SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  119
Télécharger pour lire hors ligne
PANDUAN PENGURUSAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Cetakan 2012
© Hak Cipta Lembaga Peperiksaan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat
izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat yang terkandung
dalam buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dari semasa
ke semasa mengikut keperluan.
Segala pertanyaan berkaitan dalam buku Panduan Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) ini hendaklah dirujuk kepada:
PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
MELALUI
PENGARAH PELAJARAN
JABATAN PELAJARAN NEGERI
ii
KANDUNGAN
HALAMAN
AKRONIM vi
PRAKATA ix
BAB 1 DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH
1.0 Dasar Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2
1.1 Punca Kuasa 2
1.2 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah 4
1.3 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan
Sekolah
9
1.4 Dokumen Rujukan 13
BAB 2 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
2.0 Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah 16
2.1 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan
Sekolah
- Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia
- Peringkat Negeri
- Peringkat Daerah
- Peringkat Sekolah
16
2.2 Jadual Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah 23
2.3 Penjaminan Kualiti
- Pementoran
- Penyelarasan
- Pemantauan
- Pengesanan
24
2.4 Pengurusan Evidens Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
- Definisi Evidens
- Evidens Pentaksiran Sekolah
- Evidens Pentaksiran Pusat
- Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum
- Evidens Pentaksiran Psikometrik
39
iii
BAB 3 PENTAKSIRAN SEKOLAH
3.0 Pentaksiran Sekolah 52
3.1 Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah
Rendah dan Menengah Rendah
53
3.2 Pentaksiran Rujukan Standard 55
3.3 Standard Prestasi 56
3.4 Kerangka Standard Prestasi 57
3.5 Penggunaan Standard Prestasi Dalam
Pentaksiran Sekolah
59
3.6 Instrumen Pentaksiran
- Jenis-jenis Instrumen
- Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran
61
3.7 Kaedah Perekodan dan Pelaporan
- Perekodan
- Pelaporan
62
BAB 4 PENTAKSIRAN PUSAT
4.0 Pentaksiran Pusat 64
4.1 Objektif Pentaksiran Pusat 64
4.2 Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Peringkat Sekolah
Rendah dan Peringkat Menengah Rendah
65
4.3 Prinsip Pentaksiran Pusat 67
4.4 Jenis Instrumen 68
4.5 Tugasan Pentaksiran Pusat 69
4.6 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat 71
4.7 Peranan Pihak yang Terlibat 73
iv
BAB 5 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN
KOKURIKULUM
5.0 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum
76
5.1 Komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
dan Kokurikulum
76
5.2 Pentaksiran SEGAK 77
5.3 Pentaksiran BMI 78
5.4 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum 79
5.5 Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum 81
5.6 Borang - Borang PAJSK 82
BAB 6 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
6.0 Pentaksiran Psikometrik 88
6.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik 88
6.2 Ujian Aptitud Khusus 89
6.3 Ujian Personaliti 90
BAB 7 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (SPPBS)
7.0 Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS)
v
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 - Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun
2011 : Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2011
KP.LP.003.07.14 (3) Bertarikh 22 Febuari 2011
LAMPIRAN 2 - Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011:
Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi
Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012
KP.LP.003.07.14 (2) Bertarikh 14 Febuari 2011
LAMPIRAN 3 - Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011:
Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah
Rendah Dan Menengah Rendah
KP.LP.003.07.14.05 (1) Bertarikh 29 Julai 2011
LAMPIRAN 4 - Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011:
Penggunaan Buku Pengurusan Dan Pengendalian Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah
KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011
AKRONIM
ADD : Attention Deficit Disorder
ADHA : Attention Deficit Hyperactivity Disorder
BMI : Body Mass Index
BPK : Bahagian Pembangunan Kurikulum
BPKhas : Bahagian Pendidikan Khas
BPSH : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
BTP : Bahagian Teknologi Pendidikan
DSP : Dokumen Standard Prestasi
FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPM : Fail Perkembangan Murid
FS : Fail Showcase
GKMP : Guru Kanan Mata Pelajaran
HEM : Hal Ehwal Murid
ICT : Informasi Komunikasi dan Teknologi
IPGM : Institusi Pendidikan Guru Malaysia
JERI : Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
JK PBS : Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah
JNJK : Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
JPN : Jabatan Pelajaran Negeri
KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
vi
KSSM : Kurikulum Standard Sekolah Menengah
KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia
LD : Learning Disabilities
LP : Lembaga Peperiksaan
OKU : Orang Kurang Upaya
P&P : Pengajaran dan Pembelajaran
PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurkulum
PBS : Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PIBG : Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PK : Penjaminan Kualiti
PMR : Penilaian Menengah Rendah
PP : Pentaksiran Pusat
PPD : Pejabat Pelajaran Daerah
PPsi : Pentaksiran Psikometrik
PS : Pentaksiran Sekolah
SABK : Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
SEGAK : Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
SMAN : Sekolah Menengah Agama Negeri
SMAR : Sekolah Menengah Agama Rakyat
SPP : Sektor Penilaian dan Peperiksaan
SPPBS : Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
SPPK : Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
Vii
TJPg : Tugasan Jangka Panjang
TJPk : Tugasan Jangka Pendek
UPSR : Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
YDP : Yang Dipertua
viii
vi
PRAKATA
Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menerbitkan
Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru, saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penerbitan
Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Penghasilan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah usaha
Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) yang terdiri daripada 4 Komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah
(PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diperuntukkan dalam Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan
mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta
menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran.
Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir,
pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang menjalankan tugas
penataran dan pemeriksaan. Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini
sebagai rujukan.
Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan
komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen ini
amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap
budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu
Adil, Sahih dan Amanah.
Terima kasih.
DR. NA’IMAH BINTI ISHAK
Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
ix
BAB 1
DASAR DAN PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
2
1.0 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Empat perkara asas kepada dasar pelaksanaan PBS ialah:
1.1 PUNCA KUASA
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan
peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan:
1.1.1 Akta Pendidikan
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan
Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan
adalah:
a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang
penilaian berasaskan sekolah;
b. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-
peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan
c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan
peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan
tentang peperiksaan.
1.1 Punca Kuasa
1.2 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.3 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah
1.4 Dokumen Rujukan
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
3
1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri
Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya
penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan
dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for
learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah mengeluarkan:
a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan
Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai
Tahun 2011 - KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011.
b. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan
Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai
Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.
c. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah -
KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.
d. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah
Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
4
1.2 KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif
dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum
kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan
akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kategori akademik terdiri daripada
Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik
terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada
guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
AKADEMIK BUKAN AKADEMIK
Pentaksiran
Pusat
Pentaksiran
Sekolah
Pentaksiran
Aktiviti
Jasmani,
Sukan dan
Kokurikulum
Pentaksiran
Psikometrik
Rajah 1: Komponen PBS
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
5
1.2.1 Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
sekolah yang berkenaan.
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
1.2.2 Pentaksiran Pusat
Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan
peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran
dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata
pelajaran. Pelaporan dikeluarkan LP.
1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan,
kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan
Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.
1.2.4 Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur
kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan
masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
a. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian,
kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
b. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan
dan tahun.
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
6
1.2.5 Jadual Pelaksanaan Komponen PBS
PBS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Jadual
di bawah menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat rendah mulai
tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.
Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3).
Jadual 1 : Pelaksanaan Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)
BIL KOMPONEN PBS PERKARA
Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :
a. Pentaksiran Sekolah  Bahasa Malaysia
 Bahasa Inggeris
 Bahasa Cina
 Bahasa Tamil
 Matematik
 Pendidikan Jasmani
 Pendidikan Kesihatan
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Moral
 Pendidikan Seni Visual
 Pendidikan Muzik
 Dunia Sains dan Teknologi
 Bahasa Arab
 Bahasa Cina SK
 Bahasa Tamil SK
 Bahasa Kadazandusun
 Bahasa Iban
 Bahasa Melayu SJK
 Bahasa Inggeris SJK
b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum
Tiada
c. Pentaksiran Psikometrik Tiada
d. Pentaksiran Pusat Tiada
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
7
Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6).
Jadual 2 : Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)
BIL KOMPONEN PBS PERKARA
Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :
a. Pentaksiran Sekolah  Bahasa Malaysia
 Bahasa Inggeris
 Bahasa Cina
 Bahasa Tamil
 Matematik
 Sains
 Reka Bentuk dan
Teknologi
 Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
 Pendidikan Jasmani
 Pendidikan Kesihatan
 Pendidikan Muzik
 Pendidikan Seni Visual
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Moral
 Sejarah
 Bahasa Arab
 Bahasa Cina SK
 Bahasa Tamil SK
 Bahasa Kadazandusun
 Bahasa Iban
 Bahasa Semai
b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum
Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum
c. Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am dan Ujian Personaliti
d. Pentaksiran Pusat Dilaksanakan bagi mata pelajaran yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan.
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
8
Jadual 3 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tingkatan 1, 2 dan 3.
Jadual 3 : Pelaksanaan PBS Tingkatan 1, 2 dan 3
BIL KOMPONEN PBS PERKARA
Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut :
a. Pentaksiran Sekolah  Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Bahasa Arab
 Bahasa Cina
 Bahasa Tamil
 Bahasa Iban
 Bahasa Kadazandusun
 Mathematics
 Science
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Moral
 Sejarah
 Geografi
 Pendidikan Seni Visual
 Pendidikan Muzik
 Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
 Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
 Kemahiran Hidup
Bersepadu Kemahiran
Teknikal
 Kemahiran Hidup
Bersepadu Ekonomi
Rumah Tangga
 Kemahiran Hidup
Bersepadu Pertanian
 Kemahiran Hidup
Bersepadu Perdagangan
dan Keusahawanan
b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum
Mulai tingkatan 1 tahun 2012
c. Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti
d. Pentaksiran Pusat Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut pada tingkatan
2 dan tingkatan 3 :
 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Bahasa Arab
 Bahasa Cina
 Bahasa Tamil
 Bahasa Iban
 Bahasa Kadazandusun
 Mathematics
 Science
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Moral
 Sejarah
 Geografi
 Pendidikan Seni Visual
 Pendidikan Muzik
 Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
 Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan
 Kemahiran Hidup
Bersepadu Kemahiran
Teknikal
 Kemahiran Hidup
Bersepadu Ekonomi
Rumah Tangga
 Kemahiran Hidup
Bersepadu Pertanian
 Kemahiran Hidup
Bersepadu Perdagangan
dan Keusahawanan
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
9
1.3 PERATURAN-PERATURAN AM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
1.3.1 Syarat Pelaksanaan
1.3.2 Pengurusan Kes Khas
Pihak sekolah hendaklah membuka fail Kes Khas Sekolah. Fail ini hendaklah mengandungi
maklumat berkaitan semua jenis kes khas.
a. Semua murid di sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah swasta
hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah.
b. Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama
Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta
yang berdaftar dengan KPM hendaklah melaksanakan PBS di peringkat menengah
rendah.
c. Semua murid hendaklah didaftarkan dalam Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).
a. Kes Disiplin (ponteng dan buang sekolah).
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memfailkan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan
tindakan dari unit disiplin sekolah dan keputusan JK PBS sekolah berkaitan kes
dalam fail Kes Khas Sekolah.
ii. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh
pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS
tersebut.
iii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
iv. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa
yang dilakukan oleh murid berkenaan.
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
10
b. Murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan.
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memfailkan semua kes, laporan perubatan dan keputusan JK PBS berkaitan kes
dalam fail Kes Khas Sekolah.
ii. memastikan semua kes disokong dengan laporan perubatan yang mengesahkan
murid berkenaan sakit.
iii. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh
pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS
tersebut.
iv. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
v. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa
yang dilakukan oleh murid berkenaan.
c. Murid Orang Kurang Upaya (OKU).
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. mengenal pasti kategori murid dari golongan OKU.
Kategori murid OKU adalah seperti berikut:
 Terencat Akal / Sindrom Down
 Buta
 Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain / Disleksia / Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme /
Learning Disabilities (LD)
 Bisu
 Pekak
 Rabun
 Spastik/Cerebral Palsy
ii. mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai OKU.
Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut:
 Laporan Perubatan yang mengesahkan murid adalah OKU; atau
 Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat sebagai OKU
iii. memfailkan semua kes, laporan perubatan/Kad OKU dan keputusan JK PBS
berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
11
iv. mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut:
 Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PBS seperti murid biasa
membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat
permohonan akan dianggap sebagai murid biasa.
 Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh LP berserta
dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah
Pelajaran Negeri untuk kelulusan melaksanakan PBS menggunakan
mekanisme yang ditetapkan untuk calon OKU.
v. melaksanakan PBS kepada semua murid OKU kerana tiada sebarang
pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir
dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.
vi. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
vii menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti
perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS.
d. Murid bertukar sekolah.
Pentadbir sekolah asal hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses
perpindahan tersebut.
ii. memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS PPD dan Pegawai PBS
JPN.
iii. memastikan evidens PBS murid berkenaan diserahkan kepada sekolah baharu.
Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memastikan evidens murid dari sekolah asal diterima.
ii. mendapatkan surat rasmi dari sekolah asal murid sekiranya dia tidak
melaksanakan PBS sebelum berpindah ke sekolah baharu.
iii. melaksanakan PBS untuk murid berkenaan bagi komponen PS, PP, PAJSK dan
PPsi sepanjang tempoh murid berada di sekolah baharu.
Bagi komponen PP, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian telah tamat,
murid tidak perlu melaksanakan PP.
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
12
e. Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
Pentadbir sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memastikan semua murid melaksanakan PBS kerana tiada sebarang
pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir
dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai.
ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
iii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan
tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.
f. Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan / atau kebangsaan /
antarabangsa.
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memastikan PBS dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya
tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu
melaksanakan PBS tersebut.
ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
iii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan
tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan.
g. Murid baru pulang dari bermastautin di luar negara.
Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:
i. memastikan PBS hanya dilaksanakan semasa murid hadir di sekolah. Pelaksanaan
PBS hanya dilakukan semasa murid berada di sekolah.
ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1
13
1.4 DOKUMEN RUJUKAN
Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual SPPBS yang disediakan oleh LP.
a. Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
i. LP menghantar buku kepada JPN / PPD.
ii. JPN / PPD mengedarkan buku ke sekolah.
iii. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan buku kepada semua
guru yang terlibat dalam PBS.
Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua / Guru Besar.
b. Dokumen Standard Prestasi (DSP)
i. LP menghasilkan DSP.
ii. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan DSP kepada guru mata
pelajaran yang terlibat dalam PBS.
Guru mata pelajaran mesti memiliki dan menggunakan DSP yang disediakan
oleh LP. Pelaksanaan pentaksiran hendaklah mematuhi sepenuhnya
kandungan DSP.
Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar.
iii. DSP boleh dimuat turun dari laman sesawang LP.
c. Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
i. LP menyediakan Manual SPPBS.
ii. Pihak sekolah memuat turun Manual SPPBS dari laman sesawang LP dan
mengedarkan kepada guru-guru. Sebuah naskhah hendaklah disimpan
di bilik Pengetua / Guru Besar.
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
BAB 2
PENGOPERASIAN
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
16
2.0 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Empat perkara asas pengoperasian PBS ialah:
2.1 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
2.1.1 Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia
a. Senarai Jawatankuasa
Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)
Naib Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
Setiausaha : Pengarah Lembaga Peperiksaan
Ahli : Pengarah Bahagian Buku Teks
Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan
Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
Pengarah Bahagian Pendidikan Khas
Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta
Pengarah Bahagian Pendididkan Teknik dan Vokasional
Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat
Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan
Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
Pengarah Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Pengarah Bahagian Sukan
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia
Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
2.1 Jawatankuasa PBS
2.2 Jadual Pelaksanaan PBS
2.3 Penjaminan Kualiti PBS
2.4 Penyimpanan Evidens PBS
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
17
b. Senarai Tugas
i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat kementerian;
ii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat kementerian;
iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan
iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepada
Menteri Pelajaran.
2.1.2 Peringkat Negeri
a. Senarai Jawatankuasa
Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri
Setiausaha : Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), JPN
Ahli : Semua Ketua Sektor JPN
Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri (JNJK)
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
(BTPN)
Semua Ketua Penolong Pengarah, JPN
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
YDP Majlis Pengetua
YDP Majlis Guru Besar
YDP Majlis Guru Cemerlang
b. Senarai Tugas
i. Memastikan pengoperasian PBS di negeri mengikut garis panduan yang
ditetapkan.
ii. Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri;
iii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri;
iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan
iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar kepada LP
dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
18
2.1.3 Peringkat Daerah
a. Senarai Jawatankuasa
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah
Naib Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Setiausaha : Penolong PPD (Peperiksaan / PBS)
Ahli : Semua Pengetua
Semua Guru Besar
Semua Penolong PPD
Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru
b. Senarai Tugas
i. Memastikan pengoperasian PBS di daerah mengikut garis panduan yang
ditetapkan.
ii. Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah;
iii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah;
iv. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan
v. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke JPN.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
19
2.1.4 Peringkat Sekolah
a. Senarai Jawatankuasa Induk PBS
i. Sekolah Rendah
Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)
Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)
Penyelia Petang (jika berkenaan)
Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)
Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS
Ahli : Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran)
Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan)
Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran)
Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan)
Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan)
Ketua Panitia yang dilantik (PS dan PP)
Guru Cemerlang
Guru Disiplin
Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi)
Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)
Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)
ii. Sekolah Menengah (Gred A)
Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)
Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)
Penyelia Petang (jika berkenaan)
Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)
Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS
Ahli : Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang dilantik
(Latihan / Penataran)
GKMP yang dilantik (Penyelarasan)
GKMP yang dilantik (Pementoran)
GKMP yang dilantik (Pemantauan)
GKMP yang dilantik (Pengesanan)
Semua Ketua Panitia (PS dan PP)
Guru Cemerlang
Guru Disiplin
Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi)
Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)
Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
20
iii. Sekolah Menengah (Gred B)
Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP)
Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK)
Penyelia Petang (jika berkenaan)
Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan)
Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS
Ahli : GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran)
GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan)
GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran)
GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan)
GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan)
Semua Ketua Panitia (PS dan PP)
Guru Cemerlang
Guru Disiplin
Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi)
Guru Penolong yang dilantik (PAJSK)
Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)
Nota: Pelantikan JK PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada
keperluan pihak lain. Seorang guru boleh memegang lebih daripada satu portfolio.
b. Senarai Tugas
i. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan.
ii. Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya empat kali setahun.
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
• Agenda Mesyuarat Pertama (Awal Tahun):
- Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS.
- Menyediakan agihan tugas jawatankuasa dan carta organisasi JK PBS.
- Melantik Pentaksir Sekolah.
- Menetapkan sistem fail PBS.
- Mengedarkan surat pekeliling / surat siaran pelaksanaan PBS.
- Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
21
- Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt)
PS / PP / PAJSK / PPsi
Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan
Jaringan)
Latihan / Penataran
Penyelarasan
Pementoran
Pemantauan
Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS
- Pengurusan evidens di tempat yang selamat dan bersistematik.
- Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas.
- Hal-hal lain.
• Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama):
- Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama.
- Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS.
- Laporan Jawatankuasa PBS:
PS / PP / PAJSK / PPsi
Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan
Jaringan)
Latihan / Penataran
Penyelarasan
Pementoran
Pemantauan
Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS
- Hal-hal lain.
• Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua):
- Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua.
- Isu-Isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas PBS.
- Laporan Jawatankuasa PBS:
PS / PP / PAJSK / PPsi
Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan
Jaringan)
Latihan / Penataran
Penyelarasan
Pementoran
Pemantauan
Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS
- Hal-hal lain.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
22
• Agenda Mesyuarat Keempat (Post Mortem)
- Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga.
- Post Mortem Pelaksanaan PBS.
- Tindakan Susulan dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS.
- Perancangan Pelaksanaan PBS Tahun Hadapan.
- Hal-hal lain.
iii. Semua keputusan mesyuarat hendaklah diminitkan dan menjadi dasar atau punca
kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di sekolah.
iv. Pentadbir sekolah bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan pentaksir sekolah,
login dan kata laluan SPPBS.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
23
2.2 JADUAL PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Jadual 4 menunjukkan jadual pengoperasian PBS yang perlu dilaksanakan di sekolah
rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.
Jadual 4 : Jadual Pengoperasian PBS
a. Pelaksanaan PBS hendaklah mematuhi Jadual Pengoperasian PBS yang disediakan
oleh LP.
b. Semua isu berkaitan pengoperasian PBS hendaklah dijadikan agenda Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum peringkat negeri, daerah dan sekolah.
BIL PERKARA TEMPOH TINDAKAN
i. Mengedarkan Surat Pekeliling
ke JPN.
Mengikut Keperluan LP
ii. Mengedarkan Surat Pekeliling
ke PPD dan Sekolah.
Mengikut Keperluan JPN
iii. Mengedarkan Surat Arahan
Pelaksanaan PBS
ke JPN.
Disember LP
iv. Mengedarkan Surat Arahan
Pelaksanaan PBS
ke PPD dan Sekolah.
Disember JPN
v. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Januari - Mac,
April - Jun,
Julai - September
Oktober - Disember
JPN / PPD /
Sekolah
vi. Pendaftaran SPPBS. Januari - Februari Sekolah
vii. Tempoh pelaksanaan PBS. Mengikut jadual
yang ditetapkan oleh
LP
Sekolah
viii. Penjaminan Kualiti:
Pementoran, Pemantauan,
Penyelarasan dan Pengesanan.
Sepanjang tahun
mengikut keperluan
Sekolah / PPD /
JPN / LP /
Bahagian KPM
ix. Pengumpulan penguasaan murid
dalam SPPBS.
Sehingga hari
terakhir sesi
persekolahan tahun
semasa
Sekolah
x. Pelaporan murid. Mengikut keperluan Sekolah
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
24
2.3 PENJAMINAN KUALITI
Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS
mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam
semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan
maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran
murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan
perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk
utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor,
kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon.
Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui:
2.3.1 Pementoran
2.3.2 Penyelarasan
2.3.3 Pemantauan
2.3.4 Pengesanan
2.3.1 Pementoran
Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran
dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan
untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis
panduan yang ditetapkan.
a. Tempoh Pelaksanaan:
Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan / atau selepas pelaksanaan
pentaksiran berasaskan sekolah.
b. Objektif Pementoran:
i. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan
pengurusan PBS.
ii. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang
dibimbing.
iii. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing.
iv. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.
v. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru
yang dibimbing.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
25
c. Jenis Pementoran:
i. Formal
Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat
atau sesi peningkatan profesionalisme guru.
ii. Informal
Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas
pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan.
d. Mentor:
i. Mentor dalaman terdiri daripada:
• GKMP / Ketua Bidang
• Ketua Panitia
• Guru Cemerlang
• Jurulatih Utama
• Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS
ii. Mentor luaran terdiri daripada:
• Petugas yang dilantik oleh LP
• Petugas yang dilantik oleh JPN
• Petugas yang dilantik oleh PPD
e. Peranan Mentor:
i. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.
ii. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.
iii. Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.
iv. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P&P.
v. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran.
vi. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
26
Rajah 2 menunjukkan carta alir pementoran.
MULA
JK PBS merancang pelaksanaan
pementoran
Memberi
bimbingan
Menjalankan pementoran
Guru faham mengenai pelaksanaan PBS
Menghantar laporan pementoran kepada
JK PBS PPD/JPN/LP
TAMAT
Rajah 2 : Carta Alir Pementoran
Tidak
Ya
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
27
2.3.2 Penyelarasan
Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman
pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan
kebolehpercayaan skor pentaksiran.
a. Tempoh Pelaksanaan:
Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan
mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS.
b. Objektif Penyelarasan:
i. Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria
penskoran.
ii. Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru
berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen
standard prestasi.
iii. Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru
berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan.
iv. Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah
ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras.
v. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS
oleh guru di sekolah.
vi. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.
vii. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.
c. Jenis Penyelarasan:
i. Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai
tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran
dalam sekolah yang sama.
ii. Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai
tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran
di seluruh negara.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
28
d. Personal
i. Penyelaras dalaman
• GKMP
• Guru Cemerlang
• Ketua Panitia
• Jurulatih Utama
• Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS
ii. Penyelaras luaran
• Petugas yang dilantik oleh LP
• Petugas yang dilantik oleh JPN
• Petugas yang dilantik oleh PPD
e. Pelaksanaan Penyelarasan:
i. Sebelum Penyelarasan:
• JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan
masa penyelarasan.
• Mengadakan perbincangan mengenai
- Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan.
- Kesesuaian instrumen yang digunakan.
- Kefahaman tentang penskoran.
- Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor.
ii. Semasa Penyelarasan:
• Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian.
• Membanding skor yang diberikan oleh guru.
• Menyelaras pemberian skor.
iii. Selepas Penyelarasan:
• Menyediakan laporan penyelarasan.
• Menyelaras skor murid, jika perlu.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
29
Rajah 3 menunjukkan carta alir penyelarasan dalaman.
MULA
Pengetua / Guru Besar Melantik
Penyelaras
Mengadakan Taklimat Penyelarasan
Guru menilai
semula hasil kerja
murid
Menjalankan penyelarasan bersama guru
mata pelajaran
Menyelaraskan skor guru dengan skor
yang telah ditetapkan oleh LP
Skor yang dberikan oleh guru selaras
dengan skor LP
JK PBS mengesahkan skor
Setiausaha Peperiksaan menghantar
skor ke LP
JK PBS menyediakan laporan
penyelarasan
TAMAT
Rajah 3: Carta Alir Penyelarasan Dalaman
Ya
Tidak
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
30
Rajah 4 menunjukkan carta alir penyelarasan luaran.
MULA
LP/JPN melantik Penyelaras
Mengadakan Taklimat Penyelarasan
Guru menilai
semula hasil kerja
murid
Menjalankan penyelarasan bersama guru
mata pelajaran
Menyelaraskan skor guru dengan skor
yang telah ditetapkan oleh LP
Skor yang dberikan oleh guru selaras
dengan skor LP
Penyelaras Luaran mengesahkan skor
Setiausaha Peperiksaan menghantar
skor ke LP
Penyelaras Luaran menyediakan
laporan penyelarasan unuk dihantar
kepada LP
TAMAT
Rajah 4 : Carta Alir Penyelarasan Luaran
Ya
Tidak
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
31
2.3.3 Pemantauan
Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS
mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP.
Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut
jadual yang ditentukan oleh JK PBS.
a. Objektif Pemantauan :
i. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi
ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
iiii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.
iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
v. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.
b. Pemantau:
i. Pemantau dalaman:
Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemantau dalaman
ialah :
• Pengetua / Guru Besar
• Guru Penolong Kanan
• GKMP
• Guru Cemerlang
• Ketua Panitia
• Jurulatih Utama
• Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar
ii. Pemantau luaran :
Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN,
LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM. Pemantau luaran
ialah:
• Pegawai LP
• Pegawai JPN
• Pegawai PPD
• Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM)
• Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
32
c. Pelaksanaan Pemantauan:
i. Sebelum Pemantauan:
• JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS.
• Menyediakan instrumen pemantauan.
ii. Semasa pemantauan:
• Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.
• Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.
• Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk
memberi khidmat nasihat.
iii. Selepas pemantauan:
• Melaporkan dapatan pemantauan.
• Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS.
• Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
33
Rajah 5 menunjukkan carta alir pemantauan dalaman.
MULA
Pengetua / Guru Besar melantik
Pemantau
Mengadakan Taklimat Pemantauan
Memberi bimbingan Menjalankan Pemantauan PBS
Menyediakan laporan Pemantauan
PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP
Pengetua / Guru Besar menghantar
laporan pemantauan sekolah ke PPD
PPD menghantar laporan pemantauan
daerah ke JPN
JPN menghantar laporan
pemantauan negeri ke LP
TAMAT
Rajah 5: Carta Alir Pemantauan Dalaman
Ya
Tidak
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
34
Rajah 6 menunjukkan carta alir pemantauan luaran.
MULA
LP/JPN/PPD menyediakan jadual
pemantauan
Memberi bimbingan Menjalankan pemantauan di sekolah
Menyemak dokumen pelaksanaan PBS
Menyediakan laporan pemantauan
Membincangkan hasil dapatan dengan
Pengetua/Guru Besar
PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP
Membuat analisis dan laporan dapatan
pemantauan
Menghantar laporan pemantauan ke LP
TAMAT
Rajah 6: Carta Alir Pemantauan Luaran
Ya
Tidak
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
35
2.3.4 Pengesanan
Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran
yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai.
Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka
kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.
a. Objektif Pengesanan :
i. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen
pentaksiran.
ii. Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi.
iii. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.
iv. Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran
b. Pengesanan:
i. Pengesanan Dalaman
Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan
kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS
untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen
pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk
mentaksir murid. Pegawai pengesanan dalaman:
• GKMP
• Guru Cemerlang
• Ketua Panitia
• Jurulatih Utama
• Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru besar / JK PBS
ii. Pengesanan Luar
Pengesanan luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan
instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen
pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga
Peperiksaan. Pegawai pengesanan luaran:
• Petugas yang dilantik oleh LP
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
36
c. Pelaksanaan Pengesanan:
i. Sebelum pengesanan:
• Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan.
• Menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusat
yang berkenaan.
ii. Semasa pengesanan:
• Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen
pentaksiran.
• Mencadangkan penyelesaian.
iii. Selepas pengesanan:
• Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.
• Membuat penambaikan instrumen pentaksiran.
• Melaksanakan program pengesanan semula.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
37
Rajah 7 menunjukkan carta alir pengesanan.
MULA
LP Melantik Pegawai Pengesanan
Mengadakan Taklimat Pengesanan
Menjalankan pengesanan instrumen
Instrumen disediakan mengikut prinsip
pembinaan instrumen LP
Menyediakan laporan
Menghantar laporan :
- Pengesanan dalaman
Pegawai Pengesanan kepada
Pengetua / Guru Besar
- Pengesanan Luaran
Pegawai Pengesanan kepada
Pengarah Peperiksaan LP
TAMAT
Rajah 7 : Carta Alir Pengesanan
Tidak
Penambahbaikan
instrumen
Ya
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
38
Jadual 5 dibawah menunjukkan jadual kerja Penjaminan Kualiti dalam pelaksanaan PBS.
Aspek Penjaminan
Kualiti
Tempoh Tindakan
Pementoran
Mengikut keperluan
JPN / PPD /
Sekolah
Penyelarasan
Pentaksiran Sekolah:
Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS
mengikut jadual yang ditentukan oleh JK
PBS
Pentaksiran Pusat:
Setelah murid selesai melaksanakan
tugasan.
LP/JPN / PPD /
Sekolah
Pemantauan
Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS
mengikut jadual yang ditentukan oleh
JK PBS.
JPN / PPD /
Sekolah
Pengesanan
Semasa dan / atau selepas satu kitaran
pelaksanaan PBS.
JPN / PPD
Jadual 5 : Jadual Kerja Penjaminan Kualiti Pelaksanaan PBS
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
39
2.4 PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
2.4.1 Definisi Evidens
Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan
JK PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan.
Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan
boleh buat secara lisan atau perlakuan.
Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak,
laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.
Ciri-ciri evidens adalah:
a. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan
penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan.
b. Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil
kerjanya sendiri.
c. Kecukupan - evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan
murid.
d. Semasa - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan
mengikut piawaian semasa.
e. Tekal - evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan
membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang
berlainan.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
40
a. Jenis-jenis Evidens PS
i. Penulisan
- Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan
dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.
- Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.
ii. Bahan cetakan
Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.
iii. Persembahan
Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui
pelbagai aktiviti.
Catatan :
Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan juga adalah satu evidens
murid.
iv. Foto
Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.
v. Grafik
- Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti
dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama,
pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto,
lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk
geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya
menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.
- Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh
merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam
dunia sebenar.
vi. Artifak
- Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan
sejarah atau telah dibuat sekian lama.
- Bahan yang dihasilkan seperti arca.
vii. Laporan
Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.
viii. Model
Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.
2.4.2 Evidens Pentaksiran Sekolah
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
41
xi. Produk
Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.
x. Rakaman
Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.
xi. Bahan Informasi Komunikasi dan Teknologi (ICT)
Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.
xii. Proses
Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
42
b Penyimpanan dan pelupusan evidens
i. Penyimpanan
Evidens murid disimpan dalam dua jenis fail seperti berikut:
. Fail Perkembangan Murid
• Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens
perkembangan pembelajaran murid.
• Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens
semua mata pelajaran.
• Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan
Murid (RPM). RPM diletakkan dihadapan evidens setiap mata
pelajaran.
• Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens
terdahulu dikembalikan kepada murid.
. Fail Showcase
 Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik
bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran.
 FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.
 FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas.
Nota:
Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti di atas.
Kaedah penyediaan tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.
ii. Pelupusan
• Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod
dalam aplikasi SPPBS.
• Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua
minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
43
Rajah 8 menunjukkan carta alir FPM.
MULA
Guru menyediakan intrumen pentaksiran
Murid
mengulangi
semula
Guru mentaksir murid
Guru memeriksa evidens murid
Tidak Evidens murid mencapai tahap
penguasaan
Ya
Guru merekodkan penguasaan murid
dalam SPPBS / Rekod Perkembangan
Murid
Guru menyimpan evidens terkini bagi
setiap deskriptor dan evidens terdahulu
dikembalikan kepada murid.
TAMAT
Rajah 8 : Carta Alir Fail Perkembangan Murid
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
44
Rajah 9 menunjukkan carta alir FS.
MULA
JK PBS sekolah membuat penetapan
kaedah pengurusan FS
Panitia membuat pemilihan evidens yang
terbaik bagi setiap deskriptor dalam
semua band
Panitia menyimpan setiap evidens terbaik
bagi semua deskriptor untuk semua mata
pelajaran
TAMAT
Rajah 9 : Carta Alir Fail Showcase
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
45
PENTAKSIRAN SEKOLAH
REKOD PERKEMBANGAN MURID
TAHUN/TINGKATAN
MATA PELAJARAN
BAND DESKRIPTOR
EVIDENS
1 2 3 4 5 6 7 8 9
1 1 √ Buku
Latihan √ Lisan √
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
46
CONTOH MATRIK DESKRIPTOR DAN EVIDENS TAHUN 1
BIL MATA PELAJARAN TAWAR DESKRIPTOR EVIDENS
BACA/
LISAN
TULIS
1. Bahasa Malaysia √ 21 32 15 17
2. Bahasa Inggeris √ 29 30 21 23
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Matematik √ 19 28 1 29
6. Pendidikan Jasmani √ 12 24 22 5
7. Pendidikan Kesihatan √ 25 37 12 29
8. Pendidikan Islam √ 48 52 41 11
9. Pendidikan Moral √ 84 93 0 93
10. Dunia Seni Visual √ 28 81 20 8
11. Dunia Muzik √ 16 66 55 0
12. Dunia Sains & Teknologi √ 28 28 0 28
13. Bahasa Arab √ 25 38 26 12
14. Bahasa Cina SK
15. Bahasa Tamil SK
16. Bahasa Kadazandusun
17. Bahasa Iban
18. Bahasa Malaysia SJK
19. Bahasa Malaysia SJK
JUMLAH 335 509 213 255
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
47
2.4.3 Evidens Pentaksiran Pusat
a. Jenis-jenis Evidens PP:
i. Penulisan
- Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk
perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.
- Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.
ii. Bahan cetakan
Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.
iii. Persembahan
Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui
pelbagai aktiviti.
iv. Foto
Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.
v. Grafik
- Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan
seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan
jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah
gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka
bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik
selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.
- Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga
boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud
dalam dunia sebenar.
vi. Artifak
- Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu
tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.
- Bahan yang dihasilkan seperti arca.
vii. Laporan
Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.
viii. Produk
Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.
ix. Rakaman
Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
48
x. Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)
Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.
xii. Proses
Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.
b. Penyimpanan dan Pelupusan Evidens
i. Penyimpanan.
- Evidens disimpan dalam bentuk hardcopy, softcopy atau dalam bentuk apa
sekalipun sebagai bahan bukti.
- Evidens disimpan di tempat yang selamat, bersistematik dan mematuhi
prosedur keselamatan sebagai bahan bukti bagi tujuan penjaminan kualiti.
ii. Pelupusan
- Evidens diserahkan kepada murid selepas enam minggu dari tarikh tamat
pelaksanaan tugasan.
- Evidens yang tidak dituntut oleh calon boleh dilupuskan selepas dua
minggu daripada tempoh penyimpanan tamat.
2.4.4 Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
a. Evidens PAJSK adalah seperti berikut:
i. Borang Rekod SEGAK dan BMI
ii. Borang Rekod Kehadiran
iii. Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
iv. Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum
b. Penyimpanan dan pelupusan evidens :
i. Penyimpanan
- Evidens murid disimpan dalam Fail Perkembangan Murid sebelum direkod
dalam aplikasi SPPBS.
ii. Pelupusan
- Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam
aplikasi SPPBS.
- Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua
minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS
Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2
49
2.4.5 Evidens Pentaksiran Psikometrik
a. Evidens PPsi adalah Borang Profil Psikometrik (BPP) murid.
b. Penyimpanan dan pelupusan evidens :
i. Penyimpanan
- BPP adalah TERHAD. Evidens murid disimpan dalam Fail Pentaksiran
Psikometrik oleh guru bimbingan dan kaunseling.
- Fail disimpan di tempat yang selamat secara sistematik mengikut prosedur
yang telah ditetapkan oleh LP.
ii. Pelupusan
- Evidens murid yang telah direkodkan boleh dilupuskan selepas dua minggu.
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
BAB 3
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah BAB 3
52
PS ialah komponen utama dalam proses P&P kerana pentaksiran ini berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta
mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai
dalam satu-satu proses P&P.
PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan,
pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran,
perekodan dan pelaporannya.
PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha
menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan
yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak
sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
PS mempunyai ciri-ciri berikut:
PS dilaksanakan secara:
3.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH
a. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan
kemahiran yang dicapai oleh murid.
b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P.
c. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan
murid.
d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
a. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P.
b. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau
tahun.
Pentaksiran Sekolah BAB 3
53
3.1 Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah
Rendah
Jadual 6 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
BIL MATA PELAJARAN
1 Bahasa Malaysia SK
2 Bahasa Malaysia SJK
3 Bahasa Inggeris SK
4 Bahasa Inggeris SJK
5 Bahasa Arab
6 Bahasa Cina SK
7 Bahasa Cina SJK
8 Bahasa Tamil SK
9 Bahasa Tamil SJK
10 Bahasa Iban
11 Bahasa Kadazandusun
12 Matematik
13 Dunia Sains Dan Teknologi
14 Pendidikan Islam
15 Pendidikan Moral
16 Dunia Seni Visual
17 Dunia Muzik
18 Pendidikan Jasmani
19 Pendidikan Kesihatan
Jadual 6 : Mata Pelajaran KSSR
Pentaksiran Sekolah BAB 3
54
Jadual 7 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) .
BIL MATA PELAJARAN
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris
3 Bahasa Arab
4 Bahasa Cina
5 Bahasa Tamil
6 Bahasa Iban
7 Bahasa Kadazandusun
8 Mathematics
9 Science
10 Pendidikan Islam
11 Pendidikan Moral
12 Sejarah
13 Geografi
14 Pendidikan Seni Visual
15 Pendidikan Muzik
16 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
17 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
18 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal
19 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga
20 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian
21 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan
Jadual 7 : Mata Pelajaran KBSM
Pentaksiran Sekolah BAB 3
55
3.2 Pentaksiran Rujukan Standard
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan
murid dalam pembelajaran.
Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal
ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh
mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan
mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan,
bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah
mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan
kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan
untuk membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan
mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa mengikut
keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Rajah 10 menunjukkan hubung kait antara dokumen kurikulum dengan dokumen standard
prestasi.
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
DOKUMEN
KURIKULUM
DOKUMEN
STANDARD PRESTASI
Matlamat
Objektif
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
PENTAKSIRAN
Pernyataan Standard
Deskriptor
Evidens
Hasil Pembelajaran Laporan Penguasaan Murid
Rajah 10 : Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard
Prestasi
Pentaksiran Sekolah BAB 3
56
Dokumen kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM.
Dokumen ini mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan
dalam proses P&P.
Dokumen Standard Prestasi (DSP) dibangunkan oleh LP. Dokumen ini mengandungi
panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian
seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
3.3 Standard Prestasi
Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap
penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari.
Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark)
yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai
rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus.
Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam
pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak
yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam
sistem pendidikan.
Dengan menggunakan Standard Prestasi:
Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan
standard pendidikan negara berbanding negara lain.
a. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan
kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
b. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang
ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.
c. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas
melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.
d. Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui
sistem pendidikan negara.
Pentaksiran Sekolah BAB 3
57
3.4 Kerangka Standard Prestasi
Pernyataan Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras
tertentu dan bersifat generik atau umum tentang tahap pertumbuhan dan penguasaan murid
dalam pembelajaran.
Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut band iaitu Band 1, Band 2,
Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki. Pernyataan Standard
ini diperjelaskan lagi dengan deskriptor yang menyatakan tentang tingkah laku terperinci
yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid
dalam pembelajaran
Jadual 8 menunjukkan kerangka utama Pernyataan Standard.
BAND STANDARD
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu
Jadual 8 : Kerangka Utama Pernyataan Standard
Jadual 9 menunjukkan penerangan terperinci tentang kerangka Pernyataan Standard.
BAND STANDARD
6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk
digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan
inovatif serta boleh dicontohi.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik.
3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
Jadual 9 : Penerangan Terperinci tentang Kerangka Pernyataan Standard
Pentaksiran Sekolah BAB 3
58
Jadual 10 menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan tafsirannya.
PERNYATAAN TAFSIRAN
Band Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu
yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap
penguasaan murid.
Standard Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras
tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik
tentang tahap penguasaan murid.
Pernyataan
Standard
Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai
sepanjang tempoh peringkat pembelajaran (Sekolah rendah : Tahun 1
hingga Tahun 6 dan Sekolah menengah rendah : Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 3) dan digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran
berkenaan.
Deskriptor Deskriptor merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan
boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam
Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap
pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.
Evidens (murid) Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan
perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor.
Evidens (bahan) Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid
yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau
proses.
Jadual 10 : Pernyataan dalam Standard Prestasi dan Tafsirannya
Jadual 11 menunjukkan hubung kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens.
Jadual 11 : Hubung Kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
5
4
3
2
1
Penerangan generik / umum
tentang tahap kemajuan
pembelajaran
