kurikulum
KBSR : Berasaskan 3 Bidang
i. Komunikasi
2. Manusia dan Alam Sekeliling
3. Perkembangan Diri Individu
KSSR : Berasaskan 6 Tunjang
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Perkembangan fizikal dan estetika
5. Sains dan Teknologi
6. Keterampilan Diri
B. Bahan Kurikulum
KBSR : Suktan Pelajaran
KSSR : Dokumen Standard Kurikulum
C. Jenis Reka Bentuk Kurikulum
KBSR : Linear
KSSR : Modular
12. D. Organisasi Kurikulum
KBSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan
KSSR :
Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3) : Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif
Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6) : Mata Pelajaran Teras dan Elektif
E. Elemen
KBSR : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
KSSR : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Makluma &
Komunikasi (TMK) secara eksplisit
F. Fokus
KBSR : 3 M ( Menulis, Membaca dan Mengira )
KSSR : 4 M ( Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul
Kini sudah terang lagi bersuluh... bersama kita jayakan.
Anda mungkin juga meminati: