2. Ayat majmuk merupakan ayat yang dibina dengan mencantumkan dua
ayat tunggal atau lebih.
Pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
3. 1 Subjek + 1 Predikat
• Hafizul makan sambil menonton televisyen
2 Subjek + 1 Predikat
• Ibu dan Ayah pergi ke masjid
2 atau lebih Subjek dan Predikat
• Hafizul dan Henry makan sambil menonton televisyen
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
4. Ayat majmuk gabungan
Jenis ayat majmuk
Pancangan
keterangan
Ayat majmuk Pancangan
pancangan relatif
Pancangan
komplemen
Ayat majmuk campuran
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
5. Subjek dan predikat lebih daripada satu.
Penggabungan dua atau beberapa ayat tunggal dengan menggunakan
kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, dan tetapi atau
tanpa kata hubung dengan nada suara sebagai penanda.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
6. Susunan fakta berturutan: dan, lagi, lalu, serta, sambil, maka
Maksud pertentangan: tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
7. Ayat majmuk gabungan Fairuz menunggang basikal sambil bersiul.
Ayat tunggal (a) Fairuz menunggang basikal
Ayat tunggal (b) Fairuz bersiul
Kata hubung Sambil
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
8. Ayat majmuk gabungan Shah menjadi doktor tetapi adiknya menjadi peguam
Ayat tunggal (a) Shah menjadi doktor
Ayat tunggal (b) Adiknya menjadi peguam
Kata hubung tetapi
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
9. Satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain
yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian
daripada ayat induk itu.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
10. Keterangan: satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih, dan ayat kecil
ini bertindak sebagai keterangan frasa predikat.
Kewujudan ayat induk dan ayat kecil yang tidak dapat berdiri sendiri.
Kewujudan kata hubung yang merangkaikan ayat induk dengan ayat
kecil (ayat keterangan).
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
11. Kehadiran ayat kecil boleh di hadapan atau di belakang ayat induk.
kata hubung: ketika, semasa, kerana. Sewaktu, sekiranya
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
12. ► Keterangan musabab/penyebaban
► Keterangan akibat
► Keterangan syarat
► Keterangan waktu: permulaan, bersamaan, berurutan, batas akhir
► Keterangan pertentangan
► Keterangan harapan
► Keterangan cara
► Keterangan tujuan,
► Keterangan perbandingan
► Keterangan sangkalan
► Keterangan kenyataan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
13. Unsur yang menerangkan sebab terjadinya sesuatu peristiwa seperti yang
dinyatakan dalam ayat induk.
Kata hubung yang digunakan ialah kerana, lantaran, oleh sebab, dan
akibat.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
14. Jenis-jenis Ayat Kata Ayat Contoh
Keterangan Keterangan
Keterangan musabab kerana - Dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana
dia tidak sihat.
lantaran -Suhaimi berjaya dalam peperiksaan itu
lantaran usahanya yang bersungguh-
oleh sebab sungguh.
-Mereka menaiki teksi oleh sebab mereka
ketinggalan bas.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
15. Unsur yang menerangkan kesan sesuatu perbuatan daripada apa-apa
yang dinyatakan dalam ayat induk.
Kata hubung yang digunakan ialah hingga, sehingga, sampai, maka, dan
makanya.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
16. Jenis-jenis Ayat Kata Ayat Contoh
Keterangan Keterangan
Keterangan akibat hingga - Dia asyik bernyanyi hingga sakit tekaknya.
sehingga - Ain belajar bersungguh-sungguh
sehingga dia berjaya.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
17. Unsur yang menerangkan kehendak yang perlu dipenuhi untuk
melaksanakan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
Kata hubung yang digunakan ialah sekiranya, andaikata, jikalau, jika,
kalau, seandainya, asalkan, apabila, bilamana.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
18. Jenis-jenis Ayat Kata Ayat Contoh
Keterangan Keterangan
Keterangan syarat sekiranya - Saya akan turut pergi berkelah sekiranya
saya mendapat kebenaran daripada
andai kata keluarga saya.
- Andai kata mereka mencerobohi
jikalau kawasan kita, kita akan melaporkannya
kepada polis.
jika - Jikalau mereka tidak datang, kita akan
pergi ke tempat mereka.
- Zulaihah akan menerima peminangan
kalau Rozaimi jika dia berjaya mengalahkan
Shahrul dalam pertandingan bina badan
yang akan diadakan nanti.
- Kalau semua orang bersetuju dengan
cadangan itu, kita terpaksa akur dengan
pendapat mejoriti.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
19. Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan seperti yang
dinyatakan dalam ayat induk.
Kata hubung digunakan mengikut waktu, iaitu permulaan (sejak,
semenjak, sedari), bersamaan (sewaktu, tatkala, serta, selagi, sementara,
selama, sambil, ketika, seraya), berurutan (sebelum, setelah, sesudah,
sesuai, begitu, sehabis), akhir (hingga, sampai).