APA yang murid tahu
dan boleh buat
BAGAIMANA murid
menunjukkan apa
yang mereka tahu
dan boleh buat
Pentaksiran Sekolah BAB 3
59
3.5 Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah
a. Guru memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih
kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum.
b. Guru akan menentukan kaedah pengajaran serta mengenalpasti kaedah pentaksiran.
Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan
mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi mengikut
kreativiti guru.
c. Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar.
Pentaksiran boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen
pentaksiran yang bersesuaian bagi perkara yang ditaksir berdasarkan DSP. Guru juga
boleh melakukan pentaksiran secara formal atau tidak formal.
d. Guru menilai prestasi murid. Guru akan merujuk DSP untuk melaporkan tahap prestasi
murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk
proses, produk atau diri murid itu sendiri.
e. Murid yang tidak menguasai standard yang ditetapkan, guru akan menjalankan sesi
pemulihan untuk membimbing dan membantu murid tersebut dengan menentukan
strategi pengajaran yang sesuai
f. Murid yang telah menguasai standard kurikulum yang ditetapkan, guru akan merekod
dan melaporkan tahap penguasaan murid serta meneruskan P&P yang berikutnya
berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum.
g. Guru memilih tajuk untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Pentaksiran Sekolah BAB 3
60
Rajah 11 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam PS.
Guru memilih tajuk yang perlu diajar
Guru merancang pengajaran,
pembelajaran dan menyediakan kaedah
pentaksiran
Guru melaksanakan pengajaran dan
pentaksiran
Guru menilai prestasi murid
Guru merekod dan melapor tahap
penguasaan murid berdasarkan evidens
Guru memilih tajuk untuk pengajaran
yang seterusnya
TAMAT
Rajah 11 : Penggunaan Standard Prestasi dalam PS.
MULA
Pemulihan
Murid belum
menguasai tahap
penguasaan
Murid menguasai
tahap penguasaan
Pentaksiran Sekolah BAB 3
61
3.6 Instrumen Pentaksiran
3.6.1 Jenis-Jenis Instrumen
Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu
mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah :
a. Pemerhatian
Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau
mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa
yang dihasratkan.
b. Soal Jawab
c. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis
Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif
d. Persembahan
Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan
konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan
menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.
e. Projek
Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang
dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan
maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau
secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan
pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan.
f. Produk
Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan
satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan.
g. Amali
Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah
dipelajari dalam bentuk teori.
h. Lembaran Kerja
i. Tugasan bertulis / Karya Penulisan
Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti
dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan
kepada tugasan yang diberi.
j. Kuiz
k. Senarai semak
l. Tugasan rumah
Pentaksiran Sekolah BAB 3
62
3.6.2 Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran
3.7 Kaedah Perekodan dan Pelaporan
3.7.1 Perekodan
Guru mata pelajaran perlu merekodkan setiap evidens yang dikuasai oleh murid dalam
sistem aplikasi SPPBS pada bila-bila masa mengikut kesesuaian.
3.7.2 Pelaporan
Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran
yang diajar berdasarkan deskriptor dan evidens yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh
dilakukan secara formatif dan kumulatif.
a. Pelaporan Formatif
Evidens murid atau evidens bahan yang digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang
penguasaan murid.
b. Pelaporan Kumulatif
Pernyataan deskriptor yang digunakan sebagai pelaporan yang menunjukkan prestasi
murid.
a. Guru merujuk kandungan fakta dalam dokumen kurikulum.
b. Guru merujuk evidens dalam DSP.
c. Guru bina instrumen pentaksiran mengikut evidens.
d. Guru menilai instrumen dari aspek sistem 9-poin.
BAB 4
PENTAKSIRAN PUSAT
Pentaksiran Pusat BAB 4
64
4.0 PENTAKSIRAN PUSAT
Pentaksiran Pusat (PP) adalah satu daripada komponen yang terdapat dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan ianya penting bagi menilai pengetahuan dan kemahiran
murid secara menyeluruh dalam satu-satu peringkat pembelajaran. PP merupakan suatu
pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan,
peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
Dalam pelaksanaan PP, ianya dijalankan secara one-off sahaja, di mana pentaksiran semula
tidak dibenarkan. Pelaksanaannya berdasarkan Jadual Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan
oleh LP. PP bagi peringkat sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2 manakala PP bagi
peringkat menengah rendah dilaksanakan di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
Dalam melaksanakan PP di sekolah, ianya bermula selepas guru memuat turun arahan
tugasan dan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh LP. Seterusnya pihak sekolah dikehendaki
menjalankan aktiviti merancang, melaksana dan menskor mengikut jadual yang ditetapkan.
4.1 OBJEKTIF PENTAKSIRAN PUSAT
a. PP menentusahkan pencapaian akademik murid dalam PS.
b. PP mengukur penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid secara autentik.
c. PP mengukur kemahiran berfikir aras tinggi dan sahsiah dengan kepelbagaian
instrumen.
Pentaksiran Pusat BAB 4
65
4.2 MATA PELAJARAN PENTAKSIRAN PUSAT PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
DAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH
Jadual 12 menunjukkan mata pelajaran KSSR yang melaksanakan PP pada Tahap 2.
BIL MATA PELAJARAN
1 Bahasa Malaysia SK
2 Bahasa Malaysia SJK
3 Bahasa Inggeris SK
4 Bahasa Inggeris SJK
5 Bahasa Cina
6 Bahasa Cina SK
7 Bahasa Tamil
8 Bahasa Tamil SK
9 Matematik
10 Sains
11 Reka Bentuk Dan Teknologi
12 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
13 Pendidikan Jasmani
14 Pendidikan Kesihatan
15 Pendidikan Muzik
16 Pendidikan Seni Visual
17 Pendidikan Islam
18 Pendidikan Moral
19 Bahasa Arab
20 Bahasa Iban
21 Bahasa Kadazandusun
Jadual 12 : Mata Pelajaran KSSR
Pentaksiran Pusat BAB 4
66
Jadual 13 menunjukkan mata pelajaran KBSM yang melaksanakan PP di Tingkatan 2 dan
Tingkatan 3.
BIL MATA PELAJARAN
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris
3 Bahasa Arab
4 Bahasa Cina
5 Bahasa Tamil
6 Bahasa Iban
7 Bahasa Kadazandusun
8 Mathematics
9 Science
10 Pendidikan Islam
11 Pendidikan Moral
12 Sejarah
13 Geografi
14 Pendidikan Seni Visual
15 Pendidikan Muzik
16 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
17 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
18 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal
19 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga
20 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian
21 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan
Jadual 13 : Mata Pelajaran KBSM
Pentaksiran Pusat BAB 4
67
4.3 PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT
PP bagi peringkat sekolah rendah dan peringkat menengah rendah adalah berdasarkan
kepada prinsip yang dibangunkan oleh LP. Prinsip PP dibangunkan adalah untuk
memastikan pelaksanaan PP mengikut garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh
LP.
Rajah 12 menunjukkan prinsip PP.
PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT
Format dan
tugasan
disediakan
oleh LP
Dilaksanakan
di sekolah
Pelaporan
ditentukan
oleh LP
Tugasan
berbeza
setiap
tahun
Ditaksir oleh
pihak sekolah
Penjaminan Kualiti
dan Standard
dilaksanakan di
pelbagai peringkat
Tempoh
pelaksanaan
ditentukan
oleh LP
Penskoran
berdasarkan
tugasan yang
diberi
Rajah 12: Prinsip Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Pusat BAB 4
68
4.4 JENIS INSTRUMEN
Pelbagai instrumen pentaksiran boleh digunakan dalam mentaksir PP bagi sesuatu mata
pelajaran mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Antara instrumen pentaksiran yang
digunakan ialah ;
a. Tugasan bertulis
Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi
atau format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan, gubahan dalam bentuk
tulisan.
b. Kerja amali
Tugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja dan / atau
menghasilkan sesuatu produk.
c. Projek
Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan produk dan membuat pelaporan
tentang produk yang dihasilkan.
d. Pemerhatian
Tugasan yang memerlukan murid memerhati atau mengawasi sesuatu perkara secara
berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.
e. Persembahan
Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan
sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara
lisan dan bukan lisan.
f. Demonstrasi
Tugasan yang memerlukan murid menunjuk cara dengan melakukan sesuatu aktiviti
yang memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan.
g. Kajian lapangan
Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal
untuk mendapatkan data dan maklumat.
h. Kajian kes
Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / atau
maklumat yang diperoleh.
i. Ujian bertulis
Tugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis kepada
instrumen ujian objektif atau subjektif.
j. Ujian lisan
Tugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan.
k. Kuiz
Tugasan yang menguji pengetahuan murid dengan mengemukakan soalan-
soalan untuk dijawab secara lisan atau bertulis dalam satu sesi khusus yang dirancang.
Pentaksiran Pusat BAB 4
69
4.5 TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT
Rajah 13 : Jenis Tugasan Pentaksiran Pusat
a. Skop Tugasan
Skop tugasan PP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk peringkat sekolah rendah dan Sukatan
Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) untuk peringkat menengah rendah.
b. Jenis Tugasan
Jenis tugasan PP terdiri daripada Tugasan Jangka Pendek (TJPk) dan Tugasan Jangka
Panjang (TJPg)
JENIS TUGASAN
Tugasan Jangka Pendek
(Tidak melebihi satu
minggu)
Tugasan Jangka Panjang
(Tidak melebihi tiga
minggu)
i. TJPk
TJPk ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut
tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan
iaitu tidak melebihi satu minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan,
kemahiran dan nilai. TJPk disediakan lengkap dengan peraturan penskoran bagi
membolehkan guru melaksanakan penskoran. Kaedah penskoran bergantung
kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk
markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang
dibekalkan.
Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak
sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk
melaksanakan tugasan. Tugasan ini dilaksanakan secara individu.
ii. TJPg
TJPg ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut
tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan
iaitu tidak melebihi tiga minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan,
kemahiran dan nilai. TJPg juga mengandungi peraturan penskoran bagi
membolehkan guru membuat penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada
tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau
gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang akan dikeluarkan
oleh LP.
Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak
sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk
melaksanakan tugasan. Tugasan ini boleh dilaksanakan secara individu atau
berkumpulan. Jika secara berkumpulan penskoran akan diberi secara individu.
Pentaksiran Pusat BAB 4
70
Jadual 14 menunjukkan istilah dan tafsiran yang digunakan dalam PP.
ISTILAH TAFSIRAN
Penskoran Pemberian markah atau gred kepada perkara yang ditaksir
berdasarkan prestasi individu merujuk kepada skema atau
peraturan tertentu.
Pelaporan Rumusan prestasi individu dalam bentuk gred atau deskriptif.
Pentaksiran semula Proses melaksanakan pentaksiran kali kedua dan seterusnya.
Autentik Bukti atau evidens yang tulen yang dihasilkan dalam situasi
sebenar.
Menentusahkan Mengesahkan / pembuktian kebenaran dan ketepatan sesuatu
pencapaian atau penguasaan.
Rubrik Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan
prestasi yang diharapkan untuk sesuatu tugasan atau sesuatu
kerja. Ia mengandungi set kriteria dan skor yang perlu dicapai.
Jadual 14 : Istilah dan Tafsiran yang digunakan dalam PP
c. Skor
Skor yang diberi bergantung kepada tugasan dan berbeza bagi setiap tahun. Skor
yang diperoleh murid bagi sesuatu tugasan menunjukkan prestasi murid untuk sama
ada TJPk atau TJPg.
Pemberian skor adalah berdasarkan kepada pencapaian individu walaupun tugasan
yang dilaksanakan adalah secara berkumpulan.
Penskoran Prestasi
i. Markah
Angka yang diberi untuk menunjukkan prestasi murid dalam sesuatu mata pelajaran
selepas sesuatu ujian atau pentaksiran dilaksanakan.
ii. Gred
Huruf atau angka atau kombinasi huruf dan angka bagi menunjukkan ukuran
prestasi murid yang telah dirumuskan berdasarkan markah yang diperoleh.
Pentaksiran Pusat BAB 4
71
4.6 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PUSAT
Pelaksanaan PP melibatkan aktiviti merancang, melaksana dan menskor di peringkat
sekolah manakala penggredan dan pelaporan di LP.
Rajah 14 menunjukkan aktiviti pelaksanaan PP.
Rajah 14 : Aktiviti Pelaksanaan PP
a.
b.
c.
Merancang
Merupakan aktiviti utama dalam pelaksanaan PP. Ia bermula selepas LP mengeluarkan
surat siaran tentang tarikh muat turun tugasan dan jadual pelaksanaan PP bagi tahun itu
untuk setiap mata pelajaran. Pihak sekolah dikehendaki memuat turun tugasan dan
menyediakan jadual pelaksanaan PP. Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan
peralatan, bahan dan tempat bagi tujuan pentaksiran serta memperbanyakkan salinan
tugasan untuk diedarkan kepada setiap murid.
Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan tempat penyimpanan evidens yang
dihasilkan oleh murid.
Melaksana
Guru memberi taklimat atau penerangan kepada murid tentang tarikh, tempoh
pelaksanaan, perkara yang ditaksir, peralatan yang digunakan, persediaan bahan dan
aspek keselamatan sebelum murid melaksanakan tugasan yang diberi.
Guru memastikan pelaksanaan PP merujuk kepada jadual pelaksanaan yang ditetapkan
dan aktiviti pentaksiran.
Menskor
Guru melaksanakan penskoran berdasarkan skema atau peraturan tertentu yang
dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan. Guru dikehendaki menggunakan
borang yang standard (jika ada) supaya keselarasan dapat diwujudkan antara pentaksir.
Guru menerima
arahan tugasan
daripada LP,
menyediakan jadual
pelaksanaan dan
bahan
MERANCANG
Murid melakukan
tugasan
berdasarkan jadual
yang ditetapkan
MELAKSANA
Guru mentaksir
pencapaian murid
berdasarkan
peraturan
penskoran yang
dibekalkan oleh LP
MENSKOR
Pentaksiran Pusat BAB 4
72
Rajah 15 menunjukkan carta alir pelaksanaan PP di sekolah.
Guru menerima arahan tugasan
dari LP
Penyelarasan tugasan
Guru menyediakan jadual
pelaksanaan dan bahan
Murid melaksanakan tugasan
Guru memberi skor hasil kerja murid
Guru merekod prestasi murid
berdasarkan skor
TAMAT
Rajah 15 : Carta Alir Pelaksanaan PP di sekolah
Penskoran tidak
menepati peraturan
penskoran
Penskoran menepati
peraturan penskoran
MULA
Penyelarasan Skor
Pentaksiran Pusat BAB 4
73
4.7 PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT
PP memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan
pihak yang berkepentingan.
a. Pentadbir Sekolah
i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi
aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PP.
ii. Merancang pelaksanaan PP.
iii. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual pelaksanaan PP.
iv. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PP.
v. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan evidens.
b. Guru
i. Melaksanakan pentaksiran.
ii. Memberi skor.
iii. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid.
c. Murid
i. Mengetahui dan memahami tugasan.
ii. Melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan / dijadualkan.
iii. Menghasilkan evidens.
d. Ibu Bapa
i. Mengetahui dan memahami sistem pentaksiran.
ii. Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.
e. Pihak yang berkepentingan contoh PIBG
i. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.
ii. Memberi komitmen terhadap usaha bagi menjayakan PP.
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
BAB 5
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN
DAN KOKURIKULUM
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
76
5.0 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
PAJSK adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur
penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum
dan ekstrakurikulum.
PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi
sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga
sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan
perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
5.1 KOMPONEN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
PAJSK merangkumi lima komponen; SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum
seperti dalam Rajah 16.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan &
Kokurikulum
SEGAK Kokurikulum
Standard
Kecergasan Fizikal
Kebangsaan
(SEGAK)
Mengukur tahap
kecergasan
Sukan /
Permainan
Kelab /
Persatuan
Unit
Uniform
Ektrakurikulum
Penyertaan,
Penglibatan
dan
Pencapaian
dalam sukan
dan permainan:
-Sekolah
-Daerah / Zon
-Negeri
-Negara
-Antarabangsa
Penyertaan,
Penglibatan dan
Pencapaian dalam
kelab dan
persatuan:
-Sekolah
-Daerah / Zon
-Negeri
-Negara
-Antarabangsa
Penyertaan,
Penglibatan
dan
Pencapaian
dalam unit
uniform:
-Sekolah
-Daerah / Zon
-Negeri
-Negara
-Antarabangsa
Penyertaan dan
penglibatan secara
sukarela di sekolah / di
luar sekolah / luar
negara / dalam negaraBMI
Body Mass Index
(BMI)
Merekodkan
tentang ketinggian
dan berat badan
bagi menentukan
tahap jisim badan
Rajah 16 : Komponen PAJSK
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
77
5.2 PENTAKSIRAN SEGAK
SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk
mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
(SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan
indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada
empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan
Melunjur".
a. Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
b. Konstruk yang diukur:
i. Perkembangan fizikal murid
ii. Kecergasan
iii. Senaman
c. Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK:
i. SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir
tahun persekolahan tahun semasa.
ii. Kemasukan skor SEGAK boleh dilakukan bermula dari awal Januari
sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31
Ogos bagi penggal kedua.
iii. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah
diwajibkan terlibat dalam pentaksiran ini.
iv. Guru Pendidikan Jasmani akan merekod skor murid semasa melaksanakan
aktiviti SEGAK dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi
PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP.
v. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
78
5.3 PENTAKSIRAN BMI
BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid
menggunakan piawaian ukuran BMI.
a. Objektif Pentaksiran BMI:
i. Mengukur BMI murid.
ii. Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan
berat badan seseorang murid.
b. Konstruk yang diukur:
i. Tinggi
ii. Berat
iii. Tafsiran BMI
c. Pelaksanaan Pentaksiran BMI:
i. Pentaksiran BMI dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan
akhir tahun persekolahan tahun semasa.
ii. Kemasukan skor BMI boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31
Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal
kedua.
iii. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah
diwajibkan terlibat
iv. Guru Pendidikan Jasmani merekod berat badan dan ketinggian murid serta guru
kelas merekod skor BMI dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh
LP.
v. Guru kelas mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi PAJSK
SPPBS.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
79
5.4 PENTAKSIRAN SUKAN DAN KOKURIKULUM
Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan
dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk membangunkan modal
insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid.
Konstruk dan pelaksanaan pentaksiran sukan dan pentaksiran kokurikulum dalam PAJSK
adalah serupa.
Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, daerah /
zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan
beruniform di peringkat sekolah, daerah / zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
(Rajah 16 menunjukkan komponen PAJSK)
a. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan
dan kokurikulum murid.
Konstruk yang diukur:
i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.
b. Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum:
iv. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan bagi
setiap aktiviti mengikut perancangan dan pelaksanaan yang ditetapkan oleh
sekolah, PPD atau JPN.
v. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah
diwajibkan terlibat.
vi. Guru penasihat aktiviti sukan dan guru penasihat kokurikulum merekod setiap
aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Sukan /
Kokurikulum dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK
SPPBS yang disediakan oleh LP.
vii. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS
apabila diperlukan.
viii. Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum adalah berdasarkan tiga
aspek seperti dalam Jadual 15.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
80
Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum seperti dalam Jadual 15.
Aspek
(110 Markah)
Penglibatan
(50 Markah)
Penyertaan
(40 Markah)
Prestasi
(20 Markah)
Elemen Elemen Elemen
Jawatan Peringkat Komitmen
Khidmat
Sumbangan Kehadiran Pencapaian
Nilai Skor Nilai Skor Nilai Skor
10 20 10 10 40 20
Jadual 15 : Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
81
5.5 PENTAKSIRAN AKTIVITI EKSTRAKURIKULUM
Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat,
membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di
sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga
dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh
membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan
kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum.
a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum adalah untuk mengumpul maklumat dan
memberi skor kepada aktiviti ekstrakurikulum murid.
b. Konstruk yang diukur:
i. Perkhidmatan
ii. Anugerah daripada badan-badan lain
iii. Khidmat masyarakat
iv. Program NILAM
c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum:
i. Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang
tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan.
ii. Penglibatan murid adalah secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan
murid dalam aktiviti ekstrakurikulum adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa,
waris atau penjaga.
iii. Pengesahan aktiviti ekstrakurikulum murid hendaklah dibuat melalui
tandatangan dan cap penganjur.
iv. Guru kelas merekod aktiviti ekstrakurikulum menggunakan Borang Rumusan
Aktiviti Ekstrakurikulum dan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS
yang disediakan oleh LP di hujung persekolahan.
v. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS
apabila diperlukan.
vi. Pemberatan wajaran aktiviti ekstrakurikulum adalah berdasarkan empat aspek
iaitu perkhidmatan, anugerah daripada badan-badan lain, khidmat masyarakat
dan program NILAM.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
82
Aspek penglibatan murid merangkumi empat elemen seperti dalam Jadual 16.
Aspek Elemen Skor
Perkhidmatan Jawatan 10
Anugerah Rujuk Dokumen Anugerah 10
Khidmat Masyarakat Komitmen 10
NILAM Rujuk Dokumen NILAM 10
Jadual 16 : Jadual Elemen Berdasarkan Aspek Ekstrakurikulum
5.6 BORANG-BORANG PAJSK
5.6.1 Borang Rekod SEGAK dan BMI
5.6.2 Borang Rekod Kehadiran
5.6.3 Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum
5.6.4 Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
83
BORANG REKOD SEGAK DAN BMI
(BORANG HENDAKLAH DIISI OLEH GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
JASMANI)
NAMA MURID KELAS
PERKARA
PENGGAL 1 PENGGAL 2
BODY MASS INDEX
(BMI)
Tarikh: Tarikh:
SEGAK
UJIAN NAIK TURUN
BANGKU
Tarikh:
UJIAN NAIK TURUN
BANGKU
Tarikh:
UJIAN TEKAN TUBI
Tarikh:
UJIAN TEKAN TUBI
Tarikh:
UJIAN RINGKUK TUBI
SEPARA
Tarikh:
UJIAN RINGKUK TUBI
SEPARA
Tarikh:
UJIAN JANGKAUAN
MELUNJUR
Tarikh:
UJIAN JANGKAUAN
MELUNJUR
Tarikh:
.................................................. ...............................................................
Tanda tangan murid Pengesahan Guru Mata Pelajaran Pendidikan
Jasmani
( ) ( )
Nama Murid Nama dan Cap Guru
Catatan:
*Murid berkeperluan khas dikecualikan
* sila tanda jika berkenaan
BERAT
BADAN (kg)
BERAT
BADAN (kg)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
83
BORANG REKOD SEGAK DAN BMI
(BORANG HENDAKLAH DIISI OLEH GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
JASMANI)
NAMA MURID KELAS
PERKARA
PENGGAL 1 PENGGAL 2
BODY MASS INDEX
(BMI)
Tarikh: Tarikh:
SEGAK
UJIAN NAIK TURUN
BANGKU
Tarikh:
UJIAN NAIK TURUN
BANGKU
Tarikh:
UJIAN TEKAN TUBI
Tarikh:
UJIAN TEKAN TUBI
Tarikh:
UJIAN RINGKUK TUBI
SEPARA
Tarikh:
UJIAN RINGKUK TUBI
SEPARA
Tarikh:
UJIAN JANGKAUAN
MELUNJUR
Tarikh:
UJIAN JANGKAUAN
MELUNJUR
Tarikh:
.................................................. ...............................................................
Tanda tangan murid Pengesahan Guru Mata Pelajaran Pendidikan
Jasmani
( ) ( )
Nama Murid Nama dan Cap Guru
Catatan:
*Murid berkeperluan khas dikecualikan
* sila tanda jika berkenaan
BERAT
BADAN (kg)
BERAT
BADAN (kg)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
84
BORANG REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN UNTUK SUKAN / KOKURIKULUM / EKSTRAKURIKULUM
TAHUN…………….
NAMA SEKOLAH
KATEGORI
KEGIATAN
JAWATAN
NAMA MURID TINGKATAN/KELAS
Bil Aktiviti Tarikh
T.T.Guru
Penasihat /
Penganjur
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
NAMA GURU PENASIHAT
1
2
3
4
5
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
84
BORANG REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN UNTUK SUKAN / KOKURIKULUM / EKSTRAKURIKULUM
TAHUN…………….
NAMA SEKOLAH
KATEGORI
KEGIATAN
JAWATAN
NAMA MURID TINGKATAN/KELAS
Bil Aktiviti Tarikh
T.T.Guru
Penasihat /
Penganjur
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
NAMA GURU PENASIHAT
1
2
3
4
5
84
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
85
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5
86
BAB 6
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Pentaksiran Psikometrik BAB 6
88
6.0 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
PPsi ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat
yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan
personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan
pembelajaran murid.
PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan proses
pengajaran dan pembelajaran. PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan
kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.
Manual Pentaksiran Psikometrik diedarkan kepada sekolah sebagai panduan melaksanakan
PPsi.
6.1 KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Komponen PPsi yang diuji di peringkat menengah rendah terdiri daripada Ujian Aptitud dan
Ujian Personaliti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 17.
Pentaksiran
Psikometrik
Aptitud Personaliti
Aptitud
Am
Aptitud
Khusus
Tret
Minat
Kerjaya
Rajah 17: Komponen dalam Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Psikometrik BAB 6
89
6.2 UJIAN APTITUD KHUSUS
Ujian Aptitud Khusus ialah instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur
kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid.
a. Objektif Ujian Aptitud Khusus:
i. Mengenal pasti potensi murid pada peringkat umur tertentu.
ii. Membantu guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan.
iii. Membantu murid mengenal potensi diri.
iv. Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya.
b. Konstruk Ujian Aptitud Khusus:
i. Verbal Linguistik (pintar perkataan): keupayaan seseorang individu
menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam
pelbagai bentuk set komunikasi.
ii. Visual – Ruang – Bukan Verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan
seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang.
iii. Logik Matematik (pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan
nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara
logikal.
iv. Muzik (pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati
dan menggubah muzik.
v. Naturalis (pintar alam semulajadi): keupayaan seseorang individu
mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.
vi. Kinestatik – Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal
dan memahami pergerakan tubuh.
vii. Interpersonal (pintar sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi,
berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.
viii. Intrapersonal (pintar kendiri):
keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan,
bakat dan minat kendiri.
ix. Existential (pintar kewujudan) : peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal
kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.
c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus:
i. Ujian ini dilaksanakan kepada murid Tingkatan Tiga.
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Contenu connexe

