SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
0
TUGASAN
JANUARI 2014 SEMESTER
KOD KURSUS EFF 312
NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR
NO. MATRIK
NAMA FASILITATOR
AKADEMIK
PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
1
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
PENDAHULUAN 2
1.Transkripsi Fonetikbagi 3
1.1 Lirik Lagu“Bunyi gitar”oleh P. Ramlee 4
1.2 Lirik Lagu“Getaran jiwa” oleh P. Ramlee 7
2. Esei bertajuk “Penggunaan Bahasa Baku Kurang 9 - 14
Diberi perhatian Di Sekolah Rendah”
3. Ringkasan artikel bertajuk “InventoriVokal Dialek 15 - 22
Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula”,
oleh Adi Yusran Abdul Aziz (2010)
PENUTUP 23
BIBILIOGRAFI 24
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
2
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin
memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan
bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Objektif tugasan ini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan fonetik dan ejaan
dalam sistem sebutan dan intonasi; menulis semula sistem bunyi bahasa Melayu berdasarkan
rumus fonologi generatif; menunjukkan rasa prihatin terhadap kepentingan sistem bahasa
baku; membuat justifikasi sumbangan fonetik dan fonologi terhadap perkembangan bahasa
Melayu; seterusnya mengenal pasti permasalahan dan perbezaan yang wujud dalam
pendekatan fonetik dan fonologi bahasa Melayu.
Tugasan ini mengkehendaki pelajar menyelesaikan tiga kehendak soalan tugasan yang
bermula dengan lirik lagu Bunyi gitar dan Getaran jiwa (oleh P. Ramlee) dalam bentuk
Transkripsi Fonetik; diikuti dengan penulisan esei bertajuk “Penggunaan Bahasa Baku
Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah”; seterusnya diikuti dengan ringkasan
artikel bertajuk “InventoriVokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula”
oleh Adi Yusran Abdul Aziz.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya
kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian.Ucapan ribuan terima
kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan
sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai.
Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak pendedahan kepada diri saya tentang
lambang-lambang fonetik dan fonologi sejagat dengan penekanan khusus terhadap bunyi-
bunyi bahasa Melayu dan juga kaitan fonetik dan fonologi bahasa Melayu dengan sebutan
baku serta sistem ejaan bahasa Melayu.Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini
dalam meneroka dunia ilmu yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.
Disediakan oleh :
SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI 26 Mac 2014M
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
3
690506125566
AEU Kudat
1. Lirik Lagu Bunyi Gitar Dan Getaran Jiwa Oleh P. Ramlee Dalam Bentuk
Transkripsi Fonetik.
Lirik Lagu “Bunyi Gitar” (Oleh P.Ramlee)
Oh bunyi gitar
Irama twist
Tidak sabar
Si gadis manis
Dengar lagu rancak gembira
Hatinya rindu tergoda
Ingin dapat teman
Menari suka ria
Sungguh merdu
Lagu ini
Siapa mahu
Boleh menari
Pilih satu teman sendiri
Ataukah si hitam manis
Kalau sudi mari, kita menari twist
Oh gitar berbunyi
Menawan hati sedang berahi
Oh rancaknya irama
Dapat mikat sukma
Gadis dan teruna
Mari cari teman gembira
Gitar solo, Dan melodi
Ikut tempo
Kalau menari
Sila adik,
sila cik abang
Marilah kita berdendang
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
4
Irama gembira
Hati jadi riang
1.1 Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu “Bunyi Gitar” (Oleh P.Ramlee)
Oh bunyi gitar :[#ˀoh buɲ i gitar#]
Oh : [#oˀh] bunyi : [#buɲ ĩ#] gitar : [#gitar#]
Irama twist :[#ˀiram twis#]
Irama : [#ˀiram #] twist : [#twis#]
Tidak sabar :[#tidaʔ sabar#]
Tidak : [#tidaʔ #] sabar : [#sabar#]
Si gadis manis :[#si gadis m nĩs#]
Si : [#si#] gadis : [#gadis#] manis : [#m nĩs#]
Dengar lagu rancak gembira :[#dəŋ r laˀgu rančaʔ gəmbira#]
Dengar : [#deŋ r#] lagu : [#laˀgu#] rancak : [#rančaʔ #] gembira :
[#gəmbira#]
Hatinya rindu tergoda :[#hatiɲ a rinˀdu tərgoda#]
Hatinya : [#hatiɲ a#] rindu: [#rinˀdu #] tergoda : [#tərgoda#]
Ingin dapat teman :[#ˀiŋĩn dapat tə n#]
Ingin : [#ˀiŋĩn#] dapat : [#dapat#] teman : [#tə n#]
Menari suka ria :[#mən ri ˀsuka riʲ a #]
Menari : [#mən ri#] suka : [#ˀsuka#] ria : [#riʲ a#]
Sungguh merdu :[#ˀsuŋˀguh mərˀdu#]
Sungguh : [#ˀsuŋˀguh#] merdu : [#mərˀdu#]
Lagu ini :[#laˀguˀinĩ#]
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
5
Lagu: [#laˀgu#] ini :[#ˀinĩ#]
Siapa mahu :[#siʲ ˀhu#]
Siapa : [#siʲ apa#] mahu : [# ˀhu#]
Boleh menari :[#ˀboleh mən ri#]
Boleh :[#ˀboleh#] menari : [#mən ri]
Pilih satu teman sendiri :[#pilih saˀtu təm n səndiri#]
Pilih : [#pilih#] satu : [#saˀtu#] teman : [#təm n#] sendiri : [səndiri]
Ataukah si hitam manis :[#ˀataukah si hitam m nĩs#]
Ataukah : [#ˀataukah#] si : [#si#] hitam : [#hitam#] manis : [#m nĩs#]
Kalau sudi, :[#kalauˀsudi#]
Kalau : [#kalau#] sudi : [#ˀsudi#]
Mari kita menari twist :[#m ri kita mə ri twis#]
Mari : [#m ri#] kita : [#kita#]menari : [#mən ri#] twist : [#twis#]
Oh gitar berbunyi :[#ˀoh gitar bərˀbuɲ i#]
Oh : [#ˀoh#] gitar : [#gitar#] berbunyi : [#bərˀbuɲ i#]
Menawan hati sedang berahi :[#mə wan hati sədaŋ bərahi#]
Menawan : [#mə wan#] hati : [#hati#] sedang : [#sədaŋ#] berahi : [#bərahi#]
Oh rancaknya irama :[#ˀoh rančaʔ ɲ a ˀiram #]
Oh : [#ˀoh#] rancaknya : [#rančaʔ ɲ a#] irama : [#ˀ #]
Dapat mikat sukma :[#dapat mĩkat ˀsuʔ #]
Dapat :[#dapat#] mikat : [#mikat#] sukma : [ˀsuʔ #]
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
6
Gadis dan teruna :[#gadis dan təˀ #]
Gadis : [#gadis#] dan : [#dan#] teruna :[təˀrun #]
Mari cari teman gembira :[#m ričari təm n gəmbira#]
Mari :[#m ri#] cari : [#čari#] teman : [#tə n#] gembira : [#gəmbira#]
Gitar solo :[#gitar ˀsoˀlo#]
Gitar : [#gitar#] solo: [#ˀsoˀlo#]
Dan melodi :[#dan meˀlodi#]
Dan : [#dan#] melodi : [#meˀlodi#]
Ikut tempo :[#ˀiˀkut temˀpo#]
Ikut :[#ˀiˀkut#] tempo : [#temˀpo#]
Kalau menari :[#kalau mə ri#]
Kalau :[#kalau#] menari : [#mə ri#]
Sila adik, :[#sila ˀadiʔ #]
Sila :[#sila#] adik, : [#ˀadiʔ #]
sila cik abang : [#sila čiʔ ˀabaŋ#]
sila : [#sila#] cik : [#čiʔ #] abang :[#ˀabaŋ#]
Marilah kita berdendang : rilah kita bərdendaŋ#]
Marilah rilah#] kita : [#kita#] berdendang : [#bərdendaŋ#]
Irama gembira : gəmbira#]
Irama : [#ˀirama] gembira : [#gəmbira#]
Hati jadi riang :[#hati jadi riʲ aŋ#]
Hati :[#hati] jadi : [#jadi#] riang : [#riʲ aŋ#]
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
7
Lirik Lagu “Getaran Jiwa” (Oleh P.Ramlee)
Getaran jiwa
Menlanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan
Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu
Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa Hampa
1.2 Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu “Getaran Jiwa” (Oleh P.Ramlee)
Getaran jiwa :[#gətaran jiwa#]
Getaran : [#gətaran#] jiwa : [#jiwa#]
Menlanda hatiku :[#məlanda hatiˀku#]
Menlanda :[#məlanda#] hatiku : [#hatiˀku#]
Tersusun nada :[#tərˀsuˀ da#]
Tersusun :[#tərˀsuˀsun#] nada : [# da#]
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
8
Irama dan lagu :[#ˀiram dan laˀgu#]
Irama :[#ˀiram #] dan : [#dan#] lagu : [#laˀgu#]
Walau hanya sederhana :[#walau haɲ a sədə #]
Walau :[#walau#] hanya : [#haɲ a#] sederhana :[#sədə #]
Tetapi tak mengapa :[#tətapi taʔ məŋapa#]
Tetapi :[#tətapi#] tak : [#taʔ #] mengapa : [#məŋapa#]
Moga dapat membangkitkan :[#ˀmoga dapat məmbaŋkitkan#]
Moga : [#ˀmoga #] dapat : [#dapat#] membangkitkan : [#məmbaŋkitkan#]
Sedarlah kamu wahai insan :[#sədarlah kaˀmu wahai ˀinsan#]
Sedarlah :[#sədarlah#] kamu : [#kaˀmu#] wahai : [#wahai#] insan : [#ˀinsan#]
Tak mungkin hilang :[#taʔ ˀmuŋkin hilaŋ#]
Tak :[#taʔ #] mungkin : [#ˀmuŋkin#] hilang : [#hilaŋ#]
Irama dan lagu :[#ˀiram dan laˀgu#]
Irama :[#ˀiram #] dan : [#dan#] lagu : [#laˀgu#]
Bagaikan kembang :[#bagaikan kəmbaŋ#]
Bagaikan :[#bagaikan#] kembang : [#kəmbaŋ#]
Sentiasa bermadu :[#səntiʲ asa bərmaˀdu#]
Sentiasa :[#səntiʲ asa#] bermadu : [bermadu]
Andai dipisah :[#ˀandai dipisah#]
Andai :[#ˀandai#] dipisah : [#dipisah#]
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
9
Irama dan lagu :[#ˀiram dan laˀgu#]
Irama :[#ˀiram #] dan : [#dan#] lagu : [#laˀgu#]
Lemah tiada berjiwa hampa :[#lə h tiʲ ada bərjiwa hampa#]
Lemah :[#lə h#] tiada : [#tiʲ ada#] berjiwa : [#bərjiwa#] Hampa : [#hampa#]
2. Esei bertajuk :
“Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah”
Bahasa melambangkan identiti bangsa dan sesebuah negara itu.Bahasa jua menjadi
wahana atau medium yang sangat penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu
padu.Boleh dikatakan bahawa bahasa itu tonggak tamadun bangsa dan melambangkan jati
diri bangsa.Bagi negara kita tercinta, bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan adalah bahasa
Melayu.Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengekalkan penggunaan
bahasa Melayu sekaligus memupuk rasa cinta dan sayangkan bahasa Melayu dalam
kehidupan masa kini mahupun masa hadapan. Dalam memperkasakan bahasa Melayu, kita
perlu menyedari bahawa bahasa Melayu itu perlu digunakan dalam bentuk bahasa Melayu
baku. Secara sedar atau tidak, pembakuan bahasa Melayu ini pada hakikatnya telah
menyumbang ke arah perpaduan rakyat di negara kita.Apakah yang dimaksudkan dengan
pembakuan bahasa?Pasti ramai individu yang kurang arif tentang definisi pembakuan bahasa.
Jika kita lihat definisi yang ditegaskan oleh Awang Sariyan (1966 : 3), pembakuan bahasa
ialah usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat
menjadi dasar ukuran”. Namun, usaha memperkasakan bahasa Melayu baku ini memerlukan
gandingan kerjasama kuat oleh semua pihak supaya tidak dihalangi oleh masalah kerancuan
bahasa mahu pun pencemaran bahasa. Saya mengatakan hal yang demikian kerana usaha
mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu baku menghadapi cabaran hebat dalam
banyak situasi dan peringkat lapisan masyarakat. Isu ini termasuklah penggunaan bahasa
Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah.
Kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa sering menghalangi proses pembakuan
bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan
sebagai keadaan rancu (tidak teratur dsb); kekacauan. Kerancuan bahasa pula bermaksud
kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk terhadap usaha
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
10
dalam menstandardkan bahasa Melayu . Manakala Dr. Nik Safiah Karim (1986) telah
mendefinisikan pencemaran bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-
peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau
susunan frasa dan ayat.
Saya amat bersetuju dengan pernyataan bahawa penggunaan bahasa baku
kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Ini kerana fenomena tersebut turut berlaku di
sekolah tempat saya bertugas. Melalui pengalaman dan pemerhatian saya keatas penggunaan
bahasa baku di sekolah, saya dapati penggunaannya amat terhad oleh kalangan sebahagian
pelajar sehingga menunjukkan wujudnya kesukaran untuk menguasai bahasa Melayu baku.
Penggunaan bahasa baku hanya dititikberatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dan ketika program-program bahasa Melayu dijalankan seperti Minggu Bahasa Melayu.
Hanya pelajar-pelajar aras satu dalam mata pelajaran bahasa Melayu sahaja yang mampu
menggunakan bahasa baku dengan betul. Saya juga dapati masalah yang dihadapi oleh
sebahagian pelajar ini dalam menggunaan bahasa baku adalah masalah kerancuan bahasa
dalam bentuk bahasa pasar atau bahasa basahan.Bahasa pasar ialah bahasa yang
digunakan dalam percakapan seharian. Para pelajar di situ menjadi kelaziman mereka
bertutur dalam bahasa pasar atau juga dikenali sebagai bahasa pidgin (rojak) sehinggakan
menggunakannya semasa menjalani proses pembelajaran. Sebagai contoh, ayat-ayat bahasa
Melayu yang dibina oleh beberapa orang pelajar :
i. Farhan ndak (tidak) mau (mahu) melanggar perintah ibu lagi.
ii. Lelaki itu balik-balik (sering kali) mencuri wang orang lain.
iii. Kelihatan dari jauh kilat(halilintar) sambung-menyambung(sabung-
menyabung).
iv. Bisukmulai sudah sekolah(Besok sekolah akan bermula.).
v. Jangankasi besarsuara kamu (Jangan besarkan suara kamu).
Tindakan ini menyebabkan terbantutnya penguasaan ke atas bahasa Melayu baku yang betul
di kalangan pelajar tersebut. Punca utama berlakunya kerancuan bahasa di sekolah tempat
saya bertugas adalah gangguan daripada bahasa pasar yang dituturkan dalam kehidupan
seharian.
Di samping itu, saya turut mendapatkan pandangan dan maklumat tentang
pernyataan“Penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah
rendah”melalui temu bual bersama dua orang guru bahasa Melayu di salah sebuah sekolah
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
11
rendah. Kedua guru tersebut hanya ingin dikenali dengan guru A dan guru B. Mereka telah
memberi kerjasama yang baik sepanjang temubual tersebut. Maklumat pertama saya
perolehi daripada guru A dan B adalahmereka bersependapat bahawapenggunaan bahasa
Melayu Baku di sekolah mereka kurang diberi perhatian sewajarnya sama ada
kalangan guru-guru mahu pun para pelajar. Melalui pemerhatian Guru A dan B, mereka
dapati semasa guru-guru menyampaikan pengumuman atau peringatan di tapak perhimpunan,
bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa Melayu baku yang bercampur aduk dengan
bahasa pasar. Mereka tidak menggunakan bahasa baku sepenuhnya, sebaliknya diselit dengan
kata-kata dari bahasa pasar. Sebagai contoh :
i. “Baiklah murid-murid, tolong berentiˀ (berhenti) bercakap ketika guru
menyampaikan maklumat penting”.
ii. “Saya taulah (maklum/tahu) kamu mo (murid-murid ingin) cepatsiap
(perhimpunan segera selesai), tapi kalau ya pun(meskipun begitu, saya
berharap) bagidulu (supaya kamu boleh berikan) perhatian untuk beberapa
minit lagi”;
iii. “Apabila waktu rehat tiba, murid-murid diingatkan supaya tidak bertolak-
tolakwaktuturun tangga (berebut-rebut sewaktu melalui tangga)”.
iv. “Siapabalik-balik(Sesiapa yang kerap) buang (membuang) sampah dalam
bilik darjah, nanticikgurepot sama bapa mama dia (cikgu akan
melaporkannya kepada ibu bapa kamu)”.
v. “Sanang-sanangjaˀ(Dengan sewenang-wenangnya ada murid telah)kamu
kasi kotor(mengotorkan) kawasan kantin sekolah”.
Maklumat kedua, Guru A menyatakan bahawa para pelajar di situ hanya
menggunakan bahasa Melayu baku apabila di minta untuk membuat karangan bahasa,
sewaktu aktiviti menyampaikan pelbagai bentuk teks dijalankan,.Namun, Guru A
sempat menjelaskan bahawa karangan yang dibina oleh sebahagian pelajar masih
menggunakan bahasa pasar dalam membina ayat demi ayat.Selain aktiviti tersebut, majoriti
pelajar lazimnya menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan seharian.Pelajar-pelajar yang
sering menggunakan bahasa pasar ini kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar
yang mempunyai masalah kerancuan dalam tatabahasa seperti kurang kosa kata baku
yang betul, tidak menguasai penggunaan kata dalam ayat dengan baik, tidak menguasai
penggunaan kata sendi dan juga tidak menguasai penggunaan „adalah‟ atau „ialah‟.
Walaubagaimanapun pelajar-pelajar yang dapat menguasai tatabahasa Melayu sentiasa
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
12
menggunakan bahasa Melayu baku dengan betul. Berikut adalah contoh-contoh kesalahan
tatabahasa dan kesalahan bahasa Melayu baku yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar
tersebut :
● Kesilapan penggunaan kata dalam ayat bersama penggunaan bahasa pasar :-
i. Punya berbagai barang di kedai itu. (Ada pelbagai barang di kedai itu.)
ii. Saya dibagi sebuah buku. (Sebuah buku diberikan kepada saya)
iii. Saya membagi Ibu sehelai tudung. (Saya memberikan sehelai tudung kepada ibu.)
● Kesilapan penggunaan kata sendi bersama penggunaan bahasa pasar :-
i. dimana-mana sajaˀ(di mana-mana sahaja.)
ii. dijaman ini (pada zaman ini.)
iii. Beg di gendongoleh abang. (Beg digalas oleh abang.)
● Kesilapan penggunaan „adalah‟ atau „ialah‟ bersama penggunaan bahasa pasar :-
i. Utan adalahciptaan Allah. (Hutan ialah ciptaan Allah).
ii. Suar itu ialah bersih. (Seluar itu adalah bersih.)
iii. Usaha yang dibuat adalah membanyakkan risalah. (Usaha yang dijalankan ialah
memperbanyakkan risalah.
iv. Adalah dibagitahu bahawa …. (Dengan ini dimaklumkan bahawa….)
v. Para ustad dan ustajah adalahdipelawa… (Para ustaz dan ustazah dipelawa….)
Seterusnya maklumat ketiga pula ditambah lagi oleh Guru B. Beliau menjelaskan
tentang faktor-faktor penyebab kerancuan bahasa mahupun kerancuan tatabahasa yang
berlaku di sekolah tempat beliau bertugas.Faktor pertama adalah gangguan daripada bahasa
bahasa pasar.Ia amat mempengaruhi penggunaan kosa kata dalam kehidupan seharian.
Bahasa pasar mampu menukarkan perkataan-perkataan baku kepada perkataan-perkataan
yang berbeza dari sudut sebutan dan ejaannya. Majoriti pelajar pula sejak kecil mereka
bertutur menggunakan bahasa pasar yang dituturkan oleh ibu bapa mereka dan juga
masyarakat sekeliling mereka. Sudah tentu penggunaan bahasa pasar amat memberi kesan ke
atas penggunaan bahasa Melayu baku sehingga menganggap bahasa pasar itu sememangnya
betul dan tergolong dalam bahasa Melayu baku. Faktor yang kedua pula, para pelajar
kurang pendedahan kepada kosa kata Melayu baku. Ini termasuklah kurangnya kesedaran
bahawa amalan membaca itu penting untuk mendedahkan diri kepada pelbagai kosa kata
Melayu baku yang betul. Para pelajar masih tidak mengenali bahasa Melayu sepenuhnya
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
13
sama ada dari sudut sejarahnya, kelebihannya, kepentingannya, keunikannya dan yang paling
utama tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara bahasa Melayu sejak
dahulu, sekarang dan masa akan datang. Faktor yang ketiga, pelajar membaca bahan bacaan
yang banyak kesalahan bahasa di dalamnya.Sebagai contoh mereka ada yang membaca buku-
buku komik. Buku komik biasanya menggunakan bahasa-bahasa pasar kerana ia lebih ringkas
untuk para pembacanya. Ini juga berpotensi mencemarkan bahasa Melayu baku sehingga
penggunannya kurang diberi perhatian dalam kalangan sebahagian pelajar. Selain itu bahan
bacaan untuk para pelajar selalunya terdiri daripada buku-buku rujukan bahasa Melayu
sebagai contoh buku teks bahasa Melayu, buku rujukan karangan bahasa Melayu, buku
rujukan tatabahasa Melayu.Ini menunjukkan kepada kita bahawa penggunaan bahan bacaan
yang pelbagai boleh membuatkan para pelajar keliru dengan huraian yang berbeza-beza.Bagi
pelajar yang tidak bermasalah dalam pembelajaran bahasa Melayu, mereka mempunyai
peluang cerah untuk memahami sesuatu topik.Sebaliknya, bagi pelajar yang mempunyai
masalah pembelajaran bahasa Melayu, mereka cenderung kepada kekeliruan dan sukar
memahami sesuatu topik.Seterusnya faktor yang keempat, para pelajar tidak mengetahui
sistem bahasa dari sudut ejaan dan juga bunyi.Apabila tidak mengetahui ejaan dan bunyi
sesuatu perkataan yang betul, sudah tentu pelajar mengambil tindakan untuk memilih ejaan
yang biasa digunakan dalam bahasa pasar dan mula menganggapnya itu ejaan dan bunyi yang
betul.Sebagai contoh:sarikat (syarikat), membukak pintu (membuka pintu), ndak
mau(tidak mahu).
Demikianlah pendapat serta huraian yang sangat jelas oleh kedua orang Guru A dan
B. Mereka telah berkongsi tentang sejauh mana penggunaan bahasa Melayu baku digunakan
di sekolah rendah tempat mereka bertugas dengan huraian tentang masalah-masalah yang
melanda bahasa Melayu baku, faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada penggunaan
bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah seterusnya menyediakan contoh bagi
setiap masalah kerancuan bahasa dan juga kerancuan tatabahasa.
Awang Sariyan (1994)berkata : “Salah satu punca utama terjadinya kerancuan
bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa
Melayu itu sendiri.Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan
bahasa jika bahasa yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh
manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa?”. Kata-kata Awang
Sariyan menyedarkan kita bahawa kerancuan bahasa telah berlaku sejak dahulu lagi
sehinggalah sekarang dan berpotensi untuk berlaku pada masa hadapan. Namun, usaha
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
14
pembakuan bahasa Melayu perlu diteruskan supaya mutu bahasa Melayu sama ada lisan
atau tulisan sentiasa terpelihara, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan tidak tergugat, bahasa Melayu yang indah tidak dipinggirkan oleh generasi
Melayu; masyarakat Melayu akan lebih mengagungkan bahasa Melayu daripada bahasa
asing dan tidak berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Terdapat beberapa cadangan untuk memaksimakan penggunaan bahasa Melayu
baku di sekolah rendah antaranya guru-guru perlu menunjukkan contoh kepada pelajar
dengan kerap menggunakan bahasa baku sama ada dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah. Guru-guru seharusnya elak daripada menggunakan bahasa pasar bimbang nanti
pelajar pun akan ikut jejak guru. Guru perlu cetus perubahan daripada celik bahasa pasar
kepada persekitaran celik bahasa Melayu baku. Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan
kekabutan perlu segera dilakukan bukan sahaja oleh guru-guru bahasa Melayu, malah semua
guru dan juga pihak ibu bapa pelajar perlu menggalakkan anak-anak mereka supaya rajin
membaca pelbagai bahan bacaan bermanfaat dalam bahasa Melayu untuk meluaskan lagi
kosa kata bahasa Melayu baku. Pihak sekolah pula sebaiknya merancang aktiviti-aktiviti
bahasa seperti bulan bahasa Melayu, pertandingan menulis esei, pertandingan bercerita,
pertandingan deklamasi sajak, pertandingan syarahan, kuiz bahasa Melayu, pertandingan
menghasilkan folio kosa kata bahasa Melayu dan banyak lagi aktiviti bertujuan memupuk
rasa cinta dan tanggungjawab memelihara bahasa Melayu. Selain itu, penguatkuasaan dan
pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan
supaya bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunannya. Ini
termasuklah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar nombor satu di sekolah-
sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi seterusnya di
jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta. Sebagai contoh, bahasa Melayu digunakan dalam
surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat, serta digunakan pada papan iklan, papan
perniagaan, nama tempat, jalan bangunan dan sebagainya. Selain itu, pihak media cetak dan
elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi
mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu.
Pihak media sangat dituntut untuk memberi kerjasama ke arah memartabatkan bahasa
Melayu yang bersih daripada kerancuan bahasa atau sebarang pencemaran bahasa.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa penguasaan bahasa
oleh generasi muda kita bermula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga semua
lapisan masyarakat perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
15
isu penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Sesungguhnya,
pembakuan bahasa di sekolah rendah sering dilanda masalah kerancuan bahasa dan juga
kerancuan tatabahasa.Barisan guru dan ibu bapa pelajar perlu memberi galakan kepada para
pelajar supaya mengamalkan budaya membaca bahan-bahan bacaan ilmiah dalam bahasa
Melayu bsgi memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu baku.Guru-guru dan ibu bapa juga
perlu memupuk rasa cintakan bahasa Melayu dalam diri pelajar atau anak-anak
sekalian.Sesungguhnya bahasa Mealayu itu melambangkan maruah negara bangsa serta
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
3. RingkasanArtikel
Tajuk Artikel :InventoriVokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula
Penulis Artikel :Adi Yusran Abdul Aziz (2010)
Sumber : Universiti Putra Malaysia, Jurnal Persatuan Linguistik, 11. Pp. 1-19. IS
1823-9242
Tujuan Kajian dan Kaedah Pengumpulan Data
Kajian ini bertujuan menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap
inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan
pendapat dalam kalangan pengkaji.Aspek yang dikaji ialah aspek segmen vokal dialek
Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan
simbol vokal InternationalPhonetic Alphabet (IPA).
Manakala kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah
menggunakan data berbentuk dokumen.Dokumen ialah segala bahan tertulis mahupun
filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000).Penyelidik menggunakan
analisis dokumen bagi mendapatkan data secara objektif melalui dokumen.Dalam kajian
ini,aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem,vokal
oral sengau,serta penggunaan simbol vokal InternationalPhonetic Alphabet (IPA)dianalisis
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
16
dengan menggunakan pendekatan fonologi generatif.Data kajian terdiri daripada sumber
sekunder yang diperoleh daripada kajian kepustakaan.
Dapatan Kajian
Dapatan kajian yang terkandung dalam artikel ini atau yang diperolehi oleh
penyelidikantaranya adalah:
i.Inventori Vokal Dialek Kelantan
Berdasarkan ciri fonologi generatif, inventori vokal lazimnya disusun berdasarkan
posisi lidah di dalam rongga oral, iaitu tinggi, tengah (di antara tinggi dan rendah), dan
rendah yang disusun secara menegak, manakala depan, tengah (di antara depan dan
belakang), dan belakang, disusun melintang seperti yang ditunjukkan di bawah Inventori
vokal Dialek Kelantan :
Rajah 1 : Inventori vokal Dialek Kelantan
Rajah 1 menunjukkan ada enam fonem vokal dalam Dialek Kelantan. Teoh (1994)juga
bersetuju dengan enam fonem vocal tetap tidak sama dengan susunan inventori vokal yang
berdasarkan ciri fonetik sebagaimana yang terkandung dalam The International Phonetic
Alphabet (IPA). Susunan melintang mengikut IPA adalah berdasarkan ruang antara
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
17
artikulator lidah dengan titik artikulasi, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas, dan luas
yang tidak digunakan sebagai fitur distingtif dalam analisis fonologi.Kebanyakan analisis
fonologi terkini, kedudukan tinggi, tengah, rendah, depan, dan belakang tidak lagi dinyatakan
secara bertulis kerana ia boleh difahami dengan melihat susunan fonem tersebut. Fitur tinggi,
rendah, belakang yang dianggap sebagai fitur asas dalam teori fonologi generatif oleh
Chomsky dan Halle (1968) boleh dilihat secara jelas dalam carta di atas, tetapi terdapat dua
lagi fitur yang turut memainkan peranan penting dalam analisis fonologi yang tidak
ditunjukkan dalam carta tersebut, iaitu fitur bundar dan advanced tongue root [ATR] atau
pangkal lidah ke depan.
ii. Fitur Distingtif Bagi Fonem Vokal
Dalam analisis fonologi generatif model linear, keseluruhan fitur-fitur vokal yang
dinyatakan di atas direpresentasikan dalam jadual matriks fitur seperti berikut:
Jadual 1 :Matriks Fitur Dialek kelantan
Jadual di atas menunjukkan fitur-fitur asas vokal, iaitu tinggi, rendah, dan belakang
adalah seperti yang ditunjukkan dalam inventori vokal Dialek Kelantan..Fitur bundar pula
dinilai berdasarkan kedudukan dua bibir. Jika dua bibir dibundarkan maka fiturnya
[+bundar], jika dua bibir dihamparkan maka fiturnya ialah [-bundar]. Manakala bagi fitur
[ATR] pula, apabila pangkal lidah dikedepankan maka fiturnya adalah [+ATR], jika pangkal
lidah dikebelakangkan maka fiturnya adalah [-ATR]. Fitur [ ATR] ini penting bagi
membezakan vokal tengah-tinggi /e/ dan /o/ yang mempunyai fitur [+ATR] dengan vokal
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
18
tengah-rendah dan yang mempunyai fitur [-ATR] (Roca & Johnson 1999). Fonem vokal
tengah /ə/ dan /a/ secara fonologinya boleh menjadi [+ATR] atau [-ATR] bergantung kepada
perilaku fonologi dalam bahasa tersebut (Spencer 1996; Howe 2003). Berdasarkan perilaku
fonologi dalam Dialek Kelantan,/ə/ berfitur [+ATR] manakala /a/ berfitur [-ATR]. Pendapat
ini selaras dengan pendapat dan data yang dikemukakan oleh Teoh (1994) dan juga selaras
dengan kebanyakan bahasa lain di dunia. Perilaku fonologi Dialek Kelantan bagi fitur [
ATR] boleh dilihat dalam fenomena harmoni vokal. Ciri kendur atau lax dan tegang atau
tense juga dimasukkan dalam jadual di atas kerana ia diperlukan dalam kajian ini. Ia
ditandakan ( ) bagi menunjukkan bahawa ia adalah fitur distingtif unari. Bagaimanapun
dalam matriks fitur tidak terdapat fitur tengah dan depan kerana ia tidak diperlukan dalam
analisis fonologi. Ia boleh digambarkan dengan cara memberikan nilai positif [+] dan negatif
[-] pada fitur-fitur asas yang disebutkan tadi.
iii. Vokal terbitandalam Dialek Kelantan,
Vokal terbitandalam Dialek Kelantan, iaitu vokal . Segmen vokal [Ɛ ]
dan [ˀ]kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi], [-rendah],
[-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [ɑ ] pula berfitur [+rendah], [+belakang], dan
[tegang].Kedua-dua vokal [ɐ , ˀ] adalah vokal terbitan dan bukan berstatus fonem dalam
Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa generalisasi fonologi.Pertama,
fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal bahasa induknya, iaitu
bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya saling memahami antara penutur dialek-dialek
tersebut dan bentuk fonetik yang dihasilkan itu adalah direalisasikan daripada bentuk
fonemik yang sama. Setakat ini, ahli bahasa Melayu sepakat mengatakan bahawa fonem BM
hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, ǝ , a, o, u/. Kedua, kehadiran segmen vokal [ɐ , ˀ] dalam
kata adalah mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek Kelantan tiga
kemungkinan kehadiran [ɐ ] dan [ˀ], iaitu [ɐ ] yang direalisasikan daripada /e/ (misalnya :
[ge.leʔ ]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (misalnya : /haiyan/ [ ].
Manakala segmen vokal [ˀ] pula direalisasikan daripada /o/ (misalnya : /botol/
[bˀ.tˀ:]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata (misalnya : /taubat/ [tˀ.baʔ ], /buaia/
[bˀ.jɑ ).Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan pandangan yang berbeza daripada
pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/ pada suku kata akhir
tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U] bukannya vokal tegang [e,
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
19
o].Beliau beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o] pada suku kata akhir tertutup,
jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian. Contoh yang diberikan oleh beliau
adalah seperti di bawah:
Rajah 2 : Perealisasian segmen vokal [I, U] oleh Teoh (1994)
Penyelidik berpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di atas
ialah [bi.siʔ ], [lu.kih], [hi.doʔ ], dan [tu.toʔ ].Hanya Teoh (1994) pengkaji yang
menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka.Namun bagi penyelidi kajian
ini, kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh penutur asli Dialek Kelantan.Data yang
digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak meragukan dan mungkin bersifat ideolek.Teoh juga
menamakan bahasa Okpe, salah satu bahasa Benue-Congo yang dituturkan di Nigeria,
contohnya berlaku pengenduran vokal seperti ini.Hoffman 1973 (dlm.Casali 1996)
beranggapan bahawa dalam bahasa Okpe, segmen vokal [I, U]
hanya wujud dari segi
fonologinya, tetapi masih [e, o] dari segi fonetiknya.Ini disebabkan kehadiran vokal tersebut
ditentukan oleh harmoni vokal.Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang
menunjukkan vokal-vokal berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu
nilai yang sama bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Setelah Setelah
dianalisis kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama seperti
dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [±ATR]. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa
harmoni vokal Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan
segmen-segmen vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi
fitur [±ATR].Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi dalam
Dialek Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam suku kata akhir
tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal suku kata akhir tertutup
Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U, Ɛ , ˀ, a, ɐ ] yang bersamaan dengan semua vokal
terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat fenomena yang berlaku dalam skop yang
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
20
lebih sempit daripada harmoni vokal yang melampaui batas suku kata.Ini bermakna
penjelasan berdasarkan harmoni vokal adalah lebih berpada.
Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas
menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak harmoni. Dalam
suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal dalam suku kata kedua [I, U]
berfitur [-ATR].Kaedah analisis berdasarkan harmoni vokal telah terbukti berkesan.Bagi
tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas Dialek Kelantan, terutamanya bagi
menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/ yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir
tertutup. Sebagai contoh :
Rajah 3 : Data harmoni vocal [+ATR] bagi /i/ dan /e/ dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan
Maklumat b terdiri daripada /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu adalah dianggap
fonemik, iaitu mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai [bi.lƐ ʔ ], sebagaimana /golek/
direalisasikan sebagai [gˀ.lƐ ʔ ].Dalam hal ini, harmoni vokal sekali lagi memainkan peranan
penting kerana pasangan vokal [i+Ɛ ] adalah tidak harmoni, iaitu tidak berasimilasi pada fitur
[ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [Ɛ ] berfitur [-ATR]. Fenomena ini tidak
akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni vokal ini, pilihan terbaik
ialah mengekalkan bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang berasimilasi pada
fitur [+ATR]. Berdasarkan kaedah harmoni vokal di atas, satu tanggapan boleh dibuat
untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata akhir tertutup Dialek
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
21
Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/ di
peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u] dan [o] dalam suku
kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua vokal yang berbeza
/u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/ dalam suku kata akhir tertutup
ialah /i+u/, /u+u/, /ə+u/, dan /a+u/ seperti berikut :
/tikus/ [ti.kuh]
/lutut/ [lu.tuʔ ]
/letup/ [le.tuʔ ]
/patuk/ [pa.tuʔ ]
Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/, /u+o/, /ǝ +o/,
dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh:
/sibok/ [si.boʔ ]
/kutok/ [ku.toʔ ]
/pǝ lok/ [pǝ .loʔ ]
Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR].Dengan itu penulis artikel ini
mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam suku kata
akhir tertutup Dialek Kelantandalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam suku kata akhir
tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana Zaharani (1999, 2005)
dan sistem ejaan Za’ba (1965).
iv. Vokal terbitan [ɑ ]
Teoh (1994) menggunakan simbol [ɐ ] bagi merujuk kepada segmen vokal [ɑ ].Istilah
IPA bagi simbol [ɐ ] ialah vokal tengah hampir luas (near-open central vowel). Dalam kajian
fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai fitur [+belakang].
Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh itu, penggunaan simbol ini
masih mengundang kekeliruan terutama dari segi fonetiknya. Contoh bunyi [ɐ ] yang ditemui
dalam laman web Wikipedia dan Summer Institute of Linguistics (SIL) International didapati
agak berbeza dengan bunyi /a/ di akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi [ɑ ]
dalam laman web yang sama. Perbandingan bunyi [ɑ ] juga dibuat dengan beberapa
perkataan bahasa Inggeris Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford
Advanced Learners Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [pɑ :d], pot [pɑ :t], dan rock[rɑ :k]
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
22
yang didapati hampir sama dengan bunyi [ɑ ] dalam perkataan kata [ka.tɑ ], kapak [ka.pɑ ʔ ]
dan marah [ma.yɑ h] dalam dialek Kelantan.
Trigo (1991, dlm.Howe, 2003) pula menggunakan simbol [ɒ ] bagi melambangkan
segmen [ɑ ] dalam Dialek Kelantan.Trigo beranggapan bahawa segmen tersebut mempunyai
fitur [+bundar].Demikian juga pendapat kebanyakan ahli tatabahasa struktural Dialek
Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah [ˀ] yang juga mempunyai fitur
[+bundar].Generalisasi fonologi menjelaskan bahawa kehadiran fitur [+bundar] ini boleh
diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/. Sekiranya fitur tersebut bundar,
contohnya :nya /u/, maka ia akan menyisipkan segmen [w] pada posisi onset imbuhan akhiran
/-an/, contohnya : [a.du.wƐ :]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas [ɑ ]
dan [ˀ] pada posisi akhir kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan
segmen [w] tidak berlaku, contohnyanya [du.gɑ .ʔ Ɛ :], bukannya *[du.gɒ .wƐ :]
atau *[du.gˀ.wƐ :]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur
[-bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana datangnya fitur
tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [ˀ], contohnya : /tolak/ dan
/tolok/ direalisasikan sebagai [tˀ.lˀʔ ] dalam Dialek Kelantan, ia akan menyebabkan
kehadiran [ˀ] dalam kata sukar diramal dan menjadikannya berstatus fonemik. Fenomena ini
bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayuyang
menunjukkan segmen vokal [ˀ] tidak fonemik.
Kesimpulan Kajian
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawaDialek Kelantan mengandungi
sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah/i, e, Ə,
a, o u/dan vocal terbitan ialah [Ɛ ,ˀ,ɑ ]. Artikel Ini juga menjawab persoalan yang timbul
daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik. Ia juga
penting kepada pengkaji Dialek Kelantan yang akan datang. Ini bermakna fonem dialek
Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa Melayu dan sudah pasti bahawa dialek-dialek
lain pun mempunyai inventori fonem yang sama.Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa
simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ialah
[ɑ ] bukannya [ˀ], [ ].atau [ɒ ] seperti yang dianggap oleh pengkaji sebelum ini.Artikel ini
juga menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
23
dengan menggunakan pendekatan fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan
inventori segmen bunyi yang lebih berpada.
PENUTUP
Setelah menyiapkan tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini, dapat lah
dirumuskan beberapa perkara pertama, Fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan
penyebutan dan lambing yang menunjukkan sebutannya.Kedua, transkripsi fonetik
membantu pelajar membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian
pada keaslian bunyi fonetik.Ketiga, transkripsi fonetik membantu membentuk atau mencipta
harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi.Keempatpenguasaan bahasa oleh
generasi muda kita bermula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga semua lapisan
masyarakat perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi isu
penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Sesungguhnya,
pembakuan bahasa di sekolah rendah sering dilanda masalah kerancuan bahasa dan juga
kerancuan tatabahasa.Kelima,Dialek Kelantan mengandungi sembilan segmen vokal iaitu
enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e, Ə, a, o u/dan vocal terbitan
ialah [Ɛ ,ˀ,ɑ ]. Artikel Ini juga menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas
yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik.
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
24
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu, Kuala Lumpur :
Syarikat Percetakan Bintang Baru.
Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007).Linguistik : Fonetik & Fonologi
Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006).Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS
Profesional 2002.
Nik Safiah Karim (1989). Bahasa Melayu Baku Ke Arah Pembinaan Bahasa Kebangsaan
yang sempurna. Dalam Asraf (Editor), Bahasa Melayu Baku : Asas Pembinaan
Tamadun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaludin.Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI
(EFF 312)
25
Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

More Related Content

Similar to Zaharah mokti tugasan fonetik & fonologi eff 312

Similar to Zaharah mokti tugasan fonetik & fonologi eff 312 (6)

PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
 
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
Panduan pengajaran pendidikan muzik tahun 6.
 
68035926 pengajaran-rekoder-sekolah-rendah
68035926 pengajaran-rekoder-sekolah-rendah68035926 pengajaran-rekoder-sekolah-rendah
68035926 pengajaran-rekoder-sekolah-rendah
 
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
Kerja Kursus Stpm 2013 Penggal 3 (BM)
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdfBMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
 

More from Norafsah Awang Kati

More from Norafsah Awang Kati (20)

Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
 
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
 
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
 
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
 
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
 
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
 
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016
FORMAT RPH KSSR BA 2016FORMAT RPH KSSR BA 2016
FORMAT RPH KSSR BA 2016
 
FORMAT RPH KSSR PI 2016
FORMAT RPH KSSR PI 2016FORMAT RPH KSSR PI 2016
FORMAT RPH KSSR PI 2016
 
Kandungan fail rph 2016
Kandungan fail rph 2016Kandungan fail rph 2016
Kandungan fail rph 2016
 
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
 
Rpt ba tahun 4 kssr 2016
Rpt ba tahun 4 kssr 2016Rpt ba tahun 4 kssr 2016
Rpt ba tahun 4 kssr 2016
 
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
 
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
 
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussinTugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
 
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
Tugasan maharah kitabah   jinang hussienTugasan maharah kitabah   jinang hussien
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
 
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah   Jinang HussienTugasan Maharah Kitabah   Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
 