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
20. Jenis-jenis Ayat Kata Ayat Contoh
Keterangan Keterangan
Keterangan waktu sejak - Zaidi bercita-cita menjadi jurutera sejak
dari kecil lagi.
setelah - Azizah membesarkan anak-anaknya
sendirian setelah dia kematian suami.
sementara - Sementara menunggu padi masak, Pak -
Abu menanam jagung di sekitar kawasan
tatkala rumahnya.
- Tatkala hujan turun, mereka masih
ketika bermain di padang.
- Kami berjumpa dengan Zuraidah ketika
menunggu bas untuk ke pekan petang
semalam.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
21. Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang bertentangan tetapi
tidak mengubah apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
Kata hubung yang digunakan ialah walaupun, meskipun, kendatipun,
biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan,
sungguhpun, betapapun.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
22. Jenis-jenis Ayat Kata Ayat Contoh
Keterangan Keterangan
Keterangan walaupun - Walaupun Halim miskin harta benda dan
pertentangan wang ringgit, tetapi dia kaya dengan budi
kendatipun bahasanya.
- Kendatipun Hang Tuah menyerangnya,
Hang Jebat tetap mempertahankan
sedangkan tindakannya menderhaka terhadap sultan.
- Mereka berpindah juga ke bandar
sekalipun sedangkan hati mereka masih di desa.
- Zakuan boros berbelanja sekalipun
pendapatan bulanannya tidak seberapa.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
23. Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati daripada apa-
apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
Kata hubung yang digunakan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga,
kalau-kalau, biar.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
24. Jenis-jenis Ayat Kata Ayat Contoh
Keterangan Keterangan
Keterangan harapan supaya - Sazali belajar bersungguh-sungguh
supaya dia lulus dengan cemerlang dalam
moga-moga peperiksaan SPMnya.
- Kami berdoa moga-moga kamu selamat
kalau-kalau pergi dan selamat kembali.
- Saya menawarkan harga yang
berpatutan kalau-kalau kamu hendak
membeli kereta saya.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
25. Unsur yang menerangkan tatacara sesuatu perbuatan yang terjadi
daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk.
Kata hubung yang digunakan ialah dengan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
26. Jenis-jenis Ayat Kata Ayat Contoh
Keterangan Keterangan
Keterangan cara dengan - Dia memandu kereta barunya dengan
cermat agar kereta barunya itu tidak
mengalami sebarang kerosakan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
27. Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan seperti apa-apa
yang dinyatakan dalam ayat induk.
Kata hubung yang digunakan ialah untuk, demi, dan bagi.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
28. Jenis-jenis Ayat Kata Ayat Contoh
Keterangan Keterangan
Keterangan tujuan untuk - Puan Rahmah membeli kamus itu untuk
rujukannya sendiri.
demi - Pak Malik bekerja bertungkus-lumus demi
membiayai persekolahan anak-anaknya.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
29. Unsur yang menerangkan peristiwa yang mempunyai persamaan seperti
yang dinyatakan dalam ayat induk.
Perbandingan ini memperlihatkan dua keadaan, iaitu kemiripan
penyataan ayat induk dengan ayat kecil, dan isi ayat induk lebih baik
daripada ayat kecil.
Kata hubung yang digunakan ialah seperti, macam, seolah-olah, seakan-
akan, ibarat, bagaikan, bak, laksana, sebagaimana, daripada, alih-alih.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
30. Jenis-jenis Ayat Kata Ayat Contoh
Keterangan Keterangan
Keterangan perbandingan seperti - Sejak kematian ayah dan ibunya
kehidupan Razi tidak tentu arah seperti
seolah-olah anak ayam kehilangan ibu.
- Syamsul belajar berterus-terusan seolah-
olah dia akan menghadapi peperiksaan
semacam pada keesokan harinya.
- Dia meracau-racau semacam orang
yang dirasuk hantu.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
31. Lebih daripada satu ayat tunggal
Campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk
Deretan pelbagai ayat majmuk
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
32. Setelah tamat pelajarannya di Universiti Putra Malaysia, Minah segera
pulang ke kampung untuk menemui kedua-dua ibu bapa dan saudara
maranya, dan mengatakan maksudnya untuk berkahwin dengan Hassan
yang sama-sama belajar dengannya di UPM selama tiga tahun.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH
33. * Minah belajar di Universiti Putra Malaysia
* Pelajarannya telah tamat
* Minah segera pulang ke kampung
* Dia hendak menemui kedua-dua ibu bapanya
* Dia hendak menemui saudara maranya.
* Dia mempunyai maksud
* Maksudnya berkahwin
* Dia hendak berkahwin dengan Hassan
* Hassan sama-sama belajar dengan Minah di UPM
* Mereka belajar di UPM selama tiga tahun.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH