SlideShare une entreprise Scribd logo
1  sur  8
Télécharger pour lire hors ligne
PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
                           Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon
                        Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
                                 changlh@fp.um.edu.my


Pendahuluan
       Terdapatnya beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan
melalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an.        Pendekatan-
pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral
sama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita. Namun begitu, seperti
yang mungkin disedari bahawa kesemua pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jika
diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita.      Oleh itu, telah menjadi satu
kebiasaan di mana seseorang guru mengabung beberapa pendekatan dan menggunakan
pendekatan pendidikan moral secara ekeltik.


 Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program pendidikan moral
yang mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di negara kita ialah:
       1.     Pemupukan Nilai
       2.     Perkembangan Moral Kognitif
       3.     Analisis Nilai
       4.     Penjelasan Nilai
       5.     Pendekatan Penyayang (Caring)
       6.     Pendekatan Pembelajaran Kooperatif


Pendekatan tersebut memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan    moral     yang      seharusnya   merangkumi       ketiga-tiga   dimensi
penaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral.


1.     Pendekatan Pemupukan Nilai
       Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya
masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat



                                          1
tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural yang patut
diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya
dengan orang lain.


Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut:
     (a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri.
     (b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang
        sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif.
     (c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai
        oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang
        dikehendaki.


Pendekatan pemupukan nilai tidak boleh dikaitkan dengan pendekatan indoktrinasi atau
propaganda yang hanya menekankan penerimaan sesuatu doktrin tanpa mengambil kira
pemikiran yang rasional. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar
memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut
yang berlandaskann kepada prinsip moral, Walaupun pendekatan ini mudah digunakan,
ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi
peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan moral.


2.      Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif
        Pendekatan     perkembangan     moral     kognitif   berdasarkan   kepada   teori
perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi
perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan
untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu
bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak
yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah
berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat.




                                             2
Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan.
Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan
memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas
keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka,
kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life)
berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut.


Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:
(a)    Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir
       tentang beberapa alternative dalam dilemma tersebut.
(b)    Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut.
(c)   Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan
       moral
(d)   Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid.


Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar
dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan
moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur)
bukan keputusan (kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini
lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan
pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan
yang setara.


3.     Pendekatan Analisis Nilai
       Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang
logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan
polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar.
Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang
releven sebelum membuat sesuatu keputusan.




                                          3
Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut.
(a)      Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai
(b)      Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai
(c)      Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif
(d)      Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke
         dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat


Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai
secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini
menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif
dalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatan
lain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.


4.       Pendekatan Penjelasan Nilai
         Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti
tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbuka
nilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional
dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu set nilai
peribadinya.


Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskan
nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut:


     I   Proses memilih:       (i)     memilih secara bebas
                               (ii)    dari pelbagai pilihan yang sedia ada
                               (iii)   menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan
  II     Proses menghargai     (iv)    mengharagi setiap keputusan yang telah diambil
                               (v)     menyatakan secara terbuka
  III    Proses bertindak      (vi)    bertindak ke atas keputusan yang telah diambil
                               (vii)   sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara
                                       berterusan dalam kehidupannya.



                                             4
Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai seorang
fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil
oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul sekiranya
keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk
mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan menggambungkan pendekatan ini dengan
pendekatan lain (seperti analisis nilai) supaya lebih membimbing pelajar membuat
keputusan yang lebih menepati aspirasi masyarakat dan negara.


5.     Pendekatan Penyayang (Caring)
       Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada
kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan dan
prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan
penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di dalam
diri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu mempunyai perhubungan.         Ini
bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman.


Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut.


(a)    Modeling    -    tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagai
       seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for). Melalui
       teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yang
       mereka boleh memerhati dan mengikuti.
(b)    Dialog -        diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan
       membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya
       sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan
       orang yang memberikan sayang (cared for).
(c)    Amali -     mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama
       dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti.
(d)    Pengesahan -        mengesah dan menggalakkan “the best in others” dalam
       perhubungan antara individu.




                                          5
Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan
prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan caretaking. Oleh
kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka guru
disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan
dalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral.