Zaharah mokti tugasan fonetik & fonologi eff 312

  • 1. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 0 TUGASAN JANUARI 2014 SEMESTER KOD KURSUS EFF 312 NAMA KURSUS FONETIK DAN FONOLOGI PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK NAMA FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT
  • 2. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 1 ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat PENDAHULUAN 2 1.Transkripsi Fonetikbagi 3 1.1 Lirik Lagu“Bunyi gitar”oleh P. Ramlee 4 1.2 Lirik Lagu“Getaran jiwa” oleh P. Ramlee 7 2. Esei bertajuk “Penggunaan Bahasa Baku Kurang 9 - 14 Diberi perhatian Di Sekolah Rendah” 3. Ringkasan artikel bertajuk “InventoriVokal Dialek 15 - 22 Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula”, oleh Adi Yusran Abdul Aziz (2010) PENUTUP 23 BIBILIOGRAFI 24
  • 3. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 2 PENDAHULUAN Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T di atas hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini dapat disiapkan sepenuhnya. Objektif tugasan ini adalah untuk mengaplikasikan pengetahuan fonetik dan ejaan dalam sistem sebutan dan intonasi; menulis semula sistem bunyi bahasa Melayu berdasarkan rumus fonologi generatif; menunjukkan rasa prihatin terhadap kepentingan sistem bahasa baku; membuat justifikasi sumbangan fonetik dan fonologi terhadap perkembangan bahasa Melayu; seterusnya mengenal pasti permasalahan dan perbezaan yang wujud dalam pendekatan fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Tugasan ini mengkehendaki pelajar menyelesaikan tiga kehendak soalan tugasan yang bermula dengan lirik lagu Bunyi gitar dan Getaran jiwa (oleh P. Ramlee) dalam bentuk Transkripsi Fonetik; diikuti dengan penulisan esei bertajuk “Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah”; seterusnya diikuti dengan ringkasan artikel bertajuk “InventoriVokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula” oleh Adi Yusran Abdul Aziz. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini terutamanya kepada pihak pensyarah dan penyelia tugasan di atas tunjuk ajar kalian.Ucapan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah meluangkan masa untuk menjalankan sesi kolaborasi bersama. Kerjasama dan keperihatinan semua pihak amat saya hargai. Sesungguhnya, tugasan ini memberi banyak pendedahan kepada diri saya tentang lambang-lambang fonetik dan fonologi sejagat dengan penekanan khusus terhadap bunyi- bunyi bahasa Melayu dan juga kaitan fonetik dan fonologi bahasa Melayu dengan sebutan baku serta sistem ejaan bahasa Melayu.Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu yang perlu dimanfaatkan sebaiknya. Disediakan oleh : SIJARA@ZAHARAH BT MOKTI 26 Mac 2014M
  • 4. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 3 690506125566 AEU Kudat 1. Lirik Lagu Bunyi Gitar Dan Getaran Jiwa Oleh P. Ramlee Dalam Bentuk Transkripsi Fonetik. Lirik Lagu “Bunyi Gitar” (Oleh P.Ramlee) Oh bunyi gitar Irama twist Tidak sabar Si gadis manis Dengar lagu rancak gembira Hatinya rindu tergoda Ingin dapat teman Menari suka ria Sungguh merdu Lagu ini Siapa mahu Boleh menari Pilih satu teman sendiri Ataukah si hitam manis Kalau sudi mari, kita menari twist Oh gitar berbunyi Menawan hati sedang berahi Oh rancaknya irama Dapat mikat sukma Gadis dan teruna Mari cari teman gembira Gitar solo, Dan melodi Ikut tempo Kalau menari Sila adik, sila cik abang Marilah kita berdendang
  • 5. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 4 Irama gembira Hati jadi riang 1.1 Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu “Bunyi Gitar” (Oleh P.Ramlee) Oh bunyi gitar :[#ˀoh buɲ i gitar#] Oh : [#oˀh] bunyi : [#buɲ ĩ#] gitar : [#gitar#] Irama twist :[#ˀiram twis#] Irama : [#ˀiram #] twist : [#twis#] Tidak sabar :[#tidaʔ sabar#] Tidak : [#tidaʔ #] sabar : [#sabar#] Si gadis manis :[#si gadis m nĩs#] Si : [#si#] gadis : [#gadis#] manis : [#m nĩs#] Dengar lagu rancak gembira :[#dəŋ r laˀgu rančaʔ gəmbira#] Dengar : [#deŋ r#] lagu : [#laˀgu#] rancak : [#rančaʔ #] gembira : [#gəmbira#] Hatinya rindu tergoda :[#hatiɲ a rinˀdu tərgoda#] Hatinya : [#hatiɲ a#] rindu: [#rinˀdu #] tergoda : [#tərgoda#] Ingin dapat teman :[#ˀiŋĩn dapat tə n#] Ingin : [#ˀiŋĩn#] dapat : [#dapat#] teman : [#tə n#] Menari suka ria :[#mən ri ˀsuka riʲ a #] Menari : [#mən ri#] suka : [#ˀsuka#] ria : [#riʲ a#] Sungguh merdu :[#ˀsuŋˀguh mərˀdu#] Sungguh : [#ˀsuŋˀguh#] merdu : [#mərˀdu#] Lagu ini :[#laˀguˀinĩ#]
  • 6. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 5 Lagu: [#laˀgu#] ini :[#ˀinĩ#] Siapa mahu :[#siʲ ˀhu#] Siapa : [#siʲ apa#] mahu : [# ˀhu#] Boleh menari :[#ˀboleh mən ri#] Boleh :[#ˀboleh#] menari : [#mən ri] Pilih satu teman sendiri :[#pilih saˀtu təm n səndiri#] Pilih : [#pilih#] satu : [#saˀtu#] teman : [#təm n#] sendiri : [səndiri] Ataukah si hitam manis :[#ˀataukah si hitam m nĩs#] Ataukah : [#ˀataukah#] si : [#si#] hitam : [#hitam#] manis : [#m nĩs#] Kalau sudi, :[#kalauˀsudi#] Kalau : [#kalau#] sudi : [#ˀsudi#] Mari kita menari twist :[#m ri kita mə ri twis#] Mari : [#m ri#] kita : [#kita#]menari : [#mən ri#] twist : [#twis#] Oh gitar berbunyi :[#ˀoh gitar bərˀbuɲ i#] Oh : [#ˀoh#] gitar : [#gitar#] berbunyi : [#bərˀbuɲ i#] Menawan hati sedang berahi :[#mə wan hati sədaŋ bərahi#] Menawan : [#mə wan#] hati : [#hati#] sedang : [#sədaŋ#] berahi : [#bərahi#] Oh rancaknya irama :[#ˀoh rančaʔ ɲ a ˀiram #] Oh : [#ˀoh#] rancaknya : [#rančaʔ ɲ a#] irama : [#ˀ #] Dapat mikat sukma :[#dapat mĩkat ˀsuʔ #] Dapat :[#dapat#] mikat : [#mikat#] sukma : [ˀsuʔ #]
  • 7. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 6 Gadis dan teruna :[#gadis dan təˀ #] Gadis : [#gadis#] dan : [#dan#] teruna :[təˀrun #] Mari cari teman gembira :[#m ričari təm n gəmbira#] Mari :[#m ri#] cari : [#čari#] teman : [#tə n#] gembira : [#gəmbira#] Gitar solo :[#gitar ˀsoˀlo#] Gitar : [#gitar#] solo: [#ˀsoˀlo#] Dan melodi :[#dan meˀlodi#] Dan : [#dan#] melodi : [#meˀlodi#] Ikut tempo :[#ˀiˀkut temˀpo#] Ikut :[#ˀiˀkut#] tempo : [#temˀpo#] Kalau menari :[#kalau mə ri#] Kalau :[#kalau#] menari : [#mə ri#] Sila adik, :[#sila ˀadiʔ #] Sila :[#sila#] adik, : [#ˀadiʔ #] sila cik abang : [#sila čiʔ ˀabaŋ#] sila : [#sila#] cik : [#čiʔ #] abang :[#ˀabaŋ#] Marilah kita berdendang : rilah kita bərdendaŋ#] Marilah rilah#] kita : [#kita#] berdendang : [#bərdendaŋ#] Irama gembira : gəmbira#] Irama : [#ˀirama] gembira : [#gəmbira#] Hati jadi riang :[#hati jadi riʲ aŋ#] Hati :[#hati] jadi : [#jadi#] riang : [#riʲ aŋ#]
  • 8. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 7 Lirik Lagu “Getaran Jiwa” (Oleh P.Ramlee) Getaran jiwa Menlanda hatiku Tersusun nada Irama dan lagu Walau hanya sederhana Tetapi tak mengapa Moga dapat membangkitkan Sedarlah kamu wahai insan Tak mungkin hilang Irama dan lagu Bagaikan kembang Sentiasa bermadu Andai dipisah Lagu dan irama Lemah tiada berjiwa Hampa 1.2 Transkripsi Fonetik bagi lirik lagu “Getaran Jiwa” (Oleh P.Ramlee) Getaran jiwa :[#gətaran jiwa#] Getaran : [#gətaran#] jiwa : [#jiwa#] Menlanda hatiku :[#məlanda hatiˀku#] Menlanda :[#məlanda#] hatiku : [#hatiˀku#] Tersusun nada :[#tərˀsuˀ da#] Tersusun :[#tərˀsuˀsun#] nada : [# da#]
  • 9. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 8 Irama dan lagu :[#ˀiram dan laˀgu#] Irama :[#ˀiram #] dan : [#dan#] lagu : [#laˀgu#] Walau hanya sederhana :[#walau haɲ a sədə #] Walau :[#walau#] hanya : [#haɲ a#] sederhana :[#sədə #] Tetapi tak mengapa :[#tətapi taʔ məŋapa#] Tetapi :[#tətapi#] tak : [#taʔ #] mengapa : [#məŋapa#] Moga dapat membangkitkan :[#ˀmoga dapat məmbaŋkitkan#] Moga : [#ˀmoga #] dapat : [#dapat#] membangkitkan : [#məmbaŋkitkan#] Sedarlah kamu wahai insan :[#sədarlah kaˀmu wahai ˀinsan#] Sedarlah :[#sədarlah#] kamu : [#kaˀmu#] wahai : [#wahai#] insan : [#ˀinsan#] Tak mungkin hilang :[#taʔ ˀmuŋkin hilaŋ#] Tak :[#taʔ #] mungkin : [#ˀmuŋkin#] hilang : [#hilaŋ#] Irama dan lagu :[#ˀiram dan laˀgu#] Irama :[#ˀiram #] dan : [#dan#] lagu : [#laˀgu#] Bagaikan kembang :[#bagaikan kəmbaŋ#] Bagaikan :[#bagaikan#] kembang : [#kəmbaŋ#] Sentiasa bermadu :[#səntiʲ asa bərmaˀdu#] Sentiasa :[#səntiʲ asa#] bermadu : [bermadu] Andai dipisah :[#ˀandai dipisah#] Andai :[#ˀandai#] dipisah : [#dipisah#]
  • 10. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 9 Irama dan lagu :[#ˀiram dan laˀgu#] Irama :[#ˀiram #] dan : [#dan#] lagu : [#laˀgu#] Lemah tiada berjiwa hampa :[#lə h tiʲ ada bərjiwa hampa#] Lemah :[#lə h#] tiada : [#tiʲ ada#] berjiwa : [#bərjiwa#] Hampa : [#hampa#] 2. Esei bertajuk : “Penggunaan Bahasa Baku Kurang Diberi perhatian Di Sekolah Rendah” Bahasa melambangkan identiti bangsa dan sesebuah negara itu.Bahasa jua menjadi wahana atau medium yang sangat penting untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu.Boleh dikatakan bahawa bahasa itu tonggak tamadun bangsa dan melambangkan jati diri bangsa.Bagi negara kita tercinta, bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengekalkan penggunaan bahasa Melayu sekaligus memupuk rasa cinta dan sayangkan bahasa Melayu dalam kehidupan masa kini mahupun masa hadapan. Dalam memperkasakan bahasa Melayu, kita perlu menyedari bahawa bahasa Melayu itu perlu digunakan dalam bentuk bahasa Melayu baku. Secara sedar atau tidak, pembakuan bahasa Melayu ini pada hakikatnya telah menyumbang ke arah perpaduan rakyat di negara kita.Apakah yang dimaksudkan dengan pembakuan bahasa?Pasti ramai individu yang kurang arif tentang definisi pembakuan bahasa. Jika kita lihat definisi yang ditegaskan oleh Awang Sariyan (1966 : 3), pembakuan bahasa ialah usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran”. Namun, usaha memperkasakan bahasa Melayu baku ini memerlukan gandingan kerjasama kuat oleh semua pihak supaya tidak dihalangi oleh masalah kerancuan bahasa mahu pun pencemaran bahasa. Saya mengatakan hal yang demikian kerana usaha mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu baku menghadapi cabaran hebat dalam banyak situasi dan peringkat lapisan masyarakat. Isu ini termasuklah penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Kerancuan bahasa dan pencemaran bahasa sering menghalangi proses pembakuan bahasa Melayu. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai keadaan rancu (tidak teratur dsb); kekacauan. Kerancuan bahasa pula bermaksud kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk terhadap usaha
  • 11. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 10 dalam menstandardkan bahasa Melayu . Manakala Dr. Nik Safiah Karim (1986) telah mendefinisikan pencemaran bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan- peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Saya amat bersetuju dengan pernyataan bahawa penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Ini kerana fenomena tersebut turut berlaku di sekolah tempat saya bertugas. Melalui pengalaman dan pemerhatian saya keatas penggunaan bahasa baku di sekolah, saya dapati penggunaannya amat terhad oleh kalangan sebahagian pelajar sehingga menunjukkan wujudnya kesukaran untuk menguasai bahasa Melayu baku. Penggunaan bahasa baku hanya dititikberatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan ketika program-program bahasa Melayu dijalankan seperti Minggu Bahasa Melayu. Hanya pelajar-pelajar aras satu dalam mata pelajaran bahasa Melayu sahaja yang mampu menggunakan bahasa baku dengan betul. Saya juga dapati masalah yang dihadapi oleh sebahagian pelajar ini dalam menggunaan bahasa baku adalah masalah kerancuan bahasa dalam bentuk bahasa pasar atau bahasa basahan.Bahasa pasar ialah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian. Para pelajar di situ menjadi kelaziman mereka bertutur dalam bahasa pasar atau juga dikenali sebagai bahasa pidgin (rojak) sehinggakan menggunakannya semasa menjalani proses pembelajaran. Sebagai contoh, ayat-ayat bahasa Melayu yang dibina oleh beberapa orang pelajar : i. Farhan ndak (tidak) mau (mahu) melanggar perintah ibu lagi. ii. Lelaki itu balik-balik (sering kali) mencuri wang orang lain. iii. Kelihatan dari jauh kilat(halilintar) sambung-menyambung(sabung- menyabung). iv. Bisukmulai sudah sekolah(Besok sekolah akan bermula.). v. Jangankasi besarsuara kamu (Jangan besarkan suara kamu). Tindakan ini menyebabkan terbantutnya penguasaan ke atas bahasa Melayu baku yang betul di kalangan pelajar tersebut. Punca utama berlakunya kerancuan bahasa di sekolah tempat saya bertugas adalah gangguan daripada bahasa pasar yang dituturkan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, saya turut mendapatkan pandangan dan maklumat tentang pernyataan“Penggunaan bahasa Melayu baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah”melalui temu bual bersama dua orang guru bahasa Melayu di salah sebuah sekolah
  • 12. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 11 rendah. Kedua guru tersebut hanya ingin dikenali dengan guru A dan guru B. Mereka telah memberi kerjasama yang baik sepanjang temubual tersebut. Maklumat pertama saya perolehi daripada guru A dan B adalahmereka bersependapat bahawapenggunaan bahasa Melayu Baku di sekolah mereka kurang diberi perhatian sewajarnya sama ada kalangan guru-guru mahu pun para pelajar. Melalui pemerhatian Guru A dan B, mereka dapati semasa guru-guru menyampaikan pengumuman atau peringatan di tapak perhimpunan, bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa Melayu baku yang bercampur aduk dengan bahasa pasar. Mereka tidak menggunakan bahasa baku sepenuhnya, sebaliknya diselit dengan kata-kata dari bahasa pasar. Sebagai contoh : i. “Baiklah murid-murid, tolong berentiˀ (berhenti) bercakap ketika guru menyampaikan maklumat penting”. ii. “Saya taulah (maklum/tahu) kamu mo (murid-murid ingin) cepatsiap (perhimpunan segera selesai), tapi kalau ya pun(meskipun begitu, saya berharap) bagidulu (supaya kamu boleh berikan) perhatian untuk beberapa minit lagi”; iii. “Apabila waktu rehat tiba, murid-murid diingatkan supaya tidak bertolak- tolakwaktuturun tangga (berebut-rebut sewaktu melalui tangga)”. iv. “Siapabalik-balik(Sesiapa yang kerap) buang (membuang) sampah dalam bilik darjah, nanticikgurepot sama bapa mama dia (cikgu akan melaporkannya kepada ibu bapa kamu)”. v. “Sanang-sanangjaˀ(Dengan sewenang-wenangnya ada murid telah)kamu kasi kotor(mengotorkan) kawasan kantin sekolah”. Maklumat kedua, Guru A menyatakan bahawa para pelajar di situ hanya menggunakan bahasa Melayu baku apabila di minta untuk membuat karangan bahasa, sewaktu aktiviti menyampaikan pelbagai bentuk teks dijalankan,.Namun, Guru A sempat menjelaskan bahawa karangan yang dibina oleh sebahagian pelajar masih menggunakan bahasa pasar dalam membina ayat demi ayat.Selain aktiviti tersebut, majoriti pelajar lazimnya menggunakan bahasa pasar dalam pertuturan seharian.Pelajar-pelajar yang sering menggunakan bahasa pasar ini kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kerancuan dalam tatabahasa seperti kurang kosa kata baku yang betul, tidak menguasai penggunaan kata dalam ayat dengan baik, tidak menguasai penggunaan kata sendi dan juga tidak menguasai penggunaan „adalah‟ atau „ialah‟. Walaubagaimanapun pelajar-pelajar yang dapat menguasai tatabahasa Melayu sentiasa
  • 13. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 12 menggunakan bahasa Melayu baku dengan betul. Berikut adalah contoh-contoh kesalahan tatabahasa dan kesalahan bahasa Melayu baku yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut : ● Kesilapan penggunaan kata dalam ayat bersama penggunaan bahasa pasar :- i. Punya berbagai barang di kedai itu. (Ada pelbagai barang di kedai itu.) ii. Saya dibagi sebuah buku. (Sebuah buku diberikan kepada saya) iii. Saya membagi Ibu sehelai tudung. (Saya memberikan sehelai tudung kepada ibu.) ● Kesilapan penggunaan kata sendi bersama penggunaan bahasa pasar :- i. dimana-mana sajaˀ(di mana-mana sahaja.) ii. dijaman ini (pada zaman ini.) iii. Beg di gendongoleh abang. (Beg digalas oleh abang.) ● Kesilapan penggunaan „adalah‟ atau „ialah‟ bersama penggunaan bahasa pasar :- i. Utan adalahciptaan Allah. (Hutan ialah ciptaan Allah). ii. Suar itu ialah bersih. (Seluar itu adalah bersih.) iii. Usaha yang dibuat adalah membanyakkan risalah. (Usaha yang dijalankan ialah memperbanyakkan risalah. iv. Adalah dibagitahu bahawa …. (Dengan ini dimaklumkan bahawa….) v. Para ustad dan ustajah adalahdipelawa… (Para ustaz dan ustazah dipelawa….) Seterusnya maklumat ketiga pula ditambah lagi oleh Guru B. Beliau menjelaskan tentang faktor-faktor penyebab kerancuan bahasa mahupun kerancuan tatabahasa yang berlaku di sekolah tempat beliau bertugas.Faktor pertama adalah gangguan daripada bahasa bahasa pasar.Ia amat mempengaruhi penggunaan kosa kata dalam kehidupan seharian. Bahasa pasar mampu menukarkan perkataan-perkataan baku kepada perkataan-perkataan yang berbeza dari sudut sebutan dan ejaannya. Majoriti pelajar pula sejak kecil mereka bertutur menggunakan bahasa pasar yang dituturkan oleh ibu bapa mereka dan juga masyarakat sekeliling mereka. Sudah tentu penggunaan bahasa pasar amat memberi kesan ke atas penggunaan bahasa Melayu baku sehingga menganggap bahasa pasar itu sememangnya betul dan tergolong dalam bahasa Melayu baku. Faktor yang kedua pula, para pelajar kurang pendedahan kepada kosa kata Melayu baku. Ini termasuklah kurangnya kesedaran bahawa amalan membaca itu penting untuk mendedahkan diri kepada pelbagai kosa kata Melayu baku yang betul. Para pelajar masih tidak mengenali bahasa Melayu sepenuhnya
  • 14. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 13 sama ada dari sudut sejarahnya, kelebihannya, kepentingannya, keunikannya dan yang paling utama tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara bahasa Melayu sejak dahulu, sekarang dan masa akan datang. Faktor yang ketiga, pelajar membaca bahan bacaan yang banyak kesalahan bahasa di dalamnya.Sebagai contoh mereka ada yang membaca buku- buku komik. Buku komik biasanya menggunakan bahasa-bahasa pasar kerana ia lebih ringkas untuk para pembacanya. Ini juga berpotensi mencemarkan bahasa Melayu baku sehingga penggunannya kurang diberi perhatian dalam kalangan sebahagian pelajar. Selain itu bahan bacaan untuk para pelajar selalunya terdiri daripada buku-buku rujukan bahasa Melayu sebagai contoh buku teks bahasa Melayu, buku rujukan karangan bahasa Melayu, buku rujukan tatabahasa Melayu.Ini menunjukkan kepada kita bahawa penggunaan bahan bacaan yang pelbagai boleh membuatkan para pelajar keliru dengan huraian yang berbeza-beza.Bagi pelajar yang tidak bermasalah dalam pembelajaran bahasa Melayu, mereka mempunyai peluang cerah untuk memahami sesuatu topik.Sebaliknya, bagi pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran bahasa Melayu, mereka cenderung kepada kekeliruan dan sukar memahami sesuatu topik.Seterusnya faktor yang keempat, para pelajar tidak mengetahui sistem bahasa dari sudut ejaan dan juga bunyi.Apabila tidak mengetahui ejaan dan bunyi sesuatu perkataan yang betul, sudah tentu pelajar mengambil tindakan untuk memilih ejaan yang biasa digunakan dalam bahasa pasar dan mula menganggapnya itu ejaan dan bunyi yang betul.Sebagai contoh:sarikat (syarikat), membukak pintu (membuka pintu), ndak mau(tidak mahu). Demikianlah pendapat serta huraian yang sangat jelas oleh kedua orang Guru A dan B. Mereka telah berkongsi tentang sejauh mana penggunaan bahasa Melayu baku digunakan di sekolah rendah tempat mereka bertugas dengan huraian tentang masalah-masalah yang melanda bahasa Melayu baku, faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah seterusnya menyediakan contoh bagi setiap masalah kerancuan bahasa dan juga kerancuan tatabahasa. Awang Sariyan (1994)berkata : “Salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri.Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa jika bahasa yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa?”. Kata-kata Awang Sariyan menyedarkan kita bahawa kerancuan bahasa telah berlaku sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang dan berpotensi untuk berlaku pada masa hadapan. Namun, usaha