Tendances

NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxNOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxjamil puteh
 
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptxSlot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptxALSAFII
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppHairu Nizam
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4ALSAFII
 
Jadual semakan buku latihan
Jadual semakan buku latihanJadual semakan buku latihan
Jadual semakan buku latihanArchu Dareece
 
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...Mohd Suhaimin Isnen
 
Myportfolio gab rendah
Myportfolio gab rendahMyportfolio gab rendah
Myportfolio gab rendahnurfadzlin16
 
pengurusan panitia.ppt
pengurusan panitia.pptpengurusan panitia.ppt
pengurusan panitia.pptziemansisc
 
Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019nuruljanah89
 
Pelaksanaan KBAT dalam Matematik
Pelaksanaan KBAT dalam MatematikPelaksanaan KBAT dalam Matematik
Pelaksanaan KBAT dalam MatematikMohamad Hamzah
 
Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolahilhafiz
 
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdfV6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdfshukrie ahmad
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 

Tendances (20)

NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docxNOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
NOTA SERAH TUGAS ROHANA SK SEMENTA.docx
 
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptxSlot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
 
RMT TRANSISI 2023.pptx
RMT TRANSISI 2023.pptxRMT TRANSISI 2023.pptx
RMT TRANSISI 2023.pptx
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4
 
Jadual semakan buku latihan
Jadual semakan buku latihanJadual semakan buku latihan
Jadual semakan buku latihan
 
Contoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBDContoh Laporan PBD
Contoh Laporan PBD
 
Pengurusan Panitia Berkesan
Pengurusan Panitia BerkesanPengurusan Panitia Berkesan
Pengurusan Panitia Berkesan
 
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
 
Penjaminan Kualiti PBS Pementoran
Penjaminan Kualiti PBS PementoranPenjaminan Kualiti PBS Pementoran
Penjaminan Kualiti PBS Pementoran
 
Myportfolio gab rendah
Myportfolio gab rendahMyportfolio gab rendah
Myportfolio gab rendah
 
pengurusan panitia.ppt
pengurusan panitia.pptpengurusan panitia.ppt
pengurusan panitia.ppt
 
Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019Alat kolaboratif plc 2019
Alat kolaboratif plc 2019
 
SPPB.pptx
SPPB.pptxSPPB.pptx
SPPB.pptx
 
Penjaminan Kualiti Pengesanan
Penjaminan Kualiti PengesananPenjaminan Kualiti Pengesanan
Penjaminan Kualiti Pengesanan
 
Pelaksanaan KBAT dalam Matematik
Pelaksanaan KBAT dalam MatematikPelaksanaan KBAT dalam Matematik
Pelaksanaan KBAT dalam Matematik
 
Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolah
 
Pengenalan PBD.pptx
Pengenalan PBD.pptxPengenalan PBD.pptx
Pengenalan PBD.pptx
 
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdfV6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
V6_LP_PEMERKASAAN PBS.pdf
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 