6.        Pendekatan Pembelajaran Secara koperatif
          Pendekatan   pembelajaran   secara        koperatif    akan   mewujudkan     suasana
pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana pelajar akan bekerja dan belajar
bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secara
koperatif mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada aktiviti di mana
murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam
jadual yang berikut:


Jadual:     Perbandingan antara pembelajaran berkumpulan secara koperatif dengan
             pembelajaran berkumpulan yang tradisional
Pembelajaran Berkumpulan Secara                    Pembelajaran Berkumpulan Secara
Koperatif                                          Tradisional
Saling pengantungan positif                        Tidak ada saling pengantungan positif
Akauntabiliti individu                             Tidak ada akauntabiliti individu
Kumpulan yang heterogenous                         Kumpulan yang homogenoues
Bersama-sama memimpin                              Seorang pemimpin sahaja yang dilantik
Bersama-sama bertanggungjawab                      Bertanggungjawab terhadap diri sahaja
Penekanan kepada tugas dan proses                  Penekanan kepada tugas
Kemahiran sosial diajar secara langsung            Kemahiran sosial diajar secara implisit dan
                                                   kadang kala diketepikan
Guru memerhati dan membimbing                      Guru tidak mementingkan fungsi kumpulan
Kumpulan menilai keberkesanan kendiri              Tidak ada proses berkumpulan
(Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999.
Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon)




                                               6
Pendekatan pembelajaran secara kooperatif boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti
yang berikut:
   •   berfikir-berpasangan-berkongsi
   •   permainan
   •   main peranan
   •   projek
   •   jigsaw


Pendekatan pembelajaran secara kooperatif dapat mewujudkan kepekaan terhadap
perasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kesefahaman dan saling
hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh
kumpulan juga akan dapat ditangani secara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama
untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya.         Pendekatan ini amat digalakkan dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral.


Kesimpulan
Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada
pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah
individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam
pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral.        Selain
daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam
pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud
jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri.


Rujukan

       Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan

moral. Serdang: University Putra Malaysia.

       Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di

kalangan pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan


                                             7
kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

       Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and women’s

development. Cambridge, MA: Harvard University Press.

       Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. Minnesota

Department of Children, Families & Learning and University of Minnesota.

       Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education.

Berkeley: University of California Press.

       Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge

University Press.

       Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry of

caring: education as nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation.

       Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moral

thinkihg: A neo-Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.




                                            8

Contenu connexe

Tendances

Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahQamariah sabariah
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruAnsar Azman
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarRph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarsyazwanie suhaimi
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajarshare with me
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 

Tendances (20)

Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
Kajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatifKajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatif
 
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)
Guru sebagai agen perubahan(model perubahan)
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Metakognitif
MetakognitifMetakognitif
Metakognitif
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitarRph kepentingan menjaga alam sekitar
Rph kepentingan menjaga alam sekitar
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 

Similaire à Pendekatan pendidikan moral

Pendekatan Moral KSSR
Pendekatan Moral KSSRPendekatan Moral KSSR
Pendekatan Moral KSSRlichuen2885
 
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptx
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptxBerbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptx
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptxFitriFauziah26
 
Pengertian pendekatan, strategi,_metode,_teknik,_taktik_dan
Pengertian pendekatan, strategi,_metode,_teknik,_taktik_danPengertian pendekatan, strategi,_metode,_teknik,_taktik_dan
Pengertian pendekatan, strategi,_metode,_teknik,_taktik_danbayusoemani
 
Makalah strategi, metode, media pkn di sd
Makalah strategi, metode, media pkn di sdMakalah strategi, metode, media pkn di sd
Makalah strategi, metode, media pkn di sdhanazawa Herozui
 
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 3.1.pptx
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 3.1.pptxTUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 3.1.pptx
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 3.1.pptxRosihan7
 
Model-model Pembelajaran (Mengembangkan Profesionalisme Guru).pptx
Model-model Pembelajaran (Mengembangkan Profesionalisme Guru).pptxModel-model Pembelajaran (Mengembangkan Profesionalisme Guru).pptx
Model-model Pembelajaran (Mengembangkan Profesionalisme Guru).pptxSyarifatul Marwiyah
 
Pembelajaran pkn di sd
Pembelajaran pkn di sdPembelajaran pkn di sd
Pembelajaran pkn di sdHesti Daryadi
 
Pendekatan dalam manajemen kelas
Pendekatan dalam manajemen kelasPendekatan dalam manajemen kelas
Pendekatan dalam manajemen kelasSofia Mafaza
 