  • 15. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 14 pembakuan bahasa Melayu perlu diteruskan supaya mutu bahasa Melayu sama ada lisan atau tulisan sentiasa terpelihara, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tidak tergugat, bahasa Melayu yang indah tidak dipinggirkan oleh generasi Melayu; masyarakat Melayu akan lebih mengagungkan bahasa Melayu daripada bahasa asing dan tidak berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Terdapat beberapa cadangan untuk memaksimakan penggunaan bahasa Melayu baku di sekolah rendah antaranya guru-guru perlu menunjukkan contoh kepada pelajar dengan kerap menggunakan bahasa baku sama ada dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Guru-guru seharusnya elak daripada menggunakan bahasa pasar bimbang nanti pelajar pun akan ikut jejak guru. Guru perlu cetus perubahan daripada celik bahasa pasar kepada persekitaran celik bahasa Melayu baku. Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan kekabutan perlu segera dilakukan bukan sahaja oleh guru-guru bahasa Melayu, malah semua guru dan juga pihak ibu bapa pelajar perlu menggalakkan anak-anak mereka supaya rajin membaca pelbagai bahan bacaan bermanfaat dalam bahasa Melayu untuk meluaskan lagi kosa kata bahasa Melayu baku. Pihak sekolah pula sebaiknya merancang aktiviti-aktiviti bahasa seperti bulan bahasa Melayu, pertandingan menulis esei, pertandingan bercerita, pertandingan deklamasi sajak, pertandingan syarahan, kuiz bahasa Melayu, pertandingan menghasilkan folio kosa kata bahasa Melayu dan banyak lagi aktiviti bertujuan memupuk rasa cinta dan tanggungjawab memelihara bahasa Melayu. Selain itu, penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan supaya bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunannya. Ini termasuklah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar nombor satu di sekolah- sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi seterusnya di jabatan-jabatan kerajaan mahupun swasta. Sebagai contoh, bahasa Melayu digunakan dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat, serta digunakan pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan bangunan dan sebagainya. Selain itu, pihak media cetak dan elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu. Pihak media sangat dituntut untuk memberi kerjasama ke arah memartabatkan bahasa Melayu yang bersih daripada kerancuan bahasa atau sebarang pencemaran bahasa. Daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa penguasaan bahasa oleh generasi muda kita bermula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga semua lapisan masyarakat perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi
  • 16. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 15 isu penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Sesungguhnya, pembakuan bahasa di sekolah rendah sering dilanda masalah kerancuan bahasa dan juga kerancuan tatabahasa.Barisan guru dan ibu bapa pelajar perlu memberi galakan kepada para pelajar supaya mengamalkan budaya membaca bahan-bahan bacaan ilmiah dalam bahasa Melayu bsgi memperbanyakkan kosa kata bahasa Melayu baku.Guru-guru dan ibu bapa juga perlu memupuk rasa cintakan bahasa Melayu dalam diri pelajar atau anak-anak sekalian.Sesungguhnya bahasa Mealayu itu melambangkan maruah negara bangsa serta menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. 3. RingkasanArtikel Tajuk Artikel :InventoriVokal Dialek Melayu Kelantan : Satu Penilaian Semula Penulis Artikel :Adi Yusran Abdul Aziz (2010) Sumber : Universiti Putra Malaysia, Jurnal Persatuan Linguistik, 11. Pp. 1-19. IS 1823-9242 Tujuan Kajian dan Kaedah Pengumpulan Data Kajian ini bertujuan menilai semula dan memberikan penjelasan terhadap inventori vokal dalam dialek Kelantan yang menimbulkan banyak persilisihan pendapat dalam kalangan pengkaji.Aspek yang dikaji ialah aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan simbol vokal InternationalPhonetic Alphabet (IPA). Manakala kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik ialah menggunakan data berbentuk dokumen.Dokumen ialah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng, 2000).Penyelidik menggunakan analisis dokumen bagi mendapatkan data secara objektif melalui dokumen.Dalam kajian ini,aspek segmen vokal dialek Kelantan yang terdiri daripada fonem dan bukan fonem,vokal oral sengau,serta penggunaan simbol vokal InternationalPhonetic Alphabet (IPA)dianalisis
  • 17. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 16 dengan menggunakan pendekatan fonologi generatif.Data kajian terdiri daripada sumber sekunder yang diperoleh daripada kajian kepustakaan. Dapatan Kajian Dapatan kajian yang terkandung dalam artikel ini atau yang diperolehi oleh penyelidikantaranya adalah: i.Inventori Vokal Dialek Kelantan Berdasarkan ciri fonologi generatif, inventori vokal lazimnya disusun berdasarkan posisi lidah di dalam rongga oral, iaitu tinggi, tengah (di antara tinggi dan rendah), dan rendah yang disusun secara menegak, manakala depan, tengah (di antara depan dan belakang), dan belakang, disusun melintang seperti yang ditunjukkan di bawah Inventori vokal Dialek Kelantan : Rajah 1 : Inventori vokal Dialek Kelantan Rajah 1 menunjukkan ada enam fonem vokal dalam Dialek Kelantan. Teoh (1994)juga bersetuju dengan enam fonem vocal tetap tidak sama dengan susunan inventori vokal yang berdasarkan ciri fonetik sebagaimana yang terkandung dalam The International Phonetic Alphabet (IPA). Susunan melintang mengikut IPA adalah berdasarkan ruang antara
  • 18. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 17 artikulator lidah dengan titik artikulasi, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas, dan luas yang tidak digunakan sebagai fitur distingtif dalam analisis fonologi.Kebanyakan analisis fonologi terkini, kedudukan tinggi, tengah, rendah, depan, dan belakang tidak lagi dinyatakan secara bertulis kerana ia boleh difahami dengan melihat susunan fonem tersebut. Fitur tinggi, rendah, belakang yang dianggap sebagai fitur asas dalam teori fonologi generatif oleh Chomsky dan Halle (1968) boleh dilihat secara jelas dalam carta di atas, tetapi terdapat dua lagi fitur yang turut memainkan peranan penting dalam analisis fonologi yang tidak ditunjukkan dalam carta tersebut, iaitu fitur bundar dan advanced tongue root [ATR] atau pangkal lidah ke depan. ii. Fitur Distingtif Bagi Fonem Vokal Dalam analisis fonologi generatif model linear, keseluruhan fitur-fitur vokal yang dinyatakan di atas direpresentasikan dalam jadual matriks fitur seperti berikut: Jadual 1 :Matriks Fitur Dialek kelantan Jadual di atas menunjukkan fitur-fitur asas vokal, iaitu tinggi, rendah, dan belakang adalah seperti yang ditunjukkan dalam inventori vokal Dialek Kelantan..Fitur bundar pula dinilai berdasarkan kedudukan dua bibir. Jika dua bibir dibundarkan maka fiturnya [+bundar], jika dua bibir dihamparkan maka fiturnya ialah [-bundar]. Manakala bagi fitur [ATR] pula, apabila pangkal lidah dikedepankan maka fiturnya adalah [+ATR], jika pangkal lidah dikebelakangkan maka fiturnya adalah [-ATR]. Fitur [ ATR] ini penting bagi membezakan vokal tengah-tinggi /e/ dan /o/ yang mempunyai fitur [+ATR] dengan vokal
  • 19. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 18 tengah-rendah dan yang mempunyai fitur [-ATR] (Roca & Johnson 1999). Fonem vokal tengah /ə/ dan /a/ secara fonologinya boleh menjadi [+ATR] atau [-ATR] bergantung kepada perilaku fonologi dalam bahasa tersebut (Spencer 1996; Howe 2003). Berdasarkan perilaku fonologi dalam Dialek Kelantan,/ə/ berfitur [+ATR] manakala /a/ berfitur [-ATR]. Pendapat ini selaras dengan pendapat dan data yang dikemukakan oleh Teoh (1994) dan juga selaras dengan kebanyakan bahasa lain di dunia. Perilaku fonologi Dialek Kelantan bagi fitur [ ATR] boleh dilihat dalam fenomena harmoni vokal. Ciri kendur atau lax dan tegang atau tense juga dimasukkan dalam jadual di atas kerana ia diperlukan dalam kajian ini. Ia ditandakan ( ) bagi menunjukkan bahawa ia adalah fitur distingtif unari. Bagaimanapun dalam matriks fitur tidak terdapat fitur tengah dan depan kerana ia tidak diperlukan dalam analisis fonologi. Ia boleh digambarkan dengan cara memberikan nilai positif [+] dan negatif [-] pada fitur-fitur asas yang disebutkan tadi. iii. Vokal terbitandalam Dialek Kelantan, Vokal terbitandalam Dialek Kelantan, iaitu vokal . Segmen vokal [Ɛ ] dan [ˀ]kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi fitur, iaitu [-tinggi], [-rendah], [-ATR], dan [kendur], manakala segmen vokal [ɑ ] pula berfitur [+rendah], [+belakang], dan [tegang].Kedua-dua vokal [ɐ , ˀ] adalah vokal terbitan dan bukan berstatus fonem dalam Dialek Kelantan. Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa generalisasi fonologi.Pertama, fonem vokal dialek-dialek Melayu biasanya sama dengan fonem vokal bahasa induknya, iaitu bahasa Melayu (BM) kerana wujudnya saling memahami antara penutur dialek-dialek tersebut dan bentuk fonetik yang dihasilkan itu adalah direalisasikan daripada bentuk fonemik yang sama. Setakat ini, ahli bahasa Melayu sepakat mengatakan bahawa fonem BM hanya ada enam sahaja, iaitu /i, e, ǝ , a, o, u/. Kedua, kehadiran segmen vokal [ɐ , ˀ] dalam kata adalah mudah diramal. Mengikut data yang terdapat dalam Dialek Kelantan tiga kemungkinan kehadiran [ɐ ] dan [ˀ], iaitu [ɐ ] yang direalisasikan daripada /e/ (misalnya : [ge.leʔ ]), /ai/ dan /ia/ di tengah kata (misalnya : /haiyan/ [ ]. Manakala segmen vokal [ˀ] pula direalisasikan daripada /o/ (misalnya : /botol/ [bˀ.tˀ:]) atau /au/ dan /ua/ di tengah kata (misalnya : /taubat/ [tˀ.baʔ ], /buaia/ [bˀ.jɑ ).Bagaimanapun Teoh (1994) mengemukakan pandangan yang berbeza daripada pengkaji-pengkaji sebelumnya dengan mengatakan bahawa vokal /i, u/ pada suku kata akhir tertutup direalisasikan sebagai vokal kendur (laxing vowel) [I, U] bukannya vokal tegang [e,