En vedette

Dasar Pengurusan HEM
Dasar Pengurusan HEMDasar Pengurusan HEM
Dasar Pengurusan HEMRahim Affandi
 
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdfSurat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdfWan Suhaimi Wan Setapa
 
Ujian aptitud am tahun 3 sk 2015
Ujian aptitud am tahun 3 sk 2015Ujian aptitud am tahun 3 sk 2015
Ujian aptitud am tahun 3 sk 2015kylson sii
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 
Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012wan_mazri
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Mohd Suhaimin Isnen
 

En vedette (7)

Dasar Pengurusan HEM
Dasar Pengurusan HEMDasar Pengurusan HEM
Dasar Pengurusan HEM
 
B u k u pengoperasian linus buku biru
B u k u  pengoperasian linus buku biruB u k u  pengoperasian linus buku biru
B u k u pengoperasian linus buku biru
 
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdfSurat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
 
Ujian aptitud am tahun 3 sk 2015
Ujian aptitud am tahun 3 sk 2015Ujian aptitud am tahun 3 sk 2015
Ujian aptitud am tahun 3 sk 2015
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 
Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 

Similaire à Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah__pbs__2012
Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah__pbs__2012Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah__pbs__2012
Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah__pbs__2012Ana AriEf
 
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran Malaysia
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran MalaysiaPanduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran Malaysia
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran MalaysiaHootoh Tudia
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Hii Sibu
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2wnd3098
 
Panduan Pengurusan PBS 2014
Panduan Pengurusan PBS 2014Panduan Pengurusan PBS 2014
Panduan Pengurusan PBS 2014Abdul Rahman
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Noor Hasimah Ansor
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Noor Hasimah Ansor
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2SayaNaimah
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Kamarudin Jaafar
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Kemuncuppadang Opel
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2AMIRHAMZAHJAMALUDIN
 
Buku panduan pengurusan pbs
Buku panduan pengurusan pbsBuku panduan pengurusan pbs
Buku panduan pengurusan pbsZul Abd Samad
 
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]Amran Wil
 
Panduan dan Peraturan PBS 2011
Panduan dan Peraturan PBS 2011Panduan dan Peraturan PBS 2011
Panduan dan Peraturan PBS 2011Azizi Ahmad
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011mns811
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Rosziah Sayak
 
Buku dalam
Buku dalamBuku dalam
Buku dalamSiaw Fj
 

Similaire à Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012 (20)

Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah__pbs__2012
Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah__pbs__2012Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah__pbs__2012
Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah__pbs__2012
 
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran Malaysia
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran MalaysiaPanduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran Malaysia
Panduan Pengurusan PBS Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan Pengurusan PBS 2014
Panduan Pengurusan PBS 2014Panduan Pengurusan PBS 2014
Panduan Pengurusan PBS 2014
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Buku panduan pengurusan pbs
Buku panduan pengurusan pbsBuku panduan pengurusan pbs
Buku panduan pengurusan pbs
 
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
 
Panduan dan Peraturan PBS 2011
Panduan dan Peraturan PBS 2011Panduan dan Peraturan PBS 2011
Panduan dan Peraturan PBS 2011
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011
 