MODEL PEMBELAJARAN DALAM KURIKULUM 2013.pptx
MODEL PEMBELAJARAN DALAM KURIKULUM 2013.pptxMODEL PEMBELAJARAN DALAM KURIKULUM 2013.pptx
MODEL PEMBELAJARAN DALAM KURIKULUM 2013.pptxmega311
 
Kelompok 1 ( skriptyan, kris m uktiana, ridhotul amin, sofyan hadi))
Kelompok 1 ( skriptyan, kris m uktiana, ridhotul amin, sofyan hadi))Kelompok 1 ( skriptyan, kris m uktiana, ridhotul amin, sofyan hadi))
Kelompok 1 ( skriptyan, kris m uktiana, ridhotul amin, sofyan hadi))Adelia Hardini
 
PPT_Pengertian_pendekatan_metode_model_d.pptx
PPT_Pengertian_pendekatan_metode_model_d.pptxPPT_Pengertian_pendekatan_metode_model_d.pptx
PPT_Pengertian_pendekatan_metode_model_d.pptxMtsAlhidayahIbun
 
3.1.a.8. Koneksi Antarmateri - Modul 3.1 - Titin Aprina.pdf
3.1.a.8. Koneksi Antarmateri - Modul 3.1 - Titin Aprina.pdf3.1.a.8. Koneksi Antarmateri - Modul 3.1 - Titin Aprina.pdf
3.1.a.8. Koneksi Antarmateri - Modul 3.1 - Titin Aprina.pdfWillyRinaldo1
 
Hidup dimuka bumi ini selalu melakukan yang namanya kegiatan ekonomi dalam ke...
Hidup dimuka bumi ini selalu melakukan yang namanya kegiatan ekonomi dalam ke...Hidup dimuka bumi ini selalu melakukan yang namanya kegiatan ekonomi dalam ke...
Hidup dimuka bumi ini selalu melakukan yang namanya kegiatan ekonomi dalam ke...SyarifahSyamila
 
KONEKSI ANTAR MATERI 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI 1.4 BUDAYA POSITIF.pptxKONEKSI ANTAR MATERI 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI 1.4 BUDAYA POSITIF.pptxmurtadisonyo
 
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)elissugiharti1
 

Similaire à Pendekatan pendidikan moral (20)

Pendekatan Moral KSSR
Pendekatan Moral KSSRPendekatan Moral KSSR
Pendekatan Moral KSSR
 
Pendekatan moral kssr
Pendekatan moral kssrPendekatan moral kssr
Pendekatan moral kssr
 
Pendidikan Nilai
Pendidikan NilaiPendidikan Nilai
Pendidikan Nilai
 
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptx
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptxBerbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptx
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptx
 
Pengertian pendekatan, strategi,_metode,_teknik,_taktik_dan
Pengertian pendekatan, strategi,_metode,_teknik,_taktik_danPengertian pendekatan, strategi,_metode,_teknik,_taktik_dan
Pengertian pendekatan, strategi,_metode,_teknik,_taktik_dan
 
Makalah strategi, metode, media pkn di sd
Makalah strategi, metode, media pkn di sdMakalah strategi, metode, media pkn di sd
Makalah strategi, metode, media pkn di sd
 
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 3.1.pptx
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 3.1.pptxTUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 3.1.pptx
TUGAS KONEKSI ANTAR MATERI 3.1.pptx
 
Model-model Pembelajaran (Mengembangkan Profesionalisme Guru).pptx
Model-model Pembelajaran (Mengembangkan Profesionalisme Guru).pptxModel-model Pembelajaran (Mengembangkan Profesionalisme Guru).pptx
Model-model Pembelajaran (Mengembangkan Profesionalisme Guru).pptx
 
Pembelajaran pkn di sd
Pembelajaran pkn di sdPembelajaran pkn di sd
Pembelajaran pkn di sd
 
Pendekatan dalam manajemen kelas
Pendekatan dalam manajemen kelasPendekatan dalam manajemen kelas
Pendekatan dalam manajemen kelas
 
Makalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbmMakalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbm
 
MODEL PEMBELAJARAN DALAM KURIKULUM 2013.pptx
MODEL PEMBELAJARAN DALAM KURIKULUM 2013.pptxMODEL PEMBELAJARAN DALAM KURIKULUM 2013.pptx
MODEL PEMBELAJARAN DALAM KURIKULUM 2013.pptx
 