  • 20. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 19 o].Beliau beranggapan bahawa perealisasian /i, u/ kepada [e, o] pada suku kata akhir tertutup, jarang berlaku dan boleh dianggap sebagai kekecualian. Contoh yang diberikan oleh beliau adalah seperti di bawah: Rajah 2 : Perealisasian segmen vokal [I, U] oleh Teoh (1994) Penyelidik berpendapat bahawa transkripsi fonetik yang betul bagi data di atas ialah [bi.siʔ ], [lu.kih], [hi.doʔ ], dan [tu.toʔ ].Hanya Teoh (1994) pengkaji yang menggunakan kedua-dua segmen vokal ini dalam data mereka.Namun bagi penyelidi kajian ini, kedua-dua bunyi vokal ini tidak dituturkan oleh penutur asli Dialek Kelantan.Data yang digunakan oleh Teoh (1994) di atas agak meragukan dan mungkin bersifat ideolek.Teoh juga menamakan bahasa Okpe, salah satu bahasa Benue-Congo yang dituturkan di Nigeria, contohnya berlaku pengenduran vokal seperti ini.Hoffman 1973 (dlm.Casali 1996) beranggapan bahawa dalam bahasa Okpe, segmen vokal [I, U] hanya wujud dari segi fonologinya, tetapi masih [e, o] dari segi fonetiknya.Ini disebabkan kehadiran vokal tersebut ditentukan oleh harmoni vokal.Harmoni vokal ialah satu perlakuan fonologi yang menunjukkan vokal-vokal berdekatan dalam satu medan (biasanya perkataan) berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur atau fitur-fitur distingtif tertentu (Bakovic, 2003). Setelah Setelah dianalisis kesemua data Dialek Kelantan, didapati fitur yang boleh dikongsi bersama seperti dalam definisi harmoni vokal di atas ialah [±ATR]. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa harmoni vokal Dialek Kelantan merupakan satu perlakuan fonologi yang menunjukkan segmen-segmen vokal berdekatan dalam satu perkataan berkongsi satu nilai yang sama bagi fitur [±ATR].Bagaimanapun Teoh (1994) mendakwa bahawa terdapat rumus fonologi dalam Dialek Kelantan yang menyatakan bahawa vokal akan menjadi [-ATR] dalam suku kata akhir tertutup kata dasar. Berdasarkan data DK yang diberikan Teoh, vokal suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan boleh terdiri daripada [I, U, Ɛ , ˀ, a, ɐ ] yang bersamaan dengan semua vokal terbitan kecuali [a]. Ini bermakna beliau melihat fenomena yang berlaku dalam skop yang
  • 21. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 20 lebih sempit daripada harmoni vokal yang melampaui batas suku kata.Ini bermakna penjelasan berdasarkan harmoni vokal adalah lebih berpada. Berdasarkan prinsip harmoni vokal ini, data yang diberikan oleh Teoh di atas menunjukkan bahawa segmen vokal dalam kedua-dua suku kata adalah tidak harmoni. Dalam suku kata pertama [i, u] adalah berfitur [+ATR], sedangkan vokal dalam suku kata kedua [I, U] berfitur [-ATR].Kaedah analisis berdasarkan harmoni vokal telah terbukti berkesan.Bagi tujuan tersebut, kaedah ini juga digunakan ke atas Dialek Kelantan, terutamanya bagi menentukan fitur dalaman bagi vokal /i, e, o, u/ yang berfitur [+ATR] pada suku kata akhir tertutup. Sebagai contoh : Rajah 3 : Data harmoni vocal [+ATR] bagi /i/ dan /e/ dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan Maklumat b terdiri daripada /e/ dalam suku kata akhir tertutup itu adalah dianggap fonemik, iaitu mengapa /bilek/ tidak direalisasikan sebagai [bi.lƐ ʔ ], sebagaimana /golek/ direalisasikan sebagai [gˀ.lƐ ʔ ].Dalam hal ini, harmoni vokal sekali lagi memainkan peranan penting kerana pasangan vokal [i+Ɛ ] adalah tidak harmoni, iaitu tidak berasimilasi pada fitur [ATR]. Segmen vokal [i] berfitur [+ATR] sedangkan [Ɛ ] berfitur [-ATR]. Fenomena ini tidak akan berlaku dalam Dialek Kelantan. Bagi mematuhi syarat harmoni vokal ini, pilihan terbaik ialah mengekalkan bentuk harmoni yang ada dalam input, iaitu /i, e/ yang berasimilasi pada fitur [+ATR]. Berdasarkan kaedah harmoni vokal di atas, satu tanggapan boleh dibuat untuk membezakan segmen vokal [i] dan [e] dalam suku kata akhir tertutup Dialek
  • 22. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 21 Kelantan, iaitu kedua-duanya masing-masing direalisasikan daripada vokal /i/ dan /e/ di peringkat dalaman. Hal yang sama juga berlaku pada segmen vokal [u] dan [o] dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantan yang juga direalisasikan daripada dua vokal yang berbeza /u/ dan /o/. Pasangan harmoni vokal Dialek Kelantan bagi /u/ dalam suku kata akhir tertutup ialah /i+u/, /u+u/, /ə+u/, dan /a+u/ seperti berikut : /tikus/ [ti.kuh] /lutut/ [lu.tuʔ ] /letup/ [le.tuʔ ] /patuk/ [pa.tuʔ ] Manakala kombinasi harmoni vokal bagi /o/ pada posisi yang sama, iaitu /i+o/, /u+o/, /ǝ +o/, dan /a+o/ yang dikekalkan dalam outputnya, sebagai contoh: /sibok/ [si.boʔ ] /kutok/ [ku.toʔ ] /pǝ lok/ [pǝ .loʔ ] Kesemua harmoni vokal tersebut berkongsi fitur [-ATR].Dengan itu penulis artikel ini mencadangkan bahawa bentuk dalaman dalam harmoni vokal [+ATR] bagi /e/ dalam suku kata akhir tertutup Dialek Kelantandalam harmoni vokal [+ATR] bagi /o/ dalam suku kata akhir tertutup dianggap sebagai bentuk dalaman bahasa Melayu, sebagaimana Zaharani (1999, 2005) dan sistem ejaan Za’ba (1965). iv. Vokal terbitan [ɑ ] Teoh (1994) menggunakan simbol [ɐ ] bagi merujuk kepada segmen vokal [ɑ ].Istilah IPA bagi simbol [ɐ ] ialah vokal tengah hampir luas (near-open central vowel). Dalam kajian fonologi ia masih boleh dianggap sebagai vokal rendah dan mempunyai fitur [+belakang]. Secara fonetik pula, ia masih dianggap sebagai vokal tengah. Oleh itu, penggunaan simbol ini masih mengundang kekeliruan terutama dari segi fonetiknya. Contoh bunyi [ɐ ] yang ditemui dalam laman web Wikipedia dan Summer Institute of Linguistics (SIL) International didapati agak berbeza dengan bunyi /a/ di akhir kata dialek Kelantan berbanding dengan bunyi [ɑ ] dalam laman web yang sama. Perbandingan bunyi [ɑ ] juga dibuat dengan beberapa perkataan bahasa Inggeris Amerika yang terdapat dalam Compass CD-ROM Oxford Advanced Learners Dictionary (Edisi Ketujuh), iaitu pod [pɑ :d], pot [pɑ :t], dan rock[rɑ :k]
  • 23. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 22 yang didapati hampir sama dengan bunyi [ɑ ] dalam perkataan kata [ka.tɑ ], kapak [ka.pɑ ʔ ] dan marah [ma.yɑ h] dalam dialek Kelantan. Trigo (1991, dlm.Howe, 2003) pula menggunakan simbol [ɒ ] bagi melambangkan segmen [ɑ ] dalam Dialek Kelantan.Trigo beranggapan bahawa segmen tersebut mempunyai fitur [+bundar].Demikian juga pendapat kebanyakan ahli tatabahasa struktural Dialek Kelantan yang beranggapan segmen tersebut adalah [ˀ] yang juga mempunyai fitur [+bundar].Generalisasi fonologi menjelaskan bahawa kehadiran fitur [+bundar] ini boleh diuji dengan menambahkan imbuhan akhiran /-an/. Sekiranya fitur tersebut bundar, contohnya :nya /u/, maka ia akan menyisipkan segmen [w] pada posisi onset imbuhan akhiran /-an/, contohnya : [a.du.wƐ :]. Apabila perkara yang sama dilakukan ke atas [ɑ ] dan [ˀ] pada posisi akhir kata, sama ada dalam Dialek Kelantan mahupun BM, penyisipan segmen [w] tidak berlaku, contohnyanya [du.gɑ .ʔ Ɛ :], bukannya *[du.gɒ .wƐ :] atau *[du.gˀ.wƐ :]. Kehadiran fitur [+bundar] daripada fonem vokal /a/ yang mempunyai fitur [-bundar] sukar dijelaskan secara fonologi terutamanya persoalan dari mana datangnya fitur tersebut. jika kedua-dua /a/ dan /o/ boleh direalisasikan sebagai [ˀ], contohnya : /tolak/ dan /tolok/ direalisasikan sebagai [tˀ.lˀʔ ] dalam Dialek Kelantan, ia akan menyebabkan kehadiran [ˀ] dalam kata sukar diramal dan menjadikannya berstatus fonemik. Fenomena ini bertentangan dengan perilaku fonologi Dialek Kelantan dan Bahasa Melayuyang menunjukkan segmen vokal [ˀ] tidak fonemik. Kesimpulan Kajian Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawaDialek Kelantan mengandungi sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah/i, e, Ə, a, o u/dan vocal terbitan ialah [Ɛ ,ˀ,ɑ ]. Artikel Ini juga menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik. Ia juga penting kepada pengkaji Dialek Kelantan yang akan datang. Ini bermakna fonem dialek Kelantan adalah sama dengan fonem bahasa Melayu dan sudah pasti bahawa dialek-dialek lain pun mempunyai inventori fonem yang sama.Kajian ini juga telah mengenal pasti bahawa simbol sebenar bagi fonem vokal rendah /a/ di akhir kata seperti dalam perkataan /duga/ialah [ɑ ] bukannya [ˀ], [ ].atau [ɒ ] seperti yang dianggap oleh pengkaji sebelum ini.Artikel ini juga menunjukkan bahawa inventori fonem sesuatu bahasa atau dialek hendaklah dinilai
  • 24. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 23 dengan menggunakan pendekatan fonologi dan juga pendekatan fonetik bagi menghasilkan inventori segmen bunyi yang lebih berpada. PENUTUP Setelah menyiapkan tugasan Fonetik Dan Fonologi (EFF 312) ini, dapat lah dirumuskan beberapa perkara pertama, Fonetik merupakan ilmu bahasa yang berkaitan penyebutan dan lambing yang menunjukkan sebutannya.Kedua, transkripsi fonetik membantu pelajar membebaskan diri daripada ikatan ejaan dan dapat menumpukan perhatian pada keaslian bunyi fonetik.Ketiga, transkripsi fonetik membantu membentuk atau mencipta harmoni yang setepat mungkin antara teks dengan bunyi.Keempatpenguasaan bahasa oleh generasi muda kita bermula dengan pelajar-pelajar sekolah rendah sehingga semua lapisan masyarakat perlulah dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya tidak berlaku lagi isu penggunaan bahasa baku kurang diberi perhatian di sekolah rendah. Sesungguhnya, pembakuan bahasa di sekolah rendah sering dilanda masalah kerancuan bahasa dan juga kerancuan tatabahasa.Kelima,Dialek Kelantan mengandungi sembilan segmen vokal iaitu enam fonem dan tiga vocal terbitan. Fonem tersebut ialah /i, e, Ə, a, o u/dan vocal terbitan ialah [Ɛ ,ˀ,ɑ ]. Artikel Ini juga menjawab persoalan yang timbul daripada hasil kajian lepas yang banyak menggunakan kesilapan transkripsi fonetik.
  • 25. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 24 RUJUKAN Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai Ejaan Baharu Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Syarikat Percetakan Bintang Baru. Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah (2007).Linguistik : Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd. Dewan Bahasa Dan Pustaka (1998). Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006).Fonetik Dan Fonologi, Kuala Lumpur : PTS Profesional 2002. Nik Safiah Karim (1989). Bahasa Melayu Baku Ke Arah Pembinaan Bahasa Kebangsaan yang sempurna. Dalam Asraf (Editor), Bahasa Melayu Baku : Asas Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaludin.Asas Fonetik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
  • 26. TUGASAN : FONETIK DAN FONOLOGI (EFF 312) 25 Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.