Pembugaran pbs
Pembugaran pbsPembugaran pbs
Pembugaran pbs
 
Buku dalam
Buku dalamBuku dalam
Buku dalam
 
Pbs
PbsPbs
Pbs
 

Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012

  • 1. PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 2. Cetakan 2012 © Hak Cipta Lembaga Peperiksaan Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengarah Peperiksaan berhak mengubah mana-mana maklumat yang terkandung dalam buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Segala pertanyaan berkaitan dalam buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini hendaklah dirujuk kepada: PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MELALUI PENGARAH PELAJARAN JABATAN PELAJARAN NEGERI
  • 3. ii KANDUNGAN HALAMAN AKRONIM vi PRAKATA ix BAB 1 DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 1.0 Dasar Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah 2 1.1 Punca Kuasa 2 1.2 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah 4 1.3 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah 9 1.4 Dokumen Rujukan 13 BAB 2 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.0 Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah 16 2.1 Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia - Peringkat Negeri - Peringkat Daerah - Peringkat Sekolah 16 2.2 Jadual Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah 23 2.3 Penjaminan Kualiti - Pementoran - Penyelarasan - Pemantauan - Pengesanan 24 2.4 Pengurusan Evidens Pentaksiran Berasaskan Sekolah - Definisi Evidens - Evidens Pentaksiran Sekolah - Evidens Pentaksiran Pusat - Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum - Evidens Pentaksiran Psikometrik 39
  • 4. iii BAB 3 PENTAKSIRAN SEKOLAH 3.0 Pentaksiran Sekolah 52 3.1 Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah 53 3.2 Pentaksiran Rujukan Standard 55 3.3 Standard Prestasi 56 3.4 Kerangka Standard Prestasi 57 3.5 Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah 59 3.6 Instrumen Pentaksiran - Jenis-jenis Instrumen - Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran 61 3.7 Kaedah Perekodan dan Pelaporan - Perekodan - Pelaporan 62 BAB 4 PENTAKSIRAN PUSAT 4.0 Pentaksiran Pusat 64 4.1 Objektif Pentaksiran Pusat 64 4.2 Mata Pelajaran Pentaksiran Pusat Peringkat Sekolah Rendah dan Peringkat Menengah Rendah 65 4.3 Prinsip Pentaksiran Pusat 67 4.4 Jenis Instrumen 68 4.5 Tugasan Pentaksiran Pusat 69 4.6 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat 71 4.7 Peranan Pihak yang Terlibat 73
  • 5. iv BAB 5 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM 5.0 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum 76 5.1 Komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum 76 5.2 Pentaksiran SEGAK 77 5.3 Pentaksiran BMI 78 5.4 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum 79 5.5 Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum 81 5.6 Borang - Borang PAJSK 82 BAB 6 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 6.0 Pentaksiran Psikometrik 88 6.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik 88 6.2 Ujian Aptitud Khusus 89 6.3 Ujian Personaliti 90 BAB 7 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) 7.0 Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
  • 6. v LAMPIRAN LAMPIRAN 1 - Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011 : Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2011 KP.LP.003.07.14 (3) Bertarikh 22 Febuari 2011 LAMPIRAN 2 - Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 KP.LP.003.07.14 (2) Bertarikh 14 Febuari 2011 LAMPIRAN 3 - Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah Dan Menengah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (1) Bertarikh 29 Julai 2011 LAMPIRAN 4 - Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan Dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011
  • 7. AKRONIM ADD : Attention Deficit Disorder ADHA : Attention Deficit Hyperactivity Disorder BMI : Body Mass Index BPK : Bahagian Pembangunan Kurikulum BPKhas : Bahagian Pendidikan Khas BPSH : Bahagian Pengurusan Sekolah Harian BTP : Bahagian Teknologi Pendidikan DSP : Dokumen Standard Prestasi FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPM : Fail Perkembangan Murid FS : Fail Showcase GKMP : Guru Kanan Mata Pelajaran HEM : Hal Ehwal Murid ICT : Informasi Komunikasi dan Teknologi IPGM : Institusi Pendidikan Guru Malaysia JERI : Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek JK PBS : Jawatankuasa Pentaksiran Berasaskan Sekolah JNJK : Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti JPN : Jabatan Pelajaran Negeri KSSR : Kurikulum Standard Sekolah Rendah KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah vi
  • 8. KSSM : Kurikulum Standard Sekolah Menengah KPM : Kementerian Pelajaran Malaysia LD : Learning Disabilities LP : Lembaga Peperiksaan OKU : Orang Kurang Upaya P&P : Pengajaran dan Pembelajaran PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurkulum PBS : Pentaksiran Berasaskan Sekolah PIBG : Persatuan Ibu Bapa dan Guru PK : Penjaminan Kualiti PMR : Penilaian Menengah Rendah PP : Pentaksiran Pusat PPD : Pejabat Pelajaran Daerah PPsi : Pentaksiran Psikometrik PS : Pentaksiran Sekolah SABK : Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SEGAK : Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan SMAN : Sekolah Menengah Agama Negeri SMAR : Sekolah Menengah Agama Rakyat SPP : Sektor Penilaian dan Peperiksaan SPPBS : Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPPK : Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan Vii
  • 9. TJPg : Tugasan Jangka Panjang TJPk : Tugasan Jangka Pendek UPSR : Ujian Pencapaian Sekolah Rendah YDP : Yang Dipertua viii
  • 10. vi PRAKATA Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dapat menerbitkan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan penerbitan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penghasilan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah usaha Lembaga Peperiksaan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terdiri daripada 4 Komponen PBS iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 67, Seksyen 68, Seksyen 69 dan Peraturan- Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dapat dilaksanakan mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan demi keadilan kepada calon serta menjamin kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. Dokumen ini juga dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu pentadbir sekolah dan guru-guru sebagai pentaksir, pegawai-pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang menjalankan tugas penataran dan pemeriksaan. Manakala ibu bapa boleh menggunakan dokumen ini sebagai rujukan. Kejayaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan daripada semua pihak. Kerjasama dan komitmen ini amat diperlukan bagi mempertingkatkan tahap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah demi menjaga integriti negara di mata dunia. Saya berharap budaya kerja ini berterusan demi merealisasikan moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah. Terima kasih. DR. NA’IMAH BINTI ISHAK Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia ix
  • 11. BAB 1 DASAR DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
  • 12. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 2 1.0 DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Empat perkara asas kepada dasar pelaksanaan PBS ialah: 1.1 PUNCA KUASA Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan: 1.1.1 Akta Pendidikan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah: a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah; b. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan- peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan. 1.1 Punca Kuasa 1.2 Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1.3 Peraturan-Peraturan Am Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1.4 Dokumen Rujukan
  • 13. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 3 1.1.2 Mesyuarat Jemaah Menteri Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan: a. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 - KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011. b. Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 - KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011. c. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah - KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011. d. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011: Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.
  • 14. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 4 1.2 KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua kategori ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH AKADEMIK BUKAN AKADEMIK Pentaksiran Pusat Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Rajah 1: Komponen PBS
  • 15. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 5 1.2.1 Pentaksiran Sekolah Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). 1.2.2 Pentaksiran Pusat Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan peraturan pentaksiran, instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan, peraturan penskoran dan penggredan dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pelaporan dikeluarkan LP. 1.2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilaporkan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI) dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid. 1.2.4 Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. a. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. b. Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun.
  • 16. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 6 1.2.5 Jadual Pelaksanaan Komponen PBS PBS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Jadual di bawah menunjukkan komponen PBS yang perlu dilaksanakan di peringkat rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012. Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3). Jadual 1 : Pelaksanaan Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3) BIL KOMPONEN PBS PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : a. Pentaksiran Sekolah  Bahasa Malaysia  Bahasa Inggeris  Bahasa Cina  Bahasa Tamil  Matematik  Pendidikan Jasmani  Pendidikan Kesihatan  Pendidikan Islam  Pendidikan Moral  Pendidikan Seni Visual  Pendidikan Muzik  Dunia Sains dan Teknologi  Bahasa Arab  Bahasa Cina SK  Bahasa Tamil SK  Bahasa Kadazandusun  Bahasa Iban  Bahasa Melayu SJK  Bahasa Inggeris SJK b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Tiada c. Pentaksiran Psikometrik Tiada d. Pentaksiran Pusat Tiada
  • 17. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 7 Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6). Jadual 2 : Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6) BIL KOMPONEN PBS PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : a. Pentaksiran Sekolah  Bahasa Malaysia  Bahasa Inggeris  Bahasa Cina  Bahasa Tamil  Matematik  Sains  Reka Bentuk dan Teknologi  Teknologi Maklumat dan Komunikasi  Pendidikan Jasmani  Pendidikan Kesihatan  Pendidikan Muzik  Pendidikan Seni Visual  Pendidikan Islam  Pendidikan Moral  Sejarah  Bahasa Arab  Bahasa Cina SK  Bahasa Tamil SK  Bahasa Kadazandusun  Bahasa Iban  Bahasa Semai b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstrakurikulum c. Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am dan Ujian Personaliti d. Pentaksiran Pusat Dilaksanakan bagi mata pelajaran yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
  • 18. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 8 Jadual 3 menunjukkan pelaksanaan PBS pada Tingkatan 1, 2 dan 3. Jadual 3 : Pelaksanaan PBS Tingkatan 1, 2 dan 3 BIL KOMPONEN PBS PERKARA Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut : a. Pentaksiran Sekolah  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Bahasa Arab  Bahasa Cina  Bahasa Tamil  Bahasa Iban  Bahasa Kadazandusun  Mathematics  Science  Pendidikan Islam  Pendidikan Moral  Sejarah  Geografi  Pendidikan Seni Visual  Pendidikan Muzik  Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan  Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal  Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga  Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian  Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Mulai tingkatan 1 tahun 2012 c. Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti d. Pentaksiran Pusat Dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut pada tingkatan 2 dan tingkatan 3 :  Bahasa Melayu  Bahasa Inggeris  Bahasa Arab  Bahasa Cina  Bahasa Tamil  Bahasa Iban  Bahasa Kadazandusun  Mathematics  Science  Pendidikan Islam  Pendidikan Moral  Sejarah  Geografi  Pendidikan Seni Visual  Pendidikan Muzik  Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan  Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal  Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga  Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian  Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan
  • 19. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 9 1.3 PERATURAN-PERATURAN AM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 1.3.1 Syarat Pelaksanaan 1.3.2 Pengurusan Kes Khas Pihak sekolah hendaklah membuka fail Kes Khas Sekolah. Fail ini hendaklah mengandungi maklumat berkaitan semua jenis kes khas. a. Semua murid di sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah. b. Semua murid sekolah kerajaan / sekolah bantuan kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) / sekolah di bawah agensi kerajaan / Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM hendaklah melaksanakan PBS di peringkat menengah rendah. c. Semua murid hendaklah didaftarkan dalam Sistem Pengurusan PBS (SPPBS). a. Kes Disiplin (ponteng dan buang sekolah). Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memfailkan senarai nama murid beserta dengan surat amaran dan laporan tindakan dari unit disiplin sekolah dan keputusan JK PBS sekolah berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah. ii. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. iii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. iv. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan.
  • 20. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 10 b. Murid tidak hadir ke sekolah dalam tempoh masa yang panjang atas sebab kesihatan. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memfailkan semua kes, laporan perubatan dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah. ii. memastikan semua kes disokong dengan laporan perubatan yang mengesahkan murid berkenaan sakit. iii. melaksanakan PBS sepanjang murid hadir ke sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. iv. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. v. memastikan skor bagi komponen PBS direkodkan berdasarkan hasil kerja semasa yang dilakukan oleh murid berkenaan. c. Murid Orang Kurang Upaya (OKU). Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. mengenal pasti kategori murid dari golongan OKU. Kategori murid OKU adalah seperti berikut:  Terencat Akal / Sindrom Down  Buta  Pelbagai Kecacatan / Ketidakupayaan lain / Disleksia / Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) / Attention Deficit Disorder (ADD) / Autisme / Learning Disabilities (LD)  Bisu  Pekak  Rabun  Spastik/Cerebral Palsy ii. mendapatkan dokumen rasmi sebelum mengkategorikan murid sebagai OKU. Murid perlu mengemukakan satu daripada dokumen berikut:  Laporan Perubatan yang mengesahkan murid adalah OKU; atau  Kad OKU bagi murid yang telah mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai OKU iii. memfailkan semua kes, laporan perubatan/Kad OKU dan keputusan JK PBS berkaitan kes dalam fail Kes Khas Sekolah.
  • 21. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 11 iv. mematuhi prosedur permohonan keperluan khas berikut:  Memastikan murid yang tidak dapat melaksanakan PBS seperti murid biasa membuat permohonan kepada pihak sekolah. Murid yang tidak membuat permohonan akan dianggap sebagai murid biasa.  Mengemukakan salinan dengan menggunakan Borang Maklumat Murid Dari Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang disediakan oleh LP berserta dokumen sokongan seperti laporan perubatan atau kad OKU kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk kelulusan melaksanakan PBS menggunakan mekanisme yang ditetapkan untuk calon OKU. v. melaksanakan PBS kepada semua murid OKU kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai. vi. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. vii menyediakan keperluan khas yang diperlukan oleh murid berkenaan seperti perkhidmatan, peralatan atau perisian khas dalam pentaksiran PBS. d. Murid bertukar sekolah. Pentadbir sekolah asal hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. mengemas kini skor PBS murid berkenaan dalam SPPBS sebelum proses perpindahan tersebut. ii. memaklumkan pertukaran tersebut kepada Pegawai PBS PPD dan Pegawai PBS JPN. iii. memastikan evidens PBS murid berkenaan diserahkan kepada sekolah baharu. Pentadbir sekolah baharu hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memastikan evidens murid dari sekolah asal diterima. ii. mendapatkan surat rasmi dari sekolah asal murid sekiranya dia tidak melaksanakan PBS sebelum berpindah ke sekolah baharu. iii. melaksanakan PBS untuk murid berkenaan bagi komponen PS, PP, PAJSK dan PPsi sepanjang tempoh murid berada di sekolah baharu. Bagi komponen PP, sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PP.
  • 22. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 12 e. Murid di bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pentadbir sekolah berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memastikan semua murid melaksanakan PBS kerana tiada sebarang pengecualian diberikan kepada murid berkenaan. Murid berkenaan akan ditaksir dan dinilai menggunakan mekanisme yang sesuai. ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. iii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan. f. Atlet yang terlibat dalam kejohanan peringkat negeri dan / atau kebangsaan / antarabangsa. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memastikan PBS dilaksanakan sepanjang murid hadir di sekolah. Sekiranya tempoh pelaksanaan dan penilaian PBS telah tamat, murid tidak perlu melaksanakan PBS tersebut. ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah. iii. merujuk kepada Pengarah Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat dan tindakan selanjutnya bagi melaksanakan PP untuk murid berkenaan. g. Murid baru pulang dari bermastautin di luar negara. Pentadbir sekolah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: i. memastikan PBS hanya dilaksanakan semasa murid hadir di sekolah. Pelaksanaan PBS hanya dilakukan semasa murid berada di sekolah. ii. melaksanakan PBS mengikut kaedah yang diputuskan oleh JK PBS sekolah.
  • 23. Dasar dan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 1 13 1.4 DOKUMEN RUJUKAN Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Manual SPPBS yang disediakan oleh LP. a. Panduan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) i. LP menghantar buku kepada JPN / PPD. ii. JPN / PPD mengedarkan buku ke sekolah. iii. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan buku kepada semua guru yang terlibat dalam PBS. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di Bilik Pengetua / Guru Besar. b. Dokumen Standard Prestasi (DSP) i. LP menghasilkan DSP. ii. Pihak sekolah memperbanyakkan dan mengedarkan DSP kepada guru mata pelajaran yang terlibat dalam PBS. Guru mata pelajaran mesti memiliki dan menggunakan DSP yang disediakan oleh LP. Pelaksanaan pentaksiran hendaklah mematuhi sepenuhnya kandungan DSP. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar. iii. DSP boleh dimuat turun dari laman sesawang LP. c. Manual Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) i. LP menyediakan Manual SPPBS. ii. Pihak sekolah memuat turun Manual SPPBS dari laman sesawang LP dan mengedarkan kepada guru-guru. Sebuah naskhah hendaklah disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar.
  • 26. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 16 2.0 PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Empat perkara asas pengoperasian PBS ialah: 2.1 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.1.1 Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia a. Senarai Jawatankuasa Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Naib Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Setiausaha : Pengarah Lembaga Peperiksaan Ahli : Pengarah Bahagian Buku Teks Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta Pengarah Bahagian Pendididkan Teknik dan Vokasional Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Pengarah Bahagian Psikologi dan Kaunseling Pengarah Bahagian Sukan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Pengarah Institut Aminuddin Baki Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 2.1 Jawatankuasa PBS 2.2 Jadual Pelaksanaan PBS 2.3 Penjaminan Kualiti PBS 2.4 Penyimpanan Evidens PBS
  • 27. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 17 b. Senarai Tugas i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat kementerian; ii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat kementerian; iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat kementerian untuk dihantar kepada Menteri Pelajaran. 2.1.2 Peringkat Negeri a. Senarai Jawatankuasa Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Setiausaha : Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), JPN Ahli : Semua Ketua Sektor JPN Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri (JNJK) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Semua Ketua Penolong Pengarah, JPN Semua Pegawai Pelajaran Daerah YDP Majlis Pengetua YDP Majlis Guru Besar YDP Majlis Guru Cemerlang b. Senarai Tugas i. Memastikan pengoperasian PBS di negeri mengikut garis panduan yang ditetapkan. ii. Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri; iii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri; iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar kepada LP dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
  • 28. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 18 2.1.3 Peringkat Daerah a. Senarai Jawatankuasa Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Naib Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Setiausaha : Penolong PPD (Peperiksaan / PBS) Ahli : Semua Pengetua Semua Guru Besar Semua Penolong PPD Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru b. Senarai Tugas i. Memastikan pengoperasian PBS di daerah mengikut garis panduan yang ditetapkan. ii. Mengadakan empat kali mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah; iii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah; iv. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan; dan v. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke JPN.
  • 29. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 19 2.1.4 Peringkat Sekolah a. Senarai Jawatankuasa Induk PBS i. Sekolah Rendah Pengerusi : Guru Besar Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan) Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS Ahli : Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran) Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan) Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran) Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan) Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan) Ketua Panitia yang dilantik (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK) Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran) ii. Sekolah Menengah (Gred A) Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan) Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS Ahli : Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) yang dilantik (Latihan / Penataran) GKMP yang dilantik (Penyelarasan) GKMP yang dilantik (Pementoran) GKMP yang dilantik (Pemantauan) GKMP yang dilantik (Pengesanan) Semua Ketua Panitia (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK) Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran)
  • 30. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 20 iii. Sekolah Menengah (Gred B) Pengerusi : Pengetua Naib Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran (PS dan PP) Penolong Kanan HEM (PPsi / Pembudayaan PBS) Penolong Kanan Ko-Kurikulum (PAJSK) Penyelia Petang (jika berkenaan) Penolong Kanan Pendidikan Khas (jika berkenaan) Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan / Setiausaha PBS Ahli : GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Latihan / Penataran) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Penyelarasan) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pementoran) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pemantauan) GKMP / Ketua Panitia yang dilantik (Pengesanan) Semua Ketua Panitia (PS dan PP) Guru Cemerlang Guru Disiplin Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi) Guru Penolong yang dilantik (PAJSK) Jurulatih Utama (Setiap mata pelajaran) Nota: Pelantikan JK PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada keperluan pihak lain. Seorang guru boleh memegang lebih daripada satu portfolio. b. Senarai Tugas i. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan. ii. Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya empat kali setahun. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: • Agenda Mesyuarat Pertama (Awal Tahun): - Menjelaskan konsep, dasar pelaksanaan dan komponen PBS. - Menyediakan agihan tugas jawatankuasa dan carta organisasi JK PBS. - Melantik Pentaksir Sekolah. - Menetapkan sistem fail PBS. - Mengedarkan surat pekeliling / surat siaran pelaksanaan PBS. - Memaklumkan peraturan-peraturan am pelaksanaan PBS.
  • 31. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 21 - Menetapkan Jadual Kerja Pelaksanaan (Carta Gantt) PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan) Latihan / Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS - Pengurusan evidens di tempat yang selamat dan bersistematik. - Pengurusan pelaksanaan PBS bagi kes-kes khas. - Hal-hal lain. • Agenda Mesyuarat Kedua (Suku Tahun Pertama): - Pengesahan Minit Mesyuarat Pertama. - Isu-Isu Pelaksanaan dan kes-kes khas PBS. - Laporan Jawatankuasa PBS: PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan) Latihan / Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS - Hal-hal lain. • Agenda Mesyuarat Ketiga (Suku Tahun Kedua): - Pengesahan Minit Mesyuarat Kedua. - Isu-Isu Pelaksanaan dan Kes-kes Khas PBS. - Laporan Jawatankuasa PBS: PS / PP / PAJSK / PPsi Program Pembudayaan PBS (Murid / Guru / Ibu bapa / Jalinan dan Jaringan) Latihan / Penataran Penyelarasan Pementoran Pemantauan Pelaporan Prestasi Murid dalam SPPBS - Hal-hal lain.
  • 32. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 22 • Agenda Mesyuarat Keempat (Post Mortem) - Pengesahan Minit Mesyuarat Ketiga. - Post Mortem Pelaksanaan PBS. - Tindakan Susulan dan Penambahbaikan Pelaksanaan PBS. - Perancangan Pelaksanaan PBS Tahun Hadapan. - Hal-hal lain. iii. Semua keputusan mesyuarat hendaklah diminitkan dan menjadi dasar atau punca kuasa kepada pengoperasian / pelaksanaan PBS di sekolah. iv. Pentadbir sekolah bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan pentaksir sekolah, login dan kata laluan SPPBS.
  • 33. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 23 2.2 JADUAL PENGOPERASIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Jadual 4 menunjukkan jadual pengoperasian PBS yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012. Jadual 4 : Jadual Pengoperasian PBS a. Pelaksanaan PBS hendaklah mematuhi Jadual Pengoperasian PBS yang disediakan oleh LP. b. Semua isu berkaitan pengoperasian PBS hendaklah dijadikan agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum peringkat negeri, daerah dan sekolah. BIL PERKARA TEMPOH TINDAKAN i. Mengedarkan Surat Pekeliling ke JPN. Mengikut Keperluan LP ii. Mengedarkan Surat Pekeliling ke PPD dan Sekolah. Mengikut Keperluan JPN iii. Mengedarkan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN. Disember LP iv. Mengedarkan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah. Disember JPN v. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Januari - Mac, April - Jun, Julai - September Oktober - Disember JPN / PPD / Sekolah vi. Pendaftaran SPPBS. Januari - Februari Sekolah vii. Tempoh pelaksanaan PBS. Mengikut jadual yang ditetapkan oleh LP Sekolah viii. Penjaminan Kualiti: Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan. Sepanjang tahun mengikut keperluan Sekolah / PPD / JPN / LP / Bahagian KPM ix. Pengumpulan penguasaan murid dalam SPPBS. Sehingga hari terakhir sesi persekolahan tahun semasa Sekolah x. Pelaporan murid. Mengikut keperluan Sekolah
  • 34. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 24 2.3 PENJAMINAN KUALITI Penjaminan kualiti merupakan piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Kualiti hendaklah menjadi keutamaan dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran ialah kesahan dan kebolehpercayaan skor, kebolehtadbiran instrumen dan keadilan kepada calon. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui: 2.3.1 Pementoran 2.3.2 Penyelarasan 2.3.3 Pemantauan 2.3.4 Pengesanan 2.3.1 Pementoran Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru. Pementoran dalam konteks Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu proses yang dijalankan untuk penjaminan kualiti bagi membantu, memudah cara, membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. a. Tempoh Pelaksanaan: Aktiviti pementoran dijalankan sebelum, semasa dan / atau selepas pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. b. Objektif Pementoran: i. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS. ii. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing. iii. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing. iv. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS. v. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.
  • 35. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 25 c. Jenis Pementoran: i. Formal Pementoran formal dijalankan oleh JK PBS secara berjadual dalam mesyuarat atau sesi peningkatan profesionalisme guru. ii. Informal Pementoran informal dijalankan oleh JK PBS sebelum, semasa atau selepas pelaksanaan PBS tanpa jadual yang ditetapkan. d. Mentor: i. Mentor dalaman terdiri daripada: • GKMP / Ketua Bidang • Ketua Panitia • Guru Cemerlang • Jurulatih Utama • Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS ii. Mentor luaran terdiri daripada: • Petugas yang dilantik oleh LP • Petugas yang dilantik oleh JPN • Petugas yang dilantik oleh PPD e. Peranan Mentor: i. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS. ii. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran. iii. Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran. iv. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P&P. v. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran. vi. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing.
  • 36. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 26 Rajah 2 menunjukkan carta alir pementoran. MULA JK PBS merancang pelaksanaan pementoran Memberi bimbingan Menjalankan pementoran Guru faham mengenai pelaksanaan PBS Menghantar laporan pementoran kepada JK PBS PPD/JPN/LP TAMAT Rajah 2 : Carta Alir Pementoran Tidak Ya
  • 37. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 27 2.3.2 Penyelarasan Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran demi keadilan kepada calon serta kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran. a. Tempoh Pelaksanaan: Kekerapan aktiviti penyelarasan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS. b. Objektif Penyelarasan: i. Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran. ii. Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi. iii. Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan kriteria penskoran sesuatu tugasan yang ditetapkan. iv. Menyeragamkan alat, bahan dan situasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk menghasilkan skor yang terlaras. v. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah. vi. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid. vii. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid. c. Jenis Penyelarasan: i. Penyelarasan dalaman dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran dalam sekolah yang sama. ii. Penyelarasan luaran dijalankan bagi menyelaraskan kefahaman mengenai tugasan dan penskoran pentaksiran pusat antara guru-guru mata pelajaran di seluruh negara.
  • 38. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 28 d. Personal i. Penyelaras dalaman • GKMP • Guru Cemerlang • Ketua Panitia • Jurulatih Utama • Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar / JK PBS ii. Penyelaras luaran • Petugas yang dilantik oleh LP • Petugas yang dilantik oleh JPN • Petugas yang dilantik oleh PPD e. Pelaksanaan Penyelarasan: i. Sebelum Penyelarasan: • JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah menentukan tarikh, tempat dan masa penyelarasan. • Mengadakan perbincangan mengenai - Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan. - Kesesuaian instrumen yang digunakan. - Kefahaman tentang penskoran. - Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor. ii. Semasa Penyelarasan: • Memilih evidens murid mengikut aras pencapaian. • Membanding skor yang diberikan oleh guru. • Menyelaras pemberian skor. iii. Selepas Penyelarasan: • Menyediakan laporan penyelarasan. • Menyelaras skor murid, jika perlu.
  • 39. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 29 Rajah 3 menunjukkan carta alir penyelarasan dalaman. MULA Pengetua / Guru Besar Melantik Penyelaras Mengadakan Taklimat Penyelarasan Guru menilai semula hasil kerja murid Menjalankan penyelarasan bersama guru mata pelajaran Menyelaraskan skor guru dengan skor yang telah ditetapkan oleh LP Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor LP JK PBS mengesahkan skor Setiausaha Peperiksaan menghantar skor ke LP JK PBS menyediakan laporan penyelarasan TAMAT Rajah 3: Carta Alir Penyelarasan Dalaman Ya Tidak
  • 40. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 30 Rajah 4 menunjukkan carta alir penyelarasan luaran. MULA LP/JPN melantik Penyelaras Mengadakan Taklimat Penyelarasan Guru menilai semula hasil kerja murid Menjalankan penyelarasan bersama guru mata pelajaran Menyelaraskan skor guru dengan skor yang telah ditetapkan oleh LP Skor yang dberikan oleh guru selaras dengan skor LP Penyelaras Luaran mengesahkan skor Setiausaha Peperiksaan menghantar skor ke LP Penyelaras Luaran menyediakan laporan penyelarasan unuk dihantar kepada LP TAMAT Rajah 4 : Carta Alir Penyelarasan Luaran Ya Tidak
  • 41. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 31 2.3.3 Pemantauan Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LP. Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS. a. Objektif Pemantauan : i. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi ii. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah. iiii. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru. iv. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran. v. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan. b. Pemantau: i. Pemantau dalaman: Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pemantau dalaman ialah : • Pengetua / Guru Besar • Guru Penolong Kanan • GKMP • Guru Cemerlang • Ketua Panitia • Jurulatih Utama • Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru Besar ii. Pemantau luaran : Pemantauan luaran dilaksanakan oleh pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN, LP dan pegawai dari bahagian-bahagian lain dalam KPM. Pemantau luaran ialah: • Pegawai LP • Pegawai JPN • Pegawai PPD • Pegawai dari Bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) • Pegawai yang dilantik oleh PPD, JPN dan LP
  • 42. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 32 c. Pelaksanaan Pemantauan: i. Sebelum Pemantauan: • JK PBS peringkat JPN, PPD dan sekolah merancang pemantauan PBS. • Menyediakan instrumen pemantauan. ii. Semasa pemantauan: • Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau. • Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS. • Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat. iii. Selepas pemantauan: • Melaporkan dapatan pemantauan. • Menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PBS. • Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.
  • 43. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 33 Rajah 5 menunjukkan carta alir pemantauan dalaman. MULA Pengetua / Guru Besar melantik Pemantau Mengadakan Taklimat Pemantauan Memberi bimbingan Menjalankan Pemantauan PBS Menyediakan laporan Pemantauan PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP Pengetua / Guru Besar menghantar laporan pemantauan sekolah ke PPD PPD menghantar laporan pemantauan daerah ke JPN JPN menghantar laporan pemantauan negeri ke LP TAMAT Rajah 5: Carta Alir Pemantauan Dalaman Ya Tidak
  • 44. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 34 Rajah 6 menunjukkan carta alir pemantauan luaran. MULA LP/JPN/PPD menyediakan jadual pemantauan Memberi bimbingan Menjalankan pemantauan di sekolah Menyemak dokumen pelaksanaan PBS Menyediakan laporan pemantauan Membincangkan hasil dapatan dengan Pengetua/Guru Besar PBS dilaksanakan mengikut prosedur LP Membuat analisis dan laporan dapatan pemantauan Menghantar laporan pemantauan ke LP TAMAT Rajah 6: Carta Alir Pemantauan Luaran Ya Tidak
  • 45. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 35 2.3.4 Pengesanan Pengesanan ialah satu proses penjaminan kualiti bagi memastikan instrumen pentaksiran yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai. Oleh kerana PBS ialah satu proses pentaksiran yang dilakukan secara berterusan maka kekerapan aktiviti pengesanan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS. a. Objektif Pengesanan : i. Mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran. ii. Memastikan skor yang diperoleh mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. iii. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran. iv. Mencadangkan kepelbagaian instrumen pentaksiran b. Pengesanan: i. Pengesanan Dalaman Pengesanan dalaman dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PS untuk mendapatkan evidens tentang penguasaan murid. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang diberikan oleh guru untuk mentaksir murid. Pegawai pengesanan dalaman: • GKMP • Guru Cemerlang • Ketua Panitia • Jurulatih Utama • Guru yang dilantik oleh Pengetua / Guru besar / JK PBS ii. Pengesanan Luar Pengesanan luar dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PP. Instrumen pentaksiran ini adalah tugasan dan penskoran yang dibina oleh Lembaga Peperiksaan. Pegawai pengesanan luaran: • Petugas yang dilantik oleh LP
  • 46. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 36 c. Pelaksanaan Pengesanan: i. Sebelum pengesanan: • Pegawai LP menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan. • Menyemak Dokumen Standard Prestasi dan instrumen pentaksiran pusat yang berkenaan. ii. Semasa pengesanan: • Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran. • Mencadangkan penyelesaian. iii. Selepas pengesanan: • Memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan. • Membuat penambaikan instrumen pentaksiran. • Melaksanakan program pengesanan semula.
  • 47. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 37 Rajah 7 menunjukkan carta alir pengesanan. MULA LP Melantik Pegawai Pengesanan Mengadakan Taklimat Pengesanan Menjalankan pengesanan instrumen Instrumen disediakan mengikut prinsip pembinaan instrumen LP Menyediakan laporan Menghantar laporan : - Pengesanan dalaman Pegawai Pengesanan kepada Pengetua / Guru Besar - Pengesanan Luaran Pegawai Pengesanan kepada Pengarah Peperiksaan LP TAMAT Rajah 7 : Carta Alir Pengesanan Tidak Penambahbaikan instrumen Ya
  • 48. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 38 Jadual 5 dibawah menunjukkan jadual kerja Penjaminan Kualiti dalam pelaksanaan PBS. Aspek Penjaminan Kualiti Tempoh Tindakan Pementoran Mengikut keperluan JPN / PPD / Sekolah Penyelarasan Pentaksiran Sekolah: Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS Pentaksiran Pusat: Setelah murid selesai melaksanakan tugasan. LP/JPN / PPD / Sekolah Pemantauan Sepanjang tempoh pelaksanaan PBS mengikut jadual yang ditentukan oleh JK PBS. JPN / PPD / Sekolah Pengesanan Semasa dan / atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS. JPN / PPD Jadual 5 : Jadual Kerja Penjaminan Kualiti Pelaksanaan PBS
  • 49. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 39 2.4 PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH 2.4.1 Definisi Evidens Evidens ialah bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan JK PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan. Evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan. Ciri-ciri evidens adalah: a. Sah - evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan / pencapaian standard yang telah ditetapkan. b. Autentik - murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya sendiri. c. Kecukupan - evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid. d. Semasa - evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa. e. Tekal - evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.
  • 50. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 40 a. Jenis-jenis Evidens PS i. Penulisan - Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat. - Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan. ii. Bahan cetakan Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan. iii. Persembahan Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti. Catatan : Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan juga adalah satu evidens murid. iv. Foto Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek. v. Grafik - Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. - Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar. vi. Artifak - Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. - Bahan yang dihasilkan seperti arca. vii. Laporan Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan. viii. Model Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar. 2.4.2 Evidens Pentaksiran Sekolah
  • 51. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 41 xi. Produk Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan. x. Rakaman Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual. xi. Bahan Informasi Komunikasi dan Teknologi (ICT) Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT. xii. Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.
  • 52. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 42 b Penyimpanan dan pelupusan evidens i. Penyimpanan Evidens murid disimpan dalam dua jenis fail seperti berikut: . Fail Perkembangan Murid • Fail Perkembangan Murid (FPM) ialah fail yang menyimpan evidens perkembangan pembelajaran murid. • Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata pelajaran. • Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid (RPM). RPM diletakkan dihadapan evidens setiap mata pelajaran. • Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid. . Fail Showcase  Fail Showcase (FS) ialah fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran.  FS hendaklah dijadikan rujukan piawaian evidens.  FS hendaklah disediakan mengikut tahun/tingkatan atau kelas. Nota: Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti di atas. Kaedah penyediaan tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah. ii. Pelupusan • Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS. • Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS.
  • 53. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 43 Rajah 8 menunjukkan carta alir FPM. MULA Guru menyediakan intrumen pentaksiran Murid mengulangi semula Guru mentaksir murid Guru memeriksa evidens murid Tidak Evidens murid mencapai tahap penguasaan Ya Guru merekodkan penguasaan murid dalam SPPBS / Rekod Perkembangan Murid Guru menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid. TAMAT Rajah 8 : Carta Alir Fail Perkembangan Murid
  • 54. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 44 Rajah 9 menunjukkan carta alir FS. MULA JK PBS sekolah membuat penetapan kaedah pengurusan FS Panitia membuat pemilihan evidens yang terbaik bagi setiap deskriptor dalam semua band Panitia menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua deskriptor untuk semua mata pelajaran TAMAT Rajah 9 : Carta Alir Fail Showcase
  • 55. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 45 PENTAKSIRAN SEKOLAH REKOD PERKEMBANGAN MURID TAHUN/TINGKATAN MATA PELAJARAN BAND DESKRIPTOR EVIDENS 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 √ Buku Latihan √ Lisan √
  • 56. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 46 CONTOH MATRIK DESKRIPTOR DAN EVIDENS TAHUN 1 BIL MATA PELAJARAN TAWAR DESKRIPTOR EVIDENS BACA/ LISAN TULIS 1. Bahasa Malaysia √ 21 32 15 17 2. Bahasa Inggeris √ 29 30 21 23 3. Bahasa Cina 4. Bahasa Tamil 5. Matematik √ 19 28 1 29 6. Pendidikan Jasmani √ 12 24 22 5 7. Pendidikan Kesihatan √ 25 37 12 29 8. Pendidikan Islam √ 48 52 41 11 9. Pendidikan Moral √ 84 93 0 93 10. Dunia Seni Visual √ 28 81 20 8 11. Dunia Muzik √ 16 66 55 0 12. Dunia Sains & Teknologi √ 28 28 0 28 13. Bahasa Arab √ 25 38 26 12 14. Bahasa Cina SK 15. Bahasa Tamil SK 16. Bahasa Kadazandusun 17. Bahasa Iban 18. Bahasa Malaysia SJK 19. Bahasa Malaysia SJK JUMLAH 335 509 213 255
  • 57. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 47 2.4.3 Evidens Pentaksiran Pusat a. Jenis-jenis Evidens PP: i. Penulisan - Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat. - Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan. ii. Bahan cetakan Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan. iii. Persembahan Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti. iv. Foto Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek. v. Grafik - Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. - Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar. vi. Artifak - Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. - Bahan yang dihasilkan seperti arca. vii. Laporan Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan. viii. Produk Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan. ix. Rakaman Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.
  • 58. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 48 x. Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT) Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT. xii. Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan. b. Penyimpanan dan Pelupusan Evidens i. Penyimpanan. - Evidens disimpan dalam bentuk hardcopy, softcopy atau dalam bentuk apa sekalipun sebagai bahan bukti. - Evidens disimpan di tempat yang selamat, bersistematik dan mematuhi prosedur keselamatan sebagai bahan bukti bagi tujuan penjaminan kualiti. ii. Pelupusan - Evidens diserahkan kepada murid selepas enam minggu dari tarikh tamat pelaksanaan tugasan. - Evidens yang tidak dituntut oleh calon boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh penyimpanan tamat. 2.4.4 Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum a. Evidens PAJSK adalah seperti berikut: i. Borang Rekod SEGAK dan BMI ii. Borang Rekod Kehadiran iii. Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum iv. Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum b. Penyimpanan dan pelupusan evidens : i. Penyimpanan - Evidens murid disimpan dalam Fail Perkembangan Murid sebelum direkod dalam aplikasi SPPBS. ii. Pelupusan - Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS. - Evidens yang tidak dituntut oleh murid boleh dilupuskan selepas dua minggu daripada tempoh direkod dalam aplikasi SPPBS
  • 59. Pengoperasian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) BAB 2 49 2.4.5 Evidens Pentaksiran Psikometrik a. Evidens PPsi adalah Borang Profil Psikometrik (BPP) murid. b. Penyimpanan dan pelupusan evidens : i. Penyimpanan - BPP adalah TERHAD. Evidens murid disimpan dalam Fail Pentaksiran Psikometrik oleh guru bimbingan dan kaunseling. - Fail disimpan di tempat yang selamat secara sistematik mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh LP. ii. Pelupusan - Evidens murid yang telah direkodkan boleh dilupuskan selepas dua minggu.
  • 62. Pentaksiran Sekolah BAB 3 52 PS ialah komponen utama dalam proses P&P kerana pentaksiran ini berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula dari aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). PS mempunyai ciri-ciri berikut: PS dilaksanakan secara: 3.0 PENTAKSIRAN SEKOLAH a. Holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan tentang pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid. b. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P. c. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. d. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. a. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P. b. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.
  • 63. Pentaksiran Sekolah BAB 3 53 3.1 Mata Pelajaran Pentaksiran Sekolah Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah Jadual 6 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). BIL MATA PELAJARAN 1 Bahasa Malaysia SK 2 Bahasa Malaysia SJK 3 Bahasa Inggeris SK 4 Bahasa Inggeris SJK 5 Bahasa Arab 6 Bahasa Cina SK 7 Bahasa Cina SJK 8 Bahasa Tamil SK 9 Bahasa Tamil SJK 10 Bahasa Iban 11 Bahasa Kadazandusun 12 Matematik 13 Dunia Sains Dan Teknologi 14 Pendidikan Islam 15 Pendidikan Moral 16 Dunia Seni Visual 17 Dunia Muzik 18 Pendidikan Jasmani 19 Pendidikan Kesihatan Jadual 6 : Mata Pelajaran KSSR
  • 64. Pentaksiran Sekolah BAB 3 54 Jadual 7 menunjukkan mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) . BIL MATA PELAJARAN 1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris 3 Bahasa Arab 4 Bahasa Cina 5 Bahasa Tamil 6 Bahasa Iban 7 Bahasa Kadazandusun 8 Mathematics 9 Science 10 Pendidikan Islam 11 Pendidikan Moral 12 Sejarah 13 Geografi 14 Pendidikan Seni Visual 15 Pendidikan Muzik 16 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 17 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 18 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 19 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga 20 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian 21 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Jadual 7 : Mata Pelajaran KBSM
  • 65. Pentaksiran Sekolah BAB 3 55 3.2 Pentaksiran Rujukan Standard Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Dalam hal ini, pentaksiran berperanan sebagai proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi. Pernyataan standard prestasi ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu. Ini bertujuan untuk membolehkan semua pihak yang berkepentingan mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik mereka sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembinaan negara bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Rajah 10 menunjukkan hubung kait antara dokumen kurikulum dengan dokumen standard prestasi. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DOKUMEN KURIKULUM DOKUMEN STANDARD PRESTASI Matlamat Objektif Standard Kandungan Standard Pembelajaran PENTAKSIRAN Pernyataan Standard Deskriptor Evidens Hasil Pembelajaran Laporan Penguasaan Murid Rajah 10 : Hubung Kait antara Dokumen Kurikulum dengan Dokumen Standard Prestasi
  • 66. Pentaksiran Sekolah BAB 3 56 Dokumen kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM. Dokumen ini mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses P&P. Dokumen Standard Prestasi (DSP) dibangunkan oleh LP. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. 3.3 Standard Prestasi Standard prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang tahap-tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran yang dipelajari. Dalam satu tempoh pembelajaran, murid ditaksir berdasarkan penanda aras (benchmark) yang terdapat dalam standard prestasi. Guru menggunakan standard prestasi sebagai rujukan untuk menentukan aktiviti pentaksiran dilaksanakan secara adil dan berfokus. Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi: Selain itu, standard prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan tahap dan standard pendidikan negara berbanding negara lain. a. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran. b. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid. c. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu. d. Pihak yang berkepentingan tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang melalui sistem pendidikan negara.
  • 67. Pentaksiran Sekolah BAB 3 57 3.4 Kerangka Standard Prestasi Pernyataan Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik atau umum tentang tahap pertumbuhan dan penguasaan murid dalam pembelajaran. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki. Pernyataan Standard ini diperjelaskan lagi dengan deskriptor yang menyatakan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran Jadual 8 menunjukkan kerangka utama Pernyataan Standard. BAND STANDARD 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 2 Tahu dan Faham 1 Tahu Jadual 8 : Kerangka Utama Pernyataan Standard Jadual 9 menunjukkan penerangan terperinci tentang kerangka Pernyataan Standard. BAND STANDARD 6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. 5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. 4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Jadual 9 : Penerangan Terperinci tentang Kerangka Pernyataan Standard
  • 68. Pentaksiran Sekolah BAB 3 58 Jadual 10 menunjukkan pernyataan dalam Standard Prestasi dan tafsirannya. PERNYATAAN TAFSIRAN Band Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan tahap penguasaan murid. Standard Satu penyataan tentang suatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran secara holistik tentang tahap penguasaan murid. Pernyataan Standard Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai sepanjang tempoh peringkat pembelajaran (Sekolah rendah : Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Sekolah menengah rendah : Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) dan digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan. Deskriptor Deskriptor merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran. Evidens (murid) Pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan sesuatu deskriptor. Evidens (bahan) Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. Jadual 10 : Pernyataan dalam Standard Prestasi dan Tafsirannya Jadual 11 menunjukkan hubung kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens. Jadual 11 : Hubung Kait antara Pernyataan Standard, Deskriptor dan Evidens BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 6 5 4 3 2 1 Penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran APA yang murid tahu dan boleh buat BAGAIMANA murid menunjukkan apa yang mereka tahu dan boleh buat