Kelompok 1 ( skriptyan, kris m uktiana, ridhotul amin, sofyan hadi))
Kelompok 1 ( skriptyan, kris m uktiana, ridhotul amin, sofyan hadi))Kelompok 1 ( skriptyan, kris m uktiana, ridhotul amin, sofyan hadi))
Kelompok 1 ( skriptyan, kris m uktiana, ridhotul amin, sofyan hadi))
 
PPT_Pengertian_pendekatan_metode_model_d.pptx
PPT_Pengertian_pendekatan_metode_model_d.pptxPPT_Pengertian_pendekatan_metode_model_d.pptx
PPT_Pengertian_pendekatan_metode_model_d.pptx
 
3.1.a.8. Koneksi Antarmateri - Modul 3.1 - Titin Aprina.pdf
3.1.a.8. Koneksi Antarmateri - Modul 3.1 - Titin Aprina.pdf3.1.a.8. Koneksi Antarmateri - Modul 3.1 - Titin Aprina.pdf
3.1.a.8. Koneksi Antarmateri - Modul 3.1 - Titin Aprina.pdf
 
Hidup dimuka bumi ini selalu melakukan yang namanya kegiatan ekonomi dalam ke...
Hidup dimuka bumi ini selalu melakukan yang namanya kegiatan ekonomi dalam ke...Hidup dimuka bumi ini selalu melakukan yang namanya kegiatan ekonomi dalam ke...
Hidup dimuka bumi ini selalu melakukan yang namanya kegiatan ekonomi dalam ke...
 
Present pkn sd 1
Present pkn sd 1Present pkn sd 1
Present pkn sd 1
 
KONEKSI ANTAR MATERI 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI 1.4 BUDAYA POSITIF.pptxKONEKSI ANTAR MATERI 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
KONEKSI ANTAR MATERI 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
 
strategi pembelajaran.pptx
strategi pembelajaran.pptxstrategi pembelajaran.pptx
strategi pembelajaran.pptx
 
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)
Tt2 perspektif-sri sulastri-857428482 (1)
 

Plus de enab dan kesum

Plus de enab dan kesum (17)

Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Rph pj mikroteaching
Rph pj mikroteachingRph pj mikroteaching
Rph pj mikroteaching
 
Pendekatan pendidikan moral aku ogy
Pendekatan pendidikan moral aku ogyPendekatan pendidikan moral aku ogy
Pendekatan pendidikan moral aku ogy
 
Rph moral baru edit
Rph moral baru editRph moral baru edit
Rph moral baru edit
 
Pembelajaran aktif nab ogy paih
Pembelajaran aktif nab ogy paihPembelajaran aktif nab ogy paih
Pembelajaran aktif nab ogy paih
 
Aktiviti lokomotor
Aktiviti lokomotorAktiviti lokomotor
Aktiviti lokomotor
 
Pengenalan kepada sistem biologikal manusia
Pengenalan kepada sistem biologikal manusiaPengenalan kepada sistem biologikal manusia
Pengenalan kepada sistem biologikal manusia
 
Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)Sistem integumentari(kulit)
Sistem integumentari(kulit)
 
Sistem otot
Sistem ototSistem otot
Sistem otot
 
Sistem pencernaan
Sistem pencernaanSistem pencernaan
Sistem pencernaan
 
Sistem saraf
Sistem sarafSistem saraf
Sistem saraf
 
Kertas kerja senaman kalistenik
Kertas kerja senaman kalistenikKertas kerja senaman kalistenik
Kertas kerja senaman kalistenik
 
Hoki
HokiHoki
Hoki
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
olahraga
olahragaolahraga
olahraga
 
100 meter
100 meter100 meter
100 meter
 
eksperimen
eksperimeneksperimen
eksperimen
 

Pendekatan pendidikan moral

  • 1. PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN MORAL Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya changlh@fp.um.edu.my Pendahuluan Terdapatnya beberapa pendekatan pendidikan moral yang telah diperkenalkan melalui pelbagai program pendidikan moral atau nilai sejak 1960an. Pendekatan- pendekatan ini telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral sama ada di negara barat atau timur, termasuklah negara kita. Namun begitu, seperti yang mungkin disedari bahawa kesemua pendekatan ini boleh dikatakan sesuai jika diubahsuaikan mengikut konteks budaya negara kita. Oleh itu, telah menjadi satu kebiasaan di mana seseorang guru mengabung beberapa pendekatan dan menggunakan pendekatan pendidikan moral secara ekeltik. Antara pendekatan yang telah diusahakan melalui pelbagai program pendidikan moral yang mungkin boleh digunakan dalam konteks Pendidikan Moral di negara kita ialah: 1. Pemupukan Nilai 2. Perkembangan Moral Kognitif 3. Analisis Nilai 4. Penjelasan Nilai 5. Pendekatan Penyayang (Caring) 6. Pendekatan Pembelajaran Kooperatif Pendekatan tersebut memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi penaakulan/pemikiran moral, perasaan/emosi moral dan perlakuan/ tindakan moral. 1. Pendekatan Pemupukan Nilai Fokus utama dalam pemupukan nilai ialah menanamkan set nilai budaya masyarakat ke dalam diri individu supaya menjamin kesinambungan budaya masyarakat 1
  • 2. tersebut. Set nilai inti dianggap sebagai standard tingkah laku mural yang patut diamalkan dalam kehidupan harian, sama ada secara peribadi atau dalam hubungannya dengan orang lain. Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan melalui cara yang berikut: (a) Melalui contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan luar negeri. (b) Pengukuhan perlakuan positif kepada tingkah laku yang baik dan dendaan yang sesuai bila berlakunya tingkah laku negatif. (c) Memberi keterangan serta memanipulasi keadaan atau pengalaman yang dialamai oleh pelajar supaya mereka menerima dengan baiknya sesuatu nilai yang dikehendaki. Pendekatan pemupukan nilai tidak boleh dikaitkan dengan pendekatan indoktrinasi atau propaganda yang hanya menekankan penerimaan sesuatu doktrin tanpa mengambil kira pemikiran yang rasional. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima and menghayati nilai tersebut yang berlandaskann kepada prinsip moral, Walaupun pendekatan ini mudah digunakan, ialah lebih cenderung kepada pemusatan guru dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang memberi peluang yang lebih kepada pelajar melibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. 2. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif Pendekatan perkembangan moral kognitif berdasarkan kepada teori perkembangan moral kognitif yang telah dikaji oleh beberapa ahli psikologi perkembangan seperti Piaget (1932) dan Kohlberg (1975). Pendekatan ini bertujuan untuk membimbing seseorang mengembang pertimbangan moral secara peringkat iaitu bermula daripada peringkat mematuhi peraturan moral kerana takut hukuman oleh pihak yang berautoriti sehingga peringkat berautonomi di mana keputusan moral ialah berasaskan kepada prinsip moral yang sejagat. 2
  • 3. Pendekatan ini dilaksanakan dengan menggunakan dilemma moral sebagai rangsangan. Dilema moral merujuk kepada sesuatu keadaan di mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang membuat pilihan nilai dan beri sebab atau justifikasi ke atas keputusannya. Dilema moral ini boleh terdiri daripada dilemma hipotetikal (direka, kesusasteraan atau isi kandungan sesuatu disiplin) atau yang benar-benar (real-life) berlaku dalam kehidupan seseorang tersebut. Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut: (a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir tentang beberapa alternative dalam dilemma tersebut. (b) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut. (c) Berdasarkan kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moral (d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid. Dalam menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan keputusan (kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan yang setara. 3. Pendekatan Analisis Nilai Fokus utama pendekatan analisis nilai ialah memberi kemahiran pemikiran yang logik dan sistematik dalam penyelesaian sesuatu isu nilai seperti isu berkaitan dengan polisi awam (seperti keselamatan negara, dadah), hak individu dan alam sekitar. Pendekatan ini memerlukan seseorang mengumpul dan menimbangkan fakta yang releven sebelum membuat sesuatu keputusan. 3
  • 4. Cara melaksanakan pendekatan analisis nilai ialah seperti yang berikut. (a) Kenal pasti dan menjelaskan soalan/isu nilai (b) Mengumpul fakta/bukti untuk membuat pertimbangan nilai (c) Menilai fakta yang relevan dan membuat keputusan tentatif (d) Menguji keputusan tentative dengan situasi yang berbeza, meletakan diri ke dalam situasi sebenar atau berdasarkan kepada prinsip moral yang sejagat Pendekatan ini akan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses menganalisis nilai secara objektif yang berasaskan kepada fakta yang relevan. Oleh kerana pendekatan ini menekankan kepada lebih kepada aspek kognitif berbanding dengan aspek emosi/afektif dalam proses analisis nilai, maka guru disarankan agar juga menggunakan pendekatan lain dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. 4. Pendekatan Penjelasan Nilai Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbuka nilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu set nilai peribadinya. Cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai merangkumi tiga proses menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut: I Proses memilih: (i) memilih secara bebas (ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada (iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan II Proses menghargai (iv) mengharagi setiap keputusan yang telah diambil (v) menyatakan secara terbuka III Proses bertindak (vi) bertindak ke atas keputusan yang telah diambil (vii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara berterusan dalam kehidupannya. 4
  • 5. Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, guru berperanan sebagai seorang fasilitator atau pembimbing. Guru perlu menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul sekiranya keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, guru perlu peka dan menggambungkan pendekatan ini dengan pendekatan lain (seperti analisis nilai) supaya lebih membimbing pelajar membuat keputusan yang lebih menepati aspirasi masyarakat dan negara. 5. Pendekatan Penyayang (Caring) Pendekatan penyayang atau caring dalam pendidikan moral berasaskan kepada kritikan pendekatan yang memberi tumpuan kepada konsep saling pergantungan dan prihatin dalam sesuatu perhubungan dan pertalian dengan orang lain. Pendekatan penyayang ini bertujuan untuk mengekal dan mengekuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan sesiapa sahaja seorang individu itu mempunyai perhubungan. Ini bermaksud bahawa perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu dalaman. Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui empat aspek yang berikut. (a) Modeling - tumpuan harus diberika kepada perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (carer) dan menerima sayang (cared for). Melalui teladan, maka konsep penyayang dapat ditunjukkan dalam tingkah laku yang mereka boleh memerhati dan mengikuti. (b) Dialog - diadakan dengan pelajar tentang konsep penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan orang yang memberikan sayang (cared for). (c) Amali - mengadakan amali dalam menjalankan usaha penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan dalam khidmat sosial atau komuniti. (d) Pengesahan - mengesah dan menggalakkan “the best in others” dalam perhubungan antara individu. 5
  • 6. Pendekatan penyayang ini mengembangkan tingkah laku moral yang mengekalkan prihatin/penyayang dalam masyarakat dengan cara caregiving bukan caretaking. Oleh kerana pendekatan ini lebih mengutamakan prinsip penyayang (care), maka guru disarankan supaya menggabungkan pendekatan yang mengembangkan prinsip keadilan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidian moral. 6. Pendekatan Pembelajaran Secara koperatif Pendekatan pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana pelajar akan bekerja dan belajar bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secara koperatif mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada aktiviti di mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual yang berikut: Jadual: Perbandingan antara pembelajaran berkumpulan secara koperatif dengan pembelajaran berkumpulan yang tradisional Pembelajaran Berkumpulan Secara Pembelajaran Berkumpulan Secara Koperatif Tradisional Saling pengantungan positif Tidak ada saling pengantungan positif Akauntabiliti individu Tidak ada akauntabiliti individu Kumpulan yang heterogenous Kumpulan yang homogenoues Bersama-sama memimpin Seorang pemimpin sahaja yang dilantik Bersama-sama bertanggungjawab Bertanggungjawab terhadap diri sahaja Penekanan kepada tugas dan proses Penekanan kepada tugas Kemahiran sosial diajar secara langsung Kemahiran sosial diajar secara implisit dan kadang kala diketepikan Guru memerhati dan membimbing Guru tidak mementingkan fungsi kumpulan Kumpulan menilai keberkesanan kendiri Tidak ada proses berkumpulan (Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999. Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon) 6
  • 7. Pendekatan pembelajaran secara kooperatif boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang berikut: • berfikir-berpasangan-berkongsi • permainan • main peranan • projek • jigsaw Pendekatan pembelajaran secara kooperatif dapat mewujudkan kepekaan terhadap perasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya kesefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh kumpulan juga akan dapat ditangani secara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya. Pendekatan ini amat digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral. Kesimpulan Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri. Rujukan Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan moral. Serdang: University Putra Malaysia. Chang Lee Hoon (2001). “Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan pelajar tingkatan empat”. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan 7
  • 8. kualitatif: pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 – 187). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Gilligan, C. (1982). In a different voice: Psychological theory and women’s development. Cambridge, MA: Harvard University Press. Narvaez, D. (2001). Community voices and character education. Minnesota Department of Children, Families & Learning and University of Minnesota. Noddings, N. (1984). Caring: a feminine approach to ethics and moral education. Berkeley: University of California Press. Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press. Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry of caring: education as nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation. Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moral thinkihg: A neo-Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum. 8