  • 69. Pentaksiran Sekolah BAB 3 59 3.5 Penggunaan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah a. Guru memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum. b. Guru akan menentukan kaedah pengajaran serta mengenalpasti kaedah pentaksiran. Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi mengikut kreativiti guru. c. Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi perkara yang ditaksir berdasarkan DSP. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara formal atau tidak formal. d. Guru menilai prestasi murid. Guru akan merujuk DSP untuk melaporkan tahap prestasi murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri. e. Murid yang tidak menguasai standard yang ditetapkan, guru akan menjalankan sesi pemulihan untuk membimbing dan membantu murid tersebut dengan menentukan strategi pengajaran yang sesuai f. Murid yang telah menguasai standard kurikulum yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid serta meneruskan P&P yang berikutnya berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum. g. Guru memilih tajuk untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
  • 70. Pentaksiran Sekolah BAB 3 60 Rajah 11 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam PS. Guru memilih tajuk yang perlu diajar Guru merancang pengajaran, pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran Guru melaksanakan pengajaran dan pentaksiran Guru menilai prestasi murid Guru merekod dan melapor tahap penguasaan murid berdasarkan evidens Guru memilih tajuk untuk pengajaran yang seterusnya TAMAT Rajah 11 : Penggunaan Standard Prestasi dalam PS. MULA Pemulihan Murid belum menguasai tahap penguasaan Murid menguasai tahap penguasaan
  • 71. Pentaksiran Sekolah BAB 3 61 3.6 Instrumen Pentaksiran 3.6.1 Jenis-Jenis Instrumen Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran yang digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah : a. Pemerhatian Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan. b. Soal Jawab c. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif d. Persembahan Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali. e. Projek Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. f. Produk Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan. g. Amali Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori. h. Lembaran Kerja i. Tugasan bertulis / Karya Penulisan Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan /dokumen /karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi. j. Kuiz k. Senarai semak l. Tugasan rumah
  • 72. Pentaksiran Sekolah BAB 3 62 3.6.2 Prosedur Pembinaan Instrumen Pentaksiran 3.7 Kaedah Perekodan dan Pelaporan 3.7.1 Perekodan Guru mata pelajaran perlu merekodkan setiap evidens yang dikuasai oleh murid dalam sistem aplikasi SPPBS pada bila-bila masa mengikut kesesuaian. 3.7.2 Pelaporan Pelaporan ialah proses guru menentukan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran yang diajar berdasarkan deskriptor dan evidens yang terdapat dalam DSP. Pelaporan boleh dilakukan secara formatif dan kumulatif. a. Pelaporan Formatif Evidens murid atau evidens bahan yang digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang penguasaan murid. b. Pelaporan Kumulatif Pernyataan deskriptor yang digunakan sebagai pelaporan yang menunjukkan prestasi murid. a. Guru merujuk kandungan fakta dalam dokumen kurikulum. b. Guru merujuk evidens dalam DSP. c. Guru bina instrumen pentaksiran mengikut evidens. d. Guru menilai instrumen dari aspek sistem 9-poin.
  • 74. Pentaksiran Pusat BAB 4 64 4.0 PENTAKSIRAN PUSAT Pentaksiran Pusat (PP) adalah satu daripada komponen yang terdapat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan ianya penting bagi menilai pengetahuan dan kemahiran murid secara menyeluruh dalam satu-satu peringkat pembelajaran. PP merupakan suatu pentaksiran yang dilaksanakan oleh sekolah di mana instrumen pentaksiran, tugasan, peraturan pentaksiran, garis panduan, peraturan penskoran, penggredan dan pelaporan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Dalam pelaksanaan PP, ianya dijalankan secara one-off sahaja, di mana pentaksiran semula tidak dibenarkan. Pelaksanaannya berdasarkan Jadual Pentaksiran Pusat yang dikeluarkan oleh LP. PP bagi peringkat sekolah rendah dilaksanakan pada Tahap 2 manakala PP bagi peringkat menengah rendah dilaksanakan di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Dalam melaksanakan PP di sekolah, ianya bermula selepas guru memuat turun arahan tugasan dan pelaksanaan yang dikeluarkan oleh LP. Seterusnya pihak sekolah dikehendaki menjalankan aktiviti merancang, melaksana dan menskor mengikut jadual yang ditetapkan. 4.1 OBJEKTIF PENTAKSIRAN PUSAT a. PP menentusahkan pencapaian akademik murid dalam PS. b. PP mengukur penguasaan pengetahuan dan kemahiran murid secara autentik. c. PP mengukur kemahiran berfikir aras tinggi dan sahsiah dengan kepelbagaian instrumen.
  • 75. Pentaksiran Pusat BAB 4 65 4.2 MATA PELAJARAN PENTAKSIRAN PUSAT PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH Jadual 12 menunjukkan mata pelajaran KSSR yang melaksanakan PP pada Tahap 2. BIL MATA PELAJARAN 1 Bahasa Malaysia SK 2 Bahasa Malaysia SJK 3 Bahasa Inggeris SK 4 Bahasa Inggeris SJK 5 Bahasa Cina 6 Bahasa Cina SK 7 Bahasa Tamil 8 Bahasa Tamil SK 9 Matematik 10 Sains 11 Reka Bentuk Dan Teknologi 12 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 13 Pendidikan Jasmani 14 Pendidikan Kesihatan 15 Pendidikan Muzik 16 Pendidikan Seni Visual 17 Pendidikan Islam 18 Pendidikan Moral 19 Bahasa Arab 20 Bahasa Iban 21 Bahasa Kadazandusun Jadual 12 : Mata Pelajaran KSSR
  • 76. Pentaksiran Pusat BAB 4 66 Jadual 13 menunjukkan mata pelajaran KBSM yang melaksanakan PP di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. BIL MATA PELAJARAN 1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Inggeris 3 Bahasa Arab 4 Bahasa Cina 5 Bahasa Tamil 6 Bahasa Iban 7 Bahasa Kadazandusun 8 Mathematics 9 Science 10 Pendidikan Islam 11 Pendidikan Moral 12 Sejarah 13 Geografi 14 Pendidikan Seni Visual 15 Pendidikan Muzik 16 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 17 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 18 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 19 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga 20 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian 21 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Jadual 13 : Mata Pelajaran KBSM
  • 77. Pentaksiran Pusat BAB 4 67 4.3 PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT PP bagi peringkat sekolah rendah dan peringkat menengah rendah adalah berdasarkan kepada prinsip yang dibangunkan oleh LP. Prinsip PP dibangunkan adalah untuk memastikan pelaksanaan PP mengikut garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan oleh LP. Rajah 12 menunjukkan prinsip PP. PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT Format dan tugasan disediakan oleh LP Dilaksanakan di sekolah Pelaporan ditentukan oleh LP Tugasan berbeza setiap tahun Ditaksir oleh pihak sekolah Penjaminan Kualiti dan Standard dilaksanakan di pelbagai peringkat Tempoh pelaksanaan ditentukan oleh LP Penskoran berdasarkan tugasan yang diberi Rajah 12: Prinsip Pentaksiran Pusat
  • 78. Pentaksiran Pusat BAB 4 68 4.4 JENIS INSTRUMEN Pelbagai instrumen pentaksiran boleh digunakan dalam mentaksir PP bagi sesuatu mata pelajaran mengikut kesesuaian dan kebolehlaksanaan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah ; a. Tugasan bertulis Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan, gubahan dalam bentuk tulisan. b. Kerja amali Tugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja dan / atau menghasilkan sesuatu produk. c. Projek Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan produk dan membuat pelaporan tentang produk yang dihasilkan. d. Pemerhatian Tugasan yang memerlukan murid memerhati atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan. e. Persembahan Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan. f. Demonstrasi Tugasan yang memerlukan murid menunjuk cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan. g. Kajian lapangan Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat. h. Kajian kes Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / atau maklumat yang diperoleh. i. Ujian bertulis Tugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis kepada instrumen ujian objektif atau subjektif. j. Ujian lisan Tugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan. k. Kuiz Tugasan yang menguji pengetahuan murid dengan mengemukakan soalan- soalan untuk dijawab secara lisan atau bertulis dalam satu sesi khusus yang dirancang.
  • 79. Pentaksiran Pusat BAB 4 69 4.5 TUGASAN PENTAKSIRAN PUSAT Rajah 13 : Jenis Tugasan Pentaksiran Pusat a. Skop Tugasan Skop tugasan PP merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk peringkat sekolah rendah dan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk peringkat menengah rendah. b. Jenis Tugasan Jenis tugasan PP terdiri daripada Tugasan Jangka Pendek (TJPk) dan Tugasan Jangka Panjang (TJPg) JENIS TUGASAN Tugasan Jangka Pendek (Tidak melebihi satu minggu) Tugasan Jangka Panjang (Tidak melebihi tiga minggu) i. TJPk TJPk ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak melebihi satu minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPk disediakan lengkap dengan peraturan penskoran bagi membolehkan guru melaksanakan penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang dibekalkan. Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini dilaksanakan secara individu. ii. TJPg TJPg ialah tugasan yang dibangunkan oleh LP berdasarkan DSK / HSP mengikut tahun / tingkatan dan dilaksanakan di sekolah dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu tidak melebihi tiga minggu. Konstruk yang ditaksir ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai. TJPg juga mengandungi peraturan penskoran bagi membolehkan guru membuat penskoran. Kaedah penskoran bergantung kepada tugasan yang diberi dan prestasi murid boleh dilaporkan dalam bentuk markah atau gred. Penskoran juga boleh dilaksanakan merujuk rubrik yang akan dikeluarkan oleh LP. Tugasan mengambil kira kebolehlaksanaan dan kebolehtadbiran di sekolah. Pihak sekolah dikehendaki menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan. Tugasan ini boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. Jika secara berkumpulan penskoran akan diberi secara individu.
  • 80. Pentaksiran Pusat BAB 4 70 Jadual 14 menunjukkan istilah dan tafsiran yang digunakan dalam PP. ISTILAH TAFSIRAN Penskoran Pemberian markah atau gred kepada perkara yang ditaksir berdasarkan prestasi individu merujuk kepada skema atau peraturan tertentu. Pelaporan Rumusan prestasi individu dalam bentuk gred atau deskriptif. Pentaksiran semula Proses melaksanakan pentaksiran kali kedua dan seterusnya. Autentik Bukti atau evidens yang tulen yang dihasilkan dalam situasi sebenar. Menentusahkan Mengesahkan / pembuktian kebenaran dan ketepatan sesuatu pencapaian atau penguasaan. Rubrik Rubrik ialah alat penskoran yang secara terang menunjukkan prestasi yang diharapkan untuk sesuatu tugasan atau sesuatu kerja. Ia mengandungi set kriteria dan skor yang perlu dicapai. Jadual 14 : Istilah dan Tafsiran yang digunakan dalam PP c. Skor Skor yang diberi bergantung kepada tugasan dan berbeza bagi setiap tahun. Skor yang diperoleh murid bagi sesuatu tugasan menunjukkan prestasi murid untuk sama ada TJPk atau TJPg. Pemberian skor adalah berdasarkan kepada pencapaian individu walaupun tugasan yang dilaksanakan adalah secara berkumpulan. Penskoran Prestasi i. Markah Angka yang diberi untuk menunjukkan prestasi murid dalam sesuatu mata pelajaran selepas sesuatu ujian atau pentaksiran dilaksanakan. ii. Gred Huruf atau angka atau kombinasi huruf dan angka bagi menunjukkan ukuran prestasi murid yang telah dirumuskan berdasarkan markah yang diperoleh.
  • 81. Pentaksiran Pusat BAB 4 71 4.6 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PUSAT Pelaksanaan PP melibatkan aktiviti merancang, melaksana dan menskor di peringkat sekolah manakala penggredan dan pelaporan di LP. Rajah 14 menunjukkan aktiviti pelaksanaan PP. Rajah 14 : Aktiviti Pelaksanaan PP a. b. c. Merancang Merupakan aktiviti utama dalam pelaksanaan PP. Ia bermula selepas LP mengeluarkan surat siaran tentang tarikh muat turun tugasan dan jadual pelaksanaan PP bagi tahun itu untuk setiap mata pelajaran. Pihak sekolah dikehendaki memuat turun tugasan dan menyediakan jadual pelaksanaan PP. Pihak sekolah juga dikehendaki menyediakan peralatan, bahan dan tempat bagi tujuan pentaksiran serta memperbanyakkan salinan tugasan untuk diedarkan kepada setiap murid. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan tempat penyimpanan evidens yang dihasilkan oleh murid. Melaksana Guru memberi taklimat atau penerangan kepada murid tentang tarikh, tempoh pelaksanaan, perkara yang ditaksir, peralatan yang digunakan, persediaan bahan dan aspek keselamatan sebelum murid melaksanakan tugasan yang diberi. Guru memastikan pelaksanaan PP merujuk kepada jadual pelaksanaan yang ditetapkan dan aktiviti pentaksiran. Menskor Guru melaksanakan penskoran berdasarkan skema atau peraturan tertentu yang dikeluarkan oleh LP dalam tempoh yang ditetapkan. Guru dikehendaki menggunakan borang yang standard (jika ada) supaya keselarasan dapat diwujudkan antara pentaksir. Guru menerima arahan tugasan daripada LP, menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan MERANCANG Murid melakukan tugasan berdasarkan jadual yang ditetapkan MELAKSANA Guru mentaksir pencapaian murid berdasarkan peraturan penskoran yang dibekalkan oleh LP MENSKOR
  • 82. Pentaksiran Pusat BAB 4 72 Rajah 15 menunjukkan carta alir pelaksanaan PP di sekolah. Guru menerima arahan tugasan dari LP Penyelarasan tugasan Guru menyediakan jadual pelaksanaan dan bahan Murid melaksanakan tugasan Guru memberi skor hasil kerja murid Guru merekod prestasi murid berdasarkan skor TAMAT Rajah 15 : Carta Alir Pelaksanaan PP di sekolah Penskoran tidak menepati peraturan penskoran Penskoran menepati peraturan penskoran MULA Penyelarasan Skor
  • 83. Pentaksiran Pusat BAB 4 73 4.7 PERANAN PIHAK YANG TERLIBAT PP memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak yang berkepentingan. a. Pentadbir Sekolah i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PP. ii. Merancang pelaksanaan PP. iii. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual pelaksanaan PP. iv. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PP. v. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan evidens. b. Guru i. Melaksanakan pentaksiran. ii. Memberi skor. iii. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid. c. Murid i. Mengetahui dan memahami tugasan. ii. Melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan / dijadualkan. iii. Menghasilkan evidens. d. Ibu Bapa i. Mengetahui dan memahami sistem pentaksiran. ii. Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan. e. Pihak yang berkepentingan contoh PIBG i. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran. ii. Memberi komitmen terhadap usaha bagi menjayakan PP.
  • 85. BAB 5 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM
  • 86. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 76 5.0 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM PAJSK adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 5.1 KOMPONEN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM PAJSK merangkumi lima komponen; SEGAK, BMI, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum seperti dalam Rajah 16. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum SEGAK Kokurikulum Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) Mengukur tahap kecergasan Sukan / Permainan Kelab / Persatuan Unit Uniform Ektrakurikulum Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam sukan dan permainan: -Sekolah -Daerah / Zon -Negeri -Negara -Antarabangsa Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam kelab dan persatuan: -Sekolah -Daerah / Zon -Negeri -Negara -Antarabangsa Penyertaan, Penglibatan dan Pencapaian dalam unit uniform: -Sekolah -Daerah / Zon -Negeri -Negara -Antarabangsa Penyertaan dan penglibatan secara sukarela di sekolah / di luar sekolah / luar negara / dalam negaraBMI Body Mass Index (BMI) Merekodkan tentang ketinggian dan berat badan bagi menentukan tahap jisim badan Rajah 16 : Komponen PAJSK
  • 87. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 77 5.2 PENTAKSIRAN SEGAK SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur". a. Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid. b. Konstruk yang diukur: i. Perkembangan fizikal murid ii. Kecergasan iii. Senaman c. Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK: i. SEGAK dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa. ii. Kemasukan skor SEGAK boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua. iii. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat dalam pentaksiran ini. iv. Guru Pendidikan Jasmani akan merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti SEGAK dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP. v. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS.
  • 88. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 78 5.3 PENTAKSIRAN BMI BMI dalam PAJSK tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran BMI. a. Objektif Pentaksiran BMI: i. Mengukur BMI murid. ii. Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran ketinggian dan berat badan seseorang murid. b. Konstruk yang diukur: i. Tinggi ii. Berat iii. Tafsiran BMI c. Pelaksanaan Pentaksiran BMI: i. Pentaksiran BMI dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa. ii. Kemasukan skor BMI boleh dilakukan bermula dari awal Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan dari awal April sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua. iii. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat iv. Guru Pendidikan Jasmani merekod berat badan dan ketinggian murid serta guru kelas merekod skor BMI dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP. v. Guru kelas mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS.
  • 89. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 79 5.4 PENTAKSIRAN SUKAN DAN KOKURIKULUM Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh KPM yang bertujuan untuk membangunkan modal insan dalam usaha memupuk nilai, sahsiah serta pembangunan diri seseorang murid. Konstruk dan pelaksanaan pentaksiran sukan dan pentaksiran kokurikulum dalam PAJSK adalah serupa. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, daerah / zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab dan pasukan beruniform di peringkat sekolah, daerah / zon, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. (Rajah 16 menunjukkan komponen PAJSK) a. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada aktiviti sukan dan kokurikulum murid. Konstruk yang diukur: i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. b. Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum: iv. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan bagi setiap aktiviti mengikut perancangan dan pelaksanaan yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN. v. Semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah diwajibkan terlibat. vi. Guru penasihat aktiviti sukan dan guru penasihat kokurikulum merekod setiap aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum dan guru kelas akan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP. vii. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS apabila diperlukan. viii. Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum adalah berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 15.
  • 90. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 80 Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum seperti dalam Jadual 15. Aspek (110 Markah) Penglibatan (50 Markah) Penyertaan (40 Markah) Prestasi (20 Markah) Elemen Elemen Elemen Jawatan Peringkat Komitmen Khidmat Sumbangan Kehadiran Pencapaian Nilai Skor Nilai Skor Nilai Skor 10 20 10 10 40 20 Jadual 15 : Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum
  • 91. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 81 5.5 PENTAKSIRAN AKTIVITI EKSTRAKURIKULUM Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum. a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum adalah untuk mengumpul maklumat dan memberi skor kepada aktiviti ekstrakurikulum murid. b. Konstruk yang diukur: i. Perkhidmatan ii. Anugerah daripada badan-badan lain iii. Khidmat masyarakat iv. Program NILAM c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum: i. Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu persekolahan. ii. Penglibatan murid adalah secara sukarela. Penyertaan dan keselamatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaga. iii. Pengesahan aktiviti ekstrakurikulum murid hendaklah dibuat melalui tandatangan dan cap penganjur. iv. Guru kelas merekod aktiviti ekstrakurikulum menggunakan Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum dan memasukkan skor dalam aplikasi PAJSK SPPBS yang disediakan oleh LP di hujung persekolahan. v. Guru kelas mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK SPPBS apabila diperlukan. vi. Pemberatan wajaran aktiviti ekstrakurikulum adalah berdasarkan empat aspek iaitu perkhidmatan, anugerah daripada badan-badan lain, khidmat masyarakat dan program NILAM.
  • 92. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 82 Aspek penglibatan murid merangkumi empat elemen seperti dalam Jadual 16. Aspek Elemen Skor Perkhidmatan Jawatan 10 Anugerah Rujuk Dokumen Anugerah 10 Khidmat Masyarakat Komitmen 10 NILAM Rujuk Dokumen NILAM 10 Jadual 16 : Jadual Elemen Berdasarkan Aspek Ekstrakurikulum 5.6 BORANG-BORANG PAJSK 5.6.1 Borang Rekod SEGAK dan BMI 5.6.2 Borang Rekod Kehadiran 5.6.3 Borang Rumusan Aktiviti Sukan / Kokurikulum 5.6.4 Borang Rumusan Aktiviti Ekstrakurikulum
  • 93. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 83 BORANG REKOD SEGAK DAN BMI (BORANG HENDAKLAH DIISI OLEH GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI) NAMA MURID KELAS PERKARA PENGGAL 1 PENGGAL 2 BODY MASS INDEX (BMI) Tarikh: Tarikh: SEGAK UJIAN NAIK TURUN BANGKU Tarikh: UJIAN NAIK TURUN BANGKU Tarikh: UJIAN TEKAN TUBI Tarikh: UJIAN TEKAN TUBI Tarikh: UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA Tarikh: UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA Tarikh: UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR Tarikh: UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR Tarikh: .................................................. ............................................................... Tanda tangan murid Pengesahan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani ( ) ( ) Nama Murid Nama dan Cap Guru Catatan: *Murid berkeperluan khas dikecualikan * sila tanda jika berkenaan BERAT BADAN (kg) BERAT BADAN (kg) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 83 BORANG REKOD SEGAK DAN BMI (BORANG HENDAKLAH DIISI OLEH GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI) NAMA MURID KELAS PERKARA PENGGAL 1 PENGGAL 2 BODY MASS INDEX (BMI) Tarikh: Tarikh: SEGAK UJIAN NAIK TURUN BANGKU Tarikh: UJIAN NAIK TURUN BANGKU Tarikh: UJIAN TEKAN TUBI Tarikh: UJIAN TEKAN TUBI Tarikh: UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA Tarikh: UJIAN RINGKUK TUBI SEPARA Tarikh: UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR Tarikh: UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR Tarikh: .................................................. ............................................................... Tanda tangan murid Pengesahan Guru Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani ( ) ( ) Nama Murid Nama dan Cap Guru Catatan: *Murid berkeperluan khas dikecualikan * sila tanda jika berkenaan BERAT BADAN (kg) BERAT BADAN (kg)
  • 94. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 84 BORANG REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN UNTUK SUKAN / KOKURIKULUM / EKSTRAKURIKULUM TAHUN……………. NAMA SEKOLAH KATEGORI KEGIATAN JAWATAN NAMA MURID TINGKATAN/KELAS Bil Aktiviti Tarikh T.T.Guru Penasihat / Penganjur 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 NAMA GURU PENASIHAT 1 2 3 4 5 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 84 BORANG REKOD KEHADIRAN / PENYERTAAN UNTUK SUKAN / KOKURIKULUM / EKSTRAKURIKULUM TAHUN……………. NAMA SEKOLAH KATEGORI KEGIATAN JAWATAN NAMA MURID TINGKATAN/KELAS Bil Aktiviti Tarikh T.T.Guru Penasihat / Penganjur 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 NAMA GURU PENASIHAT 1 2 3 4 5 84
  • 95. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 85
  • 96. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum BAB 5 86
  • 98. Pentaksiran Psikometrik BAB 6 88 6.0 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK PPsi ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi. Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid. PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Manual Pentaksiran Psikometrik diedarkan kepada sekolah sebagai panduan melaksanakan PPsi. 6.1 KOMPONEN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK Komponen PPsi yang diuji di peringkat menengah rendah terdiri daripada Ujian Aptitud dan Ujian Personaliti seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 17. Pentaksiran Psikometrik Aptitud Personaliti Aptitud Am Aptitud Khusus Tret Minat Kerjaya Rajah 17: Komponen dalam Pentaksiran Psikometrik
  • 99. Pentaksiran Psikometrik BAB 6 89 6.2 UJIAN APTITUD KHUSUS Ujian Aptitud Khusus ialah instrumen untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. a. Objektif Ujian Aptitud Khusus: i. Mengenal pasti potensi murid pada peringkat umur tertentu. ii. Membantu guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. iii. Membantu murid mengenal potensi diri. iv. Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya. b. Konstruk Ujian Aptitud Khusus: i. Verbal Linguistik (pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. ii. Visual – Ruang – Bukan Verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang. iii. Logik Matematik (pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal. iv. Muzik (pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik. v. Naturalis (pintar alam semulajadi): keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi. vi. Kinestatik – Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh. vii. Interpersonal (pintar sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain. viii. Intrapersonal (pintar kendiri): keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri. ix. Existential (pintar kewujudan) : peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan. c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus: i. Ujian ini dilaksanakan kepada murid Tingkatan Tiga.